Anda di halaman 1dari 11

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM

Soalan : Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa
pertentangan antara watak dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan novel Bimasakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusof. Kedua-dua buah novel ini mempunyai peristiwa yang menunjukkan
pertentangan antara watak.

Dalam novel Pantai Kasih pertentangan antara watak mengenai cara merawat pesakit terdapat dalam
novel ini.  Pertentangan antara watak ini dapat dilihat melalui Dr Raiha yang mempersoalkan tugas
yang telah dilakukan oleh Dr Uwang semasa pembedahan tulang sendi pinggul ke atas Unong Siron
yang tidak sembuh walaupun setelah lima kali dibedah. Dr Uwang tidak puas hati terhadap Dr Raiha
yang seolah-olah mempertikaikan kewibawaannya kerana pembedahan yang dilakukan ke atas
Unong Siron itu telah dibuat sebaik mungkin. Peristiwa ini menunjukkan pertentangan antara
watak  dalam hal merawat pesakit.

Seterusnya, pertentangan antara watak yang lain ialah pertentangan dalam menentukan kerjaya
masa depan. Pertentangan antara watak ini dapat dilihat melalui ayah Dr Raiha yang tidak bersetuju
Dr Raiha memutuskan untuk belajar dalam bidang perubatan kerana ayah Dr Raiha melihat kerjaya
sebagai doktor akan mengurangkan masa Dr Raiha terhadap keluarga apabila berkahwin nanti. Dr
Raiha enggan menurut kemahuan ayahnya, sebaliknya belajar bersungguh-sungguh dalam bidang
perubatan dan akhirnya Dr Raiha menjadi seorang doktor pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai
Kasih. Peristiwa ini menunjukkan pertentangan antara watak dalam hal menentukan kerjaya pada
masa depan.

Dalam novel Bimasakti Menari pula, pertentangan  antara watak ialah pertentangan dalam hal
menegakkan kebenaran. Pertentangan antara ini dapat dilihat semasa pembentangan projek
Kawasan Simpan Langit Gelap oleh Nurul Hafsa di hadapan Menteri Besar. Nurul Hafsa
mencadangkan supaya lampu full cut off perlu digunakan untuk mengurangkan kecerahan langit di
Kuala Selangor. Dato’ Johann Arlington-Majid tidak bersetuju dengan cadangan Nurul Hafsa untuk
menggunakan lampu tersebut kerana tindakan itu akan menjejaskan perniagaannya sebagai
pembekal lampu sedia ada di Kuala Selangor. Mereka telah berdebat untuk menegakkan kebenaran
masing-masing dan akhirnya, idea Nurul Hafsa disokong oleh Menteri Besar. Peristiwa ini
menunjukkan pertentangan antara watak dalam hal menegakkan kebenaran untuk melestarikan alam
sekitar.

Seterusnya, pertentangan antara watak yang lain ialah pertentangan mengenai usaha
mengembalikan kecerahan langit untuk melestarikan alam sekitar. Pertentangan antara watak ini
dapat dilihat apabila Nurul Hafsa berjanji kepada rombongan kanak-kanak dari Jepun yang diketuai
oleh Puan Waryam Wickham apabila rombongan tersebut kecewa kerana tidak dapat melihat
bintang-bintang di langit setelah berkunjung ke Balai Cerap Sultan Salahuddin. Puan Maryam
Wickham menyatakan bahawa usaha yang akan dilakukan oleh Nurul Hafsa itu adalah cabaran yang
amat besar kepada seorang manusia seperti Nurul Hafsa untuk menggerakkan bintang-bintang
dilangit. Nurul Hafsa berazam untuk mengembalikan semula kecerahan langit di Kuala Selangor.
Peristiwa ini menunjukkan pertentangan antara watak dalam isu untuk mengembalikan semula
kecerahan langit demi memastikan alam sekitar dapat dilestarikan.

Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa
yang memberi kesan terhadap perasaan anda.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat pelbagai peristiwa
yang dapat memberi kesan terhadap perasaan saya apabila membaca novel ini.

Peristiwa yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa seorang ibu yang tetap
mempertahankan hak untuk meneruskan kandungan daripada digugurkan. Peristiwa ini dapat
dilihat apabila Dr Raiha tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan kandungan walaupun telah
diminta oleh suaminya supaya menggugurkan kandungan tersebut setelah didapati cacat kerana dia
amat menyayangi anak yang dikandung itu walaupun tahu akan dilahirkan dalam keadaan cacat.
Peristiwa ini memberi kesan kepada saya iaitu saya kagum melihat kesungguhan seorang ibu yang
sanggup tidak mempedulikan permintaaan suami demi melihat anak yang dikandung itu dapat
dilahirkan.

Peristiwa lain yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa seorang doktor menerima
tanggungjawab untuk merawat pesakit. Peristiwa ini dapat dilihat apabila Dr Raiha sanggup
menerima tugasan daripada Dr Uwang supaya melakukan pembedahan tulang sendi pinggul ke atas
Unong Siron yang telah mengalami infeksi akibat pembedahan terdahulu walaupun tugasan itu telah
diterima pada saat akhir. Peristiwa ini memberi kesan kepada saya iaitu saya bangga dengan
seorang doktor yang sanggup menerima tugasan pada saat akhir dan yang berisiko kerana ingin
memastikan pesakitnya sembuh semula.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat
pelbagai peristiwa yang dapat memberi kesan terhadap perasaan saya apabila membaca novel ini.

Peristiwa yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa anak muda yang berusaha
untuk melestarikan alam sekitar. Peristiwa ini dapat dilihat melalui Nurul Hafsa, Muhammad Taufik
dan Budiman yang gigih berusaha untuk memastikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala
Selangor dapat dilaksanakan agar bintang-bintang dapat dilihat semula. Projek ini mendapat
tentangan daripada Dato’ Johann Arlington-Majid semasa Nurul Hafsa membentangkannya di
hadapan Menteri Besar. Peristiwa ini memberi kesan terhadap perasaan saya iaitu saya bangga
melihat kegigihan anak muda yang berusaha untuk memgembalikan semula kecerahan langit
walaupun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh kerana keazaman mereka untuk melestarikan alam
sekitar.

Peristiwa lain yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa sifat setiakwan dalam
persahabatan. Peristiwa ini dapat dilihat melalui Muhammad Taufik dalam perjalanan pulang dari
hospital telah meminta supaya ayahnya berhenti di stesen minyak petronas. Muhammad Taufik telah
berjumpa dengan penculik yang mengunggu di stesen minyak itu dan terus manaiki van yang dipandu
oleh penculik yang telah menculik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik sanggup menggantikan dirinya
walaupun masih dalam keadaan lemah kerana ingin menyelamatkan rakannya Nurul Hafsa. Peristiwa
ini memberi kesan terhadap perasaan saya iaitu saya kagum melihat pengorbanan seorang rakan
untuk menyelamatkan rakan lain yang ditimpa kesusahan.

Soalan : Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam


sebuah novel yang anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat peristiwa yang
menggambarkan nilai tanggungjawab dalam novel tersebut.

Peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab ialah peristiwa  tanggungjawab seorang ibu


terhadap anaknya. Nilai tanggungjawab ini dapat dilihat melalui Dr Raiha yang ingin meneruskan
kandungannya walaupun suaminya Dr Sadiz meminta supaya Dr Raiha menggugurkan kandungan
tersebut setelah mendapati anak tersebut cacat. Dr Raiha enggan menurut kemahuan suaminya dan
tetap hendak meneruskan kandungan tersebut walaupun dia tahu anak yang bakal dilahirkan nanti
cacat. Peristiwa ini menunjukkan nilai tanggungjawab seorang ibu untuk memastikan anak yang
dikandungnya itu dapat dilahirkan.
Peristiwa yang menggambarkan nailai tanggungjawab yang lain ialah peristiwa tanggungjawab
seorang doktor terhadap pesakitnya. Nilai tanggungjawab ini dapat dilihat melalui Dr Raiha yang
menerima tugasan daripada Dr Uwang untuk melakukan pembedahan tulang sendi pinggul ke atas
Unong Siron kerana dia merasakan tugas tersebut menjadi tanggungjawab kepadanya untuk
mengurangkan penderitaan yang ditanggung oleh Unong Siron walaupun tugasan itu diterima pada
saat akhir dan berisiko. Peristiwa ini menunjukkan nilai tanggungjawab seorang doktor untuk
memastikan pembedahan yang akan dilakukannya berjaya serta pesakit yang dirawatnya akan
sembuh.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat
peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam novel tersebut.

Peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam novel yang saya pelajari ini ialah
peristiwa tanggungjawab anak muda melestarikan alam sekitar. Nilai tanggungjawab ini dapat dilihat
melalui Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang gigih berusaha untuk memastikan projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor dapat mengembalikan semula kegelapan langit
agar pengunjung dapat melihat bintang-bintang semula di Kuala Selangor. Peristiwa ini menunjukkan
nilai tanggungjawab anak muda yang gigih berusaha untuk melestarikan alam sekitar.

Peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab yang lain ialah peristiwa tanggungjawab pekerja
terhadap tugas yang diamanahkan. Nilai tanggungjawab ini dapat dilihat melalui Nurul Hafsa yang
menerima kunjungan kanak-kanak dari Jepun pada hari pertama dia bekerja di Balai Cerap Sultan
Salahuddin sebagai pegawai sains telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan melayan
kunjungan tersebut sebaik mungkin walaupun rombongan tersebut kecewa kerana tidak dapat
melihat bintang-bintang di langit. Peristiwa ini menunjukkan nilai tanggungjawab seorang kakitangan
yang bertugas melayan rombongan dengan baik walaupun matlamat mereka untuk melihat bintang-
bintang tidak kesampaian.

Soalan : Huraikan dua peristiwa menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Novel ini mengandungi banyak
peristiwa menarik.

Peristiwa menarik yang terdapat dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa ketika seorang doktor
merawat pesakitnya. Dr Raiha menerima tugasan melakukan pembedahan ke atas Unong Siron
dengan penuh tanggungjawab apabila meneliti Sinar-X beberapa kali untuk memastikan pembedahan
kali keenam ini berjaya. Peristiwa ini menarik kerana kita dapat melihat seorang doktor dapat merasai
penderitaan yang ditanggung oleh pesakitnya menyebabkan dia berusaha dengan gigih untuk
melakukan pembedahan sebaik mungkin agar pembedahan itu berjaya memulihkan penderitaan
pesakitnya.

Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa seorang ibu yang bersungguh-sungguh mempertahankan
hak anaknya. Peristiwa ini dapat dilihat melalui Dr Raiha yang bersungguh-sungguh mempertahankan
anak yang dikandung apabila suaminya Dr Sadiz meminta supaya kandungan itu digugurkan setelah
didapati anak itu cacat. Peristiwa ini menarik kerana kita dapat lihat seorang ibu yang sanggup
mempertahankan kandungan daripada digugurkan kerana dia sangat menyayangi anak itu walaupun
dia mengetahui bahawa anak itu akan  dilahirkan dalam keadaan cacat.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Novel yang saya pelajari ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Novel ini
mengandungi banyak peristiwa menarik.

Peristiwa menarik yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari ialah peristiwa kegigihan anak muda
melestarikan alam sekitar. Peristiwa ini dapat digambarkan melalui Nurul Hafsa, Muhammad Taufik
dan Budiman yang gigih berusaha untuk memastikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap berjaya
dilaksanakan di Kuala Selangor bagi mengembalikan kegelapan agar bintang-bintang dapat dilihat
semula. Peristiwa ini sangat menarik kerana kita dapat melihat kegigihan anak muda yang berusaha
untuk melestarikan alam sekitar walaupun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh bagi merealisasikan
projek tersebut.

Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa setiakawan yang ditunjukkan dalam persahabatan.
Peristiwa ini dapat dilihat apabila Muhammad Taufik yang dalam perjalanan pulang dari hospital telah
meminta supaya ayahnya berhenti di stesen minyak Petronas untuk berjumpa dengan penculik yang
menunggu di situ demi memastikan rakannya Nurul Hafsa yang telah diculik sebelum itu berjaya
diselamatkan. Peristiwa ini menarik kerana kita dapat melihat pengorbanan yang sanggup dilakukan
oleh rakan demi memastikan rakannya dapat diselamatkan walaupun tindakan tersebut akan
membahayakan dirinya sendiri.

Soalan : Nyatakan dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Jelaskan


sebab-sebab peristiwa tersebut menyentuh perasaan anda.

Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan
saya sebagai pembaca novel tersebut.

Peristiwa yang menyentuh perasaan saya adalah melalui peristiwa kasih sayang seorang ibu
terhadap anak. Peristiwa ini dapat dilihat melalui kesanggupan Dr. Raiha meneruskan kandungan
walaupun telah disuruh oleh suaminya Dr Sadiz supaya menggugurkan kandungan tersebut setelah
didapati cacat kerana akan menjatuhnya maruahnya sebagai seorang doktor pakar bedah otak.
Peristiwa ini begitu menyentuh perasaan saya kerana saya kagum melihat Dr Raiha yang enggan
menurut kemahuan suaminya kerana anak yang dikandung itu adalah anugerah tuhan yang perlu
diterima dengan penuh kasih sayang walaupun didapati cacat.

Peristiwa lain yang menyentuh perasaan saya ialah peristiwa pengorbanan seorang ibu dalam
memastikan anak mendapat rawatan sewajarnya. Peristiwa ini dapat dilihat melalui ibu Unong Siron
yang sanggup menjaga anaknya Unong Siron sepanjang dirawat di Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK). Ibu Unong Siron sanggup tidur di atas lantai hospital tersebut semasa menjaga Unong Siron.
Ibu Unong Siron juga berani mempersoalkan kewibawaan Dr. Uwang merawat anaknya sehingga
perlu dibedah sebanyak lima kali oleh Dr. Uwang dan duit pampasan insuran anaknya habis
dibelanjakan untuk membiayai rawatan tersebut. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya
sedih dengan tindakan ibu Unong Siron yang sanggup berkorban untuk memastikan anaknya sembuh
semasa dirawat di PRPK.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Berdasarkan novel Bimasakti Menari karya karya Sri Rahayu Mohd Yusof, terdapat peristiwa yang
menyentuh perasaan saya sebagai pembaca novel tersebut.
Peristiwa yang menyentuh perasaan saya apabila membaca novel ini ialah peristiwa kesanggupan
seorang kawan mempertaruhkan dirinya demi menyelamatkan kawan yang dalam kesusahan.
Peristiwa ini dapat dilihat melalui kesanggupan Muhammad Taufik mempertaruhkan nyawanya demi
menyelamatkan Nurul Hafsa yang diculik oleh orang suruhan Dato’ Johann Arlington-Majid.
Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik di sebuah stesen minyak Petronas untuk
memastikan Nurul Hafsa dapat diselamatkan. Perisitwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya
kagum melihat semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Muhammad Taufik yang sanggup
berkorban dengan mempertaruhkan dirinya demi menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik.

Peristiwa lain yang menyentuh perasaan saya ialah kegigihan golongan muda melestarikan alam
sekitar. Peristiwa ini dapat dilihat melalui usaha Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang
ingin mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor dengan merancang projek Kawasan Simpan
Langit Gelap di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat dilihat dan populasi kelip-kelip tidak
pupus. Usaha mereka ini telah mendapat tentang daripada dato’ Johann Arlington-Majid yang
berterusan mencari jalan untuk menggagalkan usaha mereka tetapi berkat kegigihan mereka berjaya
meyakinkan Menteri Besar dalam pembentangan projek tersebut. Peristiwa ini menyentuh perasaan
saya kerana saya kagum melihat kesungguhan anak muda yang berjuang demi memastikan alam
sekitar dapat dilestarikan walaupun mendapat tentangan daripada pihak lawannya.

Soalan : Jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam
masyarakat berdasarkan dua buah novel yang anda kaji.

Novel yang telah saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan novel Bimasakti Menari
karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Kedua-dua buah novel tersebut mengandungi peristiwa yang
menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

Dalam novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, peristiwa seorang ayah sanggup bertindak kejam
terhadap anak menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dalam novel ini. Peristiwa
kepincangan ini dapat dilihat melalui tindakan Dr. Sadiz yang sanggup membakar kereta Porshe
miliknya telah meragut anaknya, Rohayu yang berada berdekatan dengan kereta tersebut. Tindakan
ini dilakukan oleh Dr. Sadiz kerana dia tidak mahu menerima Rohayu yang cacat kerana dapat
menjatuhkan maruahnya sebagai seorang doktor pakar. Tindakan Dr Sadiz ini menunjukkan
masyarakat yang sanggup bertindak kejam terhadap anak demi menjaga maruah diriya.

Peristiwa kepincangan lain ialah peristiwa seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan sanggup
bertindak kejam. Peristiwa ini dapat dilihat melalui tindakan Dr. Sadiz yang menyuruh isterinya, Dr.
Raiha menggugurkan kandungan setelah mendapati kandungan itu cacat kerana dapat manjatuhkan
maruahnya sebagai seorang doktor pakar. Dr. Sadiz tidak melihat bahawa anak yang dikandung oleh
Dr Raiha itu adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai. Tindakan Dr. Sadiz ini menunjukkan
masyarakat suami yang tidak bertanggungjawab dan sanggup bertindak kejam demi mencapai status
kehidupan golongan mewah.

Peristiwa kepincangan seterusnya ialah peristiwa kesanggupan seorang doktor yang mengambil
kesempatan atas kesusahan orang lain demi mendapat keuntungan besar dalam perniagaan.
Peristiwa ini dapat dilihat melalui tindakan Dr. Uwang yang telah menggunakkan alat ganti sendi
tulang pinggul Unong Siron yang murah dan tidak berkualiti kerana ingin mendapatkan keuntungan.
Tindakan Dr. Uwang ini telah menyebabkan Unong Siron terpaksa dibedah sebanyak enam kali
akibat infeksi ekoran alat ganti tersebut. Tindakan Dr. Uwang ini menunjukkan masyarakat yang
sanggup mengaut keuntungan hasil daripada kesusahan orang lain.

Dalam novel Bimasakti Menari pula, peristiwa kepincangan yang terdapat dalam novel tersebut ialah
kesanggupan seorang tokoh perniagaan yang cuba menggagalkan usaha golongan muda
melestarikan alam sekitar. Peristiwa kepincangan ini dapat dilihat melalui usaha yang dilakukan oleh
Dato’ Johann Arlington-Majid yang cuba menggagalkan pembentangan projek Kawasan Simpan
Langit Gelap oleh Nurul Hafsa kerana bimbang jika projek tersebut berjaya dilaksanakan, lampu jalan
yang dibekalkan oleh syarikatnya akan terhenti. Tindakan Dato’ Johann ini menunjukkan masyarakat
yang sanggup mengaut keuntungan tanpa memikirkan keindahan alam sekitar yang perlu
dilestarikan.
Peristiwa kepincangan lain ialah peristiwa keruntuhan rumah tangga demi mencapai kepuasan dalam
kerjaya. Peristiwa kepincangan ini dapat dilihat melalui keruntuhan rumah tangga yang dibina oleh
Tan Sri Muhaimin dan Puan Mariam Wickham kerana tuntutan kerjaya Puan Wickham sebagai aktivis
alam sekitar yang sentiasa sibuk. Keruntuhan yang dibina oleh mereka telah membuatkan anak
tunggal mereka, Muhammad Taufik tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada kedua-dua
ibu bapa kerana mereka berpisah dan tinggal berasingan. Peristiwa ini menunjukkan masyarakat
yang sanggup mengutamakan kerjaya sehingga berlaku keruntuhan rumah tangga yang
menyebabkan anak tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya.

Peristiwa kepincangan seterusnya ialah peristiwa kesanggupan melakukan jenayah demi melunaskan
dendam dalam diri. Peristiwa kepincangan ini dapat dilihat melalui tindakan Dato’ Johann Arlington-
Majid yang sanggup mengupah orang menculik Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik kerana
dendamnya terhadap Tan Sri Muhaimin yang berjaya mendapat tender dan memiliki Puan Mariam
Wickham. Tindakan Dato’ Johann ini menunjukkan masyarakat yang sanggup melakukan jenayah
demi melunaskan dendam lama dalam diri.

Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang dapat
dikaitkan dengan persoalan maruah.

Berdasarkan novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof yang saya kaji, terdapat
beberapa peristiwa yang boleh dikaitkan dengan persoalan maruah.

Persoalan maruah yang pertama ialah persoalan maruah seorang pekerja. Persoalan ini dapat dilihat
melalui Nurul Hafsa yang bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Nurul
Hafsa telah berjanji kepada rombongan pelajar Jepun yang berkunjung ke Balai Cerap Sultan
Salahuddin untuk mengembalikan semula bintang-bintang di Kuala Selangor supaya dapat dilihat
oleh mata kasar. Puan Wickham menyatakan bahawa janji yang telah diucapkan oleh Nurul Hafsa
merupakan satu cabaran kerana amat sukar bagi seorang manusia hendak menggerakkan bintang-
bintang seorang diri. Lantaran itu, Nurul Hafsa terus mempertahankan maruahnya sebagai seorang
pegawai kerajaan dengan memberitahu wanita tersebut bahawa bintang-bintang tidak perlu
dikembalikan tetapi perlu mengurangkan cahaya untuk melihat bintang di Kuala Selangor.

Persoalan maruah yang seterusnya ialah persoalan maruah diri. Contohnya, Nurul Hafsa telah
mempertahankan pendiriannya semasa membentangkan cadangannya untuk mengurangkan jumlah
watt bagi setiap lampu low cut off. Lampu yang dicadangkan oleh Nurul Hafsa ini telah dibantah
sekeras-kerasnya oleh Dato’ Johann Arlington-Majid atas alasan lampu-lampu itu tidak menarik. Nurul
Hafsa tidak berputus asa dan terus mempertahankan maruah dirinya untuk menegakkan
cadangannya meneruskan projek tersebut sehingga Dato’ Johann terdiam.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azman Nordin yang saya kaji, terdapat beberapa peristiwa
yang boleh dikaitkan dengan persoalan maruah.

Persoalan maruah seorang ibu terdapat dalam novel ini. Persoalan ini dapat dilihat apabila ibu Unong
Siron mempertahankan maruahnya sebagai seorang ibu  kepada pesakit Unong Siron iaitu anaknya
dengan mempertikaikan kewibawaan Dr. Uwang yang telan menjalankan pembedahan tulang sendi
pinggul ke atas anaknya sebanyak lima kali tetapi tidak juga sembuh. Selain bayaran rawatan yang
mahal, ibu Unong Siron juga menggelarkan Dr. Uwang seorang mata duitan kerana pekerjaan Dr.
Uwang yang mementingkan wang dan keuntungan ketika menjalankan tugasnya. Peristiwa ini
membuktikan ibu Unong Siron telah bertindak mempertahankan maruah dirinya sebagai seorang ibu
kepada pesakit demi mendapatkan pembelaan yang sewajarnya.

Selain itu, persoalan maruah sebagai seorang wanita juga terdapat dalam novel ini. Persoalan ini
dapat dilihat apabila ayah Dr. Raiha mengatakan bahawa seorang wanita tidak sesuai bekerja
sebagai seorang doktor kerana suami dan anak-anak Dr. raiha nanti tidak akan mendapat perhatian
secukupnya daripada Dr. Raiha. Walau bagaimanapun Dr. Raiha telah membuktikan bahawa seorang
wanita juga mampu menjadi seorang doktor apabila beliau telah menjadi doktor pakar bedah di
sebuah pusat rawatan swasta yang terkemuka. Peristiwa ini membuktikan Dr. Raiha telah
mempertahankan maruah dirinya sebagai seorang wanita yang berjaya dalam bidang yang
diceburinya.

Soalan : Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda
pelajari.

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat beberapa
persoalan dalam novel tersebut.

Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah Dr. Raiha
enggan menggugurkan kandungan apabila disuruh oleh suaminya Dr Sadiz kerana sangat sayangkan
anak yang dikandung itu walaupun telah didapati cacat.

Persoalan tanggungjawab seorang doktor terhadap pesakit juga terdapat dalam novel Pantai Kasih.
Sebagai contoh, Dr Raiha menerima tugasan yang diminta oleh Dr Uwang supaya melakukan
pembedahan ke atas Unong Siron walaupun tugasan itu berisiko dan diterima pada saa-saat akhir
kerana Dr Raiha merasakan dia bertanggungjawab untuk memulihkan pederitaan yang ditanggung
oleh Unong Siron.

Selain itu, persoalan sikap mementingkan keuntungan dalam perniagaan juga terdapat dalam novel
ini. Persoalan ini dapat dilihat melalui tindakan Dr Uwang yang menggunakan alat ganti murah dan
tidak berkualiti apabila melakukan pembedahan tulang sendi punggul Unong Siron sebanyak 5 kali
kerana mementingkan keuntungan dan Unong Siron masih tidak sembuh.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof, terdapat
beberapa persoalan dalam novel tersebut.

Persoalan semangat cinta akan alam sekitar terdapat dalam novel tersebut. Buktinya ialah
Muhammad Taufik telah meminta ayahnya Tan Sri Muhaimin membeli tanah seluas 50 hektar di tepi
Sungai Kuantan untuk memastikan habitat kelip-kelip terpelihara dan tidak pupus. Tindakan
Muhammad Taufik membina rumah prototaip teknoalam yang mesra alam juga
membuktikan  semangat cinta akan alam sekitar terdapat dalam novel ini.

Selain itu, persoalan semangat setiakawan dalam persahabatan juga terdapat dalam novel ini.
Buktinya ialah Nurul Hafsa dan Budiman bergegas ke tempat kejadian Muhammad Taufik dipukul
oleh orang yang tidak dikenali kerana ingin membantu Muhammad Taufik. Peristiwa Muhammad
Taufik sanggup berjumpa dengan penculik di stesen minyak Petronas walaupun Muhammad Taufik
baru keluar dari hospital demi memastikan Nurul Hafsa dapat diselamatkan juga membuktikan
semangat setiakawan dalam persahabatan terdapat dalam novel ini

Seterusnya, persoalan tangungjawab terhadap tugas yang diamanahkan juga terdapat dalam novel
Bimasakti Menari. Buktinya ialah Nurul Hafsa menerima tugas melayan kunjungan rombongan pelajar
sekolah dari Jepun pada hari pertama dia bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Nurul Hafsa
dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan itu dengan baik kerana dia merupakan lepasan
Universiti di Jordan dalam bidang ilmu falak.
Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan kasih
sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Persoalan kasih sayang
terdapat dalam novel tersebut.

Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak terdapat dalam novel Pantai Kasih. Persoalan ini
dapat dilihat melalui tindakan Dr Raiha yang begitu menyayangi anaknya Rohayu walaupun dilahirkan
dalam keadaan cacat. Dr Raiha sanggup melarikan anaknya apabila suaminya Dr Sadiz ingin
menghantar Rohayu ke pusat rawatan khas kerana tidka sanggup berpisah dengan anaknya.

Selain itu, persoalan kasih sayang seorang bapa terhadap anak juga terdapat dalam novel ini.
Buktinya ialah ayah Dr Raiha tidak bersetuju dengan keputusan Dr Raiha ingin berkahwin dengan Dr
Sadiz kerana Dr Sadiz seorang duda beranak dua dan usianya sebaya dengan ayahnya. Tindakan
ayah Dr Raiha ini adalah untuk masa depan Dr Raiha kerana ayahnya ingin melihat Dr Raiha hidup
bahagia.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Novel yang saya pelajari ialah novel BImasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Persoalan
kasih sayang terdapat dalam novel tersebut.

Persoalan kasih sayang seorang ayah terhadap anak terdapat dalam novel Bimasakti Menari.
Persoalan ini dapat dilihat melalui kasih sayang Tan Sri Muhaimin terhadap anaknya Muhammad
Taufik setelah Tan Sri Muhaimin bercerai dengan Puan Maryam Wickham. Tan Sri Muhaimin
menjaga Muhammad Taufik dengan penuh kasih sayang dan menyediakan segala keperluan
Muhammad Taufik.

Seterusnya, persoalan kasih sayang seorang ibu terdapat anak juga terdapat dalam novel Bimasakti
Menari. Persoalan ini dapat dilihat apabila Puan Maryam Wickham membuat keputusan untuk
membawa Muhammad Taufik pulang ke Otago, Jepun kerana bimbang akan keselamatan
Muhammad Taufik setelah dia cedera dipukul oleh orang upahan Dato’ Johann Arlington-Majid.

Soalan : Huraikan dua contoh yang dapat membuktikan ketabahan watak utama
dalam membolehkannya memperoleh kejayaan dalam sebuah novel yang anda kaji.

Novel yang telah saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Watak utama dalam novel ini ialah
Dr. Raiha. Terdapat banyak peristiwa yang membuktikan ketabahan Dr. Raiha dalam
membolehkannya beroleh kejayaan.

Ketabahan seorang ibu menghadapi kematian anak kesayangan terdapat dalam novel ini. Sebagai
contohnya, Dr. Raiha tabah menghadapi kematian anak kesayangannya, Rohayu yang mati dalam
kejadian kebakaran kereta Porshe Dr. Sadiz di tepi sebuah rumah tumpangan. Peristiwa tersebut
masih terbayang-bayang dalam fikiran Dr. Raiha kerana Rohayu amat disayanginya tetapi beliau
tetap tabah menghadapi situasi tersebut.

Ketabahan seorang doktor dalam menjalankan tugasnya juga terdapat dalam novel Pantai Kasih.
Peristiwa yang menggambarkan ketabahan ini ialah Dr. Raiha tabah ketika menjalankan tuganya
sebagai seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih walaupun dia mempunyai konflik dengan
Felicia Landosi yang bersikap acuh tak acuh dalam menjalankan tugas sebagai jururawat. Felicia juga
melayan ibu Unong Siron dengan kasar dan menggelarkannya sebagai sapi tua. Sikap Felicia ini
tidak disukai oleh Dr. Raiha tetapi Dr Raiha tetap tabah dan memberi nasihat kepada Felicia supaya
mengubah sikapnya itu.
Persoalan ketabahan terakhir ialah persoalan ketabahan isteri menghadapi suami yang tidak
berperikemanusiaan. Sebagai contohnya, Dr Raiha tetap tabah menghadapi suaminya Dr. Sadiz yang
telah menyuruhnya menggugurkan kandungan yang didapati cacat tetapi Dr. raiha tetap ingin
meneruskan kandungan tersebut. Dr. Raiha tabah menghadapi situasi suaminya yang tidak
berperikemanusiaan itu sehingga selamat melahirkan anaknya, Rohayu.

 ################################################################################
############

Novel yang telah saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Watak utama dalam
novel ini ialah Nurul Hafsa. Terdapat banyak peristiwa yang membuktikan ketabahan Nurul Hafsa
dalam membolehkannya beroleh kejayaan.

Ketabahan wanita dalam melestarikan alam sekitar terdapat dalam novel Bimasakti Menari.
Ketabahan ini dapat dilihat melalui Nurul Hafsa yang menghadapi pelbagai cabaran untuk
memastikan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap agar dapat mengembalikan semula kegelapan di
Kuala Selangor untuk membolehkan bintang-bintang dapat dilihat pada waktu malam. Pelbagai
tohmahan yang dilemparkan oleh Dato’ Johann Arlington-Majid semasa pembentangannya di
hadapan Pegawai Daerah Kuala Selangor dihadapi oleh Nurul Hafsa dengan tabah dengan hujah-
hujah yang benar sehingga Dato’ Johann terdiam.

Ketabahan seorang rakan dalam menghadapi cabaran dalam persahabatan juga terdapat dalam
novel ini. Sebagai contoh, Nurul Hafsa tabah membantu rakannya Muhammad Taufik yang cedera
dipukul. Nurul Hafsa bergegas ke tempat kejadian bersama-sama abangnya Budiman. Nurul Hafsa
membawa Muhammad Taufik ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana Muhammad Taufik
merupakan rakannya dalam usaha melestarikan alam sekitar di Kuala Selangor.

Soalan : Huraikan satu persoalan kegigihan dalam dua buah novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan novel Bimasakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusof. Kedua-dua buah novel ini mempunyai persoalan kegigihan.

Dalam novel Pantai Kasih, persoalan kegigihan membangunkan pusat rawatan terdapat dalam novel
ini. Persoalan kegigihan ini dapat dilihat melalui usaha Dr Uwang yang gigih membangunkan Pusat
Rawatan Pantai Kasih (PRPK) daripada sebuah pusat rawatan yang kecil sehingga menjadi sebuah
pusat rawatan swasta yang eksklusif.

Selain itu, persoalan kegigihan seorang doktor merawat pesakit juga terdapat dalam novel Pantai
Kasih. Buktinya ialah Dr Raiha gigih merawat Unong Siron dengan meneliti Sinar-X tulang sendi
pinggul Unong Siron beberapa kali untuk memastikan pembedahan yang akan dilakukannya ke atas
Unong Siron kali keenam itu akan berjaya. Dr Raiha juga datang ke hospital semula pada waktu
malam untuk melihat Unong Siron setelah selesai pembedahan.

Dalam novel Bimasakti Menari pula, persoalan kegigihan dalam melestarikan alam sekitar terdapat
dalam novel ini. Buktinya ialah kegigihan Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman berusaha
untuk melestarikan alam sekitar dengan memperkenalkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat dilihat dengan mata kasar semula.

Selain itu, persoalan kegigihan dalam melaksanakan tugas juga terdapat dalam novel ini. Contohnya
ialah Nurul Hafsa gigih berusaha untuk memastikan pembentangan projek Kawasan Simpan Langit
Gelap dapat dilakukan dihadapan Menteri Besar. Nurul  Hafsa berusaha dengan gigih agar
pembentangan itu nanti dapat meyakinkan Menteri Besar sekali gus projek tersebut dapat
dilaksanakan di Kuala Selangor.
Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak utama
dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Watak utama novel tersebut ialah
Dr. Raiha. Terdapat pelbagai perwatakan Dr. Raiha dalam novel ini.

Perwatakan Dr. Raiha ialah dia seorang yang penyayang. Buktinya ialah Dr. Raiha enggan
menggugurkan kandungannya apabila disuruh oleh suaminya Dr. Sadiz kerana dia sangat
menyayangi anak yang dikandung itu walaupun telah didapati cacat.

Selain itu, Dr. Raiha juga seorang yang bertanggungjawab. Buktinya ialah Dr. Raiha menerima tugas
melakukan pembedahan ke atas Unong Siron daripada Dr. Uwang dengan penuh tanggungjawab
walaupun tugasan itu diterima pada saat-saat akhir dan mempunyai risiko.

Akhir sekali, Dr. Raiha seorang yang gigih. Sebagai contoh, Dr. Raiha telah membuat penelitian
terhadap Sinar-X tulang sendi pinggul beberapa kali untuk memastikan pembedahan kali keenam itu
berjaya dan Unong Siron kembali sembuh. Dr. Raiha juga datang ke hospital pada waktu untuk
memastikan Unong Siron tiada apa-apa komplikasi selepas pembedahan.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Watak utama novel
tersebut ialah Nurul Hafsa. Terdapat pelbagai perwatakan Nurul Hafsa dalam novel ini.

Nurul Hafsa ialah seorang yang cinta akan alam sekitar. Buktinya ialah Nurul Hafsa bersama-sama
dengan Muhammad Taufik dan Budiman berusaha melestarikan alam sekitar di Kuala Selangor
dengan memperkenalkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap supaya dapat mengembalikan
semula kegelapan di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat dilihat.

Nurul Hafsa juga seorang yang bijaksana. Perwatakan ini dapat dibuktikan melalui kebijaksanaan
Nurul Hafsa mematahkan hujah-hujah Dato’ Johann Arlington-Majid semasa membentangkan projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar. Kebijasanaan Nurul Hafsa itu telah
membuatkan Dato’ Johann terdiam.

Akhir sekali, Nurul Hafsa seorang yang amanah. Buktinya ialah Nurul Hafsa tetap meneruskan usaha
melestarikan alam sekitar kerana janjinya kepada Muhammad Taufik yang terlantar di hospital.
Amanah yang dipikul itu telah dilaksanakan oleh Nurul Hafsa dengan memastikan projek Kawasan
Simpan Langit Gelap dapat dilaksanakan di Kuala Selangor.

Soalan : Jelaskan pengajaran daripada sebuah novel yang telah anda kaji.

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat pelbagai
pengajaran yang boleh dijadikan pedoman.

Pengajaran pertama yang dapat diambil ialah kita hendaklah bijak membuat keputusan agar masalah
dapat diselesaikan dengan baik. Sebagai contoh, ibu Unong Siron bijak membuat keputusan ketika
dia cuba menyelesaikan satu konflik apabila seorang pemuda yang menyamar sebagai doktor
menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) dan menjadikan Felisia Landosi sebagai tawanan
di bilik bedah PRPK. Ibu Unong Siron mencadangkan supaya pemuda itu merawat anaknya
menyebabkan pemuda itu melepaskan Felicia Landosi. Kebijaksanaan ibu Unong Siron itu mampu
mengelakkan kejadian buruk berlaku kepada Felicia Landosi.
Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah menyayangi anak walaupun didapati cacat kerana anak
merupakan anugerah yang tidak ternilai. Pengajaran ini dapat dilihat melalui peristiwa Dr. Raiha
enggan menggugurkan kandungan apabila disuruh oleh suaminya Dr. Sadiz setelah didapati anak
yang dikandung itu cacat. Dr. Raiha tetap dengan keputusannya hendak meneruskan kandungan
tersebut kerana dia sangat menyayangi anak yang dikandung itu walaupun telah didapati cacat.

Pengajaran lain ialah kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab agar masalah
tidak akan timbul kemudian hari. Buktinya ialah Dr. Raiha menerima tugas melakukan pembedahan
ke atas Unong Siron daripada Dr Uwang pada saat-saat akhir dengan penuh tanggungjawab
walaupun tugasan itu berisiko kepadanya. Dr. Raiha membuat penelitian dan pemerhatian yang
mendalam terhadap Sinar-X tulang sendi pinggul Unong Siron untuk memastikan pembedahan kali
keenam itu akan berjaya. Sikap Dr. Raiha yang bertanggungjawab itu wajar dijadikan pedoman oleh
pembaca.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof ,
terdapat pelbagai pengajaran yang boleh dijadikan pedoman.

Pengajaran yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari ialah kita hendaklah berusaha melestarikan
alam sekitar agar keindahan alam dapat dikekalkan. Sebagai contohnya, Nurul Hafsa, Muhammad
Taufik dan Budiman sama-sama berusaha melestarikan alam sekitar. Mereka memperkenalkan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor agar kecerahan langit dapat dikurangkan
untuk memastikan bintang-bintang dapat dilihat. Walaupun pelbagai cabaran daripada Dato. Johann
Arlington-Majid yang berusaha untuk menggagalkan projek tersebut, tetapi kegigihan mereka untuk
melestarikan alam sekitar dapat meyakinkan Menteri Besar semasa Nurul Hafsa membentangkan
projek tersebut.

Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah amanah ketika melakukan sesuatu pekerjaan agar tugas
itu dapat dilaksanakan dengan baik. Sebagai contoh, Nurul Hafsa telah bekerja sebagai pegawai
sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Nurul Hafsa telah menjalankan amanah yang diberikan
kepadanya dengan melayan kunjungan rombongan 15 orang pelajar dan 3 orang guru dari Jepun
walaupun rombongan tersebut tidak dapat melihat bintang-bintang di langit. Nurul Hafsa berjanji untuk
mengembalikan semula bintang-bintang di Kuala Selangor kepada Puan Mariam Wickham yang
merupakan guru pengiring rombongan tersebut.

Akhir sekali pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah setiakawan dalam
persahabatan agar hubungan tersebut berkekalan. Sebagai contohnya, Nurul Hafsa bergegas ke
tempat kejadian Muhammad Taufik dipukul oleh orang upahan Dato’ Johann Arlington-Majid untuk
memastikan keadaan Muhammad Taufik. Nurul Hafsa juga berjanji kepada Muhammad Taufik untuk
meneruskan usaha mereka melestarikan alam sekitar sekiranya berlaku perkara buruk kepada
Muhammad Taufik. Sifat setiakawan yang ada dalam diri mereka menyebabkan hubungan mereka
menjadi rapat dan saling membantu antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai