Anda di halaman 1dari 7

TARIAN KUDA KEPANG Salah seorang pencinta permainan ini di Pt. Kemang Muar ialah En.Margono bin Hj.

Anuar atau lebih mesra dipanggil "Wak Gono". Menceritakan sejarah awal, beliau yang kini berusia 80 tahun menyatakan kuda kepang berasal Tarian kuda kepang berasal dari Tanah Jawa, Indonesia dan kemudiannya dibawa ke Tanah Melayu oleh rakyatnya yang berhijrah ke sana dan tarian ini menjadi begitu popular di Johor. Di Tanah Melayu pada mulanya ianya hanya permainan biasa seperti Sepak Raga namun sambutan yang diterima menyebabkan ia berkembang dari kampung ke kampung. Mengikut salah satu kepercayaan serta pendapat masyarakat mengenai pengasas tarian ini ianya dipercayai diasaskan oleh Wali Songo atau Wali Sembilan. Wali Songo tinggal di Tanah Jawa pada abad ke 15. Tarian ini dicipta sebagai salah satu usaha dakwah dalam mengembangkan agama Islam di Tanah Jawa oleh Wali Songo oleh kerana menghadapi kesukaran untuk mendekatkan diri dengan masyarakat tempatan. Ini memperlihatkan pengaruh kesenian Jawa dan juga Islam dalam tarian ini. Tarian dicipta oleh guru yang mengajar kumpulan itu sendiri. Tarian yang kerap dipersembahkan dalam sesuatu majlis tarian kuda kepang ialah Tarian Solo, Tarian Selendang, Tarian Pucuk Rebung dan Tarian Kuda Kepang dinamakan Lenggang Kiprah.

KONSEP TARIAN Ada berpendapat yang melalui cerita tariannya boleh dilihat pengaruh Islam iaitu mengenai kisah peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dalam mempertahankan agama Islam selain meniru gerak langkah bala tentera menurut Naim Marjini, 69, ketua Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan Sungai Nibong. Tarian ini juga dinamakan Kepang dan perkataan ini bermakna kuda anyaman dalam Bahasa Jawa. Selain Kuda Kepang, ianya juga dikenali sebagai Kuda Lumping, Jaran Kepang, Jathilan dan Ebeg.

Selain itu pengaruh Jawa pula kelihatan pada kostum atau pakaian penari-penarinya. Bagi mendekati masyarakat tempatan dan menyebarkan Islam, Wali Songo dikatakan telah menunggang kuda sambil menari-nari dan kemudiannya ditukar kuda-kuda tersebut kepada kuda palsu yang diperbuat dari buluh atau kulit binatang. Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan.Tarian kuda kepang juga dipercayai mengandungi unsur mistik dan spiritual. Ia pernah dimainkan di dalam upacara pemujaan pada masa lalu, iaitu sebelum perkembangan Islam sampai ke Tanah Melayu. Tetapi kini, tarian Kuda Kepang kebanyakkannya dipersembahkan di Majlis Perkahwinan dan Majlis-majlis Keramaian. Menurut kepercayaan, kuda kepang dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara khas perlu dilakukan sebelum bermain dan ada yang mempercayai jika ia gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para pemain dan juga penontonnya. Alat-alat Muzik Kuda Kepang 1. Lima buah angklung 2. Sebuah gendang 3. Gong 4. Kuda (diperbuat daripada buluh atau pandan yang dianyam atau papan lapis dan kulit lembu) 5. Sebatang pecut 6. Tali (30 meter) 7. Jidor 8. Kenong 9. Saron Peking 10. Bonang

Jidor

Gendang

Gong

Pemain Kuda Kepang Permainan kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut: 1. 9 orang penari 2. 5 orang pemain muzik 3. 2 orang yang bertindak sebagai ' Bomoh Pemulih' 4. 9 - 15 orang penjaga kawasan. Namun, terdapat seorang pemimpin dalam kalangan penari tersebut dipanggil "Danyang". Pemain-pemain biasanya berpakaian seragam Pakaian Kuda Kepang Kuda Kepang juga mempunyai kostumnya seperti mana tarian lain. Pada umumnya, pemain Kuda Kepang akan memakai pakaian tradisional Jawa kuno, lengkap dengan tanjak atau ketopang dan bersamping. Seluar dijahit menggunakan kain kempun(sejenis Batik Jawa). Pemain juga memakai tengkolok yang terbahagi kepada dua iaitu tengkolok Jawa dan Melayu. Ianya dapat dibezakan melalui cara ikatannya. Cara Permainan Kuda Kepang Persembahan Kuda Kepang biasanya diadakan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian dimulakan, Tok Bomoh terlebih dahulu akan membakar kemenyan, disusuli dengan bacaan jampi. Iannya bertujuan untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda yang bakal beraksi. Untuk persembahan beliau juga menggunakan telur mentah, bunga,rumputdanair. Tarian Kuda Kepang turut dikawali oleh seorang pemimpin dalam kalangan penarinya, yang juga dikenali sebagai 'danyang' yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh 'danyang' akan masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik mula menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Penari-penari bukan sahaja boleh menari tetapi juga boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat, melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika

alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang. Selama dua jam penari-penari menari dan mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka akan bermimpi menunggang kuda yang sebenar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Sebab itulah, mereka mencuba mengejar muzik itu semasa menari. Keadaan ini dipanggil 'naik syeh'. Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawalpengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

Keadaan penari yang 'naik syeh' Pantang Larang Kuda Kepang Di dalam setiap persembahan Kuda Kepang, kumpulan pemain perlu menyerahkan pengeras dan wang sebanyak RM2.25 kepada Tok Bomoh dan tuan rumah untuk persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur serta beberapa jenis kuih. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan. Di dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Bukan itu sahaja, pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh melihat kaca kerana takut bahawa mereka akan memakan kaca itu.

PERANAN TARIAN & PERKEMBANGANNYA DALAM MASYARAKAT Tarian Kuda Kepang yang dipercayai diasaskan oleh Wali Songo dengan tujuan demi menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa mempunyai unsur Islam akan tetapi oleh kerana masyarakat Melayu dan Jawa juga mempunyai pegangan nenek moyang dan adat yang mempengaruhi budaya mereka lalu juga meresap masuk ke tarian Kuda Kepang ini. Lalu menampakkan sifat dan amalan mistik dan khurafat seperti mabuk atau naik syeh dan selain mempunyai jampi ritualnya tersendiri. Pada zaman sekarang sejak kedatangan Islam terutamanya di Malaysia, kebanyakkan permainan kuda kepang dimainkan tanpa ritual berunsur khurafat di majlis perkahwinan atau sesuatu majlis keramaian sebagai sebuah persembahan dan hiburan sahaja manakala dahulunya ritual diamalkan dalam tarian ini dan dilaksanakan hampir pada semua peristiwa penting dalam hidup seperti kehamilan, kelahiran, perkahwinan, kematian, menanam padi, menuai padi, bahkan dalam setiap kesempatan yang ada pada masyarakat. Masyarakat dahulu kala percaya yang ianya untuk menjamin keselamatan mereka daripada gangguan roh jahat. Apabila selamat daripada gangguan maka mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan bebas dan tenteram. Jadi tarian ini salah satu bentuk tarian dan kesenian yang penting dalam mengukuhkan hubungan masyarakat setempat selain melambangkan kesatuan serta ikatan budaya dan adat resam masyarakat Nusantara iaitu antara Jawa dan juga Melayu.

BIBLIOGRAFI

TARIAN KUDA KEPANG MABUK


NAMA: Nur Salma Abd Manaf NO MATRIKS: 20113014 SUBJEKS: Teori Kesenian Tradisional PENSYARAH: Encik Ghazali

Anda mungkin juga menyukai