Anda di halaman 1dari 12

MENDENGAR DAN

BERTUTUR

KEMAHIRAN BAHASA
DALAM KSSR TAHUN 3

TATABAHASA

MEMBACA

MENULIS

SENI BAHASA

16

OBJEKTIF DAN
PRINSIP
-Membolehkan murid
membaca dan
memahami maklumat
yang tersirat dan tersurat
daripada bahan media
untuk mengenal pasti
petautan idea, membuat
penilaian dan ramalan
yang betul.
-Antara prinsip ialah
bahan bacaan perlu
sesuai , menarik dan
bersifat ansur maju.

DEFINISI :
Merujuk kepada
keupayaan murid
membaca dengan
sebutan,intonasi,jeda,
dan kelancaran yang
betul. Penekanan
diberikan pada aspek
pemahaman pelbagai
bahan secara kritis
dengan menggunakan
teknik membaca

STANDARD
PEMBELAJARAN:
- Membaca dan
memahami perkataan
dengan berimbuhan
awalan dan akhiran
daripada pelabagai
bahan dengan sebutan
yang betul.
-Membaca dan
memahami ayat dalam
perenggan dengan
sebutan yang betul.

KEMAHIRAN
MEMBACA

AKTIVITI :
-membaca
pantun,membaca
teks,membaca
maklumat daripada
iklan

STANDARD KANDUNGAN
-Membaca dan memahami
perkataan,frasa dan ayat
daripada pelbagai sumber
degan perkataan yang
betul.
-Membaca dan memahami
maksud tersirat dan tersurat
dan memberi respon yang
betul.

17

Mendengar-keupayaan murid
mendengar dengan
teliti,memahami dan menghayati
apa yang didengar dalam
pelbagai situasi pengucapan dan
dapat memberikan respon
Bertutur-keupayaan murid
berkomunikasi dan
menyampaikan maklumat dan
idea dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara
bertatasusila.

STANDARD
KANDUNGAN
Mendengar,
memahami dan
menyebut frasa dan
ayat dengan struktur
binaan yang betul dan
tepat.
Contoh aktiviti ialah
berbual menggunakan
ayat yang
betul,mengemukan
pendapat

Kemahiran
Mendengar
dan Bertutur

OBJEJTIF DAN
PRINSIP
-Memastikan murid
mengetahui dan
berkeupayaan
mendengar,memahami
dan menyebut frasa dan
ayat dengan struktur
yang betul dan tepat.
-Bahan rangsangan
penting untuk
meningkatkan
kemahiran dan minat
dalam mengusai
kemahiran ini

STANDARD
PEMBELAJARAN
Mendengar,memahami
dan memberi respon
terhadap sesuatu
arahan,soalan dan pesana
didengar dengan betul.
Berbicara untuk
menyampaikan maklumat
tentang sesuatu perkara
dengan tepat secara
bertatasusila.

18

KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataandan melahirkan
idea melalui pelbaga jenis penulisan yang berkaitan ilmu pengetahuan dan pengalaman
yang telah dilalui. Penekanan diberikan kepada penggunaan ayat gramatis,tanda baca dan
ejaan yang betul serta tulisan yang kemasAKTIVITI
Membaca dan mencatat maklumat, mencatat isi-isi penting

OBJEKTIF
PRINSIP
OBJEKTIF DAN PRINSIP
Membina dan menulis pelbagai jenis ayat
Idea yang dilahirkan dalm bentuk penulisan
berdasarkan bahan grafik dalm satu
perlu mengamalkan prinsip ansur maju.
perenggan dengan betul.
Keseragaman dalam membentuk dan
Menulis untuk menyampaikan maklumat
menulis huruf perlu dititikberatkan.
berbentuk pengumuman yang betul dengan
menegaskan kesantunan berbahasa

STANDARD PEMBELAJARAN
Menulis frasa dan ayat tunggal dalm bentuk tulisan berangkai.
Membina dan menulis jawapan pemahamanberdasarkan
soalan bertumpu dengan betul.
STANDARD KANDUNGAN
Menulis huruf,suku kata,perkataan,frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan
kemas.
Menghasilkan penulisan kreatif daripada pelbagai genre yang betul.

19

KEMAHIRAN ASPEK
TATABAHASA
Merujuk aspek morfologi dan
sintaksis bahasa Melayu yang
perlu difahami dan dikuasai
oleh murid.

STANDARD
PEMBELAJARAN
Memahami dan menggunakan
kata nama am dan kata nama
khas hidup yang merujuk
bukan manusia dengan betul
mengikut konteks.
Memahami dan membina ayat
tunggal susunan biasa dan
ayat majmuk dengan betul
dan pelbagai situasi.

STANDARD KANDUNGAN
Memahami dan menggunakan
golongan kata dengan betul
mengikut konteks.
Memahami dan membina ayat
yang betul dalam pelbagai
situasi.

OBJEKTIF
Memahami dan menggunakan
kata nama am,dan kata nama
khas hidup yang menunjukkan
bukan manusia dan penjodoh
bilangan yang betul mengikut
konteks.
Memahami dan membina ayat
penyata dan ayat tanya dengan
kata tanya dan ayat tanya tanpa
kata tanya , ayat seru, ayat
perintah dengan betul dalam
pelbagai situasi.

PRINSIP
Tatabahasa diajar dan
digunakan dalam konteks dan
istilah serta fungsi bahasa
boleh diperkenalkan untuk
pengetahuan da kefahaman.
Menggunakan pengantaraan
deria yang dibantu dengan
contoh dan bentuk simulasi
secara berkesan.
AKTIVITI
Membina kata terbitan
awalan dan membina ayat.
Permainan bahasa dalam
kumpulan (kotak beracun)

20

OBJEKTIF
Menyebut,memahami
dan menghasilkan
seni kata yang
mengandungi mesej
secara terkawal dan
menyampaikannya
secara didik hibur.

STANDARD
PEMBELAJARAN

Menyebutdan
memahami lirik lagu
yang mengandungi
mesej dalam
nyanyian yang
dipersembah secara
didik hibur.
Mengujar dialog
dengan sebutan dan
intonasi yang
betul,bahasa badan
yang sesuaimelalui
lakonan secara didik
hibur.

KEMAHIRAN SENI
BAHASA
Merujuk aspek
kebahasaan,keindahan
dan kehalusandalam
bahasa Melayu yang
perlu dikuasai murid.
Pengusaan aspek
merangkumi kecekapan
memahami,mengungkap
dan memahami dan
menghayati bahasa yang
indah.

STANDARD
KANDUNGAN

Menyebut dan
memahami unsur
seni dalam lagu
melalui nyanyian
secara didik hibur.
Mengujarkan
bahasa yang indah
dan menggunakan
bahasa badan yang
kreatif melalui
bercerita secara
didik hibur.

PRINSIP

Pengajaran seni bahasa


mementingkan kehalusan
dan keindahan bahasa.
Pemilihan bahan mestilah
sesuai dan menarik.
AKTIVITI

Mengajuk dialog dan gaya


bahasa badan.
Memahami lirik lagu
'Malaysia Berjaya'

21

REFLEKSI
Sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini saya amat kagum dengan
Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan negara Malaysia. Bahasa Melayu ialah
bahasa yang unik dan agung. Bahasa Melayu telah digunakan sejak berdekaddekad dahulu lagi. Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan atau pengantara
masyarakat di rantau ini. Bahasa Melayu menjadi lingua franca dan semua
pedagang yang datang berdagang ke tanah Melayu berkomunikasi menggunakan
Bahasa Melayu tidak kira pedagang dari China, India, Arab dan Eropah. Selain itu,
bahasa Melayu ukan sahaja dijadikan bahasa pertuturan tetapi juga menjadi bahasa
pentadbiran, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan lain-lain lagi.
Semasa membuat kerja kursus ini saya dapati bidang yang berkaitan dengan
bahasa Melayu terlalu banyak dan luas. Saya dapat menimba sedikit sebanyak ilmu
tentang bidang bahasa Melayu. Saya dapat mengetahui asal-asal bahasa Melayu
yang saya pertuturkan tiap-tiap hari. Rupa-rupanya bangsa Melayu berasal dari
Yunan, China. Tidak terlintas sedikit pun di fikiran saya bahawa bangsa Melayu
berasal dari China. Mereka berhijrah ke kawasan Nusantara dan Tanah Melayu.
Sebelum ini, saya hanya belajar perkara atau bidang asas dalam bahasa Melayu.
saya tidak pernah mengkaji bidang Bahasa Melayu. Hal ini kerana saya merupakan
pelajar aliran sains tulen. Bagi saya belajar kursus Pengantar Bahasa Melayu ini
banyak memberikan pengalaman serta ilmu pengetahuan baru kepada saya.
Dalam konteks ini juga, pelaksanaan kerja kursus ini juga membantu saya
memahami pro forma tajuk-tajuk yang diajar sepanjang semester 1 PPISMP ini.
Perkara ini dapatlah disamakan dengan peribahasa serampang dua mata. Sebagai
contoh, dalam bidang fonetik dan fonologi. Bidang ini merupakan bidang yang
mengkaji bunyi bahasa. Fonologi ialah bidang yang merumuskan, menghurai,
menjelaskan bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi.
Fonetik pula ialah bidang yang ditakrifkan sebagai cara bahasa dikeluarkan, ciri
bunyi tersebut dan cara mendengar. Fonetik terbahagi kepada 3 iaitu fonetik
artikulasi (alat yang menghasilkan bunyi), fonetik akustik (sifat atau ciri bunyi), dan
fonetik auditori (berkaitan dengan pendengaran).
Selain itu, bidang Bahasa Melayu yang menarik perhatian saya ialah Sistem
Ejaan. Setelah membaca dan mendalami bidang sistem ejaan ini, saya dapati terlalu
22

banyak sistem ejaan yang diperkenalkan sebelum sistem ejaan yang kita gunakan
pada hari ini. Dalam sistem ejaan bahasa Melayu terdapat vokal, konsonan dan
diftong. Contoh-contoh sistem ejaan yang diperkenalkan ialah Sistem Ejaan
Pigafetta, Senarai Kata Inggeris-Belanda, Sistem Ejaan Inggeris-Belanda iaitu
senarai kata pinjaman. Sistem Ejaan Wilkinson di antara sistem ejaan yang terkenal.
Sistem Ejaan Wilkinson menyebarkan 6 peraturan utama untuk merumikan ejaan
Bahasa Melayu. Di samping itu, ejaan yang paling saya gemari untuk tahu dengan
lebih lanjut ialah Sistem Ejaan Zaba. Sebelum ini saya hanya mengetahui Zaba
atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad ialah Pendeta Bahasa Melayu. Saya
baru mengetahui bahawa Pendeta Zaba juga yang telah memperkenalkan sistem
ejaan bahasa Melayu yang kita gunakan sehingga hari ini.
Morfologi dan sintaksis merupakan bidang tatabahasa Bahasa Melayu.
Morfologi ialah bidang yang mengkaji bentuk, struktur dan golongan kata. Sintaksis
ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi
ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Ketika membuat kerja kursus untuk
bidan morfologi dan sintaksis ini, baru saya menyedari bahawa buku yang diberikan
oleh guru saya dulu sangat membantu saya. Buku tersebut bertajuk Perbicaraan
Bahasa karya Darwis Harahap. Sebelum ini buku tersebut hanya tersusun rapi di
atas rak kerana saya tidak menggunakannya. Dalam pengajaran bahasa Melayu
juga mempunyai kemahiran yang perlu dikuasai iaitu kemahiran bahasa bagi
memudahkan untuk menimba ilmu pengetahuan. Membuat kerja kursus terlebih
dahulu dapat membantu memberi penerangan dan gambaran awal kepada saya
tentang bidang yang dibelajar.
Apabila diminta menganalisis konsep kemahiran bahasa dalam Dokumen
Standard Kurikulum Tahun 3 (KSSR), saya dapati ia sangat lengkap dan mencakupi
aspek secara menyeluruh. Terdapat lima aspek dalam konsep kemahiran bahasa
iaitu dengar dan tutur, membaca, menulis, seni bahasa dan tatabahasa.
Masalah sering wujud di mana sahaja kita berada dan tidak asing lagi ketika
melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu tugasan. Saya juga turut menghadapi
masalah dalam melaksanakan kerja kursus ini. Namun begitu, saya berusaha
23

mencari jalan penyelesaian. Antara masalah yang saya hadapi ialah masalah
jaringan internet yang lambat. Hal ini menyukarkan saya untuk melayari internet bagi
menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya terpaksa membuat kerja sehingga lewat
malam atau pada waktu awal pagi kerana jaringan internet pada waktu tersebut
berfungsi dengan laju. Saya juga menggunakan waktu tersebut untuk mencari
maklumat sebanyak mungkin.
Selain itu, saya menghadapi masalah untuk memilih dan mengambil isi-isi
maklumat yang betul-betul berkaitan dengan tajuk tugasan. Hal ini kerana cakupan
tajuk dalam bidang bahasa Melayu terlalu luas. Saya perlu bijak memilih isi-isi yang
betul sesuai dan memenuhi kehendak soalan. Oleh itu, saya perlu membaca bahanbahan tersebut terlebih dahulu dan setelah itu baru saya memilih isi dan huraian
yang berkaitan dengan kehendak tugasan. Dalam pada itu juga, kadang kala
maklumat yang dicari di internet tidak memenuhi kehendak kita. Maklumat yang
diberikan lain daripada apa yang dikehendaki. Saya mengambil keputusan untuk
memasukkan kata kunci dalam bidang bahasa Melayu dan memasukkannya dalam
pencarian Google agar maklumat yang lebih spesifik dapat diberikan.
Perkara yang lebih menyedihkan saya ialah perpustakaan di kampung saya
tidak dibuka kepada umum sama sekali. Saya pun tidak tahu sebab perpustakaan
tersebut tidak dibuka dan tutup sepanjang masa. Saya mengambil pendekatan
dengan hanya melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan tugasan kerja kursus. Saya juga mendapatkan maklumat daripada laman
sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang disarankan oleh pensyarah.
Segala masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, saya perlu
bijak mencari jalan penyelesaian agar kita dapat meneruskan tugasan kita. Saya
tidak perlu begitu mudah berputus asa kerana peribahasa ada menyebut di mana
ada kemahuan di situ ada jalan.

24

RUMUSAN

Bahasa Melayu telah diwarisi sejak zaman-berzaman daripada nenek


moyang. Kita sebagai bangsa Melayu hendakalh memartabatkan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu juga setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Kita hendaklah
mengekalkan bahasa kita walaupun di mana kita berada. Bahasa Melayu
merupakan identiti negara Malaysia yang telah sekian lama menjadi bahasa rasmi
negara kita. Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa
kebangsaan dalam Perkara 152. Slogan Bahasa Jiwa Bangsa sering diuar-uarkan
agar generasi muda sentiasa memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang
betul dalam kehidupan seharian. Generasi muda perlu memainkan peranan agar
bahasa Melayu terus kekal dan bertapak dengan kukuh di dunia.

25

BIBLIOGRAFI
Nik Safiah Karim, et al. (1997). Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Darwis Harapap, (2005). Pembicaraan Bahasa, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu. 1 (Siri Pendidikan Guru), Kuala
Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Fariza Nurbaya, bmstpm. (November 5, 2008). Sejarah Perkembangan dan
Asal- Usul Bahasa Melayu. Diambil pada Ogos 5, 2013, daripada
http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-dan-asalusul.html
Rostam Hamzah, Rostam Hamzah68. (November 23,2012). Konsep
Tatabahasa ( Morfologi dan Sintaksis). Diambil pada Ogos 5, 2013, daripada
http://rostamhamzah68.blogspot.com/2012/11/konsep-tatabahasa-morfologisintaksis.html
Cikgu Wahida, Slideshare. Buku Panduan Guru Bahasa Melayu Tahun 3
KSSR. Diambil pada Ogos 6, 2013, daripada
http://www.slideshare.net/cikguwanida/buku-panduan-guru-bahasa-melayutahun-3-kssr-sr
Mya Afifi, Pelangi Petang. (Jun 21,2009). Kemahiran Berbahasa. Diambil
pada Ogos 6, 2013, daripada
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/06/kemahiran-berbahasa.html
Muhammed Salehudin Aman, Munsyi Bahasa. (Ogos 2,2012). Sistem Ejaan
Bahasa Melayu. Diambil pada Ogos 6, 2013, daripada
http://www.adap.com.my/info.php?id=1150
Amy Melaka Rockers, Amy Melaka Rockers. (Oktober 5,2009). Kemahiran
Bahasa. Diambil pada Ogos 6, 2013, daripada
http://amymelakarockers.blogspot.com/2009/10/kemahiran-kemahiranbahasa.html

26

27

Anda mungkin juga menyukai