Anda di halaman 1dari 1

USAHAWAN BESI

Rezeki Zakuan melimpah-ruah. Banyak pelanggan datang ke bengkel motosikalnya.


Zakuan tidak menang tangan. Dia cuba mendapatkan pekerja tambahan tetapi hampa. Pada
suatu hari, Zakuan keluar kerana mempunyai urusan penting.

Pada masa itu juga, tayar, spanar, enjin dan tin minyak juga menjadi hidup. Sebaik
sahaja mereka hidup, mereka terus berbincang tentang cara untuk membantu perniagaan
Zakuan yang semakin berkembang.

Pada keesokan harinya, Zakuan datang ke tempat kerja dan terkejut melihat kerja yang
banyak sudah selesai. Dia pun hairan. Lalu, dia pun berhasrat untuk mencari kepastian siapa
atau apa yang telah menyiapkan semua kerjanya itu.

Zakuan pun berpura-pura keluar dan bersembunyi di sebalik pintu tempat kerjanya. Dia
terperanjat melihat tayar, spanar, enjin dan tin minyak bekerjasama membantu memulihkan
motosikal pelanggan-pelanggannya itu. Tayar, spanar, enjin dan tin minyak tiba-tiba menoleh ke
arah pintu. Mereka terkejut melihat Zakuan yang sedang mengintai mereka membaiki pulih.

Zakuan pun berjalan ke arah mereka.Mereka terkaku.Jadi,tayar, spanar, enjin dan


minyak tanah pun berkata kepada Zakuan bahawa dia merupakan usahawan yang sangat jujur
dan baik hati. Mereka pun tidak kisah dalam membantu Zakuan mengembangkan lagi
perniagaannya. Zakuan pun tersenyum mendengar kata-kata itu. Selepas itu, mereka pun
membaik pulih motosikal itu bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai