Anda di halaman 1dari 8

1

KRITIKAN PEMENTASAN TEATER EKSPERIMEN BAHADI

(PENGAPLIKASIAN KONSEP MOTIVATIONAL LIGHTING DAN NON-


MOTIVATIONAL LIGHTING)

1.1 Pengenalan

Sinopsis pementasan teater eksperimen Bahadi adalah kepercayaan animisme sering


dikaitkan dengan upacara ritual, semangat untuk meminta perlindungan. Semangat itu
adakalanya membawa kebaikan atau mungkin punca malapetaka. Topeng yang digunakan
dalam sesebuah acara ritual menjadi punca malangnya sebuah kerajaan kerana dianggap
mempunyai Badi (Bahadi). Tetapi, adakah malang yang menimpa berpunca dari Bahadi atau
kita sendiri yang menjadi punca kepada Bahadi? Kehadiran seorang bayi lelaki yang dijumpai
mengubah kehidupan Paduka hingga mengenepikan puteranya sendiri. Menyedari suaminya
terlalu melebihkan orang luar, Permaisuri membuat perancangan demi kebaikan puteranya.
Malangnya, beliau meninggal dunia semasa melahirkan puteranya. Kematian permaisuri
memberi peluang Paduka menyusun agendanya tetapi ada rahsia yang tidak beliau ketahui
mengenai kedua-dua puteranya. Badi ini kebiasaanya perkara yang tidak baik dan diibaratkan
seperti melekat di badan seseorang. Stigma masyarakat menyatakan seperti ‘terkena badi’,
bermaksud hilang semangat kerana ada perkara tidak baik yang mengganggu atau
menumpang di badan seseorang. Ia juga boleh membawa malang.

Seterusnya, teater eksperimen Bahadi telah diadakan di Blackbox Akademi Seni


Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 11 hingga 13 Mei 2018. Teater
eksperimen Bahadi diarahkan oleh Encik Shahrul Mizad yang merupakan pensyarah di
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Teater eksperimen Bahadi
merupakan salah satu teater kolaborasi diantara pelajar Ijazah Teater Tahun 1, Akademi Seni
Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan pementasan ini juga merupakan salah satu
penilain bagi subjek lakonan dan pengurusan pentas.

Menurut kata-kata aluan pengarah di lampiran pamplet yang diedarkan pada


penonton; teater ini dipentaskan kerana “Aku pernah kena badi, badi mayat disebabkan
kawan serumah meninggal dah seminggu tapi kami tak tahu. Masa itu tahun 1994.
Sebenarnya, semangat kita kuat, ia akan pulih sendiri. Badi itu apa? Punca hidup malang?
Atau orang itu yang bawa malang? Adakah kerana orang mati atau sesuatu objek itu memang
ada badi? Tidak pun ada penunggu? Contoh topeng, mungkin topeng itu ada semangat,
2

dipuja, ada penunggu tumpang. Makanya, manusia yang ada badi atau topeng yang ada
badi?”.

2.0 Kritikan Mengenai Pencahayaan dengan Mengaplikasikan Konsep Pencahayaan


Motivational Lighting dan Non-Motivational Lighting

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan konsep pencahayaan motivational lighting dan non-
motivational lighting kerana naskah ini yang genre tragedi. Hal ini demikian kerana jika
naskah itu berbentuk tragedi maka elemen pity and fear sangat memainkan peranan yang
penting dari segi konsep artistik khususnya pencahayaan. Tambahan lagi, naskah yang
bergenre tragedi juga akan menyampaikan katarsis penceritaan di babak terakhir drama. Jadi
dengan pengaplikasian konsep motivational lighting dan non-motivational lighting ini,
pengkaji akan mengkritik setiap babak yang dilaksanakan dalam pementasan.

Naskah drama Bahadi ini merupakan naskah tragedi. Menurut Kenneth M. Cameron
dan Patti P. Gillespie dalam buku tajuk The Enjoyment of Theatre, tragedi ialah sebuah karya
yang mempunyai tahap penceritaan yang serius, watak protagonis yang terdapat dalam genre
tragedi, merupakan watak yang serius dan sentiasa melakukan tindakan serius (Cameron &
Gillespie, 1989). Watak dan perwatakan dalam genre tragedi kebiasaannya akan mendapat
akibat yang serius daripada perbuatan yang dilakukan (Cameron & Gillespie, 1989).
Seterusnya, konsep motivational lighting adalah pencahayaan yang dihasilkan bersifat
realistik. Manakala, berdasarkan penulisan Parker, Wolf dan Block, non-motivational
lighting ialah cahaya yang dihasilkan sebagai rekaan asli tanpa merujuk mana-mana sumber
pencahayaan dan lebih kepada imaginasi penata tatacahaya itu dan bukan bersifat realistik
(Parker, Wolf & Block, 2009). Non-motivational juga boleh dipengaruhi daripada sudut
warna dan peralatan yang digunakan (Parker, Wolf & Block , 2009). Jenis pencahayaan ini
juga lebih menumpukan kepada emosi yang ingin disampaikan melalui setiap babak yang
dipersembahkan atau dipentaskan.

Dalam pementasan teater eksperimen Bahadi, kebanyakan babak yang dipentaskan


lebih menumpukan kepada pencahayaan yang bersifat non-motivational lighting. Hal ini
demikian kerana kemungkinan pengarah mahu penonton berfikir dan memahami setiap emosi
yang dilakonkan oleh pelakon dan bersesuaian dengan babak yang dipersembahkan.
3

Di samping itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, konsep ialah pengertian am
atau idea yang mendasari sesuatu (Dbp, 2008). Reka bentuk tatacahaya harus bermula dengan
idea (Parker, Wolf & Block, 2009). Dalam teater, idea ini terhasil daripada tafsiran skrip oleh
pengarah dan unit yang akan melaksanakan idea pengarah iaitu unit tatacahaya, unit set, unit
kostum dan unit audio (Parker, Wolf & Block, 2009). Dennis J. Sporre, menyatakan bahawa
konsep pengarah adalah fokus utama dalam pementasan. Sporre menyatakan lagi, bahawa
setiap produksi pasti mempunyai matlamat yang hendak dicapai bagi menjayakan
pementasan supaya berjalan dengan lancar dan sempurna (Sporre, 1993). Konsep pengarah
merupakan visi keseluruhan dalam naskah yang akan dipentaskan (Sporre, 1993).

Konsep pengarah artistik dan matlamat pengarah artistik sangat penting kerana
konsep tersebut membantu penata tatacahaya dalam mereka tatacahaya. Ia juga dapat
membantu penata tatacahaya untuk mereka pencahayaan dengan lebih kreatif dan selari
dengan konsep yang dikemukakan oleh pengarah artistik. Pengkritik mengaitkan dengan
definisi konsep kerana pengaplikasian konsep pengarah artistik dan penata tatacahaya akan
berjaya jika penonton dapat memahami dengan jelas bagi setiap babak yang dipentaskan
berdasarkan rekaan tatacahaya yang dihasilkan.

Babak yang menggunakan konsep pencahayaan motivational lighting adalah babak


pencerita. Dalam teater eksperimen Bahadi, keseluruhan babak pencerita menggunakan
konsep motivational lighting. Sebagai pengkritik, pengkritik menilai setiap babak pencerita
menggunakan konsep pencahayaan motivational lighting kerana penggunaan warna lampu
yang bewarna kuning dan berkonsep minimal. Emosi yang disampaikan oleh pelakon yang
membawa watak pencerita mudah difahami oleh penonton yang tidak mempunyai kefahaman
dalam pencahayaan.
4

Menurut Parker, Wolf dan Block di dalam buku Scene Design and Stage Lighting, warna
tidak akan wujud tanpa pencahayaan (Parker, Wolf & Block, 2009). Warna adalah salah satu
daripada empat perkara utama dalam tatacahaya teater dan merupakan satu komposisi yang
menguasai pentas (Parker, Wolf & Block, 2009). Warna juga boleh menjadi sesuatu yang
dramatik, hiasan atau atmosfera, simbolik dan realistik (Parker, Wolf & Block, 2009).
Maksud lampu warna kuning yang digunakan dalam pementasan teater eskperimen Bahadi
adalah warna kuning terbahagi kepada dua, kuning yang cerah membawa maksud keriangan
atau keagungan manakala warna kuning yang sedikit malap membawa erti kehilangannya
keriangan atau keagungan (Keller, 1999).

Tambahan lagi, Menurut Parker, Wolf dan Block, unsur dalam pemilihan warna
tatacahaya sangat kompleks dan sebagai seorang penata tatacahaya, ia perlu memberi
perhatian kepada warna dan pigmen serta dalam cahaya kerana ia saling berinteraksi (Parker,
Wolf & Block, 2009). Ini kerana sebagai penata tatacahaya muda, penata tatacahaya perlu
mempelajari empat perkara tentang penggunaan warna cahaya di atas pentas antaranya ialah
pertama, satu objek perlu mempunyai warna yang tersendiri (permukaannya), kedua ialah
tatacahaya mesti sentiasa mempunyai warna, ketiga, warna tatacahaya yang digunakan harus
memberi kesan kepada objek yang sudah mempunyai warna yang tersendiri dan keempat
faktor pandangan seseorang akan mempengaruhi bagaimana individu itu melihat warna yang
digunakan di atas pentas (Parker ,Wolf & Block , 2009).

Pengkritik mengaitkan dengan fakta mengenai penata tatacahaya muda kerana penata
tatacahaya bagi pementasan teater eksperimen Bahadi merupakan seorang pelajar yang dinilai
oleh Encik Shahrul Mizad. Secara tidak langsung, sebagai penonton juga pengkritik bagi
teater Bahadi, pengkritik dapat memahami subtext serta emosi yang disampaikan oleh watak
pencerita dalam teater eksperimen ini. Selain itu, bagi pengkritik, penata tatacahaya yang
melaksanakan rekaan tatacahaya bersifat motivational lighting ini berjaya menyampaikan
maksud serta lampu yang dihasilkan bersesuaian dengan psikologi watak yang dipentaskan
oleh pelakon teater ini.
5

1.1 Lampiran tatacahaya bersifat motivational lighting dalam pementasan teater eksperimen
Bahadi bagi watak pencerita.

1.2 Lampiran tatacahaya bersifat motivational lighting dalam pementasan teater eksperimen
Bahadi bagi watak pencerita.
6

Babak yang menggunakan konsep pencahayaan non-motivational lighting adalah


babak untuk kesemua babak tetapi pada pandangan pengkritik konsep ini berjaya khususnya
di babak terakhir. Hal ini demikian kerana naskah genre tragedi, katarsis dan pity and fear
adalah di babak terakhir. Ini kerana bagi drama yang bergenre tragedi, babak terakhir
merupakan babak yang melahirkan katarsis drama. Oleh yang demikian, rekaan tatacahaya
diharap dapat membantu pelakon menghayati emosi yang dibawa dan juga penghayatan
penonton untuk babak terakhir.

Bagi pengkritik, rekaan tatacahaya non-motivational di babak terakhir mampu


memberi kefahaman yang jelas kepada penonton mengenai situasi yang terjadi, membantu
penonton memahami emosi yang disampaikan oleh pelakon dan memberi mesej yang jelas
mengenai penceritaan yang dipentaskan. Selain itu, subtext yang disampaikan oleh pelakon
dengan baik kepada penonton juga merupakan salah satu punca pengkritik menyatakan
bahawa rekaan tatacahaya ini berjaya diaplikasikan berdasarkan konsep pencahayaan non-
motivational lighting.

Pemilihan warna bagi rekaan tatacahaya di babak terakhir naskah Bahadi ialah warna
merah dan kuning. Menurut Keller dalam Light Fantastic The Art and Design of Stage
Lighting, warna merah tergolong dalam golongan cold color (Keller, 1999). Merah juga akan
sentiasa menjadi teka – teki dalam kehidupan kita dan memberi penyampaian mengenai
kedinginan, kesungguhan dan kesedihan (Keller, 1999). Manakala, warna kuning terbahagi
kepada dua, kuning yang cerah membawa maksud keriangan atau keagungan manakala warna
kuning yang sedikit malap membawa erti kehilangannya keriangan atau keagungan (Keller,
1999). Berdasarkan pemilihan warna ini pengkritik dapat menyimpulkan bahawa kesan pity
and fear yang ingin disampaikan di babak terakhir berjaya dilaksanakan. Walaupun tidak
menggunakan banyak warna pencahayaan tetapi ia dapat menimbulkan kesan pity and fear di
babak terakhir iaitu kematian watak utama dalam penceritaan teater Bahadi ini.
7

1.3 Lampiran tatacahaya bersifat non-motivational lighting dalam pementasan teater


eksperimen Bahadi bagi babak terakhir.

1.4 Lampiran tatacahaya bersifat non-motivational lighting dalam pementasan teater


eksperimen Bahadi bagi babak terakhir.
8

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dengan mengaplikasikan konsep motivational lighting dan non-


motivational lighting dalam mengkritik pementasan teater eksperimen Bahadi adalah teater
eksperimen Bahadi ini berjaya melaksanakan konsep ini ke dalam pementasan teater Bahadi.
Hal ini demikian kerana sebagai penonton, pengkritik dapat memahami dengan jelas jalan
penceritaan yang dipentaskan dan kesan pity and fear di babak terakhir berjaya disampaikan
dengan jayanya.

Babak terakhir dalam naskah Bahadi merupakan babak paling utama bagi pelakon
menyampaikan emosi dan mesej yang dibawa kepada penonton. Di samping itu, babak
terakhir bagi skrip bergenre tragedi paling utama kerana babak terakhir merupakan katarsis
bagi penceritaan naskah tragedi. Bukan itu sahaja, penata tatacahaya juga perlu melaksanakan
proses pencahayaan dengan teliti supaya pementasan yang dijalankan berjalan dengan lancar.
Justeru itu, penata tatacahaya yang mempunyai kredibiliti terbaik adalah penata tatacahaya
yang melaksanakan tugas secara professional dan membangun bersama kreativiti yang
mampu menyampaikan mesej naskah yang dipentaskan.

4.0 Rujukan

Cameron,K. M., & Gillespie, P. P. Patti (1992). The Enjoyment of Theatre. New York :
Macmillan Publishing Company.

Parker. W. O, Wolf. R. Craig &Block. D (2009). Scene Design and Stage Lighting. USA :
Michael Rosenberg.

Shelly,L.S.(1999). A Practical Guide to Stage Lighting. Butterworth-Heinemann : Wildwood


A Venue, Woburn.

Sporre,J.(1993). The Art of Theatre. United States of America : A Simon & Schuster
Company, Englewood Cliffs. New Jersey.

www. prpm. Dbp. gov.my. (2008).

Anda mungkin juga menyukai