Anda di halaman 1dari 9

SKRIP DRAMA DENDAM Perjanjian Dua Alam

Tema : Pembalasan Dendam

eRwan aLim as RAHMAT

MandOn as JAI

Zul aFiFi as SARIP

Syariz Hakim as ABU

Zakaria Ripot as HANTU

Latar Tempat:

Epilog = Asrama

Babak 1 = Kelas

Babak 2 = Belakang sekolah

Babak 3 = Lorong Kantin

Babak 4= Bilik

Babak 5= di padang suka dan rekreasi, belakang asrama blok B

Babak 6 = belakang asrama blok B

Babak 7 = Pembalasan dendam dan bunuhan

Babak 8 = Tamat

EPILOG

(Rahmat sedang dibuli oleh Jai dan Sarip)

PENCERITA : Pernahkah anda mempunyai dendam kesumat yang sudah lama


terpendam didalam hati? Konon, ada ura-ura yang mengatakan mereka yang
mempunyai dendam hanya dapat melayari laman web rahsia pada waktu tegah
malam. Laman Web Angker. Di sini anda boleh menulis nama yang anda ingin
membuat perhitungan untuk membalas dendam. Dia akan datang dan
mengheret mangsanya kekanca kematian. Khabar angin itu telah tersebar dalam

1
kalangan orang ramai. Namun, dalam setiap dendam ada harga yang harus
dibayar

BABAK 1

(suasana di dalam kelas)

Kelihatan pelajar tingkatan 6 Bawah SMK Seri Setia sedang leka bersembang. Jai
dan Sarip sedang asyik mendengar lagu rock yang rancak. Rahmat pula hanya
diam menikus di mejanya yang terletak di suatu sudut di dalam kelas

Budak lelaki : Assalamualaikum. Boleh saya berjumpa dengan abg Rahmat?

(Rahmat bangun dan menuju ke budak lelaki itu. Waalaikumsalam. Saya Rahmat.
Ada apa ya dik?

Budak lelaki : ha..ni saya ingin menyampaikan surat untuk abang. Ini dia

Rahmat : owh..Okay..Terima kasih dik

Budak lelaki : Sama-ama

(Rahmat kembali ke tempat duduk dan membuka surat itu)

Abu: Surat apa itu Mat, Huisshhh tahniah! Kau dapat masuk IPG. Hei kawan-
kawan. Rahmat dapat tawaran ke IPG

(Budak-budak lain berkerumun mengelilingi Rahmat mengucapkan tahniah. Di


sudut lain kelas, Jai dan Sarip memandang Rahmat dengan pandangan marah
dan geram)

BABAK 2

(babak di belakang asrama blok B)

Jai: Huh, sungguh tak percaya aku. Apa yang kau dah buat ni? Budak hingusan
macam kau ni dapat masuk IPG (ketawa mengejek)

Sarip :Hehei.. Jangan Jai, nanti dia lapor ke cikgu nanti.HahaJap2.. Wei Mat,
bukankah aku pesan kat kau semalam suruh bawa 10 Ringgit. Mana dia?

Rahmat : Aku tak cukup duit nak bagi korang

2
Sarip: Aahhh..Kau jangan nak tipu bodoh..sini dompet kau! (merampas dompet
Rahmat dan mengeluarkan duit darinya dengan gopoh)

Sarip: Huhh ini je yang kau ada?

Rahmat: Itu je yang aku ada sekarang

Sarip: Hmm nak buat macam mana (menyerahkan dompet ke Jai)

Jai: Akuu benci dengan benda macam ni. Syiling je yang kau ada ?? Hmm..Pergi
mampos..(sambil membuang syiling yang ada dalam dompet Erwan ke tanah)
Amik lah balik duit kau ni..Hahahahaha

Rahmat membongkok mengambil duit yang telah dijatuhkan

Jai: Mat..Mat..Kesian betul aku tengok kau ni, dah la miskin. Tapi kan, aku hairan
la.. macam mana kau ni boleh masuk IPG ? (sambil memijak tangan Rahmat)
dengan kejam

Rahmat mengaduh sakit menahan sakit. Sarip pula terus menendang Rahmat
hingga tersembam ke tanah. Jai dan Sarip ketawa terbahak-bahak sambil berlalu
pergi. Rahmat hanya mampu memandang mereka sambil menahan geram dan
sakit

BABAK 3

(Tempat laluan lorong di antara kantin dan koperasi)

Rahmat berjalan sambil mengadu kesakitan kerana baru lepas dibelasah dengan
teruk oleh Jai dan Sarip. Tiba-tiba ada satu kertas melayang mengenainya.
Padanya ada satu iklan mengenai Laman Web Angker. Rahmat berfikir sejenak
dan menyimpan iklan itu kedalam koceknya.

BABAK 4

(dalam bilik)

Abu : ( mendengar ketukan di pintu lalu membukanya). Ehh kenapa kau ni Mat,
Ya Allah

Setelah selesai mengubati luka Mat

3
Abu : Ini mesti perbuatan Jai dengan Sarip lagi kan? Mereka itu memang sudah
melampau. Siap mereka nanti aku lapor ke guru disiplin

Rahmat : Bukan mereka yang buat, aku jatuh tangga tadi

Abu: Jatuh tangga apanya kalau dah teruk macam ni. Bukannya aku tak kenal
kau Mat. Kau bila kena buli diam je Mana tak nya perangai mereka tu semakin
menjadi-jadi

Rahmat: Tak payah laa lapor ke cikgu displin. Aku ok je ni. Nanti-nanti baik la
luka ni nanti

Syariz : Hmm itula kau. Kau ni baik sangat. Dah la kau rehat dulu. Aku nak keluar
sekejap.

Erwan : Ok. Terima kasih

(dalam bilik, waktu malam)

Rahmat tidak dapat tidur memikirkan kertas yang dia jumpa pada petang tadi.
Dia mengambil kertas tadi dan duduk di meja belajarnya untuk melayari laman
web tersebut. Namun dia merasa bengang kerana dia telah cuba berkali-kali
namun tidak berjaya.

Abu bangun dari tidurnya kerana dia melihat meja belajar Rahmat yang terang-
benderang. Dia merasa curiga pa yang dilakukan Rahmat kerana masih belum
tidur meskipun semakin larut malam.

Abu : Masyaallah, Mat apa yang kau buat ni. (terkejut dan mengambil kertas
laman web itu). Ini apa benda ni. Laman Web Angker? Balas dendam? Apa ni
Mat. Jangan terpengaruh dengan benda khurafat macam ni

Rahmat: Jangan risaulaa. Aku masih waras lagi. Aku tak akan mudah terikut
benda-benda macam ni. Boleh jadi orang buat saja-saja je kertas ni. Jangan
risaulaa Abu.

Abu: Aku bukannya apa. Kalau kau ada masalah jangan lupa solat, minta
petunjuk dari Allah. Insyaallah Allah bantu. Jangan sampai kita terperangkap
dalam tipu daya syaaitan. Bukankah syaitan sudah berjanji akan menyesatkan
anak cucu Nabi Adam kita ni sampai kiamat??

4
Rahmat: Ye aku tahu. Ustad kat sekolah pun ada jugak bagi nasihat macam tu.
Aku okey je

Abu : Aku nak sambung tidur dulu. Jangan tidur lewat sangat. Nanti terlambat
pulak kau bangun Subuh esok

Rahmat : Yelaa yela, pergilah tidur dulu

(Abu sambung masuk tidor. Rahmat masih lagi ingin untuk mengetahui misteri
pada kertas itu lalu dia terus mengakses lama web itu sekali lagi. Tidak lama
kemudian, jam menunjukkan tepat jam 12 malam. Tiba-tiba laman web yang
diaksesnya gagal setelah dicuba beberapa kali akhirnya dapat diakses. Namun
anehnya latar laman web itu gelap kecuali ada perkataan SAYA AKAN
MENGHAPUSKAN KEDUKAAN ANDA. SILA MASUKKAN NAMA ORANG YANG ANDA
INGIN BALAS DENDAM. Rahmat pun membayangkan orang yang dia sangat
benci iaitu Jai dan Sarip lalu memasukkan nama mereka lalu menekan butang
HANTAR. Lalu laman web itu pun menjadi gelap sepenuhnya)

Rahmat : Hmm tak ada apa pun. Tipu je ni rupanya.

Tiba-tiba datang bunyi dari telefonnya menandakan ada mesej masuk. Yang
membuatkannya sangat terkejut apabila yng menghantar mesej itu adalah
pengirimnya tidak diketahui namun ianya bertulis SAYA TELAH MENERIMA
PERMINTAAN ANDA ADMIN LAMAN WEB ANGKER dia tutup laptop dan terus
tidur

BABAK 5

(di padang sukan dan rekreasi)

Rahmat bersukan seperti hari-hari biasa. Namun semasa dia berjoging di lereng
bukit, tiba-tiba kaki di tersadung lalu dia jatuh dengan berguling-guling menuruni
lereng bukit itu dn kepalanya terkena pada batu Dia pun pengsan

(di belakang asrama blok B)

Ketika dia bangun dari pengsan, dia merasa aneh kerana dia berada di tempat
yang asing baginya. Tambah menghairankan dihadapannya berdiri lembaga yang
aneh, tidak seperti manusia

Rahmat: Siapa kau

5
Hantu : Aku adalalah orng yang kau minta pertolongan di LAMAN WEB ANGKER
itu. Kau ingin membalas dendam bukan

Rahmat : (Dengan ghairah) Ya, ya aku ingin membalas dendam kepada Jai dan
Sarip yang telah banyak mengganggu hidupku. (kemudian menunjukkan ekspresi
perasaan marah) Aku benci dengan mereka. Benci!!!

Hantu : Ambillah ini. (tersenyum sambil menyerahkan patung kecil yang diikat
dengan tali merah kepada Rahmat). Jika benar kau ingin membalas dendam,
leraikanlah tali merah yang diikat pada patung itu dan aku akan balas dendam
kepada mereka bagi pihak kamu.

Rahmat : Tarik, tali ini?

(Erwan cuba untuk meleraikan ikatan pada patung itu, lalu terhenti apabila
lembaga itu menyambung bicara)

Hantu : Akan tetapi, Jika ikatan telah terlerai dari patung itu, kau telah membuat
perjanjian kepada aku. Kau harus membayar harganya setelah aku selesai
melakukan kerjaku

Rahmat : Harga

Hantu : Apabila seseorang telah mendapat kutukan, maka dua lubang kubur
akan digali. Setelah kau mati, jasad dan roh kau tidak akan aman. Kau tidak akan
mendapat Khusnul Khatimah yakni pengakhiran hidup yang baik. Engkau akan
terseksa dan menderita untuk selama-lamanya

Tiba-tiba muncul api di sekeliling Rahmat dan cuba untuk membakarnya. Rahmat
lalu menjerit ketakutan. Lalu dia pun sedar dari pengsannya. Dia merasa takjub
patung yang diikat dengan tali merah ada dalam genggamannya. Sedang dia
dalam kebingungan, lalu dia terdengar suara Hantu itu.

Suara Hantu : Selebihnya terpulanglah kepada kau sendiri untuk memilihnya.


Hahaha

BABAK 6

(belakang asrama blok B)

Sarip: Jaituapa tunggu lagihahaha

6
Jai: pegh hiburan..mari la..haha

Rahmat: janganlah ganggu kuaku tak kacau pun korang

Sarip: mana duit(sambi merampas dompet..n mengambil wang..) wah..banyak


duit

Jai: hari ini kita banyak happy sarip..makan besar..hahaha

Sarip : Akhirnya dapat jugak aku peras ugut kau ni. Baru sekarang kau nak
dengar cakap aku ye? Bagus bagus (Sambil mencium bau duit yang telah dia
rampas dari Rahmat)

Jai : Memang laa. Dia dapat tu kan sebab cikgu dan kawan-kawan yang bagi duit
ni kat dia untuk tampung yuran untuk masuk IPG. Kesian, anak miskin terbuang
macam ni memang tak patut pegang duit banyak macam ni. Biar kami pegang
(kedua-dua mereka ketawa besar)

Rahmat: Hei

Jai: Apa? Tak puas hati, Nak gaduh?!!

Sarip : Uuuu dia dah tunjuk belang tu bhai. Eeeee takuktnya, takutnya (makin
rancak mereka ketawa)

Rahmat: Aku tak pernah ada masalah dengan korang, kenapa kau suka cari pasal
dengan aku hahh??? Cakapla, cakap!!! (sambil merentap kolar baju Jai dengan
kasar)

Sarip: (Terkejut dengan tindakan Rahmat) Kau buat apa ni hah, Bodoh!! Pergi
mampuslah!! (meleraikan cengkaman Rahmat dari kolar Jai sambil menumbuk
Rahmat lalu menjatuhkannya dengan kasar. Jam Rahmat pun tercampak sekali)

Jai : Cari masalah, cari pasal dengan kau, itu memang kesukaan kami. Kami suka
tengok hidup orang lain terseksa. Kau selalu dipuji cikgu dan rakan-rakan, sakit
hati kami tahu tak. Orang macam kau ni memang tak layak nak belajar tinggi-
tinggi. Pergi mampuslaa kau punya cita-cita

Sarip: kau dengar tak nikau mmg nak kna pukul dengan aku mat..oiii

Jai: kau nak cari apa..nak cari jam (berjalan kearah jam Rahmat) kau maseh
pakai lagi jam buruk ni

7
Rahmat: Oii kau buat nak buat apa hahh?? Itu jam arwah ayah aku. Dia bagi kat
aku!!!

Jai : (tesenyum sinis) Jam ini tak sesuai untuk orang miskin dan bongok macam
kau (dengan geramnya lalu memijak jam Rahmat sehinggaa hancur)

Rahmat: (Menjerit) Tidakk!!! Jangan!!! (Namun tidak berdaya untuk


menyelamatkan jamnya kerana ditahan dengan kuat oleh sarip)

BABAK 7

Rahmat : (Menangis sambil memegang jam) Memang tak boleh dimaafkan. Jam
ni sangat penting pada aku. Kenangan aku bersama ayah ada kat jam ni. Apa
salah aku kat korang hahh?? Apa dosa aku. Apa dosa aku???

(Hilang pertimbangan lalu segera mengambil patung yang diikat dengan tali
merah di begnya. Akibat terlalu ikutkan amarah di dalam diri lalu dia terus
meleraikan ikatan pada patung itu. Tiba- tiba lalu dia mendengar suara lembaga
dari arah yang tidak diketahuinya)

Suara lembaga : AKU TELAH DENGAR DAN AKU AKAN LAKSANAKAN


DENDAMMU!!!

Sarip telah mati dalam keadaan mengerikan di gantung di bangunan atas


asrama. Manakala Jai telah mati tergeletak di atas padang dengan cakaran yang
berbekas di muka . Hal ini telah menjadi gempar dalam kalangan warga sekolah.
Namun bagi Rahmat tahulah dia bahawa itu adalah perbuatan hantu itu.

BABAK 8

Pencerita : Sebulan setelah kejadian itu, Rahmat sudah semakin tidak waras. Dia
kerap meracau-racau kerana lembaga itu menganggunya saban waktu.
Sebenarnya Rahmat tahu itulah harga yang harus dia bayar disebabkan
perbuatannya itu. Akhirnya dia mengalami kemurungan dan dimasukkan ke
hospital bahagia dan tidak tahu berapa lama dia akan berada di sana. Hanya
masa yang menentukan.

Jika kalian mempunyai kekusutan atau masalah. Serahkanlah semuanya kepada


Allah. Insyallah Allah akan membukakan jalan dan petunjuk bagi sesiapa yang
Dia kehendaki. Namun janganlah pula kita terpengaruh dengan godaan syaitan

8
yang kerap membisikkan hasutannya kepada kita. Kelak akan merana, memakan
diri.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai