Anda di halaman 1dari 2

RENCANA : TANGGUNGJAWAB MENJAGA ALAM SEKITAR SUMBER : UTUSAN MALAYSIA TAJUK :TANGGUNGJAWAB MENJAGA ALAM PENGARANG :ABDUL RAHMAN

MAHMUD

on: May 14, 2008, 07:16:26 AM

Siapakah yang tidak terusik hatinya melihat anak-anak kecil yang menangis kelaparan selepas tragedi Taufan Nargis di Myanmar baru-baru ini? Terbit rasa syukur dalam diri betapa besar nikmat yang masih mampu kita kecapi, di saat orang lain menderita kelaparan dan kesakitan. Sesungguhnya apa yang berlaku ini merupakan suatu amaran kepada semua penduduk planet ini yang semakin nazak. Amaran demi amaran telah ditunjukkan kepada kita, terpulanglah kepada kita untuk menilainya sama ada ia sekadar fenomena alam luar biasa atau mahu melihatnya sebagai amaran kepada seluruh penduduk di bumi. Negara yang dilanda bencana memerlukan sumber kewangan yang mencukupi untuk membangunkan semula kehidupan rakyat. Pembangunan yang dilakukan akan mengambil masa yang lama. Di saat ini, dunia terus dibelenggu dengan polemik krisis baru yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, krisis kenaikan harga minyak, krisis kenaikan harga barangan dan juga krisis makanan yang semakin menghimpit manusia. Penduduk bumi seharusnya sedar bahawa setiap apa yang berlaku ini merupakan petanda bahawa dunia semakin hampir ke penghujung jalan. Apa yang berlaku adalah disebabkan oleh ke- cuaian dan kealpaan kita untuk mengurus alam dengan bijaksana. Apabila pertimbangan hawa nafsu telah melebihi kepentingan sejagat, bencana akan menimpa. Perjanjian pengurangan pelepasan gas rumah hijau dicabuli malah ada yang enggan untuk me- nandatanganinya atas kepentingan ekonomi. Akibatnya bumi semakin hangat, penderitaan penduduk bumi di negara-negara miskin semakin dirasai.

Kegilaan kuasa besar untuk menakluki dunia dengan melepaskan pelbagai jenis bom, menambah derita planet ini. Pembangunan persenjataan nuklear dan pelbagai senjata baru bukan tujuan untuk mengamankan dunia malahan menjadikan dunia semakin tidak aman. Di Malaysia kita perlu bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Kita dilimpahi dengan segala sumber alam yang masih mencukupi. Setakat ini bencana alam yang meragut nyawa puluhan ribu nyawa masih tidak berlaku. Belum ada lagi daerah yang musnah seratus peratus akibat dilanda bencana. Krisis makanan dan harga beras masih terkawal di negara ini, tiada sebarang rusuhan yang berlaku. Keharmonian dan perpaduan seharusnya dipertahankan, sumber-sumber alam perlu dijaga dan diuruskan dengan bijaksana. Amalan masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar perlu dipertingkatkan. Rasa tanggungjawab menjaga alam perlu disemai semenjak kecil lagi. Menyayangi alam ini umpama menjaga diri sendiri. Jangan sampai alam ini musnah baharu kita merasai kehilangannya. Kejadian bencana alam tidak mengenal tempat dan masa. Bila-bila masa dan di mana sahaja ia boleh berlaku, malang sekali andainya kita terus leka dan masingmasing saling berbalahan. Elakkan sebarang perbalahan yang mengundang

permusuhan, hayati nilai-nilai kemanusiaan, hargai diri dan hargailah alam ini.

Anda mungkin juga menyukai