Anda di halaman 1dari 16

SAHABAT

AFIQAH, JILLIAN, ALYA

WATAK

KAK ROS – Kakak kepada Hani

KAK LISA – Kawan baik Kak Ros

HANI/ ADIK – Adik kepada Kak Ros. Bergaduh dengan rakannya

NANA – Gadis lembut dan kawan baik kepada Nini

NINI – Gadis tegas dan kawan baik kepada Nana

NEK YAN – Nenek kebayan yang baik hati

CERMIN/ PUTERI DIANA – Puteri cantik dan baik hati

RIKA – Seorang puteri yang tamak dan tidak suka kepada Nana dan Nini

JACK – Orang suruhan kepada Puteri Rika yang tamak


BABAK 1

WAKTU : Petang.

TEMPAT : Bilik tidur Kak Ros.

Pentas diterangkan.

Narator : Pada suatu petang yang indah, Ros dan Lisa sedang menyanyi bersama. Mereka memang
selalu duduk bersama di bilik tidur Ros. Hari ini mereka menyanyikan lagu Sahabat yang dinyanyikan
oleh Najwa Latif. Sedang mereka menyanyi, tiba-tiba Hani yang merupakan adik kepada Ros meluru
masuk ke dalam bilik tersebut.

Kak Ros dan Kak Lisa: (menyanyi sambil berpandangan dan memetik gitar)

* Kaulah yang selalu

Selalu menemaniku

Mendengar kisah pahit manis

Hidupku

Kaulah yang di situ

Setia menunggu ku

Kaulah yang satu

Menjadi sahabatku…..

Hani: (menangis) Kak Roooossss!!!!

Kak Ros : Eh, mengapa ni Hani? Apa yang tidak kena?

Kak Lisa : Ya Hani, apa yang terjadi? Siapa yang buat kamu menangis?

Hani : Saya sedih. Tadi di taman, saya bergaduh dengan kawan baik saya.

Kak Ros : Apa yang kamu gaduhkan sehingga menangis begini?

Hani : Dia tu lah, asyik dia saja yang betul. Apa saya cakap semuanya salah.

Saya sudah tidak tahan lagi.

Kak Lisa : Lahh, mengapa begitu Hani? Dalam persahabatan ini kita perlu bertolak ansur. Bukannya
ikut kehendak masing-masing saja.
Kak Ros : Betul tu Hani, kamu nak dengar satu cerita tak?

Hani : (kesat air mata) Cerita apa tu Kak Ros?

Kak Ros : Haaa, cerita tentang 2 Gadis Cantik dan Cermin.

Kak Lisa : Ohhh cerita itu. Seronok. Ceritakanlah pada Hani. Mesti Hani suka.

Hani : Ceritalah Kak Ros. Saya mahu dengar.

Kak Ros : Baiklah, mari duduk sebelah kakak ni. Begini ceritanya……

Pentas digelapkan.
BABAK 2

WAKTU : Pagi.

TEMPAT : Taman bunga Nana dan Nini.

Narator : Bermulalah cerita ini di sebuah taman bunga yang begitu indah sekali. Ditengah-tengah
kebun itu ada dua orang gadis sedang gembira menyanyi bersama. Tangan-tangan mereka sedang
sibuk memetik bunga yang kembang mekar. Begitulah rutin harian Si Nana dan Nini. Pada waktu
pagi, mereka akan ke taman bunga di hadapan rumah mereka untuk memetik bunga. Lebih-lebih lagi
pada musim bunga begini, mereka akan berusaha keras untuk mencari pelanggan membeli bunga.

Pentas diterangkan.

Nana dan Nini: (memegang bakul bunga)

*Di mana dia bunga cantik saya

Bunga cantik saya ada di taman bunga

Di mana dia kawan baik saya

Kawan baik saya ada di depan mata

Can mali can Can mali can Can mali can Ketipung payung (x2)

Nini : Sukanya saya hari ini Nana. Banyak bunga yang dapat kita kutip.

Nana : Betul tu, jadi hari ini boleh la kita makan makanan yang sedap sikit ya.

Yeayy!! Gembiranya saya..

Nini : Yalah, apa kata kita makan piza nak?

Nana : Ok, kita makan piza.

Narator : Sedang mereka rancak berbual, lalu seorang nenek kebayan di hadapan mereka. Nenek itu
kelihatan tidak bertenaga. Badannya bongkok kehadapan dan dia berjalan menggunakan tongkat.
Tiba-tiba nenek itu terjatuh di hadapan mereka. Terjatuh juga isibarang di dalam beg yang
dibawanya.

Nana dan Nini: (cemas dan meluru menghampiri Nek Yan) Eh, nenek!!!!

Nana : Nenek, nenek ok kah?


Nini : Adakah nenek penat? Bagaimana boleh terjadi begini?

Nek Yan : Maafkan Nek Yan cu. Nek Yan lapar. Bolehkah Nek Yan mahu sedikit

makanan?

Nana : Ya boleh nenek. Sudah tentu. Tapi kami cuma ada beberapa keping

roti sahaja. Adakah cukup untuk nenek?

Nek Yan : Ya cukup cu, sedikit pun sudah memadai.

Nini : Sebentar ya nek, saya ambilkan.

Narator : Nana dan Nini menyediakan makan dan minum buat nenek kebayan itu. Setelah selesai
makan, Nek Yan memberikan cermin muka kepada mereka sebagai balasan.

Nana : Apa ini nek? Kami tidak perlukan balasa. Cukup buat kami bahawa

nenek sihat dan kenyang.

Nek Yan : Terima kasih cu. Ambillah ini sebagai ganti. Nek pulang dulu ya.

Terima kasih.

Nini : Terima kasih juga Nek Yan. Jumpa lagi. Hati-hati ya.

(Nek Yan berlalu pergi)

Nana : Wah, cantiknya corak cermin ini. Nampak seperti orang kaya yang punya.

Nini : Eh, kamu ni Nana, mulalah tu hendak berangan.

Nana : (termalu sendiri) Mana ada. Saya cuma cakap sahaja.

(Nana dan Nini beku, Cermin masuk pentas dan bermonolog)

Cermin/ Puteri Diana: Eh, ada suara la. Apa bising-bising tu? Saya di mana ni?

(ternampak Nana dan Nini)

Cermin/ Puteri Diana: Siapa ya mereka berdua ini? Cantiknya mereka. Mereka berdua ni nampak
seperti orang yang baik-baik. Saya mahu berkawan dengan merekalah.

(Cermin berdiri dihadapan Nana dan Nini)


Nana dan Nini : (terkejut) Eh, siapa kamu ni? Dari mana kamu datang?

Cermin/ Puteri Diana: Jangan risau. Saya orang baik. Saya Puteri Diana.

Nana : Oh, kamu seorang puteri. Apa yang kami boleh bantu Puteri Diana?

Cermin/ Puteri Diana: Sebenarnya, saya telah lama sembunyi di dalam cermin yang kamu pegang
itu.

Nini : (terkejut) Aaaapaaa??

Cermin/ Puteri Diana: Ya betul. Maafkan saya kerana mengganggu kamu.

Nana : Bagaimana boleh berlaku begini Puteri Diana?

Nini : Ya. Apa yang telah terjadi sehingga kamu tinggal di dalam cermin kecil

ini?

Cermin/ Puteri Diana: Sebenarnya…..

Pentas digelapkan.
BABAK 3

WAKTU : Malam

TEMPAT : Dewan Istana Kebaikan (imbas kembali)

Pentas diterangkan.

Narator : Alkisah di sebuah istana yang bernama, Istana Kebaikan. Dalam istana itu,
sedang berlangsung Majlis Tari Menari. Majlis itu dihadiri oleh semua rakyat jelata dan para
bangsawan istana di daerah itu.

Rakyat jelata, para bangsawan, Puteri Diana, Puteri Rika dan Nek Yan masuk ke pentas sambil
menari. (muzik latar)

Narator : Puteri Diana terkenal dengan sikap baik dan mesranya terhadap semua
rakyat jelata manakala Puteri Rika seorang yang jahat dan cemburu terhadap kebaikan Puteri Diana.
(Puteri Diana dan Puteri Rika menunjukkan diri di hadapan pentas)

Rakyat jelata 1 : Wah, hebatnya Puteri Diana!. (teruja)

Rakyat jelata 2 : Puteri Diana cantik, baik dan mempunyai kuasa yang luar biasa! (sambil bercakap
antara satu sama lain)

Puteri Diana : Terima kasih semua. (tunduk dan senyum).

