Anda di halaman 1dari 12

Tajuk : Nenek Tua Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.

Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata Nanti dulu. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata Nanti dulu. Akhirnya mereka bertanya : Bila kami boleh melihat bayi engkau..? Bila dia menangis. Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis? Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..

Panadol Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi Asari: Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu? Ajoi: Kopi ni panas bagi panadol kurang sikit panas diaSeorang Pemburu Dengan Seekor Singa

Pemburu dan Singa Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa. Pemburu: Ah leganya singa baik rupanya. Lepaskanlah aku. Singa: Ya singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn

Mayat Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya tangannya pon sedang menunjukkan tanda peace

Cermin Mata Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain? Dah tentu, jawab doktor. Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca, kata lelaki itu dengan riang.

B.I Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer! Apasal hah? Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan. Malas Ke Sekolah

Sekolah Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah. Ibu: SalimSalimbangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat. Salim: Alah mak Salim tidak mahu pergi ke sekolah! Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah. Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim! Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang! Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah. Ibu: Ehehbertuah punya anak! Salim dengar baik-baik. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun.. Kedua: Salim kan GURU BESAR SEKOLAH.!!!

Harta karun Pak Pandir


Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut. Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanakkanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya. Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira.

Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis "BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!".

Nak Cerita Pun Malas


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, Patik adalah yang paling malas. Raja pun bertanya, Apa tahap malas tuan hamba? Lalu jawab lelaki tersebut, Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik. Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku. Tuanku pun bertanya kepadanya, Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba? Maka jawabnya, Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan. Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, Patik adalah yang paling malas tuanku. Raja pun bertanya, Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak? Budak itu pun menjawab, Nak cite pun malas.

Sudu
Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung... Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop) Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada.. doktor. Doktor : Aaa. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni makan 2 sudu, 3 kali sehari. Pak Pandir : Terima kasih. Seminggu kemudian.. Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak? Pak Pandir : pening kepala,. sakit dada hilang dah. TAPI sakit perut pulak.(sambil mengerang) Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke? Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah cuma, SUDDDU doktor. Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) . keras sikit .. doktor!

Pemain bola Jepun lawan Mat Salih


tersebutlah kisah seorang pemainbola jepun yang tersangatlah handal bermain bola sepak... namanya irie... akan tetapi kehandalannya bermain bola tidak setanding dengan kehebatannya yang xseberapaberbahasa inggeris... boleh dikatakan irie ini hanya pandai menyebut no satu hingga tujuh dalam bahasa inggeris selebihnya tidak sempat belajar kerana dia melarikan diri dari sekolah... " "dlm satu perlawanan bola sepak antarabangsa di mana jepun lawan england... irie juga terpilih utk mewakili negaranya... nak di jadikan kisahnya..sedang irie menunjukkan kehebatannya menggelecek bola..tiba2 beliau terlanggar dengan joshua beckham pemain jersi no 7.. maka apabila kedua2nya jatuh ke bumi..irie pun menunjukkan ke"gentleman"nya dengan membantu joshua bangun... lalu dia meminta maaf dpd joshua dengan nada berlagak ber"speaking"ini perbualan mereka... irie : i'm sorry... joshua : i'm sorry too irie : i'm sorry three joshua : what four? irie : i'm sorry five... joshua : r u sick? irie : i'm sorry seven! kerana takut akan perbuaaln yang bakal tidak difahaminya lalu dia terus melarikan diri... maka tinggallah si joshua yang terbingung2 dengan situasi tadi

Hanya Lima Abang: Sudahkah adik menduduki ujian Matematik? Adik: Sudah. Abang: Adik dapat menjawab semua soalan dengan betul? Adik: Hanya lima soalan sahaja yang salah. Abang: Wah! Baguslah kalau begitu. Berapakah jumlah soalan dalam kertas ujian adik itu? Adik: Lima. Abang: !!!!!

Hantu Kak Limah Sebenar Muncul MARANG, 25 Disember 2011 Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Hantu Kak Limah benar-benar muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

gambar Hantu Kak Limah yg dirakam secara tidak sengaja

Ketua keluarga, En.Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke Subuh, sebelum menghilangkan diri.

Hantu Kak Limah Minta Tolong Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong, katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah lama.

rumah dibina daripada papan & kayu lama

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.

Diganggu Selepas Bawa Balik Papan "Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan" kata En.Mazlan

Menguatkan lagi dakwaan itu, En.Mohd.Syawal turut menunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu, tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

"Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumah pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini" kata En.Mohd.Syawal.

Imam Nasihat Buat Solat Hajat Sementara itu, daripada tinjauan yang dibuat terhadap beberapa penduduk berdekatan kawasan itu, rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, Imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan Solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.

Gangguan Hantu Kak Limah Bakal Berakhir MARANG, 31 Disember 2011 Polis meminta keluarga En.Mazlan Ali, 55, dari Kampung Temiang, di sini, segera mencari jalan penyelesaian berhubung dakwaan gangguan lembaga wanita berambut panjang menyerupai hantu Kak Limah yang dikatakan mengganggu mereka.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, pihaknya telah menyiasat perkara itu namun mendapati ia tiada sebarang unsur jenayah.

"Bagaimanapun, kami harap keluarga terbabit dapat segera mencari jalan penyelesaian sekaligus dapat memastikan keadaan kembali seperti sediakala. Kita bimbang jika keadaan itu berterusan, ia akan menjejaskan kehidupan orang lain" katanya

En.Mazlan berkata, pihaknya juga berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan jawatankuasa Masjid di kampung itu dapat membantu keluarga terbabit.

Namun kerisauan keluarga itu terhadap gangguan misteri itu dijangka berakhir tidak lama lagi, apabila ada pihak sudi tampil untuk membantu mereka. En.Mazlan berkata, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki bergelar ustaz dari Hulu Selangor sejak tiga hari lalu, yang sanggup menyelesaikan misteri menghimpit keluarganya dengan percuma.

Menurutnya, ustaz itu akan datang ke rumahnya esok, bersama dua lagi pembantu bagi menangani gangguan yang berlaku sejak dia bawa pulang beberapa keping papan, perabot dan tiang rumah pusaka milik keluarganya di Jerangau, November lalu.

"Sebaik menerima panggilan daripada ustaz itu, saya rasa sungguh lega. Alhamdulillah ada juga pihak sudi membantu kami. Buat masa ini, ustaz itu sudah beberapa kali menghubungi saya dan bertanya perkembangan berhubung gangguan yang dialami" katanya.

Sementara itu, seorang ustaz yang enggan namanya didedahkan, berkata, keluarga itu perlu sentiasa mendekatkan diri mereka dengan ALLAH SWT dan jangan terlalu percayakan bomoh atau dukun palsu.

Menurutnya, tidak sukar untuk mengetahui sama ada perubatan itu khurafat atau tidak dan samada bomoh atau dukun tersebut adalah palsu atau tidak. "Keluarga ini perlu mengelak dari mendapat khidmat perubatan melalui mantera, tidak guna ayat Al-Quran atau jika dalam bahasa lain ia berbunyi janggal" katanya.

Kak Limah dipenjara dalam botol Marang, 2 Januari 2012 - Misteri gangguan makhluk halus menyerupai Hantu Kak Limah menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung Temiang, Marang Terengganu sejak lebih seminggu lalu terungkai apabila seorang ustaz yang menggunakan kaedah perubatan secara Islam tampil membantu.

Ustaz itu tiba kira-kira jam 12 tengah hari kelmarindan proses pemulihan bermula di rumah pusaka keluarga berkenaan di Jerangau kira-kira jam 4 petang.

Bagaimanapun usaha untuk menghalau makhluk halus di rumah En.Syawal Mazlan di Kampung Temiang, di sini hanya dilakukan kira-kira jam 9 malam berikutan detik itu dikatakan bermulanya kehadiran makhluk menyerupai Hantu Kak Limah itu.

Kak Limah adalah nama watak seorang wanita yang disangka jelmaan hantu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat sambutan hangat di pawagam tahun lalu.

Usaha untuk tiba ke lokasi berkenaan agak mencabar berikutan lokasi rumah keluarga terbabit yang agak terpencil, selain keadaan hujan lebat ditambah jarak rumah agak jauh lain merumitkan lagi proses mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung.

Bagaimanapun, selepas berjaya masuk ke jalan yang bakal menghubungkan Kampung Temiang melalui laluan Wakaf Tapai-Marang, kewujudan sebuah warung kopi di tepi jalan dengan kesediaan pelanggannya yang terdiri daripada penduduk tempatan memberi maklumat diperlukan, memudahkan usaha untuk menjejaki rumah En.Syawal iaitu lokasi utama kejadian.

Sebaik tiba di lokasi dituju, terpaksa pula meninggalkan kereta di tepi jalan kecil kerana rumah itu terletak agak jauh di tengah padang.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai, perjalanan menuju ke rumah itu amat mencabar. Terpaksa meredah selut berlumpur selain situasi gelap yang amat menyeramkan.

Sedia menanti termasuk bapa En.Syaawal, En.Mazlan Ali, 55, dan ahli keluarga terdekat selain beberapa penduduk kampung.

Setelah tiba ke rumah papan yang dibina semula daripada perkayuan rumah pusaka keluarga berkenaan, tiba-tiba suasana dikejutkan dengan situasi tegang melibatkan adik En.Syawal, En.Mat Ali, 15, yang secara tiba-tiba menangis, tidak sedarkan diri dipercayai akibat dirasuk.

Selang beberapa minit kemudian, tatkala ahli keluarga sedang menenteramkan En.Mat Ali, kakaknya, Pn.Masliana, 31, tiba-tiba dikatakan terpandang lembaga berambut panjang duduk di alang rumah.

Ustaz yang pada ketika itu berada di rumah berdekatan selepas menikmati makan malam sebaik dimaklumkan perkara itu, bergegas ke rumah En.Syaawal lalu terus memulakan proses menghalau makhluk halus yang merasuk.

Pada masa itulah, Pn.Masliana tiba-tiba menunjukkan aksi dan tenaga luar biasa, membuka pencak silat untuk bertarung dengan Ustaz. Tiada langsung ciri-ciri kewanitaan pada lagaknya, yang kelihatan hanya langkah pendekar. Namun, biar begitu hebat pun Pn.Masliana, mudah sahaja langkahnya dimatikan Ustaz dengan ayat suci Al-Quran. Ternyata yang bersilat itu bukan Masliana sebenar tetapi makhluk halus yang menguasai tubuhnya.

Pn.Masliana bersilat setelah dirasuk

Bacaan ayat Al-Quran selain azan akhirnya berjaya membuat jin yang menguasai wanita itu terperangkap. Pn.Masliana pulih apabila jin terbabit berjaya dikurung di dalam botol oleh Ustaz.

Jin Kena sembelih En.Mat Ali dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dirasuk makhluk halus dipercayai jin kafir itu sempat berkomunikasi dengan Ustaz sebelum jin itu dimatikan melalui sembelihan leher secara kaedah kebatinan.

Jin yang merasuk ke dalam tubuh En.Mat Ali akhirnya berjaya dikeluarkan selepas hampir setengah jam berhempas pulas dan ia turut dimasukkan ke dalam botol plastik.

jin dikurung dalam botol

Ustaz tersebut kemudian menepung tawar katil pusaka dipercayai menjadi punca segala kemelut yang berlaku.

Proses rawatan tidak menggunakan sebarang alat lain seperti kemenyan atau asap yang biasa digunakan bomoh tradisional kecuali air penawar itu berakhir kira-kira jam 11.15 malam, sebelum penduduk kampung bersurai setelah kesemuanya berpuas hati dengan kejayaan rawatan diberikan.

Akhirnya, kehadiran Ustaz membantu mengusir makhluk halus yang mengganggu keluarga tanpa bayaran, berjaya mengembalikan semula keharmonian hidup keluarga En.Syawal.

Anda mungkin juga menyukai