Anda di halaman 1dari 9

SMK St Joseph

Kajian Kes Sejarah Tingkatan 1

Tajuk Kajian : Kepentingan Mempelajari


Sejarah

Nama Penulis : Isaac Yeo Xian Zhi

Tingkatan : 1A

Guru Pembimbing: Pn. Veronica Leeza Lores


Perancangan

Objektif Kajian

- Mengetahui kepentingan mempelajari sejarah pada masa lalu sebagai


panduan generasi pada masa kini.

- Memberi kesedaran dan meningkatkan taraf hidup manusia agar tidak


mengulangi kesilapan pada masa lalu.

- Menyemai elemen perpaduan dalam kalangan generasi muda

serta menjamin keamanan dan kestabilan negara.

Kaedah Kajian

- Mendapatkan maklumat daripada buku teks sejarah Tingkatan 1

- Menganalisis maklumat daripada kajian-kajian daripada laman web di


Internet

- Menerima bimbingan dan panduan daripada guru sejarah


2.0 Proses Awal

2.2 Kerangka Kasar Penulisan

2.2.1 Menjelaskan pengertian sejarah


- peristiwa yang telah berlaku
- bermula ketika penulisan dicipta
- dikenali sebagai asal usul, salasilah, keturunan

2.2.2 Menerangkan kepentingan sejarah


- mengenal asal usul
- mengambil iktibar
- memupuk patriotism
- mengukuhkan perpaduan
- membangunkan negara dan bangsa
- mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah

2.2.3 Menjelaskan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa sejarah


- rakyat harus mengukuhkan perpaduan dan melawan
menentang negara asing

- para pemimpin harus melakukan tindakan selepas


menganalisa situasi dengan teliti

- kerajaan harus bermuafakat dan bekerjasama agar tidak


berlaku perebutan kuasa politik

- meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan negara


bagi membendung jenayah dan pencerobohan sempadan
negara
2.2 Kerangka Kasar Penulisan (bersambung)

2.2.4 Menghuraikan cabaran melaksanakan pembelajaran


pengajaran sejarah di sekolah

- pelajar menghadapi masalah mengingat fakta-fakta

- majoriti pelajar tidak meminati mata pelajaran sejarah

- kepada pelajar, membosankan, sukar difahami serta tidak


berkaitan dengan hidup mereka secara langsung

- pelajar tidak beringin tahu serta tidak bertanya soalan ketika


kelas yang menyebabkan pemahaman lemah topik

2.2.5 Mencadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan minat


murid terhadap mata pelajaran sejarah

- guru-guru sejarah harus mengajar murid dengan teknik-teknik


yang baharu supaya meningkatkan minat mereka terhadap
mata pelajaran sejarah

- membawa murid melawat tempat-tempat bersejarah

- guru sejarah harus memberi nota-nota tentang sesuatu topik


dalam bentuk yang senang dibaca, dihafal dan difahami

2.2.6 Membuat rumusan

- menyelesaikan pelaporan dengan perenggan yang ringkas


tentang isi-isi yang telah ditaip
2.2 Kerangka Kasar Penulisan (bersambung)

2.2.7 Menyenaraikan sumber rujukan

- buku teks Sejarah Tingkatan 1

- buku rujukan Sejarah Tingkatan 1

- panduan daripada guru sejarah

- link daripada laman-laman web yang digunakan

3.0 Pelaporan

3.1 Pengenalan

Kita kerap mendengar ungkapan bahawa sejarah membawa


banyak iktibar kepada kita. Apakah yang dimaksudkan dengan
sejarah? Secara umumnya, sejarah ialah peristiwa yang berlaku
pada masa lalu. Sejarah telah bermula wujud ketika catatan
penulisan telah dicipta, dan merupakan satu medan penyelidikan
yang menggunakan suatu naratif atau pengisahan untuk
memeriksa dan menganalisa turutan peristiwa serta menyiasat
secara objektif sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku.
Kamus Dewan mendefinisikan sejarah sebagai asal usul
(keturunan) atau salasilah. Selain itu, ia juga dikata sebagai
cerita, daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘history’. Perkataan ini
berasal daripada Bahasa Yunani, historia yang bererti
penyelidikan.
3.0 Pelaporan (bersambung)

3.2 Menerangkan kepentingan mempelajari sejarah

Sejarah mampu memberikan kefahaman tentang masyarakat,


negara dan dunia kepada kita. Melalui penyelidikan, bukti dan
empati pada peristiwa sejarah, unsur perpaduan dan semangat
kebangsaan akan menjelma dalam diri kita. Antara kepentingan
mempelajari sejarah, ialah supaya kita mampu mengenal asal
usul diri, keluarga dan negara kita. Di samping itu, kita dapat
memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa kita. Selain
itu, kita sebagai generasi yang baru harus mengambil iktibar
daripada peristiwa yang lalu. Insan-insan yang tidak mempelajari
sejarah berkemungkinan akan mengulangi kesilapan masa lalu.
Sejarah juga mengajar kita supaya menghargai warisan negara
untuk dihayati oleh generasi yang akan datang. Hal ini dapat
menyemai rasa cinta akan negara dan menaikkan semangat
patriotik antara rakyat negara kita.

Seterusnya, pengetahuan sejarah amat penting kepada generasi


kini dalam meneruskan kesinambungan hubungan harmoni
antara kaum di negara kita. Sejarah juga mampu menjadi sumber
kesedaran kepada masyarakat dalam menjaga dan meneruskan
adat resam dan tradisi kita. Melalui sejarah, kita juga dapat
mengekalkan kegemilangan yang dicapai oleh negara. Kita juga
akan lebih memahami budaya dahulu dan budaya kini untuk
dijadikan perbandingan bagi membangunkan negara dan bangsa
pada masa akan datang. Akhirnya, pelajaran sejarah boleh
membantu kami untuk mengaplikasikan kemahiran pemikiran
sejarah dan meningkatkan pemikiran diri secara kritis dan analitis.
Di samping itu, kita dapat membuat tafsiran terhadap sesuatu
peristiwa. Sejarah juga akan mendorong seseorang supaya
memahami peristiwa sejarah secara lebih empati.

3.3 Menjelaskan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa


sejarah

Daripada sejarah, kita dapat memperolehi banyak iktibar. Sebagai


contoh, pemimpin negara kita harus mengamalkan sikap bertolak
ansur dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain supaya
tidak berlaku peperangan antara negara kita dan negara asing.
Selain itu, jika berlaku peperangan, rakyat kita perlu bersatu padu
dan menentang kuasa-kuasa asing yang menyerang. Dengan
cara ini, kita boleh mengekalkan aman dan damai di negara kita.
Seterusnya, ketidakcekapan pemimpin kita dalam memerintah
negeri mampu mengakibatkan pihak-pihak dari negara asing
mengambil kesempatan terhadap negara kita untuk kepentingan
mereka. Di samping itu, kerajaan kita harus meningkatkan
kerjasama dalam bidang keselamatan negara bagi membendung
jenayah dan pencerobohan sempadan negara. Ini juga boleh
menyumbang kepada usaha mengekalkan negara kita sebagai
sebuah negara yang aman dan maju.

3.4 Menghuraikan cabaran melaksanakan pembelajaran


pengajaran sejarah di sekolah

Masalah utama dalam pembelajaran sejarah adalah pelajar-


pelajar yang tidak mampu mengingati banyak fakta-fakta dalam
mata pelajaran sejarah. Setiap topik dalam mata pelajaran
sejarah mempunyai banyak maklumat yang perlu dihafal agar
murid boleh menjawab soalan peperiksaan dengan betul.
Selain itu, ramai pelajar juga tidak menyukai mata pelajaran
sejarah dan tiada minat untuknya kerana pelajar merasa subjek
sejarah membosankan, sukar difahami serta tidak berkait
dengan hidup mereka secara langsung. Ini mewujudkan
masalah motivasi untuk mempelajari mata pelajaran sejarah
untuk pelajar-pelajar. Akhir sekali, majoriti pelajar tiada ingin
tahu dan tidak bertanya soalan walaupun tidak memahami
langsung topik yang diajar. Disebabkan ini, kehilangan
komunikasi dua hala antara guru dan murid-murid dalam
sekelas yang penting supaya murid dapat memahami dengan
jelas sesuatu topik.

3.5 Mencadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan minat


murid terhadap mata pelajaran sejarah

Untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran


sejarah, pihak sekolah haruslah menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik. Guru-guru harus lebih kreatif
dan inovatif apabila mengajar sejarah. Mereka tidak harus
terlalu berorientasikan peperiksaan sebaliknya
mempelbagaikan proses pengajaran untuk mencetuskan minat
pelajar untuk mengetahui peristiwa sejarah. Contohnya,
lawatan ke tempat-tempat bersejarah mampu menarik pelajar
kepada mata pelajaran sejarah. Selain itu, untuk menarik
pelajar kepada mata pelajaran sejarah, guru sejarah harus
memberi nota-nota tentang sesuatu topik dalam bentuk yang
senang dibaca, dihafal dan difahami supaya para pelajar dapat
mengulangkaji dengan lebih senang.

3.6 Rumusan

Tuntasnya, sejarah adalah suatu mata pelajaran yang penting


dan harus dipelajari dengan rajin oleh setiap pelajar. Pelajaran
sejarah membawa banyak faedah seperti mendapat iktibar
mempelajari lebih tentang asal-usul negara sendiri serta
memupuk sifat patriotisme dalam diri rakyat kita.

3.7 Menyenaraikan sumber rujukan

- buku teks sejarah tingkatan 1

- buku rujukan sejarah tingkatan 1

- panduan daripada guru sejarah

- link yang dilayari untuk mendapatkan maklumat-maklumat

http://cikguphong.blogspot.com/2013/07/cara-cara-
meningkatkanminat-pelajar.html

https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/08/
iktibaryangdiperolehidaripada-dasar.html

http://mohdfahdeli.blogspot.com/2011/07/masalah-utama-
dalam-pembelajaran.html

http://cikgurazak.blogspot.com/2021/02/iktibar-yang-diperoleh-
daripada-tajuk.html

Anda mungkin juga menyukai