Narator : Tiba-tiba Puteri Rika berdiri di depan istana dan berkata.

Puteri Rika : Diana oh Diana! Ha..ha..ha (ketawa) Lebih baik engkau memberi aku
semua kuasa kau. Aku boleh jadikan semua rakyat jelata hidup senang lenang.

Puteri Diana : Apa yang terjadi dengan engkau Rika? Semua kuasa ini harus digunakan
dengan betul.

Puteri Rika : Ah! Diam! Beri aku kuasa kau sekarang atau …

Puteri Diana : Atau apa Rika???

Puteri Rika : Atau aku akan jadikan semua rakyat jelata ini seperti batu?
(bunyi guruh, suasana kecoh dan rakyat jelata ketakutan)
Puteri Diana : Jangan Rika! (menjerit) Kau akan menyesal nanti! (Puteri Diana juga
menggunakan tongkat saktinya untuk melindungi diri dan masuk ke dalam cermin untuk
menyelamatkan diri daripada kuasa jahat Puteri Rika itu.)

Puteri Rika mengangkat tongkatnya lalu mengutuk rakyat jelata menjadi batu.

Puteri Rika : HAHAHA! Akhirnya semua menjadi batu! Aku juga akan merampas semua
kuasa Puteri Diana dan menguasai seluruh istana ini! (ketawa menggilai)

Nek Yan mengambil cermin Puteri Diana lalu membawanya pergi.

Keluar pentas. Pentas digelapkan.


BABAK 4

WAKTU : Malam

TEMPAT : Tengah hutan

Pentas diterangkan namun sedikit malap.

Kedengaran bunyi cengkerik dan angin malam. Sejuk. Nana dan Nini meneruskan perjalanan mereka
untuk membantu Puteri Diana yang masih terperangkap di dalam cermin.

Nana : Ya! Walau apa pun yang terjadi, kita kena tolong Puteri Diana untuk keluar
daripada cermin ini.

Nini : Ya Nana, tapi kita kena tolong apa yang kita mampu.

Nana : Kita juga kena tolong puteri untuk menyelamatkan semua rakyat jelatanya!

Nini : (terhenti) tapi Nana, bagaimana kalau kita disakiti oleh Puteri Rika yang jahat itu?
(bunyi guruh)

Nana : Nini, kita kan ada Puteri Diana untuk melindungi kita, Kita kan kawan dia, kita kena
tolong dia.

Nini : Tapi bahayalah Nana… (berpaling daripada Nana) (hujan mulai turun)

Nana : Nini, kita kan kawan baik. Kita membesar bersama. Bermain bersama. Ketawa
bersama. Menangis bersama. Jadi kita juga kena tolong Puteri Diana bersama-sama. Nini sanggup ke
tengok kawan kita dalam kesusahan?

Nini : Tapi… Nini takut. Nana tak payahlah susah-susah tolong puteri tu. Kalau Nana
sayang Nini, Nana jangan teruskan perjalanan ini.

Nana : Nini! Sampai hati Nini tak nak tolong puteri. (bunyi guruh) Kalau begini, Nini jangan ikut Nana
lagi. Biarlah Nana sendiri yang tolong puteri.

Nana dan Nini membelakang dan freeze.


Puteri Diana pun sedih melihat perbuatan dua sahabat baik, Nana dan Nini ini.

Nek Yan masuk ke pentas dan berdiri di tengah Nana dan Nini sambil membacakan mantera. Nek
Yan keluar pentas.

Tiba-tiba kelihatan Puteri Rika dan orang suruhannya Jack masuk ke pentas dan menangkap Nini.

Puteri Rika : Jack!!! Aku mendengar suara mereka. Cari dan tangkap dia!

Jack : Sahabat baik tapi berpisah? HAHAHA! Mari kita culik Nini dan jadikan dia tebuskan
Puteri Cermin itu. (Menangkap Nini dan membawanya ke luar pentas.) HAHAHA! (ketawa).

(Muzik sedih)

Pentas digelapkan.
BABAK 5

MASA : Pagi

TEMPAT : Tasik Dayang Senandung

Pentas diterangkan.

Puteri Diana dan Nana masuk ke pentas.

