Latar : Sebuah ruang tamu rumah seorang dukun yang dilengkapi beberapa peralatan
perbomohan.
BABAK 1
- Malam. Suasana seram dengan cahaya yang sesuai. Dukun sudah berada di
sudut perbomohannya.
(Dukun pada mulanya menjalankan aktiviti ritual dan kelihatan seperti menurun.
Setelah selesai, dia kembali ke keadaan sediakala dan bercakap kepada penonton).
DUKUN : (Kepada penonton) Nama aku Mail Itam. Aku dukun yang terkenal di daerah
ini. Orang panggil aku Dukun Itam. Sebabnya, dah memang aku seorang dukun.
Takkanlah nak panggil aku Pramugara Itam pulak.... Aku ni duda. Arwah isteri aku, dah
lama meninggal. Dah dekat 20 tahun. Kena buatan orang. Sejak dia meninggal, aku
belajar ilmu perdukunan. Sekarang, aku dah jadi dukun yang paling hebat. Dukun
Santet. Ilmu hitam permainanku. Ramai pelanggan-pelanggan aku yang datang ke mari
untuk mendapatkan khidmatku. Mereka mahu aku mengenakan ilmu hitam kepada
musuh-musuh mereka. Orang zaman sekarang ni, ramai yang busuk hati. Tapi, aku
peduli apa. Yang penting, mereka tak lokek menabur duit dan harta kepada aku...
Hitam tak nampak dia. Kemudian, dia bercakap kepada penonton). Aku Jongos. Panggil
saja aku Jongos Handsome. Sebab, aku memang boleh tahan juga, kan? Aku anak
angkat Dukun Itam. Semua yang dia arahkan, aku ikut. Bukan apa, takut tak diberi
makan nanti. Dukun Itam tak kedekut. Selalu beri aku makan yang sedap-sedap.
Kadang-kadang, nasi ayam, nasi tomato, nasi beriani, nasi minyak, nasi kandar dan...
kadang-kadang, nasi lemak saja. Tapi tak kisahlah, yang penting dia baik. Kata orang,
aku berdosa kerana bersubahat dengan kerja-kerja khurafat yang dikerjakan oleh
Dukun Itam. Bukannya aku tak takut. Aku, takut juga. Tapi, dia dah banyak bakti pada
aku. Aku dan banyak terhutang budi. Kalau boleh, aku nak suruh dia tinggalkan apa
yang sedang dikerjakannya sekarang ni. Tapi, aku tak berani, lah.
DUKUN : (Menempik) Jongos... hey, kau cakap dengan siapa tu, hah ?
JONGOS : (Terkejut dan kelam-kabut). Tak. Tak cakap dengan sesiapa. Kenapa, Dukun
DUKUN : (Memberi hidangan dalam dulang) Kau ambil hidangan ini, lepas tu kau
hidangkan untuk hantu busut kat belakang rumah tu. Malam ni, malam Jumaat. Nanti
JONGOS : Ish, tak payahlah Dukun Itam. Entah kenapa saya rasa tak sedap hati pula.
DUKUN : Eh, sejak bila pula kamu jadi penakut ni ? Dah berzaman kamu buat kerja tu,
tak pernah merungut. Tiba-tiba hari ni pula kamu nak banyak soal.
dengan duit khurafat ? Sudah !!! Pergi cepat hantar hidangan tu pada hantu busut.
Kalau dia lapar nanti, kepala kau pula diratahnya. Pergi cepat...
DUKUN : Hari ni sebab kau banyak songeh, makan maggi saja. Sudah. Pergi !!!
hidangkan kepada hantu busut tu, baik aku sendiri yang sental. Perut pun tengah
(Masuk Tipah dan Senah dengan kecoh. Senah kelihatan takut-takut. Tipah
DUKUN : Waalaikumsalam... ooo... pelanggan setia aku dah datang. Siapa pula dibawa
TIPAH : Ini Senah... bini muda ketua kampung kita. Anak Pak Din Bonggo tu...
DUKUN : Ohh... anak Din Bonggo !!! Eh, apa masalahnya kamu datang ni.
SENAH : Sebenarnya, saya sakit hati dengan madu saya si Peah gedempol tu. Saya
tak tahulah apa yang dah dibuatnya sampai laki saya tu asyik melekat di rumah dia
TIPAH : Ha, kalau bolehlah dukun, santaukan saja si Peah tu. Biar dia sewel.
Peah tu sampai jadi gila. Sampai laki kau ceraikan dia. Barulah kau tak bermadu lagi...
DUKUN : Itu semua boleh diatur... setakat santau-menyantau ni, semua di hujung
tangan aku. Kalau nak sikit-sikit saja, kita guna santau level 1 atau level 2.
DUKUN : Level 9.
TIPAH : Kalau boleh, buatkan level 10. Alang-alang menyantau orang, biar sampai puas
hati.
TIPAH : Satu lagi, Dukun Itam. Saya nak minta tolong dukun santaukan juga si Milah,
kawan baik si Peah tu. Dia tu, suka sangat menunjuk hartanya. Konon-konon, dialah
paling kaya. Rantai sarat sampai ke pinggang, gelang sampai ke siku... sakit hati saya.
TIPAH : Yang ini, saya nak Dukun santaukan dia level 20. Baru padan muka dia.
(memberi pengeras)
DUKUN : Boleh diatur.... menjelang esok, Peah dan Milah pasti sewel... (ketawa)
DUKUN : Kenyang ? Ohh... kau makan hidangan yang aku suruh hidangkan pada
JONGOS : Ya, dukun... eh, tidak dukun.... Saya kenyang makan maggi. Cepat dimasak,
DUKUN : Memang dasar pelahap. Sudah, aku nak kau pergi bakar kemenyan di bawah
pokok ketapang belakang rumah tu. Lepas tu, kau taburkan bunga-bungaan macam
biasa.
DUKUN : Kenapa ? Khurafat ? Kau jangan degil. Kalau degil, kau jangan tidur dalam
rumah malam ni. Pergi tidur bawah pokok ketapang tu. Biar kau dicekik dek langsuir.
JONGOS : Iyalah, dukun. Emm... dukun, ada dua lagi pelanggan datang tadi. Saya
(Jongos keluar dengan muka mencuka. Tak lama kemudian, masuk Peah dan Milah
MILAH : Kami ni datang, membawa hajat si Peah ni. Biasalah dukun... hidup bermadu...
DUKUN : Cakap saja apa masalahnya, aku ni dukun hebat. Semua masalah boleh
diselesaikan.
PEAH : Saya nak dukun tolong buatkan suami saya bercerai dengan bini muda dia, si
Senah tu. Sakit hati saya. Mengada-ngada perempuan tu. Habis harta suami saya nak
dibolotnya. Kalau boleh, biar si Senah tu sewel. Baru puas hati saya. Kalau boleh, biar
DUKUN : Tak adalah... cuma tadi ada orang nak suruh santau juga, guna level 10 juga.
MILAH : Saya pula, nak minta dukun santaukan jiran saya si Tipah. Dia tu lebih
mengada-ngada. Ada ke patut dia main mata dengan suami saya. Mentang-mentanglah
dia tu janda berhias, nak mengurat laki orang pula. Si Tipah ni, dukun lebihkan lagi level
DUKUN : Tak ada apa-apa... emm... permintaan kamu berdua boleh aku lakukan.
