Anda di halaman 1dari 8

SMK SAINT GABRIEL

MENGENALI SEJARAH

NAMA : MUHAMMAD FAIZUL MURSYID


BIN FAIZUL
NO KAD PENGENALAN :
100419-14-0431
NAMA KELAS: 1 G
NAMA SEKOLAH: SMK ST GABRIEL

NAMA GURU: PUAN CHING


ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Sejarah Tingkatan
Satu (1), Puan Ching atas tunjuk ajar dan bantuan beliau bagi saya menyiapkan
folio ini. Ucapan yang sama saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik
Faizul Bin Ramli dan Puan Nor Farizah Bt Mohd Tahir atas dorongan dan
sokongan mereka sehingga saya berjaya menyiapkan folio. Tidak lupa kepada
sahabat saya serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung sepanjang tempoh saya menyiapkan folio ini.
PENGENALAN

Folio ini adalah secara keseluruhanya berkenaan pengertian sejarah secara


umum dan sejarawan. Sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu.
Peristiwa masa lalu yang berlaku dalam kehidupan sesebuah masyarakat atau
negara akan dikaji oleh sejarahwan. Sejarahwan merupakan alih sejarah yang
menyelidiki rekod-rekod lalu dan memuatkan dapatan kajian mereka seperti
dalam bentuk buku, monograf atau makalah. Terdapat beberapa pengertian
sejarah dari aspek bahasa seperti yang berikut
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Memahami pengertian sejarah semasa, umum dan sejarawan.

2.2 Mengetahui sumber sejarah.

2.3 Menyelesaikan kepentingan penyelidikan sejarah.

3.0 KAEDAH KAJIAN

3.1 Internet

3.2 Perpustakaan

3.3 Buku Teks

4.0 HASIL DAPATAN

4.1 PENGERTIAN SEJARAH

4.1.1 Secara umum

4.1.1.1 Dalam Bahasa Melayu – Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab
“syajaratun” yang bererti pokok. Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah,
riwayat,keturunan dan asal usul.

4.1.1.2 Kamus Dewan mendefinisikan sejarah sebagai:-

Asal usul (keturunan), salasilah.


Peristiwa yang benar-benar berlakupada waktu yang lampau, kisah,riwayat dan tambo.
4.1.1.3 Dalam bahasa Inggeris, sejarah ialah history:
History bererti cerita tentang seseorang. Perkataam ini berasal daripada bahasa Yunani,
historia yang bererti penyelidikan.
4.1.2 Sejarahwan

4.1.2.1 Herodotud- “Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan


mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa”.
4.1.2.2- E.H.Carr
Sejarah merupakantindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta
yang di tulis oleh sejarahwan
Karyanya yang terkenal ialah What is History?
4.1.2.3-Ibn Khaldun-“Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat
manusia,peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifa-sifat
masyarakat itu”
4.1.2.4-Khoo Kay Kim-“Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernahatau sudah
berlaku. Sejarah mendorong kita leih memahami apa-apa yang berlaku. Sejarah
mendorang kita lebih memahami pa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping
menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang.
4.1.2.5-Muhd Yusof Ibrahim
Sejarahwan tempatan yang mengkaji tentang ilmu dan disiplin sejarah.
Antara karya beliau yang terkenal termasuklah Sejarah wan dan Persejarahan Melayu;
Tradisi dan Transfomasi.

4.1.3 Kepentingan Penyelidikan Sejarah

Melaui penyelidikan dapat memberikan kita kefahaman tentang masyarakat, negara dan
dunia kepada kita. Dengan penyelidikan, penerokaan bukti dan empati pada peristiwa
sejarah, unsur perpaduan dan semangat kebangsaan akan menjelma dalam diri kita. Oleh
sebab itu, kita perlu mengaplikasikan ilmu sejarah dalam kehidupan kita.

4.1.3.1 Mengenal Asal usul

Dengan mempelajari sejarah, kita akan dapat mengenal asal usul keluarga dan negara
kita. Di samping itu, kita dapat memahami ada istiadat, tradisi dan budaya bangsa kita.

4.1.3.2 Mengambil iktibar

Sejarah membawa pelajaran dan iktibar daripada peristiwa lalu. Mereka yang tidak
mempelajari sejarah berkemungkinan akan mengulangi kesilapan masa lalu.

4.1.3.3 Memupuk patriotisme

Sejarah mengajar kita menghargai warisan negara untuk dihayati oleh generasi akan
datang. Hal ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dan menaikkan semangat patriotik

4.1.3.4 Mengukurkan perpaduan


Pengetahuan sejarah amat penting kepada generasi kini dalam meneruskan
kesinambungan hubungan harmoni antara kaum di negara kita. Sejarah juga mampu
menjadi sumber kesedaran kepada masyarakat dalam menjaga dan meneruskan adat
resam dan tradisi kita.

4.1.3.5 Membangunjan negara dan bangsa

Melalui sejarah kita dapat mengekalkan kegemilangan yang dicapai oleh negara . Kita
juga akan lebih memahami budaya dahulu dan budaya kini untuk dijadikan perbandingan
bagi membangunkan negara dan bangsa pada masa akan datang.

4.1.3.6 Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah

Melalui sejarah, pemikiran kritis dan analitis dapat ditingkatkan, Di samping itu, kita dapat
membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa. Sejarah juga akan mendorong seseorang
memahami peristiwa sejarah sejarah labih empati.
5.0 KESIMPULAN

Pengertian sejarah dari aspek bahasa dan pandangan sejarahwan adalah merujuk kepada
peristiwa masa lalu dan membawa iktibar sememangnya sejarah mampu membawa kita
mengenali lebih dekat berkenaan diri keluarga dan negara di samping mengaplikan
kemahiran sejarah bagi membangunkan sesebuah negara itu.

6.0 RUJUKAN.

1.Buku teks sejarah tingkatan 1


2.Puan Ching selaku guru sejarah tingkatan 1
3.Ibu saya Nor Farizah Binti Mohd Tahir

Anda mungkin juga menyukai