Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN KES KEJADIAN 26 APRIL 2014

PROGRAM :
LOKASI :
TARIKH :
HARI :
MASA :
MANGSA :

PELAPOR :

LAPORAN :
LAPORAN KES KEJADIAN 26 APRIL 2014

KEM TAMAT LATIHAN TINGKATAN 3 DAN 5


PADANG HOKI MRSM ALOR GAJAH
26/04/2014
SABTU
ANTARA 8.30 - 8.50 PAGI
1. ARISSA RAHMAT BINTI AHMAD ANASRI (mangsa 1)
2. TAMAMULQAMAR BIN TAHIR ( mangsa 2)
3. FARAH NUR ALYA BINTI ROSLAN (mangsa 3)

MOHD FEZALI BIN BAIN

Pada 26 April 2014, antara jam 8.30 - 8.50, saya menaiki kenderaan (wvs 1942) bersama
isteri saya dan menghantar anak ke rumah pengasuh kami kerana bertugas untuk kem
tamat latihan yang diadakan. Setelah kembali saya menghantar isteri saya kembali ke
rumah dan saya bercadang untuk melihat tapak perkhemahan kem tamat latihan di
padang hoki. Saya kemudian menuju ke kawasan perkhemahan itu dan melihat
beberapa pelajar silat membuat latihan di tepi padang dan ada yang berlatih di atas
jalan raya yang merupakan laluan kenderaan.

Setelah melalui kawasan perkhemahan itu, saya kemudian berhenti di hujung padang
hoki membuat pusingan untuk naik ke atas semula. Ketika saya cuba bergerak naik ke
atas jalan raya, secara tidak sengaja saya tertekan pedal minyak dan menyebakan
kenderaan saya naik ke jalan raya dan bergerak ke arah pelajar yang berlatih di jalan.
untuk mengelak dari mengenai mereka saya hampir melanggar besi longkang di tepi
jalan yang ada disitu. Saya kemudian memusingkan stereng kereta dan membuat
keputusan untuk menghala ke tengah padang yang kosong.

Apa yang berlaku adalah berada di luar kawalan saya. Saya telah berusaha sedaya
upaya saya untuk tidak mendatangkan kecederaan kepada mana-mana pelajar. Apa
bila kenderaan berjaya dikawal dan berhenti saya terus keluar dari kereta bagi
memastikan sekiranya terdapat kecederaan yang berlaku terhadap pelajar. Saya
melihat mangsa pertama terbaring. Saya bertanya sama ada dia cedera dan dia menyata-
kan bahagian pehanya sakit. Saya kemudian meminta dia bangun dan cuba mengerakkan
kaki beliau. Saya kemudian mengambil kereta dan membawa beliau ke Hospital Alor
Gajah untuk rawatan lanjut bersama seorang rakannya. Sebelum pergi saya bertanya berkali-kali
sekiranya terdapat pelajar lain yang tercedera selain mangsa, untuk dibawa ke hospital namun tiada
pelajar yang menjawab.
Saya membawa mangsa pertama ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Setibanya di Unit
Rawatan Rapi , beliau telah diberikan suntikan dan kemudian diminta melakukan x-ray
bagi memastikan kecederaan yang dialami oleh mangsa. Setelah laporan keluar, doktor
mengesahkan bahawa tidak ada keretakan atau kecederaan yang teruk berlaku kepada
mangsa. Dia kemudian dibenarkan pulang oleh doktor. Saya kemudian mengambil ubat
beliau di farmasi dan kemudian pulang ke MRSM dan mangsa di tempatkan di Sickbay
perempuan. Saya kemudian pulang kerumah.

Saya kemudian bertanya kepada mangsa kedua sama ada beliau tercedera dan mangsa dan dia
menjawab ok. Sekiranya mengalami kecederaan saya ingin bawa bagi mendapatkan rawatan. Namun
mangsa tidak mahu kerana akan melakukan persembahan silat untuk kem tamat latihan.
Pada sebelah malam pula, kira-kira pukul 8.00 malam, Tamam ( mangsa kedua) datang ke
rumah saya dan memaklumkan dia mengalami kesakitan dibahagian bahu. Saya kemudian
membawa beliau ke hospital ditemani seorang pelajar lain. Kami mendaftar di unit kecemasan
dan beliau di bawa untuk rawatan lanjut. Dia kemudian dibawa ke bilik x-ray untuk di periksa.
Berdasarkan laporan doktor, tidak terdapat sebarang keretakan atau patah pada bahu mangsa.
setelah mengambil ubat bengkak dan tahan sakit di farmasi, kami pulang ke MRSM.
Pada hari ahad, sewaktu saya bertugas di bilik warden, saya mendapat makluman bahawa terdapat
seorang lagi pelajar yang terlibat sama dalam insiden tersebut, iaitu Farah Nur Alya ( mangsa ketiga).
Saya tidak memiliki no telefon mangsa dan meminta seorang rakan mangsa menghubungi beliau
untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Namun mangsa menjawab yang beliau akan
outing bersama dengan keluarganya dan mendapatkan rawatan bersama keluarganya. Beliau turut
di sahkan tidak mengalami sebarang kecederaan yang membimbangkan.

justeru itu, saya dengan rendah diri ingin memohon kemaafan atas kejadian yang berlaku. Semua ini
di luar kawalan saya dan terjadi secara tiba-tiba. Namun saya telah mencuba dengan sebaiknya
untuk tidak mendatang sebarang kecederaan kepada mana-mana pelajar di MRSM Alor Gajah. Saya
juga telah membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi memastikan mangsa tidak
mengalami kecederaan yang teruk. Sekali lagi saya memohon maaf atas kejadian yang berlaku.

Saya mengaku segala yang saya nyatakan adalah benar dan berdasarkan apa yang berlaku pada waktu
itu. Wassalamualaikum.

yang benar

………………………………………
( Mohd Fezali bin Bain)

Anda mungkin juga menyukai