Anda di halaman 1dari 52

SMK RAJA MUDA MUSA, 45600 BESTARI JAYA

SKEMA JAWAPAN
MODUL BAHASA MELAYU
TINGKATAN 4

CATCH-UP PLAN
JANUARI-FEBRUARI

TAHUN 2022
PANITIA BAHASA MELAYU

1
2
BAHAGIAN A: KARANGAN RESPON TERHAD (MINGGU 1 DAN 2)

SOALAN 1:

3
KARANGAN LENGKAP

E-sukan atau sukan elektronik merupakan permainan video yang


dipertandingkan dan dimainkan oleh generasi kini. E-sukan semakin
berkembang di Malaysia dan mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan
penggemar permainan elektronik. Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan e-
sukan?
Pelibatan murid dalam e-sukan membuka peluang kepada murid-murid
yang mahir dalam permainan video untuk menyerlahkan bakat mereka. Murid
yang kurang aktif dalam aktiviti fizikal seperti olahraga dan badminton ,masih
berpeluang untuk menonjolkan bakat melalui e-sukan dengan
4
menggunakan kemahiran kognitif mereka. Oleh itu, e-sukan memberikan
peluang kepada semua murid untuk menyerlahkan bakat mereka.
Seterusnya, murid-murid juga berpeluang memperoleh markah
kokurikulum dengan menyertai e-sukan. Murid-murid masih berpeluang
memperoleh markah kokurikulum (PAJSK) melalui penyertaan e-sukan anjuran
peringkat sekolah, daerah ,negeri dan kebangsaan. Benarlah bahawa
penyertaan murid dalam kokurikulum dapat dipertingkatkan melalui e-sukan.
Selanjutnya, sukan elektronik ini dapat mengurangkan pelbagai gejala
sosial yang melibatkan murid-murid sekolah. Sebagai contohnya, isu merokok
dan menghisap vape dapat diatasi sekiranya murid-murid diberikan peluang
menyertai e-sukan dengan pihak penganjur menawarkan pelbagai hadiah
menarik. Tegasnya e-sukan berupaya mengurangkan gejala sosial dalam
kalangan murid-murid sekolah.

Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat yang akan diperoleh apabila


murid terlibat dalam e-sukan. Pelibatan murid sekolah dalam e-sukan perlu
diperkasakan. Kita mengharapkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia
menjadikan e-sukan sebagai aktiviti kokurikulum di semua peringkat sekolah.

(201 patah perkataan)

SOALAN 2:

5
6
KARANGAN LENGKAP

Membaca jambatan ilmu membawa pengertian bahawa amalan membaca perlu


dibudayakan dalam kehidupan masyarakat demi kecemerlangan masa depan
seseorang. Oleh itu, pelbagai langkah perlu kita ambil untuk memupuk amalan
membaca.

Pemupukan amalan membaca perlu bermula dari rumah melalui teladan ibu
bapa. Tidak dapat dinafikan bahawa, ibu bapa yang membaca sudah pasti akan
melahirkan anak yang akan mengisi setiap masa lapang mereka dengan aktiviti
membaca bak kata peribahasa bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Sebagai contoh, ibu bapa disarankan mengajak anak- anak untuk

7
membaca surat khabar atau majalah bersama-sama dengan mereka pada waktu
senggang.

Seterusnya, pemupukan amalan membaca adalah dengan menyertai


pertandingan membaca yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dalam konteks ini, hadiah
yang ditawarkan sebaik-baiknya menarik minat setiap golongan masyarakat di samping
memenuhi keperluan pendidikan atau kerjaya mereka pada musim pandemik ini.
Impaknya, setiap individu akan teruja untuk menyertai pertandingan membaca dan
merealisasikan hasrat membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, DBKL telah mewujudkan 600 kios bersempena dengan
program Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC 2020). Menurut
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, terdapat 60 kios buku
diwujudkan di kawasan strategik di ibu negara termasuk di KLCC, Jalan Tuanku Abdul
Rahman dan Jalan Masjid India yang membabitkan kos keseluruhan RM750,000.
Situasi ini sudah pasti mampu menyemai minat membaca dalam kalangan warga
kota.

Kesimpulannya, semua pihak sewajarnya mengambil langkah sederap dalam


usaha membudayakan amalan membaca kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. Kita berharap semoga segala yang dirancang bakal membuahkan hasil yang
mampu membangunkan negara.

(204 patah perkataan)

SOALAN 3:

8
9
KARANGAN LENGKAP

Penjagaan kesihatan badan amat penting kepada semua


individu. Salah satu aktiviti yang dapat mengekalkan kesihatan badan ialah
aktiviti riadah. Aktiviti riadah banyak membawa kebaikan kepada diri
seseorang.

Aktiviti riadah dapat menyihatkan badan kita. Hal ini


dikatakan demikian kerana, aktiviti ini membolehkan kita mengekalkan
kecergasan badan kita. Contohnya, aktiviti berjalan kaki mampu
mengekalkan kesihatan jantung kita. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa
aktiviti riadah dapat menyihatkan badan kita.

Selain itu, aktiviti riadah juga mampu membebaskan seseorang


daripada tekanan perasaan. Melalui aktiviti riadah seperti bersiar-siar di
taman dapat menenangkan dan merehatkan fikiran. Dengan cara ini, kita
dapat melupakan seketika beban dan tekanan kerja atau belajar. Tuntasnya,
aktiviti riadah mampu membebaskan kita daripada tekanan kehidupan.

Selanjutnya, kita dapat mengisi masa senggang dengan aktiviti


yang menyihatkan badan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita dapat
berbasikal pada masa senggang. Kesannya, kita akan mengisi masa

10
senggang secara berfaedah dan badan kekal sihat. Oleh hal yang demikian,
jelaslah bahawa aktiviti riadah yang kita lakukan dapat mengisi masa
senggang dengan lebih bermanfaat.

Kesimpulannya, aktiviti riadah mempunyai pelbagai faedah


terutamanya terhadap kesihatan badan. Oleh itu, kita wajar menjadikan
aktiviti ini sebagai amalan kehidupan. Sekiranya aktiviti ini menjadi amalan
harian nescaya rakyat akan sihat dan negara menjadi sejahtera.

(197 patah perkataan)

SOALAN 4:

11
12
KARANGAN LENGKAP

Masyarakat umum mengetahui bahawa permainan tradisional menjadi


warisan kebudayaan dan kebanggaan bangsa Malaysia. Namun begitu, permainan ini
semakin dipinggirkan berikutan kemajuan teknologi maklumat. Oleh itu, pelbagai usaha
perlu dilakukan bagi memastikan permainan tradisional diminati oleh generasi muda.

Usaha pertama bagi memastikan permainan tradisional terus diminati oleh


generasi muda ialah ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengembalikan warisan
kebudayaan ini. Hal ini bermaksud ibu bapa bukan hanya menggalakkan anak-anak
bermain permainan seperti congkak, layang-layang, guli malah bermain bersama-sama
mereka. Jelaslah bahawa peranan ibu bapa amat penting kerana melentur buluh biar dari
rebungnya.

Selain itu, pihak sekolah turut berperanan untuk menghidupkan permainan


tradisional. Dalam hal ini, sekolah harus memperkenalkan permainan tradisional seperti
petanque dan boling padang. Tegasnya, usaha pihak sekolah ini dapat menarik minat
generasi muda untuk terus meminati permainan tradisional.

Bukan itu sahaja, pihak media massa juga perlu memainkan peranan untuk
menguar-uarkan permainan tradisional. Sebagai contoh pihak media massa boleh
menyiarkan dokumentari tentang permainan tradisional di televisyen. Tegasnya, usaha
pihak media massa mampu membawa perubahan dengan memberi kesedaran kepada
remaja.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah memainkan peranan untuk


menyemarakkan permainan tradisional. Bagi tujuan itu, pihak kerajaan perlu
menganjurkan pertandingan permainan tradisional secara besar-besaran kerana di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Kita berharap semoga permainan tradisional yang menjadi
warisan kebudayaan negara akan terus berkekalan, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas.

(200 patah perkataan)

SOALAN 4:
13
14
15
BAHAGIAN B: KARANGAN RESPON TERBUKA (MINGGU 3 DAN 4)

SOALAN 1:

16
17
18
19
20
21
SOALAN 2:

22
23
24
25
26
27
SOALAN 3:

28
29
30
31
32
33
SOALAN 4:

34
35
36
37
38
39
BAHAGIAN C: RUMUSAN (MINGGU 5 DAN 6)

SOALAN 1:

40
SOALAN 2:

41
SOALAN 3:

42
SOALAN 4:

Kesimpulan:
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk meningkatkan mutu sukan negara agar dapat
memantapkan lagi kualiti sukan negara

43
SOALAN 5:

Pendahuluan:
Rumusan membincangkan peranan rakan sebaya dan manfaat yang diperoleh daripada rakan sebaya.

44
SOALAN 6:

45
SOALAN 7:
Bahan 1 Bahan 2
Pendahuluan :
Rumusan membincangkan manfaat/faedah inovasi dan kreativiti dalam kehidupan dan
langkah untuk menyemai budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan
masyarakat/rakyat
Malaysia. [2m]
Fokus 1 : Fokus 1 :
Faedah budaya inovasi dan kreativiti… Faedah inovasi dalam kehidupan…

1. dapat melahirkan generasi yang 1. Meningkatkan kualiti hidup.


berfikiran kelas pertama dalam 2. Mencipta pasaran baharu.
abad ke-21 ini untuk bersaing di 3. Memelihara ekosistem dan alam sekitar.
peringkat global. 4. Mengurangkan risiko
2. sebagai penyelesai masalah dalam kebergantungan terhadap manusia.
kehidupan rutin seharian. 5. Selaras dengan sistem pendidikan.

Fokus 2 :
6. Meluaskan jangkauan produk.

Langkah untuk menyemai budaya


inovasi dan kreativiti…

1. Kerajaan telah menetapkan bahawa


agenda transformasi negara hendaklah
berpaksikan inovasi dan kreativiti. Kombinasi isi = Bahan 1 + Bahan 2 = 8 isi
2. Meningkatkan kualiti sistem pendidikan (meliputi semua isi daripada kedua-dua
dan menjadikannya bertaraf dunia. bahan)
3. Tema Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara telah
8 isi x 2 markah = 16 markah
dipilih sebagai galakan kepada guru
menyuburkan inovasi dalam sekolah.
4. Rancangan TV realiti dijadikan platform
untuk menyemai budaya inovasi.

46
Kesimpulan :

Kesimpulannya, semua pihak perlu membudayakan inovasi dan kreativiti dalam kehidupan
agar melahirkan negara bangsa yang maju. [2m]

SOALAN 8:
Pendahuluan : 2m
Rumusan membincangkan (FOKUS 1) usaha/cara/langkah dan
(FOKUS 2) kepentingan/faedah/manfaat mengekalkan warisan budaya.

Petikan
Isi Fokus 1 : Usaha/ Cara/ Langkah mengekalkan warisan budaya
1. Media massa juga perlu memperkenalkan warisan seni budaya setiap
bangsa dari semasa ke semasa.
2. Warisan seni budaya setiap bangsa perlu diasimilasikan dengan teknologi maklumat.

Isi Fokus 2 : Kepentingan/ faedah/ manfaat mengekalkan warisan budaya


1. Melambangkan identiti bangsa di sesebuah negara.
2. Keunikan yang dimiliki oleh satu-satu bangsa jelas terpancar dan dapat
dikenal pasti dengan jelasnya.
3. Mencerminkan corak hidup setiap bangsa yang berbeza antara satu dengan lain.
4. Dapat menarik minat bangsa lain untuk menghayati dan mendalaminya.
5. Menjadi pemangkin kemajuan industri pelancongan sehingga mendorong
pelancong luar negara untuk melawat ke negara kita.

Bahan 2 – Grafik
Isi Fokus 1 : Usaha/ Cara/ Langkah mengekalkan warisan budaya
1. Generasi muda haruslah mengenali asal-usul sendiri.
2. Mengadakan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk
menghidupkan warisan budaya.
3. Pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan berbalas pantun dan tarian
tradisional untuk mengembangkan budaya ini.
4. Menggalakkan pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di
Malaysia.
5. Media massa tempatan perlu sentiasa menyiarkan tayangan yang
berkaitan dengan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas.

Kesimpulan: 2m
Kesimpulannya, semua/pelbagai pihak haruslah berusaha mempertahankan
warisan budaya agar terus diwarisi oleh generasi akan datang.

47
BAHAGIAN D: SINTAKSIS (MINGGU 7 DAN 8)

SUBJEK DAN PREDIKAT

SOALAN 1:
i. Subjek : Caklempong
Predikat : merupakan alat muzik tradisional yang tergolong dalam kehidupan
keluarga gong yang berukuran kecil.

ii. Subjek : Alat ini


Predikat : diperbuat daripada gangsa menggunakan teknik acuan.

iii. Subjek : Permainan caklempong kini


Predikat : dimainkan dalam upacara perkahwinan, perasmian majlis dan keraian.

iv. Subjek : Orkestra


Predikat : turut mengiringi sesebuah persembahan permainan caklempong yang
berskala besar.

SOALAN 2:
i. Subjek : Konsep kejiranan
Predikat : merupakan konsep kehidupan dan perhubungan antara isi rumah
dengan isi rumah yang lain.

ii. Subjek : Jiran yang baik dan bertanggungjawab


Predikat : sentiasa menghormati antara satu dengan yang lain

iii. Subjek : Hubungan yang baik sesama jiran


Predikat : dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling
menyayangi, menghormati dan sebagainya.

SOALAN 3:
i. Subjek :Internet
Predikat : satu kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang
semakin meluas penggunaannya

ii. Subjek : Kita


Predikat : boleh melayari Internet hanya berpandukan enjin pencariaan untuk
mencari pelbagai maklumat terkini dengan cepat dan mudah.

iii. Subjek : Kemudahan Internet


Predikat : telah berjaya menghasilkan sebuah sistem elektronik Pengajian Jarak
Jauh yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran.

48
SOALAN 4:
i. Subjek :Kesihatan
Predikat : merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

ii. Subjek : Setiap orang


Predikat : perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat berdasarkan
piramid makanan.

iii. Subjek : Pengurangan makanan yang berlemak


Predikat : dapat mencegah penyakit berbahaya seperti obesiti, tekanan darah
tinggi dan penyakit jantung.

iv. Subjek : Amalan pemakanan yang kurang sihat


Predikat : turut mengundang musibah kerana perut merupakan ibu segala
penyakit

v. Subjek : Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian


Predikat : agar tubuh badan mendapat bekalan vitamin yang secukupnya.

SOALAN 5:
i. Subjek :Skrip drama
Predikat : sangat berbeza dengan novel dan cerpen walaupun jalan ceritanya
sama.

ii. Subjek : Pembaca


Predikat : hanya akan diberikan gambaran umum tentang situasi, latar atau
tempat.

iii. Subjek : Mesej dan pemikiran pengarang


Predikat : disampaikan melalui dialog watak-watak yang berinteraksi dalam
drama.

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

SOALAN 1:

(i) Masjid menjadi lambang syiar Islam.


Masjid turut dijadikan pusat pengembangan ajaran Islam.

(ii) Keistimewaan masjid warisan di Melaka ialah prinsip asas reka bentuknya.
Reka bentuknya memiliki keberkesanan sistem pengudaraan semula jadi.

(iii) Kita seharusnya sentiasa memelihara warisan agung.


Warisan agung ini tidak luput ditelan zaman.

SOALAN 2:

(i) Kesilapan menguruskannya akan menjadikan remaja hilang arah.


Kesilapan menguruskannya akan menjadikan remaja tertewas.

49
(ii) Hal ini akan membantutkan usaha pembangunan negara.
Negara bercita-cita menjadi negara maju pada masa akan datang.

(iii) Kesan kegagalan remaja menangani perkara ini dengan baik amat besar kepada bangsa.
Kesan kegagalan remaja menangani perkara ini dengan baik amat besar kepada negara.

SOALAN 3:

(i) Aktiviti perladangan dilihat sebagai sumber ekonomi yang diraih menerusi jualan langsung
kepada pasaran secara makro.

(ii) Pelancongan agro memberikan peluang kepada untuk menyertai aktiviti yang disediakan
oleh pengusaha.

(iii) Pelancong dapat melihat sendiri proses penghasilan sesuatu produk yang melalui
pelbagai peringkat sebelum dijual ke pasaran umum

SOALAN 4:

(i) Ketagihan media sosial itu menyebabkan rakyat Malaysia kurang produktif.
Ketagihan media sosial itu menyebabkan rakyat Malaysia malas melakukan aktiviti sukan.

(ii) Mereka menghabiskan masa berjam-jam lamanya menggunakan telefon bimbit.


Mereka melayari laman sosial dengan menggunakan telefon bimbit

(iii) Kita perlulah memastikan sesuatu maklumat itu sahih.


Maklumat itu disebarluaskan.

SOALAN 5:

(i)Kemarau ialah bencana alam yang berpunca daripada cuaca panas dan kurangnya
hujan.
(ii)Kemarau bukan sahaja menyebabkan tanah kering kontang dan tumbuh-tumbuhan
banyak yang mati malah kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air.
(iii) Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu sehingga Jabatan Bekalan Air terpaksa
menyediakan tangki air di kawasan perumahan untuk mengurangkan masalah yang
dihadapi oleh anggota masyarakat.

50
AYAT SUSUNAN BIASA DAN AYAT SUSUNAN SONGSANG

SOALAN 1:
1. Adik saya masih belum tidur.
Masih belum tidur adik saya.

2. Budak-budak itu sedang bermain bola sepak di padang.


Sedang bermain bola sepak di padang budak-budak itu.

3. Kita berjuang demi keadilan undang-undang.


Demi keadilan undang-undang kita berjuang.

4. Rakyat harus bekerjasama untuk kejayaan masa depan negara.


Untuk kejayaan masa depan negara rakyat harus bekerjasama.

5. Kumar belajar bersungguh-sungguh supaya memperoleh keputusan yang cemerlang.


Supaya memperoleh keputusan yang cemerlang Kumar belajar bersungguh- sungguh.

6. Ibu saya pergi ke pasar untuk membeli barang dapur.


Untuk membeli barang dapur ibu saya pergi ke pasar.

SOALAN 2:

i. Wajar diterokai oleh golongan remaja bidang keusahawanan.


ii. Boleh menceburi bidang tersebut remaja yang melanjutkan pengajian di institusi
pengajian tinggi juga.
iii. Perlu memberikan sokongan kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini, ibu
bapa.

SOALAN 3:
i. Persatuan Nelayan Negeri Melaka telah mencapai satu kejayaan dalam bidang
penternakan akuakultur.
ii. Persatuan ini menjadi pengeluar terbesar udang harimau di negeri Melaka.
iii. Kebanyakan produk akuakultur lebih tertumpu kepada pasaran tempatan.

SOALAN 4:

(i) Memerlukan udara bersih untuk hidup manusia / Memerlukan udara bersih manusia
untuk hidup.
(ii) Memberi kesan kepada tanaman dalam proses fotosintesis dan tumbesaran pencemaran
udara / Memberi kesan kepada tanaman pencemaran udara dalam proses fotosintesis
dan tumbesaran.

51
(iii) Akan mengakibatkan kekurangan karbon dioksida udara yang mengandungi bahan
pencemar untuk proses penghasilan klorofil / Akan mengakibatkan kekurangan karbon
dioksida untuk proses penghasilan klorofil udara yang mengandungi bahan pencemar.

SOALAN 5:
(i) Semakin meningkat dalam kalangan remaja di negara ini kegiatan menghisap rokok dan
“vape”.
(ii) Untuk melahirkan golongan belia yang tidak terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah
serta dapat menjejaskan kesihatan tabiat ini perlu dihentikan.
(iii) Mendedahkan remaja terhadap masalah penagihan dadah aktiviti merokok.

52

Anda mungkin juga menyukai