Perkara mudah. Menjelang esok, Tipah dan Senah akan sewel sesewel-sewelnya....
DUKUN : Jongos....!!!!
Macamana aku nak buat ni ? Takkanlah sewel keempat-empatnya... ish, pening aku...
JONGOS : Senang aja, dukun. Tak payah buat. Esok, saya pulangkan balik segala
pengerasnya dan beritahu mereka, Dukun Itam tak boleh menyantau orang lagi. Dia
DUKUN : Apa kau cakap ni ? Aku belum nak mati lagi, tau. Lain kali saja aku pergi
Mekah. Sudah... kau pergi tutup pintu. Kalau ada pelanggan lagi, suruh mereka datang
(Jongos keluar dengan serba salah dan Dukun Itam memulakan upacara perbomohan)
BABAK 2
perbomohannya.
AKAL : Kau tanya siapa kami ?! Akulah Akalmu ! Dan inilah Jiwamu ! Kamu tanya kami
mengapa jadi begini ?!! Manusia dayuuusss !!! Kerana perbuatan kamulah, maka kami
KEBINGUNGAN)
DUKUN : Apa ni ?! Akkk... aku... aku tak faham !!
JIWA : Cis ! Manusia buta ! Kami adalah kamu, di dalam kamu ada kami. Kami ada
dalam diri semua manusia !! Kami diciptakan Allah untuk kamu ! Tapi pernahkah kamu
memelihara amanah Allah ini ? kamu bodoh ! Buta ! Akulah Jiwamu yang menderita !!
AKAL : Dan akulah akalmu yang telah dieksploitasi ! Dipaksa memikirkan ideologi-
JIWA : Kami menderita. Kamu paksa kami bekerja di dunia ini dengan melakukan
khurafat dan mungkar ?! Kamu salut aku dengan noda dan dosa ! Tahukah kamu
siksaaan menanti di kubur ? Di neraka ?! Kau akan mati tak lama lagi... Kau sudah tidak
DUKUN : Aku... aku... tak tahu semua ini akan berlaku !! Aku... arrgh... (MENGGIGIL)
Cukuplah ! Cukup ! Aku insaf ! Aku sudah terlalu lama meninggalkan Tuhan ! Aku mahu
kembali !
AKAL : Tak semua manusia itu mampu berjihaad, wahai manusia yang insaf. Tak
Itam. Menghentikan putaran dunia bukan kemampuan kita. Ia akan berputar, berputar,
JIWA : Masanya akan tiba juga, tak lama lagi... tak lama lagi... bumi ini sudah terlalu
tua... sudah terlalu senja, manusia... sebelum dijemput, bersedialah untuk pulang.
(Dukun kembali berbaring di tempat tidurnya. Akal dan Jiwa keluar dari pentas. Dukun
gelisah dan menjerit-jerit kerana bermimpi ngeri. Jongos masuk seketika melihat dukun,
(Tiba-tiba masuk empat hantu perlahan-lahan dari satu sudut. Dukun ketakutan melihat
mereka. 4 hantu makin mendekati Dukun Itam. Dukun Itam menjerit-jerit nama Jongos
DUKUN : Jongos.... Jongos... !!!! Tolong aku... Hantu Peah, Tipah, Senah dan Milah
datang mengganggu aku.... Maafkan aku... Ampunkan aku... Aku janji tak akan
PEAH : Aku mati kerana kau, Dukun Itam... Kau harus ikut aku ke dalam lubang kubur...
SENAH : Aku akan pastikan kau menderita level 20. Malah lebih lagi... Kau harus mati
MILAH : Bersedialah kau menerima hukuman atas perbuatan keji kau... Bersedialah
kau...
(Dukun Itam terus berlari keluar dari pentas sambil terjerit-jerit. Setelah itu, Jongos
masuk dan ketawa. Peah, Tipah, Senah dan Milah turut ketawa terbahak-bahak.
JONGOS : Menjadi juga idea aku. Aku harap, dia bertaubat dan meninggalkan segala
kerja khurafat ini. Alahai, Dukun Itam... takut juga kau, ya...
- Tamat.
PRODUKSI 2: DEJAVU SAKINAH
Karya : Moh Azam Rezali
Pelakon : Sakinah, Pak Itam, Ustaz, Sarah, Bachok, Nadia, Haikal, Siti.
Babak 1
(Seorang gadis berpakaian serba putih dengan rambut panjang mengurai dan tidak
terurus sedang duduk di tengah pentas. Keadaannya seperti hantu. Kemudian, dia
Babak 2
(Sakinah masuk ke pentas dengan wajah mengantuk. Baru bangun tidur. Dia meninjau-
SAKINAH : Rumah ini betul-betul menakutkan. Malam tadi, aku terjaga dari tidur. Dah
tengah malam. Atau mungkin juga dinihari. Tekak rasa haus. Saya bangun hendak ke
dapur. Tiba-tiba, saya tersentak. Saya lihat ada seorang perempuan duduk di ruang ini.
makin dipandang semakin manis. Kemudian dia ketawa mengilai. Seramnya. Seram
sangat. Eh, malam tadi, malam Jumaat. Ya, malam Jumaat kliwon pulak tu. Ish,
meremang bulu tengkuk. Kalau ikutkan hati, ikutkan rasa takut, sekarang juga saya nak
pindah. Tapi, baru satu malam saya tingal di sini. Rasa rugi pula. Lagipun, dia bukannya
(Pak Itam masuk dan mula mengemas. Dia tidak perasan akan Sakinah yang asyik
memandangnya).
PAK ITAM : (Melatah) Opocot engkau, eh aku Huh, nasib baik aku tak ada lemah
PAK ITAM : Eh, tak ada apa-apa. Panggil pakcik Pak Itam saja ya. Dah lama kamu di
sini ?
SAKINAH : Baru satu malam, . EmmPak Itam, saya sebenarnya seperti dilanda
dejavu. Saya seperti pernah berjumpa Pak Itam, dan bagai pernah ke villa ini sebelum
ini.
PAK ITAM : Dejavu ? Oh, ya..ya Pak Itam tahu. Oh ya, Pak Itam ditugaskan menjaga
rumah ini. Seminggu sekali Pak Itam datang mengemas, potong rumput. Tapi, dah
dekat sebulan Pak Itam tidak menjengah ke sini sebab agak sibuk mengerjakan umrah.
(Teringat sesuatu dan bergegas hendak pulang) Tak mengapalah. Pak Itam balik dulu.
SAKINAH : Kenapa bergegas benar ?
PAK ITAM : Pak Itam ada hal. Pak Itam kena ambil Mak Itam di pasar. Nanti lama pula
SAKINAH : Mak Itam ? Ah, dejavu lagi. Saya seolah mengenali Mak Itam. Pak Itam
juga.
PAK ITAM : Pak Itam tak fikir begitu. Pak Itam balik dulu.
SAKINAH : Pak Itam, malam tadi ada gangguan di rumah ini. Boleh tak Pak Itam bantu
saya ?
