Anda di halaman 1dari 9

Bahan Bacaan Terpilih : (i) Muhd. Yusof Ibrahim. (1986).

“Pengertian Sejarah” dalam


Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 1-36.

PENGENALAN

Sejarah merupakan peristiwa masa lampau yang disusun berdasarkan daripada pelbagai
peristiwa yang telah berlaku. Tanpa sejarah tidak akan ada pada zaman seperti sekarang
ini. Secara umumnya, pengertian sejarah merupakan ilmu pengetahuan yang membincangkan
tentang segala peristiwa yang telah terjadi pada masa lampau dalam kehidupan manusia.
Sejarah merupakan ilmu yang mempelajari kejadian atau peristiwa pada masa lampau dalam
kehidupan manusia melalui bukti tertulis seperti kitab atau dokumen, lisan misalnya tradisi
turun temurun dan mitos, bukti berupa benda-benda seperti artifak dan prasasti serta
monumen sejarah.

Menurut buku Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah oleh
Muhd Yusof Ibrahim, menyatakan sejarah mempunyai banyak pengertian. Ilmu sejarah telah
muncul di Barat pada pertengahan kurun kesembilan belas. Seorang ahli fikir dari Jerman
bernama Leopold von Ranke merupakan orang pertama yang mewujudkan ilmu sejarah
dengan menyatakan teori bahawa sejarah itu haruslah dikaji. Setelah itu, telah muncul teori-
teori lain tentang pengertian sejarah oleh ahli-ahli fikir yang lain. Ahli-ahli fikir ini turut
menghuraikan pengertian ilmu sejarah mengikut pandangan mereka.

Walaupun banyak teori tentang pengertian sejarah yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli
fikir namun semuanya berpendapat bahawa ilmu sejarah adalah penting. Saya bersetuju
dengan tajuk perbicaraan yang diutarakan oleh penulis tentang Pengertian Sejarah. Pada saya
perbahasan ini penting supaya orang ramai dapat mengetahui tentang kepentingan sejarah.
Bukan hanya sejarah yang telah dibukukan tetapi juga sejarah yang tidak dibukukan. Sejarah
juga turut dikenali dengan banyak istilah lain. Istilah tersebut walaupun berlainan namun
tetap mempunyai maksud yang sama. Contohnya sejarah turut disebut seperti tarikh oleh
orang Arab, hikayat oleh Indonesia, historia oleh Yunani, history oleh Inggeris dan lain-lain
istilah lagi.
1
ULASAN KRITIS

Terdapat banyak pengertian sejarah. Dalam Bahasa Melayu pengertian sejarah ialah sastera
lama, asal usul, salasilah dan peristiwa yang telah berlaku di masa lampau. Menurut R.O.
Winstedt, perkataan sejarah adalah berasal daripada perkataan Arab. Sejarah secara harfiah
berasal dari kata Arab (‫شجرة‬: šajaratun) yang bererti pohon. Selain itu, dalam bahasa Arab,
sejarah turut disebut sebagai tawarikh, salasilah dan babad. Istilah sejarah khususnya di
Barat menggunakan perkataan history. Istilah ini berasal bahasa Yunani purba iaitu historia.
Dalam bahasa Yunani, historia bermaksud penyelidikan. Penyelidikan ini menghasilkan
pengetahuan yang didapati melalui penelitian tentang kajian masa lalu, khususnya bagaimana
kaitannya dengan manusia. Menurut Herodotus, ahli sejarah pertama dunia dari Yunani, yang
digelar sebagai The Father of History atau Bapa Sejarah ialah sejarah tidak berkembang ke arah
depan dengan tujuan yang pasti, melainkan bergerak seperti garis lingkaran yang tinggi
rendahnya diakibatkan oleh keadaan manusia.

Pengertian sejarah menurut perkataan Yunani ialah yang pertama, sejarah berbentuk umum.
Sejarah merupakan masa lalu, yang merupakan kejadian serta peristiwa dan pengalaman yang
telah berlaku dan berlalu. Semua perkara yang pernah berlaku kepada diri seseorang,
pertubuhan, dan sebagainya sama ada kejadian tersebut penting ataupun perlu diingat
mahupun sebaliknya iaitu tidak penting ataupun remeh merupakan pengertian sejarah secara
umum. Pengertian yang kedua ialah sejarah berbentuk khusus iaitu merupakan catatan
ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lalu. Sejarah
berbentuk khusus ialah perkara yang unik kerana ia dibataskan oleh tempat, keadaan,
kebudayaan, anutan agama dan kadangkala waktu.

Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406), pengertian sejarah didefinisikan sebagai catatan tentang
masyarakat umum manusia atau peradaban manusia yang terjadi pada watak atau sifat
masyarakat itu. Maka dapat dikatakan bahawa sejarah merupakan peristiwa masa lampu
tentang manusia yang disusun secara sistematik. Menurut Ibnu Khaldun pengertian sejarah
bukan hanya sekadar catatan yang ada dalam catatan harian seseorang ataupun rekod-rekod
mengenai sesebuah pertubuhan atau pejabat. Pengertian sejarah ialah bererti hasil

2
penyelidikan tentang catatan masa yang telah lalu yang dianggap penting dan menarik minat
orang untuk mengkajinya. Menurutnya lagi sejarah ialah pengetahuan tentang masa lalu.

Sejarah merupakan peristiwa yang penting, unik dan abadi ataupun kekal. Sejarah dikatakan
sebagai yang kekal kerana peristiwa sejarah tidak boleh berubah-ubah dan tetap dikenang
sepanjang masa. Sejarah ialah peristiwa yang unik kerana sejarah hanya terjadi sekali sahaja
dan tidak akan berulang untuk kedua kali. Sejarah juga merupakan peristiwa yang penting
disebabkan mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan ramai orang. Peristiwa yang
terjadi pada masa lampau akan memberi kita gambaran tentang kehidupan manusia dan
kebudayaannya pada masa lalu sehingga dapat merumuskan hubungan tentang penyebab dan
akibat mengapa sesuatu peristiwa terjadi dalam kehidupan tersebut. Walaupun belum tentu
setiap peristiwa atau kejadian tersebut akan dicatat dalam sejarah.

Ilmu sejarah mempunyai unsur-unsur yang menyokong peristiwa yang telah berlaku.
Terdapat beberapa unsur-unsur yang penting di dalam ilmu sejarah iaitu:
1. Manusia
Peristiwa yang dikaji dalam sejarah adalah peristiwa yang berkaitan tentang tingkah
laku manusia sehingga manusia menjadi unsur utama dalam sejarah.
2. Waktu / masa
Sejarah berkaitan tentang bila peristiwa itu berlaku kerana peristiwa sejarah hanya
berlaku sekali sahaja.
3. Ruang
Sejarah berkaitan dengan ruang ataupun tempat berlakunya peristiwa yang akan
menjadi bukti nyata dari sesuatu peristiwa.

Sejarah adalah topik ilmu pengetahuan yang sangat menarik. Tak hanya itu, sejarah juga
mengajarkan hal-hal yang sangat penting, terutama mengenai: keberhasilan dan kegagalan
dari para pemimpin kita, sistem perekonomian yang pernah ada, bentuk-bentuk
pemerintahan, dan hal-hal lain yang penting dalam kehidupan manusia sepanjang zaman.
Dari sejarah, kita dapat mempelajari apa yang mempengaruhi kemajuan dan kejatuhan sebuah
negara atau sebuah peradaban. Kita juga dapat mempelajari latar belakang sesebuah politik,
3
pengaruh dari falsafah sosial, serta sudut pandang budaya dan teknologi yang bermacam-
macam dari sepanjang zaman.

Ilmu Sejarah merupakan sebahagian ilmu sosial yang membincangkan tentang gambaran
kehidupan manusia serta peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada zaman dahulu.
Memahami ilmu sejarah akan dapat membuatkan kita dapat mengenali diri sendiri dan
mengetahui apa yang telah berlaku. Banyak sekali peristiwa-peristiwa yang menjadi sumber
ilmu sejarah di dunia ini, bermula dari peristiwa perang pada masa Islam, perang dunia dan
hingga ke saat ini. Peristiwa yang dinyatakan dalam ilmu sejarah tidak boleh diubah ataupun
diubahsuai. Hal ini sesuai dengan fungsi mempelajari ilmu sejarah iaitu untuk memberikan
pelajaran agar kita dapat memiliki sikap yang bijaksana.

Sejarah telah membuktikan bahawa Islam pernah menjadi sebuah kuasa yang kuat di dunia.
Sejarah Islam telah dimulakan oleh Nabi Muhammad saw. Baginda telah mengembangkan
Islam ke seluruh Tanah Arab dan beberapa daerah yang berhampiran dengannya. Setelah
kewafatan Nabi, Islam telah berkembang ke Semenanjung Andalusia, Afrika Utara, Asia
Kecil, Benua Kecil India, sebahagian besar Kepulauan Melayu dan beberapa daerah lain lagi.
Perkembangan Islam telah mewujudkan pusat-pusat tamadun Islam seperti yang terdapat
pada zaman Umayyah dan zaman Abbasiyyah. Di tamadun tersebut, pelbagai ilmu
pengetahuan telah berkembang. Namun begitu, zaman kegemilangan Islam telah mengalami
kejatuhan semasa pemerintahan Islam dikuasai oleh empayar Uthmaniyyah. Ini kerana kuasa
barat berusaha untuk menjatuhkan Islam. Akibatnya negara Islam menjadi porak peranda dan
jatuh di bawah pemerintahan orang bukan Islam.

Sejarah juga membentuk sesebuah negara. Proses kitaran sesebuah negara sentiasa beredar di
dalam suatu pusingan yang tidak putus-putus, ia bermula setelah itu berkembang maju dan
kemudian runtuh. Selepas itu, ia bermula semula dengan sistem pemerintahan yang berlainan.
Proses kitaran yang telah berlaku itu akan menjadi sejarah. Contoh proses kitaran sesebuah
negara yang dapat dilihat ialah Perancis. Revolusi Perancis bukan sahaja menggegarkan
Perancis namun telah menggemparkan seluruh benua Eropah. Politik negara Perancis turut
berubah. Begitu juga dengan Revolusi Rusia. Revolusi yang berlaku telah menyebabkan
4
peristiwa yang berlaku menjadi sejarah yang dapat dijadikan pengajaran pada masa kini dan
masa akan datang. Hasil daripada revolusi yang berlaku, maka wujudnya sistem
pemerintahan berbentuk demokrasi.

Dalam sejarah terdapat tiga aspek yang penting iaitu masa lampau, masa sekarang dan masa
mendatang. Masa lampau dijadikan sebagai titik tolak untuk masa mendatang sehingga
sejarah tersebut mempunyai pengajaran tentang nilai dan moral. Sedangkan pada masa
sekarang, sejarah akan difahami oleh generasi dari masyarakat yang terdahulu sebagai
sumber menuju kemajuan dalam kehidupan masyarakat, bangsa dan negara. Peristiwa yang
terjadi pada masa lampau akan memberi kita gambaran tentang kehidupan manusia dan
kebudayaan di masa lampau sehingga dapat merumuskan hubungan sebab akibat mengapa
suatu peristiwa dapat terjadi dalam kehidupan tersebut, walaupun belum tentu setiap
peristiwa atau kejadian akan tercatat dalam sejarah.

Politik juga dapat dijadikan sebagai sejarah. Cina pada zaman kemaharajaan dahulu
memegang konsep berlandaskan kepada falsafah politik kebangsaan semata-mata. Mereka
menganggap kitaran sejarah itu adalah suatu pergerakan yang berlegar di sekitar sistem
politik kebangsaan sahaja. Orang Cina sangat sensitif terhadap perjalanan kerajaannya. Pada
mereka, wujudnya sesebuah bangsa akan mengalami perkembangan dan kemudiannya
mengalami keruntuhan. Sesuatu keruntuhan akan diikuti dengan kelahiran sesebuah bangsa
yang lain pula. Ia akan melahirkan suatu sistem pemerintahan yang lain berbentuk
kemaharajaan yang akan ditadbir oleh sesebuah keluarga diraja.

Sejarah juga merupakan ilmu yang membincangkan maklumat sejarah berdasarkan sistem
kepercayaan dan falsafah. Walaupun terdapat beberapa bias (pandangan subjektif) dalam
beberapa perbincangan. sejarah dapat dipelajari dari sudut pandang idealisme, contohnya
seperti gagasan Karl Marx yang menganggap agama sebagai candu bagi rakyat dan juga
Hitler yang berfahaman Nazi. Sejarah juga berbentuk pragmatisme, di mana masa kini dapat
dirujuk pada masa lalu untuk kepentingan masa hadapan. Kita dapat mengambil pengajaran
dari sejarah yang telah berlaku pada masa lalu contohnya tentang peristiwa yang telah
berlaku di Rusia dan Jerman.
5
Sejarah juga mempunyai kaitan dengan ilmu pengetahuan. Bidang-bidang ilmu pengetahuan
mempunyai sejarah yang tersendiri dalam menetapkan teori dan andaian atau hujah-hujah
serta pandangan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli fikir pada masa lalu. Terdapat dua kumpulan
besar yang dapat dilihat iaitu pertama sejarah berbentuk pragmatisme. Sejarah sebagai ilmu
tentang masa lalu boleh dijadikan teladan dan pengajaran demi menjaga kesejahteraan diri,
masyarakat dan negara. Sejarah juga dapat membantu seseorang itu untuk menjalankan tugas
dengan baik. Contohnya dengan mempelajari sejarah atau melihat kepada sejarah itu, ia akan
dapat melahirkan idea dalam merangka wawasan masa depan dengan penuh keyakinan sama
ada wawasan sesebuah negara, kementerian, mahupun sesebuah jabatan. Misalnya dalam
merangka wawasan masa depan sesebuah kementerian seperti Kementerian Pendidikan, ahli-
ahli kementerian itu haruslah melihat kepada sumber-sumber sejarah yang dimiliki oleh
kementerian itu sendiri. Sumber-sumber yang dimaksudkan antaranya dokumen-dokumen,
laporan-laporan, atau catatan-catatan mengenai kementerian pendidikan itu sendiri. Daripada
sumber-sumber sejarah tersebut mereka harus menilai bagaimana prestasi mereka pada masa
lalu, bagaimana hasilnya, apa yang kurang, apa yang perlu ditambah atau apa yang perlu
ditiadakan. Kedua ialah sejarah dari psikologi dan falsafah. Dari sudut ini mengatakan
bahawa sejarah diperlukan untuk memenuhi tuntutan dan kehendak emosi. Menurut E.H.
Carr, sejarah adalah dialog yang tidak pernah selesai antara masa sekarang dan masa lampau
iaitu satu proses interaksi yang berkesinambungan antara sejarawan dan fakta-fakta yang ada.

Sejarah mempunyai hubungan dengan ilmu pengetahuan. Terdapat persamaan dan perbezaan
antara sejarah dan ilmu pengetahuan. Persamaan sejarah dengan ilmu pengetahuan adalah
berdasarkan dari pengalaman, pengamatan dan penyerapan. Sejarah dan ilmu pengetahuan
memiliki dasar teori dan method. Perbezaaan antara sejarah dengan ilmu pengetahuan adalah:

1. Sejarah berkait dengan waktu. Ini kerana waktu memegang peranan penting yang
terdapat dalam sejarah tetapi ilmu pengetahuan tidak berkait dengan waktu kerana
bukan hal yang penting dari ilmu pengetahuan
2. Sejarah berkait dengan tempat, kerana memiliki sifat yang unik dan terjadi hanya
sekali. Sifat unik sejarah terikat oleh tempat dan masa.
3. Sejarah berkait oleh kekhususan, kerana tempat dan waktu terjadi sejarah menjadi
unik dan khusus.

6
Menurut Henry Ford (1927), sejarah boleh disalahgunakan. Ini boleh menyebabkan bahaya
yang mungkin berlaku di dalam politik dan juga masyarakat. Terdapat banyak kejadian
sejarah yang telah disalahgunakan, diselewengkan ataupun dipalsukan untuk mencapai tujuan
tertentu oleh golongan yang mempunyai kepentingan tertentu. Kebiasaannya dalam politik
banyak sejarah yang telah di ubahsuai agar sesuai dengan kepentingan orang-orang yang
berada dalam politik. Ini menyebabkan masyarakat dapat dimanipulasi oleh golongan yang
tidak bertanggungjawab demi untuk kepentingan sendiri.

Para ahli sejarah pada umumnya sepakat untuk membahagikan peranan dan kedudukan
sejarah kepada tiga iaitu sejarah sebagai peristiwa, sejarah sebagai cerita dan sejarah sebagai
ilmu. Pertama, sejarah sebagai peristiwa adalah sesuatu yang terjadi pada masyarakat
manusia di masa lampau. Pengertian pada ‘masyarakat manusia’ dan ‘masa lampau’ sesuatu
yang penting dalam definisi sejarah. Sebab kejadian yang tidak memiliki hubungan dengan
kehidupan masyarakat manusia, dalam pengertian di sini, bukanlah merupakan suatu
peristiwa sejarah. Pengertian sejarah sebagai peristiwa, sebenarnya memiliki makna yang
sangat luas dan beraneka ragam. Keluasan dan aneka ragam tersebut sama dengan luasnya
kehidupan manusia. Beberapa aspek kehidupan kita seperti aspek sosial, budaya, ekonomi,
pendidikan, politik, kesihatan, agama, keamanan, dan sebagainya semuanya terjalin dalam
peristiwa sejarah.

Kedua, sejarah sebagai ilmu. Kita mengenal definisi sejarah yang bermacam-macam, baik
yang berkaitan persoalan kedudukan sejarah sebagai sebahagian dari ilmu sosial, atau sejarah
sebagai sebahagian dari ilmu kemanusiaan, yang berkembang di sekitar erti makna dan
hakikat yang terkandung dalam sejarah. Sejarah itu adalah ilmu, tidak kurang dan tidak lebih.
Definisi sejarah sebagai ilmu menurut dari E.H. Carr (1982) menyatakan “history is a
continous process of interaction between the historian and his facts, and unending dialogue
between the present and the past”.

Ketiga, sejarah sebagai cerita. Sejarah sebenarnya merupakan hasil susunan sejarawan
terhadap sejarah sebagai peristiwa berdasarkan fakta-fakta sejarah yang dimilikinya. Dengan
demikian di dalamnya terdapat pula tafsiran sejarawan terhadap makna suatu peristiwa.
7
Sebenarnya buku-buku sejarah yang kita baca, baik buku pelajaran di sekolah, karya ilmiah
di perguruan tinggi, mahupun buku-buku sejarah lainnya, pada hakikatnya merupakan
bentuk-bentuk konkrit sejarah sebagai peristiwa.

Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa sejarah tidak pernah berulang, kerana setiap
kejadian sejarah adalah unik. Dalam hal ini, ada banyak faktor yang menyebabkan terjadinya
sesuatu sejarah. Oleh itu, tidak mungkin sesuatu faktor yang menyebabkan kejadian sejarah
akan muncul dan terulang lagi. Maka, pengetahuan yang telah ada tentang sesuatu kejadian
pada masa lampau tidak dapat diterapkan untuk kejadian pada masa sekarang dengan lengkap
dan sempurna. Tetapi ada pendapat yang mengatakan bahawa pandangan ini tidak benar
sepenuhnya, ini kerana ilmu sejarah dapat dan harus diambil dari setiap kejadian sejarah.

Walaupun sejarah tidak dapat diubah namun menurut pengkaji, sejarah mempunyai beberapa
kelemahan. Antara kelemahan sejarah ialah pertama ialah berkurangnya ketetapan dan
objektif. Ketetapan (accuracy) dan objektif sangat diperlukan dalam penulisan sejarah.
Ketepatan bererti kesesuaian antara fakta dan tulisan sejarah. Penulisan sejarah berdasarkan
pada fakta sedangkan seni merupakan hasil imaginasi. Sejarah terlalu dekat dengan seni
sehingga dapat mengurangi ketepatan dan objektif. Kedua ialah penulisan sejarah akan
terbatas. Penulisan sejarah yang terlalu dekat dengan seni akan terbatas pada objek-objek
yang dapat digambarkan. Penulisan sejarah penuh gambaran tentang perang dan biografi,
sedangkan tema sejarah lain yang penting, seperti sejarah ekonomi dan sejarah kuantitatif
yang menggunakan angka-angka dan analisis tidak tertulis.

8
PENUTUP

Pengertian sejarah jika dilihat secara umum ialah memiliki makna daripada cerita ataupun
kejadian yang benar-benar terjadi pada masa lalu. Selain itu, pengertian sejarah juga dapat
dikatakan sebagai ilmu pengetahuan tentang peristiwa atau kejadian yang telah terjadi pada
masa lampau dalam kehidupan manusia. Sejarah penting buat diri sendiri. Dengan
mempelajari ilmu sejarah, kita dapat mengenal asal usul kita. Selain itu, sejarah juga dapat
mengingatkan kita tentang peristiwa-peristiwa penting yang terjadi pada masa lalu yang
mempunyai memiliki pengaruh yang besar.

Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia. Dalam kaitan dengan mempelajari sejarah,
kita dapat mengambil manfaat daripada sejarah di antaranya dapat mengetahui tentang
kehidupan manusia di masa lampau dan dapat dijadikan panduan untuk kehidupan kini dan
kehidupan yang akan datang. Selain itu, kita dapat mempersiapkan diri untuk menyampaikan
kejadian masa lalu dan masa sekarang kepada generasi berikutnya sebagai bahan
pengetahuan dan pengalaman. Kita juga dapat meyakinkan orang berdasarkan alasan
peristiwa di masa lampau dan dapat memperbaiki kehidupan dengan merujuk kepada
peristiwa di masa lalu untuk dijadikan pengajaran pada masa depan.

Walaupun terdapat pelbagai pengertian sejarah beberapa ahli fikir namun maksud sejarah itu
adalah sama. Sejarah amat penting untuk dipelajari kerana melaluinya dapat melahirkan
masyarakat yang mempunyai jati diri serta ada nilai-nilai patriotisme yang tinggi.
Mempelajari sejarah juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan boleh mengambil iktibar
dari peristiwa masa lalu agar tidak mengulangi kesilapan. Selain itu, ahli sejarah haruslah
meneliti sesuatu sejarah dengan lebih mendalam untuk menghasilkan sesebuah karya sejarah
yang berkualiti dan mengandungi isi yang benar-benar tepat tentang fakta-fakta sejarah. Hal
yang sedemikian rupa akan mencemarkan nama baik sejarah jikalau perkara tersebut tidak
benar-benar dikaji dan hanya diambil ringan oleh ahli sejarah. Oleh sebab itulah sejarah
dianggap begitu penting untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti tinggi.

Anda mungkin juga menyukai