Anda di halaman 1dari 34

GGGE3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

DR. NORLINDA BINTI MOHD DAUT

Disediakan oleh:

NUR AIMUNI BINTI MOHD ADHAM (A187695)

NAMIRAH BINTI MOHD DZAHIER (A189588)

NUR AISHAH HANIS BINTI JOHAN (A183833)

ANIS NUR JANNAH BT AHMAD SHAHRIMAN(A190402)

AMIRAH AFIQAH BINTI AMI (A187759)

Pensyarah:

Lt. Kol. Mohd Jasmy bin Abd Rahman


PRAKATA

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera diucapkan


sebagai pembuka kata. Dalam laporan tokoh akademik GGGE3403 Kursus Fotografi,
kami, yakni Nur Aimuni binti Mohd Adham, Namirah binti Mohd Dzahier, Nur Aishah
Hanis binti Johan, Anis Nur Jannah bt Ahmad Shahriman, Amirah Afiqah binti Ami,
berasa amat berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk menemu ramah tokoh
akademik yang sungguh hebat di dalam Kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Bangi. Bersyukur terdapat Ilahi kerana memberi kesempatan buat kami
menyempurnakan tugas ini walaupun diharungi dengan cabaran sewaktu pandemik
covid-19 ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr Norlinda binti Mohd Daut kerana sudi
meluangkan masa dan memberikan kerjasama yang sangat baik sebelum, sewaktu dan
selepas di temu ramah untuk laporan kajian tokoh akademik ini. Kami amat bersyukur
dan terharu atas kerjasama yang diberikan oleh Dr untuk membantu kami. In shaa Allah,
kami tidak akan mengambil mudah peluang yang diberikan oleh Dr Norlinda binti
Mohd Daut ini.

Jutaan terima kasih juga tidak dilupakan buat Lt. Kol. Mohd Jasmy bin Abd
Rahman kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar dan membuka jalan untuk kami
menyelesaikan laporan ini. Tanpa bantuan Lt. Kol Mohd Jasmy kajian tokoh akademik
ini sudah pasti menjadi Bak kata pepatah melayu, hangat hangat tahi ayam.
ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1. Prakata 2

2. Isi Kandungan 3

3. Pendahuluan 4

4. Latar Belakang Keluarga 7

5. Latar Belakang Pendidikan 9

6. Pembinaan Kerjaya 15

7. Kejayaan dan Sumbangan 19

8. Perancangan dan Harapan 25

9. Penutup 27

10. Rujukan 28

11. Lampiran 30
Dr. Norlinda binti Mohd Daut

Nur Aimuni binti Mohd Adham¹, Namirah binti Mohd Dzahier², Nur Aishah
Hanis binti Johan³, Anis Nur Jannah bt Ahmad Shahriman⁴, Amirah Afiqah binti Ami⁵

¹Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

PENDAHULUAN

Tugasan ini akan membentangkan tentang biografi seorang tokoh akademik dan
juga pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Kebangsaan Malaysia
di Kampus Bangi, Selangor. Nama diberi adalah Dr. Norlinda binti Mohd Daut. seorang
pensyarah yang amat baik hati dan disegani oleh para pelajarnya. Beliau merupakan
pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang biodiversiti di bawah jabatan
Sains Biologi & Bioteknologi dan mempunyai pengalaman selama 12 tahun. Dalam
tugasan ini, biografi Dr Norlinda akan diperincikan kepada lima bahagian, iaitu bab
latar belakang keluarga, pendidikan, perkembangan kerjaya, sumbangan dan kejayaan
serta diakhiri dengan harapan dan perancangan beliau pada masa akan datang.

Pada bab pertama, kisah dan latar belakang tentang diri Dr. Norlinda serta
keluarganya akan diterangkan. Ia akan merangkumi aspek asal-usul, negeri kelahiran,
kisah kehidupannya semasa kecil, hobi serta latar belakang serba-sedikit tentang ahli
keluarganya. Latar belakang keluarga ini mampu membuka mata pembaca bagaimana
cara Dr Norlinda dibesarkan mempengaruhi kejayaannya hingga masa kini.

Seterusnya, bab yang kedua bakal menceritakan tentang tahap pendidikan beliau
bermula dari pendidikan awal di peringkat sekolah rendah sehingga ke menara gading.
Namun begitu, beliau tidak menamatkan pendidikan beliau dengan segulung ijazah
sahaja, bahkan beliau bertekad untuk meneruskan pengajian beliau lagi sehingga ke
peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Doktor Falsafah(Phd) dan seterusnya
menjadi seorang pensyarah yang berjaya.

Bab ini turut menceritakan tentang penglibatan dan jawatan yang pernah
diterima oleh beliau sejak beliau berada di alam persekolahan lagi. Selain itu, turut
disertakan tentang pengalaman beliau dalam melanjutkan pelajarannya yang penuh
dengan cabaran dan ujian. Kita dapat melihat kesungguhan dan keazaman beliau dalam
menuntut ilmu dalam bab berkenaan yang bakal dikupas sebentar lagi. Manakala, pada
bab keempat bagi tokoh akademik iaitu Dr. Norlinda akan mengupaskan tentang
kejayaan beliau dalam perkhidmatan sepanjang beliau bergelar sebagai seorang
pensyarah dalam bidang biodiversiti jabatan Sains Biologi & Bioteknologi di pusat
Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia selama 12 tahun sejak
dari tahun 2008 sehingga ke hari ini.

Bab ini juga akan menerangkan tentang sumbangan yang beliau curahkan dalam
kepakaran ilmu biodiversiti kepada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Namun
disini bukan sahaja diceritakan sumbangannya kepada warga Universiti Kebangsaan
Malaysia sahaja, malah akan diceritakan juga sumbangan beliau dari sudut
kepakarannya dalam bidang biodiversiti membantu mencari penyelesaian kepada
masalah isu gangguan kera ganas yang mengganggu ketenteraman kehidupan
masyarakat setempat. Oleh kerana itu, dapat dikenal pasti bahawa terdapat banyak
sumbangan dan kejayaan beliau yang mana akan dikupas nanti dalam bab keempat ini
yang sudah pastinya akan menarik perhatian para pembaca.

Bab yang terakhir dalam biografi ini adalah tentang harapan dan perancangan
beliau untuk masa hadapan. Beliau juga mempunyai pelbagai perancangan yang
merangkumi aspek kerjaya dan juga para pelajar beliau. Dr Norlinda ada menyatakan
harapan beliau, antaranya ialah agar mahasiswa dan mahasiswi terus berusaha dalam
pelajaran, kejarlah minat masing masing walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang
jauh dan sukar. Persiapkan diri dalam apa jua aspek untuk meningkatkan taraf hidup
diri pelajar sendiri untuk masa akan datang

Pelajar kursus Citra Fotografi bergambar bersama Dr Norlinda di luar UKM kerana
bangunan biologi sedang dibaik pulih

Pada masa yang sama, bagi pelajar yang berada dirumah masih dapat bersua muka
dengan Dr Norlinda secara atas talian
LATAR BELAKANG KELUARGA

Dr. Nurlinda Binti Mohd Daut, atau juga lebih mesra dipanggil Dr. Nurlinda, adalah
anak kelahiran negeri Johor, di daerah Johor Bahru pada tanggal 7 Oktober 1971. Beliau
adalah anak sulung daripada dua adik beradik bagi pasangan Mohd Daut dan Nur
Jannah. Bapanya, Mohd Daut adalah seorang pegawai veterinar dan berasal dari Kuala
Kangsar, Perak manakala ibunya adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan berasal
dari Kluang, Johor.

Mercu tanda popular di Johor

Semasa membesar, ibu Dr. Nurlinda amat rajin melakukan penjualan kecil-
kecilan untuk mendapatkan pendapatan sampingan seperti jualan kuih-muih,
mengambil tempahan menjahit serta pada satu tempoh, ibunya turut membuka warung
menjual makanan di kampung. Sifat keusahawanan ibunya memberi inspirasi dalam
hidup Dr. Nurlinda agar terus kreatif dalam mencari sumber rezeki. Bapanya adalah
seorang pencinta haiwan, maka manakan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, Dr.
Nurlinda juga seorang pencinta haiwan sehingga sifatnya itu bantu membentuk
kariernya pada masa kini sebagai seorang pakar dalam bidang biodiversiti. Sebelum
berpencen, bapa beliau bertanggungjawab sebagai seorang penasihat dalam industri
penternakan di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan kerana pengalamannya yang luas
sebagai seorang yang profesional dalam bidang veterinar haiwan
Adik kepada beliau, Azahari Bin Mohd Daut adalah seorang Penolong Pengarah
Kebajikan Masyarakat di bawah unit Hal Ehwal Kanak-kanak di Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia. Dr Nurlinda hanya mempunyai seorang adik dan hubungan
beliau dengan adiknya amat akrab. Semasa menceritakan tentang adiknya, terpancar
sinar kasih sayang seorang kakak kepada adiknya. Adiknya Azahari mempunyai jiwa
yang penuh empati, maka kerjaya dalam bidang kebajikan masyarakat amat serasi
dengannya.

