Anda di halaman 1dari 9

SOALAN: WALAUPUN NEGARA KITA BANYAK MENERIMA HUJAN

SEPANJANG TAHUN,NAMUN KITA MASIH MENGHADAPI MASALAH


KEKURANGAN BEKALAN AIR BERSIH,TERUTAMANYA PADA
WAKTU-WAKTU TERTENTU.
BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PUNCA BERLAKUNYA
KEADAAN TERSEBUT DAN CADANGKAN LANGKAH YANG
BERKESAN UNTUK MENGATASINYA.

NAMA AHLI KUMPULAN:


1. SOLEHAH BINTI MOHAMAD PISAL
2. MUHAMMAD KHAIRUL IQKHWAN BIN ZABER
3. NUR HASYA AIDA BINTI ABDUL RAHMAN
4. NURATHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN
ISI KARANGAN
SIKAP PENGURUSAN
MASYARAKAT SISA BUANGAN
YANG SUKA YANG TIDAK
MEMBAZIR SISTEMATIK

PUNCA DAN
LANGKAH
KEKURANGAN
AIR BERSIH
MEMPERBANYAKKAN
MEMPERBANYAK KAWASAN TADAHAN
KAN LOJI AIR
RAWATAN AIR

MENGAWAL
PEMBUANGAN
SISA KIMIA DAN
TOKSIK
PENGENALAN
Apabila kita membaca akhbar dan menonton televisyen,kita sering
didedahkan dengan berita berkenaan dengan masalah kekurangan bekalan
air bersih.Secara umumnya, masalah kekurangan air bersih dapat dijelaskan
sebagai sumber air yang digunakan oleh semua manusia di muka bumi
untuk keperluan harian.Masalah kekurangan bekalan air bersih tidak banyak
didedahkan oleh media untuk tatapan umum.Jika ada, ia hanya sekadar
perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung kecil tepi
jalan.Walaubagaimanapun,statistik telah menunjukkan peningkatan laporan
berkenaan masalah kekurangan bekalan air bersih seperti yang telah
dikeluarkan oleh perbadanan bekalan air(PBA).Perkara ini turut mendapat
perhatian Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Dr. Ahmad
Zahid Bin Hamidi dalam majlis yang dihadiri oleh beliau baru-baru ini.Oleh
itu,terdapat beberapa punca berlakunya masalah kekurangan bekalan air
bersih, dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.
( 130 patah perkataan)
RANGKA ISI
Ayat 1( ayat isi dan penanda wacana)
-Isi 1:pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik
Ayat 2(jelaskan maksud isi yang dikemukakan )
-longgokan sampah ditapak pelupusan dan menghasilkan sisa toksik
Ayat 3(huraikan bagaimana isu ini menyebabkan sesuatu isu boleh
berlaku)
-toksik yang akan mengalir ke sungai dan sumber air bersih yang lain
menyebabkan kekurangan sumber air bersih
Ayat 4 (berikan contoh atau bukti )
-Kekurangan air bersih yang berpunca dari pengurusan sisa buangan
yang tidak sistematik seperti yang dilaporkan dalam akhbar Sinar
Harian.
Ayat 5(kesimpulan kecil)
-Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik merupakan punca kepada kekurangan bekalan air bersih.
HURAIAN ISI PERTAMA
Antara punca yang menyebabkan kekurangan bekalan air
bersih ialah pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik
menyebabkan kehilangan air akibat proses penyejatan air.
Pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik dapat dijelaskan
sebagai longgokan sampah ditapak pelupusan dan menghasilkan
sisa toksik yang akan mengalir ke sungai dan sumber air bersih
yang lain menyebabkan kekurangan sumber air bersih.Kekurangan
air bersih yang berpunca dari pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik seperti yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik merupakan punca kepada kekurangan bekalan air bersih.

(92 patah perkataan)


HURAIAN ISI KEDUA
Selain itu, punca kekurangan air bersih ialah sikap
masyarakat yang suka membazir.Membazir boleh dijelaskan
sebagai berlebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang
terbuang dengan sia-sia. Amalan negatif ini wujud kerana kadar
bekalan air di malaysia sangat tinggi menyebabkan masyarakat
tidak menghargai kemudahan bekalan air bersih
itu.Ringkasnya,masalah air berlaku kerana rakyat negara ini
tidak memahami betapa pentingnya bekalan air bersih kepada
hidupan.Kekurangan bekalan air yang berpunca dari sikap
manusia telah berlaku di Selangor seperti dilaporkan oleh
akhbar Berita Harian.Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap
masyarakat yang suka membazir merupakan punca kepada
masalah kekurangan bekalan air bersih
(97 patah perkataan )
HURAIAN ISI KETIGA
Disamping itu, antara langkah mengawal kekurangan air bersih
ialah memperbanyakkan loji rawatan air.Loji rawatan air dapat
dijelaskan sebagai proses yang digunakan untuk membuat air lebih
diterima untuk kegunaan akhir yang diinginkan.Tujuan proses rawatan
air untuk mengalihkan pencemaran atau menurunkan kepekatan
sebarang pencemaran yang ada didalam air.Hal ini demikian kerana
penduduk di suatu tempat akan menghadapi masalah kekurangan
bekalan air.Malahan,hal ini akan menjejaskan aktiviti harian orang
awam,domestik,dan perbandaran serta kegunaan bomba.Kekurangan
air bersih yang berpunca daripada kekurangan loji rawatan air seperti
yang dilaporkan dalam akhbar utusan online.Hal ini jelas
menunjukkan bahawa memperbanyakkan loji rawatan air merupakan
langkah untuk mengawal kekurangan bekalan air bersih.

(111 patah perkataan)


HURAIAN ISI KEEMPAT
Dalam pada itu,salah satu langkah mengawal kekurangan
air bersih ialah mengawal pembuangan sisa kimia dan
toksik.Pembuangan sisa kimia dan toksik dapat dijelaskan
sebagai suatu bahan yang mengandungi racun berbahaya yang
mampu membunuh atau mencemarkan sesuatu benda.Sisa
kimia dan toksik juga mempunyai kesan jangka panjang yang
amat berbahaya kerana mampu membunuh sesuatu benda
secara perlahan-lahan.Hal ini demikian kerana,apabila sesebuah
kilang yang membuang sisa kimia ke dalam sungai mahupun
laut ia mampu membunuh kesemua hidupan akuatik.Hal ini
jelas menunjukkan bahawa mengawal pembuangan sisa kimia
dan toksik merupakan langkah penting untuk mengawal
kekurangan bekalan air bersih.
( 100 patah perkataan)
HURAIAN ISI KELIMA
Sehubungan dengan itu, langkah seterusnya ialah dengan
memperbanyakkan kawasan tadahan air.Kawasan tadahan air ini
dapat dijelaskan sebagai kawasan air yang ditampung secara semulajadi
atau secara buatan.Contoh kawasan tadahan air secara semulajadi
ialah hutan dan sungai,manakala kawasan tadahan air buatan pula
ialah empangan dan kolam takungan.Kawasan tadahan air penting
kerana ia merupakan bekalan air untuk kegunaan manusia untuk terus
hidup.Penebangan kawasan hutan mestilah dielakkan lebih kurang 10
kilometer dari kawasan tadahan hujan.Perkara ini penting bagi
membekalkan air bersih kepada kawasan empangan sebelum
disalurkan ke kawasan kediaman dan premis.Oleh itu,jabatan
pengairan dan saliran telah membina seberapa banyak kawasan
tadahan untuk bekalan air yang berterusan.Hal ini jelas menunjukkan
bahawa memperbanyakkan kawasan tadahan air merupakan langkah
terpenting bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi.
(128 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai