Anda di halaman 1dari 591

05/02/2022, 22:59 Aktiviti-Aktiviti Berfaedah Bagi Mengisi Masa Lapang

Karangan

Aktiviti Berfaedah Untuk Mengisi


Masa Lapang

Ipendidikan » Karangan » Aktiviti Berfaedah Untuk Mengisi Masa


Lapang
Disemak dan dikemaskini pada pukul 12:18 am, 6 September 2020

Mata pelajaran Bahasa Melayu lazimnya menggunakan penulisan


karangan sebagai ujian kepada pelajar-pelajar. Hal ini adalah kerana ia
dapat membantu guru-guru dalam menilai kebolehan pelajar untuk
menulis serta tahap penguaaan bahasa mereka. Sebagai panduan buat
pelajar, berikut adalah contoh karangan aktiviti-aktiviti berfaedah bagi
mengisi masa lapang.

Pelajar mungkin sudah melazimi tema atau tajuk soalan seperti yang
dikongsikan. Namun begitu, anda boleh menambah idea-idea yang lebih
menarik serta huraian yang tepat dalam memantapkan penulisan
karangan masing-masing. Pengolahan idea yang berlainan pasti dapat
membantu pelajar dalam menonjolkan hasil penulisan anda daripada
rakan-rakan lain serta mendapatkan markah yang lebih baik.

https://www.ipendidikan.my/aktiviti-berfaedah-mengisi-masa-lapang.html 1/5
05/02/2022, 22:59 Aktiviti-Aktiviti Berfaedah Bagi Mengisi Masa Lapang

Isi Kandungan [Tutup]

1. Cara-Cara Menggunakan Masa Lapang Dengan Aktiviti Berfaedah


2. Contoh Karangan Aktiviti-Aktiviti Berfaedah Bagi Mengisi Masa
Lapang

Cara-Cara Menggunakan Masa Lapang


Dengan Aktiviti Berfaedah
Isi-isi penting
Melakukan aktiviti berfaedah dan menyihatkan seperti bersukan
dan bersenam
Membaca buku atau artikel bermanfaat
Menziarahi keluarga dan saudara
Bercucuk tanam
Menyertai aktiviti komuniti setempat
Membantu ibu dan bapa menguruskan kerja-kerja rumah

Baca juga: Faedah Menjaga Alam Sekitar Agar Terus Terpelihara

Contoh Karangan Aktiviti-Aktiviti Berfaedah


Bagi Mengisi Masa Lapang
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/aktiviti-berfaedah-mengisi-masa-lapang.html 2/5
05/02/2022, 22:59 Aktiviti-Aktiviti Berfaedah Bagi Mengisi Masa Lapang

Marcapada ini, Malaysia telah mencapai kemajuan yang lebih baik


berbanding sebelum kemerdekaan. Era pascaperindustrian dan
pascaglobalisasi telah membawa negara ke arah pembangunan yang
seiring dengan negara asing yang lain. Sejak sedekad kebelakangan ini,
pelbagai infrastruktur telah dibangunkan dan dinaik taraf bagi
memberikan fungsi terbaik kepada masyarakat untuk menggunakannya.
Tetapi, terdapat segelintir individu yang berfikiran sempit dan
terpengaruh untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat buat diri
dan juga masyarakat. Contohnya, aktiviti lumba haram di waktu malam
masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat sehingga menyebabkan
nyawa yang tidak bersalah terkorban kerana dilanggar oleh perosak
nusa bangsa. Pihak berwajib terutamanya ibu dan bapa perlu lebih
bertanggungjawab dan memastikan anak-anak tidak terlibat dalam
aktiviti yang tidak bermanfaat. Persoalan yang timbul adalah apakah
aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa lapang.

Isi 1
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh setiap ahli masyarakat tanpa
mengira umur adalah melakukan aktiviti seperti bersukan dan bersenam
bagi mengisi masa lapang. Masyarakat kita sebenarnya mempunyai
minat yang besar dalam aktiviti bersukan kerana kini negara telah
berjaya melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia. Dengan penglibatan aktif
oleh pihak kerajaan dalam memastikan pembangunan sukan negara,
komuniti tempatan mendapat tempias yang menguntungkan di mana
kemudahan dan gelanggang sukan giat dibangunkan. Hampir setiap
negeri mempunyai kemudahan sukan yang lengkap seperti stadium,
kompleks renang, gelanggang badminton dan sebagainya. Aktiviti ini
memberikan faedah yang pelbagai kepada pengamalnya terutamanya
dari sudut kesihatan. Bersukan juga dapat membantu pergaulan sosial
yang sihat serta meningkatkan disiplin atau jati diri setiap individu yang
komited dan aktif dalam aktiviti yang disertai. Natijahnya, masa yang
terluang dapat dipenuhi dan pelbagai manfaat tersirat lain yang akan
didapati oleh semua.

Isi 2
Jika kita mempunyai batasan untuk menyertai aktiviti di luar rumah, kita
juga boleh meluangkan masa lapang dengan membaca buku atau
artikel secara atas talian yang bermanfaat. Mutakhir ini, budaya
membaca dilihat semakin pudar dalam masyarakat konvensional. Hal ini
disebabkan oleh ledakan teknologi mudah alih seperti telefon pintar dan
Internet yang telah mencuri perhatian generasi muda. Kemudahan untuk
mendapatkan hiburan dan bermain permainan video yang menarik telah
menyebabkan sebahagian generasi muda hari ini lalai dan leka.
https://www.ipendidikan.my/aktiviti-berfaedah-mengisi-masa-lapang.html 3/5
05/02/2022, 22:59 Aktiviti-Aktiviti Berfaedah Bagi Mengisi Masa Lapang

Akibatnya, ramai di antara mereka yang keciciran pelajaran dan tidak


berminat untuk menceburi bidang professional seperti jurutera dan
saintis. Situasi ini harus diselesaikan dan ibu serta bapa perlu menjadi
tauladan terbaik kepada anak-anak supaya masa lapang mereka
dipenuhi dengan aktiviti membaca di rumah. Bahan bacaan pula tidak
semestinya berbentuk ilmiah kerana ia akan mengundang kebosanan
anak yang baru berumur setahun jagung. Bacaan artikel seperti
perkembangan dunia sukan adalah contoh mudah untuk dibaca oleh
golongan muda. Izharnya, membaca dapat memberikan pelbagai
manfaat sekiranya dilakukan pada masa lapang seseorang.

Isi 3
Aktiviti lain yang boleh dilakukan bagi mengisi masa lapang adalah
menziarahi keluarga atau saudara-mara masing-masing. Kesibukan ibu
dan bapa bekerja telah menyebabkan anak-anak hari ini tidak mengenali
saudara atau sepupu mereka yang mempunyai pertalian darah dengan
diri mereka. Jika diimbau kembali, hubungan saudara sama ada jauh
atau rapat adalah kukuh dan kenal antara satu sama lain pada masa
dahulu. Hal ini demikian kerana merak meluangkan masa bersama
bermain di halaman kampung pada waktu senggang. Oleh itu, sekiranya
kita mempunyai kesempatan masa dan wang untuk berziarah ahli
keluarga atau saudara mara kita, wajar untuk kita bawa anak-anak
terutamanya untuk mengenali dengan lebih baik susur galur asal dan
usul mereka. Aktiviti ziarah juga membolehkan kita mengetahui
sekiranya ahli keluarga atau saudara kita menghadapi masalah
seterusnya menghulurkan bantuan pada kemampuan kita kepada
mereka. Intihannya, dengan menziarahi ahli keluarga dan saudara di
masa lapang, kita dapat mewujudkan keluarga yang bahagia. Persis
peribahasa Melayu, Air yang dicincang tidak akan putus

Isi 4
Masa lapang juga boleh dimanfaatkan dengan melakukan aktiviti
bercucuk tanam. Golongan muda kebanyakannya tidak terdedah
kepada aktiviti menanam pokok sepertimana generasi terdahulu yang
mendiami kawasan perkampungan. Maka, mereka tidak tahu menahu
tentang cara menanam, menjaga dan menuai. Dengan kemudahan
mendapatkan informasi di hujung jari, aktiviti bercucuk tanam boleh
dilakukan tanpa mengira batas waktu dan tempat. Kini, terdapat konsep
pertanian bandar yang memberikan peluang kepada komuniti urban
untuk bercucuk tanam dalam kawasan yang terhad. Tambahan pula,
konsep tanaman hiasan semakin mendapat perhatian masyarakat
dalam menggunakannya untuk menambah keceriaan rumah ataupun
tempat kerja masing-masing. Kesedaran yang timbul untuk berbakti
https://www.ipendidikan.my/aktiviti-berfaedah-mengisi-masa-lapang.html 4/5
05/02/2022, 22:59 Aktiviti-Aktiviti Berfaedah Bagi Mengisi Masa Lapang

kepada tanah dan menambahkan elemen kehijauan tumbuhan dalam


kawasan yang kita diami adalah bagus kerana kita semakin diancam
pemanasan global. Justeru, kita seharusnya mendokong segala inisiatif
yang akan menyumbang ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar untuk mengelakkan kejadian bencana alam berlaku kepada kita
dan generasi seterusnya.

Penutup
Sebagai konklusi, terdapat seribu satu manfaat yang akan diperoleh
sekiranya kita melakukan aktiviti seperti membaca, berziarah dan
bercucuk tanam. Menurut Saidina Ali, masa itu ibarat pedang, jika kita
tidak memotongnya, maka pedang itu akan memotong kita.
Perumpamaan yang diberikan menunjukkan bahawa pentingnya kita
untuk menghargai masa yang kita ada dengan perkara bermanfaat.
Golongan dewasa seharusnya menjadi tauladan terbaik dalam
melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah di masa lapang agar menjadi ikutan
generasi muda. Semoga setiap pihak memainkan peranan masing-
masing dalam membawa negara ke arah yang lebih baik serta menjadi
model kepada masyarakat dunia. Komuniti yang bijak mengurus masa
pasti menghasilkan produktiviti yang tinggi dan membawa hasil yang
terbaik kepada diri sendiri, masyarakat dan juga negara.

https://www.ipendidikan.my/aktiviti-berfaedah-mengisi-masa-lapang.html 5/5
05/02/2022, 23:04 Berjimat Cermat Amalan Mulia (Karangan SPM)

Karangan

Berjimat Cermat Amalan Mulia

Ipendidikan » Karangan » Berjimat Cermat Amalan Mulia


Disemak dan dikemaskini pada pukul 7:02 pm, 25 Jun 2020

Bagi pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil


Pelajaran Malaysia (SPM). Adakah anda bersedia untuk mengambil
kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang
melibatkan penulisan karangan? Sekiranya tidak, anda digalakkan untuk
melakukan latihan tambahan atau merujuk kepada contoh karangan di
atas talian. Sebagai panduan kepada pelajar, berikut dikongsikan contoh
karangan berjimat cermat amalan mulia.

Pelajar perlu mendedahkan diri kepada pelbagai jenis tema dan tajuk
soalan yang berpotensi menjadi soalan kepada penulisan karangan.
Selain itu, anda juga boleh memasukkan frasa-frasa menarik seperti
penanda wacana dan peribahasa bagi menambah daya penarik dalam
penulisan karangan masing-masing. Namun, bimbingan dan panduan
daripada guru juga mustahak supaya pelajar menepati kehendak soalan
yang diberikan.

https://www.ipendidikan.my/berjimat-cermat-amalan-mulia.html 1/5
05/02/2022, 23:04 Berjimat Cermat Amalan Mulia (Karangan SPM)

Isi Kandungan [Tutup]

1. Berjimat Cermat Amalan Yang Mulia


2. Contoh Karangan Berjimat Cermat Amalan Mulia

Berjimat Cermat Amalan Yang Mulia


Isi-isi penting
Merancang perbelanjaan harian
Mendahulukan keperluan daripada kemahuan
Membandingkan harga
Membawa bekalan makanan sendiri
Meminimakan barangan elektronik
Menabung di bank atau institusi kewangan

Baca juga: Senarai Kesalahan Inbuhan Dan Ejaan BM

Contoh Karangan Berjimat Cermat Amalan


Mulia
Pendahuluan
Pada era globalisasi ini, kerancakan pertumbuhan ekonomi negara dan
dunia menjadi agenda utama dalam mengecapi kejayaan. Namun, kita
sering kali tersentak dengan isu-isu yang menyebabkan ekonomi
terpaksa direncatkan dan mengakibatkan gelombang inflasi berlaku
secara domestik dan global. Ketidak tentuan ekonomi dan kenaikan kos
https://www.ipendidikan.my/berjimat-cermat-amalan-mulia.html 2/5
05/02/2022, 23:04 Berjimat Cermat Amalan Mulia (Karangan SPM)

sara hidup telah mendorong masyarakat konvensional hari ini


mengamalkan amalan berjimat cermat untuk keluar daripada
kepompong inflasi. Pihak kerajaan pula memberikan bantuan pada
kadar yang tidak mencukupi dan rakyat perlu melakukan inisiatif kendiri
bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi hari ini.
Persoalannya, apakah amalan berjimat cermat yang boleh dipraktikkan
oleh seluruh ahli masyarakat? Usaha yang istiqamah dan menyeluruh
pasti akan membuahkan hasil jika setiap di antara kita
mengimplimentasikannya dalam kehidupan seharian kerana berjimat
cermat adalah amalan yang mulia.

Isi 1
Amalan yang digalakkan bagi berjimat cermat adalah melakukan
rancangan perbelanjaan. Langkah pengurusan kewangan ini adalah
untuk memastikan aliran wang yang dibelanjakan berbaloi dan tidak
merugikan kita. Sebagai seorang yang dewasa, kita seharusnya
menetapkan matlamat kewangan yang menggambarkan perkara yang
ingin dikecapi dengan wang sendiri dalam jangka masa tertentu.
Misalnya jika kita ingin membeli rumah atau kereta, berapa peratus
daripada jumlah gaji yang perlu disimpan untuk memiliki rumah pada
masa akan datang? Persoalan ini menjadi suatu polemik dalam
kalangan masyarakat terutamanya golongan muda yang baru memasuki
alam pekerjaan. Jika tiada bimbingan dan panduan yang betul dalam
merancang perbelanjaan, kelak nanti beban kewangan akan memakan
diri sendiri. Selain menetapkan matlamat kewangan dalam jangka masa
yang diingnkan, kita perlu menyenaraikan semua jenis perbelanjaan
anda. Hal ini demikian kerana rekod kewangan adalah bukti tabiat
perbelanjaan dan mudah untuk kita menganalisis perbelanjaan yang
betul dan yang salah.

Isi 2
Dalam masa yang sama, kita juga hendaklah mementingkan keperluan
daripada kehendak. Senario ini dilihat menjadi kelaziman anak muda
hari ini apabila kehendak diri diutamakan sehingga sanggup berhutang
keliling pinggang hanya untuk mendapat kepuasan atau pujian daripada
orang lain. Pengaruh media sosial oleh golongan berharta dan selebriti
yang riak dalam menunjukkan kemewahan menjadi antara penyebab
ramai di antara anak muda yang berbelanja untuk mendapatkan
kehidupan yang mewah seperti selebriti. Sebaliknya, golongan muda
khususnya yang baru mendapat pekerjaan perlu berjimat cermat dengan
membeli barang keperluan dan menyimpan atau melabur wang bagi
kemudahan di masa hadapan. Utamakan keperluan seperti mencarum
insurans kesihatan kerana malang tidak berbau. Sekiranya kita terlibat
https://www.ipendidikan.my/berjimat-cermat-amalan-mulia.html 3/5
05/02/2022, 23:04 Berjimat Cermat Amalan Mulia (Karangan SPM)

dengan kemalangan dan sebagainya, caruman insurans sedikit


sebanyak dapat membantu mengurangkan kos perubatan yang semakin
meningkat dari tahun ke tahun. Pakaian berjenama, percutian ke luar
negara dan kereta mewah bukanlah keperluan sebaliknya ia adalah
bonus kepada sesetengah orang yang mampu untuk memilikinya tetapi
tanpa perlu berhutang.

Isi 3
Seterusnya, amalan berjimat-cermat yang boleh diamalkan oleh setiap
ahli masyarakat adalah dengan melakukan perbandingan harga
sebelum membeli-belah. Mutakhir ini, terdapat pasaraya yang menjual
secara borang dan pasaraya yang menjual barangan import berkualiti
tinggi. Maka, pengguna perlulah bersikap bijak dengan membeli produk
yang berbaloi dari segi kualiti dan juga berpatutan pada harganya.
Pengguna masa kini juga mempunyai pilihan yang lebih baik berbanding
waktu dahulu kerana kita boleh memilih untuk membeli di pasaraya atau
membeli secara maya di atas talian. Kehadiran aplikasi perniagaan
secara atas talian bukan sahaja memudahkan pengguna malah mampu
memberikan harga yang lebih murah berbanding harga produk yang
dikehendaki di pasaran. Tambahan pula promosi dan baucer yang
pelbagai ditawarkan oleh aplikasi-aplikasi perniagaan atas talian
seharusnya menjadi rebutan setiap orang kerana ia memberikan
penjimatan yang berbaloi. Kesannya, perbandingan harga produk
sebelum membeli adalah amalan yang tepat bagi meringankan beban
kewangan kita hari ini.

Isi 4
Di samping itu, amalan berjimat cermat boleh diimplementasikan
dengan menyediakan bekalan makanan sendiri ke tempat kerja dan juga
kepada anak-anak di sekolah. Membawa bekalan makanan secara
sendiri dari rumah memberikan pelbagai manfaat kepada kita antaranya
adalah menjimatkan wang. Sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini,
harga makanan di restoran semakin meningkat terutamanya di
rangkaian restoran makanan segera. Oleh itu, dengan membeli bahan
masakan dan barang mentah sendiri serta memasak juadah yang
diinginkan, kita dapat meneliti jumlah perbelanjaan yang digunakan.
Seterusnya, kita boleh membandingkan perbelanjaan makan di restoran
atau menyediakan makanan sendiri yang lebih menguntungkan.
Penyediaan bekalan makanan secara sendiri juga membantu kita dalam
mengamalkan makanan berkhasiat dan secara tidak langsung
memberikan manfaat kesihatan kepada diri dan juga keluarga
tersayang. Kekangan masa mungkin menjadikan amalan ini sukar untuk

https://www.ipendidikan.my/berjimat-cermat-amalan-mulia.html 4/5
05/02/2022, 23:04 Berjimat Cermat Amalan Mulia (Karangan SPM)

dilakukan namun pepatah melayu ada berkata hendak seribu daya tak
hendak seribu dalih.

Penutup
Tuntasnya, pelbagai amalan berjimat cermat yang boleh dilaksanakan
oleh setiap ahli masyarakat dalam mendepani ketidak tentuan ekonomi
masa kini. Kesedaran tentang pengurusan kewangan adalah menjadi
tanggungjawab semua pihak. Kerajaan seharusnya bersikap proaktif
dengan menjadikan pengurusan kewangan sebagai subjek yang perlu
dipelajari oleh semua ahli masyarakat. Tindakan seperti ini dapat
melahirkan masyarakat yang cakna dan sentiasa berusaha ke arah
memajukan ekonomi diri, masyarakat dan negara. Setiap agama dan
kepercayaan pasti mengetengahkan nilai kesederhanaan yang
sepatutnya menjadi iltizam setiap penganutnya. Namun, kuasa dan
harta mengaburi nilai kemanusiaan yang merupakan elemen penting
dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni, aman dan damai.
Semoga setiap di antara kita sedar dan mula mengamalkan amalan
berjimat cermat dalam kehidupan harian masing-masing agar kemuliaan
yang tersembunyi disebalik amalan ini menjadi pendorong kepada
lahirnya masyarakat yang progesif dan konservatif.

https://www.ipendidikan.my/berjimat-cermat-amalan-mulia.html 5/5
05/02/2022, 23:02 Cabaran Dalam Mengekalkan Perpaduan Kaum

Karangan

Cabaran Dalam Mengekalkan


Perpaduan Kaum Di Malaysia

Ipendidikan » Karangan » Cabaran Dalam Mengekalkan Perpaduan


Kaum Di Malaysia
Disemak dan dikemaskini pada pukul 11:53 pm, 5 April 2020

Para pelajar lazimnya menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan


karangan Bahasa Melayu. Perkara ini berlaku kerana mereka kurang
melakukan latihan atau tidak didedahkan terhadap variasi soalan yang
berpotensi untuk dikeluarkan. Maka, pelajar digalakkan untuk mencari
contoh-contoh karangan Bahasa Melayu secara atas talian dalam
persediaan menghadapi peperiksaan. Untuk rujukan anda, berikut
adalah contoh karangan cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum.

Tajuk soalan karangan seperti di bawah adalah isu semasa yang dekat
dengan pelajar. Justeru, dalam mencari idea atau isi-isi penting, pelajar
akan mempelajari sedikit sebanyak tentang isu terbabit dan sedar akan
kepentingannya. Kaedah ini membantu pelajar supaya terus peka
dengan pengetahuan am dan semasa dalam membuat persediaan bagi
menghadapi peperiksaan penulisan karangan Bahasa Melayu.

https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-perpaduan-kaum.html 1/5
05/02/2022, 23:02 Cabaran Dalam Mengekalkan Perpaduan Kaum

Isi Kandungan [Tutup]

1. Cabaran Dalam Mengekalkan Perpaduan Kaum Dan Langkah


Mengatasi
2. Contoh Karangan Cabaran Dalam Mengekalkan Perpaduan Kaum

Cabaran Dalam Mengekalkan


Perpaduan Kaum Dan Langkah
Mengatasi
Isi-isi penting
Landskap politik negara
Jurang dan dominisasi ekonomi
Kewujudan sistem pendidikan yang berbeza
Laman sosial dan media massa
Penggunaan bahasa kebangsaan

Baca juga: Usaha Memupuk Perpaduan Kaum

Contoh Karangan Cabaran Dalam


Mengekalkan Perpaduan Kaum
Pendahuluan
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di
https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-perpaduan-kaum.html 2/5
05/02/2022, 23:02 Cabaran Dalam Mengekalkan Perpaduan Kaum

persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh


pelbagai permasalahan perkauman yang dicetuskan oleh rakyat kita
sendiri. Negara Malaysia mengecapi kemerdekaan hasil usaha kesemua
rakyat pada ketika itu, tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit
untuk hidup harmoni bersama-sama. Namun, hari ini kita sering melihat
siaran berita di televisyen dan video-video perkongsian di laman sosial
yang menggugat perpaduan kaum yang telah terbina sejak dahulu lagi.
Pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku di mana
kekurangan sifat toleransi merupakan nilai yang penting bagi mencari
kemajmukan dalam kalangan masyarakat hari ini. Oleh itu, mari kita
huraikan cabaran-cabaran yang timbul dalam mengekalkan perpaduan
kaum.

Isi 1
Cabaran pertama adalah dari segi politik negara. Perbezaan parti politik
di Malaysia yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan
kaum. Dunia politik sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana
terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan
yang berbeza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang bijak
dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing
perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan
diri sendiri. Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke arah kemajuan yang
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang
lain, ahli politik perlu bersikap terbuka dan matang. Politik sepatutnya
membela nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan
bagi mana-mana pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman
parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan
perpaduan kaum di negara ini. Sekiranya rakyat dan para pemimpin
negara dapat mengatasi cabaran ini, pasti perpaduan kaum antara
masyarakat dalam negara akan menjadi lebih erat.

Isi 2
Di samping itu, dominisasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang
ekonomi juga telah mewujudkan jurang ekonomi antara perkauman.
Cabaran ini telah pun timbul sejak zaman penjajahan British lagi dimana
kaum Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum India diletakkan di
ladang getah dan kaum Cina bekerja sebagai pedagang dan melakukan
perlombongan. Setelah kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan di
mana setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan mampu berjaya
sekiranya berusaha dengan betul. Namun begitu, akibat dasar penjajah
dahulu, kesannya masih dapat dilihat sampailah sekarang dimana
sektor perniagaan masih didominisasi oleh kaum Cina dan kebanyakan
orang India masih tinggal di ladang. Rentetan senario ini telah
https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-perpaduan-kaum.html 3/5
05/02/2022, 23:02 Cabaran Dalam Mengekalkan Perpaduan Kaum

menyebabkan interaksi sosial di antara mereka terbatas. Kesannya,


perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan
menebal di antara sesama kaum dan menyukarkan proses perpaduan.

Isi 3
Cabaran seterusnya adalah dari segi sosial golongan muda dimana
sistem pendidikan yang diasingkan mengikut kaum telah wujud dan
meninggalkan kesan yang kurang baik. Pengenalan sistem sekolah
vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan masyarakat
semakin renggang. Mutakhir ini, masih ramai rakyat yang merupakan
warganegara Malaysia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa
kebangsaan iaiatu Bahasa Melayu. Bahasa merupakan elemen utama
untuk berkomunikasi di antara satu sama lain, sekiranya kita tidak fasih
untuk berbahasa, bagaimana untuk kita berkomunikasi dan memahami
individu lain yang berbeza pendapat dengan kita. Jika masyarakat
majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan
dan berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan,
persefahaman dan toleransi antara satu sama lain. Pada hemat saya,
mewujudkan satu sahaja aliran dalam sistem pendidikan negara serta
penekanan tehadap penggunaan bahasa kebangsaan dapat
menyelesaikan masalah perpaduan kaum yang semakin membelenggu
masyarakat hari ini. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

Isi 4
Pada masa yang sama, ledakan teknologi hari ini juga merupakan
cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum. Kemudahan media
massa dan sosial yang semakin pantas dalam menyampaikan sesuatu
teks atau video telah menunjukkan sisi negatifnya. Penyebaran fitnah
dan berita palsu semakin menular terutama apabila isu tersebut
menyentuh sensitivi perkauman atau agama. Setiap individu sewajarnya
bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan atau berkongsi
sesuatu perkara yang sensitif dan mungkin tidak sahih. Netizen perlu
menyelidik terlebih dahulu sebelum memberi reaksi terhadap perkara
yang menyentuh tentang perkauman dan agama. Pihak berkuasa wajar
menguatkuasakan undang-undang kepada pelaku yang mencetuskan
isu atau sesuatu perkara yang mampu menggolakkan perpaduan antara
kaum. Ahli masyarakat juga bertanggungjawab menjadi mata-mata
pihak berkuasa dimana jika ternampak sesuatu perkara yang akan
menimbulkan kemarahan sesebuah kaum atau penganut agama, wajar
untuk kita laporkan kepada pihak polis. Intihannya, penggunaan
teknologi seperti media sosial sepatutnya menjadi perkara yang positif
dalam kehidupan harian kita sebaliknya, penularan isu-isu yang
https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-perpaduan-kaum.html 4/5
05/02/2022, 23:02 Cabaran Dalam Mengekalkan Perpaduan Kaum

menyentuh perpaduan kaum menjadi bahan perbualan masyarakat hari


ini.

Penutup
Secara tuntas, pelbagai cabaran yang timbul dalam mengekalkan
perpaduan kaum dalam negara kita. Pelbagai usaha telah diambil tetapi
belum cukup untuk mengekalkan perpaduan kaum yang mudah untuk
dimusnahkan. Kestabilan politik dan ekonomi merupakan antara aspek
yang bakal menentukan keutuhan perpaduan kaum dalam negara ini.
Semoga setiap di antara kita sedar betapa nikmatnya untuk hidup
bersama-sama dengan kaum dan agama lain secara harmoni dan
sejahtera. Cabaran mengekalkan perpaduan kaum ini sebenarnya
merupakan tugas kita sendiri dalam memastikan pemimpin yang adil
dipilih, amalan sikap toleransi serta bertolak ansur dilaksanakan dalam
kehidupan harian masing-masing. Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh.

https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-perpaduan-kaum.html 5/5
05/02/2022, 22:57 Cara Memanfaatkan Cuti Sekolah Dengan Aktiviti Berfaedah

Karangan

Cara-Cara Memanfaatkan Cuti


Sekolah

Ipendidikan » Karangan » Cara-Cara Memanfaatkan Cuti Sekolah


Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:15 pm, 4 Mei 2020

Perhatian kepada pelajar yang ingin membuat latihan tambahan bagi


penulisan karangan Bahasa Melayu. Adakah anda mencari contoh-
contoh karangan Bahasa Melayu? Sekiranya ya, berikut dikongsikan
contoh karangan cara-cara memanfaatkan cuti sekolah untuk panduan
semua. Contoh dibawah terdiri daripada pendahuluan, isi-isi penting dan
penutup.

Kepada pelajar, latihan tambahan dapat membantu untuk menghasilkan


penulisan karangan yang baik. Di samping itu, penggunaan frasa-frasa
menarik seperti peribahasa dan penanda wacana yang sesuai adalah
digalakkan bagi menambah daya penarik terhadap penulisan karangan
masing-masing. Bimbingan daripda guru-guru juga adalah mustahak
bagi memastikan pelajar menjawab kehendak soalan yang diberikan.

Isi Kandungan [Tutup]

1. Langkah Dan Cara Memanfaatkan Cuti Sekolah


2. Contoh Karangan Cara-Cara Memanfaatkan Cuti Sekolah Dengan
Aktiviti Berfaedah

https://www.ipendidikan.my/cara-memanfaatkan-cuti-sekolah.html 1/5
05/02/2022, 22:57 Cara Memanfaatkan Cuti Sekolah Dengan Aktiviti Berfaedah

Langkah Dan Cara Memanfaatkan Cuti


Sekolah

Isi-isi penting
Melancong
Bergotong-royong membersihkan rumah dan kawasan sekitar
Menyertai kem motivasi diri atau ibadah
Mengulang kaji pelajaran
Melawat saudara-mara
Bersukan

Baca juga: Kesalahan Bahasa Yang Lazim Dalam Penulisan Karangan


Bahasa Melayu (BM)

Contoh Karangan Cara-Cara Memanfaatkan


Cuti Sekolah Dengan Aktiviti Berfaedah
Pendahuluan
Cuti sekolah merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar samada
sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Mereka tidak perlu lagi
mengikuti rutin harian yang memerlukan mereka untuk bangun di awal
pagi dan bersiap untuk ke sekolah. Sebaliknya, mereka bebas untuk
menyusun jadual harian mereka berbeza jika dibandingkan dengan
norma hari persekolahan. Namun begitu, peribahasa Melayu berkata,
masa itu emas. Justeru, ibu bapa dan adik-beradik yang telah dewasa

https://www.ipendidikan.my/cara-memanfaatkan-cuti-sekolah.html 2/5
05/02/2022, 22:57 Cara Memanfaatkan Cuti Sekolah Dengan Aktiviti Berfaedah

wajar membimbing ahli keluarga yang masih bersekolah untuk


memanfaatkan cuti persekolahan mereka dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah.

Isi 1
Antara langkah untuk memanfaatkan cuti sekolah pelajar adalah dengan
melancong secara domestik atau ke luar negara. Objektif utama cuti
persekolahan adalah untuk memberi istirehat kepada pelajar dan guru-
guru terutamanya yang telah berminggu-minggu berusaha memberikan
yang terbaik dalam pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, cuti sekolah
adalah masa untuk mereka berehat dan meluangkan masa bersama
keluarga tercinta. Melancong dapat mengalihkan perhatian pelajar
khususnya yang akan menduduki peperiksaan awam kepada perkara
yang lebih seronok seperti bermandi-manda di pantai atau air terjun.
Bagi pelajar sekolah rendah pula, terdapat banyak tempat pelancongan
yang menarik dan berfaedah bagi mereka seperti muzium, pusat sains
dan zoo. Oleh itu, ibu bapa boleh merancang dengan bajet yang
mengikut kemampuan masing-masing untuk membawa anak-anak
melancong ke tempat yang belum pernah dikunjungi pada waktu cuti
persekolahan.

Isi 2
Selain itu, cuti persekolahan boleh dimanfaatkan dengan bergotong-
royong membersihkan rumah dan kawasan sekitar. Mutakhir ini, ibu dan
bapa dalam keluarga mempunyai kerjaya atau perlu bekerja demi
menampung keperluan diri dan keluarga. Maka, kerja-kerja di rumah
kadang-kala terabai dek kerana kekangan masa dan keletihan setelah
bekerja. Oleh itu, bagi membalas jasa dan kudrat yang telah diusahakan
oleh ibu bapa, anak-anak seharusnya membantu mereka membuat
kerja-kerja rumah seperti mengemop lantai, membersihkan tingkap dan
kipas serta mengemas pakaian. Pada permulaan mungkin ibu bapa
akan mendapati sukar untuk mengajar anak-anak dalam membuat kerja-
kerja rumah kerana mereka leka dengan telefon dan gajet. Tetapi kalau
bukan ibu bapa, siapa yang akan mengajar mereka untuk berdikari dan
berdisiplin menjelang mereka dewasa kelak? Bak kata peribahasa
Melayu, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Mula mengajar anak-anak
kerja rumah yang mudah dan tingkatkan kemahiran mereka secara
berperingkat. Pasti hasilnya akan memberi manfaat kepada ibu bapa
dan pelajar itu sendiri.

Isi 3

https://www.ipendidikan.my/cara-memanfaatkan-cuti-sekolah.html 3/5
05/02/2022, 22:57 Cara Memanfaatkan Cuti Sekolah Dengan Aktiviti Berfaedah

Sebenarnya, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar semasa


cuti persekolahan yang boleh mendatangkan manfaat kepada pelajar.
Antaranya adalah dengan menyertai kem motivasi diri atau
ibadah. Anak-anak ibarat kain putih yang memerlukan ibu bapa
menggunakan strategi, kemahiran, kepakaran dalam mencorakkan jati
diri mereka. Dengan menyertai kem motivasi, pelajar dapat membentuk
dan meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan cabaran
dunia yang kian menguji minda serta fizikal untuk kuat, pantas, cekal
dan mampu bertahan dengan ujian yang akan datang. Di samping itu,
menghantar anak-anak ke kem ibadah mampu meningkatkan
pengetahuan dan pemahaman mereka tentang ilmu berkaitan solat, doa
harian, zikir, bacaan dan hafazan Al-Quran. Maka, anak-anak akan
mendapat sesuatu yang berharga dimana mereka tidak dapat di sekolah
dan nilai jati diri serta ilmu keagamaan tersbut mampu melahirkan
generasi yang lebih berjaya di masa hadapan.

Isi 4
Akhir sekali, cuti sekolah boleh dimanfaatkan dengan melakukan ulang
kaji pelajaran khususnya untuk pelajar yang akan menduduki
peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Waktu terluang yang banyak
memberikan kelebihan kepada pelajar untuk membuat latihan tambahan
ataupun menyiapkan kerja sekolah yang diarahkan oleh guru-guru di
sekolah. Secara peribadi, mengulang kaji pelajaran di rumah adalah
lebih efektif kerana pelajar boleh fokus dan belajar dalam keadaan yang
lebih kondusif. Sebagai perbandingan, di sekolah pelajar berkongsi satu
bilik darjah bersama lebih 20 ke 30 orang pelajar lain tetapi di rumah
pelajar boleh menelaah buku atau membuat latihan secara bersendirian.
Tambahan pula, kemudahan gajet dan telefon pintar hari ini memberikan
kelebihan dimana pelajar boleh merujuk maklumat yang diinginkan
secara dalam talian.

Penutup
Kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk
mendapat manfaat sepanjang cuti persekolahan berlangsung. Ia
bergantung kepada kesedaran diri atau ibu bapa yang ingin mencari
aktiviti yang mendatangkan faedah kepada pelajar sepanjang tempoh
tersebut. Cuti sekolah bukanlah bermaksud pelajar akan cuti daripada
belajar. Sebaliknya, pelajar harus mengisi masa terluang itu dengan
pelbagai aktiviti yang dicadangkan di atas bagi mendapatkan faedah
yang berbeza. Jika mereka gagal menggunakan masa dengan baik
sudah pasti diri mereka sendiri akan mengalami kerugiannya
terutamanya dalam kalangan rakan sebaya. Semoga setiap ahli
https://www.ipendidikan.my/cara-memanfaatkan-cuti-sekolah.html 4/5
05/02/2022, 22:57 Cara Memanfaatkan Cuti Sekolah Dengan Aktiviti Berfaedah

masyarakat cakna dan peka terhadap anak-anak kecil ini yang


berpotensi menjadi pemimpin negara kita suatu hari nanti dengan
memastikan masa cuti persekolahan mereka diisi dengan perkara yang
memberi manfaat.

https://www.ipendidikan.my/cara-memanfaatkan-cuti-sekolah.html 5/5
05/02/2022, 22:53 Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat (Contoh Karangan)

Karangan

Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Ipendidikan » Karangan » Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat


Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:57 pm, 4 Oktober 2020

Dalam era modenisasi ini, pastinya ramai tertanya-tanya apakah cara


mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini kerana, kita sering dikejutkan
dengan berita yang tidak berapa sedap untuk didengari berkenaan
masalah kesihatan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, meningkatnya kes-
kes penyakit kritikal seperti sakit jantung, kanser, diabetes dan lain-lain
penyakit yang berkaitan. Malaysia kini dikatakan mempunyai masalah
obesiti yang serius. Empat daripada sepuluh orang dewasa yang
melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami berat badan
berlebihan (obesiti) atau lebih dikenali sebagai kegemukan. Oleh itu, kita
mestilah mengetahui cara-cara menjalani kehidupan yang sihat agar diri
kita terhindar daripada masalah kesihatan tersebut agar tidak menjadi
seperti peribahasa Melayu “nasi sudah menjadi bubur”.

Kehidupan yang sihat, ceria, bahagia dan selamat sememangnya


merupakan impian setiap manusia di dunia ini. Bagi mencapai impian
tersebut, pengamalan cara hidup yang sihat merupakan langkah yang
seharusnya diamalkan. Rakyat di negara Malaysia kini semakin sedar
akan kepentingan mengamalkan disiplin kehidupan yang sihat sebagai
cara hidup bagi merealisasikan impian untuk hidup lebih sihat, bahagia
dan selamat itu tercapai.

https://www.ipendidikan.my/cara-mengamalkan-gaya-hidup-sihat.html 1/7
05/02/2022, 22:53 Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat (Contoh Karangan)

Isi Kandungan [Tutup]

1. Contoh Karangan Amalan Gaya Hidup Sihat Dan Isi Penting


2. 1. Menjaga Pemakanan Seharian
3. 2. Melakukan Senaman atau Riadah
4. 3. Jauhkan Diri Daripada Tekanan Diri
5. 4. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
6. 5. Menghindarkan diri daripada aktiviti negatif yang boleh
menjejaskan kesihatan
7. 6. Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan

Contoh Karangan Amalan Gaya Hidup


Sihat Dan Isi Penting

Gaya hidup yang sihat (GHS) merupakan kunci utama kepada


kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan
peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. GHS
didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat,
cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan
keadaan sosial dan masyarakat.

Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi
oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta
tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.

Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk dipraktikkan dalam


mengamalkan kehidupan yang sihat antaranya adalah dengan menjaga
https://www.ipendidikan.my/cara-mengamalkan-gaya-hidup-sihat.html 2/7
05/02/2022, 22:53 Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat (Contoh Karangan)

pemakanan seharian, melakukan senaman atau riadah, jauhkan diri


daripada tekanan diri, menjaga kebersihan rumah dan persekitaran
daripada terjebak melakukan perkara yang menjejaskan kesihatan, dan
membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

1. Menjaga Pemakanan Seharian


Perkara paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah
dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ianya meliputi
pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan
yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara
makanan-makanan yang paling utama atau perlu diambil berdasarkan
piramid makanan adalah makanan yang tinggi kandungan
karbohidrat seperti:

Nasi
Bijirin

Hal ini diperlukan kerana karbohidrat membekalkan tenaga


untuk membolehkan tubuh badan kita dapat menjalankan pelbagai
urusan kehidupan seharian. Seterusnya, pengambilan makanan yang
digalakkan berdasarkan piramid makanan adalah seperti:-

Sayur-sayuran
Buah-buahan

Mengambil makanan tersebut dengan secukupnya penting untuk


membekalkan vitamin serta serat kepada badan manusia. Di samping
itu, berdasarkan piramid makanan juga, ia menganjurkan
pengurangan makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam, dan
gula. Ini kerana ia dapat mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti
serangan jantung, diabetes, darah tinggi dan sebagainya.

https://www.ipendidikan.my/cara-mengamalkan-gaya-hidup-sihat.html 3/7
05/02/2022, 22:53 Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat (Contoh Karangan)

2. Melakukan Senaman atau Riadah


Cara mengamalkan gaya hidup yang sihat yang lain juga adalah dengan
melakukan aktiviti senaman dan riadah yang penting untuk tubuh badan
kita. Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta
amalan bersenam dan beriadah secara konsisten ini, sekaligus dapat
membakar kalori dalam badan dan juga mengurangkan masalah
peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anggaran tempoh bagi setiap sesi
senaman dan riadah tersebut adalah memadai untuk dilakukan dalam
masa 20 hingga 30 minit.

3. Jauhkan Diri Daripada Tekanan Diri


Pengamalan juga melibatkan pengurusan tekanan diri atau stres.
Tekanan diri adalah gejala negatif yang semakin menular dalam
kalangan masyarakat pada masa kini. Ianya melibatkan tekanan yang
sukar dikawal sama ada di tempat kerja atau tempat belajar selain
https://www.ipendidikan.my/cara-mengamalkan-gaya-hidup-sihat.html 4/7
05/02/2022, 22:53 Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat (Contoh Karangan)

daripada masalah rumah tangga. Seseorang yang mengalami tekanan


diri ini perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya
fikiran tidak kusut sehingga mengganggu kehidupan harian kita serta
akhirnya boleh menjejaskan kesihatan diri.

Antara langkah yang dapat dilakukan untuk menangani tekanan diri


ialah seperti:-

Meminta pendapat atau pandangan orang yang lebih pakar


ataupun kaunselor
Berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga
Mendekatkan diri kepada Tuhan serta aktiviti keagamaan untuk
terus memotivasi diri

Tekanan diri yang dapat diuruskan dengan baik membolehkan diri kita
supaya hidup lebih bahagia dan sihat. Gaya hidup yang sihat
memerlukan kita supaya terus aktif dan keluar dari rasa kemurungan
disebabkan tekanan diri mahupun kehidupan yang tidak teratur.

4. Menjaga Kebersihan Rumah dan


Persekitaran
Amalan seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.
Ini adalah untuk mengelak daripada terjebak atau terdedah kepada
perkara yang menjejaskan kesihatan. Antaranya adalah seperti tempat-
tempat yang membolehkan nyamuk membiak dan menyumbang kepada
penyakit demam denggi. Segala sampah sarap hendaklah dibuang ke
tempat yang dikhaskan. Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai
atau ke longkang luar rumah juga adalah dilarang kerana ia boleh
menyebabkan pencemaran alam sekitar.

5. Menghindarkan diri daripada aktiviti negatif


yang boleh menjejaskan kesihatan
Selain itu, kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif
yang memberi impak tidak baik terhadap tubuh badan kita. Hal ini
demikian kerana aktiviti sedemikian boleh menjejaskan kesihatan tubuh
badan kita dalam jangka masa panjang. Contoh aktiviti negatif tersebut
adalah seperti:-

https://www.ipendidikan.my/cara-mengamalkan-gaya-hidup-sihat.html 5/7
05/02/2022, 22:53 Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat (Contoh Karangan)

Penagihan dadah
Ketagihan arak
Seks rambang
Menghisap rokok

Secara jelasnya, tabiat seperti menghisap rokok ini boleh menyebabkan


seseorang mendapat penyakit jantung dan paru-paru. Dengan
menghindari merokok juga, anda juga dapat menggunakan wang
tersebut untuk menabung dan bercuti atau melakukan aktiviti-aktiviti lain
yang dapat memberi keseronokkan. Tambahan pula, dengan meminum
arak akan mendatangkan implikasi teruk kepada mental serta fizikal
kepada mereka yang mengambilnya. Selain itu, dengan terjebaknya
seseorang itu kepada penagihan dadah juga boleh menyebabkan punca
berlakunya gejala sosial dalam masyarakat.

Sebagai peringatan, sesiapa yang terjebak dalam aktiviti negatif ini


bukan sahaja akan menerima kemudaratan kepada diri sendiri, bahkan
juga dipandang serong malahan bakal disisihkan oleh masyarakat. Oleh
itu, marilah kita semua meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita
terhadap bahaya penyalahgunaan dadah mahupun rokok serta arak.
Mengawal dan mencegah daripada berlakunya kegiatan buruk ini bukan
sahaja untuk menjamin kesihatan individu semata-mata malahan
memberi kebaikan kepada masyarakat.

6. Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan


Kebanyakan orang dalam kalangan masyarakat biasanya akan
berjumpa dengan doktor hanya bila sudah sakit sahaja. Tetapi mereka
lupa bahawa gaya hidup yang sihat itu memerlukan seseorang membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan kesihatan ini boleh
dibuat di hospital kerajaan atau swasta dengan kekerapan masa
sebanyak dua kali setahun. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita,
kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita
terus berada dalam keaaan baik.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak amalan yang perlu kita lakukan


antaranya seperti perkara yang dinyatakan di atas untuk membolehkan
kita supaya terus hidup sihat. Amalan ini harus dipupuk serta disedari
oleh kita sejak daripada kecil lagi. Ibu bapa serta anggota keluarga lain
juga memainkan peranan dalam mendidik kita mengamalkan gaya
kehidupan ini. Akhir sekali, peribahasa Melayu ada menyebut
“mencegah itu lebih baik dari mengubati” maka marilah kita sama-sama
mengamalkan gaya hidup sihat sebelum terlambat.
https://www.ipendidikan.my/cara-mengamalkan-gaya-hidup-sihat.html 6/7
05/02/2022, 22:53 Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat (Contoh Karangan)

Related : kencing manis, mengurangkan risiko, makanan harian, aktiviti


fizikal, salah satu, tekanan darah tinggi, penyakit berbahaya, untuk
memberikan, risiko penyakit, pilihlah makanan

https://www.ipendidikan.my/cara-mengamalkan-gaya-hidup-sihat.html 7/7
05/02/2022, 22:53 Cara Mengatasi Masalah Obesiti Dalam Kalangan Remaja

Karangan

Langkah Cara Mengatasi Masalah


Obesiti Dalam Kalangan Remaja

Ipendidikan » Karangan » Langkah Cara Mengatasi Masalah Obesiti


Dalam Kalangan Remaja
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:13 pm, 2 Julai 2021

Menjawab soalan penulisan karangan Bahasa Melayu akan menjadi


sukar sekiranya pelajar tidak mempunyai pengetahuan am yang baik.
Bagi menambah baik pengetahuan am masing-masing, pelajar perlu
rajin membaca akhbar dan menonton berita bagi mendapatkan informasi
terkini mengenai isu-isu semasa. Sebagai panduan kepada para pelajar,
di bawah dikongsikan contoh karangan usaha-usaha pencegahan
masalah obesiti dalam kalangan remaja.

Untuk tema berkaitan kesihatan, pelajar perlu menggunakan fakta yang


tepat dalam menghuraikan penulisan karangan anda. Misalnya,
memasukkan data dan statistik yang dikeluarkan oleh agensi yang
diiktiraf seperti Kementerian Kesihatan Malaysia. Teknik ini bukan
sahaja memberikan keyakinan kepada pembaca malah dapat
menyokong isi-isi penting yang diutarakan oleh pelajar.

https://www.ipendidikan.my/masalah-obesiti.html 1/5
05/02/2022, 22:53 Cara Mengatasi Masalah Obesiti Dalam Kalangan Remaja

Isi Kandungan [Tutup]

1. Punca Dan Cara Mengatasi Masalah Obesiti Dalam Kalangan


Remaja
2. Contoh Karangan Usaha-Usaha Pencegahan Masalah Obesiti Dalam
Kalangan Remaja

Punca Dan Cara Mengatasi Masalah


Obesiti Dalam Kalangan Remaja
Isi-isi penting
Mengamalkan pemakanan seimbang
Menggalakkan aktiviti bersenam atau bersukan
Mengehadkan penggunaan gajet
Melakukan pemeriksaan kesihatan
Menggalakkan minuman air kosong berbanding air bergula
Memperbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran

Baca juga: Cara Mendapat Kecemerlangan Dalam Peperiksaan

Contoh Karangan Usaha-Usaha Pencegahan


Masalah Obesiti Dalam Kalangan Remaja
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/masalah-obesiti.html 2/5
05/02/2022, 22:53 Cara Mengatasi Masalah Obesiti Dalam Kalangan Remaja

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan bahawa lebih 30


peratus dalam kalangan remaja hari ini menghidapi masalah obesiti atau
berat badan berlebihan. Perkara ini seharusnya memberi kebimbangan
kepada masyarakat umum terutamanya ibu dan bapa kerana golongan
ini terdedah kepada risiko menghidapi masalah kesihatan, penyakit
kronik yang lain. Antaranya adalah penyakit diabetes, tekanan darah
tinggi dan serangan angin ahmar atau jantung. Justeru, setiap di antara
kita perlu mempunyai kesedaran dan sentiasa berwaspada supaya tidak
tergolong dalam golongan yang mempunyai masalah obesiti.
Masyarakat kita masih mempunyai stigma bahawa kegemukan atau
masalah berat badan bersangkut-paut dengan genetik dan sebagainya.
Namun, kita tidak boleh berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa
tindakan yang mengancam nyawa diri dan juga orang yang kita sayangi.
Sebelum nasi menjadi bubur, wajar untuk kita bincangkan usaha-usaha
pencegahan masalah obesiti dalam kalangan remaja.

Isi 1
Prakarsa utama dalam mencegah masalah obesiti dalam kalangan
remaja adalah memastikan mereka mengamalkan pemakanan yang
seimbang. Golongan remaja perlu mendapat bimbingan daripada ibu
dan bapa atau guru di sekolah tentang cara pemakanan yang betul dan
tidak mudah terpengaruh dengan iklan yang dipromosikan di media.
Pemakanan yang seimbang boleh dirujuk kepada piramid makanan di
mana jumlah nutrisi yang terkandung dalam hidangan adalah penting
dalam menentukan ianya pada kadar yang cukup atau berlebihan.
Ringkasnya, pengambilan makanan yang berlemak dan tidak berkhasiat
tinggi seperti makanan segera serta air berkarbonat hendaklah
dielakkan. Tidak dinafikan bahawa makanan segera seperti mee segera
dan sosej merupakan kegemaran masyarakat kita namun kita hendaklah
mengubah perkara tersebut demi kesihatan yang lebih bermanfaat.
Ibarat peribahasa Melayu, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih
tidak datang melayang. Tegasnya, dengan mengamalkan pemakanan
secara seimbang, remaja dapat mengelak daripda masalah obesiti dan
penyakit jantung.

Isi 2
Meninjau dari aspek lain, golongan remaja seharusnya melakukan
aktiviti bersenam atau bersukan dengan lebih kerap. Hal ini demikian
kerana generasi muda hari ini lebih gemar meluangkan masa lapang
melayari Internet dan menonton hiburan di media-media elektronik.
Situasi ini harus dibendung kerana kita sebenarnya mempunyai
infrastruktur yang lengkap dalam gelanggang atau taman rekreasi bagi
membolehkan masyarakat awam bersenam atau bersukan. Golongan
https://www.ipendidikan.my/masalah-obesiti.html 3/5
05/02/2022, 22:53 Cara Mengatasi Masalah Obesiti Dalam Kalangan Remaja

remaja seharusnya mengambil kesempatan yang ada ini dengan


mengisi masa lapang untuk malukan aktiviti riadah seperti bermain
badminton atau futsal di gelanggang yang telah disediakan. Apabila
menjelang dewasa, masa untuk bersukan atau beriadah sudah semakin
terhad kerana kesibukan dalam hal-hal kerjaya masing-masing. Aktiviti-
aktiviti fizikal ini akan membantu kita untuk membakar kalori atau lemak
yang berlebihan serta merembes sisa-sisa toksik yang tidak diperlukan
oleh badan kita. Malahan penyertaan dalam aktiviti bersenam dan
bersukan memberi pelbagai manfaat lain yang bagus untuk kedua-dua
kesihatan fizikal dan mental serta rohani individu yang
mengamalkannya.

Isi 3
Pada masa yang sama, masalah obesiti kanak-kanak dan dalam
kalangan remaja boleh diatasi dengan cara mengehadkan masa
penggunaan gajet seharian mereka. Tindakan ini merupakan peranan
ibu dan bapa di rumah dalam mengawasi perilaku anak-anak terhadap
penggunaan gajet seperti telefon dan komputer. Sekiranya masa
penggunaan gajet mereka terlalu lama iaitu lebih daripada tiga hingga
lima jam sehari, ia bukan sahaja akan mengancam kesihatan diri
mereka tetapi memberikan kesan kepada kesihatan mata mereka.
Terdapat sebahagian golongan muda yang terlalu obses dengan
permainan video atau penggunaan gajet sehinggakan mereka tidak aktif
dan lemah secara fizikal. Lebih-lebih lagi yang gemar memakan
makanan ringan di mana kandungan gula dan lemaknya merupakan
faktor utama masalah obesiti serta kerosakan gigi. Jika ibu dan bapa
mampu memberi had waktu penggunaan gajet kepada anak-anak,
mereka pasti dapat meluangkan masa yang ada dengan perkara
berfaedah yang lain serta mendatangkan kesihatan diri mengelakkan
obesiti. Mungkin sukar untuk mereka mengamalkannya pada permulaan
tetapi ia adalah cara untuk memastikan diri mereka bebas daripada
ancaman penyakit.

Isi 4
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, kaedah yang boleh
dilaksanakan bagi membendung masalah obesiti dalam kalangan
remaja adalah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan. Budaya
berjumpa dengan pengamal perubatan pada waktu kita sakit sahaja
perlu diubah. Hal ini kerana kebanyakan penyakit boleh dirawat jika
dikesan pada peringkat awal sebelum ia menjadi kritikal. Maka,
golongan remaja seharusnya melakukan pemeriksaan kesihatan secara
berkala di klinik kesihatan yang berdekatan sekurang-kurangnya enam
bulan sekali. Dengan berjumpa doktor atau pegawai kesihatan, mereka
https://www.ipendidikan.my/masalah-obesiti.html 4/5
05/02/2022, 22:53 Cara Mengatasi Masalah Obesiti Dalam Kalangan Remaja

dapat memeriksa tahap kesihatan diri kita serta mencadangkan gaya


hidup yang sesuai untuk kita amalkan kerana hanya jauhari mengenal
manikam. Tambahan pula, perkhidmatan kesihatan awam di negara kita
adalah sangat berpatutan dan mudah untuk dikunjungi. Kesempatan ini
seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap ahli masyarakat
terutamanya golongan remaja. Izharnya, bimbingan dan panduan
daripada orang yang pakar dalam bidang yang kita tidak tahu adalah
mustahak supaya kita terhindar daripada perkara yang tidak kita
inginkan.

Penutup
Kesimpulan daripada perbincangan di atas adalah pelbagai usaha yang
boleh dilakukan bagi mencegah masalah obesiti dalam kalangan
remaja. Masalah ini seharusnya diberi perhatian kerana golongan
remaja merupakan nusa yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan
negara. Justeru itu, setiap pihak terutamanya ibu, bapa dan rakan-rakan
sebaya perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam
memastikan remaja yang menghidapi masalah obesiti diberi rawatan
yang terbaik. Pihak kerajaan perlu mencari punca obesiti dan
mekanisme terbaik dalam memastikan setiap daripada rakyatnya
mempunyai kesedaran berkaitan kesihatan dan seterusnya melahirkan
generasi yang imun terhadap segala penyakit yang mampu dicegah.
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat. Dengan
kegawatan ekonomi masa kini, kita tidak seharusnya dibebankan
dengan beban kewangan dalam rawatan kesihatan serta ubat-ubatan
yang berpunca daripada diri kita sendiri. Semoga kesedaran yang
holistik dalam masyarakat konvensional akan timbul dan kesihatan
umum menjadi agenda utama di negara kita dan juga seantero dunia.

Related : untuk mengatasi, menurunkan berat badan, untuk


mengurangkan berat badannya, kanak kanak, hidup yang sihat, cara
untuk mengatasi, meningkatkan tahap, menjadi obes, amalan gaya
hidup yang sihat, berlebihan berat badan

https://www.ipendidikan.my/masalah-obesiti.html 5/5
05/02/2022, 23:03 Cara-Cara Membanteras Jenayah Antarabangsa

Karangan

Cara Membanteras Jenayah


Antarabangsa (Langkah Mengatasi)

Ipendidikan » Karangan » Cara Membanteras Jenayah Antarabangsa


(Langkah Mengatasi)
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:47 pm, 13 Jun 2020

Karangan Bahasa Melayu merupakan antara medan ujian yang


mencabar kebolehan para pelajar. Hal ini kerana pelajar perlu
mempunyai pengetahuan am yang baik dan sentiasa peka akan isu
terkini yang melanda negara mahupun dunia. Tajuk soalan yang
diberikan mungkin bertemakan isu tempatan tetapi berpotensi juga
untuk diberikan tajuk soalan yang berkaitan dengan isu global. Berikut
dikongsikan contoh karangan mengenai cara-cara menangani jenayah
antarabangsa

Contoh di bawah boleh dijadikan rujukan para pelajar dalam menjawab


soalan karangan Bahasa Melayu yang berkaitan. Terpulang kepada
pelajar untuk menulis karangan berdasarkan kemahiran kreatif dan
fikiran kritis masing-masing. Pelajar cuma perlu berhati-hati dengan
penggunaan tatabahasa dan sentiasa rujuk pada guru samada
penulisan pelajar menjawab kehendak soalan ataupun tidak.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/cara-membanteras-jenayah-antarabangsa.html 1/5
05/02/2022, 23:03 Cara-Cara Membanteras Jenayah Antarabangsa

1. Langkah Dan Cara Membanteras Jenayah Antarabangsa


2. Contoh Karangan Cara-Cara Membanteras Jenayah Antarabangsa

Langkah Dan Cara Membanteras


Jenayah Antarabangsa

Isi-isi penting
hubungan multilateral yang kukuh
perkongsian data dan maklumat secara global
merapatkan jurang ekonomi global
memperketatkan keselamatan di sempadan negara
memastikan kesedaran masyarakat tentang jenayah antarabangsa
dan menjadi mata kepada pihak berkuasa
memperkukuh integriti pihak berkuasa

Baca juga:Senarai Kesalahan Imbuhan dan Ejaan dalam Bahasa


Melayu

Contoh Karangan Cara-Cara Membanteras


Jenayah Antarabangsa
Pendahuluan
Dalam meniti arus kemodenan yang serba mencabar akal dan minda
kita terbit satu polemik yang menjadi wadah perbincangan secara
global. Pola peningkatan jenayah antarabangsa semakin

https://www.ipendidikan.my/cara-membanteras-jenayah-antarabangsa.html 2/5
05/02/2022, 23:03 Cara-Cara Membanteras Jenayah Antarabangsa

membimbangkan kita sebagai penghuni ibu pertiwi ini dan juga


masyarakat dunia secara amnya. Jenayah pemerdagangan manusia,
jenayah siber, penyeludupan dadah dan senjata api yang kian melarat
sehingga memakan nyawa ribuan manusia yang tidak bersalah perlu
ditangani secara kolektif. Persis kata mutiara, berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing yang membawa maksud semua pihak harus bersama-
sama menyumbang tenaga dalam menyelesaikan masalah ini dan
menikmati hasilnya di waktu kelak. Oleh itu, kita perlu mencari cara-cara
terbaik untuk membanteras jenayah antarabangsa supaya
kesejahteraan sejagat dapat dicapai.

Isi 1
Prakarsa utama dalam memastikan jenayah yang melibatkan negara
asing ini tidak berlaku adalah dengan mempunyai hubungan multilateral
yang kukuh. Pucuk pimpinan negara kita sudah pun memastikan kita
sentiasa mempunyai hubungan multilateral dengan negara asing apabila
menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN.
Penyertaan negara dalam organisasi internasional yang melibatkan
pelbagai negara membolehkan kita mendapat bantuan ketenteraan dan
teknologi keselamatan yang terkini daripada negara yang lebih maju.
Namun begitu, kewujudan negara berkuasa veto telah merencat usaha
untuk mencapai keamanan sejagat. Hal ini kerana terdapat jenayah
antarabangsa berpunca daripada tindakan negara berkuasa veto ini
dalam mendapatkan atau menjaga kepentingan mereka. Sekiranya
setiap negara mengamalkan sikap toleransi dan terbuka dalam
mengejar kemajuan, sudah pasti impian keamanan sejagat tidak
mustahil.

Isi 2
Pada masa yang sama, kita wajar mengambil kesempatan akan
kemajuan teknologi mutakhir ini. Perkongsian data atau maklumat yang
berkaitan jenayah antarabangsa akan membantu dalam membanteras
konflik yang mengganggu keharmonian global. Kerjasama antara agensi
keselamatan antarabangsa seperti Interpol dengan agensi keselamatan
tempatan seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM) hendaklah digalakkan.
Sebagai contoh, kita dapat lihat di dada akhbar dan siaran berita di
televisyen akan tindakan pantas PDRM menangkap individu yang
terlibat dengan fahaman ekstrimis dan berkompolt untuk melakukan
jenayah seperti pengeboman dan sebagainya. Kecekapan anggota
keselamatan negara kita seharusnya dipuji kerana dengan tindakan
pantas dan bantuan maklumat daripada agensi keselamatan
antarabangsa telah memastikan tiada insiden ekstrim yang berlaku di
dalam negara kita.
https://www.ipendidikan.my/cara-membanteras-jenayah-antarabangsa.html 3/5
05/02/2022, 23:03 Cara-Cara Membanteras Jenayah Antarabangsa

Isi 3
Selain itu, cara yang dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti jenayah
antarabangsa adalah dengan merapatkan jurang ekonomi antara negara
maju dengan negara yang ketinggalan. Faktor tekanan ekonomi dan
kekurangan sumber telah menyebabkan jenayah seperti
pemerdagangan manusia berlaku dek kerana mereka terpaksa mencari
jalan demi mencari sesuap nasi. Maka, negara-negara maju seharusnya
bersikap prihatin akan nasib negara lain yang sukar untuk menjalankan
aktiviti pembangunan dengan berkongsi teknologi, ilmu pengetahuan
dan model ekonomi yang dapat membantu mereka menjadi negara yang
lebih baik berbanding sebelum ini. Bantuan pakar-pakar ekonomi dan
idea bernas daripada generasi muda diperlukan dalam mewujudkan
kesamarataan ekonomi dunia yang sekaligus mensejahterakan
ketamadunan manusia hari ini.

Isi 4
Akhir sekali, tindakan jelas yang dapat dilakukan dengan pantas dalam
membanteras jenayah antarabangsa adalah dengan memastikan
sempadan negara dikawal ketat. Kita tidak boleh menafikan kecekapan
anggota keselamatan kita dalam menjaga sempadan negara tetapi
penjenayah hari ini semakin licik dan bijak untuk meloloskan diri
daripada dicekup pihak berkuasa. Tamsilnya, anggota keselamatan
negara seharusnya mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan
negara berjiran seperti di sempadan laut dan darat negara. Kerjasama
ini dapat mencegah kemasukan warga asing sacara haram yang boleh
mengancam keselamatan negara. Hal ini berlaku kerana kedudukan
Malaysia dengan negara jiran terutamanya Indonesia dan Thailand yang
kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin. Dalam hidup
berjiran kita seharusnya membantu satu sama lain dalam
menyelesaikan masalah bak kata peribahasa Melayu, ibarat aur dengan
tebing.

Penutup
Konklusinya, pelbagai cara boleh dilakukan oleh semua pihak dalam
membanteras jenayah antarabangsa. Pemimpin-pemimpin negara harus
berganding bahu memanifestasi fikiran dalam mengorak langkah untuk
membanteras kes jenayah antarabangsa sekaligus memastikan
keselamatan sejagat terjamin. Kepentingan yang bersifat
menguntungkan satu pihak sahaja dimana sebelah pihak akan
menerima akibat haruslah dibuang dan diselesaikan dengan bersikap
toleransi dan terbuka. Setiap nyawa di muka bumi ini berharga dan
alangkah ruginya jika tiada tindakan diambil dalam membanteras

https://www.ipendidikan.my/cara-membanteras-jenayah-antarabangsa.html 4/5
05/02/2022, 23:03 Cara-Cara Membanteras Jenayah Antarabangsa

jenayah antarabangsa yang mungkin membunuh seorang bakal doktor


atau bakal pemimpin di masa hadapan. Semoga kita dikurniakan
pemimpin yang berwibawa serta masyarakat yang madani agar
keamanan dan keharmonian global dapat dicapai dengan jayanya.

https://www.ipendidikan.my/cara-membanteras-jenayah-antarabangsa.html 5/5
05/02/2022, 22:58 Cara-cara Membentuk Jati Diri Pelajar

Karangan

Usaha Dan Cara Membentuk Jati Diri


Pelajar

Ipendidikan » Karangan » Usaha Dan Cara Membentuk Jati Diri


Pelajar
Disemak dan dikemaskini pada pukul 12:24 pm, 20 September 2020

Mata pelajaran Bahasa Melayu mempunyai soalan berkaitan penulisan


karangan. Ianya terdiri daripada pelbagai tema dan tajuk yang
berpotensi menjadi soalan bagi para pelajar. Oleh itu, pelajar digalakkan
untuk mencari contoh-contoh karangan yang terdiri daripada pelbagai
tema dan tajuk sebagai persediaan sebelum menjawab kertas
peperiksaan Bahasa Melayu. Sebagai panduan untuk pelajar, berikut
adalah contoh karangan cara-cara membentuk jati diri pelajar.

Untuk makluman pelajar, penulisan karangan yang baik lazimnya


mempunyai struktur yang seimbang daripada bahagian pendahuluan,
isi-isi penting dan juga penutup. Huraian yang tepat berkenaan isi yang
diutarakan serta penggunaan frasa menarik seperti peribahasa dan
penanda wacana membantu dalam mendapatkan pemarkahan yang
cemerlang. Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan
bimbingan daripada guru-guru supaya tidak lari daripda kehendak
soalan yang diberikan.

https://www.ipendidikan.my/cara-membentuk-jati-diri-pelajar.html 1/5
05/02/2022, 22:58 Cara-cara Membentuk Jati Diri Pelajar

Isi Kandungan [Tutup]

1. Usaha-Usaha Dan Cara-Cara Membentuk Jati Diri Pelajar


2. Contoh Karangan Cara-Cara Membentuk Jati Diri Pelajar

Usaha-Usaha Dan Cara-Cara


Membentuk Jati Diri Pelajar
Isi-isi penting
Peranan ibu dan bapa dalam menunjukkan tauladan terbaik
Peranan guru dalam memastikan pematuhan disiplin dan peraturan
Peranan kerajaan dalam melaksanakan dasar pendidikan yang
berkesan
Peranan media massa membudayakan nilai-nilai murni
Kepentingan didikan agama dan moral
Menghargai pencapaian pelajar

Baca juga: Contoh-Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu Terbaik

Contoh Karangan Cara-Cara Membentuk Jati


Diri Pelajar
Pendahuluan
Jati diri adalah sifat atau ciri yg unik dan istimewa yang menjadi teras
dan lambang keperibadian seseorang individu. Ia dibentuk berdasarkan

https://www.ipendidikan.my/cara-membentuk-jati-diri-pelajar.html 2/5
05/02/2022, 22:58 Cara-cara Membentuk Jati Diri Pelajar

pengaruh keluarga, agama dan budaya masyarakat setempat yang


didiami oleh individu tersebut. Menurut peribahasa Melayu, melentur
buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud bagi membentuk sesuatu
hendaklah bermula sebelum umurnya mencapai kematangan. Oleh
sebab itu, para pelajar terutamanya murid di sekolah rendah merupakan
kumpulan sasar dalam membentuk jati diri supaya menjadi insan yang
berguna pada diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Jika diamati, pelajar adalah khazanah yang berharga kepada negara
secara amnya kerana merekalah yang akan menggantikan pemimpin
negara dan menjadi penentu kejayaan negara dalam era yang serba
mencabar akal dan minda ini. Justeru, kita seharusnya mengkaji dan
melaksanakan cara-cara membentuk jati diri pelajar supaya menjadi
generasi yang lebih baik daripada generasi hari ini.

Isi 1
Antara cara yang sepatutnya diamalkan bagi membentuk jati diri pelajar
bermula dengan ibu dan bapa yang menunjukkan tauladan terbaik
kepada anak-anak. Pendidikan bermula dari rumah adalah frasa yang
menjadi polemik golongan ibu dan bapa hari ini kerana anak-anak
merupakan cerminan sifat dan ragam ibu dan bapa di rumah. Bak kata
peribahasa, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Oleh itu, ibu
dan bapa telah dipertangggungjawabkan dengan amanah dari Tuhan
apabila mereka dikurniakan zuriat untuk mendidik anak-anak dengan
tauladan terbaik. Misalnya, anak-anak melihat ibu dan bapa
menghormati datuk dan nenek mereka, pasti anak-anak akan mengikut
jejak langkah ibu dan bapa mereka untuk menghormati orang yang lebih
tua daripada mereka. Nilai ini adalah mustahak kerana tempiasnya akan
diterima oleh para guru di sekolah dan mereka akan berasa tenang
untuk mengajar anak murid yang pandai menghormati guru-gurunya.
Intihannya, segala nilai murni dan tauladan yang ditunjukkan oleh ibu
dan bapa ketika bersama anak-anak akan membentuk jati diri mereka
bagi menghadapi rutin harian mereka sama ada di sekolah mahupun di
tempat lain.

Isi 2
Di samping itu, pembentukan jati diri pelajar boleh dilaksanakan dengan
guru memainkan peranan dalam memastikan pelajar mematuhi
peraturan di sekolah. Institusi pendidikan seperti sekolah merupakan
tunas pembentukan masyarakat kerana asas kemahiran manusia
seperti membaca, mengira dan menulis dipraktikkan dengan ilmu-ilmu
lain. Justeru, sekolah memerlukan peraturan supaya para pelajar patuh
dan mudah untuk diuruskan kerana jumlah murid lebih ramai berbanding
guru. Dengan arahan yang mudah difahami dan penegasan yang tepat,
https://www.ipendidikan.my/cara-membentuk-jati-diri-pelajar.html 3/5
05/02/2022, 22:58 Cara-cara Membentuk Jati Diri Pelajar

anak-anak murid pasti akan mendengar dan patuh kepada setiap


arahan yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh, guru memberikan
arahan supaya menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh masa
tertentu dan pelajar berjaya mengikut arahan untuk menyelesaikan
ugasan yang diberi. Senario ini akan membentuk pelajar yang menepati
masa disamping mendengar arahan dengan baik dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan atau kerja sekolah. Izharnya, pelajar akan didedahkan
dengan nilai akhlak baik dan budi pekerti yang mulia untuk disemat
dalam diri supaya digunakan apabila menjelang dewasa nanti.

Isi 3
Pada waktu yang sama, jati diri pelajar dapat dibentuk dengan
memperkenalkan dasar pendidikan yang berkesan. Perkara ini
merupakan peranan Kementerian Pendidikan dalam mengatur kurikulum
yang efektif dengan perkembangan pelajar hari ini. Generasi muda
mutakhir ini merupakan generasi yang celik teknologi dan banyak
bergantung pada gajet dalam aktiviti harian mereka. Demi membina
negara yang progesif, setiap industri yang menunjangi ekonomi negara
terutamanya sektor pendidikan seharusnya menerima perkembangan
teknonolgi seiring dengan perkembangan kebolehan manusia. Maka,
pendidikan yang seimbang diantara kurikulum di dalam bilik darjah dan
luar bilik darjah perlu dilaksanakan agar pelajar lebih bersedia dalam
mendepani cabaran di masa hadapan. Sekiranya pelajar menikmati
sistem pendidikan yang ditawarkan, secara tidak langsung jati diri
mereka akan bertambah baik kerana ingin mencapai kemuncak
pencapaian akademik yang mampu diperoleh. Dengan peluang yang
baik ditawarkan di dalam negara, pasti para pelajar akan bersungguh-
sungguh untuk memiliki ijazah tertinggi. Kesannya, negara akan
mendapat para graduan professional yang ingin menyumbang dan
berkhidmat kepada pertumbuhan ekonomi serta kemajuan dalam
negara.

Isi 4
Akhir sekali, cara yang boleh diusahakan dalam membentuk jati diri
pelajar adalah dengan membudayakan nilai-nilai murni oleh media
massa. Kita tidak boleh nafikan bahawa pengaruh media massa
memainkan peranan yang besar dalam mencorak budaya masyarakat
hari ini. Jika diamati, industri hiburan seperti drama dan filem tempatan
kurang menarik perhatian masyarakat kerana menggunakan naratif
penceritaan yang hampir sama iaitu berkaitan percintaan dan elemen
mistik. Namun, kebangkitan industri animasi tempatan seperti Upin-Ipin
dan Ejen Ali memberikan impak yang baik kepada industri hiburan sejak
kebelakangan ini. Asimilasi penceritaan yang menerapkan elemen dan
https://www.ipendidikan.my/cara-membentuk-jati-diri-pelajar.html 4/5
05/02/2022, 22:58 Cara-cara Membentuk Jati Diri Pelajar

budaya tempatan telah menarik perhatian bukan sahaja golongan


kanak-kanak malah golongan dewasa menikmati filem dan siri episod
yang ditayangkan. Selain itu, selingan iklan atau pesanan khidmat
masyarakat juga wajar digalakkan lagi di televisyen dan juga siaran
radio. Hal ini demikian kerana ia memberikan peringatan kepada
masyarakat tentang nilai-nilai murni yang seharusnya diamalkan oleh
semua ahli masyarakat terutamanya para pelajar bagi membentuk jati
diri yang kukuh. Persis kata peribahasa Melayu, ingat antara belum
kena, hemat antara belum habis.

Penutup
Konklusinya, pelbagai cara perlu digarap bagi membentuk jati diri para
pelajar. Pembentukan jati diri adalah penting supaya personaliti terbaik
dapat dihasilkan dalam kalangan generasi muda yang akan memacu
negara di masa hadapan. Bagi menjana kemajuan negara ke arah
pembangunan yang berterusan dan merealisasikan aspirasi kejayaan
negara, jati diri generasi muda iaitu para pelajar perlu dibentuk dengan
baik. Penglibatan dalam gejala sosial yang semakin merunsing
seharusnya dikurangkan dan dibanteras dengan berkesan. Semoga
setiap pihak memainkan peranan masing-masing dalam menjadi
tauladan dan para pelajar mendapat inspirasi untuk menjadi insan yang
lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Masyarakat pula harus
memberikan ruang dan menyokong aspirasi anak muda yang mampu
melestarikan perpaduan dan keharmonian yang berkekalan dalam
negara. Kelak pemimpin yang berintegriti dan mempunyai jati diri yang
tinggi akan terhasil.

https://www.ipendidikan.my/cara-membentuk-jati-diri-pelajar.html 5/5
05/02/2022, 22:53 Cara-Cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit

Karangan

Langkah & Cara Menangani Masalah


Penyakit Berjangkit

Ipendidikan » Karangan » Langkah & Cara Menangani Masalah


Penyakit Berjangkit
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:01 pm, 12 November 2020

Contoh-contoh karangan yang dikongsikan merangkumi pelbagai jenis


topik dan tema. Variasi soalan ini adalah untuk menguji kemampuan
para pelajar untuk memberikan isi-isi penting dan huraian yang menarik
agar dapat menjawab soalan dengan tepat serta penggunaan bahasa
yang betul. Berikut adalah contoh karangan cara-cara menangani
masalah penyakit berjangkit yang menjadi isu penting untuk
dibincangkan dan dipertimbangkan oleh para pelajar.

Topik yang seringkali diberikan adalah bertemakan masyarakat atau isu


yang berlaku dalam dan luar negara. Justeru, bimbingan dan panduan
guru dalam merujuk contoh dibawah diperlukan agar penulisan
karangan pelajar menepati kehendak soalan. Karangan yang menarik
juga terdapat peribahasa dan frasa-frasa menarik yang mampu
memukau pembaca.

Pada Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah


mengeluarkan perintah kawalan pergerakan bagi pengawalan jangkitan
virus influenza mers cov covid-19 yang mula dikesan di Malaysia.

https://www.ipendidikan.my/cara-menangani-masalah-penyakit-berjangkit.html 1/6
05/02/2022, 22:53 Cara-Cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit

Keputusan ini telah diambil sebagai langkah pencegahan penularan


wabak jangkitan kerana jangkitan virus ini mudah dijangkiti dan
mengancam nyawa orang ramai.

Tempoh kuarantin selama 14 hari bagi mereka yang pulang dari negara
luar menunjukkan tanda-tanda yang baik apabila bilangan kes turun
secara berperingkat. Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia juga
berjaya mendapatkan rawatan menangani penularannya dan melawan
virus yang merbahaya dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.

Isi Kandungan [Tutup]

1. Langkah Dan Cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit


2. Contoh Karangan Cara-Cara Menangani Penularan Wabak Penyakit
3. Contoh 2

Langkah Dan Cara Menangani Masalah


Penyakit Berjangkit

Isi-isi penting

https://www.ipendidikan.my/cara-menangani-masalah-penyakit-berjangkit.html 2/6
05/02/2022, 22:53 Cara-Cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit

memastikan kebersihan diri dan persekitaran terjamin


mengamalkan gaya hidup sihat
mengawal kemasukan pelancong dan buruh asing
memeriksa bahan-bahan import
sentiasa membuat penyelidikan
melupuskan ancaman dengan segera

Baca juga: Koleksi Peribahasa Melayu Serta Maksudnya

Contoh Karangan Cara-Cara Menangani


Penularan Wabak Penyakit
Pendahuluan
Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini kita dapat menyaksikan
peningkatan kes-kes penularan penyakit di dalam negara mahupun di
seluruh pelusuk dunia. Ianya dikategorikan sebagai subset penyakit
yang boleh ditularkan dan berjangkit kepada orang lain. Ia mampu
merebak melalui laluan udara dan juga melalui hubungan fizikal.
Polemik yang semakin membimbangkan masyarakat dunia amnya dan
masyarakat Malaysia khususnya ini umpama duri dalam daging.
Rentetan itu, kita wajar untuk mengenal pasti cara terbaik untuk
menangani masalah ini untuk daya tahan kesihatan dan kesejahteraan
masyarakat. Persis kata mutiara, mencegah lebih baik daripada
merawat.

Isi 1
Perkara utama dalam menghadapi isu global ini adalah tindakan setiap
individu dalam masyarakat untuk menjaga kebersihan diri dan
persekitaran. Kebersihan diri adalah nilai penting yang wajib diamalkan
oleh semua manusia kerana kekotoran adalah punca kepada penularan
ini. Setiap ahli masyarakat dalam kalngan kanak-kanak dan dewasa
perlu mengutamakan kebersihan diri dengan membuang sampah di
tempat yang betul, sentiasa mencuci tangan selepas menggunakan
tandas dan memilik restoran yang memiliki tahap kebersihan terbaik.
Aktiviti bergotong-royong dalam membersihkan kawasan perumahan
dan tempat-tempat awam perlu sentiasa dianjurkan agar kebersihan
dijaga di samping hubungan kemasyarakatan dapat dieratkan. Maka,
kita perlu sentiasa mengingatkan diri dan orang sekeliling supaya
menitik beratkan aspek kebersihan diri dan persekitaran dalam
kehidupan seharian.

https://www.ipendidikan.my/cara-menangani-masalah-penyakit-berjangkit.html 3/6
05/02/2022, 22:53 Cara-Cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit

Isi 2
Cara lain dalam mencegahnya adalah dengan mengamalkan gaya hidup
sihat. Masyarakat yang inteligensia adalah masyarakat yang
mempraktikkan gaya hidup sihat kerana manfaatnya yang besar bukan
sahaja pada diri malahan berfaedah untuk negara. Gaya hidup sihat
merangkumi pemakanan seimbang dan melakukan aktiviti riadah atau
bersukan. Aktiviti ini yang dilakukan pada waktu lapang ini akan
memanfaatkan diri individu tersebut. Mereka akan terhindar dari wabak
dan tahap imunisasi badan lebih kuat berbanding individu yang tidak
mengamalkan gaya hidup sihat. Tambahan pula, pemakaian kondom
dalam pelakuan seks suka sama suka juga adalah penting sebagai
langkah kebersihan dan mengelakkan penyakit yang tiada penawar
sehingga hari ini iaitu HIV dan AIDS. Justeru, pendidikan dan kempen
kesedaran perlu digiatkan dalam melibatkan semua lapisan masyarakat
untuk mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah menangani
masalah yang kian meningkat masa kini.

Isi 3
Selain itu, ianya juga berpotensi dibawa oleh pelancong atau buruh
asing. Pihak berkuasa bertanggungjawab untuk memperketatkan
kawalan kemasukan pelancong dan buruh asing ke dalam negara.
Pelancong asing mempunyai risiko rendah berbanding buruh asing yang
akan menetap lebih lama dan berisiko bergaul dengan masyarakat
tempatan. Oleh itu, saringan kesihatan perlu diwajibkan dan
penangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) perlu diperkasakan.
Amalan kebersihan mereka mungkin berbeza daripada kita jadi, pihak
yang bertanggungjawab membawa buruh asing ini perlu memastikan
kebajikan pekerja mereka dijaga dengan baik. Kesannya, kita dapat
menjamin kesihatan kita di samping menyemarakkan ekonomi dengan
kawalan yang baik ke atas kemasukan pelancong dan buruh asing.

Isi 4
Akhir sekali, cara-cara menangani adalah dengan memeriksa setiap
bahan import yang masuk ke dalam negara. Hal ini kerana kita tidak
mahu pisang berbuah dua kali seperti peristiwa yang telah berlaku
dahulu di negara China dimana berlaku serangan selesema burung
yang serius. Pihak berkuasa perlu memastikan haiwan-haiwan yang
dibawa masuk ke negara ini bebas daripada jangkitan sebarang
penyakit berbahaya. Tidak kira sama ada haiwan tersebut diimport untuk
dijadikan makanan atau haiwan peliharaan. Sumber makanan seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan juga perlu disaring dan dipastikan
kebersihannya daripada sebarang keracunan dan wabak. Kerjasama

https://www.ipendidikan.my/cara-menangani-masalah-penyakit-berjangkit.html 4/6
05/02/2022, 22:53 Cara-Cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit

antara agensi penguatkuasa dan kesihatan perlu dipereratkan agar


tindakan ini dapat dijalankan dengan baik dan sekaligus memusnahkan
ancaman wabak daripada luar.

Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak cara yang boleh diusahakan untuk
menangani masalah ini di Malaysia. Tindakan melawan penyakit secara
holistik oleh semua pihak akan menyumbang kepada penurunan kes ini
seterusnya melahirkan negara yang bebas dari masalah ini. Media
massa dan kerajaan berperanan besar dalam menyedarkan masyarakat
kita akan kepentingan dan manfaat mencegah penularan wabak ini.
Janganlah kita berfikiran jumud dalam perkara ini kerana menyesal
dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Peribahasa ini
membawa maksud kita perlulah sedar dan mengambil tindakan segera
ke atas perkara yang merbahaya ini agar tidak kesal akan akibatnya
dikemudian hari.

Contoh 2
Dalam era globalisasi ini, penyakit berjangkit semakin meningkat di
seluruh dunia. Penyakit berjangkit telah menjejaskan kesihatan manusia
dan menjadi masalah kepada kita. Manusia tidak peka terhadap isu-isu
yang serius ini menyebabkan penyakit berjangkit merebak dengan
cepatnya. Kita mestilah mengambil berat terhadap masalah ini kerana
mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Persoalannya,
apakah cara-cara menjauhi penyakit berjangkit? Perkara ini akan saya
huraikan hingga akar umbi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat mestilah memakai


penutup mulut dan hidung. Hal ini dikatakan demikian kerana bakteria
akan terperangkap dalam penutup itu. Penyakit berjangkit tidak mudah
menular antara satu sama lain. Setiap masyarakat patut menggunakan
penutup mulut dan hidung semasa berada di tempat yang terbuka.
Penutup ini boleh mengelakkan bakteria ini menular kepada orang lain
juga boleh menjaga diri daripada bakteria. Hal ini merupakan sesuatu
perlindungan kepada kita untuk menjaga kesihatan diri. Tegasnya,
memakai penutup mulut dan hidung dapat mengatasi masalah penyakit
berjangkit untuk merebak.

Selain itu, masyarakat boleh menggunakan pensanitasi tangan semasa


berada di luar rumah. Pensanitasi tangan ini dapat membunuh bakteria
yang berada pada tangan kita. Kita haruslah sentiasa memastikan
tangan kita adalah bersih supaya bakteria ini tidak akan menyerang

https://www.ipendidikan.my/cara-menangani-masalah-penyakit-berjangkit.html 5/6
05/02/2022, 22:53 Cara-Cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit

badan kita. Pihak berkuasa haruslah menyediakan pensanitasi tangan


sebagai kemudahan awam kepada setiap masyarakat. Oleh itu, kita
boleh menjaga kesihatan diri pada bila-bila masa sebelum nasi menjadi
bubur. Kita haruslah mengelakkan tangan kita daripada menyentuh
pancaindera supaya bakteria tidak akan memasuki ke dalam badan kita.
Pendek kata, pensanitasi tangan amat penting kepada kita untuk
memastikan tangan kita sentiasa bersih dan menjauhkan diri daripada
penyakit berjangkit.

Di samping itu, manusia haruslah mematuhi penjarakan sosial antara


satu sama lain. Kita mestilah sentiasa menjarakkan diri semasa berada
di luar rumah. Kita mestilah menghentikan semua aktiviti luar untuk
memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan. Contohnya, pihak
kerajaan telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di
Malaysia sepanjang dua bulan. Penyakit berjangkit dapat dikawal
dengan cepat jika setiap masyarakat mematuhi arahan yang telah diberi
oleh pihak berkuasa. Setiap masyarakat mestilah bersatu padu untuk
mengawal penularan wabak ini kerana bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Jelaslah bahawa, kita bertanggungjawab mematuhi penjarakan
sosial ini untuk menjauhi penyakit berjangkit.

Kesimpulannya, terdapat banyak cara-cara yang boleh kita lakukan


untuk menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit. Pihak kerajaan
haruslah bijak memberikan arahan yang betul kepada masyarakat untuk
mengawal penularan wabak di negara kita. Setiap masyarakat mestilah
berganding bahu bagai aur dengan tebing dan mematuhi segala arahan
yang telah diberikan oleh pihak kerajaan supaya kes penyakit berjangkit
dapat dikurangkan. Saya berharap agar penyakit berjangkit dapat
dikawal dengan cepatnya supaya setiap masyarakat akan hidup dengan
gembiranya. Marilah kita sama-sama mencegah penyakit berjangkit
daripada mendadak.

Kredit : Cikgu Tan CL

Related : akta pencegahan cirit birit kesihatan awam1988 kejadian


penyakit, jenis penyakit kesihatan awam kes penyakit pengawalan
penyakit pakar perubatan untuk mencegah kedua duanya penyakit yang
disebabkan, jangkitan penyakit penyakit berjangkit 1988 kejadian kes
batuk atau bersin influenza a h1n1 melaporkan kejadian

https://www.ipendidikan.my/cara-menangani-masalah-penyakit-berjangkit.html 6/6
05/02/2022, 22:53 Cara-Cara Mengatasi Stress Atau Tekanan

Karangan

Usaha Dan Cara Mengatasi Stress


Atau Tekanan

Ipendidikan » Karangan » Usaha Dan Cara Mengatasi Stress Atau


Tekanan
Disemak dan dikemaskini pada pukul 1:19 pm, 11 Oktober 2020

Contoh penulisan karangan Bahasa Melayu yang cemerlang


mempunyai gaya bahasa yang menarik di samping isi-isi penting yang
tepat dan betul. Para pelajar digalakkan membaca dengan lebih banyak
supaya didedahkan dengan salah satu tema dan tajuk soalan yang
lazimnya dikeluarkan ketika peperiksaan mata pelajaran Bahasa
Melayu. Sebagai rujukan para pelajar, berikut dikongsikan contoh
karangan cara-cara mengatasi tstress atau ekanan (salah satu cara
menghilangkan stress).

Tajuk berkaitan tekanan untuk mengatasinya dan mengurangkan stress


ini seharusnya mudah bagi para pelajar kerana ia tidak memerlukan
fakta yang berat serta boleh dihurai dengan baik. Selain itu, pelajar
secara tidak langsung dapat mengambil pengajaran daripada penulisan
karangan yang dikarang dalam kehidupan seharian. Salah satu cara
untuk mengelakkan atau menghilangkan stres

https://www.ipendidikan.my/cara-mengatasi-stress-tekanan.html 1/7
05/02/2022, 22:53 Cara-Cara Mengatasi Stress Atau Tekanan

Isi Kandungan [Tutup]

1. Cara-Cara Menangani Stress Atau Tekanan Dengan Berkesan


2. Contoh Karangan Cara-Cara Mengatasi Stress Atau Tekanan (Untuk
Mengelakkan)
3. Contoh 2

Cara-Cara Menangani Stress Atau


Tekanan Dengan Berkesan
Isi-isi penting
Mempelajari kawalan emosi kendiri
Berkongsi masalah dengan orang yang dipercayai
Melakukan aktiviti riadah
Beribadat kepada Tuhan
Berehat atau melancong
Berjumpa dengan kaunselor

Baca juga: Faedah Menyertai Aktiviti Beruniform

Contoh Karangan Cara-Cara Mengatasi Stress


Atau Tekanan (Untuk Mengelakkan)
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/cara-mengatasi-stress-tekanan.html 2/7
05/02/2022, 22:53 Cara-Cara Mengatasi Stress Atau Tekanan

Sejak kebelakangan ini, isu depresi dan kemurungan menjadi polemik


yang dibincangkan dalam masyarakat konvensional. Kenaikan kos sara
hidup dan ketidak tentuan ekonomi negara telah menyebabkan isu yang
sebelum ini tidak diberi perhatian umum kini menjadi masalah utama
dalam kalangan komuniti terutamanya golongan remaja dan belia.
Masalah depresi atau kemurungan berpunca daripada tekanan atau
stres yang berpanjangan, keterlaluan dan tiada kemampuan daya tindak
seseorang individu terhadap masalah tersebut. Ia merupakan tindak
balas fizikal, emosi dan juga mental yang dialami oleh seseorang
apabila terdapat desakan terhadap sesuatu perkara. Sesiapa sahaja
yang mengamalkan berbagai cara gaya hidup samada kanak-kanak,
remaja, dewasa serta warga emas boleh mengalami stres atau tekanan.
Justeru, wajar untuk kita bincangkan apakah cara-cara yang boleh
dilaksanakan bagi mengatasi tekanan atau stres sebagai panduan
kepada masyarakat hari ini.

Isi 1
Prakarsa utama dalam membendung tekanan atau stres adalah dengan
mempelajari kawalan emosi kendiri. Terdapat tekanan yang berbentuk
sedikit, sederhana dan berlebihan di mana dalam jangka masa panjang
dan tidak dapat ditangani oleh individu tersebut, ia akan menyebabkan
kesan negatif serta memudaratkan kesihatan mereka. Oleh itu,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan
penyelesaian jangka pendek sebagai kawalan emosi kendiri yang
dikenali sebagai kaedah “10B”. Sekiranya anda mengalami stres atau
tekanan anda perlu mengikuti kaedah ini secara berturutan iaitu
bertenang, bernafas secara dalam, berkata relaks kepada diri,
beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan
mendengar muzik, beriadah, bersenam serta akhir sekali berfikiran
positif. Kaedah ini juga baik untuk membantu menangani tekanan darah
tinggi yang meyumbang kepada punca stres. Memang kita tidak boleh
nafikan bahawa punca tekanan dan stres lazimnya bukan daripada diri
kita dan sukar untuk mengatasinya tetapi dengan kaedah yang
diutarakan, kita dapat mencegah perkara yang lebih negatif daripada
berlaku.

Isi 2
Di samping itu, tekanan atau stres boleh diatasi dengan berkongsi
masalah atau bercerita tentang perkara yang dilalui kepada individu
yang dipercayai. Sebagai contoh, apabila majikan memarahi pekerja
tentang tugasan yang diberikan, pekerja tersebut tidak berasa tertekan
dan tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah terbabit untuk
mengurangkan stress. Maka, pekerja tersebut boleh mencari rakan kerja
https://www.ipendidikan.my/cara-mengatasi-stress-tekanan.html 3/7
05/02/2022, 22:53 Cara-Cara Mengatasi Stress Atau Tekanan

yang berkecimpung dalam bidang yang sama seterusnya berkongsi


masalah dan berbincang tentang jalan penyelesaian terbabit. Tindakan
ini bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan malah menunjukkan
teladan dan tahap profesional yang lebih baik daripada majikan pekerja
tersebut yang menuding jari tanpa memberikan sebarang bantuan.
Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat telah pun membangunkan Talian Kasih 15999 yang
beroperasi selama 24 jam pada setiap hari. Talian aduan krisis ini
membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai masalah berkaitan
kaunseling, kebajikan, perlindungan dan masalah keluarga untuk
berhubung dengan pegawai yang bertugas dan mereka akan membantu
mangsa atau individu yang tiada kenalan untuk berkongsi masalah serta
untuk menghilangkan stres.

Isi 3
Alternatif lain yang dapat dilakukan oleh individu bagi mengelakkan
tekanan atau stres adalah dengan melakukan aktiviti riadah seperti
bersenam atau bersukan. Umum mengetahui bahawa aktiviti riadah
mendatangkan pelbagai manfaat sekiranya kita aktif dalam
menyertainya. Misalnya, apabila seseorang bermain sukan badminton
bersama rakn-rakan, secara zahirnya mereka dapat melepaskan
tekanan yang mereka alami dengan menghasilkan pukulan smesy ke
arah lawan. Tambahan pula permainan sukan mewujudkan semangat
setiakawan dan kerjasama di mana satu bentuk kepuasan akan
diperoleh sekiranya pasukan individu tersebut memenangi permainan
yang disertai. Bagi golongan dewasa yang berkerjaya dan mempunyai
kekangan masa untuk bersukan seharusnya meluangkan masa dihujung
minggu untuk beriadah sekurang-kurangnya selama 30 minit.
Kemudahan pusat riadah seperti taman permainan dan taman komuniti
telah lengkap dengan trek untuk berjoging atau berbasikal serta
kelengkapan asas gimnasium yang boleh digunakan tanpa bayaran
untuk melepaskan hormon kesehatan tubuh. Kesannya, badan yang
cergas akan membentuk minda sihat dan tekanan atau stres dapat
diatasi.

Isi 4
Jika dilihat pada sudut pandang yang berlainan, tekanan dapat
dielakkan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan. Hal ini demikian
kerana, ketenangan hati dan segala urusan duniawi adalah kurniaan
dan ujian yang diberikan oleh Tuhan. Maka, kita seharusnya sentiasa
bermuhasabah diri sama ada perkara atau kehidupan yang kita jalani
seiring dengan ajaran dan kehendak Beliau. Setiap agama
mengetengahkan konsep kebaikan dan nilai-nilai murni supaya kita tidak
https://www.ipendidikan.my/cara-mengatasi-stress-tekanan.html 4/7
05/02/2022, 22:53 Cara-Cara Mengatasi Stress Atau Tekanan

terjerumus dalam lembah duniawi yang tidak kekal dan bersifat


sementara. Sebagai seorang muslim, ibadat solat merupakan tiang
agama dan mampu membantu menenangkan hati dan minda jika
dilakukan dengan kekhusyukan. Tambahan pula, segala perbuatan
dalam solat telah ditafsirkan sebagai bentuk senaman ringan kepada
kita setelah mengharungi pekerjaan sepanjang hari. Lantaran itu,
pendekatan diri kepada Sang Pencipta bukan sahaja memberikan kita
ketenangan malah menunjukkan jalan yang benar dan diperlukan oleh
manusia yang lemah seperti kita semua untuk meningkatkan
kerohanian. Izharnya, kekuatan rohani akan mezahirkan ketahanan
jasmani terhadap apa sahaja masalah yang timbul.

Penutup
Sebagai kesimpulan, terdapat banyak cara menghilangkan stress yang
boleh dilakukan bagi mengatasi tekanan atau stres. Ia adalah perasaan
semula jadi yang ada pada setiap individu dan pelbagai faktor yang
menyumbang kepada desakannya terhadap sesorang individu. Dengan
kesedaran masyarakat yang semakin baik terhadap perkara ini, ramai
pihak seharusnya menggembleng tenaga bagi memperkenalkan
mekanisme kawalan terhadap tekanan atau stres yang dihadapi oleh
ahli masyarakat. Perkara ini boleh diputar menjadi sumber motivasi
seseorang untuk mencapai segala bentuk kejayaan dalam perkara yang
mereka ceburi. Kita hanya memerlukan kepakaran dan kajian yang telus
supaya dapat membantu golongan yang terkesan serta untuk
mengetahui kaedah terbaik kerana mencegah lebih baik daripada
merawat. Semoga segala inisiatif dan cara menghilangkan stres yang
diatur dapat memangkin sifat mahmudah dalam diri setiap individu
seterusnya melahirkan komuniti yang hidup sejahtera, aman dan
harmoni.

Contoh 2
Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha
memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang
cemerlang. Stres yang dihadapi telah menyebabkan ada remaja yang
mengambil tindakan yang tidak sesuai. Jelaskan usaha-usaha yang
perlu anda lakukan untuk menangani stres.

Zaman remaja diakui sebagai zaman yang sangat indah namun penuh
pancaroba. Remaja akan meneroka pelbagai sudut kehidupan demi
mencari hala tuju mereka. Dalam tempoh pengembaraan itu, remaja
akan berdepan dengan pelbagai masalah yang menguji ketabahan
mereka. Ada remaja yang berjaya menangani masalah dengan baik

https://www.ipendidikan.my/cara-mengatasi-stress-tekanan.html 5/7
05/02/2022, 22:53 Cara-Cara Mengatasi Stress Atau Tekanan

namun ada juga yang tewas dalam kancah emosi sehingga


mencetuskan permasalahan yang lebih serius. Remaja seperti inilah
yang perlu dibantu agar mampu menangani tekanan emosi dalam jiwa
mereka dengan cara yang bijak.

Apabila dibebani masalah, remaja lebih cenderung untuk melarikan diri


daripada masalah dengan mencetus masalah lain. Contohnya, remaja
selalu berdepan dengan konflik keluarga kerana pandangan yang
berbeza. Jika itu berlaku, mereka mengambil jalan mudah dengan
keluar melepak bersama rakan-rakan yang mungkin mendorong mereka
untuk melakukan perkara-perkara negatif. Mereka mula tidak pulang ke
rumah kerana tidak ingin bertembung dengan punca masalah di rumah.
Hakikatnya tindakan itu tidak bijak kerana langkah terbaik adalah
dengan mencari punca masalah tersebut dan berbincang bersama-
sama agar yang keruh dapat dijernihkan. Jelas bahawa merungkai
benang yang kusut adalah lebih baik daripada terus menambah
masalah.

Ada juga remaja yang gemar memendam rasa apabila berdepan


dengan masalah. Mereka akan menjadi pendiam dan jika keadaan itu
dibiarkan berterusan, kemungkinan mereka akan menjadi murung.
Kemurungan yang berlebihan akan membawa kepada masalah jiwa.
Perkara ini boleh dielakkan jika remaja mencari seseorang yang boleh
dipercayai untuk meluahkan masalah mereka. Teman baik merupakan
orang yang sepatutnya dijadikan sandaran namun remaja perlu bijak
memilih orang yang paling dipercayai. Walaupun orang yang mendengar
tidak mampu membantu, sekurang-kurangnya luahan masalah itu dapat
meringankan kekusutan yang bermain di minda. Melepaskan apa yang
terbuku di jiwa merupakan terapi paling baik dalam menangani stres.

Selain itu, cara yang tepat untuk mengatasi stres adalah dengan
mendekatkan diri kepada Tuhan. Berdoa dan meluahkan rasa hati
kepada Tuhan dapat meringankan bebanan. Dengan mendekatkan diri
kepada Tuhan, remaja dapat menerima hakikat bahawa masalah yang
datang itu adalah dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap
keimanan seseorang. Dugaan itu akan dipandang dari sudut yang positif
jika remaja menerima segala masalah sebagai ketentuan atau takdir
daripada Tuhan. Maka mendekatkan diri kepada Tuhan dengan
beribadat merupakan cara yang paling tepat untuk menghilangkan
keresahan hati dan remaja boleh memohon petunjuk daripada Tuhan
untuk menyelesaikan masalah tersebut.

https://www.ipendidikan.my/cara-mengatasi-stress-tekanan.html 6/7
05/02/2022, 22:53 Cara-Cara Mengatasi Stress Atau Tekanan

Kerungsingan terbukti dapat dihindarkan atau diatasi dengan cara


beriadah. Jika ada masalah, luangkan masa untuk bersenam atau
berjalan-jalan di kawasan riadah yang tenang. Ini selaras dengan slogan
badan cergas otak cerdas. Aliran darah yang lancar hasil aktiviti riadah
dapat mengurangkan tekanan pada minda yang berserabut dan
kemungkinan remaja dapat melupakan seketika masalah yang sedang
ditanggung. Remaja juga patut mengajak rakan atau ahli keluarga untuk
bersama-sama beriadah dan hasil komunikasi ketika sesi riadah dapat
membantu meringankan masalah. Tuntasnya, proses biologi yang
tercetus ketika beriadah dapat memberi ilham kepada remaja untuk
menyelesaikan masalah emosi yang ditanggung.

Kesimpulannya, stres tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana


implikasinya terlalu besar. Orang yang sedang dalam tekanan yang
keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal diri sendiri. Justeru, jika kita
sedang mengalami stres, berusahalah untuk mengatasinya secepat
mungkin. Begitu juga jika kita melihat rakan yang sedang dalam
tekanan, carilah jalan untuk membantunya mengatasi masalah tersebut.
Cegah sebelum parah adalah jalan yang terbaik sebelum nasi menjadi
bubur.

Related : tempat kerja, penting untuk terbaik untuk, hormon kortisol dan
adrenalin stres yang berkepanjangan berjalan kaki mengatasi
stres menenangkan pikiran tubuh dan pikiran

https://www.ipendidikan.my/cara-mengatasi-stress-tekanan.html 7/7
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Mengekalkan Keceriaan Sekolah (Contoh Karangan)

Karangan

Cara-Cara Mengekalkan Keceriaan


Sekolah

Ipendidikan » Karangan » Cara-Cara Mengekalkan Keceriaan Sekolah


Disemak dan dikemaskini pada pukul 11:07 pm, 11 Jun 2021

Sekolah merupakan tempat kita menuntut pelajaran untuk lengkapi diri


dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran berguna. Lantaran itu,
persekitaran kawasan sekolah yang kondusif akan mempunyai
pengaruh terhadap pelajar menelaah pelajaran dan menuntut ilmu.
Setiap penghuni sekolah termasuk pelajar, guru dan kakitangan mesti
menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa
selesa jika persekitaran sekolahnya sentiasa berada dalam keadaan
bersih dan ceria. Bak kata pepatah Melayu, “hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu merancang strategi
dan cara yang berkesan untuk menceriakan kawasan sekolah.

Sudah semestinya, keceriaan kawasan sekolah seringkali diperkatakan


dalam perhimpunan harian mahupun mingguan malah sering dipandang
serius oleh para ibu bapa untuk memastikan anak mereka belajar di
tempat yang bersih dan selesa. Justeru itu, semua pihak mestilah
berusaha dan memegang komitmen dalam menangani isu ini kerana “di
mana ada kemahuan di situ ada jalan”.

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-mengekalkan-keceriaan-sekolah.html 1/5
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Mengekalkan Keceriaan Sekolah (Contoh Karangan)

Contoh Karangan Langkah


Menceriakan Kawasan Sekolah

Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi


menceriakan dan memastikan kebersihan kawasan sekolah?
Sebenarnya terdapat pelbagai cara atau langkah yang telah diambil oleh
pihak sekolah serata Malaysia yang boleh dijadikan contoh bagi sekolah
lain. Antara cara-cara mengekalkan keceriaan sekolah adalah seperti
berikut:

1. Program Gotong-Royong Perdana


Program Gotong-Royong Perdana merupakan satu kaedah utama bagi
menceriakan kawasan sekolah. Hal ini demikian kerana aktiviti gotong-
royong yang diadakan pada hujung minggu setiap bulan oleh pihak
sekolah boleh membuat kawasan persekitaran sekolah kekal dalam
keadaan bersih dan indah.

Tujuan gotong-royong diadakan adalah untuk memastikan setiap warga


sekolah dapat bekerjasama untuk membersihkan sekolah. Aktiviti
bergotong-royong mesti diadakan secara konsisten dan perlu
melibatkan seisi warga sekolah untuk membersihkan seluruh kawasan
sekolah. Dengan melibatkan semua pihak, ukhwah antara pelajar dan
guru dapat diperkuat selain dapat mengukuhkan perpaduan. kerja boleh
disiapkan dengan mudah dan lebih efisien, bak kata pepatah “berat
sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Contohnya, pelajar
dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang manakala

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-mengekalkan-keceriaan-sekolah.html 2/5
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Mengekalkan Keceriaan Sekolah (Contoh Karangan)

para guru akan mengumpulkan sampah tersebut dan membuangnya


atau kitar semula.

Tambahan pula, program ini juga dapat memastikan warga sekolah


bebas daripada wabak penyakit yang disebabkan oleh masalah
kebersihan seperti :-

Demam denggi
Keracunan makanan

Sebagai contoh, Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan


adalah gotong-royong membersihkan kawasan meliputi :-

Kawasan asrama
Kawasan kantin
Tandas
Kawasan Kelas

Dalam pada itu, pihak sekolah juga boleh merancang aktiviti


mengecat semula bangunan yang dapat meningkatkan keceriaan
bangunan sekolah. Pelajar juga boleh bekerjasama untuk mengecat
pagar dan dinding bangunan sekolah serta diberi peluang menyerlahkan
kreativiti masing-masing dengan melukis mural dan slogan kata di
dinding sekolah seperti cogan kata “sekolahku syurgaku”. Tuntasnya,
sekolah akan menjadi lebih cantik dan pelajar akan bersungguh-
sungguh untuk hadir ke sekolah yang kelihatan berseri-seri.

2. Pertandingan Keceriaan Kelas


Langkah seterusnya untuk mengekalkan keceriaan dan kebersihan
kawasan sekolah adalah dengan menganjurkan Pertandingan Keceriaan
Antara Kelas. Hal ini demikian kerana Pertandingan Keceriaan Kelas
anjuran pihak sekolah ini boleh memberi peluang kepada setiap pelajar
untuk memainkan peranan penting serta berganding bahu antara rakan
sekelas dalam menceriakan kelas masing-masing. Melalui aktiviti ini,
setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk
membersihkan kelas mereka seperti :-

Mengelap cermin tingkap


Menyapu lantai
Mengemaskan meja dan kerusi

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-mengekalkan-keceriaan-sekolah.html 3/5
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Mengekalkan Keceriaan Sekolah (Contoh Karangan)

Sebagai contoh, kategori hadiah dalam pertandingan keceriaan kelas


yang boleh diberikan adalah seperti berikut :-

Kelas Paling Ceria


Kelas Paling Teratur
Kelas Paling Bersih

Guru yang bertugas akan membuat pemantauan terhadap kelas satu


demi satu dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Justeru itu, kelas
terbersih dan terkotor akan diumumkan ketika perhimpunan mingguan.
Kelas yang berjaya memenangi kelas paling bersih akan diberikan sijil
penghargaan atau hadiah sagu hati.

Sebaliknya kelas terkotor akan didenda untuk menjalankan pembersihan


pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Dengan adanya
anjakan paradigma seperti ini, diharapkan pelajar akan mengamalkan
tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Sudah pasti para pelajar akan bertungkus lumus untuk mendapatkan


hadiah yang ditawarkan serta mengelak daripada di denda. Di samping
itu, pertandingan ini juga dapat memastikan kerjasama antara murid
sekelas dengan guru untuk menceriakan kelas sebagai satu pasukan
bak kata pepatah ‘bukit sama di daki, lurah sama dituruni’.

3. Membina Taman Mini


Aktiviti seterusnya untuk menceriakan kawasan persekitaran sekolah
adalah dengan membina taman mini di kawasan sekolah. Pembinaan
lebih banyak taman mini yang dipenuhi bunga dan tanaman pokok serta
haiwan jinak menerusi aktiviti yang dijalankan oleh kelab dan persatuan
di sekolah dapat menghasilkan suasana yang cukup tenang, bersih dan
ceria. Setiap sekolah perlu mengadakan “Program Sekolah dalam
Taman” dengan menanam tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok bunga
yang mampu menghijaukan kawasan sekolah. Kesannya persekitaran
sekolah akan menjadi lebih nyaman dan dikelilingi udara yang segar.

Sehubungan dengan itu, pembinaan taman ini juga akan memberi


motivasi kepada mereka untuk sama-sama menjaga kebersihan dan
keceriaan sekolah serta dapat menjadikan daya tarikan kepada para
pelajar untuk datang ke sekolah.

Untuk pengetahuan, antara idea atau jenis pembinaan taman mini


merangkumi :-

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-mengekalkan-keceriaan-sekolah.html 4/5
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Mengekalkan Keceriaan Sekolah (Contoh Karangan)

Taman herba
Taman orkid
Taman burung

Selain itu, pelajar-pelajar juga boleh membawa sendiri pokok bunga


yang terdapat di rumah masing-masing ke sekolah untuk ditanam.

Landskap sekolah juga boleh dilengkapi dengan :-

Kolam ikan
Bukit-bukau
Pondok atau ‘Gazebo’

Tempat-tempat tersebut dapat memastikan agar pelajar boleh


beristirahat dan mungkin membaca atau menelaah pelajaran di situ
dengan selesa. Lantaran itu, pelajar akan lebih selesa dan berminat
untuk menimba ilmu dalam persekitaran seperti taman kehijauan
berbanding bangunan konkrit sahaja.

4. Menerapkan sikap pembersih


Langkah seterusnya supaya sekolah sentiasa ceria ialah dengan tidak
membuang sampah di merata tempat. Sikap tidak membuang sampah
merata-rata pasti dapat menceriakan persekitaran sekolah. Tindakan
tegas hendaklah diambil terhadap pelajar yang tidak mengambil berat
tentang peraturan membuang sampah. Dalam pada itu, pihak sekolah
hendaklah meletakkan tong sampah di tempat yang strategik supaya
pelajar dapat membuang sampah dengan mudah. Pihak pentadbiran
sekolah juga hendaklah sentiasa mengingatkan pelajar supaya tidak
membuang sampah di merata rata.

Kesimpulannya, semua pihak mesti memainkan peranan dalam usaha


menceriakan kawasan sekolah agar sekolah menjadi tempat yang
selesa untuk menuntut ilmu. Dalam hal ini, guru-guru, pelajar-pelajar
dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran
sekolah supaya bersih dan ceria. Usaha yang proaktif dan sistematik
perlu digerakkan mulai dari sekarang kerana ‘perjalanan yang beribu
batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama’.

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-mengekalkan-keceriaan-sekolah.html 5/5
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Menghargai Jasa Dan Pengorbanan Guru

Karangan

Cara-Cara Menghargai Jasa Guru


(Contoh Karangan)

Ipendidikan » Karangan » Cara-Cara Menghargai Jasa Guru (Contoh


Karangan)
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:58 pm, 26 April 2020

Bagi menjawab soalan penulisan karangan Bahasa Melayu, pelajar


digalakkan untuk melakukan latihan yang diberikan oleh guru serta
merujuk sumber tambahan secara atas talian. Kaedah ini dapat
membantu pelajar supaya didedahkan kepada pelbagai topik dan tema
yang berpotensi menjadi soalan pilihan karangan Bahasa Melayu. Oleh
itu, berikut dikongsikan contoh karangan cara-cara menghargai jasa
guru sebagai rujukan pelajar.

Soalan yang bertemakan guru boleh dianggap mudah kepada pelajar


kerana mereka mampu memberikan idea dan isi-isi penting yang
berkaitan. Maka, untuk menjadikan penulisan karangan pelajar menarik
dan cemerlang, anda digalakkan untuk menggunakan frasa-frasa
menarik seperti peribahasa dan penanda wacana. Selain itu, pelajar
juga boleh merujuk cara penghuraian yang menarik dan penggunaan
tatabahasa yang betul seperti di bawah.

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghargai-jasa-guru.html 1/5
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Menghargai Jasa Dan Pengorbanan Guru

Isi Kandungan [Tutup]

1. Cara-Cara Menghargai Jasa Guru


2. Contoh Karangan Cara-Cara Menghargai Jasa Dan Pengorbanan
Guru

Cara-Cara Menghargai Jasa Guru


Isi-isi penting
Berbudi bahasa
Menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran
Berdisiplin dan mematuhi peraturan
Amalan ziarah-menziarahi
Kekal berhubung dan bertanya khabar
Memberikan kejayaan dan mengharumkan nama sekolah

Baca juga: Kesalahan Bahasa Yang Lazim Dalam Penulisan Karangan


Bahasa Melayu (BM)

Contoh Karangan Cara-Cara Menghargai Jasa


Dan Pengorbanan Guru
Pendahuluan
Datuk Usman Awang, Sasterawan Negara pernah berkata bahawa
lahirnya seorang Perdana Menteri, doktor, peguam dan pensyarah
adalah hasil titik peluh daripada seorang guru biasa yang mengajarnya
https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghargai-jasa-guru.html 2/5
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Menghargai Jasa Dan Pengorbanan Guru

membaca, menulis dan mengira. Ungkapan yang cukup untuk


membuktikan ketinggian martabat seorang guru wajar menjadi
peringatan kepada setiap anak bangsa. Guru merupakan insan yang
berkorban masa, jiwa dan raga mendidik setiap ahli masyarakat untuk
menjadi penyumbang kemajuan nusa bangsa di masa hadapan. Persis
kata mutiara, guru ibarat lilin yang membakar diri demi memberi cahaya
atau petunjuk kepada anak-anak muridnya dalam kehidupan. Lantaran
itu, setiap di antara kita wajar untuk menghargai jasa dan pengorbanan
guru-guru yang telah mendidik kita dari kecil sehinggalah kita dewasa.

Isi 1
Antara cara untuk menghargai jasa guru-guru adalah dengan berbudi
bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka. Seperti yang terkandung
dalam Rukun Negara, kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai yang
perlu diterapkan dalam diri setiap warganegara Malaysia. Sebagai
pelajar, nilai tersebut haruslah diamalkan terutamanya apabila
berkomunikasi dengan guru. Misalnya, penggunaan tutur kata yang
sopan dan nada kata yang rendah serta bermuka manis merupakan
amalan yang pasti membuatkan para guru senang hati dengan tingkah
laku pelajarnya. Nilai ini bersangkut-paut dengan nilai hormat
menghormati. Oleh itu, sekiranya pelajar ingin menghargai jasa dan
pengorbanan guru nilai hormat-menghormati dan berbudi bahasa adalah
amalan yang wajar diaplikasikan ketika berada di sekolah mahupun di
luar sekolah.

Isi 2
Selain itu, para pelajar seharusnya menunjukkan kesungguhan dalam
pembelajaran sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan guru.
Tugas seorang guru adalah untuk menyampaikan dan mendidik pelajar
akan sesuatu perkara yang baharu serta memastikan mereka
memahami dengan jelas tentang perkara tersebut. Justeru, jika pelajar
bersungguh-sungguh menyiapkan kerja sekolah atau latihan yang
diberikan oleh guru sudah tentu mereka akan berasa lega kerana
mencapai objektif tugasnya. Tambahan pula, pelajar yang memberikan
fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat membantu
guru dalam melaksanakan tugas mereka apabila kita memahami apa
yang cuba disampaikan oleh mereka. Andai kata pelajar tidak dapat
memahami apa yang dipelajari di bilik darjah, anda digalakkan untuk
bersua muka dengan guru tersebut. Hal ini demikian kerana, para guru
pasti akan membantu anda memahami pengajaran terbabit sehingga
berjaya. Ini membuktikan bahawa jasa dan pengorbanan guru
seharusnya dihargai dan dirai.

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghargai-jasa-guru.html 3/5
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Menghargai Jasa Dan Pengorbanan Guru

Isi 3
Seterusnya, cara menghargai jasa guru adalah dengan sentiasa
berdisiplin dan mematuhi peraturan ketika berada di sekolah. Pelajar
yang berdisiplin adalah pelajar yang menepati masa dengan hadir awal
ke sekolah, berpakaian kemas mengikut peraturan serta tidak terlibat
dengan gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Pada
hemat saya, guru-guru sudah pun mempunyai tugas yang banyak dan
berat untuk dilaksanakan di dalam kelas. Maka, sekiranya pelajar-
pelajar berdisiplin dan pandai mengurus diri ketika di luar bilik darjah, ia
pasti dapat meringankan beban dan tugas para guru. Mereka dapat
mengalihkan tumpuan mereka untuk memberikan sepenuh tenaga
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Intihannya,
pelajar yang berdisiplin, mematuhi peraturan sekolah dan arahan yang
betul daripada guru akan menjadi pemangkin kecemerlangan akademik
serta sahsiah para pelajar.

Isi 4
Di samping itu, bagi pelajar yang telah menamatkan zaman
persekolahan seharusnya terus kekal menghargai jasa guru dengan
melakukan amalan ziarah-menziarahi. Mutakhir ini, kecanggihan
teknologi tanpa sempadan pasti dapat membantu kita untuk berhubung
dengan guru-guru selepas tamat zaman persekolahan. Apabila usia
menjelang tua, ramai guru yang ditimpa penyakit dan sebagainya.
Sebagai seorang pelajar atau pun bekas pelajar, kita perlu menziarahi
mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda
melahirkan rasa simpati ibarat cubit paha kanan paha kiri terasa
sakitnya. Pemberian buah tangan ketika berziarah untuk
menggembirakan hati dan nurani mereka sekali gus mengurangkan
beban kesakitan yang ditanggung. Selain itu, kita juga boleh mengumpul
derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Hal ini amat
bertepatan dengan peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul.

Penutup
Tuntasnya, pelbagai cara yang wajar dan mudah untuk dilaksakan oleh
pelajar dalam menghargai jasa dan pengorbanan guru masing-masing.
Guru yang merupakan insan yang sama seperti kita tetapi merupakan
lubuk akal lautan ilmu juga mempunyai hati dan perasaan. Alangkah
seronok dan gembiranya hati mereka jika mendapat penghargaan
daripada para pelajar setelah berhempas-pulas memanifestasi fikiran
bagi membentuk nusa bangsa yang berguna untuk masa hadapan.
Ucapan “terima kasih cikgu” yang acapkali dilaungkan setelah tamat

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghargai-jasa-guru.html 4/5
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Menghargai Jasa Dan Pengorbanan Guru

persekolahan pasti lebih bermakna sekiranya kita berjaya menjadi insan


yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan guru tiada
bandingnya walau dengan segunung intan. Semoga setiap di antara kita
sedar dan mula menghargai guru-guru di sekeliling kita dengan penuh
hemah dan hikmah.

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghargai-jasa-guru.html 5/5
05/02/2022, 22:57 Cara-Cara Menghargai Warga Tua

Karangan

Cara-Cara Untuk Menghargai Warga


Tua

Ipendidikan » Karangan » Cara-Cara Untuk Menghargai Warga Tua


Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:38 pm, 7 Julai 2020

Bagi menghasilkan penulisan karangan Bahasa Melayu yang


cemerlang, pelajar perlu cakna terhadap semua jenis tema yang akan
menjadi soalan pilihan. Dengan latihan tambahan dan rujukan yang
dibuat secara atas talian, pelajar mampu mempersiapkan diri sebelum
menduduki kertas peperiksaan yang melibatkan penulisan karangan
Bahasa Melayu. Sebagai panduan kepada para pelajar, berikut adalah
contoh karangan cara-cara menghargai warga tua.

Warga tua boleh dikategorikan sebagai golongan manusia yang


berumur 50 tahun dan ke atas. Makanya, mereka adalah golongan ibu,
bapa, datuk dan nenek yang telah bersara dan tidak bekerja. Oleh itu,
pelajar pasti dapat memberikan idea-idea yang bernas berkenaan
soalan ini kerana pasti terdapat warga tua dalam kalangan keluarga dan
masyarakat sekeliling pelajar. Diharapkan perkongsian di bawah
membantu pelajar untuk menghasilkan penulisan karangan yang terbaik.

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghargai-warga-tua.html 1/5
05/02/2022, 22:57 Cara-Cara Menghargai Warga Tua

Isi Kandungan [Tutup]

1. Cara-Cara Menghargai Warga Tua/ Menghormati Orang Lebih Tua


2. Contoh Karangan Cara-Cara Menghargai Warga Tua

Cara-Cara Menghargai Warga Tua/


Menghormati Orang Lebih Tua
Isi-isi penting
Meluangkan masa bersama warga tua
Menjaga hal ehwal kebajikan
Merencana program persaraan yang menyeluruh
Menerbitkan kandungan media menghargai warga tua
Menyambut hari warga emas
Melaksanakan kempen penghargaan warga tua

Baca juga: Cara Menangani Stress

Contoh Karangan Cara-Cara Menghargai


Warga Tua
Pendahuluan
Dasawarsa ini, pembangunan ekonomi dunia telah menyumbang
kepada pertumbuhan populasi manusia. Begitu juga dengan populasi
golongan warga tua yang semakin bertambah kerana perkembangan

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghargai-warga-tua.html 2/5
05/02/2022, 22:57 Cara-Cara Menghargai Warga Tua

industri kesihatan yang mengurangkan kadar kematian di dunia secara


amnya. Warga tua dikenali sebagai warga emas adalah kerana mereka
diibaratkan seperti golongan yang telah banyak berjasa kepada
keluarga, masyarakat mahupun negara. Mereka telah melalui pelbagai
liku kehidupan dalam memberikan yang terbaik demi keluarga tercinta.
Oleh itu, wajar untuk masyarakat kita khususnya anak-anak menghargai
warga tua bukan sahaja dalam keluarga kita tetapi jiran dan juga
masyarakat sekeliling. Persoalannya, apakah cara-cara untuk
menghargai warga tua yang boleh diamalkan oleh masyarakat madani?

Isi 1
Manhaj utama yang boleh dipraktikkan oleh ahli keluarga dalam
menghargai warga tua adalah dengan meluangkan masa bersama
mereka. Jika ditelusuri, golongan tua terdiri daripada ibu yang
melahirkan zuriat serta menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bapa
yang membanting tulang bekerja bagi menampung kehidupan keluarga.
Jasa dan pengorbanan mereka wajar dihargai dan kita sebagai anak-
anak yang soleh dan solehah seharusnya meluangkan masa bersama
mereka. Senario masyarakat hari ini adalah dimana kesibukan mengejar
urusan duniawi dan kerjaya menyebabkan mereka tidak balik atau
berkunjung melawat ibu dan bapa di kampung. Bagi mengelakkan kita
bersikap seperti kacang lupakan kulit, setiap di antara kita wajar
berusaha untuk meluangkan masa bersama warga tua sebagai tanda
menghargai mereka. Hanya dengan panggilan telefon sama ada audio
atau visual, kita dapat berkomunikasi, berkongsi masalah dan
mendengar cerita daripada mereka. Kehadiran cucu-cucu melawat
datuk dan nenek juga mendapat dapat memberikan keceriaan kepada
mereka kerana gelagat kanak-kanak yang lucu dan seronok. Intihannya,
warga tua akan rasa dihargai dan disayangi apabila kita meluangkan
masa bersama mereka.

Isi 2
Sejajar dengan cara di atas, warga tua seharusnya dihargai dengan
mengutamakan hal-ehwal kebajikan mereka. Umum mengetahui
bahawa apabila dimamah usia, kesihatan diri akan semakin diancam
pelbagai jenis penyakit. Dengan membangunkan industri kesihatan
negara serta memperkenalkan pakej kesihatan seperti PeKa B40
perlindungan kesihatan yang menyeluruh akan diperoleh. Kos-kos
rawatan kesihatan yang di luar kemampuan rakyat marhaen dapat
dibiayai oleh kerajaan dengan memberikan insentif kesihatan kepada
warga tua. Selain itu, pihak yang berkenaan dengan rumah penjagaan
orang tua seharusnya diselia dan dikawal oleh organisasi kerajaan. Hal
ini demikian supaya piawaian tertentu dapat ditetapkan dan
https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghargai-warga-tua.html 3/5
05/02/2022, 22:57 Cara-Cara Menghargai Warga Tua

dikuatkuasakan sekaligus menjamin sumber kewangan yang kukuh


dalam menyelenggara rumah-rumah penjagaan orang tua. Jika dilihat,
usaha membantu rakyat di negara asing lebih ditumpukan berbanding
kebajikan di negara sendiri hanya kerana mengejar pengiktirafan
antarabangsa. Elakkanlah bersikap seperti, anak di pangkuan dibiarkan,
kera dihutan disusui di mana kebajikan orang asing diutamakan tetapi
kebajikan rakyat yang lahir dan menyumbang bakti kepada negara
disisihkan.

Isi 3
Jika dipandang pada sudut yang berlainan, golongan yang berumur 50
tahun dan ke atas seharusnya mempunyai pelan persaraan yang kukuh
dan menyeluruh. Ketidak tentuan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup
masa kini telah meneybabkan masyarakat semakin sedar akan
kepentingan pengurusan kewangan. Kebanyakan warga tua pada hari
ini mempunyai wang persaraan yang tidak mencukupi kerana tidak
timbul isu kewangan jika difikirkan pada masa dahulu. Oleh itu, pihak
kerajaan seharusnya bersikap prihatin dengan merencana dasar atau
polisi yang membantu golongan warga tua mempunyai simpanan yang
cukup sepanjang persaraan mereka. Dana Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja seharusnya dikukuhkan dan menjadi medium utama wang
persaraan masyarakat yang berkerja secara sendirian atau swasta.
Sesungguhnya pengurusan kewangan yang cekap adalah lebih baik
berbanding memberikan bantuan kewangan seperti Bantuan Sara Hidup
Rakyat. Bak kata pepetah Melayu, sediakan payung sebelum hujan.
Izharnya, kebebasan kewangan menjadi tujuan dan objektif setiap
individu menjelang kedewasaan maka jika masih dibelenggu beban
kewangan apabila sudah bergelar warga tua, pasti ia akan menimbulkan
masalah dan keresahan yang membimbangkan.

Isi 4
Di samping itu, warga tua juga boleh dihargai dengan menerbitkan filem
atau drama yang menyentuh isu-isu tentang kehidupan mereka. Media
massa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan
masyarakat konvensional hari ini. Dengan kesempatan yang ada, filem
dan drama yang mempunyai unsur hormat-menghormati dan
menghargai keringat warga tua wajar mendapat tempat di siaran
perdana. Sebagai contoh, drama Keluarga Iskandar yang menunjukkan
rutin harian sebuah keluarga yang mempunyai pelbagai ragam dan
kisah yang boleh menjadi pengajaran buat kita. Persis peribahasa
Melayu, buang yang keruh ambil yang jernih. Media elektronik atau
media cetak merupakan medium perantara utama masyarakat dalam
apa sahaja isu yang membelenggu fikiran dan keadaaan disesebuah
https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghargai-warga-tua.html 4/5
05/02/2022, 22:57 Cara-Cara Menghargai Warga Tua

tempat. Justeru dengan adanya penerbitan yang menyentuh isu


mengenai penghargaan terhadap warga tua, ia pasti dapat disampaikan
kepada masyarakat yang melanggan setiap jenis media. Kementerian
Wanita, Keluarga Dan Masyarakat perlu memainkan peranan dengan
lebih efektif dalam mendekati masyarakat dan membuat maklum balas
akan perkara-perkara yang perlu dititik-beratkan dalam golongan warga
emas di Malaysia. Kesannya, kebajikan masyarakat dapat dipenuhi
secara menyeluruh dan menjamin kesejahteraan rakyat sejagat.

Penutup
Secara tuntas, jasa dan pengorbanan warga tua boleh dihargai dengan
cara-cara yang dibincangkan di atas. Golongan yang sudah lama makan
garam ini wajar mendapat perhatian yang sama rata seperti golongan
kanak-kanak dan wanita. Janganlah kita bersikap seperti enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana tanpa mereka,
siapalah kita. Sebagai masyarakat madani, kita perlu menunjukkan
tauladan terbaik sepanjang kehidupan kita agar menjadi contoh yang
ulung buat generasi muda. Lambat laun kita juga akan menjadi warga
tua dan semestinya suasana yang selesa dan aman adalah menjadi
impian setiap individu. Oleh itu, inisiatif-inisiatif yang akan membentuk
corak kehidupan warga tua yang lebih baik haruslah disokong supaya
suatu hari nanti kita sendiri akan menikmatinya. Negara yang progresif
menjamin kesejahteran kehidupan rakyatnya serta meningkatkan tahap
keselesaan setiap golongan masyarakat yang menyumbang kepada
perkembangan dan kemajuan negara.

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghargai-warga-tua.html 5/5
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Menghormati Guru (Contoh Karangan)

Karangan

Contoh Karangan Cara-Cara


Menghormati Guru

Ipendidikan » Karangan » Contoh Karangan Cara-Cara Menghormati


Guru
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:00 pm, 23 Oktober 2021

Bagi menghasilkan penulisan karangan Bahasa Melayu yang


cemerlang, pelajar digalakkan untuk membuat latihan tambahan.
Kaedah ini dapat memberikan pelajar pendedahan kepada pelbagai
tema dan tajuk soalan yang berpotensi menjadi soalan dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu. Misalnya terdapat tema berkaitan
masyarakat, keluarga, alam sekitar, kesihatan dan pelbagai lagi.
Sebagai rujukan untuk anda, berikut adalah contoh karangan cara-cara
menghormati guru.

Penulisan karangan yang cemerlang lazimnya menggunakan frasa-frasa


menarik seperti peribahasa yang tepat dalam menghuraikan isi-isi
penting. Selain itu, penggunaan tatabahasa, ejaan dan imbuhan yang
betul akan menyumbang kepada pemarkahan penulisan karangan anda.
Oleh itu, latihan tambahan pasti dapat melatih pelajar untuk
mengurangkan kesalahan dan menulis karangan dengan lebih lancar.

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghormati-guru.html 1/4
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Menghormati Guru (Contoh Karangan)

Isi Kandungan [Tutup]

1. Senarai Cara-Cara Menghormati Guru


2. Contoh Karangan Apakah Cara Menghormati Guru

Senarai Cara-Cara Menghormati Guru


Isi-isi penting
bersopan santun
mematuhi peraturan sekolah
menjaga kebersihan dan kebajikan sekolah
memberikan kejayaan akademik atau kokurikulum
menziarahi guru
memberikan hadiah sebagai penghargaan

Baca juga: Jenis-Jenis Pengenalan Dalam Penulisan Karangan

Contoh Karangan Apakah Cara Menghormati


Guru
Pendahuluan
Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat
menyaksikan bahawa adab menghormati guru di sekolah semakin
dilupakan. Jika diimbas pada zaman dahulu, ibu bapa menyerahkan
sepenuh kuasa autonomi kepada guru di sekolah untuk mendidik anak-
anak mereka. Namun, mutahir ini budaya tersebut seolah-olah di
https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghormati-guru.html 2/4
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Menghormati Guru (Contoh Karangan)

terbalikkan apabila guru-guru dipersalahkan kerana menghukum pelajar


disekolah akibat melanggar perturan dan sebagainya. Guru diibaratkan
lilin yang membakar diri demi menunjukkan cahaya atau jalan yang betul
kepada kita. Oleh itu, setiap individu yang mempunyai profesion sebagai
guru hendaklah dihormati atas jasa dan pengorbanan yang mereka
lakukan demi mendidik anak bangsa. Mari kita bincangkan cara-cara
untuk menghormati guru-guru sebagai seorang pelajar mahupun bekas
pelajar.

Isi 1
Kesopanan dan kesusilaan merupakan rukun kelima dalam Rukun
Negara. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab kita sewajarnya
memegang pada rukun negara dalam menjalani rutin harian kita. Para
pelajar pula digalakkan untuk sentiasa bersopan santun apabila
berkomunikasi dengan guru-guru. Sebagai contoh, pelajar hendaklah
menyapa guru dengan panggilan cikgu, tuan atau puan serta
menggunakan nada yang rendah dan jelas. Apabila kita bersopan
santun dengan guru kita, mereka pasti akan berasa lembut hati dan
melayan kita dengan penuh rasa sayang dan ikhlas untuk mendidik kita.
Tambahan pula, pelajar yang bersopan santun dapat memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kerana guru
tidak perlu memikirkan cara untuk menguruskan sahsiah anak murid
mereka.

Isi 2
Selain itu, guru-guru seharusnya dihormati oleh para pelajar dengan
cara mematuhi peraturan sekolah. Hal ini demikian kerana pelajar pada
masa kini sukar untuk mematuhi arahan dan peraturan yang mudah
seperti beratur dan tidak membuat bising. Keadaan ini merupakan satu
beban yang telah ditambah ke bahu para guru untuk menguruskan
sahsiah pelajar. Justeru, sekiranya para pelajar mematuhi peraturan
sekolah dan arahan guru ia dapat membantu memudahkan urusan guru
terbabit. Peribahasa Melayu ada berkata, masuk telinga kanan keluar
telinga kiri yang bermaksud nasihat yang diberi tidak didengari dan
diamalkan. Sikap negatif ini perlu dielakkan teruatamnya dalam
kalangan pelajar kerana umur mereka baru setahun jagung berbanding
guru-guru.

Isi 3
Pada masa yang sama, para pelajar sewajarnya menjaga kebersihan
dan kebajikan kawasan sekolah sebagai tanda menghormati guru-guru.
Misalnya bilik darjah yang ceria dan bersih dapat memberikan

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghormati-guru.html 3/4
05/02/2022, 22:58 Cara-Cara Menghormati Guru (Contoh Karangan)

keselesaan kepada guru dan juga pelajar sendiri untuk menghadiri


proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini sedikit sebanyak
membantu guru untuk berasa selesa dalam menjalankan tugas mereka.
Para pelajar juga dapat memberikan tumpuan yang lebih kerana
keadaan di dalam bilik darjah yang kondusif. Kesannya, aktiviti
pembelajaran yang lebih seronok dapat dilakukan dan menarik
perhatian kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar untuk sentiasa
menghadiri kelas atau sekolah. Nilai kebersihan dan ambil berat
terhadap kebajikan ini bukanlah merupakan tanggungjawab penuh
seorang guru tetapi ia adalah amanah setiap ibu bapa yang dikurniakan
zuriat untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Isi 4
Akhir sekali, cara untuk menghormati guru adalah dengan memberikan
kejayaan akademik atau kokurikulum kepada mereka. Apabila kita
berjaya mendapatkan keputusan cemerlang atau memenangi sebuah
pertandingan yang disertai, ia pasti dapat memberikan kelegaan dan
perasaan gembira kepada mereka. Dengan mengharumkan nama
sekolah, guru akan berasa bangga kerana tunjuk ajar mereka berjaya
menghasilkan pelajar yang berjaya sama ada dalam akademik atau
bidang-bidang lain. Bagi bekas pelajar pula, kejayaan dalam hidupan
juga mampu menjadi salah satu cara menghormati jasa guru-guru yang
telah mengerah tenaga mengajar kita di waktu muda dahulu. Intihannya,
setiap guru mempunyai matlamat untuk melihat anak didiknya menjadi
manusia yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai cara yang boleh diamalkan oleh para pelajar
dalam menghormati guru-guru di sekolah. Hormat merupakan satu nilai
asas kehidupan yang wajar diamalkan oleh setiap individu. apabil kita
menghormati seseorang nescaya orang akan membalas hormat
tersebut kepada kita. Pengorbanan dan jasa yang telah dilakukan oleh
para guru wajar diberi penghargaan dan penghormatan kerana
pendidikan adalah tunjang kepada kehidupan seseorang. Persis kata
peribahasa, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama. Semoga kita menjadi tauladan kepada generasi
hari ini dalam menunjukkan bahawa menghormati guru akan
memberikan manfaat yang banyak tanpa kita sedari.

https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghormati-guru.html 4/4
05/02/2022, 22:52 Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga

Karangan

Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan


Keluarga

Ipendidikan » Karangan » Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga


Disemak dan dikemaskini pada pukul 2:25 pm, 30 Mac 2020

Di bawah adalah contoh karangan Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan


Keluarga sebagai rujukan untuk semua. Anda boleh mengambil isi-isi
penting sebagai idea dan mengolahkan pada penulisan karangan
masing-masing. Pelajar perlu menggunakan daya kreatif dan kritis
dengan menggunakan peribahasa serta penanda wacana yang tepat
dalam karangan anda. Bimbingan dan panduan daripada guru juga
penting bagi memastikan karangan pelajar menepati soalan yang
diberikan.

Topik berkaitan kesihatan adalah mudah bagi pelajar untuk memberikan


idea-idea yang bernas. Maka, pelajar perlu berhati-hati dengan
penggunaan tatabahasa serta mengelakkan daripada berlaku kesalahan
ejaan. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan intipati daripada
pengalaman sendiri berkenaan topik yang dibincangkan. Kaedah ini
dapat memebantu pelajar untuk menulis karangan Bahasa Melayu
dengan lebih lancar dan baik.

https://www.ipendidikan.my/cara-menjaga-kesihatan-diri-dan-keluarga.html 1/5
05/02/2022, 22:52 Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga

Isi Kandungan [Tutup]

1. Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga Demi Kesejahteraan


Hidup
2. Contoh Karangan Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga

Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan


Keluarga Demi Kesejahteraan Hidup
Isi-isi penting
Melakukan aktiviti riadah
Mengamalkan pemakanan seimbang
Menjaga kebersihan diri dan persekitaran
Menjalani pemeriksaan kesihatan
Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup
Menjaga hubungan sesama manusia dan Tuhan

Baca juga: Jenis-Jenis Pengenalan Dalam Penulisan Karangan

Contoh Karangan Cara-Cara Menjaga


Kesihatan Diri Dan Keluarga
Pendahuluan
Era pasca perindustrian dan pasca globalisasi yang serba mencabar
akal dan minda kita telah menunjukkan graf masalah kesihatan dalam

https://www.ipendidikan.my/cara-menjaga-kesihatan-diri-dan-keluarga.html 2/5
05/02/2022, 22:52 Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga

kalangan masyarakat kita semakin meningkat dari hari ke hari.


Walaupun kemudahan dan infrastruktur kesihatan bertambah maju dan
lengkap, pelbagai wabak dan penyakit yang melanda setiap golongan
tanpa mengira usia. Mengikut kajian statistik yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang
menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000
orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Angka
yang membimbangkan ini sepatutnya menjadi polemik yang perlu
diambil tindakan oleh semua pihak. Justeru, wajar untuk kita mengenal
pasti cara-cara menjaga kesihatan diri dan keluarga bagi mengelakkan
masalah kesihatan menimpa diri dan orang sekeliling kita.

Isi 1
Antara cara bagi memastikan kesihatan diri berada dalam keadaan baik
adalah dengan melakukan aktiviti riadah. Pada masa lapang, setiap di
antara kita digalakkan untuk melakukan aktiviti riadah seperti bersukan
dan bersenam. Senaman adalah aktiviti regangan badan yang mudah
dan boleh diaplikasikan di mana-mana pada tempoh masa yang singkat.
Bagi mereka yang meminati aktiviti yang mencabar kekuatan fizikal dan
mental, bersukan adalah aktiviti terbaik dalam memastikan kesihatan diri
terjamin. Tambahan pula, melakukan aktiviti riadah akan mendatangkan
manfaat lain yang cukup baik untuk diri, keluarga dan masyarakat
secara amnya. Pembangunan kawasan rekreasi dan infrastruktur sukan
yang lain hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat yang
cergas. Natijahnya, aktiviti riadah dapat membantu kita untuk
memperkasa kekuatan fizikal dan mental supaya imun terhadap
serangan penyakit yang menjejaskan kesihatan diri.

Isi 2
Pada masa yang sama, mengamalkan pemakanan seimbang juga
mustahak bagi memastikan kesihatan diri terjamin. Untuk makluman,
Malaysia telah dikategorikan antara negara yang mempunyai masalah
obesiti yang tinggi di rantau Asia. Kenyataan ini menunjukkan bahawa
masyarakat kita kurang sedar akan faktor pemakanan dalam kesihatan.
Kesibukan dalam pekerjaan dan pengaruh iklan mungkin telah
menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat di negara ini tidak
mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Walaupun
pelbagai kempen telah dilaksanakan seperti penggunaan piramid
makanan, namun kadar penghidap obesiti tidak berkurangan. Tindakan
yang sepatutnya setiap ahli masyarakat lakukan adalah dengan
mengurangkan pemakanan makanan segera dan makanan ringan.
Sebaliknya, kerapkan memasak makanan sendiri di rumah dan bawa
bekal ke tempat kerja atau institusi pengajian. Dengan kaedah ini, kita
https://www.ipendidikan.my/cara-menjaga-kesihatan-diri-dan-keluarga.html 3/5
05/02/2022, 22:52 Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga

dapat menentukan keseimbangan makanan yang kita sediakan serta


berjimat cermat dalam ketidak tentuan ekonomi hari ini.

Isi 3
Selain itu, penjagaan kebersihan diri, keluarga dan kawasan sekitar juga
adalah penting dalam menjaga kesihatan. Hal ini kerana, penyakit boleh
berpunca daripada pelbagai sudut terutamanya apabila terdapat
kekotoran daripada sisa sampah dan sebagainya. Sebagai contoh,
wabak denggi yang seringkali melanda negara kita adalah disebabkan
takungan air yang terbiar lama dan membolehkan nyamuk aedes untuk
membiak. Maka, setiapa ahli masyarakat bertanggungjawab
memastikan kawasan perumahan serta premis perniagaan atau tempat
kerja masing-masing dibersihkan dengan baik secara berkala. Perkara
yang mudah ini dapat membantu kita melawan musuh yang tidak zahir
di mata kita. Di samping itu, pastikan bahan-bahan mentah yang ingin
dimakan, dimasak dan disediakan dengan bersih. Pembuangan sampah
diuruskan dengan betul serta berusaha mengurangkan pencemaran
alam dengan menjaga kebersihan akan menyumbang kepada kesihatan
yang baik.

Isi 4
Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh dimana pemeriksaan kesihatan
yang kerap dapat membantu menjamin kesihatan diri dan keluarga. Kita
sepatutnya bersyukur dengan kemudahan kesihatan awam yang
disediakan oleh Kementarian Kesihatan Malaysia kerana ia adalah
sangat berpatutan berbanding negara lain. Tambahan pula, kemudahan
kesihatan disediakan di setiap pelusuk di seluruh negara kita samada
klinik desa, klinik kesihatan daerah dan juga hospital-hospital besar
yang semakin lengkap dengan peralatan perubatan yang terkini. Maka,
sebagai rakyat Malaysia yang bertuah, kita hendaklah memanfaatkan
kemudahan ini dengan melakukan pemeriksaan atau rawatan kesihatan
mengikut arahan yang dinasihatkan oleh pegawai kesihatan. Bagi yang
berkemampuan, institusi kesihatan swasta juga turut menawarkan
pemeriksaan kesihatan yang lebih lengkap dan menyeluruh. Bak kata
peribahasa Melayu, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Tuntasnya, pemeriksaan kesihatan dapat menjamin kesihatan diri,
keluarga dan masyarakat.

Penutup
Intihannya, setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan
kesihatan diri terjaga dengan melakukan cara-cara yang telah
dihuraikan di atas. Usaha menjaga kesihatan diri dan keluarga adalah

https://www.ipendidikan.my/cara-menjaga-kesihatan-diri-dan-keluarga.html 4/5
05/02/2022, 22:52 Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga

usaha yang mulia dan wajar menerima sokongan yang positif oleh
setiap pihak. Secara tidak langsung, setiap di antara kita adalah agen
penyampai kepada orang disekililing kita. Maka jika diri kita, orang
sekeliling dan masyarakat secara amnya menjaga kesihatan masing-
masing, pasti generasi yang cergas dapat dilahirkan. Minda yang cergas
menjamin kualiti hidup yang lebih baik. Semoga kita terhindar daripada
masalah kesihatan dan penyakit kerana pepatah Melayu ada berkata,
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

https://www.ipendidikan.my/cara-menjaga-kesihatan-diri-dan-keluarga.html 5/5
05/02/2022, 23:05 Cara-Cara Menyayangi Haiwan Peliharaan

Karangan

Cara-Cara Menyayangi Haiwan


Peliharaan Kita

Ipendidikan » Karangan » Cara-Cara Menyayangi Haiwan Peliharaan


Kita
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:21 pm, 27 September 2020

Tema yang akan dikongsikan kali ini adalah berkenaan haiwan. Tema
seperti ini memberi pilihan yang mudah kepada pelajar sekiranya
mereka sendiri memelihara haiwan atau memahami sedikit sebanyak
tentang haiwan peliharaan. Maka, berikut dikongsikan contoh karangan
cara-cara menyayangi haiwan yang boleh dirujuk oleh pelajar-pelajar.

Penggunaan isi-isi penting yang menarik dan seimbang serta tiada


kesalahan ejaan atau tatabahasa dapat membantu pelajar dalam
menghasilkan penulisan karangan yang baik. Bagi menambah daya
penarik, pelajar juga boleh menggunakan peribahasa dan frasa-frasa
menarik dalam penulisan karangan masing-masing supaya dapat
menangkap perhatian pembaca.

Isi Kandungan [Tutup]

1. Karangan Sayangi Haiwan SPM


2. Contoh Karangan Cara-Cara Menyayangi Haiwan Peliharaan

https://www.ipendidikan.my/cara-menyayangi-haiwan.html 1/5
05/02/2022, 23:05 Cara-Cara Menyayangi Haiwan Peliharaan

Karangan Sayangi Haiwan SPM

Isi-isi penting
mengambil haiwan untuk dipelihara
menjaga kebajikan haiwan seperti tempat tinggal, makan dan
minum
membuka lebih banyak pusat konservasi
melawat zoo-zoo
menyokong inisiatif pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan
memberikan dana atau insentif kepada pusat jagaan haiwan

Contoh Karangan Cara-Cara Menyayangi


Haiwan Peliharaan
Pendahuluan
Kebelakangan ini, kita digemparkan dengan isu operasi pihak berkuasa
dalam menangkap haiwan jalanan yang semakin banyak dari hari ke
hari. Menuding jari ke satu pihak sahaja tidak menyelesaikan masalah
kerana merka sebagai pihak berkuasa hanya melakukan tugas setelah
menerima aduan awam akan risiko dan bahaya oleh haiwan jalanan ini.
Namun begitu, cara pengendalian haiwan tersebut perlulah dengan cara
yang baik dan sempurna agar tidak mencederakan dan memudaratkan.
Haiwan juga merupakan makhluk tuhan yang punyai perasaan dan
nyawa cuma tidak dikurniakan akal fikiran. Oleh itu, kita sebagai
manusia yang punyai akal fikiran seharusnya lebih rasonal dan bijak
dalam menangani isu ini. Marilah kita mengenali cara-cara menyayangi
https://www.ipendidikan.my/cara-menyayangi-haiwan.html 2/5
05/02/2022, 23:05 Cara-Cara Menyayangi Haiwan Peliharaan

haiwan yang dapat kita amalkan sebagai penghargaan kurniaan tuhan


mencipta kehadiran haiwan di muka bumi ini.

Isi 1
Langkah pertama dalam menyayangi haiwan adalah untuk mengambil
mereka sebagai haiwan peliharaan. Seperti manusia, haiwan juga
membiak dan populasi mereka akan bertambah. Tetapi disebabkan
segelintir masyarakat yang memelihara haiwan hanya separuh jalan,
menyebabkan haiwan seperti kucing dan anjing dilepaskan dijalanan
dan menambah kepada jumlah haiwan jalanan. Sebelum kita mengambil
keputusan untuk memelihara haiwan tersebut, kita perlu tepuk dada dan
tanya selera samada kita mampu dan ahli keluarga kita setuju dan
selesa untuk memelihara haiwan tersebut. Sekiranya tidak mampu atau
tidak mendapat persetujuan, haiwan tersebut boleh dihantar ke pusat
jagaan haiwan di mana mereka boleh membantu mencari penjaga lain
yang berminat. Kajian saintifik telah membuktikan dengan kehadiran
haiwan ini, penjaga tersebut mempunyai kadar risiko tekanan yang lebih
rendah dan dapat mengelak daripada penyakit-penyakit seperti darah
tinggi dan stress.

Isi 2
Seterusnya, apabila kita mengambil keputusan untuk memelihara
haiwan tersebut, kita hendaklah memastikan kebajikan haiwan tersebut
dijaga dengan baik dan sempurna. Pemberian makanan yang berkhasiat
dan cukup nutrien akan memastikan haiwan tersebut sihat dan tidak
membawa sebarang penyakit. Tempat tinggal yang selesa dan kondusif
juga hendaklah disediakan agar haiwan tersebut rasa selesa dan
mempunyai ruang bagi mereka beristirahat. Pengasingan tempat
mereka membuang najis daripada tempat tidur dan tempat makan
haiwan akan memastikan kebersihan mereka dijamin dan bebas
daripada ancaman penyakit. Tambahan pula, pemberian rawatan
perubatan juga diperlukan oleh haiwan ini. Hal ini kerana, kita tidak
boleh meneka sekiranya haiwan tersebut mengalami masalah kesihatan
ataupun tidak. Justeru, penjagaan kebajikan haiwan adalah wajib
dilakukan oleh setiap penjaga haiwan kerana ia merupakan
tanggungjawab setelah menerima amanah untuk memelihara mereka.

Isi 3
Mutakhir ini, bukan sahaja haiwan jalanan yang mempunyai isu untuk
dibincangkan malahan haiwan liar di kawasan hutan yang semakin
diancam kepupusan kerana kerakusan manusia mengejar
pembangunan. Sebagai warganegara Malaysia, kita sepatutnya

https://www.ipendidikan.my/cara-menyayangi-haiwan.html 3/5
05/02/2022, 23:05 Cara-Cara Menyayangi Haiwan Peliharaan

bersyukur dan menghargai kekayaan alam semula jadi yang menjadi


rumah kepada ribuan jenis flora dan fauna. Kerajaan perlu mewujudkan
lebih banyak pusat konservasi sebagai langkah memelihara haiwan di
hutan beserta habitat mereka daripada musnah. Dengan adanya pusat
konservasi haiwan di habitat mereka sendiri dapat menjalani kehidupan
mereka dan membiak tanpa gangguan sesiapa. pusat konservasi juga
boleh menjadi kawasan penyelidikan haiwan sekaligus mengekalkan
sumber asli yang kita miliki. tambahan pula, ia berpotensi besar untuk
dijadikan kawasan tumpuan pelancong dimana konsep agro-
pelancongan boleh diasimilasikan untuk kebaikan bersama. Maka,
dengan inisiatif ini, semua ahli masyarakat dapat lebih mengenali dan
menyayangi haiwan-haiwan yang berada di sekeliling kita.

Isi 4
Pada masa yang sama, bagi memupuk kasih sayang terutamanya
dalam kalangan kanak-kanak terhadap haiwan adalah dengan
melakukan lawatan ke zoo-zoo berdekatan. Dewasa ini, kita dapat lihat
zoo-zoo mempunyai kesukaran dalam mengekalkan kebajikan haiwan
kerana kedatanagn pelawat di zoo semakin berkurangan. Akibatnya
mereka mengabaikan kebajikan haiwan dan terpaksa mencari
sukarelawan dalam menjaga zoo kerana kekangan bajet dalam operasi.
Maka, semua pihak harus prihatin dan kerap melakukan lawatan ke zoo.
Pakej yang menarik dan promosi yang lebih meluas harus dilaksanakan
oleh pihak zoo dalam menarik semula minat masyarakat harini untuk
melawat zoo dan melihat haiwan secara langsung dan dekat.
Infrastruktur zoo juga wajar mendapat pengubahsuaian supaya ia lebih
kondusif bagi haiwan-haiwan dan mesra pelawat yang majoriti adalah
keluarga yang mempunyai kanak-kanak. Intihannya, kemudahan akses
di zoo dapat menarik minat pelawat dan mendidik kanak-kanak untuk
mengnali dan memahami seterusnya menyayangi haiwan-haiwan yang
dipamerkan.

Penutup
Tuntasnya, pelbagai cara dapat dilakukan dalam memupuk sifat kasih
sayang ahli masyarakat terhadap haiwan. Pengurusan dan cara
pengendalian yang betul oleh semua pihak dapat membantu mengawal
pembiakan haiwan jalanan dan inisiatif pemeliharaan alam semula jadi
akan membantu usaha mengelakkan kepupusan haiwan di hutan.
Bersama-samalah kita menjadi masyarakat madani yang menghargai
makhluk ciptaan tuhan dan kejadian alam semula semula jadi agar ia
dapat dimanfaatkan secara berterusan demi kelangsungan generasi
akan datang. Janganlah kita lena dibuai arus kemodenan hari ini tanpa
memikirkan nasib yang bakal menimpa generasi cucu cicit kita kelak.
https://www.ipendidikan.my/cara-menyayangi-haiwan.html 4/5
05/02/2022, 23:05 Cara-Cara Menyayangi Haiwan Peliharaan

Bak kata peribahasa Melayu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian


tidak berguna.

https://www.ipendidikan.my/cara-menyayangi-haiwan.html 5/5
05/02/2022, 23:05 Ciri-Ciri Bandar Pintar/ Bandar Satelit/ Bandar Raya Moden

Karangan

Ciri-Ciri Bandar Pintar/ Bandar


Satelit/ Bandar Raya Moden Di
Malaysia

Ipendidikan » Karangan » Ciri-Ciri Bandar Pintar/ Bandar Satelit/


Bandar Raya Moden Di Malaysia
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:29 am, 4 Julai 2021

Sebagai rujukan pelajar, di bawah dikongsikan contoh karangan serta


isi-isi penting berkaitan ciri-ciri bandar pintar/ bandar satelit/ bandar raya
moden. Anda boleh melihat contoh sebagai ilham untuk penulisan
karangan anda dan menjadikan isi penting yang dikongsikan sebagai
idea tambahan kepada huraian anda. Pastikan penggunaan bahasa dan
peribahasa sesuai dan tepat dengan karangan

Tema ini memerlukan pelajar mengetahui sedikit sebanyak fakta yang


tepat sebelum anda menulis karangan anda. Oleh itu, pelajar
dinasihatkan untuk banyak membaca buku, majalah, artikel atau
menonton video berilmiah di Internet supaya anda mendapat idea
kepada penulisan karangan anda. Selain itu, mengambil tahu isu-isu
semasa juga penting kerana ia dapat memberikan impresi yang menarik
kepada pembaca karanagan anda.

https://www.ipendidikan.my/bandar-pintar.html 1/5
05/02/2022, 23:05 Ciri-Ciri Bandar Pintar/ Bandar Satelit/ Bandar Raya Moden

Isi Kandungan [Tutup]

1. Ciri-Ciri Bandar Pintar Malaysia (Bandar Lestari)


2. Contoh Karangan Bandar Terancang : Ciri-Ciri Bandar Pintar/ Bandar
Satelit/ Bandar Raya Moden

Ciri-Ciri Bandar Pintar Malaysia (Bandar


Lestari)
Isi isi penting
Pengangkutan awam yang lengkap
Menyediakan capaian Internet terbaik
Mempunyai ciri-ciri kelestarian alam
Kemudahan awam yang lengkap
Memiliki pusat penyelidikan dan pembangunan
Ditadbir secara efisien dan baik

Contoh Karangan Bandar Terancang : Ciri-Ciri


Bandar Pintar/ Bandar Satelit/ Bandar Raya
Moden
Pendahuluan
Mutakhir ini, banyak bandar di negara-negara maju yang mengiktiraf
bandar mereka sebagai bandar pintar. Hal ini kerana mereka ingin
menarik pelabur dan juga golongan professional untuk melabur dan
https://www.ipendidikan.my/bandar-pintar.html 2/5
05/02/2022, 23:05 Ciri-Ciri Bandar Pintar/ Bandar Satelit/ Bandar Raya Moden

bekerja di dalam negara mereka. Persis peribahasa Melayu, di mana


ada gula, di situ pasti ada semut. Perkembangan ini seharusnya
dirancang dan dilaksanakan juga di Malaysia supaya kita tidak
ketinggalan dalam mengecapi kemajuan sejagat. Kita boleh lihat
semakin banyak bangunan pencakar langit yang sedang dibina di
kawasan Kuala Lumpur seperti Menara Merdeka 118 dan Menara Tun
Razak Exchange. Jika kawasan Bandar Kuala Lumpur diiktiraf sebagai
bandar raya yang moden dan pintar maka pasti banyak pelabur asing
yang tertarik dan memberi peluang juga kepada pelabur tempatan untuk
berkembang. Justeru, berikut adalah ciri – ciri Bandar Pintar atau
Bandar Raya Moden pada hemat saya.

Isi 1
Karekter utama sebuah bandar pintar adalah dilengkapi dengan jaringan
pengangkutan awam yang terbaik. Umum mengetahui bahawa bandar
merupakan satu kawasan yang dipenuhi dengan populasi manusia
tetapi kurang dari segi ruang untuk sesuatu perkara contohnya
kenderaan. Kita dapat lihat seperti di Jakarta yang merupakan ibu negeri
Indonesia, kesesakan lalu lintas menjadi satu isu yang membebankan.
Penduduk akan membuang masa menghadapi kesesakan dan tidak
membantu dari segi pertumbuhan ekonomi yang lancar. Sekiranya
penduduk di kawasan bandar dapat bergerak ke lokasi yang mereka
inginkan pada masa yang singkat, ia pasti dapat membantu mereka
untuk menjalankan kehidupan yang lebih baik. Misalnya, apabila pulang
ke rumah selepas waktu bekerja, mereka boleh ke restoran untuk
makan, seterusnya ke gimnasium untuk beriadah dan menonton wayang
sebagai hiburan sebelum pulang ke rumah tanpa perlu merisaukan soal
pengangkutan. Ciri ini penting untuk mewujudkan komuniti yang
menikmati kehidupan di bandar yang pintar.

Isi 2
Ciri kedua yang perlu ada disebuah bandar yang pintar adalah
mempunyai capaian Internet terbaik. Setiap anggota masyarakat pada
hari ini pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah gajet pintar. Hampir
semua aktiviti yang dilakukan oleh manusia pada hari ini memerlukan
capaian Internet seperti bersosial, melakukan tranksaksi kewangan,
menghantar emel dan macam-macam lagi. Justeru itu, infrastruktur
komunikasi perlu berada pada tahap terbaik bagi menyediakan liputan
Internet kepada seluruh penduduk di bandar dan yang paling mustahak
adalah untuk memudahkan urusan perniagaan atau perkhidmatan
pelabur-pelabur yang melabur di negara tersebut. Tambahan pula,
perkembangan 5G yang semakin dikomersialkan bakal membentuk
sebuah corak komunikasi yang tidak pernah dibanyangkan oleh kita
https://www.ipendidikan.my/bandar-pintar.html 3/5
05/02/2022, 23:05 Ciri-Ciri Bandar Pintar/ Bandar Satelit/ Bandar Raya Moden

sebelum ini. Izharnya, menyediakan liputan Internet yang bitara dapat


meyakinkan pelabur dan menjadikan sebuah bandar tersebut bandar
yang moden

Isi 3
Dari sudut pandang yang lain, sebuah bandar pintar seharusnya
mempunyai ciri-ciri kelestarian alam. Masyarakat sebelum ini tidak sedar
bahawa tindakan urbanisasi dan membina bandar-bandar untuk
perkembangan manusia dan ekonomi merosakkan habitat kita iaitu
Bumi. Kesannya telah kita hadapi pada hari ini di mana suhu global
bumi meningkat dari tahun ke tahun, kenaikan paras air laut dan
pelbagai bencana alam lain yang berlaku. Oleh itu, bagi mengekalkan
kelestarian alam, bandar pintar harus dibina dengan perancangan yang
teliti. Sebagai contoh, penggunaan tenaga solar sebagai punca tenaga
elektrik di bangunan atau perumahan di mana pembakaran arang dapat
dikurangkan. Selain itu, pengurusan sampah yang lebih baik oleh
masyarakat dengan mengamalkan kitar semula dapat menyumbang
kepada kelestarian bandar yang didiami oleh mereka. Intihannya,
bandar yang pintar juga perlu menitik beratkan kesannya kepada
kawasan sekeliling dan juga sumber semula jadi.

Isi 4
Kriteria lain yang perlu ada di sebuah bandar yang pintar adalah
memiliki universiti atau pusat penyelidikan dan pembangunan. Bagi
mengecapi kemajuan pada hari ini, manusia banyak menjalankan
penyelidikan dan pembangunan melalui pembelajaran. Pelbagai
kemudahan dan teknologi yang berjaya dicipta bukan sahaja untuk
memastikan kelangsungan hidup tamadun manusia tetapi juga
menyelamatkan kita daripada kemusnahan yang boleh dielakkan.
Negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat yang memiliki pelbagai
pusat penyelidikan adalah contoh terbaik untuk mewujudkan sebuah
bandar pintar. Dengan melahirkan golongan yang berkemahiran tinggi
hasil daripada pusat pengajian yang didirikan, pastinya melahirkan
peluang pekerjaan yang banyak untuk anak watan serta membantu
perkembangan syarikat tempatan. Apabila permintaan graduan dan
pekerjaan dapat dicapai pada tahap yang seimbang, pastinya bandar
tersebut boleh diiktiraf sebagai bandar pintar dan moden.

Penutup
Terdapat banyak lagi ciri-ciri yang boleh dibincangkan bagi membina
sebuah bandar yang pintar dan moden. Berdasarkan intipati yang
dibincangkan di atas, tidak mustahil untuk negara Malaysia

https://www.ipendidikan.my/bandar-pintar.html 4/5
05/02/2022, 23:05 Ciri-Ciri Bandar Pintar/ Bandar Satelit/ Bandar Raya Moden

mengaplikasikan ciri tersebut di bandar-bandar seluruh negeri.


Pemerintah negara hendaklah memanifestasikan fikiran dan melakukan
anjakan paradigma untuk memastikan Malaysia duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara lain. Namun, setiap pembangunan
bandar hendaklah seimbang dengan pembangunan di kawasan luar
bandar dan tidak bersikap seperti anak pangkuan dibiarkan, kera
dihutan disusui. Bandar pintar merupakan sebuah tahap yang akan
menjadi kelaziman pada masa hadapan justeru setiap pihak harus
bekerjasama memainkan peranan masing-masing agar generasi akan
datang mampu hidup dengan selesa dan harmoni seiring dengan
masyarakat global.

https://www.ipendidikan.my/bandar-pintar.html 5/5
05/02/2022, 23:05 Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang Idaman Para Majikan

Karangan

Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang Mengikut


Persepsi Majikan

Ipendidikan » Karangan » Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang Mengikut


Persepsi Majikan
Disemak dan dikemaskini pada pukul 2:05 pm, 1 November 2020

Tahukah anda, bagi menjawab soalan penulisan karangan Bahasa


Melayu dengan cemerlang, pelajar perlu menggunakan gaya bahasa
yang menarik di samping pengolahan idea yang menarik. Selain
bimbingan serta panduan daripada guru, pelajar juga boleh melakukan
latihan tambahan dengan merujuk contoh secara atas talian. Sebagai
rujukan buat pelajar, di bawah dikongsikan contoh karangan ciri-ciri
pekerja cemerlang idaman para majikan.

Untuk menjawab tajuk yang berkaitan pekerja di mana pelajar tidak


mempunyai sebarang pengalaman, pelajar boleh merujuk contoh di
bawah untuk mendapatkan idea atau isi-isi penting yang berkaitan. Dari
sudut penghuraian pula, pelajar boleh memberikan contoh-contoh yang
menyokong isi-isi penting yang dipilih pelajar seterusnya menambahkan
kefahaman pelajar terhadap kehendak soalan yang diberikan.

https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pekerja-cemerlang.html 1/5
05/02/2022, 23:05 Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang Idaman Para Majikan

Isi Kandungan [Tutup]

1. Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang Yang Dicari Oleh Majikan


2. Contoh Karangan Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang Yang Menjadi Idaman
Para Majikan

Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang Yang Dicari


Oleh Majikan
Isi-isi penting
Menonjolkan ketrampilan diri yang menarik
Bersikap proaktif dalam menyelesaikan masalah
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
Menunjukkan kemahiran pengurusan yang tinggi
Bersikap jujur
Berintergriti tinggi

Baca juga: Pentingnya Perlembagaan Malaysia Kepada Rakyat

Contoh Karangan Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang


Yang Menjadi Idaman Para Majikan
Pendahuluan
Setiap majikan pastinya mengidam-idamkan pekerja yang mempunyai
ciri-ciri terbaik. Hal ini demikian kerana ia memberikan kemudahan

https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pekerja-cemerlang.html 2/5
05/02/2022, 23:05 Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang Idaman Para Majikan

kepada mereka untuk mengurus pekerja tersebut dan seterusnya


mempercayai mereka untuk menjalankan tugasan yang ditetapkan. Dari
sudut pandang pekerja pula, adalah penting untuk anda mengetahui ciri-
ciri yang diidamkan oleh majikan supaya dapat mempersiapkan diri
sebelum memohon pekerjaan atau menghadiri temuduga bersama bakal
majikan masing-masing. Setiap majikan mempunyai ciri pilihan mereka
berdasarkan corak perniagaan atau kerja yang dijalankan. Jika ia
melibatkan pekerjaan fizikal sudah tentu kekuatan menjadi pilihan
majikan. Namun, sikap dan perangai setiap manusia berlainan bak kata
pepatah Melayu rambut sama hitam, hati lain-lain. Wajar untuk kita
bincangkan apakah ciri-ciri pekerja cemerlang idaman para majikan
supaya dapat menjadi rujukan untuk semua.

Isi 1
Antara ciri perdana yang diidamkan oleh majikan pada pekerja mereka
adalah mempunyai ketrampilan diri yang menarik. Ketrampilan diri
adalah gaya yang ditunjukkan oleh setiap individu seperti berpakaian
kemas, menyisir rambut dengan rapi dan memakai bau-bauan yang
menenangkan. Ciri ini adalah penting terutamanya dalam bidang yang
memerlukan pekerja menjadi wakil kepada syarikat atau majikan dan
pelanggan yang berurusan dengan mereka akan berasa tertarik dengan
nilai yang ditunjukkan oleh pekerja. Bukan setakat itu sahaja, pekerja
yang mempunyai keyakinan diri yang baik serta dilengkapi tatasusila
yang unggul pasti membantu setiap pekerja dalam syarikat atau
organisasi terbabit untuk bersikap lebih profesional. Terdapat segelintir
individu terutamanya golongan pencari kerja yang baharu tamat
pengajian di institusi pengajian tinggi mempunyai biodata dan profil yang
meyakinkan tetapi apabila datang ke sesi temuduga, kebanyakannya
kurang dari segi ketrampilan diri yang menarik. Persis kata mutiara,
indah khabar dari rupa. Izharnya, ketrampilan diri merupakan ciri yang
diidamkan oleh majikan kerana ia membentuk imej yang mewakili
syarikat atau organisasi majikan tersebut.

Isi 2
Berdasarkan pemikiran minda kelas pertama, majikan lazimnya
mengidamkan pekerja yang mempunyai kemahiran komunikasi yang
baik. Sejak di bangku persekolahan lagi, kita telah diterapkan bahawa
komunikasi merupakan kunci kepada segala peluang. Kemahiran untuk
berkomunikasi pula perlu diasah dan lahir daripada pengalaman setiap
individu kerana pelbagai faktor yang menyumbang kepada cara kita
berkomunikasi. Sebagai majikan, mereka pastinya memerlukan pekerja
yang jujur dalam menjalankan tugasan, pandai mengutarakan pendapat
apabila berlaku perselisihan dan cadangan serta bijak mendengar dan
https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pekerja-cemerlang.html 3/5
05/02/2022, 23:05 Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang Idaman Para Majikan

memerhati apa yang dikehendaki oleh majikan. Selain itu, majikan juga
gemar kepada pekerja yang pandai bergaul dan membiasakan diri
dengan budaya kerja mereka. Hal ini kerana jika syarikat dan organisasi
tersebut besar dan sudah lama bertapak, mereka pasti mempunyai
budaya kerja yang wajar dipatuhi oleh pekerja baharu. Ibarat masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.
Tegasnya, kemahiran berkomunikasi yang tinggi akan membawa
pekerja ke tahap yang lebih baik dan memberi manfaat kepada majikan.

Isi 3
Pada waktu yang sama, majikan pastinya mengimpikan pekerja yang
bersikap proaktif dalam menyelesaikan tugasan atau masalah yang
dihadapi. Sebagai contoh, pekerja baharu mempunyai tempoh
percubaan dan akan diletakkan di bawah seliaan pekerja senior di
syarikat terbabit. Apabila tamat tempoh percubaan, pekerja akan
bergerak sendirian dan segala tugasan dan amanah merupakan
tanggungjawab mereka sendiri. Maka jika pekerja bersikap proaktif
dengan sentiasa belajar dan meminta nasihat daripada pekerja yang
mempunyai pengalaman yang lebih banyak berbanding diri mereka
serta berani menyatakan pendapat berdasarkan teori dan pengalaman
mereka sendiri, sudah pasti ia menjadi nilai tambah kepada organisasi
atau syarikat majikan. Sebahagian daripada pekerja bersikap seperti
lembu dicucuk hidung yang menunggu arahan daripada majikan baru
ingin menyelesaikan tugasan mereka. Nescaya perkembangan karier
pekerja tersebut tidak akan kemana-mana. Peribahasa melayu berkata,
kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Sekiranya
kita ingin berjaya, kita hendaklah berani menempuh rintangan dan
berusaha lebih daripada biasa supaya menghasilkan keputusan yang
luar biasa.

Isi 4
Akhir sekali, ciri yang diidamkan oleh majikan pada para pekerja mereka
adalah mempunyai kemahiran pengurusan yang tinggi. Ketidak tentuan
ekonomi masa kini telah menyebabkan budaya melakukan pelbagai
kerja dalam satu masa semakin menjadi-jadi. Oleh itu, kemahiran
menguruskan tugasan dan perkara-perkara lain berkaitan pekerjaan
adalah penting supaya majikan tidak perlu menjana tenaga dan masa
untuk melatih pekerja dalam perkara tersebut. Nilai utama yang menjadi
kayu pengukur para majikan adalah ketepatan masa pekerja dalam
menghadirkan diri, menyiapkan tugasan serta tidak kerap mengambil
cuti sakit. Justeru, kita seharusnya memilih bidang kerjaya yang
menepati kebolehan diri serta minat yang akan mendorong kita menjadi
pekerja yang diidamkan oleh para majikan. Secara tidak langsung, kita
https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pekerja-cemerlang.html 4/5
05/02/2022, 23:05 Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang Idaman Para Majikan

akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai objektif yang telah


ditetapkan dan menepati masa dan keperluan majikan. Ibarat kata
pujangga, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tak datang
melayang. Natijahnya, pekerja yang pandai mengurus masa dan diri
pasti dapat menarik perhatian majikan untuk menawarkan pekerjaan
secara tetap dan seterusnya memberi perkembangaan karier yang baik.

Penutup
Bagi menyimpulkan perbincangan yang telah dihuraikan di atas, ciri-ciri
yang diidamkan oleh majikan terhadap pekerja adalah mengikut variasi
dan corak syarikat atau organisasi masing-masing. Umum sedia maklum
bahawa majikan merupakan kepala kepada struktur organisasi atau
syarikat tetapi pekerja merupakan kaki dan tangan yang melakukan
pekerjaan yang perlu bagi menjayakan objektif yang ditetapkan oleh
majikan. Sehubungan dengan itu, layanan yang seyogia harus diberikan
kepada semua pekerja yang berkorban tenaga dan masa demi
memenuhi hasrat dan visi majikan dengan memastikan kebajikan serta
kadar gaji mereka diberikan mengikut ketetapan Kementerian Sumber
Manusia. Malaysia melahirkan lebih daripada 100,000 graduan pada
setiap tahun dan setiap di antara mereka pasti mempunyai nilai yang
berharga buat syarikat dan organisasi di seluruh negara. Dayung sudah
di tangan, perahu sudah di air. Kini, ia terletak kepada para majikan
untuk menggilap dan melahirkan golongan pekerja professional
tempatan yang akan menjadi khazanah berguna buat negara dan nusa
bangsa.

https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pekerja-cemerlang.html 5/5
05/02/2022, 22:58 Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang (Sahsiah Dan Peribadi Unggul)

Karangan

Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang (Contoh


Karangan)

Ipendidikan » Karangan » Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang (Contoh


Karangan)
Disemak dan dikemaskini pada pukul 2:04 pm, 1 November 2020

Apakah tema dan tajuk soalan yang sering digunakan dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu? Untuk makluman pelajar, pelbagai tema
daripada diri, keluarga, masyarakat dan negara yang berpotensi menjadi
tajuk soalan pilihan karangan. Selain itu, penulisan karangan juga
terbahagi kepada dua jenis iaitu berformat dan tidak berformat. Maka,
pelajar perlu bersedia dengan melakukan latihan tambahan yang
diberikan oleh guru atau membuat rujukan sendiri secara atas talian.
Sebagai rujukan pelajar, berikut adalah contoh karangan ciri-ciri pelajar
cemerlang.

Karangan yang bertemakan pelajar pasti mudah untuk dijawab. Para


pelajar mampu memberikan isi-isi penting yang berkaitan untuk dihurai
dengan pengolahan yang menarik. Antara kriteria untuk mendapatkan
penulisan karangan yang cemerlang adalah penggunaan tatabahasa
yang betul serta frasa-frasa menarik yang tepat. Oleh itu, pelajar
digalakkan untuk banyak membaca dan menulis karangan sebagai
latihan untuk menghasilkan penulisan karangan yang cemerlang.

https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pelajar-cemerlang.html 1/4
05/02/2022, 22:58 Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang (Sahsiah Dan Peribadi Unggul)

Isi Kandungan [Tutup]

1. Ciri-Ciri Pelajar Yang Cemerlang


2. Contoh Karangan Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang

Ciri-Ciri Pelajar Yang Cemerlang


Isi-isi penting
Bermoral tinggi dan berakhlak baik
Menumpukan perhatian dalam pembelajaran
Mengulang kaji pelajaran
Aktif dalam aktiviti kokurikulum
Menjaga kesihatan dan kebersihan
Belajar daripada kesilapan

Baca juga: Contoh-Contoh Karangan Bahasa Melayu SPM Terbaik

Contoh Karangan Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang


Pendahuluan
Pelajar cemerlang umpama benih yang baik, kalau di campak ke darat
menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. Ungkapan
tersebut memberikan perumpamaan bahawa pelajar yang cemerlang
mampu untuk mengadaptasi dalam apa jua keadaan untuk berjaya.
Kumpulan ini sukar untuk dicipta tetapi jika berjaya dilahirkan, masa
hadapan masyarakat dan negara pasti akan mencapai tahap kemajuan
https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pelajar-cemerlang.html 2/4
05/02/2022, 22:58 Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang (Sahsiah Dan Peribadi Unggul)

yang terbaik. Setiap pihak berperanan dalam memberikan sumbangan


untuk melahirkan pelajar cemerlang. Namun, ianya akan bergantung
kepada iltizam pelajar tersebut sama ada untuk mengamalkan ciri-ciri
pelajar cemerlang atau sebaliknya. Apakah ciri-ciri yang menjadikan
seseorang pelajar itu sebagai pelajar cemerlang?

Isi 1
Antara ciri pelajar cemerlang adalah bermoral tinggi dan mempunyai
akhlak yang baik. Hal ini demikian kerana, pelajar yang bermoral tinggi
akan menerapkan nilai-nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian
mereka. Dengan akhlak yang baik pula, pelajar dapat menerapkan nilai
keagamaan yang dipelajari dalam membuat keputusan yang betul. Ciri
ini dapat membantu pelajar untuk tidak terjebak dengan permasalahan
sosial seperti membuang masa melepak di pusat membeli belah dan
bergaul bebas dengan golongan yang bermasalah. Persis kata
Peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu dan
bapa perlu menjadi tauladan terbaik kepada anak-anak di rumah
manakala guru akan menambah nilai dalam memantapkan sahsiah
pelajar di sekolah. Kesannya, pelajar yang bermoral tinggi dan
berakhlak baik pasti akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang
dalam akademik mahupun kokurikulum.

Isi 2
Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menumpukan perhatian
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah.
Bukan sahaja dalam persekolahan tetapi dalam kehidupan harian, jika
kita menumpukan perhatian dalam melakukan sesuatu hasil yang baik
akan diperoleh. Guru di sekolah saban tahun mengajar anak murid input
yang sama, justeru pelajar yang perlu peka dan cakna atas setiap tutur
kata yang diberikan oleh mereka. Tambahan pula, tips-tips yang sering
kali tiada dalam buku teks adalah merupakan sebab kenapa pelajar
perlu menumpukan perhatian bagi menghadapi peperiksaan yang bakal
diduduki. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Intihannya, pelajar yang menumpukan perhatian dalam kelas
dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.

Isi 3
Pada masa yang sama, pelajar yang cemerlang akan sentiasa
memastikan latihan yang diberikan oleh guru disiapkan dan mengulang
kaji pelajaran di rumah. Apabila pelajar berusaha melengkapkan latihan
yang ditugaskan, mereka pasti memahami dan berjaya menguasai
subjek tersebut dengan baik. Manakala, mengulang kaji pelajaran

https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pelajar-cemerlang.html 3/4
05/02/2022, 22:58 Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang (Sahsiah Dan Peribadi Unggul)

adalah penting bagi mengaktifkan memori jangka masa panjang dalam


pembelajaran yang telah diulang kaji. Sebagai contoh, pelajar
memperuntukkan masa sebanyak tiga jam setiap hari bagi mengulang
kaji pelajaran. Jika pelajar berjaya mengekalkan disiplin ini, mereka
akan menjadi seorang yang menepati masa. Seperti pesanan orang-
orang tua, belakang parang kalau diasah, lagikan tajam yang
bermaksud sekiranya pelajar ingin menjadi cemerlang latihan yang
kerap akan membantu diri mereka untuk menjadi insan yang lebih
cemerlang.

Isi 4
Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang adalah apabila mereka aktif
dalam aktiviti kokurikulum. Mutakhir ini, pencapaian akademik bukanlah
segala-galanya. Penajaan biasiswa dan syarat kelayakan untuk
melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi akan dinilai secara
menyeluruh termasuklah pencapaian di luar bilik darjah. Aktiviti
kokurikulum seperti persatuan, kelab permainan dan badan beruniform
dapat membentuk sesorang murid menjadi individu lebih berdisiplin dan
mengasah sifat kepimpinan. Melibatkan diri dalam bidang sukan dan
permainan pula dapat meningkatkan kesihatan serta berkomunikasi
dengan baik secara berkumpulan. Kesannya, penglibatan yang aktif
oleh pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan menjadikan mereka lebih
cemerlang.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai ciri-ciri yang membentuk seseorang pelajar
untuk menjadi cemerlang. Setiap pihak berperanan dalam membimbing
dan memberikan tauladan terbaik kepada para pelajar dalam menjadi
seorang individu yang berguna kelak untuk keluarga, masyarakat dan
negara. Semoga genarasi muda hari ini menepati ciri-ciri modal insan
minda kelas pertama iaitu mempunyai kualiti diri yang tinggi dari segi
akademik, kokurikulum, disiplin, sahsiah dan pegangan agama yang
disebut-sebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Diharapkan
golongan pelajar cemerlang ini berjaya dihasilkan dan menjadi harapan
nusa bangsa untuk meletakkan daya saing negara di pentas
antarabangsa. Persis kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya.

https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pelajar-cemerlang.html 4/4
05/02/2022, 22:58 Ciri-Ciri Remaja Berwawasan Generasi Muda Yang Cemerlang

Karangan

Ciri-Ciri Remaja Yang Berwawasan


Menjana Kemajuan Negara

Ipendidikan » Karangan » Ciri-Ciri Remaja Yang Berwawasan Menjana


Kemajuan Negara
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:04 am, 3 Ogos 2020

Makluman kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan mata


pelajaran Bahasa Melayu. Penulisan karangan merupakan antara
soalan yang perlu dijawab oleh para pelajar. Anda perlu membuat
persediaan yang baik sebelum menduduki kertas peperiksaan yang
melibatkan penulisan karangan Bahasa Melayu. Sebagai rujukan
kepada pelajar, berikut adalah contoh karangan ciri-ciri remaja yang
berwawasan.

Contoh yang dikongsikan merangkumi pendahuluan, isi-isi penting dan


penutup. Anda digalakkan untuk sentiasa mendapatkan bimbingan dan
panduan daripada guru masing-masing apabila merujuk sumber secara
atas talian. Selain itu, bagi mendapatkan penulisan karangan yang
cemerlang, pelajar perlu sentiasa menggunakan tatabahasa yang betul
serta mengelak daripada melakukan kesalahan yang lazim seperti
kesalahan ejaan dan sebagainya.

https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-remaja-berwawasan.html 1/5
05/02/2022, 22:58 Ciri-Ciri Remaja Berwawasan Generasi Muda Yang Cemerlang

Isi Kandungan [Tutup]

1. Ciri-Ciri Remaja Berwawasan Kepentingan Kepada Pembangunan


Negara
2. Contoh Karangan Ciri-Ciri Remaja Yang Berwawasan

Ciri-Ciri Remaja Berwawasan


Kepentingan Kepada Pembangunan
Negara
Isi-isi penting
Personaliti yang mulia
Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi
Bersemangat patriotik
Bertanggungjawab
Tidak berputus-asa
Berani mencuba sesuatu yang baru

Baca Juga : Cara Memupuk Semangat Patriotisme

Contoh Karangan Ciri-Ciri Remaja Yang


Berwawasan
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-remaja-berwawasan.html 2/5
05/02/2022, 22:58 Ciri-Ciri Remaja Berwawasan Generasi Muda Yang Cemerlang

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di
persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh
pelbagai permasalahan sosial yang dicetuskan oleh golongan remaja
hari ini. Generasi muda merupakan pelapis yang akan menduduki
tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang. Sayang dan
malang sekali, mereka tidak sedar akan obligasi yang terbeban di bahu
mereka itu. Kelekaan dalam menikmati hiburan yang dihidangkan oleh
teknologi hari ini bakal memberi kesan yang buruk kepada mereka.
Justeru, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam
mengubah persepsi dan tingkah laku golongan remaja dengan
mengenal pasti apakah ciri-ciri remaja berwawasan?

Isi 1
Remaja yang berwawasan adalah golongan remaja yang mempunyai
personaliti yang mulia. Personaliti boleh didefinisikan sebagai tingkah
laku, keperibadian dan akhlak seseorang. Remaja yang mempunyai
personaliti yang mulia mempunyai tingkah laku yang sopan, saling
hormat-menghormati dan mengamalkan nilai-nilai murni yang lain.
Selain itu, menjaga kesihatan dengan bersukan dan memastikan
kebersihan diri dan kawasan sekeliling di tahap yang baik adalah ciri
personaliti yang mulia. Dengan personaliti yang sebegini, mereka akan
mudah didampingi dan berkomunikasi dengan semua pihak tanpa
mengira umur dan latar belakang. Mereka juga tidak akan terjebak
dengan kemelut sosial yang mementingkan dunia hedonistik semata-
mata serta berusaha untuk menghindarkan diri daripada bergaul dengan
remaja-remaja yang bermasalah. Intihannya, remaja yang berwawasan
adalah remaja yang mempunyai personaliti yang mampu membezakan
yang mana kaca dan yang mana permata supaya tidak terjerumus ke
dalam lembah kegagalan dalam kehidupan.

Isi 2
Pada masa yang sama, remaja yang berwawasan juga perlu
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan tinggi. Ilmu pengetahuan
merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun
bangsa. Remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mencakupi
semua bidang dapat membuat penilaian dan keputusan yang bijak
dalam menghadapi era globalisasi yang serba mencabar akal dan
minda. Golongan remaja perlu mengutamakan pembelajaran daripada
melakukan perkara lain yang sia-sia. Tidak dapat dinafikan bahawa
tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran
ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka. Justeru,
ketekunan dan tidak berputus-asa merupakan nilai yang mustahak
https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-remaja-berwawasan.html 3/5
05/02/2022, 22:58 Ciri-Ciri Remaja Berwawasan Generasi Muda Yang Cemerlang

dalam mendepani rintangan untuk menguasai ilmu pengetahuan. Persis


kata peribahasa, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Isi 3
Di samping itu, bersikap patriotik terhadap negara adalah ciri-ciri remaja
berwawasan. Hal ini demikian kerana, George Santayana pernah
berkata, manusia yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya
semula. Oleh itu, dengan menanam sikap cinta akan negara dalam
golongan remaja, ia pasti dapat membantu negara dari segi kemajuan
dan potensi untuk berjaya bersaing dengan negara yang lain. Mereka
juga tidak akan mudah terpengaruh dalam segala bentuk penjajahan
sama ada dari segi mental, intelektual, hiburan dan sebagainya. Para
remaja yang berwawasan akan memastikan budaya, tradisi dan warisan
negara dipelihara di samping mengejar kemajuan yang diacu sendiri
oleh air tangan mereka. Jiwa patriotik yang menebal ini akan menjamin
keharmonian negara dan sekali gus berupaya menjaga maruah negara
di pentas global.

Isi 4
Akhir sekali, ciri-ciri remaja yang berwawasan adalah remaja yang sedar
dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik.
Perjalanan kita sebagai manusia dari kecil sehingga dewasa banyak
berubah apabila kita mempunyai tanggungjawab sama ada sebagai
seorang pelajar, seorang anak dan seterusnya menjadi ketua keluarga.
Justeru, linkungan usia remaja merupakan masa yang penting bagi
seseorang individu untuk belajar menggalas tanggungjawab supaya di
masa hadapan ia menjadi sesuatu perkara yang mudah. Remaja yang
berwawasan akan melaksanakan tugas atau tanggungjawab mereka
sebagai pelajar dengan mendapatkan kecemerlangan akademik dan
kokurikulum. Manakala tanggungjawab sebagai anak pula sentiasa
menjaga hati budi dan membalas jasa ibu bapa mereka dengan
membantu menyelesaikan kerja-kerja rumah. Kesannya, golongan
remaja ini akan lebih matang apabila diamanahkan dengan
tanggungjawab yang lebih berat pada masa akan datang.

Penutup
Konklusinya, ciri-ciri remaja yang berwawasan terdiri daripada pelbagai
aspek kehidupan. Golongan remaja adalah golongan yang penting
dalam menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat mahupun
negara. Justeru itu, setiap pihak daripada keluarga, guru, kerajaan dan
ahli masyarakat sendiri perlu menggembleng tenaga untuk
memanifestasikan mekanisma terbaik bagi memupuk dan melahirkan

https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-remaja-berwawasan.html 4/5
05/02/2022, 22:58 Ciri-Ciri Remaja Berwawasan Generasi Muda Yang Cemerlang

remaja yang berwawasan. Persis kata peribahasa Melayu, seikat bagai


sirih, serumpun bagai serai. Semoga setiap anjakan paradigma yang
diatur mampu memberikan kesan yang efektif kepada mereka dalam
menjadi tunjang masa hadapan negara.

https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-remaja-berwawasan.html 5/5
05/02/2022, 23:04 Faedah Amalan Berjimat Cermat Dalam Kehidupan Generasi Muda Kini

Karangan

Kepentingan Dan Faedah Amalan


Berjimat Cermat

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Dan Faedah Amalan Berjimat


Cermat
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:44 pm, 8 Mei 2020

Selain isu berkaitan kesihatan dan perpaduan, isu berkaitan ekonomi diri
atau negara kerap menjadi soalan dalam penulisan karangan. Isu yang
boleh dikaitkan dengan golongan muda wajar menjadi soalan agar
pelajar dapat mengambil iktibar daripada penulisan mereka. Berikut
adalah contoh isi dan karangan berkaitan dengan faedah-faedah amalan
berjimat cermat dalam kehidupan generasi muda kini.

Seperti contoh dibawah, pelajar-pelajar boleh merujuk isi-isi berkaitan


dan menghuraikan mengikut kemampuan dan daya kreatif masing-
masing. Ianya terdiri daripada pendahuluan, empat isi penting dan
penutup. Penulisan karangan yang baik hendaklah mempunyai
pendahuluan, isi-isi penting dan penutup yang seimbang. Di samping itu,
pengurangan kesalahan tatabahasa dan ejaan dapat membantu pelajar
mendapat markah yang lebih baik dalam penulisan karangan Bahasa
Melayu.

Isi Kandungan

https://www.ipendidikan.my/faedah-amalan-berjimat-cermat.html 1/4
05/02/2022, 23:04 Faedah Amalan Berjimat Cermat Dalam Kehidupan Generasi Muda Kini

1. Kepentingan Dan Faedah Amalan Berjimat Cermat Dalam Kehidupan


Generasi Muda Kini
2. Contoh Karangan Faedah-Faedah Amalan Berjimat Cermat Dalam
Kehidupan Generasi Muda Kini

Kepentingan Dan Faedah Amalan


Berjimat Cermat Dalam Kehidupan
Generasi Muda Kini

Isi-isi penting
pengurusan kewangan yang baik
mengelakkan terjebak dalam belenggu hutang
mempunyai simpanan untuk masa hadapan
memupuk sikap berdikari
melahirkan pengguna yang bijak
persediaan untuk alam persaraan

Baca juga: Cara Kira Bilangan Patah Perkataan Dalam Karangan


Bahasa Melayu

Contoh Karangan Faedah-Faedah Amalan


Berjimat Cermat Dalam Kehidupan Generasi
Muda Kini
Pendahuluan
https://www.ipendidikan.my/faedah-amalan-berjimat-cermat.html 2/4
05/02/2022, 23:04 Faedah Amalan Berjimat Cermat Dalam Kehidupan Generasi Muda Kini

Dasawarsa ini, peningkatan kos sara hidup dalam negara kita semakin
merunsingkan pemikiran masyarakat. Keupayaan untuk pengguna untuk
membeli yang berkurang atas tekanan ekonomi adalah realiti yang
kurang baik untuk ekonomi negara. Jadi bagi mengekalkan simbiosis
antara pembekal dan pembeli, keupayaan membeli boleh dijalankan
dengan mempraktikkan amalan berjimat cermat. Pelbagai manfaat yang
akan diperoleh terutamanya kepada golongan generasi muda kini jika
mengamalkan jimat cermat dalam berbelanja.

Isi 1
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan muda
hari ini berbelanja lebih kerap atau dalam kuantiti yang banyak
berbanding generasi dahulu. Jelas sekali dari segi gajet-gajet yang
semakin memenuhi pasaran dan diperlukan oleh generasi muda dalam
memudahkan urusan harian mereka. Tetapi mereka hendaklah
berbelanja dalam kemampuan mereka dan berjimat cermat dengan
memilih produk yang berkualiti dan sesuai digunakan dengan kehidupan
harian masing-masing. Bak kata peribahasa Melayu, ukur baju dibadan
sendiri yang bermaksud kita hendaklah mengetahui kemampuan diri kita
sendiri. Langkah ini membantu mereka dalam pengurusan kewangan
kerana ia adalah mustahak dalam memasuki alam dewasa.

Isi 2
Sejak kebelakangan ini, berita mengenai golongan muda diisytiharkan
muflis semakin menjadi polemik masyarakat kita. Penggunaan kad
kredit dalam perbelanjaan tanpa hemah dan tiada komitmen dalam
menyelesaikan hutangnya mengakibatkan ramai golongan muda
dikategorikan muflis. Rekod peribadi kita juga akan terjejas sekiranya
kita terlibat dengan hutang yang banyak di mana urusan pembelian aset
seperti rumah atau kereta boleh disekat akibat rekod pembayaran yang
tidak konsisten. Justeru, amalan berjimat cermat dapat menglakkan kita
dari terjerumus ke dalam lembah hutang. Pelbagai alternatif yang boleh
dimanfaatkan golongan muda dalam berjimat cermat seperti mencari
baucer, promosi dan diskaun yang berbaloi untuk kita melaburkan wang
kita ke atas apa yang dihajati.

Isi 3
Di samping itu, amalan berjimat cermat memberikan faedah yang
tersurat kepada kita iaitu menambah kepada simpanan wang kita untuk
masa hadapan. Sebagai contoh, berlaku kemalangan dalam kalangan
keluarga kita, kita hendaklah bersedia membantu terutamanya dalam
bentuk kewangan. Dengan penjimatan yang kita amalkan ketika

https://www.ipendidikan.my/faedah-amalan-berjimat-cermat.html 3/4
05/02/2022, 23:04 Faedah Amalan Berjimat Cermat Dalam Kehidupan Generasi Muda Kini

berbelanja.dapat membantu kita menabung lebihan pendapatan kita


untuk situasi kecemasan atau masa hadapan. Kita merancang, tuhan
yang menentukan, segala perkara yang kita ada hari ini mungkin boleh
hilang dalam sekelip mata. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur dengan
keberadaan kita serta bersedia sebaiknya dalam menghadapi sebarang
kemungkinan pada masa hadapan.

Isi 4
Selain itu, amalan berjimat cermat mampu memupuk sikap berdikari
dalam golongan muda hari ini. Hal ini kerana, jika mereka berdisiplin
mempraktikkan amalan ini maka simpanan mereka sudah pasti cukup
untuk menampung diri sendiri. Golongan muda seperti ini tidak perlu
bergantung pada ibu bapa yang juga perlu menyelesaikan komitmen lain
seperti rumah dan kereta. Mereka akan menjadi lebih bertanggungjawab
dalam memastikan masa hadapan mereka mampu hadapi dengan
kewangan yang kukuh. Maka, kerajaan sewajarnya membantu
mengurangkan kos sara hidup dan tekanan ekonomi hari ini agar
golongan muda ini mampu berdikari daripada tanggungan ibu bapa dan
di bayar gaji yang selaras dengan mutu kerja seseorang .

Penutup
Akhir kalam, amalan berjimat cermat dapat membantu dalam
menguruskan kewangan golongan muda terutamnya dalam menghadapi
tekanan ekonomi yang serba tidak menentu pada hari ini. Golongan
muda hendaklah memulakan langkah ini bagi mendapat manfaat pada
waktu kelak. Seperti peribahasa Melayu berkata, sedikit-sedikit lama-
lama menjadi bukit yang bermaksud jika kita amalkan sesuatu perkara
itu sedikiit demi sedikit nanti hasilnya akan banyak seperti bukit.
Semoga golongan muda sedar akan kepentingan mengurus kewangan
mereka dengan amalan berjimat cermat agar melahirkan masyarakat
yang bijak dan progesif di samping membantu merancakkan ekonomi
negara ke arah yang lebih baik.

https://www.ipendidikan.my/faedah-amalan-berjimat-cermat.html 4/4
05/02/2022, 22:59 Faedah Bekerja Sambilan Kepada Pelajar (Manfaat)

Karangan

Faedah Bekerja Sambilan Kepada


Pelajar (Kebaikan)

Ipendidikan » Karangan » Faedah Bekerja Sambilan Kepada Pelajar


(Kebaikan)
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:06 pm, 23 Ogos 2021

Perhatian kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil


Pelajaran Malaysia (SPM). Adakah anda sudah membuat latihan yang
cukup dalam penulisan karangan? Sudahkah anda meneliti tema-tema
yang berpotensi menjadi tajuk kepada soalan di dalam peperiksaan?
Sekiranya tidak, berikut dikongsikan contoh karangan yang bertajuk
Faedah Bekerja Sambilan Kepada Pelajar untuk rujukan semua.

Umum mengetahui, pelajar perlu menulis karangan melebihi 350 patah


perkataan. Justeru, bagi memastikan karangan anda berada pada tahap
yang cemerlang, pelajar perlu menulis sekurang-kurangnya 6 perenggan
atau melebihi tiga muka surat kertas kajang yang digunakan. Sebagai
contoh, satu perenggan mengandungi 70 patah perkataan maka,
keseluruhan patah perkataan yang boleh ditulis adalah sebanyak 420
patah perkataan. Dengan jumlah yang melebihi kehendak soalan serta
penulisan yang baik. pelajar mampu untuk mendapat keputusan yang
cemerlang di dalam peperiksaan.

https://www.ipendidikan.my/bekerja-sambilan.html 1/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Bekerja Sambilan Kepada Pelajar (Manfaat)

Isi Kandungan [Tutup]

1. Manfaat & Faedah Bekerja Sambilan Kepada Pelajar


2. Contoh Karangan Kebaikan & Faedah Bekerja Sambilan Kepada
Pelajar

Manfaat & Faedah Bekerja Sambilan


Kepada Pelajar
Isi-isi penting
Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah
Meningkatkan kemahiran diri
Membantu dari segi kewangan
Membentuk disiplin diri yang baik
Menambah kenalan untuk rangkaian pekerjaan
Membuka peluang untuk melihat potensi diri

Contoh Karangan Kebaikan & Faedah Bekerja


Sambilan Kepada Pelajar
Pendahuluan
Dalam meniti kehidupan pada marcapada, masyarakat semakin
dibebani dengan modenisasi dalam ekonomi yang tidak menentu.
Hampir keseluruhan daripada kita menggunakan gajet seperti telefon
pintar untuk menghadapi rutin harian pada ketika ini. Di samping

https://www.ipendidikan.my/bekerja-sambilan.html 2/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Bekerja Sambilan Kepada Pelajar (Manfaat)

keperluan biasa seperti makan, minum dan pakaian yang meningkat


harganya dari hari ke hari telah memberikan tekanan ekonomi kepada
masyarakat. Kesannya, terdapat golongan pelajar yang terpaksa untuk
melakukan kerja sambilan demi menampung keperluan ekonomi bagi
diri serta meringankan bebanan ibu dan bapa. Situasi ini kita boleh lihat
khususnya di institusi pengajian tinggi dan apabila pelajar sekolah
menjalani cuti yang panjang. Jika kita melihat dari sudut yang positif,
terdapat pelbagai faedah bekerja sambilan kepada pelajar yang akan
diperoleh. Maka, wajar untuk kita bincangkan manfaat tersebut demi
kemaslahatan pelajar, ibu, bapa dan golongan pemimpin negara.

Isi 1
Antara manfaat bekerja sambilan ketika dalam pengajian di universiti
ataupun sewatu cuti persekolahan adalah ia dapat mengisi masa lapang
mereka dengan perkara yang berfaedah. Dewasa ini, kita dapat lihat
melalui media massa bahawa terdapat anak muda yang terjebak
dengan gejala negatif seperti berlumba haram, menghisap dadah dan
gangsterisme. Namun, polemik ini dapat dielakkan jika mereka
memenuhi ruang masa terluang mereka untuk bekerja sambilan di
restoran, pusat membeli belah dan sebagainya. Lebih-lebih lagi sebagai
seorang pelajar, mereka akan kurang masa untuk melakukan perkara-
perkara yang sia-sia selain daripada mengulangkaji pelajaran dan
kemudian bekerja sambilan. Pada mulanya mereka pasti akan berasa
letih kerana tenaga dan masa yang digunakan untuk diri mereka tetapi
kelak mereka akan mengerti tindakan yang mereka ambil memberikan
manfaat buat diri mereka sendiri. Bak kata pepatah Melayu, berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian.

Isi 2
Faedah lain yang akan diperoleh apabila pelajar melakukan kerja
sambilan adalah mereka dapat menambah kemahiran diri. Hal ini adalah
mustahak kerana menjelang kedewasaan, pelajar perlu mengasah
kemahiran diri khususnya kemahiran berkomunikasi untuk menjadi
seorang yang berkeyakinan tinggi. Skil sosial ini juga penting untuk
pelajar apabila masuk ke alam pekerjaan nanti. Selain itu, pelajar juga
akan menambah kemahiran dalam bentuk pekerjaan yang dilakukan.
Sebagai contoh, apabila bekerja sebagai pelayan restoran, anda akan
mempelajari tentang etika pemakanan, menguruskan tempahan dan
sebagainya. Pengalaman ini adalah berharga jika pelajar menyedarinya
dan dapat mengimplementasikan dalam kehidupan masing-masing pada
masa akan datang. Tuntasnya, melakukan kerja sambilan semasa

https://www.ipendidikan.my/bekerja-sambilan.html 3/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Bekerja Sambilan Kepada Pelajar (Manfaat)

dalam pengajian ssebagai seorang pelajar dapat menambah kemahiran


diri kerana laut yang ditimba tidak akan kering.

Isi 3
Pada masa yang sama, kerja sambilan dapat membantu pelajar dari
segi kewangan. Umum mengetahui bahawa terdapat pelajar yang
bekerja kerana kurang sokongan kewangan tetapi ada yang bekerja
sambilan hanya untuk mendapat wang lebih demi kepuasan diri. Apapun
niat pelajar untuk bekerja sambilan, pastikan wang atau gaji yang
diperoleh digunakan sebaik mungkin. Mungkin ada yang akan
menggunakannya untuk menampung kos pengajian di universiti atau
membayar sewa rumah dan duit motorsikal misalnya. Ada pelajar yang
akan menabung wang tersebut persis kata peribahasa, sediakan payung
sebelum hujan. Ada juga yang akan menggunakannya untuk berseronok
menjalankan aktiviti bersama rakan-rakan. Tindakan ini sedikit sebanyak
dapat membantu meringankan bebanan kewangan yang ditampung
selama ini oleh ibu dan bapa. Secara tidak langsung juga memupuk diri
pelajar untuk berdikari dan belajar mengurus kewangan diri dengan
lebih baik. Tegasnya, bekerja sambilan sebagai pelajar dapat
mengukuhkan aspek kewangan diri mereka dan juga keluarga.

Isi 4
Akhir sekali, pelajar yang bekerja sambilan dapat membentuk disiplin diri
yang baik. Sekiranya mereka bekerja, pastinya masa mereka untuk
belajar dan berehat perlu diuruskan dengan baik. Pelajar akan menjadi
lebih disiplin untuk menepati masa supaya pelajaran mereka tidak
terjejas, hadir ke tempat kerja pada waktunya dan mendapat rehat yang
cukup. Tambahan pula, di tempat kerja pelajar perlu mengikuti peraturan
seperti memakai pakaian yang ditetapkan dan menjaga tingkah laku
apabila berhadapan dengan pelanggan. Justeru dengan perkara yang
perlu dilakukan oleh pelajar, ia pasti dapat membentuk jati diri dan
ketrampilan yang terbaik dalam diri mereka. Persis kata mutiara,
belakang parang pun kalau di asah nescaya tajam. Intihannya, pelajar
akan menjadi seorang individu yang lebih baik dan berketrampilan tinggi
dimana nilai itu akan dilihat sebagai satu kelebihan buat majikan mereka
pada masa hadapan.

Penutup
Konklusinya, terdapat banyak faedah yang akan diperoleh pelajar
apabila melakukan kerja sambilan. Tetapi, fenomena ini perlu diperhati
dengan teliti kerana kita tidak mahu melihat anak muda terpaksa bekerja
demi menampung kos pengajian di universiti atau kolej. Pihak berkuasa

https://www.ipendidikan.my/bekerja-sambilan.html 4/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Bekerja Sambilan Kepada Pelajar (Manfaat)

perlu memastikan capaian pendidikan di dalam negara adalah


berpatutan dan mampu untuk disertai oleh seluruh ahli masyarakat yang
menetap di Malaysia. Kita tidak mahu anak muda pada hari ini bersusah
payah bekerja hanya untuk mendapat segulung ijazah demi masa
hadapan mereka. Jika mereka tidak dapat menumpukan perhatian
dalam pengajian yang diambil pasti akan merugikan masa dan wang
mereka. Ibarat pepatah Melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendung
berciciran. Semoga apapun mekanisme yang diambil oleh pelajar, kita
berharap ia dapat melahirkan generasi yang bakal memacu negara ke
arah kemajuan dan kejayaan di persada dunia.

Related : mengejar masa, kebaikan dan keburukan, untuk memberi,


bahawa pelajar yang bekerja,

https://www.ipendidikan.my/bekerja-sambilan.html 5/5
05/02/2022, 23:05 Faedah Dan Kepentingan Inovasi Dalam Kehidupan

Karangan

Faedah-Faedah Inovasi Dalam


Kehidupan

Ipendidikan » Karangan » Faedah-Faedah Inovasi Dalam Kehidupan


Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:12 pm, 14 Mei 2020

Pelbagai jenis tajuk soalan yang diketengahkan dalam penulisan


karangan Bahasa Melayu. Antaranya adalah soalan yang berkaitan
pelajar sehingga soalan yang memerlukan pengetahuan am tentang isu
semasa. Oleh itu, pelajar perlu bersedia untuk menjawab soalan yang
terdiri daripada pelbagai tema dan latar belakang. Berikut dikongsikan
contoh karangan faedah-faedah inovasi dalam kehidupan sebagai
rujukan untuk semua.

Selain daripada membuat latihan yang diberikan oleh guru, pelajar juga
boleh merujuk contoh karangan daripada sumber lain seperti di bawah.
Pelajar dapat melihat isi-isi penting atau idea yang berbeza digunakan
bagi mengolah karangan Bahasa Melayu. Tambahan pula, pelajar boleh
merujuk cara pengolahan yang menarik dan menggunakannya dalam
penulisan karangan masing-masing.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-inovasi-dalam-kehidupan.html 1/4
05/02/2022, 23:05 Faedah Dan Kepentingan Inovasi Dalam Kehidupan

Isi Kandungan [Tutup]

1. Faedah-Faedah Dan Kepentingan Inovasi Dalam Kehidupan


2. Contoh Karangan Kepentingan Inovasi Dalam Kehidupan

Faedah-Faedah Dan Kepentingan


Inovasi Dalam Kehidupan
Isi-isi penting
Meningkatkan kualiti hidup
Mencipta pasaran baru
Memelihara ekosistem dan alam sekitar
Mengurangkan risiko kebergantungan terhadap sumber manusia
Selaras dengan sistem pendidikan
Meluaskan jangkauan produk

Baca juga: Koleksi Contoh Karangan SPM

Contoh Karangan Kepentingan Inovasi Dalam


Kehidupan
Pendahuluan
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, hampir
setiap hari kita diperkenalkan dengan teknologi baharu hasil daripada
inovasi yang dilakukan. Inovasi membawa maksud kepada idea atau

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-inovasi-dalam-kehidupan.html 2/4
05/02/2022, 23:05 Faedah Dan Kepentingan Inovasi Dalam Kehidupan

kaedah baharu yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa. Selain itu,
inovasi juga membawa maksud sebagai solusi yang diperkenalkan bagi
menyelesaikan maslah yang timbul secara berkesan. Justifikasinya,
inovasi adalah perkara yang penting dalam kehidupan kerana ia
memberikan faedah yang sangat menguntungkan kepada kita.

Isi 1
Antara manfaat inovasi dalam kehidupan adalah ia membantu
meningkatkan kualiti hidup manusia sejagat. Secara tidak sedar, kita
telah hidup dikelilingi dengan hasil inovasi yang pelbagai dan memakan
masa yang lama. Tamsilnya, pengangkutan yang kita nikmati hari ini
memudahkan kita untuk pergi ke destinasi yang kita inginkan dalam
tempoh masa yang singkat berbanding pada zaman dahulu. Persisi kata
peribahasa Melayu berkata, masa itu emas. Maka, setiap inovasi yang
kita nikmati hari ini telah membantu kita menjimatkan masa untuk
menyelesaikan suatu pekerjaan. Oleh sebab itu, kualiti kehidupan akan
bertambah baik kerana manusia dapat memberikan fokus untuk
meluangkan masa pada perkara yang lebih mustahak. Kita tidak perlu
memikirkan atau mengerahkan tenaga kepada pekerjaan yang remeh
seperti membasuh pakaian dan menyapu lantai kerana hasil inovasi
mesin basuh dan penyedut hampagas telah dicipta.

Isi 2
Selain itu, inovasi dapat membantu membuka pasaran baharu dalam
ekonomi dunia. Kita boleh lihat sejak kebelakangan ini, kerancakan
penggunaan sosial media telah melahirkan pasaran yang baru dan
inovatif terhadap masyarakat kita. Pembelian atas talian lebih gemar
digunakan oleh masyarakat kerana mereka tidak perlu keluar rumah dan
hanya menunggu produk yang diinginkan dihantar ke rumah masing-
masing. Tambahan pula, pasaran baru dapat memberikan pilihin kepada
pengguna yang memerlukan produk yang sesuai dengan penggunaan
mereka. Misalnya, pelbagai jenis hartanah dibangunkan seperti rumah
teres dan pangsapuri bagi menampung kehendak penduduk yang
mempunyai tahap keperluan berbeza. Golongan yang berkeluarga lebih
gemar mendapatkan rumah teres berbanding pangsapuri yang lazimnya
dihuni oleh golongan muda. Oleh hal yang demikian, inovasi membantu
mencipta dan memberi keseimbangan kepada pasaran produk yang
dihasilkan.

Isi 3
Manfaat lain yang diperoleh daripada inovasi adalah pemeliharaan alam
sekitar yang semakin dijarah oleh kemodenan hari ini. Inovasi di masa

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-inovasi-dalam-kehidupan.html 3/4
05/02/2022, 23:05 Faedah Dan Kepentingan Inovasi Dalam Kehidupan

dahulu tidak menitik beratkan kesannya terhadap alam sekitar.


Akibatnya, pelbagai pencemaran berlaku seperti pencemaran air dan
udara. Sisa toksik yang digunakan oleh sektor perkilangan dilepaskan
ke laut dan mengakibatkan hidupan laut mati akibat keracunan toksik.
Pembangunan yang tidak lestari juga menghasilkan pulau haba di
kawasan bandar. Oleh itu, generasi hari ini perlu sedar dan mengambil
pengajaran daripada perkara yang telah berlaku. Alam sekitar
merupakan sumber utama kita untuk hidup di planet bumi. Malah,
angkasawan dan para saintis tidak menjumpai planet lain yang
mempunyai ciri-ciri yang sama untuk menampung kehidupan manusia
seperti di bumi ini. Natijahnya, setiap inovasi hari ini adalah demi
kebaikan kita dan juga generasi akan datang dimana ekologi bumi dapat
berfungsi dengan baik dan mampu dihuni untuk selama yang mungkin.

Isi 4
Akhir sekali, inovasi memberikan manfaat dalam kehidupan kerana ia
dapat mengurangkan risiko terhadap kebergantungan kepada tenaga
kerja manusia. Kenyataan ini mungkin tidak dipersetujui oleh
sesetengah pihak namun menguruskan mesin adalah lebih mudah
daripada menguruskan manusia. Dengan revolusi industri yang kian
menghampiri, inovasi untuk mengautomasi penghasilan produk-produk
adalah wajar untuk dilaksanakan kerana kualiti produk menjadi lebih
seragam dan kualiti akan bertambah baik. Manusia berisiko melakukan
kecuaian dan kelekaan dalam penghasilan produk serta memerlukan
tenaga yang lebih kompleks berbanding mesin. Penggunaan mesin
hanya memerlukan tenaga elektrik dan boleh menghasilkan produk
pada kuantiti yang lebih banyak.

Penutup
Secara tuntas, banyak faedah yang diperoleh dalam kehidupan hasil
daripada inovasi. Oleh itu, setiap pihak perlu membudayakan amalan
inovasi dalam kehidupan harian untuk bertambah maju serta kekal
relevan. Kerancakan ekonomi dan globalisasi hari ini menjadi kayu
pengukur kemampuan kita untuk duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara lain. Pihak kerajaan memainkan peranan penting
dalam memastikan dasar-dasar yang diperkenalkan mempunyai unsur
inovasi serta memberi manfaat yang efektif kepada seluruh rakyat
Malaysia. Semoga inovasi yang kita kecapi hari ini membawa kita untuk
mencapai kemajuan sejagat yang belum pernah ditulis dalam sejarah
ketamadunan manusia.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-inovasi-dalam-kehidupan.html 4/4
05/02/2022, 23:03 Faedah Masyarakat Dunia Menonton Filem Antarabangsa

Karangan

Faedah Masyarakat Dunia Tonton


Filem Antarabangsa

Ipendidikan » Karangan » Faedah Masyarakat Dunia Tonton Filem


Antarabangsa
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:53 pm, 22 Januari 2021

Penulisan karangan Bahasa Melayu mencabar kemampuan pelajar dari


segi penggunaan bahasa dan juga pengetahuan am. Justeru, pelajar
digalakkan untuk membaca supaya dapat membantu memperluaskan
pengetahuan serta menambah frasa-frasa kata yang menarik dan
sesuai untuk digunakan dalam sebuah penulisan karangan. Sebagai
rujukan, berikut dikongsikan contoh karangan faedah masyarakat dunia
menonton filem antarabangsa.

Filem merupakan satu hiburan yang lazim dengan kehidupan


masyarakat hari ini. Hampir kebanyakan pusat membeli belah di bandar-
bandar seluruh negara dilengkapi dengan panggung wayang kerana ia
merupakan bentuk hiburan yang digemari oleh rakyat di Malaysia.
Namun begitu, filem seharusnya tidak menjadi sekadar hiburan kerana
pelbagai manfaat yang boleh disampaikan melalui filem kepada
masyarakat yang menonton.

https://www.ipendidikan.my/faedah-menonton-filem.html 1/5
05/02/2022, 23:03 Faedah Masyarakat Dunia Menonton Filem Antarabangsa

Isi Kandungan [Tutup]

1. Dimensi Antarabangsa : Faedah Kepada Masyarakat Dunia Dalam


Menonton Filem Antarabangsa
2. Contoh Karangan Faedah Masyarakat Dunia Menonton Filem
Antarabangsa

Dimensi Antarabangsa : Faedah


Kepada Masyarakat Dunia Dalam
Menonton Filem Antarabangsa
Isi-isi penting
mengenali budaya masyarakat asing
mempelajari teknik perfileman yang baru
terdedah kepada penggunaan bahasa asing
membuka dan menambah daya imaginasi
dapat melihat destinasi-destinasi terkemuka di dunia
memberi inspirasi kepada penggiat filem

Baca juga: Pendidikan Agama Dalam Mengatasi Gejala Sosial

Contoh Karangan Faedah Masyarakat Dunia


Menonton Filem Antarabangsa
Pendahuluan
https://www.ipendidikan.my/faedah-menonton-filem.html 2/5
05/02/2022, 23:03 Faedah Masyarakat Dunia Menonton Filem Antarabangsa

Filem boleh didefinisikan sebagai dokumentari yang memaparkan


sesuatu kisah, perkara atau peristiwa sama ada fiksyen atau tidak.
Kebanyakan filem yang dihasilkan adalah merupakan adaptasi daripada
penulisan buku atau novel kerana telah mendapat kejayaan menarik
minat pembaca. Namun begitu, terdapat juga filem yang dihasilkan
secara terus ke wayang dan mampu menarik minat penonton.
Kerancakan ciptaan teknologi dan gajet telah menjadikan filem sebagai
satu hiburan yang gemar dinikmati oleh segnap lapisan masyarakat.
Dahulunya, masyarakat perlu hadir ke panggung wayang untuk
menonton filem tetapi kini, filem dapat ditonton di mana-mana sahaja
asalkan mendapat capaian Internet dan telefon pintar. Kebanyakan
masyarakat di Malaysia lebih gemar menonton filem antarabangsa
berbanding filem tempatan kerana memberikan cerita yang lebih
menarik dan menyeronokkan. Justeru itu, wajar untuk dibincangkan
apakah faedah ahli masyarakat sama ada di Malaysia atau negara luar
apabila menonton filem antarabangsa?

Isi 1
Antara faedah yang akan diterima oleh masyarakat apabila menonton
filem antarabangsa adalah mengenali seni dan budaya masyarakat
asing. Misalnya, filem di negara China kebanyakannya memasukkan
elemen seni pertahanan diri mereka ke dalam filem yang bergenre aksi.
Selain dapat menghiburkan penonton dengan cerita dan aksi yang
menarik, filem tersebut juga dapat memasarkan keindahan seni dan
budaya yang mereka miliki. Apabila seni dan budaya tempatan dapat
memecah tembok antarabangsa dan digemari oleh bangsa lain, ia akan
menambah nilai penghargaan kepada khazanah sesuatu bangsa. Kalau
kita boleh lihat, seni pertahanan diri yang dimiliki di rantau Asia
Tenggara seperti silat kurang diketengahkan dalam industri perfileman
kerana tidak mendapat peluang atau olahan yang menarik. Tetapi silat
mendapat tempat dalam bidang sukan dan dipertandingkan di peringkat
antarabangsa. Kesannya, menonton filem antarabangsa membuka mata
kita kepada seni atau budaya masyarakat lain yang wajar untuk dirai
dan dihargai supaya tidak tenggelam dek ditelan zaman.

Isi 2
Sebagai masyarakat yang berminda kelas pertama, menonton filem
antarabangsa dapat membantu kita mempelajari teknik perfileman yang
baru. Umum mengetahui industri perfileman di Amerika Syarikat
merupakan industri filem terbesar di dunia. Justeru, setiap aspek filem
seperti pengolahan cerita, sinematografi dan teknologi yang digunakan
adalah pada tahap yang terbaik. Bagi meningkatkan kebolehan industri
perfileman tempatan, pembikin filem dan juga masyarakat sebagai
https://www.ipendidikan.my/faedah-menonton-filem.html 3/5
05/02/2022, 23:03 Faedah Masyarakat Dunia Menonton Filem Antarabangsa

penonton boleh mempelajari dan mengadaptasikannya ke layar perak


secara domestik. Selain itu, filem antarabangsa juga mempunyai
pelbagai variasi dan genre di mana jika diamati pada sudut pandang
yang betul, ia dapat memberikan inspirasi yang baharu kepada
pengarah dan penerbit filem tempatan. Tuntasnya, filem antarabangsa
dapat membantu perkembangan filem tempatan secara teknikal dan
masyarakat harus bertindak bijak dengan menyokong usaha dan inisiatif
industri filem tempatan yang baik dan mampu bersaing dengan filem
antarabangsa yang lain. Bak kata peeibahasa Melayu, hanya jauhari
yang mengenal manikam.

Isi 3
Faedah lain yang akan diperoleh masyarakat apabila menonton filem
antarabangsa sama ada di panggung wayang atau ditonton melalui
telefon pintar ialah penonton akan terdedah kepada penggunaan
bahasa asing. Bahasa merupakan asas komunikasi antara manusia dan
berbeza mengikut negara atau rantau di dunia. Apabila satu perbezaan
dapat dipelajari dan difahami maka penerimaan pendapat dan juga
penyatuan dapat dijalinkan. Dengan kemudahan sari kata yang lazimnya
disediakan untuk setiap filem, kita dapat menonton dengan lebih baik
dan memahami apa yang cuba disampaikan oleh filem tersebut. Jika
ditelusuri, pelbagai filem yang menggunakan bahasa tempatan mereka
dan bukannya Bahasa Inggeris mengandungi pelbagai elemen nilai-nilai
murni yang tersemat dalam masyarakat tersebut. Misalnya, filem
Indonesia yang mengenengahkan elemen puitis dan bahasa dalam
bentuk sindiran, nasihat ataupun kata-kata cinta. Persis pepatah
Melayu, tidak kenal maka tidak cinta. Intihannya, menonton filem
antarabangsa mendedahkan penonton kepada penggunaan bahasa
asing yang mempunyai maksud tersurat dan tersirat di mana memberi
manfaat kepada kehidupan masyarakat.

Isi 4
Menambah daya imaginasi seseorang juga antara manfaat yang
diterima oleh masyarakat apabila menonton filem antarabangsa. Daya
kreativiti dan imaginasi seseorang adalah berbeza dan jika nilai tersebut
ditambah dengan bakat dalam membuat filem ia pastinya membuahkan
hasil yang menarik. Pembikinan filem memerlukan daya imaginasi
kerana pelbagai struktur dan proses perlu dirancang sebelum
dilakonkan oleh pelakon dan kemudian direalisasikan dalam bentuk
filem. Pada hemat saya, filem bukan sahaj bergantung kepada jalan
cerita, pelakon mahupun pengarah. Tetapi ia juga hendaklah
mempunyai sinematografi, lokasi penggambaran serta suntingan yang
menarik. Bagi menerbitkan filem yang berbeza dan lain daripada filem
https://www.ipendidikan.my/faedah-menonton-filem.html 4/5
05/02/2022, 23:03 Faedah Masyarakat Dunia Menonton Filem Antarabangsa

yang telah sedia ada merupakan cabaran yang tinggi oleh pembikin
filem. Maka dengan menonton filem antarabangsa, kita boleh terdedah
dengan daya kreativiti pembuat filem di nagara lain dalam berimaginasi
di samping menghasilkan kualiti yang tinggi supaya tidak menjadi seperti
katak di bawah tempurung. Natijahnya, menonton filem antarabangsa
dapat membuka daya imaginasi masyarakat serta penggiat filem
tempatan.

Penutup
Konklusinya, pelbagai faedah yang dapat digarap jika masyarakat dunia
menonton filem antarabangsa yang berlainan bahasa dan bangsa.
Perkara ini bukan sahaja memberi nilai kepada industri filem tetapi
mampu mempengaruhi sosial masyarakat dunia yang bersatu dalam
menikmati hiburan yang dikeluarkan dalam bentuk filem. Tambahan
pula, era globalisasi ini merupakan satu kelebihan kepada pembikin
filem kerana ia boleh dipasarkan ke seluruh dunia. Semoga industri filem
tempatan serta masyarakat menjadi lebih inteligensia dalam pembikinan
dan pemilihan filem dimana ia mampu menjadi kebanggaan negara di
mata dunia. Jika dahulu kala kita mempunyai seniman agung, P Ramlee
yang menghasilkan filem-filem yang malar hijau, sudah pasti satu hari
nanti lebih ramai seniman dapat dilahirkan. Kini, kita dapat lihat filem
animasi tempatan sebagai salah satu genre yang semakin mendapat
perhatian masyarakat tempatan serta dunia. Semoga satu hari nanti
semua filem diseluruh pelusuk dunia dapat ditonton dan disiarkan ke
seluruh dunia untuk tatapan umum.

https://www.ipendidikan.my/faedah-menonton-filem.html 5/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Membawa Bekal Ke Sekolah

Karangan

Kebaikan Membawa Bekal Ke


Sekolah Kepada Pelajar

Ipendidikan » Karangan » Kebaikan Membawa Bekal Ke Sekolah


Kepada Pelajar
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:31 pm, 6 September 2020

Tahukah anda, soalan penulisan karangan Bahasa Melayu terdiri


daripada pelbagai tema dan tajuk yang boleh menguji kemampuan para
pelajar? Demi mempersiapkan diri sebelum menduduki peperiksaan,
anda digalakkan untuk merujuk contoh-contoh karangan secara atas
talian atau melakukan latihan secara sendirian bagi memantapkan gaya
penulisan anda. Berikut dikongsikan contoh karangan faedah membawa
bekal ke sekolah sebagai rujukan kepada semua.

Pelajar seharusnya mempunyai idea atau isi penting yang menarik serta
berkaitan dengan contoh tajuk soalan di bawah. Selain itu, pelajar
pastinya mempunyai contoh-contoh yang boleh digunakan sebagai
huraian serta penggunaan frasa-frasa menarik yang bertepatan pasti
menambah daya menarik pembaca terhadap penulisan karangan
masing-masing.

https://www.ipendidikan.my/faedah-membawa-bekal-ke-sekolah.html 1/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Membawa Bekal Ke Sekolah

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kebaikan-Kebaikan Membawa Bekal Makanan Ke Sekolah


2. Contoh Karangan Faedah Membawa Bekal Ke Sekolah

Kebaikan-Kebaikan Membawa Bekal


Makanan Ke Sekolah
Isi-isi penting
Memastikan makanan berkhasiat
Keselamatan makanan terjamin
Memupuk amalan berjimat-cermat
Menjimatkan masa rehat
Mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga
Memberi peluang anak-anak untuk menabung

Baca juga: Kebaikan Aktiviti Gotong Royong Kepada Masyarakat

Contoh Karangan Faedah Membawa Bekal Ke


Sekolah
Pendahuluan
Mutakhir ini, kebanyakan ibu dan bapa mempunyai kerjaya masing-
masing demi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat dari
tahun ke tahun. Tekanan ekonomi yang tidak menentu telah

https://www.ipendidikan.my/faedah-membawa-bekal-ke-sekolah.html 2/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Membawa Bekal Ke Sekolah

menyebabkan golongan ibu dan bapa untuk bekerja supaya rumah yang
selesa dapat didiami di samping keperluan asas dalam keluarga seperti
makanan, minuman dan pakaian terjamin dengan baik. Pengorbanan ini
telah menyebabkan kekangan masa bagi mereka untuk menjaga
kebajikan anak-anak ke sekolah. Akibatnya, mereka menggunakan
khidmat penjagaan kanak-kanak untuk menjaga anak-anak mereka di
luar waktu sekolah dan juga perkhidmatan van dan bas sekolah untuk
pengangkutan. Manakala duit belanja diberi kepada anak-anak untuk
membeli makanan di kantin atau kafeteria sekolah. Bagi mereka yang
berkelapangan, bekalan makanan akan disiapkan di rumah untuk anak-
anak membawanya ke sekolah. Persoalannya, apakah faedah
membawa bekal ke sekolah bagi anak-anak?

Isi 1
Antara manfaat yang akan diperoleh sekiranya ibu dan bapa
menyediakan bekalan makanan kepada anak-anak untuk ke sekolah
adalah dapat memastikan makanan yang dimakan oleh mereka
berkhasiat tinggi. Umum sedia maklum, kita digalakkan untuk
mengamalkan pemakanan seimbang demi menjaga kesihatan diri dan
mengelakkan daripada ancaman penyakit berbahaya. Ibu dan bapa
bertanggungjawab memastikan setiap ahli dalam keluarga
mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat tinggi. Lebih-
lebih lagi dalam kalangan kanak-kanak kerana mereka dalam fasa
pertumbuhan fizikal yang optimum. Jika mereka dibekalkan pemakanan
yang sihat dan cukup dari segi nutrien dan zatnya, pasti anak-anak
menikmati tumbesaran yang sihat. Kita tidak boleh memastikan
makanan yang dijual di kantin sekolah berkhasiat tinggi makan tindakan
terbaik yang boleh dilakukan oleh ibu dan bapa adalah dengan
menyediakan bekalan makanan dari rumah. Natijahnya, makanan yang
berkhasiat akan melahirkan badan yang sihat seterusnya otak akan
menjadi cerdas.

Isi 2
Di samping itu, membawa bekal ke sekolah dapat menjamin
keselamatan makanan anak-anak. Jika ditelusuri, aspek penyediaan
makanan merupakan perkara yang penting di mana sumber-sumber
bahan mentah dan cara masakan dapat dipastikan jika kita
melakukannya sendiri. Maka, adakah anda yakin dengan cara
penyediaan makanan yang dilakukan oleh pengusaha kantin di sekolah
anak-anak anda? Sekiranya tidak, ibu dan bapa seharusnya
meluangkan masa menyediakan bekalan makanan kepada anak-anak
untuk di bawa ke sekolah. Saban tahun kita diwar-warkan dengan kes
keracunan makanan yang dialami oleh para pelajar di sekolah kerana
https://www.ipendidikan.my/faedah-membawa-bekal-ke-sekolah.html 3/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Membawa Bekal Ke Sekolah

keselamatan makanan yang dimakan oleh mereka terjejas. Tidak


dinafikan punca berlakunya keracunan makanan mungkin disebabkan
kecuaian manusia tetapi kita boleh mengelakkannya dengan
memastikan diri kita sentiasa bersih dan mendapatkan sumber makanan
yang dipercayai kebersihan serta khasiatnya. Tegasnya, membawa
bekal ke sekolah dapat memastikan anak-anak menikmati hidangan
yang selamat dan tidak terdedah kepada sebarang keracunan makanan
kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

Isi 3
Pada masa yang sama, jika anak-anak membawa bekal dari rumah ke
sekolah mereka, amalan berjimat-cermat dapat dipupuk dalam diri
mereka. Anak-anak tidak memerlukan duit belanja untuk membeli
makanan di kantin sekiranya ibu dan bapa telah membekalkan makanan
kepada mereka. Bukan sahaja duit perbelanjaan anak-anak boleh
dijimatkan tetapi juga duit perbelanjaan bagi ibu dan bapa.
Justifikasinya, ibu dan bapa boleh merancang menu makanan yang
ingin disediakan pada minggu tersebut dan membeli bahan-bahan
masakan di kedai atau pasaraya yang menawarkan harga yang
berpatutan di samping kualiti yang baik. Perancangan perbelanjaan
adalah perkara yang perlu dilazimi masyarakat hari ini demi menjamin
pengurusan kewangan yang cekap. Kalau dibandingkan dengan
membeli makanan yang telah siap di restoran, harga makanan adalah
lebih tinggi kerana pengusaha restoran perlu memasukkan kos-kos lain
seperti sewaan kedai dan upah tukang masak ke dalam harga yang
perlu dibayar oleh pengunjung restoran tersebut. Izharnya, amalan
cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit dapat dipupuk kepada
anak-anak dan juga ibu bapa jika menyediakan bekalan makanan ke
sekolah mahupun ke pejabat.

Isi 4
Faedah lain yang diperoleh apabila ibu dan bapa menyediakan bekalan
makanan kepada anak-anak adalah dapat menjimatkan masa. Untuk
makluman semua, pelajar hanya diperuntukkan masa yang singkat
untuk berehat iaitu antara 25 hingga 30 minit sahaja. Seandainya murid-
murid tidak membawa bekal makanan ke sekolah, mereka perlu beratur
dan menunggu giliran bersama-sama murid yang lain untuk membeli
makanan di kantin. Proses ini akan memakan masa yang banyak dan
mereka akan terburu-buru untuk menikmati hidangan yang dibeli mereka
kerana waktu rehat hampir tamat. Oleh itu, pelajar yang mempunyai
bekalan makanan dari rumah dapat menjimatkan masa mereka dengan
menikmati makanan di dalam kelas atau di kantin tanpa perlu menunggu
giliran. Tambahan pula, mereka dapat membuat persiapan awal
https://www.ipendidikan.my/faedah-membawa-bekal-ke-sekolah.html 4/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Membawa Bekal Ke Sekolah

sebelum kelas yang bermula selepas waktu rehat pada waktu terluang.
Selain itu, pelajar juga dapat melakukan tugasan harian di kelas
mengikut jadual yang telah ditetapkan. Misalnya, menyapu sampah,
membuang sampah dan menghantar kerja-kerja sekolah ke meja guru di
bilik guru. Intihannya, anak-anak akan mempelajari cara untuk
menghargai masa kerana masa itu emas.

Penutup
Sudah terang lagi bersuluh bahawa membawa bekal ke sekolah
memberikan pelbagai faedah terutamanya kepada anak-anak. Ibu dan
bapa sewajarnya memberikan perhatian dan tenaga sepenuhnya dalam
memastikan kebajikan anak-anak berada dalam tahap yang terbaik.
Anak-anak merupakan khazanah yang diamanahkan daripada Tuhan
kepada ibu dan bapa untuk menjadi tauladan terbaik kepada diri sendiri
dan juga anak-anak mereka. Persis peribahasa Melayu, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Tanggungjawab serta peranan ibu dan bapa
perlu dilunaskan sehabis baik agar keluarga yang bahagia dapat
dilahirkan seterusnya memacu masayarakat supaya menjadi lebih
prihatin. Pihak kerajaan menerusi agensi-agensinya harus
menggalakkan ibu dan bapa dalam menyediakan makanan untuk anak-
anak ke sekolah serta memberikan panduan penyediaan makanan yang
seimbang dan bernutrisi tinggi. Semoga segala inisiatif untuk
menjadikan masyarakat konvensional menjadi lebih madani dan
inteligensia disokong dan dilaksanakan secara holistik agar manfaatnya
dinikmati bersama.

https://www.ipendidikan.my/faedah-membawa-bekal-ke-sekolah.html 5/5
05/02/2022, 23:01 Faedah Menderma Darah : Kebaikan Dan Kelebihan

Karangan

Faedah Menderma Darah Dan


Langkah-Langkah Menggalakkan
Orang Ramai

Ipendidikan » Karangan » Faedah Menderma Darah Dan Langkah-


Langkah Menggalakkan Orang Ramai
Disemak dan dikemaskini pada pukul 4:56 pm, 29 November 2020

Karangan Bahasa Melayu selalunya menyentuh isu-isu berkenaan


kemasyarakatan dan negara. Langkah ini dilaksanakan supaya pelajar
bersikap peka dan cakna terhadap isu-isu semasa yang berkait dengan
masyarakat setempat. Sebagai rujukan kepada pelajar, berikut
dikongsikan contoh karangan faedah menderma darah dan langkah
menggalakkan orang ramai untuk melakukan aktiviti ini.

Tajuk soalan atau tema karangan yang dikongsikan di bawah dapat


memberikan kesedaran kepada para pelajar secara tidak langsung. Hal
ini kerana, pelajar akan mencari informasi yang berkaitan bagi
menjadikannya sebagai isi-isi penting dalam penulisan karangan pelajar.
Pengolahan yang mengandungi contoh yang menarik adalah digalakkan
sebagai tanda pelajar memahami kehendak soalan yang diberikan.

https://www.ipendidikan.my/menderma-darah.html 1/5
05/02/2022, 23:01 Faedah Menderma Darah : Kebaikan Dan Kelebihan

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kebaikan Dan Langkah-Langkah Menggalakkan Orang Ramai


Menderma Darah
2. Contoh Karangan Faedah Menderma Darah

Kebaikan Dan Langkah-Langkah


Menggalakkan Orang Ramai Menderma
Darah
Isi-isi penting
Membantu pesakit yang memerlukan
Mengetahui tahap kesihatan diri
Mengurangkan kalori dalam badan
Membudayakan aktiviti derma
Berkempen secara holistik
Intervensi daripada agensi swasta

Baca juga: Tips Terbaik Untuk Mudah Menghafal

Contoh Karangan Faedah Menderma Darah


Pendahuluan
Tahukah anda, apabila anda derma darah walaupun sekali, anda
dianggap sebagai insan yang istimewa kerana telah memberikan
https://www.ipendidikan.my/menderma-darah.html 2/5
05/02/2022, 23:01 Faedah Menderma Darah : Kebaikan Dan Kelebihan

sumbangan yang tidak ternilai harganya? Umum sedia maklum, darah


adalah komponen yang penting dalam merawat pesakit di hospital.
Keperluan dan permintaan terhadap darah meningkat dari tahun ke
tahun hasil perkembangn industri kesihatan di dalam negara kita.
Rawatan seperti pembedahan jantung, pemindahan organ dan pesakit
talasemia memerlukan pemindahan dan penggunaan yang banyak.
Kemeterian Kesihatan Malaysia telah pun menetapkan sasaran untuk
menjadikan sekurang-kurangnya lima peratus rakyat di Malaysia
sebagai penderma darah yang aktif. Walaupun sasaran itu tidak
tercapai, namun bilangan penderma serta unit yang didermakan
semakin meningkat dari tahun ke tahun. Persoalannya, apakah
kebaikan dan langkah menggalakkan orang ramai menderma demi
manfaat bersama?

Isi 1
Antara kebaikan yang akan diperoleh sekiranya kita menderma adalah
dapat membantu pesakit yang memerlukan. Setiap hari, pasti berlaku
kemalangan dan kes-kes kecemasan di hospital. Doktor pula
memerlukan bekalan darah bagi menstabilkan bilangan darah pesakit
yang kehilangan darahnya dalam proses rawatan yang diberi.
Bayangkan jika pesakit tersebut merupakan orang yang kita sayangi
atau kenali, pasti kita akan melakukan perkara bagi menyelamatkan
nyawa mereka. Justeru, kita dapat membantu orang yang dalam
kesusahan dan boleh dianggap sebagai wira yang menyelamatkan
pesakit yang memerlukan. Ibarat peribahasa Melayu, berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing. Tambahan pula, apabila berlaku pandemik seperti
COVID-19, hospital memerlukan sumbangan daripada pesakit yang
telah sembuh bagi tujuan penyelidikan dan menyumbang kepada
pencarian vaksin terhadap penyakit tersebut. Intihannya, aktiviti ini dapat
meringankan beban orang yang memerlukan dan kelak kita juga akan
diberikan bantuan dalam pelbagai bentuk daripada Tuhan.

Isi 2
Seperti ungkapan orang-orang tua, kita hendaklah sediakan payung
sebelum hujan. Begitu juga ianya dapat menjamin kesihatan diri
penderma daripada risiko penyakit-penyakit tertentu. Sebelum
menderma, pegawai perubatan akan melakukan pemeriksaan kesihatan
secara ringkas. Kemudian, mereka akan memaklumkan kepada
penderma berkaitan kumpulan/ jenis, kadar tekanan darah, tahap
kolesterol dan pelbagai lagi. Pemeriksaan kesihatan secara percuma ini
dapat membantu kita mengetahui tahap kesihatan masing-masing dan
pengesanan awal dapat dilaksanakan jika kita menghidapi sebarang
penyakit. Bukan itu sahaja, darah yang diderma akan ditapi terlebih
https://www.ipendidikan.my/menderma-darah.html 3/5
05/02/2022, 23:01 Faedah Menderma Darah : Kebaikan Dan Kelebihan

dahulu bagi mengenal pasti jika penderma terdapat jangkitan virus


seperti HIV dan hepatitis. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik
daripada merawat. Kesannya, ianya dapat memastikan kita berwaspada
terhadap ancaman kesihatan di samping membantu mereka yang
memerlukan.

Isi 3
Bagi menggalakkan orang ramai, masyarakat kita seharusnya
membudayakan aktiviti ini di setiap peringkat. Ianya memerlukan kriteria
seperti berumur 18 hingga 60 tahun dan berat badan melebihi 45
kilogram. Oleh itu, setiap pihak seperti majikan atau institusi pengajian
tinggi boleh memainkan peranan dengan menganjurkan aktiviti di
kawasan masing-masing secara berkala. Langkah ini bukan sahaja
memudahkan aktiviti malah dapat membudayakannya sebagai satu
tanggungjawab sosial korporat. Bagi pelajar di institusi pengajian tinggi,
pemberian merit kepada mereka yang melakukan aktiviti murni ini pasti
dapat menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyertainya. Konsep orang
berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa wajar untuk
diamalkan supaya kebaikan daripada aktiviti ini dimanfaatkan oleh
semua pihak yang terlibat.

Isi 4
Sejajar dengan langkah di atas, orang ramai boleh dipengaruhi untuk
menderma dengan aktif melalui kempen yang lebih holistik. Masyarakat
masa kini lebih gemar menonton video di media sosial berbanding
siaran televisyen. Oleh itu, pihak kementerian dan agensi yang berkaitan
perlu bekerjasama dalam melakukan intervensi terhadap kempen
melalui seluruh platform media. Sebagai contoh, iklan khidmat
masyarakat boleh diperbanyakkan siaran di televisyen dan radio.
Manakala di sosial media, selebriti dan orang-orang ternama negara
seperti menteri dan tokoh korporat perlu menunjukkan tauladan dan
menggalakkan masyarakat menggunakan laman sosial masing-masing.
Tindakan ini tidak seharusnya melibatkan sebarang kos kerana tiada
harga yang boleh diletakkan atas nyawa seorang manusia. Natijahnya,
kempen secara meluas dan menggunakan sentimen kemasyarakatan
pasti dapat menggalakkan orang ramai untuk melakukannya dengan
lebih kerap.

Penutup
Bagi menggulung perbincangan di atas, kesimpulan yang jelas adalah
pelbagai kelebihan dan langkah yang boleh digarap untuk memastikan
orang ramai menderma. Sesungguhnya ianya merupakan amalan yang

https://www.ipendidikan.my/menderma-darah.html 4/5
05/02/2022, 23:01 Faedah Menderma Darah : Kebaikan Dan Kelebihan

mulia dan memberikan pelbagai manfaat kepada semua. Pihak kerajaan


melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Darah Negara perlu
menggunakan strategi yang lebih baik dalam menggalakkan dan
mendidik masyarakat konvensional tentang kepentingannya. Sebagai
warganegara yang berminda kelas pertama, tindakan terpuji ini dapat
mengukuhkan penyatuan antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana
kepelbagaian budaya serta perbezaan sosial bukan menjadi penghalang
kepada kita untuk menderma sebaliknya ia dapay menyelamatkan
nyawa yang lebih berharga.

Related : memerlukan darah tahun di wad kelas 10 tahun di wad wad


kelas satu untuk sel darah merah 650 kalori untuk menggunakan untuk
menderma darah darah secara berkala derma darah penyakit jantung

https://www.ipendidikan.my/menderma-darah.html 5/5
05/02/2022, 22:57 Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum Kepada Murid

Karangan

Kebaikan Dan Faedah Menyertai


Aktiviti Kokurikulum

Ipendidikan » Karangan » Kebaikan Dan Faedah Menyertai Aktiviti


Kokurikulum
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:17 pm, 4 Mei 2020

Tajuk soalan karangan Bahasa Melayu yang bertemakan pelajar sekolah


sering kali menjadi pilihan pembuat soalan. Hal ini dapat membantu
pelajar dalam memberikan penulisan karangan yang baik dan
cemerlang serta mampu mengolah isi-isi penting yang bernas. Oleh itu,
berikut adalah contoh karangan faedah menyertai aktiviti kokurikulum
sebagai rujukan kepada para pelajar.

Sebelum memulakan penulisan karangan, pelajar hendaklah terlebih


dahulu merangka pendahuluan, isi penting dan penutup yang ingin
ditulis. Kaedah ini dapat membantu pelajar menyusun isi-isi penting
yang lebih utama serta dapat menulis karangan dengan lebih lancar.
Selain itu, bimbingan daripada guru-guru juga adalah mustahak bagi
memastikan penulisan karangan anda mengikut kriteria soalan.

https://www.ipendidikan.my/faedah-menyertai-aktiviti-kokurikulum.html 1/5
05/02/2022, 22:57 Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum Kepada Murid

Isi Kandungan [Tutup]

1. Faedah-Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum


2. Contoh Karangan Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Faedah-Faedah Menyertai Aktiviti


Kokurikulum
Isi-isi penting
mengisi masa lapang
menambah ilmu pengetahuan
membina jati diri
memupuk perpaduan
meningkatkan disiplin diri
menjaga kesihatan diri

Baca juga: Koleksi Peribahasa Melayu Serta Maksud

Contoh Karangan Faedah Menyertai Aktiviti


Kokurikulum
Pendahuluan
Aktiviti kokurikulum adalah apa-apa kegiatan yang dirancang selain
daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Kegiatan ini memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh

https://www.ipendidikan.my/faedah-menyertai-aktiviti-kokurikulum.html 2/5
05/02/2022, 22:57 Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum Kepada Murid

dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik


darjah. Di Malaysia, kokurikulum merangkumi penyertaan dalam aktiviti
sukan dan permainan, persatuan dan kelab serta penyertaan dalam
pasukan pakaian seragam. Penyelarasan kegiatan kokurikulum di
sekolah menunjukkan bahawa ia mampu memberikan manfaat yang
banyak kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, mari kita rungkaikan faedah-
faedah yang diperoleh daripada penyertaan aktiviti kokurikulum.

Isi 1
Antara manfaat yang diperoleh para pelajar sekiranya mereka menyertai
aktiviti kokurikulum adalah pengisian masa lapang dengan aktiviti
berfaedah. Sebagai contoh, penyertaan dalam kelab sukan memerlukan
pelajar menyertai latihan yang diadakan selepas waktu persekolahan.
Perkara ini secara tidak langsung dapat membendung mereka daripada
melakukan perkara tidak berfaedah seperti melepak dan gejala sosial
yang semakin menjadi polemik dalam kalangan pelajar sekolah hari ini.
Tambahan pula, ibu dan bapa hari ini yang sibuk dengan kerjaya
masing-masing tidak perlu risau akan keberadaan anak-anak mereka
sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum memberikan pengisian masa
lapang yang sangat bermanfaat kepada pelajar-pelajar.

Isi 2
Selain itu, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat
menambah ilmu pengetahuan mereka. Hal ini demikian kerana jika
mereka memberi perhatian dan tidak menyertai aktiviti kokurikulum
secara sambil lewa seperti melepaskan batuk di tangga, pasti mereka
sedar bahawa banyak perkara yang boleh dipelajari. Tamsilnya, aktiviti
pasukan pakaian seragam seperti persatuan pengakap memberikan
tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara-cara untuk hidup di dalam hutan
dan sebagainya. Pembelajaran seperti memasang khemah,
menghidupkan api menggunakan kayu hutan dan ikatan-ikatan
menggunakan tali tidak dipelajari dalam bilik darjah sebaliknya ia khusus
kepada pelajar yang menyertai aktiviti-aktiviti pasukan seragam yang
diminati oleh pelajar.

Isi 3
Di samping itu, pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah
dapat membina kekuatan jati diri masing-masing. Pelajar akan
menyertai aktiviti seperti kawad kaki yang memerlukan disiplin diri serta
kekuatan mental dan fizikal bagi mendengar dan mengikuti arahan yang
diberikan. Pada waktu yang sama, pelajar perlu bekerjasama dengan

https://www.ipendidikan.my/faedah-menyertai-aktiviti-kokurikulum.html 3/5
05/02/2022, 22:57 Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum Kepada Murid

rakan-rakan lain bagi mendapatkan pergerakan yang seragam dan


teratur. Tambahan pula, aktiviti kokurikulum memerlukan pelajar
menjawat jawatan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli
jawatankuasa dan ahli biasa dalam persatuan dan kelab masing-
masing. Secara tidak langsung, pelajar perlu mempelajari nilai yang
diperlukan bagi menjawat jawatan yang penting dalam sesebuah
organisasi. Kesannya, pelajar akan menjadi seorang yang lebih
bertanggungjawab dan mempunyai pengalaman yang mampu
meningkatkan jati diri masing-masing setelah menyertai aktiviti
kokurikulum.

Isi 4
Akhir sekali, faedah yang diperoleh daripada menyertai aktiviti
kokurikulum adalah mumupuk perpaduan antara pelajar. Sekolah
merupakan alma mater dalam membentuk penyatuan sesebuah
komuniti khusus bagi golongan orang-orang muda. Justeru, aktiviti
kokurikulum akan melibatkan penyertaan daripada pelajar yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama. Sebagai
contoh, aktiviti bersukan memerlukan persefahaman antara satu
pasukan bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan. Di sini,
pelajar akan mempelajari cara untuk berkomunikasi antara satu sama
lain serta memahami nilai seperti bertolak ansur dan menghormati
rakan-rakan mereka. Dengan ini, sebarang perselisihan faham dapat
dielakkan dan kehidupan yang harmoni dan humanis dapat dilahirkan.
Natijahnya, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu
mewujudkan perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam diri
generasi muda ini.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai faedah dan manfaat yang akan diperoleh
daripada pelajar sekiranya mereka menyertai aktiviti-aktiviti di
kokurikulum di sekolah. Ia bergantung kepada diri pelajar masing-
masing samada untuk memberikan fokus dalam aktiviti tersebut atau
melakukannya secara sambil lewa dan hanya membuangkan masa
sahaja. Guru-guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan masing-
masing dalam memastikan anak-anak di sekolah menyertai aktiviti
kokurikulum secara sepenuh hati agar mereka berjaya mendapat nilai
yang ingin diterapkan dalam inisiatif ini. Tanpa penerapan nilai-nilai
murni dalam jiwa generasi muda hari ini sudah pasti usaha
pembangunan negara akan terbantut. Hal ini demikian kerana mereka
merupakan jentera penggerak kemajuan negara pada masa hadapan
bak kata cogan kata, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

https://www.ipendidikan.my/faedah-menyertai-aktiviti-kokurikulum.html 4/5
05/02/2022, 22:57 Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum Kepada Murid

https://www.ipendidikan.my/faedah-menyertai-aktiviti-kokurikulum.html 5/5
05/02/2022, 23:01 Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan (Kebaikan)

Karangan

Faedah Menyertai Kerja Amal Dan


Sukarelawan

Ipendidikan » Karangan » Faedah Menyertai Kerja Amal Dan


Sukarelawan
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:06 pm, 31 Oktober 2021

Para pelajar sebenarnya mempunyai kelebihan sekiranya tajuk soalan


atau tema bagi karangan penulisan yang dipilih berkait dengan hidup
anda sebagai seorang pelajar. Hal ini kerana pelbagai idea atau isi-isi
penting dapat disenaraikan dan seterusnya dihuraikan dengan contoh-
contoh terbaik. Oleh itu, memilih tajuk atau tema yang mudah memberi
kelebihan kepada pelajar untuk menulis karangan yang cemerlang.
Berikut dikongsikan contoh karangan Kebaikan Kerja Amal/ Sukarela
(Faedah) untuk rujukan semua.

Kerja amal atau sukarelawan adalah satu aktiviti yang melibatkan


masyarakat dalam membantu mereka yang memerlukan. Pelajar boleh
memberikan contoh seperti aktiviti bergotong-royong atau
menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir misalnya.
Tambahan pula, anda pasti dapat menghuraikan nilai-nilai yang
diperoleh apabila menyertai aktiviti-aktiviti sukarela ataupun kerja amal.

https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html 1/5
05/02/2022, 23:01 Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan (Kebaikan)

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kebaikan Kerja Amal/ Sukarela (Faedah)


2. Contoh Karangan Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan
(Kebaikan)

Kebaikan Kerja Amal/ Sukarela


(Faedah)
Isi-isi penting

1. Memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh


sebahagian masyarakat
2. Membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik
3. Mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah
4. Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bersatu padu
5. Memupuk perpaduan antara masyarakat
6. Melahirkan individu yang bersikap empati

Contoh Karangan Faedah Menyertai Kerja


Amal Dan Sukarelawan (Kebaikan)
Pendahuluan
“Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan”. Peribahasa Melayu ini
bermaksud orang yang mengharapkan bantuan pasti akan berasa

https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html 2/5
05/02/2022, 23:01 Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan (Kebaikan)

gembira jika ada insan yang ikhlas membantunya. Ungkapan tersebut


sejajar dengan kerja amal atau kesukarelawan yang lazimnya dianjurkan
untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik. Contohnya apabila
musim banjir melanda bahagian pantai timur negara ini, ramai individu
dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan menjalankan aktiviti
sukarelawan bagi menyampaikan bantuan. Sebagai masyarakat yang
prihatin, kita bertuah kerana ramai di antara kita yang suka rela untuk
menyertai kerja-kerja amal apabila berkesempatan khususnya golongan
belia. Hal ini kerana pelbagai kebaikan dan faedah yang mampu mereka
peroleh sekiranya menyertai aktiviti ini. Wajar untuk kita bincang dan
huraikan apakah kebaikan yang diperoleh sesorang sekiranya menyertai
atau menjalankan aktiviti kesukarelawan.

Isi 1
Antara kebaikan utama menyertai kerja amal adalah ia dapat
memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh
sebahagian masyarakat kepada mereka yang lebih bernasib baik.
Misalnya, kejadian banjir yang melanda kawasan perkampungan banyak
memusnahkan atau merosakkan kebajikan penduduk kampung seperti
perkakas rumah dan pakaian. Oleh itu, sukarelawan yang datang
membantu dapat menyumbang kepada kebajikan penduduk terjejas
agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan selesa.
Secara tidak langsung, situasi ini akan membuka mata pelbagai pihak
khususnya peserta aktiviti dalam memahami keadaan yang sukar
terhadap mangsa. Ia juga dapat mengelakkan masyarakat daripada
menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelasnya, faedah kerja amal
atau aktiviti sukarelawan dapat membantu meluaskan kesedaran
terhadap kesusahan atau masalah yang dialami oleh sebahagian
masyarakat.

Isi 2
Manfaat lain aktiviti sukarelawan adalah membentuk keperibadian dan
nilai-nilai murni yang baik. Apabila kita menyertai aktiviti sukarelawan,
pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang akan diperoleh. Seseorang
individu akan didedahkan kepada cara untuk berkomunikasi dengan
lebih empati, menguruskan logistik dan sebagainya. Mereka akan
terlibat dengan organisasi yang mempunyai ketua untuk menurut
arahan, golongan penerima yang akan mendapat bantuan dan rakan
sukarelawan yang memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Persis
kata mutiara, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dengan
menyelami kesusahan dan dugaan yang dihadapi oleh penerima
bantuan, ia akan membentuk kita untuk menjadi insan yang lebih baik.

https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html 3/5
05/02/2022, 23:01 Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan (Kebaikan)

Tegasnya, penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan ini dapat


membentuk ketrampilan diri yang baik.

Isi 3
Selain itu, kerja amal dan sukarelawan dapat membantu kita untuk
mengisi masa terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Sejak
kebelakangan ini, banyak laporan di dada akhbar dan televisyen yang
memaparkan ahli masyarakat yang terjebak dengan gejala negatif
seperti dadah dan gangsterisme. Perkara ini seharusnya dibendung
agar masyarakat yang bermutu dan negara yang maju dapat dicapai.
Oleh itu, dengan menganjurkan aktiviti sukarelawan atau kerja amal dan
memastikan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian mampu
memenuhkan masa mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Bak
kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kita perlu
menggalakkan generasi muda pada hari ini untuk menyertai aktiviti
sukarelawan atau kerja amal agar sikap tanggungjawab dan merendah
diri dapat dipupuk. Izharnya golongan muda perlu lebih aktif dalam
aktiviti sukarelawan untuk membendung gejala negatif berkembang
dalam masyarakat.

Isi 4
Akhir sekali, kebaikan melaksanakan kerja amal adalah mewujudkan
masyarakat yang penyayang dan bersatu padu. Setelah kita melibatkan
diri dalam aktiviti sukarelawan seperti menjalankan gotong-royong untuk
mangsa banjir, kita pasti akan disayangi dan dihargai oleh mangsa yang
terjejas. Bantuan yang diterima daripada orang yang tidak dikenali pasti
akan melahirkan hubungan persaudaraan yang lebih baik. Semangat
bermasyarakat dan bersatu padu tanpa mengira latar belakang kaum,
agama dan pangkat akan terjalin. Situasi ini penting agar mereka yang
tidak bernasib baik dapat manfaat untuk meneruskan hidup manakala
yang membantu dapat mengambil iktibar. Kita tidak mahu menjadi
masyarakat yang bersikap seperti anak di pangkuan kelaparan, kera di
hutan disusukan. Tuntasnya, masyarakat yang menyertai kerja amal
adalah masyarakat yang cakna dan harmoni.

Penutup
Kesimpulannya, banyak kebaikan yang diperoleh sekiranya kita
melibatkan diri atau menganjurkan kerja-kerja amal untuk membantu
mereka yang dalam kesusahan. Setiap di antara kita seharusnya
mencari peluang untuk menyertai aktiviti seperti ini sekurang-kurangnya
sekali untuk merasai pengalaman dan tidak buta hati. Golongan
berkuasa dan barisan pemimpin masyarakat sepatutnya menghabiskan

https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html 4/5
05/02/2022, 23:01 Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan (Kebaikan)

lebih masa dalam aktiviti seperti ini agar masyarakat yang lebih baik
dapat dilahirkan. Ahli falsafah tersohor, Samuel Johnson pernah
mengung­kapkan “Masa depan dibeli oleh masa sekarang”. Ungkapan
tersebut jelas mengatakan bahawa jika kita ingin mendapatkan manfaat
kerja amal atau sukarela, kita perlu bertindak sekarang agar masa
hadapan kita dan generasi akan datang terjamin. Seterusnya dapat
menjadi contoh atau model kepada masyarakat antarabangsa dalam
menjadi prihatin serta penyayang antara satu sama lain.

Related : rakyat malaysia, orang orang, menjadi sukarelawan, untuk


mendapatkan, terlibat dengan aktiviti, untuk membuat, anggota
masyarakat, salah satu, ditimpa musibah,

https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html 5/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Program Motivasi Kepada Diri Pelajar

Karangan

Faedah-Faedah Program Motivasi


Kepada Diri Pelajar

Ipendidikan » Karangan » Faedah-Faedah Program Motivasi Kepada


Diri Pelajar
Disemak dan dikemaskini pada pukul 11:00 pm, 15 Julai 2020

Sebelum menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,


pelajar digalakkan untuk membuat persiapan dengan melakukan latihan
tambahan atau merujuk contoh secara atas talian. Bagi penulisan
karangan Bahasa Melayu, anda boleh merujuk contoh karangan faedah-
faedah program motivasi kepada diri pelajar yang dikongsikan di bawah
sebagai rujukan.

Dalam menjawab soalan penulisan karangan yang berkaitan dengan


para pelajar, anda boleh menggunakan pengalaman diri sebagai huraian
kepada isi-isi penting yang diberikan. Selain itu, pelajar juga boleh
memberikan contoh yang tepat kerana pelajar pasti pernah menyertai
program berbentuk motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah masing-
masing.

https://www.ipendidikan.my/faedah-program-motivasi-kepada-pelajar.html 1/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Program Motivasi Kepada Diri Pelajar

Isi Kandungan [Tutup]

1. Faedah-Faedah Menyertai Program Motivasi Kepada Pelajar


2. Contoh Karangan Faedah-Faedah Program Motivasi Kepada Diri
Pelajar

Faedah-Faedah Menyertai Program


Motivasi Kepada Pelajar
Isi-isi penting
membuka minda pelajar tentang kepentingan motivasi diri
membentuk disiplin diri
memupuk semangat kepimpinan
memperbaiki kemahiran komunikasi
melahirkan ketrampilan yang unggul
menerapkan nilai agama dan moral dalam diri pelajar

Baca juga: Akriviti Berfaedah Untuk Mengisi Masa Lapang

Contoh Karangan Faedah-Faedah Program


Motivasi Kepada Diri Pelajar
Pendahuluan
Mutakhir ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan
dengan kerancakan pembangunan negara yang semakin gah di persada

https://www.ipendidikan.my/faedah-program-motivasi-kepada-pelajar.html 2/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Program Motivasi Kepada Diri Pelajar

dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai


permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Kes-kes
seperti pergaulan bebas, lumba haram dan sebagainya telah
memberikan imej buruk kepada masyarakat kita kerana pelakunya terdiri
daripada generasi muda yang merupakan pelajar-pelajar di sekolah.
Pelbagai punca dan faktor permasalahan ini berlaku namun pihak
sekolah lazimnya menganjurkan program motivasi kepada pelajar di
sekolah bagi memupuk sikap madani dalam diri mereka. Penganjuran
program ini memakan perbelanjaan wang yang banyak dan mengambil
masa dan tenaga daripada para guru bagi memastikan anak-anak murid
mereka mendapat manfaat daripada penyertaan mereka. Persoalan
yang timbul adalah apakah faedah-faedah program motivasi kepada diri
pelajar?

Isi 1
Faedah yang paling mustahak dalam penganjuran program atau kem
motivasi adalah ia membuka mata dan minda pelajar tentang
kepentingan motivasi diri. Mungkin ibu dan bapa atau ahli keluarga di
rumah terlepas pandang akan perkara ini tetapi pihak sekolah yang
merupakan institusi pendidikan perdana seharusnya mendidik tentang
pentingnya motivasi diri. Hal ini demikian kerana ia bukan sahaja
penting semasa pelajar di sekolah tetapi ia adalah santapan rohani
untuk sepanjang kehidupan kita. Kebanyakan di antara pelajar yang
tidak mempunyai pencapaian yang baik dalam bidang akademik
mahupun kokurikulum didapati kurang mendapat motivasi diri. Sekiranya
mereka didedahkan dan sedar betapa mustahak untuk mempunyai
motivasi diri yang utuh dalam menempuhi apa jua perkara pasti
masyarakat yang inteligensia dan cakna dapat dilahirkan. Pelajar masa
kini seharusnya sudah mengetahui minat dan masa hadapan yang
diinginkan agar ibu bapa dapat membantu dalam merancang perjalanan
yang menepati kehendak dan kemampuan pelajar. Intihannya, jika
pelajar mempunyai kemahuan dan disertakan dengan motivasi, anda
pasti dapat mencapai cita-cita tersebut walau apa jua rintangan yang
datang. Persis peribahasa Melayu, belakang parang pun kalau diasah
nescaya tajam.

Isi 2
Faedah lain yang akan diperoleh pelajar apabila menyertai program
motivasi adalah membentuk disiplin diri. Pelajar akan didedahkan tips-
tips atau cara untuk belajar dengan lebih mudah oleh perunding atau
pakar motivasi yang terlatih. Perkongsian ini adalah kritikal kerana
pelajar tidak tahu-menahu cara pembelajaran yang efektif kerana latar
belakang dan kemampuan mereka adalah berbeza. Maka, fasilitator
https://www.ipendidikan.my/faedah-program-motivasi-kepada-pelajar.html 3/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Program Motivasi Kepada Diri Pelajar

yang bertanggungjawab dalam program motivasi pelajar seharusnya


memberikan solusi atau pendekatan kepada pelajar untuk menelaah
atau mengulang kaji pelajaran dengan lebih baik. Ibarat jauhari
mengenal manikam. Sebagai contoh, teknik penulisan nota ringkas,
penggunaan kad-kad untuk menguatkan hafalan dan cara mengenal
pasti corak soalan yang bakal dikeluarkan dalam peperiksaan peringkat
sekolah mahupun awam. Kesannya, pelajar akan bertambah rajin dan
tercelik hati bahawa setiap di antara mereka mampu mencapai kejayaan
dari segi akademik ataupun aktiviti di luar bilik darjah. Berbekalkan
motivasi yang kuat, pelajar akan menjadi seorang yang tidak mengenal
erti putus asa bak kata pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa.

Isi 3
Pada masa yang sama, semangat kepimpinan dapat dipupuk dalam
kalangan pelajar jika mereka menyertai program motivasi diri. Nilai
kepimpinan diri seharusnya dimiliki oleh setiap individu menjelang
kedewasaan kerana semakin kita membesar, semakin banyak
tanggungjawab dan amanah yang akan dipikul dan perlu dilunaskan
dengan baik. Dengan adanya kepimpinan diri yang tinggi pelajar akan
mengutamakan perkara yang mustahak berbanding perkara remeh dan
yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri mereka. Selain itu,
penyertaan dalam kem-kem motivasi akan mendedahkan diri pelajar
untuk menjadi seorang ketua. Hal ini kerana peserta akan dibahagikan
kepada kumpulan-kumpulan kecil secara rawak dan peluang untuk
mengetuai kumpulan masing-masing wajar diambil supaya pelajar tahu
bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin. Secara tidak langsung,
pelajar akan menjadi seorang yang lebih baik berbanding ahli kumpulan
masing-masing supaya menjadi contoh tauladan kepadda semua.
Izharnya, penyertaan pelajar dalam kem motivasi dapat mencungkil
potensi serta bakat pelajar dalam kepimpinan kerana manfaatnya kelak
adalah berbaloi. Ibarat peribahasa Melayu, kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya.

Isi 4
Di samping itu, pelajar juga dapat memperbaiki kemahiran komunikasi
apabila menyertai program motivasi anjuran sekolah mahupun swasta.
Tahukah anda bahawa kemahiran komunikasi adalah sangat penting
khususnya apabila pelajar akan memasuki alam pekerjaan. Umum sedia
maklum, manusia mempunyai pelbagai ragam dan sekiranya kita ingin
menjadi seorang yang professional kita harus menguasai kemahiran
komunikasi yang baik. Selalunya program motivasi akan menjalankan
aktiviti-aktiviti yang memerlukan penglibatan aktif daripada semua
peserta. Maka, pelajar perlu meningkatkan keyakinan diri untuk
https://www.ipendidikan.my/faedah-program-motivasi-kepada-pelajar.html 4/5
05/02/2022, 22:59 Faedah Program Motivasi Kepada Diri Pelajar

menyumbang tenaga dan idea bagi menjayakan kumpulan dalam aktiviti


yang dijalankan. Setelah meningkatkan tahap keyakinan, pelajar juga
akan didedahkan untuk menyampaikan persembahan atau bercakap
dihadapan khalayak ramai. Dengan bimbingan dan dorongan daripada
fasilitator para pelajar pasti dapat memecahakn tembok yang sebelum
ini menjadi penghalang kepada mereka dan tampil dengan sifat dan
sikap yang lebih positif. Natijahnya, penyertaan rogram motivasi yang
menjalankan pelbagai aktiviti dapat memperbaiki kemahiran komunikasi
dalam kalangan pelajar kerana yang elok itu budi, yang indah itu
bahasa.

Penutup
Sebagai konklusi, penganjuran program atau kem motivasi adalah
medan terbaik untuk pelajar membentuk ketrampilan diri yang lebih
unggul dan cemerlang. Pelajar seharusnya bersikap terbuka dan gemar
untuk menyertai inisiatif-inisiatif yang direncana oleh pihak sekolah
dalam membantu pelajar menjadi seorang manusia yang lebih baik.
Guru-guru, ibu dan bapa serta perunding motivasi pula seharusnya
sentiasa menggunakan pendekatan yang lebih menarik dan sesuai
dengan persekitaran pelajar dalam menganjurkan program motivasi
supaya dapat menarik minat mereka. Persis kata peribahasa, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Sesungguhnya jika usaha ini diperkasa
dan dilaksana dengan efisien, generasi muda kita akan bebas dari
dibelenggu masalah sosial serta melonjak kemampuan masyarakat
tempatan untuk menjadi komuniti madani. Semoga iltizam dalam
membawa diri, masyarakat dan juga negara kita untuk berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah dengan negara lain dapat dihasilkan dan
memebri manfaat kepada kesejahteraan hidup rakyat sejagat.

https://www.ipendidikan.my/faedah-program-motivasi-kepada-pelajar.html 5/5
05/02/2022, 22:58 Faedah-Faedah Belajar Menggunakan Komputer

Karangan

Faedah Belajar Menggunakan


Komputer Kepada Murid Dalam
Pembelajaran

Ipendidikan » Karangan » Faedah Belajar Menggunakan Komputer


Kepada Murid Dalam Pembelajaran
Disemak dan dikemaskini pada pukul 1:14 pm, 10 Ogos 2020

Untuk makluman pelajar, penulisan karangan Bahasa Melayu terdiri


daripada pelbagai tajuk dan tema. Hal ini demikian kerana variasi tajuk
dan tema dapat menguji pengetahuan am pelajar disamping menilai
penguasaan Bahasa Melayu masing-masing. Justeru, pelajar
seharusnya melakukan persiapan yang banyak sebelum menduduki
peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya berkaitan
penulisan karangan. Sebagai rujukan kepada pelajar, berikut
dikongsikan contoh karangan faedah-faedah belajar menggunakan
komputer.

Tajuk soalan penulisan karangan berkaitan faedah atau manfaat


seharusnya mudah bagi pelajar kerana ia memerlukan huraian berkaitan
topik tersebut dan kesannya terhadap golongan yang dimaksudkan
dalam soalan. Tambahan pula, penggunaan komputer merupakan satu
kelaziman bagi masyarakat hari ini terutamanya para pelajar.
Diharapkan dengan perkongsian di bawah, pelajar dapat memberikan
idea yang bernas dan menghasilkan karangan yang cemerlang.
https://www.ipendidikan.my/faedah-faedah-belajar-menggunakan-komputer.html 1/5
05/02/2022, 22:58 Faedah-Faedah Belajar Menggunakan Komputer

Isi Kandungan [Tutup]

1. Faedah-Faedah Belajar Menggunakan Komputer Kepada Murid


2. Contoh Karangan Faedah-Faedah Belajar Menggunakan Komputer
Dalam Pembelajaran

Faedah-Faedah Belajar Menggunakan


Komputer Kepada Murid
Isi-isi penting
Menarik minat dan perhatian pelajar
Memudahkan perkongsian dan storan maklumat
Meransang kreativiti dan kemahiran pelajar
Mendapat akses kepada Internet
Menggalakkan pembelajaran secara kendiri
Melahirkan generasi yang progresif

Baca Juga: Cara Untuk Menghargai Warga Emas/ Tua

Contoh Karangan Faedah-Faedah Belajar


Menggunakan Komputer Dalam Pembelajaran
Pendahuluan
Marcapada ini, perkembangan teknologi telah mempengaruhi pelbagai
sudut kehidupan manusia sehingga mengubah gaya hidup masyarakat

https://www.ipendidikan.my/faedah-faedah-belajar-menggunakan-komputer.html 2/5
05/02/2022, 22:58 Faedah-Faedah Belajar Menggunakan Komputer

konvensional menjadi lebih progresif dan global. Antara ciptaan


teknologi yang memberi impak yang sangat besar kepada kita adalah
komputer. Secara umum, komputer adalah peralatan elektronik yang
menerima masuk data, mengolah data dan memberikan hasil keluaran
dalam bentuk informasi berbentuk gambar, teks, suara atau video. Kini
ia telah menerima inovasi sehingga tercipta pelbagai variasi komputer
seperti komputer riba dan tablet. Kepelbagaian jenis komputer ini telah
dicipta bagi memenuhi kehendak pengguna yang menggunakan gajet ini
pada perkara yang berbeza sama ada untuk pekerjaan, permainan atau
pembelajaran. Jika ditelusuri dengan mendalam, komputer telah
memberi kesan yang positif terhadap penggunaannya dalam sektor
pendidikan khususnya di institusi pendidikan. Oleh itu, wajar untuk kita
bincangkan apakah faedah-faedah belajar menggunakan komputer
kepada para pelajar yeng merupakan pemangkin masa hadapan
negara.

Isi 1
Manfaat utama dalam mengetengahkan pembelajaran menggunakan
komputer adalah kemampuannya menarik minat dan perhatian pelajar.
Sebelum ini, cara pembelajaran di dalam kelas memerlukan tumpuan
pelajar terhadap pengajaran atau kuliah yang diberikan oleh guru-guru.
Proses pembelajaran yang pasif dan membosankan ini telah
mengakibatkan pelajar kurang minat dan tercicir kerana tidak mendapat
perhatian yang cukup ketika di dalam kelas. Pembelajaran
menggunakan komputer dapat menarik minat pelajar kerana dalam
proses pengajaran, penggunaan video dan audio dapat menangkap
perhatian pelajar serta pelbagai elemen seperti animasi dapat
digunakan. Pendekatan ini dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas untuk lebih aktif serta mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Corak pembelajaran yang
interaktif mampu melahirkan hubungan yang berkesan antara guru dan
pelajar seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai dengan baik.

Isi 2
Di samping itu, pembelajaran menggunakan komputer dapat
memudahkan perkongsian dan storan maklumat dalam kalangan pelajar
serta guru. Penggunaan buku dan kertas dalam proses pembelajaran
menggunakan sumber alam yang terhad serta tenaga yang banyak
untuk menulis atau mencatat nota. Dengan wujudnya komputer, pelajar
dan guru boleh berkongsi nota-nota penting berkenaan mata pelajaran
yang dipelajari menggunakan emel atau aplikasi seperti Micrsoft Office
dan Google Drive. Malahan, tugasan sekolah juga boleh dilakukan
secara lebih efisien menggunakan aplikasi di komputer. Storan nota atau
https://www.ipendidikan.my/faedah-faedah-belajar-menggunakan-komputer.html 3/5
05/02/2022, 22:58 Faedah-Faedah Belajar Menggunakan Komputer

tugasan tidak memerlukan ruang yang besar di rumah kerana segala


maklumat daripada komputer boleh disimpan dengan percuma secara
maya. Walaupun kos menggunakan komputer dalam pembelajaran
adalah tinggi jika dibandingkan dengan kaedah lama tetapi ia secara
langsung dapat membantu memelihara sumber alam yang semakin
diancam kepupusan. Izharnya, generasi muda yang celik teknologi serta
prihatin terhadap alam sekitar dapat dilahirkan.

Isi 3
Faedah lain yang akan diperoleh para pelajar sekiranya menjalani
pembelajaran menggunakan komputer adalah kreativiti dan kemahiran
pelajar dapat diransang. Hal ini demikian kerana, pelajar merupakan
kanak-kanak yang setahun jagung dan mempunyai imaginasi tanpa
batasan. Oleh itu, dengan menggunakan aplikasi teknologi di komputer,
pelajar dapat mengekspresi daya kreativiti mereka melalui tugasan yang
diberikan oleh guru. Misalnya, tugasan yang memerlukan pelajar
mencipta video mengenai bulan kemerdekaan. Pelajar dapat
pendedahan dalam menggunakan teknologi lain seperti kamera dan
mikrofon seterusnya aplikasi suntingan video. Situasi ini bukan sahaja
meransang kreativiti para pelajar malah menambah kemahiran pelajar
secara kendiri. Persis peribahasa Melayu, sambil menyelam minum air.
Kaedah ini memberikan kebebasan kepada pelajar dalam mencari cara
sendiri untuk menghasilkan sebuah video yang mampu menarik
perhatian penonton serta menyampaikan mesej yang dikehendaki oleh
guru-guru.

Isi 4
Akhir sekali, belajar menggunakan komputer dapat membantu pelajar
mengakses Internet yang merupakan hub informasi dunia. Kelahiran
teknologi Internet telah mengubah landskap informasi dan komunikasi
secara global. Pelajar kini boleh mengakses internet untuk mendapatkan
maklumat tanpa batasan masa dan waktu mengenai apa sahaja perkara
dengan hanya menggunakan hujung jari. Selain itu, pelajar juga boleh
berkomunikasi secara maya dengan rakan atau guru sekiranya terdapat
persoalan atau perbincangan mengenai pembelajaran di sekolah.
Dengan kepantasan maklumat dan komunikasi, pelajar dapat
menjimatkan masa dalam melakukan tugasan sekolah dan
menumpukan perhatian lebih kepada mengulang kaji pelajaran kerana
masa itu emas. Intihannya, pelajar akan mempunyai pengetahuan am
yang tinggi sekiranya menggunakan Internet sebagai medium
pembelajaran dan secara tidak langsung membentuk generasi yang
peka dan cakna terhadap isu semasa tempatan mahupun global.

https://www.ipendidikan.my/faedah-faedah-belajar-menggunakan-komputer.html 4/5
05/02/2022, 22:58 Faedah-Faedah Belajar Menggunakan Komputer

Penutup
Konklusinya, pelbagai faedah yang akan diperoleh pelajar apabila
menggunakan komputer dalam pembelajaran. Ia bukan sahaja
memudahkan proses pembelajaran bagi pelajar malahan memudahkan
urusan pengajaran oleh guru. Justeru, semua pihak terutamanya
Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya merencana
perkembangan pendidikan negara berlandaskan teknologi yang
merupakan elemen penting untuk melahirkan masyarakat yang berilmu
pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Persis kata peribahasa Melayu,
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Semoga
segala inisiatif dirancang rapi dan diselaraskan dengan baik agar setiap
golongan masyarakat mendapat peluang pendidikan yang saksama.
Hak untuk mendapat pendidikan adalah hak asasi setiap manusia.
Dengan bantuan daripada pihak berkuasa, polisi atau dasar yang
mendokong pendidikan berteraskan teknologi dan sains di samping
memelihara sejarah, alam dan sosiobudaya pasti akan mewujudkan
masyarakat yang inteligensia dan berkemahiran tinggi. Sekaligus negara
kita akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-
negara maju yang lain.

https://www.ipendidikan.my/faedah-faedah-belajar-menggunakan-komputer.html 5/5
05/02/2022, 22:53 Faedah-Faedah Bersukan Kepada Masyarakat

Karangan

Faedah Bersukan Kepada Masyarakat


Dan Negara

Ipendidikan » Karangan » Faedah Bersukan Kepada Masyarakat Dan


Negara
Disemak dan dikemaskini pada pukul 11:59 pm, 5 September 2020

Masyarakat kita peka dengan aktiviti-aktiviti yang mampu memberi


faedah kepada mereka. Maka soalan yang berkaitan dengan faedah
kepada masyarakat sering kali dikeluarkan sebagai soalan kepada
pelajar dalam bentuk soalan karangan. Berikut dikongsikan contoh
karangan faedah-faedah bersukan kepada masyarakat untuk panduan
semua.

Banyak idea yang boleh dihuraikan kerana ia adalah perkara yang


berlaku di persekitaran para pelajar. Sebagai contoh, aktiviti bersukan
yang merupakan antara aktiviti harian setiap ahli masyarakat. Pelajar
hanya perlu mengaitkan pengalaman sendiri dengan isi yang boleh
dignakan dalam penulisan karangan supaya mengikut kehendak soalan.

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kepentingan Dan Faedah Bersukan Kepada Masyarakat


2. Contoh Karangan Kebaikan Dan Faedah-Faedah Bersukan Kepada
Masyarakat

https://www.ipendidikan.my/faedah-bersukan-kepada-masyarakat.html 1/4
05/02/2022, 22:53 Faedah-Faedah Bersukan Kepada Masyarakat

Kepentingan Dan Faedah Bersukan


Kepada Masyarakat

Isi-isi penting
menjamin kesihatan diri
mengurangkan stress
menjadi kerjaya
memupuk semangat setia kawan
membanteras gejala tidak sihat seperti lumba haram dan
sebagainya
menyumbang kepada ekonomi negara

Baca juga: Kesalahan Lazim Dalam Penulisan Karangan Bahasa


Melayu.

Contoh Karangan Kebaikan Dan Faedah-


Faedah Bersukan Kepada Masyarakat
Pendahuluan
Dewasa ini, aktiviti bersukan dalam kalangan masyarakat semakin
mendapat perhatian. Perkembangan infrastruktur sukan seperti
gelanggang futsal, badminton dan kawasan lapang dimanfaatkan
sebaiknya oleh masyarakat kita dimana bersukan bukan sahaja menjadi
aktiviti di waktu siang malah telah dipraktikkan pada waktu malam. Hal
ini kerana ramai diantara kita sibuk mencari rezeki untuk suapan diri dan

https://www.ipendidikan.my/faedah-bersukan-kepada-masyarakat.html 2/4
05/02/2022, 22:53 Faedah-Faedah Bersukan Kepada Masyarakat

tangungan masing-masing di pagi hari maka aktiviti seperti bersukan


dan bersenam dilakukan pada waktu malam. Pelbagai faedah yang
diperoleh daripada bersukan terutamanya kepada diri dan masyarakat
secara tidak langsung.

Isi 1
Bersukan dapat menjamin kesihatan diri seseorang individu kerana ia
merupakan aktiviti yang melibatkan penggunaan fizikal dan juga mental
individu tersebut. Peluh dan toksik dalam badan dapat dirembes keluar
dengan melakukan aktiviti bersukan dalam tempoh masa yang tertentu.
Tahap kardio seseorang juga akan bertambah baik serta berat badan
yang ideal dapat dicapai sekiranya individu tersebut konsisten dalam
bersukan. Tambahan pula, bersukan adalah langkah yang jelas dalam
mengelak daripada penyakit-penyakit yang kronik seperti obesiti.
Sediakan payung sebelum hujan adalah peribahasa Melayu yang sesuai
dalam menggambarkan faedah bersukan kepada masyarakat dari segi
menjamin kesihatan diri.

Isi 2
Selain itu, aktiviti sukan dapat membantu mengurangkan stress kerana
mental seseorang individu itu memerlukan aktiviti yang berbeza dengan
kerjaya mereka. Majoriti daripada pengamal sukan melakukan aktiviti ini
di waktu santai dan sebagai hiburan. Psikologi seseorang juga
mendapat input yang positif dengan bersukan dimana gelak tawa dan
peluh terhasil daripada keseronokan melakukan aktiviti bersukan.
Dengan kemudahan teknologi hari ini, ada dalam kalangan kita suka
berjoging sambil mendengar radio atau rakaman suara yang berkongsi
maklumat dan membincangkan isu-isu semasa yang dapat kita
manfaatkan dalam kehidupan kita. Bak kata pepatah, sambil menyelam
minum air dimana satu pekerjaan mendapat hasil yang lebih.

Isi 3
Dalam pada itu, sukan juga mampu menjadi kerjaya seseorang. Sukan
berkemampuan menjadi sebuah industri yang mampu menarik
pelaburan serta menjadi hiburan kepada masyarakat. Sebagai contoh,
sukan bola sepak di benua Eropah dan sukan bola keranjang di Amerika
Syarikat yang menjana keuntungan daripada hak-hak penyiaran di
televisyen dan media massa. Maka, dengan latihan yang jitu dan
bimbingan yang tepat, kita mampu untuk melahirkan atlet-atlet yang
bersaing di peringkat dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan
Azizulhasni Awang. Atlet yang bersaing di peringkat dunia mampu
mendapat habuan yang banyak sekiranya konsisten bertanding dan

https://www.ipendidikan.my/faedah-bersukan-kepada-masyarakat.html 3/4
05/02/2022, 22:53 Faedah-Faedah Bersukan Kepada Masyarakat

menjuarai kejohanan yang disertai. Namun begitu, ramai yang


mempersoalkan kerjaya atlet ini hanya bertahan kurang daripada 10
tahun. Mereka sebenarnya berpeluang besar dalam mencari kerjaya
yang sesuai seperti menjadi jurulatih, komentator sukan dan juga
menyambung pelajaran dalam sains sukan sekaligus dapat membantu
dalam perkembangan industri sukan negara.

Isi 4
Aktiviti sukan juga mampu memupuk semangat setiakawan dalam diri
masing-masing. Di sini kita dapat lihat bahawa sistem pendidikan kita
telah menerapkan perkara ini sejak dibangku sekolah lagi. Penglibatan
seseorang dalam aktiviti sukan secara berpasukan seperti permainan
hoki dan bola jaring dapat membentuk dan menambah nilai berpasukan
dalam mencari kemenangan ke atas pihak lawan. Sukan secara
berpasukan memerlukan strategi dan disiplin yang baik supaya apa
yang ingin dicapai dapat dipraktikkan dengan baik. Secara tidak
langsung semangat setia kawan, kerjasama dan kekitaan akan timbul
dan menjadi senjata penting dalam mencapai kemenangan dalam
aktiviti sukan yang disertai. Tambahan pula, sukan dapat merapatkan
hubungan antara satu sama lain di mana perpaduan rakyat dapat
dikekalkan dan diraikan dengan lebih baik demi tanah air yang tercinta.

Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada
masyarakat dalam menyertai aktiviti-aktiviti bersukan. Tiada halangan
untuk kita bersukan pada hari ini kerana banyak infrastruktur sukan yang
lengkap dan boleh digunakan samada di waktu siang atau malam.
Sekiranya hujan ataupun udara di luar tidak sihat, kita mempunyai
pilihan untuk melakukan aktiviti sukan di gelanggang yang bertutup dan
teduh daripada cuaca yang tidak menentu. Hendak seribu daya tak
hendak seribu dalih yang bermaksud tiada halangan jika kita berusaha
mencari jalan dalam mencapai apa yang dikehendaki. Marilah kita
bersama-sama ringan tulang dalam menyertai aktiviti bersukan serta
menyumbang sesuatu dalam perkembangan sukan supaya lahir rakyat
sihat, otak cerdas. Kesihatan fizikal dan mental membentuk rakyat yang
efektif sekaligus mampu memacu negara menjadi lebih maju dan
berdaya saing. Majulah sukan untuk negara.

https://www.ipendidikan.my/faedah-bersukan-kepada-masyarakat.html 4/4
05/02/2022, 22:53 Faedah-Faedah Mempelajari Seni Mempertahankan Diri

Karangan

Kebaikan Dan Faedah Mempelajari


Seni Mempertahankan Diri

Ipendidikan » Karangan » Kebaikan Dan Faedah Mempelajari Seni


Mempertahankan Diri
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:04 pm, 8 Mei 2020

Sering kali, pelajar mempunyai kesukaran apabila ingi menjawab soalan


penulisan karangan Bahasa Melayu. Hal ini kerana topik atau tajuk
soalan yang diberikan menggunakan tema yang tidak pernah disoal atau
pelajar tidak didedahkan. Maka, mulai hari ini, pelajar perlu sentiasa
mencari serta melakukan latihan tambahan sebelum menduduki
peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebagai rujukan pelajar,
berikut adalah contoh karangan faedah-faedah mempelajari seni
mempertahankan diri.

Jika ditelusuri, pelbagai aspek dan nilai yang diambil kira dalam
pemarkahan yang menentukan tahap penulisan karangan pelajar.
Namun, anda digalakkan untuk kerap melakukan latihan penulisan agar
tidak melakukan kesalahan lazim seperti penggunaan tatabahasa dan
imbuhan yang salah. Selain itu, pelajar juga boleh menambah ungkapan
atau frasa yang menarik supaya huraian yang diolah dapat disampaikan
dengan lebih tepat dan bermakna.

https://www.ipendidikan.my/seni-mempertahankan-diri.html 1/5
05/02/2022, 22:53 Faedah-Faedah Mempelajari Seni Mempertahankan Diri

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kepentingan Dan Faedah Mempelajari Seni Mempertahankan Diri


2. Contoh Karangan Faedah-Faedah Mempelajari Seni
Mempertahankan Diri

Kepentingan Dan Faedah Mempelajari


Seni Mempertahankan Diri
Isi-isi penting
Melindungi keselamatan diri
Memberi kecergasan fizikal
Mendisiplinkan diri
Berpotensi menjadi karier
Medium untuk bersosial
Menerapkan nilai-nilai murni

Baca juga: Koleksi Peribahasa Melayu Serta Maksud

Contoh Karangan Faedah-Faedah Mempelajari


Seni Mempertahankan Diri
Pendahuluan
Seni mempertahankan diri adalah satu bentuk gerak badan secara
fizikal yang digunakan untuk melindungi diri daripada musuh tanpa

https://www.ipendidikan.my/seni-mempertahankan-diri.html 2/5
05/02/2022, 22:53 Faedah-Faedah Mempelajari Seni Mempertahankan Diri

senjata. Ia telah wujud sejak bertahun lama dan berbeza mengikut


rantau dan elemen budaya serta tradisi masing-masing. Sebagai contoh,
di rantau Asia Tenggara terdapat seni silat dan muay thai manakala di
rantau Asia Timur terdapat seni teakwondo dan judo. Namun, ledakan
teknologi hari ini telah menyebabkan seni ini semakin dilupakan dan
tenggelam dek ditelan zaman. Walau bagaimanapun, kadar jenayah
yang semakin meningkat dari tahun ke tahun telah membuatkan
sebahagian daripada masyarakat kita sedar dan mula menghantar anak-
anak untuk menyertai kelas seni mempertahankan diri. Oleh itu, wajar
untuk kita bincangkan faedah-faedah yang mampu diperoleh sekiranya
kita mempelajari seni mempertahankan diri.

Isi 1
Faedah utama yang diperoleh apabila kita mempelajari seni
mempertahankan diri adalah dapat melindungi diri daripada sebarang
ancaman fizikal. Sejak kebelakangan ini, kes-kes jenayah seperti kes
penculikan, ragut dan gangguan seksual semakin berleluasa serta
menjadi tajuk utama di siaran berita dan dada akhbar. Senario ini telah
membuatkan rasa kurang senang masyarakat kerana ancaman jenayah
boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan bila-bila masa. Maka, dengan
mempelajari seni mempertahankan diri, kita dapat mengetahui apakah
langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku ancaman terhadap kita.
Mentaliti kita juga akan lebih bersedia untuk membuat keputusan yang
betul dan bertindak secara efisien kerana situasi ini hanya dapat
dipelajari sekiranya kita mempunyai pengetahuan tentang seni
mempertahankan diri. Peribahasa Melayu ada berkata, malang tidak
berbau. Justeru, berbekalkan ilmu seni mempertahankan diri, kita
mampu menjamin keselamatan diri dan juga orang disekeliling kita.

Isi 2
Selain itu, seni mempertahankan diri dapat memberikan kecergasan
fizikal kepada kita. Hal ini demikian kerana, segala latihan dan
pembelajaran melibatkan aktiviti fizikal di mana kekuatan kita akan
ditumpukan kepada pergerakan yang mampu menewaskan musuh atau
ancaman. Tambahan pula, ia dapat membantu membina ketangkasan
koordinasi mata dan tangan terutamanya dalam golongan kanak-kanak
menerusi pelbagai pergerakan yang dipelajari. Kita juga akan
melakukan aktiviti yang melibatkan kardiovaskular seperti berlari dan
berjoging kerana ia merupakan asas dalam seni mempertahankan diri.
Izharnya, bukan sahaja kekuatan otot dapat dicapai apabila kita
menyertai kelas seni bela diri, ia juga dapat memberikan kesihatan
fizikal yang baik serta memberikan postur serta berat badan yang ideal
sekiranya kita mempraktikkan atau melakukan latihan secara konsisten.
https://www.ipendidikan.my/seni-mempertahankan-diri.html 3/5
05/02/2022, 22:53 Faedah-Faedah Mempelajari Seni Mempertahankan Diri

Dengan pelbagai masalah kesihatan yang membelunggu masyarakat


hari ini, wajar untuk kita mempertimbangkan seni ini sebagai satu wadah
untuk mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit kerana
mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Isi 3
Pada masa yang sama, seni mempertahankan diri dapat membantu kita
untuk meningkatkan disiplin diri. Kita boleh perhatikan di mana setiap
seni bela diri mementingkan kawalan emosi diri sebelum melakukan
apa-apa tindakan. Seperti dalam kehidupan, kita tidak boleh membuat
keputusan yang melibatkan emosi kerana ia tidak stabil. Sebaliknya, kita
perlu sentiasa bersikap rasional dan realistik dalam membuat apa-apa
keputusan atau tindakan. Nilai ini adalah sangat penting dan mustahak
untuk diajar kepada kanak-kanak dimana apabila mereka dewasa,
mereka akan lebih bersikap matang dan mampu memberikan hasil yang
terbaik. Malahan, seni mempertahankan diri membantu kita untuk
menepati masa dengan lebih baik. Situasi ini secara langsung dapat
membentuk jati diri seseorang dengan nilai-nilai yang positif dan
berguna. Walaupun pada mulanya sukar untuk sesetengah di antara kita
berubah tetapi dengan semangat yang kuat, kita mampu mengubah diri
kita supaya menjadi lebih baik daripada semalam. Persis kata
peribahasa, alah bisa tegal biasa.

Isi 4
Di samping itu, seni mempertahankan diri mampu menjadi profesion di
mana sebilangan besar diantaranya telah diiktiraf sebagai sukan.
Malahan, seni mempertahankan diri seperti teakwondo, judo dan karate
dipertandingkan di peringkat sukan tertinggi dunia iaitu Sukan Olimpik.
Peribahasa Melayu berkata, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. Oleh itu, ibu dan bapa digalakkan untuk menghantar
anak-anak yang mungkin berpotensi dan mempunyai bakat terpendam
dalam seni mempertahankan diri. Jika diasah dan dilatih dengan betul,
mereka mampu menjadi atlet dan bertanding di peringkat dunia
seterusnya mengharumkan nama keluarga dan negara. Sebagai contoh,
kita telah pun mempunyai seorang atlet yang bertanding di peringkat
dunia dalam seni pencak silat iaitu Jufferi Jamari. Beliau juga berjaya
mendapatkan pingat emas dalam kategori pencak silat pada Sukan SEA
2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Kita dapat lihat bahawa seni
mempertahankan diri berpotensi menjadi karier seseorang dan
membawa nama negara ke persada antarabangsa.

Penutup

https://www.ipendidikan.my/seni-mempertahankan-diri.html 4/5
05/02/2022, 22:53 Faedah-Faedah Mempelajari Seni Mempertahankan Diri

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang akan diperoleh sekiranya


kita mempelajari seni mempertahankan diri. Masyarakat konvensional
harus meluaskan horizon pemikiran dan mula menghargai seni
mempertahankan diri terutamanya yang berasal daripada negara kita. Ia
adalah merupakan warisan dan tradisi yang tidak ada di tempat lain dan
kita merupakan insan yang bertanggungjawab untuk memelihara dan
memperkasa seni mempertahankan diri yang lahir daripada nenek dan
moyang kita. Alhi masyarakat tidak seharusnya beranggapan bahawa
seni tersebut tidak lagi sesuai dengan arus pembangunan masa kini dan
mengabaikannya. Sebaliknya, setiap pihak khususnya pihak kerajaan
dan sekolah wajar memperkasa seni mempertahankan diri dalam
kalangan masyarakat hari ini demi mendapat maslahat dan menjadikan
negara Malaysia aman, selamat dan sejahtera.

https://www.ipendidikan.my/seni-mempertahankan-diri.html 5/5
05/02/2022, 23:03 Faktor Berlakunya Krisis Makanan Di Sesebuah Negara

Karangan

Faktor-Faktor Berlakunya Krisis


Makanan Global

Ipendidikan » Karangan » Faktor-Faktor Berlakunya Krisis Makanan


Global
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:53 pm, 4 Mei 2020

Kemahiran kritis dan kreatif diperlukan oleh pelajar dalam menghasilkan


penulisan karangan Bahasa Melayu yang baik dan cemerlang. Ia juga
bergantung kepada cara pengutaraan isi-isi penting yang sesuai dan
seimbang. Selain itu, penggunaan tatabahasa yang betul dan tiada
kesalahan ejaan. Maka berikut adalah contoh karangan berkenaan
faktor-faktor berlakunya krisis makanan di sesebuah negara sebagai
rujukan pelajar.

Tajuk soalan ini akan menguji pengetahuan am para pelajar dalam krisis
antarabangsa. Justeru, pelajar perlu peka dan sentiasa ambil tahu akan
isu-isu terkini yang melanda negara kita mahupun negara asing.
Panduan dan bimbingan daripada guru masing-masing adalah
mustahak. Oleh itu, latihan yang banyak harus dilakukan pelajar-pelajar
bagi membiasakan diri menulis karangan dengan menggunakan bahasa
yang betul dan menarik.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/krisis-makanan.html 1/5
05/02/2022, 23:03 Faktor Berlakunya Krisis Makanan Di Sesebuah Negara

1. Faktor-Faktor Berlakunya Krisis Makanan di Sesebuah Negara


2. Contoh Karangan Faktor-Faktor Berlakunya Krisis Makanan Di
Sesebuah Negara

Faktor-Faktor Berlakunya Krisis


Makanan di Sesebuah Negara

jurang ekonomi yang semakin jauh menyebabkan harga pasaran


makanan dunia naik
pertambahan jumlah penduduk yang naik secara drastik
bencana alam merosakkan proses pembuatan makanan
sumber makanan dieksploitasi sebagai sumber lain
tiada kajian atau persediaan dalam menghadapi bencana

Baca juga: Cara Kira Bilangan Patah Perkataan Dalam Karangan


Bahasa Melayu

Contoh Karangan Faktor-Faktor Berlakunya


Krisis Makanan Di Sesebuah Negara
Pendahuluan
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di
persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh krisis
yang mengancam kemajuan tamadun manusia hari ini. Makanan
merupakan satu perkara asas dalam kehidupan seorang manusia sama
https://www.ipendidikan.my/krisis-makanan.html 2/5
05/02/2022, 23:03 Faktor Berlakunya Krisis Makanan Di Sesebuah Negara

seperti tempat tinggal dan pakaian. Adalah tidak wajar apabila krisis
kekurangan bekalan makanan boleh berlaku di beberapa negara di
dunia disebabakan oleh pelbagai faktor. Apa yang membimbangkan,
krisis makanan yang menimpa dunia sekarang ini adalah ia melibatkan
bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijirin dan jagung yang
menjadi keperluan asas setiap individu. Sebelum mengorak langkah
dalam menyelesaikan masalah ini, kita perlu mengetahui faktor-faktor
berlakunya krisis makanan di sesebuah negara itu boleh terjadi.

Isi 1
Antara faktor utama yang menyebabkan krisis makanan berlaku di
beberapa buah negara adalah disebabkan kenaikan harga makanan di
pasaran dunia. Menurut statistik Bank Dunia, harga pasaran makanan
global secara purata telah meningkat sebanyak 75% sejak tahun 2000
manakala kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap terendah
sejak 30 tahun lalu. Negara yang mempunyai daya jual beli yang rendah
di peringkat antarabangsa akan mengalami kesukaran untuk membeli
sumber makanan bagi menampung keperluan makanan negara mereka.
Sebagai contoh, kita masih mengimport pelbagai jenis sayur dan buah
dalam pasaran tempatan seperti cili dan apabila berlaku kekurangan
bekalan, harga sayur tersebut naik secara mendadak. Oleh itu, langkah
merapatkan jurang ekonomi antara semua negara merupakan langkah
terbaik dalam menangani masalah kenaikan harga makanan sekaligus
memperkasa ekonomi dunia supaya berdaya saing dengan sihat.

Isi 2
Selain itu, faktor yang menyumbang kepada berlakunya krisis makanan
adalah pertambahan jumlah penduduk di muka bumi amnya dan di
sesebuah negara khususnya. Lantaran itu sehingga kini berlaku ketidak
seimbangan dalam kadar pengeluaran makanan dan pertambahan
jumlah penduduk. Pengeluaran makanan pula dipengaruhi pelbagai
faktor seperti sumber bahan mentah, sumber kewangan ataupun
sumber tanah untuk peladangan yang semakin terhad hari ini. ‘Mogok
Tempe’ selama tiga hari oleh para peniaga pula telah berlaku di
Indonesia apabila harga bahan asas pembuatan tempe iaitu kacang
soya meningkat dari sekitar Rp3,000 pada tahun 2007 kepada Rp7,400
pada tahun 2008. Hal ini kerana permintaan yang terlalu banyak dan
tidak sejajar dengan pengeluaran makanan ruji tersebut. Pembiakan
manusia tidak boleh dihalang tetapi boleh di kawal agar kesama rataan
dalam pelbagai aspek dapat dicapai bersama.

Isi 3

https://www.ipendidikan.my/krisis-makanan.html 3/5
05/02/2022, 23:03 Faktor Berlakunya Krisis Makanan Di Sesebuah Negara

Seterusnya, faktor yang menyumbang kepada kejadian krisis makanan


adalah disebabkan bencana alam. Kebanyakan makanan ruji seperti
gandum, beras dan bijiran merupakan hasil tanaman di ladang-ladang
dan berisiko terhadap bencana alam seperti banjir dan sebagainya.
Australia dikatakan mengalami kemarau terburuk pada tahun 2007
menyebabkan hasil gandum negaranya telah menyusut sebanyak 60%.
Hasil tuaian dari China juga telah menyaksikan penyusutan sebanyak
10% sepanjang 7 tahun yang lalu. Faktor-faktor ini dikatakan menjadi
sebab secara langsung kurangnya bekalan makanan yang boleh
diperolehi oleh penduduk dunia. Justeru, kaedah baru perlu digunakan
dalam pembuatan makanan bagi mengelak daripada terjejas akibat
bencana alam, pencemaran mahupun perubahan iklim dunia. Pakar
teknologi dan pakar agronomi perlu berganding bahu dalam mencari
solusi terbaik untuk memastikan pengeluaran makanan dapat
dikembangkan tanpa risiko kerugian seperti musnah akibat bencana
alam.

Isi 4
Di samping itu, antara sebab berlakunya krisis makanan adalah sumber
makanan dieksploitasi menjadi sumber lain yang mendatangkan hasil
kewangan yang lebih lumayan. Misalnya, pada tahun 2007, suku
daripada jumlah tuaian jagung Amerika Syarikat telah digunakan untuk
penghasilan etanol yang merupakan antara bahan yang digunakan
untuk menghasilkan bahan api bio yang mana jumlah ini pastinya
memberikan impak yang besar kerana Amerika Syarikat menyumbang
kepada 60% pasaran jagung dunia. Penghasilan bahan api bio bukan
sahaja dikatakan telah melambungkan harga sumber makanan yang
berkaitan, malah sekali gus mengurangkan jumlahnya dalam pasaran
untuk keperluan pemakanan. Perkara ini hendaklah dielakkan kerana
pelbagai alternatif lain seperti minyak sawit yang berpotensi untuk
dijadikan sumber bahan api bio. Maka, setiap negara seharusnya
mempunyai dasar atau peraturan dalam memastikan bekalan dan
pengeluaran makanan tidak diganggu dengan agenda lain supaya krisis
makanan dapat dielakkan.

Penutup
Secara tuntas, kita telah meneliti faktor-faktor yang menyebabkan
berlakunya krisis makanan di sesebuah negara. Masalah kekurangan
makanan, yang pada mulanya bersifat setempat dan hanya sinonim
dengan negara-negara dunia ketiga, kini menjadi semakin kronik apabila
harga pasaran bekalan makanan di peringkat dunia juga turut meningkat
dan mula memberi ancaman kesan yang lebih global termasuklah
kepada negara-negara maju. Intihannya, masyarakat dunia harus sedar
https://www.ipendidikan.my/krisis-makanan.html 4/5
05/02/2022, 23:03 Faktor Berlakunya Krisis Makanan Di Sesebuah Negara

dan bersifat madani dalam mendepani masalah ini agar kemampuan


kita dalam mempunyai bekalan makanan yang cukup dapat dikecapi
bersama-sama negara yang menghadapi krisis makanan. Persis kata
mutiara, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang membawa
maksud kita seharusnya bersama-sama menyelesaikan masalah yang
dihadapi supaya kebaikan dan kelangsungan masa hadapan dapat
dinikmati bersama.

https://www.ipendidikan.my/krisis-makanan.html 5/5
05/02/2022, 23:03 Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Pelaburan Asing (FDI)

Karangan

Faktor-Faktor Yang Menggalakkan


Pelaburan Asing Di Malaysia

Ipendidikan » Karangan » Faktor-Faktor Yang Menggalakkan


Pelaburan Asing Di Malaysia
Disemak dan dikemaskini pada pukul 7:26 am, 8 Mei 2020

Tajuk yang berkaitan masyarakat dan negara selalu menjadi pilihan


dalam soalan karangan Bahasa Melayu. Namun begitu, pelajar juga
harus bersiap sedia untuk menjawab soalan yang mengaitkan isu-isu
global. Idea dan pengetahuan pelajar perlu kukuh dan faham akan isu
tersebut supaya penulisan karangan masing-masing menepati arahan
soalan yang diberikan. Berikut adalah contoh karangan faktor-faktor
yang menggalakkan pelaburan asing sebagai rujukan pelajar.

Soalan berkaitan ekonomi dan fakta ini perlu diambil berat oleh pelajar
kerana isi yang diberikan perlu tepat dan memenuhi kehendak soalan.
Justeru, bimbingan daripada guru juga penting agar konteks penulisan
para pelajar difahami dan menjawab soalan yang diberikan.
Penambahan peribahasa dan frasa menarik akan memberikan daya
tarikan yang lebih kepada pembaca dan penanda kertas pelajar.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/faktor-yang-menggalakkan-pelaburan-asing.html 1/5
05/02/2022, 23:03 Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Pelaburan Asing (FDI)

1. Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Pelaburan Asing (FDI) Di Malaysia


2. Contoh Karangan Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Pelabur Asing
(FDI) Di Malaysia

Faktor-Faktor Yang Menggalakkan


Pelaburan Asing (FDI) Di Malaysia

Isi-isi penting
Kestabilan politik negara
Hubungan diplomatik yang seimbang
Kemudahan infrastruktur seperti rangkaian pengangkutan dan
komunikasi
Kepakaran tenaga kerja profesional
Kos sara hidup yang stabil dan sesuai untuk pelabur dan pekerja
Menggunakan model pelaburan yang mudah dan menguntungkan
pelabur

Baca juga: Koleksi Peribahasa Melayu Serta Maksudnya

Contoh Karangan Faktor-Faktor Yang


Menggalakkan Pelabur Asing (FDI) Di Malaysia
Pendahuluan
Sejak negara menikmati arus kemerdekaan kita dapat menyaksikan
kemasukan pelabur-pelabur asing dalam meransang ekonomi negara
https://www.ipendidikan.my/faktor-yang-menggalakkan-pelaburan-asing.html 2/5
05/02/2022, 23:03 Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Pelaburan Asing (FDI)

kita. Ia merupakan nadi utama dalam pendapatan negara kerana ia


adalah batu loncatan untuk negara kita dalam mencapai kemajuan
seiring dengan negara maju yang lain. Justeru, langkah-langkah dalam
menarik kedatangan pelabur asing perlulah dikenal pasti dan
direncanakan agar ekonomi negara mendapat suntikan yang baik untuk
terus berkembang maju dan berdaya saing. Persoalannya, apakah
faktor-faktor yang menggalakkan pelabur asing untuk melabur dalam
negara kita?

Isi 1
Faktor utama dalam menarik pelabur asing adalah dengan melihat
kepada landskap politik sesebuah negara. Pelabur asing lebih berminat
untuk melabur dalam negara yang mempunyai kestabilan politik dimana
perusahaan mereka tidak berisiko untuk mengalami kerugian. Misalnya,
apabila tiada kestabilan politik di sesebuah negara, berlaku rusuhan dan
demonstrasi jalanan yang mengganggu ekonomi negara. Kestabilan
politik menunjukkan negara tersebut mempunyai hala tuju ekonomi yang
jelas dan komited dalam memperbaiki kedudukan ekonomi masing-
masing. Dengan keyakinan ini, pelabur asing akan mempercayai
birokrasi negara tersebut dan bersetuju untuk melabur. Maka, kita
sebagai rakyat bertanggungjawab untuk memilih pemimpin yang terbaik
dalam kalangan ahli politik negara supaya mereka dapat melunaskan
amanah rakyat dengan baik seterusnya membawa negara ke arah
kemajuan sejagat.

Isi 2
Selain itu, negara yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik juga
antara faktor yang menarik pelabur asing. Hubungan bilateral dan
multilateral harus dieratkan bagi mewujudkan hubungan perdagangan
yang baik antara Malaysia dengan negara lain. Hubungan bilateral
diperkukuh melalui lawatan diplomatik sama ada oleh Yang Dipertuan
Agong, Perdana Menteri atau Menteri Perdagangan dan Antarabangsa
ke negara-negara lain. Contohnya, lawatan Perdana Menteri Malaysia
ke Jepun dan United Kingdom. Hubungan multilateral pula diusahakan
dengan menyertai persidangan pertubuhan yang melibatkan pelbagai
negara seperti ASEAN. Persidangan ini akan merancakkan ekonomi
serantau disamping membantu negara-negara Asia tenggara yang lain
dalam memperkenalkan model ekonomi terkini dan menguntungkan.
Oleh itu, jelaslah bahawa hubungan diplomatik antara Malaysia dengan
negara-negara lain sejak Malaysia menjadi negara berkecuali hingga
sekarang amat berkesan untuk meningkatkan pelaburan asing di negara
kita.

https://www.ipendidikan.my/faktor-yang-menggalakkan-pelaburan-asing.html 3/5
05/02/2022, 23:03 Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Pelaburan Asing (FDI)

Isi 3
Faktor lain yang mampu menggalakkan pelabur asing untuk melabur
dalam negara kita adalah dengan mempunyai infrastruktur yang serba
lengkap. Prasarana seperti sistem pengangkutan yang sistematik seperti
pelabuhan dan lapangan terbang, bekalan elektrik dan air yang
berterusan serta sistem telekomunikasi yang cekap harus disediakan
untuk kemudahan kilang-kilang beroperasi. Prasarana ini merupakan
prasyarat yang amat penting untuk membawa produk pelabur ke luar
negara dan dipasarkan ke pasaran antarabangsa. Zon perdagangan
yang strategik juga harus diperbanyakkan. Zon perdagangan ini
haruslah dekat dengan sumber bahan mentah terutamanya hasil
pertanian seperti kelapa sawit agar ia tidak rosak dan berada dalam
kualiti terbaik sebelum sampai ke kilang pemprosesan. Contoh zon
perdagangan ialah di Shah Alam, Gurun dan Senawang. Lebih banyak
kawasan harus dijadikan zon perdagangan bebas (FTZ) seperti di
Bayan Lepas Pulau Pinang untuk menarik minat pelabur asing.
Natijahnya, pelabur baru amat mengutamakan zon perdagangan yang
lengkap dengan segala infrastruktur yang terancang.

Isi 4
Sementelahan itu, bekalan tenaga kerja profesional turut memainkan
peranan penting dalam menarik pelabur asing ke negara kita. Daya
produktiviti sesebuah kilang akan meningkat dengan adanya banyak
tenaga kerja tempatan yang mahir dan pakar. Oleh itu, jumlah
rancangan latihan kepakaran harus ditingkatkan oleh kerajaan Malaysia
dengan bantuan agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat
(MARA) serta Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Kerajaan
juga perlu memastikan latihan vokasional dan graduan yang cukup
untuk memenuhi keperluan industri dan pelabur. Pekerja-pekerja pula
harus mempunyai etika kerja yang murni dan tidak menyeleweng wang
syarikat serta tidak mengamalkan gejala rasuah demi memelihara
maruah negara kita yang berdaulat ini. Rentetan itu, para pekerja
haruslah sentiasa diberikan latihan agar kepakaran mereka sejajar
dengan perkembangan semasa serta masalah pengangguran akan
dapat dikurangkan dan secara tidak langsung pelaburan itu akan
meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia.

Penutup

Kesimpulannya, pelbagai faktor yang mendorong pada galakan


kedatangan pelabur asing dalam negara. Semua pihak perlu
memanifestasikan fikiran dalam melaksanakan langkah terbaik untuk
memastikan ekonomi negara sentiasa berkembang bukan sahaja
https://www.ipendidikan.my/faktor-yang-menggalakkan-pelaburan-asing.html 4/5
05/02/2022, 23:03 Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Pelaburan Asing (FDI)

bergantung kepada pelabur asing tetapi dengan membantu sedaya


upaya untuk menaikkan perusahaan tempatan yang berpotensi untuk
memecah pasaran global suatu hari nanti. Bak kata peribahasa
Melayu, kera di hutan disusui, anak di pangkuan dilepaskan dimana kita
melebihkan orang asing sebaliknya kita perlu menyokong usaha dan
produk hasil titik peluh anak watan. Semoga Malaysia menjadi destinasi
pilihan pelabur asing disamping perusahaan tempatan mengecapi
pasaran global dan mengharumkan nama negara di persada dunia.

https://www.ipendidikan.my/faktor-yang-menggalakkan-pelaburan-asing.html 5/5
05/02/2022, 23:00 Kebaikan Amalan Menabung Dalam Kalangan Masyarakat (Karangan)

Karangan

Kebaikan Amalan Menabung Dalam


Kalangan Masyarakat

Ipendidikan » Karangan » Kebaikan Amalan Menabung Dalam


Kalangan Masyarakat
Disemak dan dikemaskini pada pukul 11:17 pm, 20 Mac 2020

Di era globalisasi dan modenisasi ini, kebaikan amalan menabung


dalam kalangan masyarakat tidak dapat disangkal lagi. Hal ini kerana
kehidupan rakyat Malaysia dilihat kian terbeban dengan kos hidup yang
meningkat. Masyarakat dilihat kurang memberi respon yang baik atau
tidak berminat terhadap amalan menabung walaupun kaedah menabung
masa kini adalah selamat dan terjamin berbanding masa lalu. Untuk
mencapai kehidupan yang selesa, kita mesti bersedia secara fizikal dan
mental tanpa mengabaikan aspek kewangan terutamanya.

Oleh itu, sebelum berdepan dengan pelbagai masalah di masa akan


datang, kita mestilah membuat persiapan bijak seperti pepatah Melayu
“sediakan payung sebelum hujan” agar kita tidak dilanda musibah dalam
keadaan tidak bersedia. Wang yang kita perolehi melalui pekerjaan
boleh disimpan di dalam bank atau juga tabung. Biarlah kita mula
menabung atau menyimpan walaupun dengan jumlah yang sedikit pada
awalnya kerana “Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”. Dapatlah
dilihat bahawa amalan menabung sudah pasti memberi impak positif
kepada kita pada masa depan.

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-menabung.html 1/6
05/02/2022, 23:00 Kebaikan Amalan Menabung Dalam Kalangan Masyarakat (Karangan)

Isi Kandungan [Tutup]

1. Contoh Karangan Kepentingan Amalan Menabung Dan Menyimpan


Wang
2. 1. Simpanan untuk masa hadapan
3. 2. Bekalan wang untuk kegunaan kecemasan
4. 3. Amalan agar tidak menjadi boros dan membazir
5. 4. Dapat menjadi contoh tauladan kepada anak
6. 5. Dijadikan bank kecil, tidak mengharapkan orang lain untuk
memberi wang
7. 6. Mengekalkan hubungan baik sesama manusia hasil kegiatan
menabung

Contoh Karangan Kepentingan Amalan


Menabung Dan Menyimpan Wang

Dalam kalangan masyarakat moden, amalan menyimpan wang di bank


boleh dikaitkan sebagai sikap suka menabung. Persepsi masyarakat
terhadap wang adalah sebagai satu kayu pengukur dalam penentuan
kejayaan kehidupan seseorang itu. Memanglah duit itu tidak dapat
menjanjikan kebahagiaan tetapi dengan duit seseorang itu dapat
membuat diri bahagia dan juga membahagiakan orang lain.

Bagi mewujudkan masyarakat yang bijak dalam hal kewangan serta


pandai berjimat, tabiat menabung adalah satu amalan penting yang
mesti dipraktikkan dalam hidup. Apakah kelebihan yang boleh didapati

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-menabung.html 2/6
05/02/2022, 23:00 Kebaikan Amalan Menabung Dalam Kalangan Masyarakat (Karangan)

dengan menabung? Berikut adalah kepentingan amalan menabung


dalam sesebuah keluarga :-

Dapat dijadikan simpanan untuk masa hadapan


Bekalan wang untuk kegunaan ketika kecemasan
Mengelak daripada boros dan membazir
Dapat menjadi contoh tauladan kepada anak
Dapat dijadikan sebagai bank kecil tanpa perlu meminta wang
daripada pihak lain
Menjalinkan hubungan baik sesama manusia kerana semua
menabung

1. Simpanan untuk masa hadapan


Pertama sekali, antara faedah menabung adalah dapat membekalkan
sebuah keluarga atau individu dengan sumber kewangan untuk
kegunaan masa depan. Hal ini demikian kerana wang boleh dianggap
segalanya pada zaman kini. Jika seseorang itu gagal untuk menyimpan
wang yang secukupnya untuk masa hadapan, akan menjadi sukar untuk
menjamin masa depan yang cerah baginya. Sebagai contoh, jika
sepasang suami isteri yang melahirkan anak dalam usia agak lewat
serta tidak mempraktikkan kegiatan menabung, mereka akan
berhadapan dengan masalah kewangan apabila tiba waktu persaraan
kerana perlu menanggung kos pembelajaran anak mereka yang masih
kecil.

Bagi seorang pelajar pula, wang sangat penting untuk menampung


perbelanjaan persekolahan seperti berikut:

1. Alat tulis,
2. Buku-buku rujukan
3. Yuran sekolah
4. Yuran kelas tambahan (tuisyen)

Dan apabila pelajar itu berjaya dalam peperiksaan dan terus mara ke
peringkat seterusnya seperti di universiti, dia akan memerlukan wang
yang lebih banyak bagi menampung kos pengajian. Ini kerana
perbelanjaan tambahan adalah seperti kos penginapan di hostel pusat
pengajian yang kemungkinan terletak jauh dari tempat tinggal rumah
pelajar. Oleh yang demikian, menabung mesti diamalkan sejak kecil lagi
supaya wang tersebut dapat digunakan pada masa akan datang.

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-menabung.html 3/6
05/02/2022, 23:00 Kebaikan Amalan Menabung Dalam Kalangan Masyarakat (Karangan)

2. Bekalan wang untuk kegunaan kecemasan


Seterusnya, setiap orang perlu sedar bahawa keperluan duit semasa
waktu kecemasan juga membuatkan amalan menabung itu sangat
penting. Hal ini kerana manusia tidak dapat menjangka pada bila masa
mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menanggung kos
perbelanjaan sesuatu perkara yang boleh hadir tanpa diduga seperti
peribahasa “malang tidak berbau”.

Misalnya, contoh kes kecemasan adalah seperti

1. Bencana alam seperti gemba bumi, tanah runtuh dan banjir besar
2. Kemalangan jalan raya
3. Kematian ahli keluarga secara mengejut
4. Masalah kesihatan

Justeru, kita perlu mengambil langkah bersiap sedia jika hal yang tidak
diingini seperti ini menimpa kita atau keluarga kita. Oleh itu, memang
tidak dapat dinafikan dengan simpanan yang banyak hasil menabung
dapat membantu mengatasi masalah atau situasi ketika kecemasan.

3. Amalan agar tidak menjadi boros dan


membazir
Selain itu, menabung dapat menjauhkan diri daripada sikap pembaziran.
Hal ini kerana dengan menyimpan wang, ianya mempunyai kesan
termasuk dapat memupuk nilai-nilai murni seperti berjimat-cermat dan
bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan masa depan kita.

Seseorang itu cenderung untuk boros ketika berbelanja dan berfikiran


secara tidak rasional ketika membuat pilihan. Manusia akan mudah
tertarik dengan promosi produk keluaran syarikat yang bijak
mempromosikan sesuatu produk dengan pakej pembungkusan yang
cantik dan menarik perhatian. Lalu pembeli akan terus membeli produk
tersebut dengan tidak berfikir panjang walaupun barang itu tidak
diperlukan.

Sama juga, seorang pekerja yang bekerja keras untuk memperoleh


wang tetapi tidak pandai untuk menabung dan mengawal
perbelanjaannya akhirnya akan dibebani dengan masalah kewangan.
Dalam agama Islam terdapat kenyataan bahawa sikap boros itu adalah
amalan syaitan. Secara rumusannya, menabung boleh menghindarkan

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-menabung.html 4/6
05/02/2022, 23:00 Kebaikan Amalan Menabung Dalam Kalangan Masyarakat (Karangan)

diri daripada bersikap boros serta dapat meningkatkan jumlah simpanan


seseorang.

4. Dapat menjadi contoh tauladan kepada anak


Tambahan pula, amalan menabung yang disemai oleh ibu bapa dapat
dijadikan contoh teladan kepada anak mereka. Perkara ini bermaksud
sesebuah keluarga yang mengambil berat tentang amalan menabung
akan disambung generasi seterusnya melibatkan anak, cucu,
sehinggakan cicit akan turut serta mencontohi perbuatan moyang
mereka. Ini sangat sesuai dengan pepatah Melayu, “bapa borek, anak
rintik”. Sebagai contoh, anak-anak yang setahun jagung akan diajar
untuk menabung sehingga dewasa, dan seterusnya ideologi ini akan
diwariskan. Oleh itu, amalan menabung dalam keluarga akan
berkekalan sekiranya ibu bapa memainkan peranan penting dalam
memupuk tabiat menabung di kalangan ahli keluarga.

5. Dijadikan bank kecil, tidak mengharapkan


orang lain untuk memberi wang
Selain itu, dengan mengamalkan sikap menabung secara konsisten,
ianya dapat menangani segala masalah yang bakal menimpa kita pada
masa akan datang. Perkara ini boleh terjadi apabila sesebuah keluarga
memerlukan wang yang berjumlah besar untuk melaksanakan bayaran
terhadap sesuatu. Keluarga tersebut berkemungkinan akan
mengharapkan pinjaman daripada pihak bank. Tetapi masalah sebenar
akan timbul apabila pinjaman tersebut akan dikenakan faedah yang
boleh membebankan.

Sebagai contoh, jika seseorang yang meminjam sebanyak lima puluh


ribu ringgit untuk membeli sebuah kereta, dia perlu memastikan wang
sebanyak enam puluh ribu yang mesti dilangsaikan kepada pemiutang
atas 10 peratus faedah yang dikenakan. Hal ini dapat dielak dengan
mudahnya sekiranya kita memilih untuk menyimpan wang pada masa
dahulu yang lebih baik berbanding meminjam wang. Oleh yang
demikian, kita mestilah sentiasa menekankan kepentingan menabung
dalam kalangan keluarga dan orang tersayang agar tidak perlu berada
dalam situasi yang tidak diinginkan.

6. Mengekalkan hubungan baik sesama


manusia hasil kegiatan menabung

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-menabung.html 5/6
05/02/2022, 23:00 Kebaikan Amalan Menabung Dalam Kalangan Masyarakat (Karangan)

Akhir sekali, melalui tabiat menabung, ianya dapat mengeratkan


hubungan silatuhrahim antara keluarga. Perkara ini dapat dibuktikan
dengan keluarga tersebut akan menggunakan masa untuk berkongsi
jumlah wang yang telah disimpan sesama mereka dan kegunaannya
pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang daripada keluarga
ingin meminjam duit daripada ahli keluarganya oleh kerana duit
simpanannya yang tidak mencukupi. Oleh sebab ahli keluarganya yang
lain merupakan golongan yang mementingkan amalan menabung, maka
seseorang dapat berbincang dengan ahli keluarganya yang lain untuk
meminjam duit sementara waktu. Oleh itu, di sini dapatlah dilihat
menabung itu dapat merapatkan keakraban tali persaudaraan dalam
keluarga.

Secara kesimpulannya, amalan menabung mempunyai banyak


kepentingan untuk seorang individu dan keluarga kerana menabung
akan memberi manfaat pada jangka masa panjang khususnya.
Galakkan amalan menabung mesti diwujudkan agar lebih ramai orang
yang menyedari kepentingan amalan ini. Tidak kira usia samada muda
mahupun tua, marilah kita mula menabung dengan cermat kerana
“berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah
dahulu, bersenang-senang kemudian”.

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-menabung.html 6/6
05/02/2022, 23:04 Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

Karangan

Kebaikan Menggunakan
Pengangkutan Awam (Kelebihan)

Ipendidikan » Karangan » Kebaikan Menggunakan Pengangkutan


Awam (Kelebihan)
Disemak dan dikemaskini pada pukul 7:43 am, 16 Oktober 2020

Penulisan karangan Bahasa Melayu terdiri daripada variasi tema yang


akan menguji pengetahuan dan penguasaan bahasa para pelajar. Selain
daripada perlu memberi isi-isi penting yang berkaitan, pelajar juga perlu
menghurai dengan gaya bahasa yang menarik serta betul dari segi
penggunaan bahasanya. Sebagai panduan, berikut dikongsikan contoh
karangan kebaikan menggunakan pengangkutan awam.

Penulisan karangan yang bertemakan awam atau berkaitan dengan


masyarakat memerlukan pelajar memberi contoh dan huraian yang
tepat. Dengan pengetahuan yang ada pelajar juga boleh mengutarakan
idea atau isi penting yang mampu menonjolkan penulisan karangan
anda dan berbeza daripada penulisan karangan rakan-rakan.

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-menggunakan-pengangkutan-awam.html 1/5
05/02/2022, 23:04 Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kelebihan Menggunakan Pengangkutan Awam


2. Contoh Karangan Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

Kelebihan Menggunakan Pengangkutan


Awam
Isi-isi penting
Memanfaatkan kemudahan awam
Mengurangkan kesesakan lalulintas
Menjamin keselamatan pengguna
Mengurangkan pencemaran udara
Menjimatkan masa dan wang
Merancak ekonomi kawasan setempat

Baca juga: Faedah Menyertai Program Motivasi Kepada Pelajar

Contoh Karangan Kebaikan Menggunakan


Pengangkutan Awam
Pendahuluan
Dalam meniti arus kemodenan hari ini, kita sering kali dijamukan dengan
pelbagai kemudahan yang membantu kehidupan manusia menjadi lebih
baik dan berkualiti. Antara kemudahan yang telah memberikan impak

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-menggunakan-pengangkutan-awam.html 2/5
05/02/2022, 23:04 Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

kepada manusia adalah pengangkutan awam. Sistem yang dibina bagi


membolehkan sekelompok kumpulan manusia dalam jumlah yang
banyak bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain ini telah
memberikan perubahan kepada pelbagai aspek kehidupan manusia.
Pembangunan bandar atau penempatan manusia ditumpu kepada
kawasan yang meliputi pengangkutan awam kerana ia menarik minat
masyarakat dan juga ekonomi disebaliknya. Di negara kita, terdapat
beberapa jenis pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas awam
dan tren yang dibangunkan di kawasan bandar-bandar besar. Sebagai
pengguna perkhidmatan ini, apakah kebaikan yang diperoleh jika kita
terus menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam?

Isi 1
Umum sedia maklum bahawa pengangkutan awam disediakan untuk
kegunaan masyarakat awam. Oleh itu, kita sewajarnya memanfaatkan
kemudahan awam yang telah disediakan oleh pihak kerajaan tempatan.
Rangkaian perhubungan masyarakat seperti pengangkutan adalah
infrastruktur asas dalam membawa kemajuan ke sesebuah kawasan.
Sekiranya kerajaan tempatan berjaya menyediakan pengangkutan
awam yang efisien, nescaya aktiviti ekonomi di kawasan sekitar akan
berkembang. Masyarakat akan menggunakan pengangkutan awam
disebabkan kos yang lebih rendah berbanding memiliki kenderaan
persendirian. Maka, kuasa pembeli akan meningkat dan golongan yang
menggunakan perkhidmatan awam akan menyalurkan pendapatan
mereka ke arah perniagaan domestik seperti gerai-gerai makanan dan
kedai-kedai runcit. Kesannya, pertumbuhan ekonomi akan berlaku dan
kerajaan akan mendapat pulangan dalam bentuk cukai-cukai yang telah
dikenakan.

Isi 2
Manfaat lain dalam menggunakan pengangkutan awam adalah dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas. Masalah ini lazimnya timbul di
bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai. Maka, wujud
rangkaian pengangkutan seperti komuter dan monorel yang merupakan
tren aliran ringan di bandar-bandar utama di dunia. Jenis pengangkutan
ini bukan sahaja dapat mengurangkan kadar pengguna jalan raya tetapi
ia juga dapat mengangkut jumlah penumpang yang lebih banyak
berbanding kenderaan lain. Tamsilnya, di Bandaraya Kuala Lumpur
merekodkan jumlah penumpang harian perkhidmatan rel dan bas adalah
seramai satu juta penumpang pada tahun 2016. Angka ini dijangka akan
meningkat dan rangkaian perkhidmatan awam ini wajar ditambah baik
dan dibina di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang
tinggi. Justeru, dengan menaiki pengangkutan awam, kita telah
https://www.ipendidikan.my/kebaikan-menggunakan-pengangkutan-awam.html 3/5
05/02/2022, 23:04 Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

menyumbang kepada usaha mengurangkan kesesakan jalan raya serta


memberi laluan kepada mereka yang lebih memerlukan seperti
ambulans dan kenderaan bomba.

Isi 3
Pada waktu yang sama, menggunakan perkhidmatan pengangkutan
awam dapat menjamin keselamatan pengguna. Hal ini demikian kerana
jumlah kemalangan di jalan raya semakin meningkat dari tahun ke
tahun. Jika ditelusuri, kemalangan lalu lintas kebanyakannya berlaku
disebabkan oleh kecuaian manusia. Contohnya, memandu di bawah
pengaruh alkohol, memandu melebihi had kelajuan dan berbahaya serta
tayar kenderaan meletup kerana membeli tayar yang murah dan tidak
berkualiti. Namun begitu, perkhidmatan awam seperti bas dan tren
mempunyai risiko yang lebih rendah kerana kelajuan yang terhad dan
terdapat laluan khas untuk pengangkutan ini. Kalau kita lihat di ibu kota
negara jiran kita iaiatu Jakarta, Indonesia, perkhidmatan bas awam
mereka mempunyai lorong khas sekaligus memudahkan perjalanan
pengguna dan menjimatkan masa mereka. Izharnya, kita hendaklah
menyediakan payung sebelum hujan dalam apa jua perkara
terutamanya pengangkutan kenderaan yang melibatkan nyawa kita dan
orang-orang yang tersayang.

Isi 4
Akhir sekali, pencemaran udara dapat dikurangkan sekiranya kita
memanfaatkan perkhidmatan pengangkutan awam. Dengan
pengurangan pengguna jalan raya serta kenderaan persendirian maka
berkuranglah perlepasan gas dan karbon yang mengancam ekosistem
alam sekitar kita. Sistem yang digunakan oleh kebanyakan kenderaan
hari ini menggunakan bahan bakar yang tidak boleh diperbaharui dan
melepaskan partikel yang mengancam kualiti udara. Sebagai manusia,
kita amat memerlukan udara yang sihat dan segar kerana selain
membekalkan oksigen ia juga membantu pertumbuhan sumber alam
khususnya sumber makanan kita seperti sayur-sayuran dan buah-
buahan. Tetapi, kemajuan teknologi dan sains telah memberikan
manusia untuk mencipta kenderaan yang lebih mesra alam dan
menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga elektrik.
Penggunaan kenderaan elektrik juga telah berjaya diasimilasikan
kepada pengangkutan awam seperti bas dan juga tren. Inisiatif yang
baik ini wajar disokong oleh masyarakat serta pihak kerajaan dalam
menjadikan pengangkutan awam mesra alam dan mesra komuniti.

Penutup

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-menggunakan-pengangkutan-awam.html 4/5
05/02/2022, 23:04 Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

Kesimpulannya, jelas bahawa menggunakan perkhidmatan


pengangkutan awam memberikan manfaat yang pelbagai kepada
semua yang terlibat. Masalah kepadatan penduduk dapat diatasi dan
perancangan bandar dapat disusun atur dengan baik selaras dengan
rangkaian perhubungan komuniti setempat. Kajian dan maklum balas
daripada masyarakat setempat adalah penting dalam merencana
sebuah sistem pengangkutan awam yang berkesan. Semoga semua
pihak yang terlibat dalam pembangunan pengangkutan awam di negara
kita bersikap cakna dan menghasilkan mekanisme terbaik supaya kita
sebagai rakyat marhaen dapat menggunakannya tanpa perlu
memikirkan kos dan sebarang risiko. Jika kita berjaya membangunkan
rangkaian pengangkutan awam yang mudah dan menjadi pilihan setiap
ahli masyarakat, sudah tentu ia akan menjadi model kepada negara
membangun yang lain. Secara tidak langsung, kepakaran anak
tempatan akan menjadi rebutan di setiap penjuru dunia.

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-menggunakan-pengangkutan-awam.html 5/5
05/02/2022, 22:58 Kebaikan Pameran Kerjaya Kepada Pelajar

Karangan

Kepentingan Dan Kebaikan Pameran


Kerjaya Kepada Pelajar

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Dan Kebaikan Pameran


Kerjaya Kepada Pelajar
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:59 pm, 23 Julai 2020

Bagi menguasai penulisan karangan Bahasa Melayu, para pelajar


digalakkan untuk melakukan latihan tambahan. Kaedah ini secara
langsung dapat membantu pelajar untuk mendedahkan diri kepada
pelbagai tema dan tajuk soalan yang berpotensi menjadi pilihan soalan
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Sebagai panduan untuk
semua, berikut dikongsikan contoh karangan kebaikan pameran kerjaya
kepada pelajar.

Penulisan karangan Bahasa Melayu boleh menjadi rumit dan boleh


menjadi mudah bergantung kepada kebolehan pelajar. Anda perlu
membiasakan diri mengarang dan memilih tema dan tajuk yang mampu
untuk dihuraikan dengan baik. Selain itu, penggunaan bahasa yang
mudah tanpa sebarang kesalahaan ejaan atau tatabahasa dapat
menjamin pemarkahan yang baik terhadap penulisan karangan anda.
Bimbingan daripada guru juga mustahak supaya gaya penulisan pelajar
menepati kehendak soalan dan penanda kertas peperiksaan.

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-pameran-kerjaya-kepada-pelajar.html 1/5
05/02/2022, 22:58 Kebaikan Pameran Kerjaya Kepada Pelajar

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kepentingan Dan Kebaikan Pameran Kerjaya Kepada Pelajar


Khususnya Lepasan SPM
2. Contoh Karangan Kebaikan Pameran Kerjaya Kepada Pelajar

Kepentingan Dan Kebaikan Pameran


Kerjaya Kepada Pelajar Khususnya
Lepasan SPM
Isi-isi penting
Memberi pendedahan terhadap landskap pekerjaan di Malaysia
Peluang untuk berhubung dengan bakal majikan
Dapat menguji kemahiran komunikasi
Mendapat akses seminar atau bengkel percuma
Melatih diri untuk sesi temu duga
Dapat membantu dalam pemilihan kursus atau IPT

Baca juga: Permohonan UPUonline Kemasukan Ke IPTA UA IPG


Matrikulasi

Contoh Karangan Kebaikan Pameran Kerjaya


Kepada Pelajar
Pendahuluan
https://www.ipendidikan.my/kebaikan-pameran-kerjaya-kepada-pelajar.html 2/5
05/02/2022, 22:58 Kebaikan Pameran Kerjaya Kepada Pelajar

Kerjaya boleh didefinisikan sebagai perkembangan dan kemajuan


seseorang dari segi pekerjaan. Lazimnya ia merujuk kepada jawatan
tetap dan berkait dengan perkembangan secara beransur menaiki
peringkat jawatan dalam sesebuah organisasi atau profesion.
Persediaan tersebut didorong oleh bakat, minat dan kebolehan
semulajadi serta pengaruh persekitaran seperti pendidikan dan latihan.
Pameran kerjaya pula adalah satu acara yang mengumpulkan majikan-
majikan untuk merekrut pekerja baharu dan pencari kerja mencari
peluang-peluang kerjaya yang ditawarkan. Sejak kebelakangan ini,
pameran kerjaya telah menjadi program yang dianjurkan secara besar-
besaran kerana mendapat sambutan yang tinggi dari kalangan pelajar
dan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT). Persoalannya, apakah
manfaat atau kebaikan pameran kerjaya kepada pelajar yang masih
dalam pengajian di peringkat IPT dan juga sekolah?

Isi 1
Antara kebaikan yang diperoleh pelajar jika berkunjung ke pameran
kerjaya adalah pendedahan terhadap landskap kerjaya di Malaysia. Hal
ini demikian kerana peluang kerjaya yang ditawarkan adalah mengikut
perkembangan dan permintaan ekonomi semaasa negara kerana ia
berkaitan dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Para
pelajar boleh melihat profil dan latar belakang syarikat atau majikan
yang menyertai program kerjaya. Seterusnya menyelidik dan
menjangkakan apakah bidang kerjaya yang memberikan peluang yang
tinggi dan sesuai dengan kemampuan serta latar belakang akademik
para pelajar. Ia juga merupakan satu peluang untuk pelajar mengkaji
pasaran kerjaya yang ditawarkan dan mengetahui bidang-bidang yang
mendapat permintaan yang tinggi seperti bidang teknologi, perubatan
dan sebagainya. Oleh itu, pendedahan ini mustahak agar pelajar dapat
melakukan persediaan yang kukuh sebelum melangkah masuk ke alam
pekerjaan. Mereka juga mendapat gambaran yang jelas tentang realiti
pekerjaan hari ini dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Isi 2
Pada masa yang sama, pameran kerjaya juga memberikan kebaikan
kepada para pelajar kerana dapat berhubung dengan bakal majikan.
Selalunya syarikat atau majikan akan menghantar wakil pekerja mereka
untuk menyampaikan maklumat dan berkongsi kelebihan bekerja
dengan syarikat massing-masing. Dengan pendekatan ini, pelajar boleh
bertanya secara terus akan kemusykilan yang berlegar di fikiran mereka
terhadap bidang atau peluang kerjaya yang ditawarkan. Selain itu,
terdapat syarikat-syarikat yang menawarkan biasiswa kepada pelajar
sebagai salah satu cara merekrut pekerja yang cemerlang dan
https://www.ipendidikan.my/kebaikan-pameran-kerjaya-kepada-pelajar.html 3/5
05/02/2022, 22:58 Kebaikan Pameran Kerjaya Kepada Pelajar

mempunyai potensi yang besar untuk syarikat mereka, bak kata bidalan
sambil menyelam minum air. Sebagai contoh, biasiswa daripada
Yayasan Khazanah yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad di
mana pelajar berpeluang untuk menempatkan diri sejurus tamat
pengajian di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Justeru, pameran
kerjaya ini bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan tetapi ia juga
membantu pelajar yang berkelayakan dan berpotensi untuk memohon
tajaan biasiswa yang membantu mengurangkan beban kewangan diri
dan juga keluarga pelajar.

Isi 3
Di samping itu, pameran kerjaya menawarkan pelbagai kebaikan
kepada pelajar kerana ia adalah medan di mana pelajar boleh menguji
kemahiran komunikasi mereka. Situasi ini boleh ditaksirkan apabila
terdapat majikan yang akan menjalankan temu duga terbuka secara
langsung di pameran kerjaya tersebut. Maka, pelajar boleh melihat,
menilai atau menguji kemampuan diri apabila ditemu duga untuk
mendapatkan pekerjaan. Peningkatan jumlah manusia dari hari ke hari
telah menimbulkan sentimen kompetitif dalam kebanyakan perkara yang
perlu dilalui oleh masyarakat hari ini. Generasi muda terutamanya perlu
bersaing dengan calon-calon lain yang mempunyai latar belakang
akademik yang sama tetapi peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah
terhad. Maka untuk menonjolkan diri, setiap individu memerlukan
kemahiran komunikasi yang baik di samping ketrampilan diri yang
meyakinkan dan menarik. Pelajar perlu memberanikan diri untuk
mencuba supaya kelak sudah terbiasa untuk menjawab dengan yakin,
memberikan huraian kemahiran dengan tepat dan bertanyakan soalan
yang bernas kepada bakal majikan anda. Persis kata peribahasa, kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Isi 4
Seterusnya, pameran kerjaya memberikan kebaikan yang berganda
kepada pelajar kerana ia menawarkan bengkel atau seminar kerjaya
secara percuma. Aktiviti seperti bengkel kerjaya adalah merupakan
tarikan utama pengunjung yang hadir ke pameran kerjaya. Hal ini
demikian kerana pihak penganjur akan menjemput panel-panel yang
berkelayakan seperti wakil syarikat dan mereka yang bekerja dalam
bidang sumber manusia untuk memberikan ceramah dan tips untuk
mendapatkan pekerjaan. Sesi ini dapat memberikan informasi yang
berguna kepada pelajar dalam memburu pekerjaan mereka serta
berinteraksi dengan pakar tentang masalah yang dihadapi dan cara-cara
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Aktiviti ini juga memberikan
peluang kepada pelajar untuk mendengar dan melihat potensi bidang-
https://www.ipendidikan.my/kebaikan-pameran-kerjaya-kepada-pelajar.html 4/5
05/02/2022, 22:58 Kebaikan Pameran Kerjaya Kepada Pelajar

bidang lain sekiranya terdapat panel yang membincangkan peluang


pekerjaan dalam industri-industri tertentu. Intihanya, pelajar akan
mendapat tauladan yang baik bagi diri mereka supaya mereka dapat
mempraktikkan tips atau kemahiran terbaik apabila mereka keluar untuk
mencari pekerjaan di masa akan datang.

Penutup
Kesimpulannya, pameran kerjaya dapat memberikan pelbagai kebaikan
kepada pelajar yang akan menamatkan alam persekolahan dan mula
menceburi alam pekerjaan. Pendedahan yang penting ini dapat
membantu mereka dalam merancang dan bersedia dengan baik untuk
memasuki fasa kehidupan yang lebih mencabar. Semua pihak yang
berkenaan perlu berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke
lurah sama-sama dituruni untuk memantapkan pengisian pameran
kerjaya supaya generasi muda hari ini dapat memperoleh manfaat yang
maksimum. Keberkesanan program pendidikan kerjaya akan memberi
kesan yang positif dalam diri pelajar. Impak yang positif ternyata akan
membantu pelajar tersebut untuk membuat pilihan kerjaya dan
seterusnya akan memberi kepuasan kepada mereka apabila memasuki
alam kerjaya. Semoga generasi hari ini sedar bahawa kebolehan dan
kemampuan mereka menjadi garis penentu kejayaan dan kegemilangan
negara untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara lain.

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-pameran-kerjaya-kepada-pelajar.html 5/5
05/02/2022, 23:01 Kelebihan Amalan Gotong-Royong Dalam Masyarakat

Karangan

Kelebihan Amalan Gotong-Royong


Kepada Masyarakat

Ipendidikan » Karangan » Kelebihan Amalan Gotong-Royong Kepada


Masyarakat
Disemak dan dikemaskini pada pukul 7:58 pm, 21 Julai 2020

Tahukah anda bahawa penulisan karangan Bahasa Melayu memerlukan


pelajar memiliki pengetahuan am yang baik? Sekiranya tidak, pelajar
perlu memperbanyakkan bacaan serta menonton berita untuk
mendapatkan informasi terkini yang mendatangkan manfaat kepada
pelajar. Sebagai rujukan kepada semua, di bawah dikongsikan contoh
karangan kelebihan amalan gotong-royong dalam masyarakat

Tema atau tajuk soalan berkaitan kemasyarakatan sering menjadi


soalan pilihan guru-guru. Objektif disebalik persoalan berkaitan
masyarakat adalah pelajar mudah memberikan isi-isi penting serta
mengambil pengajaran atau iktibar daripada hasil penulisan yang
dikarang. Selain itu, pelajar juga dapat menghuraikan perbezaan antara
masyarakat kita dengan masyarakat asing dari negara lain.

https://www.ipendidikan.my/kelebihan-amalan-gotong-royong.html 1/5
05/02/2022, 23:01 Kelebihan Amalan Gotong-Royong Dalam Masyarakat

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kepentingan Dan Kebaikan Amalan Gotong-Royong Dalam


Masyarakat
2. Contoh Karangan Kelebihan Amalan Gotong-Royong Dalam
Masyarakat

Kepentingan Dan Kebaikan Amalan


Gotong-Royong Dalam Masyarakat
Isi-isi penting
Memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain
Memudahkan tugasan atau kerja
Menjamin kebersihan persekitaran
Mewujudkan persekitaran yang cantik dan teratur
Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab
Menjimatkan perbelanjaan dan kos penyelenggaraan

Baca juga: Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang Idaman Para Majikan

Contoh Karangan Kelebihan Amalan Gotong-


Royong Dalam Masyarakat
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/kelebihan-amalan-gotong-royong.html 2/5
05/02/2022, 23:01 Kelebihan Amalan Gotong-Royong Dalam Masyarakat

Gotong-royong merupakan tradisi turun-temurun yang diamalkan oleh


masyarakat terdahulu. Amalan ini lazimnya dibuat untuk menjalankan
majlis seperti kenduri perkahwinan atau majlis keramaian yang
melibatkan komuniti setempat. Namun, dalam meniti arus kemodenan
hari ini, amalan gotong royong semakin dilupakan oleh masyarakat
konvensional di mana pelbagai manfaat yang mampu diperoleh menjadi
kerugian. Tidak dinafikan, perkembangan corak kehidupan masyarakat
masa kini lebih ke arah menjana pendapatan tetapi ia tidak menghalang
kita untuk tetap mengamalkan gotong-royong di peringkat kecil seperti di
taman perumahan dan blok pangsapuri yang kita huni. Peribahasa
Melayu berkata, tak basah dek hujan, tak lekang dek panas yang
bermaksud warisan tradisi kita seharusnya sentiasa relevan dan diingati
oleh masyarakat kita. Oleh hal yang demikian, penting untuk kita
mengenali kelebihan amalan bergotong-royong dalam masyarakat.

Isi 1
Antara manfaat prima yang akan diperoleh apabila kita bergotong-
royong adalah ia dapat memupuk semangat perpaduan antara satu
sama lain. Umum sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang unik
di mana pelbagai kaum, bangsa dan agama duduk di bawah satu
negara sejak mencapai kemerdekaan. Kemajmukan masyarakat ini
perlu diperkukuh dari semasa ke semasa kerana terdapat segelintir
daripadanya yang cuba menjadikan perbezaan perkauman dan
sebagainya sebagai satu isu tetapi disebaliknya hanya ingin
mendapatkan kepentingan diri. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti
gotong-royong, kita dapat mengenali jiran tetangga kita dengan lebih
baik. Hubungan silaturahim akan terjalin di samping bersama-sama
menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Persis lagu nukilan artis
tempatan, ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat.
Intihannya, bergotong-royong dapat mengukuhkan nilai perpaduan
antara masyarakat supaya kesejahteraan dan keamanan yang kita
kecapi hari ini berkekalan sampai bila-bila.

Isi 2
Di samping itu, amalan bergotong-royong memberikan kelebihan
kepada setiap ahli masyarakat kerana ia akan memudahkan tugasan
atau objektif yang ingin dicapai. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong
dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk membersihkan
kawasan persekitaran dewan serbaguna komuniti setempat. Jika setiap
diantara ahli komuniti terbabit melibatkan diri bersama-sama melakukan
aktiviti pembersihan seperti mengutip sampah dan menyapu dedaun
kering, ia pasti dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Maka,
secara tidak langsung kita dapat meluangkan masa yang lebih untuk
https://www.ipendidikan.my/kelebihan-amalan-gotong-royong.html 3/5
05/02/2022, 23:01 Kelebihan Amalan Gotong-Royong Dalam Masyarakat

melakukan aktiviti bermanfaat yang lain. Jika dipandang daripada sudut


yang lain, kita juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan yang
digunakan untuk menyelenggara kebersihan kemudahan awam. Ibarat
sambil menyelam minum air. Peruntukan yang dijimatkan dapat
disalurkan ke arah yang lebih baik seperti pembinaan lorong berbasikal
di kawasan tertentu dan juga kemudahan gimnasium di pasang di taman
rekreasi untuk penggunaan awam. Kesannya, pelbagai kerja dan
manfaat lain yang akan kita peroleh sekiranya sentiasa mengamalkan
aktiviti bergotong-royong.

Isi 3
Pada masa yang sama, kebersihan kawasan persekitaran dapat dijamin
jika kita kerap menjalankan aktiviti gotong-royong. Endemik denggi
semakin hari semakin merunsing fikiran dan ketenteraman masyarakat
kita. Nyamuk aedes yang membawa penyakit denggi lazimnya membiak
di kawasan takungan air yang lama dan tidak terusik. Dengan adanya
aktiviti bergotong-royong, kita dapat bersama-sama pihak berkuasa
dalam membanteras pembiakan nyamuk-nyamuk yang menyebabkan
berlakunya penularan wabak denggi. Setiap di antara kita perlu sedar
bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab
bersama. Janganlah kita bersikap seperti sudah terhantuk baru
terngadah di mana apabila sesuatu perkara itu menimpa kita barulah
timbul kesedaran untuk melakukan sesuatu tindakan. Justeru, setiap
komuniti atau organisasi seperti Rukun Tetangga seharusnya
menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan masing-masing
sebagai langkah mengawal dan membanteras segala bentuk ancaman
kesihatan kepada masyarakat. Sesungguhnya, mencegah sesuatu
perkara adalah lebih baik daripada merawat perkara tersebut.

Isi 4
Melalui kegiatan yang mulia ini, kita juga dapat mewujudkan kawasan
persekitaran yang indah, kemas dan teratur. Rumahku syurgaku
merupakan satu perumpamaan yang menunjukkan bahawa rumah
adalah tempat dimana segala perkara yang bermakna berlaku dan
memberi memori yang indah buat kita yang mendiaminya. Sejajar
dengan itu, kita seharusnya berusaha sebaik mungkin untuk memelihara
kebersihan dan keindahan kawasan persekitarannya dengan mengajak
jiran tetangga untuk bergotong-royong. Rumah merupakan keperluan
asas setiap manusia dan sudah pasti bagi menjamin keindahan dalam
hidup yang kita jalani setiap hari hendaklah bermula daripada rumah
kita. Kaajian menyatakan bahawa kejiranan yang berada dalam
keadaan bersih, kemas dan teratur melahirkan komuniti yang bahagia
dan sejahtera. Tambahan pula, kita sebagai penghuni kediaman akan
https://www.ipendidikan.my/kelebihan-amalan-gotong-royong.html 4/5
05/02/2022, 23:01 Kelebihan Amalan Gotong-Royong Dalam Masyarakat

berasa lebih selamat untuk kekal menetap di kawasan tersebut kerana


jiran tetangga kita mempunyai kesedaran atas tanggungjawab yang
sama iaitu menjamin kesejahteraan semua. Natijahnya, bergotong-
royong dapat memperindahkan lagi kawasan persekitaran kita kerana
pemandangan yang indah melahirkan sifat bahagia dan tenteram.

Penutup
Secara tuntas, amalan bergotong-royong sudah semsetinya akan
memberikan pelbagai kelebihan kepada masyarakat yang menyertainya
dengan aktif. Amalan tradisi nenek dan moyang kita pastinya memeberi
seribu satu manfaat kepada kita secara umumnya. Kalau tidak,
mengapa mereka mengamalkan pada ketika dahulu. Kini ia terletak
kepada kesedaran setiap individu sama ada untuk melibatkan diri dalam
aktiviti komuniti atau bersikap endah tak endah. Kita telah simpulkan
bahawa dengan aktiviti bergotong-royong yang melibatkan setiap ahli
komuniti dapat menjadi agen penyatu antara satu sama lain di samping
faedah-faedah lain. Saranan dan galakan daripada pihak seperti
Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat seharusnya lebih giat
dan menggunakan semua media yang menjadi sasluran informasi
masyarakat masa kini. Semoga Masayarakat yang madani dan
inteligensia dapat dilahirkan hasil daripada penglibatan dalam aktiviti
gotong royong dalam membantu meringankan ujian atau musibah yang
melanda negara kita. Bak kata pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni.

https://www.ipendidikan.my/kelebihan-amalan-gotong-royong.html 5/5
05/02/2022, 22:56 Kelebihan Dan Kebaikan Amalan Makan Bersama Keluarga

Karangan

Kelebihan Dan Kebaikan Amalan


Makan Bersama-Sama Keluarga

Ipendidikan » Karangan » Kelebihan Dan Kebaikan Amalan Makan


Bersama-Sama Keluarga
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:28 pm, 16 April 2020

Berita baik kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Bahasa


Melayu. Adakah anda mencari contoh karangan Bahasa Melayu secara
atas talian? Sekiranya ya, berikut dikongsikan contoh karangan
kelebihan dan kebaikan amalan makan bersama keluarga yang boleh
dijadikan rujukan kepada para pelajar.

Topik kekeluargaan merupakan tema yang lazim digunakan sebagai


tajuk soalan karangan Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana ia dapat
membantu pelajar memberikan isi-isi penting yang mudah dan tepat
dengan kehendak soalan. Pelajar hanya perlu mengarang penulisan
yang terbaik dari segi susunan isi-isi penting, penggunaan tatabahasa
dan penambahan frasa-frasa menarik yang berkaitan bagi mendapatkan
markah yang cemerlang.

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-makan-bersama-keluarga.html 1/7
05/02/2022, 22:56 Kelebihan Dan Kebaikan Amalan Makan Bersama Keluarga

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kebaikan Amalan Makan Bersama Seisi Keluarga


2. Contoh Karangan Kelebihan Dan Kebaikan Amalan Makan Bersama
Keluarga

Kebaikan Amalan Makan Bersama Seisi


Keluarga
Isi-isi penting
meningkatkan disiplin dan adab ketika makan
mengeratkan hubungan kekeluargaan
meningkatkan tahap komunikasi dalam sesebuah keluarga
mendedahkan tentang kepentingan pemakanan seimbang
memuji anak-anak

Baca juga: Contoh-Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu Terbaik

Contoh Karangan Kelebihan Dan Kebaikan


Amalan Makan Bersama Keluarga
Pendahuluan
Budaya makan bersama-sama dengan keluarga kini semakin kurang
diamalkan. Dalam kehidupan manusia yang berkeluarga, waktu makan
merupakan masa yang paling istimewa dapat dilakukan sekiranya ada

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-makan-bersama-keluarga.html 2/7
05/02/2022, 22:56 Kelebihan Dan Kebaikan Amalan Makan Bersama Keluarga

perancangan yang teliti. Hal ini telah diperjelaskan oleh William J.


Siegel, iaitu manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi sebenarnya
mereka gagal untuk merancang. Meluangkan masa makan bersama-
sama dengan keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari memberikan
kesan besar kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak. Oleh
itu, ibu bapa perlulah membentuk budaya makan di rumah. Galakan
agar setiap ahli keluarga duduk bersama-sama di meja makan perlulah
diberi keutamaan. Malangnya, budaya makan bersama-sama keluarga
yang menjadi teras ikatan kekeluargaan semakin dipinggirkan. Anak-
anak pada zaman sekarang makan tanpa mengikut waktu makan yang
sepatutnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amat sukar untuk
mencari masa makan bersama, terutamanya pada waktu siang namun
kita boleh berkumpul sekeluarga pada waktu makan malam. Punca
utama yang dikenalpasti fenomena ini berlaku kerana bersikap
mementingkan diri sendiri bagai “enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing” dalam menggalakkan anak-anak makan
bersama-sama. Lazimnya, kebaikan makan bersama dengan keluarga
sememangnya tiada penghujungnya untuk dibincangkan.

Isi 1
Pertama sekali, manfaat utama apabila sesebuah keluarga dapat makan
bersama-sama ialah budaya ini dapat meningkatkan disiplin dan adab
ketika makan dalam ahli keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana
adab ketika di meja makan kini semakin hilang dalam kalangan generasi
muda. Anak-anak pula lebih gemar menikmati makanan sambil
menonton televisyen atau mendengar muzik. Anak-anak pula akan
tergesa-gesa untuk menghabiskan makanan bagi mengejar rancangan
hiburan masing-masing yang tiada penghujungnya. Oleh itu, ibu bapa
sewajarnya menetapkan disiplin atau adab di meja makan. Ketika
makan bersama, ibu bapa dapat menunjukkan tabiat pemakanan yang
baik supaya boleh menjadi teladan atau ikutan anak-anak. Ibu bapa
boleh mengajar anak-anak untuk menyediakan hidangan, membasuh
pinggan mangkuk dan mengemas meja apabila selesai makan.
Kesannya, didikan ini akan menyebabkan ibu bapa akan pulang ke
rumah untuk makan bersama dengan anak-anak. Selain itu, kelazatan
dan kebersihan makanan serta minuman tersebut akan terjamin.
Tambahan pula, kesihatan dengan makan bersama-sama keluarga
dapat ditingkatkan. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa
“mencegah lebih baik daripada mengubatinya” dalam soal
pengambilan makanan ini. Hakikatnya, makan bersama dengan
keluarga mampu membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan
mereka anggota masyarakat yang berhemah dalam soal pemakanan.

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-makan-bersama-keluarga.html 3/7
05/02/2022, 22:56 Kelebihan Dan Kebaikan Amalan Makan Bersama Keluarga

Isi 2
Selain peningkatan disiplin dan adab ketika makan, budaya makan
bersama-sama juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan yang
semakin renggang pada masa kini dek kesibukan dunia. Hal ini begitu
kerana waktu makan ialah masa yang berkualiti, tenang dan
menyeronokkan. Dengan demikian, ibu bapa boleh berinteraksi sambil
berbual dengan anak-anak ketika makan. Ada kalanya anak-anak
mempunyai pandangan negatif terhadap ibu bapa. Oleh yang demikian,
ibu bapa boleh menjadikan masa makan sebagai masa yang terbaik
untuk memuji anak-anak. Mereka boleh berterima kasih kepada
perlakuan baik atau kerajinan mereka dalam membantu keluarga dan
belajar. Selain itu, ibu bapa dan anak-anak boleh berbincang tentang
sesuatu perkara yang menggembirakan atau menyedihkan yang telah
berlaku dalam tempoh masa yang terdekat. Ibu bapa juga boleh
bertanya tentang masalah yang dihadapi sama ada masalah peribadi
ataupun masalah pembelajaran mereka. Perbincangan ketika masa
makan juga dapat melatih anak-anak berfikir dan bertutur kerana
perbualan panjang antara ibu bapa dengan anak-anak pasti
berlaku.Tamsilnya, anak-anak dapat belajar perkataan baharu yang
diperoleh ketika perbualan di meja makan. Selain itu, keakraban
hubungan antara anggota keluarga akan terjalin. Keakraban hubungan
ini memberikan kesan besar kepada kehidupan anak-anak dan akan
mempengaruhi tabiat makan mereka. Tegasnya, makan bersama-sama
dengan keluarga perlu menjadi amalan dalam masyarakat kita. Amalan
ini mampu membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan mereka
anggota masyarakat yang berhemah. Untuk menjadi lebih
menyeronokkan, ahli-ahli keluarga boleh memasak bersama-sama
untuk menyediakan makanan. Anak-anak boleh membantu mengupas
bawang dan memotong sayur. Dengan itu, ibu bapa dapat mengesan
pergerakan harian anak-anak jika mereka sentiasa bersama.
Kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala sosial dapat
dikurangkan. Seterusnya, rumah akan dijadikan tempat yang
menyeronokkan untuk tinggal dengan lebih lama. Tradisi makan
bersama-sama ini dapat mengekalkan institusi keluarga daripada
runtuh. Benarlah orang cerdik pandai berkata bahawa “Rumahku
Syurgaku” dapat disemai dalam diri anak-anak. Sesungguhnya, makan
bersama-sama ini dapat melahirkan suasana yang aman damai dan
harmoni.

Isi 3
Budaya makan bersama-sama jika diamalkan secara rutin dalam aktiviti
harian keluarga akan dapat meningkatkan tahap komunikasi dalam
sesebuah keluarga. Hal ini kerana, waktu makan ialah masa yang
https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-makan-bersama-keluarga.html 4/7
05/02/2022, 22:56 Kelebihan Dan Kebaikan Amalan Makan Bersama Keluarga

berkualiti, tenang dan menyeronokkan. Ketika makan, ibu bapa boleh


berinteraksi dengan anak-anak. Ibu bapa mesti meluangkan masa
makan bersama dengan anak sekurang-kurangnya lima kali seminggu
dalam meningkatkan komunikasi. Antara topik yang boleh dibincangkan
ialah peristiwa menarik di sekolah, perkara yang menggembirakan atau
menyedihkan anak-anak atau rakan-rakan rapat mereka. Selain itu,
meja makan ialah tempat yang sempurna untuk berbincang mengenai
hal atau sesuatu yang berlaku dalam kehidupan setiap anggota
keluarga. Oleh hal demikian, ibu bapa boleh berkongsi perbualan
dengan ahli keluarga yang lain. Ketika berbual-bual ini maka suasana ini
akan memberi kesempatan berkomunikasi kepada mereka. Hal ini juga
membolehkan anak-anak memerhatikan kelakuan orang lain, khususnya
perbuatan yang positif akan dijadikan contoh dan panduan untuk
mengharungi hidup yang semakin mencabar di luar sana. Sekiranya
komunikasi dua hala dapat dilakukan dengan berhemah maka sudah
tentu tradisi makan bersama-sama ini dapat menjalin ikatan dan
perhubungan mesra antara satu sama lain. Secara tidak langsung, ibu
bapa juga dapat mengesan pergerakan harian anak-anak, terutamanya
yang sudah masuk usia remaja. Pepatah Melayu ada menyebut bahawa
hubungan “bagai aur dengan tebing” dapat diterapkan dalam institusi
keluarga yang seterusnya akan membentuk keharmonian keluarga itu
sendiri. Kajian juga menunjukkan lebih kerap keluarga makan bersama,
lebih rendahlah kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala
sosial seperti merokok, mengambil minuman keras, penyalahgunaan
dadah, dan pergaulan bebas. Pendek kata, makan bersama dengan
keluarga merupakan satu wahana ataupun kaedah komunikasi yang
lebih canggih dalam pembentukan institusi keluarga yang mapan.

Isi 4
Kebaikan seterusnya, amalan makan bersama-sama keluarga ialah
aktiviti ini dapat mendedahkan anak-anak tentang kepentingan
pemakanan seimbang yang menjadi tunjang kesihatan diri. Hal ini
disebabkan anak-anak lebih mengutamakan pemakanan ringan ataupun
makanan segera sebagai menu makanan utama mereka. Anak-anak
juga perlu tahu bahawa pengambilan buah-buahan, sayuran dan
makanan yang ada nutrien patut lebih kerap diambil dalam sajian
makanan harian. Oleh sebab itu, anak-anak akan memilih makanan
yang lebih menyihatkan ketika mereka makan bersama. Seterusnya,
anak-anak akan kurang mengambil makanan goreng, lemak tepu dan
pengambilan minuman manis. Tradisi makan bersama-sama ini akan
dapat menunjukkan cara pengambilan makanan yang sihat dijadikan
keutamaan. Sebagai kesannya, anak-anak dan ahli keluarga akan
melebihkan pengambilan makanan berserat dan menyihatkan. Secara
https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-makan-bersama-keluarga.html 5/7
05/02/2022, 22:56 Kelebihan Dan Kebaikan Amalan Makan Bersama Keluarga

tidak langsung, pemakanan yang sihat dapat menurunkan kadar


masalah obesiti dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa mestilah
menunjukkan cara pemakanan yang sihat kepada anak-anak kerana
mereka merupakan uswatun hasanah yang paling rapat dengan anak-
anak. Jelaslah bahawa, ibu bapa sebagai pemimpin sesebuah keluarga
perlu memastikan anak-anak membuat pilihan yang baik tentang
pemakanan apabila makan bersama-sama.

Isi 5
Ada kalanya anak-anak mempunyai pandangan negatif terhadap ibu
bapa. Oleh yang demikian, ibu bapa boleh menjadikan masa makan
sebagai masa yang terbaik untuk memuji anak-anak. Mereka boleh
berterima kasih kepada perlakuan baik atau kerajinan mereka dalam
membantu keluarga dan belajar. Perbincangan ketika masa makan juga
dapat melatih anak-anak berfikir dan bertutur kerana perbualan panjang
antara ibu bapa dengan anak-anak pasti berlaku. Tamsilnya, anak-anak
dapat belajar perkataan baharu yang diperoleh ketika perbualan di meja
makan. Selain itu, keakraban hubungan antara anggota keluarga akan
terjalin. Keakraban hubungan ini memberikan kesan besar kepada
kehidupan anak-anak dan akan mempengaruhi tabiat makan mereka.
Tegasnya, makan bersama-sama dengan keluarga perlu menjadi
amalan dalam masyarakat kita. Amalan ini mampu membentuk adab
sopan anak-anak demi menjadikan mereka anggota masyarakat yang
berhemah.

Penutup
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kebaikan dengan mengamalkan
tabiat makan bersama-sama keluarga adalah tidak ternilai harganya. Ibu
bapa terutamanya perlu menjadikan tradisi makan bersama-sama
keluarga menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian. Bill
Gates ada berkata bahawa sekiranya kita tidak mahu berubah,
sedangkan orang lain sudah berubah sebenarnya kita belum berubah.
Oleh hal demikian, setiap ahli keluarga mesti mengamalkan tabiat
makan bersama-sama dalam keluarga mereka. Pepatah Melayu juga
ada menyebut bahawa “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya“. Dalam erti lain, budaya makan bersama-sama ini
sewajarnya dijadikan amalan dan budaya yang berkekalan. Selayaknya,
amalan makan bersama-sama ialah resipi kebahagiaan sesebuah
keluarga. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada
pembangunan dan kemakmuran negara. Slogan “Rakyat Sihat Negara
Sejahtera“, haruslah tersemat dalam diri semua insan yang cinta akan
ketenteraman dan kebahagian rumah tangga.

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-makan-bersama-keluarga.html 6/7
05/02/2022, 22:56 Kelebihan Dan Kebaikan Amalan Makan Bersama Keluarga

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-makan-bersama-keluarga.html 7/7
05/02/2022, 22:53 Kelebihan Dan Kebaikan Buah-Buahan Tempatan

Karangan

Faedah Dan Kebaikan Buah-Buahan


Tempatan

Ipendidikan » Karangan » Faedah Dan Kebaikan Buah-Buahan


Tempatan
Disemak dan dikemaskini pada pukul 6:30 pm, 6 Ogos 2020

Sebagai pelajar, tahukah anda bahawa penulisan karangan bagi mata


pelajaran Bahasa Melayu mempunyai pelbagai tema dan tajuk soalan?
Sekiranya tidak, anda seharusnya memulakan inisiatif untuk melakukan
latihan tambahan secara kendiri atau membaca contoh-contoh karangan
secara atas talian. Di bawah dikongsikan contoh karangan kelebihan
dan kebaikan buah-buahan tempatan sebagai rujukan buat para pelajar.

Bagi tajuk penulisan karangan berkaitan buah-buahan tempatan, pelajar


pasti dapat memberikan isi-isi penting yang bernas dan huraian yang
menarik. Hal ini disebabkan kerana ia melibatkan situasi yang berlaku
disekeliling pelajar, misalnya pelajar gemar memakan buah-buahan
tempatan seperti buah durian, rambutan dan sebagainya. Maka
berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada, pelajar mampu
menjawab soalan berkaitan dan menghasilkan penulisan karangan yang
cemerlang.

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-buah-buahan-tempatan.html 1/5
05/02/2022, 22:53 Kelebihan Dan Kebaikan Buah-Buahan Tempatan

Isi Kandungan [Tutup]

1. Faedah Makan Buah-Buahan Tempatan


2. Contoh Karangan Kelebihan Dan Kebaikan Buah-Buahan Tempatan

Faedah Makan Buah-Buahan Tempatan


Isi-isi penting
Berkhasiat dan berkualiti tinggi
Harga yang berpatutan
Membantu pertumbuhan ekonomi
Keselamatan makanan terjamin
Mengurangkan kadar perlepasan karbon
Membuka pasaran produk berasaskan buah-buahan tempatan

Baca juga: Koleksi Peribahasa Dan Simpulan Bahasa Serta Maksud

Contoh Karangan Kelebihan Dan Kebaikan


Buah-Buahan Tempatan
Pendahuluan
Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana
dikurniakan dengan pelbagai hasil sumber alam yang boleh dinikmati.
Kesuburan kawasan tanah-tanih dan sumber perairan yang mencukupi
telah memberikan kita pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang
sedap lagi menyelerakan. Menjelang musim buah-buahan tempatan,
https://www.ipendidikan.my/kebaikan-buah-buahan-tempatan.html 2/5
05/02/2022, 22:53 Kelebihan Dan Kebaikan Buah-Buahan Tempatan

seluruh rakyat Malaysia pasti akan berasa gembira dan memenuhi


ruangan pasaraya atau warung yang menjual buah-buahan tersebut.
Selain buah durian dan rambutan, kemunculan buah harum manis
daripada negeri Perlis semakin mendapat sambutan daripada
masyarakat tempatan. Kita dapat lihat bahawa buah-buahan tempatan
sebenarnya digemari oleh penduduk setempat berbanding buah-buahan
import. Persis peribahasa Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan
batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Persoalannya, apakah
kelebihan dan kebaikan buah-buahan tempatan kepada kita sebagai
konsumer utama komiditi tersebut?

Isi 1
Antara kebaikan yang akan diperoleh sekiranya kita membeli buah-
buahan tempatan adalah dapatan khasiat dan kualiti terbaik daripada
buah tersebut. Seperti sedia maklum, buah-buahan tempatan ditanam,
tumbuh dan dituai secara lokal. Makanya, ia mudah untuk didapati dan
dapat dimakan secara segar dari ladang-ladang petani. Jika
dibandingkan dengan buah-buahan dari negara luar, faktor logistik yang
memakan masa yang lama menjejaskan kualiti dan kondisi buah
tersebut. Kita sebagai pengguna akan kerugian kerana kandungan
vitamin dan nutrien dalam buah terbabit sudah berkurangan dan tidak
memberikan manfaat. Sebagai contoh, buah betik yang digelar sebagai
“buah bidadari” merupakan buah-buahan iklim tropika yang
mengandungi vitamin A, C, E dan K. Selain itu, buah ini juga
mengandungi ciri-ciri antioksidan yang baik untuk tubuh badan kita serta
bagus untuk kesihatan kulit dan rambut. Berdasarkan kajian saintifik,
enzim yang terkandung dalam buah betik mampu menghilangkan tanda-
tanda penuaan, mengurangkan jerawat, meransang pertumbuhan dan
kekuatan rambut. Terbuktilah bahawa buah-buahan tempatan juga
mempunyai kualiti dan khasiat yang tinggi, bak kata pepatah diam-diam
ubi berisi.

Isi 2
Di samping itu, buah-buahan tempatan mempunyai kelebihan
berbanding buah-buahan import kerana harganya yang berpatutan.
Buah-buahan import lazimnya dijual pada harga yang agak mahal
disebabkan kos logistik yang perlu ditampung oleh pembekal. Kos ini
termasuk kos tuaian, kos pembungkusan dan kos penghantaran. Tetapi,
buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos logistik yang banyak
kerana bekalan boleh didapati secara dekat dan pasaraya sudah
mempunyai ruangan khas bagi buah-buahan tempatan. Golongan
usahawan tani dan peniaga juga lazimnya akan menjual secara terus
dari ladang kerana masyarakat gemar untuk mendapat buah-buahan
https://www.ipendidikan.my/kebaikan-buah-buahan-tempatan.html 3/5
05/02/2022, 22:53 Kelebihan Dan Kebaikan Buah-Buahan Tempatan

yang segar dan mudah didapati. Secara tidak langsung, harga akan
menjadi lebih murah dan pembeli dapat menikmati buah yang segar dan
berkualiti tanpa perlu berbelanja lebih. Kesannya, masyarakat
konvensional akan memilih buah-buahan tempatan berbanding import
kerana mendapat harga yang murah serta kesegaran dan kualiti yang
terbaik.

Isi 3
Pada masa yang sama, kebaikan buah-buahan tempatan adalah ia
dapat membantu pertumbuhan ekonomi domestik. Hal ini demikian
kerana kadar kebergantungan bekalan makanan negara secara amnya
mempunyai peratusan yang banyak terhadap bekalan import. Andainya
berlaku bencana atau pandemik dunia di mana aktiviti import dan
eksport terpaksa dihentikan, bekalan makanan negara akan
berkurangan. Justeru, bagi mencapai satu tahap keberdikarian bekalan
makanan dalam negara, pemerkasaan bidang pertanian dan pembuatan
makanan perlulah dilaksanakan. Oleh itu, kita hendaklah menyokong
segala usaha meningkatkan bekalan makanan dengan mewujudkan
permintaan yang banyak. Bak kata pepatah, di mana ada gula, di situ
ada semut. Tamsilnya, membeli buah-buahan tempatan dapat
membantu perkembangan usahawan tempatan dan melonjak produk
keluaran tempatan. Mutakhir ini, buah yang dikenali sebagai raja segala
buah semakin mendapat permintaan daripada negara luar. Izharnya,
buah-buahan yang dahulunya menjadi hidangan setempat kini sudah
mempunyai nilai komersial dan berpotensi besar dalam pasaran
antarabangsa.

Isi 4
Akhir sekali, kelebihan yang ada pada buah-buahan tempatan adalah
keselamatannya yang terjamin. Mungkin ada di antara kita yang tidak
tahu-menahu bahawa terdapat penggunaan bahan kimia seperti natrium
yang diaplikasikan kepada buah-buahan import. Hal ini demikian kerana
ia adalah bahan kimia yang dapat membantu mengekalkan kualiti buah-
buahan yang terpaksa disimpan lama sebelum sampai ke ruangan
jualan di pasaraya dan kedai. Sejak kebelakangan ini, terdapat
beberapa orang yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan
bahan kimia secara berlebihan dan tidak menepati piawai yang
ditetapkan bagi mendapatkan keuntungan semata-mata. Akibatnya,
pengguna akan mendapat kesan dari segi kesihatan sama ada dalam
jangka masa pendek atau panjang. Masyarakat kita mungkin tidak lagi
mempunyai kesedaran akan kepentingan keselamatan makanan tetapi
pihak berkuasa seharusnya bersikap proaktif dalam mengekang bahaya
yang mengancam kesihatan rakyat. Intihannya, wajar untuk kita
https://www.ipendidikan.my/kebaikan-buah-buahan-tempatan.html 4/5
05/02/2022, 22:53 Kelebihan Dan Kebaikan Buah-Buahan Tempatan

mengelakkan diri daripada risiko makanan yang tidak selamat dengan


memilih produk atau buah-buahan tempatan kerana ingat antara belum
kena, hemat antara belum habis.

Penutup
Konklusinya, pelbagai kelebihan dan kebaikan buah-buahan tempatan
yang akan diperoleh sekiranya kita kekal membeli dan mencipta
permintaan yang tinggi. Masyarakat kita masih mumpunyai stigma
bahawa produk keluaran negara luar mempunyai kualiti dan khasiat
yang lebih tinggi berbanding produk keluaran tempatan. Sebagai
generasi muda, kita seharusnya mengubah pemikiran tersebut dan
bersikap lebih terbuka dan seterusnya menyahut cabaran dalam
membuktikan kebolehan usahawan tempatan. Semoga pihak berkenaan
sedar akan potensi buah-buahan tempatan serta mencari mekanisma
terbaik dalam mengembangkan jumlah permintaan serta menyediakan
infrastruktur yang lengkap untuk petani dalam membekal permintaan
yang semakin bertambah. Peribahasa Melayu berkata, kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Berbekalkan ilmu dan
usaha untuk memajukan industri tani tempatan kita pasti dapat
merencana sesuatu yang terbaik demi pembangunan negara dan
kesejahteraan hidup masyarakat setempat.

Related search : assalamualaikum dan salam sejahtera harga buah


buahan tempatan buah buahan yang diimport baik untuk
kesihatan harga buah tempatan juga mudah didapati terutama pada
musim buahan tempatan juga mudah luar negara bahan pengawet
mengandungi khasiat tuan pengerusi majlis harga buah tempatan juga
mudah didapati terutama pada musim buah buahan

https://www.ipendidikan.my/kebaikan-buah-buahan-tempatan.html 5/5
05/02/2022, 22:59 Kelebihan Pendidikan Maya (Pembelajaran Dalam Talian)

Karangan

Kelebihan Pendidikan Maya


(Pengajaran & Pembelajaran Dalam
Talian)

Ipendidikan » Karangan » Kelebihan Pendidikan Maya (Pengajaran &


Pembelajaran Dalam Talian)
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:59 pm, 28 Ogos 2021

Dalam subjek Bahasa Melayu, pelbagai tema dan tajuk diutarakan untuk
menjadi soalan dalam penulisan karangan. Para pelajar seharusnya
mempersiapkan diri dengan pengetahuan am serta mengambil tahu isu
semasa yang lazim menjadi tema kepada soalan di dalam ujian atau
peperiksaan. Oleh itu, berikut dikongsikan contoh karangan kelebihan
pendidikan maya (pengajaran & pembelajaran dalam talian PdP) untuk
rujukan pelajar.

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun 2020 telah


banyak mengubah norma manusia pada ketika itu, Antaranya proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang sebelum ini dilakukan di
sekolah terpaksa ditukar ke Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah
(PdPR). Tindakan ini banyak menjejaskan kecapaian pendidikan pelajar
dan guru tetapi pendidikan secara maya ini adalah cara yang terbaik
supaya mereka tidak ketinggalan. Oleh itu, wajar untuk kita bincangkan
kelebihan pendidikan secara dalam talian untuk manfaat semua.

https://www.ipendidikan.my/pendidikan-maya.html 1/5
05/02/2022, 22:59 Kelebihan Pendidikan Maya (Pembelajaran Dalam Talian)

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kelebihan Pembelajaran Secara Maya


2. Contoh Karangan Kelebihan Pendidikan Maya (Pengajaran &
Pembelajaran Dalam Talian)

Kelebihan Pembelajaran Secara Maya


Isi-isi penting
Pembelajaran yang lebih mudah dan interaktif
Pembelajaran yang selesa dan kondusif
Meningkatkan kemahiran teknologi
Memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran
Memanfaatkan penggunaan e-buku atau bahan pengajaran atas
talian
Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar

Contoh Karangan Kelebihan Pendidikan Maya


(Pengajaran & Pembelajaran Dalam Talian)
Pendahuluan
Dasawarsa ini, penggunaan gajet seperti telefon pintar, komputer riba
dan tablet menjadi kewajipan bagi segenap manusia. Evolusi teknologi
yang pesat membangun telah banyak merubah cara hidup manusia

https://www.ipendidikan.my/pendidikan-maya.html 2/5
05/02/2022, 22:59 Kelebihan Pendidikan Maya (Pembelajaran Dalam Talian)

pada hari ini. Misalnya, penggunaan surat telah digantikan dengan emel
yang hanya menggunakan alam maya untuk berhubung dan
perkhidmatannya adalah percuma. Kemajuan yang dikecapi manusia
pada hari ini menjadi satu bukti bahawa kita hendaklah terus berevolusi
untuk memanfaatkan teknologi. Hal ini kerana tamadun yang maju
adalah tamadun yang sentiasa menambah baik kehidupan mereka
khususnya anggota masyarakat agar kita dapat duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Antara sektor yang
perlu meraikan penggunaan teknologi masa kini dan meninggalkan cara
konvensional adalah sektor pendidikan. Maka, wajar untuk kita
bincangkan apakah kelebihan pendidikan secara maya atau pengajaran
& pembelajaran dilaksanakan secara dalam talian?

Isi 1
Pendidikan secara dalam talian dapat membantu guru untuk
menyampaikan ilmu dengan cara yang lebih mudah serta interaktif buat
para pelajar. Berbeza dengan pembelajaran secara bersemuka,
pendidikan maya memerlukan guru dan pelajar berinteraksi melalui
tablet, komputer atau telefon. Guru-guru perlu menyediakan bahan
pembelajaran secara video dan mengajar melalui webinar atau
panggilan video kepada anak muridnya. Kita akui, cara ini kurang
memberikan kepada pelajar khususnya kanak-kanak yang memerlukan
pembelajaran secara bersemuka. Tetapi, guru boleh menggunakan
video interaktif yang terdapat secara percuma di Internet. Pelajar juga
boleh mencari sumber pembelajaran yang lebih banyak berbanding
hanya bergantung kepada buku teks. Malah, terdapat banyak aplikasi
seperti quiz yang dapat memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian untuk guru dan pelajar. Bak kata
pepatah Melayu, laut yang ditimba tidak akan kering. Selagi kita ada
kemahuan untuk mencari dan menyampaikan ilmu, pasti ada jalan yang
terbaik untuk kita mengecapi niat murni itu.

Isi 2
Dari sudut pandang yang lain, pendidikan secara maya dapat memberi
keselesaan atau suasana yang kondusif kepada pelajar dan guru. Jika
di sekolah, pelajar perlu memakai pakaian seragam yang bagus untuk
mendisiplinkan mereka tetapi apabila di rumah, pelajar tidak perlu untuk
berpakaian seragam dan hanya memakai pakaian mengikut keselesaan
mereka. Selain itu, pendidikan secara maya di rumah membolehkan
pelajar untuk fokus dengan lebih baik kerana kurang gangguan daripada
pelajar atau raka sekelas. Tapi realitinya, masih ramai pelajar di luar
bandar yang ssukar untuk mengikuti pendidikan secara maya. Oleh itu,
pihak berkuasa hendaklah melakukan tindakan untuk meningkatkan
https://www.ipendidikan.my/pendidikan-maya.html 3/5
05/02/2022, 22:59 Kelebihan Pendidikan Maya (Pembelajaran Dalam Talian)

infrastruktur Internet di seluruh negara agar pendidikan secara maya ini


dapat dinikmati oleh segenap penduduk di Malaysia.

Isi 3
Kelebihan lain pendidikan secara maya adalah ia dapat meningkatkan
kemahiran teknologi dalam kalangan guru dan juga pelajar. Umum
mengetahui, pendidikan secara maya memerlukan kemahiran teknologi
pelajar untuk akses masuk ke dalam aplikasi pembelajaran dalam talian.
Pelajar perlu mendapatkan talian Internet yang stabil untuk melalui
proses pendidikan maya secara lancar. Di waktu negara kita
menghadapi pandemik COVID-19, kita dapat menyaksikan guru-guru
menggunakan pelbagai kaedah khususnya penggunaan teknologi untuk
menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Situasi ini telah
membuatkan warga pendidik untuk berfikir di luar kotak dan
menghasilkan bahan pengajaran yang terbaik menggunakan teknologi
yang ada. Intihannya, pendidikan secara maya dapat meningkatkan
kemahiran teknologi dalam kalangan guru serta pelajar secara langsung
atau tidak langsung.

Isi 4
Akhir sekali, kelebihan pendidikan secara dalam talian ialah
memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran. Contohnya,
pelajar boleh melihat semula rakaman pengajaran guru sekiranya
mereka tidak memahami atau ingin mengulangkaji pelajaran. Situasi ini
adalah satu kelebihan jika dibandingkan dengan pendidikan secara
bersemuka kerana pelajar mungkin berasa malu dan takut untuk
bertanyakan kepada guru. Tambahan pula, pelajar dapat mengakses
pelbagai bahan pembelajaran yang terdapat di Internet untuk
mengulang kaji dan tidak bergantung kepada buku teks sahaja.
Pembelajaran yang interaktif ini sedikit sebanyak dapat membuka minda
dan ruang kreatif pelajar dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dan
menambah kemahiran diri mereka. Natijahnya, pendidikan secara maya
banyak membantu pelajar untuk tidak menjadi seperti katak di bawah
tempurung kerana penggunaan tekcnologi akan menjadi satu perkara
penting di masa kini dan akan datang.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai kelebihan yang diperoleh sekiranya guru atau
pelajar melaksanakan pendidikan secara maya. Seperti yang saya
bincangkan, masih terdapat jurang di kawasan luar bandar yang tidak
mampu untuk menikmati pendidikan dalam talian dengan baik. Justeru,
kerajaan hendaklah berganding bahu dengan pembekal perkhidmatan

https://www.ipendidikan.my/pendidikan-maya.html 4/5
05/02/2022, 22:59 Kelebihan Pendidikan Maya (Pembelajaran Dalam Talian)

talian Internet untuk memastikan liputan Internet di Malaysia


ditingkatkan dan berada di tahap yang terbaik. Pandemik Covid-19
menjadi satu bukti bahawa kita perlu bersedia untuk melakukan anjakan
paradigma dalam mendepani apa jua situasi agar pendidikan anak-anak
kita terjamin. Seterusnya memastikan generasi akan datang yang
mewarisi barisan kepimpinan negara dapat menjadi lebih baik dan
membawa negara yang maju ke persada dunia.

Related : dikatakan demikian kerana, sistem pendidikan di negara,


termasuklah pemprosesan kata hamparan, bertaraf dunia, pendidikan
maya di negara, sistem pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat
menguasai, dilakukan di rumah, data senarai kandungan kalendar,
pemprosesan kata hamparan data, salah satu, institusi pendidikan,
hamparan data senarai kandungan, menangani kepelbagaian masalah
pelajar

https://www.ipendidikan.my/pendidikan-maya.html 5/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-Murid

Karangan

Kepentingan Disiplin Kepada Pelajar

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Disiplin Kepada Pelajar


Disemak dan dikemaskini pada pukul 12:25 pm, 20 September 2020

Lazimnya, tajuk soalan karangan Bahasa Melayu terdiri daripada


pelbagai jenis yang boleh dipilih oleh para pelajar. Namun begitu,
adakah anda sebagai pelajar tahu tentang tema-tema yang berpotensi
menjadi tajuk soalan penulisan karangan Bahasa Melayu? Sekiranya
tidak, anda digalakkan untuk memperbanyakkan latihan dan mencari
contoh-contoh karangan Bahasa Melayu secara atas talian. Sebagai
rujukan kepada anda, berikut adalah contoh karangan kepentingan
disiplin diri kepada murid-murid.

Untuk makluman anda, penulisan karangan yang cemerlang lazimnya


menggunakan ungkapan dan kata-kata yang menarik seperti peribahasa
dan penanda wacana. Tetapi pelajar perlu berhati-hati dan memahami
frasa yang ingin digunakan dengan baik supaya ia menepati huraian
yang ingain disampaikan. Selain itu, meminimumkan kesalahan lazim
seperti kesalahan ejaan dan imbuhan dapat memberikan pemarkahan
yang baik dan cemerlang sekiranya pelajar berjaya.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-disiplin-diri-kepada-murid.html 1/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-Murid

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid/ Pelajar


2. Contoh Karangan Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-Murid

Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid/


Pelajar
Isi-isi penting

Membentuk tingkah laku yang baik


Mengelakkan daripada perkara negatif
Menentukan kejayaan murid
Mengamalkan nilai-nilai murni
Melahirkan ketrampilan diri yang tinggi
Memberi kestabilan secara mentaliti kepada diri

Baca juga: Jenis-Jenis Pengenalan Dalam Penulisan Karangan

Contoh Karangan Kepentingan Disiplin Diri


Kepada Murid-Murid
Pendahuluan
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pemesatan pembangunan negara yang semakin

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-disiplin-diri-kepada-murid.html 2/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-Murid

gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh
pelbagai permasalahan sosial yang membelenggu masyarakat hari ini.
Jika ditelusuri, golongan yang terjebak dengan perkara ini mempunyai
masalah untuk bersikap disiplin sama ada di sekolah mahupun di
rumah. Menurut kamus dewan, disiplin adalah latihan pemikiran dan
kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.
Murid-murid mungkin tidak sedar bahawa dengan berdisiplin, pelbagai
manfaat dan kepentingan yang akan mereka peroleh secara langsung
dan tidak langsung. Persoalannya, apakah kepentingan sekiranya
seseorang murid itu mengamalkan disiplin diri yang tinggi dalam
kehidupan mereka?

Isi 1
Antara kepentingan disiplin diri dalam kalangan murid-murid adalah ia
dapat membentuk tingkah laku yang baik. Peraturan-peraturan yang
direncana bagi memudahkan pengurusan murid-murid di sekolah adalah
garis panduan yang menentukan tahap disiplin mereka. Pihak sekolah
pasti memberikan salinan buku peraturan kepada setiap murid tetapi
lazimnya tidak diambil endah oleh mereka. Buku peraturan merupakan
bimbingan dan panduan yang wajar dipatuhi oleh murid-murid seperti Al-
Quran yang menjadi panduan hidup bagi umat Islam. Justeru, sekiranya
murid-murid mematuhi setiap peraturan di sekolah masalah disiplin akan
berkurangan dan sahsiah diri akan menjadi lebih baik. Orang yang
bersabar pasti akan dikurniakan dengan anugerah yang baik sama
seperti disiplin diri yang mencabar kemampuan mental kita untuk kekal
melakukan sesuatu tugas secara istiqamah sebelum berjaya
mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Isi 2
Selain itu, disiplin diri adalah penting bagi murid-murid untuk
mengelakkan daripada terjebak dengan perkara negatif. Pengaruh
media massa dan media sosial hari ini telah membuatkan segelintir
golongan muda terpengaruh dengan kehidupan maya yang tidak boleh
dibezakan sama ada kaca atau gelas. Kebanyakan golongan muda hari
ini gemar bermain permainan video dan menonton penstriman video
sebagai hiburan. Namun, terdapat di antara murid-murid yang leka dan
lalai berhibur sehingga tidak tidur di waktu malam dan mengganggu
perhatian mereka semasa berada di dalam kelas. Perkara ini perlu
dibendung dengan cara memberikan jadual waktu atau jangka masa
kepada mereka untuk berhibur. Misalnya, ibu dan bapa boleh
memastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran dahulu selama dua
hingga tiga jam dan memberikan masa dalam 30 minit hingga satu jam
untuk mereka berehat atau berlibur. Penetapan masa ini adalah disiplin
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-disiplin-diri-kepada-murid.html 3/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-Murid

diri yang asas dan mampu menjadi nilai yang berguna kepada murid-
murid apabila menjelang dewasa kelak.

Isi 3
Di samping itu, disiplin diri amat mustahak dalam kalangan murid-murid
bagi menentukan tahap kejayaan mereka sama ada dari segi akademik,
kokurikulum atau kedua-duanya. Kita sering kali dikaitkan apabila
pelajar yang cemerlang dalam akademik pasti mempunyai disiplin diri
yang tinggi. Tidak dinafikan bahawa usaha yang digarap oleh pelajar
cemerlang didorong dengan disiplin dan komitmen yang tinggi. Pada
hemat saya, pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum seperti
sukan juga adalah hasil daripada disiplin yang tinggi. Hal ini demikian
kerana, aktiviti sukan memerlukan tahap disiplin yang tinggi ketika
berlatih dan apabila menyertai pertandingan. Malahan bukan sahaja
kekuatan fizikal digunakan tetapi kecerdikan mental juga diguna pakai
dalam membuat keputusan yang betul seterusnya dapat memberikan
kemenangan dalam sukan yang disertai. Intihanya, disiplin adalah kunci
kejayaan seseorang terutamanya dalam kalangan murid-murid hari ini
yang perlu bersaing demi mendapatkan masa hadapan yang lebih baik.

Isi 4
Pada masa yang sama, disiplin diri merupakan elemen penting dalam
diri murid-murid supaya nilai-nilai murni yang lain dapat dipupuk. Disiplin
boleh diimaginasikan sebagai akar yang menyokong pokok untuk tegak
berdiri walau dibadai angin dan ribut ketika waktu hujan melanda.
Apabila seseorang murid itu kekal berdisiplin, secara tidak langsung
mereka akan mengamalkan nilai-nilai murni yang lain. Contohnya
tindakan seperti menepati masa, bersopan santun dan melaksanakan
tugas dengan baik adalah disiplin diri yang cemerlang dan seharusnya
dipraktikkan oleh murid-murid. Tambahan pula, nilai seperti rajin dan
tidak berputus asa akan menjadi sesuatu perkara yang biasa dalam
kalangan murid-murid dan ia adalah nilai yang penting bagi mereka
menempuhi alam kedewasaan nanti. Oleh itu, disiplin diri adalah
mustahak terutamanya kepada murid-murid di sekolah supaya kelak
menjelang dewasa, mereka bersedia memikul tanggungjawab dan
amanah yang lebih berat. Persis kata peribahasa Melayu, melentur
buluh biarlah dari rebungnya.

Penutup
Kesimpulannya, banyak kepentingan yang akan diperoleh sekiranya
murid-murid mengamalkan disiplin diri yang tinggi. Pujangga arab ada
mengatakan, “masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya,

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-disiplin-diri-kepada-murid.html 4/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-Murid

dia akan memotong kamu”. Senario ini jelas menyatakan bahawa setia
perkara yang baik perlu dilaksanakan dengan segera kerana apabila
dewasa nanti sudah menjadi kesukaran untuk kita mendidik atau
membentuk pemikiran seseorang. Kanak-kanak alaf baharu
memerlukan bimbingan dan panduan yang sedikit berbeza dengan
didikan yang diperoleh daripada ibu dan bapa. Semoga setiap pihak
sedar dan mempelajari mekanisme terbaik dalam membentuk disiplin
murid-murid bukan sahaja di sekolah tetapi di luar sekolah juga agar
generasi yang berwawasan dapat dilahirkan dan bakal memacu negara
ke arah kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-disiplin-diri-kepada-murid.html 5/5
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Industri Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara

Karangan

Kepentingan Sektor Industri


Pelancongan Kepada Rakyat Dan
Negara

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Sektor Industri Pelancongan


Kepada Rakyat Dan Negara
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:20 pm, 30 Mac 2020

Kepentingan sektor industri pelancongan merupakan antara soalan


karangan yang kerap digunakan oleh sekolah dalam memberi latihan
kepada pelajar. Pelbagai contoh dan idea dapat diolah dan dihuraikan
oleh pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Berikut
adalah contoh isi dan karangan berkaitan dengan kepentingan sektor
industri pelancongan kepada rakyat dan negara.

Para pelajar mempunyai kebebasan untuk menulis mengikut daya


penulisan mereka sendiri. Penggunaan peribahasa, simpulan bahasa
dan penanda wacana mampu menambah daya tarikan terhadap
penulisan karangan para pelajar. Contoh karangan di bawah terdiri
daripada pendahuluan, empat isi penting dan penutup.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-industri-pelancongan.html 1/4
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Industri Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara

1. Kepentingan sektor pelancongan kepada ekonomi negara dan rakyat


2. Contoh Karangan Kepentingan sektor industri pelancongan kepada
rakyat dan negara

Kepentingan sektor pelancongan


kepada ekonomi negara dan rakyat

Isi-Isi Penting
ekonomi – sosio-ekonomi masyarakat, pelancongan kesihatan
infrastruktur – lapangan terbang antarabangsa, jaringan jalan raya
budaya dan alam semulajadi dihargai – taman negara dan taman
laut
menarik pelabur asing – taman tema antarabangsa
wujud kesan berganda dalam pelbagai industri
menjadi wakil perpaduan antarabangsa

Contoh Karangan Kepentingan sektor industri


pelancongan kepada rakyat dan negara
Pendahuluan
Industri pelancongan merupakan antara sektor utama dalam ekonomi
negara Malaysia. Pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) serta penganjuran Sukan Komanwel pada tahun 1998
telah membuka mata dunia terhadap negara Malaysia. Sejak dari tahun
itu, kerajaan Malaysia bersama-sama sektor swasta telah

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-industri-pelancongan.html 2/4
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Industri Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara

menyemarakkan industri pelancongan negara dengan jayanya.


Kedudukan Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa dan beriklim
panas dan lembap telah membentuk pelbagai kekayaan alam
semulajadi yang menjadi penarik utama para pelancong. Daripada
puncak Gunung Kinabalu kepada keindahan terumbu karang di Pulau
Tioman, Malaysia menerima kunjungan yang amat ramai saban tahun,
maka adalah penting untuk mengekalkan konsistensi dalam
pembangunan dan pelaksanaan industri pelancongan negara.

Isi 1
Antara kepentingan ulung industri pelancongan adalah ekonomi.
Ekonomi negara bergantung kepada industri pelancongan. Sebagai
contoh, sosio-ekonomi di luar bandar dapat berkembang apabila
mendapat peluang pekerjaan seperti pemandu pelancong atau
membuka rumah inap dan restoran untuk menampung kehadiran
pelancong. Dalam kawasan bandar pula, pelancongan kesihatan dapat
dijana oleh hospital-hospital swasta sekaligus menambah bilangan
pengunjung dan hotel di kawasan sekitar. Hal ini kerana perkhidmatan
kesihatan di negara adalah berpatutan berbanding di negara asal
pelancong dan mereka melakukan aktiviti pelancongan kesihatan untuk
menjimatkan kos perkhidmatan yang mereka inginkan.

Isi 2
Selain itu, industri pelancongan secara tidak langsung telah
menggalakkan penambah-baikan infrastruktur di dalam negara kita di
mana rakyat juga mendapat tempias manfaatnya. Hari ini, hampir setiap
negeri sudah mempunyai lapangan terbang dan beberapa diantaranya
menawarkan penerbangan antarabangsa seperti di Lapangan
Antarabangsa Langkawi. Pelancong mendapat akses yang mudah untuk
ke tempat yang ditujui tanpa perlu mengharungi perjalanan yang jauh
seperti dahulu kala. Infrastruktur seperti jalan raya dan pengangkutan
awam juga menjadi semakin baik apabila kawasan luar bandar yang
mempunyai kawasan tarikan pelancong seperti pantai atau air terjun dan
gua memerlukan tahap ketersampaian oleh pelancong-pelancong.

Isi 3
Kepentingan industri pelancongan yang lain adalah keunikan budaya
dan alam semula jadi negara dapat dikongsi serta dihargai. Eko-
pelancongan merupakan antara pendekatan yang berjaya dan diraikan
oleh semua dimana pelancong akan melawat kawasan-kawasan semula
jadi seperti Taman Negara Endau- Rompin dan Taman Laut Terengganu
di samping usaha pemeliharaan kawasan tersebut berjalan seiring.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-industri-pelancongan.html 3/4
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Industri Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara

Pelancong dapat menyaksikan pusat konservasi gajah atau menikmati


keindahan hidupan laut dengan menyelam di sekitar pulau-pulau di
Malaysia. Seperti peribahasa Melayu berkata,”Yang dikejar tidak dapat,
yang dikendong berciciran” yang bermaksud kita perlulah
menyelaraskan usaha pembangunan seiring dengan memelihara apa
yang kita miliki.

Isi 4
Tambahan pula, industri pelancongan telah menarik pelbagai pelabur
asing untuk melabur di dalam negara kita. Antaranya adalah dari segi
hospitaliti dimana pelabur berminat untuk mengusahakan hotel, pusat
membeli belah dan juga membina taman tema. Sebagai contoh,
pembukaan Legoland di negeri Johor telah menarik minat ramai
pelancong terutamanya dari negara luar kerana ia merupakan taman
tema berjenama Lego yang pertama di Asia tenggara. Kehadiran
pelabur asing dapat membantu kerajaan mengurangkan kos yang
digunakan dalam sektor pelancongan sekaligus memberi lebih faedah
kepada rakyat dan negara khususnya.

Penutup
Konklusinya, pelbagai manfaat dapat dinikmati oleh rakyat serta negara
sekiranya industri pelancongan di Malaysia berjaya dan diuruskan
dengan efisien. Justeru, penggubal undang-undang dan polisi negara
seharusnya mnyusun rangka terbaik dalam membentuk formula dalam
industri pelancongan negara supaya dapat memberi pulangan maksima
kepada rakyat dan negara. Industri pelancongan adalah industri yang
sihat dan wajar untuk diteruskan dan disandarkan pada ekonomi negara
sekiranya diurus dengan baik. Maka, promosi pelancongan negara perlu
dilaksanakan dengan lebih jitu dan berkesan agar seluruh pelusuk dunia
tahu dan berminat untuk melawat negara kita suatu hari nanti. Bak kata
pepatah,”tidak kenal maka tidak cinta” yang bermaksud kita perlulah
memperkenalkan negara kita sehingga perasaan minat dan cinta akan
Malaysia itu timbul kelak.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-industri-pelancongan.html 4/4
05/02/2022, 23:04 Kepentingan Kitar Semula Kepada Manusia Dan Alam Sekitar

Karangan

Kebaikan Dan Kepentingan Amalan


Kitar Semula Kepada Manusia

Ipendidikan » Karangan » Kebaikan Dan Kepentingan Amalan Kitar


Semula Kepada Manusia
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:19 pm, 12 November 2020

Penulisan karangan Bahasa Melayu menguji kebolehan para pelajar


dalam memberikan idea yang bernas dan penggunaan Bahasa Melayu
yang betul serta tepat. Ramai dalam kalangan pelajar mengalami
kesukaran untuk menjawab soalan ini kerana kurang melakukan latihan
sekali gus tidak terdedah dengan pelbagai tema dan tajuk soalan yang
berpotensi untuk keluar dalam peperiksaan. Sebagai rujukan pelajar,
berikut adalah contoh karangan kepentingan kitar semula kepada
manusia dan alam sekitar.

Pelajar perlu peka dengan soalan yang diberikan misalnya seperti


contoh di bawah yang memerlukan isi-isi penting daripada dua sudut
berbeza, iaitu manusia dan alam sekitar. Maka, anda perlu
menghuraikan isi-isi penting yang berkaitan dengan kehendak soalan
dan seimbang dari segi perenggan. Selain itu, pelajar juga boleh
memasukkan frasa-frasa menarik seperti peribahasa bagi mendapatkan
markah yang cemerlang dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-kitar-semula.html 1/5
05/02/2022, 23:04 Kepentingan Kitar Semula Kepada Manusia Dan Alam Sekitar

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kebaikan Dan Kepentingan Kitar Semula Kepada Manusia Dan Alam


Sekitar
2. Contoh Karangan Kepentingan Kitar Semula Kepada Manusia Dan
Alam Sekitar

Kebaikan Dan Kepentingan Kitar


Semula Kepada Manusia Dan Alam
Sekitar
Isi-isi penting
Menjimatkan perbelanjaan
Membuka industri dan sumber baharu
Menjamin kelangsungan generasi manusia
Mengurangkan pencemaran alam
Memelihara sumber alam semula jadi
Ekosistem menjadi stabil

Baca juga: Contoh-Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu Terbaik

Contoh Karangan Kepentingan Kitar Semula


Kepada Manusia Dan Alam Sekitar
Pendahuluan
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-kitar-semula.html 2/5
05/02/2022, 23:04 Kepentingan Kitar Semula Kepada Manusia Dan Alam Sekitar

Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan


tanpa diundang, pencemaran alam sekitar semakin menjadi parah barah
serta duri dalam daging watan. Pelbagai anjakan paradigma telah
digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini kerana ia boleh
menjejaskan kesihatan dan keselamatan termasuklah yang hangat
meniti dari bibir ke bibir masyarakat sekeliling. Antara prakarsa yang
diperkenalkan adalah amalan kitar semula di mana bahan-bahan
buangan diproses menjadi bahan baharu atau bahan kitar semula dan
digunakan untuk fungsi yang sama atau berlainan. Alternatif ini telah
pun diwar-warkan dan ditelusuri oleh segenap masyarakat diseantero
dunia namun masih terdapat sebahagian masyarakat yang tidak
mengambil endah akan kepentingan amalan ini. Justeru, wajar untuk
kita mengetahui kepentingan amalan kitar semula kepada manusia dan
alam sekitar.

Isi 1
Kepentingan utama amalan alam sekitar kepada manusia adalah dapat
menjimatkan perbelanjaan secara mikro dan makro. Dari segi mikro,
masyarakat tidak perlu berbelanja lebih sekiranya mereka mengitar
semula barangan keperluan seperti pakaian dan buku. Anda boleh
menyumbangkan pakaian yang kita tidak gunakan secara kerap atau
mengitar semula pakaian anak-anak yang masih elok untuk dipakai oleh
saudara-mara yang baru dikurniakan anak-anak. Sumbangan buku-buku
juga adalah penting supaya sumber yang digunakan iaitu kertas untuk
mencetak buku baharu dipelihara dan tidak dibazirkan. Hal ini demikian
kerana lebih 160 000 pokok telah ditebang secara tahunan untuk
diproses bagi memenuhi permintaan industri yang menggunakan kertas.
Sebanyak satu setengah tan pokok digunakan untuk menghasilkan 800
helai kertas. Secara makro pula, amalan kitar semula dapat
menjimatkan perbelanjaan dalam pengurusan sampah. Kos
penyelenggaraan tapak pelupusan sampah semakin meningkat dari hari
ke hari berikutan kuatiti sampah yang turut meningkat. Usaha
menyelenggara tapak pelupusan sampah daripada menjadi tumpuan
haiwan pembawa penyakit harus disokong. Izharnya, amalan kitar
semula dapat membantu manusia untuk menjimatkan sebahagian
sumber kewangan yang digunakan untuk mengurus bahan buangan dan
disalurkan ke arah yang lebih bermanfaat.

Isi 2

Di samping itu, kitar semula dapat membuka pasaran dan industri


baharu dalam landskap dunia hari ini. Pertumbuhan ekonomi dan
bilangan penduduk di setiap negara yang tumbuh seperti cendawan
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-kitar-semula.html 3/5
05/02/2022, 23:04 Kepentingan Kitar Semula Kepada Manusia Dan Alam Sekitar

selepas hujan merupakan faktor utama pasaran dan industri baharu


perlu diwujudkan. Sebagai contoh, aktiviti pertanian dan agrikultur telah
menjalani proses inovasi dan boleh dijalankan secara komersial di
dalam sebuah bangunan tanpa menggunakan tanah. Sistem yang
dikenali sebagai hidroponik ini berpotensi besar sebagai sumber
masyarakat di kawasan bandar terutamanya kerana sumber tanah yang
terhad tidak menjadi rintangan. Ia juga boleh diintegrasikan dengan
penternakan ikan dan menjadi sistem akuaponik. secara tidak langsung
meminimakan kawasan tumpuan haiwan pembaya penyakit seperti
nyamuk. Jika kita kekal di takuk lama dan menggunakan setiap sumber
alam bagi kegunaan yang tidak kekal lama, apakah yang akan
digunakan oleh anak dan cucu kita kelak sekiranya sumber semula jadi
pupus? Intihannya, inovasi dan teknologi yang berteraskan konsep kitar
semula seharusnya diaplikasikan kerana ia memberi manfaat yang
tersurat dan tersirat.

Isi 3
Kepentingan kitar semula kepada alam sekitar pula adalah dapat
mengurangkan pencemaran alam daripada terus berlaku. Sikap tidak
bertanggungjawab segelintir manusia yang membuang sisa-sisa yang
tidak sepatutnya ke dalam sungai dan laut telah menyebabkan insiden
yang tidak diingini berlaku. Sebagai contoh, peristiwa di Pasir Gudang di
mana pencemaran udara telah berlaku akibat pembuangan sisa toksik di
sungai berhampiran dan mengakibatkan golongan kanak-kanak
mengalami kesukaran untuk bernafas dan dimasukkan ke hospital.
Bencana ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua kerana
nyawa yang tidak berdosa akan terkorban sekiranya pencemaran tidak
dibendung secara tegas. Tambahan pula, amalan kitar semula yang
mengurangkan kadar pembuangan sampah dapat menyelamatkan alam
sekitar daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk atau tikus. Haiwan
yang membiak di kawasan kotor berpotensi menjadi punca penularan
wabak penyakit berjangkit. Oleh itu, penting untuk kita mengamalkan
kitar semula agar kebersihan alam sekitar dapat dipelihara dengan baik.

Isi 4
Akhir sekali, kitar semula merupakan perkara yang mustahak bagi alam
sekitar kerana ia dapat memelihara sumber alam semula jadi. Objektif
utama kitar semula adalah untuk kita menggunakan bahan yang kita ada
secara optimum atau mengurangkan penggunaan bahan mentah bagi
mengelakkan pembaziran sumber alam semula jadi yang semakin
terhad. Untuk makluman semua, alam semula jadi yang terdiri daripada
tanah-tanih, taburan hutan, lautan dan udara yang terbentang luas
adalah sumber semula jadi yang terhad kerana ia memakan masa yang
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-kitar-semula.html 4/5
05/02/2022, 23:04 Kepentingan Kitar Semula Kepada Manusia Dan Alam Sekitar

lama untuk terhasil. Sumber batu arang, gas dan petroleum yang
menjadi sumber tenaga utama dunia masa kini akan habis dan kita perlu
bersedia dengan pelbagai alternatif lain. Persis kata peribahasa Melayu,
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Haiwan dan tumbuh-
tumbuhan juga memerlukan alam semula jadi yang menjadi habitat
mereka dan kita sebagai manusia yang berakal seharusnya sedar dan
melakukan tindakan yang bijak bagi memelihara kepentingan semua
perkara.

Penutup
Secara tuntas, pelbagai kepentingan yang diperoleh sama ada bagi
manusia dan alam sekitar sekiranya kita mengamalkan kitar semula.
Kempen yang telah dilaksanakan pada masa dahulu iaitu pengenalan
tiga tong kitar semula mengikut warna perlu diperkasa semula. Setiap
pihak perlu berganding bahu bagai aur dan tebing bagi merealisasikan
iltizam dalam membudayakan amalan kitar semula pada masyarakat
kita. Salah satu perkara yang tidak disedari adalah setiap pembelian
barang baharu akan menghasilkan sampah atau sisa pepejal yang
baharu. Banyak sumber dan wang telah dilaburkan dalam mencari
potensi habitat lain yang mampu didiami oleh spesis manusia. Tetapi
hanya satu sahaja planet yang menepati keperluan kita iaitu planet yang
bernama bumi. Maka kita perlu sedar bahawa tiada tempat lain yang kita
mampu pergi sekiranya alam sekitar kita rosak dan dicemari. Semoga
amalan kitar semula menjadi budaya setiap ahli masyarakat bak kata
peribahasa Melayu, alah bisa tegal biasa.

Related : menghasilkan barang barang baru untuk membina kerana


bahan program kitar

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-kitar-semula.html 5/5
05/02/2022, 22:56 Kepentingan Makanan Seimbang Kepada Tubuh Badan

Karangan

Kebaikan Mengamalkan Makanan


Seimbang Kepada Tubuh Badan

Ipendidikan » Karangan » Kebaikan Mengamalkan Makanan


Seimbang Kepada Tubuh Badan
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:21 am, 2 Februari 2021

Panduan buat para pelajar yang akan mengambil peperiksaan bagi


mata pelajaran Bahasa Melayu. Adakah anda kekurangan idea atau isi-
isi penting yang menarik untuk digunakan dalam huraian penulisan
karangan Bahasa Melayu? Sekiranya ya, berikut dikongsikan contoh
karangan kepentingan makanan seimbang kepada tubuh badan sebagai
rujukan untuk pelajar.

Penulisan karangan yang cemerlang lazimnya merangkumi


pendahuluan yang menangkap minat pembaca, isi-isi penting yang tepat
dan penutup yang merumuskan penulisan karangan dengan baik. Selain
itu, penggunaan tatabahasa dan frasa menarik seperti penanda wacana
serta peribahasa adalah digalakkan untuk pelajar gunakan dalam
penulisan karangan masing-masing.

https://www.ipendidikan.my/makanan-seimbang.html 1/5
05/02/2022, 22:56 Kepentingan Makanan Seimbang Kepada Tubuh Badan

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kebaikan Dan Kepentingan Makanan Seimbang Kepada Tubuh


Badan
2. Contoh Karangan Kepentingan Makanan Seimbang Kepada Tubuh
Badan

Kebaikan Dan Kepentingan Makanan


Seimbang Kepada Tubuh Badan
Isi-isi penting
Membekalkan zat dan nutrien yang cukup
Mengurangkan risiko menghadapi penyakit
Memberikan kesihatan mental yang stabil
Meningkatkan kecantikan rupa paras
Mampu mengawal kadar obesiti
Membantu pembesaran fizikal yang lebih sempurna

Baca juga: Contoh-Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu Terbaik

Contoh Karangan Kepentingan Makanan


Seimbang Kepada Tubuh Badan
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/makanan-seimbang.html 2/5
05/02/2022, 22:56 Kepentingan Makanan Seimbang Kepada Tubuh Badan

Pengambilan makanan seimbang adalah diet atau corak pemakanan


yang mengutamakan jenis-jenis makanan tertentu di mana kandungan
yang berkhasiat menjadi elemen utama dalam pemakanan seseorang.
Amalan ini sering kali diwar-warkan oleh pakar kesihatan bagi
menggalakkan setiap ahli masyarakat mempraktikkan pemakanan yang
betul dalam rutin harian. Berdasarkan statistik melalui Kajian Kesihatan
dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015 menunjukkan
Malaysia telah menjadi sebuah negara obes, di mana seorang dalam
dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Senario ini mungkin akan berterusan dengan perkembangan industri
makanan segera di Malaysia dan gimik penjualan makanan secara tular
di mana kesihatan menjadi perkara yang semakin dipandang enteng
oleh masyarakat. Justeru, diat ini adalah salah satu usaha yang boleh
diketengahkan bagi melonjak semula kesihatan rakyat secara am.
Persoalannya, apakah kepentingan makanan seimbang kepada tubuh
badan kita?

Isi 1
Makanan yang seimbang adalah mustahak kerana ia membekalkan zat
dan nutrien yang berkhasiat untuk tumbesaran tubuh badan manusia.
Tubuh kita merupakan organisma yang memerlukan zat dan nutrien
yang cukup bagi menjalankan fungsi-fungsi organ. Seterusnya dapat
membantu penghasilan tenaga, pembuangan sisa toksik dalam badan
dan pelbagai lagi fungsi lain. Tamsilnya, pengambilan diet yang
mengandungi produk tenusu seperti susu dan keju dapat menambah
penghasilan kalsium dalam badan dan menguatkan tulang dan gigi
manusia. Zat besi yang terkandung dalam daging dan juga sayur bayam
misalnya dapat memastikan sistem peredaran darah dalam tubuh
menjadi lebih efisien dan befungsi dengan lancar. Oleh itu, golongan
kanak-kanak seharusnya mengamalkan pemakanan yang betul agar zat
dan nutrien yang optimum dapat dinikmati dan tumbesaran fizikal
menjadi lebih baik.

Isi 2
Selain itu, ianya penting bagi mengurangkan risiko seseorang daripada
menghidapi penyakit-penyakit yang berbahaya. Kebanyakan di antara
kita gemar memakan makanan segera dan makanan ringan yang tidak
berkhasiat tetapi sedap di tekak. Untuk makluman semua, makanan ini
mengandungi kolesterol, garam, gula dan lemak yang terlalu tinggi.
Sekiranya kita terlalu kerap makan makanan ringan atau segera, kita
akan mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi penyakit obesiti,
diabetes, hipertensi dan juga strok. Justeru, pemakanan cara betul yang
menetapkan kuantiti jenis makanan yang wajar untuk kita ambil dapat
https://www.ipendidikan.my/makanan-seimbang.html 3/5
05/02/2022, 22:56 Kepentingan Makanan Seimbang Kepada Tubuh Badan

mengelakkan kita daripada menghidapi penyakit malah meningkatkan


tahap kesihatan diri secara langsung. Bak kata peribahasa Melayu,
sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna. Pakar kesihatan
telah pun memperkenalkan piramid makanan sebagai panduan kepada
semua dalam merencana pemakanan yang seimbang. Kini ia menjadi
tanggungjawab kita bersama untuk mengamalkan diet sihat ini supaya
manfaatnya dapat dinikmati bersama.

Isi 3
Dalam masa yang sama, amalan ini dapat memberikan kesihatan
mental yang stabil serta perkembangan memori yang lebih cekap dan
berkesan. Terdapat frasa yang menyatakan bahawa apa yang kita
makan akan menjadi darah dan daging kita kerana secara analoginya,
jika kita mengambil makanan yang baik maka baiklah fizikal dan mental
kita. Berdasarkan kajian saintifik, otak manusia adalah pusat kawalan
seluruh sistem badan yang dipengaruhi oleh nutrien-nutrien yang
terdapat dalam diet kita. Mineral seperti kalsium dan sodium terlibat
dalam proses penghantaran impuls dalam sistem saraf badan kita.
Intihannya, pemakanan sedikit sebanyak mempengaruhi pembentukan
diri secara fizikal dan mental seseorang. Persis kata mutiara daripada
Imam As Syafie bahawa makan secara berlebihan atau tidak berkhasiat
membuatkan badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan
kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah.

Isi 4
Akhir sekali, pemakanan yang betul amat penting untuk diamalkan oleh
setiap individu kerana ia membantu meningkatkan kecantikan rupa
paras. Dalam zaman yang mengutamakan imej dan penampilan
mutakhir ini, anda boleh mendapatkan rupa paras yang diidam-idamkan
hanya dengan mengamalkan diet yang betul. Realitinya, masyarakat di
Malaysia mudah terpedaya dengan produk kosmetik dan makanan
tambahan yang menggunakan taktik penjualan penuh helah demi
mendapatkan keuntungan. Hasilnya, ramai yang menderita dek kerana
kesan sampingan yang diperoleh akibat mengambil produk yang tidak
melepasi saranan Kementerian Kesihatan. Situasi ini menjadi bukti
bahawa masyarakat kita mementingkan kecantikan rupa paras dan
mudah untuk mengambil jalan pintas dengan mengambil produk
makanan tambahan. Izharnya, amalan ini membantu meningkatkan
ketrampilan diri tanpa sebarang kesan sampingan dan ianya lebih
mudah untuk didapati berbanding produk makanan tambahan yang
memerlukan kos yang lebih banyak.

Penutup
https://www.ipendidikan.my/makanan-seimbang.html 4/5
05/02/2022, 22:56 Kepentingan Makanan Seimbang Kepada Tubuh Badan

Kesimpulannya, pelbagai kepentingan yang akan diperoleh dengan


mengamalkan pemakanan seimbang. Mungkin anda tidak sedar dalam
jangka masa pendek tetapi jika diamalkan secara konsisten pada jangka
masa panjang, ia akan meninggalkan kesan yang lebih holistik kepada
diri kita khasnya dari sudut kesihatan. Semoga masyarakat kita sedar
bahawa penjagaan kesihatan hendaklah diutamakan kerana mencegah
itu lebih baik daripada merawat. Pihak kerajaan pula seharusnya
melaksanakan kempen yang lebih berkesan secara meluas supaya
setiap golongan masyarakat mendapat didikan yang betul dan cara yang
tepat untuk mengamalkannya demi menghasilkan komuniti yang sihat
dan sejahtera. Diharapkan inisiatif yang dirancang mendapat kerjasama
dan sambutan daripada rakyat supaya aspirasi menjadikan negara kita
negara yang sihat dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

Related :

https://www.ipendidikan.my/makanan-seimbang.html 5/5
05/02/2022, 22:56 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Karangan

Kepentingan Keluarga Yang Bahagia


Dan Harmoni

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Keluarga Yang Bahagia Dan


Harmoni
Disemak dan dikemaskini pada pukul 2:24 pm, 30 Mac 2020

Setiap orang mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini


kerana keluarga merupakan orang yang bernilai dalam hidup kita yang
dapat membantu menjamin kestabilan emosi dan mental kita.
Memperoleh keluarga yang bahagia adalah satu perkara yang sangat
penting kerana pembinaan dan pembangunan satu masyarakat dan
negara bermula dari pembentukan satu keluarga yang mulia. Berikut
dikongsikan contoh karangan kepentingan memiliki keluarga bahagia
buat rujukan pelajar.

Pelbagai masalah yang wujud di negara ini sering dikaitkan dengan


kegagalan sebuah institusi keluarga. Kebelakangan ini, hubungan
kekeluargaan terutama di kawasan bandar dilihat tidak erat berbanding
dengan keluarga yang tinggal di kawasan pedalaman. Hal ini
disebabkan oleh sikap ibu bapa yang tidak endahkan anak-anak mereka
kerana jarang meluangkan masa bersama mereka. Kehidupan yang
serba moden turut merenggangkan lagi hubungan kekeluargaan. Oleh
itu, amat penting bagi masyarakat kita didedahkan dengan manfaat-
manfaat mewujudkan perasaan kekeluargaan.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html 1/7
05/02/2022, 22:56 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kepentingan Memiliki Keluarga Yang Bahagia Dan Harmoni


2. Contoh Karangan Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Kepentingan Memiliki Keluarga Yang


Bahagia Dan Harmoni

Isi-Isi Penting
Antara kepentingan-kepentingan mewujudkan perasaan kekeluargaan
dalam kehidupan masyarakat dalam era globalisasi ini adalah seperti
berikut:

1. Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan


2. Mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga
3. Mengurangkan kes jenayah
4. Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat
5. Mampu menjamin keamanan negara
6. Menyumbang kepada pembangunan negara

Contoh Karangan Kepentingan Memiliki


Keluarga Bahagia
1) Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html 2/7
05/02/2022, 22:56 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Umum mengetahui, dalam satu keluarga wujudnya ayah dan ibu yang
berperanan membantu anak untuk memahami erti kehidupan terutama
sekali aspek kesopanan yang mesti diamalkan oleh seseorang anak.
Sekiranya ibu bapa gagal melakukannya, datuk dan nenek pula menjadi
sandaran untuk mendidik anak tersebut untuk menjadi lebih baik.
Sehubungan itu, ibu bapa bertanggungjawab dalam menyemai
kesedaran mengenai pentingnya kehidupan beretika. Antara caranya
ialah dengan mencurahkan kasih sayang kepada anak bagai menatang
minyak yang penuh sejak mereka kecil lagi. Sebagai contoh, ibu bapa
sepatutnya meluangkan masa bersama anak-anak agar dapat
memahami tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka
serta hobi dan pergaulan mereka dengan kawan-kawan. Tamsilnya, ibu
bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum
mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak semasa sambutan
hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan.

Intihanya, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang


beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan
melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan
tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi
orang yang mempunyai sahsiah yang baik, serta menghormati ibu bapa,
bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa sepatutnya memberikan didikan agama kepada


anak-anak. Ibu bapa patut membawa anak-anak ke tempat beribadat
untuk bersembahyang secara berjemaah atau menjalankan pelbagai
aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Walaupun anak-anak juga
seringkali berhadapan dengan cabaran dan pancaroba globalisasi,
mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri dan tidak mudah
terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut, berlumba
haram, merokok dan mencuri.

Apabila anak-anak sibuk mendalami ajaran kitab berdasarkan agama


masing-masing, mereka akan memperoleh panduan hidup yang baik
serta akan berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar
bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Tambahan pula,
pendidikan agama akan menjadi bimbingan kepada mereka agar
membesar sebagai insan bijaksana dan beretika.

2) Mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga


Remaja masa kini memerlukan seseorang yang lebih tua untuk
menasihati serta memberitahu mereka sekiranya mereka melakukan
sebarang kesilapan terutama dalam gejala yang tidak sihat.
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html 3/7
05/02/2022, 22:56 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Pengawasan ketat mesti dilakukan oleh keluarga agar dapat


memastikan remaja tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan
imej remaja tersebut kelak. Kita perlu memastikan gejala sosial tidak
mudah mempengaruhi minda mereka. Remaja yang kurang perasaan
kekeluargaan dan kasih sayang akan mudah terjebak dengan budaya
kuning seperti merokok dan melepak di pusat beli-belah jika mereka
tidak mempunyai panduan hidup yang jelas. Lantaran itu, mereka akan
menjadi mudah memberontak dengan melakukan perkara yang tidak
sihat untuk mendapat perhatian orang ramai.

Sebuah institusi keluarga yang bahagia akan dapat membendung


masalah sosial dalam kalangan remaja ini. Hal ini kerana, jika keluarga
itu kucar-kacir, selalu bertengkar, dan tiada lagi kasih sayang, sudah
pasti akan melahirkan generasi yang bermasalah dan cenderung terlibat
dengan masalah sosial yang sering menyebabkan kesejahteraan negara
tergugat. Namun begitu, keadaan sebaliknya akan berlaku jika
sesebuah keluarga berjaya mengekalkan kebahagiaan dan
keharmonian. Oleh itu, sesebuah keluarga pasti akan melahirkan
generasi yang bertanggungjawab, memiliki sifat dan sikap yang terpuji
dan penuh kasih sayang kerana mendapat didikan serta mencontohi
teladan yang baik daripada ibu bapa mereka.

Dengan adanya keluarga yang harmoni, anak-anak tidak akan terlibat


dengan kancah negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme dan
gengsterisme. Perkara ini akan menjamin golongan yang baru berdarah
setampuk pinang ini dapat melalui jalan yang benar bagi menjadi
individu yang berkualiti dan mengharumkan nama keluarga.

3) Mengurangkan kes jenayah


Kes jenayah sering dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah
dengan keluarganya. Kebanyakan kajian membuktikan pencetus utama
penjenayah melakukan kesalahan undang-undang seperti membunuh
dan merogol adalah disebabkan masalah kekeluargaan. Mereka hilang
pertimbangan sehingga melakukan jenayah kerana tertekan dan cuba
mencari jalan penyelesaian bagi masalah mereka. Ketiadaan keluarga
untuk menjadi tempat mereka meluahkan masalah menjurus isu ini
berlaku. Fenomena negatif ini mampu dibendung jika semua keluarga
berupaya memainkan peranan mereka dengan begitu baik untuk
mendidik dengan sebaik mungkin. Setiap orang perlu ingat bahawa
keluarga yang menjadi penentu kelakuan seseorang anggota
masyarakat itu.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html 4/7
05/02/2022, 22:56 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Didikan dan asuhan ibu bapa amat penting supaya anak-anak menjadi
golongan berkualiti serta dihormati dan tidak menjadi golongan agen
perosak terhadap pembangunan negara. Dalam hal ini, ibu bapa yang
merupakan tulang belakang keluarga dapat mewujudkan keharmonian
dalam rumah tangga dengan memperingati hari jadi ahli keluarga,
mengadakan hari keluarga, melancong dan sebagainya. Apabila
wujudnya suasana yang harmoni di rumah, anak-anak akan berasa lebih
selamat dan selesa untuk berada di rumah daripada membazirkan masa
dengan berpeleseran di luar rumah.

Secara tidak langsung, negara kita akan sentiasa dalam keadaan aman
damai apabila masalah gejala sosial dan kadar jenayah berkurangan.
Negara yang harmoni dan tiada masalah dalaman mahupun luaran
mampu melahirkan masyarakat yang tinggi nilai kekeluargaan. Hal ini
demikian kerana, mereka bebas melakukan pelbagai aktiviti bersama
keluarga tanpa memikirkan masalah-masalah yang menimpa negara
mereka.

4) Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat


Kewujudan keluarga bahagia mampu meningkatkan produktiviti
masyarakat terutamanya dalam aspek kerjaya kerana setiap keluarga
merupakan alat keseimbangan kehidupan seseorang. Tekanan di
tempat kerja yang dialami oleh seseorang individu akan hilang jika
dikelilingi oleh keluarga mereka. Dengan ini, akan timbul perasaan ceria
dalam kalangan ahli keluarga.

Untuk itu, keluarga secara langsung ataupun tidak turut mempengaruhi


jatidiri sesebuah masyarakat. Dari keluarga munculnya generasi
manusia yang bermartabat, memiliki perasaan kasih sayang, dan saling
tolong-menolong di antara mereka. Dengan itu, akan tercipta satu aturan
kehidupan masyarakat yang kuat, yang disokong oleh keluarga-keluarga
yang harmoni dan berkasih sayang.

Produktiviti rakyat juga turut akan bertambah kerana mereka berasa


gembira melihat keluarga yang bahagia dan keadaan negara yang aman
dan makmur. Rakyat negara yang harmoni pasti berwawasan dan
mempunyai modal insan yang tinggi. Justeru, mereka dapat menjaga
kebajikan keluarga seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga,
bangsa dan negara mereka. Pertumbuhan ekonomi negara juga turut
akan berkembang dengan pesat. Oleh itu, nilai positif ini perlu
diwujudkan supaya kebahagiaan sesebuah keluarga dapat dikekalkan.

5) Mampu menjamin keamanan negara


https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html 5/7
05/02/2022, 22:56 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Semua masalah yang berlaku dalam kehidupan berupaya diselesaikan


dengan wujudnya institusi keluarga yang sihat dalam sesebuah negara
itu. Setiap lapisan masyarakat mempunyai keluarga yang boleh menjadi
sandaran dan harapan buat mereka untuk mengharungi cabaran
kehidupan terutama yang sukar diselesaikan secara bersendirian. Ia
sangat jelas bahawa keluarga mampu menjamin keamanan negara
serta memastikan ia terus berada dalam keadaan aman sekiranya
berfungsi dengan baik.

Tambahan pula, imej negara di mata masyarakat dunia akan juga terus
bersinar. Keluarga yang bahagia menghasilkan semua impak yang
positif. Masyarakat luar akan melihat kejayaan ini dan cuba
menyebarkan kejayaan itu di negara mereka. Tindakan ini akan
menyebabkan semua masyarakat luar akan mengenali rahsia kejayaan
Malaysia ialah kekuatan sistem keluarga mereka. Maka, rakyat negara
ini boleh berbangga dengan pencapaian ini kerana mereka dipandang
tinggi oleh masyarakat luar.

6) Menyumbang kepada pembangunan negara


Institusi keluarga yang bahagia penting kepada pembangunan negara
kerana keluarga bahagia menjamin kesinambungan generasi masa
depan negara. Keluarga bahagia menjadi kunci kepada pembangunan
negara kerana dapat melahirkan modal insan yang berkualiti. Hal ini,
menerusi kekukuhan ikatan kekeluargaan dapat melahirkan generasi
berkualiti yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan
kesejahteraan negara. Selain itu, institusi keluarga yang bahagia juga
dapat melahirkan pemimpin masa depan yang berkaliber. Ibu bapa akan
memastikan anak-anak diberi pendidikan yang sempurna dan sebaik
mungkin. Mereka sentiasa menerapkan nilai-nilai moral. Modal insan
yang dilahirkan oleh keluarga bahagia turut menjadi pemimpin pelapis
dan penyumbang tenaga dalam proses pembinaan negara yang maju.
Oleh itu, jelas bahawa institusi keluarga yang bahagia mampu
membentuk sebuah negara yang sejahtera.

Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat yang kita mampu peroleh


apabila mempraktikkan nilai kekeluargaan dalam kehidupan seharian.
Situasi ini dapat memastikan kehidupan yang kita jalani pada masa
hadapan lebih berkualiti dan bermakna kerana kita mempunyai keluarga
yang menjadi penyebab seseorang itu meneruskan kehidupannya.
Justeru, masyarakat tidak boleh bersikap acuh tak acuh dengan nilai-
nilai murni ini agar mereka dapat melahirkan sebuah keluarga yang
sempurna. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang signifikan
dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Institusi keluarga
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html 6/7
05/02/2022, 22:56 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada ribuan batu-


bata. Tanpa keluarga bahagia, sudah pasti kemakmuran negara akan
terjejas. Banyak anak muda akan terlibat dalam kegiatan sosial yang
sekali gus akan menjahanamkan agenda pembangunan negara sama
ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Selain daripada itu, keluarga yang harmoni dan bahagia akan dapat
diwujudkan dengan mudah jika setiap ahlinya telah melalui pelbagai
proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan
setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama
mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan
bahagia ini. Komitmen yang jitu daripada semua pihak ini sudah pasti
dapat merealisasikan impian negara untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang dan terbilang agar dapat digapai dengan mudah.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html 7/7
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Mempelajari Sejarah Kepada Generasi Muda

Karangan

Kepentingan Mempelajari Mata


Pelajaran Sejarah Di Sekolah

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Mempelajari Mata Pelajaran


Sejarah Di Sekolah
Disemak dan dikemaskini pada pukul 7:08 am, 5 Mei 2020

Pelajar pasti tertanya-tanya, apakah tema atau tajuk soalan karangan


yang akan keluar dalam peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu?
Untuk makluman anda, pelbagai tema dan tajuk yang berpotensi untuk
dijadikan soalan maka anda digalakkan untuk melakukan latihan
tambahan atau merujuk sumber secara atas talian bagi mendedahkan
diri kepada semua jenis tema dan tajuk soalan karangan Bahasa
Melayu. Sebagai rujukan anda, berikut adalah contoh karangan
kepentingan mempelajari sejarah kepada generasi muda.

Topik berkaitan sejarah ini memerlukan pengetahuan am yang baik


daripada pelajar dimana fakta yang ingin digunakan perlu tepat. Selain
itu, pelajar juga digalakkan untuk menggunakan peribahasa dan frasa-
frasa menarik yang sesuai dengan huraian yang ditulis. Bimbingan dan
panduan daripada guru juga penting agar penulisan karangan anda
memenuhi kehendak soalan yang diberikan.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mempelajari-sejarah.html 1/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Mempelajari Sejarah Kepada Generasi Muda

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kepentingan Mempelajari Sejarah Di Sekolah


2. Contoh Karangan Kepentingan Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah
Kepada Generasi Muda

Kepentingan Mempelajari Sejarah Di


Sekolah
Isi-isi penting
memupuk semangat patriotik
menyemai perpaduan antara kaum
mempelajari kesilapan masa dahulu
menghargai budaya dan warisan negara
memelihara kedaulatan negara
memahami landskap politik negara

Baca juga: Kesalahan Bahasa Yang Lazim Dalam Penulisan Karangan


Bahasa Melayu (BM)

Contoh Karangan Kepentingan Mempelajari


Mata Pelajaran Sejarah Kepada Generasi Muda
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mempelajari-sejarah.html 2/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Mempelajari Sejarah Kepada Generasi Muda

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini generasi
muda semakin melupakan sejarah yang tercipta demi kemudahan hidup
pada masa kini. Sejarah adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan,
dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau. Ia
juga bermaksud tempoh masa yang lalu selepas catatan penulisan telah
dicipta. Bagi memastikan masa hadapan masyarakat dan negara berada
pada tahap yang terbaik, generasi muda yang bakal mengambil tempat
pemimipin hari ini seharusnya mempelajari sejarah kerana
kepentingannya yang sangat bermanfaat. Oleh itu, wajar untuk kita
bincangkan kepentingan-kepentingan yang akan diperoleh sekiranya
generasi muda hari ini mempelajari sejarah domestik mahupun
antarabangsa.

Isi 1
Antara kepentingan dalam mempelajari sejarah bagi generasi muda
adalah memupuk semangat patriotik. Jika kita lihat keadaan pada hari
ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita
yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah.
Generasi muda seharusnya mengingati jasa dan sumbangan tokoh-
tokoh tanah air seperti Tunku Abdul Rahman, Tun H.S Lee dan Tun Dr.
Ismail. Negarawan ini telah berhempas pulas mencari jalan terbaik
supaya kita dapat menikmati kemakmuran dan kedamaian untuk hidup
dalam masyarakat hari ini. Maka, semangat patriotisme dapat dipupuk
dalam jiwa generasi muda malah mereka akan sentiasa bersyukur dan
memberi penghargaan terhadap pengorbanan pejuang tanah air
terdahulu. Semoga nama mereka sentiasa meniti di bibir masyarakat
kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama.

Isi 2
Selain itu, mempelajari sejarah akan menyemai perpaduan antara kaum
terutamanya dalam kalangan generasi muda. Persis kata peribahasa,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sistem pendidikan yang terasing
sedikit merencat perkembangan perpaduan antara kaum generasi muda
hari ini. Namun begitu, dengan mempelajari sejarah, elemen perpaduan
itu akan dipupuk secara tidak langsung. Kestabilan negara boleh
diibaratkan seperti negara kita adalah pokok dan rakyat ibarat akar,
pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar begitu juga negara kita. Jika
rakyat mengutamakan nilai perpaduan, keamanan dan kestabilan
negara pasti akan terjamin. Negara kita pernah mencatatkan sejarah
hitam selepas merdeka iaitu tragedi persalahfahaman antara kaum pada
13 Mei 1969. Tragedi ini meragut banyak nyawa dan perpaduan negara
itu ibarat telur di hujung tanduk, Selepas terjadinya peristiwa hitam ini,
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mempelajari-sejarah.html 3/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Mempelajari Sejarah Kepada Generasi Muda

kita mestilah sentiasa memastikan bahawa hubungan antara kaum


dipelihara agar tragedi tidak berulang kembali.

Isi 3
Pada masa yang sama, mempelajari sejarah akan dapat membantu
generasi muda dalam mengambil iktibar daripada peristiwa masa
dahulu. Hal ini demikian kerana dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang
terdahulu mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat. Tamsilnya,
peristiwa Tanah Melayu dijajah dan ditindas oleh penjajah British
memberi pengajaran kepada generasi muda supaya jangan terlalu
mudah mempercayai orang asing. Penjajah digambarkan dengan licik
dan jahat pada masa itu kerana sanggup menggunakan tipu muslihat
atau taktik kotor untuk meluaskan kawasan jajahan mereka di tanah air
kita. Intihannya, generasi yang bakal memacu masa hadapan negara
dapat memperbaiki kesilapan masa lalu dan mencipta kejayaan yang
lebih gemilang. Tanpa mempelajari kesalahan dan kesilapan masa lalu,
kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja
merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga,
masyarakat dan negara.

Isi 4
Akhir sekali, kepentingan generasi muda untuk mempelajari sejarah
adalah supaya mereka menghargai budaya, warisan dan tradisi yang
dimiliki oleh tanah air ini. Sebagai contoh, pasukan bola sepak negara
pernah layak untuk beraksi di kejohanan Olimpik pada satu ketika
dahulu, Pasukan tersebut terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India
dimana ia tercatat sebagai sejarah terulung dalam arena bola sepak
tanah air. Tetapi sejak kebelakangan ini, timbul isu rasisme daripada
penyokong terhadap pemain yang bermain d atas padang. Oleh itu,
sekiranya generasi muda mempelajari sejarah, mereka akan bersikap
terbuka dan toleransi seterusnya berusaha menghidupkan budaya
negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Selain itu, tradisi seperti
pertunjukkan wayang kulit, permainan wau dan gasing perlu dipelajari
oleh generasi muda kerana kalau bukan mereka yang akan memelihara
tradisi tersebut, siapa yang akan melakukannya. Intihanya,
pemeliharaan warisan, tradisi dan budaya masyarakat kita dapat dijaga
sekiranya generasi muda mempelajari sejarah di sebaliknya.

Penutup
Konklusinya, pelbagai kepentingan yang tersurat dan tersirat apabila
generasi muda mempelajari sejarah. Golongan yang bakal
menggantikan pemimpin hari ini di masa akan datang tidak sepatutnya

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mempelajari-sejarah.html 4/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Mempelajari Sejarah Kepada Generasi Muda

mempunyai anggapan bahawa sejarah adalah sesuatu yang sudah


lapuk dan ketinggalan zaman. Setiap di antara kita memainkan peranan
penting dalam memupuk minat generasi muda dalam mempelajari
sejarah. Peribahasa Melayu berkata, bagai kacang lupakan kulit.
ungkapan tersebut adalah nilai yang kita cuba jauhi agar generasi muda
sedar mereka akan menggalas tanggungjawab dalam memacu negara
ke tahap kemajuan yang lebih baik. Semoga dengan mempelajari
sejarah, generasi muda dapat memberikan wawasan dan membawa
negara Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju yang lain.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mempelajari-sejarah.html 5/5
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Memulihara Dan Mengekalkan Bangunan Bersejarah

Karangan

Kepentingan Mengekalkan Bangunan


Bersejarah

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Mengekalkan Bangunan


Bersejarah
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:51 pm, 4 Mei 2020

Dalam penulisan karangan Bahasa Melayu, pelajar pelajar akan dicabar


untuk berfikir secara kreatif. Pelajar perlu menghuraikan isi-isi penting
dan kritis dalam memberi idea kepada isi karangan tersebut. Maka
pengetahuan am dan isu terkini yang melanda masyarakat kita
khususnya perlu diberi perhatian oleh para pelajar. Berikut adalah
contoh karangan kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan
bersejarah serta isi-isi penting yang boleh digunakan dalam penulisan
karangan sebagai rujukan dan panduan.

Di Malaysia, hampir semua negeri terdapat bangunan bersejarah seperti


istana yang telah diubah menjadi muzium. Maka tiada alasan untuk
pelajar tidak mengunjungi bangunan bersejarah bagi mempelajari sedikit
sebanyak tentang sejarahnya. Dengan mengunjungi dan mempelajari
cerita di sebalik bangunan bersejarah, pelajar mampu menjawab soalan
seperti di bawah dalam penulisan karangan.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mengekalkan-bangunan-bersejarah.html 1/5
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Memulihara Dan Mengekalkan Bangunan Bersejarah

1. Kepentingan Memelihara Dan Memulihara Bangunan Bersejarah


2. Contoh Karangan Kepentingan Memulihara Dan Mengekalkan
Bangunan Bersejarah

Kepentingan Memelihara Dan


Memulihara Bangunan Bersejarah

Isi-isi penting
Mengekalkan identiti negara
Menjadi sumber penyelidikan dan pendidikan
Produk pelancongan
Penggunaan semula infrastruktur
Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda
Menjadi bukti kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah

Baca juga: Cara Kira Bilangan Patah Perkataan Dalam Karangan


Bahasa Melayu

Contoh Karangan Kepentingan Memulihara


Dan Mengekalkan Bangunan Bersejarah
Pendahuluan
Mutakhir ini, kerancakkan pembangunan ekonomi negara telah
memesatkan kadar pertumbuhan pembinaan bangunan-bangunan
komersial dan pembukaan bandar baru. Kawasan perindustrian, pusat

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mengekalkan-bangunan-bersejarah.html 2/5
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Memulihara Dan Mengekalkan Bangunan Bersejarah

membeli belah dan kawasan perumahan bertambah saban hari seperti


cendawan tumbuh selepas hujan. Rentetan itu, timbul polemik untuk
meruntuhkan bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah
yang sungguh berharga. Hal ini kerana bangunan tersebut telah lama
dan tidak berfungsi dengan baik dan pihak pemaju yang berpandangan
sarwa hanya menilai kepentingan lokasi tersebut tanpa melihat keunikan
dan keindahan bangunan yang bersejarah kepada negara kita. Oleh itu,
kepentingan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan
dengan terperinci demi kebaikan bersama.

Isi 1
Pada hemat saya, bangunan bersejarah wajar dikekalkan sebagai
identiti negara. Kebanyakan bangunan-bangunan sejarah dibina
berdasarkan pengaruh dan ciri-ciri pemerintahan waktu dahulu. Hanya
di Malaysia kita boleh lihat bangunan atau monumen yang bercirikan
Belanda, Portugis, Melayu, Cina dan India iaitu di bandaraya bersejarah
Melaka. Bandar yang telah diiktiraf sebagai Bandar Warisan Dunia oleh
UNESCO ini adalah merupakan identiti yang membentuk landskap
masyarakat negara kita dimana kemajmukan bangsa dan agama tidak
menjadi penghalang kepada permuafakatan untuk hidup aman dan
sentosa dalam satu negara. Pemeliharaan bangunan-bangunan
bersejarah ini akan memastikan nilai muafakat dalam diri setiap
warganegara sentiasa dirai apabila mereka dapat melihat dan hidup
dalam suasana seperti di bandaraya George Town, Pulau Pinang.

Isi 2
Selain itu, bangunan bersejarah juga mustahak untuk dikekalkan supaya
menjadi sumber penyelidikan dan pendidikan. Pelbagai ilmu yang dapat
dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen
lama. Misalnya, di Lembah Bujang, Kedah dimana terdapat pihak
pemaju yang tidak bertanggungjawab ingin membangunkan kawasan
yang meliputi kawasan bersejarah lembah bujang namun dihalang
dengan pantas oleh kerajaan negeri Kedah. Beberapa tahun selepas itu,
sebuah tapak arkeologi ditemui berdekatan Lembah Bujang yang
menunjukkan bukti ketamadunan awal di negara kita bertahun lama
dahulu. Proses arkeologi dan penyelidikan dapat dijalankan dengan
penemuan artifak-artifak lama yang bernilai dalam sejarah negara kita.
Justeru, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya
mempunyai nilai yang tersendiri dan langkah pemuliharaan dan
penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah adalah penting untuk
dikekalkan.

Isi 3
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mengekalkan-bangunan-bersejarah.html 3/5
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Memulihara Dan Mengekalkan Bangunan Bersejarah

Dalam masa yang sama, bangunan bersejarah ini dapat menjadi produk
pelancongan utama negara. Alangkah baiknya sekiranya kita
melaburkan dana ke arah pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan-
bangunan bersejarah daripada memusnahkan habitat flora dan fauna
dalam membina kawasan pelancongan baharu yang bakal memberi
padah di masa hadapan. Bangunan bersejarah berpotensi menjadi
salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain
menikmati keindahan dan kekayaan alam semula jadi negara seperti
pulau dan taman negara. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu
diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan boleh diubah suai menjadi
muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Inisiatif ini sering
dilakukan oleh negara-negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali,
dan Belanda. Usaha seperti ini bakal menarik lebih ramai pelancong dari
seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara.
Natijahnya, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat
membantu industri pelancongan negara.

Isi 4
Jika ditelusuri kebanyakan bangunan-bangunan bersejarah ini, ia masih
gah berdiri walaupun sudah berpuluh tahun dibina dan digunakan. Hal
ini kerana struktur asal bangunan tersebut masih kukuh dan mampu
menahan cuaca dan bencana alam yang berlaku dalam negara kita.
Maka, raasionalnya untuk kita tidak membazir sumber mentah dalam
membina bangunan baru. Sebaliknya kita boleh membaik pulih dan
menggunakan semula infrastruktur yang telah terbina. Baru-baru ini kita
telah lihat rangkaian kedai makanan dan butik mula membuka
cawangan di bangunan-bangunan lama kerana lokasi bangunan
tersebut yang strategik dan menjadi tumpuan orang ramai. Kebolehan
jurutera dan arkitek tempatan akan dicabar dan adalah mustahak bagi
mereka untuk mengekalkan ciri-ciri lama bangunan tersebut disamping
mengkomersialkan ia menjadi kedai baharu yang menarik untuk
dikunjungi oleh setiap ahli masyarakat.

Penutup
Tuntasnya, pelbagai kepentingan tersirat dan tersurat yang kita boleh
rungkaikan dalam mengekalkan bangunan bersejarah dalam negara
kita. Pembentukan minda generasi muda negara yang menghayati
warisan dan khazanah negara perlu diikhtiarkan. Bangunan dan
monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan
diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Persis mutiara kata, hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri yang bermaksud nilai yang terdapat di negara kita adalah tinggi
sekiranya kita pandai menghargainya berbanding melihat negara lain.
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mengekalkan-bangunan-bersejarah.html 4/5
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Memulihara Dan Mengekalkan Bangunan Bersejarah

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mengekalkan-bangunan-bersejarah.html 5/5
05/02/2022, 23:03 Kepentingan Menerapkan Semangat Cinta Akan Negara

Karangan

Kepentingan Menerapkan Semangat


Cinta Akan Negara Dalam Kalangan
Rakyat

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Menerapkan Semangat Cinta


Akan Negara Dalam Kalangan Rakyat
Disemak dan dikemaskini pada pukul 11:03 pm, 4 Mei 2021

Antara mata pelajaran yang perlu diambil berat oleh pelajar untuk
mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan adalah
Bahasa Melayu. Subjek teras ini lazimnya memberikan pelajar ujian
dalam bentuk objektif dan juga subjektif bagi menentukan tahap
penguasaan pelajar. Oleh itu, berikut dikongsikan contoh karangan
kepentingan menerapkan semangat cinta akan negara dalam kalangan
rakyat Malaysia untuk rujukan semua.

Karangan Bahasa Melayu yang bertemakan kenegaraan sering kali


menjadi topik kelaziman di dalam peperiksaan. Sebagai pelajar yang
bijak, anda boleh memasukkan contoh-contoh daripada mata pelajaran
sejarah sebagai penyokong isu yang ingin diutarakan. Selain itu, anda
juga digalakkan untuk memberikan idea-idea yang bernas supaya
penulisan karangan anda menjadi lebih menarik serta didukung oleh
fakta-fakta yang tepat.

https://www.ipendidikan.my/semangat-cinta-akan-negara.html 1/5
05/02/2022, 23:03 Kepentingan Menerapkan Semangat Cinta Akan Negara

Isi Kandungan [Tutup]

1. Semangat Cinta Akan Negara Dan Perpaduan : Kepentingan Kepada


Rakyat Malaysia
2. Contoh Karangan Kepentingan Menerapkan Semangat Cinta Akan
Negara

Semangat Cinta Akan Negara Dan


Perpaduan : Kepentingan Kepada
Rakyat Malaysia
Isi-isi penting
memupuk perpaduan antara kaum dan bangsa
membentuk masyarakat yang berdaya saing
pemangkin kepada kemajuan negara
menjadi teladan kepada generasi muda
memelihara sejarah negara
mengekalkan tradisi dan budaya tempatan

Baca juga : Cara Sign In Goole Classroom

Contoh Karangan Kepentingan Menerapkan


Semangat Cinta Akan Negara
Pendahuluan
https://www.ipendidikan.my/semangat-cinta-akan-negara.html 2/5
05/02/2022, 23:03 Kepentingan Menerapkan Semangat Cinta Akan Negara

Sejak negara kita menikmati arus kemerdekaan daripada penjajahan


asing, pelbagai kemajuan yang telah dikecapi. Siapa sangka, negara
yang terdiri daripada berbilang kaum mampu untuk mencapai
kemerdekaan dan seterusnya melangkah maju ke hadapan bersaing
dengan negara membangun yang lain. Namun begitu, kita acapkali
tersentak dengan pelbagai permasalahan yang dicetuskan oleh
masyarakat kita sendiri yang mempu mengganggu gugat kemakmuran
negara kita. Oleh itu, sebagai warganegara yang cinta akan tanah air,
kita seharusnya menyemai sifat patriotisme di dalam setiap peringkat
umur masyarakat agar kemerdekaan yang dicapai tidak disia-siakan.
Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa rambut sama hitam
tetapi hati masing-masing lain. Walaupun kita berbeza dari pelbagai
sudut, dengan sifat toleransi dan keterbukaan, kita mampu menjadi
negara yang bersatu padu dalam mencapai kemajuan sejagat. Mari kita
bincangkan kepentingan menerapkan semangat cinta akan negara
kepada nusa bangsa.

Isi 1
Umum mengetahui, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang
terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Orang Asli dan pelbagai lagi
golongan bumiputera yang berada di Sabah dan Sarawak. Pada tanggal
16 September 1963, Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan oleh
Tunku Abdul Rahman menjadi bukti penyatuan rakyat yang berbilang
bangsa, kaum dan agama ini. Justeru itu, dalam mengekalkan
keharmonian dan keamanan negara, semangat cinta akan negara
mampu menjadi penyumbang perpaduan antara masyarakat tempatan.
Dengan iltizam dan semangat yang dikongsi bersama iaitu memajukan
negara dan memartabatkan masyarakat di persada anatarabangsa, ia
dapat melahirkan sebuah negara yang berwibawa. Persis kata mutiara,
bersatu teguh, bercerai roboh. Anggota masyarakat pada hari ini
seharusnya bersikap inteligensia dan terbuka dalam meraikan
perbezaan serta mencari kesatuan dalam setiap situasi yang dihadapi
oleh kita. Janganlah kita bersikap seperti gajah berjuang sama gajah,
palanduk mati di tengah-tengah. Nescaya perjuangan yang memecah-
belahkan perpaduan akan merugikan kita.

Isi 2
Di samping itu, semangat cinta akan negara juga dapat membentuk
masyarakat yang berdaya saing. Konsep ini kita dapat lihat di negara-
negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan. Kita dapat lihat bahawa
masyarakat di negara tersebut memartabatkan negara mereka dengan
mengetengahkan elemen lokal atau tempatan dengan jayanya. Sebagai
contoh penggunaan bahasa tempatan mereka dan pemerkasaan
https://www.ipendidikan.my/semangat-cinta-akan-negara.html 3/5
05/02/2022, 23:03 Kepentingan Menerapkan Semangat Cinta Akan Negara

teknologi tempatan diberikan tumpuan yang lebih berbanding elemen


asing. Misalnya, jenama automotif negara Jepun, Honda yang terkenal
di seantero dunia dengan produk dan kemampuan mereka. Kita
sebenarnya sudahpun mempunyai jenama yang berjaya diperingkat
antarabangsa seperti Petronas tetapi kita perlu lebih banyak lagi jenama
atau industri tempatan yang bersaing di peringkat antarabangsa.
Berbekalkan semangat cinta akan negara, mungkin pada satu hari nanti
jenama Proton akan menjadi salah satu jenama automotif yang terkenal
di dunia. Ia bergantung kepada kehendak dan kemampuan tenaga
professional tempatan sama ada untuk maju ke peringkat lebih tinggi
atau kekal di takuk yang sama.

Isi 3
Pada sudut pandang yang lain, semangat cinta akan negara adalah
penting bagi mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat tanah air kita.
Dewasa ini, generasi muda kita lebih terdedah dan terpengaruh dengan
anasir dari negara luar sehingga melupakan tradisi dan budaya yang
kita miliki. Keunikan seni budaya tempatan semakin dilupakan dan
pengamalnya mencari-cari pengganti yang akan mewarisi budaya atau
tradisi tempatan ini. Jika tidak dijumpai maka, ia akan pupus dan hilang
dek ditelan kealpaan masyarakat kita menghargai dan memelihara
keunikan nenek dan moyang kita yang terdahulu. Kemodenan hari ini
merupakan cabaran yang perlu kita tempuh tetapi ia tidak sepatutnya
menjadi alasan untuk kita melupakan tradisi dan budaya kita. Bak kata
pepatah Melayu, hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Mungkin
generasi hari ini perlu menyelami budaya dan tradisi yang diamalkan
oleh masyarakat terdahulu supaya muncul kembali perasaan atau
semangat cinta akan negara.

Isi 4
Semangat cinta akan negara juga penting supaya menjadi teladan
kepada generasi akan datang dalam mengekalkan kemakmuran dan
keamanan negara. Terdapat segelintir daripada masyarakat kita yang
intelek dan menyambung pelajaran ke luar negara. Seterusnya mereka
menetap di sana dan menjadi tenaga kerja professional di sana. Hal ini
tidak menjadi isu yang besar tetapi alangkah baiknya jika kemampuan
mereka dugunakan untuk manfaat masyarakat tempatan. Situasi ini
perlu diberi perhatian oleh golongan pemimpin negara dan pembuat
polisi dalam memastikan setiap ahli masyarakat kita mempunyai
peluang dalam kerjaya serta pendidikan. Dengan mengutamakan dua
agenda ini, negara kita pasti dapat menghasilkan tenaga kerja
professional tempatan yang akan melonjakkan ekonomi dan status
negara kita. Namun disebabkan kurangnya peluang dan lebih banyak
https://www.ipendidikan.my/semangat-cinta-akan-negara.html 4/5
05/02/2022, 23:03 Kepentingan Menerapkan Semangat Cinta Akan Negara

manfaat yang ditawarkan di negara luar, maka ramai ahli masyarakat


yang berkhidmat di negara asing. Sebagai pengajaran kepada generasi
muda, pihak berwwajib harus mencari solusi terbaik dalam menerapkan
semangat cinta akan negara kepada semua rakyat di negara ini dan
tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit.

Penutup
Konklusinya, pelbagai kepentingan yang dapat kita bincangkan
terhadap topik semangat cinta akan negara. Perkara ini adalah
mustahak dalam menjamin kebolehan sesebuah negara untuk duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.
Janganlah kita bersikap terlalu meraikan kehadiran pelabur atau
pendatang asing tanpa memastikan masyarakat di negara kita
mendapat manfaat yang terbaik yang boleh diberikan oleh negara kita
sendiri. Persis kata peribahasa Melayu, hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Oleh yang
demikian, setiap di antara kita perlu memanifestasikan fikiran dalam
mencari mekanisma terbaik untuk memajukan negara di samping
mengangkat elemen-elemen tempatan yang dimiliki oleh kita. Kekitaan
yang kita tunjukkan mampu menjadi ejen penyatuan masyarakat dunia
yang kerap kali dicabar dengan perang saudara atau kuasa di mana
pengakhirannya hanyalah merugikan tamadun manusia.

Related : sesungguhnya anasir luar wujudnya semangat cinta


mempunyai semangat patriotisme memupuk semangat patriotik negara
akan terus aman rakyat malaysia tidak mempunyai negara kita pada
masa memupuk dan mengekalkan semangat kalangan rakyat pasti
negara semangat patriotisme dalam kalangan semangat patriotik
semakin luntur mengekalkan semangat cinta kalangan masyarakat di
negara luntur dalam kalangan masyarakat untuk memupuk dan
mengekalkan menerapkan semangat patriotisme

https://www.ipendidikan.my/semangat-cinta-akan-negara.html 5/5
05/02/2022, 22:57 Kepentingan Menguasai Bahasa Asing

Karangan

Kepentingan Mempelajari Dan


Menguasai Bahasa Asing

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Mempelajari Dan Menguasai


Bahasa Asing
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:28 pm, 15 Mac 2020

Terdapat pelbagai topik dan isu yang boleh menjadi tajuk soalan dalam
karangan bahasa Melayu. Ia terserah kepada guru dan para pelajar
untuk membuat latihan berdasarkan tajuk soalan yang berpotensi
menjadi soalan ketika ujian. Kepentingan menguasai bahasa asing
adalah isu yang rapat dengan para pelajar. Berikut dikongsikan contoh
karangan kepentingan menguasai bahasa asing untuk rujukan dan
latihan pelajar.

Tajuk ini mempunyai potensi untuk menjadi soalan karangan bahasa


Melayu kerana terdapat sekolah seperti Sekolah Berasrama Penuh
(SBP) yang menjadikan bahasa asing sebagai subjek tambahan. Maka,
pelajar pasti dapat memberikan ulasan dalam bentuk penulisan
karangan berdasarkan pengalaman mereka mempelajari bahasa asing.
Penggunaan peribahasa dan frasa menarik dalam karangan akan
membantu pelajar dalam mendapatkan markah yang baik dan
cemerlang.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menguasai-bahasa-asing.html 1/4
05/02/2022, 22:57 Kepentingan Menguasai Bahasa Asing

1. Kepentingan Menguasai Bahasa Asing Untuk Kemajuan Negara


2. Contoh Karangan Kepentingan Menguasai Bahasa Asing Seperti
Bahasa Inggeris

Kepentingan Menguasai Bahasa Asing


Untuk Kemajuan Negara

Isi-isi penting
mudah untuk berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain
memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan
membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi
memperoleh peluang pekerjaan yang lebih banyak
mudah memahami budaya asing
menambah keyakinan diri seseorang

Contoh Karangan Kepentingan Menguasai


Bahasa Asing Seperti Bahasa Inggeris
Pendahuluan
Bahasa jiwa bangsa merupakan pepatah yang membawa maksud
bahasa adalah identiti sesuatu bangsa. Namun dalam era kemodenan
globalisasi ini, tiada keterbatasan dalam teknologi telah mengubah
seluruh dimensi dalam komunikasi antara manusia. Kemampuan dan
kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa diperlukan agar

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menguasai-bahasa-asing.html 2/4
05/02/2022, 22:57 Kepentingan Menguasai Bahasa Asing

persefahaman itu dapat dicapai apabila berkomunikasi dengan individu


yang berlainan bangsa. Kemahiran ini penting bukan sahaja untuk
individu tetapi ia memainkan peranan penting untuk syarikat dan juga
negara. Oleh itu, kita seharusnya mencari kepentingan tersurat dan
tersirat dalam menguasai bahasa asing.

Isi 1
Kepentingan utama adalah kemahiran menguasai bahasa asing dapat
memudahkan perhubungan atau komunikasi dengan orang yang
berlainan bangsa. Bayangkan jika tiada penterjemah bahasa di
konfederasi yang melibatkan pelbagai negara di dunia ini. Maka,
kemahiran menguasai bahasa asing ini penting bagi menjadi jambatan
kepada persefahaman yang ingin dilaksanakan. Bahkan, dengan
menguasai bahasa asing, kita dapat berinteraksi dengan pelancong
yang mengunjungi negara kita. Hal ini akan memberikan kesan kepada
mereka kerana mereka akan merasakan mudah untuk bertanya dan
memahami penjelasan kita tentang budaya atau sejarah tempat yang
mereka lawati sepanjang percutian mereka. Jelaslah bahawa dengan
menguasai pelbagai bahasa, kita mudah berkomunikasi untuk bertukar
fikiran serta maklumat antara satu sama lain.

Isi 2
Selain itu, menguasai bahasa asing akan membantu seseorang individu
itu untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang
terdapat di dunia ini ditulis dalam pelbagai bahasa, khususnya bahasa
Inggeris yang menjadi bahasa utama dunia. Sebagai contoh, untuk
meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama Islam seseorang wajib
menguasai bahasa Arab yang merupakan bahasa kitab suci Al-Quran.
Dengan penguasaan bahasa tersebut, mereka bukan sahaja memahami
konteks yang disampaikan malah boleh berkongsi ilmu pengetahuan
yang diperoleh kepada masyarakat setempat masing-masing agar
bersama-sama menikmati manfaat daripadanya. Janganlah kita
bersikap seperti katak di bawah tempurung yang bermaksud orang yang
tidak mahu menerima pembaharuan, perubahan ataupun ilmu yang
baru.

Isi 3
Di samping itu, penguasaan bahasa asing akan membuka peluang
seseorang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Pihak kerajaan telah pun melakukan inisiatif menghantar pelajar kita ke
luar negara untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
namun para pelajar ini perlu menguasai bahasa asing agar tidak kekok

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menguasai-bahasa-asing.html 3/4
05/02/2022, 22:57 Kepentingan Menguasai Bahasa Asing

untuk menetap di sana sepanjang tempoh pengajian. Bahan-bahan


ilmiah atau rujukan juga dikeluarkan dalam pelbagai bahasa jadi pelajar-
pelajar di dalam mahupun luar negara seharusnya menguasai bahasa
asing untuk memahami intipati ilmu yang dikongsikan. Pembelajaran
secara global ini membantu kita dalam menambah baik dari segi
ekonomi malahan penting bagi industri perubatan di mana mereka boleh
mengkaji kes-kes yang berlaku di luar negara dan melakukan
persediaan sekiranya terdapat kes yang sama berlaku dalam negara.

Isi 4
Pada waktu yang sama, dengan mempunyai kemahiran bahasa asing,
ia akan membantu seseorang itu mendapat peluang pekerjaan yang
lebih banyak. Kemajmukan masyarakat dalam negara kita
mempengaruhi syarikat-syarikat tempatan untuk mencari pekerja yang
mempunyai kemahiran berbahasa asing. Hal ini kerana ia memudahkan
urusan syarikat sekiranya harus berunding dengan pelanggan yang
berlainan bangsa. Tambahan pula, individu yang menguasai bahasa
asing ini mampu menjadi aset penting negara dalam menarik pelabur
asing supaya melabur dalam negara kita. Kelebihan ini sewajarnya
dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak agar kemajuan diri dan
juga negara dapat dikecapi dan berterusan dari masa ke masa.

Penutup
Tuntasnya, kemahiran menguasai bahasa asing adalah cukup penting
untuk semua pihak. Barang siapa yang memahami kepentingan bahasa
asing pasti akan bertindak segera kerana mahu merebut kebaikan yang
ditawarkan oleh bahasa tersebut. Justeru, sokongan ibu bapa dan
pelbagai pihak adalah mustahak dalam memastikan anak-anak
mengambil subjek bahasa asing dalam institusi pelajaran yang disertai
oleh mereka agar generasi akan datang majoritinya menguasai bahasa
asing. Golongan pelajar perlulah merebut peluang yang disediakan oleh
pihak kerajaan kerana kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa akan
memberikan nilai tambah kepada diri mereka. Sekaligus masyarakat kita
mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan masyarakat
seantero dunia untuk bersaing dalam semua aspek di peringkat global.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menguasai-bahasa-asing.html 4/4
05/02/2022, 23:04 Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Karangan

Faedah Dan Kepentingan Menjaga


Alam Sekitar

Ipendidikan » Karangan » Faedah Dan Kepentingan Menjaga Alam


Sekitar
Disemak dan dikemaskini pada pukul 11:33 pm, 8 Oktober 2020

Kebanyakan pelajar kekurangan pengetahuan am apabila ingin


menjawab soalan penulisan karangan Bahasa Melayu. Tindakan yang
seharusnya dilakukan oleh pelajar adalah dengan kerap membaca
akhbar atau menonton siaran berita bagi mendapatkan maklumat
berkaitan isu semasa menggunakan sumber yang sahih. Secara tidak
langsung, pelajar didedahkan dengan pelbagai pengetahuan am yang
berpotensi untuk keluar dalam peperiksaan nanti. Sebagai rujukan
pelajar, berikut adalah contoh karangan kepentingan menjaga alam
sekitar.

Tema soalan penulisan karangan Bahasa Melayu yang berkaitan


penjagaan alam sekitar lazim menjadi soalan pilihan di dalam
peperiksaan. Justeru, para pelajar perlu membiasakan diri dengan isi-isi
penting atau idea yang sesuai untuk dihuraikan dalam karangan masing-
masing. Dengan penyusunan isi penting yang menarik serta
penggunaan gaya bahasa yang sesuai, anda berpotensi untuk
mendapat markah yang cemerlang dalam penulisan karangan Bahasa
Melayu.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-alam-sekitar.html 1/5
05/02/2022, 23:04 Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kepentingan Memelihara Dan Memulihara Alam Sekitar


2. Contoh Karangan Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Kepentingan Memelihara Dan


Memulihara Alam Sekitar
Isi-isi penting
Habitat flora dan fauna terpelihara
Ekosistem menjadi stabil
Kesihatan manusia terjamin
Menarik kedatangan pelancong
Menjamin bekalan sumber alam
Demi kelansungan hidup generasi akan datang

Baca juga: Kebaikan Makan Buah-Buahan Tempatan

Contoh Karangan Kepentingan Menjaga Alam


Sekitar
Pendahuluan

Mutakhir ini, kita sering kali dikejutkan dengan kejadian bencana alam
yang melanda hampir kebanyakan negara serta telah meragut ribuan

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-alam-sekitar.html 2/5
05/02/2022, 23:04 Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

nyawa yang tidak berdosa. Ramai mempersoalkan apakah punca


kejadian bencana alam yang berlaku dan secara saintifik telah
membuktikan bahawa ia adalah kesan pemodenan yang dilakukan oleh
manusia. Kerakusan membina pembangunan tanpa mengkaji kesan
jangka masa panjang terhadap alam sekitar seharusnya menjadi
polemik masyarakat dunia hari ini. Alam sekitar merupakan khazanah
yang tercipta ratusan malah ribuan tahun namun dimusnahkan oleh
manusia hanya dalam beberapa tahun. Maka, setiap diantara kita perlu
bermuhasabah dan mula mencari jalan dalam memulihara serta
memelihara alam sekitar demi menjamin kepentingan alam sekitar.

Isi 1
Signifikan utama dalam penjagaan alam sekitar adalah habitat flora dan
fauna akan terpelihara. Alam sekitar yang merangkumi gunung-ganang,
taburan hutan sehingga ke lautan merupakan habitat kepada hidupan
flora dan fauna. Disebabkan populasi manusia yang semakin bertambah
dari tahun ke tahun, pembangunan penempatan juga bertambah rancak.
Kita tidak boleh nafikan bahawa pembangunan adalah penting demi
mencapai kemajuan tetapi elemen penjagaan alam sekitar seharusnya
menjadi agenda utama. Hal ini demikian kerana kita masih lagi
bergantung kepada sumber flora dan fauna dalam pelbagai aspek
kehidupan terutamanya bekalan makanan. Sebagai contoh, tumpahan
minyak yang berlaku di laut dalam telah menyebabkan ikan-ikan mati
dan nelayan tidak dapat menampung permintaan daripada konsumer.
Kesannya, isu keselamatan makanan akan timbul dan boleh
menimbulkan konflik antara negara. Mekanisme kawalan yang efektif
hendaklah dilaksanakan supaya permintaan konsumer dapat dipenuhi
disamping pemeliharaan habitat flora dan fauna terjamin. Janganlah kita
bersikap seperti peribahasa Melayu diberi betis, hendak peha yang
membawa maksud bersikap tamak akan merugikan kita.

Isi 2
Pada masa yang sama, ekosistem dunia akan menjadi stabil sekiranya
alam sekitar dijaga dengan baik. Pemanasan global, kenaikan paras air
laut dan pencemaran merupakan isu yang timbul sejak dua tiga dekad
kebelakangan ini. Kejadian ini berlaku disebabkan perindustrian yang
dicipta oleh manusia sehingga menyebabkan ekosistem yang
memelihara fungsi bumi terganggu. Tamsilnya, pelepasan karbon telah
terhasil daripada pembakaran tenaga seperti kilang pemprosesan dan
penggunaan pengangkutan bahan api. Akibatnya, berlaku penipisan
lapisan ozon dan efek rumah hijua dimana kekurangan jumlah pokok
untuk meneutralkan semula kadar karbon yang berada di hemisfera
bumi telah menyumbang kepada peningkatan suhu tersebut. Oleh
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-alam-sekitar.html 3/5
05/02/2022, 23:04 Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

sebab itu, masyarakat konvensional perlu berkongkalikung dalam


mencari jalan supaya ekosistem bumi kembali stabil disamping
kemajuan manusia dapat dicapai. Persis peribahasa melayu, yang
dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.

Isi 3
Di samping itu, penjagaan alam sekitar adalah mustahak bagi
memastikan kesihatan manusia terjamin. Kita merupakan makhluk yang
lemah dan mudah untuk dijangkiti penyakit terutamanya jika alam sekitar
tidak dijaga. Pencemaran alam yang berlaku telah menyebabkan
timbulnya penyakit-penyakit baharu yang mengancam nyawa manusia.
Tambahan pula, penyakit tersebut mudah dijangkiti dan ubat untuk
merawat pesakit memerlukan masa yang lama sebelum ia betul-betul
selamat untuk digunakan. Di Malaysia misalnya, penyakit denggi telah
mengancam kesihatan masyarakat tempatan saban tahun. Endemik ini
boleh dihindari sekiranya setiap ahli masyarakat memastikan kebersihan
kawasan setempat dan kebersihan kendiri. Aktiviti bergotong-royong
wajar digalakkan dan kecekapan pengurusan sampah hendaklah
ditambah baik oleh pihak berwajib. Mutiara kata mencegah lebih baik
daripada merawat wajar menjadi pegangan setiap anggota masyarakat
dalam mendepani isu berkaitan kesihatan dimana jika dipandang enteng
kelak akan memakan diri sendiri.

Isi 4
Jika dilihat pada sudut yang berbeza, alam sekitar yang terjaga dapat
menarik pelancong sama ada domestik atau antarabangsa. Malaysia
telah dikurniakan khazanah alam yang banyak dimana pulau yang
mengelilingi perairan negara menjadi pusat penyelam skuba kerana
keindahan terumbu karang yang terdapat di dasar laut. Manakala
kemegahan Gunung Kinabalu menjadi kegemaran pendaki gunung
dalam melihat keunikan bentuk muka bumi Sabah yang terpampang
setelah mencapai kemuncak pendakian. Dua contoh tarikan utama
pelancong tempatan mahupun asing ini adalah alam sekitar yang wajar
diuruskan dan dipelihara sehabis baik. Pihak berkuasa seharusnya
merancang dengan penuh teliti untuk meningkatkan jumlah pelancong di
samping memelihara keindahan alam yang tersemat di kawasan
tersebut. Intihannya, Pelancongan yang berteraskan alam sekitar
mampu menjana ekonomi setempat dan menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara secara amnya.

Penutup

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-alam-sekitar.html 4/5
05/02/2022, 23:04 Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Tuntasnya, banyak kepentingan yang telah dikupas dalam usaha


menjaga alam sekitar. Setiap pihak berperanan untuk menjalankan
tanggungjawab masing-masing dalam memastikan alam sekitar
dipelihara dan dipulihara agar fungsinya terjamin. Dengan sifat berat
sama dipikul ringan sama dijinjing, pencemaran dan bencana alam
boleh dielakkan sebelum ia terjadi kepada diri atau negara sendiri.
Kemajuan manusia tidak akan terhalang kerana sudah terdapat konsep
pembangunan lestari dimana kelestarian alam sekitar menjadi
keutamaan disamping pembangunan dijalankan. Semoga segala inisiatif
menjaga alam sekitar disokong dan mendapat perhatian umum
sehingga mengubah norma biasa manusia kepada norma baharu yang
lebih baik. Seterusnya melahirkan generasi yang menghargai alam
sekitar serta bersifat progesif dalam mengembangkan potensi diri,
masyarakat, negara dan juga manusia sejagat

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-alam-sekitar.html 5/5
05/02/2022, 23:00 Kepentingan Menjaga Harta Benda Awam Tanggungjawab Semua

Karangan

Tanggungjawab Dan Kepentingan


Menjaga Harta Benda Awam

Ipendidikan » Karangan » Tanggungjawab Dan Kepentingan Menjaga


Harta Benda Awam
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:24 pm, 4 Mei 2020

Pelajar-pelajar perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan am dan


isu-isu terkini untuk menjawab soalan karangan Bahasa Melayu. Pelajar
digalakkan untuk melakukan latihan tambahan supaya dapat mencari
gaya penulisan terbaik untuk mendapat markah yang cemerlang dalam
peperiksaan. Berikut adalah contoh karangan kepentingan menjaga
harta benda awam dikongsikan untuk rujukan atau panduan para
pelajar.

Penulisan karangan hendaklah mempunyai idea yang kreatif dan isi


yang seimbang. Selain itu, penggunaan peribahasa dan tiada kesalahan
tatabahasa akan membuatkan penulisan karangan pelajar lebih menarik
untuk dibaca seterusnya berpotensi mendapat markah yang cemerlang.
Untuk memastikan penuklisan karangan pelajar mencapai kehendak
penanda kertas, pelajar boleh merujuk bimbingan daripada guru-guru.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-harta-benda-awam.html 1/5
05/02/2022, 23:00 Kepentingan Menjaga Harta Benda Awam Tanggungjawab Semua

1. Tanggungjawab Masyarakat Dan Kepentingan Menjaga Harta Benda


Awam
2. Contoh Karangan Kepentingan Menjaga Harta Benda Awam

Tanggungjawab Masyarakat Dan


Kepentingan Menjaga Harta Benda
Awam

Isi-isi penting
memudahkan pengguna yang memanfaatkan kemudahan tersebut
seperti telefon awam, taman permainan
menghargai inisiatif kerajaan untuk memberi kemudahan awam
merupakan pusat perkembangan masyarakat seperti sekolah
menjadi medium penyatuan bangsa dan kaum
melambangkan sikap dan budaya rakyat
memupuk sikap saling berkongsi dan toleransi

Baca juga: Koleksi Peribahasa Melayu Serta Maksudnya

Contoh Karangan Kepentingan Menjaga Harta


Benda Awam
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-harta-benda-awam.html 2/5
05/02/2022, 23:00 Kepentingan Menjaga Harta Benda Awam Tanggungjawab Semua

Dewasa ini, kes vandalisme terhadap kemudahan-kemudahan awam


semakin menjadi-jadi. Antaranya adalah seperti tempat menunggu bas
dirosakkan tempat duduknya dan diconteng dengan tulisan-tulisan yang
tidak enak untuk dilihat. Kemudahan awam sepatutnya berfungsi untuk
memudahkan urusan orang awam dalam aktiviti harian mereka. Fasiliti-
fasiliti seperti tandas awam, kawasan rekreasi, pejabat pos, sekolah
mahupun hospital dan rumah ibadat adalah dibangunkan dengan
menggunakan hasil cukai daripada rakyat sendiri. Alangkah ruginya
sekiranya kita tidak dapat manfaat daripada apa yang kita laburkan demi
memakmurkan dan memajukan negara yang kita sayangi ini. Oleh itu,
dalam menepis sikap apati masyarakat terhadap kemudahan awam,
wajar untuk kita pelajari kepentingan menjaga harta benda awam.

Isi 1
Kepentingan utama dalam menjaga harta benda awam adalah ia akan
memudahkan aktiviti ahli masyarakat yang bergantung kepada
kemudahan awam tersebut. Misalnya, di kawasan bandar dan juga luar
bandar pengangkutan awam adalah nadi utama yang membantu
memudahkan pergerakan seseorang ke destinasi yang diingini. Jika
tempat duduk atau kemudahan pengangkutan awam tersebut menjadi
mangsa vandalisme, orang awam akan mengalami kesukaran untuk
menggunakannya kerana tidak berasa selesa. Ini akan mengakibatkan
kerugian bukan sahaja kepada orang awam malah kepada kerajaan
yang menanggung kerugian. Justeru, kemudahan awam seharusnya
menjadi tanggungjawab bersama semua ahli masyarakat agar kita
sama-sama mendapat manfaat daripadanya. Persis peribahasa Melayu,
mendapat sama berlaba, kehilangan sama merugi.

Isi 2
Seterusnya, kemudahan awam ini wajar mendapat penjagaan yang rapi
dari semua pihak kerana ia menunjukkan apresiasi terhadap inisiatif
pihak kerajaan dalam memudahkan rakyat. Seperti isi dan kuku, rakyat
dan kerajaan saling memerlukan antara satu sama lain. Maka, segala
inisiatif dalam memberi kemudahan kepada orang awam perlu disokong
dan dijaga dengan hemah. Kemudahan awam seperti hospital, sekolah
dan juga kawasan rekreasi menelan belanja yang besar dan jika berlaku
kerosakan, kerugian yang terpaksa ditanggung adalah sia-sia. Kos yang
digunakan untuk membaik pulih kerosakan kemudahan awam yang
tidak sepatutnya berlaku boleh disalurkan ke arah perkara yang lebih
berguna seperti mewujudkan lebih banyak hospital dan sekolah. Secara
langsung, kita sebagai ahli masyarakat mendapat lebih banyak manfaat
seperti peluang pekerjaan, kemudahan kesihatan dan sekolah yang

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-harta-benda-awam.html 3/5
05/02/2022, 23:00 Kepentingan Menjaga Harta Benda Awam Tanggungjawab Semua

selesa untuk generasi hadapan yang bakal memimpin negara ke arah


kemajuan sejagat.

Isi 3
Selain itu, mustahak untuk setiap daripada kita menjaga harta benda
awam bagi memastikan kelangsungan perkembangan masyarakat
dalam negara kita khususnya. Sebagai contoh, sekolah adalah fasiliti
ulung dalam membentuk generasi muda dalam negara supaya menjadi
seseorang yang berguna kepada negara diwaktu kelak. Sekiranya
sekolah tidak mempunyai suasana yang kondusif seperti kerusi dan
meja pelajar yang rosak, tentu ia akan mempengaruhi pembelajaran
golongan kanak-kanak dan remaja ini. Maka, semua pihak terutamanya
ibu bapa dan guru perlu menunjukkan tauladan terbaik kepada generasi
muda yang baru setahun jagung ini dalam menghargai segala
kemudahan yang diperoleh daripada hasil sumbangan kerajaan atau
sesiapa pun supaya menggunakannya dengan bijak dan berhemah agar
ia dapat terus digunakan oleh orang lain. kesedaran dan tunjuk ajar
yang ikhlas akan membentuk jiwa remaja yang sihat dan berfikirang
matang apabila melangkah ke alam dewasa nanti.

Isi 4
Akhir sekali, saya berpendapat untuk menyentuh kepentingan menjaga
harta benda awam ini dari sudut dimensi lain. Kita dilahirkan di sebuah
negara yang didiami pelbagai kaum, bangsa dan agama. Nenek moyang
kita telah berjuang demi memerdekakan negara dan mampu
bertoleransi sesama sendiri dalam memebangunkan negara tercinta
iaitu Malaysia. Intihanya, perpaduan antara semua golongan
masyarakat adalah tunjang utama dalam pembentukan negara
Malaysia. Apa yang saya lihat adalah kemudahan awam seperti
kawasan rekreasi dan sekolah terutamanya merupakan medium utama
dalam mengukuhkan penyatuan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa,
kaum dan agama ini. Kita boleh melihat dimana golongan remaja tanpa
mengira bangsa bermain bola sepak bersama-sama di padang-padang
awam pada waktu petang. Situasi ini akan menyemarakkan semangat
kekitaan yang jitu dan sekaligus dapat membentuk masyarakat yang
mengamalkan gaya hidup sihat dan menikmati kehidupan yang aman
sentosa.

Penutup
Kesimpulannya, banyak manfaat yang boleh digarap sekiranya kita
bersama-sama menjaga harta benda awam. Harta benda atau
kemudahan awam disediakan bagi memudahkan semua lapisan

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-harta-benda-awam.html 4/5
05/02/2022, 23:00 Kepentingan Menjaga Harta Benda Awam Tanggungjawab Semua

masyarakat dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti tertentu. Media massa


hari ini mempunyai peranan yang besar dalam memberi kesedaran
kepada masyarakat akan pentingnya memelihara dan memanfaatkan
kemudahan awam yang telah disediakan. Sokongan dan bantuan
daripada kerajaan dalam melaksanakan dasar yang mengutamakan
kemudahan untuk rakyat wajar disemarakkan dan menjadi agenda
utama pihak berkuasa hari ini. Kemudahan awam yang baik akan
menunujukkan kemampuan dan sikap kita kepada masyarakat dunia
sekaligus membentuk imej negara yang maju, berwawasan dan beretika
dalam setiap perkara. Persis kata Hamka, kecantikan yang abadi
terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-harta-benda-awam.html 5/5
05/02/2022, 22:52 Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri

Karangan

Jelaskan Kepentingan Menjaga


Kesihatan Diri

Ipendidikan » Karangan » Jelaskan Kepentingan Menjaga Kesihatan


Diri
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:59 am, 26 Mac 2020

Karangan Bahasa Melayu merangkumi pelbagai tema dan tajuk yang


berpotensi untuk menjadi soalan. Justeru, pelajar harus peka dengan
perkongsian dan pembelajaran yang diberikan oleh guru di sekolah.
Selain itu, pelajar juga boleh membuat latihan tambahan dengan
merujuk sumber secara online dan sebagainya. Berikut adalah contoh
karangan Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri untuk
panduan pelajar.

Penulisan karangan yang baik memerlukan latihan yang banyak dan


efektif. Pelajar perlu sentiasa mendapatkan pendapat dan bimbingan
daripda guru-guru supaya sentiasa memenuhi kehendak soalan.
Penambahan frasa-frasa menarik dalam penulisan karangan seperti
penanda wacana dan kata-kata hikmah adalah digalakkan serta
merupakan kriteria yang perlu dalam penulisan karangan yang
cemerlang.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html 1/4
05/02/2022, 22:52 Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kebaikan Dan Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri


2. Contoh Karangan Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan
Diri

Kebaikan Dan Kepentingan Menjaga


Kesihatan Dan Kebersihan Diri
Isi-isi penting
meningkatkan produktiviti kehidupan
menghindari penyakit dan masalah kesihatan
mendisiplinkan diri
menonjolkan imej dan perwatakan yang menarik
mewujudkan persekitaran yang indah dan tenang
memupuk perpaduan

Baca juga: Kesalahan Bahasa Yang Lazim Dalam Penulisan Karangan


Bahasa Melayu (BM)

Contoh Karangan Kepentingan Menjaga


Kesihatan Dan Kebersihan Diri
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html 2/4
05/02/2022, 22:52 Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di
persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh
pelbagai masalah kesihatan dan penyakit berjangkit yang semakin
meningkat dalam kalangan masyarakat domestik dan antarabangsa.
Polemik ini boleh dikurangkan dengan mengamalkan dua perkara asas
iaitu menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Amalan ini mungkin
dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi ia merupakan kunci
utama dalam memastikan kelansungan hidup seseorang pada ketika ini.
Kita sering kali digalakkan untuk bersenam, bersukan, membasuh
tangan dan bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar. Oleh itu,
wajar untuk kita mengetahui apakah kepentingan mengamalkan aktiviti
tersebut demi menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

Isi 1
Salah satu kepentingan memastikan kesihatan dan kebersihan diri
berada pada tahap yang tinggi kerana ia dapat meningkatkan
produktiviti kehidupan seseorang. Apabila kita dikurniakan kesihatan
yang baik, kita mampu melakukan kerja-kerja yang secara langsung dan
tidak langsung membantu setiap makhluk dimuka bumi ini. Pelajar
sekolah dapat memberikan fokus pada pelajaran mereka dan pekerja
professional boleh menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam
melaksanakan tugas masing-masing. Setiap pekerjaan berfungsi
dengan baik seperti mana kitaran ekologi yang berlaku dengan semula
jadi. Justeru, kesihatan dan kebersihan diri yang baik dapat menjamin
kemajuan dalam setiap perkara untuk dikecapi.

Isi 2
Di samping itu, menghindari penyakit berjangkit dan masalah kesihatan
juga merupakan kepentingan dalam menjaga kesihatan dan kebersihan
diri. Tamsilnya, apabila seseorang itu aktif bersukan, kekuatan sistem
kardiovaskular individu tersebut akan bertambah kuat dan dapat
menghindar daripada serangan jantung. Selain itu, amalan membasuh
tangan menggunakan sabun selama 20 saat juga adalah penting agar
kita tidak membawa bakteria atau virus yang mungkin dibawa oleh kita
tanpa disedari. Amalan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar
juga dapat membantu mencegah pembiakan nyamuk aedes dan sisa
lain yang mampu menjadi punca kepada penyakit-penyakit berjangkit.
Kesannya, masyarakat dapat hidup dengan sejahtera tanpa merisaukan
maslah kesihatan atau penyakit berjangkit.

Isi 3

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html 3/4
05/02/2022, 22:52 Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri

Pada waktu yang sama, amalan menjaga kesihatan dan kebersihan diri
adalah penting bagi memupuk sikap disiplin dalam setiap individu. Hal
ini demikian kerana, apabila individu tersebut ingin melaksanakan aktiviti
seperti bersukan, mereka perlu mematuhi peraturan dan etika dalam
aktiviti tersebut. Sebagai contoh, sukan olahraga dimana atlet perlu
mengikuti jadual latihan dan konsisten untuk menjaga kekuatan fizikal
dan mental sebelum menyertai kejohanan tertentu. Selain itu, dari sudut
kebersihan, amalan memberus gigi di waktu pagi telah pun menjadi rutin
harian semua manusia. Secara tidak langsung, perkara di atas telah
membuatkan kita untuk lebih berdisiplin berbanding dahulu hasil
daripada usaha untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

Isi 4
Seterusnya, penjagaan kesihatan dan kebersihan diri penting kerana ia
dapat menonjolkan imej dan perwatakan yang menarik seseorang
individu. Jika anda perlu menemuduga calon pekerja anda, apakah
kriteria yang anda utamakan terlebih dahulu? Sudah semestinya calon
yang mempunyai perwatakan menarik beserta pakaian yang rapi dan
imej yang kemas. Mutakhir ini, pelbagai produk kesihatan yang boleh
membantu kita untuk mendapatkan imej yang menarik di samping baik
untuk kesihatan. Contohnya, penggunaan gel rambut dapat membantu
golongan lelaki merapikan rambut mereka dengan kemas agar ia
kelihatan elok di mata setiap orang yang memerhati. Natijahnya, apabila
imej dan perwatakan yang menarik hasill daripada penjagaan kesihatan
dan kebersihan diri, ia akan memudahkan kita untuk bergaul dengan
orang ramai serta diterima oleh masyarakat.

Penutup
Intihannya, menjaga kesihatan dan kebersihan diri adalah penting
seperti yang telah dihuraikan di atas. Setiap pihak mempunyai peranan
dalam memastikan kesihatan dan kebersihan diri, keluarga dan
masyarakat berada pada tahap yang baik. Hasil usaha ini dapat
menjadikan masyarakat kita sentiasa dihormati dan disanjung tinggi.
Oleh itu, amalan menjaga kesihatan dan kebersihan perlu disemai dan
dipupuk kepada setiap generasi agar ia menjadi budaya contoh manusia
sejagat. Sejajar dengan kata-kata hikmat, ” Negara bersih, rakyat sihat;
Badan sihat, otak cergas”.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html 4/4
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan

Karangan

Kepentingan Sambutan Hari


Kemerdekaan

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Sambutan Hari Kemerdekaan


Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:40 pm, 9 Julai 2020

Kepada pelajar yang menghadapi masalah atau kesukaran dalam


membuat penulisan karangan Bahasa Melayu. Tahukah anda bahawa
terdapat pelbagai tema dan tajuk yang berpotensi menjadi soalan pilihan
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu? Sekiranya tidak, anda
dinasihatkan untuk melakukan rujukan tambahan atau latihan tambahan
bagi mendedahkan diri terhadap semua tema dan tajuk penulisan
karangan. Sebagai rujukan pelajar, berikut dikongsikan contoh karangan
kepentingan menyambut hari kemerdekaan atau hari kebangsaan.

Dengan mempelajari pelbagai jenis tema dan tajuk soalan penulisan


karangan Bahasa Melayu, pelajar akan lebih bersedia untuk
menghasilkan penulisan yang cemerlang. Selain itu, pelajar perlu bijak
menyusun isi-isi penting dan menghuraikannya dengan pengolahan
yang tepat dan menarik. Penggunaan frasa-frasa menarik serta
tatabahasa yang betul merupakan antara elemen penting dalam
pemarkahan penulisan karangan Bahasa Melayu.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menyambut-hari-kemerdekaan.html 1/5
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan/ Hari Kebangsaan/


Bulan Kemerdekaan
2. Contoh Karangan Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan

Kepentingan Menyambut Hari


Kemerdekaan/ Hari Kebangsaan/ Bulan
Kemerdekaan
Isi-isi penting
Merai pencapaian negara pada masa kini
Menghargai jasa dan pengorbanan tokoh terdahulu
Mengukuhkan perpaduan antara rakyat
Menyemai nilai patriotisme dalam masyarakat
Sebagai penanda aras untuk negara menjadi lebih progesif
Meningkatkan imej negara dalam tahap kehidupan yang baik

Baca juga: Jenis-Jenis Pengenalan Dalam Penulisan Karangan

Contoh Karangan Kepentingan Menyambut


Hari Kemerdekaan
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menyambut-hari-kemerdekaan.html 2/5
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan

Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos


1957. Tarikh keramat ini merupakan tarikh hari kemerdekaan yang
disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada setiap tahun. Kemeriahan
Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00
malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara
sebagai tanda kemerdekaan. Begitu juga acara perbarisan pada
keesokan harinya yang diwakili oleh pelbagai agensi kerajaan seperti
tentera, polis dan kakitangan awam turut diadakan bagi memeriahkan
lagi suasana hari kemerdekaan. Lazimnya sambutan hari kebangsaan
diadakan di Dataran Merdeka namun sejak kebelakangan ini sambutan
peringkat kebangsaan telah dianjurkan di lokasi lain seperti Putrajaya
dan Kuching, Sarawak. Jika ditelusuri, sambutan hari kemerdekaan
telah menjadikan bulan Ogos sebagai bulan kemerdekaan dek kerana
hiasan dan kibaran Jalur Gemilang mewarnai jalan raya dan pusat
membeli-belah. Persoalannya, apakah kepentingan disebalik sambutan
hari kemerdekaan yang dirai dengan gilang-gemilang pada setiap
tahun?

Isi 1
Sambutan hari kemerdekaan adalah untuk merai pencapaian yang telah
dicapai oleh negara sejak laungan kemerdekaan menggegar Stadium
Merdeka pada ketika dahulu. Kehidupan yang dinikmati oleh masyarakat
hari ini tidak akan menjadi realiti sekiranya kemerdekaan tidak diperoleh
daripada penjajah. Hal ini demikian kerana, semasa zaman penjajahan,
masyarakat telah dibezakan kedudukan sosioekonomi dan mewujudkan
jurang perbezaan antara kaum dan bangsa yang duduk di bawah satu
rumpun yang sama. Setelah kemerdekaan dicapai, para pemimipin dan
masyarakat tempatan telah berjaya membawa kemajuan dari pelbagai
segi terutamanya perkembangan ekonomi yang menjadikan Malaysia
sebagai hub perdagangan utama di rantau Asia. Kemampuan tenaga
kerja tempatan telah menarik pelabur-pelabur asing untuk merancakkan
kemajuan negara dan memberikan keuntungan dalam bentuk kehidupan
yang lebih baik. Kemudahan infrastruktur seperti lebuhraya, lapangan
terbang dan bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar
Petronas adalah bukti kemampuan masyarakat kita dalam menempa
kemajuan untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara maju yang lain. Intihannya, sambutan kemerdekaan menjadi
suatu iltizam kepada rakyat untuk terus berjuang demi mencapai
kesejahteraan hidup yang memberikan kebaikan kepada semua orang.

Isi 2
Dalam masa yang sama, sambutan hari kemerdekaan adalah penting
sebagai tanda menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menyambut-hari-kemerdekaan.html 3/5
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan

terdahulu. Tanpa kebijaksanaan dan titik peluh yang dikerah oleh


individu seperti Tuanku Abdul Rahman, kita tidak pasti akan menikmati
kesenangan hidup pada hari ini. Justeru, dengan sambutan hari
kemerdekaan, kita dapat mengenali semula negarawan-negarawan
yang telah berjasa kepada negara serta mendidik generasi muda masa
kini akan pengorbanan yang telah mereka lakukan. Mungkin sukar untuk
generasi masa kini untuk merasai pengorbanan tokoh terdahulu tetapi
mereka boleh mengambil pengajaran dan mempraktikkan nilai-nilai
murni yang menjadi teras kepada perjuangan menuntut kemerdekaan
negara. Lawatan ke muzium dan tempat-tempat bersejarah seperti Tugu
Negara dapat membantu anak-anak muda memahami dan mempelajari
sejarah terdahulu supaya mereka tidak mengulangi kesilapan
masyarakat terdahulu apabila mereka menjadi pemimpin negara pada
masa hadapan. Natijahnya, dengan mengenali dan memahami sejarah
dan perjuangan tokoh terdahulu, kita akan berasa lebih bersyukur atas
kemudahan yang kita nikmati hari ini dan menghargai segala usaha
untuk mengharmonikan negara serta mendokong nilai kekitaan sebagai
warganegara Malaysia.

Isi 3
Di samping itu, perpaduan antara rakyat juga akan lebih kukuh dengan
menganjurkan sambutan hari kemerdekaan. Masyarakat sedia maklum
bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum majoriti di negara kita
selain kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum
minoriti. Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk
jika semua kaum ini dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi.
Nilai-nilai ini dilihat semakin pupus dalam kalangan masyarakat hanya
disebabkan oleh beberapa golongan yang menggunakan isu perkauman
sebagai elemen politik mereka. Secara tidak langsung, ia menjejaskan
dan meruntuhkan teras perjuangan masyarakat terdahulu yang ingin
mencapai kemerdekaan daripada penjajah. Melalui sambutan hari
kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan hari
kemerdekaan negara yang dicintai dan bermuhasabah diri
bahawasanya nenek dan moyang kita dahulu bersikap terbuka dan
hidup harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum. Masyarakat
sebegini yang saling menyayangi, saling menghormati dan saling
bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk
dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara. Jelaslah di sini
bahawa sambutan hari kemerdekaan dapat mengukuhkan lagi
perpaduan antara kaum.

Isi 4

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menyambut-hari-kemerdekaan.html 4/5
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan

Akhir sekali, sambutan hari kemerdekaan adalah penting bagi


menyemai nilai patriotisme dalam diri setiap masyarakat konvensional
hari ini. Kesibukan mengejar kerjaya dan leka dengan hiburan daripada
teknologi-teknologi masa kini telah membuatkan masyarakat kurang
bersikap patriotik. Nilai cinta akan negara ini penting supaya rakyat
sentiasa sedar dan melindungi kedaulatan negara daripada ancaman
musuh dan sebagainya. Sebagai contoh, media massa boleh
memainkan peranan penting dengan menyiarkan filem atau drama dan
lagu-lagu patriotik di medan perkongsian sama ada televisyen atau
aplikasi penstriman video. Inisiatif ini sedikit-sebanyak dapat
menyampaikan mesej tentang pentingnya menyambut hari
kemerdekaan kepada setiap golongan masyarakat di Malaysia. Industri
kreatif negara yang sering dipandang enteng oleh pemimpin negara
merupakan kunci dalam membentuk masyarakat yang cakna dan
bijaksana. Selain itu, sambutan hari kemerdekaan di peringkat sekolah
dan instiusi pengajian juga penting kerana generasi muda adalah
tunjang masa hadapan negara. Persis kata peribahasa Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai kepentingan yang tersurat dan tersirat dalam
penganjuran sambutan hari kemerdekaan. Sambutan yang diadakan
setiap tahun pada 31 Ogos itu seharusnya menjadi klimaks daripada
rasa cinta akan negara yang telah dipupuk menerusi pelbagai cara
sebelum ini. Usaha yang bersepadu dan konsisten perlu dilakukan oleh
semua pihak agar semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat terus
bersinar. Semoga pergolakan, peperangan dan ketidak tenteraman yang
berlaku di negara lain menjadi pengajaran kepada rakyat dalam negara
untuk sentiasa menghargai dan mengutamakan nilai toleransi dalam
masyarakat berbilang kaum. Bersama-sama kita melahirkan masyarakat
yang bersikap terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain
agar kemajuan dan kemakmuran bersama dapat dicapai tanpa perlu
mengorbankan kedaulatan tanah air kita.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menyambut-hari-kemerdekaan.html 5/5
05/02/2022, 22:59 Kepentingan Perhimpunan Rasmi Sekolah (Kebaikan)

Karangan

Kepentingan Perhimpunan Rasmi


Sekolah (Kebaikan Kepada Pelajar)

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Perhimpunan Rasmi Sekolah


(Kebaikan Kepada Pelajar)
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:04 pm, 15 Ogos 2021

Kadang kala, soalan atau tema yang diajukan pada pelajar dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu adalah soalan dan tema yang
mudah. Di sini, pelajar perlu memberikan isi penting, huraian dan
peribahasa yang tepat serta menarik agar penulisan karangan anda
menonjol daripada rakan anda yang lain. Sebagai rujukan, di bawah
dikongsikan contoh karangan Kepentingan Perhimpunan Rasmi Sekolah
(Kebaikan)

Perhimpunan sekolah merupakan satu majlis yang menggabungkan


kehadiran guru serta pelajar di satu tempat dalam satu tempoh masa
yang sesuai. Perkara ini sudah menjadi kelaziman di setiap sekolah di
seluruh negara malah seluruh dunia kerana ia mempunyai kebaikan
atau kepentingan yang banyak. Pelajar seharusnya berfikir dengan lebih
kritis untuk memahami tujuan serta objektif mengadakan sebuah
perhimpunan rasmi agar huraian yang tepat dan menarik dapat ditulis di
dalam penulisan masing-masing.

https://www.ipendidikan.my/perhimpunan-sekolah.html 1/5
05/02/2022, 22:59 Kepentingan Perhimpunan Rasmi Sekolah (Kebaikan)

Isi Kandungan [Tutup]

1. Manfaat Perhimpunan Rasmi Sekolah Dalam Kalangan Pelajar


2. Contoh Karangan Kepentingan Perhimpunan Rasmi Sekolah

Manfaat Perhimpunan Rasmi Sekolah


Dalam Kalangan Pelajar
Isi-isi penting
Membentuk disiplin murid
Mengasah bakat kepimpinan murid
Memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid
Memaklumkan isu semasa kepada murid
Memupuk pelajar untuk menepati masa
Melahirkan semangat cinta terhadap sekolah

Contoh Karangan Kepentingan Perhimpunan


Rasmi Sekolah
Baca juga : Nota Burung Terbang Dipipiskan Lada

Pendahuluan
Pada setiap minggu persekolahan, pelajar akan menyertai satu
perhimpunan rasmi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ia lazimnya
dilangsungkan selama 30 minit atau satu jam bergantung pada waktu

https://www.ipendidikan.my/perhimpunan-sekolah.html 2/5
05/02/2022, 22:59 Kepentingan Perhimpunan Rasmi Sekolah (Kebaikan)

bermulanya sesi persokalahan masing-masing. Pelajar akan berbaris


secara tegak dan menyanyikan lagu sekolah, negeri dan Negaraku
mengikut tempo kibaran bendera yang dinaikkan. Selain itu, pelajar
akan mendengar ucapan dan pengumuman daripada guru-guru
berkenaan hal ehwal murid, pencapaian akademik serta pelbagai perihal
lain. Bagi pelajar, mereka mungkin skeptikal dengan menghadiri
perhimpunan rasmi pada waktu pagi dan berkumpul di kawasan lapang
atau dewan sekolah. Tetapi, terdapat banyak kebaikan atau kepentingan
yang wajar untuk kita bincangkan supaya perhimpunan rasmi sekolah
menjadi satu usaha baik yang memanfaatkan selurh warga sekolah.

Isi 1
Kepentingan perhimpunan sekolah adalah untuk membentuk disiplin
murid-murid. Kita sedia maklum bahawa menghadiri majlis rasmi
memerlukan kita untuk mematuhi protokol yang ditetapkan. Pelajar akan
membiasakan diri untuk mematuhi protokol atau adab apabila
menghadiri perhimpunan rasmi di sekolah. Misalnya, pelajar akan
datang sebelum perhimpunan dilangsungkan, pakaian seragam
diseterika dengan kemas dan lengkap, dan duduk dalam barisan
dengan tertib serta menumpukan perhatian terhadap apa yang
berlangsung di hadapan mereka. Tingkah laku ini akan memupuk
pelajar dalam menghadapi dunia kerjaya atau dewasa kelak dimana
disiplin yang baik akan menjadi satu ketrampilan diri yang berguna untuk
diri dan juga orang sekeliling. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Jelas bahawa perhimpunan rasmi sekolah
mampu membentuk disiplin pelajar ke arah yang lebih baik.

Isi 2
Di samping itu, perhimpunan rasmi sekolah dapat menjadi medan untuk
mengasah bakat kepimpinan murid-murid. Hal ini kerana, kebanyakan
perhimpunan akan dikelolakan oleh para pelajar sendiri. Guru hanya
bertindak sebagai pembimbing manakala pelajar yang bertugas perlu
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh komitmen serta
disiplin. Pelajar berpeluang untuk menjadi juruacara di sebuah
perhimpunan rasmi yang melatih mereka untuk berucap dihapadan
orang ramai tanpa rasa gementar atau takut. Selain itu, pengawas yang
bertugas perlu memastikan setiap pelajar menumpukan perhatian
kepada majlis yang dilangsungkan dihadapan mereka serta memastikan
tiada pelajar yang melakukan hal-hal lain sehingga menyebabkan
perhatian beralih ke arah pelajar dan bukan guru di atas pentas. Oleh
itu, pelajar perlu merebut peluang untuk menyertai jawatankuasa yang
mengendalikan perhimpunan rasmi sekolah masing-masing untuk

https://www.ipendidikan.my/perhimpunan-sekolah.html 3/5
05/02/2022, 22:59 Kepentingan Perhimpunan Rasmi Sekolah (Kebaikan)

mengasah bakat kepimpinan yang ada dalam diri. Persis peribahasa


Melayu, belakang parang kalau diasah nescaya tajam juga.

Isi 3
Perhimpunan rasmi sekolah juga dapat memupuk semangat patriotik
dalam kalangan murid-murid yang semakin pudar dari hari ke hari.
Penggunaan internet mutakhir ini telah banyak mempengaruhi pelajar
dengan budaya asing sehingga mereka lupa atau tidak ambil tahu
tentang negara mereka sendiri. Justeru, nyanyian lagu patriotik, lagu
negeri dan lagu Negaraku pasti dapat menyemarak semangat cinta
akan negara dalam diri mereka. Tambahan pula, bacaan ikrar Rukun
Negara menjadi satu peringatan kepada kita dan juga pelajar untuk
meletakkan kepentingan negara lebih daripada kepentingan diri atau
pihak-pihak tertentu. Secara tidak langsung, perpaduan antara murid
yang menjadi cerminan masyarakat hari ini dapat dijamin dan tumbuh
mekar seperti Bunga Raya. Guru-guru hendaklah memastikan pelajar
faham dengan lagu atau apa-apa perkara yang berkenaan semangat
patriotik supaya mereka sedar dan mula mengambil berat akan nilai
yang menjamin masa kini dan hadapan negara.

Isi 4
Kepentingan lain menganjurkan perhimpunan sekolah adalah ia dapat
menyampaikan maklumat atau isu semasa kepada murid dengan lebih
efisien. Sebagai contoh, tarikh rasmi peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui surat pekelliling. Maka, pengetua sekolah hanya perlu
mengumumkan tarikh tersebut di khalayak ramai dan semua warga
sekolah pasti dapat menerima informasi tersebut dengan jelas. Hasilnya,
pelajar dan juga guru dapat melakukan persediaan yang lebih awal dan
terbaik sebelum mereka menduduki peperiksaan. Selain itu,
perhimpunan sekolah juga merupakan waktu terbaik untuk
menyampaikan anugerah kepada mana-mana warga sekolah yang
berjaya mengharumkan nama sekolah di apa peringkat sekalipun.
Tindakan ini dapat memberikan penghargaan kepada mereka yang
berjaya dan menunjukkan kepada warga sekolah yang lain bahawa
mereka juga boleh berjaya seperti rakan-rakan mereka. Intihannya,
perhimpunan rasmi sekolah dapat memastikan semua warga sekolah
peka dengan isu semasa dan tidak menjadi seperti katak di bawah
tempurung.

Penutup

https://www.ipendidikan.my/perhimpunan-sekolah.html 4/5
05/02/2022, 22:59 Kepentingan Perhimpunan Rasmi Sekolah (Kebaikan)

Konklusinya, pelbagai manfaat yang dapat diperoleh daripada warga


sekolah sama ada guru, pelajar atau kakitangan sekolah dengan
menganjurkan perhimpunan rasmi. Pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru hendaklah
memanifestasikan fikiran supaya pelajar dan guru dapat menganjurkan
perhimpunan rasmi sekolah di kawasan yang selesa. Kemudahan
infrastruktur seperti dewan tertutup dan alat pembesar suara yang
terbaik disediakan bagi melancarkan perhimpunan yang diadakan.
Semoga rutin ini tidak dihentikan kerana simbiosis antara guru dan
pelajar boleh diperkukuhkan melalui perhimpunan sekolah serta
melahirkan murid yang berketrampilan tinggi. Akhirnya akan membentuk
masyarakat yang suka berhimpun dengan tertib dan mendapatkan
manfaat bersama demi kemaslahatan bangsa, agama dan juga negara.

Related : sekolah supaya maklumat yang penting, wajib diadakan pada


pagi setiap hari isnin dengan menghimpun semua murid dan guru guru
di sesuatu tempat

https://www.ipendidikan.my/perhimpunan-sekolah.html 5/5
05/02/2022, 22:53 Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan (Kebaikan Rekreasi)

Karangan

Kepentingan Riadah Dalam


Kehidupan Seharian

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan


Seharian
Disemak dan dikemaskini pada pukul 6:06 pm, 9 September 2020

Banyak perkara yang boleh seseorang individu tersebut lakukan untuk


mendapat manfaat yang berguna dalam kehidupan. Pelajar mampu
menjawab soalan sebegini kerana ia merupakan antara subjek yang
dipelajari di sekolah iaitu pendidikan jasmani. Penulisan karangan yang
baik hendaklah menggunakan peribahasa melayu dan simpulan bahasa
agar menarik minat guru yang membaca.

Riadah adalah aktiviti yang mempunyai pelbagai kepentingan kepada


diri, masyarakat dan negara tanpa kita sedari.Berikut adalah contoh isi
dan karangan berkaitan dengan kepentingan riadah dalam kehidupan.
Ianya terdiri daripada pendahuluan, empat isi penting dan penutup.

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kebaikan Dan Kepentingan Beriadah Dan Berekreasi Dalam


Kehidupan Seharian
2. Contoh Karangan Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-riadah.html 1/4
05/02/2022, 22:53 Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan (Kebaikan Rekreasi)

Kebaikan Dan Kepentingan Beriadah


Dan Berekreasi Dalam Kehidupan
Seharian

Isi-isi penting
mengisi masa lapang
memastikan kesihatan diri terjaga
mengeratkan hubungan sesama keluarga atau rakan
menjadi medium penyatuan rakyat
mencabar kemampuan diri
Menambah keyakinan dan motivasi diri

Contoh Karangan Kepentingan Riadah Dalam


Kehidupan
Pendahuluan
Seiring dengan era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini,
masyarakat kita ada yang terlalu taksub dengan mengejar kemewahan.
Tanggapan kekayaan merupakan kunci kepada segala kesenangan
sudah sebati dalam kehidupan mereka sehingga mereka alpa akan
kepentingan aktiviti riadah yang menjadi salah satu amalan dalam
mempraktikkan gaya hidup sihat. Riadah adalah senaman atau
menggerakkan semua anggota tubuh badan dengan cara-cara tertentu.
Banyak aktiviti riadah yang boleh diamalkan seperti berjoging dan
menyertai senam robik yang tidak memakan masa yang lama dan
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-riadah.html 2/4
05/02/2022, 22:53 Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan (Kebaikan Rekreasi)

mudah untuk dilakukan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
yang bermaksud jika kita berusaha untuk memberikan masa melakukan
aktiviti riadah nescaya kita akan berbangga dengan hasil usaha kita
diwaktu kelak.

Isi 1
Aktiviti riadah atau senaman ini adalah penting kerana ia wajar
diamalkan dalam mengisi masa lapang seseorang. Jika di bandingkan
dengan aktiviti lain seperti bermain permainan video atau melepak di
kedai mamak, beriadah adalah aktiviti yang sihat untuk diamalkan.
Kemudahan untuk melakuakan aktiviti rekreasi telah berkembang dan
tidak memerlukan kos yang banyak untuk menggunakannya. Jadi, lebih
baik kita melabur wang dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang
mendatangkan manfaat pada fizikal dan mental kita berbanding
menghabiskan duit kepada aktiviti yang membuang masa dan sia-sia.
Bak kata peribahasa Melayu, tepuk dada, tanya selera di mana sesuatu
pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut
keyakinan diri kita sendiri.

Isi 2
Riadah adalah penting kerana ia merupakan aktiviti yang dapat
memastikan kesihatan diri kita terjamin. Apabila kita beriadah, peluh
yang dihasilkan mempunyai toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam
badan dan kadar lemak dalam badan akan berkurangan. Kita hanya
perlu konsisten dalam melakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau
menunggang kuda dalam tempoh masa paling kurang 30 minit sehari.
Sistem kardiologi dan stamina kita akan menjadi lebih baik dan terhindar
daripada penyakit-penyakit seperti obesiti dan darah tinggi. Sebelum
nasi menjadi bubur, adalah rasional untuk kita mengamalkan aktiviti
riadah kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

Isi 3
Selain itu, aktiviti-aktiviti rekreasi mampu menjadi medium perhubungan
silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan. Jika kita imbas kembali
pada zaman kanak-kanak kita, setibanya waktu petang kita akan keluar
rumah untuk bermain di padang atau taman permainan bersama
sesiapa sahaja yang ingin bermain bersama dan dari situ kita akan
berkenalan dan menjadi rapat dengan rakan sepermainan kita. Aktiviti
seperti bermain boling pada hujung minggu bersama keluarga dan
rakan-rakan dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain di
samping berhibur dan mengeluarkan peluh yang sihat. Bagi golongan
pekerja pula, syarikat atau pejabat selalunya menganjurkan aktiviti

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-riadah.html 3/4
05/02/2022, 22:53 Kepentingan Riadah Dalam Kehidupan (Kebaikan Rekreasi)

rekreasi bersama sekurangnya setahun sekali bagi menambah nilai


kekitaan antara rakan sekerja yang sekaligus menyumbang pada
prestasi kerja yang lebih baik.

Isi 4
Menyingkap dari sudut lain, aktiviti riadah dapat menyatukan rakyat kita
yang terdiri daripada berbilang kaum. Bagi mengelakkan sentimen
perkauman yang selalunya dijadikan isu oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab, kita sebagai warganegara Malaysia seharusnya
melibatkan diri dengan aktiviti riadah tanpa mengira kaum, bangsa dan
agama. Bak kata peribahasa melayu bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Sebagai contoh, skuad bola sepak kebangsaan yang terkenal
dengan nama harimau malaya pernah mengharumkan nama negara di
peringkat Komanwel dan pasukan tersebut terdiri daripada pelbagai
kaum. Jadi marilah kita berganding bahu dalam menepis sentimen yang
sensitif ini dengan beriadah bersama-sama kerana kekuatan kita pada
penyatuan bukan perpecahan.

Penutup
Secara tuntas, banyak kepentingan beriadah yang dapat dimanfaatkan
dalam kehidupan oleh masyarakat kita secara tersurat dan tersirat. Kita
seharusnya bekerjasama bagai aur dan tebing dalam merencana
sesuatu untuk kita meluangkan masa beriadah dan menyebarkan
kesedaran tentang faedahnya kepada khalayak umum. Media massa
dan agensi kerajaan mampu menjadi tunjang dalam menggalakkan
rakyat Malaysia beriadah kerana badan yang sihat menjamin otak yang
cerdas. Bersama-sama kita ke arah melahirkan generasi yang berfikiran
waja, sihat jasmani dan rohani serta hidup dalam harmoni.

Related : perpaduan kaum menyihatkan tubuh badan kasih


sayang kementerian kesihatan kesimpulannya aktiviti ahli
keluarga hubungan kekeluargaan, anak anak

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-riadah.html 4/4
05/02/2022, 23:01 Kepentingan Sains Dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia

Karangan

Kepentingan Sains Dan Teknologi


Dalam Kehidupan Harian

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Sains Dan Teknologi Dalam


Kehidupan Harian
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:52 pm, 16 November 2021

Perhatian kepada pelajar yang mencari contoh penulisan karangan


Bahasa Melayu. Tahukah anda dengan merujuk contoh secara atas
talian, pelajar boleh menjumpai idea atau isi penting yang baharu dan
berbeza dengan kelaziman yang anda gunakan. Tambahan pula,
pelabagi tema dan tajuk yang boleh dibaca sebagai rujukan untuk
menyiapkan kerja sekolah atau bersedia menghadapi peperiksaan.
Berikut dikongsikan contoh karangan kepentingan sains dan teknologi
dalam kehidupan manusia untuk panduan semua.

Sains merupakan pembelajaran dan kajian tentang satu perkara


manakala tekonolgi pula adalah ciptaan manusia untuk menyelesaikan
sesuatu masalah berdasarkan fakta dan kajian saintifik. Oleh itu, kedua-
duanya saling berkait antara satu sama lain kerana ia memerlukan input
dari kedua-dua pihak. Kita sebagai manusia yang bijak seharusnya
menjadikannya sebagai agenda utama dalam mengcapi kemajuan pada
hari ini kerana ia bakal membawa setiap sudut kehidupan manusia ke
alaf yang baharu.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sains-dan-teknologi.html 1/5
05/02/2022, 23:01 Kepentingan Sains Dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia

Isi Kandungan [Tutup]

1. Manfaat Sains dan Teknologi Kepada Kehidupan Manusia


2. Contoh Karangan Kebaikan/ Pentingnya Sains dan Teknologi Dalam
Kehidupan Manusia

Manfaat Sains dan Teknologi Kepada


Kehidupan Manusia
Isi-isi penting
Memudahkan komunikasi antara manusia
Menyumbang kepada perkembangan industri kesihatan
Meningkatkan sektor pendidikan
Memulihara dan memelihara alam sekitar
Memudahkan pergerakan manusia
Meningkatkan hasil pertanian dan agrikultur

Baca juga: Punca Remaja Melarikan Diri Dari Rumah

Contoh Karangan Kebaikan/ Pentingnya Sains


dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia
Pendahuluan
Sains dan teknologi dilihat sebagai satu perkara yang prima dalam
kehidupan manusia sejak memasuki abad ke 21. Perkembangannya

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sains-dan-teknologi.html 2/5
05/02/2022, 23:01 Kepentingan Sains Dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia

dilihat tumbuh ibarat cendawan selepas hujan apabila kos


menggunakan teknologi semakin berpatutan dan dikomersialkan sesuai
dengan kehidupan manusia. Mungkin kehadiran teknologi pada zaman
dahulu tidak mempunyai ekosistem yang seimbang untuk disokong. Kini,
perkembangan yang pesat dirai malah menjadi perlumbaan antara
negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Pelbagai
manfaat yang diperoleh kesan daripada perkembangan terhadap
kehidupan manusia. Ada juga yang mendatangkan mudarat tetapi
sebagai masyarakat yang berminda kelas pertama, kita perlu
membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Oleh itu, wajar untuk
kita bincangkan apakah kepentingan sains & teknologi dalam kehidupan
manusia?

Isi 1
Antara kepentingannya adalah memudahkan komunikasi antara
manusia. Dalam mendepani era globalisasi ini, kita dapat berhubung
dengan semua manusia di segenap pelusuk dunia walaupun berbeza
bahasa dengan adanya teknologi. Perbezaan bahasa yang sebelum ini
perlu mengambil masa ynag lama untuk dipelajari boleh diselesaikan
dalam beberapa saat sahaja. Impaknya, pelbagai ilmu, budaya dan juga
perkara-perkara lain dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama-sama.
Selain itu, kita juga dapat berhubung antara satu sama lain tanpa
mengira masa dan jarak pada hari ini dan kesannya bukan sahaja pada
sektor ekonomi malah mengubah cara sosial masyarakat masa kini.
Misalnya penggunaan aplikasi Whatsapp yang membolehkan kita
menghantar mesej atau membuat panggilan video kepada kenalan kita
hasil daripada ciptaan teknologi dan penggunaan sains yang difahami
oleh manusia hari ini. Bak kata pepatah Melayu, lain dahulu lain
sekarang. Intihannya, perkembangannyamembuka ruang komunikasi
antara manusia yang tidak pernah dibayangkan pada zaman dahulu.

Isi 2
Di samping itu, hasil perkembangannya telah menyumbang kepada
kemajuan industri kesihatan secara global. Pelbagai ubat dan rawatan
baharu yang dapat dihasilkan bagi merawat pesakit-pesakit yang
menghidapi pelbagai jenis penyakit. Ia juga membantu dalam mencegah
penyakit-penyakit berjangkit daripada menular dan mengorbankan
ribuan nyawa manusia seperti zaman dahulu. Kini, ianya telah
menjadikan makmal perubatan sebuah institusi yang penting bagi
manusia untuk mengkaji dan mencari penawar kepada penyakit-
penyakit yang memudaratkan kehidupan manusia. Selain itu, kolaborasi
antara sains & teknologi juga menyumbang kepada obeservasi
kesihatan kendiri apabila jam tangan pintar berjaya dicipta. Pemakai jam
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sains-dan-teknologi.html 3/5
05/02/2022, 23:01 Kepentingan Sains Dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia

tangan ini dapat melihat kadar degupan jantung yang memberi indikasi
kepada tahap kesihatan seseorang individu. Sekiranya setiap individu
dapat menggunakan jam ini dan menjaga kesihatan secara kendiri, ia
pasti dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera. Izharnya,
pelabgai manfaat dari sudut kesihatan yang kita peroleh hasil daripada
perkembangan sains & teknologi. Kita hendaklah menyediakan payung
sebelum hujan supaya tidak kesal dikemudian hari.

Isi 3
Kepentingan lain yang ketara hasil daripada perkembangan sains &
teknologi adalah meningkatkan sektor pendidikan. Sebelum ini,
pendidikan khususnya di peringkat tertiari menggunakan kaedah yang
mengambil masa yang lama kerana pelajar perlu menelaah dan
mentafsir buku-buku yang berkaitan untuk menghasilkan laporan atau
menyiapkan tugasan. Tetapi dengan kemudahan Internet, pelajar boleh
menyediakan laporan atau menyiapkan tugasan dalam tempoh masa
yang lebih pantas. manakal bagi pelajar di peringkat rendah, pendidikan
secara interaktif semakin diketengahkan supaya dapat menarik minat
pelajar. Ia bukan sahaja memberi kesan terhadap ilmu dan pengetahuan
pelajar malah membantu mereka untuk berfikir secara kreatif dan
inovatif. Pada masa akan datang, tiada lagi pembelajaran yang
membosankan dan kanak-kanak dapat menikmati ilmu dan
pengetahuan dalam bentuk yang mereka sukai. Justifikasinya, dengan
adanya perkembangan sains & teknologi maka pendidikan dapat
ditambah baik dan memberi kesan yang positif serta efisien kepada
masyarakat. Hal ini demikian kerana, laut yang ditimba tidak akan
kering.

Isi 4
Pada waktu yang sama, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar
dapat direalisasikan dengan perkembangan sains & teknologi. Saban
hari kita disiarkan dengan berita bencana alam yang menimpa kawasan
tertentu seperti pembakaran hutan semulajadi, tanah runtuh, banjir kilat
dan ribut yang luar biasa. Para saintis telah pun menyatakan sejak
beberapa tahun dahulu bahawa ekosistem dunia menjadi tidak
seimbang dek kerana ketamakan manusia mengejar pembangunan
tanpa memikirkan kesannya. Perindustrian, pembuangan sampah dan
pelbagai lagi masalah yang menyumbang kepada pemanasan global
serta efek rumah hijau yang menggangu ekosistem bumi. Maka, sains &
teknologi adalah penyelamat kepada spesis manusia jika ingin terus
menetap di muka bumi ini. Ciptaan teknologi yang mesra alam dan
alternatif kepada sumber boleh diperbaharui perlu disokong supaya
sumber alam yang tidak boleh diperbaharui, tidak dimusnahkan.
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sains-dan-teknologi.html 4/5
05/02/2022, 23:01 Kepentingan Sains Dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia

Tamsilnya, penggunaan kereta elektrik yang mengurangkan penghasilan


karbon serta menggunakan tenaga boleh diperbaharui. Tuntasnya,
perkembangan sains & teknologi penting dalam mengekalkan khazanah
alam yang kita miliki hari ini demi masa hadapan kerana generasi hari ini
hanyalah menumpang sumber dan khazanah yang dimiliki generasi
akan datang.

Penutup
Kesimpulan kepada perbincangan di atas, sains & teknologi adalah
komponen yang mustahak dalam kehidupan manusia serta memainkan
peranan yang penting dalam kelangsungan hidup manusia. Sinergi
antara dua komponen ini dapat membawa ketamadunan manusia ke
satu tahap yang lebih tinggi. Persis kata peribahasa Melayu, kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Namun begitu, dalam
mengejar kemajuan diharapkan usaha untuk memastikan ia
dimanfaatkan oleh segenap pelusuk manusia tanpa mengira darjat atau
latar belakang juga diberi perhatian. Masih banyak negara yang
ketinggalan dari segi aplikasi sains & teknologi. Sekiranya sains &
teknologi tersebut penting untuk kebajikan manusia seperti penghasilan
air bersih dan pertanian yang efisien maka ia wajar disokong serta
diberikan secara percuma atas dasar kemanusiaan. Semoga sains &
teknologi menjadi komponen yang dimanfaatkan oleh manusia untuk
kebaikan dan bukannya kemudaratan.

Related : sains teknologi dan inovasi datuk seri kuala lumpur dalam
bidang dan matematik, sekolah menengah

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sains-dan-teknologi.html 5/5
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara

Karangan

Kepentingan Sektor Pertanian


Kepada Negara Dan Masyarakat

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Sektor Pertanian Kepada


Negara Dan Masyarakat
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:10 pm, 12 Oktober 2020

Setiap tahun, pastinya terdapat soalan yang menjadi pilihan untuk keluar
ketika peperiksaan awam seperti SPM dijalankan. Pelajar perlu
mengambil tahu tentang intipati dan cara untuk menjawab soalan
tersebut tetapi tidak bergantung hanya kepada soalan tersebut. Pelajar
juga perlu bersedia untuk menjawab soalan penulisan karangan yang
berbeza tema dan tajuk. Di bawah dikongsikan contoh karangan
kepentingan sektor pertanian kepada negara sebagai rujukan untuk
semua.

Untuk makluman pelajar, sektor pertanian merangkumi tanaman sayur-


sayuran, buah-buahan, tanaman komersial seperti kelapa sawit, getah,
padi, ternakan poultri dan akuakultur. Oleh itu, pelajar dapat
memberikan pelbagai contoh yang berkaitan dengan isi yang diutarakan
kerana skop atau bidang pertanian adalah luas. Tambahan pula,
menggunakan data atau statistik daripada laporan agensi atau jabatan
kerajaan dapat memperkukuhkan sokongan isi yang ditulis oleh pelajar.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sektor-pertanian.html 1/6
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kebaikan Sektor Pertanian Kepada Negara


2. Contoh Karangan Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara

Kebaikan Sektor Pertanian Kepada


Negara
Isi-isi penting

Memanfaatkan sumber yang dimiliki oleh negara


Mewujudkan peluang pekerjaan
Meningkatkan pendapatan eksport negara
Mewujudkan keberdikarian bekalan makanan negara
Melahirkan imej yang baik untuk negara
Memelihara ekologi alam sekitar

Baca juga: Bagaimanakah Perintah Kawalan Pergerakan Disiplinkan


Rakyat Malaysia

Contoh Karangan Kepentingan Sektor


Pertanian Kepada Negara
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sektor-pertanian.html 2/6
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara

Mendepani era modenisasi dan globalisasi telah membuatkan kita alpa


dan leka mengejar kemajuan teknologi dan membina bandar serta
pencakar langit yang tidak memberikan impak begitu signifikan kepada
negara. Mungkin ada sebahagian individu yang melihat bahawa
kemajuan adalah apabila kita mempunyai bandar yang tersergam indah
dan masyarakat hidup dikelilingi gajet berteknologi tinggi. Sebaliknya,
keseimbangan dalam pelbagai industri akan membuatkan negara kita
maju dan dipandang tinggi oleh negara-negara lain. Misalnya di negara
Jepun dan Korea Selatan, setiap industri seperti teknologi, pertanian,
perindustrian dan pelancongan dibangunkan bersama-sama. Oleh itu,
barisan pimpinan negara perlu mengubah dasar dan polisi negara
supaya tidak kekal ditakuk lama. Salah satu sektor yang berpotensi
besar dalam meningkatkan kemajuan dan ekonomi negara adalah
sektor pertanian. Sektor yang sebelum ini dipandang enteng dan kurang
diberi perhatian sebenarnya mempunyai kepentingan yang memberikan
manfaat bukan sahaja kepada negara malah kepada masyarakat
tempatan dan juga alam sekitar.

Isi 1
Antara kepentingan untuk negara sektor ini adalah ia dapat membantu
kita memanfaatkan sumber yang dimiliki oleh negara. Umum
mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara yang dikelilingi dan
kaya dengan sumber alam seperti lautan, sungai, tanah tinggi dan juga
iklim yang kondusif. Justeru itu, kita seharusnya menggunakan sumber
tersebut dengan baik supaya memberikan manfaat kepada negara dan
juga bangsa. Sebagai contoh, penerokaan tanah untuk penanaman
kelapa sawit oleh Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abdul Razak
berjaya memberikan hasil yang baik kepada negara dan juga
masyarakat tempatan. Tetapi usaha tersebut haruslah diteruskan
dengan tabdir urus yang cekap serta amanah. Apabila mendapat
saingan daripada negara jiran seperti Indonesia, kita seharusnya
meningkatkan kualiti dan menjadi pengeluar utama kelapa sawit dalam
pasaran antarabangsa. Selain dapat memberikan hasil yang bernilai,
pertanian juga dapat memelihara alam sekitar daripada menjadi mangsa
pembangunan dan perindustrian. Secara tidak langsung, pemeliharaan
sumber alam dan ekologi akan menjadi seimbang dan dapat berkekalan
untuk generasi akan datang menerima manfaat daripadanya.

Isi 2
Apabila sektor pertanian diperluaskan dan menjadi agenda utama
kerajaan, ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat
tempatan terutamanya golongan luar bandar. Wawasan untuk
merapatkan jurang pendapatan penduduk bandar dan luar bandar dapat
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sektor-pertanian.html 3/6
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara

direalisasikan dengan merencana program pertanian yang efisien. Dari


segi infrasturktur dan bantuan, kita sudah pun mempunyai pelbagai
jabatan dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab membimbing para
petani untuk menghasilkan produk pertanian yang berkualiti serta
memberi pulangan yang berganda. Sekiranya setiap agensi kerajaan
dan organisasi swasta yang terlibat dalam pertanian mempunyai sinergi
dan iltizam yang sama pasti ramai petani-petani berjaya dapat
dihasilkan. Malahan, terdapat bekas graduan jurutera yang beralih
bidang kerjaya ke bidang pertanian dan berjaya. Beliau yang menjadi
peserta di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peradong,
Terengganu, berjaya memperoleh hasil tuaian Melon Manis Terengganu
sehingga RM 30,000 semusim. Graduan tersebut yang meninggalkan
bidang carigali minyak dan gas dan meraih pendapatan bulanan
sebanyak RM8,000 sebulan dengan bertani menjadi bukti sektor ini
mampu menghasilkan kerjaya yang baik. Persis kata Peribahasa, hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri
sendiri.

Isi 3
Sebagai masyarakat berminda kelas pertama, sektor pertanian adalah
penting bagi mewujudkan keberdikarian bekalan makanan negara.
Maksud kepada keberdikarian bekalan makanan adalah negara
menghasilkan dan membekalkan bekalan makanan tempatan secara
domestik dan tidak bergantung kepada industri import. Menurut laporan
buletin suku tahunan terkini (Suku Ketiga, 2019) oleh Bank Negara
Malaysia, negara kekal sebagai pengimport makanan dengan sekurang-
kurangnya seperempat daripada jumlah keseluruhan bekalan makanan
iaitu 24 peratus diimport. Ini bermakna Malaysia masih lagi tidak
mencapai tahap keberdikarian dalam bekalan makanan. Jika berlaku
bencana atau pandemik seperti COVID-19 dan rantaian import eksport
terpaks diputuskan maka kita tidak mampu untuk membekalkan
makanan kepada rakyat kita sendiri. Justeru, agenda ini adalah penting
bagi mengelakkan kita menghadapi kekurangan bekalan makanan pada
masa kini dan akan datang. Pihak berkuasa perlu menyusun strategi
dan bertindak sekarang dalam merencana kebergantungan bekalan
makanan tempatan terhadap sektor pertanian domestik. Bak kata
peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Dengan matlamat yang
jelas serta pelaksanaan tadbir urus yang cekap dan amanah, wawasan
ini pasti dapat dihasilkan bagi manfaat bersama.

Isi 4
Sekiranya kita berjaya membentuk bekalan makanan atau sumber
pertanian yang cukup untuk permintaan domestik, kita pasti dapat
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sektor-pertanian.html 4/6
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara

mengeluarkan hasil untuk pasaran antarabangsa. Dengan


meningkatkan sektor pertanian, negara dapat meningkatkan pendapatan
eksport serta menyumbang kepada pendapatan negara. Perkara ini
telah pun dibuktikan dengan pengkomersialan tanaman kelapa sawit
dan getah di mana Malaysia menjadi antara pengeluar utama di dunia.
Baru-baru ini tanaman buluh pula mendapat perhatian pemimpin negara
kerana mampu memberikan hasil pulangan yang lumayan. Sebanarnya
pelbagai lagi potensi yang dimiliki oleh negara dibawah sektor pertanian
seperti ternakan ikan, ternakan poultri dan juga tanaman sayur-sayuran
serta buah-buahan. Raja buah di hutan kita iaitu buah durian juga
semakin mendapat permintaan tinggi untuk dieksport ke negara luar.
Dengan sumber yang banyak dan disokong oleh infrastruktur yang baik
seperti lapangan terbang serta pelabuhan, pengeksportan hasil
pertanian pastinya dapat dipertingkatkan. Namun, usaha ini memerlukan
perancangan yang teliti dan kesabaran dalam mengecapi kejayaan yang
boleh dibanggakan. Kita perlu elak daripada bersikap seperti mendengar
guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Izharnya, dengan hasil tani
tempatan yang berkualiti, ia mampu dijual di peringkat antarabangsa
dan meningkatkan kadar eksport negara.

Penutup
Konklusinya, pelbagai kepentingan sektor pertanian yang menyumbang
kepada negara dan juga nusa bangsa. Masyarakat harus membuang
stigma lama bahawa bertani hanya untuk orang kampung dan tidak
mampu menjadi kerjaya yang stabil. Kita hanya memerlukan
pentadbiran yang efisien dan proaktif yang mampu mengumpulkan
tenaga kerja serta pakar untuk membentuk ekosistem pertanian
domestik yang unggul. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu,
yakni hanya jauhari mengenal manikam. Teknokrat dan golongan
professional seharusnya menjadi pemacu setiap industri dalam negara
bukannya golongan eksekutif yang tidak serba tahu-menahu dan hanya
mengejar kepentingan sendiri atau jangka masa pendek. Golongan
professional dan teknokrat ini lebih layak kerana mereka mempunyai
pengalaman dan pengetahuan yang mendalam. Malahan mereka telah
mendedikasikan hidup mereka ke dalam bidang yang mereka ceburi. Di
mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Semoga setiap golongan
membuka mata dan menyedari potensi sektor pertanian dalam negara
serta mengambil serius dalam menjaga kepentingan sektor tersebut
untuk kemaslahatan bersama.

Related : lada hitam sektor perindustrian pembangunan sektor bekalan


bahan bahan mentah bahan makanan makanan asas untuk

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sektor-pertanian.html 5/6
05/02/2022, 23:02 Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara

menggantikan, mengurabgkan kebergantungan masyarakat desa utama


negara menjana pendapatan

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sektor-pertanian.html 6/6
05/02/2022, 23:01 Kepentingan Semangat Kejiranan Kepada Masyarakat

Karangan

Kepentingan Semangat Kejiranan


Dalam Kehidupan Bermasyarakat

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Semangat Kejiranan Dalam


Kehidupan Bermasyarakat
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:40 pm, 14 September 2020

Untuk mendapatkan penulisan karangan Bahasa Melayu yang


cemerlang, pelajar perlu bijak mentakrif kehendak soalan yang
diberikan. Penggunaan idea atau isi-isi penting yang relevan mengikut
tajuk atau tema soalan. Sebagai rujukan buat pelajar, berikut
dikongsikan contoh karangan kepentingan semangat kejiranan kepada
masyarakat.

Pelajar perlu bersikap proaktif dalam menambah pengetahuan am


masing-masing supaya boleh digunakan dalam penghuraian penulisan
karangan. Selain itu, memasukkan kata-kata mutiara seperti jiran
sepakat, membawa berkat mampu menambah nilai kepada gaya
bahasa dan pengolahan para pelajar. Hasilnya penulisan karangan anda
akan tampil berbeza daripada rakan-rakan dan markah yang lebih baik
dapat diperoleh.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-semangat-kejiranan.html 1/5
05/02/2022, 23:01 Kepentingan Semangat Kejiranan Kepada Masyarakat

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kepentingan Semangat Kejiranan Mengukuhkan Semangat


Perpaduan Dalam Kalangan Penduduk
2. Contoh Karangan Kepentingan Semangat Kejiranan Kepada
Masyarakat

Kepentingan Semangat Kejiranan


Mengukuhkan Semangat Perpaduan
Dalam Kalangan Penduduk
Isi-isi penting
Memupuk semangat perpaduan
Memudahkan program atau aktiviti komuniti
Menjamin keselamatan setempat
Menarik minat pelancong asing
Melahirkan masyarakat yang harmoni
Membantu ketika kesusahan melanda

Baca juga: Usaha Mengatasi Vandalisme Dalam Kalangan Remaja

Contoh Karangan Kepentingan Semangat


Kejiranan Kepada Masyarakat
Pendahuluan
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-semangat-kejiranan.html 2/5
05/02/2022, 23:01 Kepentingan Semangat Kejiranan Kepada Masyarakat

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal


dan minda kita telah membuatkan kita terlalu sibuk bekerjaya sehingga
melupakan aspek kehidupan yang penting iaitu menjalinkan hubungan
yang baik dengan jiran tetangga. Jika diimbau pada masa dahulu,
masyarakat kita mempunyai hubungan yang baik antara jiran tetangga
sehingga boleh menjalankan aktiviti keramaian seperti bergotong-royong
untuk menyambut sesuatu keraian atau adat resam. Gaya hidup ibarat
hidup segan mati tak mahu hendaklah dielakkan kerana terdapat
pelbagai manfaat sekiranya kita menjalinkan hubungan yang baik
dengan jiran tetangga sehingga mewujudkan semangat kejiranan yang
utuh. Oleh itu, wajar untuk kita bincangkan apakah kepentingan
semangat kejiranan kepada masyarakat-masyarakat setempat hari ini.

Isi 1
Antara kepentingan semangat kejiranan adalah memupuk perpaduan
antara setiap ahli masyarakat di negara ini. Malaysia merupakan negara
yang unik kerana kita mempunyai rakyat yang berbilang bangsa, kaum
dan agama. Namun, disebalik perbezaan kita berjaya mencari
persamaan dan berbekalkan nilai-nilai murni seperti hormat-
menghormati serta bertolak ansur sering menjadi amalan masyarakat.
Mutakhir ini, timbul anasir-anasir yang ingin memecah belahkan
perpaduan yang telah terjalin begitu lama oleh masyarakat kita.
Semangat kejiranan yang mantap dapat menjadi solusi bagi melawan
polemik yang semakin membarah dalam komuniti pada masa kini.
Persis kata peribahasa Melayu, buang yang keruh, ambil yang jernih.
Natijahnya, perpaduan yang erat antara satu sama lain akan lahir
apabila semangat kejiranan timbul di kawasan yang didiami oleh kita
dan menjadi suri teladan hidup berjiran. Bahawasanya sikap mengambil
berat adalah antara langkah-langkah untuk mengelakkan tidak
kefahaman antara satu sama lain.

Isi 2
Jika dipandang pada sudut yang berlainan, semangat kejiranan dapat
memudahkan penganjuran program atau aktiviti yang berbentuk
komuniti. Umum sedia maklum bahawa pihak kerajaan melalui
agensinya akan melakukan aktiviti di peringkat komuniti tempatan bagi
menyampaikan bantuan dan sebagainya. Seandainya, masyarakat
setempat mempunyai semangat kejiranan yang baik, pastinya objektif
seperti penyampaian bantuan dapat diberikan kepada mereka yang
berhak mendapatkannya. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan
dengan cepat dan lancar apabila ramai pihak menyumbangkan tenaga
bagai aur dengan tebing. Selain itu, kita juga dapat menjimatkan masa
yang terluang dengan melakukan aktiviti bermanfaat yang lain seperti
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-semangat-kejiranan.html 3/5
05/02/2022, 23:01 Kepentingan Semangat Kejiranan Kepada Masyarakat

menganjurkan majlis rumah terbuka. Intihannya, masayrakat yang


memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan
dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk
semua.

Isi 3
Pada masa yang sama, semangat kejiranan yang kukuh akan menjamin
keselamatan diri dan ahli masyarakat setempat. Keselamatan adalah
perkara yang mustahak dalam menentukan seseorang untuk memilih
kawasan kediaman masing-masing. Sebagai masyarakat yang
bertanggungjawab, persatuan jiran tetangga boleh ditubuhkan bagi
menjalankan tugas keslsematan seperti meronda pada waktu malam.
Langkah ini dapat menimbulkan rasa selamat dikalangan penduduk.
Kejadian seperti rompakan, ragut dan penculikan dapat dibanteras
sekiranya terdapat mata-mata yang mengawasi kawasan perumahan
kita. Penjenayah juga tidak berani untuk melakukan jenayah dalam
kawasan yang mempunyai semangat kejiranan yang kukuh. Tambahan
pula, ibu dan bapa akan berasa selamat untuk membiarkan anak-anak
bermain di taman permainan yang berdekatan kerana ancaman jenayah
telah dikurangkan. Izharnya, kesepakatan masyarakat dalam membuat
sesuatu perkara boleh meningkatkan tahap keselamatan kawasan
sekitar.

Isi 4
Akhir sekali, semangat kejiranan yang utuh dapat menarik pelancong
asing untuk berkunjung ke negara kita. Keunikan kehidupan masyarakat
majmuk merupakan antara tarikan pelancong asing di samping
keindahan pulau dan gunung-ganang yang dimiliki oleh tanah air ini.
Hasil kehidupan yang berlatar belakangkan pelbagai kaum, agama dan
bangsa, terdapat diversiti budaya dan tradisi yang berpotensi untuk
dipersembahkan kepada pelancong. Tamsilnya, penganjuran rumah
terbuka pada hari perayaan menjadi medan perpaduan antara semua
rakyat Malaysia dan pelancong asing berasa kagum bagaimana kita
mampu menyambut perayaan bersama-sama. Kita sebenarnya mampu
menjadi egen penyatuan masyarakat antarabangsa kerana kemampuan
kita tinggal di bawah satu negara yang sama sejak dahulu lagi.
Kesannya, semangat kejiranan bukan sahaja memberikan imej yang
baik kepada negara malah semangat kejiranan dapat meningkatkan
ekonomi dengan kedatangan pelancong asing ke pusat-pusat
pelancongan dalam negara.

Penutup

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-semangat-kejiranan.html 4/5
05/02/2022, 23:01 Kepentingan Semangat Kejiranan Kepada Masyarakat

Sebagai menutup ruang perbincangan di atas, kita dapat simpulkan


bahawa pelbagai kepentingan yang terkandung dalam semangat
kejiranan sekiranya kita berjaya menyemarakkannya. Bahkan ia
merupakan tradisi turun-temurun yang diamalkan oleh nenek moyang
kita ketika dahulu. Ibarat petikan daripada lagu hasil artis tempatan, ikan
di laut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat. Ibu dan bapa perlu
memainkan peranan dalam menjaga kepentingan semangat kejiranan.
Tuntasnya, semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam
mengekalkan dasar kepada pembinaan negara Malaysia malah
sumbangannya adalah mustahak bagi memastikan Malaysia kekal
berdaya saing dan mencapai kemajuan yang disasarkan secara tidak
langsung. Semoga rakyat kita bersatu padu dalam menghadapi segala
kemungkinan di masa hadapan dan seterusnya menjadi imej perpaduan
kepada masyarakat dunia demi kebaikan manusia sejagat.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-semangat-kejiranan.html 5/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Teknologi Maklumat Kepada Golongan Remaja

Karangan

Kepentingan Teknologi Maklumat


Kepada Golongan Remaja & Pelajar

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Teknologi Maklumat Kepada


Golongan Remaja & Pelajar
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:53 pm, 22 Januari 2021

Perhatian kepada pelajar yang akan mengambil kertas peperiksaan bagi


matapelajaran Bahasa Melayu. Tahukah anda, soalan penulisan
karangan terdiri daripada pelbagai tajuk dan tema bagi menguji
kemampuan pelajar? Oleh itu, pelajar dinasihatkan untuk melakukan
latihan tambahan atau merujuk contoh karangan secara atas talian bagi
mendedahkan diri terhadap tajuk atau tema yang lazimnya dijadikan
soalan dalam peperiksaan. Sebagai panduan buat para pelajar, berikut
adalah contoh karangan faedah-faedah menguasai teknologi maklumat
kepada golongan remaja.

Tema atau tajuk persoalan karangan seperti di bawah seharusnya


mudah untuk dihuraikan oleh para pelajar kerana ia berkait dengan
kehidupan sebagai seoraang remaja hari ini. Pelajar hanya perlu
menghuraikan isi-isi penting berdasarkan pengetahuan anda dan
menggunakan frasa-frasa menarik tanpa ada kesalahan tatabahasa dan
sebagainya. Selain itu, bimbingan daripada guru juga mustahak supaya
penulisan karangan pelajar menepati kehendak soalan yang diberikan.

https://www.ipendidikan.my/faedah-menguasai-teknologi-maklumat.html 1/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Teknologi Maklumat Kepada Golongan Remaja

Isi Kandungan [Tutup]

1. Faedah-Faedah Menguasai Teknologi Maklumat Kepada Golongan


Remaja
2. Contoh Karangan Kepentingan Menguasai Teknologi Maklumat
Kepada Golongan Remaja

Faedah-Faedah Menguasai Teknologi


Maklumat Kepada Golongan Remaja
Isi-isi penting
Meningkatkan pengetahuan am
Memperkasa kemahiran diri
Memudahkan komunikasi
Menambah pendapatan
Menjimatkan masa dalam pelbagai urusan
Membina jati diri yang unggul

Baca juga: Contoh-Contoh Karangan Berkaitan Remaja

Contoh Karangan Kepentingan Menguasai


Teknologi Maklumat Kepada Golongan Remaja
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/faedah-menguasai-teknologi-maklumat.html 2/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Teknologi Maklumat Kepada Golongan Remaja

Dasawarsa ini, perkembangan teknologi telah mengubah cara hidup


masyarakat konvensional untuk bergantung kepada kemudahan yang
telah dicipta. Kelahiran gajet-gajet seperti komputer dan telefon pintar
menerima impak yang besar daripada setiap golongan manusia sama
ada untuk kegunaan peribadi atau organisasi syarikat. Teknologi
maklumat boleh didefinisikan sebagai penggunaan sistem komputer dan
telekomunikasi untuk menyimpan, mengambil, melindung, memproses,
melihat dan menghantar maklumat tanpa batasan waktu dan tempat.
Seperti semua ciptaan manusia, tiada apa yang sempurna. Begitu juga
dengan teknologi maklumat dimana terdapat kesan yang negatif dan
positif terhadap penggunaannya. Oleh itu, mustahak untuk kita
mempelajari dan menguasai teknologi ini supaya dapat buang yang
keruh dan ambil yang jernih. Golongan remaja dan kanak-kanak yang
merupakan tunjang masa hadapan nusa dan bangsa seharusnya
menguasai teknologi maklumat selaras dengan perkembangannya agar
faedah-faedah yang mampu diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Isi 1
Antara faedah dalam menguasai teknologi maklumat adalah
meningkatkan pengetahuan am dalam kalangan para remaja. Mutakhir
ini, generasi muda tidak gemar atau ambil peduli terhadap isu-isu
semasa atau maklumat terkini dek kerana lebih gemar bermain
permainan video dan leka dengan rancangan-rancangan hiburan.
Remaja seharusnya bersikap cakna dengan perkembangan isu-isu
semasa yang berlaku secara domestik mahupun antarabangsa. Isu
yang berat seperti perkembangan politik, pengurusan kewangan dan
masalah kesihatan lazimnya tidak mendapat perhatian daripada
golongan ini. Tetapi dengan perkembangan teknologi maklumat seperti
media sosial, segala maklumat boleh diperoleh dengan pantas tanpa
mengira sempadan waktu dan tempat. Penularan berita juga adalah
lebih pantas sekiranya dimuat naik ke laman sosial yang menjadi lubuk
informasi terkini. Pengetahuan am ini adalah penting supaya golongan
remaja mengenali dan mengetahui hak mereka serta dapat memberikan
pendapat atau solusi berkenaan isu-isu semasa yang membuatkan
negara asing bergolak. Tambahan pula, mereka dapat mengambil
pengajaran daripada apa yang berlaku di negara lain dan tidak
mengulangi kesilapan yang sama di negara ini. Intihannya, dengan
mempelajari teknologi maklumat, ia membantu melahirkan golongan
remaja yang berpengetahuan luas dan tidak bersikap seperti katak di
bawah tempurung.

Isi 2

https://www.ipendidikan.my/faedah-menguasai-teknologi-maklumat.html 3/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Teknologi Maklumat Kepada Golongan Remaja

Di samping itu, teknologi maklumat dapat membantu memperkasa


kemahiran diri golongan remaja. Dalam mendepani arus modenisasi hari
ini, kebanyakan di antara kita terutamanya para remaja harus
menguasai lebih daripada satu kemahiran untuk kekal relevan dalam
apa jua bidang pekerjaan. Hal ini demikian kerana skop pekerjaan yang
ditawarkan pada masa kini memerlukan pekerja yang berkemahiran
tinggi dan pelbagai. Misalnya, kemahiran berkomunikasi dan
pembawaan imej diri telah menjadi kriteria utama bagi penilaian dalam
perkembangan karier pada masa hadapan. Maka, golongan remaja
boleh mempelajari kemahiran di luar bilik darjah melalui aplikasi
penstriman video seperti Youtube. Selain itu, golongan remaja juga perlu
membudayakan pengadaptasian penggunaan teknologi dalam
kehidupan harian kerana segala aspek kehidupan pada masa akan
datang akan dipenuhi dengan teknologi yang lebih mudah dan efisien
untuk diuruskan. Sejajar dengan perkembangan teknologi yang pantas,
remaja juga harus bijak menambah kemahiran lain supaya menjadi nilai
tambah kepada diri apabila ingin memulakan karier pekerjaan.

Isi 3
Pada masa yang sama, penguasaan teknologi maklumat juga dapat
memudahkan komunikasi sesama manusia tanpa batasan waktu dan
tempat. Kewujudan aplikasi teknologi seperti Whatsapp telah mengubah
cara komunikasi manusia di mana panggilan suara melalui telefon kini
telah ditambah baik dengan panggilan video. Anda dapat bersua muka
dalam masa sebenar dan berkomunikasi dengan lebih baik.
Perhubungan jarak jauh telah menjadi kelaziman masyarakat dan ini
membantu proses globalisasi yang perlu diterima dan dimanfaatkan oleh
para remaja khususnya. Kelahiran aplikasi media sosial seperti
Facebook, Twitter dan Instagram telah membuka ruang kepada setiap
penggunanya untuk meluaskan rakaian hubungan ke serata dunia.
Tambahan pula, kemudahan komunikasi melalui teknologi maklumat
adalah penting dalam aspek keselamatan diri. Hal ini kerana penggilan
kecemasan dan perkongsian lokasi boleh dilakukan dengan mudah jika
mangsa berada dalam situasi kecemasan atau diancam
keselamatannya. Peribahasa Melayu berkata, lain dahulu lain sekarang
yang bermaksud cara komunikasi dahulu berbeza jika dibandingkan
dengan sekarang. Izharnya, penguasaan teknologi maklumat akan
memudahkan komunikasi antara satu sama lain tanpa mengira jarak
dan waktu.

Isi 4
Faedah lain yang akan diperoleh sekiranya golongan remaja menguasai
teknologi maklumat adalah menambah pendapatan diri. Dalam
https://www.ipendidikan.my/faedah-menguasai-teknologi-maklumat.html 4/5
05/02/2022, 22:58 Kepentingan Teknologi Maklumat Kepada Golongan Remaja

kegawatan ekonomi yang tidak menentu penjanaan pendapatan


sampingan menjadi suatu perkara yang lazim dan pentting untuk
dilakukan oleh masyarakat hari ini. Dengan menguasai teknologi
maklumat, golongan remaja boleh menceburi bidang perniagaan secara
atas talian dan membantu keluarga atau ibu bapa untuk menjana
pendapatan sampingan. Sebagai contoh, keluarga anda memiliki
perniagaan kek dan pastri. Anda boleh membantu perkembangan
perniagaan tersebut menggunakan hujung jari dengan membuka laman
sosial bagi tujuan promosi dan pemasaran. Selain itu, aplikasi
penghantaran seperti FoodPanda dan GrabFood dapat digunakan
sekiranya anda menguasai penggunaan teknologi maklumat dan
mengadaptasi sistem tersebut dalam perniagaan milik keluarga. Secara
tidak langsung, anda telah menguasai dua bidang dalam satu pekerjaan
iaitu teknologi dan perniagaan. Persis kata peribahasa jika tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai faedah yang akan diperoleh sekiranya
golongan remaja menguasai teknologi maklumat. Kini ia terserah
kepada para remaja sama ada ingin memanfaat sebaik-baiknya atau
tidak dalam perkembangan teknologi hari ini. Usaha ini juga wajar
disokong oleh kerajaan dalam melaksanakan pendidikan berteraskan
teknologi seperti program internet untuk sekolah bestari serta
menggalakkan penceburan teknologi maklumat dalam setiap industri
ekonomi dalam negara. Setiap pihak seharusnya bersedia untuk
melakukan anjakan paradigma dalam memanfaatkan teknologi
maklumat dalam setiap segi kehidupan mahupun pekerjaan. Para
remaja pula seharusnya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
menguasai teknologi maklumat kerana laut yang ditimba tidak akan
kering. Semoga generasi muda di negara ini menjadi generasi yang
berjaya dalam memacu negara ke arah kemajuan dan progesif yang
berkekalan di samping mengutamakan perkembangan teknologi dan
kesejahteraan hidup bermasyarakat. Kelak kemampuan industri
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang digunakan masyarakat
dan negara menjadikan Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan negara-negara maju dari negara luar.

https://www.ipendidikan.my/faedah-menguasai-teknologi-maklumat.html 5/5
05/02/2022, 22:56 Kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Terhadap Kesihatan

Karangan

Kesan Pengambilan Makanan Segera


Secara Berlebihan

Ipendidikan » Karangan » Kesan Pengambilan Makanan Segera


Secara Berlebihan
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:10 pm, 4 Mei 2020

Masalah berkaitan kesihatan masyarakat sering kali menjadi pilihan


soalan oleh guru-guru. Hal ini memudahkan para pelajar untuk mencari
isi-isi penting yang bersesuaian serta mampu untuk menghuraikannya
dalam bentuk penulisan karangan yang cemerlang. Berikut adalah
contoh isi dan karangan berkaitan dengan kesan-kesan buruk
pengambilan makanan segera terhadap kesihatan untuk rujukan pelajar.
Ianya terdiri daripada pendahuluan, empat isi penting dan penutup.

Isu pemakanan segera adalah contoh yang boleh dikaitkan dengan para
pelajar agar mereka sendiri mendapat iktibar daripada hasil penulisan
mereka. Bagi pelajar, latihan penulisan karangan hendaklah
menggalakkan penggunaan peribahasa Melayu, simpulan bahasa dan
penanda wacana bagi menambah unsur penarikan dalam karangan
masing-masing. Selain itu, bimbingan daripada guru juga penting agar
penulisan karangan pelajar mengikut kehendak soalan yang diberikan.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/kesan-buruk-pengambilan-makanan-segera.html 1/4
05/02/2022, 22:56 Kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Terhadap Kesihatan

1. Kesan-Kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera


2. Contoh Karangan Kesan-Kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera
Kepada Kesihatan Seseorang

Kesan-Kesan Buruk Pengambilan


Makanan Segera

Isi-isi penting
Menyebabkan penyakit kronik
Masalah obesiti
Membantut pertumbuhan kanak-kanak
Mengurangkan produktiviti seseorang
Mengakibatkan kerosakan gigi
Mengganggu fungsi otak

Baca juga: Cara Kira Bilangan Patah Perkataan Dalam Karangan


Bahasa Melayu

Contoh Karangan Kesan-Kesan Buruk


Pengambilan Makanan Segera Kepada
Kesihatan Seseorang
Pendahuluan
Dalam meniti kehidupan pada marcapada, pelbagai urusan yang harus
dilaksanakan serta memakan masa individu tersebut sehinggakan
https://www.ipendidikan.my/kesan-buruk-pengambilan-makanan-segera.html 2/4
05/02/2022, 22:56 Kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Terhadap Kesihatan

lumrah manusia seperti makan dan minum semakin sukar. Kesibukan


mengejar matlamat atau cita-cita hidup membuatkan kita alpa untuk
mengambil serius dalam pemakanan kita dengan mengambil makanan
segera sebagai rutin demi menjimatkan masa. Makanan segera seperti
burger dan mee segera adalah makanan yang telah diproses dan
mengandungi pelbagai bahan kimia yang mampu memudahkan
pemakanan dan menambah tempoh luput makanan tersebut.
Kandungan dalam makanan tersebut yang menjadi punca utama
keburukan mengambil makanan segera secara kerap.

Isi 1
Kesan paling buruk dalam pengambilan makanan segera adalah
menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit-penyakit kronik.
Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan makanan
segera adalah penyakit darah tinggi dan kencing manis. Kandungan
kolesterol dan kadar gula yang amat tinggi pada makanan segera akan
mengganggu fungsi badan kita bagi merembes bahan-bahan yang tidak
diperlukan dalam badan. Sekiranya amalan gaya hidup yang sihat dan
pemakanan yang seimbang tidak dipraktikkan oleh semua golongan di
Malaysia, kadar kesihatan akan menjunam dan akan merosakkan imej
negara kita. Persis kata peribahasa Melayu, sesal dulu pendapatan,
sesal kemudian tiada guna yang bermaksud fikirlah tindakan kita hari ini
sebelum mendapat akibatnya kelak.

Isi 2
Selain itu, kekerapan pengambilan makanan segera akan menyumbang
kepada masalah obesiti. Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa
Malaysia merupakan negara pertama dalam kedudukan rakyat yang
mempunyai masalah kegemukan. Faktor harga yang murah dan akses
yang mudah bagi mendapatkan makanan segera menjadi punca rakyat
di negara ini suka membeli makanan segera berbanding memasak
makanan yang lebih berkhasiat. Lambakan snek-snek makanan ringan
yang tidak berkhasiat juga menjadi punca kepada masalah obesiti ini di
mana konsumer utama terdiri daripada kanak-kanak yang lebih gemar
kepada makanan segera. Hal ini perlu diberi perhatian oleh pihak
Kementerian Kesihatan supaya dapat mencari jalan mengurangkan
masalh obesiti disamping meningkatkan kesedaran rakyat terhadap
keburukan makanan segera.

Isi 3
Terdapat juga kajian yang menunjukkan pengambilan makanan segara
akan membantut pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak seharusnya

https://www.ipendidikan.my/kesan-buruk-pengambilan-makanan-segera.html 3/4
05/02/2022, 22:56 Kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Terhadap Kesihatan

memakan makanan yang mengandungi zat dan khasiat yang cukup bagi
mencapai pertumbuhan diri yang ideal. Kenakan yang berbeza
berbanding sayur-sayuran dan makanan berkhasiat yang lain
membuatkan kanak-kanak lebih gemar untuk makan makanan segera
yang menepati cita rasa mereka. Kelalaian ibu bapa yang kerap
membawa mereka ke restoran makanan segera akan menjadi tabiat
yang buruk untuk di amalkan. Ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab
memastikan anak-anak mereka memakan makanan yang berkhasiat
agar mendapat faedah dikemudian hari. Pertumbuhan yang ideal
generasi muda perlu menjadi agenda utama dalam melahirkan genarasi
pemimpin masa hadapan negara yang kompetitif dan berwawasan.

Isi 4
Pengambilan makanan segara juga akan mengakibatkan kesan buruk
seperti mengurangkan daya produktiviti seseorang. Sebagai contoh,
golongan pelajar universiti yang kerap memakan mee segera untuk
menjimatkan perbelanjaan harian akan menghadapi kemelesetan dalam
aktiviti harian dek kerana kekurangan tenaga dan khasiat. Golongan
pelajar seharusnya memberikan keutamaan pada diri mereka supaya
berketrampilan baik dan meyakinkan justeru pemakanan yang seimbang
dan sihat dapat menjamin daya keberkesanan pelajar di dalam kelas.
Tambahan pula, aplikasi penghantaran makanan yang semakin
berkembang hari ini juga menjadikan rakyat kita semakin malas jika
dilihat pada sudut yang negatif. Intihannya, kemudahan teknologi dan
kegawatan ekonomi hendaklah dihadapi dengan bijak agar mendapat
manfaat yang positif lagi menguntungkan.

Penutup
Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawasanya pengambilan
makanan segera akan memberikan pelbagai kesan buruk kepada
semua golongan tidak kira individu atau masyarakat. Benarlah seperti
telahan orang tua-tua, jangan ambil senang jika tidak mahu susah. Inilah
musibah apabila masyarakat terlalu memilih jalan mudah termasuk
dalam hal makan minum. Prakarsa yang efektif perlu di atur oleh
pelbagai pihak terutamanya kerajaan dalam memastikan rakyat
mempunyai kesedaran akan keburukan pengambilan makanan segera
serta kesannya terhadap diri dan negara. Marilah kita bersama-sama
mengorak langkah dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan
sejahtera sekaligus memacu negara ke arah kecemerlangan sejagat.

https://www.ipendidikan.my/kesan-buruk-pengambilan-makanan-segera.html 4/4
05/02/2022, 23:02 Kesan Kemasukan Pendatang Asing Ke Malaysia Dan Cara Mengawal

Karangan

Kesan Kemasukan Pendatang Asing


Dan Cara Mengawalnya

Ipendidikan » Karangan » Kesan Kemasukan Pendatang Asing Dan


Cara Mengawalnya
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:19 pm, 2 Julai 2021

Penulisan karangan Bahasa Melayu merupakan medan ujian


penguasaan bahasa serta pengetahuan am pelajar berdasarkan soalan-
soalan yang diberikan. Pelajar seharusnya tidak mempunyai masalah
untuk menulis karangan yang baik kerana Bahasa Melayu adalah
bahasa kebangsaan. Justeru, pelajar hanya memerlukan latihan
tambahan bagi menghasilkan penulisan karangan yang cemerlang.
Berikut dikongsikan contoh karangan Kesan Kemasukan Pendatang
Asing Dan Cara Mengawalnya untuk panduan semua.

Sebelum menjawab soalan yang diberikan, pelajar perlu memahami


akan kehendak tajuk soalan karangan. Seperti contoh karangan di
bawah, pelajar perlu menyatakan dua jenis isi iaitu isi berkaitan kesan
dan isi berkaitan cara mengawalnya. Oleh itu, dengan latihan yang baik,
pelajar pasti dapat membezakan isi yang dikehendaki serta memberikan
penulisan karangan yang baik dan menarik untuk dibaca.

https://www.ipendidikan.my/kesan-kemasukan-pendatang-asing.html 1/5
05/02/2022, 23:02 Kesan Kemasukan Pendatang Asing Ke Malaysia Dan Cara Mengawal

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kesan-Kesan Kemasukan Pendatang Asing Di Negara Kita Dan Cara


Mengawalnya
2. Contoh Karangan Kesan Kedatangan Pendatang Asing Di Malaysia
Dan Cara Mengawalnya

Kesan-Kesan Kemasukan Pendatang


Asing Di Negara Kita Dan Cara
Mengawalnya
Isi-isi penting
Mengancam keselamatan, kesihatan dan sosial masyarakat
Menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan tersekat
Merugikan ekonomi negara kerana pengaliran wang keluar negara
Penguatkuasaan undang-undang
Mengehadkan kebergantungan kepada buruh asing
Memberi sokongan kepada syarikat yang menggunakan tenaga
kerja tempatan

Baca juga: Koleksi Peribahasa Melayu Serta Maksud

Contoh Karangan Kesan Kedatangan


Pendatang Asing Di Malaysia Dan Cara
https://www.ipendidikan.my/kesan-kemasukan-pendatang-asing.html 2/5
05/02/2022, 23:02 Kesan Kemasukan Pendatang Asing Ke Malaysia Dan Cara Mengawal

Mengawalnya
Pendahuluan
Mutakhir ini, isu pendatang asing sering meniti dari bibir ke bibir
masyarakat akan kesan kemasukan mereka. Kerajaan Malaysia telah
melaksanakan dasar yang membenarkan kemasukan pendatang asing
untuk bekerja dalam sektor tertentu bagi menampung kerancakan
pembangunan negara. Langkah tersebut adalah bagi menarik kehadiran
pelabur asing untuk melabur dalam bidang perindustrian, perkilangan
dan pembinaan di samping menyediakan tenaga kerja separa mahir
pada kos yang menguntungkan. Disebabkan nilai mata wang negara
yang lebih besar berbanding negara mereka, pekerja daripada
Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Kemboja sanggup untuk
bekerja di Malaysia yang menawarkan gaji yang lumayan. Namun
begitu, kemasukan pendatang asing dilihat menjadi semakin tidak
terkawal dan langkah-langkah pengawalan perlu dilakukan segara agar
kesejahteraan rakyat Malaysia terjamin.

Isi 1
Sejak dasar ini diperkenalkan, terdapat golongan yang menentang
inisiatif ini kerana mereka berasa akan berlaku kesan yang negatif
dalam jangka masa panjang terhadap negara. Kesannya adalah
kemasukan pendatang asing akan mengancam keselamatan, kesihatan
dan sosial masyarakat dalam negara. Pendatang asing yang tidak
diawasi oleh majikan mereka bebas untuk bergerak dalam negara dan ia
sedikit sebanyak telah menyebabkan kadar jenayah meningkat dalam
negara. Kehadiran pendatang asing juga menimbulkan rasa kurang
selesa diantara golongan wanita yang menjadi mangsa gangguan
seksual di tempat-tempat awam seperti di dalam bas dan LRT. Selain
itu, pendatang asing juga berpotensi membawa penyakit-penyakit
berjangkit. Maka sekiranya kerajaan ingin meneruskan dasar ini,
langkah kawalan harus diperketatkan agar kesejahteraan rakyat
terjamin.

Isi 2
Selain itu, kemasukan pendatang asing menyebabkan peluang
pekerjaan kepada masyarakat tempatan tersekat. Hal ini kerana, kos
untuk menggaji pekerja asing adalah lebih murah berbanding pekerja
tempatan. Implikasi ini menjejaskan pertumbuhan ekonomi tempatan di
mana golongan muda atau pekerja separa mahir dalam negara ditindas
hanya disebabkan syarikat-syarikat lebih gemar menggunakan pekerja
asing berbanding pekerja tempatan. Hal ini amat tepat dengan
peribahasa yang berbunyi, “kera di hutan disusukan, anak di rumah
https://www.ipendidikan.my/kesan-kemasukan-pendatang-asing.html 3/5
05/02/2022, 23:02 Kesan Kemasukan Pendatang Asing Ke Malaysia Dan Cara Mengawal

kelaparan”. Kerajaan sepatutnya memikirkan dasar yang membantu


mengurangkan kadar pengangguran rakyat yang meningkat dari hari ke
hari. Penggubalan dasar yang mendukung kesejahteraan rakyat pasti
mendapat sokongan yang padu serta mampu meningkatkan semangat
cinta akan negara dalam kalangan masyarakat. Secara tidak langsung,
masyarakat akan tinggal dan bekerja dalam negara dan menyuburkan
lagi ekonomi negara secara sihat.

Isi 3
Bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin, tindakan utama
yang perlu dilaksanakan adalah penguatkuasaan undang-undang. Sikap
seperti melepaskan batuk di tangga tidak seharusnya diamalkan oleh
pihak yang bertanggungjawab. Terdapat kes di mana pekerja asing
terdiri daripada pendatang haram yang menyusup masuk dengan
menggunakan dokumen palsu. Perairan negara juga harus dikawal
dengan lebih cekap untuk mengelakkan mereka menyusup masuk ke
dalam melalui jalan laut. Oleh itu, masyarakat juga sepatutnya menjadi
mata-mata kepada pihak berkuasa dengan melaporkan aktiviti-aktiviti
yang meragukan melibatkan pendatang asing. Pihak berkuasa juga
hendaklah bersifat penuh intergriti dalam menjalankan tugas dan
menjauhi amalan rasuah. Jika semua pihak yang berkenaan memainkan
tanggungjawab secara berkesan, tidak mustahil masalah kemasukan
pendatang asing dapat diatasi dari akar umbinya.

Isi 4
Langkah seterusnya adalah pihak majikan perlu mengehadkan
kebergantungan kepada buruh asing. Pengambilan pekerja asing dalam
sektor-sektor tertentu hendaklah mengikut prosedur yang diluluskan
oleh kerajaan. Pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan
pergerakan warga asing di dalam negara sekiranya setiap pengambilan
pekerja asing mengikut prosedur yang ditetapkan. Dengan
mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor tertentu, mudah
bagi rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan
segera ke atas kehadiran rakyat asing yang bekerja di tempat yang tidak
sepatutnya. Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja
asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan
sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Penutup
Sebagai penutup wacana, tegas bahawa kedatangan buruh asing
memberikan implikasi positif dan negatif kepada negara kita. Walaupun
segelintir berpendapat bahawa kemasukan buruh asing ke dalam

https://www.ipendidikan.my/kesan-kemasukan-pendatang-asing.html 4/5
05/02/2022, 23:02 Kesan Kemasukan Pendatang Asing Ke Malaysia Dan Cara Mengawal

negara mampu memacu pembangunan negara, namun kita perlu


melihat kesan negatif sekiranya tindakan ini berlarutan. Pihak kerajaan
dan masyarakat perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing
untuk menangani masalah ini daripada bermaharajalela. Para majikan
harus mengubah sikap dengan mempertimbangkan dan memberi
keutamaan kepada rakyat tempatan. Sudah tiba masanya negara
Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan
mengalihkan tumpuan kepada teknologi yang lebih tinggi untuk
memajukan negara. Justifikasinya, sebelum nasi sudah menjadi bubur,
eloklah masyarakat Malaysia dan pihak kerajaan bermuafakat supaya
Malaysia memanfaatkan buruh asing dan mengatasi masalah
pendatang asing tanpa izin.

Related : kawasan perumahan secara haram projek pembangunan


kerana gaji mereka jauh masalah sosial penyakit penyakit berbahaya
mendirikan kawasan perumahan secara negara asal jauh lebih murah
ekonomi malaysia kemasukan pekerja asing pembantu rumah kerana
gaji pencemaran alam menimbulkan masalah, izin pati

https://www.ipendidikan.my/kesan-kemasukan-pendatang-asing.html 5/5
05/02/2022, 23:04 Kesan Pemanasan Global Terhadap Alam Sekitar

Karangan

Kesan-Kesan Akibat Pemanasan


Global Kepada Alam Sekitar

Ipendidikan » Karangan » Kesan-Kesan Akibat Pemanasan Global


Kepada Alam Sekitar
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:14 pm, 23 Julai 2021

Perhatian kepada pelajar yang akan mengambil kertas peperiksaan


yang melibatkan penulisan karangan Bahasa Melayu. Adakah anda
mencari contoh karangan Bahasa Melayu untuk dijadikan rujukan?
Sekiranya ya, berikut adalah contoh karangan kesan pemanasan global
terhadap alam sekitar sebagai rujukan untuk semua. Contoh di bawah
merangkumi pendahuluan, penutup dan isi-isi penting.

Karangan Bahasa Melayu yang bertemakan alam sekitar adalah


sebagai medium penyampai kepada pelajar untuk sedar terhadap isu
tersebut. Sebagai contoh, pelajar tidak pernah tahu kesan-kesan
pemanasan global dan apabila diberikan latihan yang sebegini, secara
langsung pelajar akan mencari isi-isi penting dan menambah
pengetahuan am masing-masing. Justeru, pelajar digalakkan untuk
merujuk contoh-contoh karangan secara atas talian bagi meluaskan
skop persediaan anda dalam menjawab penulisan karangan Bahasa
Melayu.

https://www.ipendidikan.my/kesan-pemanasan-global.html 1/5
05/02/2022, 23:04 Kesan Pemanasan Global Terhadap Alam Sekitar

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kesan-Kesan Pemanasan Global Terhadap Alam Sekitar


2. Contoh Karangan Kesan Pemanasan Global Terhadap Alam Sekitar

Kesan-Kesan Pemanasan Global


Terhadap Alam Sekitar
Isi-isi penting
Pencairan ais kutub, kenaikan paras laut
Pembakaran hutan
Kemarau
Perubahan iklim
Ekosistem terganggu

Baca juga: Cara Memelihara Kebersihan Sungai

Contoh Karangan Kesan Pemanasan Global


Terhadap Alam Sekitar
Pendahuluan
Pemanasan global adalah peningkatan secara beransur-ansur dalam
suhu keseluruhan atmosfera bumi. Fenomena ini berlaku disebabkan
oleh kesan rumah hijau yang terjadi akibat peningkatan tahap karbon
dioksida dan bahan pencemar lain yang dikenali sebagai gas rumah

https://www.ipendidikan.my/kesan-pemanasan-global.html 2/5
05/02/2022, 23:04 Kesan Pemanasan Global Terhadap Alam Sekitar

hijau. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya kejadian


pemanasan global seperti perindustrian dan pembangunan. Ahli pemikir
dan saintis telah melakukan kajian dan banyak alternatif yang telah
dibentangkan bagi mengurangkan dan mengelakkan fenomena
peningkatan suhu ini berterusan. Namun, perkara ini dipandang enteng
oleh sesetengah pihak yang mengaut keuntungan atas angin dimana
kepentingan kendiri lebih utama berbanding kepentingan manusia
sejagat. Oleh itu, wajar untuk kita kupas, apakah kesan pemanasan
global terhadap alam sekitar yang merupakan satu-satunya habitat
kehidupan manusia.

Isi 1
Antara kesan yang dapat dilihat dengan mata kasar setiap individu
adalah berlakunya pencairan ais di kedua-dua kutub, kutub utara dan
kutub selatan. Kenaikan suhu dunia telah menyebabkan litupan salji dan
glasier di kawasan-kawasan pergunungan mencair pada kadar yang
drastik serta membimbangkan. Kejadian ini secara langsung
mengakibatkan kenaikan paras air laut-laut dari tahun ke tahun.
Sekiranya fenomena ini berterusan pelbagai kawasan yang kini menjadi
habitat popular kawasan manusia akan ditenggelami. Saintis telah
membuat ramalan bahawa bandar seperti New York di Amerika Syarikat
dan Osaka di Jepun akan berdepan ancaman banjir akibat kenaikan
paras laut. Hal ini demikian kerana kedudukan geografi mereka yang
rendah dan terbuka kepada lautan yang besar akan mengakibatkan
jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal dan juga pekerjaan mereka.
Alam sekitar juga akan terjejas apabila kawasan pertanian yang
menggunakan saliran air seperti sungai atau tasik berdekatan akan
ditenggelami air.

Isi 2
Seterusnya, pemanasan global telah pun menyebabkan pembakaran
terbuka berlaku di sesetengah tempat yang berisiko tinggi. Sebagai
contoh kejadian di Australia pada Januari tahun 2020, apabila
pembakaran hutan secara semula jadi membakar hampir keseluruhan
kawasan hutan simpan yang merupakan habitat haiwan koala. Lebih
5000 ekor koala telah mati akibat kebakaran hutan yang berlaku dan ia
merupakan sesuatu yang diluar kawalan kita sebagai manusia. Haiwan
ini yang merupakan ikon kepada negara Australia hampir diancam
kepupusan akibat kejadian pembakaran hutan tersebut. Intihannya,
pemanasan global yang berterusan akan mengakibatkan habitat
kehidupan terutamanya haiwan akan terancam dan pupus.

Isi 3
https://www.ipendidikan.my/kesan-pemanasan-global.html 3/5
05/02/2022, 23:04 Kesan Pemanasan Global Terhadap Alam Sekitar

Pemanasan global juga akan menyebabkan berlakunya kemarau di


kawasan-kawasan tertentu. Walaupun berlaku perubahan kecil pada
suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, fenomena ini boleh
menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk. Tamsilnya, tanah-tanah
yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian.
Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya
mengurangkan hasil pertanian sekaligus mengancam bekalan makanan
dunia. Tambahan pula, kekeringan sumber air permukaan bumi atau
kejadian kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-
wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan.
Perubahan cuaca ini mengakibatkan kemarau panjang dan
meningkatkan suhu bumi. Maka, kadar hujan berkurangan, udara
menjadi kering dan persekitaran menjadi bertambah panas.

Isi 4
Kesan yang paling utama akibat pemanasan global adalah perubahan
iklim dunia. Akibat daripada pemanasan yang berterusan, iklim akan
berubah dan menghasilkan corak cuaca baru yang kekal untuk jangka
masa yang lama. Misalnya, kejadian gelombang haba di kawasan
Eropah telah terjadi dan mungkin akan menjadi cuaca yang kekal
sekiranya tiada tindakan diambil untuk melawan perubahan iklim daripda
terjadi. Ia juga akan mengakibatkan kejadian migrasi haiwan yang besar
bagi mencari habitat baru untuk mereka meneruskan kehidupan.
Taburan kawasan pertanian juga perlu dipindahkan bagi mendapatkan
suhu atau iklim yang sesuai untuk melakukan pertanian. Perubahan
iklim dunia bukan sahaja mengakibatkan ekosistem alam sekitar
terjejas, ia juga memberikan kesan yang besar kepada manusia sejagat.

Penutup
Konklusinya, pelbagai kesan yang buruk akan dan telah pun berlaku
terhadap alam sekitar akibat pemanasan global. Kejadian banjir besar
dan kemarau panjang tidak boleg dijangka. Kesedaran ini perlu
diperluaskan dan tindakan yang wajar wajib dilaksanakan pada saat
yang getir ini. Aktiviti mengorek bahan api fosil yang menghasilkan gas
karbon monoksida harus dikurangkan begitu juga aktiviti yang
menghasilkan karbon monoksida. Golongan dewasa mungkin tidak
memahami tetapi mereka perlu berubah dan menerima hakikat bahawa
generasi muda akan datang yang akan memimpin dan memerlukan
alam sekitar sebagai sumber untuk meneruskan kelansungan hidup.
Pemimpin dunia seharusnya meluaskan horizon pemikiran dan
melakukan anjakan paradigma bagi mencari mekanisme terbaik dalam
menghalang pemanasan global daripada terus mengancam alam sekitar
seantero dunia.
https://www.ipendidikan.my/kesan-pemanasan-global.html 4/5
05/02/2022, 23:04 Kesan Pemanasan Global Terhadap Alam Sekitar

Related : peningkatan aras,

https://www.ipendidikan.my/kesan-pemanasan-global.html 5/5
05/02/2022, 22:57 Kesan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar

Karangan

Kesan Penggunaan Telefon Bimbit


Kepada Pelajar/ Murid Sekolah

Ipendidikan » Karangan » Kesan Penggunaan Telefon Bimbit Kepada


Pelajar/ Murid Sekolah
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:13 pm, 22 Ogos 2020

Panduan buat pelajar yang sedang mencari contoh-contoh karangan


Bahasa Melayu di internet untuk membuat ulangkaji mata pelajaran.
Berikut dikongsikan contoh karangan berkenaan kesan penggunaan
telefon bimbit dalam kalangan pelajar untuk rujukan semua. Pelajar
boleh mengambil isi-isi penting sebagai idea bagi membuat penulisan
karangan masing-masing berpandukan contoh di bawah.

Bagi menghasilkan penulisan karangan yang cemerlang, pelajar perlu


memberikan rangka karangan yang seimbang yang merangkumi
pendahuluan, isi-isi penting dan penutup. Selain itu, penulisan karangan
yang mengandungi penanda wacana, peribahasa dan frasa-frasa
menarik pasti akan menambah daya penarik terhadap penulisan pelajar
masing-masing. Pelajar juga digalakkan untuk mendapatkan bimbingan
daripada guru sekolah sekiranya membuat latihan tambahan secara
sendirian.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/kesan-penggunaan-telefon-bimbit.html 1/5
05/02/2022, 22:57 Kesan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar

1. Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam


Kalangan Pelajar
2. Contoh Karangan Kesan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam
Kalangan Pelajar

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan


Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar

Isi-isi penting
Memudahkan komunikasi
Mendapat rujukan tambahan
Cara pembelajaran interaktif yang baru
Leka dengan permainan dan hiburan
Menjejaskan kesihatan
Membazir wang

Baca juga: Jenis-Jenis Pengenalan Dalam Penulisan Karangan

Contoh Karangan Kesan Penggunaan Telefon


Bimbit Dalam Kalangan Pelajar
Pendahuluan
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini,
penggunaan telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas
hujan disebabkan keperluan dan kemampuan setiap individu untuk

https://www.ipendidikan.my/kesan-penggunaan-telefon-bimbit.html 2/5
05/02/2022, 22:57 Kesan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar

memilikinya. Tidak terlepas juga dalam kalangan pelajar yang


mempunyai telefon bimbit masing-masing hasil pembelian mereka
sendiri atau hadiah daripada ibu bapa mereka. Polemik yang timbul hari
ini adalah kesan-kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan
pelajar. Setiap perkara terutamanya teknologi hari ini pasti memberikan
impak positif dan negatif. Pucuk pangkalnya ia bergantung kepada
individu terbabit untuk memanfaatkan kesan positif daripada
penggunaan teknologi tersebut atau merugikan masa dengan implikasi
negatif yang diterima.

Isi 1
Pada hemat saya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar
meninggalkan kesan positif yang lebih banyak berbanding kesan negatif.
Ini disebabkan jika kita lihat kembali objektif ciptaan telefon adalah untuk
memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Justeru, jika pelajar
menggunakan telefon untuk berhubung dengan rakan-rakan atau guru
berkenaan aktiviti persekolahan ia adalah lebih mudah dan cepat. Selain
itu, jika berlaku kecemasan di sekolah atau diluar sekolah penggunaan
telefon bimbit oleh pelajar adalah mustahak bagi memastikan
keselamatan diri terjamin. Malahan kini banyak applikasi telefon pintar
yang membolehkan ibu bapa mengesan kedudukan anak-anak mereka
supaya mereka tahu di mana anak-anak mereka berada. Natijahnya,
kemudahan menyampaikan maklumat dengan ringkas dan cepat hasil
penggunaan telefon bimbit adalah baik bagi menguruskan diri dan masa
pelajar terutamanya dalam hal berkaitan persekolahan, keselamatan
dan keluarga.

Isi 2
Di samping itu, kemudahan mencari maklumat dihujung jari
menggunakan telefon bimbit wajar untuk dimanfaatkan oleh para pelajar.
Dengan jaringan atas talian yang semakin maju dan murah untuk
dimiliki, pelajar boleh menggunakan telefon bimbit untuk melayari jalur
lebar dan mencari maklumat tambahan berkenaan mata pelajaran yang
dikehendaki. Pelbagai alternatif pembelajaran secara atas talian yang
wajar untuk dimanfaatkan oleh pelajar hari ini. Contohnya, guru-guru
menggunakan aplikasi Youtube sebagai medium pengajaran interaktif
bersama pelajar. Ini disebabkan oleh variasi kandungan yang telah
dimuatnaik sebagai video yang mampu menarik perhatian dan fokus
pelajar terhadap seusatu perkara. Maka, pelajar juga mampu melakukan
pembelajaran secara bersendirian di rumah dengan memanfaatkan
aplikasi-aplikasi pembelajaran yang ditawarkan atas talian. .Lantaran
itu, penggunaan telefon bimbit yang efisen dapat membawa implikasi
positif kepada penggunanya terutamanya dalam kalangan pelajar.
https://www.ipendidikan.my/kesan-penggunaan-telefon-bimbit.html 3/5
05/02/2022, 22:57 Kesan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar

Isi 3
Jika disingkap dari sudut yang berbeza, pelajar yang menggunakan
telefon bimbit dengan kerap mudah terleka dengan permainan dan
hiburan yang mereka peroleh di atas talian. Kita tidak boleh nafikan
pelajar juga memerlukan hiburan bagi mengurangkan tekanan dalam
pembelajaran tetapi ia perlu dikawal. Ibu bapa harus memainkan
peranan penting dalam memastikan pelajar yang menggunakan telefon
bimbit dengan kerap tidak mengabaikan pencapaian akademik mereka.
Terdapat kes di mana pelajar lebih gemar bermain aplikasi permainan
secara maya dan juga hanyut dalam penggunaan sosial media sehingga
menjejaskan pembelajaran mereka. Ibu bapa boleh memberikan tempoh
masa kepada anak-anak untuk bermain telefon bimbit mereka. Sebagai
contoh peruntukkan selama satu jam untuk belajar dan tiga puluh minit
untuk bermain permainan di telefon bimbit. Pendekatan ini mampu
memberikan hasil yang baik kepada pelajar kerana pembahagian masa
yang seimbang dapat dicapai.

Isi 4
Seterusnya, apabila menggunakan telefon bimbit dengan kerap, pelajar
akan terdedah dengan masalah kesihatan. Secara fizikal, mata kita akan
terdedah dengan pencahayaan yang lebih banyak dan kompleks apabila
kita menggunakan telefon bimbit dalam tempoh yang lama. Maka pelajar
berpotensi untuk rabun dan akan mengalami keletihan mata
mengakibatkan mereka susah untuk fokus pada pembelajaran di
sekolah. Selain itu, penggunaan media sosial di telefon bimbit boleh
menjejaskan kesihatan mental pelajar. Sebagai contoh, pelajar boleh
melihat selebriti yang mempunyai kemampuan yang lebih daripada
kemampuan keluarga mereka dan menimbulkan perasaan cemburu
kerana mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan. Perkara ini perlu
dibendung dan hubungan yang baik dan intim dalam keluarga kerana ia
penting bagi mewujudkan sifat keluarga bahagia tanpa mengira
kemampuan dan kemewahan orang lain. Sebaliknya pelajar yang harus
berazam dan berusaha untuk memberikan kemampuan yang lebih baik
kepada ahli keluarga apabila menjelang dewasa nanti. Tuntasnya,
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar wajar dipantau oleh
ibu bapa dan berinteraksi sekiranya timbul persoalan mengenai
kehidupan masing-masing.

Penutup
Intihannya, pelbagai kesan yang akan menimpa para pelajar yang
menggunakan telefon bimbit. Ianya terpulang kepada pelajar dan ibu
bapa dalam membantu mereka etika dan cara memanfaatkan

https://www.ipendidikan.my/kesan-penggunaan-telefon-bimbit.html 4/5
05/02/2022, 22:57 Kesan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar

kemudahan teknologi hari ini demi kebaikan diri, keluarga, masyarakat


dan negara. Pelajar seyogianya perlu memanfaatkan kebaikan dan
mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Telefon bimbit adalah
salah satu teknologi yang terhasil daripada perkembangan pendidikan
manusia hari ini. Sudah pasti di masa akan datang pelbagai lagi
teknologi yang akan dihasilkan bagi memberi kemudahan kepada
manusia dan ia memberikan kita pilihan samada untuk
memanfaatkannya atau tidak. Semoga setiap anggota masyarakat
bertanggungjawab mendidik orang sekeliling terutamanya para pelajar
agar sentiasa mencari perkara yang baik supaya kesejahteraan dan
kemajuan negara terjamin.

https://www.ipendidikan.my/kesan-penggunaan-telefon-bimbit.html 5/5
05/02/2022, 22:56 Kesan-Kesan Pengambilan Makanan Tambahan Kepada Masyarakat

Karangan

Kesan-Kesan Pengambilan Makanan


Tambahan

Ipendidikan » Karangan » Kesan-Kesan Pengambilan Makanan


Tambahan
Disemak dan dikemaskini pada pukul 5:37 pm, 24 Jun 2020

Contoh-contoh karangan bahasa Melayu akan dikongsikan kepada para


pelajar sebagai rujukan dan panduan. Latihan tambahan boleh
membantu pelajar untuk meningkatkan tahap penulisan karangan
bahasa Melayu masing-masing. Justeru, contoh-contoh ini dapat
menambah skop topik yang sering dijadikan tajuk soalan dalam
karangan bahasa Melayu. Berikut adalah contoh karangan berkaitan
kesan-kesan pengambilan makanan tambahan kepada masyarakat.

Pelajar boleh melihat isi-isi penting dan gabungkan dengan idea sendiri
yang lebih bernas dan menghuraikan karangan masing-masing. Pelajar
juga hendaklah mengolah dengan lebih kreatif dan meletakkan input
yang lebih baik. Panduan daripada guru juga wajar agar penulisan
pelajar tidak lari daripada kehendak soalan serta mendapat markah
yang cemerlang.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/kesan-pengambilan-makanan-tambahan.html 1/5
05/02/2022, 22:56 Kesan-Kesan Pengambilan Makanan Tambahan Kepada Masyarakat

1. Kesan Pengambilan Makanan Tambahan (Kebaikan Dan Keburukan)


2. Contoh Karangan Kesan-Kesan Pengambilan Makanan Tambahan

Kesan Pengambilan Makanan


Tambahan (Kebaikan Dan Keburukan)

Isi-isi penting
meningkatkan tahap imunisasi badan sekaligus meningkatkan
tahap kesihatan diri
membantu atlet untuk mencapai tahap fizikal terbaik
membantu pesakit kronik dalam rawatan
pengambilan tanpa kawalan atau rujukan akan menyebabkan
masalah kesihatan
amalan makanan berkhasiat dilupakan
lahir stigma tidak perlu bersenam kerana sudah mengambil
makanan tambahan

Baca juga: Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM

Contoh Karangan Kesan-Kesan Pengambilan


Makanan Tambahan
Pendahuluan
Mutakhir ini, pelbagai jenis produk makanan tambahan dipromosikan
dengan giat di kaca televisyen, setiap corong radio dan juga media
https://www.ipendidikan.my/kesan-pengambilan-makanan-tambahan.html 2/5
05/02/2022, 22:56 Kesan-Kesan Pengambilan Makanan Tambahan Kepada Masyarakat

sosial. Semangat dan iltizam dalam menjayakan perusahaan mereka


wajar dipuji tetapi terdapat segelintir daripada mereka yang menipu
pelanggan dimana produk mereka mempunyai bahan-bahan yang
membahayakan dan boleh memudaratkan nyawa seseorang. Jika
ditelusuri, makanan tambahan terbahagi kepada beberapa jenis seperti
suplemen vitamin dan mineral, suplemen berasaskan herba dan
tumbuhan serta suplemen kecantikan dan kosmetik. Faktor kesempitan
masa dan tahap pemakanan berkhasiat yang sukar dicapai manusia hari
ini telah menyebabkan pengambilan makanan tambahan sebagai suatu
yang perlu dalam kehidupan masing-masing. Oleh itu, wajar untuk kita
mengenali kesan-kesan pengambilan makanan tambahan sebelum kita
membeli dan menggunakannya untuk mendapat kesan yang kita
harapkan.

Isi 1
Antara kesan yang mujarab dalam pengambilan makanan tambahan
adalah ia membantu meningkatkan tahap imunisasi badan seseorang
sekaligus meningkatkan tahap kesihatan diri. Misalnya, kanak-kanak
yang sukar untuk memakan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran,
mereka harus mengambil suplemen seperti vitamin A dan vitamin C
supaya mereka mendapat nutrien dan zat yang cukup lebih-lebih lagi
dalam umur pertumbuhan yang vital. Bagi golongan dewasa pula,
makanan tambahan seperti pati ikan kod atau susu juga penting dalam
membekalkan nutrien khusus untuk antibodi dalam badan mencegah
penyakit-penyakit yang berisiko apabila sudah berusia. Hal ini kerana,
bila usia kita sudah lanjut, sesetengah fungsi badan tidak dapat
berfungsi dengan baik seperti dahulu jadi makanan tambahan akan
membekalkan keperluan yang cukup untuk badan kita berfungsi dengan
baik dan menyihatkan diri kita. Persis mutiara kata, mencegah lebih baik
daripada merawat.

Isi 2
Selain itu, pengambilan makanan tambahan memberikan kesan yang
efektif kepada atlet negara kita khususnya dan atlet dunia amnya.
Jurang perbezaan fizikal yang ketara telah menyebabkan persaingan
yang sihat dalam industri sukan menjadi sukar dan membunuh
keseronokan bersukan. Kajian saintifik dan kemajuan teknologi dewasa
ini telah membantu penghasilan makanan tambahan yang boleh
meningkatkan tahap fizikal seseeorang untuk menjadi lebih tinggi, tegap
dan berotot berbanding dengan manusia biasa. Justeru, makanan
tambahan telah memberi kesan positif kepada atlet di mana mereka
boleh meningkatkan tahap fizikal mereka disamping berlatih untuk
kebolehan dan teknik dalam sukan yang diceburi dan seterusnya
https://www.ipendidikan.my/kesan-pengambilan-makanan-tambahan.html 3/5
05/02/2022, 22:56 Kesan-Kesan Pengambilan Makanan Tambahan Kepada Masyarakat

bersaing di peringkat dunia. Atlet bina badan negara, Sazali Samad


adalah contoh atlet yang menggunakan makanan tambahan dan
berbekalkan disiplin dan latihan yang mantap, beliau berjaya
mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dengan merangkul
anugerah “Mr. Universe” sebanyak 10 kali.

Isi 3
Namun begitu, pengambilan makanan tambahan juga seperti
kehidupan, ada baik dan ada buruknya. Kesan buruk dalam
pengambilan makanan adalah sangat membahayakan sehingga boleh
menyebabkan kehilangan nyawa. Sesetengah daripada kita mungkin
tidak sesuai dalam mengambil makanan tambahan tertentu. Janganlah
kita alpa dan memakan hasutan pengusaha-pengusaha produk
makanan tambahan hari ini yang suka menggunakan taktik testimoni
pelanggan yang berjaya dalam menggunakan produk mereka. Tuhan
telah lahirkan setiap daripada kita berbeza-beza, begitu juga tahap
kesesuaian dan kebolehan kita dalam mengambil makanan tambahan.
Rentetan itu, kita sebenarnya memerlukan rujukan daripada orang yang
berkelayakan seperti doktor dan ahli farmasi dalam menentukan
pengambilan makanan tambahan. Tindakan yang tegas dan pantas oleh
pihak berkuasa juga diperlukan dalam melindungi masyarakat daripada
golongan pengusaha yang hanya mengejar kekayaan dan bukannya
memikirkan kesihatan pelanggan mereka.

Isi 4
Dalam masa yang sama, pengambilan makanan tambahan ini akan
meningkatkan tahap kebergantungan masyarakat harini terhadap
produk tersebut dalam mendapatkan makanan berkhasiat. Kemajuan
dalam teknologi pembuatan makanan ini wajar dirai namun kita
sebenarnya hendaklah menyemarakkan sumber asal pemakanan yang
dapat membantu kita dalam mencapai kesihatan optimum diri. Makanan
tambahan dihasilkan daripada gabungan ekstrak dan bahan-bahan
kimia yang sebahagiannya ditumbuhkan dalam makmal dan
memerlukan bahan penstabilan dimana ia boleh mengancam fungsi
tubuh badan kita jika diambil secara berlebihan. Pada hemat saya, kita
perlu melebihkan usaha meningkatkan industri pertanian dan makanan
yang menggunakan sumber asli dan organik dimana tiada penggunaan
racun atau bahan kimia dalam proses pembuatan makanan dan
sekaligus mengurangkan risiko kita daripada penyakit yang disebabkan
oleh keracunan dan bahan kimia yang terkandung dalam makanan
tambahan mahupun makanan harian kita.

Penutup
https://www.ipendidikan.my/kesan-pengambilan-makanan-tambahan.html 4/5
05/02/2022, 22:56 Kesan-Kesan Pengambilan Makanan Tambahan Kepada Masyarakat

Tuntasnya, pelbagai kesan samada baik dan buruk yang telah kita
singkap dalam perbincangan di atas. Setiap ahli masyarakat perlu
bersikap inteligensia dan madani dalam mendepani arus pemodenan
dunia hari ini dan mengamalkan praktik yang terbaik dalam memastikan
kesihatan diri masing-masing. Makanan merupakan keperluan asas
utama manusia dan pemain industri pemakanan perlu lebih
bertanggungjawab dalam memastikan makanan atau produk yang
dihasilkan betul-betul memberikan manfaat kebaikan kepada setiap
golongan manusia. Elakkanlah bersikap bodoh sombong dalam
menerima nasihat dan pendapat daripada golongan cendiakawan agar
tindakan atau produk itu tidak memberikan mudarat kepada sesiapa
pun. Semoga rakyat kita bijaksana untuk menentukan kaca atau
permata dalam setiap aspek kehidupan terutamanya pemakanan yang
akan menentukan daya kebolehan masyarakat dalam kesihatan
sekaligus melahirkan generasi yang sihat dan bebas penyakit.

https://www.ipendidikan.my/kesan-pengambilan-makanan-tambahan.html 5/5
05/02/2022, 23:02 Kesan-Kesan Rasuah Kepada Negara

Karangan

Punca Dan Kesan Rasuah Kepada


Negara

Ipendidikan » Karangan » Punca Dan Kesan Rasuah Kepada Negara


Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:13 pm, 22 Ogos 2020

Topik yang menjadi pilihan guru-guru dalam soalan penulisan karangan


Bahasa Melayu selalunya berkait rapat dengan isu semasa. Perubahan
pucuk pentadbiran negara telah mendedahkan pelbagai kes-kes rasuah
dan pecah amanah yang berlaku ketika pentadbiran terdahulu. Isu yang
menjadi bualan ramai boleh dikaitkan kepada para pelajar agar
mengambil iktibar daripada perkara yang dipelajari. Maka berikut
dikongsikan contoh karangan kesan-kesan rasuah kepada negara.

Para pelajar boleh merujuk isi-isi penting dan contoh karangan di bawah
sebagai panduan dalam menghuraikan penulisan karangan yang berkait
dengan isu rasuah. Gaya penulisan yang kritis dan kreatif dalam
penggunaan bahasa serta keseimbangan isi adalah faktor untuk
mendapatkan penulisan karangan yang cemerlang. Pelajar boleh
menggunakan penanda wacana dan peribahasa yang sesuai bagi
menambah daya tarikan pembaca dalam penulisan karangan masing-
masing.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/kesan-rasuah-kepada-negara.html 1/5
05/02/2022, 23:02 Kesan-Kesan Rasuah Kepada Negara

1. Kesan Buruk Gejala Rasuah Kepada Negara


2. Contoh Karangan Kesan-Kesan Rasuah Kepada Negara

Kesan Buruk Gejala Rasuah Kepada


Negara

Isi-isi penting
melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi
menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi lemah dan
huru-hara
menjejaskan imej dan kredibiliti negara
menjejaskan kualiti infrastruktur atau program
pembangunan tidak seimbang dan saksama
melahirkan pegawai yang tidak amanah dan gagal dalam
pelaksanaan

Baca juga: Cara Kira Bilangan Patah Perkataan Dalam Karangan


Bahasa Melayu

Contoh Karangan Kesan-Kesan Rasuah


Kepada Negara
Pendahuluan
Dalam meniti kehidupan pada marcapada, kekayaan harta benda
semakin menjadi kegilaan manusia sehinggakan sanggup menerima

https://www.ipendidikan.my/kesan-rasuah-kepada-negara.html 2/5
05/02/2022, 23:02 Kesan-Kesan Rasuah Kepada Negara

rasuah sebagai pemudah cara dalam mencapai impian mereka. Sifat


cemburu dalam manusia adalah fitrah yang tidak dapat kita elakkan tapi
kita dianugerahkan dengan fikiran yang waras untuk membezakan
sesuatu perkara itu memberikan kebaikan atau keburukan. Gejala
rasuah ialah tindakan satu pihak memberikan hadiah atau wang sebagai
jaminan kepada apa yang mereka inginkan daripada pihak yang lain
tanpa melalui prosedur atau cara yang mengikut peraturan. Duit kopi,
simpulan bahasa yang membawa maksud wang sogokan atau
memberikan wang secara tidak rasmi kepada seseorang sebagai
imbuhan. Oleh itu, duit kopi memberi kesan-kesan negatif kepada
negara.

Isi 1
Rasuah mampu melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi
kerana timbul unsur penipuan dalam urusan. Sebagai contoh, Pegawai
kastam yang bertugas di persempadanan negara menerima wang
sogokan untuk melepaskan seludupan rokok murah. Situasi ini berlaku
kerana mereka inginkan imbuhan yang lebih dek kerana gaji yang
rendah serta mereka juga pembeli rokok murah. Maka kita boleh lihat
bahawa organisasi yang sepatutnya menghalang seludupan rokok ini
telah merugikan negara sebenarnya kerana ia terlepas dari terkena
cukai yang menjadi sumber pendapatan negara. Bak kata peribahasa
Melayu, harapkan pegar, pegar yang memakan padi di mana seseorang
yang kita berikan amanah telah mengkhianati tanggungjawabnya dalam
melaksanakan amanah tersebut.

Isi 2
Selain itu, sekiranya gejala rasuah semakin berleluasa, pentadbiran
negara secara keseluruhannya akan terjejas. Segala dasar atau
penguatkuasaan menjadi lemah. Pelaksaanaan undang-undang tidak
dapat dijalankan secara adil dan boleh menumbangkan ekonomi negara
secara amnya. Misalnya, industri pembekalan elektrik negara yang
hanya dimonopoli oleh satu entiti separa kerajaan dimana tiada rasuah
terlibat tetapi berlaku kepentingan yang kurang baik. Setiap industri
hendaklah dibuka kepada semua pemain industri agar berlaku daya
saing yang kompetitif sekaligus melahirkan peluang pekerjaan dan
merancakkan ekonomi negara. Oleh itu, pembuat polisi negara
seharusnya melihat pelaksaan bebas rasuah bukan sahaja di peringkat
bawahan malahan di peringkat pemain industri dan syarikat-syarikat
multinasional agar pentadbiran negara dapat diuruskan dengan adil dan
saksama.

Isi 3
https://www.ipendidikan.my/kesan-rasuah-kepada-negara.html 3/5
05/02/2022, 23:02 Kesan-Kesan Rasuah Kepada Negara

Pada waktu yang sama, rasuah akan menjathkan imej negara di mata
dunia. Kemajuan media massa dalam mendapatkan maklumat
mengenai segala perkara atau isu yang berlaku dalam sesebuah negara
mampu menjadi punca kejatuhan ekonomi negara tersebut. Maka, kita
hendaklah sentiasa memastikan tiada kes-kes rasuah agar tidak
menjadi bahan berita kepada media internasional dalam melaporkan
berita kepada penonton mereka di seluruh dunia. Sekiranya kita terpalit
dengan isu rasuah, negara akan kehilangan minat daripada pelabur-
pelabur asing kerana mereka tidak percaya akan sistem pentadbiran
kita. Apabila kehilangan pelabur maka ekonomi negara akan merosot
dan lembap. Dengan itu, pihak kerajaan bersama Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memastikan setiap
anggota kerja kerajaan menjalankan tigas dengan penuh amanah dan
terhindar daripada terlibat dalam gejala rasuah.

Isi 4
Di samping itu, amalan rasuah yang mengaburi mata hati seseorang ini
akan membawa kepada kualiti satu infrastruktur atau program terjejas.
Contohnya, dalam projek pembinaan jalan raya di mana berlaku rasuah
yang melibatkan kontraktor. Mereka hanya mengejar keuntungan
dengan menerima projek daripada kerajaan pada nilai pelaksanaan
tertinggi tetapi hakikatnya mereka membina jalan raya pada kos yang
paling minima demi mengaut keuntungan. Perkara seperti ini yang
menyebabkan jalan raya rosak hanya setahun atau kurang daripada
tarikh ia dibina dan menjejaskan pengguna serta berlaku pembaziran
diperingkat pihak berkuasa tempatan keran terpaksa membaik pulih
jalan raya. Hal seperti ini hendaklah di elakkan oleh semua pihak kerana
ketulusan dalam pekerjaan kita akan memberi keuntungan bukan pada
kita tetapi kepada orang lain yang memanfaatkannya.

Penutup
Akhir kalam, pelbagai kesan negatif yang bakal dihadapi oleh negara
yang kita cintai sekiranya gejala rasuah tidak dibendung. Rasuah
diibaratkan sebagai anai-anai yang boleh menumbangkan sebuah
kerana kerjanya tidak nyata tetapi mampu melumpuhkan sebuah
negara. SPRM haruslah menyusun inisiatif dalam mencapai sifar kes
rasuah dalam negara kita agar ia menjadi bual berita dunia tentang
negara kita. Pihak kerajaan pula sewajarnya mencari cara untuk
memperkasa ekonomi dan daya sara diri rakyat agar mereka tidak
terpesona dengan rasuah kerana kemampuan mereka dalam mencapai
apa yang dikehendaki. Rakyat yang sejahtera dalam ekonomi negara
yang sihat akan melahirkan negara yang berdaya saing dan terjaga
imejnya di mata dunia.
https://www.ipendidikan.my/kesan-rasuah-kepada-negara.html 4/5
05/02/2022, 23:02 Kesan-Kesan Rasuah Kepada Negara

https://www.ipendidikan.my/kesan-rasuah-kepada-negara.html 5/5
05/02/2022, 23:02 Langkah Memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Karangan

Langkah-Langkah Untuk Memajukan


Industri Kecil dan Sederhana

Ipendidikan » Karangan » Langkah-Langkah Untuk Memajukan


Industri Kecil dan Sederhana
Disemak dan dikemaskini pada pukul 11:35 pm, 16 Mac 2020

Pelajar perlu mengikuti perkembangan ekonomi negara kerana soalan


berkaitan ekonomi boleh dikeluarkan sebagai tajuk dalam penulisan
karangan. Latihan daripada guru dan bimbingan mereka akan memberi
input kepada para pelajar bagaimana cara untuk menjawab penulisan
karangan mengikut isi-isi yang berkaitan dan sesuai untuk digunakan.
Berikut adalah contoh karangan langkah-langkah untuk memajukan
industri kecil dan sederhana atau ringkasnya IKS di Malaysia.

Para pelajar boleh merujuk isi-isi penting sebagai panduan dan


mengolah karangan sendiri mengikut daya kreatif dan pemikiran kritis
masing-masing. Bagi mendapat markah yang baik dan cemerlang para
pelajar digalakkan menggunakan frasa menarik dan peribahasa dalam
karangan. Perolahan isi yang seimbang dengan penggunaan
tatabahasa yang baik pasti akan memberikan pelajar markah yang
cemerlang dalam penulisan karangan.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/langkah-memajukan-industri-kecil-dan-sederhana.html 1/4
05/02/2022, 23:02 Langkah Memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

1. Langkah Untuk Memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Di


Malaysia
2. Contoh Karangan Langkah Memajukan Industri Kecil dan Sederhana

Langkah Untuk Memajukan Industri


Kecil dan Sederhana (IKS) Di Malaysia
Isi-isi penting
Penawaran pembiayaan, geran, pinjaman dan insentif
Pengalihan teknologi pembuatan daripada tradisional kepada
moden
Usaha sama dengan universiti tempatan dalam penyelidikan dan
pembangunan
Memperkasa jenama produk
Menyertai ekspo perdagangan di peringkat antarabangsa
Memberikan anugerah dan pengiktirafan

Contoh Karangan Langkah Memajukan


Industri Kecil dan Sederhana

Pendahuluan
Pada zaman pascakemerdekaan ini, industri kecil dan sederhana (IKS)
di Malaysia merupakan antara industri yang menyumbang kepada
perkembangan ekonomi negara. Menurut Perbadanan IKS Malaysia,
IKS bagi sektor pembuatan ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai
https://www.ipendidikan.my/langkah-memajukan-industri-kecil-dan-sederhana.html 2/4
05/02/2022, 23:02 Langkah Memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh
masa tidak melebihi 200 orang. Manakala bagi sektor perkhidmatan dan
sektor lain, IKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan
tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa
tidak melebihi 75 orang. Kepentingan dan sumbangan IKS kepada
kemajuan negara adalah mustahak maka, pelbagai langkah harus
dirangka dalam menambah baik industri ini.

Isi 1
Langkah pertama dalam memajukan IKS adalah dengan menawarkan
pembiayaan, geran, pinjaman dan insentif kepada pengusaha-
pengusaha pada kadar yang menarik dan mampu. Dewasa ini, pelbagai
inisiatif telah ditawarkan oleh ramai pihak seperti kerajaan, kerajaan
negeri dan juga institusi kewangan. Pihak ini seharusnya mendekati
pengusaha-pengusaha IKS dalam memperkenalkan skim mereka dan
memastikan mereka faham dengan tawaran dan pulangan yang boleh
mereka peroleh. Bagi pengusaha yang baru pula, mereka sebaiknya
membandingkan segala skim, geran atau insentif dan memohon pakej
yang berbaloi serta mampu bagi mereka untuk membayar semula apa
yang dijanjikan. Persis peribahasa, hendak seribu daya tak hendak
seribu dalih yang bermaksud sekiranya kita ingin melaksanakan
sesuatu, kita hendaklah melakukan segala yang diperlukan untuk
berjaya mencapai apa yang dikehendaki.

Isi 2
Selain itu, IKS perlu mengalihkan teknologi pembuatan daripada
tradisional kepada moden. Penggunaan mesin yang berteknologi boleh
meningkatkan hasil keluaran dan menjamin kualiti yang baik, dimana ia
amat mempengaruhi pemasaran untuk pembekalan yang berterusan.
Sebagai contoh pembuatan keropok yang menggunakan
pembungkusan vakum lebih mendapat kepercayaan pembeli sekaligus
memudahkan penghantaran atau pun eksport kerana ia seiring dengan
produk multinasional yang lain. Penambahan infrastruktur dalam
perusahaan adalah berisiko namun ia adalah langkah untuk bersaing
dan keuntungan boleh dicapai dalam jangka masa yang panjang. Maka,
perkongsian perunding pakar dan khidmat nasihat dalam IKS adalah
penting bagi menambah input dalam perusahaan yang dilaksanakan.

Isi 3
Di samping itu, IKS seharusnya mendekati universiti atau institusi
pengajian tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan
dengan produk mereka. Hal ini kerana pada pengamatan saya, tiada

https://www.ipendidikan.my/langkah-memajukan-industri-kecil-dan-sederhana.html 3/4
05/02/2022, 23:02 Langkah Memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

simbiosis berlaku antara sektor perindustrian dan sektor pendidikan.


Perkara ini yang mewujudkan situasi dimana graduan kurang mendapat
peluang pekerjaan kerana keperluan industri berbeza dengan kebolehan
graduan. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan mengenal pasti
masalah yang dihadapi atau inovasi yang boleh dilakukan dalam IKS
dijadikan topik bagi projek ilmiah mahasiswa dan mahasiswi.
Mekanisme ini dapat membantu mahasiswa dan mahasiswi untuk
mempraktikkan teori yang mereka pelajari bersama idea baharu
sekaligus membantu memajukan produk yang dihasilkan oleh IKS
seterusnya mampu menjadi produk yang berdaya saing diperingkat
antarabangsa.

Isi 4
Langkah lain yang boleh dilakukan dalam memajukan industri kecil dan
sederhana ini adalah dengan memperkasakan jenama produk. Jenama
merupakan antara sudut penting yang perlu dilihat oleh pengusaha bagi
memastikan sasaran penjualan mereka berkembang dan diterima ramai.
Daripada nama produk, pembungkusan, cara pemasaran hinggalah
kepada kualiti produk, pengusaha dengan usaha sama pihak berkaitan
seharusnya mempelajari formula terbaik bagi menghasilkan produk
bertaraf antarabangsa. Penjenamaan adalah penting kerana bukan
sahaja meninggalkan kesan pada pengguna tetapi ia membolehkan
pelanggan mengetahui apa yang diharapkan dari syarikat IKS. Ini
adalah cara membezakan pengusaha IKS daripada pesaing lain dan
membuktikan produk IKS adalah pilihan yang lebih baik.

Penutup
Kesimpulannya pelbagai inisiatif boleh dirancang dalam memajukan
industri kecil dan sederhana di Malaysia. Pembangunan IKS harus
diberikan keutamaan kerana industri ini merupakan sektor yang
menyokong dan meningkatkan taraf perindustrian di Malaysia. IKS juga
secara langsung menambah kemajuan masyarakat setempat dengan
peluang pekerjaan yang diberikan. Maka, setiap pihak terutamanya
pengusaha-pengusaha IKS perlu berani dalam melakukan anjakan
paradigma untuk membawa produk IKS mereka menjadi produk
multinasional dan mampu berdaya saing di peringkat global. Persis kata
peribahasa Melayu, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Usaha kecil yang dilaksanakan secara konsisten hari ini akan menjadi
titik tolak kejayaan pada masa hadapan.

https://www.ipendidikan.my/langkah-memajukan-industri-kecil-dan-sederhana.html 4/4
05/02/2022, 22:57 Langkah Membanteras Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar

Karangan

Langkah Mengatasi Masalah Ponteng


Sekolah Di Kalangan Pelajar

Ipendidikan » Karangan » Langkah Mengatasi Masalah Ponteng


Sekolah Di Kalangan Pelajar
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:16 pm, 4 Mei 2020

Ponteng merupakan suatu perbuatan yang sinonim dan dekat dengan


pelajar-pelajar di sekolah. Topik sebegini sesuai untuk dijadikan tajuk
soalan karangan Bahasa Melayu kerana pelajar mampu memberikan isi-
isi penting yang berkaitan dan juga bernas. Oleh itu, berikut dikongsikan
contoh karangan langkah-langkah membanteras gejala ponteng dalam
kalangan pelajar untuk panduan semua.

Penuliasan karangan Bahasa Melayu menguji kebolehan pelajar untuk


mengaitkan tajuk soalan karangan dengan penggunaan bahasa pelajar.
Maka, pelajar perlu menguasai tatabahasa, penggunaan bahasa dan
mengetahui frasa-frasa menarik seperti peribahasa dan penanda
wacana yang sesuai untuk dimasukkan dalam penulisan karangan
masing-masing. Selain itu, pelajar dinasihatkan untuk sentiasa merujuk
kepada guru sekiranya melakukan latihan tambahan secara
bersendirian agar penulisan karangan pelajar menepati soalan.

https://www.ipendidikan.my/langkah-membanteras-gejala-ponteng-pelajar.html 1/5
05/02/2022, 22:57 Langkah Membanteras Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar

Isi Kandungan [Tutup]

1. Langkah-Langkah Membanteras Gejala Ponteng Sekolah Dalam


Kalangan Pelajar
2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Membanteras Gejala Ponteng
Dalam Kalangan Pelajar

Langkah-Langkah Membanteras Gejala


Ponteng Sekolah Dalam Kalangan
Pelajar
Isi-Isi Penting
Peranan sekolah dalam menetapkan undang-undang yang
berkesan di sekolah
Peranan ibu bapa dalam menjaga tingkah laku anak-anak
Peranan masyarakat untuk menegur pelajar yang ponteng
Peranan media massa dalam mengetengahkan kesan ponteng
kepada pelajar
Pelajar harus bermuhasabah diri

Baca juga: Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Atas Pelbagai
Alasan Yang Munasabah

https://www.ipendidikan.my/langkah-membanteras-gejala-ponteng-pelajar.html 2/5
05/02/2022, 22:57 Langkah Membanteras Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar

Contoh Karangan Langkah-Langkah


Membanteras Gejala Ponteng Dalam Kalangan
Pelajar
Pendahuluan
Dalam mendepani arus modenisasi hari ini, kita sering dikejutkan di
televisyen dan dada akhbar akan gejala sosial yang berlaku dalam
kalangan generasi muda. Antaranya adalah gejala ponteng sekolah
yang akan merugikan masa pelajar yang terlibat melakukan aktiviti yang
tidak sihat ini. Isu ini telah menjadi satu indikator penanda aras
kelemahan sistem pendidikan di Malaysia yang diimplementasikan
melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Adakah pelajar bosan dengan
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan? Persoalan ini
sering menjadi perbincangan ahli masyarakat yang mempersoalkan
kenapa pelajar ingin melakukan gejala ini sebaliknya duduk dan
mempelajari sesuatu di sekolah dengan penuh disiplin. Oleh itu, wajar
untuk dibincangkan apakah langkah yang perlu diambil bagi
membanteras gejala ponteng dalam aklangan pelajar.

Isi 1
Inisiatif utama yang boleh dilaksanakan adalah menetapkan undang-
undang yang lebih berkesan di sekolah. Sekolah merupakan institusi
pengajian yang sepatutnya dihormati dan dinikmati oleh setiap individu
yang menggunakan infrastruktur tersebut. Namun begitu, kesan
daripada gagal membuat keputusan dan membezakan di antara perkara
baik dan buruk telah menyebabkan beberapa pelajar sanggup
memonteng sekolah. Banyak faktor yang mempengaruhi perilaku
seseorang pelajar yang bermasalah. Sebagai pihak sekolah, peranan
yang boleh diambil adalah mengetatkan peraturan seperti memberikan
khidmat kaunseling, menghantar pelajar ke program sukarelawan dan
melaporkan kepada polis jika kesalahan pelajar melebihi had yang
ditetapkan sekolah. Tambahan pula, pihak sekolah juga boleh
menganjurkan aktiviti berbentuk motivasi dan kesedaran murid tentang
seronoknya persekolahan berbanding membuang masa memonteng
dan melepak di tempat-tempat awam.

Isi 2
Langkah seterusnya adalah terletak kepada peranan ibu bapa pelajar
dalam memberi perhatian dan mendidik mereka. Sebenarnya, adab dan
tingkah laku anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa dalam
membentuknya menjadi seorang individu yang berfikiran waras dan
penuh sopan dan santun. Guru di sekolah hanya memberikan didikan

https://www.ipendidikan.my/langkah-membanteras-gejala-ponteng-pelajar.html 3/5
05/02/2022, 22:57 Langkah Membanteras Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar

berbentuk fakta dan pengetahuan yang memberi manfaat untuk masa


hadapan pelajar. Gejala ponteng dalam kalangan pelajar mungkin
berlaku kerana kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa yang
sibuk bekerja atau menghadapi krisis dalam rumahtangga. Dalam situasi
ini, pelajar tidak boleh disalahkan sebaliknya ibu bapa yang
bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka bersedia dan selesa
dengan keadaan keluarga masing-masing supaya mampu memberikan
fokus kepada pembelajaran di sekolah. Ingatlah, “segala-galanya
bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal,
Franklin D Franklin, Maka ibu bapalah yang bertindak sebagai agen
pencorak utama membentuk karakter anak-anak agar mereka tidak
mencetuskan gejala yang tidak memberi manfaat pada hari akan
datang.

Isi 3
Di samping itu, masyarakat juga wajar memainkan peranan bagi
menangani masalah ponteng dalam kalangan pelajar. Sebagai anggota
masyarakat, kita hendaklah bersikap prihatin dengan menegur dan
bertanya kepada pelajar jika kita terserempak dengan mereka di luar
sekolah pada waktu persekolahan berlangsung. Tetapi, kita perlu
menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mendekati atau
memberikan nasihat kepada pelajar yang memonteng. Hal ini kerana,
golongan muda dewasa ini tidak termakan dengan ugutan dan
tengkingan yang kononnya menakut-nakutkan mereka akan akibat
perbuatan mereka. Sebaliknya, kita boleh menasihati mereka dengan
bertanya kenapa mereka memonteng sekolah dan terbuka dengan
pendapat daripada mereka. Selepas mendengar alasan yang diberikan
oleh mereka, kita boleh mencadangkan solusi kepada mereka yang
mungkin mempunyai masalah dalam pembelajaran. Sebagai contoh,
menasihati mereka untuk menyertai aktiviti sukan yang membolehkan
mereka tidak tertumpu kepada pengajian di kelas sahaja. Tambahan
pula, sukan mampu menjadi karier yang mempunyai permintaan dalam
negara ini.

Isi 4
Selain itu, pihak yang mampu memainkan peranan penting dalam
membanteras gejala ponteng dalam kalangan pelajar adalah media
massa. Tahap keberkesanan media massa dalam memberikan informasi
kepada masyarakat mampu menjadi sandaran kepada pembentukan
masyarakat yang lebih baik. Media massa haruslah memainkan peranan
untuk menyebarkan iklan-iklan nasihat dengan penerapan nilai-nilai
moral supaya dapat member pengajaran kepada semua pihak.
Penanyangan cerita-cerita, program atau iklan-iklan yang bersifat negatif
https://www.ipendidikan.my/langkah-membanteras-gejala-ponteng-pelajar.html 4/5
05/02/2022, 22:57 Langkah Membanteras Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar

seperti cerita berunsur gengster hendaklah disekat. Hal ini demikian


kerana ia akan mendorong remaja terutamanya para pelajar untuk
meniru aksi-aksi tersebut seperti merokok, menghisap dadah, gam,
berlumba haram dan secara tidak langsung akan terlibat dengan gejala
ponteng sekolah. Oleh itu, media massa banyak member peranan
dalam usaha untuk membentuk akhlak masyarakat dan menangani
gejala sosial khususnya ponteng sekolah.

Penutup
Tuntasnya, banyak inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi membanteras
gejala ponteng dalam kalangan pelajar. KIta juga boleh simpulkan
bahawa segala inisiatif memerlukan kerjasama daripada semua pihak
agar generasi muda kita mampu menjadi generasi yang lebih baik
berbanding generasi terdahulu. Dengan membentuk golongan muda
yang berdisiplin dan mementingkan pembelajaran, nescaya masa
hadapan negara akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju yang lain. Sesungguhnya pentarbiahan yang
sempurna menjamin keterjelmaan negara seiring dengan wawasan
kemakmuran bersama yang diwara-warkan oleh kerajaan hari ini.

https://www.ipendidikan.my/langkah-membanteras-gejala-ponteng-pelajar.html 5/5
05/02/2022, 23:01 Langkah Memelihara Rumah Tradisional Melayu

Karangan

Langkah Cara Memelihara Rumah


Tradisional Melayu

Ipendidikan » Karangan » Langkah Cara Memelihara Rumah


Tradisional Melayu
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:58 pm, 13 Mei 2020

Karangan Bahasa Melayu terdiri daripada pelbagai tema dan tajuk yang
berpotensi untuk menjadi pilihan soalan dalam peperiksaaan. Oleh itu,
pelajar perlu bersedia untuk menjawab soalan karangan yang
merangkumi pelbagai tema dengan melakukan latihan tambahan atau
merujuk sumber lain seperti sumber atas talian. Sebagai rujukan pelajar,
berikut adalah contoh karangan langkah memelihara rumah tradisional
Melayu.

Penulisan karangan yang baik memerlukan pelajar menggunakan


tatabahasa yang betul, serta pengisian yang tepat dan menarik. Anda
digalakkan untuk memilih soalan yang mudah untuk dihurai serta
mampu memberikan frasa-frasa menarik seperti peribahasa yang
berkaitan dengan karangan anda. Selain itu, mendapatkan bimbingan
daripada guru juga mustahak supaya penulisan karangan anda
menepati soalan dan mendapat markah yang cemerlang.

https://www.ipendidikan.my/cara-memelihara-rumah-tradisional-melayu.html 1/5
05/02/2022, 23:01 Langkah Memelihara Rumah Tradisional Melayu

Isi Kandungan [Tutup]

1. Cara Dan Langkah Memelihara Rumah Tradisional Melayu


2. Contoh Karangan Langkah Memelihara Rumah Tradisional Melayu

Cara Dan Langkah Memelihara Rumah


Tradisional Melayu
Isi-isi penting
Mengenal pasti dan mengkaji ciri-cirinya
Mengasimilasikan kepada binaan terkini
Mewartakan sebagai kawasan pelancongan
Mewujudkan agensi pengurusan
Menggunakannya dalam filem atau drama
Menghasilkan buku atau ensklopedia

Baca juga: Senarai Kesalahan Imbuhan Dan Ejaan Bahasa Melayu

Contoh Karangan Langkah Memelihara Rumah


Tradisional Melayu
Pendahuluan
Rumah tradisional Melayu adalah antara senibina terawal yang
merupakan tempat kediaman tradisional masyarakat penduduk asal
etnik Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sumatera dan

https://www.ipendidikan.my/cara-memelihara-rumah-tradisional-melayu.html 2/5
05/02/2022, 23:01 Langkah Memelihara Rumah Tradisional Melayu

Kalimantan. Sehingga kini, kita masih lagi dapat melihat rumah-rumah


tradisional ini berdiri dengan kukuh di kawasan-kawasan kampung atau
pedalaman. Kesenian pertukangannya disampaikan secara turun
temurun dari generasi ke generasi dan telah mengalami proses
transformasi selama bertahun-tahun mengikut arus pemodenan hari ini.
Rumah tradisional Melayu juga mempunyai pelbagai unsur yang diambil
kira sebelum proses pembinaan telah mendapat perhatian dunia kerana
ciri-ciri yang unik dan berteraskan agama dan kebudayaan masyarakat
ketika itu. Namun, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
memelihara rumah tradisional Melayu daripada tenggelam dek ditelan
zaman?

Isi 1
Prakarsa utama dalam memelihara rumah tradisional melayu adalah
dengan mengenalpasti ciri-ciri dan kriteria seni bina tersebut. Pasti
ramai di antara kita, yang mengenali peribahasa tak kenal, maka tak
cinta. Oleh itu, pihak berkuasa dengan kerjasama sejarawan dan pakar
seni bina wajar mengkaji dan dan menetapkan ciri-ciri yang kukuh dalam
mengkategorikan sebuah rumah tradisional melayu. Sebagai contoh,
rumah tradisional melayu di Negeri Sembilan mempunyai bumbung
yang berbeza berbanding rumah tradisional melayu di negeri lain.
Manakala di Melaka, terdapat tangga yang dihiasi jubin berwarna-warni.
Proses mengenal pasti dan kajian boleh digunakan oleh para ilmuwan
dalam menjadikan rumah tradisional melayu sebagai elemen
pembelajaran di setiap peringkat institusi pembelajaran. Kesannya,
generasi muda akan didedahkan dengan keunikan seni bina rumah
tradisonal melayu dan memupuk kecintaan terhadap warisan bangsa ini.

Isi 2
Selain itu, pemeliharaan rumah tradisional melayu boleh dilakukan
dengan mengasimilasikan seni bina tersebut ke dalam bangunan atau
binaan baharu hari ini. Realiti pada hari ini, pembangunan di dalam
negara berjalan dengan rancak dan tumbuh bagai cendawan selepas
hujan. Namun, kebanyakkan seni bina atau reka bentuk bangunan tidak
disematkan ciri-ciri tradisional yang mampu menunjukkan kekayaan
warisan budaya yang kita miliki. Jika kita lihat pada waktu negara kita
dijajah oleh Portugis dan British, mereka telah membina bangunan yang
mempunyai ciri-ciri negara mereka di Kota Melaka iaitu Bangunan
Stadthuys yang masih gah berdiri sehingga hari ini. Oleh itu, kita
sebagai nusa bangsa yang pernah menjadi pusat dagangan utama
dunia pada waktu dahulu perlu mempunyai wawasan yang lebih tinggi
berbanding penjajah asing. Muzium Negara merupakan contoh terbaik
dalam mengasimilasikan seni bina tradisional melayu pada bangunan-
https://www.ipendidikan.my/cara-memelihara-rumah-tradisional-melayu.html 3/5
05/02/2022, 23:01 Langkah Memelihara Rumah Tradisional Melayu

bangunan yang ikonik. Diharapkan para arkitek dan jurutera yang


ditugaskan untuk membina bangunan ataupun projek perumahan
meletakkan elemen-elemen tradisional melayu supaya warisan yang
dimiliki ini tidak luput dek pemodenan zaman.

Isi 3
Langkah seterusnya dalam memelihara rumah tradisional melayu
adalah dengan mewartakan rumah-rumah tradisional ini sebagai
kawasan pelancongan. Konsep ini merupakan kaedah yang digunakan
bagi memperlihatkan keunikan yang kita miliki kepada pelancong-
pelancong asing. Mutakhir ini, konsep pelancongan inap desa semakin
mendapat perhatian setelah diketengahkan oleh pihak berkuasa.
Pelancong asing akan menginap dan menikmati kehidupan masyarakat
di kampung selama beberapa hari bagi mendapatkan pengalaman
tentang budaya dan tradisi masyarakat di Malaysia. Di kesempatan itu,
rumah-rumah tradisional yang berkeadaan baik dan cantik wajar
menjadi pilihan penginapan mereka. Perkara ini dapat memberikan
pengalaman yang berbeza kepada mereka di samping memelihara
budaya dan warisan bangsa yang kita miliki. Ia juga mampu menjadi
inspirasi kepada mereka sekiranya ingin menambah elemen tradisional
yang dipelajari untuk menghiasi rumah mereka di sana. Maka, program
inap desa wajar menjadi agenda dalam industri pelancongan di mana
usaha pemeliharaan rumah tradisional melayu juga dapat dijamin dan
dilaksanakan.

Isi 4
Akhir sekali, langkah yang paling utama dalam memelihara rumah-
rumah tradisional melayu adalah dengan memastikan pihak berkuasa
menjalankan peranan mereka bersama-sama ahli masyarakat. Setiap
usaha yang dibincangkan di atas boleh dijayakan sekiranya wujud
sinergi yang kuat antara pihak berkuasa dan pemilik rumah-rumah
tradisional melayu dalam memelihara seni bina warisan negara ini. Jika
sebuah agensi dapat diwujudkan bagi mengurus dan menyusun strategi
terbaik untuk memelihara seni bina rumah tradisional melayu. Inisiatif ini
sesuai dengan peruntukan akta yang tersebut dalam Heritage Acts,
2005 yang lebih komprehensif dalam menyediakan satu mekanisma dari
segi khidmat pengurusan , penguatkuasaan, pembiayaan dan
pengiktirafan. Kerja-kerja penyelenggaraaan boleh dijalankan dan
diperhati oleh ahli masyarakat serta berkongsi kaedah terbaik dalam
usaha menyelenggara bahagian-bahagian di dalam rumah tersebut.
Senario ini adalah sama dalam mendepani segala jenis masalah yang
membelenggu rakyat di mana kerjasama yang baik antara pihak

https://www.ipendidikan.my/cara-memelihara-rumah-tradisional-melayu.html 4/5
05/02/2022, 23:01 Langkah Memelihara Rumah Tradisional Melayu

berkuasa dan masyarakat tempatan bagai aur dan tebing akan


memberikan hasil yang berbaloi serta bermanfaat bagi kedua-dua pihak.

Penutup
Konklusinya, pelbagai langkah boleh dilaksanakan demi memelihara
rumah tradisional melayu pada masa kini. Malahan terdapat tradisi yang
memindahkan rumah tradisional melayu secara manual ke tempat yang
lebih baik dan dilakukan sehingga hari ini. Setiap pihak perlu berganding
bahu dalam usaha mengekalkan seni bina peninggalan nenek moyang
kita untuk tatapan generasi akan datang. Mekasnisme terbaik harus
dibincangkan dan direncana oleh pihak yang terlibat agar usaha ini tidak
menjadi sia-sia. Seni bina merupakan warisan dan sejarah negara yang
perlu diketahui oleh generasi akan datang supaya mereka kenal dan
menghargai keunikan dan kekayaan ilmu masyarakat dahulu.
Seterusnya menjadi iktibar supaya mereka berusaha menjadi lebih baik
dan bakal memacu negara ke arah kemajuan yang tertinggi daripada
generasi-generasi sebelum ini.

https://www.ipendidikan.my/cara-memelihara-rumah-tradisional-melayu.html 5/5
05/02/2022, 23:00 Langkah Memupuk Semangat Patriotik Dalam Kalangan Masyarakat

Karangan

Cara Memupuk Semangat Patriotisme


Dalam Kalangan Masyarakat

Ipendidikan » Karangan » Cara Memupuk Semangat Patriotisme


Dalam Kalangan Masyarakat
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:21 pm, 4 Mei 2020

Semangat cinta akan negara merupakan antara tajuk soalan yang


popular untuk digunakan dalam soalan karangan Bahasa Melayu.
Pelbagai isi dan idea bernas yang boleh diolah oleh pelajar supaya
menghasilkan penulisan karangan yang baik. Maka, berikut dikongsikan
contoh karangan langkah memupuk semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat untuk panduan semua.

Untuk mendapatkan penulisan karangan yang baik, pelajar perlu


melakukan latihan tambahan sama ada daripada guru atau inisiatif
sendiri. terdapat banyak sumber latihan yang boleh diperoleh pelajar
bagi memperbaiki penulisan karangan sehingga mencapai tahap yang
baik. Justeru, bimbingan dan pendapat daripada guru masing-masing
juga penting agar gaya penulisan pelajar menepati soalan dan kehendak
pemeriksa.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/langkah-memupuk-semangat-patriotik.html 1/7
05/02/2022, 23:00 Langkah Memupuk Semangat Patriotik Dalam Kalangan Masyarakat

1. Langkah-Langkah Untuk Memupuk Semangat Patriotik Dalam


Kalangan Masyarakat Masa Kini
2. Contoh Karangan Langkah Memupuk Semangat Patriotisme Di
Dalam Kalangan Masyarakat Di Malaysia

Langkah-Langkah Untuk Memupuk


Semangat Patriotik Dalam Kalangan
Masyarakat Masa Kini

Isi-isi penting
perlu dipupuk bermula daripada bangku sekolah
ibu dan bapa berperanan memupuk
kempen patriotik oleh media massa
menghargai sejarah dan tokoh negara
melawat tempat bersejarah
menyertai program kenegaraan

Baca juga: Koleksi Peribahasa Melayu Serta Maksudnya

Contoh Karangan Langkah Memupuk


Semangat Patriotisme Di Dalam Kalangan
Masyarakat Di Malaysia
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/langkah-memupuk-semangat-patriotik.html 2/7
05/02/2022, 23:00 Langkah Memupuk Semangat Patriotik Dalam Kalangan Masyarakat

Dalam memupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat negara kita


pada masa ini banyak pihak telah mendakwa bahawa ianya semakin
luntur. Hal ini terjadi kerana sikap masing-masing yang sibuk dengan
urusan sendiri dan menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara
lain. Menurut mereka, apa yang penting bagi kehidupan adalah bekerja
untuk mengumpul kekayaan serta ingin mendapatkan wang bagi
menambahkan pendapat mereka sahaja

Justeru itu, mereka mungkin terlupa dan tidak menitikberatkan langsung


semangat patriotik sehingga tidak mempedulikan sambutan hari
kebangsaan. Sebagai contoh, ada dari kalangan masyarakat kita kini
alpa untuk mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara dijalankan. Hal ini amat membimbangkan dan kita
berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat
dipertingkatkan. Sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia mengambil
langkah yang sewajarnya bagi memupuk semangat patriotik dalam diri
sendiri dan juga kalangan masyarakat.

Isi 1
Bila dilihat secara terperinci, sebenarnya terdapat banyak cara yang
boleh dijalankan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita. Antaranya adalah dengan memupuk
semangat patriotik sejak dari awal umur lagi seperti di bangku sekolah.
Hal ini membolehkan semangat patriotik hidup sebati dalam diri pelajar
seperti kata pepatah Melayu iaitu “melentur buluh, biarlah dari
rebungnya”.

Perlu difahami pengaruh guru di sekolah adalah penting dan beperanan


dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa anak-anak murid
mereka semenjak mereka masih kecil. Hal ini disebabkan para guru
yang mengajar di sekolah boleh menekankan sifat-sifat patriotik di
dalam kelas. Mereka perlu mendorong kanak-kanak untuk melahirkan
perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan tanah
air. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan program seperti
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara
ku ketika perhimpunan dan banyak lagi. Guru-guru juga boleh
menerapkan semangat patriotik semasa mengajar dalam subjek
seperti:-

https://www.ipendidikan.my/langkah-memupuk-semangat-patriotik.html 3/7
05/02/2022, 23:00 Langkah Memupuk Semangat Patriotik Dalam Kalangan Masyarakat

Sejarah (secara umumnya sejarah tanah melayu dalam proses


mencapai kemerdekaan)
Bahasa Melayu (penerapan unsur-unsur patriotik melalui medium
bahasa kebangsaan)
Pendidikan Islam/Moral (melahirkan akhlak yang selari dengan
semangat patriotik)

Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah pasti


semangat itu akan terus diamalkan dan dikekalkan sehingga dewasa.
Dalam pada itu, amalan sebegini penting kerana kita dapat melahirkan
masyarakat yang sentiasa cinta pada negara dan tidak akan melakukan
perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik negara.

Isi 2
Selain daripada itu, ibu bapa juga harus memainkan peranan penting
dalam memupuk semangat patriotik pada jiwa sanubari anak-anak
mereka. Ini kerana, anak-anak yang masih belum matang untuk berfikir
akan sentiasa mencontohi tingkah laku ibu bapa mereka ibarat kata
pepatah “bapa borek, anak rintik”. Kanak-kanak akan ingat pada
pengajaran yang mereka lihat dan sering mendengar kata-kata ibu bapa
mereka. dan sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal
hingga mereka dewasa. Disebabkan itu, ibu bapa sewajarnya
menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak mereka “bagai
menatang minyak yang penuh”.

Ini kerana anak-anak remaja zaman kini dilihat sering terlibat dengan
masalah sosial. Gejala buruk ini mestilah dielakkan kerana ianya boleh
menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab
mereka terhadap tanah air tercinta ini. Sebaliknya, ibu bapa haruslah
mendidik anak mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan
kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air.
Selain itu, contoh-contoh lain yang boleh diikuti oleh ibu bapa adalah
seperti:-

Melibatkan diri bersama anak-anak dalam mengibarkan bendera


ketika sambutan hari kemerdekaan negara
Melawat bersama-sama anak-anak ke tempat-tempat bersejarah
tanah air semasa cuti sekolah
Berkongsi cerita-cerita yang berkaitan isi kandungannya dengan
patriotisme dengan anak-anak

https://www.ipendidikan.my/langkah-memupuk-semangat-patriotik.html 4/7
05/02/2022, 23:00 Langkah Memupuk Semangat Patriotik Dalam Kalangan Masyarakat

Tegaslah bahawa, peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam


langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam masyarakat
Malaysia dan lebih spesifiknya kepada anak-anak ketika masih kecil

Isi 3
Selain itu, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan
kempen secara besar-besaran dalam memupuk semangat patriotik
antara masyarakat. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat
patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan
penghayatan kemerdekaan. Oleh itu, Jabatan Penerangan Malaysia
boleh menggunakan media elektronik seperti televisyen dan radio yang
sememangnya berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Dengan ini, ianya bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik


malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita
seperti ayat pepatah “sambil menyelam minum air”. Sebagai contoh,
tindakan yang sewajarnya boleh dilakukan oleh media massa televisyen
dan radio adalah seperti:-

Menyiarkan rancangan atau program yang berunsurkan patriotisme


supaya dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan
rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.
Menayangkan filem-filem patriotik seperti “Paloh”, “Bukit Kepong”
dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan
negara.

Jelaslah, sekiranya pihak yang bertanggungjawab mengambil peranan


mereka masing-masing, ia sedikit sebanyak dapat menerapkan
semangat patriotik dalam diri masyarat.

Isi 4
Di samping itu, kita juga hendaklah sering bermuhasabah terhadap diri
sendiri. Kita seharusnya berasa amat bersyukur dan merasakan diri
amat bertuah kerana dapat hidup di negara yang aman dan damai.
Belajar mengagumi tokoh-tokoh agung dunia dan tokoh negara sendiri
untuk melahirkan perasaan berbangga kerana negara kita memiliki
pemimpin yang berdedikasi. Simpanlah cita-cita untuk menjadi insan
yang berjiwa besar yang mahu mencapai kejayaan cemerlang terutama
dalam kerjaya yang bagus dan ingin berkhidmat untuk negara.

https://www.ipendidikan.my/langkah-memupuk-semangat-patriotik.html 5/7
05/02/2022, 23:00 Langkah Memupuk Semangat Patriotik Dalam Kalangan Masyarakat

Isi 5
Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi akan sentiasa
berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai
kemajuan dan pembangunan dengan pantas. Sebagai contoh, melawat
ke tempat bersejarah seperti Kota A’ Famosa di Melaka. Sambil
melawati tempat bersejarah, pemandu pelancong yang mengetuai
lawatan tersebut akan menceritakan tentang kejatuhan Melaka lalu
Portugis membina Kota A’ Famosa. Sesungguhnya, bangsa yang mulia
ialah bangsa yang sentiasa berbangga terhadap tanah air, sesuai
dengan kata peribahasa Arab iaitu “kasih akan negara adalah
sebahagian daripada iman”. Oleh itu, kesedaran awal daripada kecil lagi
perlu diterapkan dengan membina kekuatan semangat patriotik dalam
diri kita sendiri.

Isi 6
Akhir sekali, generasi pada masa kini perlu menyertai program yang
dilakukan oleh pihak kerajaan. Program-program tersebut lazimnya
dipenuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti
kawad kaki dan latihan berkumpulan. Program seperti ini dapat
memupuk semangat patriotik di mana para peserta akan lebih merasai
semangat cinta akan negara. Antara kelebihan yang boleh diperolehi
adalah:-

Dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, nilai


tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan rasa hormat-
menghormati.
Pelatih-pelatih ini akan bercampur gaul sesama mereka yang
berlainan budaya, agama yang berbeza dan berbilang kaum.
Dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan elemen
yang penting di dalam semangat patriotik sesuai dengan pepatah
iaitu “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Program ini akan dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal
kenegaraan yang berkaitan dengan kedaulatan negara serta
kerajaan yang memerintah.

Antara contoh lain program yang boleh menawarkan perkara sebegini


adalah salah satu inisiatif kerajaan yang pernah diwajibkan disertai oleh
pelajar lepasan SPM iaitu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Penutup

https://www.ipendidikan.my/langkah-memupuk-semangat-patriotik.html 6/7
05/02/2022, 23:00 Langkah Memupuk Semangat Patriotik Dalam Kalangan Masyarakat

Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan


warganegara yang cinta akan negaranya dan pastinya akan menjadi
individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara sendiri.
Seseorang yang memiliki semangat patriotik yang tinggi akan sentiasa
berusaha untuk memajukan diri dan negaranya demi mencapai
kemajuan dan pembangunan dengan cepat seiring dengan negara-
negara maju yang lain. Oleh itu, semua pihak hendaklah bersama-sama
berganding bahu bagi memainkan peranan masing-masing agar
semangat patriotik dapat disuburkan dan dipupuk dalam generasi akan
datang. Kita perlu ingat seperti kata-kata Samuel Johnson yang
merupakan seorang editor, pengkritik sastera, penyair, moralis, biografi,
penyusun kamus dan penulis esei yang terkenal ini yang menyatakan
bahawa “masa depan itu dibeli oleh masa sekarang”.

https://www.ipendidikan.my/langkah-memupuk-semangat-patriotik.html 7/7
05/02/2022, 23:04 Langkah Menangani Masalah Pembuangan Sampah

Karangan

Langkah Mengatasi Masalah


Pembuangan Sampah

Ipendidikan » Karangan » Langkah Mengatasi Masalah Pembuangan


Sampah
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:56 pm, 4 Mei 2020

Topik berkaitan alam sekitar sering kali menjadi topik kegemaran dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu. Pelajar seharusnya mampu
memberikan isi-isi penting yang baik dan tepat dengan kehendak soalan
kerana alam sekitar adalah perkara yang berada di sekeliling kita.
Berikut dikongsikan langkah-langkah menangani masalah pembuangan
sampah untuk panduan semua.

Untuk makluman pelajar, penulisan karangan yang baik terdiri daripada


pendahuluan yang menarik, isi yang seimbang dan penutup yang
konklusif. Bagi mendapatkan hasil penulisan karangan sebegitu, pelajar
perlu melakukan latihan tambahan di samping latihan daripada guru di
sekolah. Bimbingan dan panduan guru juga mustahak bagi memastikan
penulisan karangan pelajar tepat dan menerima kehendak soalan yang
diberikan.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/langkah-menangani-pembuangan-sampah.html 1/4
05/02/2022, 23:04 Langkah Menangani Masalah Pembuangan Sampah

1. Langkah Menangani Masalah Membuang Sampah Merata-Rata


2. Contoh Karangan Langkah Mengatasi Masalah Pembuangan
Sampah

Langkah Menangani Masalah


Membuang Sampah Merata-Rata

Isi-isi penting
Kuatkuasa larangan penggunaan plastik
Mengamalkan kitar semula
Beli barang keperluan dengan berhemat
Memberi sokongan kepada agensi pengurusan sampah
Menyediakan kawasan pelupusan sampah berteknologi tinggi
Kempen pengurusan sampah

Baca juga: Koleksi Peribahasa Melayu Serta Maksud

Contoh Karangan Langkah Mengatasi Masalah


Pembuangan Sampah
Pendahuluan
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai peristiwa yang melibatkan pencemaran
alam sekitar berlaku dalam negara kita. Sikap sesetengah pihak
mengambil mudah perkara seperti pembuangan sisa toksik ke dalam
sungai akan memusnahkan keseimbangan ekosistem yang kita nikmati

https://www.ipendidikan.my/langkah-menangani-pembuangan-sampah.html 2/4
05/02/2022, 23:04 Langkah Menangani Masalah Pembuangan Sampah

hari ini. Seperti peribahasa Melayu, bagai melepaskan batuk di tangga.


Mungkin perkara seperti ini berlaku kerana kurangnya didikan tetapi,
pucuk pangkalnya adalah setiap sampah atau sisa pembuangan wajib
dibuang dengan cara yang betul. Peningkatan jumlah penduduk dalam
negara telah menyumbang kepada kadar pertumbuhan penduduk
sekaligus menambah sisa pembuangan dan sampah. Oleh itu, mari kita
lihat langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi menangani masalah
pembuangan sampah.

Isi 1
Langkah pertama adalah dengan menguatkuasakan larangan
penggunaan plastik secara menyeluruh di seluruh negara. Untuk
pengetahuan anda, plastik merupakan penyumbang utama sisa-sisa
sampah di dunia kerana ia memerlukan berpuluh tahun untuk dikompos
atau mereput. Tambahan pula, plastik lazimnya digunakan hanya sekali
dan kemudian tidak mempunyai fungsi dan dibuang merata-rata.
Akibatnya sisa plastik sudah menjadi ancaman kepada hidupan laut dek
kerana termakan atau lemas daripada kekurangan oksigen hasil
daripada pengumpulan sampah dipermukaan laut. Justeru, langkah
untuk mengharamkan penggunaan plastik bakal memberi hikmah bukan
sahaja kepada kita tetapi hidupan alam yang lain.

Isi 2
Selain itu, langkah yang boleh dilakukan bagi menangani masalah
pembuangan sampah adalah dengan mengamalkan kitar semula. Kitar
semula ialah proses bahan buangan untuk menghasilkan barangan
baharu supaya boleh digunakan lagi. Kitar semula dapat mengurangkan
bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,
membangun penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara
dan pencemaran air serta mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau
berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Antara bahan
yang boleh dikitar semula adalah kaca, kertas, logam, plastik, tekstil,
dan elektronik. Dengan peningkatan kuantiti penduduk dunia secara
amnya, sumber bahan mentah sudah pasti semakin berkurangan. Maka
kita hendaklah sedar dan mula bersikap minimalis atau bersederhana
dalam kehidupan dan berbelanja secara berhemat bagi mengelakkan
pembaziran.

Isi 3
Di samping itu, setiap anggota masyarakat perlu sedar dan bijak
berbelanja dalam membeli barang keperluan. Elakkan membeli barang
yang dipakai buang hanya setelah menggunakannya beberapa kali

https://www.ipendidikan.my/langkah-menangani-pembuangan-sampah.html 3/4
05/02/2022, 23:04 Langkah Menangani Masalah Pembuangan Sampah

sahaja. Kita sudah mencapai tahap di mana sumber bahan mentah


semakin terhad. Banyak produk yang mesra alam telah dihasilkan
seperti beg, kasut dan juga peralatan elektronik. Tetapi disebabkan kos
yang tinggi dalam penghasilan barang mesra alam, ramai diantara kita
enggan untuk melabur demi kelansungan alam sekitar. Apa yang ingin
disampaikan adalah kita perlu berfikiran kritis dan menilai diantara
keperluan dan kehendak. Perkara asas ini sedikit sebanyak akan
membentuk gaya kebolehan setiap individu dalam merancang
kehidupan masing-masing. Seterusnya mengurangkan pembaziran dan
sisa pembuangan sampah berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Isi 4
Akhir sekali, langkah yang boleh dilakukan di peringkat kerajaan pula
adalah dengan membantu agensi pengurusan sampah. Pihak berkuasa
tempatan (PBT) seharusnya menjadi jambatan diantara penduduk dan
agensi pengurusan sampah di kawasan masing-masing. PBT wajar
menjalankan pemantauan berkala pada setiap bulan untuk melihat
keperluan penduduk dalam menguruskan pembuang sisa sampah.
Dengan kerjasama yang baik dengan agensi pengurusan sampah,
sudah pasti tong-tong sampah dan jadual pengurusan dapat
diselaraskan dengan keperluan penduduk sekitar. Antara langkah yang
telah dilakukan dan bernas untuk dikekalkan adalah penyediaan tong
sampah besar pada hari perayaan dimana selalunya banyak
pembersihan dan sisa terhasil pada waktu tersebut. Oleh itu, setiap
anggota msyarakat perlu bertanggungjawab memastikan sisa sampah
yang dihasilkan dibuang secara betul.

Penutup
Demikian adalah langkah-langkah yang wajar dilaksana bagi menjamin
pembuangan sampah dalam negara kita diurus dengan baik. Langkah
bijak yang diambil hari ini tidak memberikan manfaat kepada kita secara
langsung tetapi memberikan peluang kepada generasi akan datang
menikmati sumber yang kita nikmati selama ini. Dengan pengurusan
yang betul pasti isu pembuangan sampah yang berisiko tinggi
terutamanya dalam penularan kes denggi dan lain-lain dapat
diselesaikan. Pendekatan dasar-dasar kerajaan yang memastikan alam
sekitar terjamin perlu diangkat dan masyarakat menjadi pelaksana
dalam menangani isu pembuangan sampah. Semoga minda masyarakat
kita sejajar dengan kecekapan pengurusan infrastuktur negara yang
diiktiraf sebagai infrastruktur kelas pertama.

https://www.ipendidikan.my/langkah-menangani-pembuangan-sampah.html 4/4
05/02/2022, 22:56 Langkah Mencegah Keracunan Makanan Cara Mengatasi

Karangan

Langkah-Langkah Mengelakkan
Keracunan Makanan

Ipendidikan » Karangan » Langkah-Langkah Mengelakkan Keracunan


Makanan
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:51 pm, 4 Februari 2020

Pelbagai topik dan isu yang boleh menjadi soalan dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu. Penulisan karangan menguji kemahiran
pelajar-pelajar dalam memberikan idea berkenaan soalan dan daya
kreatif pelajar dalam menghuraikan isi yang telah mereka berikan.
Penulisan karangan yang cemerlang memerlukan latihan yang banyak
dan bimbingan yang baik daripada guru.

Keracunan makanan adalah antara topik yang sering dibincangkan dan


menjadi tajuk soalan dalam karangan Bahasa Melayu. Hal ini kerana ia
berkait dengan para pelajar dan mungkin mereka pernah hadapi di
sekolah. Berikut adalah contoh karangan mengenai langkah-langkah
mencegah keracunan makanan sebagai panduan dan rujukan untuk
para pelajar.

Isi Kandungan [Tutup]

1. Langkah-Langkah Mencegah Keracunan Makanan


2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Mencegah Keracunan Makanan

https://www.ipendidikan.my/langkah-mencegah-keracunan-makanan.html 1/4
05/02/2022, 22:56 Langkah Mencegah Keracunan Makanan Cara Mengatasi

Langkah-Langkah Mencegah
Keracunan Makanan

Isi-isi penting
mendidik cara mengenal pasti ciri-ciri makanan yang tidak boleh
dimakan
memastikan penyediaan makanan bersih
membawa bekalan dari rumah
pemantauan dan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa
kebersihan diri sebelum menjamu selera
melancarkan kempen kesedaran tentang keracunan makanan

Contoh Karangan Langkah-Langkah Mencegah


Keracunan Makanan
Pendahuluan
Kebelakangan ini, kes keracunan makanan dalam kalangan pelajar di
sekolah mendapat liputan yang luas di media dan televisyen. Keracunan
makanan bukan sahaja berlaku di sekolah malahan di rumah juga.
Pelbagai punca yang menyebabkan keracunan makanan berlaku
antaranya berpunca daripada makanan itu sendiri, sumber luaran atau
daripada orang yang memakan makanan tersebut. Peribahasa Melayu
berkata, hanya jauhari mengenal manikam yang bermaksud hanya
orang yang bijaksana arif tentang sesuatu perkara. Maka, marilah kita

https://www.ipendidikan.my/langkah-mencegah-keracunan-makanan.html 2/4
05/02/2022, 22:56 Langkah Mencegah Keracunan Makanan Cara Mengatasi

mengenali langkah-langkah dalam mencegah keracunan makanan agar


terhindar daripada padahnya.

Isi 1
Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti makanan yang ingin
kita makan melalui rupa, bau dan rasa. Langkah ini adalah mustahak
terutamanya untuk kanak-kanak kecil yang berselingah dalam bab
keracunan makanan. Dari segi rupa, apabila membeli makanan mentah
seperti ikan, kita perlu pastikan kulitnya bersinar dan berwarna terang
dan tidak diselaputi oleh lendir yang tebal Matanya pula cerah dan tidak
tenggelam. Makanan yang berbau hamis dan meloyakan sewajarnya
tidak dimakan dan mempunyai risiko tinggi jika dimakan juga. Ibu bapa
juga boleh mengajar anak-anak bagaimana rasa sesuatu makanan atau
minuman yang telah basi kerana sebagai contoh di sekolah terdapat
program susu percuma dan ia bergantung kepada celik akal anak-anak
kecil ini untuk mengelakkan diri mereka daripada keracunan makanan.

Isi 2
Seterusnya adalah dari segi penyediaan makanan dimana kebersihan
dapur, pengusaha kantin atau restoran dan tukang masak berperanan
dalam mengelak daripada keracunan makanan berlaku. Makanan yang
dijamu atau dijual hendaklah dimasak sempurna seperti daging akan
berwarna perang di bahagian dalamnya dan ikan yang telah dimasak
mesti mudah dipisahkan isi dari tulang serta tidak berwarna merah
jambu. Alatan memasak juga hendaklah sentiasa dibersihkan sebelum
memasak dan selepas memasak. Cara menyimpan makanan mentah
juga perlu mengikut cara penstoran yang tepat seperti ikan dan daging
disimpan pada suhu yang rendah dan menutup atau membungkus
bahan makanan yang ingin disimpan dengan baik. Intihannya banyak
perkara perlu diambil serius dalam penyediaan makanan agar ia tidak
tercemar daripada keracunan.

Isi 3
Selain itu, tindakan yang boleh diambil bagi mengelakkan keracunan
makanan adalah dengan menyediakan makanan kita sendiri di rumah
dan membawanya ke sekolah atau tempat kerja sebagai bekalan.
Ramai di antara kita hari ini sibuk dalam pekerjaan sehinggakan hal
pemakanan ini diambil mudah dengan membeli makanan di restoran
kerana kekangan masa. Apabila terkena keracunan makanan atau jatuh
sakit barulah kita sedar dan mula mengambil tahu tentang pemakanan
yang merupakan lumrah kehidupan seorang manusia. Bak kata
peribahasa Melayu, sediakan payung sebelum hujan yang bermaksud

https://www.ipendidikan.my/langkah-mencegah-keracunan-makanan.html 3/4
05/02/2022, 22:56 Langkah Mencegah Keracunan Makanan Cara Mengatasi

kita seeloknya bersedia dalam segala perkara sebelum terkena kejadian


yang tidak kita ingini. Dengan menyediakan makanan dari rumah kita
dapat memastikan makanan kita bersih, disimpan dan dimasak dengan
sempurna dan bebas daripada unsur-unsur keracunan.

Isi 4
Seterusnya, langkah dalam mencegah keracunan makanan adalah
dengan pemerkasaan pemantauan dan penguatkuasa daripada pihak
berkuasa. Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun mempunyai
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) yang berperanan
untuk memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan
keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan
akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan yang berkesan.
BKKM akan memantau dan meletakkan gred kepada pengusaha
makanan dalam tahap kebersihan dan kualiti penyediaan makanan
mereka. Sistem pengredan ini mampu menjadi medium utama dalam
mengelak keracunan itu berlaku. Jadi, ia bergantung kepada kita
sebagai pelanggan untuk memastikan restoran atau kantin di sekolah
mendapat gred yang terbaik agar kita terhindar daripada keracunan
makanan. Kekerapan pemantauan dan penegasan dalam tindakan dan
denda kepada pengusaha yang gagal mematuhi arahan hendaklah
diperkasakan dengan lebih lagi supaya rakyat mendapat manfaat
daripada tindakan tersebut.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu menggembleng ilmu dan tenaga
dalam mengatur langkah holistik bagi mencegah keracunan makanan.
Usaha ini hendaklah dilaksana secara berterusan seperti pahat dengan
penukul yang bermaksud setiap pihak saling bantu membantu dalam
merealisasikan sesuatu perkara. Lumrah manusia dalam melakukan
kesilapan atau kecuaian tetapi kita hendaklah sentiasa memastikan diri
kita menjalankan tugas dengan betul agar kecuaian atau kesalahan itu
dapat diminimakan. Dengan mengurangkan kes-kes keracunan
makanan, kita dapat melahirkan masyarakat yang cakna dalam
kebersihan bukan sahaja pada makanan malah kebersihan secara
menyeluruh. Persekitaran yang bersih menjamin kesihatan yang mapan
dan rakyat dapat hidup sejahtera dan harmoni.

https://www.ipendidikan.my/langkah-mencegah-keracunan-makanan.html 4/4
05/02/2022, 23:03 Langkah Mengatasi Jenayah Siber Dalam Kalangan Masyarakat

Karangan

Langkah Mengatasi Masalah Jenayah


Siber

Ipendidikan » Karangan » Langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber


Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:52 pm, 13 April 2020

Karangan yang bertemakan global boleh menjadi tajuk yang mencabar


pelajar-pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Hal ini kerana
mereka perlu mengetahui tentang isu tersebut untuk memberikan isi dan
membuat huraian yang berkait dengan tajuk yang diberikan. Oleh itu,
pelajar perlu sentiasa peka dan ambil tahu akan isu-isu terkini sebagai
persiapan menghadapi soalan yang berkaitan.

Di bawah dikongsikan contoh karangan berkenaan langkah-langkah


mengatasi jenayah siber. Penggunaan isi-isi yang menarik dan
seimbang akan menambah daya penarik kepada penulisan karangan
pelajar. Peribahasa dan penanda wacana yang berkait dengan huraian
pelajar wajar digunakan supaya karangan anda mendapat markah yang
baik dan cemerlang.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayah-siber.html 1/5
05/02/2022, 23:03 Langkah Mengatasi Jenayah Siber Dalam Kalangan Masyarakat

1. Langkah-Langkah Mengatasi Jenayah Siber Di Kalangan Remaja


Dan Masyarakat
2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Mengatasi Jenayah Siber (Cara
Menangani)

Langkah-Langkah Mengatasi Jenayah


Siber Di Kalangan Remaja Dan
Masyarakat

Isi-isi penting
memberikan kesedaran melalui kempen dan iklan
mengkaji dan mewujudkan undang-undang siber
memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan siber
bekerjasama secara multilateral dalam membanteras jenayah siber
menggunakan perisian antivirus terkini
meningkatkan keselamatan siber negara

Contoh Karangan Langkah-Langkah Mengatasi


Jenayah Siber (Cara Menangani)
Pendahuluan
Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di
segenap empat penjuru dunia ini tentang isu jenayah siber yang kian

https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayah-siber.html 2/5
05/02/2022, 23:03 Langkah Mengatasi Jenayah Siber Dalam Kalangan Masyarakat

membarah hari ini. Kes penipuan wang dan kecurian data peribadi
merupakan antara kejadian yang diklasifikasikan sebagai jenayah
siber. Ia adalah kerana kejadian jenayah tersebut dilakukan menerusi
penggunaan gajet elektronik dan internet tersebut. Kita boleh lihat di
kaca televisyen dan dada-dada akhbar tentang kerugian mangsa
jenayah siber telah mengakibatkan mereka kerugian beratus-ribu ringgit.
Sikap tidak beretika dan jahat golongan pelaku jenayah siber ini
sewajarnya dibendung sebelum ia meruntuhkan institusi teknologi yang
menjadi kegunaan harian yang wajib oleh segenap manusia. Oleh itu,
kita seharusnya kenal pasti langkah-langkah yang boleh dijalankan
untuk mengatasi jenayah siber daripada terus menular dan merugikan
kita.

1. Memberikan kesedaran melalui kempen dan iklan


Langkah pertama untuk menangani jenayah siber adalah dengan
memberikan kesedaran kepada masyarakat akan ancaman sebenar
jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa. Kempen
melalui iklan di media cetak mahupun digital perlu diperluaskan dan
mencapai seluruh ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai
pengetahuan cetek akan penggunaan teknologi hari ini. Pelbagai taktik
yang licik digunakan penjenayah siber untuk memerangkap mangsa
oleh itu, pengasimilasi dalam iklan dan kempen yang dijalankan adalah
perlu supaya masyarakat betul-betul memahami dan mengambil serius
akan langkah keselamatan apabila menggunakan aplikasi-aplikasi di
telefon pintar masing-masing. Masyarakat juga perlu bersikap
inteligensia dan madani dalam menggunakan aplikasi teknologi hari ini
dan peka akan taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah siber.
Setiap input atau masalah yang berkaitan dengan jenayah siber
hendaklah dikongsikan agar ia menjadi rujukan kepada golongan yang
pakar dalam memastikan perkara yang telah berlaku tidak berulang
serta mengenal pasti potensi ancaman keselamatan siber.

2. Mengkaji dan mewujudkan undang-undang siber


Langkah seterusnya adalah pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan
memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah
siber ini berlaku dalam negara kita. Isu keselamatan siber semakin
menjadi topik tumpuan dalam konfederasi malah perbincangan antara
masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak kerajaan seharusnya
mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran
agar sebuah rangka undang-undang dapat diwujudkan dalam mencegah
jenayah siber. Ahli masyarakat pula harus melakukan laporan kepada
pihak yang berkenaan sekiranya terbabit atau melihat sebarang
kegiatan yang meragukan dan melibatkan jenayah siber agar
https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayah-siber.html 3/5
05/02/2022, 23:03 Langkah Mengatasi Jenayah Siber Dalam Kalangan Masyarakat

penjenayah tersebut boleh didakwa dan dikenakan tindakan yang tegas.


Tambahan pula, laman-laman sesawang kerajaan menghadapi
ancaman yang besar daripada perlakuan jenayah siber ini dan pihak
kerajaan seharusnya sedar dan menjadi organisasi utama yang
membina laman sesawang atau aplikasi teknologi yang selamat untuk
digunakan dan bebas daripada risiko jenayah. Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia (MCMC) yang ditubuhkan pada 1998 perlu diperkasakan
agar keselamatan siber dalam negara dapat dijamin sekaligus
menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan menarik
pelabur asing yang berasa selamat untuk menggunakan infrastuktur
yang berteknologi tinggi yang kita tawarkan.

3. Memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan siber


Selain itu, kita juga sepatutnya memperkenalkan pendidikan etika dalam
penggunaan teknologi pada setiap institusi pendidikan hari ini. Hampir
setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar
sebagai kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak
dididik dengan betul. Justeru, institusi pendidikan seperti sekolah dan
universiti adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang
berilmu pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat.
Pengetahuan seperti tidak membuka emel atau pautan yang meragukan
dan tidak sahih serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang
menyuruh kita memindahkan wang tanpa hitam putih perlu diajar
kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Hal ini kerana mereka
mudah dipengaruh dan digunakan oleh penjenayah siber dalam mencari
keuntungan. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sekiranya pendidikan etika ini berjaya dilaksanakan, pihak
kerajaan pula perlu membuat pendidikan atau modul pembelajaran
kepada setiap agensi kerajaan seterusnya menjadi model kepada sektor
swasta dalam mendidik setiap pekerja akan kepentingan keselamatan
siber supaya terhindar daripada sebarang jenayah.

4. Bekerjasama secara multilateral dalam membanteras jenayah


siber
Akhir sekali, isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana
ia melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak kerajaan
mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam
mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan
untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber
dalam negara setanding dengan negara maju yang lain. Kerjasama
dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh
direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman
musuh jenayah siber. Misalnya, berlaku transaksi wang yang meragukan
https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayah-siber.html 4/5
05/02/2022, 23:03 Langkah Mengatasi Jenayah Siber Dalam Kalangan Masyarakat

di luar negara dan negara tersebut bertindak melaporkan kepada negara


yang terkesan maka, penggubahan wang haram dapat dikesan dan
seterusnya menangkap penjenayah yang melakukan korupsi di luar
negara bagi mengelak tindakan pihak berkuasa tempatan. Senario ini
persis dengan peribahasa Melayu, yakni berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing yeng boleh didefinisikan apabila kita bermuafakat dalam
menyelesaikan sesuatu perkara sudah pasti kebaikan bersama akan
diperoleh tetapi jikasebliknya hanya kerugian akan kita dapat.

Penutup
Konklusinya, pelbagai langkah boleh dilaksanakan setiap pihak bagi
mengatasi kes-kes jenayah siber hari ini. Tiada jalan pintas dalam
menangani ancaman jenayah siber. Tindakan yang terbaik ialah setiap
individu memainkan peranan masing-masing dalam lingkungan kuasa
dan kemampuan yang ada. Pihak pengurusan atasan syarikat atau
organisasi perlulah menangani risiko ancaman siber dari perspektif yang
menyeluruh serta mengeluarkan polisi-polisi yang berkesan untuk diikuti
oleh pekerja syarikat. Maasyarakat juga perlu cakna terhadap segala
inisiatif yang akan memastikan keselamatan siber diaplikasikan di setiap
sudut penggunaan teknologi harian kita. Elakkan sikap apati dan tidak
peduli apabila seseorang individu menegur atau menasihati kita akan
kesalahan yang kita lakukan. Semoga masyarakat kita terhindar
daripada salah laku siber dan bebas daripada jenayah siber sekaligus
menjamin keselamatan dan keamanan negara yang telah kita kecapi
hari ini.

https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayah-siber.html 5/5
05/02/2022, 22:53 Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Karangan

Langkah Memajukan Mutu Sukan


Negara

Ipendidikan » Karangan » Langkah Memajukan Mutu Sukan Negara


Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:08 pm, 9 Ogos 2020

Subjek Bahasa Melayu diuji kepada pelajar dalam bentuk penulisan


karangan. Ujian berbentuk karangan dapat menunjukkan tahap
penguasaan bahasa pelajar dari segi penggunaan tatabahasa, frasa-
frasa menarik dan sebagainya. Oleh itu, pelajar harus berusaha
membuat latihan bagi menambah baik kemahiran dalam penulisan
karangan. Berikut dikongsikan contoh karangan langkah memajukan
mutu sukan negara untuk rujukan pelajar-pelajar.

Pelajar bebas untuk memberikan isi-isi penting yang bernas disamping


pengolahan yang menarik bagi mendapatkan penulisan karangan
terbaik. Berkaitan topik yang dipilih, pelajar hendaklah memberikan
cadangan yang logik dan mampu memberi perubahan supaya ia
berbeza daripada idea biasa dan menonjol di mata pembaca atau
penanda kertas. Jika pelajar berasa khuatir dengan penulisan karangan
masing-masing, pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan bimbingan
daripada guru-guru bahasa di sekolah.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/langkah-meningkatkan-mutu-sukan-negara.html 1/5
05/02/2022, 22:53 Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

1. Langkah-Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara


2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Memajukan Mutu Sukan Negara

Langkah-Langkah Meningkatkan Mutu


Sukan Negara

Isi-isi penting
menyediakan infrastruktur sukan yang lengkap
mendedahkan atlet ke pertandingan antarabangsa
memperkasa peranan persatuan sukan
menggunakan sains dan teknologi dalam sukan
memastikan kebajikan atlet terjamin
memperbaiki program pembangunan atlet

Baca juga: Cara Kira Berapa Patah Perkataan Dalam Karangan BM

Contoh Karangan Langkah-Langkah


Memajukan Mutu Sukan Negara
Pendahuluan
Sukan boleh didefinisikan sebagai segala jenis gerak badan yang
memerlukan tenaga dan digunakan untuk permainan. Mutakhir ini, kita
dapat melihat bahawa sukan mampu menjadi sebuah industri yang
menjana ekonomi di peringkat tempatan dan juga global. Sebagai
contoh, penganjuran Piala Dunia Bola Sepak 2018 di Rusia telah

https://www.ipendidikan.my/langkah-meningkatkan-mutu-sukan-negara.html 2/5
05/02/2022, 22:53 Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

mendapat jumlah keuntungan sebanyak 5 billion US Dollar hasil


daripada hak penyiaran dan pelbagai lagi. Namun, sebelum melihat
kepada potensi sukan secara global, adakah mutu sukan negara kita
berada di tahap yang membanggakan? Apakah langkah-langkah yang
perlu dilaksana bagi memajukan mutu sukan negara?

Isi 1
Langkah utama dalam memajukan industri sukan tempatan adalah
dengan memastikan infrastruktur sukan yang lengkap disediakan di
seluruh negara. Secara asasnya, setiap aktiviti sukan memerlukan
gelanggang permainan seperti padang, kolam renang dan balapan.
Cuba kita lihat di kawasan berdekatan kita, adakah setiap dearah
mempunyai kolam renang, padang dan balapan yang cukup sifatnya
dan diselenggara dengan baik? Sekiranya tidak maka kegagalan
penyediaan infrastruktur sukan yang lengkap adalah perkara yang
menyumbang kepada pembantutan kemajuan sukan negara. Jika tiada
infrastruktur sukan yang mudah untuk diakses oleh komuniti, maka
pencarian bakat untuk atlet terbatas. Kerajaan atau Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) boleh bekerjasama dengan syarikat swasta bagi
memastikan infrastruktur sukan dalam komuniti sentiasa ditambah baik
dan diselenggara. Khidmat komuniti ini bukan sahaja menguntungkan
komuniti setempat malah mampu mengangkat jenama syarikat swasta
seperti CIMB Bank yang menaja industri sukan berbasikal negara.

Isi 2
Selain itu, mutu sukan negara boleh ditambah baik dengan
mendedahkan atlet-atlet negara di peringkat antarabangsa. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Sekolah Sukan Malaysia bagi
mencungkil bakat dan menghasilkan atlet professional bertaraf
antarabangsa. Namun begitu, peratusan kejayaan atlet ini dilihat tidak
memberansangkan. Pelbagai faktor yang menyebabkan atlet-atlet ini
tidak berjaya antaranya adalah kerana kurangnya pendedahan di
peringkat antarabangsa. Pendedahan diperingkat antarabangsa perlu
dimulakan sejak usia muda agar mereka tidak mengalami kejutan
budaya dan belajar untuk menyaingi tahap kompetitif di peringkat
antarabangsa. Pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan dalam
beberapa sukan seperti Akademi Bola Sepak Mohktar Dahari yang
menganjurkan Piala Mokhtar Dahari. Penganjuran yang melibatkan
pasukan daripada Jepun, China dan Eropah mampu memberikan
pengalaman dan pengajaran yang berharga kepada pemain akademi
yang berumur lingkungan 13 hingga 15 tahun. Maka, pendedahan yang
berterusan pasti akan meningkatkan tahap prestasi atlet tempatan
setaraf dengan atlet antarabangsa.
https://www.ipendidikan.my/langkah-meningkatkan-mutu-sukan-negara.html 3/5
05/02/2022, 22:53 Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Isi 3
Sebagaimana yang kita maklum, setiap sukan di negara kita dinaungi
oleh persatuan-persatuan sukan bagi menguruskan atlet dan
perkembangan sesebuah sukan tersebut dalam negara mahupun luar
negara. Tetapi kita seringkali melihat di dada akhbar dan televisyen
tentang kepincangan persatuan sukan yang majoritinya dipimpin oleh
ahli yang mempunyai kepentingan politik. Malangnya, para pemimpin
yang dipilih secara sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan
berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan
agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi,
menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah
dianaktirikan oleh mereka. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan
sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-
muka baru yang mempunyai latar belakang dalam bidang sukan serta
beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata
peribahasa, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Isi 4
Di samping itu, kemajuan sains dan teknologi hari ini juga wajar untuk
diaplikasikan dalam sukan di negara kita. Kehadiran Institusi Sukan
Negara adalah amat mustahak dalam menghubungkan sains dan
teknologi dengan industri sukan tempatan. Tahap kompetitif sukan di
peringkat antarabangsa lazimnya sukar untuk kita capai melainkan atlet
tersebut mempunyai bakat yang besar. Tetapi, kita mampu membentuk
atlet bertaraf antarabangsa dengan menggunakan kaedah saintifik
dalam meningkatkan prestasi atlet tempatan kita. Antara kaedahnya
adalah dari segi penjagaan nutrisi dan diet atlet, corak latihan dan
fisioterapi yang sesuai untuk atlet agar mereka mampu menghasilkan
prestasi tertinggi apabila bersaing di peringkat antarabangsa. Kemahiran
ahli perubatan tempatan kita tidak wajar untuk disia-siakan dan sukan
mampu menjadi cabang kepada kemajuan sains dan teknologi yang
akan menaikkan nama negara di persada antarabangsa.

Penutup
Tuntasnya, pelbagai langkah yang boleh digarap dalam memastikan
kemajuan sukan negara meningkat dari semasa ke semasa. Kejayaan
atlet-atlet seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David dan
Azizulhasni Awang sepatutnya membuka jalan kepada kelahiran atlet-
atlet tempatan bertaraf antarabangsa yang lain. Semoga pihak yang
bertanggungjawab dalam menguruskan sukan di negara kita tidak kira
peringkat negara ataupun peringkat sekolah mampu melaksanakan
tugas dengan komitmen dan dedikasi terhadap kemajuan sukan negara.

https://www.ipendidikan.my/langkah-meningkatkan-mutu-sukan-negara.html 4/5
05/02/2022, 22:53 Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Pelbagai formula dan langkah yang boleh diatur dan tidak semua
berjaya untuk menghasilkan apa yang kita kehendaki tetapi sebaliknya
apakah langkah seterusnya yang wajar untuk difikirkan oleh semua
pihak bagi membawa sukan tempatan kita bersaing diperiingkat
antarabangsa.

https://www.ipendidikan.my/langkah-meningkatkan-mutu-sukan-negara.html 5/5
05/02/2022, 23:02 Langkah Meningkatkan Pengeluaran Hasil Pertanian Negara

Karangan

Langkah-langkah Meningkatkan Hasil


Pertanian Negara

Ipendidikan » Karangan » Langkah-langkah Meningkatkan Hasil


Pertanian Negara
Disemak dan dikemaskini pada pukul 2:47 pm, 3 Julai 2020

Panduan buat pelajar-pelajar yang bakal mengambil kertas peperiksaan


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khusus untuk mata pelajaran Bahasa
Melayu. Adakah anda mencari contoh penulisan karangan Bahasa
Melayu? Sekiranya ya, berikut dikongsikan contoh karangan Langkah-
Langkah Meningkatkan Hasil Pertanian Negara sebagai rujukan untuk
pelajar.

Tajuk soalan yang terperinci seperti dibawah memerlukan pelajar


memberikan isi-isi penting yang betul. Selain itu, huraian dalam
penulisan karangan pelajar juga hendaklah menepati isi dan kehendak
soalan. Jika anda mempunyai idea yang sesuai dan isi penting yang
berkaitan, anda digalakkan untuk memberikan fakta dan statistik yang
tepat berkaitan penulisan karangan anda. Kaedah ini memberikan
keyakinan kepada pembaca dan mampu menjadikan penulisan
karangan Bahasa Melayu pelajar cemerlang dan mendapat markah
yang baik.

https://www.ipendidikan.my/langkah-meningkatkan-hasil-pertanian.html 1/5
05/02/2022, 23:02 Langkah Meningkatkan Pengeluaran Hasil Pertanian Negara

Isi Kandungan [Tutup]

1. Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan Pengeluaran Hasil Pertanian


Negara
2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Meningkatkan Hasil Pertanian
Negara

Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan


Pengeluaran Hasil Pertanian Negara
Isi-isi penting
Menghubungkan penyelidikan dengan penghasilan pertanian
Meningkatkan kemudahan logistik
Merangka strategi pemasaran terbaik
Meningkatkan kadar kebergantungan negara terhadap hasil
tempatan
Memperkasa agensi kerajaan dan lembaga pertanian
Menggunakan teknologi terkini

Baca juga: Peranan Ibu Bapa Untuk Menggalakkan Pembelian


Barangan Tempatan

Contoh Karangan Langkah-Langkah


Meningkatkan Hasil Pertanian Negara

https://www.ipendidikan.my/langkah-meningkatkan-hasil-pertanian.html 2/5
05/02/2022, 23:02 Langkah Meningkatkan Pengeluaran Hasil Pertanian Negara

Pendahuluan
Industri pertanian di Malaysia menyumbangkan lebih dua belas peratus
daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang
menyokong pertumbuhan ekonomi negara pada hari ini. Pada peringkat
dunia pula lebih enam puluh peratus daripada jumlah penduduk dunia
bergantung kepada hasil pertanian yang menggerakkan ekonomi dunia
secara amnya. Namun, masyarakat kita masih mempunyai stigma
bahawa pertanian adalah industri yang kecil dan golongan petani terdiri
daripada golongan yang miskin dan duduk di luar bandar. Marcapada
ini, masyarakat konvensional perlu meluaskan horizon pemikiran supaya
kemajuan dapat dijalankan dan kita tidak menjadi seperti katak di bawah
tempurung. Sektor pertanian di negara kita yang merangkumi
perladangan, penternakan dan penanaman secara besar dan kecil
mempunyai potensi yang meyakinkan sekiranya hasil yang dituai
menepati standard tertentu. Maka, apakah langkah-langkah yang harus
disusun bagi memastikan mutu penghasilan pertanian negara berada di
tahap terbaik?

Isi 1
Prakarsa utama dalam meningkatkan hasil pertanian negara adalah
dengan menghubungkan institusi penyelidikan dengan pemain-pemain
industri pertanian dalam negara. Kerajaan telah pun menubuhkan
pelbagai agensi-agensi kerajaan untuk menguruskan industri pertanian
di negara kita. Sebagai contoh Jabatan Pertanian ditubuhkan untuk
menguruskan program-program pertanian manakala FAMA
menguruskan hal ehwal pemasaran hasil pertanian dan MARDI
menjalankan penyelidikan khusus pada pertanian negara. Tetapi kita
tidak dapat melihat secara kasar sinergi antara agensi-agensi ini dalam
meningkatkan hasil pertanian negara. Kementerian Pertanian Dan
Industri Makanan perlu bertindak lebih proaktif dengan mencari
mekanisme yang simbiosis antara agensi yang terlibat dalam
memastikan hasil pertanian negara ditingkatkan. Tambahan pula,
kewujudan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lazimnya menjalankan
penyelidikan sewajarnya dihubungkan dengan petani-petani tempatan
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi terutamanya dari sudut
kualiti pertanian yang disemai. Intihannya, kerjasama yang jitu akan
membuahkan hasil yang lebih baik berbanding usaha yang dilaksanakan
secara bersendirian.

Isi 2
Di samping itu, hasil pertanian negara dapat ditingkatkan dengan
menambah baik kemudahan logistik di bawah rangkaian pemasaran dan

https://www.ipendidikan.my/langkah-meningkatkan-hasil-pertanian.html 3/5
05/02/2022, 23:02 Langkah Meningkatkan Pengeluaran Hasil Pertanian Negara

penghasilan produk pertanian. Kualiti hasil pertanian dapat dikekalkan


sekiranya proses daripada ladang ke pasaraya dititik berat dengan
menggunakan kaedah terbaik. Sebagai contoh, kebanyakan ladang di
Malaysia masih tidak mempunyai bilik sejuk beku yang mampu
mengekalkan kualiti kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan setelah
dituai sementara menunggu pemborong tiba. Seterusnya pemborong
dan peruncit pula menggunakan pengangkutan yang kurang sesuai
seperti lori dan van yang tiada ruangan sejuk beku. Apabila tiba di
pasaraya dan dipamerkan kepada pengguna, tahap kualiti produk
tersebut telah pun berkurangan seterusnya menyebabkan harga jatuh
dan tidak diminati oleh pengguna. Oleh itu, kawalan kualiti terhadap
produk pertanian secara menyeluruh dari ladang sehingga ke pengguna
perlu diperkasa agar produk tempatan kita mampu memecah pasaran
global suatu hari nanti. Kita boleh lihat negara jiran kita iaitu Thailand di
mana petani tempatan mereka bekerjasama dengan jurutera tempatan
untuk menghasilkan bilik sejuk beku menggunakan kos yang berpatutan
pada saiz yang sesuai dengan kuantiti pengeluaran sesebuah ladang di
sana. Peribahasa Melayu berkata, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi
bukit. Tindakan yang diambil hari ini walaupun memberi impak yang
kecil pasti akan membuahkan hasil yang berbaloi di masa akan datang.

Isi 3
Setelah memastikan ekosistem pertanian daripada penanaman
sehingga penuaian berada pada kualiti yang terbaik, langkah seterusnya
adalah untuk merangka strategi pemasaran yang unggul. Penganjuran
Malaysian Agriculture, Horticultur & Agrotourism (MAHA) di Taman
Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) merupakan langkah yang baik dan
wajar dilaksanakan dari tahun ke tahun. Hal ini demikian kerana ia
merupakan satu medan bagi usahawan-usahawan tani tempatan untuk
memasarkan produk mereka dan mendapat sambutan yang baik
daripada seluruh rakyat Malaysia. Bahkan penganjuran karnival tersebut
dilakukan selama dua minggu bagi memberi peluang seluruh rakyat di
Malaysia untuk berkunjung dan membeli produk-produk tempatan. Jika
produk yang berasaskan pertanian yang dihasilkan oleh tenaga
tempatan mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan rakyat
tempatan, tidak mustahil untuk ia memecah pasaran global dengan
panduan dan bimbingan oleh agensi kerajaan yang berkaitan. Di sini,
pihak berkuasa juga seharusnya memainkan peranan dengan
memberikan pengiktirafan seperti yang dilakukan oleh Jabatan
Pertanian yang memperkenalkan sijil MyGAP dan sijil myOrganic.
Pengiktirafan ini merupakan standard yang menjamin hasil pertanian
tersebut melepasi piawaian yang tinggi dan berkualiti untuk dipasarkan
secara tempatan dan global.
https://www.ipendidikan.my/langkah-meningkatkan-hasil-pertanian.html 4/5
05/02/2022, 23:02 Langkah Meningkatkan Pengeluaran Hasil Pertanian Negara

Isi 4
Pada masa yang sama, hasil pertanian negara dapat ditingkatkan
dengan meningkatkan tahap kebergantungan bekalan makanan negara
terhadap hasil tempatan. Untuk makluman semua, bekalan makanan
rakyat Malaysia secara keseluruhan masih bergantung pada produk
import dan peratusannya adalah tinggi dan membimbangkan. Sekiranya
berlaku sesuatu bencana atau pandemik yang menyebabkan aktiviti
import tidak boleh dilaksanakan, negara kita tidak mampu untuk
menampung bekalan makanan secara sendirian. Oleh itu, jika kerajaan
kita berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdikari
dalam bekalan makanan, ia perlu dilaksanakan dengan meningkatkan
industri pertanian negara. Hasrat ini boleh dicapai apabila kita sebagai
rakyat Malaysia membeli barangan tempatan dan hasil keuntungan yang
diperoleh petani digunakan untuk menambah baik kualiti dan kuantiti
pengeluaran mereka dengan bimbingan yang betul dan menyeluruh
daripada agensi kerajaan. Kemudahan teknologi dalam industri
pertanian juga menjadi pendorong kepada hasrat ini dimana sayur-
sayuran boleh tumbuh tanpa tanah dan ikan boleh diternak tanpa air
sungai ataupun air laut.

Penutup
Konklusinya, pelbagai langkah yang boleh digarap oleh setiap pihak jika
ingin meningkatkan hasil pertanian negara. Pada hemah saya, industri
pertanian di negara ini mempunyai potensi yang besar untuk ditambah
baik dan dimanfaatkan sendiri oleh penduduk negara ini. Kekayaan
sumber semula jadi seperti bekalan air, tanah tinggi dan tanah landai
seharusnya menjadi kelebihan yang digunakan oleh kita dengan
sebaiknya untuk mengusahakan pertanian yang berkualiti tinggi. Inisiatif
ini boleh dijayakan sekiranya pengurusannya dilaksanakan dengan
penuh hemah, telus dan menerima cadangan serta kritikan daripada
pihak-pihak yang terbabit. Persepsi masyarakat juga harus diubah
kerana bidang pertanian sebenarnya sangat menguntungkan. Bak kata
pujangga Aminuddin Baki, ayam dikepuk mati kelaparan,itik di air mati
kehausan. Kiasan tersebut boleh didefinisikan bahawa apa-apa bidang
sekalipun jika tidak diusahakan dengan segala ikhtiar dan
kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah hidup kita dan
mendapat manfaat daripadanya.

https://www.ipendidikan.my/langkah-meningkatkan-hasil-pertanian.html 5/5
05/02/2022, 22:57 Langkah Persediaan Melanjutkan Pelajaran ke IPT

Karangan

Langkah-Langkah Persediaan
Melanjutkan Pelajaran ke IPT

Ipendidikan » Karangan » Langkah-Langkah Persediaan Melanjutkan


Pelajaran ke IPT
Disemak dan dikemaskini pada pukul 1:13 pm, 10 Ogos 2020

Variasi tajuk soalan karangan bahasa Melayu yang diberikan kepada


para pelajar di sekolah. Oleh itu, pelajar perlu sentiasa mencari rujukan
dan contoh-contoh karangan sebagai persediaan dalam menjawab
soalan penulisan karangan bahasa Melayu. Berikut adalah contoh
karangan langkah-langkah persediaan melanjutkan pelajaran ke IPT
untuk rujukan pelajar-pelajar.

Pemberian isi-isi penting dalam penulisan karangan secara seimbang


akan membantu pelajar untuk mendapatkan markah yang baik dan
cemerlang. Bimbingan dan panduan daripada guru masing-masing juga
mustahak dalam memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan dalam
menjawab soalan. Selain itu, penggunaan frasa-frasa menarik dan
peribahasa juga menambah daya penarik kepada penulisan karangan
para pelajar.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/langkah-persediaan-melanjutkan-pelajaran-ke-ipt.html 1/5
05/02/2022, 22:57 Langkah Persediaan Melanjutkan Pelajaran ke IPT

1. Langkah-Langkah Persediaan Pelajar Untuk Melanjutkan Pelajaran


ke IPT (Institusi Pengajian Tinggi)
2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Persediaan Melanjutkan
Pelajaran ke IPT

Langkah-Langkah Persediaan Pelajar


Untuk Melanjutkan Pelajaran ke IPT
(Institusi Pengajian Tinggi)

Isi-isi penting
memilih kursus yang diminati dan sesuai
menganalisis pasaran kerja yang terkini
memastikan dana yang cukup
memperlengkap diri dalam aspek seperti kelayakan akademik,
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum
melihat kredibiliti dan keboleh pasaran graduan IPT yang dipilih
menghadiri ceramah atau syarahan oleh graduan IPT berkaitan
dengan melanjutkan pelajaran

Baca juga: Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik, IPG, Kolej


Matrikulasi, Kolej Komuniti & ILKA

Contoh Karangan Langkah-Langkah


Persediaan Melanjutkan Pelajaran ke IPT
https://www.ipendidikan.my/langkah-persediaan-melanjutkan-pelajaran-ke-ipt.html 2/5
05/02/2022, 22:57 Langkah Persediaan Melanjutkan Pelajaran ke IPT

Pendahuluan
Pada zaman pascakemerdekaan ini, ia merupakan impian seseorang
individu untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Mutakhir ini, impian tersebut merupakan realiti yang menjadi lumrah dek
kerana lambakan IPT samada awam mahupun swasta telah
dibangunkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Rentetan itu,
ramai lepasan sekolah menengah berlumba-lumba untuk mendapatkan
tempat dalam IPT kerana mereka dijanjikan pekerjaan dan pendapatan
yang stabil sekiranya mempunyai sijil ijazah apabila melangkah masuk
ke alam pekerjaan kelak. Namun begitu, negara kita tidak bersedia
dengan baik dan menyebabkan pengangguran lepasan IPT ini
bertambah. Oleh itu, pelajar-pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan
pelajaran seharusnya mengenal pasti langkah persediaan sebelum
melanjutkan pelajaran ke IPT.

Isi 1
Langkah pertama adalah dengan memilih kursus atau bidang pelajaran
yang diminati dan sesuai dengan pelajar. Langkah ini penting
disebabkan ramai di antara pelajar yang tidak berjaya menghabiskan
pengajian mereka kerana mereka tidak berminat akan kursus yang
diambil. Perkara ini adalah mustahak kerana dengan minat, ia akan
membantu para pelajar untuk fokus dan lebih menghayati atau
mendalami subjek-subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, pelajar lebih
meminati bidang kesenian tetapi mengambil jurusan kejuruteraan maka
ia memerlukan usaha yang lebih bagi pelajar tersebut untuk melepasi
ujian dan mendapatkan ijazah. Pelajar perlu lebih mengenali diri dan
kemampuan masing-masing agar tidak mensia-siakan masa dan
peluang apabila melanjutkan pelajaran kelak. Ibu bapa dan keluarga
seharusnya memberi sokongan moral kepada ahli keluarga yang
berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke IPT dalam bidang pilihan
mereka demi kebaikan bersama di masa hadapan.

Isi 2
Selain itu, pelajar juga perlu bertindak rasional dalam membuat
keputusan yang menentukan masa hadapan pelajar-pelajar. Sebelum
memohon untuk melanjutkan pelajaran pelajar hendaklah menganalisis
pasaran kerja yang terkini supaya jurusan yang diambil oleh para pelajar
menjanjikan peluang pekerjaan sejurus selepas menamatkan pengajian.
Kita boleh menyaksikan hari ini bahawa kadar pengangguran graduan
lepasan IPT semakin tinggi dan membimbangkan. Ramai dalam
kalangan mereka terpaksa lari daripada bidang pelajaran mereka untuk
mencari pekerjaan dek kerana tekanan ekonomi hari ini. Justeru, pelajar

https://www.ipendidikan.my/langkah-persediaan-melanjutkan-pelajaran-ke-ipt.html 3/5
05/02/2022, 22:57 Langkah Persediaan Melanjutkan Pelajaran ke IPT

yang baru berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dinasihatkan supaya


memilih jurusan yang sejajar dengan permintaan ekonomi negara
khususnya dan dunia amnya. Revolusi Industri 4.0 yang menjadi
polemik negara hari ini harus disokong oleh pelajar dengan memilih
bidang teknologi dan kemahiran yang menjamin pengajian pelajar di
peringkat tinggi merupakan tindakan yang tidak sia-sia.

Isi 3
Langkah seterusnya dalam persediaan melanjutkan pelajaran ke IPT
adalah dengan memastikan pelajar mempunyai dana yang cukup. Kita
tidak boleh menafikan dana yang banyak diperlukan apabila
melanjutkan pelajaran ke IPT. Kos-kos seperti yuran pengajian, yuran
asrama dan duit belanja untuk makan dan minum harus ditanggung
pelajar sepanjang tempoh pengajian di IPT. Namun begitu pelbagai
inisiatif boleh dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat suntikan
bantuan dalam bentuk kewangan apabila melanjutkan pelajaran.
Permohonan biasiswa adalah alternatif terbaik dalam memastikan
pelajar dapat menyelesaikan yuran pengajian di samping mendapat
keputusan yang terbaik dalam pengajian masing-masing sebagai syarat
untuk mendapatkan tajaan biasiswa. Bukan sahaja dapat melangsaikan
hutang pengajian tanpa perlu mengeluarkan duit sendiri malahan pelajar
berpeluang besar dalam alam pekerjaan kerana diiktiraf sebagai
penerima penajaan biasiswa.

Isi 4
Dalam pada itu, langkah utama yang perlu digarap oleh para pelajar
adalah dengan memperlengkap diri dalam aspek seperti kelayakan
akademik dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Ini merupakan
syarat umum bagi seorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Jika para pelajar berminat untuk menjadi
seorang yang bekerja dalam golongan profesional seperti doktor,
arkitek, mahupun penjawat awam kerajaan, pelajar perlu mempunyai
kelayakan akademik yang terbaik dan cemerlang kerana ia
menunjukkan kemampuan diri para pelajar dalam mempelajari sesuatu
dan kesungguhan yang dimiliki. Penglibatan yang aktif dalam
kokurikulum pula mencerminkan keperibadian pelajar-pelajar. Syarat-
syarat ini penting bagi IPT dan majikan diwaktu kelak untuk menilai
kebolehan dan nilai unik yang terdapat dalam diri pelajar masing-
masing. Intihannya, pelajar hendaklah sentiasa menambah nilai
kemahiran diri dalam pelbagai aspek supaya kelak menjadi nilai yang
berguna dalam mengejar cita-cita.

Penutup
https://www.ipendidikan.my/langkah-persediaan-melanjutkan-pelajaran-ke-ipt.html 4/5
05/02/2022, 22:57 Langkah Persediaan Melanjutkan Pelajaran ke IPT

Secara tuntas, kita dapat lihat langkah-langkah yang perlu diambil oleh
pelajar dalam persediaan melanjutkan pelajaran ke IPT. Persediaan
fizikal dan mental merupakan persediaan yang paling asas yang juga
mustahak untuk dipastikan oleh pelajar apabila melanjutkan pelajaran
supaya tidak menghadapi kejutan budaya dan berputus asa dalam
mengejar cita-cita yang mulia ini. Pihak kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia seharusnya menggabung jalinkan elemen dalam
memastikan pelajar berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dan
seterusnya berjaya mendapatkan pekerjaan sejurus tamat pengajian di
IPT. Pelajar perlu dibimbing oleh ibu bapa dan guru dalam melakukan
pilihan terbaik supaya mereka dapat menambahkan potensi diri mereka
dan kemudian menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara di
masa hadapan. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu yakni, di
mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.

https://www.ipendidikan.my/langkah-persediaan-melanjutkan-pelajaran-ke-ipt.html 5/5
05/02/2022, 23:02 Langkah Persediaan Menghadapi Revolusi Industri 4.0

Karangan

Langkah-Langkah Persiapan
Menghadapi Revolusi Industri 4.0

Ipendidikan » Karangan » Langkah-Langkah Persiapan Menghadapi


Revolusi Industri 4.0
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:01 pm, 1 April 2020

Tajuk soalan karangan Bahasa Melayu diberikan berdasarkan tema atau


topik yang berlaku dalam kehidupan para pelajar. Hal ini kerana ia
membantu para pelajar supaya dapat menjawab soalan yang diberikan
dengan isi-isi yang sesuai serta boleh menghurai isi tersebut dalam
penulisan karangan yang baik dan cemerlang. Di bawah dikongsikan
contoh karangan langkah-langkah persiapan iaitu persediaan
menghadapi Revolusi Industri 4.0 yang menjadi topik hangat untuk
dibincangkan.

Penggunaan frasa-frasa menarik dan peribahasa dalam penulisan


karangan masing-masing akan menambah daya penarik kepada
penulisan karangan pelajar. Pelajar-pelajar perlu berfikiran kritis dan
kreatif apabila menulis karangan dan sentiasa menggunakan tatabahasa
yang betul dan sesuai serta mengelakkan kesalahan ejaan dan
sebagainya.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/persediaan-menghadapi-revolusi-industri-4-0.html 1/5
05/02/2022, 23:02 Langkah Persediaan Menghadapi Revolusi Industri 4.0

1. Langkah Persiapan Negara Menghadapi Revolusi Industri 4.0


2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Persediaan Menghadapi
Revolusi Industri 4.0

Langkah Persiapan Negara Menghadapi


Revolusi Industri 4.0

Isi-isi penting
melatih tenaga kerja berkemahiran tinggi
komitmen setiap industri
pelan ekonomi negara yang baik
membangunkan infrastruktur teknologi yang lengkap dan
diselenggara baik
memperkasa pendidikan teknologi dan maklumat
memperkukuh keselamatan siber

Baca juga: Cara Kira Bilangan Patah Perkataan Dalam Karangan


Bahasa Melayu

Contoh Karangan Langkah-Langkah


Persediaan Menghadapi Revolusi Industri 4.0
Pendahuluan
Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir manusia di segenap
empat penjuru dunia ini tentang Revolusi Perindustrian 4.0. Ia

https://www.ipendidikan.my/persediaan-menghadapi-revolusi-industri-4-0.html 2/5
05/02/2022, 23:02 Langkah Persediaan Menghadapi Revolusi Industri 4.0

mencakupi penemuan pelbagai teknologi baru seperti “artificial


intelligence”, analisis dan perkumpulan data, simulasi, automasi,
integrasi sistem dan penggunaan robotik. Ia bakal merancakkan
kemajuan landskap dunia moden dan mengoptimumkan penggunaan
teknologi dalam keperluan dan keselesaan manusia. Banyak negara
telah mengorak langkah untuk memastikan mereka tidak ketinggalan
kerana konsep revolusi ini bakal mengubah corak kehidupan manusia
yang dahulu mustahil tetapi kini mampu menjadi realiti. Polemik yang
semakin menyelebungi rakyat ini harus dibincangkan dan dikongsikan
manfaat dan cara mendepaninya. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti
langkah yang perlu direncana oleh pelbagai pihak dalam persiapan
menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0.

Isi 1
Strategi utama yang boleh dilaksanakan adalah melatih tenaga kerja
mahir dalam kemahiran yang diperlukan untuk Revolusi Perindustrian
4.0. Kebergantungan industri terhadap sumber manusia akan digantikan
dengan sumber teknologi yang lebih produktif dan berkesan berbanding
sumber manusia. Peluang pekerjaan tradisi bakal digantikan dengan
jenis pekerjaan baru umpamanya keperluan kepada pembangun aplikasi
pintar, jurutera program mudah alih dan pakar teknologi. Pada tahun
2019, kerajaan mengumumkan peruntukkan RM206 juta disediakan
untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan
kolej komuniti. Kerajaan juga memperkenal Dana Wibawa TVET
berjumlah RM30 juta bagi menggalakkan institusi latihan awam bersaing
untuk menawarkan program latihan lebih kompetitif dan memenuhi
keperluan industri. Justeru, melengkapkan tenaga kerja tempatan
dengan latihan kemahiran yang sesuai dengan kehendak Revolusi
Industri 4.0 bakal membantu tenaga professional mengadaptasi dan
tidak hilang punca pendapatan masing-masing.

Isi 2
Cabaran Revolusi Industri 4.0 seharusnya dilihat sebagai satu dimensi
peralihan paradigma kepada kecekapan pengurusan dan kos sesebuah
organisasi. Setiap pemain industri seharusnya memberikan komitmen
yang padu dalam mendepani Revolusi Industri 4.0. Dimensi ini jika
ditangani dengan bijak, mampu membantu setiap industri mencapai
kelebihan daya saingnya melalui peningkatan tahap kecekapan
pengurusan operasi dan pengurangan kos secara keseluruhan.
Peralihan kepada teknologi komputer dan pengautomatan bukan sahaja
membawa kepada kecekapan dan keberkesanan operasi, malah
memberi impak besar terhadap keperluan sumber manusia. Namun
begitu, industri tersebut perlu menganalisis kebolehan dalam
https://www.ipendidikan.my/persediaan-menghadapi-revolusi-industri-4-0.html 3/5
05/02/2022, 23:02 Langkah Persediaan Menghadapi Revolusi Industri 4.0

mengadaptasi teknologi serta kesan jangka masa panjang dalam


mengubah corak penghasilan produk masing-masing. Maka, pemain
industri perlu berusaha mencari suntikan dana dalam mendepani
Revolusi Industri 4.0 yang mungkin membebankan tetapi bakal
memberikan pulangan yang lebih berbaloi berbanding sebelum ini.

Isi 3
Selain itu, pihak kerajaan juga berperanan penting dalam langkah untuk
menghadapi Revolusi Industri 4.0. Pendekatan pelan ekonomi yang baik
dan sejajar dengan penggunaan teknologi bagi penggiat ekonomi
negara harus dilaksana. Misalnya, potongan dua kali ganda
dilaksanakan ke atas perbelanjaan yang dilakukan syarikat bagi
membangun dan meningkatkan kemahiran pekerja dalam TVET.
Tambahan pula, potongan cukai juga akan diberikan kepada sumbangan
peralatan dan mesin oleh mana-mana syarikat kepada Pusat
Pembangunan Kemahiran, Politeknik atau Kolej Vokasional.
Perangkaan undang-undang dan polisi yang mendukung industri dan
juga tenaga kerja dalam mendepani revolusi ini harus dilaksanakan oleh
pihak kerajaan agar kebajikan rakyat dan kepentingan pemain industri
dan juga negara terjamin dan mencapai simbiosis. Secara tidak
langsung, strategi ini bakal menarik minat pelabur asing untuk melabur
dalam negara atas kemampuan kita untuk bersaing dan mengadaptasi
Revolusi industri 4.0.

Isi 4
Akhir sekali, perkara utama sebelum menghadapi Revolusi Industri 4.0
adalah dengan menyediakan infrastruktur teknologi yang serba lengkap
dan diselenggara dengan baik di seluruh negara. Kemudahan
telekomunikasi dan rangkaian jalur lebar perlu dikembangkan dan
diselenggara dengan baik supaya pelabur atau pemain industri dapat
memanfaatkan kemudahan tersebut dalam pelaksanaan Revolusi
Industi 4.0. Capaian jalur lebar yang terkini iaitu dari 3G ke 4G atau 5G
akan membantu keberkesanan teknologi. Infrastruktur ini bukan sahaja
perlu diimplementasikan di kawasan bandar sahaja tetapi kawasan
perdagangan seperti pelabuhan dan lapangan terbang juga wajar untuk
dibangunkan dengan kebolehan capaian teknologi terkini. Dasar
monopoli dalam sumber pembekalan infrastruktur ini harus
dimusnahkan supaya semua syarikat yang layak dan berkemahiran
boleh bersaing secara sihat sekaligus memberikan impak positif kepada
pembangunan dan ekonomi negara.

Penutup

https://www.ipendidikan.my/persediaan-menghadapi-revolusi-industri-4-0.html 4/5
05/02/2022, 23:02 Langkah Persediaan Menghadapi Revolusi Industri 4.0

Natijahnya, pelbagai langkah persiapan yang boleh disusun atur supaya


kita bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0. Ia memberi cabaran
baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka
melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal
berdaya saing. Semua pihak perlu menjalankan peranan masing-masing
supaya aspirasi negara untuk menjadi negara berwawasan berjaya
sekaligus menyelesaikan masalah kemiskinan, pengangguran,
ketidaksamaan agihan, kos sara hidup dan menjamin kestabilan
ekonomi serta moral masyarakat. Senario ini persis dengan peribahasa
Melayu, yakni tidak ada gunung yang tidak boleh didaki, tidak ada lurah
yang tidak boleh dituruni. Semoga kita sentiasa dianugerahkan
pemimpin yang amanah, cendiakawan yang pemurah dan rakyat yang
prihatin dalam mendepani segala cabaran kehidupan masa hadapan
yang kita tidak boleh jangka dan berjaya mengharunginya demi
kelangsungan generasi akan datang.

https://www.ipendidikan.my/persediaan-menghadapi-revolusi-industri-4-0.html 5/5
05/02/2022, 23:02 Langkah-Langkah Memajukan Industri Pelancongan Negara

Karangan

Usaha Dan Langkah Memajukan


Sektor Pelancongan Di Malaysia

Ipendidikan » Karangan » Usaha Dan Langkah Memajukan Sektor


Pelancongan Di Malaysia
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:50 pm, 3 Julai 2020

Terdapat pelbagai kaedah dalam memastikan pelajar menguasai


penulisan karangan Bahasa Melayu antaranya adalah dengan
melakukan latihan tambahan. Pelajar juga boleh mencari contoh
penulisan karangan secara atas talian seperti yang dikongsikan di
bawah. Sebagai panduan pelajar, berikut dikongsikan contoh karangan
langkah-langkah memajukan industri pelancongan negara (di Malaysia).

Untuk makluman semua, penulisan karangan Bahasa Melayu


mempunyai pelbagai tajuk dan tema yang berpotensi menjadi soalan
pilihan karangan dalam peperiksaan. Oleh itu, dengan pendedahan
yang cukup, pelajar mampu menjawab soalan dan mengarang penulisan
yang baik dan cemerlang. Bimbingan serta rujukan daripada guru
masing-masing juga penting supaya pelajar menepati kehendak soalan
yang diberikan.

https://www.ipendidikan.my/langkah-memajukan-industri-pelancongan.html 1/5
05/02/2022, 23:02 Langkah-Langkah Memajukan Industri Pelancongan Negara

Isi Kandungan [Tutup]

1. Usaha Dan Langkah Meningkatkan Sektor Pelancongan Di Malaysia


2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Memajukan Industri
Pelancongan Negara

Usaha Dan Langkah Meningkatkan


Sektor Pelancongan Di Malaysia
Isi-isi penting
Meningkatkan prasarana awam
Mengukuhkah tahap keselamatan
Menganjurkan acara atau kejohanan antarabangsa
Menggunakan teknik pemasaran yang unggul
Memperkasa pelancongan desa dan agro
Melaksanakan kajian dan maklum balas dalam kalangan komuniti
tempatan

Baca juga: Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan

Contoh Karangan Langkah-Langkah


Memajukan Industri Pelancongan Negara
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/langkah-memajukan-industri-pelancongan.html 2/5
05/02/2022, 23:02 Langkah-Langkah Memajukan Industri Pelancongan Negara

Sedasawarsa ini, Malaysia semakin dikenali sebagai lokasi pelancongan


pilihan warga asing terutamanya daripada negara beriklim sejuk.
Kedudukan geografi negara yang terletak di garisan khatulistiwa telah
menyebabkan cuaca yang panas dan lembap di mana ia menjadi antara
faktor yang menarik pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia.
Selain itu, kepelbagaian bentuk muka bumi seperti deretan pulau,
gunung-ganang dan bandaraya yang penuh dengan keunikan budaya
dan bangsa juga merupakan faktor penarikan pelancong. Izharnya,
sektor pelancongan telah menjadi antara pendorong kerancakan
ekonomi negara sejak kebelakangan ini. Maka, bagi memaksimakan
potensi yang terdapat pada industri pelancongan negara, wajar untuk
kita bincangkan langkah-langkah yang mampu membawa industri
pelancongan negara ke tahap yang lebih baik.

Isi 1
Langkah pertama yang perlu diusahakan dalam memastikan industri
pelancongan negara berada di tahap terbaik adalah dengan
meningkatkan prasarana awam. Pihak kerajaan berperanan dalam
melengkapkan kemudahan awam seperti jaringan pengangkutan dan
perhubungan di dalam negara supaya ia menjamin keselesaan
pelancong untuk berkunjung ke seluruh kawasan di Malaysia. Dengan
adanya rangkaian perhubungan yang lengkap seperti lapangan terbang,
lebuhraya dan pengangkutan awam yang efektif, tahap ketersampaian
akan menjadi lebih baik. Hasilnya, pelancongan desa dan agro dapat
meningkatkan jumlah pelancong domestik mahupun antarabangsa. Bak
kata peribahasa Melayu, sambil menyelam minum air di mana inisiatif
melengkapkan prasarana awam bukan sahaja dapat meningkatkan
industri pelancongan malah memastikan kesejahteraan hidup
masyarakat konvensional terjamin.

Isi 2
Seiring dengan langkah di atas, industri pelancongan akan bertambah
maju sekiranya pihak berkuasa mengukuhkan tahap keselamatan dalam
negara. Mutakhir ini, pelbagai kes jenayah seperti kes penculikan, ragut
dan rompakan telah memenuhi dada-dada akhbar serta menjadi berita
utama di televisyen. Senario ini akan menimbulkan kebimbangan para
pelancong terutamanya pelancong asing yang berhasrat untuk
berkunjung ke Malaysia. Bagi menjernihkan air yang semakin keruh,
pihak berkuasa hendaklah melaksanakan inisiatif keselamatan negara
yang lebih menyeluruh. Sebagai contoh, penambahan bilangan anggota
keselamatan di kawasan tumpuan pelancong atau pemasangan kamera
litar tertutup sebagai mata-mata yang mampu menjejak perkara yang
meragukan atau berpotensi menyebabkan kejadian jenayah berlaku.
https://www.ipendidikan.my/langkah-memajukan-industri-pelancongan.html 3/5
05/02/2022, 23:02 Langkah-Langkah Memajukan Industri Pelancongan Negara

Intihannya, pelancong akan lebih selesa untuk berkunjung tanpa


memikirkan ancaman keselamatan terhadap diri mereka serta imej
negara terpelihara.

Isi 3
Mekasnime lain yang boleh dilaksana bagi memajukan industri
pelancongan negara adalah dengan menganjurkan acara antarabangsa
dengan lebih kerap. Sebelum ini, Malaysia merupakan negara pertama
di Asia Tenggara yang menganjurkan Kejohanan Formula 1 dengan
adanya Litar Antarabangsa Sepang. Terdapat juga penganjuran acara
lain seperti Le Tour de Langkawi dan Pameran Maritim dan Udara
Langkawi (LIMA) yang mendapat sambutan yang memberansangkan
dalam kalangan pelancong asing dan tempatan. Walaupun penganjuran
acara sukan atau pameran antarabangsa memakan kos yang tinggi
tetapi pulangan yang terhasil adalah berbaloi. Hal ini demikian kerana,
kedatangan pelancong asing bukan sahaja tertumpu pada musim
tertentu sahaja tetapi ia akan berterusan sepanjang tahun untuk
menyertai acara atau kejohanan antarabangsa yang dianjurkan dalam
negara. Persis peribahasa Melayu, tak lapuk dek hujan tak lekang dek
panas. Jelaslah bahawa penganjuran acara antarabangsa dapat
meningkatkan industri pelancongan negara kerana peserta atau atlet
yang menyertai acara terbabit akan menjadi ejen pelancongan negara
serta membuka mata peminat mereka di seluruh pelusuk dunia terhadap
keunikan tanah air kita.

Isi 4
Bagi mendokong langkah-langkah yang telah diutarakan, industri
pelancongan negara seharusnya dipromosikan dengan teknik
pemasaran yang unggul. Langkah ini adalah mustahak kerana dalam
mendepani era teknologi dan globalisasi hari ini, kumpulan sasar
sesuatu perkara dapat diperluaskan ke segenap pelusuk dunia. Dengan
perkembangan teknologi tanpa batasan, kita dapat menghasilkan iklan
atau video yang boleh ditonton oleh semua pengguna teknologi pintar.
Maka, bagi menarik kehadiran pelancong untuk berkunjung ke negara
kita terutamanya dalam kalangan pelancong antarabangsa, teknik
pemasaran yang efektif harus dilaksanakan. Sebagai contoh, hasil
produk dan tenaga kerja penyiaran tempatan, saluran GO ASEAN telah
berjaya memaparkan kecantikan dan keunikan kawasan pelancongan
dalam negara ke pasaran dunia. Pendekatan menggunakan personaliti
atau selebriti untuk menikmati aktiviti pelancongan di tempat-tempat
tertentu merupakan formula terbaik dalam menarik perhatian pelancong
serta memaparkan infrastruktur yang selesa bagi para pelancong.

https://www.ipendidikan.my/langkah-memajukan-industri-pelancongan.html 4/5
05/02/2022, 23:02 Langkah-Langkah Memajukan Industri Pelancongan Negara

Penutup
Secara tuntasnya, pelbagai langkah yang boleh digarap oleh semua
pihak dalam meningkatkan tahap kemajuan industri pelancongan
negara. Setiap inisiatif yang direncanakan memerlukan obligasi dan
komitment yang jitu dari pihak yang terbabit seperti kerajaan, kakitangan
awam, agensi pelancongan dan pengusaha pusat pelancongan.
Masyarakat pula seharusnya menyokong usaha pragmatik yang
diperkenalkan dengan kerap melancong di pusat-pusat pelancongan
dalam negara. Keindahan dan kekayaan alam semula jadi serta
keunikan budaya kita seharusnya menjadi agenda utama dalam
mempromosikan negara di persada antarabangsa. Semua pihak
seharusnya sedar bahawa industri pelancongan negara mempunyai
potensi yang besar dan setanding dengan negara jiran seperti Thailand
dan Indonesia. Diharapkan agar Malaysia dapat duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi dengan negara asing lain khususnya dalam
memacu industri pelancongan sebagai penyumbang utama
perkembangan ekonomi negara.

https://www.ipendidikan.my/langkah-memajukan-industri-pelancongan.html 5/5
05/02/2022, 22:58 Langkah-Langkah Memartabatkan Bahasa Malaysia

Karangan

Cara Dan Langkah Memartabatkan


Bahasa Malaysia

Ipendidikan » Karangan » Cara Dan Langkah Memartabatkan Bahasa


Malaysia
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:06 pm, 30 Mac 2021

Variasi tema dan tajuk yang berpotensi menjadi soalan karangan dalam
kertas peperiksaan Bahasa Melayu. Sebagai pelajar, anda perlu
bersikap proaktif dan rajin dalam mencari contoh-contoh karangan yang
menggunakan pelbagai jenis tema sebelum menduduki peperiksaan.
Berikut dikongsikan contoh karangan langkah-langkah memartabatkan
Bahasa Malaysia untuk rujukan semua.

Tajuk soalan ini sepatutnya mudah untuk dihuraikan oleh para pelajar
kerana ia bertemakan bahasa kebangsaan yang merupakan bahasa
percakapan majoriti pelajar di Malaysia. Tetapi anda perlu meneliti dan
memberikan isi-isi penting yang tepat dan memenuhi kehendak soalan
yang diberikan. Huraian dalam penulisan karangan yang menyertakan
frasa-frasa menarik seperti peribahasa dan penanda wacana pasti akan
menarik minat pembaca dan menjamin markah yang cemerlang.

https://www.ipendidikan.my/langkah-memartabatkan-bahasa-malaysia.html 1/5
05/02/2022, 22:58 Langkah-Langkah Memartabatkan Bahasa Malaysia

Isi Kandungan [Tutup]

1. Usaha-Usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia (Bahasa


Kebangsaan)
2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Memartabatkan Bahasa
Malaysia Sebagai Bahasa Kebangsaan

Usaha-Usaha Memartabatkan Bahasa


Malaysia (Bahasa Kebangsaan)
Isi-isi penting
Memastikan urusan rasmi negara menggunakan Bahasa Malaysia
Memansuhkan sekolah vernakular
Menerbitkan buku, seni dan kandungan dalam Bahasa Malaysia
Memperkasa Dewan Bahasa dan Pustaka
Melibatkan syarikat korporat dalam aktiviti kebahasaan
Menguatkuasakan penggunaan Bahasa Malaysia dalam penyiaran
dan pengiklanan

Baca juga: Senarai Kesalahan Ejaan Dan Imbuhan Bahasa Melayu

Contoh Karangan Langkah-Langkah


Memartabatkan Bahasa Malaysia Sebagai
Bahasa Kebangsaan
https://www.ipendidikan.my/langkah-memartabatkan-bahasa-malaysia.html 2/5
05/02/2022, 22:58 Langkah-Langkah Memartabatkan Bahasa Malaysia

Pendahuluan
Bahasa Malaysia adalah sebuah bentuk standard bahasa Melayu yang
dipiawaikan mengikut tetapan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia. Pada tahun 2007,
Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk menukarkan
penggunaan Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bagi menanam
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum. Jika ditelusuri sejarah terdahulu, Bahasa Malaysia pernah
menjadi “Lingua Franca” iaitu bahasa perantaraan pedagang-pedagang
dunia pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kini,
dimanakah letaknya martabat bahasa yang dahulunya dituturkan hampir
kebanyakan penduduk dunia yang berdagang di Melaka? Kita
sewajarnya mengkaji dan menyelidik langkah-langkah yang perlu
diambil bagi memartabatkan semula Bahasa Malaysia di persada
negara.

Isi 1
Antara langkah yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa
Malaysia adalah dengan memastikan urusan rasmi negara seperti surat-
menyurat menggunakan Bahasa Malaysia. Tindakan ini sewajarnya
diimplementasi di setiap peringkat daripada jabatan kerajaan, agensi,
kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan hingga ke jawatankuasa
kemajuan dan keselamatan kampung. Hal ini demikian kerana, ia
menunjukkan bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang
digunakan dalam urusan yang melibatkan pentadbiran di negara ini.
Terdapat sebahagian daripada jabatan kerajaan dan agensi yang lebih
gemar menggunakan Bahasa Inggeris dalam komunikasi dan juga
penjenamaan kempen dan sebagainya. Sifat nafsi ini boleh diibaratkan
seperti kacang lupakan kulit kerana tindakan tersebut seolah-oleh
mengenepikan bahasa yang membentuk pemikiran dan diri mereka
pada asalnya. Maka, setiap kakitangan awam dan sesiapa yang
berkerja di bawah payung Kerajaan Malaysia sewajarnya menggunakan
Bahasa Malaysia dalam kebanyakan perkara khususnya perkara rasmi
sebagai tauladan kepada masyarakat untuk mempraktikkan ia dalam
kalangan diri mereka sendiri.

Isi 2
Di samping itu, Bahasa Malaysia boleh dimartabatkan ke peringkat lebih
tinggi dengan menghapuskan sekolah vernakular. Kita boleh lihat kesan
penubuhan sekolah vernakular pada hari ini di mana terdapat
warganegara Malaysia yang tidak fasih malah tidak mampu bertutur
dalam Bahasa Malaysia. Situasi ini adalah tidak sihat untuk negara kita

https://www.ipendidikan.my/langkah-memartabatkan-bahasa-malaysia.html 3/5
05/02/2022, 22:58 Langkah-Langkah Memartabatkan Bahasa Malaysia

yang telah lama merdeka dan hidup dalam kalangan masyarakat


majmuk. Bayangkan jika anak-anak kita tidak boleh berkomunikasi
dengan masyarakat daripada kaum Cina dan India kerana terdapat
batasan bahasa dan bagaimana mereka ingin mengenali dan
menghormati antara satu sama lain? Bahasa merupakan agen
perpaduan yang asas dan sewajarnya dipupuk dan diperkukuhkan sejak
kecil. Persis peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Intihannya, perpaduan antara kaum dan bangsa dalam negara masih
lagi utuh tetapi isu-isu rasisme masih menjadi polemik sehingga hari ini
dan dengan menyatukan institusi persekolahan rendah, ia pasti dapat
merencana perpaduan yang lebih kukuh.

Isi 3
Selain itu, penerbitan buku, bahan bacaan, seni lagu serta kandungan
digital yang menggunakan Bahasa Malaysia seharusnya digalakkan.
Kerancakan bidang penerbitan dilihat semakin perlahan kerana revolusi
teknologi hari ini dan ia perlu diadaptasi dengan segera. Masyarakat
terdahulu disajikan dengan bait-bait sajak dan syair daripada karyawan-
karyawan yang mampu menyuntik semangat diri dan negara. Namun
perkara tersebut sudah tenggelam dek kemajuan zaman. Masyarakat
hari ini tidak lagi mempunyai wadah-wadah yang berilmu yang mampu
melahirkan semangat cinta akan negara serta nilai-nilai murni yang lain.
Sebaliknya kita disajikan dengan drama dan hiburan yang hanya
mengeluarkan tawa dan tidak membentuk minda masyarakat ke arah
yang lebih baik. Persepsi dan budaya ini seharusnya disedari oleh
semua pihak dan mula bertindak untuk mengubah kepada perkara yang
lebih bermanfaat. Misalnya, masyarakat terdahulu di kawasan pantai
timur mempunyai seni wayang kulit yang mengetengahkan isu-isu
semasa dan memberikan pengajaran kepada penonton yang menikmati
seni warisan tersebut. Deduksinya, karya dan terbitan kreatif yang
menggunakan bahasa ibunda kita akan lebih bermakna jika masyarakat
mula menghargai dan menyokong karyawan-karyawan untuk terus
menghasilkan wadah kepada masyarakat.

Isi 4
Akhir sekali, langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan
Bahasa Malaysia adalah dengan memperkasa Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Badan berkanun ini ditubuhkan dengan objektif untuk membina
dan memperkaya bahasa Malaysia dalam semua bidang termasuk sains
dan teknologi. Oleh itu, insentif daripada pihak berkuasa yang konsisten
dan jumlah yang besar diperlukan supaya inisiatif-inisiatif yang
dirancang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dapat dilaksanakan.
Seterusnya, badan tersebut harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang
https://www.ipendidikan.my/langkah-memartabatkan-bahasa-malaysia.html 4/5
05/02/2022, 22:58 Langkah-Langkah Memartabatkan Bahasa Malaysia

menggapai minat umum terhadap keindahan bahasa Malaysia. Sebagai


contoh, aktiviti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian
Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama
Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan
paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di
peringkat dunia. Ia telah berjaya menarik penyertaan peserta daripada
serata dunia seperti Korea Selatan, Rusia dan Kanada. Kesannya,
keunikan dan keindahan Bahasa Malaysia akan menjadi buah mulut dan
disebarkan ke masyarakat dunia yang duduk beribu jauhnya daripada
tanah nusantara.

Penutup
Secara tuntas, pelbagai langkah yang boleh digarap untuk
meningkatkan martabat Bahasa Malaysia. Jelas bahawa semua pihak
perlu memanifestasikan fikiran dan sinergi untuk mencari inisiatif terbaik
dalam meningkatkan darjat Bahasa Malaysia bukan sahaja dalam
kalangan rakyat Malaysia tetapi di persada dunia. Pembangunan negara
yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai apabila semua bidang yang
penting diberi perhatian yang sama beratnya, termasuklah bidang
bahasa dan budaya. Kita seharusnya mengelak daripada menjadi
manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan
mementingkan bahasa asing dan menidakkan kebolehan bahasa
kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia. Bak kata pepatah Melayu, yang
kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu
bahasa.

Related : menjaga bahasa kebangsaan cina dan bahasa tamil bahasa


malaysia dalam kalangan usaha memartabatkan bahasa malaysia
kepentingan bahasa

https://www.ipendidikan.my/langkah-memartabatkan-bahasa-malaysia.html 5/5
05/02/2022, 23:05 Langkah-Langkah Memperbaiki Pengangkutan Awam

Karangan

Cadangan Dan Langkah Memperbaiki


Pengangkutan Awam

Ipendidikan » Karangan » Cadangan Dan Langkah Memperbaiki


Pengangkutan Awam
Disemak dan dikemaskini pada pukul 12:20 am, 26 Jun 2020

Topik berkenaan pengangkutan awam merupakan antara topik yang


selalu ditanyakan sebagai tajuk soalan karangan bahasa Melayu. Topik
ini berkaitan dengan perkembangan negara di mana ia menguji
pengetahuan pelajar dan memberikan ruang kepada mereka untuk
merencana idea baru dalam penulisan karangan mereka. Berikut adalah
contoh karangan langkah-langkah memperbaiki pengangkutan awam di
Malaysia sebagai panduan pelajar.

Bagi mendapat markah yang baik dan cemerlang dalam penulisan


karangan, para pelajar harus tahu mengimbangkan isi, cara
penggunaan tatabahasa dan mengurangkan kesalahan tatabahasa.
Topik seperti pengangkutan awam ini boleh dikaitkan dengan nilai
masyarakat seperti mengutamakan orang kurang upaya dan juga warga
emas. Terpulang kepada pelajar untuk mengolah penulisan karangan
masing-masing tetapi perlu menjawab kehendak soalan.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/langkah-memperbaiki-pengangkutan-awam.html 1/5
05/02/2022, 23:05 Langkah-Langkah Memperbaiki Pengangkutan Awam

1. Langkah-Langkah Memperbaiki Sistem Pengangkutan Awam


2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Memperbaiki Pengangkutan
Awam

Langkah-Langkah Memperbaiki Sistem


Pengangkutan Awam

Isi-isi penting
mengkaji dan mengenal pasti kawasan yang memerlukan
pengangkutan awam
menguatkuasa undang-undang
menggunakan tenaga alternatif pada pengangkutan awam
melancarkan aplikasi pengangkutan awam
memudahkan cara pembayaran tiket
mesra orang kurang upaya (OKU) dan warga tua

Baca juga: Kaedah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya

Contoh Karangan Langkah-Langkah


Memperbaiki Pengangkutan Awam
Pendahuluan
Dalam meniti arus kemodenan ini, perkhidmatan pengangkutan awam
negara adalah penting dalam meransang ekonomi negara.
Pengangkutan awam boleh didefinisikan sebagai sistem pengangkutan

https://www.ipendidikan.my/langkah-memperbaiki-pengangkutan-awam.html 2/5
05/02/2022, 23:05 Langkah-Langkah Memperbaiki Pengangkutan Awam

untuk penumpang secara berkumpulan yang tersedia untuk digunakan


oleh orang awam. Kebiasaannya dikendalikan mengikut jadual, laluan
yang telah ditetapkan dan bayaran akan dikenakan untuk setiap
perjalanan. Perkhidmatan pengangkutan awam yang baik bakal
memberi manfaat yang banyak kepada rakyat mahupun pelancong
asing untuk mengakses destinasi yang ingin dikunjungi dengan mudah.
Maka, kita sewajarnya mengenal pasti langkah-langkah yang boleh
dilakukan untuk memperbaiki pengangkutan awam.

Isi 1
Sebagai langkah pertama, pihak berkuasa yang bertanggungjawab
mengurus pengangkutan awam di bandar mahupun negeri hendaklah
mengenal pasti dan mengkaji secara berkala kawasan yang betul-betul
memerlukan pengangkutan awam. Pembancian dan pengumpulan data
maklumat terkini tidak lagi dilihat sebagai cara yang kolot kerana dengan
kecanggihan teknologi ia mampu memudahkan proses tersebut dari segi
masa dan tahap keberkesanan pembancian. Bak kata peribahasa
Melayu, lain dahulu lain sekarang. Kerjasama dengan pegawai
perancang bandar dan desa juga hendaklah diperlukan agar laluan
pengangkutan awam yang terbaik dapat dirancang dan dilaksanakan.
Tahap ketersampaian kawasan awam seperti pasar, sekolah, terminal
bas dan bangunan kerajaan akan memudahkan rakyat sekaligus
menambah pengguna perkhidmatan pengangkutan awam.

Isi 2
Pada waktu yang sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hendaklah
memperketat penguatkuasaan undang-undang ke atas kenderaan
pengangkutan awam. Pengangkutan awam di Malaysia tidak terhad
kepada inisiatif kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, polisi
membuka peluang untuk pengusaha tempatan membina rangkaian
pengangkutan awam swasta telah membantu memajukan pengangkutan
awam tetapi longgar dari segi peraturan dan pelaksanaan. Misalnya,
pengusaha swasta menggunakan kenderaan yang melebihi usia 10
hingga 20 tahun untuk operasi mereka. Tindakan yang tegas hendaklah
dilakukan seperti menamatkan permit perusahaan pengangkutan awam.
Selain dapat menjaga keselamatan pengguna, langkah ini penting untuk
memberikan keselesaan kepada pengguna perkhidmatan pengangkutan
awam. Maka, pemberian lesen perusahaan pengangkutan awam
sewajarnya diperketatkan dan pemantauan yang kerap daripada pihak
berkuasa menjamin kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.

Isi 3

https://www.ipendidikan.my/langkah-memperbaiki-pengangkutan-awam.html 3/5
05/02/2022, 23:05 Langkah-Langkah Memperbaiki Pengangkutan Awam

Selain itu, langkah yang boleh dilaksanakan bagi memperbaiki


pengangkutan awam adalah dengan menggunakan tenaga alternatif
seperti elektrik di setiap kenderaan pengangkutan awam. Hal ini dapat
mengelakkan penggunaan petrol yang harganya berdasarkan pasaran
dunia dan semakin meningkat dari hari ke hari. Maka, pendekatan
alternatif yang menggunakan sumber tenaga lain dan murah adalah
langkah terbaik dalam mengurangkan kos perkhidmatan pengangkutan
awam. Tambahan pula, terdapat sebuah syarikat tempatan, Eletrik Bas
Inovasi Malaysia (EBIM) yang telah berjaya menghasilkan produk bus
eletrik menggunakan 100 peratus tenaga kerja mahir tempatan. Mereka
hanya memerlukan pelabur dan sumber kewangan yang kukuh untuk
melaksanakan produksi berskala besar agar dapat menyumbang
kepada pengangkutan awam negara sekaligus mempromosi kemahiran
tenaga kerja tempatan ke peringkat global.

Isi 4
Langkah seterusnya adalah dengan melihat kepada golongan yang
disasarkan untuk menggunakan perkhidmatan ini iaitu orang awam.
Semua orang awam sudah pasti ada telefon pintar masing masing dan
ini merupakan kelebihan yang perlu dimanfaatkan pengusaha-
pengusaha pengangkutan awam dengan membangunkan aplikasi
pengangkutan awam. Sebagai contoh, kerajaan Negeri Selangor telah
melancarkan aplikasi Smart Selangor di mana pengguna aplikasi
tersebut dapat menjejaki lokasi sebenar bas percuma yang disediakan.
Perkara ini dapat membantu pengguna merancang perjalanan mereka
dengan merujuk masa yang dikongsikan oleh aplikasi tersebut waktu
jangkaan bas awam akan tiba di perhentian yang diinginkan. Teknologi
ini akan menambah keberkesanan perkhidmatan awam serta menyaingi
perkhidmatan e-hailing.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai langkah boleh diatur untuk menaik taraf
perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Sikap yang
mementingkan keuntungan dan monopoli dalam perkhidmatan
pengangkutan awam hendaklah dielakkan kerana ia merupakan
tanggungjawab sosial dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
setempat dan negara khususnya. Sekiranya perkhidmatan
pengangkutan awam yang disediakan lebih berkualiti, kondusif dan
konsisten, ia mampu menarik kepercayaan orang awam dan pelancong
secara tidak langsung untuk menuju ke destinasi yang mereka rancang.
Langkah yang holistik perlu disusun supaya perkhidmatan
pengangkutan awam dapat memberi manfaat kepada rakyat dan
menjadi model terbaik untuk negara-negara lain.
https://www.ipendidikan.my/langkah-memperbaiki-pengangkutan-awam.html 4/5
05/02/2022, 23:05 Langkah-Langkah Memperbaiki Pengangkutan Awam

https://www.ipendidikan.my/langkah-memperbaiki-pengangkutan-awam.html 5/5
05/02/2022, 23:00 Langkah-Langkah Mempopularkan Permainan Tradisional

Karangan

Cara-Cara Mempopularkan
Permainan Tradisional

Ipendidikan » Karangan » Cara-Cara Mempopularkan Permainan


Tradisional
Disemak dan dikemaskini pada pukul 11:21 am, 3 April 2020

Terdapat banyak tema dan tajuk yang berpotensi untuk dijadikan pilihan
soalan karangan Bahasa Melayu. Lazimnya, soalan pilihan karangan
yang akan terdiri daripada lima dimensi iaitu diri sendiri, keluarga,
masyarakat atau negara, antarabangsa dan kesusasteraan. Maka,
pelajar perlu bersedia dengan melakukan rujukan tambahan secara atas
talian. Dibawah adalah contoh karangan langkah-langkah
mempopularkan permainan tradisional untuk panduan semua.

Tema soalan karangan yang berkaitan warisan, tradisi atau budaya


adalah mudah untuk dihuraikan. Pelajar hanya perlu mencari isi-isi
penting yang sesuai serta mencari peribahasa atau frasa-frasa menarik
bagi menghasilkan penulisan karangan yang cemerlang. Selain itu, anda
boleh merujuk idea yang dikongsikan di bawah bagi memberi isi yang
berbeza dan menggunakan cara penghuraian yang lebih baik.

https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-permainan-tradisional.html 1/5
05/02/2022, 23:00 Langkah-Langkah Mempopularkan Permainan Tradisional

Isi Kandungan [Tutup]

1. Usaha Dan Langkah Mempopularkan Permainan Tradisional


2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Mempopularkan Permainan
Tradisional

Usaha Dan Langkah Mempopularkan


Permainan Tradisional
Isi-isi penting
Ibu, bapa dan ahli keluarga memperkenalkan permainan tradisonal
Memperkasa pertandingan permainan tradisional
Menyalurkan dana secara konsisten kepada penggiat permainan
tradisional
Melazimi permainan tradisional dalam media massa seperti drama
dan dokumentari
Program pertukaran budaya dengan negara lain
Kempen yang lebih komprehensif

Baca juga: Jenis-Jenis Pengenalan Dalam Penulisan Karangan

Contoh Karangan Langkah-Langkah


Mempopularkan Permainan Tradisional
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-permainan-tradisional.html 2/5
05/02/2022, 23:00 Langkah-Langkah Mempopularkan Permainan Tradisional

Era pasca perindustrian dan pasca globalisasi yang serba mencabar


akal dan minda kita telah menyebabkan permainan tradisional semakin
dilupakan dek ditelan zaman. Masyarakat Malaysia yang terdiri dari
pelbagai kaum, agama dan bangsa telah mewujudkan pelbagai budaya
yang wajar untuk dikekalkan untuk manfaat generasi akan datang.
Permainan tradisional merupakan salah satu budaya yang membentuk
sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita.
Mereka mengisi waktu lapang dengan bermain permainan tradisional
seperti guli, congkak, wau, selambut, sepak raga dan gasing bersama-
sama dengan jiran tetangga mereka. Aktiviti hiburan yang dimainkan
bersama-sama telah mewujudkan perpaduan dan suasana yang
harmoni dalam kehidupan masyarakat pada waktu dahulu. Apakah
langkah-langlah yang boleh dilaksanakan untuk mempopularkan
kembali permainan tradisional pada hari ini?

Isi 1
Langkah pertama dan yang paling utama adalah memperkenalkan
permainan tradisional kepada kanak-kanak atau golongan muda. Usaha
ini merupakan peranan ibu, bapa dan ahli keluarga dalam memberikan
tauladan kepada generasi yang baru setahun jagung bahawa bermain
permainan tradisional juga menghiburkan. Ibu atau bapa boleh
menghadiahkan anak-anak permainan tradisional sebagai hadiah hari
lahir. Selain itu, golongan muda hari ini perlu dibawa ke muzium atau
pameran permainan tradisional bagi membuka mata mereka terhadap
keunikan yang dimiliki oleh masyarakat kita. Peribahasa Melayu berkata,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, setiap di antara kita
perlu sedar bahawa kita adalah ejen penyampai sesuatu perkara
kepada orang sekeliling kita khusunya ahli keluarga dalam usaha untuk
mempopularkan semula permainan tradisional masyarakat Malaysia.

Isi 2
Seterusnya, langkah untuk mempopularkan semula permainan
tradisional adalah dengan memperkasa pertandingan permainan
tradisional di setiap peringkat. Selain di rumah, sekolah juga boleh
memainkan peranan dalam memperkenalkan permainan tradisional
kepada pelajar. Tamsilnya, sekolah mempunyai aktiviti kokurikulum di
mana permainan tradisional perlu diberikan perhatian oleh guru-guru.
Sebuah kelab permainan tradisional boleh diwujudkan bagi mengesan
pelajar yang mempunyai bakat terpendam dalam permainan tradisional.
Sebagai contoh, permainan sepak raga yang memerlukan teknik yang
baik oleh pemain bagi memenangi satu pertandingan. Justeru, pihak
sekolah seharusnya mengambil kesempatan yang ada untuk memupuk
pelajar di sekolah tentang permainan tradisional yang wujud dan boleh
https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-permainan-tradisional.html 3/5
05/02/2022, 23:00 Langkah-Langkah Mempopularkan Permainan Tradisional

dimainkan oleh mereka di waktu lapang. Tambahan pula, penganjuran


kempen seperti Minggu Permainan Tradisional di peringkat sekolah,
daerah mahupun negeri mampu menjadi permulaan kepada usaha
menaikkan semula kemasyhuran permainan tradisional seperti waktu
dahulu.

Isi 3
Di samping itu, inisiatif yang wajar untuk dilaksanakan adalah dengan
memberikan dana secara konsisten kepada penggiat permainan
tradisonal di seluruh negara. Perkara ini sedikit sebanyak bersangkut
paut dengan autonomi yang dikawal oleh pihak berkuasa dimana
kematangan dan kestabilan politik adalah penting dalam mengekalkan
warisan dan tradisi sesuatu bangsa. Permainan tradisional masih lagi
dimainkan oleh sekumpulan kecil masyarakat yang duduk di kampung
atau desa. Maka, pihak berkuasa sewajarnya membantu penggiat yang
meneruskan tradisi nenek moyang kita ini untuk kekal relevan dan
diperhatikan oleh seluruh masyarakat dalam negara. Antara inisiatif
yang boleh dilaksanakan adalah dengan membawa penggiat permainan
tradisonal ini ke sekolah-sekolah atau institusi yang melibatkan
masyarakat secara amnya. Dengan cara ini, mereka dapat
memperkenalkan permainan tradisional mereka dengan lebih berkesan.
Contohnya, pemain gasing boleh menunjukkan jenis-jenis gasing yang
ada dan menunjukkan demo atau cara untuk melawan gasing dengan
rakan-rakan. Tambahan pula, peggiat permainan tradisional ini boleh
menjual secara terus kepada mereka yang berminat untuk membeli dan
bermain di halaman rumah masing-masing. Intihannya, pemberian
sokongan yang konsisten kepada penggiat permainan tradisional dapat
membantu mereka untuk kekal relevan dan menjadi popular.

Isi 4
Akhir sekali, media massa juga berperanan untuk mempopularkan
semula permainan tradisional yang kian dilupakan. Stesen televisyen,
media cetak dan media elektronik merupakan medium penyampai yang
utama kepada masyarakat hari ini. Oleh itu, inisiatif yang boleh digarap
adalah dengan memperbanyakkan dokumentasi tentang permainan
tradisional. Mungkin generasi muda dewasa ini menjumpai congkak atau
batu seremban apabila mereka pulang ke kampung tetapi tidak tahu
bagaimana untuk bermain. Maka, mereka akan merujuk kepada media
massa yang mudah dan ringkas bagi mereka untuk mempelajari dan
mengetahui tentang cara permainan congkak ataupun batu seremban
yang mereka jumpai. Selain itu, penggiat seni juga wajar melazimi
permainan tradisional dalam segala bentuk seni yang mereka
ketengahkan. Misalnya, produk animasi tempatan yang semakin
https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-permainan-tradisional.html 4/5
05/02/2022, 23:00 Langkah-Langkah Mempopularkan Permainan Tradisional

mendapat perhatian masyarakat kita boleh menggunakan elemen


permainan tradisional dalam jalan cerita mereka. Permainan sepeti
gasing boleh menjadi senjata dan rekabentuk wau sebagai kapal
terbang. Kesannya, kanak-kanak akan mempersoalkan dan berfikir akan
apakah elemen menarik dalam animasi fiksyen kegemaran mereka.

Penutup
Secara tuntas, pelbagai langkah boleh direalisasikan untuk
mempopularkan semula permainan tradisional dalam kalangan
masyarakat hari ini. Permainan tradisional adalah salah satu warisan
dan budaya bangsa yang perlu dipelihara dan diraikan agar tidak
tenggelam akibat kemodenan serta kehadiran teknologi hari ini. Seperti
yang dihuraikan di atas, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-
masing dalam usaha yang ingin dilaksanakan. Kita tidak seharusnya
menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usulnya
dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Semoga
setiap di antara kita sedar dan melakukan sesuatu bagi memastikan
generasi akan datang mengetahui dan memelihara keunikan budaya
dan warisan mereka tanpa ditelan arus kemajuan dunia.

https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-permainan-tradisional.html 5/5
05/02/2022, 23:05 Langkah-Langkah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya

Karangan

Cara-Cara Mengatasi Kemalangan


Jalan Raya

Ipendidikan » Karangan » Cara-Cara Mengatasi Kemalangan Jalan


Raya
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:37 pm, 31 Mac 2020

Sebagai pelajar, latihan tambahan dan merujuk sumber daripada


internet adalah langkah yang baik. Pelajar dapat mengetahui jenis-jenis
dan pelbagai contoh karangan yang mengikut tema-tema tertentu.
Secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan pelajar dalam
memberikan isi-isi penting yang bernas dan tepat mengikut soalan yang
diberikan. Berikut adalah contoh karangan mengenai langkah-langkah
mengatasi kemalangan jalan raya.

Pelajar boleh merujuk isi dan contoh huraian di bawah sebagai


panduan. Bimbingan daripada guru masing-masing masih diperlukan
agar penulisan karangan pelajar menjawab kehendak soalan dan layak
mendapat markah yang cemerlang. Penggunaan frasa menarik seperti
peribahasa dan penanda wacana dalam penulisan pelajar akan
menambah daya tarikan pembaca dan penanda kertas.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/kemalangan-jalan-raya.html 1/5
05/02/2022, 23:05 Langkah-Langkah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya

1. Langkah Mengatasi Masalah Kemalangan Jalan Raya


2. Contoh Karangan Cara Atau Langkah Mengatasi Kemalangan Jalan
Raya

Langkah Mengatasi Masalah


Kemalangan Jalan Raya

Isi-isi penting
mengubah sikap pemandu yang kurang berhemah
memperkasa penguatkuasaan undang-undang
memastikan jalan raya diselenggara dengan baik dan mempunyai
ciri keselamatan terbaik
menyelenggara kenderaan mengikut masa yang ditetapkan
menggalakkan penggunaan pengangkutan awam
menjalankan kempen kesedaran

Baca juga: Koleksi Peribahasa Melayu Serta Maksudnya

Contoh Karangan Cara Atau Langkah


Mengatasi Kemalangan Jalan Raya
Pendahuluan
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di
persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh kes-kes

https://www.ipendidikan.my/kemalangan-jalan-raya.html 2/5
05/02/2022, 23:05 Langkah-Langkah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya

kemalangan jalan raya yang meragut sejumlah nyawa yang


membimbangkan. Situasi ini menjadi lebih tragis apabila musim
perayaan di mana semua rakyat hendak pulang ke kampung berjumpa
dengan sanak saudara untuk meraikan hari perayaan tetapi tidak
kesampaian kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Tragedi ini
telah menjadi sinonim dengan masyarakat kita sehinggakan Polis Trafik
perlu menjalankan operasi setiap kali perayaan bagi memastikan
pengguna jalan raya tidak memandu secara berbahaya. Lumrah
manusia untuk melakukan kesilapan tetapi kita mampu untuk
mengurangkannya dengan mengamalkan perkara-perkara tertentu. Oleh
itu, kita seharusnya mengenali cara-cara menangani kemalangan jalan
raya agar tidak berlaku kepada kita di waktu kelak.

Isi 1
Prakarsa utama dalam mendepani isu kemalangan jalan raya adalah
dengan memastikan sikap setiap pemandu itu sentiasa berhemah dalam
pemanduan dan beristirahat sekiranya berasa letih dan mengantuk. Kita
tidak boleh sangkal, kebanyakan kes kemalangan jalan raya adalah
disebabkan kecuaian pemandu itu sendiri. Maka, setiap pemandu harus
sedar dan sentiasa berwaspada dalam pemanduan. Penumpang atau
keluarga yang menemani ketika pemanduan juga bertanggungjawab
untuk sentiasa melihat dan peka akan keadaan pemandu samada
pemandu tersebut memberikan perhatian atau berasa letih kerana telah
memandu lama dan jauh. Kemudahan perhentian rehat dan rawat
telahpun disediakan di setiap lebuhraya bagi pemanduan jarak jauh.
Bagi pengguna jalan raya di kawasan bandar pula, penggunaan telefon
pintar ketika memandu sangat tidak digalakkan. Ia berpotensi besar
untuk pemandu melakukan kecuaian kerana terleka walaupun sedetik
apabila melihat telefon pintar. Sebaiknya jika ingin menggunakan telefon
pintar, minta bantuan penumpang disebelah ataupun menggunakan mod
“hands free” yang dapat memastikan tangan kita sentiasa berada di
stereng kenderaan. Jika semua pemandu di jalan raya berhemah, sudah
pasti risiko kemalangan jalan raya dapat dikurangkan

Isi 2
Selain itu, cara terbaik dalam menangani kes kemalangan jalan raya
adalah dengan memperkasakan penguatkuasaan undang-undang. Kita
boleh lihat, ramai di antara pengguna jalan raya mempunyai saman dan
liat untuk mereka menyelesaikannya. Apabila pihak polis memberikan
diskaun kepada saman barulah mereka tergesa-gesa untuk
membayarnya. Perkara ini kurang memberi kesan kepada pesalah jalan
raya. Sistem dimerit yang telah sedia ada wajar dikuatkuasakan dengan
lebih ketat dimana jika mereka telah disaman sebanyak tiga kali, mereka
https://www.ipendidikan.my/kemalangan-jalan-raya.html 3/5
05/02/2022, 23:05 Langkah-Langkah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya

akan ditarik semula lesen memandu mereka seterusnya kos untuk


mengambil semula lesen memandu digandakan. Begitu juga bagi
pemandu-pemandu pengangkutan awam seperti bas ekspress dimana
mereka wajar ditanggung daripada pekerjaan mereka jika terlibat dalam
salah laku jalan raya dengan kerap. Justeru, setiap daripada kita
hendaklah sentisa mematuhi peraturan bukan sahaja di jalan raya malah
di setiap perkara dan aspek kehidupan yang kita jalani. Bangsa yang
berjaya adalah bangsa yang patuh dan menghormati kedaulatan
undang-undang seperti mana yang terkandung dalam Rukun Negara.

Isi 3
Pada masa yang sama, pihak bertanggungjawab juga perlu memastikan
seluruh jaringan jalan raya samada di kawasan bandar mahupun luar
bandar diselenggara dengan baik. Hal ini dapat membantu pengguna
jalan raya menikmati pemanduan yang selesa dan selamat. Terdapat
juga kes kemalangan jalan raya yang berlaku kerana terperosok dalam
lubang yang terhasil daripada pembinaan jalan yang tidak mengikut
spesifikasi yang ditetapkan. Penyelenggara sewajarnya tidak bersikap
seperti melepaskan batuk ditangga dimana mereka melakukan kerja
menggunakan kos yang minima dan meminta peruntukan yang maksima
hanya kerana ingin mendapat keuntungan yang tidak jujur. Intihannya,
pihak berkuasa perlu sentiasa memastikan tiada ketirisan berlaku dalam
pemberian peruntukkan dan penyelenggara melakukan kerja mereka
dengan amanah dan mencapai tahap kualiti yang terbaik. Tambahan
pula, jika lantikan penyelenggara dilakukan dengan betul, kontraktor
tersebut juga perlu memastikan jalan raya mempunyai ciri-ciri
keselamatan terbaik seperti lampu-lampu di selekoh berbahaya dan
bonggol di kawasan yang memerlukan pengguna jalan raya
memperlahankan kenderaan. Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat
menyumbang kepada pengurangan risiko terhadap kemalangan jalan
raya.

Isi 4
Seterusnya, kita juga boleh lihat polemik yang kian merunsing
masyarakat hari ini dengan dimensi lain iaitu penyelenggaraan
kenderaan. Sebagai pemilik kenderaan, kita bertanggungjawab untuk
memastikan kenderaan kita sentiasa dalam keadaan yang baik.
Tamsilnya, pemandu kenderaan yang ingin membelok tidak dapat
menyalakan lampu isyarat membelok kerana lampu isyarat tersebut
rosak, akan menimbulkam kekeliruan pada pemandu lain. Kemalangan
akan berlaku sekiranya pemandu di belakang tidak mengetahui bahawa
kenderaan di depannya ingin membelok. Begitu juga dengan pemandu
motorsikal yang sering kali tidak sedar bahawa lampu belakang mereka
https://www.ipendidikan.my/kemalangan-jalan-raya.html 4/5
05/02/2022, 23:05 Langkah-Langkah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya

tidak menyala sekaligus menyukarkan pemandangan pemandu


dibelakang untuk mengetahui kehadiran motorsikal tersebut. Dengan
aplikasi dan kecanggihan teknologi hari ini, kita boleh menggunakan
aplikasi yang memberi peringatan kepada kita akan waktu untuk
membawa kenderaan ke bengkel untuk diselenggara. Jika mempunyai
kesukaran dalam menyelenggara kenderaan, anda dinasihatkan untuk
menggunakan pengangkutan awam supaya lebih selamat dan tidak
membahayakan pengguna jalan raya yang lain

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai cara telah dibincangkan bagi menangani kes-
kes kemalangan jalan raya yang kian membarah hari ini. Setiap pihak
terutamanya kerajaan dan media massa mempunyai obligasi yang
mustahak dalam memupuk kesedaran pengguna jalan raya tentang
keselamatan dan langkah terbaik untuk mengatasi kemalangan daripada
berlaku. Peribahasa Melayu ada berkata, sudah terhantuk, baru
terngadah yang boleh didefinisikan apabila kita sudah terkena
kemalangan barulah kita sedar dan terlambat untuk melakukan apa-
apa. Semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing
supaya setiap langkah yang diambil mendatangkan kesan yang positif.
Jika kemalangan jalan raya dapat diatasi dan dikurangkan kadarnya,
tidak mustahil untuk imej negara menjadi sanjungan di mata dunia
kerana kemampuan rakyat kita mematuhi peraturan dan berhemah
tinggi apabila menggunakan jalan raya.

https://www.ipendidikan.my/kemalangan-jalan-raya.html 5/5
05/02/2022, 23:04 Langkah-Langkah Mengatasi Kesan Pemanasan Global

Karangan

Langkah-Langkah Mengurangkan
Kesan Pemanasan Global

Ipendidikan » Karangan » Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan


Pemanasan Global
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:01 pm, 7 April 2020

Adakah anda mencari contoh-contoh karangan Bahasa Melayu bagi


membuat rujukan dan latihan tambahan? Sekiranya ya, anda boleh
melihat contoh seperti di bawah yang merangkumi pendahuluan, isi-isi
penting dan penutup. Sebagai rujukan pelajar, berikut adalah contoh
karangan langkah-langkah mengatasi kesan pemanasan global.

Contoh karangan yang dikongsikan di bawah memerlukan pemikiran


yang kreatif dan kritis pelajar bagi menghasilkan penulisan yang
cemerlang. Pelajar juga digalakkan untuk menambah simpulan bahasa
atau peribahasa yang menarik dan tepat dengan maksud huraian yang
ingin disampaikan oleh pelajar. Ia merupakan antara teknik atau kaedah
untuk mendapatkan penulisan karangan Bahasa Melayu yang
cemerlang serta mendapat perhatian daripada guru masing-masing.

https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-kesan-pemanasan-global.html 1/5
05/02/2022, 23:04 Langkah-Langkah Mengatasi Kesan Pemanasan Global

Isi Kandungan [Tutup]

1. Langkah-Langkah Mengatasi Kesan Pemanasan Global


2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan
Pemanasan Global

Langkah-Langkah Mengatasi Kesan


Pemanasan Global
Isi-isi penting
Menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui
Pembangunan lestari
Menanam pokok dengan lebih banyak
Mengamalkan kitar semula
Mendidik tentang kesan pemanasan global
Penguatkuasaan undang-undang

Baca juga: Kesan-Kesan Akibat Peningkatan Cuaca Kepada Alam


Sekitar

Contoh Karangan Langkah-Langkah


Mengurangkan Kesan Pemanasan Global
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-kesan-pemanasan-global.html 2/5
05/02/2022, 23:04 Langkah-Langkah Mengatasi Kesan Pemanasan Global

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin melangkaui


kemampuan akal fikiran manusia dalam mendepani teknologi hari ini.
Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan
rintangan yang bakal menghambat. Pertumbuhan pembangunan,
perindustrian dan ketamadunan bagai cendawan tumbuh selepas hujan
telah meninggalkan kesan-kesan yang negatif kepada alam yang kita
huni. Antaranya adalah kejadian pemanasan global yang mengancam
alam sekitar dimana berlaku pembakaran hutan, pencairan litupan salji
dan glasier serta kenaikan suhu dunia. Oleh itu, semua pihak perlu
melakukan anjakan paradigma bagi melaksanakan langkah-langkah
untuk mengurangkan kesan pemanasan global hari ini.

Isi 1
Prakarsa utama yang perlu dilaksanakan secara menyeluruh adalah
penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Kebanyakan
sumber tenaga yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik hari ini
adalah berasaskan arang batu dimana penghasilannya memerlukan
penggunaan haba yang banyak. Disebabkan kosnya yang rendah,
kebanyakan negara masih lagi bergantung kepada sumber tenaga yang
menyumbang kepada pemanasa global ini. Justeru, pelbagai kajian dan
perkembangan telah dilakukan oleh ahli pemikir dan pucuk pangkalnya,
perlaksanaan menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui di
sesebuah negara bergantung kepada pembuat polisi negara tersebut.
Sumber tenaga baharu seperti tenaga solar, angin dan hidro-elektrik
adalah sumber yang kekal dan mampu untuk digunakan sepanjang
masa tanpa menghasilkan sisa-sisa yang mencemar alam sekitar.
Kesannya, pemanasan global dapat dikurangkan dalam kadar yang
drastik jika kebanyakan negara mengubah sistem sumber tenaga
mereka kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Isi 2
Selain itu, setiap pembangunan yang bakal atau sedang dilaksanakan
hendaklah dibangunkan secara lestari. Pembangunan lestari adalah
prinsip penganjuran untuk memenuhi matlamat pembangunan manusia
pada masa yang sama mengekalkan keupayaan sistem semula jadi
untuk menyediakan sumber asli dan perkhidmatan ekosistem
berdasarkan ekonomi dan masyarakat. Hal ini bersangkut-paut dengan
pemanasan global yang semakin kritikal jika kita tidak bertindak. Persis
kata mutiara, mencegah lebih baik daripada merawat. Sebagai contoh,
pemaju dan agensi pembinaan perlu mengetengahkan bahan binaan
yang menggunakan bahan organik dan kitar semula. Tambahan pula,
binaan bangunan baharu harus dibina dengan pengudaraan yang
semula jadi serta memperuntukkan kawasan atau tempat untuk
https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-kesan-pemanasan-global.html 3/5
05/02/2022, 23:04 Langkah-Langkah Mengatasi Kesan Pemanasan Global

menanam pokok atau menjalankan pertanian bandar. Langkah-langkah


yang dianggap remeh ini adalah penting bagi menyumbang kepada
mengurangkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar yang
kita nikmati dini hari.

Isi 3
Seterusnya, langkah bagi mengurangkan kesan pemanasan global
adalah dengan menanam pokok dengan lebih banyak. Sejak dua tiga
dekad yang lepas, kerakusan manusia menebang pokok dan menjarah
bukit-bukau tanpa memikirkan kesannya pada masa kini. Sebagai
manusia, kita perlu sentiasa maju ke hadapan tetapi pada alaf baharu ini
kita perlu sedar dan menitik beratkan pelbagai aspek terutamanya alam
sekitar. Justeru, sekiranya sesebuah pembangunan itu berlaku sehingga
memerlukan pembalakan dan penghapusan hutan, langkah alternatif
perlu dilaksanakan bagi mengganti sumber alam yang dimusnahkan.
Oleh itu, penanaman semula di hutan-hutan yang terlibat dengan
pembalakan perlu dijalankan dengan optimum dan berkesan. Bagi
penduduk kawasan bandar pula, pelbagai alternatif seperti pertanian
bandar yang membolehkan anda bercucuk tanam di halaman rumah
sendiri. Pokok merupakan ciptaan tuhan yang bernilai dan kita tidak
mampu menciptakan hasil yang sama sepertimana pokok berfungsi.
Oleh itu, kempen penanaman pokok perlu diperluas dan dilaksanakan
dengan lebih kerap.

Isi 4
Akhir sekali, kesan pemanasan global dapat dikurangkan sekiranya kita
mengamalkan kitar semula. Pertumbuhan penduduk dan pengguna
yang semakin menambah permintaan pengeluaran produk baharu dari
hari ke hari perlu dibendung. Hampir keseluruhan produk yang kita
gunakan hari ini seperti pakaian, gajet dan sumber tenaga menyumbang
kepada pemanasan global dalam proses pembuatan. Amalan kitar
semula dapat menyelamatkan sumber seperti pokok yang dibazirkan
semata-mata untuk menghasilkan pakaian yang dipakai setahun sekali.
Pelbagai jenama besar seperti pengeluar jenama kasut antarabangsa,
Adidas dan Nike telah pun menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan
kasut dan produk mereka daripada barangan kitar semula. Langkah ini
secara tidak langsung membuka mata masyarakat yang berpandangan
sarwa terhadap isu pemanasan global dan alam sekitar.

Penutup
Sebagai penutup bicara, pelbagai langkah-langkah yang signifikan perlu
diambil oleh semua pihak bagi membendung pemanasan global. Isu ini

https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-kesan-pemanasan-global.html 4/5
05/02/2022, 23:04 Langkah-Langkah Mengatasi Kesan Pemanasan Global

bukan lagi merupakan satu isu yang ringan kerana ia banyak


mendatangkan mudarat kepada semua hidupan di muka bumi ini dan
manusia adalah tidak terkecuali. Sebaliknya, kita perlu ingat bahawa isu
ini semuanya berpunca daripada perbuatan kita sendiri yang lebih
mementingkan keuntungan, keseronokan dan keselesaan duniawi yang
berlebihan dan sebagainya. Intihannya, setiap pihak perlu
menggembleng tenaga bagi menjalankan mekanisme terbaik dalam
mengekalkan simbiosis antara pemeliharaan alam sekitar dan kemajuan
dalam pembangunan ketamadunan manusia sejagat.

https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-kesan-pemanasan-global.html 5/5
05/02/2022, 22:59 Langkah-Langkah Mengatasi Vandalisme Dalam Kalangan Remaja

Karangan

Langkah Mengatasi Vandalisme


Dalam Kalangan Remaja & Pelajar

Ipendidikan » Karangan » Langkah Mengatasi Vandalisme Dalam


Kalangan Remaja & Pelajar
Disemak dan dikemaskini pada pukul 2:32 pm, 6 September 2020

Adakah anda mencari contoh penulisan karangan Bahasa Melayu


secara atas talian? Sekiranya ya, anda seharusnya merujuk contoh
tersebut bagi mengetahui idea atau isi-isi penting yang berkaitan dengan
soalan yang anda inginkan dan bukannya meniru secara bulat-bulat.
Sebagai rujukan kepada pelajar, berikut dikongsikan contoh karangan
langkah-langkah mengatasi vandalisme dalam kalangan remaja.

Polemik ini selalunya dijadikan tajuk soalan penulisan karangan supaya


menjadi iktibar kepada para pelajar. Selain dapat menguji kemampuan
pelajar terhadap penguasaan Bahasa Melayu, pembelajaran dalam
bentuk pengajaran juga akan diperoleh daripada para pelajar sekiranya
berjaya menghasilkan penulisan karangan yang cemerlang.

https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-vandalisme.html 1/5
05/02/2022, 22:59 Langkah-Langkah Mengatasi Vandalisme Dalam Kalangan Remaja

Isi Kandungan [Tutup]

1. Usaha-Usaha Menangani Gejala Vandalisme Dalam Kalangan


Remaja/ Pelajar
2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Mengatasi Vandalisme Dalam
Kalangan Remaja

Usaha-Usaha Menangani Gejala


Vandalisme Dalam Kalangan Remaja/
Pelajar
Isi-isi penting
Mengenal pasti punca berlakunya vandalisme
Setiap orang menjadi mata pihak berkuasa
Menyediakan ruang khas untuk remaja berkarya
Menguatkuasakan denda kepada pesalah laku
Menggalakkan penglibatan remaja dalam aktiviti luar bilik darjah
Peranan media massa menunjukkan tauladan terbaik

Baca juga: Faedah Pelajar Membawal Bekal Ke Sekolah

Contoh Karangan Langkah-Langkah Mengatasi


Vandalisme Dalam Kalangan Remaja
Pendahuluan
https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-vandalisme.html 2/5
05/02/2022, 22:59 Langkah-Langkah Mengatasi Vandalisme Dalam Kalangan Remaja

Vandalisme boleh didefinisikan sebagai perbuatan membinasakan atau


merosakkan harta benda awam atau persendirian. Mutakhir ini, masalah
vandalisme semakin berleluasa dalam kalangan remaja sama ada di
sekolah mahupun di tempat-tempat awam. Berdasarkan kenyataan
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, salah satu daripada lapan
gejala salah laku pelajar di sekolah adalah vandalisme. Pelajar
merupakan remaja yang mudah terpengaruh dan sukar untuk menerima
nasihat ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Salah laku
vandalisme yang merosakkan harta benda awam bukan sahaja
merugikan pelbagai pihak malah memburukkan imej masyarakat dan
juga negara terhadap sikap golongan remaja. Sebagai langkah mencari
solusi kepada masalah yang membelunggu generasi masa hadapan
negara, wajar untuk kita bincangkan langkah-langkah mengatasi
vandalisme dalam kalangan remaja.

Isi 1
Prakarsa utama dalam menyelesaikan masalah vandalisme dalam
kalangan remaja adalah dengan mengenal pasti punca berlakunya
kegiatan salah laku ini. Perbuatan merosakkan harta benda awam sama
ada di sekolah mahupun di tempat-tempat awam sering berlaku kerana
golongan remaja ingin melepaskan geram atau amarah terhadap
sesuatu perkara yang mereka hadapi. Sifat memberontak yang timbul
dalam kalangan mereka pastinya berpunca daripada tekanan hidup
sehingga menenggelamkan sifat-sifat mahmudah yang pernah mereka
amalkan. Tetapi terdapat juga segelintir remaja yang hanya melakukan
vandalisme kerana berasa seronok dan terpengaruh dengan aksi yang
ditayangkan di media sosial mahupun televisyen. Justeru, adalah
mustahak untuk pihak sekolah ataupun pihak berkuasa mendekati
golongan ini dan berinteraksi dengan hemah bersama mereka dalam
mengenal pasti punca kepada perilaku mereka. Jika mereka mempunyai
masalah dalaman keluarga, pihak sekolah boleh menawarkan
perkhidmatan kaunseling sebagai langkah untuk memastikan mereka
tidak berasa tertekan dan mengulangi perbuatan vandalisme.

Isi 2
Langkah seterusnya bagi mengatasi masalah vandalisme adalah setiap
orang berperanan menjadi mata kepada pihak berkuasa atau pihak
sekolah. Bagi menangkap mereka yang melakukan kesalahan, kita
memerlukan bukti yang kukuh dan saksi merupakan salah satu cara
untuk mengesahkan perilaku pesalah. Seandainya anda sedang melalui
sebuah kawasan dan terlihat perbuatan vandalisme, anda seharusnya
melaporkannya kepada pihak berkuasa jika di tempat awam atau
kepada guru jika berada di sekolah. Mereka yang melakukan kegiatan
https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-vandalisme.html 3/5
05/02/2022, 22:59 Langkah-Langkah Mengatasi Vandalisme Dalam Kalangan Remaja

ini selalunya bertindak ketika tiada mata yang memerhati kerana mereka
sedar bahawa perilaku tersebut adalah salah dan hanya mendatangkan
keburukan. Setelah melaporkan kegiatan vandalisme yang berlaku,
pihak berkuasa atau guru hendaklah menggunakan hemah dalam
menangkap pesalah kerana mereka merupakan remaja yang berumur
setahun jagung. Sebagai seorang dewasa, guru atau pihak berkuasa
seharusnya menunjukkan bahawa untuk melepaskan geram atau
menangkap pesalah tidak semestinya menggunakan kekerasan.
Sebaliknya, dengan cara komunikasi yang betul dan pemahaman
terhadap situasi pesalah laku tersebut. Tegasnya, semua ahli
masyarakat perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam
melaporkan kegiatan vandalisme ke pihak berkuasa agar masalah yang
membelenggu golongan remaja ini dapat dibendung.

Isi 3
Di samping itu, langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi
vandalisme dalam kalangan remaja adalah dengan menyediakan ruang
khas untuk mereka berkarya atau melakukan aktiviti-aktiviti yang
bermanfaat. Kebanyakan daripada pelaku vandalisme melakukan
kegiatan ini di waktu lapang mereka. Oleh itu, jika pihak kerajaan
prihatin dalam memastikan golongan remaja negara ini menjadi
generasi yang berguna kepadad masyarakat, mereka seharusnya
menyediakan infrastruktur atau kemudahan yang boleh digunakan oleh
golongan remaja. Sebagai contoh, gelanggang sukan yang percuma
dan diselenggara dengan baik dapat memberikan akses yang mudah
kepada golongan remaja mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
seperti bersukan. Jika dilihat pada sudut yang berlainan, terdapat di
antara mereka yang mempunyai nilai kreativiti yang baik apabila
melakukan vandalisme yang berbentuk contengan atau lukisan.
Sekiranya kreativiti ini disalurkan ke arah yang betul ia akan
mendatangkan keuntungan bukan sahaja kepada diri mereka sendiri
malahan kepada industri kreatif tempatan. Jika inisiatif ini berjaya
diusahakan ia ibarat sampan sudah di air, dayung sudah di tangan bagi
golongan remaja. Kini ianya bergantung kepada diri mereka untuk
mendapatkan manfaat yang sepatutnya atau hanya membuang masa
yang sia-sia.

Isi 4
Setelah melaksanakan langkah-langkah di atas, pihak berkuasa
seharusnya menguatkuasakan peraturan dan mengenakan hukuman
denda kepada pesalah laku vandalisme. Hal ini demikian kerana segala
ruang untuk para remaja telah diberikan dan perkara yang salah adalah
tetap salah. Dengan memperketatkan undang-undang, golongan remaja
https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-vandalisme.html 4/5
05/02/2022, 22:59 Langkah-Langkah Mengatasi Vandalisme Dalam Kalangan Remaja

akan berasa takut untuk melakukan kegiatan vandalisme kerana ia


bakal meninggalkan kesan buruk kepada mereka dan juga nama
keluarga masing-masing. Pesalah laku boleh dikategorikan sebagai
pesalah juvenil di mana mereka yang melakukan jenayah di bawah
umur 18 akan dipanggil gelaran tersebut. Situasi ini bukan sahaja
memberikan stigma buruk kepada mereka malah akan menjejaskan
masa hadapan mereka apabila ingin bekerjaya nanti. Selain itu, Pihak
berkuasa pula janganlah bersikap seperti hangat-hangat tahi ayam
dalam menghukum mereka yang bersalah. Hal ini adalah supaya
undang-undang menjadi teras pembentukan masyarakat yang adil dan
saksama. Kesannya, golongan remaja tidak mempunyai keberanian
untuk melakukan kegiatan vandalisme seterusnya dapat membanteras
individu yang bersikap melempar batu kemudian sembunyi tangan.

Penutup
Sebagai konklusi kepada perbincangan di atas, pelbagai langkah boleh
digarap untuk memastikan masalah vandalisme dalam kalangan remaja
dapat diatasi. Ibu dan bapa mempunyai perana yang besar dalam
mendidik anak-anak ke arah kebaikan kerana hanya jauhari yang
mengenal manikam. Pastinya dengan bimbingan, kata-kata nasihat
serta kasih sayang yang diberikan oleh ibu dan bapa dapat melahirkan
anak-anak yang mendengar kata dan bersifat baik. Bagi membentuk
keperibadian seseorang, ia hendaklah dibentuk di peringkat awal
khususnya pada lingkaran umur remaja. Persis peribahasa Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru, setiap pihak perlu
menjalankan peranan masing-masing dalam membantu golongan
remaja menghadapi badai kehidupan mereka dan seterusnya
membimbing mereka ke arah kejayaan yang memberikan manfaat
kepada manusia sejagat.

Related : telefon awam untuk membina berganding bahu untuk


mengatasi masalah generasi muda imej negara ibu bapa
perlu penguatkuasaan undang undang meningkatkan kesedaran

https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-vandalisme.html 5/5
05/02/2022, 22:56 Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-Kanak

Karangan

Cara-Cara Mengatasi Masalah


Keselamatan Kanak-Kanak

Ipendidikan » Karangan » Cara-Cara Mengatasi Masalah Keselamatan


Kanak-Kanak
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:06 pm, 8 Mei 2020

Tajuk soalan karangan Bahasa Melayu selalunya berkaitan dengan isu-


isu semasa. Isu tersebut tidak semestinya hanya berlaku dalam negara
tetapi juga berlaku di luar negara secara global. Pelajar-pelajar harus
peka akan isu yang berlaku di sekeliling mereka sebagai persediaan
menjawab karangan Bahasa Melayu. Contohnya, isu berkaitan
keselamatan kanak-kanak. Berikut dikongsikan contoh karangan cara-
cara mengatasi masalah dan langkah menjaga keselamatan kanak-
kanak untuk panduan semua.

Di bawah terdapat isi-isi penting yang boleh membantu pelajar-pelajar


dalam menjawab soalan berkaitan cara-cara mengatasi masalah kanak-
kanak. Pengolahan yang menarik terdiri daripada isi yang tepat,
penggunaan tatabahasa yang betul dan penggunaan peribahasa
Melayu. Bimbingan dan panduan oleh guru juga penting agar penulisan
karangan pelajar mendapat markah yang baik dan menepati kehendak
soalan.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-keselamatan-kanak-kanak.html 1/5
05/02/2022, 22:56 Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-Kanak

1. Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-Kanak Tanggungjawab


Bersama
2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-
Kanak

Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-


Kanak Tanggungjawab Bersama

Isi-isi penting
Sentiasa mengawasi dan memberi perhatian kepada kanak-kanak
Memberi pelajaran seni mempertahankan diri
Peranan media massa dalam menyedarkan masyarakat tentang isu
ini
Memakai alat penjejak pada kanak-kanak
Menguatkuasakan undang-undang kepada pesalah laku terhadap
kanak-kanak
Memastikan kanak-kanak bermain secara berkumpulan

Baca juga: Kesalahan Lazim Dalam Karangan Bahasa Melayu

Contoh Karangan Langkah-Langkah Menjaga


Keselamatan Kanak-Kanak
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-keselamatan-kanak-kanak.html 2/5
05/02/2022, 22:56 Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-Kanak

Sejak akhir-akhir ini, acap kali kita melihat berita di televisyen dan dada-
dada akhbar tentang kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak sebagai
mangsa. Isu ini amat membimbangkan semua pihak kerana kanak-
kanak merupakan anugerah kurniaan tuhan yang diamanahkan kepada
pasangan ibu bapa untuk membentuk mereka menjadi seorang yang
berguna kepada keluarga dan negara. Akibat terlalu banyak kes jenayah
terhadap kanak-kanak, badan kehakiman negara telah mewujudkan
Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Istana
Kehakiman, Putrajaya. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti cara-cara
terbaik dalam mengatasi masalah keselamatan kanak-kanak supaya
mereka terjamin daripada sebarang jenayah.

Isi 1
Prakarsa utama dalam mendepani isu ini adalah peranan ibu bapa
terhadap anak-anak mereka. Kebanyakan kes jenayah yang berlaku
melibatkan kanak-kanak yang belum tahu menilai situasi mereka
samada selamat atau tidak. Justeru, ibu dan bapa
bertanggungjawab mengawasi dan memberi perhatian kepada kanak-
kanak sepanjang mereka berada bersama-sama. Kecuaian dan
peralihan perhatian dek kerana melihat telefon pintar dan sebagainya
haruslah dielakkan kerana pelaku jenayah semakin cilik dan bijak demi
mencapai matlamat jijik mereka. Ibu bapa mestilah sentiasa memimpin
tangan anak-anak ketika berada di luar rumah dan sentiasa menemani
mereka kemana sahaja yang mereka kehendaki. Bak kata peribahasa
Melayu, umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang yang
bermaksud kanak-kanak masih muda, kurang berakal dan belum
berpendapat maka ibu bapa berperanan penting membimbing dan
mengawasi mereka.

Isi 2
Cara lain dalam memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin adalah
dengan mendedahkan mereka kepada seni mempertahankan diri.
Dewasa ini, pelbagai jenis seni mempertahankan diri boleh dipelajari
dan terdapat banyak kelas yang menawarkan pembelajaran untuk
kanak-kanak. Berbekalkan ilmu mempertahankan diri yang kanak-kanak
pelajari, mereka boleh mempraktikkan apa yang dipelajari sekiranya
berasa terancam dan dalam situasi bahaya. Tambahan pula, kanak-
kanak bukan sahaja dapat mempelajari teknik mempertahankan diri
malahan mereka boleh menghargai dan meneruskan tradisi seni
tersebut seperti seni silat dan taekwondo. Bimbingan yang tepat dan
mendalam oleh pengajar akan membentuk kanak-kanak yang lebih
berdisiplin dan siap siaga dalam menghadapi ancaman keselamatan.

https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-keselamatan-kanak-kanak.html 3/5
05/02/2022, 22:56 Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-Kanak

Isi 3
Di samping itu, media massa juga berperanan penting dalam
menyedarkan masyarakat tentang keselamatan kanak-kanak yang kian
terancam hari ini. Media massa sewajarnya menyiarkan iklan atau
rancangan yang berkaitan supaya masyarakat kita, khasnya pengusaha
tabika dan ibu bapa sedar dan mengambil tindakan yang drastik untuk
mengelakkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah. Siaran
daripada media massa dapat memancing perhatian dan kerjasama
masyarakat untuk menghulurkan bantuan demi menyelamatkan kanak-
kanak yang hilang atau diculik. Tapisan rancangan ganas yang dapat
mempengaruhi orang ramai sehingga menbangkitkan nafsu manusia
yang jelik hendaklah dilaksanakan. Bahan lucah yang berkaitan dengan
seksual kanak-kanak harus dilarang sama sekali. Natijahnya, semua
media perlu menghalang rancangan yang berunsur ganas dan berusaha
menginsafkan masyarakat kita untuk menyelamatkan kanak-kanak
daripada menjadi mangsa.

Isi 4
Selain itu, ibu dan bapa seharusnya mengambil kesempatan atas
kecanggihan teknologi masa kini dengan memakai alat penjejak pada
anak-anak mereka. Sekiranya kita sanggup melaburkan wang untuk
memakai telefon pintar yang terkini kita juga sepatutnya melaburkan
wang untuk membeli gajet keselamatan kepada anak-anak kita. Gajet
atau alat penjejak kanak-kanak direka dalam pelbagai bentuk dan mesra
kanak-kanak seperti jam tangan, gelang ataupun rantai. Ibu bapa boleh
memantau setiap pergerakan anak menerusi aplikasi yang
disambungkan melalui telefon pintar lalu perasaan selamat muncul
dalam jiwa ibu bapa dan anak kerana sedar pergerakan mereka sedang
diawasi oleh orang tersayang. Maka, pemasangan alat penjejak ini
boleh memberikan satu perasaan selamat dalam jiwa setiap ahli
keluarga serta sebagai satu langkah bersiap sedia sekiranya berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilaksana demi mengatasi masalah
keselamatan kanak-kanak. Seisi masyarakat kita bertanggungjawab
untuk melindungi kanak-kanak yang akan mewarnai masyarakat, nusa
dan bangsa kita supaya mereka berpeluang membesar dengan aman
dan sentosa. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni sudah
terhantuk, baru terngadah yang memberi definisi apabila kita ditimpa
musibah barulah hendak bertindak. Maka, polisi kerajaan harus dirangka
bagi membendung masalah yang kian mengancam masa hadapan

https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-keselamatan-kanak-kanak.html 4/5
05/02/2022, 22:56 Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-Kanak

negara kita dan segera mencari penyelesaian yang berkesan dan


berkekalan.

https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-keselamatan-kanak-kanak.html 5/5
05/02/2022, 23:03 Langkah-Langkah Pembangunan Secara Lestari

Karangan

Langkah Melaksanakan
Pembangunan Secara Lestari

Ipendidikan » Karangan » Langkah Melaksanakan Pembangunan


Secara Lestari
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:52 pm, 16 November 2021

Soalan atau tajuk pilihan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu


sering kali berkait dengan masyarakat atau negara. Kepekaan para
pelajar terhadap polemik di sekeliling mereka akan diuji di samping
pemikiran kreatif dan kritis diperlukan dalam mengarang penulisan yang
terbaik. Maka, berikut adalah contoh karangan berkenaan langkah-
langkah pembangunan secara lestari .

Tajuk soalan di bawah menyentuh kesedaran pelajar-pelajar tentang


kepentingan alam sekitar dan kepentingan pembangunan ekonomi
negara. Untuk makluman pelajar, penulisan yang baik adalah penulisan
yang seimbang dari segi isi tiada kesalahan tatabahasa dan terdapat
frasa yang menarik yang mampu menarik minat penanda atau pembaca.
Latihan dan rujukan tambahan diperlukan agar mendapat rentak
penulisan yang baik dan menepati soalan.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/langkah-pembangunan-secara-lestari.html 1/5
05/02/2022, 23:03 Langkah-Langkah Pembangunan Secara Lestari

1. Cara-Cara Melaksanakan Pembangunan Yang Lestari


2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Pembangunan Secara Lestari

Cara-Cara Melaksanakan Pembangunan


Yang Lestari

Isi-isi penting
Melaksana dasar polisi yang mendokong pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar
Memperkasa penguatkuasaan undang-undang
Menggalakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui
Memperkenalkan pendidikan alam sekitar
Mewartakan Taman Negara
Menyemarakkan ekopelancongan

Baca juga: Koleksi Peribahasa Melayu Sertaa Maksudnya

Contoh Karangan Langkah-Langkah


Pembangunan Secara Lestari
Pendahuluan
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal
dan minda kita telah melahirkan pembangunan yang mengabaikan
kelestarian alam sekitar. Dalam mengejar kemodenan negara dan
meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-

https://www.ipendidikan.my/langkah-pembangunan-secara-lestari.html 2/5
05/02/2022, 23:03 Langkah-Langkah Pembangunan Secara Lestari

projek pembangunan sesebuah negara sering mengabaikan masalah-


masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi.
Berlaku kemerosotan kualiti air dan udara, peningkatan bencana alam
dan wabak penyakit disebabkan pencemaran alam sekitar. Demi
mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,
setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan
dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam. Justeru, Kita akan
membincangkan konsep pembangunan lestari bagi mewujudkan
suasana kemajuan yang seimbang dan mapan.

Isi 1
Pihak kerajaan selaku badan pelaksana utama negara hendaklah
melaksana dasar polisi yang mendokong pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar dalam pembangunan. Deklarasi Langkawi
dan Agenda 21 di Sidang Kemuncak Bumi Rio De Janeiro telah
dilangsungkan hampir berdekad lalu tetapi tiada pelaksanaan secara
menyeluruh daripada semua pihak. Maka, kerajaan kita seharusnya
mengambil anjakan paradigma dalam merangka undang-undang yang
memastikan alam sekitar kita terjaga. Misalnya, pengharaman
penggunaan polystyrene dan plastik akan mengurangkan sisa sampah
dan juga menyelamatkan alam sekitar di mana ia memakan masa
bertahun untuk terurai dan mengancam hidupan laut yang sering
menjadi mangsa. Pembangunan residensi atau pusat membeli belah
pula sepatutnya membangunkan kawasan rekreasi di mana penduduk
dapat menikmati keindahan alam sekitar disamping beriadah dan
mengamalkan gaya hidup sihat. Natijahnya, kerajaan berperanan
penting dalam menggubal dasar pembangunan supaya ia dirancang dan
dilaksanakan secara lestari.

Isi 2
Pada waktu yang sama, penguatkuasaan undang-undang haruslah
diperkasakan dengan kerjasama pegawai-pegawai kerajaan yang
amanah dan komited dengan tugas masing-masing. Penguatkuasaan
undang-undang yang lemah seperti melepaskan batuk di tangga akan
merencatkan usaha kita dalam mencapai pembangunan lestari. Hal ini
kerana terdapat individu yang menawarkan rasuah sebagai jalan
penyelesaian mereka untuk lari daripada tindakan undang-undang.
Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak
terbabit yang mencemarkan dan memusnahkan alam dengan menarik
lesen perusahaan dan mengharamkan mereka daripada aktiviti ekonomi
yang berkaitan. Amalan korupsi ini merupakan satu penyakit yang boleh
menjatuhkan sesebuah masyarakat ke landasan yang buruk dan tidak
menguntungkan. Maka, pihak kerajaan sewajarnya mengambil berat
https://www.ipendidikan.my/langkah-pembangunan-secara-lestari.html 3/5
05/02/2022, 23:03 Langkah-Langkah Pembangunan Secara Lestari

tentang kebajikan pegawai-pegawai kerajaan agar terhindar daripada


korupsi dan amanah dalam memastikan undang-undang dikuatkuasa
dengan menyeluruh.

Isi 3
Seterusnya, langkah yang boleh diambil dalam memastikan
pembangunan lestari dalam negara adalah dengan memperkenal dan
menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Antara sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga
hidroelektrik, tenaga solar dan tenaga angin. Penggunaan tenaga
seperti ini akan mengurangkan kadar pelepasan karbon yang
menyumbang kepada penurunan kualiti udara dan pencemaran lain.
Kontradiksi dengan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui
dimana sumber akan habis di suatu masa dan meninggalkan kesan
yang buruk terhadap alam sekitar. Pelepasan cukai atau pemberian
subsidi kepada penggunaan teknologi berteraskan sumber tenaga yang
boleh diperbaharui harus dilaksanakan sebagai langkah mendorong
pembangunan yang tidak mencemarkan alam sekitar dan berpotensi
cerah untuk masa hadapan.

Isi 4
Langkah lain yang boleh dilakukan adalah dengan memperkenalkan
pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam
sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan
alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar
pendedahan yang berkesan dapat dilaksanakan. Aktiviti seperti
penanaman pokok di sekolah atau kawasan komuniti akan memberi
impak kepada mereka. Penayangan akibat melakukan pembangunan
secara rakus dan kemusnahan alam sekitar dalam bentuk video boleh
menambah kefahaman mendalam tentang rasionalnya pembangunan
secara lestari. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan
sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap
alam sekitar apabila mereka dewasa nanti kerana alah bisa tegal biasa.
Langkah ini akan melahirkan generasi yang dapat menguruskan
pembangunan negara yang lestari dan mapan. Jadi, pengenalan
pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah
untuk mewujudkan pembangunan yang lestari.

Penutup
Tuntasnya, pelbagai langkah perlu diatur dan dilaksana dengan penuh
dedikasi untuk mencapai pembangunan lestari yang bakal memberikan
faedah secara simbiosis kepada manusia dan alam sekitar. Justeru itu,

https://www.ipendidikan.my/langkah-pembangunan-secara-lestari.html 4/5
05/02/2022, 23:03 Langkah-Langkah Pembangunan Secara Lestari

kita hendaklah meletakkan pengurusan alam sekitar dalam perspektif


pembangunan kerana ia menjanjikan banyak kelebihan. Ia boleh
ditempatkan sejajar dengan pembangunan bandar, industri dan
pertanian. Negara perlu mengiktiraf pembangunan alam sekitar demi
menyediakan perkhidmatan ekologi, memulihara warisan dan
penggunaan sumber asli secara lestari. Bagaimanapun, jika ada di
kalangan kita, masih berfikiran tamak dan hanya mengaut kekayaan,
alam sekitar bakal menjadi mangsa utama kerakusan manusia.
Seterusnya, generasi masa hadapan tidak dapat
menikmati pembangunan negara yang diselimuti kehijauan alam
semula jadi dan hidup dalam pencemaran yang memburukkan serta
merbahaya.

https://www.ipendidikan.my/langkah-pembangunan-secara-lestari.html 5/5
05/02/2022, 23:04 Langkah-Langkah Untuk Menjaga Alam Sekitar

Karangan

Langkah-Langkah Penjagaan Alam


Sekitar

Ipendidikan » Karangan » Langkah-Langkah Penjagaan Alam Sekitar


Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:39 pm, 24 Jun 2020

Sebagai seorang pelajar, latihan tambahan merupakan salah satu cara


untuk mengulang kaji pelajaran. Dengan kemudahan hari ini, pelbagai
latihan tambahan boleh dilakukan di rumah berdasarkan sumber-sumber
secara atas talian. Khusus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, contoh
penulisan karangan merupakan antara sumber yang dirujuk oleh pelajar
untuk mendedahkan diri terhadap pelbagai jenis soalan. Oleh itu, berikut
adalah contoh karangan langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar
sebagai panduan kepada pelajar.

Tajuk soalan karangan yang bertemakan alam sekitar lazim digunakan


dalam latihan dan juga peperiksaan. Isu ini dapat menguji kemampuan
pelajar dalam pengetahuan am serta bentuk huraian yang digunakan
bagi mengolah isi-isi penting. Selain itu, penggunaan peribahasa atau
frasa-frasa menarik dapat menambah daya penarik pembaca terhadap
penulisan karangan anda.

https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-alam-sekitar.html 1/5
05/02/2022, 23:04 Langkah-Langkah Untuk Menjaga Alam Sekitar

Isi Kandungan [Tutup]

1. Langkah-Langkah Untuk Memelihara/ Menjaga Alam Sekitar


2. Contoh Karangan Langkah-Langkah Untuk Menjaga Alam Sekitar

Langkah-Langkah Untuk Memelihara/


Menjaga Alam Sekitar
Isi-isi penting
menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui
mendidik melalui kempen
menyertai aktiviti sukarelawan
mengamalkan kitar semula
menanam pokok
menggunakan air secara berhemah

Baca juga: Contoh-Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu Terbaik

Contoh Karangan Langkah-Langkah Untuk


Menjaga Alam Sekitar
Pendahuluan
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di
persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh

https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-alam-sekitar.html 2/5
05/02/2022, 23:04 Langkah-Langkah Untuk Menjaga Alam Sekitar

pelbagai permasalahan yang mengancam khazanah negara kita iaitu


alam sekitar. Kekayaan flora dan fauna yang dimiliki negara kita seperti
kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air semakin diancam
pencemaran dek kerana pembangunan sosioekonomi yang berlangsung
bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kesan daripada kecuaian
manusia mengejar kekayaan tanpa memikirkan akibat terhadap alam
sekitar telah menyebabkan insiden atau bencana berlaku yang
mengancam nyawa manusia. Justeru, kita perlu sedar bahawa demi
kelangsungan tamadun manusia sejagat dan habitat yang kita huni,
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu menjadi agenda
utama pada masa kini. Apakah langkah-langkah yang boleh kita
laksanakan untuk menjaga alam sekitar?

Isi 1
Prakarsa utama dalam mendepani cabaran yang melibatkan setiap
pihak adalah bermula dengan polisi yang digunakan oleh negara serta
mampu menjadi model kepada negara serantau. Sebagai pihak
berkuasa, anjakan paradigma perlu diambil bagi memastikan kemajuan
masyarakat tempatan berlaku dari semasa ke semasa. Penggunaan
sumber tenaga yang boleh diperbaharui wajar diperkenalkan dan
diperkasa dalam industri-industri yang berisiko mengancam
pemeliharaan alam sekitar di negara ini. Sebagai contoh, penggunaan
sumber solar sebagai tenaga elektrik di kawasan bandar perlu
diperluaskan supaya penggantungan terhadap penjanaan elektrik
daripada sumber arang dan hidro eleketrik berkurangan. Sebaliknya,
sumber air yang digunakan dapat disalirkan ke kawasan-kawasan yang
kurang bekalan air bersih dan juga digunakan untuk pertanian di
kawasan luar bandar.

Isi 2
Langkah alternatif yang boleh dilakukan dalam membuka mata
masyarakat tentang isu ini adalah dengan melaksanakan kempen
secara konsisten. Apabila pihak berkuasa mula mengorak langkah yang
jitu dalam menjaga kekayaan alam sekitar negara, media massa perlu
memainkan peranan penting untuk menyampaikan mesej kepada setiap
golongan masyarakat. Semua pihak perlu mengkaji dan
mengaplikasikan norma masyarakat umum pada masa ini yang
menggunakan media sosial sebagai medium utama dalam komunikasi
antara satu sama lain. Oleh itu, sekiranya kita ingin mengubah stigma
masyarakat terhadap kepentingan memelihara alam sekitar, cara yang
mudah hendaklah dekat dan efektif kepada diri mereka. Misalnya,
memperbanyakkan rancangan yang melibatkan selebriti dalam kempen
mengitar semula dan sebagainya. Institusi lain yang melibatkan
https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-alam-sekitar.html 3/5
05/02/2022, 23:04 Langkah-Langkah Untuk Menjaga Alam Sekitar

masyarakat seperti sekolah, universiti dan oraganisasi kerja juga


bertanggungjawab menjalankan kempen kesedaran terhadap penjagaan
alam sekitar. Intihannya, kempen yang menyeluruh pasti dapat
mencapai sasaran yang kita kehendaki.

Isi 3
Selain itu, langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar yang boleh
disertai oleh ahli masyarakat adalah melakukan aktiviti sukarelawan
membersihkan kawasan sekitar. Persis kata peribahasa, kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga. Hal ini demikian kerana masih terdapat
segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa-sisa yang
tidak sepatutnya ke dalam sungai atau laut. Pemerkasaan undang-
undang juga mungkin tidak diendahkan atau meninggalkan kesan
kepada mereka. Oleh itu, kita sebagai warganegara yang cinta akan
negara seharusnya menyertai aktiviti-aktiviti sukarelawan yang berusaha
membersihkan kawasan yang dicemari seperti kawasan sungai dan
pantai. Pencemaran sampah dan sisa lain yang sering berlaku di negara
kita perlu diambil serius oleh semua pihak. Jika insiden ini dibiarkan,
hidupan akuatik dan juga sumber air kita akan terancam dan
menyebabkan kita kekurangan sumber tersebut. Sebagai contoh, di
Jepun pernah berlaku satu wabak yang menyebabkan setiap penduduk
di kampung yang menggunakan sungai tercemar sebagai sumber air
harian mati dan lahir dengan kecacatan yang kekal. Maka, kita
seharusnya mengambil sejarah ini sebagai iktibar bagi menjamin
kelangsungan hidup untuk masa hadapan.

Isi 4
Pada peringkat individu pula, amalan kitar semula adalah langkah
terbaik bagi menyelamatkan alam sekitar. Kitar semula adalah
menggunakan semula bahan-bahan terpakai menjadi bahan lain yang
bermanfaat. Misalnya, takungan air hujan boleh digunakan sebagai air
siraman pokok atau tumbuhan yang kita tanam di halaman rumah.
Bahan-bahan lain seperti plastik, kaca dan bahan elektronik yang tidak
berfungsi boleh disumbangkan kepada pengusaha kitar semula. Setiap
bahan berpotensi untuk diproses semula menjadi barang yang berguna
kepada masyarakat tanpa perlu membazirkan sumber yang baharu.
Mutakhir ini, syarikat-syarikat pakaian seperti kasut dan beg mula
menggunakan bahan terpakai sebagai bahan asas dalam produk baharu
mereka. Dengan kesedaran entiti-entiti besar dalam mementingkan
pemeliharaan alam sekitar mampu menjadi medium kepada sebahagian
masyarakat untuk sedar akan manfaatnya. Dengan berbuat demikian,
kita bukan sahaja dapat menyelamatkan alam sekitar, ia juga dapat
membantu kita menjadi pengguna yang berhemah dan tidak
https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-alam-sekitar.html 4/5
05/02/2022, 23:04 Langkah-Langkah Untuk Menjaga Alam Sekitar

menggunakan wang yang banyak dalam mendepani cabaran ekonomi


yang telah meningkatkan kos sara hidup.

Penutup
Secara tuntas, pelbagai langkah perlu dilaksanakan dalam menjamin
pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar. Setiap pihak di setiap
peringkat seharusnya memainkan peranan masing-masing bagi
mencapai objektif kelestarian alam sekitar. Inisiatif ini merupakan usaha
yang kolektif dimana dengan penglibatan setiap di antara kita dapat
membuahkan hasil yang sangat berbaloi bukan sahaja kepada kita
malah untuk kehidupan generasi-generasi akan datang. Bak kata
peribahasa Melayu, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Semoga ahli
pemikir bekerjasama dengan badan eksekutif dalam negara menjadikan
polemik ini sebagai agenda utama negara dan mencari mekanisme
terbaik dalam memastikan pembangunan dan alam sekitar kita
mencapai tahap terbaik dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat
Malaysia.

https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-alam-sekitar.html 5/5
05/02/2022, 22:56 Peranan Ahli Keluarga Dalam Menangani Masalah Sosial

Karangan

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi


Masalah Gejala Sosial

Ipendidikan » Karangan » Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi


Masalah Gejala Sosial
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:12 pm, 4 Mei 2020

Antara isu-isu yang menjadi soalan kegemaran untuk menjadi tajuk


soalan karangan adalah isu sosial. Topik ini seringkali menjadi
perbincangan antara guru dan murid di sekolah supaya mereka
mengambil iktibar daripada latihan yang dilakukan dan tidak terjebak
dalam kancah masalah sosial. Itulah pendidikan secara tersirat yang
dipraktikkan dalam modul pendidikan negara. Maka di bawah
dikongsikan contoh isi dan karangan berkaitan dengan peranan ahli
keluarga dalam menangani masalah sosial.

Pelajar mempunyai kebebasan untuk menulis dalam penulisan karangan


mengikut tahap kreatif dan kritis yang dimiliki oleh pelajar. Namun
begitu, pelajar dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada guru di
sekolah masing-masing supaya penulisan karangan pelajar menepati
kehendak soalan. Latihan tambahan secara konsisten akan membantu
pelajar untuk mendapatkan gaya penulisan yang baik seterusnya
cemerlang dalam peperiksaan.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/peranan-keluarga-menangani-masalah-sosial.html 1/4
05/02/2022, 22:56 Peranan Ahli Keluarga Dalam Menangani Masalah Sosial

1. Peranan Ibu Bapa Dan Keluarga Dalam Mengatasi Dan Menangani


Masalah Sosial
2. Contoh Karangan Peranan Ahli Keluarga Dalam Menangani Masalah
Sosial/ Keruntuhan Moral

Peranan Ibu Bapa Dan Keluarga Dalam


Mengatasi Dan Menangani Masalah
Sosial

Isi-isi penting
Menjadi contoh tauladan terbaik sesama ahli keluarga
Sentiasa berkongsi masalah dan membantu mencari jalan
penyelesaian bersama
Memberikan didikan agama dan sokongan moral
Berziarah atau berkunjung ahli keluarga
Mengawasi antara satu sama lain dari segi perilaku dan pergaulan
Meluangkan masa bersama dengan beriadah dan sebagainya

Baca juga: Cara Mengamalkan Gaya Hidup Yang Sihat

Contoh Karangan Peranan Ahli Keluarga


Dalam Menangani Masalah Sosial/ Keruntuhan
Moral
Pendahuluan
https://www.ipendidikan.my/peranan-keluarga-menangani-masalah-sosial.html 2/4
05/02/2022, 22:56 Peranan Ahli Keluarga Dalam Menangani Masalah Sosial

Dewasa ini, sering terpampang di dada-dada akhbar melaporkan


tentang anak-anak muda yang terjerumus ke dalam masalah sosial
seperti ketagihan dadah dan pergaulan bebas yang merencat
perkembangan yang baik untuk generasi masa hadapan. Ramai di
antara pelaku sebenarnya berasal daripada keluarga yang mempunyai
masalah dan gagal dalm membimbing mereka ke jalan yang benar.
Jelaslah bahawa keluarga memainkan peranan yang utama sekali
dalam memastikan ahli keluarga tidak terjebak dengan sebarang
masalah sosial yang membelenggu masyarakat kita hari ini.

Isi 1
Bapa borek, anak rintik, itulah peribahasa Melayu yang sesuai sekali
dalam menunjukkan tanggungjawab menjadi seorang ibu atau bapa.
Anak-anak dalam keluarga akan melihat dan melakukan apa yang
ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Jika baik sikap ibu bapa maka
baiklah anak-anak mereka. Jika buruk sikap ibu bapa maka tunggu dan
lihatlah bagaimana anak-anak itu membesar kelak. Oleh itu, Ibu dan
bapa serta ahli keluarga seharusnya menjadi tauladan yang terbaik
kepada anak-anak supaya mereka sedar dan lihat manfaat dalam
menjaga perilaku dan bersikap baik hati atau ringan tulang dalam
kehidupan seharian. Penerapan nilai-nilai murni yang di ajarkan di
sekolah dalam subjek pendidikan sivik tidak cukup sekiranya tidak
dipraktikkan di rumah oleh seluruh ahli keluarga. Keluarga yang
harmoni, menjamin kebahagiaan setiap ahli dan sekaligus melahirkan
insan yang terbaik serta akan menyumbang sesuatu yang berharga
kepada masyarakat dan negara.

Isi 2
Selain itu, kesibukan dalam mengejar karier seringkali menjadi batu
penghalang dalam memastikan hubungan dalam ahli keluarga itu kekal
dalam kasih sayang yang cukup. Ibu bapa atau anak-anak yang telah
bekerjaya haruslah meluangkan masa untuk bersama-sama ahli
keluarga sekurang-kurangnya dengan panggilan telefon. Perbualan
pertanyaan khabar akan membawa kepada perkongsian masalah atau
luahan hati oleh ahli keluarga yang memerlukan sekiranya mereka
menghadapi masalah dalam kehidupan mereka. Setiap masalah pasti
ada penyelesaiannya maka, ibu bapa atau ahli keluarga yang lebih tua
mampu menasihati mereka yang lebih muda dalam menghadapi
kesulitan. Terdapat kes yang membuktikan tiada perkongsian dalam
keluarga menjadi punca kepada mereka untuk melakukan gejala-gejala
sosial yang mendatangkan keburukan bukan sahaja kepada mereka
malah keluarga dan orang sekeliling mereka.

https://www.ipendidikan.my/peranan-keluarga-menangani-masalah-sosial.html 3/4
05/02/2022, 22:56 Peranan Ahli Keluarga Dalam Menangani Masalah Sosial

Isi 3
Dalam pada itu, didikan agama dan insaniah dalam keluarga amat
penting bagi menghalang masalah sosial ini. Penerapan ilmu agama
dapat membantu membentuk sahsiah yang baik dan menangkis anasir-
anasir negatif yang membawa kepada gejala sosial. Setiap agama
sudah pasti mengutamakan disiplin diri yang baik dalam mencapai tahap
kerohanian yang baik. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, didikan
anak-anak sejak dari kecil menjamin hasil yang berbaloi pada masa
hadapan sekaligus memberi kita kejayaan dalam membesarkan amanh
yang dikurniakan Tuhan. Sokongan moral juga penting dalam
memastikan ahli-ahli keluarga kekal mempunyai matlamat diri yang jelas
dan ke arah yang positif. Sokongan ini adlah bentuk kasih sayang yang
perlu bagi anak-anak terutamanya dalam mengejar cita-cita mereka
supaya terus bermotivasi tinggi dan rasa dihargai oleh ahli keluarga
mereka sendiri.

Isi 4
Usaha lain dalam memastikan peranan ahli keluarga untuk menangani
masalah sosial adalah dengan kerap berziarah dan berkunjung ke
rumah ahli keluarga yang tinggal berjauhan dengan kita. Hal ini kerana,
kita boleh lihat dengan mata kita sendiri samada ahli keluarga kita itu
dalam keadaan yang baik atau memerlukan bantuan. Kita sebagai darah
daging dan orang yang rapat dengan mereka hendaklah menghulurkan
segala bantuan yang kita mampu kepada ahli keluarga kita sekiranya
mereka menghadapi masalah. Situasi ini, sering berlaku kepada
golongan muda yang masih berjinak dengan bidang pekerjaan dan
terdedah kepada gejala sosial yang akan meruntuhkan harapan
keluarga dan diri mereka juga.

Penutup
Konklusinya, ahli keluarga berperanan penting dalam memastikan ahli
keluarga yang lain tidak terjebak dalam masalah sosial. Pengaruh-
pengaruh rakan sebaya atau media massa dapat ditangkis sekiranya
langkah-langkah di atas dapat dilaksanakan. Semoga masalah yang
membelenggu masyarakat kita ini dapat diselesaikan dengan inisiatif
dari pelbagai pihak supaya generasi modal insan kelas pertama akan
terhasil. Masa depan negara bergantung kepada tahap sosial rakyatnya
maka kita seeharusnya berganding bahu memastikan orang sekeliling
kita bersosial secara sihat serta dapat menjalani kehidupan yang
harmoni aman dan sentosa.

https://www.ipendidikan.my/peranan-keluarga-menangani-masalah-sosial.html 4/4
05/02/2022, 22:57 Peranan Anak-Anak Membahagiakan Ibu Bapa

Karangan

Peranan Anak-Anak Membahagiakan


Ibu Bapa Dan Keluarga

Ipendidikan » Karangan » Peranan Anak-Anak Membahagiakan Ibu


Bapa Dan Keluarga
Disemak dan dikemaskini pada pukul 4:13 pm, 14 September 2020

Para pelajar pastinya runsing untuk menjawab soalan pilihan penulisan


karangan Bahasa Melayu. Hal ini kerana lazimnya, pelbagai tema
berlainan yang diketengahkan dan menguji kemampuan bahasa serta
pengetahuan am pelajar. Sebagai rujukan kepada pelajar, berikut
dikongsikan contoh karangan peranan anak-anak membahagiakan ibu
bapa.

Ibu dan bapa adalah insan yang paling rapat dengan para pelajar selain
rakan-rakan dan guru-guru. Justeru, hubungan yang erat dan mesra
antara pelajar sebagai anak yang baikbersama ibu dan bapa masing-
masing menentukan kebahagiaan sesebuah keluarga. Ibarat peribahasa
Melayu, air yang dicincang tidak akan putus. Justeru, anak-anak juga
perlu memainkan peranan untuk membahagiakan ibu dan bapa.

https://www.ipendidikan.my/peranan-anak-membahagiakan-ibu-bapa.html 1/5
05/02/2022, 22:57 Peranan Anak-Anak Membahagiakan Ibu Bapa

Isi Kandungan [Tutup]

1. Tanggungjawab Anak-Anak Terhadap Ibu Bapa


2. Contoh Karangan Peranan Anak-Anak Membahagiakan Ibu Bapa

Tanggungjawab Anak-Anak Terhadap


Ibu Bapa
Isi-isi penting
Menghormati ibu dan bapa
Mengubah kehidupan mereka ke arah lebih baik
Mendedikasikan kejayaan kepada mereka
Mendoakan kesejahteraan mereka
Meluangkan masa bersama
Memastikan kesihatan mereka terjamin

Baca juga: Masalah Remaja Melarikan Diri Dari Rumah

Contoh Karangan Peranan Anak-Anak


Membahagiakan Ibu Bapa
Pendahuluan
Mutakhir ini, kes-kes penceraian semakin meningkat dari tahun ke tahun
dan sering kali memenuhi siaran akhbar dan berita. Situasi ini
menunjukkan kerapuhan institusi kekeluargaan dalam masyarakat kita

https://www.ipendidikan.my/peranan-anak-membahagiakan-ibu-bapa.html 2/5
05/02/2022, 22:57 Peranan Anak-Anak Membahagiakan Ibu Bapa

sehinggakan ramai anak-anak menjadi mangsa kepada masalah rumah


tangga antara ibu dan bapa mereka. Pelbagai faktor yang mendorong
kepada keruntuhan institusi keluarga, salah satu daripadanya adalah
sikap kurang cakna terhadap peranan masing-masing dalam sebuah
keluarga. Stigma masyarakat dahulu ialah seorang bapa perlu menjamin
kebajikan dan nafkah kepada isteri dan anak-anak dijamin. Manakala
ibu pula memastikan urusan di rumah dan didikan anak-anak
dilaksanakan dengan baik. Bak kata pepatah, lain dahulu lain sekarang.
Kebanyakan pasangan suami isteri hari ini bekerja dan urusan di rumah
serta tugas menyara keluarga dilaksanakan bersama-sama. Pasangan
ibu dan bapa yang saling bantu-membantu dilihat sebagai model kepada
keluarga bahagia pada masa kini. Persoalan yang timbul adalah apakah
peranan anak-anak membahagiakan ibu dan bapa serta menjamin
hubungan silaturrahim yang baik dalam keluarga?

Isi 1
Antara peranan yang perlu dilakukan oleh anak-anak dalam memastikan
kebahagiaan ibu dan bapa adalah menghormati mereka dengan adab
dan perilaku yang baik. Peribahasa Melayu berkata, yang elok itu budi,
yang indah itu bahasa. Kita sedia maklum bahawa ibu dan bapa telah
membanting tulang membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa.
Sekiranya anak-anak bersikap biadap atau lancang percakapannya
pasti akan luluh hati nurani mereka melihat anak-anak mereka bersikap
begitu. Sebaliknya, anak-anak perlu menjadi seorang yang lebih baik
daripada ibu dan bapa masing-masing kerana kita mempunyai daya
keterbukaan yang lebih berbanding mereka pada zaman dahulu.
Dengan nilai-nilai murni yang baik diamalkan oleh anak-anak terhadap
ibu dan bapa mereka, ianya pasti dapat membentuk keperibadian yang
mulia dalam diri mereka dan juga terhadap orang sekeliling. Secara
tidak langsung, masyarakat yang penyayang dan saling menghormati
dapat dilahirkan. Intihannya, anak-anak yang menghormati ibu dan bapa
memberikan sebaik-baik kebahagiaan kepada mereka dan maruah
keluarga.

Isi 2
Peranan lain yang boleh dilakukan oleh anak-anak demi kebahagiaan
ibu dan bapa adalah dengan mengubah kehidupan ibu dan bapa ke
arah lebih baik. Perkara ini memakan masa yang lama tetapi jika
dilakukan sedikit demi sedikit ia pasti membuahkan hasil yang
bermanfaat. Ibarat sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini lahir daripada kampung dan
berpindah ke bandar untuk mencari rezeki dan peluang kerja yang lebih
baik. Oleh itu, apabila anak-anak telah berjaya dan mendapat kestabilan
https://www.ipendidikan.my/peranan-anak-membahagiakan-ibu-bapa.html 3/5
05/02/2022, 22:57 Peranan Anak-Anak Membahagiakan Ibu Bapa

hidup di bandar, janganlah kita lupa kepada ibu dan bapa yang tinggal di
kampung mahupunyang telah meninggal dunia. Anak-anak perlu
memastikan kebajikan ibu dan bapa terjamin dengan menghulurkan
wang pada setiap bulan mengikut kemampuan masing-masing. Jika
rumah yang didiami mengalami kerosakan dan sebagainya pastikan ia
diperbaiki supaya mereka rasa tenteram dan selesa. Tambahan pula,
membawa ibu dan bapa melancong, makan di restoran yang sedap dan
juga menunaikan umrah adalah contoh memberi kebahagiaan kepada
ibu dan bapa. Natijahnya, bersikap murah hati terhadap ibu dan bapa
merupakan antara cara kita membalas jasa mereka.

Isi 3
Ibu dan bapa pasti akan berasa bahagia melihat anak-anak mereka
berjaya dalam apa jua perkara yang diceburi mereka. Oleh sebab yang
demikian anak-anak juga berperanan mendedikasikan kejayaan yang
dikecapi kepada ibu dan bapa mereka. Sebagai contoh, pelajar di
sekolah mendapat keputusan yang cemerlang, menempatkan diri di
sekolah dan institusi pengajian tinggi yang terkemuka serta berjaya
mendapatkan gulungan ijazah yang bermakan bagi mereka. Selain
kejayaan dalam akademik, anak-anak juga boleh memberi kejayaan
dalam karier pekerjaan yang diceburi. Tamsilnya, daripada meniaga
sebagai penjaja di tepi jalan dan kemudian berjaya membuka restoran
untuk menampung pelanggan yang bertambah. Pasti ibu dan bapa akan
berasa puas setelah bersusah payah pada ketika dahulu membesarkan
dan mendidik anak-anak, kini mereka berjaya menjadi seorang yang
menyumbang kepada keluarga, diri sendiri dan juga masyarakat.
Dengan slogan usaha tangga kejayaan, anak-anak perlu kekal
bersemangat dan tidak mengenal erti putus asa demi mencapai
kejayaan agar memberi kebanggaan kepada ibu dan bapa. Kesannya,
kebahagiaan ibu dan bapa akan menjadi pendorong untuk anak-anak
menjadi lebih berjaya.

Isi 4
Akhir sekali, anak-anak boleh membahagiakan ibu dan bapa dengan
sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Dalam agama Islam,
keredhaan ibu dan bapa adalah mustahak dalam kita melakukan apa
sahaja perkara di dunia. Oleh sebab itu, dengan sentiasa mendoakan
kesejahteraan ibu bapa, kesihatan dan keselamatan mereka, ia pasti
dapat membuka pintu-pintu rezeki dan fadilat yang lain untukanak dan
ahli keluarga. Bagi merealisasikan hal ini, kekerapan berdoa kepada ibu
bapa hendaklah dilaksanakan sebagai aktiviti rutin selepas solat kerana
alah bisa tegal biasa. Perspektif ini juga boleh dilihat kepada golongan
yang sudah kehilangan ibu dan bapa masing-masing. Hanya doa yang
https://www.ipendidikan.my/peranan-anak-membahagiakan-ibu-bapa.html 4/5
05/02/2022, 22:57 Peranan Anak-Anak Membahagiakan Ibu Bapa

dapat kita sampaikan kepada mereka sebagai tanda penghargaan dan


bekalan untuk mereka di alam tersebut. Maka, kepada mereka yang
masih mempunyai ibu dan bapa di sisi masing-masing pastikan anda
meluangkan masa bersama dan cuba sehabis baik dalam membuatkan
mereka bahagia dan sejahtera.

Penutup
Kesimpulannya, jelaslah bahawa banyak peranan yang perlu dimainkan
oleh anak-anak dalam memastikan kebahagiaan ibu dan bapa. Mungkin
dahulu kita lihat ibu dan bapa kita mempunyai hubungan yang tidak
akrab dengan atuk atau nenek kita. Justeru, kita perlu bersikap terbuka
dan berani untuk melakukan peranan sebagai anak yang memastikan
kedua-dua orang tua iaitu ibu dan bapa kita kekal bahagia. Bak kata
peribahasa Melayu, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Semoga usaha yang dibuat bagai menatang minyak yang penuh oleh
anak-anak demi ibu dan bapa dihargai dan sedikit sebanyak membalas
jasa-jasa mereka ketika membesarkan anak pada masa dahulu.
Diharapkan dengan institusi keluarga yang bahagia berjaya diwujudkan,
masyarakat penyayang akan terbentuk kerana rumahku syurgaku.
Seterusnya melahirkan negara yang prihatin dan saling sayang
menyayangi.

https://www.ipendidikan.my/peranan-anak-membahagiakan-ibu-bapa.html 5/5
05/02/2022, 23:05 Peranan Belia Dalam Membangunkan Dan Memajukan Negara

Karangan

Peranan Belia Dalam Pembangunan


Negara

Ipendidikan » Karangan » Peranan Belia Dalam Pembangunan


Negara
Disemak dan dikemaskini pada pukul 7:42 am, 16 Oktober 2020

Adakah anda sedang mencari contoh penulisan karangan Bahasa


Melayu? Sekiranya ya, di bawah dikongsikan contoh karangan peranan
penting belia dalam membangunkan dan memajukan negara sebagai
panduan semua. Rujukan tambahan daripada sumber atas talian dapat
membantu pelajar mendedahkan diri terhadap kepelbagaian tema dan
tajuk yang digunakan dalam soalan penulisan karangan.

Pembangunan dan kemajuan negara lazimnya dikaitkan dengan usaha


dan inisiatif daripada pemimpin dan pentadbir negara. Sebaliknya,
setiap peringkat umur dalam masyarakat mempunyai peranan masing-
masing dalam menaikkan nama negara di persada dunia. Khususnya
golongan belia yang bakal menjadi pengganti kepada ketua-ketua
keluarga, organisasi mahupun pemimpin negara.

https://www.ipendidikan.my/peranan-belia.html 1/6
05/02/2022, 23:05 Peranan Belia Dalam Membangunkan Dan Memajukan Negara

Isi Kandungan [Tutup]

1. Peranan Belia Dalam Membangunkan dan Memajukan Negara


2. Contoh Karangan Peranan Generasi Muda Dalam Membangunkan
Negara

Peranan Belia Dalam Membangunkan


dan Memajukan Negara
Isi-isi penting
Menguasai ilmu pengetahuan
Mempelbagaikan kemahiran diri
Sihat dari segala aspek
Keterbukaan dalam kehidupan
Ketrampilan yang unggul
Kreatif dan inovatif dalam kehidupan

Baca juga: Sumbangan Anak Kepada Ibu Bapa

Contoh Karangan Peranan Generasi Muda


Dalam Membangunkan Negara
Pendahuluan
Menurut kenyataan daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan
Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pada tahun 2012,

https://www.ipendidikan.my/peranan-belia.html 2/6
05/02/2022, 23:05 Peranan Belia Dalam Membangunkan Dan Memajukan Negara

jumlah populasi manusia mencecah 7 billion dan hampir 50.5 peratus


merupakan manusia yang berumur 30 tahun dan ke bawah. Statistik ini
menunjukkan bahwa golongan belia seharusnya diberi ruang dan
peluang dalam membangunkan dan memajukan negara. Mereka yang
bakal menggantikan golongan pemimpin di setiap peringkat sama ada
keluarga, masyarakat, organisasi mahupun negara seharusnya dibentuk
dengan elemen kepimpinan yang terbaik. Namun begitu, golongan
remaja masa kini hanya sebahagian yang celik untuk menyumbangkan
tenaga ke arah pembangunan negara manakala sebahagian lagi leka
dibuai keseronokan atau dibelenggu kemelut sosial. Satu anjakan
paradigma harus dilaksanakan supaya yang patah tumbuh, yang hilang
akan berganti. Justeru, wajar untuk kita bincangkan peranan penting
belia dalam membangunkan dan memajukan negara untuk
kemaslahatan bersama.

Isi 1
Peranan utama yang harus digarap oleh golongan belia adalah
menguasai ilmu pengetahuan. Pendidikan merupakan kunci kejayaan
terhadap sesuatu perkara. Pemerkasaan pembelajaran bagi golongan
belia wajar dimaksimakan sebaik mungkin supaya mereka didedahkan
dengan pelbagai kemungkinan yang mampu menjadi pemangkin
kejayaan diri atau negara pada masa akan datang. Dengan kemudahan
teknologi hari ini, tiada alasan yang menjadi penghalang kepada
golongan belia untuk mendapatkan sebarang ilmu dan pengetahuan.
Orang-orang di sekeliling golongan belia seperti ibu, bapa dan guru
wajar memberikan sokongan untuk mereka mempelajari bidang
pendidikan yang mereka minati serta pendedahan terhadap
pengetahuan am yang penting. Misalnya di sekolah guru-guru mengajar
subjek sejarah kepada pelajar untuk bersikap patriotik kepada negara
dan di rumah, ibu dan bapa merasionalkan pengajaran di sekolah
dengan berkongsi realiti yang berlaku pada hari ini. Hasilnya, golongan
belia yang mempunyai ilmu tentang perkara yang telah berlaku dan
melihat realiti kehidupan masa kini, mereka pasti dapat menzahirkan
sesuatu yang lebih berguna kepada diri sendiri, keluarga mahupun
masyarakat. Tambahan pula, tahap inteligensia masyarakat akan
menjadi titik tolak terhadap imej negara di pandangan masyarakat dunia.
Tegasnya, mempelajari dan menguasai ilmu pengetahuan oleh golongan
belia dapat membantu negara kerana laut yang ditimba tak akan kering.

Isi 2
Di samping menguasai ilmu secara teori, golongan belia juga
seharusnya mempelbagaikan kemahiran diri. Sebagai contoh,
kemahiran memasak dan menjaga kebersihan diri dan kawasan
https://www.ipendidikan.my/peranan-belia.html 3/6
05/02/2022, 23:05 Peranan Belia Dalam Membangunkan Dan Memajukan Negara

sekeliling kita. Kemahiran asas tersebut wajar dimiliki oleh golongan


belia kerana ia merupakan fitrah sebagai seorang manusia di muka
bumi ini untuk makan dan menjaga kebersihan. Selain itu, dari sudut
pekerjaan mereka yang mempunyai ketrampilan yang menarik akan
lebih menyerlah berbanding mereka yang mempunyai pencapaian
akademik tetapi tiada kemahiran interpersonal. Oleh itu, golongan belia
perlu sentiasa belajar untuk memperbaiki diri dari hari ke hari. Bak kata
pepatah Melayu, belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam.
Dalam dunia yang semakin kompetitif hari ini, semangat tidak berputus
asa dan konsisten dalam mempelajari sesuatu yang baharu hendaklah
diamalkan oleh golongan belia. Sekiranya berlaku kejutan ekonomi
seperti pandameik COVID-19 baru-baru ini, kemahiran-kemahiran diluar
bidang pekerjaanlah yang akan digunakan untuk menampung diri dan
keluarga. Golongan belia hari ini perlu menyiapkan diri untuk
menghadapi pelbagai cabaran dan ketidak tentuan pada masa hadapan.
Usahasama pihak berkuasa dalam membentuk ekonomi dan
masyarakat yang seimbang untuk semua golongan termasuk belia
adalah mustahak supaya inisiatif golongan belia untuk membawa
kemajuan kepada negara tidak dihalang atau dibantah mentah-mentah.

Isi 3
Dalam mengecapi wawasan masyarakat minda kelas pertama, golongan
muda hendaklah memelihara kesihatan dari segala aspek sama ada
fizikal, mental dan juga kerohanian. Dari segi fizikal, Malaysia pernah
dikategorikan sebagai antara negara yang mempunyai kes obesiti
tertinggi di rantau Asia Tenggara. Oleh itu, data yang memalukan ini
perlu diubah dan golongan belia mampu menjadi pemangkin kepada
perubahan imej masyarakat negara yang lebih baik. Mengamalkan
pemakanan yang seimbang bukanlah sesuatu yang sukar kerana bahan
mentah seperti sayuran dan sumber protein adalah berpatutan untuk
dibeli. Tambahan pula, infrastruktur sukan yang bertambah lengkap dari
tahun ke tahun seharusnya dimanfaatkan oleh masyarakat serta
dipermudahkan penggunaannya untuk orang awam. Golongan belia
sepatutnya menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti
riadah seperti bersukan dan bersenam dimana ia boleh menjadi medan
utama untuk bersosial dan bukan di kelab-kelab hiburan pada waktu
lewat malam. Bahkan, sukan merupakan ejen penyatuan masyarakat
yang sangat mudah serta penting untuk perpaduan bangsa. Izharnya,
remaja yang sihat secara fizikal dan juga mental dapat membentuk jati
diri yang mapan kerana badan yang sihat, menjana otak yang cergas.

Isi 4

https://www.ipendidikan.my/peranan-belia.html 4/6
05/02/2022, 23:05 Peranan Belia Dalam Membangunkan Dan Memajukan Negara

Peranan lain yang boleh diketengahkan terhadap golongan belia demi


pembangunan dan kemajuan negara adalah dengan bersifat terbuka.
Sifat yang dimaksudkan adalah terbuka menerima teguran dan
pandangan orang lain. Seperti yang diamalkan oleh nenek dan moyang
kita, sifat keterbukaan dalam menjalankan kehidupan bersama bangsa
mahupun agama yang berlainan tidak merugikan malah memberi
keuntungan antara satu sama lain. Hasilnya, kita dapat menikmati
hidangan asli bangsa yang berlainan tetapi citarasa tempatan dan hidup
secara muhibbah. Begitu juga dengan pembinaan negara dan bangsa
pada hari ini, retorik perkauman haruslah dirai bukannya dimusuhi dan
menjadi bahan politik semata-mata. Kita tidak mahu menjadi masyarakat
yang ketinggalan daripada kemajuan yang dicapai oleh negara asing. Ini
merupakan antara sebab sekolah kebangsaan dilaksanakan sejak
peringkat rendah supaya ahli masyarakat dapat bersatu padu dan
bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama mempelajri erti
toleransi dan hormat-menghormati. Pepatah ada berkata, rambut sama
hitam tetapi hati masing-masing lain. Perumpamaan ini menunjukkan
hati kita mungkin berlainan tetapi jika dipupuk dengan sifat kecintaan,
pasti kita dapat menjadi manusia yang manusiawi.

Penutup
Kesimpulannya, golongan belia sebenarnya memainkan peranan yang
sangat signifkan terhadap pembangunan negara serta kemajuan
negara. Kedaulatan dan martabat nusa bangsa yang telah dicapai sejak
kemerdekaan perlu dipelihara dan dipastikan kelangsungannya agar
tanah air yang dicintai tidak dijajah dan dilupakan sejarah disebaliknya.
Setiap pihak perlu membuang ego dan kepentingan diri apabila agenda
negara menjadi aspek yang dibincangkan kerana lain dahulu, lain
sekarang. Setiap di antara kita mempunyai keperibadian yang berbeza
dan matlamat yang berlainan. Jika ia dibiarkan untuk bermusuhan
antara satu sama lain pasti rugi yang akan menimpa. Tetapi, jika setiap
perbezaan dirai dan dirasionalkan dengan hujah dan fakta yang sahih
pasti persefahaman yang utuh dapat dihasilkan. Mulai hari ini, golongan
belia perlu berazam untuk melaksakan peranan seperti yang
dibincangkan di atas demi kemakmuran negara yang progesif. Bak kata
Mantan Presiden Indonesia, “Beri aku 1.000 orang tua, nescaya akan
kucabut semeru dari akarnya. Beri aku 10 pemuda nescaya akan
kuguncangkan dunia.”

Related : harapan bangsa kepimpinan negara sesebuah negara politik


ekonomi aktif dalam aktiviti untuk menjadi cita cita diperlukan
untuk masa depan negara salah satu nilai nilai gejala yang tidak sihat

https://www.ipendidikan.my/peranan-belia.html 5/6
05/02/2022, 23:05 Peranan Belia Dalam Membangunkan Dan Memajukan Negara

https://www.ipendidikan.my/peranan-belia.html 6/6
05/02/2022, 22:57 Peranan Ibu Bapa Membentuk Anak Berbudi Bahasa

Karangan

Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk


Anak Berbudi Bahasa

Ipendidikan » Karangan » Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Anak


Berbudi Bahasa
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:06 pm, 31 Oktober 2021

Sebagai rujukan, berikut dikongsikan contoh karangan peranan ibu bapa


membentuk anak berbudi bahasa. Dalam menghadapi soalan-soalan
penulisan karangan Bahasa Melayu, pelajar perlu sentiasa bersiap sedia
dengan pelbagai jenis karangan. Hal ini demikian kerana ia dapat
membantu pelajar memilih tajuk yang yakin untuk dijawab dan mampu
memberikan penulisan yang terbaik dalam peperiksaan.

Sebagai ibu atau bapa yang bertanggungjawab, membimbing anak-anak


untuk menjadi seorang individu yang kaya dengan budi pekerti adalah
perkara mulia. Selain dapat menjaga nama keluarga, ia juga dapat
melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa dan beretika tinggi. Oleh
itu, pelajar perlu bijak menulis karangan yang berkaitan dengan soalan
dengan memberikan huraian yang menarik.

https://www.ipendidikan.my/berbudi-bahasa.html 1/5
05/02/2022, 22:57 Peranan Ibu Bapa Membentuk Anak Berbudi Bahasa

Isi Kandungan [Tutup]

1. Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Berbudi Bahasa Di


Kalangan Anak-Anak
2. Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa Membentuk Anak Berbudi
Bahasa

Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk


Amalan Berbudi Bahasa Di Kalangan
Anak-Anak
Isi-isi penting
Menjadi suri teladan terbaik kepada anak-anak
Memantau aktiviti dan perihal kehidupan mereka dengan teliti
Memastikan pergaulan mereka di dalam kalangan yang berbudi
bahasa
Menegur dengan kaedah yang sesuai dan penuh hikmah
Memberikan pendidikan agama dan moral
Menyelami karya sastera kekeluargaan bersama anak-anak

Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa


Membentuk Anak Berbudi Bahasa
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/berbudi-bahasa.html 2/5
05/02/2022, 22:57 Peranan Ibu Bapa Membentuk Anak Berbudi Bahasa

Budi bahasa, budaya kita. Ungkapan yang sering diwar-warkan di media


massa tentang budaya masyarakat tanah air ini. Namun, adakah ia
masih diamalkan oleh seluruh ahli masyarakat pada hari ini? Jelas di
kaca televisyen kita dapat lihat pelbagai gejala sosial yang meruncing
dalam kalangan generasi muda pada hari ini. Perkembangan teknologi
khususnya sosial media sedikit sebanyak telah mempengaruhi gaya
hidup mereka sehingga mereka lupa untuk mengamalkan budaya
masyarakat kita. Justeru, golongan pemimpin negara dan masyarakat
perlu berganding bahu mencari penyelesaian kepada polemik ini dengan
berkesan agar generasi muda ini menjadi individu yang berktrampilan
tinggi dan berakhlak mulia. Ibarat peribahasa Melayu, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Pada hemah saya, ibu dan bapalah yang
berperanan untuk membentuk anak menjadi seseorang yang berbudi
bahasa.

Isi 1
Obligasi utama dalam menjadi ibu dan bapa adalah untuk membesarkan
anak-anak dengan sahsiah terbaik. Maka, peranan yang perlu
dimainkan adalah dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk
membentuk budi dan bahasa mereka. Sejak lahir, kita pasti akan melihat
ibu dan bapa kita sebagai contoh dalam melakukan apa-apa perkara
dalam kehidupan masing-masing. Ibu dan bapa boleh menunjukkan
contoh untuk berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan orang yang
lebih tua misalnya datuk dan nenek mereka. Salam sebagai tanda
hormat dan bercakap menggunakan nada suara yang tidak kasar
kepada mereka. Nilai hormat merupakan elemen penting dalam amalan
budi bahasa. Jika kita ingin rasa dihormati, kita hendaklah menghormati
rang terlebih dahulu. Begitu juga dengan sahsiah anak-anak kerana
pepatah melayu berkata bapa borek anak rintik. Intihannya, menjadi
tauladan kepada anak-anak adalah peranan paling utama yang perlu
dilaksanakan oleh ibu dan bapa.

Isi 2
Peranan lain yang boleh dilaksanakn dalam membentuk anak yang
berbudi bahasa adalah dengan memantau aktiviti dan perihal kehidupan
mereka dengan teliti. Ibu dan bapa seharusnya mengambil tahu setiap
perihal yang dilakukan oleh anak-anak. Misalnya, apakah aktiviti yang
dilakukan di sekolah, aktiviti di waktu lapang dan perkara yang sering
mereka lakukan sebagai hobi. Dengan sikap mengambil berat ini, anak-
anak akan lebih menghormati dan meminta nasihat yang baik daripada
ibu dan bapa dalam perihal kehidupan mereka. Contoh lain adalah jika
anak-anak suka untuk meluangkan masa bermain permainan video,
pastikan mereka bermain dengan penuh hemah dan tidak menjejaskan
https://www.ipendidikan.my/berbudi-bahasa.html 3/5
05/02/2022, 22:57 Peranan Ibu Bapa Membentuk Anak Berbudi Bahasa

perkembangan perihal kehidupan mereka yang lain. Anak-anak boleh


diibaratkan seperti kain putih, ibu dan bapa adalah orang yang
mencorakkan warna kehidupan mereka. Dengan bimbingan dan
sokongan yang baik, mereka mampu menjadi individu yang berjaya dan
kaya dengan budi bahasa.

Isi 3
Dalam masa yang sama, ibu dan bapa seharusnya memastikan
pergaulan anak-anak berada di dalam kalangan yang berbudi bahasa.
Perkara ini penting kerana perkembangan kanak-kanak bukan sahaja
berlaku di rumah. Masa yang diluangkan mereka semasa di sekolah dan
aktiviti lain bersama rakan-rakan adalah mustahak dalam membentuk
keperibadian mereka. Pepatah Arab pernah berkata, jika kita berkawan
dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan
dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya. Dengan peralihan
aktiviti sosial ke alam maya, ia seharusnya memberikan kelebihan
kepada ibu dan bapa untuk memantau perilaku anak-anak dan juga
rakan-rakan mereka. Walaupun sukar untuk membendung anak-anak
daripada dipengaruhi dengan kandungan-kandungan yang tular tetapi
ibu dan bapa mempunyai hak untuk menetapkan tapisan kepada anak-
anak supaya mereka melayari internet dan menggunakan sosial media
pada kaedah yang sesuai. Jelas bahawa memastikan pergaulan anak-
anak dapat memupuk nilai berbudi bahasa dalam diri mereka.

Isi 4
Dahulu lain, sekarang lain. Frasa ini seharusnya dipegang oleh
golongan ibu dan bapa dalam membesarkan anak-anak pada zaman ini.
Pada waktu nenek dan moyang kita membesarkan anak-anak mereka,
ketegasan merupakan satu perkara yang mampu membentuk
keperibadian anak-anak. Tetapi masa kini, anak-anak memerlukan kasih
sayang dan cara teguran yang lebih difahami oleh mereka. Ibu dan bapa
tidak boleh menghukum anak-anak dan menggunakan ketegasan
seperti merotan dan sebagainya untuk menegur kesalahan mereka.
Galakkan anak untuk meminta maaf apabila melakukan kesalahan dan
jadikan ia satu kebiasaan kerana ia akan memebuatkan anak-anak lebih
senang dalam pergaulan. Tambahan pula, berikan pujian berbanding
kritikan sekiranya mereka melakukan perkara yang betul. Ia akan
memberikan rasa bangga dan mengeratkan lagi hubungan antara
keluarga. Tegasnya, menegur dengan kaedah yang sesuai dan penuh
hikmah dapat membentuk anak yang berbudi bahasa.

Penutup

https://www.ipendidikan.my/berbudi-bahasa.html 4/5
05/02/2022, 22:57 Peranan Ibu Bapa Membentuk Anak Berbudi Bahasa

Kesimpulannya, banyak peranan yang wajib dimainkan oleh ibu dan


bapa dalam membesarkan anak untuk menjadi seorang yang berbudi
bahasa. Tanpa disedari kita sebenarnya lahir di tanah air yang penuh
dengan sikap toleransi anatara satu sama lain tanpa mengira latar
belakang agama, kaum dan bangsa. Nilai yang pernah diamalkan oleh
datuk dan nenek kita dahulu kala perlu terus disemat dalam diri anak-
anak pada ketika ini supaya kesejahteraan dan keamanan negara kekal
terjamin. Setiap pihak sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk
memastikan generasi muda zaman ini dipupuk dengan nilai-nilai murni
dan berketrampilan tinggi. Janganlah kita menuding jari dan bersikap
pasif dalam polemik ini kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna. Oleh itu, marilah kita berganding bahu
mengembleng tenaga membentuk generasi yang kaya dengan budi dan
bahasa.

Related : kalangan masyarakat, tingkah laku, bak kata pepatah, untuk


memberi, ahli keluarga, mengajar anak, mendidik anak, perlu
mengamalkan, melahirkan generasi muda,

https://www.ipendidikan.my/berbudi-bahasa.html 5/5
05/02/2022, 22:56 Peranan Ibu Bapa Memupuk Amalan Membaca Dalam Diri Anak-Anak

Karangan

Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk


Amalan Membaca Dalam Kalangan
Anak-Anak

Ipendidikan » Karangan » Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan


Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak
Disemak dan dikemaskini pada pukul 6:55 am, 14 Mei 2020

Karangan Bahasa Melayu adalah salah satu jenis soalan peperiksaan


yang perlu dihadapi oleh pelajar. Penilaian ini bagi melihat kebolehan
dan penguasaan pelajar terhadap pengajian Bahasa Melayu sepanjang
pembelajaran di sekolah. Maka, penting untuk pelajar menguasai
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana ia adalah mudah dan
memerlukan teknik yang betul dalam menghasilkan karangan yang baik.
Berikut dikongsikan contoh karangan peranan ibu bapa untuk memupuk
amalan membaca dalam kalangan anak-anak sebagai panduan pelajar.

Antara kaedah bagi menghasilkan penulisan karangan yang cemerlang


adalah menggunakan peribahasa yang berkaitan dengan isi dalam
huraian masing-masing. Penggunaan ini menunjukkan pemahaman
pelajar yang jelas terhadap isi serta penggunaan bahasa yang menarik
dalam karangan. Selain itu, meletakkan penanda wacana pada
permulaan ayat dalam karangan juga menambah nilai terhadap
karangan yang ditulis oleh para pelajar. Diingatkan bahawa setiap

https://www.ipendidikan.my/peranan-ibu-bapa-memupuk-amalan-membaca.html 1/5
05/02/2022, 22:56 Peranan Ibu Bapa Memupuk Amalan Membaca Dalam Diri Anak-Anak

penulisan karangan pelajar perlu dibimbing atau disemak oleh guru di


sekolah agar ia tidak terpesong daripada kehendak soalan.

Isi Kandungan [Tutup]

1. Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Membaca Dalam Diri


Anak-Anak
2. Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan
Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak

Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk


Amalan Membaca Dalam Diri Anak-
Anak
Isi-isi penting
membudayakan amalan membaca di rumah
berkunjung ke pameran dan pesta buku
menambah variasi bahan bacaan
membaca artikel dan jurnal secara atas talian
menyertai kelab membaca atau perpustakaan
menyediakan bilik atau sudut bacaan yang khas

Baca juga: Jenis-Jenis Pengenalan Dalam Penulisan Karangan

https://www.ipendidikan.my/peranan-ibu-bapa-memupuk-amalan-membaca.html 2/5
05/02/2022, 22:56 Peranan Ibu Bapa Memupuk Amalan Membaca Dalam Diri Anak-Anak

Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam


Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan
Anak-Anak
Pendahuluan
Dalam meniti arus kemodenan hari ini, sukar untuk kita melihat
golongan kanak-kanak dan remaja yang gemar untuk membaca. Hal ini
disebabkan oleh lambakan teknologi mudah alih yang membekalkan
permainan dan video interaktif di atas talian. Kemudahan dari segi masa
dan akses telah membuatkan golongan anak-anak hari ini lebih gemar
untuk berhibur menggunakan telefon bimbit secara maya berbanding
melakukan aktiviti yang lebih berfaedah seperti membaca. Alasannya
adalah kerana membaca memerlukan minda untuk berfikir dan
membosankan berbeza daripada permainan secara maya di telefon
bimbit yang menghiburkan. Anak-anak doleh dianggap sebagai kain
putih dan ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab mencorakkan
kehidupan mereka samada menjadi manusia yang berguna atau tidak di
masa akan datang. Oleh itu, ibu dan bapa memainkan peranan penting
bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

Isi 1
Bagi menghuraikan peranan ibu bapa dalam memupuk anak-anak, ingin
saya tegaskan bahawa ibu dan bapa perlu sedar bahawa keputusan
untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai zuriat adalah amanah
dan tugas yang perlu dilaksana dengan ikhlas. Kejayaan negara
bergantung kepada kejayaan masyarakat yang dibina atas hasil didikan
dan asuhan yang bermula daripada ibu bapa di rumah. Justifikasinya,
ibu dan bapa sendiri perlu membudayakan amalan membaca di rumah
agar menjadi tauladan kepada anak-anak. Peribahasa Melayu berkata,
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi yang bermaksud tabiat
dan perilaku anak-anak mencerminkan kelakuan ibu bapa mereka.
Maka, ibu dan bapa boleh memperuntukkan masa untuk membaca di
waktu terluang seperti sebelum waktu tidur untuk membaca bersama
anak-anak selama satu jam atau lebih. Rutin yang dilakukan dengan
ikhlas, pasti akan memberikan hasil yang baik.

Isi 2
Selain daripada itu, anak-anak memerlukan keterujaan dalam membuat
sesuatu perkara. Oleh itu, kunjungan ke pesta atau pameran buku pasti
dapat membantu memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-
anak. Hal ini demikian kerana penganjuran pesta buku sejak akhir-akhir
ini dilaksanakan dengan meriah dan kaya dengan pelbagai aktiviti-

https://www.ipendidikan.my/peranan-ibu-bapa-memupuk-amalan-membaca.html 3/5
05/02/2022, 22:56 Peranan Ibu Bapa Memupuk Amalan Membaca Dalam Diri Anak-Anak

aktiviti menarik. Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang


membawa pulang hadiah-hadiah menarik dan menerima potongan
harga untuk pembelian buku di pameran tersebut. Inisiatif yang berbeza
ini mungkin dapat membantu anak-anak untuk mencambah minat
mereka terhadap membaca. Tambahan pula, kunjungan ke pameran
buku membolehkan kita untuk melihat pelbagai jenis bahan bacaan
yang dipamerkan. Setiap buku pasti mengandungi ilmu-ilmu yang
berfaedah. Natijahnya, ibu dan bapa perlu bijak dengan memberikan
ruang kepada anak-anak untuk memilih bahan bacaan yang diminati
seterusnya membimbing mereka ke arah pembacaan yang lebih baik
daripada pembacaan mereka sebelum ini.

Isi 3
Kesinambungan daripada kunjungan ke pesta atau pameran buku,
golongan ibu dan bapa seharusnya memberikan mereka pilihan bahan
bacaan yang pelbagai. Sebagai contoh, seorang anak gemar untuk
mendapatkan buku yang mempunyai banyak imej dan gambaran visual
berbanding pemulisan maka anda perlu membimbing mereka dengan
memperkenalkan bahan bacaan yang mempunyai intipati yang sama
tetapi lebih informatik seperti buku dekorasi perumahan atau
pelancongan. Dengan observasi seperti ini, secara tidak langsung kita
dapat mencungkil minat mereka seterusnya mendedahkan kepada
mereka terhadap bidang-bidang yang mungkin mereka ceburi menjelang
dewasa kelak. Kepada ibu dan bapa yang dikurniakan anak-anak yang
gemar membaca, variasikan bahan bacaan mereka dari segi bahasa.
Penguasaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris adalah penting dan
mampu menjadi nilai tambah dalam diri mereka di masa akan datang.

Isi 4
Seterusnya, jika anak-anak enggan dan sukar untuk dipupuk membaca
bahan bacaan secara fizikal, ibu dan bapa boleh berkongsi dengan
mereka artikel-artikel secara atas talian. Langkah ini sedikit sebanyak
akan membuatkan anak-anak untuk membaca hanya menggunakan
telefon pintar mereka. Pelbagai jenis artikel dan jurnal yang boleh
dikongsikan mengikut tahap dan perkara yang sesuai dengan anak-
anak. Tamsilnya, artikel menarik seperti ulasan sukan yang diminati
bersama boleh dikongsikan kepada anak dan meminta pendapat
mereka terhadap sukan atau atlet yang dibincangkan dalam artikel
tersebut. Secara tidak langsung, perkongsian ini dapat membawa
kepada tahap komunikasi antara anak dan ibu atau bapa ke peringkat
yang lebih baik dan matang. Kebanyakan artikel yang diperoleh secara
atas talian adalah ringkas tetapi padat dengan informasi yang ingin
diketengahkan berbeza dengan pembacaan buku fizikal yang penuh
https://www.ipendidikan.my/peranan-ibu-bapa-memupuk-amalan-membaca.html 4/5
05/02/2022, 22:56 Peranan Ibu Bapa Memupuk Amalan Membaca Dalam Diri Anak-Anak

dengan huraian. Oleh itu, pembacaan ringkas tetapi bermakna juga


mampu memberikan hasil yang baik serta memupuk anak-anak untuk
mengamalkan pembacaan samada secara fizikal atau maya.

Penutup
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, jelaslah
bahawa ibu dan bapa berperanan besar untuk memupuk amalan
membaca dalam kalangan anak-anak. Peribahasa Melayu berkata bapa
borek, anak rintik yang bermaksud sifat seseorang anak tidak jauh
bezanya dengan sifat orang tuanya. Maka ibu dan bapa perlu sentiasa
melakukan anjakan paradigma untuk menjadi manusia yang lebih baik
daripada hari semalam seterusnya menjadi suri tauladan terbaik untuk
anak-anak di rumah. Bangsa membaca adalah bangsa berjaya, cogan
kata ini perlu dijadikan slogan kepada setiap ahli masyarakat bagi
menghasilkan masyarakat yang progesif dan terbaik. Sekiranya
generasi muda kita kaya dengan amalan baik seperti membaca demi
menambah imu pengetahuan, pasti negara berpotensi untuk maju
bersama dan bersaing dengan negara-negara lain di masa akan datang.

https://www.ipendidikan.my/peranan-ibu-bapa-memupuk-amalan-membaca.html 5/5
05/02/2022, 22:57 Peranan Ibu Bapa Memupuk Sikap Hormat Menghormati

Karangan

Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk


Sikap Saling Hormat Menghormati

Ipendidikan » Karangan » Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Sikap


Saling Hormat Menghormati
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:16 pm, 3 Oktober 2021

Bagi membantu pelajar menulis karangan Bahasa Melayu dengan


mudah, guru akan memberikan tajuk karangan yang mudah difahami
oleh mereka. Sebagai contoh, tajuk karangan yang bertemakan
kekeluargaan, negara atau sekolah. Di bawah dikongsikan contoh
karangan peranan ibu bapa memupuk sikap hormat menghormati dalam
kalangan anak-anak untuk rujukan semua.

Tema kekeluargaan adalah antara tema karangan yang lazim disoal


kepada pelajar kerana ia mampu membantu pelajar memberikan isi
penting dan huraian yang terbaik. Sekiranya tajuk karangan seperti ini
menjadi pilihan pelajar, sila pastikan anda menulis dengan tatabahasa
yang betul, contoh yang berkaitan dan peribahasa yang menarik.
Penanda kertas pastinya akan membaca dengan penuh teliti huraian
pelajar sama ada ia menjawab soalan yang diberikan atau tidak.

https://www.ipendidikan.my/sikap-hormat-menghormati.html 1/5
05/02/2022, 22:57 Peranan Ibu Bapa Memupuk Sikap Hormat Menghormati

Isi Kandungan [Tutup]

1. Peranan Ibu Bapa Memupuk Sikap Hormat Menghormati Dalam


Kalangan Anak-Anak
2. Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Sikap Hormat
Menghormati

Peranan Ibu Bapa Memupuk Sikap


Hormat Menghormati Dalam Kalangan
Anak-Anak
Isi-isi penting
Menjadi suri tauladan kepada anak-anak
Memberikan didikan agama dan moral
Membawa anak-anak melawat saudara-mara
Menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong
Menonton filem atau drama yang bertemakan kekeluargaan

Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam


Memupuk Sikap Hormat Menghormati
Pendahuluan
Mutakhir ini, generasi muda semakin hari semakin galak untuk
mengekpresi diri mereka terutamanya di dalam sosial media. Kemajuan
sains dan teknologi pada hari ini telah membuka ruang yang perlu
https://www.ipendidikan.my/sikap-hormat-menghormati.html 2/5
05/02/2022, 22:57 Peranan Ibu Bapa Memupuk Sikap Hormat Menghormati

diberikan had dan bimbingan khususnya dalam kalangan remaja atau


kanak-kanak. Kita boleh lihat dimana guru-guru dilayan seperti rakan
sebaya oleh pelajar hanya kerana mereka tidak meminati subjek atau
cara pengajaran guru tersebut. Situasi ini seharusnya menjadi topik
perbincangn dalam kalangan pemimpin negara, masyarakat dan ibu
bapa kerana pembentukan generasi muda yang saling menghormati
tanpa mengira usia atau latar belakang dapat direalisasikan. Oleh itu,
wajar untuk dihuraikan apakah sebenarnya peranan ibu bapa memupuk
sikap hormat menghormati dalam kalangan anak-anak.

Isi 1
Prakarsa utama dalam perbincangan ini adalah ibu dan bapa
seharusnya menjadi suri tauladan terbaik kepada anak-anak. Setiap
insan yang dilahirkan di dunia ini dianugerahkan ahli keluarga sebagai
makhluk yang paling rapat. Justeru, ibu dan bapa perlu mengelak
menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan kerana sejak mereka
kecil sehingga mereka membesar, insan yang paling rapat dan banyak
mereka perhati adalah ibu dan bapa mereka sendiri. Dalam
menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Tuhan untuk
menjaga zuriat yang dikurniakan, ibu dan bapa hendaklah sentiasa
menjaga budi dan pekerti di rumah atau di mana-mana sahaja. Seperti
peribahasa Melayu, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Tegasnya, dalam membentuk generasi muda yang menunjukkan nilai
hormat, ia hendaklah dimulakan oleh ibu dan bapa mereka sendiri.

Isi 2
Peranan lain ibu dan bapa boleh laksanakan dalam memupuk sifat
hormat dalam anak-anak adalah dengan memberikan didikan agama
dan moral. Jika ditelusuri, setiap agama menggalakkan kita sebagai
manusia untuk melakukan kebaikan antara satu sama lain. Begitu juga
dengan nilai hormat-menghormati kerana dengan menjaga hubungan
yang baik sesama manusia, pasti hubungan dengan Tuhan juga akan
terjaga. Misalnya, agama Islam menggalakkan kita untuk saling
mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja sebagai permulaan sebuah
perbualan atau ucapan. Ia bukan sahaja sekadar ucapan tetapi juga doa
yang kita berikan kepada mereka yang supaya sejahtera hendaknya.
Tambahan pula, sebagai masyarakat yang hidup dalam berbilang kaum
dan agama, nenek dan moyang kita telah berjaya menunjukkan sifat
hormat-menghormati mampu menghasilkan negara yang aman sentosa.

Isi 3

https://www.ipendidikan.my/sikap-hormat-menghormati.html 3/5
05/02/2022, 22:57 Peranan Ibu Bapa Memupuk Sikap Hormat Menghormati

Selain itu, kaedah alternatif yang dapat memupuk nilai hormat-


mennghormati adalah dengan membawa anak-anak melawat saudara-
mara. Sebagai medan ujian untuk melihat perangai dan sikap anak-
anak, melawat ahli keluarga atau saudara-mara adalah cara terbaik. Ibu
dan bapa boleh melihat dengan mata kasar sama ada anak-anak anda
mempraktikkan nilai hormat-menghormati khususnya terhadap mereka
yang lebih tua. Malahan warga tua seperti datuk dan nenek pasti akan
menghargai kunjungan tersebut dan cuba untuk berinteraksi dengan
generasi muda dan menyemai nilai-nilai murni. Secara tidak langsung,
kita juga dapat melihat didikan yang diberikan oleh ahli keluarga kita
yang lain kepada anak-anak mereka. Ibarat sambil menyelam, minum
air. Sekiranya sikap hormat-menghormati tersebut tidak disemat dalam
keluarga atau saudara-mara anda, lawatan ke rakan-rakan sekerja atau
rumah kebajikan pasti dapat membantu.

Isi 4
Akhir sekali, menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong
oleh anak-anak pasti dapat membantu ibu dan bapa untuk memupuk
sikap hormat-menghormati dalam diri mereka. Hal ini kerana, aktiviti ini
memerlukan mereka mendengar arahan yang diberikan oleh ketua
untuk menyelesaikan tugasan. Situasi sama yang akan berlaku dalam
setiap peringkat kehidupan mereka. Dengan nilai hormat kepada ketua
dan juga sebaliknya, mereka pasti dapat menyelesaikan tugasan yang
diberikan dengan efektif dan berkesan. Interaksi sosial yang berlaku
apabila mereka sertai program kemasyarakatan dapat menambah
pelbagai nilai murni dalam diri mereka agar berguna untuk masa
hadapan. Begitu juga dengan aktiviti kesukanan yang dapat memupuk
sifat hormat dalam diri generasi muda. Misalnya dalam sukan seperti
bola sepak dan badminton dimana melibatkan dua pasukan yang
bertanding untuk mendapatkan kemenangan. Namun, setiap ahli
pasukan perlu saling menghormati pasukan lawan serta meraikan
kemenangan atau menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana ia
merupakan adat pertandingan.

Penutup
Konklusi daripada perbincangan diatas, kita dapat lihat bahawa ibu dan
bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai hormat-
menghormati dalam anak-anak mereka. Obligasi yang perlu ditanggung
oleh ibu dan bapa adalah mustahak bagi melahirkan anggota
masyarakat yang kaya dengan pelbagai budi pekerti. Oleh sebab yang
demikian, tindakan yang wajar perlu dipraktikkan sejak peringkat kanak-
kanak kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bagi mencapai
kemajuan di peringkat nasional dan antarabangsa, pembentukan
https://www.ipendidikan.my/sikap-hormat-menghormati.html 4/5
05/02/2022, 22:57 Peranan Ibu Bapa Memupuk Sikap Hormat Menghormati

generasi muda yang berketrampilan tinggi adalah penting supaya setiap


cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi oleh negara dapat
diselesaikan dengan solusi yang terbaik. Semoga nilai hormat-
menghormati menjadi antara nilai murni yang selalu diamalkan oleh
setiap peringkat umur anggota masyarakat di dalam negara agar
masyarakat dunia memandang tinggi keperibadian negara serta
mencapai kemakmuran bersama.

Related : untuk mendidik, memberi impak, golongan tua, menyebabkan


anak anak, mendidik anak anak, kasih sayang, orang tua, kerana anak,
untuk memahami, salah satu, ibu bapa mestilah,

https://www.ipendidikan.my/sikap-hormat-menghormati.html 5/5
05/02/2022, 22:56 Peranan Ibu Bapa Mendidik Anak-Anak Memanfaatkan Internet

Karangan

Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik


Anak-Anak Memanfaatkan Internet

Ipendidikan » Karangan » Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-


Anak Memanfaatkan Internet
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:45 pm, 27 Jun 2020

Pasti ramai di antara pelajar yang mempunyai kesukaran atau masalah


untuk menjawab soalan penulisan karangan Bahasa Melayu. Bagi
menguasai penulisan karangan, pelajar perlu melakukan latihan
tambahan yang banyak supaya anda dapat didedahkan dengan jenis-
jenis tajuk soalan dan tema yang berpotensi untuk keluar ketika
peperiksaaan dijalankan. Sebagai panduan untuk pelajar, berikut adalah
contoh karangan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
memanfaatkan Internet.

Setelah mengenali tema-tema dan tajuk soalan yang lazimnya


digunakan oleh guru-guru, pelajar perlu menguasai penggunaan
tatabahasa dan penyusunan isi-isi penting yang sesuai dan menarik
untuk digunakan. Jika pelajar berjaya menghasilkan penulisan karangan
yang mempunyai plot yang menarik untuk dibaca dan ditambah dengan
penggunaan frasa-frasa menarik seperti peribahasa dan penanda
wacana, ia mampu memberikan markah yang cemerlang. Anda hanya
memerlukan bimbingan daripada guru masing-masing supaya penulisan
karangan anda menepati kehendak soalan yang diberikan.

https://www.ipendidikan.my/peranan-mendidik-anak-anak-memanfaatkan-internet.html 1/6
05/02/2022, 22:56 Peranan Ibu Bapa Mendidik Anak-Anak Memanfaatkan Internet

Isi Kandungan [Tutup]

1. Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak Untuk Memanfaatkan


Internet
2. Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-anak
Memanfaatkan Internet

Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik


Anak-Anak Untuk Memanfaatkan
Internet
Isi-isi penting
memberikan pendidikan tentang Internet
mendidik etika penggunaan Internet
memperkenalkan aplikasi pembelajaran yang menarik
memperuntukkan masa yang sesuai
menyekat laman-laman web yang tidak berfaedah
menyemai akhlak dan keperibadian tinggi secara realiti dan maya

Baca juga: Kelebihan Perniagaan Online/ Dalam Talian

Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam


Mendidik Anak-anak Memanfaatkan Internet
Pendahuluan
https://www.ipendidikan.my/peranan-mendidik-anak-anak-memanfaatkan-internet.html 2/6
05/02/2022, 22:56 Peranan Ibu Bapa Mendidik Anak-Anak Memanfaatkan Internet

Internet merupakan satu fenomena teknologi yang mengubah cara


hidup manusia secara total. Urusan surat-menyurat yang memakan
masa sehingga berminggu-minggu pada suatu masa dahulu telah
berubah dengan adanya aplikasi emel di mana urusan tersebut boleh
dilakukan secara langsung di alam maya. Situasi ini telah memberikan
satu anjakan paradigma dalam kehidupan manusia kerana pelbagai
urusan dapat dilaksanakan dengan pantas dan mudah tanpa perlu
bermandi peluh serta melibatkan kos yang berpatutan. Sehingga hari ini,
Internet telah menjadi tulang belakang kepada pelbagai industri seperti
perkhidmatan komunikasi, perniagaan dan pendidikan yang telah
menjadikan globalisasi satu perkara yang tidak mustahil untuk dikecapi.
Namun, setiap ciptaan manusia ada baik dan buruknya. Ia bergantung
kepada setiap individu untuk memanfaatkan kemudahan yang dinikmati
sama ada memberi manfaat kepada diri atau sebaliknya. Justeru, wajar
untuk kita mengetahui apakah peranan ibu dan bapa dalam mendidik
anak-anak tentang cara-cara untuk memanfaatkan penggunaan Internet.

Isi 1
Anak-anak boleh diibaratkan seperti kain putih. Ibu dan bapalah
merupakan insan yang bertanggungjawab untuk menjalankan amanah
dalam mencorakkan kain tersebut menjadi kain yang bernilai tinggi dan
mempunyai corak yang menarik. Metafora ini menerangkan bahawa
anak-anak tiada ilmu tentang segala perkara. Oleh itu, ibu dan bapa
perlu memainkan peranan dengan memberikan didikan kepada mereka
khususnya tentang penggunaan Internet. Seperti proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, ibu dan bapa juga perlu menerangkan segala
butiran mengenai Internet sehingga mereka faham dan bijak dalam
menggunakannya. Misalnya mengetahui laman web yang berunsurkan
penipuan dan berisiko untuk dilayari serta kebaikan dan keburukan
melayari media sosial hari ini. Peribahasa Melayu berkata, melentur
buluh biarlah dari rebungnya, yang bermaksud kita seharusnya mendidik
anak-anak sejak kecil agar apabila menjelang dewasa kelak mereka
mempunyai ilmu yang betul dan berakhlak mulia dalam kehidupan
seharian. Internet merupakan satu elemen yang akan digunakan secara
menyeluruh di masa hadapan, maka pendidikan yang tepat sejak kecil
adalah mustahak agar generasi muda celik teknologi dan mampu
menjadi pemacu negara di masa akan datang.

Isi 2
Di samping itu, dunia tanpa batasan di Internet telah memberikan kesan
yang pelbagai kepada individu, masyarakat dan dunia secara amnya.
Hal ini kerana apabila ledakan Internet berlaku, ia dirai oleh segenap
manusia di seantero dunia tanpa sebarang had atau etika dalam
https://www.ipendidikan.my/peranan-mendidik-anak-anak-memanfaatkan-internet.html 3/6
05/02/2022, 22:56 Peranan Ibu Bapa Mendidik Anak-Anak Memanfaatkan Internet

menggunakannya. Jika kita lihat semula dalam sejarah ketamadunan


manusia, setiap tamadun menghasilkan peraturan sebagai garis
panduan dalam menjalani kehidupan harian supaya tidak berlaku huru-
hara dan pecah-belah dalam kalangan masyarakat. Ia juga sewajarnya
diaplikasikan dalam setiap ciptaan teknologi hari ini seperti telefon pintar
dan Internet. Sebagai ibu dan bapa yang bertanggungjawab, kita boleh
mendidik anak-anak dengan etika yang wajar untuk diamalkan ketika
menggunakan Internet. Contohnya, apabila berkongsi sesuatu di sosial
media pastikan ia tidak mendedahkan butiran maklumat peribadi kita
kerana ia berpotensi menjadi bahan rujukan penjenayah siber. Etika lain
adalah elakkan daripada berkongsi sesuatu yang tidak pasti akan
kesahihan kerana perkara tersebut mampu menjadi pencetus kepada
sesuatu yang lebih buruk dan tidak disangka-sangka oleh kita.
Perkongsian maklumat peribadi di Internet juga perlu diawasi oleh ibu
dan bapa kerana anak-anak tidak tahu akan bahaya sekiranya mereka
berkongsi maklumat peribadi dengan laman atau individu yang tidak
dikenali. Kesannya, ibu dan bapa dapat membendung penyalahgunaan
Internet dengan mengajar anak-anak etika yang sepatutnya dipatuhi
dengan nilai berwaspada dan tidak mudah percaya dengan tipu helah.

Isi 3
Peranan lain yang boleh dilakukan oleh ibu dan bapa untuk
memanfaatkan penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak adalah
dengan memperkenalkan aplikasi pembelajaran yang menarik. Generasi
muda hari ini perlu dididik dengan pendekatan yang berbeza berbanding
zaman ibu dan bapa mereka terdahulu. Jika ditelusuri, proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah memerlukan fokus yang tinggi
daripada anak-anak. Maka, jika ibu dan bapa ingin menawarkan
pendidikan di luar bilik darjah, ia hendaklah sesuatu yang menarik dan
interaktif supaya anak-anak seronok dan mempelajari sesuatu dalam
masa yang sama. Rata-rata capaian Internet di negara kita adalah
ditahap yang memuaskan dan ia seharusnya memberikan kelebihan
kepada ibu dan bapa dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak
ketika di rumah. Tamsilnya, aplikasi kuiz yang mengetengahkan
penguasaan ilmu pengetahuan am dalam kalangan anak-anak seperti
nama haiwan, kedudukan negara dan sebagainya. Ini adalah contoh
aplikasi yang baik untuk dimuat turun dan dimainkan bersama-sama
ketika waktu lapang di kediaman masing-masing. Pendekatan ini bukan
sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan anak-anak tetapi ia juga
dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu, bapa dan
anak-anak. Kita juga boleh menilai kemampuan dan bakat yang ada
dalam anak-anak kita sekiranya kita bijak dalam mencari kepakaran

https://www.ipendidikan.my/peranan-mendidik-anak-anak-memanfaatkan-internet.html 4/6
05/02/2022, 22:56 Peranan Ibu Bapa Mendidik Anak-Anak Memanfaatkan Internet

yang mampu menjadi punca rezeki anak-anak pada satu hari nanti. Bak
kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air.

Isi 4
Akhir sekali, ibu dan bapa seharusnya menjalankan peranan masing-
masing dalam memanfaatkan penggunaan Internet anak-anak dengan
mengehadkan masa penggunaan seharian mereka. Peruntukkan masa
dalam kehidupan anak-anak adalah mustahak kerana masa itu emas.
Justeru, ibu dan bapa sewajarnya menyediakan jadual masa yang perlu
dipatuhi oleh anak-anak pada setiap hari supaya nilai disiplin dan
menepati masa dalam diri mereka dapat dicambah dengan baik.
Pastikan anak-anak mempunyai peruntukan masa yang seimbang untuk
mengulang kaji pelajaran, melayari Internet untuk belajar atau berhibur
dan bersukan atau beriadah di luar sebagai langkah menjaga kesihatan
diri. Dari sudut penggunaan Internet, ia adalah penting untuk
menetapkan had masa supaya kanak-kanak tidak terdedah atau bebas
melayari perkara yang kita tidak inginkan. Tambahan pula, penggunaan
skrin yang terlalu lama akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan
mata anak-anak begitu juga kepada diri kita. Intihannya, sebagai ibu dan
bapa yang mempunyai kewarasan dan pengetahuan yang lebih
berbanding anak-anak perlu sentiasa mengetahui kesan baik dan buruk
sesuatu teknologi terhadap fizikal, mental dan kerohanian kita.

Penutup
Kesimpulannya, ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam
mendidik anak-anak untuk memanfaatkan penggunaan Internet. Kita
tidak boleh nafikan bahawa Internet adalah merupakan satu keperluan
dalam kehidupan hari ini. Justeru adalah mustahak untuk semua pihak
bukan sahaja ibu dan bapa perlu memastikan generasi muda hari ini
celik dalam menggunakan perkhidmatan Internet. Jika golongan ini
diasuh dengan acuan yang tepat, kemajuan negara pasti dapat
dilaksanakan dengan baik dan tanah air kita dapat duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Mencegah adalah
lebih baik daripada merawat dimana jika kita berjaya membendung
perkara negatif daripada berlaku pasti masalah seperti penyalahgunaan
Internet dan jenayah siber yang semakin merunsing pada ketika ini
dapat dielakkan. Ibu dan bapa harus sedar bahawa mereka adalah
insan yang paling dekat dengan anak-anak untuk menjadi contoh
tauladan terbaik kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Marilah kita bersama-sama menjadikan Internet sebagai wadah
masyarakat yang positif dan memperjuangkan etika kesopanan dan
kesusilaan secara realiti dan maya.

https://www.ipendidikan.my/peranan-mendidik-anak-anak-memanfaatkan-internet.html 5/6
05/02/2022, 22:56 Peranan Ibu Bapa Mendidik Anak-Anak Memanfaatkan Internet

https://www.ipendidikan.my/peranan-mendidik-anak-anak-memanfaatkan-internet.html 6/6
05/02/2022, 23:04 Peranan Ibu Bapa Menggalakkan Pembelian Barang Buatan Malaysia

Karangan

Peranan Ibu Bapa Dalam


Menggalakkan Pembelian Barangan
Buatan Malaysia

Ipendidikan » Karangan » Peranan Ibu Bapa Dalam Menggalakkan


Pembelian Barangan Buatan Malaysia
Disemak dan dikemaskini pada pukul 6:53 am, 14 Mei 2020

Tajuk soalan karangan Bahasa Melayu mempunyai pelbagai variasi dan


sukar untuk pelajar meneka satu jenis soalan yang bakal ditanya. Maka,
pelajar perlu sentiasa rajin melakukan latihan yang diberikan guru serta
latihan tambahan yang dapat diperoleh daripada sumber online seperti
yang dikongsikan di sini. Di bawah dikongsikan contoh karangan
berkaitan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak dalam
membeli barangan buatan Malaysia.

Pelajar boleh merujuk isi-isi penting yang digunakan dan olahkan di


dalam penulisan karangan masing-masing. Selain itu, pelajar perlu
berlatih menulis dengan kebolehan kreatif dan pemikiran kritis. Latihan
yang kerap akan membantu pelajar untuk menghuraikan dan mencari isi
dalam tempoh masa yang ditetapkan serta menulis karangan yang baik.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/beli-barang-buatan-malaysia.html 1/5
05/02/2022, 23:04 Peranan Ibu Bapa Menggalakkan Pembelian Barang Buatan Malaysia

1. Peranan Ibu Bapa Dalam Menggalakkan Pembelian Barang Buatan


Malaysia
2. Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam Menggalakkan
Pembelian Barang Buatan Malaysia (Barangan Tempatan)

Peranan Ibu Bapa Dalam Menggalakkan


Pembelian Barang Buatan Malaysia

Isi-isi penting
sentiasa mengutamakan produk buatan Malaysia dalam membeli
belah
berkunjung ke pameran barangan buatan malaysia seperti MAHA
dan sebagainya
menjelaskan kepentingan membeli produk buatan tempatan
menunjukkan kos yang lebih berpatutan berbanding barangan
import
lambang cinta akan negara apabila membeli barang buatan
Malaysia
melahirkan generasi pengguna yang bijak

Baca juga: Kesalahan Lazim Dalam Karangan Bahasa Melayu

Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam


Menggalakkan Pembelian Barang Buatan
https://www.ipendidikan.my/beli-barang-buatan-malaysia.html 2/5
05/02/2022, 23:04 Peranan Ibu Bapa Menggalakkan Pembelian Barang Buatan Malaysia

Malaysia (Barangan Tempatan)


Pendahuluan
Definisi barang buatan Malaysia adalah produk yang dikeluarkan hasil
usaha orang tempatan. Seperti bayi yang baru lahir, ia memerlukan
sokongan dan bimbingan yang baik daripada orang sekeliling sebelum
menjadi matang dan mampu untuk mengembangkan diri ke dunia luar
dan berdiri di atas kaki sendiri. Perumpamaan ini berkait dengan situasi
barangan buatan Malaysia yang masih mentah tetapi menunujukkan
potensi yang besar untuk berjaya dan dengan sokongan yang diberikan
oleh masyarakat tempatan, ia mampu menjadi produk bertaraf
antarabangsa. Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa, anak
di pangkuan dibiarkan, kera di hutan disusui yang bermaksud produk
luar diagungkan tetapi produk tempatan diabaikan. Oleh itu, ibu bapa
berperanan penting dalam mendidik dan memberi galakan kepada anak-
anak mereka untuk membeli barang buatan Malaysia.

Isi 1
Langkah pertama dalam memberi galakan pembelian barangan buatan
Malaysia adalah dengan sentiasa mengutamakan produk tempatan
apabila membeli belah. Dewasa ini, hampir semua produk yang terdapat
di pasaraya adalah buatan tempatan. Namun, mereka mendapat
persaingan daripada jenama antarabangsa yang sudah pasti
mempunyai kualiti yang lebih baik. Jika kualiti menjadi perbandingan,
banyak produk kita telah membuktikan mereka mampu mencapai tahap
kualiti yang baik dengan mendapat pengiktirafan seperti sijil Halal dan
sijil HACCP yang bertaraf antarabangsa. Sebagai contoh, jenama Ramly
dan Ayamas merupakan produk tempatan yang sentiasa melakukan
anjakan paradigma dengan menghasilkan variasi produk berasaskan
daging ayam dan lembu. Maka, ibu bapa seharusnya mejadi tauladan
kepada anak-anak dalam memastikan barangan buatan Malaysia
menjadi pilihan utama.

Isi 2
Selain itu, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak membeli
barangan buatan Malaysia dengan menghadiri ekspo atau festival jualan
barangan tempatan seperti MAHA anjuran Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani. Sekiranya kita berkunjung ke pameran seperti ini, kita
dapat mengetahui produk-produk terkini hasil air tangan orang tempatan
dan merasai kualiti produk secara langsung. Senario ini akan membuka
mata golongan kanak-kanak terutamanya dalam melihat pelbagai
produk-produk tempatan yang wujud serta mempunyai kualiti bertaraf
antarabangsa. Justeru, ia dapat membantu anak-anak dan juga ibu
https://www.ipendidikan.my/beli-barang-buatan-malaysia.html 3/5
05/02/2022, 23:04 Peranan Ibu Bapa Menggalakkan Pembelian Barang Buatan Malaysia

bapa sendiri mengenali dan membeli barang buatan Malaysia dan


membantu pengusaha produk itu untuk berjaya. Persis mutiara kata, tak
kenal maka tak cinta yang bermaksud jika kita tidak mengenali atau
menggunakan sesuatu produk tersebut kita tidak tahu akan kualiti atau
manfaatnya kelak.

Isi 3
Dalam masa yang sama, ibu bapa juga berperanan dalam menjelaskan
kepada anak-anak akan kepentingan membeli barang buatan Malaysia.
Anak-anak mungkin berfikiran enteng dalam perkara ini maka, ibu
bapalah yang seharusnya bertanggungjawab menjadii guru dalam
memastikan kefahaman mereka terhadap industi barangan buatan
Malaysia dicapai. Jika kita sentiasa membeli produk hasil tempatan,
pengusaha-pengusaha ini akan mendapat keuntungan dan modal
dimana mereka boleh gunakan ia untuk meningkatkan tahap kualiti
produk mereka dan mengembangkan liputan jualan produk mereka
menembusi pasaran antarabangsa. Penggunaan teknologi terkini juga
mampu direalisasikan dimana kuantiti produk akan bertambah dan
kualiti produk meningkat secara tidak langsung. Segala inisiatif ke arah
pembaikan produk boleh dijalankan sekiranya barang buatan tempatan
itu mendapat kepercayaan masyarakat untuk membeli dan
menggunakan produk mereka. Intihannya, ibu bapa perlu menjelaskan
kepada anak-anak mereka tentang kuasa pembeli dan sumbangannya
kepada ekonomi masyarakat tempatan khususnya dan ekonomi negara
amnya.

Isi 4
Di samping itu, ibu bapa juga berperanan untuk menunjukkan kepada
anak-anak bahawa mereka boleh berjimat cermat sekiranya memakai
barang buatan Malaysia. Sebagai contoh, kereta keluaran tempatan
seperti Proton dan Perodua adalah lebih murah berbanding kereta
keluaran asing seperti Honda dan Toyota. Memang jelas terdapat
perbezaan daripada segi spesifikasi kenderaan tetapi jenama tempatan
ini dihasilkan khas mengikut kesesuaian dan keperluan masyarakat kita
malahan dihasilkan oleh anak tempatan kita. Harga kenderaan yang
jauh lebih berpatutan sepatutnya menjadi keutamaan rakyat masa kini
kerana kegawatan ekonomi yang tidak menentu. Pepatah Melayu ada
berkata, mengukur baju seeloknya di badan sendiri. Perkara ini sinonim
dengan golongan muda yang berbelanja besar ingin nampak bergaya
tetapi realitinya tidak mampu. Ibu bapalah yang berperanan untuk
menasihati anak-anak muda supaya bertindak secara rasional dan
membeli barangan yang berada dalam linkungan kemampuan kita agar
kita dapat berjimat demi masa hadapan.
https://www.ipendidikan.my/beli-barang-buatan-malaysia.html 4/5
05/02/2022, 23:04 Peranan Ibu Bapa Menggalakkan Pembelian Barang Buatan Malaysia

Penutup
Konklusinya, ibu bapa memainkan peranan yang sangat signifikan
dalam menggalakkan anak-anak untuk membeli barangan buatan
Malaysia. Pelbagai langkah dapat diimplementasikan oleh pelbagai
pihak untuk menyokong pembelian produk tempatan. Mungkin sudah
tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar
kerana barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan
produk luar. Intihannya, dalam menghadapi cabaran globalisasi hari ini,
kita perlu memandang kehadapan dan mewujudkan dasar dimana kita
mampu mengeksport produk-produk buatan Malaysia ke pasaran
antarabangsa sekaligus menyemarakkan ekonomi rakyat dan negara
secara amnya. Persis kata orang tua-tua dahulu, yang bulat tidak akan
datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Semoga
semua pihak berganding bahu menyusun strategi untuk memastikan
rakyat kita menyokong barang buatan Malaysia dan menjadi model
ekonomi terbaik dalam memajukan ekonomi negara dan bangsa.

https://www.ipendidikan.my/beli-barang-buatan-malaysia.html 5/5
05/02/2022, 23:04 Peranan Iklan Dalam Melahirkan Pengguna Yang Bijak

Karangan

Peranan Iklan Dan Media Massa


Dalam Melahirkan Pengguna Yang
Bijak

Ipendidikan » Karangan » Peranan Iklan Dan Media Massa Dalam


Melahirkan Pengguna Yang Bijak
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:22 pm, 4 Julai 2020

Pengguna yang bijak juga antara topik yang kerap dijadikan soalan atau
latihan kepada para pelajar menjelang peperiksaan peringkat sekolah
ataupun peperiksaan awam. Pelajar boleh bersedia dengan merujuk isi-
isi penting dan membuat latihan dalam menghuraikan isi tersebut.
Berikut adalah contoh isi dan karangan berkaitan dengan peranan iklan
dalam melahirkan pengguna yang bijak.

Contoh dibawah adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir secara


kritis dan kreatif pelajar dalam penulisan karangan. Penambahan
penggunaan peribahasa yang tepat dan penanda wacana dengan topik
yang dibincangkan akan membuatkan penulisan karangan pelajar lebih
menarik. Pelajar juga diingatkan untuk merujuk guru-guru supaya
penulisan karangan pelajar tidak lari daripada kehendak soalan.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/peranan-iklan-melahirkan-pengguna-bijak.html 1/4
05/02/2022, 23:04 Peranan Iklan Dalam Melahirkan Pengguna Yang Bijak

1. Pengaruh Pengiklanan Dalam Melahirkan Pengguna Yang Bijak


2. Contoh Karangan Peranan Iklan Dalam Melahirkan Pengguna Yang
Bijak

Pengaruh Pengiklanan Dalam


Melahirkan Pengguna Yang Bijak

Isi-isi penting
Memberikan maklumat yang terperinci dan tepat tentang produk
Mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan
Bebas daripada sebarang penipuan dan helah
Membuat perbandingan dengan produk lain secara telus
Menggunakan bahasa yang mudah, difahami dan sampai
maksudnya kepada orang awam
Menggunakan segala platform seperti media sosial

Baca juga: Kesalahan Lazim Dalam Karangan Bahasa Melayu

Contoh Karangan Peranan Iklan Dalam


Melahirkan Pengguna Yang Bijak
Pendahuluan
Dalam meniti arus kemodenan hari ini, segala maklumat diperoleh
hanya menggunakan hujung jari. Penggunaan telefon bimbit pintar
semakin menjadi asas kehidupan harian seseorang. Proses melayari

https://www.ipendidikan.my/peranan-iklan-melahirkan-pengguna-bijak.html 2/4
05/02/2022, 23:04 Peranan Iklan Dalam Melahirkan Pengguna Yang Bijak

jalur lebar membuatkan kita melihat iklan-iklan digital yang keluar di


sudut tepi atau sebelum mendapat akses ke sebuah laman sesawang.
Iklan-iklan ini sebenarnya mampu mempengaruhi fikiran kita dalam
membeli atau menggunakan khidmat yang dipromosikan di media
sosial, televisyen atau papan tanda iklan di sekitar jalan raya. Kita
sebagai masyarakat madani seharusnya mempunyai kelebihan dalam
situasi ini supaya menjadi pengguna yang bijak. Natijahnya, iklan juga
berperanan dalam melahirkan pengguna yang bijak.

Isi 1
Pada asasnya, iklan adalah medium yang digunakan usahawan atau
syarikat untuk menyampaikan produk mereka kepada masyarakat.
Justeru, iklan berperanan dalam memberikan maklumat yang tepat dan
terperinci tentang produk-produk mereka. Agensi pengiklanan selalunya
lebih mengutamakan cara penyampaian berbanding mengutamakan
produk yang ingin dipromosi. Sebagai contoh, mereka boleh
melakonkan situasi yang sering berlaku dalam kehidupan kita dan
gunakan produk mereka sebagai langkah penyelesian kepada masalh
yang dihadapi. Pendekatan yang mudah dapat membuktikan bahawa
produk tersebut mampu menyelesaikan masalah dan sekaligus berbaloi
untuk dibeli.

Isi 2
Selain itu, agensi pengiklanan sewajarnya mematuhi peraturan dan
syarat yang ditetapkan oleh agensi kerajaan dalam menghasilkan
sebuah iklan. Sepertimana pembungkusan produk, ikalan atau promosi
perlu menonjolkan intipati atau sumber produk yang betul serta
kesannya yang mungkin bermanfaat kepada pengguna. Terdapat kes
dimana pengusaha yang tidak bertanggungjawab menjual produk yang
didaftarkan sebagai produk makan tetapi dipasarkan sebagai produk
kesihatan. Perkara seperti ini mengundang akibat yang sungguh besar
sehingga mampu mengakibatkan pengguna mengalami penyakit.
Janganlah kita dikaburi dengan kemewahan harta dan wang sehingga
menyebabkan masalah kepada pengguna. Berniagalah secara telus dan
jujur agar rezeki yang diperoleh mendapat berkat dan dihargai oleh
pengguna.

Isi 3
Iklan-iklan di media massa tidak kira digital atau bahan cetakan, perlu
bebas daripada sebarang penipuan dan helah. Sebagai contoh,
pendekatan seperti mengiklankan testimoni oleh pengguna produk
menjadi sesuatu trend yang digunakan usahawan dan agensi

https://www.ipendidikan.my/peranan-iklan-melahirkan-pengguna-bijak.html 3/4
05/02/2022, 23:04 Peranan Iklan Dalam Melahirkan Pengguna Yang Bijak

pengiklanan. Namun, ada diantara mereka menipu dengan melebih-


lebihkan manfaat atau faedah yang diperoleh daripada penggunaan
produk tersebut lalu menyumbang kepada ketidak percayaaan
pengguna terhadap produk itu. Tambahan pula, pembeli atas talian juga
turut menjadi mangsa penipuan kerana apa yang dipromosikan atau
digambarkan berbeza dengan produk yang tiba di rumah mereka.
Perkhidmatan pembelian atas talian ini sepatutnya menjadi pemudah
cara kita dalam era kemodenan ini tetapi perkara seperti ini
memburukkan kemudahan teknologi yang sepatutnya mendatangkan
faedah yang baik kepada kita.

Isi 4
Di samping itu, agensi pengiklanan juga menggunakan pendekatan
membanding produk mereka dengan produk lain yang seteru dengan
perniagaan mereka. Kaedah ini seperti peribahasa Melayu, sambil
menyelam minum air dimana kelebihan diberikan kepada produk yang
menggunakan cara sebegini. Hal ini kerana mereka telah membuktikan
bahawasanya produk mereka lebih baik berbanding daripada produk
lain dan menunjukkan dengan jelas kepada pengguna untuk memilih
produk yang berbaloi untuk mereka. Pendekatan ini juga mampu
menghasilkan daya persaingan yang sihat antara pengeluar produk
dalam mencapai penjualan yang baik sekaligus menyumbang kepada
kerancakkan ekonomi negara yang semakin berkembang pesat hari ini.
Oleh itu, pengguna seharusnya dapat memilih produk dengan rasional
sekiranya iklan-iklan seperti ini dipromosikan.

Penutup
Tuntasnya, agensi pengiklanan atau syarikat berperanan penting dalam
melahirkan pengguna yang bijak dalam kalangan masyarakat kita.
Masyarakat kita sudah semakin bijak dalam memastikan apa yang dibeli
berbaloi dan berguna kepada mereka. Tekanan ekonomi dan kenaikan
kadar saraan hidup telah mengubah rakyat kita untuk menjadi pengguna
yang lebih bijak. Sekiranya semua pengusaha atau penjual mematuhi
apa yang telah dirangka maka tidak mustahil daya pembelian rakyat
akan bertambah di samping menyumbang kepada ekonomi negara.
Semoga kita berjaya melahirkan pengguna yang bijak sebelum
melangkah ke alam revolusi industri 4.0.

https://www.ipendidikan.my/peranan-iklan-melahirkan-pengguna-bijak.html 4/4
05/02/2022, 23:02 Peranan Masyarakat Dalam Membendung Jenayah Negara

Karangan

Tanggungjawab Masyarakat Dalam


Membanteras Jenayah Negara

Ipendidikan » Karangan » Tanggungjawab Masyarakat Dalam


Membanteras Jenayah Negara
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:46 pm, 13 Jun 2020

Pelbagai variasi tajuk soalan yang boleh diberikan kepada pelajar dalam
menjawab soalan karangan bahasa Melayu. Soalan yang bertemakan
masyarakat sering kali digunakan dalam latihan kerana isu atau topik
tersebut boleh dikaitkan dengan kehidupan para pelajar. Hal ini
membantu mereka untuk memberikan isi atau idea yang menarik. Maka
berikut dikongsikan contoh karangan peranan masyarakat dalam
membendung jenayah negara yang kini semakin berleluasa.

Para pelajar boleh merujuk isi dan cara penghuraian yang dikongsikan
dan menafsirkannya dalam bentuk penulisan karangan masing-masing.
Panduan dan bimbingan daripada guru-guru pelajar adalah mustahak
agar penulisan karangan pelajar tidak terpesong daripada kehendak
soalan dan peroleh markah yang baik dan cemerlang. Selain itu,
penggunaan tatabahasa dan frasa-frasa yang baik akan menarik
perhatian pembaca atau penanda kertas.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/peranan-masyarakat-membendung-jenayah-negara.html 1/5
05/02/2022, 23:02 Peranan Masyarakat Dalam Membendung Jenayah Negara

1. Peranan Masyarakat Dalam Membendung Dan Membanteras


Jenayah Negara
2. Contoh Karangan Tanggungjawab Masyarakat Dalam Membendung
Jenayah Negara

Peranan Masyarakat Dalam


Membendung Dan Membanteras
Jenayah Negara

Isi-isi penting
melaporkan kegiatan jenayah
menunjukkan teladan yang baik
menganjurkan acara kemasyarakatan
memperkasa pendidikan sivik
membentuk jawatankuasa keselamatan
mempelajari seni mempertahankan diri

Baca juga: Koleksi Peribahasa Melayu Serta Maksudnya

Contoh Karangan Tanggungjawab Masyarakat


Dalam Membendung Jenayah Negara
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/peranan-masyarakat-membendung-jenayah-negara.html 2/5
05/02/2022, 23:02 Peranan Masyarakat Dalam Membendung Jenayah Negara

Dalam meniti arus kemodenan ini, kita sering kali digemparkan dengan
berita perlakuan jenayah-jenayah yang berlaku dalam negara sehingga
membuatkan kita bimbang akan keselamatan diri dan orang yang
tersayang. Peningkatan kes-kes jenayah yang semakin hari semakin
banyak amat merunsingkan kita sebagai penduduk tanah air ini.
Jenayah seperti gengsterisme, vandalisme, bunuh, rogol, ragut,
pengedaran dadah, rasuah, pelacuran dan sebagainya kerap menghiasi
dada-dada akhbar, dan media massa yang lain. Pelbagai mekanisme
yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan untuk membantu
mengurangkan kadar jenayah yang berlaku dalam negara namun
perlakuan negatif ini sentiasa menemui jalan untuk dilakukan oleh orang
yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, kita sebagai masyarakat
haruslah memainkan peranan dalam membendung perlakuan jenayah
yang merosakkan keharmonian negara yang kita cintai.

Isi 1
Masyarakat sebenarnya merupakan mata-mata kepada semua pihak
berkuasa yang menjadi badan pelaksana undang-undang negara.
Keupayaan pegawai polis untuk memastikan tiada sebarang jenayah
berlaku adalah mustahil. Namun, kita sebagai warganegara yang
prihatin sewajarnya melaporkan setiap perlakuan yang mencurigakan
dan mempunyai unsur jenayah kepada pihak berkuasa seperti polis dan
sebagainya. Kecanggihan teknologi hari ini memberikan kelebihan
kepada kita untuk merakam atau mengambil gambar sebagai bukti
perlakuan jenayah berlaku dalam pemerhatian kita. Pemasangan
kamera di kereta telah menunjukkan contoh terbaik penggunaan
teknologi masa kini untuk mencekup pelaku jenayah trafik. Justeru,
tindakan melaporkan perlakuan jenayah adalah tanggungjawab utama
masyarakat dalam membanteras perlakuan jenayah dalam negara.

Isi 2
Pada masa yang sama, kita sebagai ahli masyarakat seharusnya
sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada orang sekeliling kita.
Pengaruh orang sekeliling seperti rakan sekerja, keluarga atau rakan
sekolah memberi impak kepada perlakuan seseorang individu itu. Jika
baik pengaruh sekelilingnya maka baiklah tingkah laku mereka dalam
menghadapi liku-liku kehidupan. Tetapi jika orang sekeliling kita
memberi pengaruh negatif maka buruklah implikasinya kelak kepada diri
dan masyarakat terutamanya. Persis kata mutiara, buat baik berpada-
pada, buat jahat jangan sekali. Maka, masyarakat konvensional ini perlu
berubah menjadi inteligensia dalam memastikan nilai kehidupan kita
bertambah baik dan membuang perlakuan negatif dalam diri dan
masyarakat. Prakarsa ini boleh dijayakan juga dengan input daripada
https://www.ipendidikan.my/peranan-masyarakat-membendung-jenayah-negara.html 3/5
05/02/2022, 23:02 Peranan Masyarakat Dalam Membendung Jenayah Negara

media massa dan kerajaan kerana pengaruh mereka dalam membuka


mata dan pandangan hati setiap ahli masyarakat.

Isi 3
Selain itu, bagi mengelakkan aktiviti-aktiviti jenayah ini sering berlaku,
kita boleh menganjurkan acara kemasyarakatan yang melibatkan semua
orang tanpa ada had umur dan latar belakang. Dewasa ini, pelbagai
syarikat-syarikat koporat yang semakin berjaya dan mereka seharusnya
melaksana tanggungjawab sosial korporat mereka dengan lebih
berkesan. Aktiviti seperti gotong-royong dan pembersihan kawasan
perumahan atau tempat-tempat awam dengan penyertaan setiap ahli
masyarakat akan memastikan masa terluang yang ada digunakan untuk
faedah bersama. Tambahan pula, aktiviti sukan seperti futsal, larian
maraton dan berbasikal yang semakin mendapat perhatian belia
terutamanya perlulah disemarakkan agar mereka dapat manfaat yang
berguna untuk diri dan masa santai mereka digunakan sebaiknya serta
membendung perlakuan jenayah. Secara tidak langsung, masyarakat
bersukan akan melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup
sihat.

Isi 4
Seterusnya, pendidikan sivik dan moral dalam kalangan pelajar wajar
untuk diperkasakan supaya masyarakat mendapat manfaat dalam
mencegah perlakuan jenayah. Bak kata peribahasa Melayu, melentur
buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud kita seharusnya mendidik
anak bangsa kita dari kecil dengan nilai-nilai sivik dan murni yang kita
inginkan supaya kelak membuahkan hasil yang baik. Pemerkasaan
pendidikan sivik ini akan membantu golongan pelajar untuk lebih
berfikiran terbuka dan kritis dalam menilai sesuatu situasi yang berlaku
dalam kehidupan. Penayangan atau pertunjukkan senario yang sering
berlaku dalam masyarakat kemudiannya dijelaskan dan ditelusuri
bersama oleh guru dan pelajar dalam pendidikan sivik akan membantu
mereka menjadi lebih waras dan bertoleransi dalam masyarakat kita
yang majmuk ini. Sikap keterbukaan dan toleransi akan membantu kita
menambah kesepaduan kaum dan menyemarakkan kehidupan
bermasyarakat tanpa ancaman jenayah.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai peranan yang penting harus dilaksana oleh
setiap ahli masyarakat dalam membendung jenayah negara. Kita perlu
berganding bahu bagi memastikan langkah yang proaktif diambil supaya
kadar jenayah yang membawa virus epidimik ini dan akan menjatuhkan

https://www.ipendidikan.my/peranan-masyarakat-membendung-jenayah-negara.html 4/5
05/02/2022, 23:02 Peranan Masyarakat Dalam Membendung Jenayah Negara

imej negara di mata dunia dapat dikurangkan. Seterusnya, ia dapat


menjamin keselamatan diri dan keluarga kita serta memberikan harapan
yang tinggi untuk generasi masa hadapan berasa selamat dan hidup
aman sentosa. Tindakan tegas pihak berkuasa dan keprihatinan
masyarakat akan memastikan kita diri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan negara lain yang selamat untuk didiami dan cemerlang
dalam pelaksanaan aktiviti ekonomi mereka. Negara yang selamat akan
menarik perhatian seantero dunia dalam menjadi contoh sekaligus dapat
membantu dunia mencegah jenayah antarabangsa.

https://www.ipendidikan.my/peranan-masyarakat-membendung-jenayah-negara.html 5/5
05/02/2022, 23:00 Peranan Masyarakat Dalam Menjurus Kesejahteraan Hidup

Karangan

Peranan Masyarakat Dalam Menjurus


Kesejahteraan Hidup/ Masyarakat
Penyayang

Ipendidikan » Karangan » Peranan Masyarakat Dalam Menjurus


Kesejahteraan Hidup/ Masyarakat Penyayang
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:12 pm, 25 Jun 2020

Penulisan Karangan Bahasa Melayu terdiri daripada pelbagai tema dan


tajuk yang berpotensi menjadi soalan untuk menguji kemampuan
pelajar. Ini merupakan antara faktor yang menjadikan mata pelajaran
Bahasa Melayu sukar bagi sebahagian pelajar yang tidak menguasai
penggunaan Bahasa Melayu dan tidak terdedah dengan jenis-jenis
karangan yang menjadi soalan. Oleh itu, berikut dikongsikan contoh
karangan peranan masyarakat dalam menjurus kesejahteraan hidup
untuk rujukan semua.

Bagi menghasilkan penulisan karangan yang baik, pelajar bukan sahaja


perlu menguasai penggunaan Bahasa Melayu tetapi pelajar perlu cakna
berkenaan pengetahuan am dan isu-isu semasa. Anda boleh membaca
surat khabar sebagai sumber yang sahih atau melakukan perbualan
atau perbincangan dengan guru atau ibu bapa mengenai sesebuah isu
yang kerap dilihat di media mahupun kehidupan pelajar. Selain itu,
penggunaan peribahasa Melayu dan frasa-frasa menarik mampu

https://www.ipendidikan.my/peranan-masyarakat-dalam-menjurus-kesejahteraan-hidup.html 1/5
05/02/2022, 23:00 Peranan Masyarakat Dalam Menjurus Kesejahteraan Hidup

menjadikan penulisan karangan pelajar cemerlang sekiranya ia


bertepatan dengan huraian pelajar.

Isi Kandungan [Tutup]

1. Peranan Penting Masyarakat Dalam Menjurus Kesejahteraan Hidup


2. Contoh Karangan Peranan Masyarakat Dalam Menjurus
Kesejahteraan Hidup

Peranan Penting Masyarakat Dalam


Menjurus Kesejahteraan Hidup
Isi-isi penting
Mengenali dan menghormati latar belakang masyarakat
Pembudayaan nilai-nilai murni
Menyertai aktiviti kemasyarakatan
Menjadi mata-mata kepada penguasa
Mengutamakan kesihatan rohani dan fizikal
Mengukuhkan sifat patriotisme dalam masyarakat

Baca juga: Cara Mengira Berapa Patah Perkataan Dalam Karangan BM

Contoh Karangan Peranan Masyarakat Dalam


Menjurus Kesejahteraan Hidup

https://www.ipendidikan.my/peranan-masyarakat-dalam-menjurus-kesejahteraan-hidup.html 2/5
05/02/2022, 23:00 Peranan Masyarakat Dalam Menjurus Kesejahteraan Hidup

Pendahuluan
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di
persada dunia. Disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai
permasalahan kemasyarakatan yang mengancam kesejahteraan hidup
rakyat berbilang kaum. Isu-isu rasisme menjadi tajuk berita dan polemik
yang dibincangkan oleh ahli masyarakat dek kerana berlaku kes seperti
pemandu mabuk melanggar mangsa sehingga kehilangan nyawa.
Namun begitu, terdapat pihak yang mengambil kesempatan terhadap
isu ini sebagai bahan politik untuk kepentingan diri dan prinsip yang
tidak sihat dalam masyarakat majmuk di negara ini. Persis kata
peribahasa Melayu, seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Sebagai ahli masyarakat yang berinteraksi dan
menjalani kehidupan antara satu sama lain pada setiap hari, kita
seharusnya sedar dan mengetahui peranan dalam mencipta
kesejahteraan hidup kita supaya ia kekal harmoni. Maka, wajar untuk
kita bincangkan persoalan mengenai apakah peranan masyarakat
dalam menjurus kesejahteraan hidup di dalam negara Malaysia.

Isi 1
Prakarsa utama dalam melaksanakan peranan sebagai ahli masyarakat
adalah untuk mengenali antara satu sama lain. Pepatah Melayu berkata,
tak kenal maka tak cinta yang bermaksud, kita seharusnya mengenali
dan memahami dahulu masyarakat yang tinggal di sekeliling barulah kita
boleh menghormati dan mencintai antara satu sama lain. Malaysia
merupakan negara yang unik jika dibandingkan dengan negara-negara
asing yang lain kerana kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan
agama. Senario ini berlaku kerana faktor penjajahan yang membawa
masuk pelbagai kaum dan mengasingkan sosioekonomi setiap bangsa
pada ketika itu. Namun, setelah mengecapi kemerdekaan, jurang
perbezaaan antara kaum semakin berkurangan dan kesamaa rataan
boleh dicapai kerana perpaduan yang terjalin antara masyarakat kita.
Kewujudan keturunan baba nyonya atau peranakan menjadi bukti kukuh
bahawa integrasi antara kaum boleh dicapai dan keharmonian
masyarakat dan kesejahteraannya terjamin. Perpaduan merupakan
konsep yangmudah dan senang untuk diamalkan jika keterbukaan
dalam mengenali dan menghormati budaya dan agama lain dapat
diterapkan dalam diri setiap individu. Kesannya, pengenalan dan
pemahaman antara satu sama lain akan membuka ruang kepada nilai
toleransi dan hormat-menghormati kerana ia merupakan kunci kepada
kemakmuran hidup bermasyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Isi 2
https://www.ipendidikan.my/peranan-masyarakat-dalam-menjurus-kesejahteraan-hidup.html 3/5
05/02/2022, 23:00 Peranan Masyarakat Dalam Menjurus Kesejahteraan Hidup

Peranan lain yang wajar dilaksanakan bukan sahaja oleh masyarakat di


dalam Malaysia malahan masyarakat di seluruh dunia adalah
pembudayaan nilai-nilai murni. Kalau kita lihat tamadun manusia pada
dekad ini mencapai kemajuan yang tidak pernah dicapai dalam
ketamadunan manusia yang dicatat dalam sejarah. Justeru, kita
seharusnya mencorak kemajuan sejagat dari setiap segi terutamanya
dalam kesejahteraan hidup. Peperangan dan penjajahan bukan lagi satu
perkara yang masyarakat mahukan sebaliknya adalah kesejahteraan
hidup dan memanfaatkan teknologi dalam memudahkan urusan harian.
Oleh itu, kemajuan ini boleh dikekalkan dengan mengamalkan nilai-nilai
murni seperti nilai tolak ansur, hormat-menghormati, baik hati,
keselamatan, cinta dan belas kasihan, kebijaksanaan dan
kesederhanaan sebagai asas sistem kemasyarakatan. Misalnya jika kita
melihat orang yang dalam kesusahan tanpa melihat kaum atau
agamanya, kita seharusnya membantu individu tersebut dalam kapasiti
yang kita mampu. Hal ini demikian kerana, perbuatan baik pasti akan
dibalas dengan kebaikan. Intihannya, jika kebanyakan di antara kita
sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan, masyarakat
akan menjadi lebih tenteram dan aman untuk tinggal dan duduk
bersama-sama membina negara ke arah yang lebih baik.

Isi 3
Di samping itu, kesejahteraan hidup bermasyarakat dapat dijamin
dengan penyertaan setiap ahlinya dalam aktiviti sosial seperti aktiviti
bergotong-royong dan rukun tetangga. Penglibatan secara langsung
dalam aktiviti seperti gotong-royong bukan sahaja dapat mengeratkan
silaturahim antara jiran tetangga malah dapat memastikan kebersihan
kawasan setempat terjaga. Selain itu, aktiviti persatuan seperti Rukun
Tetangga juga adalah antara inisiatif yang baik untuk dilaksanakan oleh
ahli-ahli masyarakat. Hal ini demikian kerana tugasan secara bergilir-gilir
membuat rondaan di kawasan tempat tinggal untuk menjaga
keselamatan keluarga dan jiran tetangga adalah amalan yang murni.
Tambahan pula, dengan melibatkan diri dalam komuniti setempat, kita
dapat menyalurkan masalah dan kerunsingan yang dihadapi dengan
lebih jelas kerana suara yang dibawakan oleh sekumpulan adalah lebih
kuat berbanding suara secara berseorangan. Bak kata mutiara,
sebatang lidi mudah patah tetapi apabila menjadi penyapu, ia menjadi
kuat dan kukuh.

Isi 4
Dalam waktu yang sama, masyarakat juga sepatutnya menjadi mata-
mata kepada pihak penguasa terhadap aktiviti yang salah disisi undang-
undang dan mendatangkan keraguan. Lambakan warga asing yang
https://www.ipendidikan.my/peranan-masyarakat-dalam-menjurus-kesejahteraan-hidup.html 4/5
05/02/2022, 23:00 Peranan Masyarakat Dalam Menjurus Kesejahteraan Hidup

menjadi dasar kepada kerajaan telah meletakkan masyarakat kita


semakin waspada terhadap jenayah yang semakin meningkat dalam
kalangan warga asing. Justeru, sebagai warganegara yang
bertanggungjawab, setiap di antara kita berhak untuk melaporkan
sebarang kesalahan yang berlaku di kawasan setempat yang
mengancam kesejahteraan hidup. Pihak berkuasa juga seharusnya
bersikap tegas dan mengutamakan intergriti dalam melaksanakan tugas
dan menjamin kesejahteraan hidup masyarakat tempatan. Oleh itu,
masyarakat perlu membuka minda dan bersikap cakna dalam memilih
pemimpin yang berkelayakan untuk mewakili masyarakat dalam
kerajaan negeri mahupun persekutuan agar agenda kesejahteraan
rakyat menjadi dasar utama yang akan diperjuangkan. Jika ditelusuri,
individu-individu yang dilantik ke jawatan yang mempunyai kuasa
majoritinya dibayar daripada hasil kutipan cukai rakyat-rakyat marhaen.
Justeru, tidak boleh dinafikan bahawa pemimpin seharusnya bekerja
demi kesejahteraan masyarakat dan masyarakat perlu bijak dalam
mengusulkan perkara-perkara yang dapat menjamin kesejahteraan
hidup.

Penutup
Secara tuntas, banyak peranan masyarakat yang telah dihurai supaya ia
menjurus ke arah kesejahteraan hidup bermasyarakat di dalam
Malaysia. Jika kita telah mengecapi kemerdekaan lebih daripada 60
tahun, sudah pasti kita mampu mengekalkan malah mengukuhkan
perpaduan antara satu sama lain bagi tahun-tahun yang mendatang.
Peribahasa Melayu berkata, bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat. Semoga masyarakat Malaysia menjadi
contoh kepada masyarakat dunia bahawa perpaduan antara kaum,
bangsa dan agama boleh dicapai. Permainan persepsi dan diskriminasi
daripada pihak yang tidak gemar akan perpaduan pasti akan timbul.
Oleh itu, setiap negara harus membina mekanisme kerjasama yang
kukuh untuk setiap komuniti bagi memastikan sistem nilai sejagat dapat
dipupuk dan dipelihara sehingga melahirkan generasi yang melazimi
kesejahteraan hidup sebagai nilai utama ketamadunan manusia.

https://www.ipendidikan.my/peranan-masyarakat-dalam-menjurus-kesejahteraan-hidup.html 5/5
05/02/2022, 23:01 Peranan Rakyat Untuk Menjaga Keselamatan Negara

Karangan

Peranan Rakyat Dalam Menjaga


Keselamatan Negara

Ipendidikan » Karangan » Peranan Rakyat Dalam Menjaga


Keselamatan Negara
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:12 pm, 19 Julai 2020

Soalan berkaitan penulisan karangan Bahasa Melayu lazimnya adalah


berkaitan dengan isu semasa. Oleh itu, pelajar perlu peka dengan
sentiasa mengikuti berita dalam dan luar negara bagi memastikan anda
mempunyai idea atau isi untuk diolah dalam penulisan karangan
masing-masing. Antara soalan yang boleh dikeluarkan adalah berikan
pandangan terhadap peranan rakyat untuk menjaga keselamatan
negara. Di bawah adalah contoh karangan yang boleh dijadikan rujukan
oleh pelajar.

Bagi membantu menghasilkan penulisan karangan yang baik, pelajar


perlu meminimakan kesalahan bahasa seperti kesalahan ejaan dan
penggunaan tatabahasa pada ayat yang tidak tepat. Selain itu,
memasukkan frasa-frasa menarik seperti penanda wacana dan
simpulan bahasa mampu menjadikan penulisan karangan pelajar lebih
cemerlang berbanding rakan sekelas anda. Oleh itu, latihan tambahan
adalah cara yang baik bagi memastikan pelajar sentiasa bersedia untuk
mengolah setiap jenis soalan karangan yang diberikan dengan
cemerlang.

https://www.ipendidikan.my/peranan-rakyat-menjaga-keselamatan-negara.html 1/5
05/02/2022, 23:01 Peranan Rakyat Untuk Menjaga Keselamatan Negara

Isi Kandungan [Tutup]

1. Peranan Rakyat Untuk Menjaga Keselamatan Dan Mengekalkan


Kedaulatan Negara
2. Contoh Karangan Peranan Rakyat Untuk Menjaga Keselamatan
Negara

Peranan Rakyat Untuk Menjaga


Keselamatan Dan Mengekalkan
Kedaulatan Negara
Isi-isi penting
Mengaktifkan rukun tetangga
Melaporkan kepada pihak berkuasa
Mempelajari, menghormati dan bertoleransi sesama masyarakat
Memilih pemimpin yang betul dan tepat
Menanam sifat patriotisme dalam kalangan rakyat
Kempen kesedaran tentang keselamatan negara

Baca juga: Cara Mengira Bilangan Patah Perkataan Dalam Karangan

Contoh Karangan Peranan Rakyat Untuk


Menjaga Keselamatan Negara
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/peranan-rakyat-menjaga-keselamatan-negara.html 2/5
05/02/2022, 23:01 Peranan Rakyat Untuk Menjaga Keselamatan Negara

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di


segenap empat penjuru dunia ini tentang isu keselamatan negara yang
mudah terancam dek kerana kemajuan teknologi hari ini. Keselamatan
negara boleh didefinisikan sebagai cara atau kaedah yang digunakan
oleh sebuah kerajaan atau negara mempertahankan hak dan milikan
negara tersebut daripada ancaman. Selain itu, kemampuan negara
dalam mengekalkan nilai teras negara sebagai contoh di Malaysia di
mana masyarakat hidup berbilang kaum, agama dan bangsa.
Tanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara bukan
sahaja bergantung kepada pemimpin dan anggota keselamatan seperti
tentera dan pegawai polis sahaja. Sebaliknya, rakyat adalah tunjang
yang akan memastikan keselamatan negara berada di tahap yang baik
dan aman. Oleh itu, mari kita senaraikan peranan sebagai seorang
rakyat yang cinta akan negara bagi menjaga keselamatan tanah air ini.

Isi 1
Peranan utama rakyat dalam memastikan keselamatan negara berada
di tahap yaang baik adalah dengan menjaga keselamatan kawasan
berdekatan masing-masing seperti kawasan perumahan dan
perkampungan. Pihak kerajaan telah memperkenalkan satu model yang
diberi nama sebagai Rukun Tetangga di mana keselamatan dan
kesejahteraan penduduk sekitar dipantau oleh jawatankuasa yang terdiri
daripada penduduk sendiri. Rukun tetangga merupakan inisisatif bagi
penduduk atau rakyat bekerjasama dengan jirang tetangga untuk
memastikan keselamatan masing-masing. Bagi menutup ruang yang
tidak dapat diisi oleh pegawai polis dalam memantau semua kawasan
dalam negara, penubuhan rukun tetangga adalah mustahak bagi
membantu pihak berkuasa mengesan sebarang ancaman keselamatan
terhadap penduduk sekitar mahupun negara secara amnya. Justeru,
pengaktifan jawatankuasa Rukun Tetangga hendaklah dilaksanakan
dengan cara yang memudahkan penduduk seperti penggunaan aplikasi
telefon pintar. Segala info dan maklumat boleh dikongsi secara cepat
dan ringkas melalui telefon pintar serta sampai kepada semua orang
yang mungkin terkena kesan atau akibat daripada maklumat tersebut.

Isi 2
Selain itu, rakyat perlu sedar bahawa mereka adalah mata-mata kepada
setiap pihak berkuasa di negara ini. Sebagai rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab, kita sewajarnya melaporkan kepada pihak berkuasa
sekiranya kita menjumpai atau menyaksikan perkara yang
mencurigakan berlaku di hadapan mata. Masyarakat hari ini lebih gemar
untuk merakam dan menularkan perkara yang mereka rasa salah disisi
undang-undang dan membiarkan perkara tersebut berlaku. Sebaliknya,
https://www.ipendidikan.my/peranan-rakyat-menjaga-keselamatan-negara.html 3/5
05/02/2022, 23:01 Peranan Rakyat Untuk Menjaga Keselamatan Negara

golongan ini perlu melaporkan kesalahan undang-undang yang berlaku


kepada pihak polis dan meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk
menjalan siasatan atau tugas mereka. Tambahan pula, pelbagai cara
yang mudah untuk msyarakat berhubung dengan pihak berkuasa hari ini
hanya dengan menggunakan hujung jari. Kemudahan ini wajar
dimanfaatkan jika dibandingkan dengan zaman dahulu yang
memerlukan kita melaporkan di kaunter pejabat dan memakan masa
yang lama. Oleh itu, sekiranya masyarakat prihatin bekerjasama dengan
pihak berkuasa yang komited dan tegas dalam melaksanakan tugas,
pasti keselamatan dan keamanan negara secara domestik dapat dicapai
dengan lebih baik.

Isi 3
Seterusnya, rakyat di negara Malaysia terutamanya yang terdiri
daripada berbilang kaum, agama dan bangsa perlu memahami, bertolak
ansur dan berfikiran terbuka dengan setiap anggota masyarakat.
Polemik ini tiap kali menjadi perbualan dalam masyarakat dimana ia
akan mencetuskan perkara yang berakhir dengan kerugian semata-
mata. Rakyat hari ini sepatutnya lebih berfikiran matang dan mengelak
daripada menggunakan anasir-anasir yang berbaur perbezaan agama
dan kaum demi mencapai kepentingan diri masing-masing. Perpaduan
antara masyarakat adalah penting bagi melahirkan generasi yang
progresif dan mengejar kemajuan pada masa kini dan akan datang. Jika
ada diantara kita yang masih mempertikaikan perkara yang telah
diselesaikan dahulu dengan kemerdekaan dan pengenalan Rukun
Negara, golongan tersebut perlu sedar bahawa kejayaan bersama
adalah hasil usaha bersama-sama. Maka jika kita ingin melihat negara
kita mengecapi kemajuan dan bersaing dengan negara-negara lain
terutamanya dari segi keselamatan negara, kita perlu berganding bahu
melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan mematuhi undang-
undang yang telah ditetapkan. Bak kata peribahasa Melayu, bersatu
teguh, bercerai roboh.

Isi 4
Akhir sekali, keselamatan negara juga sebenarnya menjadi kuasa atau
pertimbangan daripada pemimpin negara yang menjadi hak rakyat untuk
memilih individu yang paling berkelayakan untuk membuat keputusan-
keputusan penting demi negara. Amalan demokrasi di negara kita
adalah baik dan diterima oleh rakyat di mana hak asasi rakyat menjadi
tunjang pemilihan blok kerajaan setiap kali pilihan raya berlangsung.
Oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya meletakkan individu yang paling
berkelayakan dengan kedudukannya untuk mengurus hal ehwal
keselamatan negara. Pemimpin tersebut hendaklah mempunyai latar
https://www.ipendidikan.my/peranan-rakyat-menjaga-keselamatan-negara.html 4/5
05/02/2022, 23:01 Peranan Rakyat Untuk Menjaga Keselamatan Negara

belakang yang berkaitan dengan portfolio yang dipegang serta


mempunyai imej, iltizam dan wawasan yang jelas untuk dicapai.
Pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat adalah pemimpin yang
memastikan kesejahteraan penduduk terjamin dan masyarakat berasa
selamat untuk menikmati kehidupan di tanah air ini. Selain itu, individu
yang bertanggungjawab untuk mengemudi barisan pertahanan negara
juga wajar bertrampilan tinggi dan pandai untuk menjaga hubungan
dengan negara asing di mana hubungan multilateral yang sihat akan
menjamin keselamatan dan ekonomi negara dalam tahap yang baik.

Penutup
Konklusinya, rakyat memainkan peranan yang mustahak dalam
memastikan keselamatan negara terjamin daripada ancaman-ancaman
yang mendatang. Pihak berkuasa dan masyarakat hari ini perlu sedar
ancaman yang mampu mengancam keselamatan negara bukan sahaja
datang dari segi peperangan sahaja malahan serangan siber dan
penularan wabak penyakit berjangkit juga berpotensi melumpuhkan
keselamatan sesebuah negara. Oleh itu, kerjasama multilateral dengan
pelbagai negara harus dijalankan sepanjang masa bagi memastikan
negara kita tidak ketinggalan daripada langkah keselamatan untuk masa
akan datang. Sebagai rakyat, kita harus sentiasa cakna dan
melaksanakan tanggungjawab kita untuk memastikan keselamatan
negara sentiasa berada di tahap terbaik supaya anak dan cucu kita
dapat menjalani kehidupan yang sejahtera dan aman seperti di zaman
kita sekarang.

https://www.ipendidikan.my/peranan-rakyat-menjaga-keselamatan-negara.html 5/5
05/02/2022, 22:59 Peranan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Karangan

Peranan Unit Bimbingan Dan


Kaunseling Di Sekolah (Karangan)

Ipendidikan » Karangan » Peranan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di


Sekolah (Karangan)
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:30 pm, 4 Februari 2021

Dalam menguji kemampuan pelajar dalam sesuatu penguasaan bahasa


adalah dengan penilaian penulisan karangan ataupun esei. Bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, pelajar perlu menulis karangan berdasarkan
soalan yang diberikan yang terdiri daripada pelbagai tema dan tajuk. Di
bawah adalah contoh karangan peranan unit bimbingan dan kaunseling
di sekolah sebagai panduan buat pelajar.

Topik penulisan karangan seperti di bawah menguji kebolehan pelajar


untuk memberikan isi-isi penting yang bernas dan menarik. Sebagai
seorang pelajar di sekolah, anda tentunya pernah mendapatkan sesi
kaunseling bersama guru kaunseling anda. Maka, cuba kaitkan
pengalaman anda ke dalam penulisan karangan tersebut dan huraikan
dengan fakta atau contoh yang berkaitan.

https://www.ipendidikan.my/peranan-unit-bimbingan-dan-kaunseling.html 1/5
05/02/2022, 22:59 Peranan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kepentingan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah


2. Contoh Karangan Peranan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di
Sekolah

Kepentingan Bimbingan Dan


Kaunseling Di Sekolah
Isi-isi penting
Menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar
Membantu murid meningkatkan nilai dalam diri
Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi murid di sekolah
Memberikan bimbingan kerjaya

Baca juga: Kenapa Malaysia Adalah Sebuah Lokasi Pelancongan


Terbaik?

Contoh Karangan Peranan Unit Bimbingan


Dan Kaunseling Di Sekolah
Pendahuluan
Setiap institusi pendidikan di dalam negara mempunyai unit bimbingan
dan kaunseling. Pada hemah saya, unit ini adalah penting untuk
diwujudkan di setiap sektor kerana kita memerlukan bimbingan dan
kaunseling tanpa mengira usia. Apatah lagi di institusi pendidikan seperti
https://www.ipendidikan.my/peranan-unit-bimbingan-dan-kaunseling.html 2/5
05/02/2022, 22:59 Peranan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

sekolah yang menjadi alma mater kepada ahli masyarakat yang muda-
mudi. Dengan peningkatan permasalahan sosial dalam kalangan pelajar
pada masa ini, unit bimbingan dan kaunseling di setiap sekolah
mempunyai obligasi yang ulung agar generasi muda dapat dibentuk
dengan keperibadian yang baik. Saya menegaskan kita perlu
memegang kepada peribahasa Melayu, ingat antara belum kena, hemat
antara belum habis. Oleh itu, wajar untuk kita kupas satu per satu akan
tanggungjawab unit bimbingan dan kaunseling di sekolah supaya
memberi faedah kepada semua.

Isi 1
Fungsi utama unit bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah untuk
menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar. Guru-guru merupakan
golongan manusia yang lebih tua berbanding kumpulan pelajar dan
sudah lama makan garam. Disebabkan itu, pelajar memerlukan nasihat
yang bermanfaat daripada guru yang mempunyai pengalaman hidup
lebih lama berbanding pelajar mereka. Tetapi ia tidak membawa maksud
bahawa setiap nasihat guru adalah betul dan perlu diikuti oleh pelajar.
Mereka hanya perlu membimbing dan memberikan contoh atau senario
yang bakal berlaku sekiranya pelajar membuat pilihan untuk melakukan
sesuatu. Pelajar pula perlu bersikap terbuka dalam menerima nasihat
guru dengan membuang keruh dan mengambil yang jernih. Misalnya
pelajar mempunyai masalah untuk memakai pakaian sekolah dengan
kemas, guru hendaklah menasihati mereka bahawa pakaian beruniform
perlu dibiasakan sejak sekolah kerana kelak apabila bekerja kita sudah
biasa kelihatan kemas dan selesa dengan pemakaian tersebut.
Intihannya, penjelasan dan kata-kata hikmah daripada guru dapat
membantu murid.

Isi 2
Selain itu, fungsi unit bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah untuk
membantu murid meningkatkan nilai dalam diri masing-masing. Pelajar
yang berumur setahun jagung mungkin tidak mengetahui potensi diri
mereka. Maka guru-guru dan ibu bapa seharusnya berperanan dalam
mencungkil setiap potensi yang dimiliki oleh pelajar supaya mereka
dapat bersedia demi masa hadapan mereka. Nilai tambah pada diri pula
boleh dipupuk oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah dengan
menganjurkan kem motivasi atau program-program yang berkaitan.
Perkara ini dapat membantu membina disiplin dan jati diri pelajar supaya
cekal dan kekal berusaha untuk mencapai kejayaan dalam apa bidang
sekali pun. Situasi ini perlu dikaitkan dengan pelajar yang tidak gemar
dalam bidang akademik kerana mereka menganggap diri mereka gagal.
Sebaliknya, pelbagai perkara yang mereka boleh ceburi seperti bidang
https://www.ipendidikan.my/peranan-unit-bimbingan-dan-kaunseling.html 3/5
05/02/2022, 22:59 Peranan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

sukan untuk berjaya dan mendapat karier kerjaya yang stabil pada masa
hadapan. Persis kata peribahasa belakang parang pun kalau diasah
nescaya tajam.

Isi 3
Fungsi lain unit bimbingan dan kaunseling di sekolah ialah membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah. Antara
situasi yang sering berlaku adalah tidak dapat fokus ketika belajar atau
tidak selesa bergaul dengan rakan sekelas. Justeru, guru yang
berkhidmat di bahagian bimbingan dan kaunseling hendaklah mudah
didekati oleh pelajar supaya mereka dapat meluahkan masalah yang
dihadapi. Setelah menerima aduan pelajar, maka guru boleh menyiasat
dan melaksanakan tindakan yang terbaik bagi setiap pihak tanpa perlu
sebarang pergaduhan antara anak murid dan juga melibatkan pihak
pentadbiran sekolah. Selain itu, terdapat pelajar yang mempunyai
masalah keluarga sehingga menjejaskan prestasi di sekolah. Tetapi
dengan bimbingan dan kaunseling yang bersesuaian oleh guru, pelajar
tersebut mampu untuk mencapai kecemerlangan di sekolah walaupun
tanpa sokongan keluarga. Permasalahan murid mungkin membebankan
sesetengah guru dan di sinilah unit bimbingan dan kaunseling di sekolah
perlu memainkan peranan yang penting.

Isi 4
Akhir sekali, unit bimbingan dan kaunseling di sekolah mempunyai
obligasi dalam memberikan bimbingan kerjaya kepada murid-murid.
Dalam mendepani zaman yang penuh daya saing ini, ramai pelajar yang
mempunyai tekanan serta bingung dengan laluan kerjaya yang bakal
mereka ambil. Dengan masalah ekonomi dan pandemik yang melanda
dunia, mereka seolah-olah seperti layang-layang yang terputus talinya.
Guru kaunseling boleh membimbing pelajar dengan menyesuaikan
minat pelajar dengan peluang kerjaya yang ada pada masa kini. Pelajar
juga harus diingatkan bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai
kejayaan seperti yang dimomok-momokan di media arus perdana atau
media sosial. Bak kata peribahasa Melayu, berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian. Dengan bimbingan yang betul, pelajar dapat memastikan
mereka fokus kepada bidnag pengajian yang akan digunakan kelak
dalam kerjaya mereka.

Penutup
Sebagai kesimpulan, unit bimbingan dan kaunseling di sekolah
memainkan peranan yang penting buka sahaja dari aspek pelajar di

https://www.ipendidikan.my/peranan-unit-bimbingan-dan-kaunseling.html 4/5
05/02/2022, 22:59 Peranan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

sekolah malah dalam membentuk anggota masyarakat. Kita seharusnya


menghormati dan meraikan para guru yang banyak berkorban dan
melayan kita seperti anak-anak mereka sendiri. Ibarat kata-kata
cendiakawan, guru merupakan lilin kepada murid-murid yang
menyuluhkan cahaya kepada jalan yang bakal dilalui oleh pelajar. Pihak
berkuasa seharusnya memantapkan lagi unit bimbingan dan kaunseling
bukan sahaja pada sektor pendidikan tetapi kepada semua sektor di
dalam negara supaya kita dapat membantu individu yang memerlukan
motivasi dalam mendepani dugaan atau cabaran yang menguji
kehidupan masing-masing. Sekiranya setiap di antara kita dibekalkan
dengan motivasi dan iltizam yang tinggi, pastinya masyarakat berminda
kelas pertama dapat dihasilkan seterusnya membawa negara ke arah
kemajuan sejagat.

Related : untuk menghadapi mengecap kemaslahatan yang dibawa


bermain main dalam gawang main dalam gawang minda dibincangkan
secara terperinci pelajar dapat mengubah kaunseling di sekolah
mestilah sekolah mestilah para pelajar menghuraikan peranan unit
bimbingan dibawa oleh unit persoalan ini akan dibincangkan terperinci
hingga ke akar persoalan yang bermain main akar umbi sebentar guru
bimbingan dan kaunseling pelajar dapat mengecap kemaslahatan,
pelajar yang bakal smk seri untuk memastikan jawapan soalan spm
2017

https://www.ipendidikan.my/peranan-unit-bimbingan-dan-kaunseling.html 5/5
05/02/2022, 23:05 Persediaan Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan

Karangan

Persediaan Menempuh Alam


Pekerjaan Untuk Remaja Atau
Graduan

Ipendidikan » Karangan » Persediaan Menempuh Alam Pekerjaan


Untuk Remaja Atau Graduan
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:19 pm, 28 Mei 2020

Pekerjaan adalah lumrah manusia yang menjadi khalifah dimuka bumi


ini. Maka soalan yang berkaitan bidang pekerjaan menjadi pilihan guru
untuk menguji para pelajar dalam penulisan karangan. Pelajar boleh
merujuk idea dan isi sebagai panduan dalam menjawab latihan atau
menghadapi peperiksaan kelak. Berikut adalah contoh isi dan karangan
berkaitan dengan persediaan menempuh alam pekerjaan untuk
golongan remaja ataupun graduan.

Untuk menjawab soalan seperti ini, pelajar perlu merujuk kepada orang
yang berpengalaman seperti ibu dan bapa pelajar. Pelajar juga sedikit
sebanyak dapat mengambil iktibar dan mempelajari apa yang perlu
dilakukan sebelum menempuh alam pekerjaan misalnya. Justeru, bagi
menguasai penulisan karangan Bahasa Melayu, pelajar bukan sahaja
memerlukan latihan malah pengetahuan am yang banyak akan
membantu pelajar dalam memberikan olahan yang baik dalam
karangan.

https://www.ipendidikan.my/persediaan-sebelum-menempuh-alam-pekerjaan.html 1/4
05/02/2022, 23:05 Persediaan Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan

Isi Kandungan [Tutup]

1. Persediaan-Persediaan Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan


2. Contoh Karangan Persediaan Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan

Persediaan-Persediaan Sebelum
Menempuh Alam Pekerjaan

Isi-isi penting
kelayakan akademik dalam pekerjaan
kemahiran komunikasi
ketahanan fizikal dan mental
mengetahui prospek dan risiko kerjaya
menguasai kemahiran penyelesaian masalah
bersikap toleransi dan rasional

Baca juga: Kesalahan Lazim Dalam Karangan Bahasa Melayu

Contoh Karangan Persediaan Sebelum


Menempuh Alam Pekerjaan
Pendahuluan
Alam pekerjaan merupakan suatu fasa dalam kehidupan yang semua
manusia akan tempuh demi mencari pendapatan. Pendapatan
digunakan untuk menyara kehidupan diri, keluarga dan menyumbang

https://www.ipendidikan.my/persediaan-sebelum-menempuh-alam-pekerjaan.html 2/4
05/02/2022, 23:05 Persediaan Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan

kepada kemajuan ekonomi negara dan juga agama. Berbeza dengan


sedekad yang lalu, pekerjaan yang stabil semakin sukar untuk diperoleh
kerana berlaku kadar persaingan yang amat banyak. Pelbagai faktor
yang mendorong perkara ini berlaku sehinggakan ramai yang
menganggur dan memilih untuk menceburi bidang lain seperti usahawan
dan sebagainya. Jadi, para pelajar terutamanya mahasiswa-mahasiswi
perlu bersedia dalam segala aspek sebelum menempuh alam
pekerjaan.

Isi 1
Langkah pertama adalah dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat
pengajian tinggi dengan mengambil kursus yang berkaitan dengan
pekerjaan yang ingin diceburi nanti. Perkembangan institusi-institusi
pengajian tinggi (IPT) tidak kira awam atau swasta telah menyumbang
kepada kelahiran graduan yang mampu bersaing dan bersedia untuk
bekerja selepas tamat pengajian. Memiliki pengetahuan yang tinggi
dalam bidang yang diceburi akan memberi kelebihan kepada para
pelajar sebelum mempraktikkan secara amali teori-teori atau latihan
yang dilakukan semasa dalam pengajian. IPT juga akan mengadakan
latihan industri di mana pelajar akan bekerja di dalam industri berkaitan
sebagai langkah persediaan sebelum tamat pengajian dan memasuki
alam pekerjaan. Natijahnya pelajar perlu mencapai keputusan yang
cemerlang jika ingin bersaing dalam mencari pekerjaan yang stabil dan
menjadi impian.

Isi 2
Seterusnya, golongan yang ingin berkecimpung dalam alam pekerjaan
perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi dan baik.
Kemahiran komunikasi adalah seperti berhemah dalam berkata-kata,
mampu menganalisis sesuatu keadaan dan cekap dalam menyelesaikan
masalah yang timbul. Kemahiran ini tidak diperoleh melalui subjek di IPT
tetapi ia perlu dilatih dalam diri sendiri kerana ia bergantung kepada
sikap dan tindakan yang selalu diambil oleh seseorang individu dalam
suatu situasi. Maka, syarikat dan jabatan pekerjaan mencari seseorang
yang mahir dalam komunikasi kerana pekerjaan melibatkan sebuah
organisasi yang terdiri daripada pelbagai jenis umur dan kerenah.
Perwatakan yang menarik dan mampu bergaul dengan baik sesama
rakan sekerja menjadi suatu ciri penting dalam mendapatkan pekerjaan.

Isi 3
Selain itu, para pelajar yang ingin masuk ke alam pekerjaan hendaklah
bersedia dari segi fizikal dan mental. Faktor fizikal selalunya bergantung

https://www.ipendidikan.my/persediaan-sebelum-menempuh-alam-pekerjaan.html 3/4
05/02/2022, 23:05 Persediaan Sebelum Menempuh Alam Pekerjaan

dengan bidang pekerjaan yang dipilih. Sebagai contoh juruukur dan


jurutera yang memerlukan pekerja ke tapak pembinaan yang panas
dibawah terik matahari untuk melakukan tugas atau pemerhatian. Dari
segi mental pula, persediaan untuk berurusan dengan rakan sekerja,
majikan ataupun pelanggan yang memerlukan kita untuk brsabar dan
bersikap waja dalam menghadapi segala situasi demi menjaga reputasi
kita agar tidak memalukan diri sendiri dan majikan kita. Seperti
peribahasa Melayu, alah bisa tegal biasa yang bermaksud sesuatau
pekerjaan yang sukar atau rumit untuk disempurnakan akan menjadi
lebih mudah jika sering melakukannya.

Isi 4
Sebelum memohon suatu pekerjaan, adalah bijak untuk kita mengetahui
prospek dan risiko yang diambil sekiranya kita bekerja dalam bidang
tersebut. Banyak pekerjaan sebenarnya mempunyai prospek yang baik
untuk masa hadapan jika kita kekal cemerlang dalam prestasi kerjaya
kita. Namun begitu, terdapat juga pekerjaan yang memerlukan usaha
yang lebih untuk kekal konsisten dalam menperoleh pendapatan.
Sebagai contoh, usahawan yang perlu sentiasa berfikiran kritis dalam
memastikan produk yang dihasilkan mendapat sambutan dan mencapai
sasaran supaya mendapat keuntungan maksima dan boleh
mengembangkan syarikat ke tahap yang lebih maju. Begitu juga dengan
pengkarya seni yang harus konsisten dalam menghasilkan seni kreatif
demi mencari hasil yang mampu menanggung kehidupan mereka kelak.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai langkah yang boleh diambil sebagai
persediaan sebelum menempuh alam pekerjaan. Persediaan yang
mapan haruslah dimulakan dengan awal agar tidak mengalami kejutan
budaya yang akan memakan diri di masa hadapan. Pada zaman yang
penuh persaingan ini dek kerana perkembangan jumlah manusia kita
perlu berusaha dengan lebih baik dan bijak supaya mampu mencabar
ekonomi negara yang tidak stabil dan merencat pertumbuhan ekonomi
yang dirancang. Kita hendaklah bersikap optimis dalam mencari rezeki
agar ekonomi negara terus bergerak kehadapan dan sekaligus
menjamin kenaikan taraf hidup yang lenih baik berbanding sebelumnya.
Ilmu, kemahiran insaniah dan sikap positif dimiliki menjadikan seseorang
itu modal insan yang berharga, ibarat mutiara yang sentiasa diburu dan
bernilai tinggi biarpun berada di mana-mana juga.

https://www.ipendidikan.my/persediaan-sebelum-menempuh-alam-pekerjaan.html 4/4
05/02/2022, 23:02 PKP Mendisiplinkan Rakyat Malaysia

Karangan

PKP Mendisiplinkan Rakyat Malaysia


(Contoh Karangan)

Ipendidikan » Karangan » PKP Mendisiplinkan Rakyat Malaysia


(Contoh Karangan)
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:34 pm, 30 Januari 2021

Penulisan karangan Bahasa Melayu selalunya akan memberikan pilihan


soalan yang berkaitan dengan isu semasa. Pelajar bukan sahaja perlu
menguasai penggunaan Bahasa Melayu tetapi juga mempunyai
pengetahuan am supaya dapat menjawab soalan yang memerlukan
fakta yang betul dan tepat. Oleh yang demikian, berikut dikongsikan
contoh karangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mendisiplinkan
Rakyat Malaysia untuk rujukan semua.

Umum mengetahui bahawa seluruh rakyat Malaysia terpaksa duduk di


rumah bagi memutuskan rangkaian penularan COVID-19 di dalam
negara. Kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dan menutup pelbagai sektor dalam negara sehingga
menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk. Oleh itu, pastinya terdapat
perbincangan atau karangan yang boleh diolah pelajar bagi
menghasilkan penulisan karangan yang cemerlang.

https://www.ipendidikan.my/pkp-mendisiplinkan-rakyat-malaysia.html 1/5
05/02/2022, 23:02 PKP Mendisiplinkan Rakyat Malaysia

Isi Kandungan [Tutup]

1. Karangan PKP : Disiplin Rakyat Antara Faktor Penting Pandemik


COVID-19
2. Contoh Karangan PKP Mendisiplinkan Rakyat Malaysia

Karangan PKP : Disiplin Rakyat Antara


Faktor Penting Pandemik COVID-19
Isi-isi Penting
Masyarakat lebih peka terhadap penjagaan kebersihan diri dan
persekitaran
Pematuhan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
Kecaknaan menjaga keselamatan diri di semua tempat khususnya
kawasan-kawasan awam
Masyarakat mula mendapatkan maklumat daripada sumber yang
sahih
Kesihatan kendiri menjadi keutamaan masyarakat

Baca juga: Kesan Buruk Ketagih Kepada Media Sosial

Contoh Karangan PKP Mendisiplinkan Rakyat


Malaysia
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/pkp-mendisiplinkan-rakyat-malaysia.html 2/5
05/02/2022, 23:02 PKP Mendisiplinkan Rakyat Malaysia

Peribahasa malang tidak berbau amat sesuai untuk digunakan dengan


peristiwa yang berlaku pada tahun 2020. Umum mengetahui bahawa
berlaku penularan wabak yang diberi nama COVID-19 bukan sahaja di
negara kita malah di seluruh Dunia. Seperti yang diumumkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, wabak yang menyebabkan ratusan
malah ribuan nyawa terkorban telah diisytiharkan sebagai pandemik
yang melanda dunia. Penghasilan ubat atau vaksin akan memakan
masa yang lama kerana perlu melalui pelbagai fasa dan peringkat.
Justeru, hampir keseluruhan negara mengambil tindakan untuk
mengarahkan masayarakat berkuarantin di rumah dalam tempoh masa
tertentu. Di Malaysia, Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac hingga 9 Jun
bagi membendung penularan wabak ini. Hasilnya, lengkung penularan
COVID-19 dalam negara dapat dikendurkan dan dikawal hasil usaha
masyarakat dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Persoalannya, adakah PKP telah mendisiplinkan rakyat Malaysia?

Isi 1
Pada hemat saya, PKP menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia mampu
berdisiplin apabila menghadapi situasi seperti pandemik yang
mengancam kesihatan dan juga nyawa masing-masing. Masyarakat
awam dilihat lebih peka terhadap penjagaan kebersihan diri dan
persekitaran mereka. Misalnya, budaya mencuci tangan dengan sabun
atau pembersih alkohol yang disyorkan berjaya diamalkan sekaligus
mencegah penularan wabak tersebut yang sukar dilihat dengan mata
kasar seorang manusia. Berbekalkan ilmu sains yang dipelajari di
sekolah, ramai dalam kalangan masyarakat peka bahawa cara untuk
membendung wabak ini daripada merebak dalah dengan menjaga
kebersihan. Tambahan pula, perkongsian informasi daripada pihak
berkuasa dan golongan professional menguatkan lagi kesedaran
masyarakat supaya berdisiplin menjaga kebersihan diri dan kawasan
sekeliling kita. Apabila kebersihan menjadi tunjang masyarakat, pastinya
pelbagai penyakit-penyakit berjangkit yang berpunca daripada
kebersihan dapat dibanteras dan melahirkan masyarakat yang sihat
serta persekitaran yang kondusif. Tuntasnya menjaga kebersihan dalam
kalangan rakyat menjadi disiplin baru yang semakin dipandang serius
kerana kita tidak mahu bersikap seperti sudah terhantuk baru terngadah.

Isi 2
Sebagai langkah membentuk masyarakat berminda kelas pertama, kita
dapat lihat bahawa pematuhan arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa
oleh ahli masyarakat wajar dipuji. Walaupun terdapat segelintir yang
ingkar dengan arahan yang dikeluarkan namun, lebih ramai yang patuh
https://www.ipendidikan.my/pkp-mendisiplinkan-rakyat-malaysia.html 3/5
05/02/2022, 23:02 PKP Mendisiplinkan Rakyat Malaysia

dan akur dengan perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Kadar
pematuhan masyarakat untuk duduk di rumah dan mematuhi prosedur
yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakkan
fizikal serta merekodkan kehadiran di sesuatu tempat adalah baik. Jika
dibandingkan dengan masyarakat di negara seperti Indonesia serta
Amerika Syarikat bersikap seperti masuk telinga kanan keluar telinga
kiri, masyarakat di negara kita sedar akan kepentingan mendengar
arahan pihak berkuasa. Hasilnya, penularan wabak dapat dibendung
dan kes positif COVID-19 khususnya kes tempatan dapat dikurangkan.
Peribahasa Melayu berkata, hanya jauhari mengenal manikam yang
bermaksud kita perlu percaya dan berharap kepada pakar dan golongan
professional dalam membendung penularan wabak COVID-19 ini.
Izharnya, mematuhi arahan bukanlah perkara baharu dalam masyarakat
kita tetapi apabila menghadapi bencana yang melibatkan seluruh
negara, ia adalah mustahak supaya penyelarasan prosedur pencegahan
dapat berlaku dengan baik.

Isi 3
Kecaknaan menjaga keselamatan diri di semua tempat khususnya
kawasan-kawasan awam seperti pasaraya dan restoran menjadi bukti
kepada tahap disiplin oleh rakyat Malaysia. KKM telah pun
mengeluarkan garis panduan kepada setiap pihak untuk ikuti norma
baharu yang diwar warkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh,
pembelajaran secara maya dan budaya bekerja dari rumah yang
semakin digalakkan oleh organisasi dan syarikat daripada pelbagai
industri. Langkah ini secara langsung membataskan pergaulan ahli
masyarakat serta memutuskan rangkaian penularan COVID-19 yang
mudah merebak di kawasan tertutup serta melibatkan orang ramai.
Tambahan pula, sikap berani ahli masyarakat melaporkan kepada pihak
berkuasa terhadap mereka yang melanggar arahan KKM untuk
berkuarantin tetapi keluar dan berada di kawasan awam adalah baik.
Hal ini kerana terdapat mereka yang kurang cakna dan memakai gelang
pemerhatian KKM didapati positif COVID-19 dan menyebabkan kluster
atau rantaian penularan yang baru. Kesannya, ramai yang terjejas dan
menerima mudarat kerana tidak dapat bekerja dan mencari rezeki untuk
diri sendiri dan ahli keluarga dalam tempoh ekonomi yang serba
mencabar ini.

Isi 4
Bukti lain yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menjadi lebih
berdisiplin setelah menghadapi PKP adalah ramai di antara mereka
mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih. Kepantasan
perkongsian maklumat hari ini telah memberikan kesan yang baik dan
https://www.ipendidikan.my/pkp-mendisiplinkan-rakyat-malaysia.html 4/5
05/02/2022, 23:02 PKP Mendisiplinkan Rakyat Malaysia

buruk. Kesan buruknya dalah penyebaran berita palsu yang boleh


menyebabkan fitnah serta panik timbul dalam kalangan masyarakat.
Tetapi kesan yang baik adalah masyarakat bersikap cakna dan lebih
peka untuk menghadapi sesuatu perkara atau bencana seperti
pandemik ini. Apa yang dapat dilihat adalah ahli masyarakat akan
menunggu pengumuman dan berita yang dikeluarkan oleh jabatan atau
agensi kerajaan bagi mendapatkan info terkini mengenai COVID-19 dan
juga bantuan kerajaan yang ditawarkan. Ini menunjukkan bahawa rakyat
sudah bijak untuk membezakan yang mana betul dan yang mana salah.
Persis slogan yang dimasyhurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini iaitu jika tidak pasti, jangan
kongsi.

Penutup
Kesimpulannya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan
berjaya mengubah dan membentuk disiplin rakyat Malaysia. Dalam
usaha memerangi musuh yang tidak dilihat secara zahir dan mampu
memakan nyawa kita, masyarakat menjadi lebih bertanggungjawab dan
mendapat kesedaran yang baharu. Usaha dan peranan yang dijalankan
setiap pihak bagi membendung penularan wabak COVID-19 harus
dihargai dengan terus mematuhi arahan dan panduan KKM sehingga
penawar atau vaksin berjaya dihasilkan untuk semua. Sebagai rakyat
yang sayang dan cinta akan negara kita hendaklah bersikap bagai aur
dengan tebing membantu antara satu sama lain jika melihat ahli
masyarakat yang dalam kesusahan atau memerlukan bantuan. Bak kata
pepatah Melayu, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Semoga kesabaran
kita menempuh norma baharu ini memberikan hasil yang memanfaatkan
masa hadapan diri kita, masyarakt dan juga negara.

Related : kluster baharu jarak sosial prosedur operasi standard sop,


kerajaan untuk memutuskan rantaian covid-19 gaya hidup tan sri zon
merah pelaksanaan pkp, sumber pendapatan pelbagai aktiviti masa
lapang

https://www.ipendidikan.my/pkp-mendisiplinkan-rakyat-malaysia.html 5/5
05/02/2022, 22:58 Punca Gejala Buli Dan Langkah Untuk Mengatasinya

Karangan

Punca Dan Cara Mengatasi Gejala


Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Ipendidikan » Karangan » Punca Dan Cara Mengatasi Gejala Buli


Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Disemak dan dikemaskini pada pukul 7:07 pm, 2 September 2020

Isu buli-membuli dalam kalangan pelajar di sekolah menjadi topik yang


sering dibincangkan. Soalan berkenaan gejala membuli diharapkan
boleh membantu para pelajar untuk mengelakkan perkara tersebut
berlaku dalam kalangan mereka. Iktibar dan pengajaran dalam contoh di
bawah seharusnya diambil serius oleh para pelajar dan pihak berkenaan
dalam membendung gejala membuli. Berikut adalah contoh karangan
gejala buli di sekolah sebagai panduan dan rujukan para pelajar.

Para pelajar perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan


kreatif dalam penulisan karangan masing-masing supaya mendapat
markah yang cemerlang. Penulisan karangan dalam bahasa ibunda kita
sewajarnya tidak menjadi masalah buat para pelajar kerana kita
menggunakannya sebagai bahasa pertuturan setiap hari. Dengan
bimbingan daripada guru serta latihan yang berkesan, pelajar mampu
menguasai penulisan karangan Bahasa Melayu.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/punca-gejala-buli-dan-langkah-mengatasinya.html 1/5
05/02/2022, 22:58 Punca Gejala Buli Dan Langkah Untuk Mengatasinya

1. Punca Gejala Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Dan Langkah


Untuk Mengatasinya
2. Contoh Karangan Punca Gejala Buli Dan Langkah Untuk
Mengatasinya

Punca Gejala Buli Dalam Kalangan


Pelajar Sekolah Dan Langkah Untuk
Mengatasinya

Isi-isi penting
kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
pengaruh televisyen dan media
kelonggaran disiplin di sekolah mahupun di rumah
masa yang kualiti dalam keluarga diperlukan
sifat mesra dan mudah didekati oleh guru dan rakan
memberikan didikan agama dan moral

Baca juga: Cara Kira Bilangan Patah Perkataan Dalam Karangan


Bahasa Melayu

Contoh Karangan Punca Gejala Buli Dan


Langkah Untuk Mengatasinya
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/punca-gejala-buli-dan-langkah-mengatasinya.html 2/5
05/02/2022, 22:58 Punca Gejala Buli Dan Langkah Untuk Mengatasinya

Dasawarsa ini, gejala buli dalam kalangan remaja dan kanak-kanak di


Malaysia semakin mendapat liputan. Perkongsian video yang dimuat
naik di laman media sosial tentang kes pembulian yang melibatkan
pelajar sekolah menjadi titik persoalan sampai bila gejala yang kurang
sihat ini berlaku dalam masyarakat kita. Sekolah merupakan institusi
yang mulia untuk menimba ilmu tetapi dicemari dengan perkara yang
merosakkan akhlak anak-anak muda kita. Bahasa menunjukkan bangsa
di mana tingkah laku kita mencerminkan sifat kelakuan asal keturunan
kita. Mari kita mengenal pasti punca gejala buli dan langkah-langkah
untuk mengatasinya.

Isi 1
Antara punca perlakuan gejala tidak sihat dalam kalangan anak-anak
adalah berpunca daripada keharmonian keluarga mereka sendiri. Bak
kata peribahasa Melayu, bapa borek, anak rintik yang bermaksud
tauladan ibu dan bapa membentuk keperibadian anak-anak mereka.
Kekurangan kasih sayang atau perhatian apabila di rumah akan
memberikan tekanan kepada seseorang anak muda kerana tiada tempat
mengadu dan kemahuan untuk melepaskan tekanan tersebut disalurkan
dengan membuli pelajar lain. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab
mengenali anak-anak mereka dan mendidik mereka dengan
keperibadian mulia dan unggul agar sahsiah mereka yang cemerlang
akan menjadikan mereka seorang yang berjaya kelak.

Isi 2
Selain itu, punca gejala buli ini berlaku dalam kalangan masyarakat kita
diperingkat remaja adalah disebabkan pengaruh televisyen dan media
massa. Faktor umur yang semakin menaik menjadikan seseorang itu
ingin menunjukkan kekuatannya dengan menjadi pembuli hasil
pengaruh daripada filem-filem tempatan seperti KL Gangster dan lain
lain. Bahan seni yang memaparkan sisi buruk sebuah masyarakat tidak
sepatutnya menjadi tontonan umum kerana kanak-kanak yang kecil
mudah terpengaruh dan ingin mencuba perkara baru. Penggiat seni dan
stesen televisyen hendaklah memaparkan keindahan dan kemakmuran
serta kekayaan budi bahasa rakyat kita dengan lebih banyak dan kerap
agar ia menjadi ikutan anak muda sekaligus menjadi tanggungjawab
sosial golongan media dalam membantu membina masyarakat yang
bahagia dan harmoni.

Isi 3
Langkah yang boleh diambil dalam mengelakkan gejala buli dalam
kalangan anak muda adalah dengan meluangkan masa berkualiti

https://www.ipendidikan.my/punca-gejala-buli-dan-langkah-mengatasinya.html 3/5
05/02/2022, 22:58 Punca Gejala Buli Dan Langkah Untuk Mengatasinya

bersama keluarga. Ibu bapa berperanan penting dalam mengambil berat


segala aspek kehidupan anak-anak mereka. Perkongsian masalah,
perbualan tentang lumrah kehidupan dan beriadah bersama-sama
adalah contoh amalan mulia yang sepatutnya diamalkan dalam setiap
institusi kekeluargaan dimana hubungan menjadi bertambah rapat dan
kasih sayang antara ahli keluarga menjadi kukuh dan dipercayai. Ibu
bapa hari ini juga perlu lebih bersedia dalam ilmu mendidik anak muda
kerana cabaran dan dugaan generasi hari ini berbeza berbanding waktu
mereka. Perbandingan zaman yang ketara perbezaannya tidak boleh
disamakan tetapi ibu bapa boleh mencari idea dan berbincang apakah
perkara yang baik dan tidak baik untuk anak-anak mereka dalam
menghadapi kehidupan seharian.

Isi 4
Selain itu, guru-guru dan rakan-rakan di sekolah juga berperanan dalam
melahirkan masyarakat yang membendung gejala buli-membuli.
Langkah yang boleh diambil adalah mewujudkan golongan yang mesra,
penyayang dan boleh dipercayai. Sebagai guru, mereka adalah orang
kedua yang mampu melihat perilaku anak-anak muda selepas ibu bapa
mereka. Guru di sekolah seharusnya menjadi sahabat yang boleh
dipercayai sekiranya anak murid mereka mengalami masalah di rumah
dan melarat hingga ke sekolah. Anak-anak muda ini memerlukan tempat
yang mereka boleh meluahkan perasaan dan dipercayai supaya mereka
tidak rasa tersisih dan mengendahkan perkara yang negatif berlaku
dalam keluarga mereka. Penerapan kasih sayang dan perhatian mampu
mengubah isi hati seseorang manusia yang bersikap negatif dan kasar
menjadi lembut dan positif.

Penutup
Konklusinya, terdapat banyak punca yang menyumbang kepada gejala
buli dan kita telah kenal pasti beberapa langkah yang wajar diambil
sebagai cara mengatasinya. Sebaiknya kita membanteras sedaya upaya
gejala buli ini agar ia tidak berleluasa dan merosakkan keharmonian
masyarakat kita diwaktu kelak. Seperti peribahasa Melayu, melentur
buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud kita hendaklah mendidik
anak-anak adat dan budaya yang baik dari muda agar tidak
menyusahkan pada masa hadapan. Masyarakat yang sejahtera bermula
dengan individu yang berakhlak mulia, bahagia serta berketrampilan
agar generasi akan datang menjadi generasi yang hidup harmoni
disamping memastikan negara terus berdaya saing dan maju di
peringkat global.

https://www.ipendidikan.my/punca-gejala-buli-dan-langkah-mengatasinya.html 4/5
05/02/2022, 22:58 Punca Gejala Buli Dan Langkah Untuk Mengatasinya

Related : kes buli rakan sebaya menghina orang menyelesaikan


masalah nilai murni pihak sekolah membuatkan orang untuk
menangani menangani masalah

https://www.ipendidikan.my/punca-gejala-buli-dan-langkah-mengatasinya.html 5/5
05/02/2022, 23:04 Punca Ketagihan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Karangan

Ketagihan Media Sosial Dalam


Kalangan Remaja Dan Kesan Buruk

Ipendidikan » Karangan » Ketagihan Media Sosial Dalam Kalangan


Remaja Dan Kesan Buruk
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:36 pm, 31 Ogos 2020

Tahukah anda bahawa penulisan karangan Bahasa Melayu adalah


medan menguji kemampuan pelajar dalam penggunaan bahasa serta
pengetahuan am? Sekiranya tidak, pelajar perlu menambah baik dua
perkara tersebut dengan melakukan latihan tambahan serta
memperbanyakkan membaca. Sebagai rujukan kepada pelajar, dibawah
dikongsikan contoh karangan punca ketagihan media sosial dalam
kalangan remaja.

Pelajar seharusnya mengambil kesempatan untuk menjawab soalan


yang berkaitan dengan tajuk seperti di bawah kerana ia bersangkut-paut
dengan kehidupan anda. Pengolahan idea yang menarik serta
penggunaan gaya bahasa yang pragmatik pasti dapat membantu pelajar
mendapatkan markah yang cemerlang dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu.

https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html 1/5
05/02/2022, 23:04 Punca Ketagihan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Isi Kandungan [Tutup]

1. Punca Peyalahgunaan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja Dan


Kesan Negatif
2. Contoh Karangan Punca Ketagihan Media Sosial Dalam Kalangan
Remaja

Punca Peyalahgunaan Media Sosial


Dalam Kalangan Remaja Dan Kesan
Negatif
Isi-isi penting
Pusat sosial yang interaktif
Mendapat hiburan secara percuma
Tidak mendapat perhatian keluarga
Pengaruh rakan sebaya
Tekanan realiti hidup

Baca juga: Kesan Penggunaan Kad Kredit Kepada Masyarakat

Contoh Karangan Punca Ketagihan Media


Sosial Dalam Kalangan Remaja
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html 2/5
05/02/2022, 23:04 Punca Ketagihan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Dalam meniti era modenisasi hari ini, kita acapkali terbuai dengan
ciptaan teknologi yang meninggalkan kesan buruk kepada diri dan
masyarakat. Kemampuan untuk memiliki gajet seperti telefon pintar
telah menyebabkan setiap golongan terdedah kepada informasi tanpa
batasan melalui capaian Internet. Akhir-akhir ini, perkembangan media
sosial telah memberikan impak terhadap sosiobudaya masyarakat
bukan sahaja di negara kita bahkan masyarakat dunia. Kewujudan
aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah
menyebabkan ribuan pengguna Internet di Malaysia menggunakannya
untuk bersosial. Menurut kajian digital oleh organisasi bukan kerajaan,
jumlah pengguna Internet menunjukkan peningkatan kepada 25 juta
pengguna pada tahun 2018. Statistik ini membuktikan bahawa lebih 80
peratus penduduk di Malaysia menggunakan Internet dan daripada
jumlah tersebut Malaysia merupakan negara ke 9 paling aktif sebagai
pengguna laman sosial. Persoalannya, apakah punca ketagihan media
sosial dalam kalangan remaja yang menjadi polemik ketika ini?

Isi 1
Antara faktor ketagihan golongan remaja terhadap penggunaan media
sosial adalah kerana ia merupakan pusat sosial yang interaktif. Umum
sedia maklum, media sosial dapat memberikan manusia berinteraksi
antara satu sama lain secara langsung tanpa mengira waktu dan lokasi
hanya dengan capaian Internet. Kesannya, perkongsian informasi
menjadi lebih pantas tanpa sebarang kawalan atau tapisan. Selain
menjadi saluran informasi dunia yang pantas, media sosial juga
mempunyai paparan antara muka yang interaktif dan menarik sehingga
menyebabkan setiap pengguna untuk meluangkan masa yang banyak
menggunakan aplikasi tersebut. Golongan remaja kebanyakannya
mempunyai masa lapang yang lebih lama berbanding golongan dewasa
yang bekerja. Oleh sebab yang demikian, para pembangun aplikasi
media sosial mengetengahkan ciri-ciri yang menarik minat golongan
remaja yang merupakan pengguna aktif mereka. Sebagai contoh,
penstriman video kini menjadi lebih mudah dan pelbagai aktiviti interaktif
yang melibatkan pengguna media sosial untuk menghabiskan masa di
alam maya tersebut. Implikasinya, golongan remaja perlu sedar bahawa
media sosial memang merupakan sasaran pengguna para pembangun
aplikasi namun kita perlu menggunakannya dengan hemah supaya tidak
memudaratkan diri.

Isi 2
Di samping itu, media sosial telah menyebabkan golongan remaja
ketagih terhadap penggunannya adalah kerana mereka akan mendapat
hiburan secara percuma. Dalam tekanan ekonomi serta peningkatan kos
https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html 3/5
05/02/2022, 23:04 Punca Ketagihan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

sara hidup, hiburan seperti menonton wayang, bersukan dan melancong


memerlukan kos yang tinggi. Oleh sebab itu, golongan remaja lebih
gemar menonton video dan menghabiskan masa di media sosial
sebagai hiburan. Tamsilnya, pasukan bola sepak tempatan mahupun di
negara asing menggunakan media sosial untuk berinteraksi dan
meluaskan pengaruhnya kepada peminat di serata dunia. Perkongsian
video sorotan perlawanan menjadi tontonan utama peminat bola sepak
kerana dapat melihat aksi-aksi menarik yang dirangkum dalam jangka
masa yang pendek. Selain itu, fenomena penstriman video semakin
mendapat perhatian dan dikatakan bakal menjadi bentuk hiburan
menggantikan rancangan televisyen. Hal ini kerana, golongan remaja
lebih berminat melihat hiburan yang berbentuk realiti dan secara
langsung berbanding rancangan yang mengikut skrip. Intihannya,
golongan remaja perlu diberi ruang untuk berhibur dengan cara lain
seperti bersukan agar tidak tersangkut pada alam maya dan bukan
realiti.

Isi 3
Jika dipandang pada sudut lain, ketagihan penggunan media sosial
dalam kalangan remaja berlaku kerana tidak mendapat perhatian yang
baik daripada keluarga. Situasi ini sering berlaku di kawasan urban di
mana ibu dan bapa keluar bekerja sehingga tiada masa bersama anak-
anak demi menampung keluarga. Maka anak-anak terutamanya
golongan remaja akan menghabiskan masa di media sosial. Tambahan
pula, golongan remaja yang tersepit dalam maslah rumah tangga antara
ibu dan bapa mereka, pastinya mencari dunia lain seperti media sosial
untuk keluar daripada tekanan hidup mereka. Hal ini demikian kerana,
Justeru, ibu dan bapa sebenarnya berperanan besar dalam memastikan
anak-anak tidak ketagihan terhadap perkara-perkara yang tidak
berfaedah. Di zaman yang penuh dugaan dan cabaran, perhatian dan
kasih sayang daripada ibu dan bapa adalah mustahak dalam
membentuk anak-anak yang baik. Izharnya, golongan remaja
memerlukan perhatian yang sama banyak walaupun mereka telah
berganjak umurnya daripada kanak-kanak kerana cabaran yang mereka
lalui menjadi lebih sukar.

Isi 4
Akhir sekali, punca ketagihan penggunaan media sosial dalam kalangan
remaja adalah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja cenderung
untuk berjumpa dan meluangkan masa dengan rakan sebaya untuk
mendapatkan ketenangan dan kegembiraan. Namun begitu, terdapat
segelintir daripada mereka yang mudah terpengaruh dengan melakukan
perkara yang sia-sia. Persis peribahasa Melayu, kerana nila setitik,
https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html 4/5
05/02/2022, 23:04 Punca Ketagihan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

rosak susu sebelanga. Golongan remaja juga gemar menggunakan


sosial media kerana selebriti dan artis daripada seluruh dunia
menggunakan platform ini sebagai cara untuk mendekati peminat
mereka. Oleh yang demikian, remaja perlu sedar bahawa mereka dalam
peringkat umur yang penting dalam kehidupan untuk menjadi insan yang
berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Elakkanlah bersikap
seperti sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Tegasnya,
remaja perlu dibimbing dalam persekitaran yang positif agar tidak terleka
dan lalai daripada perkara yang mensia-siakan kehidupan mereka.

Penutup
Sebagai konklusi, pelbagai faktor dan punca yang memebuatkan
generasi muda ketagih terhadap penggunaan media sosial. Mereka
seharusnya memikirkan masak-masak terlebih dahulu sebelum
melakukan sesuatu perkara ibarat sepuluh kali ukur, sekali kerat.
Ledakan teknologi yang maju seharusnya selaras dari segi undang-
undangnya supaya etika serta tatasusila terhadap penggunaannya
dapat dikawal dan tidak mendatangkan mudarat kepada semua.
Sesungguhnya golongan remaja merupakan nusa bangsa yang bakal
memimpin masa hadapan negara ke arah yang lebih baik. Setiap pihak
perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing demi mencari
mekanisme terbaik dalam menyelesaikan masalah ini. Semoga
masyarakat kita mengambil anjakan paradigma daripada bersikap
konvensional kepada progesif dan madani.

https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html 5/5
05/02/2022, 22:59 Punca Remaja Terjebak Dengan Dadah

Karangan

Punca Remaja Terjebak Dengan


Dadah (Contoh Karangan)

Ipendidikan » Karangan » Punca Remaja Terjebak Dengan Dadah


(Contoh Karangan)
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:11 pm, 5 November 2020

Pendidikan secara langsung dan tidak langsung adalah elemen yang


baik bagi mendidik pelajar di sekolah. Elemen ini dapat kita lihat pada
penulisan karangan Bahasa Melayu di mana pelajar akan diuji tahap
penguasaan Bahasa Melayu disamping pengetahuan mengenai tajuk
atau soalan yang dibincangkan. Sebagai rujukan kepada pelajar, berikut
dikongsikan contoh karangan punca remaja terjebak dengan dadah.

Tajuk berkaitan dadah mungkin sudah menjadi kebiasaan atau


kelaziman oleh guru atau semasa peperiksaan dijalankan. Namun
begitu, pelajar seharusnya berusaha untuk mendapatkan isi-isi penting
atau idea yang lebih menarik supaya lebih menonjol di mata penanda
kertas anda. Tambahan pula memberikan contoh-contoh yang berkaitan
juga dapat membantu anda untuk menambah kefahaman pembaca
kepada isi penting yang cuba diutarakan dalam penulisan karangan
anda.

https://www.ipendidikan.my/punca-remaja-terjebak-dengan-dadah.html 1/5
05/02/2022, 22:59 Punca Remaja Terjebak Dengan Dadah

Isi Kandungan [Tutup]

1. Faktor Remaja Terjebak Dengan Penyalahgunaan Dadah


2. Contoh Karangan Punca Remaja Terjebak Dengan Gejala Dadah

Faktor Remaja Terjebak Dengan


Penyalahgunaan Dadah
Isi isi penting
Sikap ingin tahu
Kurang mendapat perhatian dan kasih sayang
Pengaruh buruk daripada rakan dan masyarakat
Kurang mendapat pendidikan am dan rohani
Pengaruh media massa khususnya media antarabangsa
Latar belakang keluarga yang juga terjebak dalam salah guna
dadah

Baca juga: Faktor Utama Bagaimana Menjadi Murid Yang Cemerlang


Dalam Akademik

Contoh Karangan Punca Remaja Terjebak


Dengan Gejala Dadah
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/punca-remaja-terjebak-dengan-dadah.html 2/5
05/02/2022, 22:59 Punca Remaja Terjebak Dengan Dadah

Mutakhir ini, pelbagai masalah sosial yang membelenggu masyarakat


terutamanya dalam kalangan para remaja. Ia memberikan gambaran
buruk terhadap masyarakat kerana golongan remaja merupakan
generasi yang bakal mengganti pemimpin dan penggerak masa
hadapan negara. Jika polemik ini tidak diselesaikan maka buruklah
padahnya kepada masyarakat dan juga negara ibarat sudah terhantuk
baru terngadah. Antara masalah sosial yang popular dan sukar diatasi
adalah penglibatan remaja dalam ketagihan dadah. Masalah ini bukan
perkara baharu di negara kita malah di negara lain juga. Hakikatnya
dadah dicipta sebagai bahan perubatan yang digunakan dalam arena
perubatan tetapi diberi pada kadar atau dos yang tidak membahayakan.
Masalah mula timbul apabila segelintir manusia yang tidak
bertanggungjawab telah menyalahgunakan dadah untuk tujuan hiburan
serta kepuasan diri. Sehingga hari ini, kita masih lagi melihat berita yang
menunjukkan percubaan menyeludup masuk dadah ke dalam negara.
Persoalannya, apakah punca-punca remaja terjebak dengan dadah
khususnya di dalam negara kita?

Isi 1
Antara punca remaja mula terjebak dengan penyalah gunaan dadah
adalah kerana sikap ingin tahu yang tidak boleh dinafikan apabila usia
kita menjelang keremajaan. Semakin meningkat usia kita, semakin
banyak perkara yang kita tahu dan pelajari. Ada perkara yang memberi
manfaat dan kebaikan, ada juga perkara yang mendatangkan mudarat
dan keburukan. Justeru itu, remaja seharusnya sentiasa dipantau dan
dibimbing oleh orang sekeliling terutamanya ahli keluarga akan tindak-
tanduk serta tingkah laku mereka. Pastikan golongan remaja disibukkan
dengan perkara-perkara yang memanfaatkan diri mereka di waktu
lapang seperti bersukan, menyertai aktiviti sukarelawan atau
menghabiskan masa bersama keluarga. Remaja masa kini berbeza
dengan remaja zaman dahulu di mana ledakan teknologi dan informasi
tanpa tapisan telah membuka ruang kepada perkara yang tidak baik
mempengaruhi diri serta kehidupan mereka. Ibarat peribahasa Melayu,
turutkan rasa binasa, turutkan hati mati. Izharnya, remaja perlu berfikir
dahulu akan kebaikan atau keburukan terhadap perlakuan mereka
supaya kelak tidak menyesal di kemudian hari.

Isi 2
Punca lain yang menyebabkan remaja terjebak ke dalam kancah
penagihan dadah adalah kerana mereka kurang mendapat perhatian
dan kasih sayang. Punca ini boleh dikaitkan dengan keluarga yang
datang daripada golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
Akibat kekurangan wang untuk menanggung keluarga, ibu dan bapa
https://www.ipendidikan.my/punca-remaja-terjebak-dengan-dadah.html 3/5
05/02/2022, 22:59 Punca Remaja Terjebak Dengan Dadah

perlu bekerja sehingga tiada masa untuk bertemu dengan anak-anak.


Apatah lagi untuk memberikan anak-anak hiburan setelah habis waktu
persekolahan dan sebagainya. Maka, golongan remaja daripada
keluarga tersebut banyak menghabiskan masa lapang mereka melepak
dan melakukan perkara-perkara yang sia-sia hanya untuk mendapatkan
keseronokan yang tidak kekal lama. Intihannya, setiap ibu dan bapa
serta ahli keluarga bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak
diberikan perhatian yang secukupnya supaya mereka sedar dan tahu
kasih sayang daripada keluarga memberikan makna yang lebih besar
berbanding keseronokan yang tidak kekal bak kata pepatah ingat antara
belum kena, hemat antara belum habis.

Isi 3
Pada masa yang sama, penglibatan golongan remaja dalam salah guna
dadah adalah disebabkan oleh pengaruh rakan dan masyarakat. Hal ini
kerana ramai di antara mereka yang telah terjebak cuba untuk
mempengaruhi rakan-rakan untuk melakukan perkara tersebut bersama-
sama. Bahkan terdapat stigma yang mengatakan seorang remaja itu
tidak seronok untuk berkawan kerana tidak menyertai rakan-rakannya
yang lain melakukan aktiviti yang kononnya seronok tetapi sebaliknya.
Tambahan pula, faktor media massa yang kini boleh diakses oleh
sesiapa sahaja telah menyebabkan golongan remaja melihat budaya
dan masyarakat luar yang berhibur dengan menggunakan dadah. Dalam
era milenium ini, rasa terpinggir oleh rakan-rakan atau masyarakat boleh
menyebabkan depresi dan kemurungan khususnya dalam kalangan
remaja. Oleh itu, penting untuk mengingatkan dan menasihati golongan
remaja supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara buruk
seperti penyalah gunaan dadah. Sebaliknya, gunakan kelebihan yang
ada pada hari ini untuk mempelajari perkara-perkara baharu yang
mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada diri tetapi juga kepada
negara, masyarakt dan juga negara. Persis peribahasa Melayu, buang
yang keruh ambil yang jernih.

Isi 4
Di samping itu, saya berpandangan bahawa remaja-remaja yang
terjebak dengan penagihan atau salah guna dadah adalah kerana
mereka kurang mendapat pendidikan am dan rohani. Kalau masyarakat
kita dididik sejak kecil lagi tentang perihal ubat-ubatan dan keburukan
terhadap salah guna pasti mereka memahami akan akibatnya serta
pengajaran jika terlibat dengan perkara seperti penagihan dadah.
Apabila masyarakat cakna dengan perkara ini, pastinya ramai yang
menjauhkan diri dan tidak berlaku penyeludupan dadah kerana tiada
permintaan. Selain itu, jika remaja mempunyai didikan agama dan moral
https://www.ipendidikan.my/punca-remaja-terjebak-dengan-dadah.html 4/5
05/02/2022, 22:59 Punca Remaja Terjebak Dengan Dadah

yang kukuh, pastinya mereka tidak mudah untuk terjebak ke dalam


gejala yang memburukkan diri mereka. Hal ini demikian kerana setiap
agama melarang manusia untuk memudaratkan diri dengan perkara
yang sia-sia malah menggalakkan kita untuk sentiasa bermuhasabah
diri dan melahirkan kebaikan kepada sesiapa sahaja sepanjang
kehidupan kita. Bak kata peribahasa Melayu, sesat di hujung jalan, balik
ke pangkal jalan. Tegasnya, pintu taubat dan perubahan ke arah yang
lebih baik sentiasa dibuka dan sebagai masyarakat yang penyayang,
kita wajar menyokong dan membimbing mereka yang terjebak dengan
masalah dadah untuk keluar dan meninggalkannya secara langsung.

Penutup
Sebagai konklusi kepada perbincangan di atas, kita dapat simpulkan
bahawa pelbagai punca yang mendorong remaja untuk terlibat dalam
penagihan atau salah gunaan dadah. Kita seharusnya melihat masalah
berkaitan dadah ini sebagai satu penyakit dan bukannya jenayah kerana
ia melibatkan emosi dan faktor-faktor asing yang mempengaruhi
pesalah laku. Diharapkan dengan adanya jabatan kerajaan seperti
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), usaha untuk membendung
gejala tidak sihat ini dapat diatasi. Sesungguhnya golongan remaja
merupakan pewaris generasi nusa bangsa pada masa akan datang dan
tidakkah kita bimbang akan masa hadapan yang diidam-idamkan hancur
dek kerana kegagalan kita membentuk pemimpin negara, masyarakat
mahupun keluarga pada hari ini. Semoga kenyataan tersebut menikam
sanubari masyarakat konvensional dan mula untuk bertindak dalam
memastikan orang-orang sekeliling kita tidak terjebak dalam perkara
yang tidak memanfaatkan. Akhir kata, remaja harus tahu dan
menghayati peribahasa Melayu, berbuat baik berpada-pada, berbuat
jahat jangan sekali.

https://www.ipendidikan.my/punca-remaja-terjebak-dengan-dadah.html 5/5
05/02/2022, 23:05 Punca Wujudnya Pengangguran Dan Cara Mengatasi Di Malaysia

Karangan

Punca-Punca Pengangguran Dan


Cara Mengatasinya

Ipendidikan » Karangan » Punca-Punca Pengangguran Dan Cara


Mengatasinya
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:02 pm, 1 April 2020

Setiap mata pelajaran mempunyai kertas peperiksaan yang mencabar


bagi para pelajar. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, pelajar sering
kali menghadapi masalah dalam penulisan karangan. Oleh itu, rujukan
dan latihan tambahan daripada pelajar adalah digalakkan. Berikut
dikongsikan contoh karangan punca wujudnya pengangguran dan cara
mengatasinya sebagai rujukan kepada para pelajar.

Setiap penulisan karangan yang cemerlang mempunyai rangka


karangan yang seimbang daripada pendahuluan, isi-isi penting dan
penutup. Pelajar perlu mempelajari kaedah terbaik bagi memastikan
penggunaan tatabahasa dan frasa-frasa menarik dalam penulisan
karangan adalah betul dan tepat. Maka bimbingan dan panduan
daripada guru adalah mustahak agar pelajar tidak lari daripda kehendak
soalan yang diberikan.

https://www.ipendidikan.my/punca-pengangguran-dan-cara-mengatasi.html 1/4
05/02/2022, 23:05 Punca Wujudnya Pengangguran Dan Cara Mengatasi Di Malaysia

Isi Kandungan [Tutup]

1. Punca-Punca Wujudnya Pengangguran Dan Cara Mengatasi


2. Contoh Karangan Punca Wujudnya Pengangguran Dan Cara
Mengatasinya

Punca-Punca Wujudnya Pengangguran


Dan Cara Mengatasi
Isi-isi penting
Tiada keseimbangan antara keperluan industri dan graduan
universiti
Kerelevanan kursus IPT
Kadar gaji yang rendah
Kerjasama antara IPT dengan pemain industri
Menarik pelabur asing dan membantu usahawan tempatan
Dasar kerajaan yang lebih berorientasikan keperluan rakyat

Baca juga: Jenis-Jenis Pengenalan Dalam Penulisan Karangan

Contoh Karangan Punca Wujudnya


Pengangguran Dan Cara Mengatasinya
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/punca-pengangguran-dan-cara-mengatasi.html 2/4
05/02/2022, 23:05 Punca Wujudnya Pengangguran Dan Cara Mengatasi Di Malaysia

Mutakhir ini, polemik tentang pengangguran dalam kalangan belia


terutamanya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Isu ini bukan
sahaja berlaku di dalam negara kita tetapi juga melibatkan hampir
kebanyakan negara membangun di segenap dunia. Revolusi industri
yang bertujuan untuk mengautomasikan sektor pembinaan dan industri
lain telah menjejaskan kebergantungan terhadap tenaga kerja daripada
manusia. Oleh itu, isu pengangguran bukan sahaja merunsingkan
golongan siswazah tetapi ia secara langsung melibatkan golongan
pekerja yang terkesan daripada perkembangan teknologi hari ini. Bagi
menyelesaikan isu yang menjadi tunjang ekonomi sesebuah negara ini,
wajar untuk kita mengenal pasti punca dan cara-cara untuk
mengatasinya.

Isi 1
Punca utama bilangan pengangguran berlaku dalam kalangan siswazah
khususnya adalah disebabkan tiada keseimbangan antara keperluan
industri dan penghasilan graduan daripada institusi pengajian tinggi
(IPT). Setiap tahun, lebih 100 000 graduan dihasilkan oleh IPT awam
dan swasta dan menyebabkan lambakan graduan berlaku di dalam
negara kita. Peluang pekerjaan yang dihasilkan hari ini pula terhad
berbanding sedekad yang lalu dimana jumlah rakyat dalam negara telah
bertambah berkali ganda tetapi struktur peluang kerja masih di tahap
yang sama. Tambahan pula, kadar gaji yang tidak setara dengan kos
kehidupan masa kini oleh industri telah menyebabkan graduan
menganggur dan memilih dalam mencari pekerjaan.

Isi 2
Selain itu, punca yang menyebabkan berlakunya pengangguran adalah
disebabkan kursus di IPT tidak relevan dengan keperluan industri. IPT
terutamanya IPT swasta menjalankan operasi mereka dalam bentuk
perniagaan, maka kuantiti pelajar yang ramai akan mendatangkan
keuntungan berbanding memastikan kursus yang dijalankan relevan
dengan kehendak industri. Pelajar-pelajar pula mudah termakan dengan
janji peluang pekerjaan yang akan ditawarkan setelah tamat pengajian
kelak. Situasi ini juga berlaku diperingkat industri. Sebagai contoh, pihak
kilang ingin menggunakan teknologi baru yang memerlukan kemahiran
pekerja yang lebih tinggi. Maka, pekerja yang tiada kemahiran tersebut
terpaksa dihentikan. Jelaslah bahawa, setiap pihak berperanan dalam
memastikan masalah pengangguran dapat diselesaikan.

Isi 3

https://www.ipendidikan.my/punca-pengangguran-dan-cara-mengatasi.html 3/4
05/02/2022, 23:05 Punca Wujudnya Pengangguran Dan Cara Mengatasi Di Malaysia

Langkah yang pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak


terutamanya kerajaan dalam memastikan kerjasama antara IPT dan
keperluan industri. Inisiatif kerajaan dalam menambah bilangan IPT dari
tahun ke tahun wajar dipuji tetapi permintaan yang sama dari segi
peluang pekerjaan juga perlu dilaksanakan. Tamsilnya, syarikat
petroleum terkemuka negara, Petronas telah membangunkan IPT
mereka sendiri bagi menghasilkan graduan yang seiring dengan
keperluan mereka. Justeru, kerajaan sewajarnya memberikan garis
panduan kepada IPT dalam memastikan kursus yang ditawarkan dan
kuantiti graduan seimbang dengan keperluan industri. Maka, kerajaan,
IPT dan industri perlu menggembleng tenaga untuk memastikan aliran
kehidupan rakyat daripada pengajian terus ke pekerjaan dan tidak
tersangkut dengan isu pengangguran.

Isi 4
Di samping itu, kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam
memastikan peluang pekerjaan sentiasa ada bagi setiap golongan
bukan sahaja graduan IPT. Antara cara yang boleh dilaksanakan adalah
menrik pelabur asing untuk melabur dalam negara. Kemudahan
infrastruktur yang lengkap di Kuala Lumpur tamsilnya dapat menjamin
keyakinan pelabur untuk berdagang dalam negara. Kerajaan juga perlu
sentiasa membantu usahawan tempatan untuk berkembang secara
domestik dan global agar tidak menjadi seperti peribahasa Melayu, kera
di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan. Justeru kerajaan hari ini
perlu melakukan anjakan paradigma dalam usaha menaikkan nama
anak tempatan di samping menarik pelabur asing ke dalam negara. Dua
inisiatif ini secara tidak langsung dapat memberikan peluang pekerjaan
kepada setiap golongan pekerja dalam negara kita.

Penutup
Kesimpulannya, pelbagai faktor yang menyebabkan isu pengangguran
berlaku dan banyak langkah yang boleh dilaksanakan bagi memastikan
bilangan tersebut berkurangan. Pengenalan peluang pekerjaan seperti
penghantar makanan dan e-hailing adalah bersifat sementara dan tidak
sihat bagi perkembangan ekonomi dalam jangka masa panjang. Oleh
itu, kerajaan dan rakyat perlu menjalankan tanggungjawab masing-
masing dalam memastikan kedua-dua pihak bekerja demi membantu
meningkatkan ekonomi diri dan negara. Pelbagai kerjasama secara
domestik dan global diperlukan bagi membentuk model ekonomi terbaik
agar Malaysia tidak ketinggalan dalam era revolusi industri yang kian
mendatang.

https://www.ipendidikan.my/punca-pengangguran-dan-cara-mengatasi.html 4/4
05/02/2022, 23:05 Punca-Punca Berlakunya Jerebu dan Kesan-Kesannya

Karangan

Punca Berlakunya Jerebu dan Kesan


Kepada Persekitaran

Ipendidikan » Karangan » Punca Berlakunya Jerebu dan Kesan


Kepada Persekitaran
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:38 pm, 24 Februari 2021

Beberapa tahun sebelum ini, fenomena pencemaran udara melanda


beberapa kawasan di negara kita. Pelbagai punca dan akibat boleh
disenaraikan kesan daripada berlaku pencemaran udara. Rakyat dan
pihak berkuasa mula cakna akan isu ini dan mengambil langkah tertentu
bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku dan cara menghadapinya
kelak. Maka berikut adalah contoh karangan punca-punca berlakunya
jerebu dan kesan-kesannya untuk rujukan pelajar.

Kesempatan ini digunakan oleh sekolah atau guru dalam memberikan


latihan atau soalan kepada para pelajar kerana isu ini menjadi topik
utama yang dibincangkan. Para pelajar boleh merujuk contoh dan isi-isi
penting di bawah. Kemudian pelajar hendaklah menggunakan daya
pemikiran kreatif dan kritis untuk menghuraikan penulisan karangan
masing-masing supaya mendapat markah yang cemerlang.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/punca-berlakunya-jerebu-dan-kesan.html 1/4
05/02/2022, 23:05 Punca-Punca Berlakunya Jerebu dan Kesan-Kesannya

1. Punca Berlakunya Jerebu, Kesan Jerebu Dan Langkah Mengatasi


Jerebu
2. Contoh Karangan Punca-punca Berlaku Jerebu dan Kesan-kesannya

Punca Berlakunya Jerebu, Kesan


Jerebu Dan Langkah Mengatasi Jerebu

Isi-isi penting
pembakaran hutan secara besar-besaran
pembakaran terbuka tanpa kawalan
perkembangan perindustrian dan jumlah kenderaan yang
menambah jumlah karbon
masalah kesihatan
menjejaskan perniagaan kecil
persekolahan ditutup dan ditangguh

Baca juga: Kelebihan Menggunakan Pengangkutan Awam

Contoh Karangan Punca-punca Berlaku


Jerebu dan Kesan-kesannya
Pendahuluan
Kebelakangan ini, negara kita sering dilanda jerebu saban tahun kerana
puncanya daripada negara jiran dan juga negara kita sendiri. Jerebu
adalah fenomena pencemaran udara yang berlaku akibat debu

https://www.ipendidikan.my/punca-berlakunya-jerebu-dan-kesan.html 2/4
05/02/2022, 23:05 Punca-Punca Berlakunya Jerebu dan Kesan-Kesannya

pembakaran atau karbon yang tidak dapat dimusnahkan dan


menjejaskan kualiti udara sesebuah kawasan. Keindahan langit biru
yang menampakkan bangunan-bangunan di bandaraya akan hilang dan
matahari menjadi kemerah-merahan membuatkan suasana suram dan
ketakutan dalam kalangan rakyat. Jadi, persoalannya adalah apakah
punca-punca berlakunya jerebu dan apakah kesan kepada kita?

Isi 1
Punca utama kejadian jerebu yang merentas sempadan negara ini
adalah akibat daripada pembakaran hutan secara besar-besaran.
Ketamakkan dalam melaksanakan tugas dengan menggunakan kos
yang minima untuk membersihkan hutan untuk aktiviti perladangan telah
menyebabkan kaedah pembakaran hutan digunakan. Syarikat atau
mereka yang ingin berusaha membangunkan kawasan perladangan
seharusnya memikirkan akibat jika mereka membakar hutan. Pasti ada
kaedah lain supaya perladangan dapat dijalankan disamping ekosistem
dan habitat flora dan fauna di kawasan tersebut dipelihara. Pihak
kerajaan juga seharusnya memperkasa penguatkuasaan dalam
memastikan tiada pembakaran hutan secara besar-besaran akan
berlaku.

Isi 2
Selain itu, jerebu ini juga berpunca daripada pembakaran terbuka yang
tidak terkawal. Sebagai contoh, faktor cuaca yang kering dan panas
boleh memulakan pembakaran kecil di kawasan semak atau hutan yang
kemudian merebak dan kebakaran hutan yang besar terjadi. Jadi,
sebagai warganegara yang bertanggungjawab kita sewajarnya
melaporkan sekiranya ternampak pembakaran di hutan atau kawasan
terbiar agar pihak bomba dapat mengawal pembakaran tersebut
sebelum ia merebak dengan lebih besar. Tambahan pula, pembakaran
terbuka di kebun atau padang sekolah contohnya hendaklah
dikurangkan kerana ia juga menyumbang kepada pencemaran udara.
Sebaliknya, tukang kebun boleh menggunakan sisa daun dan pokok
sebagai kompos untuk membaja tanaman yang dijaga.

Isi 3
Antara kesan utama fenomena jerebu ini adalah kesihatan seseorang
akan terjejas jika terdedah kepada kualiti udara yang teruk. Individu
yang mempunyai lelah atau asma akan mudah sensitif kepada jerebu
dan melemahkan mereka. Maka, mereka terpaksa bercuti dan pekerjaan
atau aktiviti mereka akan tergendala. Begitu juga dengan kanak-kanak
di mana ketahanan diri mereka masih dalam fasa perkembangan jika

https://www.ipendidikan.my/punca-berlakunya-jerebu-dan-kesan.html 3/4
05/02/2022, 23:05 Punca-Punca Berlakunya Jerebu dan Kesan-Kesannya

dibandingkan dengan orang dewasa. Jadi, bahaya untuk kanak-kanak


didedahkan dalam keadaan udara yang tidak baik supaya mereka tidak
terkena penyakit yang berkaitan dengan pernafasan dan sebagainya.
Mencegah lebih baik daripada merawat di mana pencegahan masalah
kesihatan diperingkat awal akan menguntungkan kita kerana merawat
masalah kesihatan menelan kos yang banyak dan kesakitan yang
menguji kestabilan spiritual dan fizikal.

Isi 4
Kesan lain akibat daripada fenomena jerebu adalah perniagaan kecil
dan sederhana akan terjejas. Peniaga-peniaga pisang goreng, keropok
lekor dan minuman manis yang menjadi kegemaran rakyat kita di waktu
petang akan sukar untuk berniaga kerana cuaca yang tidak baik.
Pelanggan mereka akan beralih kepada kedai makanan segera atau
kedai di dalam pusat membeli belah kerana ianya tertutup dan bebas
daripada pencemaran udara. Peniaga kecil ini selalunya berniaga di tepi
jalan kerana ia memudahkan kita untuk membeli dan mendapat
makanan dengan harga yang murah. Fenomena jerebu ini akan
merugikan peniaga-peniaga kecil ini yang mungkin merupakan periuk
nasi mereka dalam menjalani kehidupan di kotaraya yang penuh
cabaran dan dugaan.

Penutup
Natijahnya, pelbagai punca yang mengakibatkan kejadian jerebu berlaku
di negara kita dan kesan-kesan yang diperoleh daripada kejadian
jerebu. Semua pihak hendaklah menyusun langkah holistik dengan
tegas dan berkesan dalam menangani masalah ini yang kian menjadi-
jadi setiap tahun. Kemampanan fikiran golongan pemimpin diperlukan
agar penyelesaian dalam masalah berkaitan alam sekitar dan
pencemaran ini dapat diurus dan memberi faedah bukan keburukan
kepada rakyat dan negara. Bak kata peribahasa Melayu, Gajah berjuang
sama gajah, pelanduk yang mati ditengah-tengah yang bermaksud
orang atasan hendaklah menggembleng tenaga dan bukannya
bertelagah dalam mencari penyelesaian agar rakyat dibawah tidak
menerima kesannya yang membawa kepada perkara yang negatif.
Semoga langkah memelihara kekayaan alam semula jadi kita dapat
dilaksana di samping mengejar perkembangan ekonomi sejagat.

https://www.ipendidikan.my/punca-berlakunya-jerebu-dan-kesan.html 4/4
05/02/2022, 23:04 Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar

Karangan

Contoh Karangan Punca Pencemaran


Alam Sekitar

Ipendidikan » Karangan » Contoh Karangan Punca Pencemaran Alam


Sekitar
Disemak dan dikemaskini pada pukul 2:37 pm, 10 Oktober 2020

Sebagai pelajar, anda perlu sentiasa menambah pengetahuan am dan


mengambil tahu akan isu-isu terkini tidak kira secara domestik ataupun
global. Hal ini akan membantu pelajar dalam menjawab soalan yang
mencabar pengetahuan pelajar apabila menduduki ujian di sekolah.
Maka berikut merupakan contoh karangan mengenai punca-punca
pencemaran alam sekitar yang boleh dijadikan rujukan kepada para
pelajar.

Pelajar bebas untuk menghuraikan isi-isi yang dikongsi mengikut


kemahiran fikiran kratif dan kritis masing-masing. Seterusnya, bimbingan
nasihat daripada guru-guru juga mustahak agar penulisan karangan
pelajar menepati soalan dan dapat mencapai markah yang baik.
Pemberian idea atau isi-isi yang bernas dapat membantu pelajar dalam
menulis karangan bahasa Melayu yang cemerlang disamping
penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-alam-sekitar.html 1/5
05/02/2022, 23:04 Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar

1. Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar


2. Contoh Karangan Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar

Punca Berlakunya Pencemaran Alam


Sekitar

Isi-isi penting
sikap tidak bertanggungjawab individu dan organisasi
penguatkuasaan undang-undang yang lemah
dasar atau polisi kerajaan yang lemah
penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui
pembuangan sisa industri dan pertanian yang tidak dikawal
pembakaran terbuka

Baca juga: Kesalahan Lazim Dalam Penulisan Karangan Bahasa


Melayu

Contoh Karangan Punca-Punca Pencemaran


Alam Sekitar
Pendahuluan
Dalam meniti kerancakan arus pemodenan pada era pascaperindustrian
dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda ini telah
membuatkan kita alpa akan tanggungjawab kita menghargai serta
memelihara keindahan alam semula jadi. Dewasa ini, kita boleh lihat

https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-alam-sekitar.html 2/5
05/02/2022, 23:04 Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar

hampir setiap hari buletin di televisyen menyiarkan bencana-bencana


alam yang menimpa manusia tidak kira di dalam mahupun luar negara.
Jadi adakah kita sedar bahawa sebahagian daripada musibah ini
berpunca daripada kegagalan kita menjaga habitat alam yang kita diami
bertahun-tahun lamanya. Alam sekitar yang dahulunya merimbun
memayungi lapisan bumi semakin lenyap dek kerakusan manusia. Oleh
itu, rasionalnya untuk kita mengupas apakah dalang yang menyebabkan
pencemaran ini berlaku dan menjadi semakin berleluasa mutakhir ini.

Isi 1
Punca utama dalam berlakunya pencemaran ini adalah sikap tidak
bertanggungjawab individu mahupun sesebuah organisasi dalam
pencemaran. Sebagai contoh, aktiviti ekonomi seperti pembukaan
kawasan perumahan dan perindustrian yang baru diperlukan tetapi,
ekosistem sesebuah kawasan tersebut perlu dipelihara. Penebangan
hutan dan penarahan bukit tanpa ada tindakan pemuliharaan seperti
penanaman semula pokok telah menyebabkan flora dan fauna
kehilangan habitat mereka. Hal ini menyebabkan berlaku bencana
seperti tanah runtuh dan banjir kilat kerana ketiadaan pokok-pokok yang
selama ini menjadi tunjang utama kekuatan tanah di kawasan tersebut.
Justeru, kekayaan yang kian mengaburi mata-mata orang yang tidak
prihatin akan alam semula jadi ini harus dibukakan mata dan ditunjukkan
kesan dan akibat sekiranya pencemaran ini berlaku dan meniggalkan
kesan terhadap diri mereka sendiri.

Isi 2
Dalam pada itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga
antara punca berlakunya pencemaran yang semakin menjadi-jadi hari
ini. Peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang dan pemantauan
yang tidak konsisten menyebabkan ramai individu yang tidak
bertanggungjawab membuat onar dan mengendahkan kedaulatan
undang-undang. Intergriti pihak berkuasa perlu dipersoalkan lantaran
kes-kes penerimaan rasuah yang dikaitkan dengan penjawat-penjawat
awam. Hal ini berlaku kerana tekanan ekonomi dan sikap tidak
bertanggungjawab individu yang menawarkan wang haram tersebut
hanya kerana ingin melepaskan diri daripada tindakan undang-undang.
Pihak kerajaan sewajarnya lebih menumpukan perhatian dalam bab
kebajikan pegawai-pegawai yang bertugas menegakkan kedaulatan
undang-undang negara.

Isi 3

https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-alam-sekitar.html 3/5
05/02/2022, 23:04 Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar

Pada masa yang sama, antara dimensi lain yang menyebabkan


pencemaran ini adalah kelonggaran dasar atau polisi kerajaan dalam
kepentingan alam sekitar. Kerajaan telah mengimplementasikan Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan
mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki
kualiti alam sekeliling dan daripada pencemaran meliputi pencemaran
air, udara, bunyi, tanah dan laut, namun pencemaran masih berlaku
secara berleluasa. Bak kata peribahasa Melayu, seperti melepaskan
batuk ditangga yang bermaksud perlakuan kerja yang dilakukan secara
sambil lewa. Jikalau kita lihat, kepupusan haiwan semakin menjadi-jadi,
pembangunan secara lestari tidak dilaksana sehinggakan berlaku
pencemaran yang memakan diri. Misalnya, kejadian yang berlaku di
Pasir Gudang, Johor di mana kawasan perindustrian dibina hampir
dengan kawasan perumahan dan sekolah dan pencemaran udara yang
teruk telah melanda dan mengakibatkan sekolah ditutup dan kanak-
kanak dihantar ke hospital. Harapan yang tinggi untuk pihak kerajaan
hari ini mengutamakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di
samping memacu ekonomi negara ke arah kegemilangan.

Isi 4
Selain itu, punca pencemaan alam sekitar adalah penggunaan sumber
tenaga yang mencemarkan alam seperti diesel dan bahan bakar yang
lain. Faktor perindustrian dan pengangkutan yang bergantung pada
bahan bakar petrol dan diesel menyumbang kepada pencemaran udara
dan bunyi. Gas-gas karbon dioksida yang dilepaskan ke udara oleh
kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan motosikal secara
berlebihan telah menyebabkan indeks udara berada pada tahap yang
membimbangkan bagi kesihatan marhaen dewasa ini. Kita boleh melihat
contoh di negara Norway yang menggalakkan penggunaan kenderaan
elektrik ataupun yang berasaskan tenaga yang boleh diperbaharui.
Mereka memberi pengecualian cukai dan kemudahan parkir untuk
pengguna kenderaan tersebut sekaligus mengurangkan pelepasan gas-
gas yang mencemarkan udara dan memanfaatkan sumber tenaga yang
berpotensi untuk masa hadapan. Maka, pendekatan teknologi dan
sistem yang mesra alam perlulah digalakkan agar kita dapat bersama-
sama mencegah pencemaran ini daripada terus berleluasa.

Penutup
Konklusinya, pelbagai punca yang dapat dirangkum dalam punca
pencemaran ini terjadi. Masyarakat dengan kerjasama media massa
harus meningkatkan tahap kesedaran sivik orang-orang sekeliling kita
tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar. Jika setiap pihak
mengambil langkah yang proaktif persis mutiara kata, ke bukit sama di
https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-alam-sekitar.html 4/5
05/02/2022, 23:04 Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar

daki, ke lurah sama dituruni, sudah pasti kemelut ini dapat diatasi
dengan berkesan. Setiap individu hendaklah meluaskan horizon
pemikiran dan memanifestasikan fikiran dan membuat inteprestasi
masing-masing dalam kepentingan memelihara dan memulihara alam
sekitar demi kelangsungan generasi akan datang. Semoga mereka
dapat merasai keindahan alam semula jadi secara langsung dan tidak
hanya melihat video atau bentuk digital keunikan flora dan fauna yang
kita miliki hari ini.

Related : bahan kimia sisa toksik melepaskan asap membuang


sampah kesan rumah hijau jalan raya kesihatan manusia menyebabkan
berlakunya salah satu pencemaran bunyi kualiti air, memainkan
peranan, jabatan alam pencemaran tanah penting untuk memberi kesan
suhu bumi membuang sisa

https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-alam-sekitar.html 5/5
05/02/2022, 23:05 Punca-Punca Pencemaran Sungai

Karangan

Punca-Punca Pencemaran Sungai


(Contoh Karangan)

Ipendidikan » Karangan » Punca-Punca Pencemaran Sungai (Contoh


Karangan)
Disemak dan dikemaskini pada pukul 2:37 pm, 10 Oktober 2020

Pelajar lazimnya menggunakan isi-isi penting yang sama seperti yang


diberikan oleh guru atau buku rujukan. Bagi menambah unsur menarik
dalam penulisan karangan anda, isi-isi penting yang diberikan
hendaklah berbeza dan menepati kehendak soalan. Pelajar boleh
membaca rujukan secara atas talian bagi melihat contoh-contoh
karangan lain yang berkaitan. Di bawah dikongsikan contoh karangan
punca-punca pencemaran sungai, kenapa ianya boleh terjadi untuk
rujukan.

Sungai merupakan punca kehidupan manusia pada zaman dahulu.


Namun, setelah mengecapi kemajuan pembangunan dan teknologi,
sungai semakin dilupakan malah dicemari tanpa sebarang rasa serba
salah. Pelbagai kesan yang merugikan kita akan berlaku walaupun
sungai tidak lagi menjadi sumber kehidupan masyarakat hari ini. Maka,
mustahak untuk kita mengetahui punca-punca berlakunya masalah ini
supaya solusi yang terbaik dapat direncana.

https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-sungai.html 1/5
05/02/2022, 23:05 Punca-Punca Pencemaran Sungai

Isi Kandungan [Tutup]

1. Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Air Sungai


2. Contoh Karangan Punca-Punca Pencemaran Sungai Yang Memberi
Kesan Kepada Alam Sekitar

Punca-Punca Berlakunya Pencemaran


Air Sungai
Isi-isi penting
Pembuangan sampah sarap
Pembuangan sisa-sisa kimia daripada kilang
Aktiviti pembalakan yang mengakibatkan hakisan tanah
Aktiviti pertanian menggunakan bahan kimia yang berlebihan
Pengurusan air kumbahan yang gagal diurus
Melepaskan spesis haiwan yang tidak sepatutnya

Baca juga: Contoh Karangan Cara Mnegelakkan Tabiat Buang Sampah


Merata-Rata

Contoh Karangan Punca-Punca Pencemaran


Sungai Yang Memberi Kesan Kepada Alam
Sekitar
Pendahuluan

https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-sungai.html 2/5
05/02/2022, 23:05 Punca-Punca Pencemaran Sungai

Sejak mengecapi kemerdekaan lebih 60 tahun yang lalu, Malaysia telah


menjadi sebuah negara yang pesat membangun dari setiap sudut
sosioekonomi. Pembinaan bangunan pencakar langit dan kilang-kilang
telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi dan industri negara.
Namun begitu, pelbagai implikasi yang berlaku akibat terlalu mengejar
urbanisasi sehingga berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar.
Kemajuan yang berorientasikan keuntungan semata-mata seakan-akan
mengikis tandusnya pertimbangan manusia terhadap khazanah alam.
Sungguh pun negara kita dikurniakan sumber alam yang banyak, ia
tidak memberikan kita peluang untuk mengendahkan pemeliharaannya
demi maslahat bersama. Antara pencemaran yang kerap berlaku dalam
negara kita adalah pencemaran sungai. Justeru itu, wajar untuk kita
kupas apakah punca-punca berlakunya masalah yang kian kritikal ini di
Malaysia sehingga menjejas kesihatan masyarakat umum?

Isi 1
Punca utama yang dapat dilihat secara zahir adalah berlakunya
pembuangan sampah sarap oleh individu yang tidak bertanggungjawab
ke dalam sungai. Marcapada ini masih terdapat individu samada secara
sendiri atau menurut arahan orang atasan mereka untuk membuang
sampah yang dihasilkan ke sungai-sungai yang berdekatan.
Sehinggakan terdapat agensi swasta dari negara luar yang melancarkan
kapal automasi pengutip sampah sepanjang Sungai Klang demi
mengatasi pencemaran yang telah lama membarah di kawasan
tersebut. Apabila disiasat, ramai individu yang membuang sampah
sarap pada waktu malam di kawasan yang tidak dilihat oleh masyarakat
keliling demi mengelak daripada ditangkap oleh penguatkuasa.
Kemusyikilan timbul kerana setiap kawasan mempunyai agensi atau
syarikat yang menguruskan sampah sarap tetapi masih terdapat
golongan yang besar kepala dan tidak mengambil berat tentang kesan
pembuangan sampah kepada alam sekitar. Intihannya, masyarakat
perlu sentiasa diberi didikan dan peringatan supaya kesedaran terhadap
perilaku yang salah akan timbul dan menghalang mereka dariapda
melakukannya.

Isi 2
Pada masa yang sama, pencemaran juga berlaku akibat daripada
pembuangan sisa-sisa kimia daripada kilang-kilang berdekatan tanpa
sebarang tapisan. Situasi ini telah pun berlaku di Sungai Kim-Kim, Pasir
Gudang dimana pembuangan sisa toksik dalam sungai terbabit bukan
sahaja mencemarkan sungai malah mencemarkan udara serta
mengancam kesihatan masyarakat sekeliling. Pembuangan sisa-sisa
kimia memerlukan kaedah yang betul dan menggunakan kos.
https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-sungai.html 3/5
05/02/2022, 23:05 Punca-Punca Pencemaran Sungai

Disebabkan pengusaha kilang-kilang ini mengejar keuntungan dan ingin


menjimatkan kos, mereka sanggup menggadaikan sumber alam iaitu
sungai. Jalan mudah yang diambil oleh individu yang tidak
bertanggungjawab ini akan menyebabkan hidupan akuatik dalam sungai
mati, seterusnya mengancam sumber air mentah di kawasan keliling.
Oleh itu, pihak berkuasa seharusnya komited dalam menjalankan tugas
dengan penuh intergriti bagi mengekalkan kebersihan sungai-sungai di
dalam negara ini. Sikap seperti melepaskan batuk di tangga harus
dielakkan kerana ia merupakan budaya yang tidak sihat untuk
perkembangan masyarakat. Tegasnya, melepaskan sisa-sisa kilang ke
sungai adalah kesalahan yang menyebabkan pencemaran tidak
terkawal berlaku.

Isi 3
Jika dilihat pada sudut yang berlainan, pencemaran air bukan sahaja
berlaku di kawasan penempatan manusia tetapi juga berlaku di kawasan
yang melakukan aktiviti pertanian. Kita sedia maklum bahawa aktiviti
pertanian memerlukan bekalan dan sumber air yang cukup dan
berdekatan bagi mengurangkan kos pengusaha tani. Namun begitu,
terdapat aktiviti pertanian seperti membaja terlalu banyak sehingga
menyebabkan bahan kimia tersebut mengalir ke sungai berdekatan dan
mencemarinya. Sebetulnya, teknik pembajaan hendaklah pada kadar
sedehana dan memastikan ia dapat diserap ke dalam tanah serta tidak
mengalir ke dalam sungai sekiranya berlaku hujan. Situasi ini berlaku
kerana pengusaha tani kebanyakannya mengupah buruh warga asing
yang tidak mempunyai sebarang pengalaman mahupun pendidikan
berkenaan pertanian dan mereka hanya mengikut arahan yang
diberikan oleh ketua atau mando yang menjaga ladang tersebut. Maka,
pemilik ladang dan pengusaha tani perlu bertanggungjawab dalam
menjalankan aktiviti pertanian masing-masing dan memantau pekerja
kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.

Isi 4
Di samping itu, aktiviti pembalakan juga antara punca berlakunya
pencemaran di negara yang kita cintai ini. Kegiatan pembalakan yang
semakin hari semakin rancak tanpa sebarang tanda untuk berhenti
bakal mengancam khazanah alam yang kita miliki. Pembalakan pokok-
pokok untuk tujuan pembangunan dan industri pembuatan akan
menyebabkan hakisan tanah berlaku dan masuk ke dalam sungai.
Seterusnya, kehidupan akuatik dalam sungai akan terancam kerana
telah ditelenggami dengan tanah-tanih daripada aktiviti pembalakan
yang berdekatan. Selain daripada pencemaran, aktiviti pembalakan
yang berleluasa juga mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat
https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-sungai.html 4/5
05/02/2022, 23:05 Punca-Punca Pencemaran Sungai

berlaku. Itulah kesan apabila kita memusnahkan kejadian alam tanpa


memikirkan akibatnya kerana kelak bencana alam yang akan menimpa
kita. Ibarat sudah terhantuk baru terngadah, Izharnya, aktiviti
pembalakan harus dipantau dan dikurangkan kerana pelbagai alternatif
lain boleh diusahakan bagi tujuan pembangunan dan industri
pembuatan. Semoga dengan inisiatif tersebut masalah pencemaran
dapat dikurangkan dan memelihara khazanah alam yang kita miliki.

Penutup
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai punca
yang menyebabkan masalah pencemaran ini berlaku. Masyarakat harus
sedar bahawa pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah
mustahak kerana kesannya telah pun dirasai pada hari ini. Pemanasan
global dan kenaikan paras air laut merupakan bencana alam yang
semakin mengancam ekosistem dan juga pembangunan manusia.
Pemimpin dunia seharusnya merencana kemajuan yang mengutamakan
agenda pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta menukar
sumber tenaga tidak boleh diperbaharui kepada sumber tenaga boleh
diperbaharui. Berbekalkan tenaga professional yang cekap dan
teknologi yang tiada batasan hari ini, pastinya sebuah mekanisme dapat
digunakan bagi memastikan pencemaran dapat dikurangkan serta
menjamin kemajuan manusia sejagat.

Related : menjadi punca sungai gong lra sungai selangor beliau


berkata pencemaran bau loji rawatan air lra sungai, jabatan alam sekitar
jas kuala lumpur bekalan air

https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-sungai.html 5/5
05/02/2022, 23:02 Sebab Memilih Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan

Karangan

Sebab-sebab Memilih Malaysia


Sebagai Tempat/ Destinasi
Pelancongan

Ipendidikan » Karangan » Sebab-sebab Memilih Malaysia Sebagai


Tempat/ Destinasi Pelancongan
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:34 am, 2 Februari 2021

Semua pelajar yang bersekolah di sekolah kelolaan Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) pasti akan mempelajari mata pelajaran
Bahasa Melayu. Salah satu soalan yang akan dijawab oleh pelajar
dalam peperiksaan untuk menguasai Bahasa Melayu adalah penulisan
karangan. Sebagai rujukan kepada pelajar, berikut dikongsikan contoh
karangan sebab-sebab pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi
pelancongan.

Tajuk soalan yang berkaitan pelancongan telah menjadi kelaziman di


sekolah atau semasa peperiksaan. Oleh itu, anda seharusnya
mengutarakan idea atau isi-isi penting yang berbeza serta mampu
menarik perhatian pembaca. Sebagai pelajar, anda boleh merujuk
contoh-contoh secara atas talian dan melakukan latihan tambahan
supaya terdedah kepada pelbagai idea dan bentuk penulisan yang
cemerlang dan menarik.

https://www.ipendidikan.my/malaysia-destinasi-pelancongan.html 1/5
05/02/2022, 23:02 Sebab Memilih Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan

Isi Kandungan [Tutup]

1. Mengapakah Malaysia Menjadi Tumpuan Destinasi Pelancongan


2. Contoh Karangan Keistimewaan Malaysia Sebagai Tempat/ Destinasi
Pelancongan

Mengapakah Malaysia Menjadi


Tumpuan Destinasi Pelancongan
Isi-isi penting
Kekayaan alam semula jadi
Dikelilingi pulau dan pantai-pantai
Kemudahan infrastruktur yang kondusif
Kekayaan budaya dan sejarah masyarakat
Sikap rakyat yang ramah dan berbudi bahasa
Nilai matawang yang berpatutan

Baca juga: Bangsa Yang Berjaya Adalah Bangsa Yang Membaca

Contoh Karangan Keistimewaan Malaysia


Sebagai Tempat/ Destinasi Pelancongan
Pendahuluan
Salah satu sektor yang menyumbang kepada kerancakan ekonomi di
Malaysia adalah sektor pelancongan. Saban hari, jumlah pelancong

https://www.ipendidikan.my/malaysia-destinasi-pelancongan.html 2/5
05/02/2022, 23:02 Sebab Memilih Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan

yang masuk ke dalam negara semakin meningkat dari tahun ke tahun.


industri pelancongan negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar
kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161 bilion
atau 14.9 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
pada tahun 2014 berdasarkan petikan akhbar Berita Harian Online
bertarikh 17 Oktober 2015. Angka tersebut telah melebihi jangkaan 8.1
juta orang pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia pada
tahun tersebut. Statitik tersebut menunjukkan bahawa pelancongan
mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan dan kekal menjadi
penyumbang kepada ekonomi negara. Persoalannya, apakah sebab-
sebab para pelancong memilih malaysia sebagai tempat atau destinasi
pelancongan mereka?

Isi 1
Antara sebab utama Malaysia menjadi pilihan dalam kalangan
pelancong khususnya pelancong asing adalah kerana kekayaan alam
semula jadi yang terdapat di serata negara. Tanah air kita terletak di
garisan khatulistiwa yang memberikan iklim berbeza berbanding negara-
negara di Eropah, Amerika dan Asia Barat. Kebanyakan mereka gemar
mengunjungi Malaysia pada musim sejuk atau musim panas kerana
cuaca di Malaysia memberikan suasana yang disukai oleh mereka.
Kerajaan Malaysia bertindak proaktif dengan mewartakan taman-taman
negara yang kaya dengan keindahan alam semula jadi serta menjadi
penyumbang kepada industri pelancongan. Pengunjung dari luar negara
akan melancong di taman-taman negara seperti Taman Negara Pahang
yang merangkumi hutan belantara, gunung-ganang, sungai serta
pelbagai flora dan fauna. Di samping menikmati keindahan alam yang
tidak didapati di negara lain, pelancong dapat melakukan pelbagai
aktiviti seperti mendaki gunung, memancing, berkhemah dan pelbagai
lagi. Pengalaman menghabiskan masa dikelilingi alam semula jadi
menjadi antara tarikan utama pelancong ke Malaysia.

Isi 2
Sebab lain pelancong memilih Malaysia sebagai negara yang ingin
dikunjungi adalah dikelilingi pulau-pulau serta pantai yang indah.
Kekayaan alam semula jadi di tanah air kita bukan sahaja terletak di
daratannya sahaja malah di kawasan laut juga memberikan pelbagai
kecantikan alam semula jadi yang kita boleh nikmati. Misalnya, Pulau
Tioman di Pahang dan Pulau Sipadan di Sabah yang menjadi tumpuan
pelancong kerana keindahan pantai serta terumbu karang yang
menjadikan aktiviti menyelam atau skuba lebih menarik. Bahkan di
Malaysia, mereka bukan sahaja boleh mengunjungi dua atau tiga pulau
tetapi mereka boleh melawat hampir 30 buah pulau yang memberikan
https://www.ipendidikan.my/malaysia-destinasi-pelancongan.html 3/5
05/02/2022, 23:02 Sebab Memilih Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan

suasana pelancongan yang menarik. Selain itu, pantai-pantai di


sekeliling Semenanjung Malaysia juga tidak kurang cantiknya.
Pelancong dapat menikmati angin sepoi-sepoi bahasa sambil memakan
juadah tradisional masyarakat Malaysia seperti Ikan Celup Tepung dan
Sata yang popular di negeri pantai timur.

Isi 3
Dari sudut pandang yang lain, Malaysia menjadi pilihan pelancong
adalah kerana kemudahan infrastruktur yang kondusif. Sebelum memilih
destinasi pelancongan, mereka tentunya mencari kaedah pengangkutan
yang selesa dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Pujian harus
diberi kepada industri pengangkutan negara seperti syarikat-syarikat
penerbangan yang berjaya menjadi ejen keunikan negara di mata dunia.
Dengan perkhidmatan mereka yang bertaraf dunia, pelancong berasa
selesa melancong dan sampai ke destinasi yang ditujui dengan selamat.
Jaringan lebuh raya dan rel seperti sistem transit aliran ringan (LRT),
komuter, dan monorel juga menyenangkan mobiliti para pelancong.
Tambahan pula, jaringan komunikasi yang menyediakan perkhidmatan
Internet di kawasan tumpuan pelancong juga memberikan nilai tambah
kepada kawasan tersebut. Pelancong boleh berehat dan juga tidak
ketinggalan dengan urusan kerja dimana Internet merupakan sumber
utama jaringan komunikasi ke seluruh pelusuk dunia. Hasil infrastruktur
yang kondusif dan bertaraf dunia, lebih ramai pelancong akan datang
berkunjung ke kawasan-kawasan pelancongan di seluruh negara.

Isi 4
Pelancong-pelancong gemar melancong di Malaysia adalah kerana
kekayaan budaya dan sejarah masyarakat berbilang kaum yang kita
miliki. Umum sedia maklum, kemajmukan masyarakat Melayu, Cina,
India dan lain-lain hidup bersama menjadi satu tarikan kepada para
pelancong kerana banyak budaya yang dikongsi bersama. Tamsilnya,
penganjuran rumah terbuka pada hari perayaan menjadi simbol
perpaduan masyarakat di Malaysia di mana pelbagai hidangan
tradisional dihidangkan. Daripada hidangan kaum Melayu seperti
ketupat, rendang, hidangan kaum India seperti kari, tosei sehingga
hidangan Cina seperti yee sang dan kuih bulan. Pelancong juga dapat
mengunjungi muzium dan memorial untuk mengenali dengan lebih
dalam tentang sejarah, budaya dan tradisi masyarakat tempatan. Tidak
dinafikan keramahan serta budi bahasa yang tinggi yang ditunjukkan
oleh masyarakat Malaysia juga menjadi sebab pelancong gemar untuk
berkunjung ke negara ini. Bak kata peribahasa, yang elok itu budi yang
indah itu bahasa.

https://www.ipendidikan.my/malaysia-destinasi-pelancongan.html 4/5
05/02/2022, 23:02 Sebab Memilih Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan

Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak sebab Malaysia menjadi pilihan
pelancong khususnya daripada pelancong asing. Siapa sangka aktiviti
makan angin yang ditawarkan di kawasan perkampungan mamapu
menjadi penyumbang utama ekonomi negara. Oleh itu, pihak kerajaan
seharusnya menyusun dasar dan strategi terbaik dalam
mengembangkan industri pelancongan di samping memelihara
kekayaan alam semula jadi. Penganjuran Tahun Melawat Malaysia
merupakan anatar inisiatif yang baik untuk dianjurkan kerana ia
menggalakkan setiap pemain industri untuk turut bersama menaikkan
nama negara di persada dunia. Ibarat peribahasa Melayu, kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Semoga segala usaha
berjaya dimanifestasikan dan menjadikan nama Malaysia sebagai
pilihan utama destinasi pelancong dari seantero dunia.

Related : pulau redang kementerian pelancongan saban tahun malaysia


mempunyai hutan keistimewaan tersendiri

https://www.ipendidikan.my/malaysia-destinasi-pelancongan.html 5/5
05/02/2022, 23:02 Senarai Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan

Karangan

Aktiviti Menarik Yang Boleh


Dijalankan Sepanjang Bulan
Kemerdekaan

Ipendidikan » Karangan » Aktiviti Menarik Yang Boleh Dijalankan


Sepanjang Bulan Kemerdekaan
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:34 pm, 8 Jun 2020

Pelbagai tema dan tajuk soalan yang sering digunakan dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu. Para pelajar digalakkan untuk melakukan
latihan tambahan supaya dapat mempelajari dan cuba menjawab tema
dan tajuk soalan yang berbeza. Selain itu, anda boleh merujuk contoh-
contoh karangan Bahasa Melayu yang dikongsikan di atas talian. Oleh
itu, berikut adalah contoh karangan aktiviti menarik yang boleh
dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan dan Hari Kebangsaan sebagai
rujukan anda.

Untuk makluman pelajar, penulisan karangan yang baik merangkumi


penggunaan tatabahasa yang betul tanpa ada kesalahan ejaan dan
imbuhan. Penggunaan frasa-frasa menarik seperti peribahasa yang
menepati huraian juga akan memberi nilai tambah dalam penulisan
karangan masing-masing. Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa
mendapatkan bimbingan daripada guru-guru agar gaya penulisan anda
menepati kehendak soalan dan penanda kertas.

https://www.ipendidikan.my/aktiviti-menarik-bulan-kemerdekaan.html 1/5
05/02/2022, 23:02 Senarai Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan

Isi Kandungan [Tutup]

1. Aktiviti Menarik Yang Boleh Dijalankan Bersempena Bulan


Kemerdekaan
2. Contoh Karangan Aktiviti Menarik yang Boleh Dijalankan Sepanjang
Bulan Kemerdekaan Dan Hari Kebangsaan

Aktiviti Menarik Yang Boleh Dijalankan


Bersempena Bulan Kemerdekaan
Isi-isi penting
Pertandingan Dekorasi Kelas
Koir lagu patriotik
Lawatan ke muzium dan bangunan bersejarah
Menghasilkan video patriotik
Pertandingan pakaian tradisonal
Mewawancara tokoh-tokoh kemerdekaan

Baca juga: Jenis-Jenis Pengenalan Dalam Penulisan Karangan

Contoh Karangan Aktiviti Menarik yang Boleh


Dijalankan Sepanjang Bulan Kemerdekaan Dan
Hari Kebangsaan
Pendahuluan
https://www.ipendidikan.my/aktiviti-menarik-bulan-kemerdekaan.html 2/5
05/02/2022, 23:02 Senarai Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal


dan minda kita telah membuatkan masyarakat hari ini lupa dengan
sejarah perjuangan nenek dan moyang kita dalam mengecapi
kemerdekaan untuk negara. Oleh itu, bulan kemerdekaan sering kali
dianjurkan bagi merai dan menghargai jasa dan pengorbanan rakyat
terdahulu yang telah memberikan kita nikmat kehidupan yang aman dan
sejahtera pada masa kini. Kebebasan daripada cengkaman penjajah
adalah suatu yang tidak boleh dibayangkan oleh masyarakat hari ini
terutamanya daripada golongan kanak-kanak. Maka, aktiviti-aktiviti
menarik yang mampu membuka mata murid-murid di sekolah tentang
kepentingan mencapai kemerdekaan bagi sesebuah negara wajar untuk
dilaksanakan.

Isi 1
Antara aktiviti yang lazim dijalankan di setiap sekolah adalah
pertandingan mendekorasi bilik darjah atau kelas mengikut tema
kemerdekaan. Pertandingan ini dapat melahirkan sifat bersaing secara
sihat antara murid-murid serta mengetengahkan kreativiti mereka.
Peribahasa Melayu ada berkata, kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya. Dengan bimbingan daripada guru-guru,
pelajar pasti dapat menghasilkan dekorasi-dekorasi yang menarik
seperti sudut tokoh-tokoh negara dan hiasan yang menggunakan Jalur
Gemilang. Secara tidak langsung, murid-murid akan didedahkan dengan
elemen patriotik apabila mereka menggunakan Jalur Gemilang. Guru-
guru juga digalakkan untuk menunjukkan panduan apabila kita ingin
mengibarkan bendera kebangsaan kita kerana ia merupakan simbolik
yang tinggi dan perlu dihormati oleh segenap rakyat Malaysia.

Isi 2
Selain itu, pihak sekolah dengan bimbingan daripada para guru juga
boleh menganjurkan pertandingan koir yang bertemakan lagu patriotik.
Mutakhir ini, lagu patriotik semakin dilupakan kerana kurang mendapat
masa penyiaran di media arus perdana. Kesannya, ramai di antara ahli
masyarakat khususnya golongan muda tidak tahu akan kewujudan lagu-
lagu yang khas dicipta bagi meraikan kemerdekaan dan kejayaan
negara. Justeru, aktiviti ini dapat menyemarakkan semula keindahan
lagu-lagu patriotik yang kaya dengan bait-bait lirik yang cukup bermakna
serta mampu menjadi pengajaran kepada semua. Pesembahan koir
juga dapat menyerlahkan bakat murid-murid yang berpotensi dalam
nyanyian dan memupuk semangat kerjasama bagi menghasilkan
persembahan koir yang baik. Izharnya, aktiviti yang memeberikan
pelbagai manfaat secara langsung dan tidak langsung wajar dianjurkan
sempena bulan kemerdekaan.
https://www.ipendidikan.my/aktiviti-menarik-bulan-kemerdekaan.html 3/5
05/02/2022, 23:02 Senarai Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan

Isi 3
Aktiviti lain yang dapat menarik minat murid-murid sepanjang bulan
kemerdekaan adalah dengan melakukan lawatan ke muzium dan
bangunan-bangunan bersejarah. Hal ini demikian kerana mereka dapat
keluar daripada bilik darjah dan berkunjung ke tempat yang belum
pernah dilawati. Di muzium, para pelajar akan dibawa menelusuri
sejarah-sejarah negara pada masa dahulu serta berpeluang melihat dan
menyentuh artifak atau model senjata, pakaian dan barang-barang
keperluan lain yang digunakan oleh masyarakat terdahulu. Manakala
lawatan ke bangunan bersejarah seperti Tugu Negara dapat
memberikan suasana yang berbeza kepada mereka dan mempelajari
sejarah disebalik bangunan tersebut dibina. Senario ini dapat
memberikan pengalaman berbeza kepada para pelajar yang selama ini
belajar secara teori di dalam buku teks dan seterusnya dapat melihat
secara langsung artifak-artifak yang mempunyai nilai sejarah kepada
negara. Ia merupakan alternatif yang sesuai bagi mendidik kanak-kanak
khususnya berkaitan dengan sejarah dan kemerdekaan tanah air.

Isi 4
Di samping itu, aktiviti yang menarik untuk dijalankan sepanjang bula
kemerdekaan adalah dengan mengajurkan pertandingan mencipta
video-video patriotik. Kaedah ini sejajar dengan budaya masa kini yang
mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan masyarakat di mana video
adalah kandungan yang mudah dan diminati oleh semua. Maka, kita
perlu mengambil kesempatan kemajuan teknologi hari ini untuk
mencabar kreativiti murid-murid dalam menghasilkan video yang
mempunyai elemen cinta akan negara. Sebagai inspirasi, terdapat
banyak filem-filem patriotik yang telah diterbitkan seperti Leftenan
Adnan dan Sarjan Hassan. Industri animasi kita yang semakin
mendapat pengiktirafan dan diminati ahli masyarakat juga wajar
dijadikan contoh kerana mereka meletakkan elemen-elemen patriotik
dalam kandungan yang diterbitkan. Intihannya, kreativiti pelajar dapat
diasah disamping mempelajari, menghargai dan merai jasa dan
pengorbanan masyarakat serta tokoh-tokoh untuk mengecapi
kemerdekaan hari ini.

Penutup
Konklusinya, pelbagai aktiviti menarik yang boleh direncana sepanjang
bulan kemerdekaan bagi memupuk semanagt patriotik dalam kalangan
murid-murid. Bagi mengukuhkan persefahaman dan semangat kekitaan
dalam kalangan rakyat, aktiviti-aktiviti yang berpaksikan semangat
patriotisme ini hendaklah dititikberatkan sejak di bangku sekolah lagi.

https://www.ipendidikan.my/aktiviti-menarik-bulan-kemerdekaan.html 4/5
05/02/2022, 23:02 Senarai Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan

Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru, ibu
dan bapa boleh membantu para guru untuk menjalankan aktiviti yang
menjadi pemangkin perpaduan antara masyarakat kita supaya masa
hadapan negara terjamin dengan semangat patriotik yang kuat dan utuh
dalam setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia. Semoga benih
yang ditanam hari ini tumbuh mekar dan membuahkan hasil yang
bermanfaat dan mampu dinikmati oleh segenap penduduk tanah air ini.

https://www.ipendidikan.my/aktiviti-menarik-bulan-kemerdekaan.html 5/5
05/02/2022, 23:01 Usaha Melestarikan Warisan Seni Budaya Rakyat Malaysia

Karangan

Usaha Melestarikan Warisan Seni


Budaya (Cara Mengekalkan)

Ipendidikan » Karangan » Usaha Melestarikan Warisan Seni Budaya


(Cara Mengekalkan)
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:43 pm, 9 September 2021

Adakah anda tertanya-tanya kenapa guru anda suka untuk memberikan


latihan penulisan karangan yang berbeza tema dan tajuk? Sebagai
makluman kepada pelajar, penulisan karangan khususnya bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu banyak mempersoalkan tema atau tajuk yang
pelbagai. Oleh itu, sebagai persediaan, di bawah dikongsikan contoh
karangan usaha melestarikan warisan seni budaya.

Sebagai rakyat Malaysia, kita dilazimi dengan kekayaan budaya serta


seni warisan yang dimiliki sejak betahun-tahun dahulu. Daripada
persembahan wayang kulit, permainan wau, dan tarian yang berbeza-
beza mangikut negeri masing-masing. Pelajar pastinya dapat
memberikan idea-idea yang bernas dalam penulisan karangan masing-
masing agar markah yang cemerlang dapat dicapai dengan jayanya.

https://www.ipendidikan.my/melestarikan-warisan.html 1/5
05/02/2022, 23:01 Usaha Melestarikan Warisan Seni Budaya Rakyat Malaysia

Isi Kandungan [Tutup]

1. Usaha Mengekalkan Warisan Seni Budaya Rakyat Malaysia


2. Contoh Karangan Usaha Melestarikan Warisan Seni Budaya

Usaha Mengekalkan Warisan Seni Budaya


Rakyat Malaysia
Isi-isi penting
Menggunakan platform media untuk mempengaruhi masyarakat
Menjadikan warisan seni budaya sebagai salah satu subjek dalam
pendidikan
Memelihara kesenian dan budaya yang masih ada ketika ini
Memberikan insentif kepada penggiat warisan seni dan budaya
Mempromosikan kesenian dengan aktiviti-aktiviti menarik
Menyertai konvensyen kebudayaan antarabangsa

Contoh Karangan Usaha Melestarikan Warisan


Seni Budaya
Pendahuluan
Mutakhir ini, masyarakat kita lebih gemar menikmati hiburan daripada
negara asing seperti Amerika dan Korea Selatan. Hal ini kerana kuasa
pemasaran dan gelombang peminat yang kuat telah menyebabkan
ramai di antara ahli masyarakat kita turut sama berkongsi minat melihat

https://www.ipendidikan.my/melestarikan-warisan.html 2/5
05/02/2022, 23:01 Usaha Melestarikan Warisan Seni Budaya Rakyat Malaysia

atau menikmati hiburan daripada negara asing. Jika ditelusuri pada


zaman nenek dan moyang kita, cara hiburan mereka adalah dengan
melihat persembahan tari-menari atau wayang kulit di kawasan pantai
timur khususnya. Semakin hari semakin ia dilupakan oleh generasi pada
hari ini kerana ia kelihatan tidak relevan dan ketinggalan zaman. Oleh
itu, kita seharusnya mengubah pandangan sarwa ini supaya
peninggalan datuk dan nenek kita tidak tenggelam dek zaman. Pihak-
pihak berkuasa seperti pemimpin negara hendaklah mencai satu
mekanisme sebagai usaha mengekalkan seni budaya demi generasi
masa hadapan negara.

Isi 1
Langkah pertama yang perlu dilaksanakan bagi melestarikan warisan
seni dan budaya dalam masyarakat pada hari ini adalah menggunakan
platform media massa untuk membuka kembali mata masyarakat yang
hilang dibawa arus hiburan negara asing. Usaha ini dilihat sukar kerana
kebebasan sosial media yang menjadi asbab masyarakat kita
mengeksplorasi hiburan atau seni budaya asing untuk tontonan masing-
masing. Maka, pihak berkuasa wajar mengambil kesempatan yang
sama untuk menyajikan filem, drama, sketsa malah iklan berkaitan
dengan seni dan budaya masyarakat kita di seluruh media massa.
Stesen televisyen yang menjalankan operasi mereka mengejar rating
hendaklah diseimbangkan dengan usaha melestarikan seni dan budaya
yang kita miliki. Rancangan atau kandungan yang menyemai unsur-
unsur budaya seperti filem Puteri Gunung Ledang wajar diterbitkan
dengan lebih banyak agar menyemai minat masyarakat terhadap seni
dan budaya. Bak kata pepatah, sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain.

Isi 2
Dalam masa yang sama, menjadikan warisan seni budaya sebagai
salah satu subjek wajib dalam pendidikan di peringkat sekolah rendah
atau menengah pasti dapat melestarikannya. Melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Persis peribahasa Melayu tersebut, antara cara terbaik
untuk menyemai minat seseorang terhadap sesuatu perkara adalah
melalui pendidikan di peringkat awal. Umum sedia maklum mata
pelajaran seni sudah pun dilaksanakan di sekolah namun ia perlu
ditambah baik dengan lebih banyak pengisian mengenai kesenian dan
persembahan masyarakat kita. Wujudkan satu bulan atau minggu
penghargaan kesenian dan budaya di peringkat kebangsaan agar
pelajar dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan untuk mempelajari
dan memahaminya. Dengan pengalaman menyertai aktiviti kesenian

https://www.ipendidikan.my/melestarikan-warisan.html 3/5
05/02/2022, 23:01 Usaha Melestarikan Warisan Seni Budaya Rakyat Malaysia

atau budaya, mereka akan lebih menghargai dan tersemat dalam hati
mereka sifat cinta akan warisan datuk dan nenek moyang mereka.

Isi 3
Usaha lain yang wajar untuk diaksanakan adalah dengan memelihara
kesenian dan budaya yang masih ada ketika ini. Sebagai contoh,
pementasan wayang kulit dan tarian-tarian semakin kurang mendapat
undangan atau sambutan. Pihak berkuasa yang banyak menganjurkan
aktiviti kemasyarakatan wajar memberi peluang kepada penggiat
kesenian tanah air untuk mempersembahkan seni mereka kepada orang
ramai. Selain itu, penubuhan institusi seperti Akademi Seni Budaya Dan
Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Sekolah Seni di seluruh negara
pasti dapat menghasilkan generasi muda yang bakal menyambung
legasi penggiat terdahulu. Usaha ini mustahak kerana kebanyakan
penggiat yang duduk di luar bandar tidak mempunyai pengganti akibat
kurang minat atau tekanan ekonomi. Sekiranya pihak berkuasa
mempunyai kehendak untuk membela penggiat seni ini pasti isu legasi
tidak menjadi masalah kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi.

Isi 4
Akhir sekali, cara yang paling berkesan untuk mengekalkan sesuatu
perkara daripada kemusnahan adalah dengan memberikan insentif yang
secukupnya kepada penggiat warisan seni dan budaya. Polemik ini telah
lama berlaku dalam kalangan masyarakat kita tetapi tiada pihak yang
jujur untuk berusaha menyelesaikannya. Jika kita lihat, setiap tahun
pasti ada bajet-bajet besar yang disalurkan untuk pembangunan negara.
Kita tidak akan berasa rugi sekiranya peruntukkan tersebut disalurkan
kepada penggiat seni dan budaya dalam corak yang konsisten. Perkara
ini bukan sahaja dapat memastikan kebajikan mereka terjamin malah
memberikan mereka ruang untuk mengekspresi persembahan dan seni
kreatif mereka dengan lebih baik. Contohnya, dengan bantuan
kewangan yang banyak, penggiat seni dapat menyertai konvensyen
kebudayaan dan kesenian di peringkat antarabangsa untuk
mempersembahkan warisan yang kita miliki. Intihannya, dengan insentif
dan pengurusan yang baik, pasti seni dan budaya kita dapat dilestarika
semula.

Penutup
Konklusinya, pelbagai usaha melestarikan seni dan budaya dapat
dijayakan sekiranya setiap pihak bersepakat mencapai objektif yang
sama. Dengan iltizam dan matlamat yang betul, usaha ini pasti dapat

https://www.ipendidikan.my/melestarikan-warisan.html 4/5
05/02/2022, 23:01 Usaha Melestarikan Warisan Seni Budaya Rakyat Malaysia

melestarikan semula apa yang semakin pupus dalam jati diri rakyat di
Malaysia. Elakkanlah daripada melaukan perkara sekerat jalan ibarat
hangat-hangat tahi ayam. Kelak yang rugi adalah kita dan generasi akan
datang yang tidak mengenal asal dan usul mereka kerana telah dikaburi
dengan elemen kebudayaan dari negara asing. Kesannya generasi akan
datang tidak menghargai apa yang mereka lihat di negara mereka
sebaiknya mengagungkan budaya asing dan bakal memusnahkan
identiti bangsa dan negara kita. Semoga berbekalkan semangat
patriotisme yang kita miliki pada hari ini dapat menjadi pegangan untuk
kita mengekalkan seni dan budaya masyarakat kita.

Related : kerajaan untuk, penting untuk, ibu bapa, usaha mengekalkan,


anak anak, untuk mengikuti budaya, adat resam, untuk terus, pihak
kerajaan, memainkan peranan, untuk melihat,

https://www.ipendidikan.my/melestarikan-warisan.html 5/5
05/02/2022, 23:00 Usaha Membantu Golongan OKU (Orang Kurang Upaya)

Karangan

Usaha-Usaha Membantu Golongan


OKU

Ipendidikan » Karangan » Usaha-Usaha Membantu Golongan OKU


Disemak dan dikemaskini pada pukul 2:23 pm, 30 Mac 2020

Pelbagai jenis contoh-contoh karangan dapat dilihat secara online oleh


pelajar-pelajar. Karangan yang merangkumi pelbagai tema dan soalan
dapat membantu pelajar untuk mengetahui isi-isi penting yang berkait
dengan soalan yang ingin dijawab dalam latihan atau peperiksaan.
Berikut adalah contoh karangan usaha-usaha membantu golongan
Orang Kurang Upaya (OKU) yang boleh menjadi rujukan dan panduan
pelajar.

Latihan tambahan amat digalakkan supaya pelajar terdedah dengan


pelbagai jenis soalan dan mampu membuat penulisan karangan yang
baik dan cemerlang. Selain itu, penggunaan frasa-frasa menarik seperti
peribahasa dan penanda wacana akan membantu menambah daya
penarik terhadap penulisan karangan pelajar. Justeru, isi-isi penting
yang berkaitan dan seimbang akan menjadikan penulisan karangan
pelajar berpotensi mendapat markah yang baik dan cemerlang.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/usaha-membantu-golongan-oku.html 1/5
05/02/2022, 23:00 Usaha Membantu Golongan OKU (Orang Kurang Upaya)

1. Usaha-Usaha Membantu Golongan OKU (Orang Kurang Upaya)


2. Contoh Karangan Usaha-Usaha Membantu Golongan OKU

Usaha-Usaha Membantu Golongan OKU


(Orang Kurang Upaya)

Isi-isi penting
membuka mata masyarakat akan keistimewaan golongan OKU
memberikan latihan kemahiran dan peluang pendidikan
menggalakkan pengambilan OKU dalam pekerjaan
menyediakan infrastuktur yang mesra OKU
memberikan pendidikan dan kempen tentang golongan OKU di
setiap peringkat
menyediakan peruntukan khas bagi perkembangan dan
kesejahteraan golongan OKU

Baca juga: Cara Kira Bilangan Patah Perkataan Dalam Karangan


Bahasa Melayu

Contoh Karangan Usaha-Usaha Membantu


Golongan OKU
Pendahuluan
Orang kurang upaya boleh didefinisikan sebagai seseorang yang
mengalami kekurangan atau kecederaan kekal fizikal atau kecacatan

https://www.ipendidikan.my/usaha-membantu-golongan-oku.html 2/5
05/02/2022, 23:00 Usaha Membantu Golongan OKU (Orang Kurang Upaya)

mental yang mempunyai kesan jangka panjang ke atas keupayaannya


untuk melakukan aktiviti seharian secara normal. Golongan ini
mempunyai spektrum ataupun jenis yang besar dan terdapat kategori
tertentu dalam menentukan kekurangan upaya mereka. Orang kurang
upaya tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana
kekurangan yang mereka hadapi. Walaupun banyak kekurangan yang
mereka hadapi, golongan kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan
kerana mereka juga turut mampu memberi sumbangan kepada kita
khususnya dan negara amnya. Persis peribahasa, tidak memandang
bulu, tidak melihat rupa dimana bersikap adil adalah nilai murni yang
harus diterapkan oleh setiap ahli masyarakat. Oleh itu, wajar untuk kita
mengenal pasti usaha-usaha yang dapat dikerahkan bagi membantu
golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menjalani kehidupan dengan
lebih baik.

Isi 1
Prakarsa utama dalam membantu golongan OKU adalah dengan
membuka mata masyarakat akan keistimewaan yang dimiliki oleh OKU.
Kita harus mengubah stigma masyarakat yang berpendapat golongan
OKU ini hanya menyusahkan dan tidak dapat menyumbang apa-apa ke
arah kebaikan. Persepsi yang tirus ini harus diubah di mana golongan
OKU memerlukan bimbingan yang betul dan sesuai dengan keadaan
mereka sebelum mereka memahami sesuatu perkara dan mampu
mempelajari susuatu yang dapat memeberi nilai kepada diri mereka.
Tamsilnya, atlet pecut paralimpik negara Mohamad Ridzuan Puzi, yang
berjaya mendapat pingat emas di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016
adalah bukti kemampuan golongan ini yang mampu mengharumkan
nama negara di mata dunia. Begitu juga atlet-atlet paralimpik negara
yang lain seperti Mohamad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly yang
berjaya memecahkan rekod dunia di kejohanan yang mereka sertai.
Semoga kejayaan atelet paralimpik negara ini menjadi contoh terbaik
kepada masyarakat bahawa golongan OKU ini mampu berdiri sama
tinggi dengan manusia yang normal dan sempurna fizikal dan mental.

Isi 2
Usaha lain yang dapat dijakankan untuk membantu golongan OKU ini
mendapat tempat dalam masyarakat adalah dengan memberikan
peluang pendidikan serta latihan kemahiran yang sesuai dengan
kemampuan mereka. Dewasa ini, terma autisme menjadi topik utama
perbualan golongan ibu bapa kerana kadar golongan kanak-kanak yang
menghadapi keistimewaan ini semakin bertambah. Kekurangan upaya
yang berkaitan perkembangan mental boleh dirawat dan berpotensi
untuk pulih dan mampu melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti
https://www.ipendidikan.my/usaha-membantu-golongan-oku.html 3/5
05/02/2022, 23:00 Usaha Membantu Golongan OKU (Orang Kurang Upaya)

manusia biasa. Golongan ini hanya memerlukan pendidikan secara


bersemuka pada tempoh yang tertentu mengikut tahap kemampuan
mereka. Oleh itu, usaha pihak kerajaan dalam memperkenalkan jurusan
yang khusus dalam pendidikan khas di institusi pengajian harus
disokong sebagai langkah memebantu golongan ini. Pihak swasta juga
boleh mengusahakan pusat-pusat terapi dan pembelajaran bagi
golongan OKU ini dimana ia adalah keperluan masyarakat hari ini. Pihak
koporat juga seharusnya menyumbang kepada inisiatif dalam memberi
pendidikan kepada golongan OKU sebagai tanggungjawab sosial
koporat mereka.

Isi 3
Selain itu, kerajaan juga boleh menggalakkan masyarakat dan agensi
kerajaan untuk mengambil golongan OKU sebagai pekerja dalam
syarikat dan agensi masing-masing. Misalnya, rantaian restoran
makanan segera di Malaysia telah pun mengambil golongan OKU
sebagai pekerja mereka di cawangan tertentu dan membuktikan
golongan ini mampu bekerja untuk menyara kehidupan mereka sendiri.
Pihak majikan perlu memberikan latihan kepada pekerja mereka dalam
kemahiran bahasa isyarat supaya mereka dapat berkomunikasi dan
mengambil pekerja daripada golongan yang bisu dan pekak. Rentetan
itu, kita sebagai pelanggan juga harus mempunyai kemahiran dalam
bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan pekerja di restoran tersebut
supaya tidak menjadi seperti Maka, sekarang adalah waktu yang sesuai
untuk menjadikan bahasa isyarat satu topik yang wajib dipelajari dalam
modul pendidikan negara kita agar masyarakat hari ini dan generasi
akan datang menjadi masyarakat yang berkebolehan tinggi dalam
komunikasi serta mampu menghargai dan mengangkat golongan OKU
bersama-sama ke arah kemajuan sejagat.

Isi 4
Akhir sekali, dalam meraikan golongan OKU ini, pihak kerajaan
terutamanya perlu menyediakan infrastruktur yang mesra OKU supaya
mereka mudah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang
lain. Kemudahan seperti tempat duduk OKU, parkir khas OKU dan lif-lif
di setiap bangunan samada bangunan awam mahupun bangunan
persendirian dapat membantu memudahkan golonan OKU ini untuk
bekerja ataupun memanfaatkan kemudahan awam. Justeru, masyarakat
perlu peka dan cakna akan kehadiran golongan OKU di sekeliling
mereka dan sentiasa menawarkan bantuan sekiranya mereka
memerlukan. Sikap menggunakan lif di pusat membeli-belah yang
semakin menjadi polemik masyarakat hari ini perlulah diutamakan untuk
golongan OKU, warga tua dan mereka yang membawa anak-anak kecil.
https://www.ipendidikan.my/usaha-membantu-golongan-oku.html 4/5
05/02/2022, 23:00 Usaha Membantu Golongan OKU (Orang Kurang Upaya)

Kita sebagai manusia yang sempurna fizikal ini perlu mempunyai minda
yang murni dan bersyukur atas nikmat yang kita peroleh dengan
sentiasa memberikan keutamaan kapada kemudahan seperti parkir dan
lif untuk kegunaan golongan seperti OKU terutamanya. Situasi ini harus
menjadi contoh dan boleh dijadikan iklan di media massa dalam
menerapkan nilai toleransi terhadap golongan yang memerlukan dalam
minda masyarakat kita hari ini.

Penutup
Tuntasnya, pelbagai usaha boleh dimanifestasikan dalam membantu
golongan OKU supaya mereka mampu berdiri di atas kaki sendiri dan
duduk sama tinggi dengan setiap ahli masyarakat. Pada hemat saya,
setiap kehidupan yang dilahirkan dimuka bumi ini mempunyai potensi
dan tujuan yang mampu memberi kebaikan kepada sesiapa sahaja.
Terpulang kepada kita untuk mencari cara dan fungsi yang sesuai untuk
diterapkan dan diperkenalkan kepada golongan OKU ini terutamanya
agar manfaat bersama dapat dicapai. Semua pihak memainkan peranan
penting dalam membela nasib dan masa depan golongan OKU kerana
mereka juga berhak untuk berjaya dan rasa dihargai oleh keluarga,
masyarakat dan negara. Saya percaya rakyat Malaysia mengenali
peribahasa, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang
bermaksud permuafakatan dalam mengerjakan sesuatu serta sama-
sama menanggung susah dan senang.

https://www.ipendidikan.my/usaha-membantu-golongan-oku.html 5/5
05/02/2022, 23:04 Usaha Membendung Kenaikan Harga Barang

Karangan

Cara-Cara Menangani Kenaikan


Harga Barang

Ipendidikan » Karangan » Cara-Cara Menangani Kenaikan Harga


Barang
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:20 pm, 6 Disember 2021

Pelbagai polemik yang menjadi pilihan untuk menjadi tajuk soalan


karangan Bahasa Melayu. Justeru, guru-guru gemar memberikan latihan
yang banyak kepada pelajar agar mereka didedahkan kepada setiap
tema yang berpotensi menjadi soalan karangan Bahasa Melayu. Para
pelajar pula perlu tekun dan rajin untuk menulis serta sentiasa
mengambil tahu isu semasa sebagai persediaan untuk menjawab
soalan yang berkaitan. Dibawah adalah contoh karangan usaha
membendung kenaikan harga barang sebagai rujukan pelajar.

Sekiranya pelajar mempunyai kesukaran dalam menulis karangan


bahasa Melayu yang baik, anda perlu melakukan latihan tambahan
dengan merujuk contoh-contoh di atas talian. Selain itu, pelajar
digalakkan untuk menggunakan frasa-frasa menarik seperti penanda
wacana, peribahasa dan simpulan bahasa yang tepat. Tambahan pula,
ayat yang mudah tanpa ada kesalahan tatabahasa dan ejaan juga
membantu pelajar untuk menghasilkan penulisan karangan yang baik.

https://www.ipendidikan.my/usaha-membendung-kenaikan-harga-barang.html 1/5
05/02/2022, 23:04 Usaha Membendung Kenaikan Harga Barang

Isi Kandungan [Tutup]

1. Langkah Dan Usaha Membendung Kenaikan Harga Barang Di


Pasaran
2. Contoh Karangan Usaha Membendung Kenaikan Harga Barang

Langkah Dan Usaha Membendung


Kenaikan Harga Barang Di Pasaran
Isi-isi penting
Menetapkan harga siling barang
Pengeluaran mengikut unjuran permintaan
Amalan berjimat-cermat
Menguatkuasakan undang-undang
Memboikot barang atau pasaraya yang menaikkan harga
Melaksanakan kempen yang berkesan

Baca juga: Cara Mengira Berapa Patah Perkataan Dalam Karangan BM

Contoh Karangan Usaha Membendung


Kenaikan Harga Barang
Pendahuluan
Sejak akhir-akhir ini, kenaikan harga barang telah menjadi bualan
masyarakat akibat pergolakan ekonomi yang melanda. Polemik ini

https://www.ipendidikan.my/usaha-membendung-kenaikan-harga-barang.html 2/5
05/02/2022, 23:04 Usaha Membendung Kenaikan Harga Barang

menjadi antara faktor kos sara hidup di Malaysia meningkat dari tahun
ke tahun. Namun, kadar gaji dan peluang kerja yang ditawarkan masih
berada di takuk yang sama pada 10 tahun yang lalu. Masalah ini
mungkin timbul oleh sikap tamak peniaga, pengilang atau kapitalis yang
mengawal ekonomi dan bersikap seperti lintah darat. Sekiranya sikap
mengaut keuntungan ini tidak dihentikan, jurang antara golongan
berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah akan semakin
menjarak. Oleh itu, apakah inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi
membendung kenaikan harga barang terus berlaku dan menimbulkan
kemarahan dalam kalangan masyarakat konvensional?

Isi 1
Prakarsa utama yang boleh dilakukan adalah dengan memperkenalkan
mekanisme kawalan terhadap harga barang terutamanya barang
keperluan asas seperti beras, minyak masak dan gula. Kerajaan yang
intelektual dan prihatin dengan kelangsungan hidup rakyat sewajarnya
menetapkan harga siling terhadap barang-barang asas yang lazimnya
mendapat permintaan tinggi daripada pengguna. Tindakan ini pernah
dilaksanakan tetapi hanya apabila hari perayaan berlangsung dan tidak
dikekalkan untuk tempoh yang lama. Justeru, pihak berkuasa perlu
menjalankan kajian bagi mencari senarai barang keperluan yang penting
untuk penduduk tempatan dalam kehidupan seharian. Kesannya, rakyat
dapat membeli barang keperluan bagi meneruskan kehidupan masing-
masing walaupun ekonomi negara terumbang-ambing akibat daripada
pergolakan negara-negara yang berkuasa.

Isi 2
Selain daripada itu, pembendungan kenaikan harga barang boleh
dilakukan dengan memastikan pengeluaran barang mengikut unjuran
permintaan pengguna. Usaha ini memerlukan kerjasama dan etika
daripada pihak pembekal dan pengeluar produk. Hal ini demikian kerana
pada musim perayaan atau krisis, permintaan pengguna akan
bertambah dan terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan
dengan menaikkan harga barang. Pihak berkuasa perlu menjalankan
kajian dan menganalisis unjuran permintaan masyarakat saban tahun
untuk mengeluarkan jumlah jangkaan pengguna pada masa hadapan.
Oleh itu, produktiviti perlu dilipatgandakan bagi menampung kekurangan
yang ada pada waktu-waktu tertentu. Tambahan pula, pemberian subsidi
kepada pengeluar dapat membantu pengeluaran yang mencukupi untuk
menampung permintaan rakyat yang semakin bertambah.

Isi 3

https://www.ipendidikan.my/usaha-membendung-kenaikan-harga-barang.html 3/5
05/02/2022, 23:04 Usaha Membendung Kenaikan Harga Barang

Dari sudut pandang pengguna pula, kenaikan harga barang boleh


dielakkan dengan amalan berjimat cermat. Dewasa ini, pengguna
kebanyakannya berbelanja mengikut kehendak dan lebih daripada
keperluan masing-masing. Situasi ini berlaku rentetan pengaruh media
massa dan selebriti yang menggunakan media sosial untuk
menunjukkan kemewahan hidup. Golongan marhaen sepatutnya
membuat perbandingan harga antara pasaraya dan kedai sebelum
membuat pembelian. Kehadiran pasaraya yang menjual pada harga
borong dan berpatutan perlu diperbanyakkan pada kawasan-kawasan
tertentu terutamanya kawasan luar bandar. Pengguna juga digalakkan
untuk mengamalkan kitar semula dengan menggunakan barang lama
dan terpakai. Pelbagai tutorial yang telah dimuat naik secara atas talian
yang membantu kita untuk menukar barangan lama kepada barangan
yang berguna untuk digunakan pada ketika ini. Justeru, amalan berjimat
cermat bukan sahaja mengurangkan kenaikan harga barang malah
membantu menyelamatkan alam sekitar.

Isi 4
Pada masa yang sama, penguatkuasaan undang-undang adalah
penting dalam membendung kenaikan harga barang. Pihak berkuasa
perlu melakukan pemantauan lebih kerap atau menyediakan medium
yang mudah untuk masyarakat melaporkan sebarang kenaikan harga
yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu, pihak berkuasa juga perlu
menggesa peniaga mempamerkan tanda harga pada setiap produk
yang dijual bagi mengelakkan pengguna daripada tertipu. Penetapan
Akta Kawalan Harga yang lebih menyeluruh serta hukuman yang lebih
berat wajar dilaksanakan supaya peniaga sedar tanpa pengguna,
mereka tidak dapat menjalankan perniagaan mereka. Jika tiada usaha
daripada pihak kerajaan, peniaga akan terus menaikkan harga barang
dan masyarakat akan ditindas. Tuntasnya, pemantauan daripada pihak
berkuasa terhadap peniaga yang menaikkan harga barang amat
diperlukan kerana ianya adalah salah satu langkah untuk membendung
kenaikan harga barang

Penutup
Konklusinya, pelbagai usaha yang boleh digarap untuk membendung
kenaikan harga barang yang semakin merunsingkan masayrakat hari ini.
Isu ini pasti dapat diselesaikan dengan baik sekiranya semua pihak
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memainkan peranan
masing masing. Sebagai rakyat, kita hendaklah bertindak seperti ke
bukit sama-sama didaki dan ke lurah sama-sama dituruni untuk mencari
jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Semoga pihak
berkuasa konsisten dalam memperjuangkan isu yang dekat dengan
https://www.ipendidikan.my/usaha-membendung-kenaikan-harga-barang.html 4/5
05/02/2022, 23:04 Usaha Membendung Kenaikan Harga Barang

realiti kehidupan masyarakat hari ini agar kemakmuran bersama dapat


dicapai secara saksama.

Related : isu kenaikan harga barangan,

https://www.ipendidikan.my/usaha-membendung-kenaikan-harga-barang.html 5/5
05/02/2022, 23:00 Usaha Memupuk Semangat Kejiranan Dalam Kalangan Masyarakat

Karangan

Langkah Dan Usaha Memupuk


Semangat Kejiranan Dalam Kalangan
Masyarakat

Ipendidikan » Karangan » Langkah Dan Usaha Memupuk Semangat


Kejiranan Dalam Kalangan Masyarakat
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:11 pm, 4 Oktober 2020

Soalan berkaitan semangat kejiranan kerap digunakan oleh sekolah


untuk menguji tahap penulisan para pelajar. Hal ini kerana ianya suatu
situasi atau keadaan yang berlaku dikeliling atau dalam persekitaran
kita. Peribahasa Melayu juga banyak yang berkaitan dengan semangat
kejiranan yang boleh dugunakan oleh para pelajar.

Pelbagai isi dan nilai yang boleh dihuraikan oleh para pelajar berkaitan
semangat kejiranan. Berikut adalah contoh isi dan karangan berkaitan
dengan usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat. Ianya terdiri daripada pendahuluan, empat isi penting dan
penutup atau kesimpulan.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/usaha-memupuk-semangat-kejiranan.html 1/4
05/02/2022, 23:00 Usaha Memupuk Semangat Kejiranan Dalam Kalangan Masyarakat

1. Usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan


masyarakat
2. Contoh karangan usaha dan langkah memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat

Usaha-usaha memupuk semangat


kejiranan dalam kalangan masyarakat

Isi-isi penting
mewujudkan pusat komuniti dan rukun tetangga
menggalakkan aktiviti bergotong-royong atau bersukan
amalan kunjung-mengunjung
peranan media massa
menghormati hak masing-masing
bersedia menawarkan bantuan yang mampu

Contoh karangan usaha dan langkah


memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat
Pendahuluan
Malaysia merupakan negara yang amat unik apabila berjaya mencapai
kemerdekaan dengan adanya pelbagai bangsa dan etnik yang hidup
dalam harmoni. Masa demi masa berlalu, sentimen perkauman semakin
menjadi isu yang boleh memburukkan keharmonian yang telah dibentuk
https://www.ipendidikan.my/usaha-memupuk-semangat-kejiranan.html 2/4
05/02/2022, 23:00 Usaha Memupuk Semangat Kejiranan Dalam Kalangan Masyarakat

dan diperjuangkan oleh nenek moyang kita dahulu. Justeru itu,


keharmonian hendaklah bermula daripada rumah ataupun jiran
tetangga. Jiran tetangga adalah orang yang tinggal berdekatan dengan
rumah atau tinggal setempat samada di kiri, dan kanan, hadapan atau
belakang, atas dan bawah bagi rumah flat atau kondominium.

Isi 1
Antara usaha yang dapat dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan
yang kian pudar hari ini adalah dengan mewujudkan satu pusat komuniti
di setiap kawasan perumahan. Sebagai contoh balai raya dan dewan
serbaguna yang boleh digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan seperti
bergotong royong dan sebagainya. Kemudian, perlunya organisasi
seperti rukun tetangga ditubuhkan bagi mengurus hal-hal berkenaan
aktiviti di kawasan kejiranan. Jadi, seharusnya semua ahli masyarakat
mengambil bahagian dan menyumbangkan apa yang perlu untuk
mencapai semangat kejiranan yang harmoni dan sejahtera. Bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat adalah peribahasa
Melayu yang sesuai untuk digambarkan dengan semangat kejiranan
yang wajar disemat dalam diri rakyat Malaysia.

Isi 2
Usaha-usaha lain adalah dengan menggalakkan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong dan bersukan di antara
kkawasan perjiranan. Tanggungjawab ini bergantung kepada badan-
badan bukan kerajaan seperti rukun tetangga dan khidmat komuniti oleh
syarikat swasta. Program gotong-royong pembersihan atau membaik
pulih balai raya atau dewan serbaguna dapat merapatkan hubungan
antara masyarakat yang sertai sekaligus mengindahkan infrastruktur
masyarakat serta menjamin kebersihan kawasan sekitar agar bersih
daripada ancaman penyakit. Bak kata peribahasa Melayu, sambil
menyelam minum air dimana aktiviti seperti ini mendatangkan pelbagai
faedah kepada semua.

Isi 3
Selain itu, usaha yang semakin pudar hari ini adalah budaya kunjung
mengunjung. Kesibukan mengejar kerjaya dan urusan harian telah
menyumbang kepada kemerosotan budaya berziarah antara jiran
tetangga yang dahulu merupakan tradisi nenek moyang kita. Maka,
sekiranya kita berkesempatan untuk berkunjung ke rumah jiran
tetangga, terutamanya pada hari perayaan ia adalah suatu usaha yang
murni dan perlu ditunjukkan kepada golongan muda agar mereka sedar
bahawa nilai muafakat dalam berjiran adalah baik dan memberi manfaat

https://www.ipendidikan.my/usaha-memupuk-semangat-kejiranan.html 3/4
05/02/2022, 23:00 Usaha Memupuk Semangat Kejiranan Dalam Kalangan Masyarakat

kepada semua. Jika segan menjadi halangan maka mulakan lah dengan
menegur sapa apabila bertemu ketika berselisih di kawasan perumahan
masing-masing.

Isi 4
Media massa juga memainkan peranan penting dalam memupuk usaha
supaya masyarakat hidup dalam semangat kejiranan. Dengan
kemudahan yang hanya dihujung jari dewasa ini, media massa
sepatutunya bertanggungjawab untuk membuat program-program
dengan pengisian yang menerapkan nilai kejiranan dalam masyarakat
kita. Drama yang melibatkan pelakon berbilang bangsa serta jalan cerita
yang menyentuh situasi sebenar masyarakat kita mampu menjadi
medium dalam membentuk semangat kejiranan melalui media massa.
Media massa seharusnya merasakan tanggungjawab yang berat kerana
masyarakat kini lebih menghabiskan masa melayari media-media massa
dan mereka sewajarnya menyuntik nilai-nilai kejiranan atau kekitaan
dalam hiburan yang disajikan.

Penutup
Intihannya, semangat kejiranan dalam masyarakat adalah budaya
masyarakat Malaysia yang amat unik dan perlu disemai dan dihargai
dengan lebih baik agar golongan muda mendapat manfaat daripada nilai
yang baik ini. Tuntasnya, semangat kejiranan bukan sahaja memastikan
masyarakat hidup dalam keharmonian dan sejahteran tetapi menjamin
kesepaduan negara dalam menjadi negara yang lebih maju dan berdaya
saing dengan negara-negara lain. Rakyat yang berjaya adalah rakyat
yang kaya dengan nilai sahsiah dan menjamin modal insan kelas
pertama yang akan memacu negara menjadi negara yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Related : berkenal kenalan antara satu kenal maka tak cinta menikmati
juadah yang disediakan kalangan anak anak belukar melepaskan
pucuk untuk mengukuhkan aidilfitri tahun baharu cina menyemarakkan
budaya kunjung mengunjung amalan ziarah menziarahi kasih
sayang hormat menghormati disediakan oleh tuan rumah semangat
kejiranan yang tinggi mengeratkan hubungan kejiranan raya aidilfitri
tahun baharu hari raya aidilfitri tahun mengekalkan semangat kejiranan

https://www.ipendidikan.my/usaha-memupuk-semangat-kejiranan.html 4/4
05/02/2022, 22:58 Usaha Meningkatkan Penggunaan Kemudahan Pusat Sumber Sekolah

Karangan

Usaha Meningkatkan Penggunaan


Pusat Sumber Sekolah

Ipendidikan » Karangan » Usaha Meningkatkan Penggunaan Pusat


Sumber Sekolah
Disemak dan dikemaskini pada pukul 8:32 pm, 6 September 2020

Contoh karangan boleh dijadikan rujukan kepada pelajar dalam bersedia


menghadapi ujian atau peperiksaan awam sekolah. Tetapi pelajar-
pelajar perlu peka terhadap soalan sekiranya ia memerlukan format-
format tertentu. Contoh di bawah adalah karangan yang bebas daripada
format. Berikut adalah contoh isi dan karangan berkaitan dengan usaha
meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah.

Tajuk soalan karangan sering kali berkaitan dengan kehidupan pelajar


maka sikap ambil tahu tentang perkara sekeliling dapat membantu
pelajar dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Isi Kandungan [Tutup]

1. Usaha-Usaha Meningkatkan Penggunaan Kemudahan Pusat Sumber


Sekolah
2. Contoh Karangan Usaha Meningkatkan Penggunaan Kemudahan
Pusat Sumber Sekolah

https://www.ipendidikan.my/usaha-meningkatkan-penggunaan-pusat-sumber.html 1/4
05/02/2022, 22:58 Usaha Meningkatkan Penggunaan Kemudahan Pusat Sumber Sekolah

Usaha-Usaha Meningkatkan
Penggunaan Kemudahan Pusat Sumber
Sekolah

Isi-isi penting
memastikan suasana yang menarik dan kondusif
mempelbagaikan sumber rujukan yang berkualiti
memperkasakan program NILAM
menyediakan alat bantuan mengajar
Membina sudut atau bilik arkib yang berkenaan sejarah sekolah
Menganjurkan karnival pusat sumber

Contoh Karangan Usaha Meningkatkan


Penggunaan Kemudahan Pusat Sumber
Sekolah
Pendahuluan
Pusat sumber adalah salah satu fasiliti yang disediakan oleh pihak
sekolah untuk kegunaan para pelajar dan guru-guru mencari rujukan
tambahan berkaitan matapelajaran mereka. Sebelum ini, pusat sumber
dikenali sebagai perpustakaan kerana membekalkan rujukan daripada
bahan cetakan sahaja tetapi dek kemajuan teknologi, penggunaan pusat
sumber adalah lebih sesuai. Hal ini kerana pusat sumber dapat
menyediakan kemudahan bahan rujukan tambahan dari pelbagai bentuk
seperti poster dan komputer. Pihak sekolah sewajarnya berusaha
https://www.ipendidikan.my/usaha-meningkatkan-penggunaan-pusat-sumber.html 2/4
05/02/2022, 22:58 Usaha Meningkatkan Penggunaan Kemudahan Pusat Sumber Sekolah

dengan komited dalam meningkatkan penggunaan kemudahan pusat


sumber sekolah supaya bermanfaat kepada murid dan para pengajar.

Isi 1
Perkara utama dalam menarik minat seseorang mengunjungi tempat
yang kita inginkan adalah suasana kawasan tersebut. Suasana yang
kondusif dan menarik mampu menyumbang kepada jumlah pengunjung
pusat sumber sekolah. Susunan rak yang mudah untuk mencari bahan
rujukan, kedudukan meja dan kerusi yang teratur serta ruang membaca
yang selesa menjamin keinginan murid untuk menggunakan sumber
yang ada di situ. Mewujudkan sudut perbincangan di mana para pelajar
dpat melakukan pembelajaran secara berkumpulan juga amat
digalakkan kerana ia antara cara pembelajaran yang berkesan pada hari
ini. Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan segala kemudahan di
pusat sumber di selenggara dengan baik dan dijaga rapi. Sekiranya
mengalami kekangan kos dalam pengurusan pusat sumber, mereka
boleh menggunakan alternatif lain seperti berganding bahu dengan
pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang pasti prihatin dalam
isu seperti ini.

Isi 2
Pusat sumber juga berperanan dalam menyediakan bahan rujukan
yang berkualiti dan terkini. Selalunya apa yang kita jumpa di pusat
sumber adalah bahan-bahan yang telah lapuk dek ditelan zaman. Bahan
rujukan baharu disimpan dan hanya boleh diakses oleh guru sahaja.
Pihak sekolah haruslah mencari pendekatan untuk menjual bahan
rujukan lama dan sentiasa mendapat bekalan rujukan yang baharu dan
berguna untuk para pelajar. Bahan-bahan rujukan juga perlulah
divariasikan seperti melanggan surat-surat khabar secara harian dan
pelbagai bahasa agar murid dapat mengetahui isu-isu semasa serta
meluangkan masa di pusat sumber. Buku-buku tidak seharusnya hanya
berkait dengan akademik tetapi sewajarnya buku berkisarkan budaya
atau pengurusan kewangan mampu menjadi bahan bacaan santai yang
bermanfaat kepada murid-murid.

Isi 3
Selain daripada itu, pihak sekolah dan ibu bapa seharusnya
bertanggungjawab dalam mengubah sikap kanak-kanak yang kurang
membaca dan lebih suka mencari rujukan menggunakan komputer
ataupun telefon pintar. Membaca adalah jambatan ilmu maka, pihak
sekolah hendaklah memperkasakan program Nadi Ilmu Amalan
Membaca (NILAM) dalam kalangan para pelajar. Seperti yang kita tahu,

https://www.ipendidikan.my/usaha-meningkatkan-penggunaan-pusat-sumber.html 3/4
05/02/2022, 22:58 Usaha Meningkatkan Penggunaan Kemudahan Pusat Sumber Sekolah

diperingkat kebangsaan terdapat Anugerah Kebangsaan NILAM yang


menjadi anugerah tahunan dan mampu menjadi platform penting bagi
para pelajar. Jadi, pengiktirafan diperingkat sekolah boleh ditambah baik
dengan menyediakan insentif menarik sekiranya pelajar mencapai
tahap-tahap tertentu dalam program NILAM. Insentif bukan sahaja
hadiah tetapi boleh dipelbagaikan dengan mendapat membuat lawatan
sambil belajar ke tempat-tempat tertentu atau menghantar mereka
menyertai program seperti pertandingan pidato dan sebagainya.

Isi 4
Akhir sekali, pusat sumber boleh menyediakan alat bantuan mengajar
yang interaktif kepada guru-guru. Proses pembelajaran dan pengajaran
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan adanya alat bantuan
mengajar yang mampu menarik minat para pelajar. Sebagai contoh, di
makmal sains terdapat boneka tubuh badan yang menerangkan nama
serta kedudukan organ-organ dalam badan. Murid-murid lebih tertarik
dengan pembelajaran secara visual serta membantu mereka untuk lebih
faham akan subjek atau sesuatu perkara yang dipelajari oleh mereka
berbanding daripada penerangan dari guru yang mungkin kurang
berkesan. Pusat sumber boleh menyediakan glob dunia untuk subjek
geografi, kostum-kostum budaya bagi subjek sejarah dan poster-poster
yang menarik dan bermanfaat untuk pelajar melihat dan
membaca.Tindakan ini juga menyokong penambahan sudut
perbincangan bagi para pelajar dan guru untuk berinteraksi dengan lebih
bebas apabila melakukan proses pembleajaran dan pengajaran di pusat
sumber.

Penutup
Konklusinya, banyak usaha dapat dilaksanakan dalam meningkatkan
penggunaan pusat sumber di sekolah. Peribahasa Melayu berkata, yang
bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang yang
bermaksud sesuatu itu tidak akan berhasil jika tidak berusaha. Pihak
sekolah hendaklah memastikan pusat sumber menjadi kekal relevan
kepada para pelajar dan guru-guru dan dihargai sebagai sumber utama
mencari ilmu yang merupakan misi utama sekolah itu diwujudkan. Di
samping itu, mengekalkan fasiliti-fasiliti lain di sekolah supaya berkesan
dalam mendidik anak-anak bangsa. Generasi membaca, kaya dengan
ilmu pengetahuan akan melahirkan modal insan kelas pertama dan
bakal menjadi pemimpin negara ke arah yang lebih cemerlang dan maju
pada masa kelak.

https://www.ipendidikan.my/usaha-meningkatkan-penggunaan-pusat-sumber.html 4/4
05/02/2022, 23:01 Usaha- Usaha Mempopularkan Puisi Tradisional

Karangan

Usaha Mempopularkan Puisi


Tradisional Dalam Kalangan
Masyarakat

Ipendidikan » Karangan » Usaha Mempopularkan Puisi Tradisional


Dalam Kalangan Masyarakat
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:55 pm, 10 Julai 2020

Ramai di antara pelajar yang mempunyai masalah atau kesukaran untuk


menjawab soalan penulisan karangan Bahasa Melayu. Oleh itu, pelajar
perlu membuat persiapan yang lebih seperti melakukan latihan
tambahan atau merujuk contoh secara atas talian sebelum menduduki
peperiksaan. Sebagai rujukan buat para pelajar, berikut dikongsikan
contoh karangan usaha-usaha mempopularkan puisi tradisional dalam
kalangan masyarakat.

Penulisan karangan yang berkaitan dengan tajuk di bawah seharusnya


mudah bagi pelajar untuk menjawab. Hal ini demikian kerana ia
melibatkan seni serta budaya masyarakat pelajar dan bukannya
masyarakat asing. Maka, isi-isi penting yang bernas pasti dapat
diberikan serta penggunaan frasa menarik seperti peribahasa dan
penanda wacana yang berkaitan adalah digalakkan.

https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-puisi-tradisional.html 1/5
05/02/2022, 23:01 Usaha- Usaha Mempopularkan Puisi Tradisional

Isi Kandungan [Tutup]

1. Usaha Dan Langkah Mempopularkan Puisi Tradisional Dalam


Kalangan Masyarakat
2. Contoh Karangan Usaha- Usaha Mempopularkan Puisi Tradisional
Dalam Kalangan Masyarakat

Usaha Dan Langkah Mempopularkan


Puisi Tradisional Dalam Kalangan
Masyarakat
Isi-isi penting
Pemerkasaan bidang sastera dalam pendidikan
Peranan media massa
Menganjurkan kempen yang lebih berkesan
Menyertai program pertukaran budaya
Membangunkan laman digital berkaitan sastera
Menghargai komuniti kesusateraan

Baca juga: Faedah Pembelajaran Menggunakan Komputer

Contoh Karangan Usaha- Usaha


Mempopularkan Puisi Tradisional Dalam
Kalangan Masyarakat
https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-puisi-tradisional.html 2/5
05/02/2022, 23:01 Usaha- Usaha Mempopularkan Puisi Tradisional

Pendahuluan
Marcapada ini, pascaperindustrian dan pascaglobalisasi telah membawa
negara Malaysia ke persada antarabangsa. Pembangunan secara
infrastruktur dan kemajuan masyarakat telah berjaya digerakkan dan
telah mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Namun begitu, warisan
bangsa seperti puisi tradisional semakin tenggelam dek ditelan zaman.
Kemudahan segala bentuk hiburan terutamanya lagu dan filem daripada
negara luar menembusi pasaran domestik telah meninggalkan kesan
yang negatif kepada hasil kesusasteraan negara. Jika disoal kepada
generasi muda hari ini, kebanyakan di antara mereka tidak tahu-menahu
tentang puisi tradisional apatah lagi untuk menghargainya. Tindakan
segera harus diambil dalam mengenal pasti usaha-usaha
mempopularkan puisi tradisional dalam kalangan masyarakat supaya
khazanah warisan bangsa ini tidak pupus begitu sahaja.

Isi 1
Prakarsa utama dalam memastikan puisi tradisional mendapat perhatian
masyarakat adalah dengan memperkasa bidang sastera dalam
pendidikan kebangsaan. Peribahasa Melayu berkata melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Ia bermaksud jika kita ingin membentuk generasi
yang menghargai karya-karya sastera seperti puisi tradisional, didikan di
peringkat awal adalah amat mustahak. Jika diamati, subjek sastera
merupakan mata pelajaran elektif dan sering kali tidak dipilih oleh pelajar
kerana ia dianggap tiada kepentingan untuk masa hadapan mereka.
Maka Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah meneliti sistem
pendidikan yang lebih baik supaya warisan dan budaya negara pada
masa dahulu tidak dipandang enteng dan disisihkan. Menambah topik
berkaitan sastera dan puisi tradisional dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah cara yang efektif dan mampu meninggalkan kesan yang
positif. Hasilnya, murid-murid di peringkat menengah mahupun rendah
tahu dan mampu memberikan contoh puisi tradisional dalam soalan
peperiksaan dan juga dalam kehidupan seharian mereka.

Isi 2
Di samping itu, media massa juga memainkan peranan yang mustahak
bagi mempopularkan puisi tradisional dalam kalangan masyarakat.
Untuk pengetahuan semua, puisi tradisional yang merangkumi pantun,
syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat lazimnya menyentuh isu
kemasyarakatan. Oleh itu, media massa merupakan pentas informasi
yang membekalkan masyarakat dengan perkara yang mereka perlu dan
inginkan. Sebagai contoh, media elektronik yang menerbitkan
rancangan di televisyen mempunyai objektif untuk menghiburkan

https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-puisi-tradisional.html 3/5
05/02/2022, 23:01 Usaha- Usaha Mempopularkan Puisi Tradisional

penonton. Alangkah bagusnya jika rancangan tersebut diselitkan


dengan puisi-puisi tradisional sebagai rujukan dan pengajaran kepada
penonton supaya sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan. Mutakhir ini, media massa telah dikembangkan dengan
kehadiran media sosial yang menjadi kunjungan utama masyarakat
konvensional tanpa mengira tempat dan waktu. Oleh itu, pihak berwajib
seharusnya bekerjasama dengan industri kreatif negara supaya dapat
membentuk kandungan digital yang mengetengahkan puisi tradisional
supaya ia kekal relevan dengan komuniti madani ketika ini.

Isi 3
Pada masa yang sama, puisi tradisional akan mendapat perhatian
dalam kalangan masyarakat sekiranya kempen yang berkesan berjaya
dianjurkan. Pelbagai agensi kerajaan yang ditubuhkan berkaitan dengan
seni dan budaya tetapi kesan penubuhannya tidak memberikan impak
yang besar terhadap penghargaan seni khususnya puisi tradisional.
Anjakan paradigma perlulah diutarakan oleh pihak berkenaan dengan
mengenalpasti cara untuk menghubungkan masyarakat dengan
matlamat yang ingin disampaikan iaitu seni dan budaya kebangsaan.
Sebelum menganjurkan kempen, pihak penganjur seharusnya
mendekati komuniti yang terlibat dalam bidang kesusateraan seperti
penulis puisi, penyajak dan sebagainya. Dengan mendapatkan input dan
maklum balas daripada golongan yang betul-betul menghargai seni dan
budaya ini, barulah kempen boleh diperluaskan kepada masyarakat
umum. Pertandingan secara interaktif dan penghasilan iklan atau video
yang berkualiti tinggi serta menepati kehendak semua pihak boleh
dilaksanakan. Intihannya, strategi yang baik dapat memberikan kempen
yang berkesan.

Isi 4
Seterusnya, cara yang boleh diusahakan demi mempopularkan puisi
tradisional dalam kalangan masyarakat adalah dengan menyertai atau
menganjurkan program pertukaran budaya di negara luar. Malaysia
merupakan negara yang dikenali ramai oleh masyarakat dunia
disebabkan beberapa faktor antaranya adalah pelajar yang
mendapatkan pendidikan di universiti di negara luar. Hampir setiap
tahun, terdapat kumpulan pelajar yang akan dihantar untuk menerima
pendidikan di universiti-universiti terkemuka dunia. Kesempatan ini
haruslah digunakan bagi memperluaskan keunikan seni dan budaya
negara dengan menaja mereka untuk menyertai program pertukaran
budaya. Program ini merupakan satu majlis yang menggabungkan
semua budaya yang berasal daripada negara pelajar dan
dipersembahkan untuk tontonan pelajar serta masyarakat di sana. Maka
https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-puisi-tradisional.html 4/5
05/02/2022, 23:01 Usaha- Usaha Mempopularkan Puisi Tradisional

berlakulah proses pertukaran budaya yang sebelum ini kita tidak pernah
kenal dan kini dikenali oleh masyarakat asing di negara luar. Bak kata
peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Kesannya, keunikan seni
dan budaya kita akan diperkenalkan diperingkat antarabangsa tanpa
perlu mengeluarkan kos yang berjuta-juta.

Penutup
Konklusinya, banyak usaha yang boleh diatur supaya puisi tradisional
menjadi popular dalam kalangan masyarakat. Setiap individu
seharusnya mempunyai kesedaran dalam menghargai seni budaya dan
warisan bangsa yang merupakan peninggalan nenek dan moyang kita.
Adakah kita sudah melupai jasa dan pengorbanan mereka yang mencari
kesenangan hidup untuk kita nikmati hari ini? Sesungguhnya peribahasa
Melayu berkata hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Setiap
perkara yang mempunyai nilai kebaikan seharusnya dihargai dan
disemat dalam jiwa setiap anak bangsa. Ahli pemikir dan penguatkuasa
perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam mencari formula
terbaik agar puisi tradisional ini mendapat tempat di hati masyarakat
serta tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-puisi-tradisional.html 5/5
05/02/2022, 23:04 Usaha-Usaha Menjaga Kebersihan Sungai

Karangan

Langkah-Langkah Memelihara Dan


Usaha Menjaga Kebersihan Sungai

Ipendidikan » Karangan » Langkah-Langkah Memelihara Dan Usaha


Menjaga Kebersihan Sungai
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:46 pm, 8 Mei 2020

Sebagai langkah persediaan sebelum menjawab soalan karangan


bahasa Melayu, pelajar boleh merujuk contoh-contoh karangan di laman
sesawang sebagai rujukan atau latihan tambahan. Latihan di sekolah
mungkin memberikan fokus kepada beberapa tema sahaja dan pelajar
perlu melakukan inisiatif sendiri untuk mempersiapkan diri. Berikut
dikongsikan contoh karangan mengenai usaha-usaha menjaga
kebersihan sungai di negara kita.

Pelajar boleh melihat isi-isi penting yang sesuai dengan soalan dan
cuba untuk menghuraikan penulisan karangan anda dengan cara
tersendiri. Bagi menarik daya minat pembaca atau penanda kertas,
pelajar perlu tahu menulis karangan dengan seimbang dan
menggunakan frasa menarik dalam penulisan karangan masing-masing.
Latihan serta bimbingan guru akan membantu pelajar menghasilkan
penulisan karangan yang baik.

Isi Kandungan [Tutup]

https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-menjaga-kebersihan-sungai.html 1/5
05/02/2022, 23:04 Usaha-Usaha Menjaga Kebersihan Sungai

1. Cara-Cara Untuk Menjaga Kebersihan Sungai


2. Contoh Karangan Usaha-Usaha Menjaga Kebersihan Sungai

Cara-Cara Untuk Menjaga Kebersihan


Sungai

memupuk kesedaran masyarakat dalam kepentingan memelihara


sungai
pemerkasaan penguatkuasaan undang-undang
memastikan pembangunan secara lestari diasimilasikan
mewartakan sungai sebagai pusat komuniti
peranan media massa dalam menyedarkan masyarakat
mengutip cukai daripada perusahaan yang menggunakan sumber
air sungai dan menggunakan hasil kutipan ke arah kebersihan
sungai.

Contoh Karangan Usaha-Usaha Menjaga


Kebersihan Sungai
Pendahuluan
Pernahkah anda membayangkan jika oksigen dalam udara yang kita
nikmati hari ini lesap begitu sahaja? Sudah tentu kita tidak mampu untuk
hidup kerana ia merupakan nadi utama dalam kehidupan kita sebagai
manusia. Demikian juga sungai-sungai yang mengalir di kaki-kaki
gunung yang semakin diancam pencemaran akibat perbuatan manusia

https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-menjaga-kebersihan-sungai.html 2/5
05/02/2022, 23:04 Usaha-Usaha Menjaga Kebersihan Sungai

demi mengejar keuntungan tanpa mempertimbangkan kesan terhadap


perbuatan mereka. Sungai merupakan sumber utama kehidupan jika
kita lihat pada sejarah ketamadunan di Mesir apabila Sungai Nil menjadi
sumber ekonomi, jalan pengangkutan dan sumber tenaga mereka.
Alangkah ruginya kita dengan kemajuan teknologi dan kemampuan
manusia hari ini jika tidak dimanfaatkan ke arah memelihara dan
menggunakan khazanah alam ini untuk faedah bersama. Oleh itu,
mustahak untuk kita mengenal pasti usaha-usaha untuk menjaga
kebersihan sungai kita supaya tidak terlambat persis peribahasa
Melayu, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Isi 1
Prakarsa utama dalam memastikan kebersihan sungai secara khusus
dan kebersihan alam sekitar secara amnya adalah dengan memupuk
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara sungai.
Langkah untuk membuka mata setiap ahli masyarakat tentang
kebersihan sungai tidaklah mustahil kerana ianya bermula daripada diri
kita sendiri. Jika kita melakukan sebarang aktiviti di kawasan sungai
seperti memancing atau hanya melewati kawasan sungai, kita
hendaklah memastikan tiada sampah atau ia dibuang dengan betul ke
dalam tong sampah yang disediakan. Jika tiada kemudahan untuk
membuang sampah, kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk
memastikan sampah yang kita hasilkan dibuang ke tempat yang betul.
Ini adalah senario utama di negara kita di mana masih terdapat sampah
sarap yang terapung-apung di sungai sehinggakan pihak berkuasa
terpaksa berbelanja besar untuk membuat pusat tapisan sampah di
sungai-sungai yang kritikal tahap pencemarannya. Jika setiap anggota
msyarakat menitipkan sifat sayang akan kebersihan sungai dan
kawasan sekitarnya, sudah pasti tiada pencemaran berlaku dan sungai
kita mampu menjadi seperti sungai-sungai di negara Jepun dan Korea
Selatan.

Isi 2
Pada masa yang sama, pemerkasaan penguatkusaan undang-undang
oleh pegawai kerajaan atau pihak berkuasa wajar dilakukan.
Pemantauan yang kerap dalam melihat kebersihan sungai serta
penggunaan tahap kebersihan yang lebih tinggi dalam analisis
kebersihan air di sungai adalah inisiatif yang terbaik. Peribahasa Melayu
berkata, menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan persis
senario dalam memastikan kebersihan sungai kita dimana tahap
kebersihan optimum hendaklah menjadi kayu pengukur supaya
pencemaran dapat dielakkan dan simbiosis ekosistem semula jadi
terjamin. Sungai yang bersih berpotensi besar sebagai sumber air
https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-menjaga-kebersihan-sungai.html 3/5
05/02/2022, 23:04 Usaha-Usaha Menjaga Kebersihan Sungai

mentah dan membolehkan aktiviti ekonomi seperti penternakan ikan,


aktiviti sukan dan riadah dijalankan dengan baik tanpa risiko
pencemaran. Justeru, tindakan yang tegas dan pantas perlu
dilaksanakan pihak berkuasa sekiranya berjaya menangkap individu
atau kumpulan yang melakukan aktiviti pencemaran di mana kebersihan
sungai terjejas seterusnya boleh mengakibatkan pelbagai masalah lain.
Integriti dan komitmen daripada pihak berkuasa juga perlu dititikberatkan
agar masalah seperti rasuah tidak berlaku sekaligus mengancam
kepercayaan terhadap organisasi yang sepatutnya menunaikan amanah
rakyat.

Isi 3
Di samping itu, kebersihan sungai di negara kita terancam kerana
kerancakkan pembangunan yang tidak terurus dengan baik. Kemajuan
pembangunan adalah kepentingan hakiki negara namun jika ia
memudaratkan alam semula jadi yang menjejaskan ekosistem
kehidupan persekitaran kita maka ia perlu dilaksanakan dengan lestari.
Mutakhir ini, pelbagai inisiatif dapat dilakukan dalam memastikan
pembangunan secara lestari menjadi realiti dan kebersihan sungai dapat
dijamin. Perancang bandar dan desa yang bertanggungjawab dalam
bidang ini seharusnya memastikan pembinaan kawasan industri dan
pertanian tidak terletak berdekatan dengan sungai. Hal ini kerana
kecuaian atau sikap tidak bertanggungjawab pengusaha kilang atau
ladang membuatkan mereka untuk membuang sisa toksik daripada
produk mereka ke dalam sungai tanpa perlu melibatkan kos. Kejadian
pencemaran sungai di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang perlu menjadi titik
tolak dalam memastikan sisa toksik industri dilupuskan dengan cara
yang betul. Pembangunan lestari bukan sahaja memberi faedah kepada
manusia dari sudut pembangunan malah memelihara ekosistem alam
semula jadi dimana kita juga bakal mendapat manfaat daripada inisiatif
ini.

Isi 4
Akhir sekali, usaha yang dapat dilaksanakan dalam memastikan
kebersihan sungai dijaga adalah dengan mewartakan sungai sebagai
pusat komuniti. Menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS), terdapat
sebanyak 185 lembangan sungai di Malaysia dan jika setiap satu
daripadanya dijadikan sebagai “anak angkat” kepada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) di seluruh negara ia dapat membantu mengubah imej
sungai di negara kita. Konsep anak angkat ini menunjukkan
kesungguhan pihak berkuasa dalam memastikan kebersihan sungai
dipulihara dan mengangkat semula potensi sungai sebagai sumber
ekonomi masyarakat setempat. Dengan campurtangan pihak berkuasa
https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-menjaga-kebersihan-sungai.html 4/5
05/02/2022, 23:04 Usaha-Usaha Menjaga Kebersihan Sungai

dan bantuan daripada sektor swasta, insentif untuk memastikan inisiatif


penjagaan kebersihan sungai dapat disalurkan secara terus dan
disaksikan sendiri oleh penduduk setempat. Sekiranya berjaya,
masyarakat dapat memanfaatkan sepenuhnya sungai yang bersih dan
bakal menarik kehadiran pelancong asing dalam menikmati keindahan
sungai di samping melihat hidupan akuatik dengan kejernihan air sungai
yang dimiliki. Intihannya, pengurusan secara langsung daripada pihak
yang berkuasa dan mampu akan memastikan impian dalam memastikan
setiap sungai di dalam negara mencapai tahap kebersihan yang
diidamkan tercapai di suatu masa kelak.

Penutup
Tuntasnya, pelbagai usaha boleh dilaksanakan smua pihak dalam
memastikan kebersihan sungai-sungai kita terjaga. Dek kerana
kerakusan manusia mengejar kekayaan tanpa memikirkan akibatnya
kita akan kehilangan khazanah alam yang merupakan nadi kehidupan
hampir seluruh makhluk di dunia ini. Segala usaha mungkin akan
mengambil masa, tetapi sekiranya ada keazaman dan perancangan
yang rapi, ia pasti dapat dilaksanakan dengan baik. Semuanya
bergantung kepada kerjasama dari semua pihak iaitu pihak kerajaan
yang mempunyai kuasa dan sumber kewangan, masyarakat yang
memberi sumbangan sumber manusia dan pihak individu yang memberi
tenaga dan idea. Jika sokongan dan dorongan yang padu diberikan
daripada akar umbi, maka tidak mustahil program memelihara
kebersihan sungai daripada tercemar untuk berjaya. Senario ini persis
dengan peribahasa Melayu, yakni bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat.

https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-menjaga-kebersihan-sungai.html 5/5
05/02/2022, 23:02 Usaha-Usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

Karangan

Usaha-Usaha Untuk Memupuk


Perpaduan Kaum

Ipendidikan » Karangan » Usaha-Usaha Untuk Memupuk Perpaduan


Kaum
Disemak dan dikemaskini pada pukul 3:40 pm, 8 Mei 2020

Negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha-


usaha untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina negara yang
harmoni.Langkah-langkah mengeratkan perpaduan di antara pelbagai
kaum yang ada di Malaysia ini sangat penting bagi mengelakkan
berlakunya rusuhan antara kaum. Justeru itu, kepelbagaian kaum ini
haruslah diraikan dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling tolong
menolong antara kaum “bagai aur dengan tebing” untuk sama-sama
hidup dalam persekitaran hidup yang sihat dan aman makmur. Menurut
kata Perdana Menteri yang ke-6, hubungan yang baik lagi erat serta
rencaman sesama kaum merupakan penawar yang paling mujarab
bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah “bulat air
kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat”.

Selain daripada itu, kekuatan atau sinergi daripada semua belah pihak
diperlukan dalam berganding bahu melakukan usaha-usaha yang efektif
dan proaktif bagi merealisasikan aspirasi rakyat di segenap
Malaysia. Persoalannya di sini, apakah usaha-usaha yang boleh

https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html 1/6
05/02/2022, 23:02 Usaha-Usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

dilakukan serta dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan kaum


di Malaysia?

Isi Kandungan [Tutup]

1. Usaha-Usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia


(Karangan)
2. 1. Menganjurkan majlis rumah terbuka
3. Agenda Program
4. 2. Melaksanakan sekolah wawasan
5. 3. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian
6. 4. Program Kenegaraan seperti Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN)

Usaha-Usaha Untuk Memupuk


Perpaduan Kaum Di Malaysia
(Karangan)

Dalam menelusuri arus pemodenan, usaha yang lebih efisien


haruslah dilakukan demi membentuk perpaduan kaum di
negara Malaysia ini. Pihak kerajaan mahupun rakyat juga mempunyai
peranan masing-masing di dalam merealisasikan perpaduan
kaum. Usaha kerajaan dengan mengadakan Majlis Rumah
Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama
Malaysia adalah salah satu tindakan yang amat dialu-alukan. Menurut

https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html 2/6
05/02/2022, 23:02 Usaha-Usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

mantan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, konsep 1 Malaysia


(perpaduan kaum) dapat dijayakan melalui majlis-majlis sebegini.

1. Menganjurkan majlis rumah terbuka


Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat
negara Malaysia yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen
yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan berhubung dengan satu
sama lain dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat
memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya,
kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti
kata pepatah “bersatu teguh, bercerai roboh”. Perpaduan kaum juga
dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap
kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bantu-


membantu di antara satu sama lain di dalam masyarakat Malaysia.
Keharmonian seperti ini senang terhapus melalui sikap mementingkan
diri sendiri yang dilihat kian tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.

Namun demikian, sikap negatif seperti inilah yang ada di dalam


masyarakat terutamanya yang duduk di bandar. Mereka ini yang hanya
melakukan kerja sendiri tanpa mengendahkan persekitaran mereka. Ini
menyebabkan usaha di dalam memupuk semangat perpaduan sukar
untuk dipraktikkan dan diterapkan di dalam diri masing-masing. Aktiviti-
aktiviti yang boleh memperteguh jalinan kemesraan sesama kita harus
diadakan seperti aktiviti gotong-royong yang memerlukan kerjasama
setiap pihak dalam masyarakat. Ianya agar semangat perpaduan secara
maksimum dapat dilahirkan di dalam diri rakyat Malaysia. Semestinya,
aktiviti kemasyarakatan sebegini dapat memupuk semangat perpaduan
yang perlu ada dalam diri setiap rakyat. Ianya juga boleh menjadi wadah
yang terbaik seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang bersatu padu biarpun berlainan bangsa
mahupun agama.

Agenda Program
Dengan menganjurkan program-program yang bermanfaat sesama
masyarakat, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia
dapat disemarakkan. Inisiatif tabungan kawasan setempat juga boleh
diperkenalkan bagi memudahkan program ini dijalankan. Antara agenda
program tersebut dijalankan adalah bertujuan:-

https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html 3/6
05/02/2022, 23:02 Usaha-Usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

Membendung sikap diskriminasi anatara kaum dan mewujudkan


nilai keakraban di dalam masyarakat yang pelbagai kaum.
Pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta
bertukar-tukar pendapat dan idea-idea berkaitan dengan sesuatu
isu semasa mahupun global atau hal kemasyarakatan.

Contoh-contoh program yang boleh dijalankan adalah seperti:-

Sambutan Hari Keluarga


Sambutan Hari Ibu
Sambutan Hari Bapa
Sambutan Hari Perayaan

Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di


Malaysia boleh direalisasikan dengan pelbagai program yang boleh
dilaksanakan oleh kerajaan dan masyarakat setempat yang berpotensi
untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita ini.

2. Melaksanakan sekolah wawasan


Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu
jalan komunikasi yang mudah untuk merealisasikan hasrat ini. Dengan
pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), ianya telah mewujudkan perpaduan kaum
secara tidak langsung. Selain itu, terdapat sekolah wawasan
yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu:-

1. Sekolah Kebangsaan
2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini, ianya juga dapat


mempercepatkan proses perpaduan kaum. Sebagai contoh:-

Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur


bersama murid-murid dapat memperkasa hubungan kaum di
peringkat antara sekolah.
Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu
bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah
kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara
satu sama lain.
https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html 4/6
05/02/2022, 23:02 Usaha-Usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

Sewajarnya, memang tidak boleh kita nafikan bahawa sistem


pendidikan negara kita merupakan pemangkin dalam proses
memperkasa hubungan sesama kaum. Dari perspektif yang lain,
penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu
langkah dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita
untuk mencapai perpaduan kaum.

3. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan


dalam aktiviti harian
Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan
India yang merupakan kaum utama di Malaysia. Dengan itu,
rakyat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu
sendiri dengan kaum lain dari aspek seperti:-

1. Pemakanan
2. Pemakaian
3. Peradaban

Sebagai contoh yang kita boleh lihat telah pun dijalankan oleh rakyat
Malaysia antaranya adalah seperti:-

1. Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai


baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis
mahupun ke kuliah di universiti.
2. Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati
oleh kaum-kaum yang lain.
3. Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan
India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan
lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari
perayaan kaum masing-masing.

Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini
dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan
seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

4. Program Kenegaraan seperti Program


Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Jika perkara ini diteliti dengan lebih lanjut, sebelum ini kerajaan
telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas untuk
menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan
https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html 5/6
05/02/2022, 23:02 Usaha-Usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan


dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang bakal
menjadi pemimpin negara satu masa nanti. Selaras dengan modul
kenegaraan yang dijalankan, para remaja berbilang
kaum berpeluang untuk bekerjasama dalam pelbagai aktiviti seperti
peribahasa “bagai aur dengan tebing”. Justeru, perpaduan dapat
disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan tersebut. Sememangnya,
tidak dapat disangkal lagi bahawa PLKN turut memainkan peranan
dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Sebagai konklusinya, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan


dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada
perpaduan kaum seluruh rakyatnya. Pelbagai pihak harus bergerak
sekali seia sekata bersama iltizam mencapai hasrat keharmonian dan
perpaduan negara seperti kata pepatah “bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat”. Perpaduan kaum merupakan suatu
misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju
ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang
mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara
maju yang lain. Oleh yang demikian, rakyat itu sendiri adalah
aset negara yang paling penting lagi bernilai dalam pembinaan negara
yang berbilang kaum demi visi ke arah Wawasan 2020.

https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html 6/6

Anda mungkin juga menyukai