Anda di halaman 1dari 2

Aku berhentikan kereta ku di halaman rumah yang berpapankan kayu dan kelihatan agak

usang berbanding rumah orang lain. Setelah aku keluar dari kereta itu, aku daki satu persatu
tangga kayu yang berbunyi setiap kali kaki ku memijak itu dengan berhati hati. Setelah aku
memberi salam, aku membuka pintu rumah itu dan melihat seorang wanita yang agak
berumur menyuapkan seorang lelaki yang berkerusi roda. Aku menghampiri wanita itu lalu
menyalami tangan wanita itu dengan penuh rasa hormat sekali kerana wanita inilah yang
membesarkan aku sehingga berjaya walaupun kami dari keluarga yang susah.
Razif, apa khabar nak? Mak rindukan Razif. Kenapa Razif dah lama tak jenguk mak sayang?
kata ibuku dengan nada yang sungguh sayu setelah melepaskan pelukannya.
Bukan Razif tak nak balik rumah tapi Razif sibuk sangat sampai cukup tidur Razif
dibuatnya. Razif pun rindu mak. Takkan Razif tak rindukan mak sedangkan maklah teman
wanita dan pengarang jantung hati Razif.Razif minta maaf kalau mak sedih sebab Razif
jarang balik. Insyallah Razif akan cuba balik selalu selepas ini kalau tiada halangan, ya mak?

Yalah, mak faham. Kerja dekat Kuala Lumpur tu sangat mencabar. Tidak apalah asalkan
kamu mencari rezeki yang halal di sana. Pergilah berehat dalam bilik kamu sana. Eh, sebelum
tu kamu tak nak salam tangan ayah kamu dulu ke ?
Aku hanya memandang lelaki yang ibuku gelarkan sebagai ayah dengan pandangan yang
kosong. Tidak mengapalah ibu, Razif mahu masuk ke bilik dan berehat dulu ya ? Penat
memandu dari pagi tadi masih terasa lagi. Razif mahu berehat dulu. Aku terus berlalu ke
kamar tidurku tanpa membuat apa yang diminta oleh ibuku tadi.
Ibu hanya melihat langkah anaknya dengan rasa sedih kerana betapa besar kesannya kepada
Razif akibat perbuatan ayahnya dahulu sehingga membuatkan Razif menyimpan dendam dan
tidak memaafkannya. Ibu hanya memandang lelaki yang digelar ayah dengan rasa kesal akan
perbuatan anaknya apabila mendengar bunyi tangisan yang keluar dari mata yang berlinangan
air mata.
Sambil berbaring di atas tilam yang nipis itu aku mendengar ibu sedang memujuk ayah yang
sedih kerana perbuatan aku yang boleh dianggap sebagai kurang ajar itu tetapi apa daya aku
juga seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Aku juga seorang manusia yang
pandai menyimpan dendam walaupun perkara itu adalah perbuatan syaitan dan dimurkai oleh
Allah. Apabila aku mengenang perkara yang dilakukan oleh ayah terhadap keluarga ku, aku
berasa sungguh marah dan kerana itulah aku ingin mengelak dari bertemu dua mata dengan
ayahku yang memberi aku kenangan pahit yang aku tidak boleh lupakan walaupun perkara ini
sudah berlalu 10 tahun yang lalu. Tetapi aku merasakan aku sukar untuk memaafkan ayah
walaupun ramai yang mengatakan kepada aku yang lepas biarkan menjadi sejarah tetapi tidak
bagi aku. Disebabkan ayah lah aku kehilangan orang yang ku sayangi. Aku berasa marah
dengan ayah yang tidak menggunakan akal fikirannya untuk berfikir akan keburukan
menghisap dadah. Ya kerana dadah lah hidup keluarga ku yang dahulunya bahagia hancur
dengan sekelip mata.
Tragedi ini bermula apabila aku tiba di perkarangan rumah ku, aku terdengar jeritan seorang
wanita yang nyaring meminta pertolongan dan belas kasihan terhadap dirinya. Tanpa
menunggu lama aku pun berlari masuk ke arah rumah ku apabila yakin suara jeritan itu datang

dari ibuku. Aku berasa gerun dan bimbang memikirkan jika ayahku yang sudah menjadikan
dadah sebagai teman sehidupnya itu mencederakan ibuku dan adik perempuan ku.
Ayahhhhh !!! . Aku menjerit apabila melihat ayahku sedang menendang ibuku yang sudah
tertiarap di atas lantai hanya kerana ibu enggan memberi wang kepada ayahku.Ini kerana ibu
tahu ayah ingin menggunakan wang itu untuk membeli najis dadah .Aku berlari ke arah ibu
dan melindungi tubuhnya apabila ayah berterusan memukul ibu seperti dirasuk syaitan.
Apabila ayah memelihat aku melindungi ibu, ayah berasa semakin berang dengan keberanian
ku lalu dia merenung adikku yang baru berusia 10 tahun itu dan menerpa ke arah adikku itu.
Apabila dadah menguasai diri dan tidak menggunakan akal fikiran untuk berfikir, ayahku
merentap tangan adikku yang sedang menangis ketakutan di sudut rumah itu. Aku segera
berlari ke arah adikku apabila melihat ayah cuba memperkosa adikku di hadapan aku dan
ibuku.
Aku mula merebut tangan adikku untuk diselamatkan dari manusia yang bertopengkan syaitan
itu tetapi tenaga ayah ku lebih kuat daripada aku yang baru berusia 15 tahun itu. Ayah
menolak aku ketepi dan genggaman ayah ku terhadap adik mula longgar dan adik sempat
melarikan diri tetapi malang tidak berbau, ketika adik melarikan diri dan keluar dari pintu,
adik seakan terlupa kewujudan tangga di situ lalu adik terjatuh dan kepalanya terhantuk batu.
Ayah panik apabila melihat darah mengalir dari kepala adik lalu melarikan diri tetapi Allah itu
Maha Berkuasa apabila ayah dilanggar oleh sebuah kereta. Adik dengan ayah dibawa ke
hospital yang berdekatan dan doktor mengesahkan adik sudah menembuskan nafasnya yang
terakhir akibat kecederaan di kepala manakala ayah disahkan lumpuh oleh doktor. Pada ketika
itu sudah tertanam sifat benci aku terhadap ayah dan agak sukar untuk aku memaafkan
perbuatan ayah walaupun aku merasakan ayah sudah insaf akan perbuatannya. Walaupun ibu
sudah memaafkan perbuatan ayah yang dahulu tetapi tidak bagi aku kerana aku kehilangan
adik kesayangan aku. Biarlah waktu yang mengizinkan untuk aku berbaik dengan ayah dan
ayah membuat aku sedar akan sesuatu bahawa dadah yang keji itu boleh membuat seseorang
hilang pemikiran rasional manusia dan menghilang kan rasa kasih sayang kepada manusia.

Anda mungkin juga menyukai