Anda di halaman 1dari 3

RUMUSAN RINGKAS TENTANG KONSEP, JENIS DAN AKTIVITI TEATER Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat dan

memperkembangkan potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu. Pengajaran juga berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Hal ini akan membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan masyarakat, bangsa dan negaranya. Bagi mencapai hasrat itu, guru memainkan peranan penting. Seseorang guru harus merancang, melaksana dan membuat penilaian sesi pengajaran dan pembelajaran agar menepati citarasa dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui daya kreativiti guru, pengubahsuaian strategi dan teknik mengajar dapat dilakukan untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan membawa kesan yang maksimum lebih-lebih lagi berdepan dengan murid-murid yang bermasalah. Salah satu teknik yang mampu memenuhi ciri tersebut adalah melalui pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat ini akan menjadi realiti sekiranya para guru dapat melaksanakan set pengajaran dan pembelajaran dengan berpaksikan ilmu kemahiran yang tinggi, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang sistematik. Sesungguhnya pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama dalam bilik darjah mampu menyuburkan minat belajar dan menamkan sikap positif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya bagi menangani murid-murid yang agak lambat menguasai kemahiran membaca dan menulis. Dari segi sosialnya pula, aktiviti yang berteraskan elemen drama seperti berlakon, berupaya menyuburkan kemahiran bersosial seperti semangat kerjasama, berani dan

bertanggungjawab. Seni teater pada dasarnya merupakan hasil dari sebuah proses yang berkembang dari waktu ke waktu sesuai dengan perkembangan pemikiran masyarakat di lingkungan teater itu sendiri. Tiga konsep yang akan diaplikasikan di dalam suatu pementasan teater seperti : 1. Realis - Nyata Kelebihan konsep ini adalah ia tidak memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Hanya perlu daya pemerhatian yang tinggi. Contoh dari segi set dan kostum dalam kelas sekolah menengah. Perlu meja, kerusi dan papan hitam. Pakaian sekolah untuk pelajar sekolah menengah. Konsep ini memerlukan ketelitian yang tinggi. Kelemahan konsep ini adalah

sebarang kesilapan sangat senang dikesan dan ia menghalang kepelbagaian dari segi artistik. 2. Absurd - Tidak Nyata Kelebihan konsep ini adalah dari segi budget. Contoh, kotak yang besar boleh dijadikan katil, kerusi, meja, kereta mahupun kapal bergantung pada pelakon dan tafsiran pengarah. Konsep absurd tidak memerlukan kita terlalu realis, boleh bermain dari segi artistik sepertimana kemahuan kita dan tidak akan ada persoalan kerana ini dunia absurd. Namun berhati-hati bermain dengan dunia absurd kerana bimbang ianya susah difahami penonton. 3. Surealis - Separa Nyata Konsep ini adalah konsep yang paling sesuai bagi seorang pengarah yang berpengalaman. Namun pengarah hendaklah pandai membezakan antara dua dunia. Contoh cerita surealis adalah cerita hantu. Hantu adalah alam yang tidak nyata manakala manusia pula adalah dunia nyata. Pengarah boleh bermain dari segi artistik di atas set yang realis, namun pengarah juga harus pandai menjelaskan konsep surealis supaya senang difahami penonton. Jika kita susuri maksud dan definisi teater di mana perkataan teeater berasal dari perkataan 'THEATRON' yang membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani ( greek tua ). Hal ini merupakan satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu. Maka, jelaslah bahawa merupakan satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, dipersembahkan kepada penonton secara langsung disebuah tempat dikenali sebagai pentas dan ahli persembahnnya dikenali sebagai pelakon. Teater merupakan suatu bentuk kerja secara bersama iaitu berpasukan antara artis dengan naskhah lakon di mana pelakon membawa watak di dalam produksi persembahan secara langsung dihadapan khalayak. Kita akan lihat jenis-jenis teater seperti berikut : 1. Tragedi Cerita di akhiri dengan kesedihan di mana pengakhiran cerita ini watak utama atau Wira dimatikan. Cerita menyentuh perasaan kerana yang baik biasanya ditimpa kesusahan di mana nasib tidak menyebelahi orang yang baik dalam cerita berkenaa. Jalan ceritanya seseorang yang ditimpa bencana yang membawa kesusahan dalam hidupnya di mana pergelutan manusia melawan takdir dan berakhir dengan duka atau kematian.

2. Komedi Cerita yang dipenuhi dengan kegembiraan. 3. Komedi tragedi / Tragikomedi Jenis ini merupakan gabungan komedi dan tragedy. Cerita ini diepnuhi dengan ketawa yang diakhiri dengan duka. 4. Melodrama Cerita ini penuh dengan kesyahduan dan biasanya dipadukan dengan muzik 5. Satira Cerita yang didasari dengan cemohan , ejekan , sindiran kepada masyarakat. Kebanyakan cerita ini berdasarkan dongeng dan cerita yang disampaikan oleh nenek moyang dahulu. 6. Muzikal Cerita ini seluruhnya diiringi dengn muzik dan dinyanyikan. Sepanjang cerita dialog diubah menjadi nyanyian dan pelakon mestilah pandai bernyanyi dan berlakon. Jenis-jenis teater berdasarkan hubungan antara pertunjukan dengan penontonnya ( HAM, Roderick, 1972, Theatre Planning, The Architectural, London ) : 1. Tipe arena Di mana penoton mengelilingi pertunjukan, tidak memerlukan penghayatan yang serius. 2. Tipe Transverse Merupakan perkembangan dan variasi dari tipe arena, dimana penonton duduk pada dua sisi yang berlawanan menghadap panggung. 3. Tipe arena Merupakan variasi dari tipe arena, dimana pemain atau aktor/aktris dapat ke naik ke pentas tanpa melalui ruang penonton. 4. Tipe arena Di mana penonton menyaksikan pertunjukan dalam satu arah. Luasan pentaskecil. 5. Tipe Procenium Merupakan perkembangan tipe arena akibat kurangnya luasan panggung. Penonton menyaksikan pertunjukan dalam satu arah di depan pentas. 6. Tipe Calliper Stage/Extended Stage Di mana pertunjukan mengelilingi sebagian dari penonton. penuh tawa,gembira dan berakhir dengan

Anda mungkin juga menyukai