Anda di halaman 1dari 3

1.

NAMA PROGRAM
BENGKEL TARIAN ISTANA (Tarian Asyik & Layang Mas)

2.

LATAR BELAKANG PROGRAM

i.

Tarian Layang Mas


Menurut sejarah, tarian ini dicipta ketika Raja Perlis menghantar ufti
bunga emas kepada kerajaan Siam pada masa negeri ini di bawah
naungan kerajaan Siam. Penghantaran ufti tersebut dilakukan dengan
menaiki gajah. Ketika itulah, seorang gembala gajah yang di panggil Tuk
Jambul bersama rakannya Ecan mencipta lagu `Layang Mas. Setelah
pulang dari Siam, kedua gembala gajah tadi mencipta pula tarian Layang
Mas.
Tarian ini juga adalah salah satu tarian dalam himpunan (repertoire)
Terinai.

Sebuah

tarian

istana

yang

sangat

cantik

yang

banyak

menggunakan gerak tangan, melayang-layang (melenggang-lenggang)


sambil berpusing beberapa kali, mempunyai gerak bahu yang jelas serta
pergerakan pinggul. Tarian juga menggunakan selendang panjang yang
terikat dengan tali pinggang di pinggang. Selendang ini dipegang dengan
ibu jari dan jari telunjuk dan sering digambarkan sebagai sayap burung.
Tarian ini hanya boleh ditarikan oleh golongan wanita sahaja.
Sumber rujukan : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara
ii.

Tarian Asyik
Tarian Asyik merupakan satu tarian klasik (daerah) Kelantan dan
dipersembahkan di istana (Raja-Raja Kelantan). Penari-penari terdiri
daripada dayang-dayang istana. Selain itu Tarian Asyik ditarikan pada hari
perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di istana. Hari
ini Tarian Asyik dipersembahkan juga pada hari-hari temasya negeri dan
negara.

Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang
memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari
istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Sumber rujukan : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara
3.

NAMA AKTIVITI

3.1

4.

Tarian Istana (Tarian Layang Mas dan Tarian Asyik)

OBJEKTIF

4.1

Pelajar dapat menguasai tarian-tarian istana yang terdapat di


Malaysia.

4.2

Pelajar dapat menguasai teknik-teknik yang betul tentang


tarian istana.

4.3

Pelajar dapat menguasai dengan baik tentang tarian istana


yang merupakan sukatan pelajaran menengah atas (tari).

5.
5.1

KUMPULAN SASAR
Ahli kelab tari, pelajar penjurusan tari Tingkatan 4 dan yang bakal
mengambil jurusan tari tahun 2015.

5.2

6.
6.1

Jurulatih Seni Tari Sekolah Seni Malaysia Kuching

TARIKH PELAKSANAAN DAN MASA CADANGAN


6 8 OGOS 2014 (Bengkel Tarian Istana dengan tenaga pengajar yang
profesional dalam tarian Layang Mas dan Asyik dari luar)

6.2

7.
7.1

Petang (2.00 petang 5.00 petang), Malam (8.00 pm 10.00pm)

TEMPAT
xxxxxxxx

8.
8.1

PERINGKAT PELAKSANAAN
Peringkat sekolah.

Anda mungkin juga menyukai