Anda di halaman 1dari 3

1.

Anak-anak

Leka bermain permainan di telefon pintar. Masa berharga untuk bermain-main


dengan rakan-rakan di luar rumah / padang sudah tiada. Tiada peluh keluar
untuk menyihatkan tubuh badan.

Bukan hanya permainan di telefon bimbit, anak-anak juga leka menonton video
di You Tube untuk menonton cerita-cerita kartun dan animasi sehingga mereka
lebih suka duduk sendirian sambil memegang telefon pintar. Apabila disuruh
untuk belajar, sambil belajarpun masih memegang telefon pintar.

2. Suami Isteri

Facebook, WhatApps, Tweeter dan pelbagai aplikasi telefon pintar juga telah
melekakan pasangan suami isteri. 'Benda-benda' ini sebenarnya tidak menjadi
salah namun yang menjadi salahnya adalah ia melekakan sehingga pelbagai
kerja-kerja di rumah tertangguh. Memasaknya ke mana, membasuh bajunya ke
mana, melipat bajunya ke mana, begitu juga kerja-kerja rumah yang lain.

Anak-anakpun akan kurang diambil perhatian dan kasih sayang, apabila masing-
masing dengan hal masing-masing, sibuk mentelaah dan bermain di telefon
pintar. Apabila sudah leka dengan telefon pintar, permintaan, arahan dan
suruhan suami / isteri sukar dilayan. Rasa malas nak angkat bontot untuk
bangun melakukan arahan.
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Google

Assalaumulaikum, dunia semakin moden dan berubah. Begitu juga dengan manusia berubah
mengikut peredaran masa dan juga arus kemajuan. Di sekeliling kita, begitu banyak alatan
moden yang semakin melalaikan kita dan hampir merenggangkan hubungan persaudaraan dan
juga persahabatan. Sudah menjadi suatu kemestian ramai di antara kita pasti akan mempunyai
telefon bimbit, Tab, Ipad dan juga laptop sebagai salah satu pelengkap kehidupan. Semua
kemudahan itu senang di miliki dengan harga yang berpatutan.

Di dalam sesebuah keluarga, ayah,ibu, abang, kakak, adik, nenek dan juga datuk pasti dilihat
memiliki telefon bimbit sebagai salah satu kemudahan asas kehidupan. Tidak salah memilikinya
namum disetiap satu alatan gajet terdapat buruk dan juga baiknya. Telefon bimbit yang kita miliki
pasti mempunyai kemudahan internet dan itulah yang membuatkan seseorang semakin leka dan
asyik dengan telefon bimbit dan juga alatan gajetnya. Cuba anda perhatikan semasa menaiki
bas, teksi, Lrt dan apa sahaja kemudahan awam, kita akan lihat mereka asyik menatap telefon
bimbit dan juga tab mereka. Jarang kita cuba beramah mesra semasa sendiri semasa
menggunakan kemudahan awam. Hanya sedikit daripada kita menggunakan masa yang ada
dengan membaca dan juga berbual dengan orang lain.

Sejak pagi keluar dari rumah dan bekerja dari jam 9 hingga 5 petang dan kekadang pulang lewat
ke rumah kerana bekerja lebih masa dan juga sebagainya. Pulang ke rumah, kita sibuk dengan
urusan rumahtangga dan juga anak-anak setelah penat pasti kita sibuk melayari internet dengan
melihat laman sosial seperti Facebook, Wechat, Twitter dan juga beberapa laman sosial yang
lain. Di sebabkan kita semakin leka, kita terlupa meluangkan lebih banyak masa bersama-sama
dengan anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain.

Betapa kita terlalu asyik dan taksub dengan alatan gajet yang menjarakkan lagi hubungan
kekeluargaan yang lain. Segala ciri-ciri tersebut boleh menyebabkan keruntuhan rumahtangga
seseorang. Si suami dan isteri sibuk bermain sms dan juga berwechat dan whatshapp bersama
dengan sahabat handai masing-masing. Tidak salah menggunakan namun biarlah segala
penggunaannya dihadkan pada masa yang tertentu. Ketika berada bersama keluarga dan juga
sanak saudara, cubalah hadkan penggunaan telefon, tab, laptop dan juga alatan gajet yang lain.
Usahalah habiskan masa yang ada dengan sebaik yang mungkin dan nikmatilah segala
kehidupan dengan lebih berhati-hati. Kasih sayang, cinta adalah terlalu amat berharga dan tiada
nilainya jika dibandingkan dengan alatan gajet yang dimiliki.

Begitu juga dengan pembesaran anak-anak. Bila kita terlalu terleka dengan gajet yang ada, kita
tidak sedar yang anak-anak dah semakin membesar dan sudah semakin jauh daripada jauh
daripada kasih dan sayang mereka sebagai ibubapa. Walau apa pun kemudahan yang kita ada
janganlah ianya sampai melekakan dan membuatkan kita lupa akan tanggungjawab masing-
masing.

Segala peristiwa dan juga kenangan pahit dan manis tidak akan berulang lagi di dalam
kehidupan ini. Hargainya dan nikmatilah semuanya sebelum terlambat dan tersedar bahawa apa
yang kita ada semakin jauh secara perlahan-lahan.

888888888888888888888888888888888888
Hubungan kekeluargaan yang semakin renggang

Keburukan penggunaan telefon bimbit juga dilihat menerusi hubungan kekeluargaan yang semakin renggang.
Jika diperhatikan dengan jelas, kebanyakan masyarakat kita seolah-olah tidak mempedulikan perihal keluarga
masing-masing. Mereka seakan-akan tidak mahu mewujudkan komunikasi yang harmoni bersama-sama
keluarga. Contoh yang dapat dilihat apabila sebuah keluarga yang keluar makan bersama-sama, mereka sibuk
dengan telefon bimbit masing-masing sehinggakan komunikasi antara keluarga amat terbatas. Keadaan ini tidak
seharusnya terjadi kerana keluarga tergolong dalam kalangan orang terpenting dalam kehidupan kita. Perbualan
yang terlampau kurang akan menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi sangat renggang dan menjauhkan
jarak hubungan masing-masing. Situasi atau masalah ini akan menular kepada anak-anak sekiranya ibu bapa
tidak tahu memainkan peranan masing-masing. Anak-anak berkemungkinan besar akan menjadi sangat tersisih
dan menjadikan mereka individu yang pasif dewasa kelak. Hal ini tidak seharusnya berlaku kepada masyarakat
kita kerana bimbang masa depan anak-anak bakal terjejas. Penggunaan telefon bimbit tidak salah tetapi
haruslah bijak menggunakannya dan tidak terlalu lalai dengan kemajuan dunia sehingga melupakan perkara
terpenting dalam hidup.

Read more: http://www.jejaktrend.com/2013/01/keburukan-penggunaan-telefon-bimbit/#ixzz4YI5uWP8o

Anda mungkin juga menyukai