Anda di halaman 1dari 3

PENGUMUMAN PENTING

PEMAKLUMAN PINDAAN TARIKH BUKA IKLAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44 HINGGA GRED DG54 SECARA TIME-BASED BERASASKAN
KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI TAHUN 2016 HINGGA
2018 (URUSAN CICIR)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat siaran dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM
ruj. KPM.BPSM.S.500-1/2/18 (26) bertarikh 14 Ogos 2018 adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa atas sebab yang tidak dapat dielakkan, iklan urusan kenaikan pangkat Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 hingga Gred DG54 secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan
(TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2016 hingga 2018 (urusan cicir) HANYA AKAN
DIBUKA seperti Jadual di bawah:

Bil. Tarikh Tempoh Keterangan


• Tempoh perakuan Ketua
Jabatan (Pengetua/Guru Besar/Ketua
Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG
13 September 2018 Kampus/Kolej Matrikulasi) kepada
(Khamis) hingga 12 JPN/Bahagian
1. 30 hari
Oktober 2018 • Tarikh tutup pada 12 Oktober 2018
(Jumaat) (sebelum jam 11.59 malam)
Nota : Sebarang usaha untuk membuat
perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan
menemui kegagalan
• Tempoh perakuan JPN/Pengarah
Bahagian/IAB/IPGM (Penyedia / Penyemak /
13 Oktober 2018 Pengesah) kepada BPSM, KPM
(Sabtu) hingga 26 • Tarikh tutup pada 26 Oktober 2018
2. 14 hari
Oktober 2018 (sebelum jam 11.59 malam)
(Jumaat) Nota : Sebarang usaha untuk membuat
perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan
menemui kegagalan

3. Manakala, tarikh buka iklan bagi tujuan urusan kenaikan pangkat PPP Gred DG32 hingga Gred DG38 dan AKP
secara TBBK (Urusan Cicir) adalah TIDAK BERUBAH.

Selanjutnya >>
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED
DG54 DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN
KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI TAHUN 2016 HINGGA
2018 (URUSAN CICIR)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan
Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
bermula seperti Jadual di bawah:

Bil. Tarikh Tempoh Keterangan


• Tempoh perakuan Ketua
05 September 2018 Jabatan (Pengetua/Guru Besar/Ketua
(Rabu) hingga 04 Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG
1. 30 hari
Oktober 2018 Kampus/Kolej Matrikulasi) kepada
(Khamis) JPN/Bahagian
• Tarikh tutup pada 04 Oktober 2018
(sebelum jam 11.59 malam)
Nota : Sebarang usaha untuk membuat
perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan
menemui kegagalan
• Tempoh perakuan JPN/Pengarah
Bahagian/IAB/IPGM (Penyedia / Penyemak /
05 Oktober 2018 Pengesah) kepada BPSM, KPM
(Jumaat) hingga 19 • Tarikh tutup pada19 Oktober 2018
2. 15 hari
Oktober 2018 (sebelum jam 11.59 malam)
(Jumaat) Nota : Sebarang usaha untuk membuat
perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan
menemui kegagalan

Urusan ini terbuka kepada :

(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan Tahun 2016 hingga 2018;

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Tahun 2016 hingga 2018 ;

(c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Tahun 2016 hingga 2018 (HANYA PPP
yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA); dan

(d) Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan Tahun 2016 hingga 2018.

3. Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan
menerusi iklan ePangkat yang DIBUKA BERMULA 05 SEPTEMBER 2018.

4. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan, semua perakuan kenaikan pangkat hendaklah
diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para 3 KECUALI pegawai dalam keadaan
berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

(a) Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar
Tanpa Gaji (CBTG);

(b) Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) - sila kemukakan
sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan;

(c) Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman;

(d) Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) - sila kemukakan
sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;

(e) Pegawai yang PERNAH DIPERAKU TETAPI GAGAL dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap
Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;

(f) Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh Tanpa Sebab Atau Tanpa
Kelulusan/Kebenaran Ketua Jabatan dan tindakan potongan emolumen yang telah diambil BOLEH
DIPERAKU dengan mengemukakan dokumen - dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP
Bilangan 5 Tahun 2017; dan

(g) Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal
dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.

5. LKPPP Bilangan 5 Tahun 2015 telah memutuskan bahawa PPP dan AKP yang sedang disiasat / dalam prosiding
tatatertib / telah dikenakan tindakan tatatertib TIDAK BOLEH DIPERAKU dalam urusan pemangkuan / kenaikan
pangkat. Ketua Jabatan hanya boleh memperaku PPP tersebut setelah keputusan tatatertib diperolehi dan kes
selesai.

6. Juga dimaklumkan bahawa LKPPP Bilangan 3 Tahun 2017 yang bersidang pada 09 Jun 2017 telah memutuskan
supaya PPP yang berada di dalam jawatan kumpulan (Pool) dan memperoleh markah yang layak diberi
pertimbangan untuk kenaikan pangkat DITANGGUHKAN TERLEBIH DAHULU PERTIMBANGAN KENAIKAN
PANGKAT SEHINGGA PEGAWAI DIKELUARKAN DARI JAWATAN KUMPULAN (POOL) DAN DITEMPATKAN
MELAKSANAKAN TUGAS HAKIKI DI JABATAN ATAU SEKOLAH berdasarkan kepada surat edaran KPM Rujukan
KPM.500-7/1/1 Jld. 8 (81) bertarikh 09 Jun 2017.

7. Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DIPERAKU dalam mana - mana
urusan pemangkuan / kenaikan pangkat GRED YANG SAMA sebelum ini diperakukan dalam urusan TBBK.
Ketua Jabatan juga perlu memastikan maklumat yang dikemukakan adalah LENGKAP, JELAS DAN MUDAH
DIBACA SERTA TERATUR SAMA SEPERTI DALAM BPK. Kecuaian dalam memperakukan semula calon yang
telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan
berkenaan. Ketua Jabatan dimohon supaya memastikan SEMUA PEGAWAI YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN
BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TBBK PERLU DIPERAKUmemandangkan ini merupakan SURAT
SIARAN IKLAN CICIR TERAKHIR SEBELUM PELAKSANAAN PROSES BAHARU PERMOHONAN URUSAN
TBBK TAHUN 2019 BERMULA.

Nota: Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan urusan kenaikan pangkat PPP dan AKP di bawah
seliaan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan akan terjejas dan KEMENTERIAN TIDAK AKAN
BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG MASALAH PERAKUAN YANG TIDAK DIPERAKU DISEBABKAN
PERCANGGAHAN MAKLUMAT ATAU TIDAK LENGKAP (Contoh: Tidak memuatnaik halaman BPK seperti yang
tercatat dalam nota paparan ePangkat / kenyataan cuti yang meragukan / kesilapan tarikh lantikan tetap atau
pengesahan dalam jawatan oleh SPP)

Anda mungkin juga menyukai