Anda di halaman 1dari 1

Karangan UPSR: Cita-Cita Saya

Setiap orang mempnyai cita-cita. Cita -cita itulah yang akan menjadi pendorong kepada
seseorang untuk belajar bersungguh-sungguh. Cita-cita yang dipilih haruslah manfaat untuk
diri, masyarakat dan negara.

           Saya bercita-cita ingin menjadi doktor. Saya bercita-cita menjadi doktor kerana saya
ingin membantu orang sakit. Dalam keluarga saya masih belum lagi adik-beradik yang ingin
menjadi doktor. Saya yakin suatu hari nanti saya akan dapat jadi doktor yang baik dan
dedikasi.

          Kerjaya doktor menjadi pilihan saya kerana saya ingin berkhidmat kepada masyarakat.
Selain itu,saya berazam untuk mendidik masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup sihat.
Saya ingin memastikan ibu bapa dan ahli keluarga saya sihat. Saya berazam untuk memberi
rawatan yang sebaik-baik kepada pesakit.

           Dalam mengejar impian saya ini,ibu bapa saya adalah insan yang banyak memberi
dorongan. Mereka sentiasa memberi kata-kata peransang dan membantu saya dapat pelajaran.
Selain itu, guru-guru dan rakan -rakan juga sentiasa memberi dorongan kepada saya. Saya
yakin suatu hari nanti cita-cita saya pasti tercapai.

Anda mungkin juga menyukai