Anda di halaman 1dari 9

Contoh-Contoh Dan Perluasan Makna Makan

Menurut korpus DBP, makan merupakan kata nama yang sama maksudnya dengan menjamah,
merasa, santap, membaham, meratah, mencaruk, melahap, menyental, membedal, membalun,
memamah, mengunyah, muntah kedarah, mencekik, mencengam, mengasel perut, menyekang
perut, mengisi perut, mengisi perut, membantai, menggasak, menalak, menggigit-gigit,
mengunggis, mengerit, mengerip, mengerkah, mematuk, mencatuk, mengganyang, menggerogot
dan meranggah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan makan dalam konteks
nasihat adalah bersinonim dengan menerima, mengikut, menurut, mendengar, mematuhi dan
mentaati manakala dalam konteks brek pula ia bersinonim dengan mencengkam, berfungsi,
berkesan dan memakan.

Berikut ditunjukkan peluasan makna makan di dalam Kamus Dewan Edisi ke-4.

Kamus Dewan Edisi 4 Korpus


Makna teras: Makna teras:
1. Memasukkan sesuatu ke dalam mulut, 1. Makan Makanan
Kamus Dewan Edisi 4
kemudian mengunyah dan
a) Kita disarankan makan makanan yang
menelannya.
berkhasiat.
b) Abang sudah selesai makan makanan di
dapur.

Makna pinggiran: Makna pinggiran:


2. Perkataan makan yang melibatkan 2. Perbuatan Dan Kesan.
Kamus Dewan Edisi 4
perbuatan dan kesan.
a) Makan sumpah Amin tidak
mematuhi sumpah yang telah dibuat
menyebabkan dirinya dimakan sumpah.
b) makan tangan Sifat kurang ajar Azli
menyebabkan dia makan tanagan ditumbuk
Azman.

3. Peribahasa
Kamus Dewan Edisi 4
3. Makna makan yang melibatkan
a) makan hati
peribahasa Aiman selalu makan hati dengan
sikap ayanhnya yang melebih-lebihkan
adiknya.
b) makan diluar, berak di dalam
Lelaki itu tidak ubah seperti makan
diluar, berak di dalam. Hal ini kerana
dia sanggup melarikan wangdari
rumah orang-orang tua itu.
c) Kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang
Kemiskinan Pak Uku menyebabkan
dia tetap tabah meneruskan
kehidupannya hanya sekadar kais pagi
makan pagi, kais petang makan
petang.
4. Tempat
Kedai makan
Kamus Dewan Edisi 4
Ramai orang menonton televisyen
sambil menjamu selera di kedai makan Pak
Feed.
4. Makna makan yang melibatkan Di kedai makan itulah Wan dan Azilah
tempat. bertemu dan saling jatuh cinta.

5. Benda
Kamus Dewan Edisi 4
a) Makan minyak
Adakah kereta Proton Saga ini kuat
makan minyak? Soal Bustaman
kepada Amer.
b) Brek makan
Pemandu lori itu hampir kemalangan
tetapi bernasib baik kerana brek makan.

6. Waktu
5. Makna makan yang melibatkan benda
Kamus Dewan Edisi 4
a) Makan Malam
Hafiza selalu makan malam bersama
keluarga.
b) Makan Sahur
...Ibu selalu berpesan supaya makan
sahur agar mendapat keberkatan
semasa dalam bulan Ramadhan.
c) Makan Masa
Pengurus hotel itu selalu menegur
pekerjanya kerana sentiasa makan masa
yang lama ketika mengemas bilik.
6. Makna makan yang melibatkan waktu

Potensi makna baharu daripada bukti korpus semasa

Daripada penelitian korpus ini, didapati makna makan telah dikonsepsikan dalam pelbagai
pendefinisian mengikut konteks. Dalam ajian ini hanyalah menyenaraikan 1 sahaja makna teras
ataupun makna asal bagi perkataan makan. Namun begitu, bagi makna pinggiran pengkaji dapat
menyenaraikan 5 penggunaan perkataan makan dan penggunaannya serta penghuraiannya akan
dijelaskan seperti berikut:

Makna teras: Makan Makanan

Makna makan dalam konteks ini adalah makna asal bagi perkataan makan iaitu memasukkan
sesuatu ke dalam mulut, kemudian mengunyah dan menelannya. Makna asal perkataan makan ini
adalah merujuk kepada perbuatan memakan sesuatu seperi makan buah, sayur-sayuran serta hal
yang melibatkan dan berkaitan dengan makanan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
bermaksud makanan merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna yang terdiri daripada
karborhidrat, lemak, air dan protein, yang boleh dimakan atau diminum oleh manusia dan haiwan
untuk mendapat nutrien. Contoh dibawah menunjukkan bahawa perkataan makan yang konkrit
iaitu makna asalnya yang sendiri.

a) Kita disarankan makan makanan yang berkhasiat.


b) Abang sudah selesai makan makanan di dapur

Makna pinggiran: Perbuatan Dan Kesan

Makna makan dalam konteks Perbuatan Dan Kesan ini merujuk kepada perkatan makan yang
berlainan maksud dengan maksud yang asal. Contoh ayat yang digunakan adalah perkataan
makan sumpah sepeti dibawah:

Amin tidak mematuhi sumpah yang telah dibuat menyebabkan dirinya dimakan sumpah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makan sumpah dalam konteks ini merupakan ditimpa
bencana kerana tidak mematuhi sumpah yang telah dibuat. Oleh itu perkataan makan sumpah
menjadikan perkataan makan itu kepada kesan yang telah diterima akibat melanggar sumpah
yang telah dibuat oleh seseorang dan mendapat kesusahan.

Seterusnya pula bagi perkataan makan tangan ini pula mempunyai dua makna iaitu seseorang itu
terkena tamparan ataupun penumbuk seperti ditinju. Namun begitu menurut Kamus Dewan juga,
makna yang seterusnya ialah kategori peribahasa iaitu makan tangan yang bermaksud seseorang
itu mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-sangka. Tetapi dalam konteks ayat yang
telah dipilih ini menujukkan perkataan makan tangan iaitu ditinju ataupun ditampar. Contoh ayat:

Sifat kurang ajar Azli menyebabkan dia makan tangan ditumbuk Azman.

Makna Pinggiran: Peribahasa

Makna pinggiran dalam konteks peribahasa juga menunjukkan perluasan makna bagi perkataan
makan. Di dalam peribahasa banyak menggunakan perkataan makan, tetapi makna makan disini
juga adalah tidak sama dengan makna asal tetapi mempunyai maksud yang tersendiri. Contoh
peribahasa yang diambil adalah makan hati.

Aiman selalu makan hati dengan sikap ayanhnya yang melebih-lebihkan adiknya.
Makan hati merupakan pearasaan dukacita yang teramat sangat dialami oleh seseorang akibat
perbuatan seseorang terhadap dirinya. Peribahasa makan hati lebih menjurus kepada soal
perasaan seseorang yang disakiti akibat perlakuan orang lain terhadap dirinya. Mereka juga akan
berasa keseorangan dan akan menjadi pendiam apabila berhadapan dengan orang yang mereka
terasa makan hati.

Merujuk pula pada peribahasa seterusnya bagi perkataan makan ini ialah makan diluar, berak di
dalam. Perkataan makan dalam konteks ini menjadikan perkataan makan membawa maksud
makan itu sendiri namun dari segi maksud peribahasanya adalah berbeza. Contoh ayat yang
dapat kita lihat ialah:

Lelaki itu tidak ubah seperti makan diluar, berak di dalam. Hal ini kerana dia sanggup
melarikan wangdari rumah orang-orang tua itu.

Makna makan diluar berak di dalam ini adalah merujuk kepada seseorang yang bertindak
mengkhianati tempatnya mendapat perlindungan. Sudah jelas menunjukkan perbuatan
membuang air besar atau berak seharusnya dilakukan di tempat yang sepatutnya. Peribahasa ini
juka dilihat secara luaran, dapat ditafsirkan bahawa ia menyentuh tentang kelakuan seolah-olah
melakukan sesuatu perkara di tempat yang tidak sepatutnya.

Peribahasa yang terakhir yang di ambil ialah peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ini tidak asing lagi dalam
masyarakat Melayu. Definisi bagi peribahasa ini ialah orang susah ataupun miskin harus bekerja
setiap masa bagi mengisi perut iaitu dengan membanting tulang empat kerat setiap hari tanpa
mengira penat lelah. Contoh ayatnya ialah:

Kemiskinan Pak Uku menyebabkan dia tetap tabah meneruskan kehidupannya hanya
sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Makna Pinggiran: Melibatkan Tempat

Perkataan makan juga berlaku perluasan makna dari segi tempat. Tempat yang dimaksudkan dini
adalah kedai makan iaitu ada perkataan makan, namun telah menjadi maksud yang lain setelah
masuk perkataan kedai di hadapannya. Pembuktian korpus adalah seperti data berikut;
Ramai orang menonton televisyen sambil menjamu selera di kedai makan Pak Feed.
Di kedai makan itulah Wan dan Azilah bertemu dan saling jatuh cinta.

Makna perkataan kedai makan ini merujuk kepada tempat yang menjual makanan seperti nasi,
lauk-pauk dan lain-lagi. Wujudnya perkataan kedai ini menjadikan perbezaan antara makna asal
makan kepada makna lain iaitu tempat ataupun kedai menjual makanan.

Makna Pinggiran: Melibatkan Benda

Pembuktian korpus juga menunjukkan makan diluaskan maknanya untuk merujuk kepada benda.
Peluasan makna makan yang merujuk kepada benda dapat dibuktikan berdasarkan data korpus
berikut;

Makan minyak
Adakah kereta Proton Saga ini kuat makan minyak? Soal Bustaman kepada Amer.
Brek makan

Pemandu lori itu hampir kemalangan tetapi bernasib baik kerana brek makan.

Perkataan makan dalam korpus makan minyak ini adalah merujuk kepada benda ataupun
kenderaan. menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makan minyak bermaksud kenderaan yang
digunakan banyak membakar bahan api yang lebih tinggi kuantitinya. Selain itu, kereta yang
lebih besar juga lebih makan minyak berbanding dengan kereta yang kecil. Oleh itu, perkataan
makan di sini bermaksud kuat ataupun banyak menggunakan minyak bagi kenderaan. Bagi
perkataan brek makan pula merujuk kepada sesuatu benda yang berfungsi, mencengkam,
ataupun berkesan bagi kenderaan. ini dapat dilihat perkataan makan sebagai fungsi itu sendiri.

Makna Pinggiran: Melibatkan Waktu

Peluasan makna makan juga dilihat melibatkan waktu. Pembuktian korpus adalah seperti data
berikut:

a) Makan Malam
Hafiza selalu makan malam bersama keluarga.
b) Makan Sahur
Ibu selalu berpesan supaya makan sahur agar mendapat keberkatan semasa dalam bulan
Ramadhan.
c) Makan Masa
Pengurus hotel itu selalu menegur pekerjanya kerana sentiasa makan masa yang lama
ketika mengemas bilik.

Jika dilihat pada ayat a) iaitu perkataan makan disini merujuk kepada maksud konkritnya iaitu
menjamah makanan. Namun begitu ia berubah makna kepada waktu iaitu perkataan malam.
Makan malam merujuk kepada makan di waktu malam dalam lingkunagn jam tujuh petang
hingga sepuluh malam. Begitu juga dengan ayat b) iaitu makan sahur. Maksud asal makan bagi
ayat b) berubah apabila perkataan sahur ini ditambah. Makna bagi perkataan makan sahur adalah
merupakan proses makan selepas waktu tengah malam iaitu sebelum terbit fajar dalam bulan
ramadhan mahupun bulan biasa. Tapi yang membezakan kata konkrit makan kepada maksud
waktu dapat di ukur. Begitu juga dengan ayat c) iaitu makan masa. Dalam konteks ayat ini jika
difikir scara logik makan masa adalah sesuatu yang mustahil,namun maksud makan masa ini
merujuk kepada melakukan sesuatu pekerjaan dengan mengambil masa yang terlalu lama walhal
pekerjaan tersebut hanya memakan masa yang sekejap sekiranya dijalankan dengan sistematik
dan tepat.

Makna makan skema imej POSITIF NEGATIF

Pertamanya, peluasan makna perkataan makan merujuk kepada makan yang menduduki tempat
dalam ranah baik dan buruk. Ini dapat dijelaskan dalam contoh-contoh berikut:

1. Badrul dan keluarganya telah makan angin ke Langkawi.


2. Syafiq hanya makan tidur selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
3. Ibu sering merungut pada ayah tentang perilaku abang yang dilihat semakin hari semakin
tidak makan nasihat.

Pada panadangan penyelididk, berdasarkan contoh di atas, makan skema imej POSITIF
NEGATIF merujuk kepada perbuatan yang mendatangkan kegembiraaan dan juga
sebaliknya.Pandangan penyelidik juga tentang perkataan makan dalam skema imej POSITIF
NEGATIF dapat dibezakan contohnya dalam contoh 1 menunjukkan bahawa makan angin ini
menjelaskan perbuatan bersiar-siar untuk berehat bagi melapangkan fikiran. Pada contoh 2 pula
menunjukkan sifat atau perbuatan negative iaitu makan tidur. Makan tdur ini bermaksud
seseorang yang hidup tidak melakukan sebarang pekerjaan ataupun tidak membuat apa-apa
pekerjaan. Dalam ayat 3 pula menunjukkan siafat negative, namun begitu perkataaan makan
nasihat bergantung kepada ayat kerana makan nasihat dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu
makan nasihat untuk tujuan penyelesaian masalah, tujuan perasaan, membuat keputusan,
kehidupan, kerjaya dan seumpamamnya.

Metafora konsepsi MAKAN ADALAH PERASAAN

Seperti yang dinyatakan, metafora konsepsi adalah satu mekanisme kogniktif dalam
pengkonsepsian melalui pemetaan ranah sumber (konkrit) ke atas ranahnya (abstrak). Makan
sebagai salah satu perbuatan yang yang digunakan untuk merujuk pada sesuatu entity yang
abstrak. Contoh-contoh yang diberikan menggambarkan perasaan seseorang itu:

1. Amri sering makan hati dengan sikap abangnya yang mementingkan diri itu
2. Amira tidak disenangi rakan-rakan kerana seorang yang makan dalam.

Pada pandangan penyelidik, contoh yang diberikan di atas melambangkan makna makan
yang bermaksud perasaan. Jika dilihat pada contoh pertama, makan hati bermaksud perasaaan
seseorang yang disakiti. Contoh yang kedua pula menunjukkan perasaan iaitu makan dalam.
Makan dalam bermaksud seorang ynag diam tetapi mempunya banyak pengalaman. Analisis bagi
berfikir sama ada perkara difikirkan agak lama untuk mendapatkan sesuatu jwapan atau
kepastian. Perkara yang difikirkan sama ada positif ataupun negatif.

Sinestesia

Sinestesia ialah merujuk kepada satu mekanisme kognitif yang beroperasi dalam perluasan
makna. Melalui proses ini perluasan makna atau perkataan tersebut beroperasi dalam ranah lain
selain ranah terasnya (Dirven 1985; Imran Ho 2000). Dalam konteks ini, perkataan makan dalam
makna terasnya sebagai entity berikut dapat dilihat beroperasi dalam ranah lain, seperti ranah
rasa. Anatara contoh-contohnya ialah:

1. Ila ibarat tidur tak lelap, makan tak kenyang kerana memikirkan masalah kewangan.
2. Kamarul seperti cicak makan kapur kerana terjatuh dalam majlis keramaian.

Pada pandangan penyelidik, sinestasia adalah satu maksud yang menerangkan


sesuatu pemikiran akan sesuatu makna yang dikembangkan menjadi makna lain
atau makna lebih luas. Jika dilihat contoh yang pertama tidur tak lelap, makan tak
kenyang telah menunjukkan perasaan ataupun rasa yang dialami seseorang. Ini
adalah peribahasa yang berkaitan perkataan makan bermaksud orang yang bersusah
hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. Pada contoh yang kedua pula iaitu
seperti cicak makan kapur menunjukkan perluasan perkataan makan daripada peribahasa yang
bermaksud beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri.

Rujukan

Lakoff, G. (1987). Woman fire and dangerous things: What categories reveal about the

mind. Chicago: Chicago University Press.

Abdullah Yusof, penyelidikan makna

Anda mungkin juga menyukai