Anda di halaman 1dari 5

nAlkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin

tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja. Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya. Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan Dari ibu mertuamu. Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta. Besoknya di depan rumah menantu ke2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan Dari ibu mertuamu Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air. Sempat-sempatnya dia berkata, Rasakan kau!, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, Dari ayah mertuamu.

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula. Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu. Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?" Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi la ni!!!"

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu." Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan. "Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak. "Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya. Ha........Lu Pikir ah sendiri........!

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris. Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat. "Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu ) Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer.. Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la.. Malam tu.. Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung.. Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi.. Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi.... Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu.. Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie.. Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning.. " Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!" Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata... " JANJI TAU..!!"..

pasang kekasih perabihkn cuti mreka dgn berkhemah tepi pantai.. tetibe si gurlz di kejutkn boyz tgh2 mlm bute.. boyz: "u nmpk x pe yg i nmpk?" lalu dilihatnyer si gurlz beribu bintang dilangit.. gurlz: "waahhh, cantiknyer bintang2 tu.. u sngaja kejutkn i tgh2 mlm ni wt surprise kat i?? Romantiknyerrr... So sweeeet!!," boyz: " bukan...." dengan nada sedih.. gurlz: "abis tuuu?" boyz: "KHEMAH KITE KNE CURIIIKKK!!!!"

ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yg lain - paham2 je lah.. pengantin baru! ) Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati a ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding. Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!" Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun ber! kata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

hmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahuAhmad Suffian yang dirinya mengandung ... Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ... Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ... Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ... Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ... "Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina. "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian. Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!! Poskad itu berbunyi ... "Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kahwinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat." panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya. Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis "Besar, teguh dan peramah".. Bahagialah Si Siti rupanya.. Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir" Bahagialah Si Seri rupanya... Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya... Seminggu berlalu,

tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya "AIR ASIA ". Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...?? "7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON STOP

Sebelum memulakan mata pelajarannya pada cikgu Rosmah telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.. Beliau cube memberitahu murid2 ttg bahaya arak. "Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2." Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya. "Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??" Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab, UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya : Cik Tina : Farid, tolong tengoktengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu. Farid: Baiklah , ibu! Cik Tina: Kena tak ? Kena tak? Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu. Cik Tina: Kena tak ? Kena tak? Farid: Undur lagi, lagi, lagi . Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !! Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok ! Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku ! Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

uatu hari seorang penyelam sedang melihat terumbu karang. Pada kedalaman 8 meter, tiba -tiba dia melihat seseorang berada disampingnya. Dia sangat terkejut kerana orang tersebut tidak memakai peralatan menyelam. Penyelam itu turun lagi sampailah ke kedalaman 15 meter. Sekali lagi dia terkejut melihat orang yang disebelahnya tadi masih mengikutinya. Penyelam itu turun lagi, sampai ke kedalaman 25 meter...orang yang tadi turut mengikutinya. Penyelam makin hairan, dan dia mendekati orang tersebut sambil memberikan white board dengan pensilnya dengan tulisan: " Hebatnya kamu...bagaimana caranya sampai ke kedalaman ini tanpa memakai alat menyelam?" Orang itu mengambil white boardnya dan menulis: " Aku lemaslah...bodoh!"

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua. Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas, kata lelaki yang pertama dengan riangnya. Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah! Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua. Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat kata jururawat itu dengan tenang. Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel, kata lelaki ketiga dengan gembira. Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, Apakah yang merunsingkan awak? Dengan perasaan gelisah dia menjawab Saya bekerja di Seven Eleven.

ebih kurang pukul 1.00 pagi pada malam minggu, seorang mat rempit sedang menguji motor 125Z nya. Bunyi motornya sagatlah bising. Wreeengg..ngeeenggg... ngeeeeeeeng....!!! Dengan gaya ala-ala Wazi Hamid. Ketika sedang menguji kelajuan motornya, tiba-tiba ada seorang nenek melintas jalan. Kerana terkejut, dia terus membrek

motornya mendadak... Nenek itu selamat, tidak dilanggar. Mat rempit sudah tidak dapat menahan kemarahannya, terus dimakinya nenek tersebut. "Dasar nenek tua bangka, tak sekolah ke?, lintas jalan tidak tengok kiri dan kanan. Kalau kena langgar, macammana?.sudah bosan hidup ke?!! Nenek bodoh..!!!!,.selepas mat rempit itu habis menyumpah, nenek tersebut cuma menjawab . "kau tu yang bodoh. Langgar aku yang tua ni pun tak kena...!!!"

Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya Lelaki Gemuk : Hai, akak bunting ya? Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya). Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak? Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya? Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!! Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang ya? Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!! Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa) Lelaki Gemuk : Laa kenapa akak ketawa? Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar-benar pasti. Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata: "Ini rumah En. Ahmad ker?" "Ya, saya ni isterinya. Ada apa encik?" Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu. "Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat?!" Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab: "Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu!" Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan" Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ. Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan. Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata, "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman kerr? Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Ahmad lagi naik berang. "Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh...." Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa 'potong' encik punya...." Si Ahmad mencelah "apa? potong?! Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apa?" Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanya isteri encik kena pakai LILIN ajer laaaa...."

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kan bang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "takpe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah. Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ". Si suami tiba - tiba marah dan berkata ......... "Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang!!".

ziz seorang saintis telah berjaya mencipta robot yang boleh mengesan orang bercakap bohong. Robot itu ada tangan seperti manusia. Sesiapa berbohong akan terus dilempang robot itu. Aziz mbawa robot itu pulang ke rumah dan menunggu anaknya pulang. Tapi anaknya masih belum pulang. Sehingga ke pagi baru lah anaknya pulang. Aziz: Dari mana tadi tak balik-balik? Anak: Saya ada kelas tambahan ayah. (PANG!!! Anaknya dilempang robot tersebut) Aziz: Kalau nak tahu, ini robot yang baru ayah cipta. Robot ini akan tampar sesiapa saja yang bercakap bohong. Dalam rumah ni semua orang kena cakap benar, jujur. Hah! Kenapa kau pulang lewat? Anak: Saya baru habis menonton movie di rumah kawan, ayah Aziz: Cerita apa? Anak: Papadom (PANG!!! Robot bagi penampar lagi) Aziz: Cakap jujur cerita apa yang kamu tengok? Anak: Maaf ayah, saya tertengok cerita blue! Aziz: Kurang ajar!! Berani kamu menipu ayah. Mujur ayah cipta robot tu. Kalau tidak mati-mati ayah kena tipu. Kamu nak jadi apa dah besar nanti hah? Masa ayah sebaya kamu dulu, ayah tak pernah buat kerja tak senonoh camtu. (PANG!!! Tiba-tiba Aziz dilempang robotnya sendiri. Suasana hening seketika. Isteri Aziz kemudian mencelah) Isteri Aziz: Hah! Sama saja anak dengan bapak. Ke mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi? Haa, ikut perangai mak ni. Tak pernah tengok benda2 tak senonoh camtu. (PANG!!! Robot itu menampar muka isteri Aziz. Suasana hening seketikamasing2 memandang sesama sendiri)

Shampoo, Sabun Dan Ubat Gigi Baba Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut. Sabun mana yang anda gunakan selama ini? Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, Sabun Baba. Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan? Deodorant Baba, jawab pelajar itu" Minyak wangi? Minyak Wangi Baba. Shampoo? Shampoo Baba. Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat. Pelajar itu menjawab, Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.

Mamat amat tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah.Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..." Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi..

Anda mungkin juga menyukai