Anda di halaman 1dari 1

KEIKHLASAN BUDI ( ms 194)

Lima belas tahun yang lalu, kehidupan Hadi dan keluarganya serba kekurangan. Pada
ketika itu, ayah Hadi tidak bekeja kerana sering jatuh sakit. Hadi selalu dimarahi oleh pemilik
sebuah kedai ubat di pekan yang berdekatan dengan rumahnya kerana tidak mempunyai wang
yang cukup untuk membayar harga ubat yang ingin dibelinya.

Sewaktu pulang dari pasar, Pak Seman, pekedai runcit di pekan ini telah terlihat Hadi yang
sedang menangis teresak-esak di hadapan kedai ubat tersebut kerana ia sudah tidak mampu
untuk membelikan ayahnya ubat. Pak Seman yang berasa simpati terhadap Hadi telah
membayarkan harga ubat itu.

Kini, Hadi telah bertugas sebagai doktor pakar. Pada suatu hari, Pak Seman dimasukkan
ke hospital tempat Hadi bertugas kerana mengidap penyakit kronik. Hadi berasa sangat terkejut.
Walau bagaimanapun, Hadi tidak memperkenalkan dirinya kepada Pak Seman. Hadi mula
bertanya kepada Pak Seman tentang latar belakang penyakitnya. Hadi ingin mengetahui tentang
rawatan yang telah dijalani oleh Pak Seman sebelum dimasukkan ke hospital.

Pak Seman menyatakan bahawa dia telah mengidap penyakit kencing manis dan darah
tinggi selama lima tahun sebelum dimasukkan ke hospital. Dia hanya menjalani rawatan sebagai
pesakit luar dan mengambil ubat apabila perlu sahaja. Ini kerana dia tidak mempunyai wang yang
cukup. Selain itu anak-anaknya juga bukanlah orang yang senang. Pak Seman juga menyatakan
bahawa sejak dia sakit, dia tidak lagi mampu untuk bekerja mencari rezeki. Dia hanya
mengharapkan bantuan yang disumbangkan oleh anak-anaknya dan juga orang ramai. Selain itu,
dia juga mendapat bantuan dari kerajaan. Walau bagaimana pun, bantuan tersebut hanya
mencukupi untuk perbelanjaan harian beliau dan isterinya sahaja.

Hadi sangat bersimpati dengan keadaan Pak Seman. Dia berjanji kepada dirinya untuk
memberikan rawatan yang terbaik dan menanggung semua perbelanjaan Pak Seman ketika di
hospital. Hadi juga telah bertemu dengan isteri dan anak-anak Pak Seman yang kebetulan
menziarahi Pak Seman pada masa itu. Hadi juga telah menerangkan tentang penyakit dan
rawatan yang perlu diberi kepada Pak Seman apabila pulang ke rumah. Hadi juga menerangkan
bahawa kaki Pak Seman perlu segera dipotong kerana luka dikakinya sangat parah dan lukanya
telah dijangkiti kuman.
Keesokan harinya, Pak Seman telah berjaya dibedah dan pembedahan berjalan dengan lancar.
Seminggu kemudian Pak Seman pun dibenarkan pulang.

Hadi telah melawat Pak Seman dirumahnya. Pak Seman sangat berterima kasih kepada
Hadi. Setelah itu, Hadi pun berterus terang menyatakan bahwa Pak Semanlah yang telah
menolongnya dan ayahnya suatu masa dahulu. Hadi menceritakan semula kisah tersebut kepada
Pak Seman. Pak Seman menangis mendengarnya. Pak Seman menyatakan bahwa dia tidak
mengharapkan balasan daripada Hadi. Walau bagaimanapun Hadi tetap dengan keputusannya
untuk membantu Pak Seman sebaiknya. Akhirnya mereka pun berpelukan kerana tidak
menyangka akan bertemu seperti itu.

Perkataan : 434

Anda mungkin juga menyukai