Anda di halaman 1dari 1

KELULUT ADALAH LEBAH

Oleh: M.Riza

Cerita tentang kelulut (Trigona spp.) telah saya ketahui sejak kecil lagi
tetapi baru-baru ini sahaja saya mengetahui bahawa ianya adalah lebah.
Tetapi uniknya kelulut ia adalah spesis lebah yang tidak mempunyai
sengat berbanding lebah biasa yang berbisa dan agresif. Ingat lagi ketika
di dusun durian di mana terdapat banyaknya kelulut berterbangan di
longgokan kulit durian. Ada juga yang berlegar-legar di sekeliling muka
sehingga ada yang termasuk ke dalam kelopak mata. Memang geram dan
amat merimaskan. Kelulut sebenarnya seperti lebah-lebah lain juga
berkeupayaan menghasilkan madu dan boleh diternak. Madu kelulut
hampir sama dengan madu lebah biasa tetapi rasa masamnya lebih kuat.
Kesukaran mendapatkan madu kelulut dipasaran adalah disebabkan
lebah kelulut hanya mampu menghasilkan sedikit madu sahaja. Ditambah
pula tidak ramai pengusaha yang menternak lebah kelulut untuk tujuan
komersil. Kelulut biasanya bersarang di dalam batang pokok atau lubang-
lubang kayu dan di dalam tanah. Mereka akan membina satu corong
sebagai laluan keluar masuk. manakal madu yang telah dihasilkan akan
disimpan di dalam kantung khas yang dibina di dalam sarang Ada
sestengah pihak mendakwa madu lebah kelulut lebih ampuh kesannya
berbanding madu lebah biasa yang ada di pasaran. Mungkin mereka yang
telah mengamalkannya dapat memastikan kesahihan dakwaan tersebut.
Saya pun hanya sempat merasanya sekali sahaja. Harganya pun sangat
mahal iaitu mencecah RM90/kg.

Anda mungkin juga menyukai