Anda di halaman 1dari 21

KUDA KEPANG

Pengenalan
suatu permainan tradisi yang amat digemari oleh penduduk-penduduk di Selatan Tanah Melayu, terutama yang berketurunan Jawa. biasanya dipertinjukan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti di majlis-majlis perkahwinan, hari-hari perayaan dan sewaktu menyambut orangorang kenamaan.

demikian terdapat kepercayaan bahawa dengan melibatkan diri di dalam tarian ini, ketabahan hati seorang akan dapat dibentuk dan daya konsetrasinya akan bertambah baik. Terdapat kepercayaan juga bahawa tarian ini juga boleh mengubati penyakit-prnyakit yang gangjil seperti dirasuk hantu dan sebagainya.

Asal-usul
Wali Songo bertekad mengembangkan agama Islam di Tanah Jawa, namun pendudukpenduduk tempatan bertempiran lari serta menghilangkan diri kerana ketakutan. Di sinilah timbul idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda dan usaha mereka ini telah mencapai kejayaan. Sejak hari itu tarian berkuda ini telah menjadi adat bagi masyarakat setempat.

Dengan perkembangan masa, kuda-kuda yang dibuat dari buluh atau kulit binatang telah digunakan untuk menggantikan kuda sebenar. Dari sinilah mulanya berkembang tarian Kuda Kepang sebagaimana yang wujud sekarang.

Ada pula pihak yang mengaitkan asal usul tarian ini dengan keperwiraan Syaidina Ali yang dikatakan mempunyai kebolehan luar biasa, yang boleh membuat askar-askarnya berjuang bermatian-matian hingga tidak sedarkan diri. Untuk meniru geraklangkah bala tentera Syaidina Ali inilah, telah lahir tarian Kuda Kepang.

Ada juga pihak tertentu yang menghubungkan asal-usul tarian ini dengan alam kayangan. Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrami dikatakan telah turun dijajahan Periangan (Jawa) untuk mencari kawanya yang telah hilang.

Apabila bertemu, mereka melompat-lompat dan menari-nari kegembiraan, hingga tidak sedarkan diri buat beberapa ketika kelakuan kuda aneh ini telah diperhatikan dengan penuh minat oleh sebilangan pendudukpenduduk Periangan, hingga akhirnya tercitalah satu tarian mengikut gerak-langkah Kuda Sembrani itu. Tarian itu ialah Tarian Kuda Kepang.

Dari segi logis pendapat pertama adalah paling layak diterima. Dapatlah dikatakan bahawa tarian Kuda Kepang ini telah lahir di negeri Jawa di zaman Wali Songo, dalam usaha mereka mengislamkan orang-orang tempatan.

Kepercayaan dan Pantang Larang


tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit yang ganjil seperti dirasuk hantu, diresapi oleh roh orang mati dan lain-lain penyakit seperti itu. Sesetengah orang akan dihinggapi penyakit sawan Kuda Kepang setelah menonton tarian ini.

Penonton-penonton dinasihatkan jangan mengejek-ejek atau mentertawakan penaripenari, terutama ketika mereka di dalam keadaan mabuk. Sesiapa yang melanggar larangan ini dikatakan akan turut mabuk dan akan turut menari di dalam gelanggang. Adalah dipercayai juga bahawa Kuda Kepang ini kelak akan mengamuk dan merodakkan pertunjukan di masa-masa akan datang.

Pakaian
Ada kumpulan yang menggunakan pakaian seragam seperti pahlawan-pahlawan di zaman dahulu, lengkap dengan segala bintang kebesaran di bajunya. Seluar panjangnya dijahit dengan satu atau dua jaluran yang berbeda warna. Penari-penari juga selalunya memakai bengkung yang berwarna-warni.

Setengah kumpulan menggunakan pakaian tradisional penari-prnari Jawa atau Bali. Tanjak (ketepang) yang diperbuat dari kulit juga digunakan. Mereka juga memakai sumping (seperti antinganting) dan Badung yang dipakai di bahagian belakang diperbuat dari belulang kering. Di bahagian luar seluar dipakai dengan kain kempuh iaitu jenis kain bercorak batik jawa

Untuk menambahkan lagi seri, kain selandang yang berwarna-warni dibelitkan dipinggang dan dibiarkan berjuntaian hingga bawah lutut. Kumpulan-kumpulan yang sederhana kemampuannya menggunakan baju outih lengan pendek dan bengkung sahaja. Sesuatu yang perlu diperhatikan, Danyang (keua kumpulan) akan memakai pakaian yang berbeza dan agak istimewa.

Alat-alat muzik
Angklong- Alat utama di dalam permainan Kuda Kepang. Biasanya 5 buah Anglong digunakan, iaitu 2 pasang.

Gendang- Gendang yang digunakan ialah gendang biasa seperti mana yang digunakan di dalam pencak silat, joget dan sebagainya. Kelewang gendang ini biasanya dibuat dari jenis pokok yang keras seperti teras nangka atau pengkal kelapa. Kedua-dua permukaan ditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing.

Gong- Berbentuk bulat, diperbuat dari gangsa. Di tengah-tengahmya sedikit cembul, untuk dipukul, bagi mengeluarkan bunyi yang lebih lantang apabila dipukul.

Kenong- Berbentuk seperti Gong tetapi berukuran lebih kecil. Di dalam tarian Kuda Kepang digunakan sepasang Kenong, iaitu Kenong ini dimainkan oleh seorang pemain sehaja.

Jidor- Kadangkala digunakan untuk menggantikan gong. Berbentuk seperti rebana besar, panjang lebih kurang 2 kaki. Kedua-dua permukaan ditutup dengan kulit lembu atau kulit Kambing.

Saron kecil- Dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan lekak seperti ruas buluh. Saron ini mempunyai dua nada selemisasi lebih kurang seperti alat muzik moden Bygrophone yang mempunyai beberapa nada key pada setiap bilah.

Bonang- Dibuat daripada besi tembaga, ditengahnya bonjol bulat kira-kira 8 inci sahaja garisan pusatnya. Bonang ini mengandungi 10 buah untuk 1 set.

Anda mungkin juga menyukai