Anda di halaman 1dari 55

1

BANGSAWAN

1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dwibahasa, Teater memberi makna sebuah

gedung sandiwara iaitu yang menerangkan tentang tempat lakonan

itu dijalankan. Teater juga bermakna penulisan dan pementasan

yang menggambarkan tentang kegiatan dalam teater yang dilebih-

lebihkan, dibuat-buat dan diada-adakan dengan secara sedar dan

sengaja. Pengertian ini sebenarnya merupakan pengertian mengenai

teater yang paling dasar. (Saparman Bakri, 1982: 1-2)

2.0 Sejarah Persembahan Teater Terawal

Sehingga kini, sejarah masih tidak dapat membuktikan mana

satu bangsa atau negara yang terlebih dahulu memiliki tradisi drama.

Ahli-ahli sejarahwan tidak menyifatkannya sebagai sebuah misteri

yang belum dapat dipecahkan. Namun begitu, hasil penyelidikan dan

pengkajian tidak membuktikan bahawa drama sebenarnya sudah

wujud sebelum adanya tradisi tulisan. (Abdul Rahman Napiah, 1987:

1). Seni drama dunia merupakan hasil perkembangan seni tarian

dan berkait rapat dengan kegiatan keagamaan. Cara memuja Tuhan

dengan membuat penyataan melalui tarian dan kelakuan telah

diketahui ada sejak zaman kebesaran Mesir. (Rahman Bujang, 1975:

6)

1
2

2.1 Drama Mesir

Menurut Muhammad Abdul Rahim, kesan sejarah Mesir tidak

meninggalkan dokumentasi bertulis. Hanya dari piramid dan

hierogliphics dapat dicungkil beberapa kenyataan. (Abdul Rahman

Napiah, 1987: 2). Menurut ahli-ahli sejarah drama, telah ada hasil

seni drama yang nyata ketika itu dalam sebuah cerita lakonan

bernama Abydos Passion Play yang telah dijumpai dalam kumpulan-

kumpulan penulisan piramid atau hierogliphics. Drama ini

merupakan drama yang tertua diketahui di dunia. (Rahman Bujang,

1975: 6)

Asal-usul Abydos Passion Play dapat dikaitkan dengan

upacara perayaan kematian dewata Osiris. Osiris ialah satu metos

yang tumbuh dari konsep heroisme, kemudian dilagendakan dengan

mengadakan persembahan kepada rohnya, dipercayai mendatangkan

kesejahteraan dan keselamatan. Bentuk persembahannya

mengandungi tarian, nyanyian dan lakonan. Drama Mesir ini

merupakan manifestasi melalui gerak bagi melahirkan emosi dan rasa

sentimental yang rapat kaitannya dengan unsur-unsur magis yang

berupa simbolisme. (Abdul Rahman Napiah, 1987: 2-3)

Dengan kata lain, drama Mesir ini merupakan satu drama yang

dilakonkan berdasarkan 35 pencerita dan diiringi oleh muzik yang

bertujuan membuatkan persembahan lebih menarik. Akan tetapi,

Abydos Passion Play itu tidak dapat berkembang kepada suatu

2
3

bentuk drama yang baru. Sehingga berakhirnya kerajaan Firaun di

Mesir, bentuk dramanya tetap di tahap yang dinyatakan di atas.

(Abdul Rahman Napiah, 1987: 3). Di samping itu, banyak lagi hasil-

hasil drama dari tamadun ini tidak dapat dipastikan kerana

pengkajian heirogliphics tidak lengkap akibat dihapuskan oleh masa

dan iklim.

2.2 Drama Yunani atau Greek

Berbeza dengan drama Mesir, drama Yunani atau Greek telah

memiliki teknologi drama yang cukup tinggi. Etimologi drama itu

sendiri berasal dari bahasa Greek yang bererti aksi atau gerak.

Pada zaman Yunanilah, sudah wujudnya tradisi penulisan skrip,

pengarahan, pemanggungan dan lain-lain aspek pementasan.

(Rahman Bujang, 1975: 3).

Seni drama Yunani sama dengan drama Mesir juga lahir dari

perkembangan upacara pemujaan Tuhan yang bernama Dionysos.

Tarian dan lakunan diadakan untuk memuja dan memuji Dionysos.

Dari perayaan inilah lahirnya bentuk seni drama yang terawal di

dunia iaitu lakonan Tragedi. Perayaan Dionysos yang pertama

dijangka berlaku lebih kurang dalam tahun 534 S.M. di mana

pertandingan lakonan Tragedi dipertandingkan. Selain itu, dalam

zaman yang sama, terdapat sebuah bentuk drama lain yang dipanggil

lakonan Komedi (sebalik dari Tragedi). (Rahman Bujang, 1975: 7)

3
4

Pada zaman Yunani, beratus-ratus penulis drama telah

dilahirkan. Misalnya, Arion, Thespis, Aeschylus (525-456 S.M),

Sophocles (497-506 S.M), Euripides (485-506 S.M) dan lain-lain lagi.

Antara daripada mereka, empat orang yang paling terkemuka iaitu, ,

Aeschylus, Sophocles, Euripides dan Aristophanes. Aeschylus,

Sophocles dan Euripides telah menghasilkan drama yang berbeza dari

segi stail dan penggarapan tema tetapi berdasarkan falsafah

pendramaan yang sehala iaitu memilih bentuk plot tragedi.

Manakala Aritophenes pula menghasilkan bentuk drama komedi.

(Ahmad Rahman Napiah, 1987: 9-11). Aristotle (384-322 S.M) pula

merupakan tokoh pengkritik seni drama Yunani yang pertama.

Melalui karyanya, Poetics, beliau dengan membuat pertalian ilmu seni

drama dengan ilmu pengkajian manusia, telah menjadikan drama

sebagai bidang ilmu yang saintifik dan universal. (Rahman Bujang,

1975: 8).

2.3 Drama Romawi

Drama Romawi merupakan saduran daripada Greek. Jika

zaman Yunani atau Greek diibaratkan sebagai zaman permulaan

penggunaan pentas, maka, zaman Romawi pula merupakan zaman

perkembangan penggunaan pentas.

Livius Andronicus dari Rom telah mengusahakan penyaduran,

penyalinan, penterjemahan, serta mementaskan drama-drama Greek

di Rom. Hampir satu abad, kegiatan drama di Rom dipengaruhi oleh

4
5

teori-teori dan falsafah-falsafah tragedisme dan komedisme Greek.

Apabila taraf Rom bertukar dari republik ke empayar, usaha untuk

menghasilkan karya-karya asli bermula kerana ingin mencari identiti

kebangsaan sendiri.

Pada zaman Rom, terdapat 3 orang dramatis yang terkenal iaitu

Plautus, Terence dan Seneca. Plautus telah menghasilkan 24 buah

drama dan kebanyakkannya berbentuk komedi. The Hanbted

merupakan dramanya yang terbaik. Terence (bekas seorang hamba

dan peminat Aristophones) pula menghasilkan 6 buah skrip drama

komedi yang kebanyakkan ditujukan kepada golongan elit. Antara

karya Terence yang terkenal ialah Adelphi. Seneca pula merupakan

penulis drama tragedi yang memenuhi konsep Katarsis. Beliau

telah menghasilkan sepuluh buah drama.

Tradisi teater Rom yang unik ialah penumpuan kepada

perhiasan dan keindahan pemanggungan. Panggung atau pentas

yang didirikan itu penuh dengan seni yang halus sehingga senibina

itu kadangkala lebih penting dari drama yang dipentaskan.

Oleh kerana sudah terbiasa dan terbelenggu dengan gaya

drama Yunani. Rom sesungguhnya tidak dapat menghaslikan karya-

karya yang asli. Kesannya ialah drama menduduki tempat kedua

dalam senarai hiburan di Rom selepas pertunjukan-pertunjukan

5
6

peperangan dan perlawanan kekuatan antara manusia hamba

dengan binatang buas. (Abdul Rahman Napiah, 1987: 12-15)

2.4 Drama di Eropah

Drama di Eropah merupakan kesinambungan dari

perkembangan ilmu manusia pada zaman Renaissance atau Zaman

Baru. Pada ketika itu, pemikiran manusia lebih revolusioner. Alam

seni drama di Eropah adalah lebih menitikberatkan penilaian dari

segi keindahan estetikanya dari pada sifat-sifat keagamaan. Aliran

romantisme, realisme, simbolisme, naturalisme dan lain-lain telah

timbul perkembangan pemikiran manusia.

Negara-negara di Eropah seperti Perancis, England, Itali,

Sepanyol dan Jerman telah menghasilkan karya-karya drama yang

diolah mengikut keadaan tempatan dalam zaman-zaman kegiatan

drama di negara masing-masing.

Di Perancis, terdapat tokoh penulis drama yang terkenal seperti

Piere Racine (Andromague, Phedre dan Brenica), Pierre Corneille (Le

Cid) dan Moliere (Tartuffe dan Lavare).

Di England pula, Shakespeare dengan karya-karya tragedisnya

seperti Romeo and Juliet dan Hamlet; serta karya-karya komedi

seperti A Mid Summer Nights Dream telah mendapat sambutan

yang baik dari golongan bangsawan dan rakyat biasa.

6
7

Di Itali pula, timbul corak drama komedi iaitu Commedia eru

dita dan Commedia de llarte. Drama ini unik kerana penyampaian

dialognya ialah secara spontan.

Di Sepanyol, keunikan persembahan dramanya dilihat dari segi

scenario atau peralatan pentas bagi setiap babak sudah sedia

didirikan terlebih dahulu.

Negeri Jerman merupakan negara dari Eropah yang telah

membawa aliran realisme ke dalam dunia drama. Tokoh yang

bertanggungjawab membawa aliran realisme ialah Ibsen. Karyanya

yang terkenal ialah Rumah Patung, Hantu dan Musuh Rakyat.

Keseluruhan aktiviti seni drama di Eropah pada zaman baru itu

berkembang dengan begitu baik terutamanya dari segi penciptaan,

pengkajian dan penganalisaannya. (Rahman Bujang, 1975: 9-12).

2.5 Drama India

Drama di India sering dikatakan sebagai pusat seni budaya

Asia. Dari hasil kajian ahli-ahli sejarah drama India, didapati

kelahiran seni drama di India berbeza dengan di Barat. Di Barat, seni

drama lahir sebagai satu daya memuja Tuhan-Tuhan, tetapi di India,

seni drama lahir sebagai satu daya memperkembangkan agama

Hindu kepada rakyat dengan cara yang paling mudah.

7
8

Oleh kerana India merupakan tempat kelahiran agama Hindu

yang juga merupakan agama yang tertua di rantau Asia, maka

pengaruhnya sangat jelas dalam seni drama tradisional di negara-

negara Asia. (Rahman Bujang, 1975: 13)

Ahli-ahli teori India membahagikan corak drama kepada dua

iaitu Lokadharmi (kebenaran) dan Natyadharmi (kezaliman).

Lokadharmi dimaksudkan sebagai penggembaran kelakuan

manusia di atas pentas serta membentang objek-objek dengan cara

semulajadi. Natyadharmi pula merupakan persembahan sesuatu

lakonan dengan menggunakan gerakan-gerakan yang sengaja

dijeniskan dan diberi perkembangan-perkembangan tertentu. Maka,

Natyadharmi lebih mementingkan kesenian dan estetika dari

kebenaran. (Rahman Bujang, 1975: 15-16)

Antara dramatis India yang terkemuka ialah Kalidasa dengan

Sangkutala dan Malavikakangnimitram, Sudraka dengan

Madhyanavyayoga dan Ratnavali dan lain-lain. (Abdul Rahman

Napiah, 1987: 31)

2.6 Drama Bangsawan

Drama Bangsawan merupakan seni pementasan atau teater

lama di Malaysia yang dapat dianggap sebagai teater bangsawan.

Drama ini di zaman gemilangnya merupakan seni pertunjukan pentas

yang paling terkenal dan amat diminati oleh semua golongan

8
9

masyarakat. Pengaruhnya kepada penonton dapat disamakan minat

masyarakat sekarang menonton tayangan filem Hindustan pada

suatu masa dahulu. Pementasan drama Bangsawan pada masa

dahulu dapat juga dianggap sebagai wayang bergerak. Setiap

kumpulan mengadakan persembahannya dari satu tempat ke satu

tempat yang lain. Di mana sahaja persembahan Bangsawan

diadakan pada waktu tersebut pasti mendapat sambutan daripada

orang ramai.

Perkataan Bangsawan dalam istilah Bahasa Malaysia

dikatakan berasal dari dua perkataan iaitu bangsa dan wan.

Bangsa membawa maksud kumpulan atau segolongan manusia,

manakala perkataan wan pula adalah gelaran untuk orang-orang

berketurunan raja. Jadi perkataan bangsawan adalah cantuman

daripada dua perkataan tersebut. Memang pada asalnya, orang-

orang daripada keturunan itulah yang menceburkan diri sebagai

pelakon Seni Bangsawan. (Mohd Taib Osman & Wan Kadir Yusoff,

1983: 31-32)

Di negara-negara Asia Tenggara yang lain juga memiliki drama

seakan-akan drama bangsawan. Misalnya di Indonesia, ia dikenali

sebagai stamboel, ketoprak, ludruk dan lenong; di Thailand

dengan likay; Vietnam cailong; Filipina zarzuela; Burma

satpuve dan sebagainya. (Abdul Rahman Napiah, 1987: 64)

9
10

Mengenai asal-usul drama Bangsawan di Malaysia, Rahman

Bujang telah menyetujui pendapat A.H.Edrus yang mengatakan ia

berasal dari India. Pada tahun 1870an, sebuah rombongan drama

India bernama Rombongan Wayang Farsi atau Mendu yang

dianggotai oleh pelakon lelaki dan perempuan telah sampai di Pulau

Pinang. (Abdul Rahman Napiah, 1087: 64). Bentuk persembahannya

adalah kombinasi antara nyanyian, tarian dan lakonan membawa

cerita-cerita serta bermotifkan hiburan. Masyarakat tempatan sangat

terpesona. Kemudiannya, peralatan rombongan tersebut telah dibeli

oleh hartawan di Pulau Pinang bernama Mamak Pushi atau

Muhammad Pusi. (Rahman Bujang, 1975: 20)

Menurut Profesor Madya Abdul Rahman Napiah, teori yang

mengatakan bahawa bangsawan berasal dari India itu dapat

dipertikaikan. Pada pendapat beliau, drama bangsawan itu berasal

dari Parsi dan bukannya dari India. Kalau pun ia berasal dari India,

yang mengerjakannya ialah orang-orang yang berdarah Parsi. (Abdul

Rahman Napiah, 1987: 65)

Pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia

pernah menerbitkan sebuah buku kerja tentang Seni Bangsawan.

Dalam buku tersebut, dinyatakan setelah Muhammad Pusi

mempunyai wayang bangsawannya sendiri, maka nama bangsawan

terus dipopularkan dan kumpulannya sendiri diberi nama Pusi

Indera Bangsawan of Penang. Dalam perkembangan seterusnya

10
11

nama baru bagi wayang bangsawan dikenali sebagai Opera. Nama

tersebut digunakan oleh anak-anak wayang bangsawan berdasarkan

kemasukan pengaruh seni drama barat ke dalam seni lakon

bangsawan. Boleh dikatakan cerita drama ciptaan Shakespear dan

seni drama Itali telah mempengaruhi nama opera itu. (Mohd Taib

Osman & Wan Kadir Yusoff, 1983: 35-36)

Pada zaman kegemilangannya drama Bangsawan ditubuhkan

dengan banyak. Di antara nama-nama kumpulan yang terkenal ialah

Malay Opera of Selangor, Malay Opera of Malacca, Star Opera,

Nahar Bangsawan, Seri Nara Opera dan lain-lain. Kesemua

kumpulan tersebut tidak tinggal tetap dan sentiasa berpindah-

pindah.

3.0 Persembahan Bangsawan

Bangsawan merupakan sebuah corak drama tradisional yang

mempunyai beberapa sifat yang unik. Persembahan bangsawan

keseluruhannya tidak menggunakan skrip kecuali terdapat satu

senario atau ringkasan ceritanya. (Zakaria Ariffin, 1993: 15). Ia

merupakan satu bentuk drama yang menggunakan senikata yang

diimprovisasi sendiri oleh pelakon-pelakonnya. Sesungguhnya

maksud cerita atau garis kasar jalan cerita telah diberikan oleh

pengarah, tetapi tanggungjawab yang berat terletak kepada pelakon-

pelakon yang terpaksa menjalankan lakonan dengan senikata yang

digubah sendiri. Dengan kata lain, setiap pelakon mesti memahami

11
12

cerita tersebut dan mencipta dialognya sendiri, tetapi mestilah

bersesuaian dengan watak-watak lain.

Kejayaan sesebuah kumpulan bangsawan banyak bergantung

kepada Seri Panggung atau pelakon wanita utamanya dan orang

muda atau pelakon-pelakon lelaki utamanya. Penonton

kebanyakannya lebih tertarik untuk melihat Seri Panggung atau

orang muda daripada menonton cerita bangsawan itu sendiri.

(Zakaria Ariffin, 1993: 15). Kerana itulah Seri Panggung atau orang

muda yang cantik atau kacak sering menjadi rebutan bagi

kumpulan-kumpulan bangsawan.

Pelakon utama dari sesuatu persembahan Bangsawan mestilah

terdiri daripada mereka yang pandai mengeluarkan senikata yang

panjang lebar dan sesuai dengan peranan yang dipegang. Secara

tidak langsung, sesuatu lakonan yang bersifat flexible terbentuk

mengikut sambutan penonton. (Rahman Bujang, 1975: 44). Jika

sesuatu persembahan mendapat sambutan penonton yang hangat,

maka cerita akan dipanjangkan dengan menokok-tambah selingan

lagu-lagu atau tarian-tarian sebagai babak extra turn iaitu babak

yang tidak berkiatan dengan jalan cerita. Selain itu, tarian dan

nyanyian juga ditunjukkan sebagai selingan apabila suatu

pertukaran babak dijalankan.

12
13

Kadang-kadang watak komedi atau acara lawak jenaka juga

sering diselitkan bersama dalam lakonan drama bangsawan bagi

mengurangkan ketegangan jalan cerita di samping mengubah

perhatian penonton kepada kisah-kisah lucu untuk menghindarkan

dari kebosanan terhadap jalan cerita yang lazimnya sudah diketahui

terlebih dahulu oleh penonton. Dengan itu, acara lawak jenaka itu

telah menjadi unsur daya penarik dalam persembahan Bangsawan.

(Rahman Bujang, 1975: 46)

3.1 Pelakon-pelakon Bangsawan

Pelakon-pelakon Bangsawan adalah sejumlah besar daripada

golongan anak-anak Bangsawan. Dari jumlah 60 orang anak-anak

Bangsawan, 40 daripada mereka terdiri daripada pelakon-pelakon.

Dalam golongan ini terdapat pula pemeringkatan peranan daripada

kedudukan yang serendah-rendahnya hingga kepada setinggi-

tingginya. Biasanya, pelakon-pelakon peringkat atasan terdiri

daripada mereka yang sudah lama berkecimpung dalam

persembahan Bangsawan, dan telah pernah memegang berbagai-

bagai peranan.

Peringkat pertama peranannya hanyalah sebagai Pak Pacak

iaitu pelakon-pelakon tambahan yang tugasnya hanya memegang

tombak di sebelah kiri dan kanan pentas dalam set pemendangan

istana.

13
14

Peringkat kedua pula apabila ia diberi peranan sebagai anak

mambang iaitu watak yang memakai pakaian yang cantik tetapi tidak

banyak berdialog selain daripada membuat ucapan-ucapan salam

atau perkhabaran berita masing-masing. Dalam cerita-cerita Melayu,

watak ini dilambangkan oleh peranan panglima. Dalam cerita-cerita

kayangan pula, watak ini dilambangkan oleh peranan dewa dewi.

Peringkat ketiga, apabila ia diberi peranan anak raja di mana ia

diperlukan dalam beberapa babak dan sentiasa ada di samping raja

(ayahandanya) yang memerintah. Tetapi, ia masih tidak banyak

dialog selain daripada menjawab pertanyaan perkhabaran daripada

ayahandanya.

Peringkat keempat ialah peringkat peranan raja, menteri dan

lain-lain peranan yang memerlukan dialog-dialog yang panjang-

panjang juga. Syarat pelakon-pelakon diterima kepada peringkat ini

bukan sahaja pada kebolehan memegang peranan dengan natural

tetapi juga ada gaya dan perawakan untuk peranan itu.

Peringkat kelima merupakan peringkat yang tertinggi iaitu seri

panggung, orang muda dan ahli lawak yang biasanya mempunyai

suara yang baik dan pandai menyanyi. Mereka dimestikan

mempunyai keelokkan paras rupa dan dapat memikat hati penonton

keran kecantikan mereka. Ahli lawak pula dimestikan mempunyai

kebolehan berdialog dan beraksi dengan cara selucu-lucunya

14
15

sehingga menimbulkan gelak ketawa di kalangan penonton. Bagi

ketiga peranan ini, boleh juga dicapai tanpa menempuh tiap-tiap

peringkat dalam barisan kepentingan peranan dari peringkat pertama

dan seterusnya tadi. Ada yang dipilih kerana disedari adanya bakat

pada mereka dan ada pula yang terus-menerus diuji untuk peranan

utama ini.

Pelakon-pelakon Bangsawan boleh dibahagikan kepad 2

kategori, iaitu (a) pelakon utama dan penting dan (b) pelakon

tambahan, penari-penari dan penyanyi.

a) Pelakon Utama

Pelakon-pelakon utama terdiri daripada lelaki dan perempuan

mengikut peringkat-peringkat mereka.

1) Pelakon Wira

Dalam Bangsawan pelakon wira dikenali sebagai orang muda.

Ia memainkan peranan yang penting dalam persembahan

Bangsawan. Orang muda biasanya diberi peranan sebagai anak raja

atau lain-lain peranan yang berfungsi penting.

Seorang pelakon wira mesti mempunyai suara yang baik

supaya boleh membawa lagu-lagu yang diberi kepadanya dalam

lakonan kelak. Selain itu, suaranya juga harus jelas kedengaran

15
16

kepada penonton serta dengan nada yang nyaman pula kepada

pendengaran.

Orang muda juga dipilih berasaskan kepada rupa parasnya. Ia

haruslah seorang yang baik rupanya di samping mempunyai

kelakuan yang lemah-lembut, iaitu mempunyai peribadi yang selari

dengan kebaikan rupanya.

2) Pelakon Wirawati

Dalam persembahan Bangsawan pelakon wirawati dipanggil

Seri Panggung. Peranannya sama penting dengan peranan orang

muda. Pada zaman permulaan kegiatannya, antara tahun 1880-

1900, peranan Seri Panggung ini diambil dari pemuda-pemuda.

Keadaan ini terjadi kerana masyarakat dahulu yang tidak

menganggap baik terhadap kaum wanita yang berkecimpung dalam

sesuatu pekerjaan di luar rumah. Oleh itu, pelakun-pelakun yang di

ambil untuk watak ini adalah pemuda-pemuda belasan tahun yang

berperawatakan keperempuan.

Tetapi setelah tahun 1900, perempuan-perempuan mulai

berani memasuki perkumpulan-perkumpulan Bangsawan sebagai

seri panggung, penari dan lain-lain peranan wanita. Peranan seri

panggung sama pentingnya dengan peranan orang muda.

Pemilihannya juga berdasarkan kecantikan paras rupa dan kebolehan

menyanyi selain daripada kepandaian dan kecekapan membawa

16
17

lakonan. Ia mestilah terdiri dari perempuan-perempuan yang

berkulit putih. Seri Panggung juga dikenali sebagai Prima Donna.

Kecantikannya telah menjadi daya penarik dan alat perdagangan

sesebuah kumpulan Bangsawan.

Peranan-peranan Seri Panggung biasanya diberi peranan

sebagai tuan puteri atau permaisuri, anak atau puteri jin yang jelita

dan manis dan perempuan kampung yang hina-dina tetapi

mempunyai sifat-sifat yang utama.

3) Ahli Lawak

Pelakon-pelakon yang mengambil peranan lawak ini dipanggil

ahli lawak. Dalam drama Bangsawan ahli lawak ini mengambil nama

Badut. Ia mempunyai kedudukan yang setaraf dengan peranan orang

muda dari segi tingkatan gaji yang kadang-kadang menyamai gaji

orang muda, terutama jika ia lebih mendapat tepuk sorak penonton

daripada pelakon-pelakon lain kerana kelakuan-kelakuan lucunya.

Tiap-tiap persembahan wajib diselitkan dengan lawak jenaka

oleh ahli-ahli lawak sesuatu kumpulan itu. Watak-watak lawak

dalam Bangsawan adalah merupakan watak tipa iaitu mempunyai

kebebasan mengeluarkan kata-kata yang akan dianggap sumbang

atau biadap andainya disebut oleh pelakon-pelakon lain tetapi

menjadi unsur gelak ketawa.

17
18

4) Raja Jin (Jin Afrit)

Peranan raja jin adalah watak antagonis atau jahat dalam

lakonan Bangsawan. Ia juga merupakan watak stereotype seperti ahli

lawak. Perwatakannya sentiasa ditujukkan sebagai besar, hebat,

kasar dan jahat.

Dalam persembahan Bangsawan, raja jin mempunyai badan

yang besar, tinggi serta tegap, dengan suara yang kasar dan kuat

pula. Oleh itu, pemilihan peranan raja jin mestilah berdasarkan

bentuk badan yang tegap dan suara yang kuat dan garau. Raja Jin

mempunyai perwatakan yang menunjukkan kehebatan dan

kedahsyatannya. Tetapi, walau bagaimana kehebatan dan

kedahsyatan rupa seseorang Raja Jin, namun beliau tidak pernah

menang dalam pertarungannya dengan orang muda. Sebagai watak

yang jahat dan penyamun, raja jin juga diberi berkumis dan

berjanggut.

5) Raja

Watak raja adalah watak yang standard dalam Bangsawan.

Dalam sesuatu kumpulan, peranan ini dipegang oleh seorang anak

Bangsawan sahaja. Dan dalam kumpulan-kumpulan yang besar,

peranan raja khas dipegang oleh seorang yang layak. Biasanya,

seorang yang sudah dianggap sesuai dan mahir memegang peranan

ini tidak akan diberi memegang peranan lain.

18
19

Sikap watak raja dimestikan mempunyai kebesaran dan

kesopanan. Kebesarannya digambarkan melalui pakaiannya. Dari

segi kesopanan pula, raja tidak dibenarkan ketawa terbahak-bahak

walau bagaiman lucu sekalipun kejadian atau kelakuan yang

dilihatnya, ia hanya tersenyum tanpa melupai bahawa ia seorang

raja.

b) Pelakon Tambahan

Peranan-peranan lain semuanya merupakan peranan yang

tidak penting tetapi masih perlu untuk kelicinan sesuatu lakonan

Bangsawan. Di antara peranan-peranan yang terdapat ialah:

1) Menteri

Watak menteri hanya untuk mengangkat sembah, serta

membalas atau menyambut titah perintah raja. Lebih kerap watak-

watak ini diberi kepada pemain-pemain baru sebagai batu loncatan

untuk menuju kepada peranan yang lebih penting.

2) Orang Pertapaan

Orang pertapaan sering muncul dalam lakonan Bangsawan.

Seorang petapa mempunyai awet tua, berkumis dan berjanggut putih

dengan sebatang tongkat di tangan.

19
20

3) Hulubalang

Peranan tambahan ini hanya wajib dalam cerita-cerita yang

memerlukan watak raja seperti cerita-cerita istana dan dewa dewi. Ia

tidak begitu memerlukan dialog, malah ada di antara watak-watak

hulubalang yang pada tiap-tiap babak hanya berdiri tanpa bergerak-

gerak dari tempatnya dengan memegang lembing. Hulubalang-

hulubalang ini perlu untuk menunjukkan kebesaran raja.

4) Dayang-dayang

Peranan dayang-dayang juga diadakan dalam cerita-cerita yang

memerlukan perwatakan tuan-tuan puteri. Watak dayang biasanya

dibahagikan kepada dayang tua iaitu pengasuh kepada tuan puteri

satu dayang muda yang bertugas menghiburkan puteri dengan

menari dan menyanyi. Peranan dayang tua lebih penting dari dayang

muda kerana ia perlu berdialog panjang lebar dengan tuan puteri.

Selain daripada watak-watak tambahan ini terdapat juga

pelakon-pelakon lain yang hanya merupakan watak-watak

komplimentari kepada watak-watak penting seperti anak raja,

permaisuri, ayah dan ibu seri panggung atau orang muda dan rakyat

jelata.

3.2 Upacara Pembukaan

Persembahan Bangsawan juga mempunyai upacara pembukaan

yang tradisional. Setiap kumpulan Bangsawan mempunyai seorang

20
21

pawang atau bomoh (biasanya tuanpunya kumpulan Bangsawan atau

Pengarah Kumpulan) yang memainkan peranan sebagai pembuka

upacara pada permulaan pertunjukan. Upacara Pembukaan tersebut

menunjukan masih ada unsur-unsur animistik dan ritual.

Kerja Tok Bomoh ialah menyembah pentas dengan membaca

jampi serapah, membakar kemenyan di atas pentas dan menabur

kunyit supaya dapat menyuruh atau meninta Tuhan dan roh-roh

menjaga dan melindungi persembahan tersebut dari diganggu atau

menjauhkan diri dari diganggu oleh roh-roh dan jin serta ditimpa

kecelakaan dalam proses lakonan terutamanya jika ada babak yang

menggunakan senjata.

Tok Bomoh membaca jampi pada suatu mangkuk air kemudian

air yang telah dijampi tersebut dipercik ke atas muka dan tangan

tiap-tiap pelakon terutama pelakon seri panggung dan orang muda.

Tujuannya adalah supaya lakonan mereka dapat menarik perhatian

penonton di sepanjang persembahan. (Mohd Taib Osman, 1969: 149)

3.3 Pementasan Bangsawan

Bentuk drama tradisional di Tanah Melayu sebelum drama

Bangsawan seperti Mak Yong, Wayang Kulit dan Menora tidak

menggunakan sesuatu pentas yang khas. Permainan hanya diadakan

di satu kawasan lapang, di mana penonton mengelilingi pelakon-

pelakon dalam sebuah bulatan yang dibentuk oleh penonton-

21
22

penonton tadi. Tetapi kedatangan bentuk drama Bangsawan telah

memperkenalkan teknik pementasan yang rumit dan teratur sekali.

Oleh itu, di antar seni drama Melayu, Bangsawan yang mula-mula

menggunakan teknik pementasan seperti drama-drama di negeri

Inggeris dan lain-lain negeri di Barat. (Rahman Bujang, 1975: 79)

Pentas Bangsawan tidak banyak menggunakan set atau

peralatan pentas, kecuali adegan dalam istana. Bagaimanapun,

terdapat sekurang-kurangnya enam tirai latar yang dapat

menunjukkan latar sebenar atau tempat sesuatu adegan itu berlaku

digunakan dalam persembahan Bangsawan.

Tirai-tirai tersebut menunjukkan pemandangan di hutan,

pemandangan di jalanraya, pemandangan dalam istana,

pemandangan dalam rumah miskin, pemandangan dalam taman dan

pemandangan umum (sawah padi, bukit-bukau dan sebagainya).

(Zakaria Ariffin, 1993: 13). Salah satu daripada tirai ini akan

diturunkan sebelum adegan yang berlatarkan pemandangan

berkenaan bermula.

Bagi tiap-tiap pementasan Bangsawan, lampu-lampu terpaksa

digunakan untuk menerangi penonton-penonton dan juga

menimbulkan efek siang atau malam di atas pentas. Penggunaan

lampu adalah sat keperluan bagi sesuatu pementasan Bangsawan

yang diadakan pada waktu malam. Lampu juga digunakan untuk

22
23

efek-efek tertentu seperti bulan dan cahaya warna-warna lain. Efek

cahaya merah misalnya dilakukan dengan membalut kertas bunga

yang berwarna merah disekeliling cermin lampu.

Pada zaman-zaman permulaan kegiatan Bangsawan, sebelum

penggunaan kuasa lektrik meluas di Tanah Melayu, lampu-lampu

minyak tanah (kerosene) telah digunakan. Oleh kerana

menggunakan lampu dari kuasa minyak tanah, maka seorang pekerja

terpaksa berdiri di depan lampu untuk mengepamkan lampu itu tiap-

tiap satu atau dua jam apabila cahayanya mulai malap supaya

sesuatu persembahan boleh dijalankan dengan rancak.

Manakala bagi kumpulan yang menunjukkan lakonan di

panggung-panggung wayang yang sudah sedia ada bekalan elektrik,

biasanya lampu-lampu lektrik yang sederhana sahaja terangnya

digunakan. Denga lain kata, bekalan cahaya lampu hanya setakat

mencukupi fungsi menerangkan pelakon-pelakon dan setting kepada

penonton dan sebaliknya.

Dalam persembahan drama Bangsawan Melayu terdapat 3 jenis

pentas yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Bangsawan.

(1) Kumpulan-kumpulan kecil menggunakan pentas dengan

kelengkapan pentas yang asas dan perlu.

23
24

(2) Kumpulan-kumpulan besar yang menggunakan pentas-

pentas besar yang cukup lengkap dengan peralatan-

peralatan daripada papan dan atap rumbia.

(3) Pentas dalam bentuk kemas panjang yang berdinding

kanvas. Bentuk ini hanya digunakan oleh kumpulan-

kumpulan yang besar dan mashyur sahaja.

3.4 Pentas Kumpulan Kecil

Kumpulan kecil biasanya mengandungi lebih kurang 30 orang

anak-anak bangsawan. Mereka ini menunjukkan permainan di

kawasan luar bandar, kawasan pendalaman dan juga di bandar-

bandar kecil. Kumpulan kecil tersebut membawa bersama alat-alat

untuk sebuah pentas. Manakala ada pula yang hanya membawa diri

masing-masing dan peralatan di atas pentas sahaja sementara kerja

mendirikan pentas adalah tangunggjawab bagi orang-orang kampung

dan bandar kecil tadi.

Pentas-pentas kegunaan kumpulan-kumpulan kecil tidak

begitu luas biasanya lebar bahagian depan lebih kurang 16 kaki

untuk kawasan tirai pertama. Tetapi buka pentas dari pentas

pertama ke bahagian hadapan pentas biasanya luas sedikit untuk

kemudahan penonton terutama mereka yang duduk di bahagian tepi

pentas. Buka bahagian hadapan pentas lebih kurang 18 kaki dan

bumbungnya dibuat tinggi sedikit daripada bahagian lainnya.

24
25

Bahagian prosenium iaitu bahagian pentas di hadapan tirai diberi

tulisan nama kumpulan yang menunjukkan permainan dan ukiran

atau peralatan yang menarik dipandang untuk dijadikan daya

penarik dan menarik perhatian penonton.

Bahagian belakang dan kiri kanan pentas diberi dinding atap

atau pelupuh (dinding daripada buluh yang dipotong nipis-nipis

memanjang dan diayam menjadi dinding) atau papan untuk memberi

kemudahan kepada pelakon-pelakon bertukar pakaian dan

membentuk dandanan mereka. Ruang di seluruh kawasan pentas

dibahagi kepada dua. Sebahagian besar untuk kawasan lakonan di

mana satu pintu untuk kemudahan pelakon-pelakon keluar masuk

ke sesuatu sektor mengikut bahagian atau giliran masing-masing

dalam adegan tertentu.

Penggunaan tirai sesuatu babak atau adegan dalam didirikan

dengan sepasang sebing iaitu sekeping frame yang didirikan

menyenang antara tepi-tepi dinding pentas untuk menunjukkan

ruang dan juga bertujuan untuk menutup bahagian tepi tirai dan

kesibukan di belakang atau di sebelah tirai. Ia juga berguna untuk

melindungi pekerja tarik tirai.

Tiap-tiap kumpulan kecil harus ada sekurang-kurangnya tiga

pasang sebing dengan dipadankan lukisannya untuk tiria-tirai

tertentu, contohnya, jika tirai menunjukkan hutan atau rumah orang

25
26

miskin, sebing diberi gambar pokok-pokok dan kadang-kadang

sebahagian daripada sebuah rumah kampung.

Sebing mempunyai ukiran 3 kaki lebar dan lebih kurang 7 kaki

tinggi yang boleh menutup seorang dewasa yang berdiri di

belakangnya. Ia boleh dibuat daripada kertas atau kayu. Selain itu,

terdapat juga tirai pertama atau Drop Scene di bahagian depan

pentas dan tirai stret untuk menutup kekacauan pertukaran alat-alat

untuk babak yang lain.

Bahagian yang paling dekat dengan pentas dikhaskan untuk

penonton-penonton utama seperti golongan Diraja di mana kerusi-

kerusi bertilam dan berwarna kuning diatur di barisan hadapan

sekali. Manakala di bahagian belakang barisan ini diatur kerusi-

kerusi untuk penonton-penonton yang terkemuka dan penonton-

penonton yang lain. Kumpulan-kumpulan kecil biasanya hanya

menyediakan tempat duduk untuk lebih kurang 300 penonton.

3.5 Pentas Kumpulan Besar

Kumpulan-kumpulan besar biasanya mempunyai bilangan

anak Bangsawan hingga seratus orang atau lebih. Hitung panjang

tiap-tiap kumpulan besar mempunyai lebih daripada enam puluh

orang anak Bangsawan. Mereka biasanya hanya menunjukkan

permainan di bandar-bandar besar sahaja. Kumpulan-kumpulan

besar ini juga pergi dari satu bandar ke satu bandar lain dengan

26
27

menyewa beberapa gerabak keretapi, khas untuk anak-anak

Bangsawan sahaja, sementara dua atau tiga buah lori mengangkat

peralatan serta perkakas-perkakas pentas mereka.

Selalunya tiap-tiap bandar besar ada panggung wayang sendiri

yang boleh disewa oleh kumpulan Bangsawan yang mampu. Jadi

masalah mendirikan pentas tidak timbul, hanya kerja-kerja mengatur

perkakas-perkakas dan mengantung tirai sahaja yang perlu

dijalankan sebleum diadakan sesuatu pertunjukan.

Luas ruang pentas yang didirikan adalah lebih kurang 20-26

kaki dan mempunyai bahagian depan iaitu kawasan dekat prosenium

dengan luas 22-28 kaki. Tinggi pentas pula ialah 5 kaki dari tanah

ke lantai pentas dan 15 kaki dari lantai ke bahagian tertinggi dalam

lingkungan bumbungan bahagian hadapan pentas (prosenium).

Ukuran panjang pentas dari depan ke belakang lebih kurang seratus

kaki. (Rahman Bujang, 1975: 83).

Peralatan pentas seperti tirai, sebing ataupun perkakas-

perkakas perhiasan babak-babak tertentu adalah jauh lebih lengkap

dan elok pula perbuatannya daripada peralatan kumpulan-kumpulan

kecil. Tirai atau drops adalah lebih banyak dalam kumpulan besar

hingga mencapai bilangan 20 buah untuk fungsi drops, sementara 3

atau 4 buah tirai tanpa pemandangan (tirai stret) yang dibuat

daripada kain satin atau baldu untuk dilabuhkan antara pertukaran

27
28

babak dan sebelum permulaan sesuatu lakonan Bangsawan. Tirai

stret tersebut boleh bertukar-tukar warna dan untuk diturunkan

dalam pertunjukan tarian. Pertunjukan ini dipanggil stret scene

biasanya diadakan di antara dua babak untuk membolehkan

pertukaran peralatan untuk babak yang lain. Tirai pertama (drop

scene) pula biasanya hanya satu warna sahaja tanpa apa-apa lukisan

ataupun dilukis dengan gambar kota.

Pemandangan tirai-tirai kumpulan besar sesungguhpun banyak

tetapi mempunyai pemandangan yang serupa dengan enam tirai

basik. Contohnya, sebuah kumpulan besar mempunyai tiga tirai

pemandangan hutan, di antara tiga tirai itu terdapat tirai pertama

menunjukkan gambaran hutan yang dekat dengan penduduk-

penduduk kampung, tirai kedua hutan tebal dan tirai ketiga hutan

belantara.

Kumpulan besar mempunyai lima atau enam pasang sebing.

Satu pasang sebing boleh mengiringi dua atau tiga buah tirai atau

drops. Ia adalah dilukis dan diberi warna mengikut perspektif supaya

menambah efek ruang di atas pentas, terutama dalam kawasan satu-

satu babak tadi.

28
29

3.6 Pentas Kumpulan Besar dan Masyhur

Pentas jenis ini pernah dipakai atau digunakan oleh sesetengah

kumpulan besar seperti Kumpulan Wayang Siti Hawa yang masyhur

dalam tahun 1920an dan Kenta Opera atau Wayang Nasir.

Bangsawan pentas sebenarnya terdiri dari kanvas tebal yang

didirikan di atas dua atau tiga batang tiang agung dan khemah yang

mempunyai ukuran panjang lebih kurang 100 kaki. Kawasan untuk

penonton juga disediakan dalam khemah ini, di mana luas

kawasannya untuk penonton boleh memuatkan 600 orang iaitu 100

orang di ruang hadapan atau kelas pertama, 200 orang di bahagian

tengah atau kelas dua dan 300 orang duduk di tenggek ayam iaitu

kerusi-kerusi panjang yang diatur berbaris-baris.

Kumpulan-kumpulan besar ini biasanya mempunyai beberapa

buah lori untuk membawa alat-alat pentas dan peralatan wayang dari

satu tempat ke satu tempat sementara anak-anak Bangsawan yang

lain menaiki keretapi.

4.0 Cerita-cerita Yang Menjadi Pilihan Lakonan Bangsawan

Sesungguhpun pola cerita dalam persembahan Bangsawan

hampir serupa semuanya, tetapi pengambilan bahan-bahan cerita

adalah dari berbagai corak kebudayaan yang ada di Tanah Melayu

dan Singapura. Pilihan cerita-cerita yang berlatarkan kebudayaan

asing adalah disebabkan adanya sambutan dari penonton-penonton

29
30

bukan Melayu terhadap pertunjukan Bangsawan Melayu.

Kebanyakan dari pemilihan cerita-cerita lakonan Bangsawan boleh

dikategorikan kepada lima jenis yang terbesar. Antaranya adalah:

1) Cerita dari sejarah tempatan

2) Cerita kejadian sezaman

3) Cerita Islam atau Timur Tengah

4) Epik Hindu

5) Cerita Cina

4.1 Cerita-cerita dari Sejarah Tempatan

Cerita-cerita yang berkaitan dengan kisah-kisah bersejarah di

Tanah Melayu adalah menjadi kegemaran para repertoire bangsawan

Melayu. Pada keseluruhannya, temanya secara umum adalah

berdasarkan kisah-kisah kebesaran raja-raja, riwayat hidup mereka

dan juga kisah-kisah tokoh-tokoh pahlawan Melayu. Cerita-cerita

seperti ini adalah lebih digemari kerana berdasarkan kepada

beberapa faktor. Antaranya adalah kerana kebanyakan penonton

adalah terdiri dari orang-orang Melayu yang lebih berminat menonton

kisah-kisah kebesaran negara dan bangsa mereka. Cerita-cerita

begini mendapat sambutan baik terutamanya di kawasan luar bandar

yang majoritinya terdiri dari orang-orang Melayu.

Selain daripada itu, cerita-cerita yang bercorak begini

membolehkan bangsawan mengadaptasikan unsur-unsur tahyul dan

30
31

fantasi di dalam lakonan mereka sebebas-bebasnya. Sebagai

contohnya, kisah raja-raja yang sentiasa menunjukkan kedaulatan

dan kebesaran dengan adanya kuasa-kuasa dan kejadian-kejadian

ajaib di sekiling seseorang raja itu. Selain daripada merupakan satu

cara yang baik untuk mempertahankan imej raja-raja Melayu, ia juga

membolehkan penggunaan alat-alat pentas atau kasmat dan

pakainan yang berlebih-lebihan mutu artistiknya untuk menyamai

keadaan raja-raja. Begitu juga keadaannya dengan cerita-cerita

pahlawan yang dilebih-lebihkan unsur kepahlawanan hingga

mencapai kesaktian.

Dari segi jalan cerita, corak ini juga menguntungkan kerana ia

membolehkan tokok tambah kepada cerita asalnya dengan dilebih-

lebihkan episod-episod terutama episod yang spectacular. Unsur-

unsur tahyul dan fantasi boleh dilebih-lebihkan tanpa menjemukan

penonton dan ini adalah cara yang sebaik-baiknya untuk

memanjangkan cerita dan seterusnya memanjangkan masa

pertunjukan kepada beberapa hari untuk satu cerita. Terdapat enam

tema yang sering menjadi kegemaran dalam lakonan Bangsawan

secara umumnya. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Kisah kezaliman rakyat jelata dan pembalasan

kezalimannya.

31
32

b. Kezaliman permaisuri muda terhadap putera atau puteri

dan terhadap permaisuri tua serta pembalasan

kejahatannya.

c. Kisah puteri yang mencari tunangnya atau putera yang

mencari jodohnya yang dipertemukan kepadanya melalui

mimpi atau wasiat. Cerita ini merupakan episod-episod

dalam pengembaraan mencari jodoh yang berakhir

dengan pertemuan dan perkahwinan.

d. Kisah cinta antara raja dunia dengan puteri kayangan

yang berakhir dengan suka atau duka. Cerita bercorak

ini adalah merupakan hiburan semata-mata. Cerita

sebenarnya adalah kejadian-kejadian yang berlaku akibat

menentang pantang-larang yang diisyaratkan sebelum

perkahwinan antara manusia dunia dengan makhluk

kayangan ini.

e. Kisah percintaan antara dua kekasih dari dua peringkat

kedudukan berbeza, iaitu antara seorang raja dengan

rakyat biasa. Tetapi rupa-rupanya rakyat biasa ini

sebenarnya adalah anak raja yang hilang atau telah

dibuang sejak lahir akibat dengki khianat permaisuri

atau orang-orang istana. Atau jika memang benar-benar

32
33

dari golongan rakyat, ia seorang yang mempunyai

kebijaksanaan yang melebihi golongan raja-raja sendiri.

f. Kisah pahlawan-pahlawan dengan eksploit

kegagahannya. Cerita umpama ini tidak mempunyai

jalinan plot yang kukuh kerana episod-episod yang

longgar dan boleh diasingkan satu episod dari yang

lainnya tanpa merosakkan cerita.

Di antara cerita-cerita yang menjadi pilihan pula termasuklah:

a. Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

b. Hikayat Bistamam

c. Dandan Setia

d. Jula Juli Bintang Tiga

e. Jula Juli Bintang Tujuh

f. Laksamanan Mati Dibunuh

g. Siti Muslimat/Beliung Emas

h. Hang Tuah

i. Amok Tuk Nading

j. Si Badang dan sebagainya

Cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang akan diambil sebagai

contoh. Laksamana Megat Seri Rama diperintahkan menyerang

lanun di Mersing, meninggalkan isterinya yang sedang mengandung

anak sulung, di bawah jagaan Pak Wak. Maimunah (isteri Megat Seri

33
34

Rama) mengidam hendak makan nangka. Setelah puas mencari,

akhirnya Pak Wah mendapat tahu ada sebiji nangka tunggal berbuah

dalam taman raja. Maimunah merayu-rayu kepada Bendahara lalu

diberi kepadanya seulas nangka itu. Sultan menjadi murka melihat

nangkanya sudah ditebuk orang. Oleh yang demikian Bendahara

pun menceritakan segala-galanya. Tetapi, seorang pembesar bergelar

Raja Di Hilir telah mengatakan bahawa dakwaan itu hanya terbukti

benar jika budak dalam kandungan itu memang benar memakan

nangka tersebut. Ekoran dari hasutan Raja Di Hilir, Sultan

memerintah supaya perut Maimunah dibelah. Didapati betul budak

itu sedang memakan nangka tadi, tetapi malangnya Maimunah sudah

pun mati. Justeru itu Sultan memerintahkan supaya peristiwa yang

berlaku itu dirahsiakan.

Malangnya peristiwa tersebut telah dihidu dan sampai ke

pengetahuan Laksamana. Laksamana marah lalu membunuh Raja

Di Hilir dan Temenggung. Kemudian Laksamana telah menikam

Sultan Mahmud yang sedang dijulang untuk pergi ke masjid. Sultan

Mahmud yang sempat mencabut keris itu lalu melontarkannya

kembali kepada Laksamana semula. Laksamana mati. Sebelum

mangkat, Sultan Mahmud menyumpah semua orrang-orang Bintan

tidak boleh masuk ke Johor Lama. Kalau masuk juga akan muntah-

muntah darah.

34
35

4.2 Cerita-Cerita Kejadian Sezaman

Kebanyakan cerita-cerita yang boleh digolongkan ke dalam

bahagian ini selain daripada kisah-kisah yang berlaku dalam negeri

termasuk juga cerita-cerita yang berlaku dalam negeri termasuk juga

cerita-cerita yang diambil dari kebudayaan asing.

Pemilihan cerita-cerita yang dijadikan bahan lakonan telah

diubah-ubah oleh anak-anak Bangsawan untuk menarik minat

penontonnya mengikut kegemaran sesuatu kawasan. Penumpuan

lakonan cerita adalah bergantung kepada keadaan tempat di mana

sesuatu kumpulan sedang menunjukkan persembahan. Di kawasan-

kawasan pedalaman dan kampung-kampung misalnya, di mana

pengaruh Barat belum mendalam dan pengaruh kesultanan serta

pencampuran kebudayaan Hindu-Islam masih tebal, anak-anak

Bangsawan akan melakukan cerita-cerita yang dekat dengan jiwa

penduduk-penduduk itu.

Berikut adalah antara senarai cerita-cerita kejadian sezaman:

a. Bawang Putih Bawang Merah

b. Batu Belah Batu Bertangkup

c. Saudagar Sailok

d. Nyai Dasimah

e. Jambatan Patah

f. Pintu Hantu

g. Antara Dua Peti Mati

35
36

h. Neraka Dunia

i. Cahaya Bintang

j. Perkahwinan Saudara

Selain daripada itu, tujuan lakonan Bangsawan ini telah

dieksploitasikan oleh pihak Jepun untuk menyalurkan propaganda

mereka. Misalnya, di antara tahun 1942-1945 adalah merupakan

tahun-tahun berleluasanya propaganda Jepun menentang Brisith

dan segala yang berkaitan dengannya. Dalam usaha menyampaikan

propaganda ini, selain menggunakan media massa seperti surat

khabar dan melalui sekolah-sekolah juga digunakan media

persembahan Bangsawan. Justeru itu kumpulan yang masih aktif

dipaksa untuk melakonkan cerita-cerita anti-British yang dikarang

oleh orang-orang Jepun untuk tontonan askar-askar Jepun dan

orang ramai. Di antara cerita-cerita propaganda anti-British ialah

cerita British Anjing.

Walaupun lakonan cerita-cerita propaganda ini ditentang oleh

anak-anak Bangsawan tetapi kawalan dan pengawasan ketat pihak

Jepun terhadap kumpulan Bangsawan menjadi satu kecelakaan pula

andaninya tentangan ditunjuk secara terang-terang. Oleh yang

demikian, aktiviti kumpulan Bangsawan ini seolah-olah tersekat

kerana mereka terpaksa patuh kepada kehendak pihak Jepun.

Fenomena ini telah mengakibatkan banyak kumpulan terpaksa

dibubarkan di samping akibat dari kesulitan zaman perang.

36
37

Cerita-cerita bercorak pengajaran sangat sesuai untuk menarik

minat penonton terutamanya orang-orang Melayu kerana jiwa simpati

mereka. Tema yang menjadi kegemaran dalam cerita-cerita

pengajaran ini termasuklah kezaliman ibu tiri, pengkhianatan

terhadap yang miskin dan yang lemah dan penindasan golongan

atasan terhadap golongan bawahan iaitu tema-tema yang

menunjukkan anggapan yang lebih sterotype dari benar.

Salah sebuah cerita pengajaran ini adalah Nyai Dasimah.

Berikut diceritakan sipnosis mengenai cerita ini. Abang Puasa adalah

seorang yang paling ditakuti oleh orang-orang Kampung Kuitang di

Betawi. Kegemarannya ialah menghisap candu. Jika dia mendapat

candu, mukanya menjadi merah sebaliknya jika dia tidak dapat, dia

akan kelihatan tidak bermaya.

Di Betawi terdapat seorang bekas perempuan simpanan

Belanda bernama Nyai Dasimah. Orangnya muda, cantik dan kaya

yang dicemburu oleh para isteri. Dia memelihara seorang budak

lelaki bernama Kuntum berumur kira-kira 10 tahun.

Watak Samion adalah sebagai seorang penarik kereta kuda

sewa yang mengilai Nyai Dasimah. Segala percubaannya untuk

mendapatkan Nyai Dasimah tidak berhasil. Walaupun wangnya

sudah banyak dibelanjakan namun dia masih tidak dapat menarik

perhatian Nyai Dasimah. Tetapi sebenarnya dia lebih mengidamkan

37
38

harta milik Nyai Dasimah. Setiap hari Samion bertengkar dengan

isterinya, Hayati yang suka berjudi. Jika isterinya bising, duit sahaja

yang akan mendiamkannya. Kerana sakit hati, Samion telah

mengupah Abang Puasa untuk membunuh Nyai Dasimah. Harta

bendanya dirampas. Abang Puasa ditangkap dan dihukum penjara

seumur hidup. Sementara Samion dihukum penjara 10 tahun.

4.3 Cerita-Cerita Hindu

Cerita-cerita yang berasal dari India ataupun yang mempunyai

pengaruh keHinduan, hanya mendapat sambutan dalam repertoire

terutama antara tahun-tahun 1900-1920an. Pada peringkat ini,

pengaruh Wyang Parsi kuat lagi dan cerita-ceritanya pun masih ala

Hindustan walaupun senikatanya bahasa Melayu.

Antara cerita-cerita yang sangat popular dalam bahagian cerita-

cerita Hindu ini ialah cerita-cerita seperti Laila Baba, Sukaryit, Ali

Chandran, Gul Bakawali, Hikayat Bristaman atau Bistaman Sakti,

Topeng Besi dan lain-lain lagi.

4.4 Cerita-Cerita Islam

Menurut Brandon (Brrandon J.J., 1967: 33-39), cerita-cerita

kegemaran Bangsawan seperti juga lain-lain bentuk drama

tradisional adalah cerita-cerita yang dibawa oleh kedatangan Islam.

Di Tanah Melayu, seperti juga di negeri-negeri lain di Asia Tenggara,

Islam datang melalui Pasi dan India. Walaupun prinsip-prinsip Islam

38
39

yang asli daripada negeri Arab telah bercampur aduk dengan

kepercayaan dan kebudayaan dari Parsi dan India, tetapi dari segi

kesenian percampuran ini merupakan satu kekayaan yang ditambah

dengan penerimaan dan asimilasikebudayaan kacukan ini ke dalam

kebudayaan Melayu.

Orang-orang India dan golongan penyebar agama Islam di

Tanah Melayu, sebahagian besarnya terdiri daripada mereka yang

sudah turun-temurun hidup dengan kekayaan seni tari dan seni

drama sebagai satu cara melepaskan perasaan di jiwa mereka. Di

bahagian yang lain pula, Islam membawa bersama-samanya

kemasyhuran Timur Tengah dengan pahlawan-pahlawan handalan

Islam, raja yang kaya-raya dan ketakjuban negeri yang sakti dan

diterima Allah.

Dari kemasyhuran kisah-kisah yang datang dari Timur Tengah,

pihak golongan anak-anak Bangsawan telah menyambut baik cerita-

cerita ini untuk persembahan drama Bangsawan mereka. Malah

drama Bangsawan pada peringkat awalnya menunjukkan

kecenderungan kepada cerita-cerita Timur Tengah biarpun

kebanyakan darinya telah kehilangan pengertian keagamaan. Cerita-

cerita ini lebih mendapat sambutan di kalangan penduduk-penduduk

Melayu dan peranakan India yang sebahagian besarnya beragama

Islam. Sebenarnya cerita-cerita Islam ini bukanlah yang

mengisahkan mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. atau riwayat

39
40

hidupnya selain daripada mengambil cerita-cerita dari Parsi yang

lebih mementingkan unsur pengembaraan, kecerdikan dan romantik.

Cerita-cerita yang benar-benar menunjukkan aspek keagamaan

tidak disukai kerana beberapa pegangan anak Bangsawan dan orang

ramai dengan kepercayaan agama Islam yang tidak dilakonkan

dengan terus-terang. Misalnya dalam sesebuah cerita yang

mengkehendaki perwatakan nabi adalah dianggap satu kesalahan

melakonkan watak ini. Kehadirannya dalam cerita tidak dilakonkan

oleh seseorang pelakon tertentu, hanya disebut oleh pelakon-pelakon

lain. Ini akan lebih mengkomplikasikan jalan cerita.

Cerita-cerita yang menjadi pilihan adalah cerita-cerita yang

lebih tergolongan di dalam bidang sastera Roman daripada sastera

agama. Antara cerita-ceritanya adalah seperti:

a. Aladdin dengan Lampu Ajaib

b. Ali Baba dengan 40 pencuri

c. Tajul Muluk

d. Abu Nawasan

e. Hikayat Malaun Takadir

f. Laila Majnun dan sebagainya

4.5 Cerita-Cerita Cina

Cerita-cerita Cina tidaklah begitu popular sungguhpun ada

juga yang telah dilakonkan. Cerita-cerita ini lebih mendapat

40
41

sambutan dari golongan masyarakat bandar yang sebahagian

besarnya terdiri dari orang-orang Cina seperti di sekitar Kuala

Lumpur dan Ipoh. Untuk mendapat sambuttan penonton-penonton

bukan Melayu, cerita-cerita yang lebih dekat dengan jiwa mereka

terpaksa didahulukan daripada cerita-cerita lain. Cerita-cerita Cina

yang menjadi bahan lakonan Bangsawan Melayu yang popular pada

masa itu termasuklah cerita-cerita seperti Panglima Ah Chong,

Sampit Ng Tai, Siti Zubaidah dan sebagainya.

4.6 Cerita-Cerita Indonesia dan Thailand

Selain daripada cerita-cerita yang boleh digolongkan kepada

bahagian-bahagian seperti yang telah dikemukakan terdapat juga

cerita-cerita ambilan dari negeri-negeri jiran seperti Indonesia dan

Thailand. Malahan kegiatan Bangsawan di Tanah Melayu dan

Singapura bukanlah tanpa tandingannya di Indonesia. Sejak Mamak

Pushi menjual kumpulan Bangsawannya kepada Jaafar The Turk,

Bangsawan juga mendapat sambutan baik di Indonesia, di mana

namanya berubah kepada gelaran Sandiwara. Antara kumpulan-

kumpulan Bangsawan di Tanah Melayu dengan kumpulan-kumpulan

Sandiwara dari Indonesia kerap terdapat perhubungan yang baik.

Terdapat juga keadaan di mana berlaku pengambilan pelakon-

pelakon Indonesia dari kumpulan Sandiwara ke dalam kumpulan

Bangsawan dari Tanah Melayu atau sebaliknya beberapa masa

tertentu. Terdapat juga pertukaran antara kumpulan di mana

41
42

kumpulan Bangsawan Melayu berhijrah ke Indonesia menunjukkan

persembahannya atau sebaliknya. Dalam keadaan perhubungan

umpama ini berlaku pengambilan dan penyesuaian antara kedua-dua

pihak. Kumpulan-kumpulan Bangsawan dari Tanah Melayu telah

mengambil cerita-cerita dari Indonesia untuk dipersembahkan dalam

repertoire Bangsawan. Antara cerita-cerita yang digemari ialah Raden

Mas (Jawa), Siti Jamilah (Minangkabau) dan Bukan Salah Ibu

Mengandung (Sumatera).

Begitu juga dengan Thailand, sungguhpun bangsawan tidak

diambil bentuk dramanya ke dalam perbendaharaan seni drama Thai,

tetapi Bangsawan sendiri telah mengambil cerita da Thailand untuk

dilakonkan. Antara cerita Thailand ialah Paratcha.

5.0 Peralatan Muzik

Bunyi-bunyian sebagai latar belakang suasana dalam lakonan

ataupun untuk mengiringi tarian-tarian dan nyanyian adalah perlu

untuk menghidupkan sesuatu lakonan drama. Begitu juga dengan

drama Bangsawan di mana latar belakang muzik lebih-lebih lagi perlu

dengan adanya selingan-selingan tarian dan nyanyian yang banyak di

dalam sesuatu pementasan.

Pada peringkat permulaannya adat-adat muzik yang digunakan

hanyalah tabla, harmonium dan dol. Tetapi setelah pengaruh Barat

mulai berkembang di Tanah Melayu dan Singapura, alat-alat muzik

42
43

Barat mulai digunakan oleh Orkestra Bangsawan. Pada peringkat

kemashyurannya (antara tahun-tahun 1920-1935) terdapat alat-alat

muzik seperti biola dan mandolin dari jenis stringed instrumentals,

drum, tabla dan cymbal dari jenis percussion, dan terdapat juga

seruling, saxaphone, clarinet dan trumpet dan jenis wind

instruments.

Pada akhir-akhir zaman kegemilangan Bangsawan, Piono

telah juga menjadi alat bunyi-bunyian yang diwajibkan bagi tiap-tiap

orkestra kumpulan Bangsawan. Orkestra sesebuah kumpulan

Bangsawan biasanya bertempat di sebelah kiri atau kanan pentas

dan terlindung dari penonton. Tetapi apabila penggunaan alat-alat

muzik bertambah banyak dan pemain-pemain muzik bertambah

ramai. Justeru itu, orkestra Bangsawan ditempatkan di bahagian

hadapan pentas iaitu di hadapan prosenium dengan

membelakangkan penonton.

Dari bekas-bekas pemain-pemain muzik orkestra Bangsawan

terdapat tokoh-tokoh muzik yang terkenal seperti Pak Zubir Said, Dol

Ramli, Sharif Medan dan sebagainya.

6.0 Nyanyian dan Lagu

Bentuk persembahan yang khusus dalam lakonan Wayang

Bangsawan ialah para pelakon utama akan menyanyi jika cerita yang

dilakunkan ada hubungannya dengan lagu yang dinyanyikan.

43
44

Demikian juga perasaan-perasaan lain seperti sedih, gembira, marah

takut dan sebagainya akan dilahirkan melalui nyanyian.

Lagu-lagu yang dinyanyikan pada umumnya berirama asli

seperti lagu Siti Payung, Nasib Panjang, Selendang Delima dan lain-

lain lagi. Oleh itu, seseorang pelakon Bangsawan harus tahu

menyanyi dengan suara yang baik disamping boleh bertutur dengan

lancar.

Oleh kerana peranan pelakon utamanya begitu penting dan

sukar, jelaslah seseorang yang menjadi pelakon Bangsawan pastilah

mempunyai bakat yang semulajadi, bukan sekadar meniru-meniru

begitu sahaja. Pada zaman tersebut juga pasti tiadak institut atau

bengkel yang khusus untuk melatih mereka yang ingin menjadi

pelakun. Hanya orang-orang yang benar-benar berbakat sahaja yang

akan diterima menjadi pelakon. Maka itu, tidak hairanlah jika

pelakon utama Wayang Bangsawan sangat terkenal dan disanjungi

oleh masyarakat. Gelaran yang diberi kepada pelakon Bangsawan

pada waktu itu adalah Anak Wayang.

7.0 Tarian

Di bawah peringkat golongan pelakon pula terdapat golongan

anak-anak Bangsawan yang terdiri daripada penari-penari dan

pekerja-pekerja.

44
45

Penari-penari terdiri daripada lelaki dan perempuan yang

terlatih dalam berbagai-bagai jenis tarian Timur dan Barat bagi

persembahan dalam babak-babak extra, iaitu bahagian di antara dua

babak dalam lakunan Bangsawan atau sebagai selingan. Ianya

adalah untuk memudahkan pertukaran alat-alat pentas mengikut

latar babak-babak tertentu dan supaya penonton-penonton tidak

tertunggu-tunggu.

Tarian-tarian lama yang pernah dijadikan popular oleh

Bangsawan ialah tarian Tarik Tari ciptaan Kumpulan Wayang Siti

Hawa, tariah Mak Inang, tarian Lilin dan lain-lain lagi.

Dalam zaman Bangsawan mula mengambil gelaran opera

selepas tahun 1930, tarian ala Barat seperti mambo dan ca ca ca

telah menjadi kegemaran.

8.0 Pakaian Bangsawan

Seperti diketahui, dasar persembahan Bangsawan yang lebih

mementingkan aspek pemandangan atau spectacle dari pilihan

estetika pada seni lakonannya, maka tiap-tiap kumpulan akan cuba

mengadakan pakaian yang indah dan menarik perhatian penonton.

Semua pelakon-pelakon Bangsawan akan mengenakan pakaian yang

cantik, dari pilihan estetika pada seni lakonannya, maka tiap-tiap

kumpulan akan cuba mengadakan pakaian yang indah dan menarik

perhatian penonton. Semua pelakon-pelakon Bangsawan akan

45
46

mengenakan pakaian yang cantik, dari pilihan estetika pada seni

lakonannya, maka tiap-tiap kumpulan akan cuba mengadakan

pakaian yang indah dan menarik perhatian penonton. Semua

pelakon-pelakon Bangsawan akan mengenakan pakaian yang cantik,

dari pilihan estetika pada seni lakonannya, maka tiap-tiap kumpulan

akan cuba mengadakan pakaian yang indah dan menarik perhatian

penonton. Semua pelakon-pelakon Bangsawan akan mengenakan

pakaian yang cantik, indah dan bersinar bersesuaian dengan watak

utama, raja-raja dan penari-penari kecuali ahli lawak.

8.1 Pakaian Seri Panggung

Di antara pelakon-pelakon Bangsawan, pakaian seri

panggunglah yang melebihi pakaian pelakon-pelakon lain. Misalnya

dalam cerita-cerita Melayu, Seri Panggung akan memakai baju

kebaya labuh atau kurung cara dahulu. Bagi cerita Barat pula ia

memakai gawn labuh lengkap dengan perhiasan pakaian di kepala

dan bagi cerita-cerita ala Hindustan atau Cina, Seri Panggung

memakai seluar dan blouse panjang.

Bagi tiap-tiap jenis pakaiannya mestilah diperbuat daripada

jenis kain yang berkilat-kilat seperti kain kilat barat (boleh bertukar-

tukar warna apabila digerakkan), seventh heaven (kain lembut yang

disulam dengan benang emas atau perak), dan satin serta kain-kain

baldu. Jika kain yang bukan daripada jenis berkilat-kilat, ia akan

dijahit pula dengan alat-alat berkilat seperti manik-manik dan labuci.

46
47

Pakaian yang bertekat ini hanya untuk Seni Panggung yang

memegang watak puteri-puteri raja atau dewi-dewi sahaja.

Sesetengah kumpulan Bangsawan membezakan Seni Pangugng

dari pelakon-pelakon lain dengan jenis pakaian yang berbeza. Bagi

kumpulan Dean Tijah Bangsawan, Seni Panggung memakai bulu ekor

merak dihiaskan di atas sanggul rambut mereka, ada juga yang

memakai keroncong di lengan mereka. Jadi dengan identiti ini

seseorang Seni Panggung tidak perlu diperkenalkan tiap-tiap kali ia

keluar membuat persembahan di atas pentas.

Fesyen rambut pula lebih kerap kepada jenis sanggul, di mana

untuk melebatkan rambut dan sanggul supaya nampak cantik,

dikusut-kusutkan rambut terlebih dahulu sebelum

mendandangkannya (Beehive style) atau digunakan sahaja rambut

palsu (cemara) untuk siput atau sanggul. Sanggul-sanggul juga

dihias dengan bulu ayam, riben atau lain-lain "ace"yang elok dan

beraneka warna.

Tiap-tiap Seni Panggung lebih suka menyolek muka sendiri di

mana teknik menyolek tidak begitu menurut efek cahaya lampu atas

pentas. Make-up pun tidak begitu berlebih-lebih melainkan untuk

peranan tua oleh pelakon muda di mana perlu diadakan kedut-kedut

dengan pertolongan alat solek.

47
48

8.2 Pakaian Orang Muda

Selain daripada pakaian yang perlu mengikut watak atau

peranan dalam sesebuah lakonan seperti pakaian anak raja untuk

peranan anak raja, orang muda dimestikan memakai stokin panjang

dan memakai kolar (collar). Ia tidak dibenarkan menyimpan misai

atau janggut tetapi sebaliknya harus mempunyai awet muka yang

licin dan bersolek supaya kelihatan berseri dan tampan.

8.3 Pakaian Ahli Lawak

Ahli lawak akan mengenakan pakaian yang berombak-ombak

dan beropal-ropal dalam warna yang beraneka ragam atau berbelong-

belongkan. Setengah-setengah kumpulan pula, ahli lawak biasanya

diconteng-conteng untuk menambahkan kesan lucu daripada

penglihatan penonton. Misalnya, mulut sengaja dibesarkan dengan

pertolongan gincu, hidung juga dibesarkan dengan menggunakan

hidung palsu atau muka disolek dengan coreng-moreng untuk

menimbulkan peribadi yang rendah dan ditertawakan. Andainya

pakaian Seri Panggung dan orang muda diberi kesempurnaan untuk

menimbulkan ejek kedudukan atasan atau kebesaran serta kebaikan

peribadi, maka ahli lawak diberi pakaian yang menimbulkan ejek

kebodohan, kelucuan dan kerendahan kedudukannya.

8.4 Pakaian Raja-raja

Bagi pemegang watak raja, mereka akan dikenakan pakaian

seperti golongan atasan dengan menggunakan pakaian yang elok dan

48
49

sempurna menunjukkan kebesaran mengikut bagaimana pakaian

golongan atasan juga. Malah bagi peranan raja misalnya, penting

menimbulkan kebesaran raja sebenarnya kepada peranan raja dalam

persembahan Bangsawan. Pakaian harus lengkap dengan tanjak,

keris, baju dari kain longkat atau sutera dan tanda-tanda kebesaran.

Sebagai seorang raja ia juga dimestikan membawa tabii raja seperti

tidak boleh ketawa berdekah-dekah melainkan hanya senyum sahaja

biarpun rakyat-rakyat ketawa kuat lantaran kelucuan atau kelakuan

ahli lawak. Ia harus menjaga peribadi sultan sebenarnya untuk

memupuk dan memelihara perhubungan baik antara raja-raja

dengan mereka. Contohnya ialah seperti semasa Sultan Iskandar di

Perak, baginda begitu baik dengan setengah-setengah kumpulan

Bangsawan hinggakan kumpulan-kumpulan itu dibenarkan

menunjukkan persembahan mereka biarpun dalam bulan Ramadhan.

Bondanya juga telah dengan sukarela melatih anak-anak Bangsawan

tentang selok-belok dalam istana seperti adat sembah menyembah

dan lain-lain supaya peranan diraja dapat dibawa dengan sempurna

dan berkesan.

8.5 Pakaian Lain-lain Pelakon

Menteri-menteri pula dimestikan mempunyai misai dan janggut

di mana kekurangan kedua-dua ini boleh dipenuhi dengan

menggunakan rambut palsu atau alat solek.

49
50

Raja Jin perlu pakaian dan solekan yang dapat menunjukkan

peribadi kasarnya kepada penonton-penonton. Selain daripada

memerlukan susuk badan yang tinggi dan bersuara garang, ia

dikehendaki memakai baju berwarna hitam atau warna gelap dan

dimestikan mempunyai kening yang lebat dan hitam. Rambut juga

dikehendaki supaya lebat yang boleh diperbuat dengan cara

mengosotkan rambut seseorang pelakon yang membawa peranan

tersebut. Kemasukannya ke hadapan pentas sentiasa dibuat dengan

cara yang mengejut diikuti dengan ketawa kasarnya. Pakaiannya

berlengan labuh dan seperti pakaian orang-orang Rom tanpa topinya.

Malah segala-galanya dari kelakuan, pakaian dan solekannya harus

melambangkan cara yang sangat dibuat-buat supaya jelas dilihat

watak kesyaitanan padanya.

Selain daripada watak-watak ini, terdapat juga watak-watak

tambahan seperti dayang, hulubalang, orang tua bertapa dan hantu-

hantu serta rakyat jelata. Dayang-dayang mempunyai pakaian yang

khas dan bviasanya 3 dan 4 0rang dayang memakai baju yang serupa

sungguhpun berlainan warnanya.

Hulubalang pula biasanya memakai baju yang terdiri daripada

seluar dan baju yang berwarna gelap dan memakai tombak atau keris

serta mempunyai tanjak yang sama warnanya dengan baju tadi.

Solekannya cara biasa sahaja dengan kadang-kala ditambah misai

sedikit pada satu atau dua orang watak tadi.

50
51

Peranan orang tua baik Tok Dukun atau orang bertapa

selalunya memerlukan pakaian dalam bentuk jubah hitam atau putih

diikuti dengan bentuk rupa tua. Bagi orang bertapa perlu juga

mempunyai misai dan janggut yang panjang dan berwarna putih

serta bersamanya tongkat hikmah. Pelakon ini harus

membengkokkan badannya untuk menambahkan kesemulajadian

peranannya sebagai orang tua.

Peranan hantu sungguhpun tidak kerap dan jarang-jarang pula

keluar di atas pentas, merupakan satu-satunya watak yang perlu

diberi pakaian dan solekan yang akan menunjukkan identitinya

tanpa perlu diperkenalkan terlebih dahulu. Peranan hantu pontianak

misalnya, harus dilengkapkan dengan jubah labuh berwarna putih

dengan bantal diikat dikepala belakang pelakon tersebut. Ini

bertujuan agar ia kelihatan buruk dan membongkok seperti sabot.

Mukanya ditampal-tampal dengan tanah liat dan make-up untuk

menunjukkan bengkak-bengkil, giginya pula bertaring serta

rambutnya merebang-rebang, kukunya panjang, matanya tertonjol

keluar dan besar serta ia dikehendaki mengilai supaya bertambah

menakutkan. Tetapi walau macam mana ia menakutkan sekalipun

akan bertukar kepada kelucuan apabila bersama watak lawak.

Misalnya hantu yang menakutkan akan menimbulkan gelak ketawa

dari kalangan penonton apabila ahli lawak menarik jubahnya di

bahagian belakang lalu menampakkan bantal yang diikat ke

bahunya. Jadi di sini ahli Lawak bebas membuat apa sahaja

51
52

kelakuan-kelakuan lucu biarpun mengubah sama sekali suasana

sesuatu babak atau adegan.

Rakyat jelata manakala memakai pakaian biasa sahaja tanpa

keluar daripada kebiasaan atau kelebihan baik pada warna, rupa

atau kelakuannya,. Seterusnya ia harus pula melambangkan

perbezaan yang jelas dengan kebesaran Sultan dan pemerintah-

pemerintah negeri dibandingkan dengan kerendahan kedudukan

mereka. Solekan mereka pun hanya setakat mencerahkan muka

supaya dapat diterangkan oleh cahaya lampu pentas dan mudah

dilihat penonton. Hanya kalau sesuatu peranan rakyat mahu

diketengahkan sebagai watak penting barulah diberi keistimewaan

kepadanya supaya memakai baju yang menarik dari pelakon-pelakon

rakyat yang lain. Ia perlu menyolek mukanya untuk menambah atua

membangkitkan keelokaan dan kebaikan atau kebengisan dan

kejahatan peribadinya.

9.0 Penutup

Dari penjelasan pensejarah, ulasan dan keterangan mengenai

pergerakan drama Bangsawan di bahagian-bahagian yang lalu, jelas

menunjukkan bahawa Bangsawan merupakan satu daripada seni

drama dan pementasaan yang benar-benar menjadi hak milik ciptaan

orang-orang Melayu. Selepas diperkenalkan oleh kumpulan Parsi di

Tanah Melayu, dengan cepat telah meningkat sebagai bentuk hiburan

yang popular sekali dalam zamannya.

52
53

Selain daripada itu, Bangsawan juga lahir sebagai satu bentuk

seni drama yang menggambarkan kebudayaan Melayu. Cerita-

ceritanya adalah cerita Melayu dan pakaian Melayu. Malah pelakon-

pelakon pun terdiri daripada anak-anak Melayu.

Oleh itu, Bangsawan selain daripada berfungsi menghibur, ia

juga tergolong di bawah seni drama popular yang menyebarkan

kebudayaan Melayu. Akan tetapi akibat ia wujud sebagai satu

cabang seni yang diperdagangkan oleh anak-anak Bangsawan sebagai

satu sumber mata pencarian, faktor ini telah membawa kepada

kemerosotan dan kejatuhan Bangsawan kerana dieksploitasikan oleh

anak-anak Bangsawan tadi. Malah, penonton-penonton juga tidak

mementingkan mutu estetika persembahan sebuah drama

Bangsawan. Apa yang lebih minat mereka ialah efek luaran iaitu

yang kepada kegemilangan persembahan dankecantikan pelakon-

pelakon sahaja, tidak dari kesatuan semua ini untuk menambah

mutu drama yang dilakonkan. Akibatnya, Bangsawan telah

mengalami kemerosotan pada akhirnya.

53
54

BIBLIOGRAFI

Abdulah Rahman Napiah. 1987. Drama Moden Malaysia:


Perkembangan dan Perubahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Miettinen, J.O. 1992. Classical Dance and Theatre in South-East Asia.


New York: Oxford University Press.

Mohd Taib Osman. 1974. Traditional Drama and Music of Southeast


Asia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Nina Zuhru. 1992. An Analysis of Mordern Malay Drama. Shah


Alam: Biroteks (Biro Penyediaan Teks).

Rahman Bujang. 1975. Sejarah Perkembangan Drama Bangsawan di


Tanah Melayu dan Singapura. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Saparman Bakri. 1982. Alam Teater. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Zakaria Ariffin. 1993. Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

54
55

55

Anda mungkin juga menyukai