PAK ITAM : Oh, gangguan itu. Ya ya Pak Itam tahu. Nanti Pak Itam usahakan.
(Sakinah kembali ke kamarnya. Pak Itam memerhati Sakinah agak lama sebelum
keluar).
Babak 3
(Seorang gadis awal belasan tahun sedang duduk di tengah pentas dan menangis
Babak 4
- Tengah malam. Keadaan masih suram dan kelam tetapi agak berbeza dari
sebelumnya.
(Seorang ustaz sedang berdiri di ruang tamu sambil memejam mata. Tangannya rancak
mengira butir tasbih dalam zikirnya yang tidak kedengaran. Ustaz seolah-olah sedang
berkomunikasi dengan alam lain. Pak Itam cuma berdiri di sebelahnya sambil cuma
memerhati. Tidak lama kemudian, ustaz membuka matanya kembali dan cahaya
PAK ITAM : Saya tahu, ustaz. Saya cukup tahu. Saya yang menjaga rumah ini.
PAK ITAM : Jadi, macamana ustaz ? Apa yang hendak ustaz lakukan ?
USTAZ : Saya akan cuba cara lembut dulu. Saya akan cuba usahakan agar dia pergi
sendiri. Jika dia tidak mahu, barulah saya akan halau dia.
(Ustaz keluar dari pentas. Pak Itam berfikir-fikir sendirian. Sakinah keluar dari bilik dan
PAK ITAM : Pak Itam tahu, Sakinah. Semuanya akan berakhir. Akan berakhir tak lama
lagi. Pak Itam akan bantu kau, nak. Pak Itam janji. Kau bersabar ya, Sakinah.
Babak 5
(Seorang wanita berusia lewat 40-an (Sarah) sedang duduk di kerusi dengan wajah
kusam dan tertekan. Suaminya (Bachok) duduk di sebelah dengan wajah tanpa
situasi mereka).
SARAH : Dalam rumah ini. Macam ada penghuni lain (Mengerling ke arah Sakinah
(Sakinah menggeletar ketakutan. Dia cuba lari, tetapi tidak jadi apabila seorang remaja
lelaki (Haikal) yang kelihatan ganas masuk ke pentas. Sakinah terus bersembunyi).
HAIKAL : Keluar.
HAIKAL : Umi tak benarkan saya keluar siang. Tak bagi kena cahaya matahari. Abah
SARAH : Bachok, biarlah dia keluar. Haikal, jangan pula dah subuh baru nak balik. Balik
awal.
(Haikal merenung dengan wajah dendam dan benci, kemudian terus keluar).
SARAH : Biarkan dia, Bachok.
(Sakinah sekali lagi cuba melarikan diri, tapi bertembung dengan Nadia. Sakinah
bersembunyi semula).
SARAH : Nadia, mari sini. (Membelai rambut Nadia) Siti, bawakan sikat !
(Siti membawa sikat dan memberikan kepada Sarah. Siti kemudian duduk di sebelah
SARAH : Siti, jangan biarkan Nadia ni merayau-rayau. Takut pula orang nampak nanti.
(Sakinah cuba keluar lagi. Namun Sarah tiba-tiba seolah-olah dapat mengesan dan
SARAH : Bachok, saya memang dapat rasakan. Memang ada penghuni lain.
SARAH : Saya dapat rasakan, dia ada di sini. (Mencari-cari di setiap tempat kecuali
Babak 6
berhubung dengan alam lain. Dia kelihatan bersungguh-sungguh dan tertekan. Pak
USTAZ : Saya tahu, ini ada kena mengena dengan Pak Itam.
USTAZ :Tanyalah diri Pak Itam sendiri, apa yang Pak Itam pernah buat ?
PAK ITAM : Tapi itu dulu, ustaz. Waktu itu saya masih jahil.
PAK ITAM : Saya telah bertaubat, ustaz. Saya telah bertaubat. Dulu saya tamak
USTAZ : Mudah-mudahan Allah menerima taubat kamu. Saya kena datang lagi ke sini.
Hari ini, tak mampu saya. Dia tak mahu pergi. Saya kena usahakan cara lain. Saya
(Ustaz keluar. Pak Itam kesal dan sedih. Sakinah menjenguk dari kamarnya dan
SAKINAH : Saya sudah tak tahan lagi, Pak Itam. Saya jadi Saya jadi gelisah. Tak
Pak Itam. Pak Itam minta maaf, Sakinah. Pak Itamlah puncanya. Maafkan Pak Itam,
Sakinah.
Babak 7
(Bachok, Sarah, Nadia dan Siti duduk di ruang tamu. Tidak lama, Haikal masuk ke
pentas)
BACHOK : Haikal, Apa yang kau dah buat, hah ? Kau kacau orang lagi, ya ?!
(Menampar Haikal)
HAIKAL : Orang kacau Haikal tak apa. Haikal kalau orang tak boleh ? Ini betul-betul tak
adil.
Nadia).
(Siti menjerit sekuat hati ketakutan. Haikal masuk tergesa-gesa. Siti segera
(Bachok dan Saerah masuk tergesa-gesa dan segera memegang Haikal yang meronta-
(Sakinah keluar bersama Siti. Bachok terus berusaha memegang Haikal yang terus
meracau. Tidak lama, Ustaz dan Pak Itam masuk. Ustaz menyapu air di muka Haikal
hingga akhirnya dia lemah tetapi masih sedar. Dia sangat tidak bermaya, tetapi masih
meracau).
(Ustaz membaca jampi serapah dan berzikir, tetapi tidak jelas kedengaran butir bicara.
Pak Itam tiba-tiba berdiri dan berkata-kata, tetapi tidak tahu kepada siapa. Dia kelihatan
selamatkan kau. Kau keluarlah, nak. Pak Itam janji akan bertanggungjawab. Pak Itam
mohon, keluarlah
(Haikal terus pengsan. Sakinah keluar dalam keadaan yang sangat tidak terurus sambil
menangis sedih, namun tiada siapa yang dapat melihatnya, tetapi dapat mendengar
suaranya. Dia berjalan perlahan dan keluar dari rumah. Dia terus menangis dan
merintih.)
(Semua terkejut).
PAK ITAM : (Sedih dan kecewa) Semuanya berlaku 3 tahun lalu, sewaktu Bachok,
Sarah, dan anak-anak ke luar negara dan Sakinah tinggal sendirian di rumah ini kerana
pelajarannya belum tamat. Pak Itam dan Mak Itam sering menemani Sakinah. Sakinah
selalu mengadu, yang dia dibenci di kolejnya. Ramai yang sakit hati sejak dia mendapat
anugerah dekan 3 semester berturut-turut. Pak Itam waktu itu,masih jahil. Masih
menjadi hamba kepada ilmu hitam. Masih menjadi bomoh yang memasukkan susuk ke
wajah orang. Dan Sakinah, emmohon bantuan pakcik. Pak Itamlah yang
bertanggungjawab memasukkan 7 batang jarum susuk emas ke wajah Sakinah. Bila dia
tamat belajar dan ke luar negara menuruti kamu, Pak Itam tak sempat nak keluarkan
susuk-susuk tersebut. Waktu itu Pak Itam benar-benar telah bertaubat. Pak Itam tak
jangka ajalnya tiba di sana. Tambahan pula, sewaktu jenazahnya dibawa pulang ke
tanahair, Pak Itam berada di Tanah Suci kerana mengerjakan umrah. Pak Itam
bertaubat di sana. Tapi, Pak Itam terlupa tentang Sakinah. Maafkan Pak Itam
(Menangis kesal).
