Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SURA

23000 DUNGUN, TERENGGANU.

Nama : Cik Siti Wan Kembang binti Cik Wan Kundur Tingkatan : 3 Arif
Jangan tulis
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Angka Giliran : _________ apa-apa di
ruang ini
BAHAGIAN C

(i)

Keadaan cuaca sungguh redup pada petang itu. Aku menggorak langkah meninggalkan
perkarangan sekolah. Tiba-tiba , aku terdengar bunyi yang kuat. Aku memusingkan kepala ke
arah bunyi itu.

Aku melihat suatu kemalangan di simpang jalan. Kemalangan itu berlaku kira-kira
100 meter dari sekolah dan melibatkan sebuah bas dan sebuah lori. Banyak orang mengerumuni
tempat kemalangan itu. Sesetengah kenderaan bergerak perlahan untuk melihat kemalangan itu.
Keadaan di tempat kemalangan itu telah menjadi huru-hara. Aku berasa cemas lalu berlari
dengan cepat ke sebuah pondok telefon yang berhampiran. Aku menelefon talian kecemasan.

5 minit selepas itu, polis pun tiba di tempat kejadian untuk mengawal lalu lintas. Tidak
lama kemudian, 3 buah ambulans dan pasukan bomba dan penyelamat sampai di tempat
kejadian. Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa dari kenderaan tersebut lalu
ambulans menghantarkan mangsa-mangsa kemalangan tersebut ke hospital.

Aku melihat mangsa-mangsa berlumuran darah. Ada pula yang tidak sedarkan diri. Aku
terdengar suara budak-budak menangis dan suara mangsa mengerang kesakitan. Aku berasa
simpati dan kasihan terhadap budak-budak kecil yang ketakutan.  Kepala pemandu lori
berlumuran darah tetapi pemandu bas pula tidak mengalami kecederaan.

Aku terdengar ada orang mengatakan bahawa pemandu lori itu memandu dalam keadaan
mabuk.   Selepas semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital, pasukan polis serta bomba dan
penyelamat pun beredar. Keadaan lalu lintas menjadi pulih semula dan aku meneruskan
perjalanan balik ke rumah.

Melalui pengalaman ini, saya belajar untuk bertindak pantas semasa kecemasan.  Kita juga
perlu sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan raya.

Calon-calon mesti menggunakan kedua-dua belah muka.


Calon-calon mesti menggunakan kedua-dua belah muka.

Anda mungkin juga menyukai