Anda di halaman 1dari 13

TAJUK : KASIH SI KEMBAR

OLEH : NURHUDA MUSA

Hei hampa siapa nak hina dia !! Dia tak kacau hidup hampa pun, so please dont disturb
her. Hampa fikir dengan kemewahan yang hampa ada hampa boleh hina orang ikut suka
hati ka ! Semua tu tak kekal la wei !! Semuanya milik Allah. Andai suatu masa nanti Allah
nak tarik balik nikmat tu, aku harap masa tu hampa akan menyesal dengan apa yang
hampa pernah buat sebelum ni !!tengking Aishah. Dengan pantas dia menarik lengan Noor
meninggalkan ruang kantin yang sunyi sepi akibat amarah Aishah.
Aishah, sakitlah...Noor cuba melepaskan genggaman Aishah pada lengannya.
Noor, boleh tak sekali sekala hang pertahankan diri hang. Aku penat la tengok depa dua
tu asyik hina hang. Depa patut tahu hal sebenar. Sampai bila hang nak sembunyikan hal
sebenar ni ? Aku yakin kalau depa tahu yang hang ni
Aishah ! Stop it ! Cuba kau bertenang. Bukan aku tak nak beritahu diorang aku ni siapa.
Aku cuma tak nak bila diorang tahu hal sebenar, diorang akan tinggalkan Balqis.
Hang ni suka lebihkan si Balqis tu. Aku pelik, hang tak nak bagitahu dia tapi hang jaga
dia. Haish confuse aku..
Hahaha Dah la Aishah. Jom kita balik asrama. Aku rasa ada baiknya kau mandi bagi
sejuk sikit hati kau tu, lagipun aku rasa kalau kau lalu sebelah pokok conform pokok tu
layu. Hahaha, seloroh Noor lantas mula cabut lari.
Kurang asam punya kawanMaka berkejaranlah dua orang sahabat itu dengan tawa
meraka. Hal di kantin tadi terus dilupakan oleh mereka. Tanpa mereka sedari perbualan
mereka didengari seseorang yang kebetulan berada di situ.

Wei, sampah masyarakat dah datang la !!jerit Maria, sahabat baik Balqis. Balqis di
sebelahnya hanya tersenyum sinis. Noor meneruskan langkahnya ke kaunter untuk

membeli makanan. Semua mata memandang ke arahnya. Mereka tahu pasti akan ada
sesuatu yang akan terjadi pada gadis itu. Aduh !! Kan dah kata, pasti akan berlaku sesuatu.
Noor terjatuh akibat dirempuh secara sengaja oleh Balqis. Roti yang baru dibelinya telah
selamat masuk ke dalam longkang. Seluruh isi kantin menyaksikan kejadian itu. Ada yang
ketawa, ada yang tersenyum mengejek dan ada juga yang mengeluh.
Balqis nak apa-apa ke ? tanya Noor lembut.
Aku nak kau berambus, boleh ?jawab Balqis berserta senyuman sinis. Noor hanya
tersenyum lalu melangkah meninggalkan kantin. Namun langkahnya

terhenti

apabila

namanya dipanggil.
Noor Maisarah binti Abdullah ! Kau tak rasa ke kehadiran kau kat sini cuma dapat
memburukkan nama sekolah. Aku rasa better kau berambus dari sekolah ni. Sekolah ni tak
perlukan anak yang tak tahu asal usul macam kau. Kau ni tak layak sekolah kat sini,
hina Balqis.
Betul kata Balqis tu. Kau tak setaraf untuk ada dekat dengan kitorang. Kitorang
menyampah tengok muka berlagak baik kau tu !herdik Maria. Noor hanya memandang
mereka tanpa sepatah kata pun. Hinaan Balqis dan Maria adalah perkara biasa yang selalu
didengarinya setiap hari.
Woi !! Kau dengar tak ?! Kalau dengar, berambus !! Kau tu tak layak nak berkawan
dengan sesiapa pun. Kau tu tak setaraf dengan kitorang. Kitorang berduit, bukan macam
kau, miskin !! And the most important thing, kitorang ada mak ayah, bukan macam kau,
anak haram !!

KRING !!!
Lamunan Noor terhenti. Dia terlalu asyik memikirkan hal yang berlaku di kantin semalam
sehingga tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas.
Noor Maisarah Abdullah, Cikgu Iman nak jumpa kamu di bilik kaunseling sekarang,
kata Ustaz Roslan sebelum melangkah meninggalkan kelas 5SC1 itu.

Hah mesti cikgu nak nasihatkan dia jangan buat benda tak senonoh kat sekolah kan..Ye
la takut nanti dia buat sekolah ni tempat pembiakan anak haram pula, herdik Maria.
Aishah yang marah dengan kata-kata Maria cuba untuk memakinya kembali tetapi
dihalang oleh Noor. Aishah hanya mampu mengeluh. Dia kenal benar dengan sahabatnya
yang satu ini, terlalu merendah diri.
Hang nak aku teman ka? soal Aishah.
Tak payahlah. Lepas ni kelas math, kau kan lemah subjek tu, better kau belajar daripada
buang masa tunggu aku kat bilik kaunseling tu, kata Noor lalu pergi ke bilik kaunseling.

Assalamualaikum, cikgu nak jumpa saya ke ? tanya Noor sebaik sahaja memasuki bilik
kaunseling. Cikgu Iman hanya tersenyum lalu menghampiri Noor yang masih berdiri di
hadapannya. Lantas tubuh kurus Noor dipeluknya erat.
Kesian Acu, abang tak sanggup tengok Acu terus hidup macam ni. Hari-hari kena hina
dengan Balqis. Abang tahu hati Acu sakit tapi Acu tahan sakit tu sendiri kan. Abang
dengan semuanya fasal apa yang dah terjadi di kantin semalam. Kalaulah Balqis tahu
yang dia juga sebenarnya anak yang tidak dikenali mak ayahnya pasti dia tak kan buat
Acu macam ni. Kalaulah dia tahu Acu ni kakak kembar dia, tak perlulah Acu tanggung
sakit hati tu lagi. Acu, abang rasa Acu patut beritahu Balqis hal sebenar. Tak kan Acu nak
terus biarkan dia hina Acu.
Tak apa la abang. Acu bahagia kalau Balqis bahagia. Biarlah Acu je yang tahu hal
sebenar, tak perlu beritahu Balqis. Acu tak nak dia sedih kalau tahu hall ni nanti.
Hati Acu terlalu mulia. Acu sanggup korbankan keselesaan hidup Acu demi kebahagiaan
orang lain. Acu, abang janji abang akan terus mencari mak dan ayah kandung Acu. Abang
janji Acu.
Air mata Noor yang tidak mampu ditahan lagi akhirnya mengalir membasahi pipi. Noor
menangis teresak-esak dalam pelukan Iman yang juga merupakan abang susuannya. Sejak
kecil Noor tidak pernah menangis di hadapan orang melainkan hanya pada Iman. Hanya

Iman saja yang tahu segala-galanya yang bersarang di hatinya. Dan hanya Iman yang
tahu tentang rahsianya selain Aishah.

Balqis, papa rasa dah sampai masanya papa beritahu Balqis hal sebenar, kata Dato
Hisham. Kesihatannya yang tidak menentu memaksa dirinya untuk membuka suatu rahsia
besar dalam hidup keluarganya.
Hal apa papa ? Macam serious je.
Balqis, sebenarnya 15 tahun dulu, papa pernah tersesat di sebuah kampung. Di kampung
tu papa menginap di rumah seorang lelaki yang tolong papa. Masa kat rumah lelaki tu,
papa tertarik dengan baby yang diorang jaga. And papa decided to take the baby sebab
kebetulan masa tu mama baru je keguguran.
What ?! So Balqis ada adik la sebenarnya ?
No ! Mama cuma pernah mengandung sekali je, and that baby was gone. Baby yang papa
ambil daripada keluarga di kampung tu papa jadikan pengganti anak kami yang dah
meninggal. That baby is you,
Apa..apa papa cakap ni ?! Balqis ni cuma anak angkat ?
Maafkan papa Balqis. Papa takut papa tak sempat ceritakan hal sebenar pada Balqis, papa

Enough papa ! Balqis tak nak dengar semua ni lagi. Balqis nak masuk bilik, papa
rehatlah, kata Balqis. Dia bangun dari katil Dato Hashim dan berlalu untuk ke biliknya.
Balqis ! Balqis ada kembar. Papa cuma ambil Balqis seorang je sebab keluarga tu nak
jaga baby yang lagi satu. Balqis tergamam. Dia ada kembar ??

Rumah kecil yang usang dipandangnya dari dalam kereta. Sayu hatinya melihat keadaan
rumah itu.

Aku hidup mewah, tapi kembar aku cuma hidup dalam rumah yang daif macam ni,
keluh Balqis. Rasa bersalah mulai menguasai dirinya.
Nak, buat apa sorang-sorang kat sini ? tegur seorang pak cik yang kebetulan lalu di
kawasan itu.
Pak cik, rumah kecil tu rumah siapa ? sunyi je saya tengok.
Ouh, rumah tu dah tak ada sesiapa yang tinggal. Dah 10 tahun terbiar. Tuan rumah tu
dengan isterinya dah meninggal. Eh, lupa pula. Nama pak cik Rostam, orang kampung
panggil pak cik Pak Tam je. Anak ni siapa ? Kenapa tanya fasal rumah tu ?
Sayasaya pernah tinggal kat situ dulu masa saya bayi.
Hah pak cik tahu. Anak ni salah sorang daripada bayi kembar tu la ye ? tanya Pak
Tam. Jelas di wajahnya riak terkejut.
Pak cik tahu tentang hal tu ?
Tahu ! Pak cik tahu sangat. Macam ni lah, anak iukt ke rumah pak cik. Nanti pak cik
ceritakan. Balqis mengangguk lalu mengekori motosikal Pak Tam dengan keretanya.

16 tahun dulu pak cik dan Pak Rashid, tuan rumah kecil tu pergi ke hutan mencari
rotan. Dalam perjalanan balik ke rumah, kami terdengar suara bayi menangis. Pak cik dan
Pak Rashid cuba cari dan kami jumpa 2 orang bayi dalam semak. Pak cik tak tahu nak
buat apa, tapi Pak Rashid dia nak sangat bawa balik bayi-bayi tu. Kebetulan masa tu
isteri Pak Rashid baru kematian anak ketika bersalin. Jadi, kami pun bawalah kamu dan
kembar kamu balik,
Jadi, pak cik tak tahu siapa mak dan ayah kami ?
Tak tahu. Kami jumpa kamu di tengah hutan.
Lepas tu, ada orang datang ke kampung ni dan ambil saya ? tanya Balqis. Dia mahukan
kepastian tentang cerita papanya.

Ya, setahun lepas kejadian tu ada seorang lelaki, Dato kalau tak salah pak cik. Dia
tersesat ke kampung ni dan Pak Rashid tumpangkan dia di rumah Pak Rashid. Orang tu
tertarik dengan kamu dan kembar kamu. Pak Rashid pun ceritakan tentang penemuan
kamu pada lelaki tu. Lelaki tu nak ambil kamu dan kembar kamu sebagai anak
angkatnya tapi isteri Pak Rashid tak benarkan sebab dia betul-betul sayangkan kamu
berdua. Akhirnya lelaki tu ambil salah seorang daripada bayi-bayi tu. Dia ambil kamu
dam berjanji akan bawa kamu balik ke sini setiap bulan. Tapi sayangnya dia mungkir
janji dan tak pernah balik ke sini lagi.
Air mata Balqis mulai mengalir. Dia tidak menyangka bahawa papanya telah memungkiri
janji. Papa yang dikenalinya seorang lelaki yang jujur.
Pak cik, lepas Pak Rashid dengan isterinya meninggal, kembar saya tinggal dengan
siapa?
Pak Rashid ada seorang anak lelaki. Iman namanya. Lepas mereka meninggal, Iman yang
jaga Acu. Orang kampung ni panggil kembar kamu tu dengan gelaran Acu. Iman jaga
Acu sendiri. 5 tahun lepas tu Iman bawa Acu pindah ke bandar sebab Iman dapat tawaran
sambung belajar kat sana.
Pak cik tahu tak rumah diorang kat mana ?
Maaflah nak, pak cik tak tahu. Yang pak cik tahu sekarang Iman dah jadi cikgu. Acu
pun belajar di sekolah yang sama tempat Iman mengajar. Hah, ni gambar keluarga Pak
Rashid. Kamu dengan kembar kamu pun ada dalam gambar tu.
Gambar yang dihulur oleh Pak Tam tadi diambil oleh Balqis. Gambar itu berlatarkan
rumah kayu kecil. Sebuah keluarga berdiri di hadapan rumah itu. Seorang lelaki
mendukung seorang bayi manakala seorang lagi bayi didukung oleh seorang wanita. Di
antara mereka berdiri seorang budak lelaki yang tersenyum girang.

Acu !!
Terperanjat Noor apabila disergah oleh Iman. Hampir tersedak dia dibuatnya.

Ish apa abang ni, harap je cikgu sekolah. Adab tak ada ke? marah Noor.
Baiklah Ustazah Noor Maisarah. Saya minta maaf ye, ustazah janganlah denda saya.
Merepek la abang ni.
Iman ketawa melihat muka Noor yang merah akibat geram dengan perangainya. Sejak
kecil memang hobinya mengusik Noor. Lagipun hanya Noor saudaranya yang tinggal
setelah kematian ibu dan ayahnya.
Acu, abang ada good news !
Apa dia ? Abang nak kahwin ke? Dengan siapa ? tanya Noor begitu teruja dengan
perkataan good news tu.
Ish ke situ pula dia. Ni pasal mak dengan ayah kandung Acu la.
Dah jumpa ke?!
Dah, abang minta tolong Dr. Daniel, kawan abang kat universiti dulu. Dia kata dia jumpa
DNA yang sama dengan DNA Acu. Tapi Acu kena bersabar sikit ye.
Kenapa ? Mak dengan ayah Acu dah tak ada ke? tanya Noor. Riak wajahnya mulai
suram.
Diorang ada la..kat KL. Cuma mak Acu dia tak sihat. Selalu keluar masuk hospital. Dr.
Daniel kata mak Acu kemurungan,tekanan darah pun tak tentu, jelas Iman.
Abang kita pergi jumpa diorang boleh? Iman mengangguk tanda setuju.
Esok kita pergi. Abang dah beritahu pengetua yang Acu tak balik ke asrama minggu ni.
Balqis macam mana? Iman hanya diam memikirkan jalan terbaik.
Kita pergi la dulu. Nanti kita minta ayah Acu jumpa Balqis dengan Dato Hisham
sendiri. Noor hanya mengangguk.

NOOR BALQIS DATO HISHAM BUKANLAH PEWARIS SH HOLDING


Tajuk utama akhbar Metro telah menggegarkan seluruh warga SMK Sultan Iskandar.
Berita mengenai Balqis hanyalah anak angkat kepada Dato Hisham menjadi bualan para
pelajar dan guru.
Balqis !! Betul ke berita ni ? tanya Maria sambil melemparkan sebuah akhbar di atas
meja Balqis.
Maria, tolonglah dengar penjelasan aku dulu, rayu Balqis.
Sudahlah Balqis ! Satu sekolah dah tahu pasal ni. Anak tunggal orang kaya konon. Kau
tipu aku Balqis ! Kau tipu semua orang. Aku anggap kau sebagai kawan baik aku, tapi
aku tak sangka kau sanggup tipu aku. Aku rasa kalau Dato Hisham tak meninggal mesti
kau akan terus menipu aku kan, marah Maria lantas berlalu meninggalkan meja Balqis.
Balqis tergamam. Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan. Baru dua hari selepas
pemergian papanya, dia terpaksa menanggung satu lagi derita. Dia tahu kini semua orang
akan memandang hina kepadanya sama seperti ketika dia menghina Noor dulu. Karmakah
ini ? Noor, dah 3 hari gadis itu tidak menghadirkan diri ke asrama. Aneh, adakah Noor
betul-betul berhenti daripada sekolah ini kerana kata-katanya sebelum ini ? Balqis mula
berasa menyesal dan kini dia tahu peritnya rasa dihina.

Sepanjang perjalanan pulang ke asrama, senyuman Noor tidak lekang di bibir. Bahagia
dirinya dapat berjumpa keluarga kandungnya kembali. Iman juga turut dijadikan anak
angkat kepada ibu dan ayahnya. Seminggu yang diluangkan bersama membuatkan hatinya
yang sepi tanpa kasih ibu dan ayah kini mekar bak bunga yang indah. Ayahnya, Tan Sri
Norman yang digelar walid merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kerana
pekerjaan walidnya la dia dan kembarnya diculik dan ditinggalkan di hutan. Ibunya,
Syarifah Noraini digelarkan ummi. Umminya menderita sakit semenjak kehilangan mereka
berdua dan kepulangan Noor di sisi keluarga memberi kekuatan kepada umminya untuk
sembuh. Noor turut menceritakan perihal Balqis kepada walidnya. Tan Sri Norman berjanji
akan menemui Dato Hisham untuk mengambil anaknya kembali.

Noor !!! Jeritan Aishah dari jauh menghentikan lamunannya.


Assalamualaikum, Cik Aishah.
Hehehe..waalaikumussalam. Sorry Ustazah Noor. Aku teruja sangat bila nampak hang.
Macam mana ? Keluarga kandung hang okey tak?
Okey.. Walid aku Tan Sri Norman, ummi aku pula Syarifah Noraini, tapi ummi aku tak
berapa sihat.
Wah, bertuahnya hang dapat keluarga kaya.. Hmm hang dapat jumpa keluarga, ada orang
tu kehilangan keluarga. Noor memandang pelik wajah Aishah. Dia tertanya-tanya dengan
kata-kata Aishah.
Pasal Balqis
Kenapa dengan Balqis?
Satu sekolah anti dia sebab diorang rasa tertipu dengan dia. Dua hari lepas keluar berita
Hisham. Kesian pula aku tengok dia. Dah la Dato Hisham tu baru meninggal, sekarang
kawan-kawan dia semua tinggalkan dia, cerita Aishah penuh simpati. Memang benar dia
marah dan geram dengan sikap Balqis, tapi dia sedar Balqis masih tetap adik kembar
kepada kawan baiknya jadi Balqis juga wajar dikasihani.
Noor terkejut dengan berita yang baru didengarinya itu. Perkara yang tidak dia ingini
berlaku kepada Balqis kini benar-benar telah berlaku. Dia harus membantu Balqis. Dia
pasti Balqis mesti dalam kesedihan.

Anak Dato konon, anak hantu ye la.


Dulu beria-ria dia hina orang, sekarang terbukti dia yang hina.
Karma la tu, dulu dia kata Noor anak haram, sekarang kena dekat dia pula.

Berbagai cemuhan didengari Noor mengenai Balqis. Balqis pula asyik menjauhkan diri
apabila Noor cuba mendekati. Simpati yang dirasai Noor membuatkan dia tekad untuk
memberitahu semua orang mengenai rahsianya selama ini.
Abang, tolong Acu ya?
Acu yakin ke Acu boleh buat sendiri? Balqis tak terkejut ke?
Balqis terkejut ke tidak tu belakang kira. Yang penting semua orang tahu dan berhenti
menghina Balqis. Acu tak sanggup tengok Acu macam tu.
Ye la, abang tolong. Petang ni abang akan arahkan semua orang ke dewan sekolah.
Sekarang kena jumpa pengetua dulu.
Abang, jangan lupa call ummi dengan walid sekali. Iman hanya mengangguk lalu
beredar ke bilik pengetua.Noor juga turut keluar dari bilik kaunseling dan menuju ke
arah Aishah yang menunggunya di luar bilik itu.
Macam mana ? Cikgu setuju tak ? Noor tersenyum sebagai jawapan.
Sekarang jom kita jumpa Maria.
Hah !! Nak buat apa ? tanya Aishah kepelikan.
Aku nak ceritakan hal sebenar. Aku tahu Maria tak boleh terima kenyataan. Dia tu
sayang sangat dengan Balqis sebab tu dia rasa tertipu dan dikhianati.
Okey, aku ikut hang ja, kata Aishah. Mereka berdua berlalu ke kelas mencari Maria.

Suasana di dalam dewan hingar-bingar ketika itu. Pengumuman ketika waktu rehat yang
menyatakan bahawa semua warga sekolah perlu berkumpul di dalam dewan menimbulkan
tanda tanya kepada semua orang. Di atas pentas kini berdiri pengetua yang meminta
pelajar untuk bertenang dan diam.
Baiklah, tujuan saya kumpulkan semua warga sekolah adalah kerana atas permintaan
seorang pelajar yang ingin membuat suatu pengumuman. Jadi, saya menjemput Noor

Maisarah binti Tan Sri Norman untuk naik ke pentas, kata pengetua lantas menghulurkan
microphone kepada Noor. Kedengaran bisikan-bisikan pelajar yang tertanya-tanya tentang
nama Noor yang kedengaran agak berlainan.
Assalamualaikum dan selamat petang. Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin
memohon kemaafan daripada semua pihak kerana telah menganggu masa kamu semua.
Saya tahu mesti ramai yang tertanya-tanya tentang nama saya. Sebenarnya selama
seminggu saya tidak hadir ke sekolah dan asrama pada minggu lepas adalah kerana saya
pergi mencari keluarga kandung saya dan alhamdulillah akhirnya saya berjaya menemui
mereka. Saya bukan anak haram seperti yang dikatakan sebelum ini. Saya anak yang sah
kepada Tan Sri Norman dan Syarifah Noriani. Saya terpisah daripada mereka apabila saya
dan saudara kembar saya diculik oleh musuh perniagaan walid saya. Kami ditinggalkan di
hutan agar kami mati dibaham binatang buas. Namun dengan kuasa Allah, seorang pak cik
yang kebetulan lalu di hutan itu menyelamatkan kami dan membuat keputusan untuk
menjaga kami.
Balqis yang sebentar tadi tidak menumpukan perhatian terus memandang tepat ke arah
Noor yang berada di atas pentas.
Cerita ni sama dengan cerita Pak Tam. Tak kan lah.. Terdetik di hati Balqis bahawa
Noor ialah kakak kembarnya, namun cepat-cepat dia menafikan hal itu kerana wajah
mereka langsung tidak serupa.
Sebenarnya bukan ini pengumuman yang saya ingin khabarkan, tapi ia mengenai saudara
kembar saya. Kembar saya terpisah dengan saya setahun selepas kami dijaga oleh pak cik
yang menyelamatkan kami di hutan. Dia dijaga oleh sebuah keluarga kaya di bandar.
Namun saya tak pernah terputus hubungan dengannya. Saya tahu dia di mana tapi dia tak
pernah tahu bahawa dia memiliki kembar. Jadi saya ingin mengumumkan bahawa Noor
Balqis ialah adik kembar saya, kata Noor.
Matanya memandang tepat ke arah Balqis yang tergamam mendengar pengumuman Noor.
Air mata mereka mengalir membasahi pipi. Maria yang telah mengetahui tentang hal itu
pagi tadi memegang lembut tangan Balqis membuatkan Balqis memandang ke arahnya.

Maria tersenyum lantas menarik Balqis untuk naik ke atas pentas. Semua mata
memandang ke arah Balqis yang kini berdiri betul-betul di hadapan Noor.
Balqis, Noor minta maaf sebab rahsiakan hal ni. Noor tak nak Balqis rasa terhina bila
tahu kita anak yang tidak diketahui asal usul. Tapi selepas Noor jumpa walid dengan
ummi, Noor buat keputusan untuk beritahu Balqis tentang hal ni. Noor rasa terkilan bila
Noor dapat tahu yang Noor dah terlambat. Balqis dah pun rasa terhina dengan kata-kata
semua orang sebelum sempat Noor ceritakan hal sebenar. Maafkan Noor, Balqis, kata
Noor penuh hiba.
Balqis terkedu. Noor yang selama ini selalu dihinanya kini tampil sebagai kembar yang
telah sekian lama terpisah darinya. Balqis lantas memeluk erat tubuh Noor dan menangis.
Noor tak salah. Balqis yang patut minta maaf. Balqis pernah menghina Noor sedangkan
Noor kakak kembar Balqis. Maafkan Balqis, pinta Balqis dalam tangisannya. Noor hanya
mengangguk lantas mengusap air matanya.
Kepada hadirin semua, saya minta maaf sekali lagi kerana merahsiakan hal ini. Saya juga
berterima kasih kepada Cikgu Iman yang juga merupakan anak kepada keluarga yang
menjaga saya selama ini kerana telah banyak membantu saya. Saya harap semua orang
dapat menerima kami sebagai Noor Maisarah binti Tan Sri Norman dan Noor Balqis
binti Tan Sri Norman. Sekian, terima kasih.
Tepukan gemuruh kedengaran di dalam dewan tersebut. Di bahagian belakang dewan
kelihatan Tan Sri Norman dan Syarifah Noraini yang tersenyum melihat anak-anak
mereka di atas pentas. Akhirnya lengkaplah keluarga yang sekian lama terpisah.

Anda mungkin juga menyukai