USTAZ : Roh Sakinah tidak diterima bumi. Kerana itu rohnya berkeliaran.
USTAZ :Kita kena ke pusara Sakinah pagi-pagi esok. Ada upacara yang perlu
dilakukan. Susuk-susuk itu perlu dikeluarkan semula. Semoga rohnya aman selepas itu.
Semoga Allah mempermudahkan usaha kita. Ingatlah semua, janganlah sesekali kita
menyekutukan Allah
- Tamat.
PRODUKSI 3: TAMAN TEMAN-TEMAN
Karya : Moh Azam Rezali
Pemburu2.
Babak 1
PEMBURU 2 : Hoi, kau ni dah buang tebiat ?! Habislah semua binatang lari !
PEMBURU 1 : Aku ni bukan apa. Dah dekat dua jam kita terhendap-hendap. Usahkan
nak jumpa binatang. Kelibat pun tak ada. Lagipun, aku tengok dalam tv tu, bila Tarzan
PEMBURU 1 : Amboi, gurau kasar nampak. Sedapnya mulut kau ya, cakap aku Elien.
PEMBURU 2 : Suka hati kau, lah. Harap-harap, dapatlah kita hasil malam ni, ya.
PEMBURU 1 : Harap-harap dapat kijang. Atau pelanduk. Fuh, dah lama tak makan
PEMBURU 2 : Itulah kau. Tak ada wawasan. Orang kita ni, asyik fikir makan saja.
Macamana nak kaya. Kau tengok aku, dapat saja hasil buruan, aku jual. Dapat duit, aku
beli ikan atau ayam saja untuk aku makan. Selebihnya, aku simpan. Bila dah banyak
duit, aku buka bisnes. Bila dah jadi orang bisnes, aku tak payah memburu lagi.
Jenin.
PEMBURU 2 : Apa salahnya jadi Mat Jenin ? Mat Jenin tu perancang ekonomi yang
hebat, tau.
PEMBURU 1 : Iyalah. Tapi akhirnya mati, jatuh dari pokok kelapa. Bagus punya
PEMBURU 1 : Eh, jom kita sembunyi di sana, lah. (Menunjuk ke satu arah) Macam
Adegan 2
(Bunga Hutan sedang berkembang mekar. Tidak lama, muncul Monyet terlompat-
lompat)
BUNGA HUTAN : Selamat pagi
MONYET : Selamat pagi Bunga Hutan Pagi yang indah nampaknya, kan ?
BUNGA HUTAN : Ya. Pagi yang gemilang. Eh, awal nampaknya monyet datang.
MONYET : Sekarang ni musim buah, Bunga Hutan. Tak payah mencari, tak payah
memanjat. Yang gugur pun sudah memadai. Sebab itulah saya datang awal. Gendang
BUNGA HUTAN : Patutlah saya tengok monyet dan makin gemuk sekarang. Lepas
musim buah nanti, bolehlah mula berdiet. Bimbang pula, tak larat nak panjat pokok
nanti.
MONYET : Ish, awak ni. Asyik menyakat saya saja. Eh, nampaknya saya sampai dulu
pagi ni. Murai dan Gagak lambat pula. Patutlah senyap sunyi saja. Selalunya, pasti
MURAI : Kami baru balik dari bendang. Gagak asyik mengintai tikus yang mencuri padi.
Saya pula, sibuk mengacip padi, mengisi tembolok buat meneruskan hari.
BUNGA HUTAN : Merak tu, biasalah. Matahari dah meninggi, baru nak bangun.
Katanya, bimbang kalau bangun awal, tak cukup tidur, tak cantik pula nanti. Muka jadi
Mana dia ?
BUNGA HUTAN : Sabarlah Murai. Dia masih dalam perjalanan lagi tu.
BUNGA HUTAN : Mana boleh beritahu. Rahsia. Tunggulah dia datang sendiri nanti.
BUNGA HUTAN : Tentulah haiwan macam kamu semua. Takkanlah manusia pula.
Takkanlah kita nak berkawan dengan spesis manusia yang kejam, tamak dan rakus tu.
MONYET : Maksud saya, spesis yang boleh terbang, atau yang boleh berenang, atau
MURAI : Saya tengok, Monyet kalau dah merajuk, kadang-kadang nampak handsome
MERAK : Hoi, tak reti diam ke ?! Aku nak tidur pun tak boleh. Terganggu, tahu tak ?!
MERAK : Mestilah. Kamu semua mengganggu tidur aku. Kalau aku tak cantik sebab
MONYET : Betul tu. Duduklah di apartment ke, dalam banglo ke, atau kalau nak lebih
sunyi, pindahlah duduk dalam perpustakaan. Mesti tak bising punya. Kalau nak lebih
(Semua ketawa)
MERAK : Sudah !!! Tak kuasa aku nak layan haiwan-haiwan yang ber-IQ rendah
macam kamu semua. Lagipun, kamu semua tak layak berkawan dengan aku sebab aku
BUNGA HUTAN : Amboi, sombongnya. Baru jadi burung merak hutan cawangan
Malaysia. Belum lagi tinggal di hutan cawangan Paris. Itupun nak menyombong.
GAGAK : Hei, Merak. Kecantikan itu subjektif, tau. Jangan kamu terlalu mendabik dada.
MERAK : Betul. Semua tu subjektif. Sebab, bukan semua kata aku cantik. Ada juga
yang kata aku jelita, ayu, mengancam, lawa Tapi kan Gagak, kalau macam kau tu,
GAGAK : Makan boleh sebarang makan, Merak. Cakap jangan sebarang cakap. Nanti,
MURAI : Apa guna berkain batik, kalau tidak dengan suginya; apa guna berwajah
BUNGA HUTAN : Aku ada seorang kawan. Lagi cantik dari kamu. Seluruh dunia dia
GAGAK : Eh, itukah kawan baru yang awak maksudkan tu, Bunga Hutan ?
BANGAU : Salam satu Malaysia. (Menghampiri Bunga Hutan) Apa khabar Bunga
Hutan ?
Merak.
MERAK : Ini ke kawan baru yang kononnya cantik sangat tu ? Biasa saja aku tengok.
BANGAU : Eh, tak mengapalah Bunga Hutan. Saya akui, saya tidaklah secantik mana.
MERAK : Benarkah ?
MURAI : Tak perlu teruskan lagi, Bangau. Buat sakit hati saja.
BUNGA HUTAN : Untuk pengetahuan semua, Bangau juga sering menjadi pengadil
Pertandingan Ratu Cantik Mergastua, tau. Malah, dulu sebelum menjadi pengadil,
MERAK : Betulkah ? Bangau, boleh tak aku nak masuk pertandingan ratu cantik itu ?
BANGAU : Sebab, ratu cantik adalah mereka yang cantik di luar, dan cantik di dalam.
Senyuman yang manis, wajah yang cantik, bulu yang menawan, hati yang baik, bahasa
MERAK : Ah, aku juga sebenarnya tak ingin nak masuk bertanding. Kau ingat, aku
hadap sangat dengan gelaran ratu cantik tu ? Memalukan keturunan aku saja.
BANGAU :Keturunan ?
MERAK : Eh, kau tak tahukah ? Merak kan berasal dari kayangan. Biar aku ceritakan
Pada asalnya, keturunan aku adalah peliharaan istana di kayangan. Merak yang di
kayangan dulu tu, sewaktu bermain-main di taman larangan, telah ternampak jaluran
pelangi yang cukup indah. Lalu, kerana terpesona dengan keindahan pelangi tersebut,
merak kayangan tersebut secara tak sengaja telah menggelongsor mengikut jaluran
pelangi itu sehingga turun ke bumi. Warna-warna pelangi itulah yang melekat pada
GAGAK : Oh, agaknya, kalau warna pelangi tak melekat pada badan merak awal-awal
dulu tu, mesti merak hodoh, kan ? Entah-entah, sama warna dengan saya.
(Semua ketawa)
MERAK : Jangan kurang ajar, Gagak. Kau jangan samakan keturunan aku yang tinggal
MURAI : Awas mulut awak, Merak. Kalau begitu, pergilah terbang balik ke kayangan.
MERAK : Sudah kukatakan, Murai memang IQ rendah. Mulut bising, tapi kosong.
Macam tin kosong. Aku cakap tadi, asal-usul merak, menggelongsor melalui pelangi,
kan ? Aku tak cakap pun terbang ke bumi. Aku mana boleh terbang. Lainlah kalau ada
MERAK : Sekurang-kurangnya, aku taklah macam Bunga Hutan. Cantik, tapi tak boleh
berjalan langsung.
(Terdengar bunyi tembakan. Semua lari kecuali Bunga Hutan dan Merak. Pemburu 1 &
2 masuk).
MERAK : (Sambil cuba melarikan diri) Kawan-kawan.Tolong !!!! Bunga Hutan, tolong
aku !!!
BUNGA HUTAN : Kamu tak ada kawan, Merak. Kami semua tak sama taraf dengan
kamu.
BUNGA HUTAN : Sekarang, baru awak tahu, kan ? Kita tak boleh hidup sendiri, walau
MERAK : Benar. Aku insaf. Aku tak akan sombong lagi. Tolonglah aku, kawan-kawan
MERAK : Tolong!!!
(Semua masuk ke pentas dan menyerang pemburu. Monyet dapat mencuri senapang
pemburu dan melarikannya. Gagak, Murai dan Bangau mengerjakan kedua pemburu
MERAK : Maafkan saya, kawan-kawan. Saya janji tak akan sombong lagi. Saya insaf.
- Tamat.
PRODUKSI 4: MENCARI KEKASIH
Karya : Moh Azam Rezali
Latar : Pentas menggambarkan suasana resah, kecamuk, suram dan kalut. Di tengah
pentas terdapat platform setinggi 1 meter yang ditutup dengan kain berwarna merah,
Babak 1
(Di pentas, Remaja Lelaki, Remaja Perempuan dan Genkel kelihatan mundar-mandir
dan berkeliaran. Mereka kelihatan bingung, resah dan tercari-cari sesuatu. Genkel
seperti mencari sesuatu yang jauh dengan menggunakan teropong. Remaja Lelaki
mencari sesuatu di lantas. Sesekali dia seperti cuba menangkap sesuatu yang
melompat umpama belalang atau katak. Namun, dia tetap tidak berjaya
sedang terbang di udara seperti rerama atau pepatung. Namun juga tidak berhasil.
Sesekali, ketiga-tiga mereka kelihatan seperti menjumpai sesuatu, rupanya tidak, dan
terus mencari lagi. Dari atas platform yang terasing dari mereka, Bonda sedang
memerhati dengan wajah penuh simpati dan sedih. Sambil mencari, mereka bertutur).
REMAJA LELAKI : Pertama, mengucap dua kalimah syahadah.
(Remaja Lelaki dan Perempuan saling berpandangan lagi, kemudian ketawa berdekah-
dekah seperti tadi. Kali ini, Genkel turut ketawa menyertai mereka. Mereka mencari
lagi).
BONDA : Mereka keliru. Mereka terus mencari dan keliru. Mereka mencari lagi. Dan
keliru lagi. Bondakah yang bersalah ? Ya Allah, akukah yang bersalah ? Ya Allah,
(Jauhari melalui pentas dan cuma memerhati ketiga-tiga mereka. Jauhari menggeleng-
JAUHARI : Bonda tidak bersalah. Bukan salah bonda mengandung. Bukan, bonda.
BONDA : Jika bukan bonda, siapa lagi? Bonda yang mengandungkan, yang
JAUHARI : (Berfikir) Ada sesuatu yang mereka cari, bonda... Ada sesuatu yang mereka
buru. Berehatlah dulu, bonda. Kini masa untuk berdoa. Pulanglah, dan berdoa...
(Jauhari dan Bonda yang sedih, turun dari platform dan keluar dari pentas).
REMAJA LELAKI : Rindu !!! Aku rindu !!! Tapi tak tahu pada siapa.
REMAJA PEREMPUAN : Siapa ?! Siapa yang kurindu ??? Mana rindu itu ?!!
GENKEL : Dengar-dengar, ada bahagia yang akan datang pagi ini. Mana dia ? Mana ?
Mana bahagia itu ? Dengarnya, bahagia datang membawa cinta. Ya, cinta yang kita
(Bahagia masuk ke pentas dengah wajah bongkak dan terus naik ke atas platform)
REMAJA LELAKI : Bahagia... Bahagia dah sampai. Dia sampai tepat pada masanya.
REMAJA PEREMPUAN : Ya. Sewaktu kami memang perlukan bahagia. Dia sampai
GENKEL : Katanya, Bahagia datang membawa kekasih. Ya, kekasih yang ditunggu-
tunggu.
BAHAGIA : Sabar dulu remaja semua. Aku datang seperti apa dijanji. Bahagia,
membawa kekasih. Dan tidakkah kamu semua dapat melihatnya ? Kekasih yang
berpakaian merah. Ya, dialah dunia kita. Dialah dunia kita yang indah dan
mempersonakan. Dialah dunia kita yang harus kita cintai, lebih dari segala-galanya...
(Gadis masuk dengan pakaian serba merah. Mengelilingi pentas dengan menaburkan
cebisan kertas yang berkilat dan berwarna-warni. Kemudian, Gadis naik ke atas
GADIS : Akulah dunia itu. Apabila aku tiba, hujan berwarna-warni akan turun. Kamu
semua akan basah dengan hujan yang indah itu. Cintailah aku, duniamu. Kau hidup
hanya sekali. Raikanlah hidup ini. Raikanlah dunia ini... Buat apa berduka cita hidup
dalam dunia ? Kamu semua punya dunia yang indah, dan turunnya hujan yang
GADIS : Aku duniamu. Sudah tentu dunia segala-galanya bagai kau. Akulah kekasih,
akulah teman, akulah sahabat. Kau hidup, kerana aku. Kau mengejarku, remaja. Aku
perlu lagi kau kejar syurga. Bukankah dunia sudah cukup indah ? Sedarkah kau betapa
kau
(Remaja Lelaki, Remaja Perempuan dan Genkel hendak mula bersujud. Jauhari segera
BAHAGIA : Jauhari... kau datang juga akhirnya. Ayuh, sertai remaja ini. Raikan dunia.
BAHAGIA : Apa yang kau katakan ini, Muda Jauhari ? Aku membahagiakan mereka.
JAUHARI : Remaja semua, aku telah tahu siapa dunia kita yang sebenar-benarnya.
(Orang Tua masuk ke pentas. Bertongkat dan menggendong batu nesan. Dia kelihatan
ORANG TUA :Dulu... daerah ini begitu aman... bersih, suci.... Tapi, sekarang...
semuanya dah hancur. Daerah ini sebenarnya dah lama mati. Cuma aku yang masih
hidup, terpaksa melihat kehancuran demi kehancuran. Tuhan masih ada. Masih ada di
sini (Menunjuk hatinya). Daerah ini dah lama mati. Saat itu akan tiba nanti, akan tiba tak
lama lagi. Aku sudah terlalu tua untuk menanggung sarap noda yang terbeban di
daerah ini. Sudah terlalu... terlalu tua.... Aku, aku mahu bersara, Tuhan ! (Ingin keluar
perlahan-lahan)
ORANG TUA : Masanya hampir tiba untuk aku dipanggil. Aku mesti pergi. Aku harus
pergi.
ORANG TUA :Sudah tentu kamu semua tahu apa yang harus kamu lakukan. Sudah
ORANG TUA : Sedarlah...Pintu taubat sudah hampir tertutup rapat !!! (Keluar dari
pentas)
JAUHARI : Ya, itulah dunia kita. Dunia yang telah hampir mati.
BAHAGIA : (Bermula dengan ketawa kecil, menjadi semakin kuat dan seterusnya
berdekah-dekah) Kau kolot, Jauhari. Orang muda seperti kau telah lama pupus.
Mengapa kau masih di sini ? Kau kolot !!! Kita harus berdiri sama tinggi dan duduk
JAUHARI : Jadi, ini harganya kemajuan ? Patutlah semakin ramai remaja membunuh
BAHAGIA : Remaja sekalian... Terserah kepada kamu, mahu memilih dunia yang mana
untuk menjadi kekasih kamu. Dunia indah yang aku bawa, atau dunia yang tua dan
JAUHARI : Nanti dulu. Pembetulan di sini. Aku tidak pernah menyuruh sesiapa memilih
dunia, walau dunia yang mana. Apatah lagi isinya. Wahai remaja, janganlah kita
menyintai sesuatu yang bersifat sementara. Cintailah yang kekal. Yang tidak akan
mati...
BAHAGIA : Sudahlah tu, Jauhari yang kolot. Wahai remaja, mari kita raikan dunia...
(Semua keluar kecuali Jauhari yang hanya termenung penuh kekesalan. Kemudian, dia
Babak 2
GENKEL : Rupanya, dari sini aku dapat melihat segalanya. Segala-galanya. Patutlah
orang-orang di atas amat bimbang jika orang-orang bawah dapat naik ke atas. Oh,
(Remaja Lelaki dan Remaja Perempuan masuk dan terkejut melihat Genkel di atas
platform).
REMAJA LELAKI : Genkel, bukankah kita telah diberi amaran agar tidak naik ke atas
sana ?!
GENKEL : Mengapa tak boleh ? Sebab apa tak boleh ? Supaya semua yang
(Remaja Lelaki dan Remaja Perempuan keluar. Genkel terus melihat sekeliling dari
platform dan ketakutan. Selepas itu, Remaja Lelaki dan Remaja Perempuan masuk
semula ke pentas membawa kain panjang berwarna putih yang kotor dengan
yang sedang bergelora. Genkel cuma memerhati ombak tersebut dengan sayu.
Di tepi pentas, Jauharimasuh bersama Bonda tanpa menyedari apa yang sedang
berlaku kepada Genkel dan Remaja. Bonda sedang memujuk Juhari yang kelihatan
hampa).
Rasulullah sebagai panduan, jauhari. Jadilah pohon yang rendang. Dilempar dengan
JAUHARI : Benar, bonda. Rasulullah ibarat purnama di langit, menerangi malam yang
gelita. Dan para sahabatlah bintang-bintang untuk kita membaca jalan pulang. Terlalu
mulia dan terpuji akhlak Rasulullah. Pada saya Bonda, kalau dapat secebis sifat para
GENKEL : Aku bukan mahu membunuh diri. Aku sekadar ingin bertemu Tuhan !!!
(Terjun ke dalam ombak dan seolah kelemasan dalam gelombang dan ombak dunia)
GENKEL : Tolong... Aku belum mahu mati... Tolong...!!!
GADIS : Biar kami selamatkan kau. Kami akan bawa kau ke daratan yang indah dan
berwarna-warni !!!
GENKEL : Tidak... Aku tidak perlukan bantuan kau. Kau yang membuat aku lemas,
BAHAGIA : Terserah kau. Kami tidak pernah memaksa sesiapa pun. Kau yang dulu
datang mencari aku. Kalau kau mahu terus kolot, kau tinggallah di bawah tempurung.
(Bahagia dan Gadis berlalu dan Genkel semakin lemah Jauhari segera naik ke atas
platform. Bonda pula mengambil tali yang dibuat daripada kain putih dan membawa
JAUHARI : (Mengambil tali) Saudaraku... Aku boleh selamatkan kau. Ini tali keimanan.
GENKEL : (Berpegang pada tali) Aku tidak berdaya lagi. Aku sudah mahu mati.
JAUHARI : Saudara, kita tak akan mati semasa hidup... Pegang kuat-kuat tali
keimanan, fokus pada agama dan lonjakkan diri sambil melaungkan kalimah suci
LAILAHAILLALLAH.
(Bonda dan Jauhari segera menarik Genkel naik ke platform. Remaja Lelaki dan
Remaja Perempuan kini pergi ke arah kain yang mereka. Mereka pula seolah
JAUHARI : Berterimakasihlah kepada Allah. Dia yang menghantar aku ke sini. Siapa
namamu, saudaraku ?
JAUHARI : Genkel ?
GENKEL : Keliru memilih, keliru dengan dunia, keliru dengan hidup. Hidup ini umpama
JAUHARI : Jawapan untuk setiap teka-teki ada termaktub dalam al-kitab. Kembalilah
kepada Islam. Tidak ada teka-teki dalam Islam. Segalanya mudah, dan indah.
(Orang Tua masuk ke pentas dan berdiri di hadapan pentas. Dia memerhati Bonda
yang sedang membantu Remaja. Ornag Tua sedih. Kemudian dia memerhati Jauhari
GENKEL : Maha suci Allah... Subhanallah... Jauhari, maafkan aku. Sebenarnya, aku
telah lama memburuk-burukkan kau. Aku buta, Jauhari. Aku asyik memikirkan dunia.
Aku leka mengejar kekayaan dan kegembiraan. Hingga akhirnya aku tersentak, apabila
mengetahui tentang neraka hutamah. Aku mendengar suara itu, Jauhari. Aku
mendengarnya...
Al-Humazah.
(Orang Tua membaca terjemahan ayat. Semua seolah tidak Nampak akan Orang Tua.
ORANG TUA : Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Dengan
nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Azablah untuk setiap
Yang mengira bahawa hartanya itu akan mengekalkannya. Tidak, sekali-kali tidak,
apakah neraka hutamah itu ? Itulah api neraka yang menyala-nyala. Yang membakar
hingga ke hati. Sesungguhnya api itu ditutupkan atas mereka. Sedang mereka itu
REMAJA LELAKI : Aku juga mendengar suara itu. Ya, suara yang satu itu.
REMAJA LELAKI : Aku telah terlalu jauh meninggalkan Tuhan... Telah terlalu jauh...
REMAJA PEREMPUAN : Aku lupa, mati itu adalah benar. Dan dunia ini hanya
persinggahan sementara.
REMAJA LELAKI : Bantulah kami, Bonda. Jiwa kami kosong. Rohani kami lapar minta
diisi.
REMAJA LELAKI : Kami mencari, tapi tidak tahu apa yang dicari. Segalanya infiniti.
Infiniti...
REMAJA PEREMPUAN : Pimpinlah kami Bonda, menuju ke arah cinta yang satu.
selamanya.
(Jauhari dan Genkel turun dari platform. Mereka menyertai Bonda dan Remaja).
GENKEL : Aku tahu, Jauhari. Kau telah menemui kekasih itu. Kerana itu kau kulihat
begitu tenang dan bahagia. Kami juga ingin setenang kau, Jauhari. Tunjukkanlah,
kekasih itu.
JAUHARI : Aku boleh tunjukkan. (Berfikir sejenak). Warkah kekasih Ya, warkah
kekasih. Aku boleh perlihatkan warkah kekasih kepada kamu semua. Warkah yang
bonda....
(Bonda keluar seketika masuk kembali, menyorong meja yang terdapat sesuatu di
JAUHARI : Terima kasih, bonda. Kamu semua, sudahkah bersedia melihat warkah
kekasih ini ?
ORANG TUA : Ya Ghaffar... izinkan mereka sujud, bersama tangan berdosa, pohon kau
terima, sebuah keterlanjuran, sebagai sebuah kebetulan, yang sudah tertulis, dan pinta
diampunkan.
Ya Qaabidhu... leraikanlah kekusutan, dari tali nafsu yang bersimpul, dan terangkanlah
jalan, dan pilihkanlah simpang, agar laluan mereka nanti, tiada lagi tersasar, dari
kebenaranmu.
Ya Haafiz... khabarkanlah berita gembira, atas penantian ini, agar mereka tahu, mereka
menahan api nerakamu, lalu terimalah kepulangan ke jalan ini, setelah mereka
BONDA : Ya Allah... pernah kau berseru; ... dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu,
sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat
- Tamat
PRODUKSI 5: PULAU RINDU
Karya : Moh Azam Rezali
Babak 1
(Damak sudah berada di atas pentas. Merenung jauh ke arah laut. Kencana masuk dan
DAMAK : Kalau kau tidak sanggup mati bersama aku, kau boleh pergi. Tinggalkan aku
sendiri di sini.
Mereka tidak mampu bertahan lagi. Mereka tidak sanggup lagi tinggal di pulau ini.
DAMAK : Persetankan mereka ! Mereka semuanya pengecut ! Jadi, keluarga siapa lagi
yang tinggal ?
DAMAK : Nampaknya, hanya keluarga Salleh saja yang masih setia kepada aku, Ketua
DAMAK : Tidak ?!
BULAN : Mereka bukan setia. Mereka akan berlayar juga setelah bahtera mereka siap
dibaiki. Hanya keluarga kita saja yang tinggal, ayah. Hanya kita yang tinggal.
(Damak kecewa dan terduduk. Dia terbatuk-batuk dan mengurut-ngurut dadanya. Dia
(Linda dan Danial masuk ke pentas dengan pakaian korperat. Linda kelihatan tidak
DAMAK : Kamu lagi ? Sudah aku katakan, aku tidak berminat dengan tawaran kamu.
tawarkan bulan lalu, kini naik harga berlipat kali ganda. Encik Damak akan kaya raya
DANIAL : Benar. Dan ingat, pulau ini makin mengecil. Tak lama lagi, harga pulau ini
LINDA : Oleh itu, sementara pulau ini masih berharga, lebih baik Encik Damak
tandatangan Perjanjian Pindah Milik ini. Harga yang ditawarkan juga tertulis di sini.
tersebut sambil memaki seranah) Kamu sangka, wang boleh membeli segala-galanya ?
KENCANA : Ya, Allah Sudahlah tu bang. Awak letih agaknya ni. Marilah masuk
LINDA : Cik adik berdua kamu cantik, muda, lembut, sopan, dan manis. Cukup
manis.
BULAN : Ish, janganlah terlalu memuji. Kami cuma orang pulau. Tidak pandai, tidak
juga berharta. Tidaklah seperti Cik Linda dan Encik Danial. Orang kota besar.
DANIAL : Betul. Kamu berdua sama seperti Pulau Rindu ini. Indah segar dan tidak
tercemar.
LINDA : Sayangnya, seperti Pulau Rindu ini juga, kamu berdua akan dirindui.
LINDA : Cuba kau berdua ceritakan kepada kami, apa impian kamu berdua untuk masa
DANIAL : Jangan kata tidak ada, ya. Semua orang ada impian. Kita dilahirkan atas
dunia ini kerana memenuhi impian, dan kemudian hidup untuk mencipta impian.
BULAN : Saya, mengimpikan untuk menjadi seorang ahli perniagaan wanita yang
berjaya. Perniagaan yang berkembang, hingga akhirnya saya menjadi jutawan. Setelah
itu, saya dapat membantu orang-orang yang miskin dan menderita kerana penyakit
BAYU : Saya pula mengimpikan untuk mempunyai keluarga yang bahagia. Anak-anak
yang comel seramai 6 orang dan suami yang tampan, yang sentiasa menyayangi saya.
Saya akan mendidik anak-anak saya hingga menjadi orang yang berguna kepada
agama, bangsa, dan negara. Ahh, semua itu cuma mimpi. Mimpi yang kabur. Mimpi
yang malap.
DANIAL : Semua orang dibenarkan bermimpi wahai gadis manis. Tidak berdosa pun.
LINDA : Tapi sayang, seribu kali sayang. Mimpi itu tidak akan terlaksana di sini, di pulau
DANIAL : Benar. Kamu akan terus bersama pulau ini. Akan tenggelam, akan hilang,
akan lesap, dan akan dirindu. Akan tamatlah jurai keturunan Damak dan Kencana.
LINDA : Kamu akan mat begitu saja. Bila waktunya tiba, tidak ada sesiapa yang akan
mereka. Atau mungkin, mereka akan terlebih dahulu melihat kamu mati.
LINDA : Maka, tidak akan ada lagi impian. Akan musnah segala harapan. Akan berkecai
segala cita-cita.
BAYU : Cukup!!!
DANIAL : Sesuatu yang bernama kenyataan itu adakalanya amat perit. Tapi itulah yang
LINDA : (Menghampiri dan memeluk mereka) Adik-adikku yang manis, jangan sia-
siakan hidupmu. Pergilah dari pulau ini. Tinggalkan segalanya. Masa depan yang cerah
dan gemilang, menunggu kamu di luar sana. Pujuklah ibu dan ayahmu juga. Tentu
Babak 2
ARJUNA :Kau silap ! Akulah yang sebenarnya berani. Kau dan ayah yang sebenarnya
pengecut !
ARJUNA : Kau yang takut hidup, sebenarnya. Kamu semua mahu menyerah pada
kematian. Tetapi tidak aku. Aku mahu terus berjuang demi hidup ini.
ADUKA : Kau terpengaruh dengan kata-kata orang bandar itu. Berapa banyak wang
yang mereka tawarkan pada kau untuk meninggalkan pulau ini ? Mata duitan !
ARJUNA : Kalau mereka tak beri apa-apa pun, aku tetap akan ke tanah besar. Aku tak
ARJUNA : Aduka, aku telah berkali-kali memujuk kau, ayah, ibu dan adik-adik. Tapi aku
yang dimarahi, ditampar oleh ayah, dituduh penghasut Sudah aku jelaskan, Pulau
Rindu akan tenggelam kerana pemanasan global. Ozon makin nipis dan bocor
menyebabkan matahari mampu memecah-mecahkan bongkah-bongkah ais di
Antartika. Bongkah-bongkah ais yang hanyut itu akhirnya mencair dan air laut makin
bertambah. Pulau kita kini makin tenggelam. Aku tidak mahu tenggelam bersama pulau
ini.
ADUKA : Itu yang dimomokkan oleh dua orang yang datang dari bandar itu, kan?
ADUKA : Abang Arjuna, kalau kau pergi, kami semua tak akan kuat lagi di sini.
ADUKA : Tapi ayah kita ketua kan di sini. Bagaimana mungkin dia boleh tinggalkan
pulau ini ?
ADUKA : Pulau ini akan jatuh ke tangan orang lain kalau ayah tak ada di sini.
ARJUNA : Pulau ini akan tenggelam Berapa kali harus aku katakan ? Ah, kau cuma
ADUKA : Bang Arjuna, aku masih ingat. Waktu kecil dulu, Bulan dan Bayu suka
membina istana pasir. Malangnya, tiap kali air pasang, istana mereka hancur. Bayu
selalu menangis melihat istana itu hancur. Satu hari, kau membawa simen dan
mengajak aku membancuh simen itu. Kita bancuh simen itu dengan pasir dan membina
istana baru buat Bulan dan Bayu. Kau kata, istana simen itu menggantikan istana pasir
yang mereka bina. Kau juga kata, satu hari nanti, kau akan binakan mereka istana yang
Babak 3
(Kencana dan Damak sedang mengemaskan halaman rumah mereka yang agak
bersepah).
KENCANA : Teruk betul ribut malam tadi. Saya sangkakan, sudah tiba masa Pulau
Rindu tenggelam.
DAMAK : Ribut, taufan, gelora, badai itu kan tetamu kita sejak awal dulu. Sejak lahir.
KENCANA : Tapi, malam tadi lain benar, bang. Ombak menggila menghempas pantai.
KENCANA : Lain, Bang Damak. Takut betul saya. Kalau gelombang malam tadi pun
KENCANA : Entahlah bang. Kadang-kadang saya terfikir, sudah lebih 25 tahun kita
bersama. Tapi kadang-kadang, saya rasa saya tak kenal abang. Abang tak dapat
DAMAK : Boleh tolong cakap bahasa Melayu, tak ? Jangan nak berkias ibarat.
KENCANA : Dulu abang ketua yang disanjung tinggi. Di pulau ini, awak jadi pakar rujuk
penduduk, semua awak selesaikan. Awak tak dapat tidur malam jika ada anak buah
awak yang berselisih faham. Tapi, sekarang nampaknya awak berbeza. Semua anak-
anak buah awak telah lari ke tanah besar. Tapi awak enggan turut serta. Entah apa
nasib mereka di sana. Entah bermasalah, entah bersengketa. Yang paling saya tidak
faham, apabila sekarang awak masih boleh tidur lena, walau anak sulung kita sendiri
DAMAK : Jangan sebut perihal Arjuna. Dia bukan anak aku lagi.
ARJUNA : Ya Allah..Bang Damak, jangan kata begitu. Arjuna itu sejak kecil anak yang
DAMAK : Kalau begitu, kenapa dia pergi juga walau aku tidak izinkan ?
KENCANA : Sebab dia mewarisi sifat abang. Degil dan keras hati macam abang
BAYU :Assalamualaikum
DAMAK : Kalau orang bandar dua orang tu, halau mereka pergi !
BAYU : Tidak, ayah ! Ada perkara penting yang hendak mereka katakan. Bulan..!!!
(Bulan masuk bersama Linda dan Danial. Bulan kelihatan cukup mesra berpimpinan
LINDA : Pulau ini sudah kosong. Minggu depan, banjir besar akan tiba. Pulau ini akan
tenggelam dan tidak wujud lagi. Sepatutnya harga pulau ini telah jatuh merudum. Tapi
memandangkan kami kasihan dengan Encik Damak, ketua dan pemilik pulau ini, kami
naikkan harga untuk kali terakhir. Encik Damak boleh hidup kaya raya di tanah besar
sana.
DANIAL : Ini peluang terakhir, Encik Damak. Untuk Encik Damak dan keluarga. Jangan
BAYU : Kalau ayah tak mahu tandatangan, saya minta maaf. Saya akan ikut Cik Linda
KENCANA : Terima sajalah, bang. Kita mulakan hidup baru di sana nanti.
(Damak cukup sedih dan kecewa. Dia hendak menandatangani dokumen tersebut.
ARJUNA : Saya telah menyiasat di tanah besar, ayah. Mereka ni penipu. Mereka mahu
membeli pulau-pulau di perairan ini untuk dijadikan pusat komersil. Jika benar pulau ini
akan tenggelam, mustahil mereka mahu membeli pulau ini. Saya telah menyiasat.
yang kami bina dulu juga masih ada dan kukuh di pinggir pantai. Penduduk pulau ini
(Linda dan Danial ketakutan, lalu melarikan diri keluar dari pentas).
KENCANA : Mujurlah kau ada, nak. Kalau tidak, tak tahulah apa nak jadi.
ADUKA : Daripada kita biarkan orang luar bangunkan pulau kita, lebih baik kita sendiri
yang majukan pulau ini. Pulau ini bernilai tinggi untuk dijadikan pusat pelancongan.
Abang Arjuna boleh merangka pembangunan pulau ini. Kita minta bantuan kerajaan.
DAMAK : Untuk apa nak ? Kau masih marahkan ayah sebab berkasar tempohari ?
ARJUNA : Tidak. Saya mahu panggil semua penduduk pulau ini, masuk semula ke
Tamat.