Narator :Keesokan harinya, setelah sekian lama berjalan, Nana dan Puteri Diana akhirnya tiba di
sebuah tasik. Nana yakin bahawa tasik tersebut adalah seperti yang diceritakan oleh Nek Yan.

Nana : Saya rasa inilah tasik yang diceritakan oleh nenek kebayan itu.

Puteri Diana : (Gembira) Ya, benar sekali Nana. Inilah Tasik Dayang Senandung yang dimaksudkan
Nek Yan itu.

Narator : Sedang asyik Nana dan Puteri Diana berseronok. Tiba-tiba…

Pentas disamarkan.

Rika : Ha..ha…ha (ketawa jahat). Kau jangan terlalu gembira Puteri Diana. (Memandang Nana)
Samada kau serahkan tongkat itu atau kawan kau aku bunuh!

Jack : (Sambil menolak Nini ke hadapan tasik) Hahaha. Baik kau cepat serahkan tongkat tu
sebelum aku tolak kawan kau ke dalam tasik ini.

Nini : Jangan bagi tongkat tu Nana. Biarkan saya disini. Teruskan niat baik awak untuk menolong
Puteri Diana (sambil meronta-ronta).

Nana : Apa yang harus saya lakukan Puteri?

Puteri Diana : Selamatkan Nini. Jangan risau tentang saya. Selamatkan kawan baik awak dahulu!

Nana : Baiklah, aku akan serahkan tongkat ini dan kau perlu lepaskan kawan aku! (Berjalan
beberapa tapak ke hadapan sambil tangan lurus memegang tongkat).

Rika : Jack! (mengisyaratkan dengan mata dan merampas tongkat daripada tangan Nana)
Situasi menjadi cemas kerana Jack menolak Nini dan hampir jatuh ke dalam tasik. Namun Nana
sempat menarik tangan Nini.

Nana : Nini, awak okay? (memeluk Nini erat)

Nini : (Menangis) Nana, Puteri Diana maafkan saya. Saya tak patut buat macam tu. Saya lupa
tentang janji kita sebagai kawan baik.

Rika : (ketawa) Hahaha. Akhirnya dunia ini aku yang punya. Tak kana ada siapa-siapa yang berani
menentang aku lagi (mengangkat tongkat dan ketawa).

Kilat berdentam dentum. Pentas digelap dan dicerahkan.

Narator : Tiba-tiba tanah terbelah dan menelan kedua-dua penjahat tersebut.

Rika dan Jack : Aahh… Kenapa ni. Jangan telan akuuu (menjerit ketakutan)

Nana, Nini, dan Puteri Diana memandang antara satu sama lain. Nek Yan masuk ke pentas.

Pentas digelapkan.

Nek Yan :Ketahuilah bahawa sekiranya tongkat itu jatuh pada tangan yang salah maka
begitulah jadinya. Namun sekiranya tongkat tersebut jatuh pada tangan yang betul, percayalah
dunia ini akan menjadi lebih aman dan harmoni. (suara garau tua)

Keluar pentas. Pentas digelapkan.

BABAK 6

MASA : Tengahari

TEMPAT : Istana Kebaikan

Pentas diterangkan.

Nana, Nini, Puteri Diana serta rakyat jelata masuk ke pentas. (muzik latar)
Nana : (Geram) Kejam sungguh Puteri Rika itu. Seluruh rakyat disumpahnya

menjadi batu. (Melihat rakyat jelata yang telah disumpah menjadi batu)

Nini :Jadi Puteri, macam mana cara untuk kami leraikan sumpahan Puteri dan rakyat jelata yang
lain. (meletakkan cermin di hadapan pintu Dewan Istana Kebaikan)

Puteri Diana : Awak berdua hanya perlu menghentakkan tongkat tersebut sebanyak tiga kali serta
menyebut mantera “Bebaskan, bebaskan kau perlu dibebaskan” dengan seikhlas hati.

Nana :Baiklah.

Nana dan Nini : Bebaskan, bebaskan kau perlu dibebaskan. (Menghentak tongkat bersama-sama)

Bunyi guruh kemudian pentas digelap dan diterangkan bersama muzik latar.

Puteri Diana bertukar menjadi seorang puteri yang sangat cantik Lalu Puteri Diana mengambil
tongkat tersebut daripada tangan Nana dan Nini dan menghentakkannya sebanyak tiga kali sambil
menyebut mantera yang sama. (muzik latar).

Puteri Diana : Bebaskan, bebaskan kau perlu dibebaskan.

Narator :Seluruh rakyat yang berada di dalam Dewan Istana Kebaikan tersedar daripada sumpahan
jahat Puteri Rika. Mereka terpinga-pinga memandang antara satu sama lain.

Rakyat Jelata 1: Apa yang sudah terjadi? (menggaru kepala)

Nana : (Kagum) Wah, memang benar kata Nek Yan.

Nek Yan memandang ke arah mereka dari tepi pentas sambil tersenyum dan berlalu pergi.

Pentas digelapkan.

Puteri Diana, Nana, Nini, Raja Malik, Permaisuri Ameia serta seluruh rakyat jelata masuk ke pentas.

Raja Malik :Perhatian rakyat-rakyat jelata sekalian, beta hari ini berasa sangat gembira kerana
kerajaan kita sudah kembali seperti sedia kala. Puteri Rika dan kejahatannya sudah tiada lagi untuk
mengganggu kita penduduk Kerajaan Sakti. Beta ingin berterima kasih kepada anakanda beta, Puteri
Diana dan kawan-kawannya Nana dan Nini keran berjaya mengembalikan keamanan kerajaan kita.
(Memandang Puteri Diana, Nana, dan Nini)

Tepukan dan sorakan riuh daripada rakya jelata.


Narator :Hasil daripada pertolongan dan kesudian Nana dan Nini dalam membantu Puteri Diana
diberikan anugerah dan hadiah oleh Raja Malik dan Permaisuri Amelia. Puteri Diana mengajak
mereka untuk tinggal bersama di istana. Namun mereka menolak tawaran tersebut dan memilih
untuk kembali ke rumah mereka dan hidup seperti rakyat biasa

Muzik latar. Pentas digelapkan


BABAK 7

WAKTU : Petang.

TEMPAT : Bilik tidur Kak Ros.

Pentas diterangkan. Hani, Kak Ros dan Kak Lisa masuk ke pentas.

Narator : Begitulah ceritanya. Hidup akan rasa bahagia jika kita saling berteman dan berkawan.
Cerita yang diceritakan Kak Ros kepada Hani, sangat meninggalkan kesan dalam diri Hani. Dia sudah
membuat keputusan. Apakah keputusannya itu?

Hani : (gembira sambil tepuk tangan) Wahhhh, menariknya cerita Kak Ros,

saya suka akhirnya Nana dan Nini berbaik semula.

Kak Ros : Ya, begitulah hidup berkawan. Ada gembira, ada sedih.

Kak Lisa : Tapi, lagi bahagia jika kita laluinya bersama tanpa bergaduh. Betul tak

Ros?

Kak Ros : Betul tu Lisa. Jadi apa yang kamu akan buat sekarang Hani?

Hani : Hmmmm (sambil memegang dagu). Saya sudah buat keputusan.

Kak Lisa : Keputusan apa?

Hani : Saya akan memohon maaf kepada dia dahulu. Kerana saya

sayangkan persahabatan kami. Lagipun bukan salah dia seorang. Saya juga bersalah dalam hal ini.

Kak Ros : Baguslah kalau kamu sudah kata begitu. Kakak suka dengan

keputusan kamu itu.

Hani : Hehehehe. Oklah, saya pergi dulu ya. Tidak sabar mahu berjumpa

dengan kawan baik saya dan memohon maaf. Terima kasih Kak Ros dan Kak Lisa. Saya sayang kamu
berdua. (mereka berpelukan)

Kak Ros dan Kak Lisa: Sama-sama. Kami pun sayangkan kamu juga.
(Hani keluar bilik)

Kak Ros : Eh sampai mana kita nyanyi tadi ya? (ketawa bersama Lisa)

Kak Lisa: Kita nyanyi dari awal semula lah. Hahahah.

Kak Lisa dan Kak Ros: (sambil memetik gitar)

*Kau ada di kalaku suka

Di kalaku duka

Setiap tangisan dan juga ketawa

Kau ada di kalaku perlu

Setia menemaniku

Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kaulah yang selalu

Selalu menemaniku

Mendengar kisah pahit manis

Hidupku

Kaulah yang di situ

Setia menunggu ku

Kaulah yang satu

Menjadi sahabatku….

Pentas digelapkan.

-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai