Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : HADIAH

Hidup bahagia dirasakan apabila hidup sesuai dengan ilmu- Socrates


Sungguh panjang rasanya malam semalam. Aku cuba sedaya upaya melelapkan mata. Tetapi
aku gagal. Jam dinding yang berbunyi pukul satu masih lagi kudengar. Aku cuba cari lain.
Aku buka lampu untuk membaca buku cerita. Selepas itu aku tertidur dengan lena. Aku
hanya sedar setelah dikejutkan oleh ayah keesokan harinya.
Pagi itu aku sungguh gembira kerana hari penyampaian hadiah daripada keluarga.
Mereka berjanjin akan membawaku melancong ke London kalau aku berjaya melompat ke
tahun lima. Di bilik air aku menyanyi lagu Inggeris. Aku tidak menghiraukan orang
mendengarnya. Aku berada seolah-olah aku di bilik air di otel kota London.
"Leka menyanyi bila sudahnya." Ibu menyapa perbuatanku. Ibu sudah bersiap sedia untuk
berangkat. Bapaku dengan bantuan pemandunya sibuk memasukkan barang ke dalam kereta.
"Okay bu saya hampir siap." Aku memang sudah siap mandi tetapi perasaan seronok untuk
naik kapal terbang melalaikan aku.
Pagi itu aku tidak bersarapan. Keinginan yang amat kuat hendak ke lapangan terbang
membuatkan aku berasa kenyang.
"Nanti boleh bersarapan dalam kapal terbang." Aku memberikan alasan kepada ibu.
Tepat jam 8.30 pagi, kami dijemput menaiki kapal terbang oleh petugas-petugas
Syarikat Penerbangan Malaysia. Aku dan keluarga didahulukan kerana tiket kami kelas satu
dan kami juga tergolong dalam kategori kanak-kanak. Berdebar-debar juga hatiku apabila
berjalan dalam terowong untuk naik ke dalam kapal terbang.
Di pintu kapal terbang, kami disambut oleh pramugari dengan senyuman.
"Adik, ikut akak naik atas." Pramugari itu terus membawa ke ruang kelas satu. "Ini tempat
duduk adik." Pramugari itu menunjukkan tempat dudukku dengan senyuman.
Setelah aku duduk, dia mengenakan tali pinggang keselamatan dan menegakkan
tempat dudukku. Dia menunjukkan cara menggunakan semula kemudahan yang terdapat
dalam kapal terbang termasuklah cara menonton televisyen dengan menggunakan sistem
komputer yang terdapat dalam kapal terbang itu.
"Kalau ada masalah, tekan butang ini, nanti kakak datang." Dia tersenyum lagi setelah
mengajar aku menggunakan teknologi masa kini yang kali pertama aku melihatnya. Aku
tidak menjawab, hanya mengangguk. Aku sebenarnya kagum dengan keadaan di
sekelilingku. Ini adalah kali pertama aku menaiki kapal terbang.
Apabila kapal terbang bergerak di landasan, aku membaca ayat-ayat suci al-Quran
yang aku ketahui dan berdoa akan keselamatan diriku dan keluarga. Gegaran enjin tatkala
kapal terbang meninggalkan landasan membuatkan aku gerun dan berpeluh sejuk. Aku
mendiamkan diri dan memandang keluar. Aku duduk di bahagian tingkap kapal.

"Sekarang anda boleh membuka tali pinggang keselamatan anda. Para ketinggian
pada masa ini adalah 12 000 kaki dan kita akan menuju ke paras 30 000 kaki. Saya ialah
Kapten Sany Johan, juruterbang anda semua." Suara Kapten Sany itu mengejutkan aku. Baru
kusedar bahawa aku berada pada paras yang amat tinggi. Aku juga baru sedar bahawa ibu dan
bapaku duduk di belakangku. Mereka tersenyum melambai-lambaikan tangan kepadaku dan
membalas lambaian mereka dengan kucupan jari-jari ke mulutku.

"Adik nak minum apa?" Pramugari bertanya kepadaku.


"Milo," jawabku pendek.
"Sarapan mana yang adik pilih?" Dia bertanya kepadaku lagi.
Aku terdiam. Aku memandang mukanya dan tersenyum sahaja.
"Adik tak baca menukah?" dia bertanya lagi.
Aku menggeleng. Aku tidak faham kerana menu itu tidak ditunjukkan kepadaku. Pramugari
itu mengambil sekeping kertas keras berwarna putih berkilat dari poket tempat duduk di
hadapanku dan menujukkan kepadaku.
"Ini menu, adik pilihlah yang mana adik suka." Pramugari itu menawarkan perkhidmatannya
kepadaku.
"Mana yang sedaplah kak." Aku menjawab dengan suara lemah. Sekali pandang pada menu
itu aku tahu, semua makanan yang disediakan agak berlainan dengan rumahku.
"Kalau begitu, toast dan scramble egg dan pencuci mulutnya buah strawberi, anggur dan
puding."
"Terima kasih, kak."
Aku terlepas dari malu. Bagaimana hendak membuat pilihan. Apa sebenarnya benda
yang disebutkan itu. Aku tidak tahu sebenarnya.
Tidak berapa lama kemudian, pramugari yang sama datang semula. Dia terus
memasangkan pelapik makan di pangkuan dan di bahagian depan bajuku. Kemudian, dia
membukakan meja dan meletakkan sarapan yang beruku pesan tadi.
"Sila bersarapan dik." Dia mempersilakan aku dan terus beredar.
Aku merenung makanan yang telah terhidang. Aku memegang pisau dan garpu yang
disediakan. Aku berasa janggal hendak menggunakannya. Aku tidak pernah
menggunakannya di rumah. Terlintas juga pada fikiranku hendak menggunakan tangan
sahaja tetapi bila teringat mungkin orang yang melihat, terhenti begitu sahaja hajat.
"Makanlah. Tunggu apa lagi."
Aku tidak sedar ibuku telah duduk di tempat kosong di sebelahku. Ibu tersenyum
memandangku.
"Seronok tak naik kapal terbang kelas satu? Tempatnya cantik, lapang dan tidak ada orang
yang menganggu." Ibuku menyambung. Aku muka makan sarapan. Setelah habis roti dan
telurnya, aku makan buah dan pudingnya pula.
"Apa sahaja yang kita perlukan, kita akan dibantu oleh pramugari." Ibuku memberi
komennya.
"Sekarang kau patut sudah sedar kenapa ibu mahu engkau menjadi doktor," sambung ibuku
lagi.
"Supaya dapat naik kapal terbang kelas satu." Aku menyahut dengan ketawa kecil. Ibuku
juga turut tertawa.
Aku memang bercita-cita hendak belajar sehingga ke peringkat universiti. Aku sedang
berusaha untuk mendapatkan markah yang tertinggi dalam mata pelajaran Matematik dan
Sains. Aku berhajat untuk menjadi jurutera. Aku lihat di kaca televisyen golongan inilah yang
terlibat membina menara yang tinggi. Daripada bisikan hatiku, aku ukirkan puisi yang
menggambarkan cita-citaku dan hajat ibu bapaku:
Setinggi-tinggi bangau terbang,
Tinggi lagi kapal terbang;
Lebih tinggi hajat dan cita-citaku,
Tidak setinggi impian ibu bapaku.

Sumber rujukan (Internet):


https://cikguteratai91.blogspot.com/2014/03/hadiah.html

Anda mungkin juga menyukai