Logo Jabatan Kebajikan Masyarakat

Apabila menceritakan tentang suaminya, suara Dr. Nurlinda mula berbaur


sebak. Hal ini demikian kerana, suami beliau telah meninggal dunia akibat serangan
jantung pada tahun 2015, meninggalkan dirinya sebagai ibu tunggal yang mempunyai
seorang anak. Suaminya merupakan seorang bekas pegawai bank di Bank Simpanan
Nasional. Dr. Nurlinda berkahwin dengan suaminya semasa berumur 37 tahun iaitu
pada tahun 2009. Pada tahun 2010, beliau menimang cahaya mata sulungnya. Anak
beliau bersekolah di Sekolah Rendah Seri Al-Amin Bangi, Selangor dan mereka
menetap di Taman Universiti, Bangi, Selangor

Logo Sekolah Rendah Sri al-Amin Bangi


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Beliau telah mendapat pendidikan awal pendidikan di Sekolah Kebangsaan Batu Arang,
Selangor dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Kemudian sewaktu beliau Tingkatan 1
berkesempatan untuk meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tuanku
Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor dan seterusnya menyambung pendidikan
menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor dari
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Beliau berpeluang menyambung pendidikan menengah beliau di Sekolah


Menengah Teknik Kuala Lumpur sewaktu menengah atas iaitu dari Tingkatan 4 hingga
Tingkatan 5. Oleh itu, beliau tidak mempelajari asas Biologi sebaliknya beliau
mempelajari asas Lukisan Teknik dan Lukisan Geometri bahagian binaan bangunan.
Pada awalnya beliau berasa terkilan apabila menyambung pendidikan di peringkat
menengah dalam bidang kejuruteraan kerana ia bukan dalam bidang yang di minatinya.

Namun, beliau kini melibatkan diri dalam bidang Biologi walaupun beliau tidak
mengambil jurusan Sains Biologi pada peringkat awal pendidikan beliau kerana beliau
lebih cenderung dan minat yang lebih mendalam terhadap Biologi haiwan. Beliau
seterusnya menyambung pendidikan pada peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (SMKKKB), Selangor
sewaktu Tingkatan 6.

Pada peringkat pendidikan STPM di SMKKKB, bermulanya permulaan beliau


dalam mempelajari subjek Biologi. Beliau sedar bahawa beliau telah jauh ketinggalan
dalam pelajaran Biologi kerana pada peringkat tersebut subjek Biologi adalah pada
tahap yang sukar. Oleh itu, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh dan lebih fokus
dalam mempelajari subjek Biologi menyebabkan kurang memberi perhatian terhadap
subjek yang lain. Pada peringkat ini, beliau menghadapi cabaran yang sangat tinggi dan
mengambil keputusan untuk berhenti menyambung pendidikan beliau pada peringkat
STPM dan bercadang untuk menyambung pendidikan pada peringkat diploma.

Selain itu, beliau bergiat aktif dalam sukan iaitu sebagai pemain hoki sewaktu
di peringkat sekolah menengah. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Naib
Setiausaha bagi Kelab Taekwondo sewaktu di SMTKL. Tambahan pula, beliau pernah
memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Asrama Puteri dan Biro Disiplin Pengawas
sewaktu di SMKKKB. Nilai-nilai murni yang dipelajari oleh beliau di sana diterapkan
dalam diri sehingga sekarang, terutamanya nilai disiplin dan menepati masa.

Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu


Setelah beliau bercadang untuk melanjutkan pendidikan di peringkat diploma,
bapa beliau telah mengusahakan supaya beliau dapat menyambung pelajaran pada
peringkat diploma di UiTM, Pahang dalam jurusan Sains Gunaan. Namun begitu, beliau
perlu melalui satu fasa iaitu pra-sains sebelum menyambung pendidikannya di UiTM
disebabkan beliau tidak mempelajari asas biologi pada peringkat awal pendidikan.
Dengan berkat usaha beliau, beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian
semester 1 sewaktu di pra-sains dan beliau terus diserap masuk ke UiTM untuk
menyambung pelajaran pada peringkat diploma.

