Anda di halaman 1dari 4

PENYELIDIKAN DAN PENULISAN SEJARAH

( HSR3023)

Sejarah Tradisi Permainan Rebana Ubi Di Kampung Gelang Mas, Pasir Mas Kelantan

WAN MUHAMMAD SALIHIN BUKHARI B SALAHUDIN

D20141067618

PENSYARAH:

DR. YUNUS BIN SAUMAN @ SABIN

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJUNG MALIM PERAK


Tajuk: Sejarah Tradisi Permainan Rebana Ubi Di Kampung Gelang Emas, Pasir Mas

Kelantan

Latar Belakang Kajian

Kelantan merupakan sebuah negeri yang terkenal sebagai lubuk budaya dan kesenian serta

pusat pengajian dan pemancaran islam dan pusat tradisi intelektualisme yang kukuh sejak

zaman-berzaman. Dari sebuah negeri yang berkembang dengan sejarahnya, Kelantan juga

dikenali dengan pelbagai gelaran dan juga panggilan seperti negeri Cik Siti Wan Kembang,

Tanah Rendah Sekebun Bunga, dan juga Kota Budaya. 1 Hal ini menyebabkan identiti

masyarakat Kelantan terkenal sebagai masyarakat yang bersatu padu dalam pelbagai aspek.

Negeri Kelantan juga terkenal dengan permainan alat muzik tradisional seperti permainam

Rebana Ubi dan sebagainya. Rebana ubi merupakan sejenis alat gendang yang bersaiz besar

dan diklasifikasikan sebagai alat. Alat muzik ini dimainkan secara ensembel dan popular di

negeri Kelantan.dan juga Terengganu. Walaupun corak dan bentuk fizikalnya sedikit berbeza

antara dua negeri tersebut, namun objektifnya adalah sama, iaitu untuk menghiburkan

penonton dan mengajak masyarakat setempat bersama merasai getar paluan melalui alunan

yang memancarkan cerminan budaya yang tersirat makna dan falsafah.2 Kalau dahulu

permainan rebana ubi ini sering dipertandingkan, namun kini ia lebih kepada pertunjukan dan

persembahan. Pada zaman kegemilangannya, rebana ubi adalah manifestasi kesepaduan

masyarakat di samping sebagai wahana santapan telinga yang meletakkan keharmonian dan

keseimbangan bunyi sebagai teras. Rebana ubi dimainkan sebaik selesai menuai padi

mahupun perasmian sesuatu istiadat, penobatan dan juga sebagai penyeri majlis

1 Hanapi Dollah, Warisan Kelantan XX, (Kelantan : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan,
2007), 21

2 Kay Kim, Beberapa Aspek Warisan Kelantan, (Universiti Sains Malaysia, 1937), 13
perkahwinan.3 Rebana ubi menjadi satu permainan yang gah kerana ia melibatkan bilangan

pemain yang ramai di samping ketara dari segi saiznya yang besar dan turut diiring oleh

beberapa peralatan lain seperti gedombak, geduk, kompang, serta marwas. 4 Dalam usaha

mengumpul maklumat dan bahan, pengkaji harus bijak mengumpul bahan dan mendapatkan

maklumat agar tidak terkeluar dari skop pengkajian yang ingin dikaji. Justeru itu, pengkaji

akan berusaha melengkapkan dan mengisi kekosongan yang wujud dalam penulisan dan

pengkajian yang lain berdasarkan sumber yang diperoleh. Kajian juga akan dibuat mengenai

konteks tarikan terhadap tajuk iaitu Sejarah Tradisi Dalam Permainan Rebana Ubi Di

Kampung Gelang Mas, di daerah Pasir Mas serta rumusan untuk memilih dan menentukan

nilai yang dapat dipupuk. Oleh itu, pengkaji perlu membuat penelitian yang khusus bagi

memastikan segala maklumat dapat dikaji dengan teliti.Di dalam permainan rebana ubi ini,

tidak terdapat sebarang gabungan elemen tradisional dan moden kerana ia sudah lama tidak

dimainkan dan ia sudah kian pupus ditelan dek kemajuan yang sedang pesat dibangunkan.

Signifikan persoalan terhadap nilai-nilai moral di dalam permainan rebana ubi akan

menimbulkan kesan yang positif dari perspektif masyarakat luar tentang keistimewaan

permainan ini. Ekoran kesukaran untuk mencari pengganti yang pandai dalam bermain rebana

ubi ini, permainan rebana ubi ini kian pupus pada masa kini dan tiada lagi masyarakat

menggunakan rebana ubi ini dalam majlis-majlis tertentu. Oleh itu, penyelidik cuba untuk

menulis tentang Sejarah Rebana Ubi supaya generasi akan datang dapat mengetahui dengan

lebih lanjut Sejarah asal usul Rebana Ubi yang kini semakin lenyap ditelan oleh arus

pemodenan. Disamping itu, penulis juga ingin menarik minat generasi akan dating agar

meneruskan legasi permainan ini.

3 ibid

4 Hanapi Dollah, Warisan Kelantan XX, (Kelantan : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan,
2007), 51
Pernyataan Masalah

Di dalam memikirkan soal permainan tradisional rebana ubi kurang mendapat perhatian

dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Apa yang lebih membimbangkan

adalah kurangnya pelapis dalam seni permainan ini kerana kurangnya pendedahan yang

diberikan oleh pihak tertentu. Permasalahan sebegini jika dibiarkan berterusan,

kebarangkalian generasi akan datang tidak berpeluang mendengar dan mengenali tentang seni

permainan rebana ubi. Perkara yang menjadi permasalahan dan batasan dalam mengkaji

permainan rebana ubi adalah kerana terdapatnya keistimewaan dan fungsinya yang tersendiri

yang terdapat pada nilai moral seperti nilai amanah, ketelitian dan semangat yang terdapat

dalam permainan rebana ubi dan tidak terdapat dalam permainan tradisional yang lain.

Disamping itu, penulis juga akan mencari bagaimana bentuk persembahan rebana ubi yang

menjadi keutamaan dalam majlis masyarakat di Kelantan. Pengkaji tanpa batasan akan

menjadikan tempoh masa yang diambil adalah terlalu lama. Oleh yang demikian, penulis telah

memilih untuk mengkaji permainan rebana ubi yang dimainkan di kawasan Kg. Gelang Mas,

Pasir Mas, Kelantan. Hal ini demikian kerana kawasan tersebut adalah berhampiran dengan

tempat tinggal penulis dan memudahkan kerja yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai