Anda di halaman 1dari 2

Punca-Punca Amalan Membaca Diabaikan

Secara amnya masyarakat kita lebih suka melakukan aktiviti lain sebagai hobi mereka seperi mamancing
dan bersukan daripada membaca buku. Mereka lebih suka melakukan aktivi fizikal dan lebih lasak
seperti memancing, mendaki gunung, mengayuh basikal dan bersiar-siar. Bagi mereka aktiviti seperti ini
lebih memuaskan dan dapat mengeluarkan peluh mereka untuk mereka dapat menjaga kesihatan
mereka berbanding membaca buku yang hanya dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka.
Mereka tidak tahu bahawa jika mereka melakukan sesuatu aktiviti tanpa ada ilmu ianya akan dapat
memberikan kesan negative pada diri mereka sendiri. Amalan membaca juga kurang diamalkan pada
masa lapang kerana kebanyakan orang suka melakukan kerja yang dapat menguntungkan mereka
seperti memasak dan berniaga. Ianya dapat menambahkan pendapatan seseorang itu dan dapat
mengurangkan beban mereka. Tetapi dengan membaca buku mereka juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dalam bidang perniagaan dimana mereka ini boleh mencari jalan yang lebih baik untuk
berniaga dan dapat untung yang lebih lumayan

Selain itu, amalan membaca juga tidak subur dalam jiwa masyarakat kita kerana kehidupan zaman
moden yang terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan peibadi. Urusan di pejabat yang sudah sibuk
kemudiannya aspek menjaga keluarga di rumah menyebabkan mereka ini menjadi lebih letih kerana
kekurangan masa sehingga tidak ada masa untuk membaca. Kesibukan di tempat kerja menyebabkan
mereka ini letih dan jika mereka diberikan peluang untuk bercuti mereka akan menghabiskan masa
untuk tidur dan berehat dengan sepenuhnya ataupun melakukan perkara yang mereka ini fikir lebih
berfaedah dan lebih bermanfaat secara fizikal

Malah, ibu bapa juga tidak memainkan peranan memupuk amalam membaca dalam jiwa anak mereka
sejak kecil. Masyarakat kita kurang beri pendedahan awal kepada anak-aanak mereka tentang bahan
bacaan berilmiah untuk dibaca seperti surat khabar, buku ilmiah dan lain-lain. Ibu bapa lebih suka
menerapkan dalam anak-anak mereka cara mencari duit berbanding kepentingan membaca buku.Hal ini
menyebabkan apabila anak-anak sudah dewasa mereka ini kurang minat untuk membaca buku. Jika
melahirkan insan yang suka membaca ibu bapa merupakan orang yang penting dalam memainkan
peranan untuk menerapakan nilai amalan membaca. Bak pepatah melayu ”melentur buluh biarlah dari
rebungnya”

Buku juga dikatakan tidak diminati kerana menerima persaingan daripada teknologi lain dalam aspek
penerimaan informasi. Pada zaman ledakan teknologi ini, banyak teknologi moden telah diperkenalkan.
Tengok sajalah television, computer riba dan telefon pintar lebih ramai orang menggunakan berbanding
buku atau surat khabar. Cara penyampaian informasi melalui teknologi moden ini secara visual lebih
menarik dan dapat menarik minat lebih banyak orang untuk menggunakannya. Penyampaian maklumat
melalui teknologi moden ini juga lebih pantas wlaupun maklumat itu datang daripada luar negara dan ia
dapat disampaikan dalam masa yang pantas selepas sesuatu kejadian itu berlaku. Keadaan inilah yang
menyebabkan masyarakat lebih gemar menggunakan teknologi moden berbanding buku-buku dan
bahan bacaan berilmiah tidak kira golongan tua ataupun golongan muda

Pada masa yang sama tidak ada pihak yang ingin menganjurkan program yang berkaitan dengan
membaca kerana sedar mereka tidak akan menerima kesan positifnya. Lebih banyak program berunsur
hiburan dianjurkan oleh pihak swasta yang mampu menarik lebih banyak pengunjung lalu memberikan
keuntungan seperti menjalankan program muzik atau pameran teknologi internet. Ketiadaan pihak yang
ingin menganjurkan program membaca ini menyebabkan masyarakat yang ingin membaca tidak
berpeluang untuk mencari bahan bacaan ilmiah yang bermutu tinggi. Sebenarnya, amalan membaca
semakin kurang kerana pihak swasta tidak lagi yakin dan mahu menaja sebarang program berkaitan
dengan amalam membaca di negara ini kerana bagi mereka program seperti ini tidak membawa untung
kepada mereka dan tidak mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat

Anda mungkin juga menyukai