Universiti Tekonologi MARA, Jengka, Pahang

Beliau seterusnya menyambung pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana


Muda(Degree) dan seterusnya berpeluang menyambung pendidikan beliau di peringkat
Ijazah Sarjana (Masters) di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Malangnya,
sewaktu beliau melanjutkan pelajaran beliau dalam peringkat Master, beliau tidak dapat
menerima mana-mana biasiswa dan beliau terpaksa menggunakan wang simpanan
beliau sepenuhnya.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Kemudiannya, beliau tekad untuk meneruskan pelajaran beliau pada peringkat


Doktor Falsafah(PhD). Pada awalnya, beliau menerima tawaran untuk melanjutkan
pendidikan peringkat PhD di Universiti Kyoto, Jepun dan menuntut ilmu di sana hanya
selama setahun. Beliau berpeluang menyambung pelajaran di sana hanya dalam waktu
yang singkat sahaja dan terpaksa pulang ke tanah air disebabkan suaminya meninggal
dunia sewaktu beliau di Jepun. Tambahan pula, beliau mempunyai seorang anak yang
masih kecil berumur tiga tahun sewaktu itu. Cabaran yang lebih sukar buat beliau untuk
meneruskan pendidikan beliau di luar negara.

Beliau pernah bercadang untuk membawa anak kecilnya ke Jepun namun


terdapat beberapa kekangan. Beliau menuntut ilmu di Unversiti Kyoto di cawangan
Inuyama, Jepun iaitu terdapatnya Primate Research Institute yang terletak di kawasan
perkampungan. Oleh itu, beliau adalah satu-satunya pelajar muslim di kampus tersebut.
Hal ini menyebabkan beliau sukar untuk mencari pengasuh di kawasan tersebut untuk
menjaga anaknya sewaktu beliau menuntut ilmu di sana. Malah di Jepun terdapat satu
undang-undang di mana anak-anak tidak dibenarkan berada di bawah pemantauan
pengasuh lebih dari 24 jam. Ini akan lebih menyukarkan beliau apabila perlu melakukan
kerja lapangan yang mungkin akan mengambil masa yang agak lama.
Kyoto University, Japan

Primate Research Institute, Kyoto University, Inuyama, Japan


Chimpanzee Living at The Primate Research Institute of Kyoto University

Akhirnya, beliau membuat keputusan untuk pulang ke tanah air dan


menyambung pendidikan peringkat Phd beliau di universiti tempatan. Beliau bernasib
baik kerana UKM telah menawarkan beliau untuk menyambung pelajaran di sana dan
beliau menerima tawaran tersebut. Bahkan beliau berpeluang berkolaborasi dengan
pensyarah dari Universiti Kyoto, Jepun pada awalnya dan pensyarah tersebut
dipindahkan ke Universiti Kyushu, Jepun. Kini, beliau telah menjadi seorang pensyarah
yang berwibawa di Universiti Kebangsaan Malaysia.
PEMBINAAN KERJAYA

Beliau merupakah seorang yang mempunyai semangat yang tinggi terutamanya dalam
pendidikan dan kerjayanya. Serta, beliau juga seorang yang nekad dalam melakukan
sesuatu perkara untuk mencapai sasaran beliau. Di samping itu, beliau juga dibesarkan
oleh kedua ibu bapa dimana bapa beliau terlibat dalam bidang penternakan dan ibu
beliau seorang pencinta haiwan yang mempunyai perniagaan milikan tunggal. Oleh itu,
ia telah mempengaruhi beliau untuk menceburi bidang biologi bahagian penyelidikan
haiwan.

Walau bagaimanapun, perjalanan beliau untuk memperolehi kedudukannya


sekarang bukanlah mudah, ia dipenuhi dengan pelbagai kekangan, namun, beliau
berjaya menempuhi cabaran. Beliau meneruskannya pelajarannya sebagai pelajar Pra-
Sains di UiTM, Jengka, Pahang sebaik sahaja membuat keputusan untuk menceburi
bidang sains. Selain itu, beliau menyambung pengajiannya melalui penerapan Diploma
Sains di institusi pengajian tinggi yang sama pada akhir tahun 1980an.

Bangunan Maybank

Sebaik sahaja menamatkan diploma di UiTM, beliau memohon kerja di


Maybank sebagai pegawai pangkat 2 dengan kelayakan diploma. Kemudia, beliau
diterima untuk bekerja sebagai pegawai pangkat 2 di Maybank pada tahun 1993.
Kemudian, beliau meletakkan jawatannya sebagai pegawai di Maybank untuk
menceburi bidang yang berkaitan dengan bidang yang beliau pelajari, dengan itu, beliau
memohon untuk bekerja sebagai juruteknikal makmal bawah Fakulti Perubatan di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Beliau memberi deskripsi dimana beliau diperlukan untuk menjalani latihan


professional untuk mengendalikan peralatan dan mesin makmal di tempat kerja, dengan
itu, beliau telah menjalani latihan – latihan tersebut di luar negara seperti di Brisbane,
Australia dan Hong Kong serta beberapa negara lagi. Pengalaman yang beliau perolehi
pada masa ini adalah salah satu pengalaman yang beliau sangat hargai kerana ia
memberi impak yang besar terutamanya untuk kehidupan bekerja beliau.

Di samping itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai pembantu untuk


beberapa bekas chancellor UKM, serta menjalankan ujian psikometri untuk ahli diraja
dan kerabat-kerabat mereka. Beliau juga menyatakan memori ini sangat berharga
kerana beliau dapat mengenali tokoh-tokoh masyarakat yang sangat dikenali ramai.
Selain itu, sambil bekerja di Fakulti Pendidikan, beliau juga melanjutkan pelajarannya
dalam program Ijazah Sarjana Muda (Degree) di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Universiti Kebangsaan Malaysia

Selepas menamatkan pelajarannya dalam program Ijazah Sarjana Muda, beliau


ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya dalam program Ijazah Sarjana (Master) di
institusi pengajian tinggi yang sama dengan menggunakan duit simpanan sendiri. Lalu,
beliau juga ditawarkan untuk menyambung program Doktor Falsafah di Universiti
Kyoto, Jepun di cawangan Inuyama, di mana ia menyediakan pusat penyelidikan.
Namun, beliau telah ditimpa ujian yang sangat mencabar iaitu kematian suami beliau.
Selepas menguruskan pengebumian suami, beliau menempuhi cabaran dalam pelajaran
serta sebagai seorang ibu kerana beliau mempunyai anak kecil yang hanya umur 3 tahun
semasa ia berlaku. Dengan itu, beliau membuat keputusan untuk menyambung Doktor
Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia sambil membuat kolaborasi Bersama
pensyarah dari Universiti Kyoto Jepun.
Pandangan Universiti Kyoto, Jepun dari pagar

Setelah menamatkan pelajarannya di program Doktor Falsafah di Universiti


Kebangsaan Malaysia, beliau berkhidmat di institut pengajian tinggi yang sama sebagai
pensyarah sehingga kini di bawah Fakulti Sains dan Teknologi serta sebagai penyelidik.
Pengalaman dan kekangan yang beliau hadapi semasa pembinaan kerjayanya, ia sangat
berbaloi dan dihargai bagi beliau kerana tanpa perjalanan yang beliau telah dilalu,
hasilnya tidak akan memuaskan dan tidak akan memberi impak yang besar dalam
kehidupan pekerjaan serta etika kerjanya.

Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia


KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Dr. Norlinda telah bergiat dalam bidang dalam bidang biodiversiti jabatan Sains Biologi
& Bioteknologi selama 12 tahun bermula dari tahun 2008 sehingga ke hari ini. Beliau
telah ditugaskan sebagai pensyarah di bawah pusat Fakulti Sains dan Teknologi sejak
daripada awal permulaan beliau menjejaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau
telah memegang pelbagai jawatan di UKM iaitu sebagai ahli jawatankuasa kebajikan
staff kakitangan UKM, ahli jawatankuasa bahagian pentaksir soalan final exam,
penyelaras kursus UKM dan akhir sekali sebagai penyelia pelajar sarjana.

Bangunan Sains Biologi dan Bioteknologi UKM

Selain itu, beliau juga turut giat melaksanakan pelbagai kajian dalam
penerbitan artikel-artikel dan juga jurnal dalam bidangnya iaitu bidang Sains Biologi
dan Bioteknologi dengan kerjasama bersama rakan penyelidiknya. Antara kajian artikel
yang ditulis oleh beliau ialah Notes on Diet and Anthropogenic Food Consumption of
Habituated Silvered Langurs (Trachypithecus Cristatus) at Bukit Melawati, Population
Dynamics and Ranging Behaviours of Provisioned Silvered Langur (Trachypithecus
Cristatus) in Peninsular Malaysia, Positional Behavior of Robinsons Banded Langur
(Presbytis Femoralis Robinsoni), Kelakuan Harian Lutong Kelabu (Trachypithecus
Cristatus) dan Gerakbalas Terhadap Kehadiran Pengunjung di Bukit Melawati Kuala
Selangor, dan Corak Pergerakan Kera (Macaca Fascicularis) di Kolej Ungku Omar dan
Kolej Ibrahim Yaakob, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Habituated Silvered Langurs (Trachypithecus Cristatus)

Corak pergerakan kera

Manakala, beliau juga ada turut melakukan projek-projek penyelidikan seperti


projek keberkesanan pengunaan tong sampah anti monyet dan status konflik primat di
kampus universiti kebangsaan Malaysia kerjasama bersama jabatan perhilitan
semenanjung Malaysia dimana beliau selaku ketua projek tersebut. Seterusnya projek
beliau yang kedua selaku penyelidik bersama dengan kerjasama bersama tenaga
nasional berhad (tnb) research iaitu projek yang bertajuk Study on human-monkey
conflict management at tnb bukit selambau second large-scale solar (lss) plant using
behavioral ecology and dna metabarcoding approach. Projek ketiga yang beliau
laksanakan selaku penyelia ialah projek tabung agihan penyelidikan. Kerjasama
bersama jabatan perhilitan semenanjung malaysia dimana beliau selaku ketua projek
tersebut. Seterusnya projek beliau yang kedua selaku penyelidik bersama dengan
kerjasama bersama tenaga nasional berhad (TNB) research iaitu projek yang bertajuk

Tong sampah anti monyet

Tenaga Nasional Berhad, bukit selambau sistem solar skala kedua terbesar

Menurut beliau di antara sebab beliau melakukan kajian artikel berkaitan dengan
kelakuan kera terhadap persekitaran adalah untuk mencari penyelesaian kepada
masalah gangguan kera yang menyerang penduduk , merosakkan infrastruktur dan
prasarana seperti tingkap,ampaian yang berlaku di UKM. Beliau merasakan bimbang
bahawa masalah ini akan membawa kepada perkara yang lebih serius.

Monyet-monyet di UKM

Seterusnya, Dr. Norlinda memaklumkan juga bahawa beliau ada menerbitkan


jurnal bersama penyelianya bertajuk Notes on Diet and Anthropogenic Food
Consumption of Habituatedc (Trachypithecus Cristatus) at Bukit Melawati iaitu
mengenai kajian penggunaan makanan terhadap monyet jenis lutung kelabu di bukit
Melawati kuala Selangor. Hal ini kerana, tempat tersebut merupakan kawasan eko
pelancongan dimana pelancong tidak mengikuti arahan dengan memberi makanan
kepada habitat monyet sehingga bertindak ganas kepada penduduk. Oleh itu, beliau
berharap dengan kajian yang beliau lakukan ini dapat membantu pihak majlis
perbandaran kuala selangor untuk menambah baik kemudahan dan memelihara habitat
spesies haiwan serta berharap memberi sumbangan kepada pihak majlis dan konservasi
negara.
Gangguan monyet di persekitaran Taman Alam dan Bukit Melawati di Kuala
Selangor

Di samping itu, beliau juga banyak memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar


fakulti sains dan teknologi sepanjang perkhidmatannya sebagai seorang pensyarah
dalam bidang sains biologi dan teknologi. Beliau memberi tunjuk ajar dalam subjek
analisis dan pengurusan data, kelakuan haiwan, kepelbagaian biologi, fisiologi haiwan
serta histolilogi haiwan. Beliau juga menjadi penyelia kepada pelajar Sarjana.
Manakala, sumbangan luar daripada kerjayanya ialah beliau membantu penduduk di
Taman Universiti Bangi menyelesaikan masalah gangguan kera kepada penduduk
sekitar. Seterusnya, beliau menjadi fasilitator alumni skolah menengah teknik Kuala
Lumpur memberi motivasi kepada pelajar-pelajar di sekolah teknik yang berminat dan
bercita-cita untuk menyambung pendidikan seterusnya dalam bidang sains.
Taman Universiti Bangi

Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur


PERANCANGAN DAN HARAPAN

Sebagai seorang pendidik yang telah lama berjasa dengan Universiti Kebangsaan
Malaysia dalam masa yang lama iaitu selama 13 tahun. Terlalu banyak ilmu dan
kemahiran yang beliau peroleh terutamanya dalam bidang spesifikasinya iaitu biologi
haiwan. Sudah tentu wajar bagi beliau untuk berkongsi dan mencurahkan ilmu yang ada
lebih lagi tentang haiwan dalam bentuk buku. Beliau amat berbesar hati sekiranya suatu
hari nanti hasratnya untuk perbanyakan menulis buku tentang haiwan dapat
memberikan manfaat dan rujukan kepada generasi akan datang. Selain daripada itu,
beliau juga berhasrat agar dapat mempersiapkan para pelajarnya meningkatkan taraf
hidup masing-masing. Beliau berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya seorang
pelajar itu apabila telah tamat pengajian, mereka dapat menjana pendapatan sendiri
dengan mengaplikasikan ilmu yang sedia ada terutamanya dalam bidang ternakan dan
pembiakan sebagai contohnya. Beliau menyeru anak anak muda yang berkecimpung
dalam bidang biologi haiwan lebih bersemangat lagi dalam perniagaan haiwan kerana
ia memberikan pulangan yang lumayan untuk diri sendiri dan dapat meningkatkan taraf
hidup.

Beliau berharap agar kerajaan memberikan perhatian yang lebih untuk


konservasi haiwan, kerana pengurusan haiwan ini sangat penting untuk memastikan
keseimbangan ekosistem. Sekiranya pengurusan haiwan dipandang enteng maka
banyak permasalahan yang bakal dihadapi sebagaimana yang kita semua ketahui
tentang virus haiwan boleh menjangkiti manusia hal ini akan menyebabkan penyakit
“Zoonotik” yang lebih serius. Bak kata pepatah melayu sediakan payung sebelum hujan.
Lebih baik mencegah daripada merawat. Beliau juga berpendapat bahawa, keterlibatan
kerajaan masih lagi memberangsangkan dan mampu untuk mendengar kata hati rakyat.
Kerana itulah lahirnya sebuah Universiti watan negara ini. UKM inilah merupakan
medium perantaraan rakyat dan juga kerajaan. Amatlah besar harapan beliau untuk
melihat Universiti ini terhadapan dalam bidang penyelidikan dan terus menjadi institusi
yang hebat dan maju dalam penyelidikan agar menjadi ikon kepada universiti tempatan
negara.
Gambar bersama Dr. Norlinda setelah selesai di temubual oleh pelajar kursus
fotografi

Yang terakhir sekali, Dr Norlinda berharap agar anak anak muridnya tidak
mudah putus asa dalam sesuatu perkara yang diceburi. Tetap fokus pada kerjaya yang
diminati, kerana daripada minat itulah lahirnya perasaan ikhlas dan kesungguhan untuk
menggapai sesuatu yang dimimpikan agar ia menjadi sebuah kenyataan. Tetaplah
melangkah walaupun jalan yang diharungi itu sukar dan lewat, kerana percayalah
bahawa segala penat lelah yang ditempuhi akan di akhiri dengan kejayaan dan
senyuman.
PENUTUP

Secara keseluruhannya, kami sekumpulan dapat simpulkan bahawa Dr Norlinda binti


Mohd Daut ini merupakan seorang yang sangat hebat, cekal, tabah dan baik hati. Bukan
sahaja hebat dalam kerjayanya sebagai seorang pensyarah bahkan sikap beliau yang
sangat prihatin akan orang yang berada di sekelilingnya. Sikap beliau ini merupakan
contoh yang wajar mahasiswa dan mahasiswi contohi dan teladani untuk dijadikan
sebagai pendorong untuk berjaya. Beliau juga ada berkata, kejarlah minat masing-
masing, kejarlah apa jua yang diingini, jangan pernah berpatah semangat. Beliau amat
memahami tentang setiap orang mempunyai cita rasa yang berlainan. Teruslah fokus
dan harungi setiap rintangan dapatkan sebanyak ilmu yang boleh agar dapat menjadi
seorang insan yang berguna kepada masyarakat dan seterusnya kepada negara. Selain
itu, beliau juga suka untuk mengingatkan bahawa hidup ini perlulah sentiasa dinaiktaraf
, bekalkan diri dengan pelbagai ilmu terutamanya dalam keusahawanan.

Banyak kata aspirasi daripada beliau sehinggakan kami berinspirasi mendengar


kata katanya. Sebagai seorang mahasiswi, kami akan terus melangkah maju walaupun
banyak liku yang perlu diharungi untuk menjadi seorang yang berjaya serta mampu
memberikan manfaat dan kebaikan kepada orang lain. Bahkan dapat membantu
makhluk ciptaan Tuhan yang lain seperti haiwan. Semangat yang tinggi merupakan
kunci utama agar tidak mudah berputus asa. Akhir kata, Dr Norlinda binti Mohd Daut
merupakan seorang yang bermotivasi tinggi serta seorang yang berwawasan. Tidak
hairanlah bahawa beliau kini menjadi seorang pendidik yang berwibawa dan dipandang
tinggi.

Yang terakhir sekali, kami berasa amat bersyukur atas segala kesempatan yang
diberikan oleh-Nya. Kami berjaya untuk menyiapkan dan mampu menghasilkan
tugasan ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr
Norlinda binti Mohd Daut atas kerjasama dan pengorbanan masa beliau untuk
berkongsikan sedikit perjalanan dan kejayaan hidupnya. Banyak nasihat nasihat yang
kami tidak akan lupakan untuk dijadikan pedoman. Usaha dan kerjasama daripada
setiap ahli kumpulan ini telah memberi sumbangan yang begitu besar dalam
penghasilan laporan. Terima kasih diucapkan, pengalaman ini tidak akan kami
lupakan.Sekian terima kasih.
RUJUKAN

Agustin Fuentes, 2020. Ethnoprimatology: Assessing How the Interface Between


Humans and Monkeys Influences Infectious Agent Transmission, Neglected
Diseases in Monkeys, 10.1007/978-3-030-52283-4, (7-18), (2020).

Badrul Munir Md-Zain, Muhammad Nurismadee Abdul-Manan, Muhammad Abu


Bakar Abdul-Latiff, Norlinda Mohd-Daut, Abd Rahman Mohd-Ridwan.
(2019). Positional Behavior of Robinsons Banded Langur (Presbytis Femoralis
Robinsoni). - Journal Of Sustainability Science and Management. 164-174.

Badrul Munir Md-Zain, Norlinda Mohd-Daut and Shukor Md-Nor. (2009).


Characterizing Silvered Leaf Monkey-Visitor Interactions at Bukit Melawati,
Kuala Selangor, Malaysia. – Journal Of Wildlife and Parks. 26:83-94.

Beran, M. J., Hopper, L. M., de Waal, Sayers, K. & Brosnan, S. F. 2016. Chimpanzee
food preferences, associative learning, and the origins of cooking

D. A Robinsson, n.d, Oculomotor Unit behavior in the monkey,


https://doi.org/10.1152/jn.1970.33.3.393, n.p

Fuentes A, Gumert M and Jones-Engel L (ed) Monkeys on the edge: ecology and
management of long-tailed macaques and their interface with humans.
Cambridge University Press, Cambridge,

Gurarie, E., Bracis, C., Delgado, M., Meckley, T.D., Kojola, I. & Wagner C.M. 2015.
What is the animal doing? Tools for exploring behavioural structure in animal
movements. 85 (1): 69-84

Lee D. N. 2020. Diversity and inclusion activisms in animal behaviour and the ABS: a
historical view from the U.S.A. 164: 273-280

Norlinda Mohd Daut, Aswaniza Zakaria, Badrul Munir Md-Zain. (2018). Kelakuan
Harian Lutong Kelabu (Trachypithecus Cristatus) Dan Gerakbalas Terhadap
Kehadiran Pengunjung Di Bukit Melawati Kuala Selangor. Undergraduate
Research Journal for Integrative Biology.

Norlinda Mohd Daut, Badrul Munir M Zain. (2021). Notes On Diet and Anthropogenic
Food Consumption of Habituated Silvered Langurs (Trachypithecus Cristatus)
At Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. - Malayan Nature
Journal. 1-5.

Norlinda Mohd Daut, Ikki Matsuda, Kamaruddin Zainul Abidin, Badrul Munir Md
Zain. (2021). Population Dynamics and Ranging Behaviours of Provisioned
Silvered Langur (Trachypithecus Cristatus) In Peninsular Malaysia. - Primates.
1019-1029.

Norlinda Mohd-Daut, Uma Mahgeswary Sundar, Badrul Munir Md-Zain. (2017).


Corak Pergerakan Kera (Macaca Fascicularis) Di Kolej Ungku Omar Dan Kolej
Ibrahim Yaakob, Universiti Kebangsaan Malaysia. - Undergraduate Research
Journal for Integrative Biology. 100-108.

Portillo, Andrea, 2018, Vol 21, Journal of Clinical Densitometry,


10.1016/j.jocd.2017.10.009, January 2018, n.p.

S. E. Knoblaugh, H. M Tobias et. al. 2019. Pathology Principles and practices for
analysis of animal models, 10.1093/ilar/ilz001, n.p, 4 May 2019.

Steckenfinger,S. A, Ghazanfar, Asif. A. 2009 Monkey visual behavior falls into the
uncanny valley Proceedings of the National Academy of Sciences Oct 2009, 106
(43) 18362-18366; DOI: 10.1073/pnas.0910063106
https://www.pnas.org/content/106/43/18362.short
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai