Anda di halaman 1dari 3

Kisah Raja Bersiong

Raja Seri Mahawangsa, iaitu ibu bapa Raja Seri Maha Inderawangsa, tidak
setuju baginda berkahwin dengan cucu Nang Meri, seorang penghulu dan raja
kepada segala tentera gergasi.
Baginda pernah berkata: Tiada sama
bangsanya dengan kita. Kalau-kalau siapa tahu akhirnya beroleh anak dengan
perempuan itu, menurut hawa nafsu kaumnya, iaitu gergasi, masuk fitnah
makannya itu.
Raja Seri Mahawangsa memelihara cucu Nang Miri keturunan gergasi yang
mempunyai rupa paras yang cantik. Tanpa diduga anakanda baginda telah
jatuh hati dan hendak mengahwininya.
Baginda sangat sugul di atas sikap putera baginda yang degil, jatuh sakit dan
mangkat.
Secara tradisi Raja Seri Maha Inderawangsa naik takhta. Baginda adil lagi
pemurah menyebabkan semua menteri dan hulubalang menjunjung kasih.
Baginda setuju mendirikan istana baru di Sungai Emas.
Pada masa yang sama baginda telah dikurniakan seorang putera yang terlalu
besar panjang dengan hebat termandang-mandang sikapnya. Diberi nama Raja
Ong Maha Perita Deria.
Raja Seri Maha Inderawangsa mangkat sebelum sempat melihat istana barunya
siap.
Anakanda baginda menaiki takhta. Baginda tidak meneruskan kerja-kerja
menyiapkan istana tersebut kerana tidak berkenan di hatinya.
Baginda seorang raja yang suka bermain-main ke hutan dan menghilir mudik
sambil melihat tapak baru yang lebih sesuai membina istana.
Setelah mendapat lokasi yang sesuai baginda mengerahkan rakyat membina
istana dan rumah-rumah untuk hulubalang dan menteri.
Baginda memerintahkan rakyatnya pergi ke Aceh membawa balik batu bata
yang terkenal kerana cantik untuk dijadikan kota baginda.
Baginda bertindak kasar terhadap rakyat dan sesiapa yang membuat salah
dirantai dan dipenjarakan. Menteri keempat merasa dukacita.
Baginda berkahwin dengan seorang anak Melayu yang cantik dan baik
pekertinya. Menteri keempat merayu agar menasihati baginda berlaku adil.
Setelah siap kota itu dinamakan Kota Aur sebab banyak hutan buluh tumbuh di
sekitarnya.
Baginda gemar bersiar-siar melihat kawasan sekeliling dan mendapati pulaupulau menjadi daratan, seperti Gunung Jerai, Bukit Jambul, Bukit Lada, pulau
Keriang menjadi Gunung Keriang dan Tanjung Bara menjadi Bukit Tunjang.
Sambil menikmati keindahan alam baginda memetik buah-buahan di atas gajah
Gemala Johari yang datang dari Patani.
Suatu hari baginda mengadu sakit gigi siong kepada Menteri dikatakan sebab
suka makan sayur bayam lecek dan suruh baginda berhenti. Baginda enggan
tanpanya tak lalu santap.
Sejak itu baginda digelar Raja Bersiong.
Suatu hari baginda duduk di balairong masuk ke istana untuk bersiram.

Pada masa itu gerau sedang memotong sayur bayam. Oleh sebab terlalu
gopoh beliau telah terhiris hujung jarinya. Dilihatnya darah menitik ke dalam
sayur, hendak dibuat yang lain sudah kesuntukan masa sebab Raja Bersiong
sudah sedia untuk santap.
Baginda santap dengan penuh selera berbanding pada masa-masa lalu.
Baginda memanggil gerau dengan pedang terhunus bertanya apakah yang
menyebabkan sayurnya itu terlalu enak. Disebabkan takut gerau menceritakan
peristiwa yang terjadi.
Sejak itu baginda memerintah membunuh rakyat yang di dalam penjara, diambil
darah, dimasukkan ke dalam gulai lecek. Malah baginda sendiri menuangkan
darah itu ke dalam belanga sayurnya. Setelah santap dirasanya terlebih lazat
daripada sebelumnya.
Keesokannya diperintah bunuh seorang diambil darah, hati, dibuat gulai serta
dipanggang dan darahnya dibuat kuah.
Baginda tidak dapat meninggalkan tabiatnya. Habislah rakyat yang tidak
berdosa dibunuhnya. Rakyat hidup dalam ketakutan dan ada yang berhijrah ke
tempat lain.
Di Seri Gunung Ledang, Kampar mencabar RB, menjelmakan diri menjadi
seekor babi tunggal, menyondol-nyondol baginda, menukar dirinya pula sebagai
seekor ular dan seekor harimau.
Pergelutan sengit, akhirnya harimau lari masuk ke dalam hutan.
Menteri keempat dukacita kerana rakyat lari ke tempat lain. Mereka
bermuafakat dengan permaisuri untuk menyerang baginda menggunakan
peluru kapur.
Baginda meninggalkan istana melalui pintu rahsia.
Selepas itu negeri Kedah tidak mempunyai raja dan Menteri Keempat telah
menghantar utusan ke Siam memaklumkan hal tersebut.
RB lari dalam keadaan lapar dan dahaga, dan segala alat senjatanya jatuh
bertaburan.
Baginda sampai ke huma orang bertanam sirih dekat dengan sempadan negeri
Siam.
Baginda turut membuat kerja tanpa disuruh dan berhenti apbila disuruh makan
dan selepas itu menyambung kerjanya hingga ke malam. Baginda tidak
meminta upah, sekadar diberi makan dan minum sahaja.
Orang dusun itu tinggal bersama anak perempuan mereka yang sangat cantik
rupa parasnya. Sebenarnya mereka dalah daripada keturunan raja-raja tetapi
telah membawa diri kerana perselisihan keluarga.
Suatu hari RB dan anak perempuan itu tinggal di rumah. Kedua mereka saling
jatuh hati.
Ibu bapa tidak tahu sehinggalah anak mereka hamil tujuh bulan. Mereka
dikahwinkan. Genap kandungan, lahirlah seorang bayi lelaki.
Seorang rakyat yang mengenali RB memberitahu Menteri Keempat. Seratus
orang telah dihantar untuk menangkap baginda dan membunuh baginda
sekiranya melawan.

Baginda sedang menyangkul di kebun sirih dan apabila dilihat ramai orang
dating hendak menangkap, baginda lari bersungguh-sungguh menyelamatkan
diri.
Baginda lari menuju ke perdu buluh betung yang tumbuh bersusun-susun
banyaknya dan memasukkan dirinya.
Mereka kembali mengadap Menteri Keempat memaklumkan peristiwa yang
terjadi tanpa mengetahui bahawa RB mempunyai isteri dan seorang anak lelaki.
Utusan yang membawa surat sampai ke Siam. Raja Siam menghantar Gemala
Johari, gajah sakti membawa anak balik ke istana.
Dilantik sebagai raja Kedah dengan gelaran Raja Pra Ong Mahaputisat.
Baginda membuka negeri di Bukit Meriam. Sebelum mangkat baginda melantik
Raja Phra Ong Mahawangsa menjadi raja Kedah. Raja ini suka minum arak.

Dapatan daripada kisah Raja Bersiong:


1. Perlu ikut nasihat ibu bapa sebelum berkahwin.
2. Pada zaman silam rakyat berpegang bahawa raja adalah bayangan Tuhan, rakyat
bernaung, tetapi sebaliknya berlaku;
3. Raja tidak ikut nasihat Permaisurinya dan Menteri Keempat supaya meninggalkan
tabiat buruk meminum darah dan membunuh rakyat.
4. RB telah melakukan zina. Agama melarang perbuatan zina.
5. Rakyat bangun memberontak tidak bermakna menderhaka berperang guna peluru
kapur sahaja.
6. Rakyat Kedah masih pegang kepada prinsip pantang anak Melayu menderhaka.
7. Kisah asal usul keturunan raja-raja Kedah bukan sebarangan keturunan iaitu
keturunan gergasi dari Rom.
8. Perhubungan Siam, Perak, Petani dan Aceh beli batu (istana/kota dan nisan).

Anda mungkin juga menyukai