Anda di halaman 1dari 1

Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat di kalangan masyarakat yang hidup

berbaik-berbaik, bertolak ansur, tolong menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga.
Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Masyarakat yang
mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama
mereka dan juga paling penting kepada negara dalam usaha membangun dan memajukan
negara baik ketika senang mahupun susah.

Salah satu kepentingan semangat kejiranan ialah kita dapat mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa
perayaan besar seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Krismas, Hari
Gawai dan Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka
mendapat musibah atau sakit.Ini dapat menujukan kita mengamalkan nilai Hidup bersama
secara aman iaitu hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan
kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira bangsa,agama,dan budaya.

Selain itu,semangat kejiranan juga dapat merapatkan jurang dalam komuniti.Pada masa
kini,ramai masyarakat yang sibuk bekerja demi mengejat kehendak dan keselesaan hidup
yang semakin terdesak dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang terluang
untuk meenziarahi sahabat jirannya.Masyarakat seharusnya mengamalkan nilai
bertanggungjawab Berselaras dengan masalah ini.Mereka seharusnya mempunyai usaha
yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,komuniti atau
negara untuk mencapai sesuatau matlamat.

Di samping itu,semangat kejiranan dapat mewujudkan intergrasi nasional.Hal ini demikian


kerana negara kita terdiri daripada pelbagai komposisi kaum dan etnik.Semangat kejiraan
amat penting untuk mencapai wawasan negara dan kedamaian sesama masyarakat.Oleh
itu,nilai toleransi amat perlu kita diamalkan.Masyarakat Malaysia seharusnya sanggup
bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Secara tuntasnya,budaya kejiranan teras kejayaan wawasan negata.lantaran itu,setiap rakyat


malaysia harus bertanggungjawap untuk memupuk semangat kejiranan ini kerana ada
ungkapan yang menyatakan bahawa apabila datang kesusahan dan keupayaan,di situlah
nyatakan kawan dan lawan.

Anda mungkin juga menyukai