Anda di halaman 1dari 2

Synopsis

Puteri Gunung Ledang (PGL) merupakan sebuah filem yang dilakon oleh M. Nasir
dan Tiara Jacquelina pada tahun 2004. Ekoran daripada kejayaan filem ini,
penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan Teater muzikal yang sama jalan
ceritanya. Puteri Gunung Ledang merupakan drama yang diadaptasi kembali dari
filem Puteri Gunung Ledang. Muzikal ini mempertemukan cinta antara Hang
Tuah, Laksamana Melaka dengan Puteri Gunung Ledang.
"Muzikal Puteri Gunung Ledang" merupakan kisah cinta tragik yang berlaku di
zaman lampau dan berulang lagi hari ini.
Kisah ini bermula apabila Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang
oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah
buruk, Raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak
berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa
pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar keGunung
Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.
Maka, versi filem memaparkan yang Puteri Gunung
Ledang sebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno
Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke
Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu
dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.
Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan
Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti
Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus
dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti
Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi
dengan 7 syarat. Syarat yang dikenakan oleh tuan puteri semuanya dalam
Sanskrit Jawa. Perutusan pulang ke Istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa
atas kegagalannya.Sampai sahaja di istana Sutan telah menitahkan kesemua
cendiakawan yang cerdik pandai untuk dating ke istana bagi membantu mencari
maksut syarat yang dikenakan oleh Tuan Puteri tersebut. Sultan Mahmud murka
dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh
syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.
Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminangan
Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud(Sultan Melaka) yang diterjemahkan
dari Sanskrit Jawa:
"Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya..."
"Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh
tempayan banyaknya..."
"Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh
dulang banyaknya..."

"Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh


dulang banyaknya..."
"Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke
takhta..."
"Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke
takhta..."
"Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..."

Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan 'darah' yang


menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah
satu penolakan.Antara maksud syarat Sanskrit Jawa tersebut adalah Puteri
Gunung Ledang hendak satu jambatan emas dan perak yang menghubungkan
puncak Gunung Ledang dan negeri Melaka.Selain itu untuk meminang Tuan
Puteri,dia meminta hantaran yang berupakan hati nyamuk tujuh dulang,hati
kuman tujuh dulang,airmata anak dara setempayan,air pinang muda
setempayan,darah Raja semangkuk,dan darah anak raja yang bernama Raja
Ahmad itu juga semangkuk.Sultan Mahmud berkata tatkala engetahui maksud
syarat yang dikenakan tersebut bahawa ianya dapat ditunaikan,kecuaki
mengeluarkan darah kerana tiada sampai hati.

Anda mungkin juga menyukai