Anda di halaman 1dari 23

KURSUS

GGGE 3403 FOTOGRAFI

TAJUK TUGASAN
BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

Nama Tokoh Akademik:


Dr. Nur Hazlin Binti Hazrin Chong

Disediakan Oleh:
Siti Nurasyikin Binti Nor Azman ( A195912 )
Hanis Amira Binti Ahmad Ammar ( A193146 )
Sofea Irdina Athirah Binti Suhaimi ( A193727 )
Nur ‘Aina Najihah Binti Aznul Khairi ( A193106 )
Nor Ainaa Anis Binti Jalaluddin (A193325)

Pensyarah :
Leftenan Kolonel Profesor Madya Mohd Jasmy Abd Rahman

1
Prakata

Assalamualaikum WBT, kami ingin memulakan dengan laporan biografi tokoh akademik
untuk kursus GGGE 3403 Fotografi yang dihantar oleh kumpulan kami yang terdiri daripada
lima orang iaitu Siti Nurasyikin Binti Nor Azman ( A195912 ), Hanis Amira Binti Ahmad
Ammar ( A193146 ), Sofea Irdina Athirah Binti Suhaimi ( A193727 ), Nur ‘Aina Najihah Binti
Aznul Khairi ( A193106 ) dan Nor Ainaa Anis Binti Jalaluddin (A193325). Sebagai penulis,
kami berasa amat berbesar hati dan bersyukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia-Nya kerana
diberi peluang untuk menjayakan tugasan laporan tokoh ini dengan menemu bual salah seorang
tokoh yang merupakan insan yang terhebat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Nur Hazlin Binti Hazrin Chong
yang sanggup meluangkan masa beliau untuk memberi kerjasama dalam kajian tokoh akademik
ini. Kami amat bersyukur atas kesanggupan pihak Dr untuk meluangkan masa dengan kami.
Setiap perkara yang dikongsikan amatlah berharga bagi kami untuk dituliskan dalam laporan
biografi ini dengan sepenuhnya.

Kami menghadapi banyak cabaran dan halangan dalam usaha kami untuk menyelesaikan
tugasan laporan ini sebelum kami dapat menghasilkan laporan yang sangat baik dari segi
penyampaiannya. Walau bagaimanapun, berkat semangat dan usaha gigih kami untuk
menyelesaikan tugasan, kami berjaya mengatasi semua halangan dan rintangan. Syukur ke hadrat
ilahi atas limpah kurnianya jua dapat tugasan ini disiapkan dengan jayanya.

Akhir sekali, kami sangat berterima kasih kepada Leftenan Kolonel Profesor Madya
Mohd Jasmy Abd Rahman yang sanggup memberikan bimbingan untuk menyelesaikan tugasan
ini dengan jayanya. Tanpa bantuan beliau, kajian tokoh ini mungkin menjadi tidak teratur dan
mungkin tidak dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

2
ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan 4-5

2.0 Latar Belakang Tokoh Dan Ahli Keluarga 6-7

3.0 Latar Belakang Pendidikan 8 - 10

4.0 Pembinaan Kerjaya 11 - 12

5.0 Kejayaan Dan Sumbangan 13 - 14

6.0 Perancangan Dan Harapan 15 - 16

7.0 Penutup 17 - 18

8.0 Rujukan 19 - 20

9.0 Lampiran 21 - 23

3
1.0 PENDAHULUAN

Laporan ini merupakan tugasan berkumpulan bagi kursus GGGE3403 Fotografi yang
telah ditugaskan kepada penulis untuk menemu bual salah seorang tokoh akademik di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Sebelum menjalankan tugasan ini kami telah mengadakan perbincangan
antara kami bagi mencari dan memilih tokoh akademik yang ingin kami temubual beserta
soalan-soalan yang bakal diajukan kepada tokoh tersebut. Kami diberikan tugas untuk tidak
memilih tokoh yang sama dengan kumpulan lain. Hal ini memberi sedikit cabaran untuk kami
mencari tokoh yang sesuai. Namun begitu, kami bersyukur kerana dapat berjumpa seorang tokoh
ini yang begitu baik dalam memberi kerjasama dengan kami untuk menemu bual beliau. Maka,
kami telah mengadakan sesi temubual bersama beliau di Bangunan Kedekanan Fakulti Sains dan
Teknologi di Universiti Kebangsaan malaysia.

Dr Nur Hazlin Hazrin Chong yang sedang mengajar

Laporan ini dilengkapi dengan perbincangan tentang latar belakang diri dan keluarga
beliau sendiri iaitu Dr. Nur Hazlin Binti Harzin Chong bagi lebih mengenali beliau secara
peribadi sebagai seorang pensyarah di Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Kami dapat mengenali keluarga kecil beliau iaitu terdiri daripada
suami tercinta dan dua orang anak perempuan yang masih kecil. Setelah mengenali latar
belakang beliau, kami tidak menyangka bahawa beliau seorang yang sangat bersungguh-sungguh
dalam mencapai impian dan cita-cita dari kecil lagi.

4
Seterusnya, kami menelusuri pula perjalanan akademik Dr. Hazlin yang bermula daripada
Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku sehingga ke University Of New South Wales, Australia.
Bak kata beliau sejak dari bangku sekolah menengah lagi, beliau sudah tertarik dengan mata
pelajaran biologi. Disebabkan itu, masa depan beliau semakin cerah apabila diterima untuk
menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah di universiti tersebut.

Pelajar Kursus Citra Fotografi Universiti Kebangsaan Malaysia menemubual Dr. Nur Hazlin
Binti Hazrin Chong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tanggal 19 Jun 2023

Di samping itu, kami juga dapat mengetahui serba sedikit mengenai kerjaya beliau
daripada mula penglibatan. Beliau sememangnya dipilih menjadi salah seorang pensyarah di
UKM setelah berjaya melepasi temuduga setelah menjadi graduan sarjana muda. Namun begitu,
beliau telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya di Australia
dan kembali semula menjadi pensyarah di UKM.

Akhir sekali, sepanjang temubual perjalanan hidup tokoh akademik ini, kami banyak
peroleh pengajaran dan motivasi daripada beliau. Bagaimanapun banyak cabaran dan dugaan
yang dihadapi, beliau tetap mencari jalan untuk berjaya. Oleh itu, segala informasi yang
dikongsikan di dalam laporan tokoh akademik adalah tidak lain bagi tujuan pembelajaran sahaja.

5
2.0 LATAR BELAKANG TOKOH DAN AHLI KELUARGA

Dr. Nur Hazlin Binti Hazrin Chong telah dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya
pada tanggal 10 Disember 1985. Beliau kini sudah berusia 38 tahun dan telah dibesarkan oleh
kedua orang tua beliau di Petaling Jaya.

Petaling Jaya, Selangor

Assunta Hospital, Jalan Templer, 46990 Petaling Jaya, Selangor tempat Dr. Nur Hazlin Binti
Hazrin Chong dilahirkan

6
Encik Hazrin Chong, bapa kepada Dr. Nur Hazlin Binti Hazrin Chong, dan ibunya
merupakan usahawan yang menjalankan restoran dan perkhidmatan katering tetapi telah bersara.
Bapa beliau kini masih bekerja sebagai jurulatih kuda di Singapura di mana sebelum bapanya
bersara dahulu pekerjaan ini hanya dijadikan kerja sambilan. Akibat halangan yang disebabkan
oleh persekitaran kerja yang jauh, bapanya hanya pulang ke Malaysia dua minggu sekali. Beliau
merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik dimana beliau mempunyai dua orang
adik lelaki dan dua orang adik perempuan, semua telah bekerja kecuali adik bongsu, yang kini
berada di tahun akhir di Kampus Heriot-Watt University Malaysia di Putrajaya.

Dr. Nur Hazlin Binti Hazrin Chong, seorang pelajar lepasan tahun akhir di Universiti
New South Wales di Sydney, dan pasangannya, yang juga pelajar di universiti yang sama, telah
menamatkan zaman bujangnya dengan mahligai perkahwinan. Hasil perkahwinan bersama
pasangan, beliau telah dikurniakan dua orang cahaya mata, kedua-duanya perempuan dimana
seorang berumur lapan tahun dan yang lain berumur empat tahun.

Dua orang anak perempuan, Dr. Nur Hazlin Binti Hazrin Chong

7
3.0 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Kami berjaya mendapatkan beberapa maklumat tentang latar belakang akademik Dr. Nur
Hazlin Binti Hazrin Chong daripada temu duga tempoh hari. Kronologi latar belakang
pendidikan beliau bersekolah rendah dan menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Kampung
Tunku yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor. Beliau berjaya mendapatkan keputusan yang
cemerlang iaitu 5A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR).

Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, Petaling Jaya

Kemudian, pada peringkat sekolah menengah pula, beliau melanjutkan pembelajaran di


Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Seri Aman semenjak dari tingkatan satu hingga
tingkatan lima. Ketika berada di tingkatan tiga, beliau berjaya mendapatkan keputusan yang
cemerlang sebanyak 7A untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR). Setelah dua tahun, beliau
berjaya memperoleh kecemerlangan dengan mendapatkan keputusan yang amat membuahkan
kejayaan, iaitu 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia, SPM. Ini semua merupakan hasil titik peluh
beliau dalam memberikan fokus yang sepenuhnya terhadap SPM.

8
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Seri Aman

Seterusnya, beliau berjaya meningkatkan peluang pembelajarannya pada peringkat


matrikulasi di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, PASUM selama dua bulan sehinggalah
beliau berjaya ditawarkan biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran di Australia namun beliau
harus mengambil matrikulasi di International Education College (INTEC) demi meneruskan
pelajaran beliau di Australia .

Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (PASUM)

9
Kemudian selepas tamat pengajian matrikulasi, beliau melanjutkan pembelajaran ijazah
sarjana muda sains dengan kepujian dalam bidang bioteknologi di University of New South
Wales, Australia selama 4 tahun bermula dari tahun 2005 hingga 2009. Selepas pulang ke
Malaysia, beliau telah mendapat temuduga untuk menjadi seorang tutor di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Selepas sembilan bulan bekerja sebagai seorang tutor, beliau telah
ditawarkan biasiswa UKM bagi melanjutkan pembelajaran di Australia dalam peringkat Ijazah
Kedoktoran Falsafah dan pulang ke UKM untuk menjadi pensyarah di sini. Beliau telah
mendapat sijil Doktor Falsafah pada tahun 2014.

University of New South Wales, Australia

10
4.0 PEMBINAAN KERJAYA

Pembinaan kerjaya adalah proses yang sangat penting untuk mencapai kejayaan dalam
sesuatu bidang yang profesional. Ia melibatkan langkah-langkah yang diambil untuk
mengenalpasti, membangunkan dan memperkasa diri dalam kerjaya yang dikehendaki. Begitu
juga dengan Doktor Hazlin, beliau mengambil peluang untuk membina kerjayanya sejurus
selepas tamat melanjutkan pelajaran prasiswazah dalam bidang Biotechnology di Australia
selama empat tahun. Beliau mula membina kerjaya dengan mencari kerja sebagai tutor akademik
di universiti-universiti awam di Malaysia. Menurut Doktor Hazlin, beliau telah memohon di
beberapa buah universiti dan telah mendapat tawaran sebagai tutor akademik di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2009. Beliau mengumpul sebanyak-banyak
pengalaman sepanjang tempoh pengajaran beliau sebagai tutor akademik selama 10 bulan.

Pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM

11
Seterusnya, Doktor Hazlin telah ditawarkan biasiswa di bawah pengurusan UKM untuk
melanjutkan pelajaran bagi ijazah kedoktoran falsafah di Australia semula dengan berbekalkan
keputusan beliau yang cemerlang semasa prasiswazah. Hal ini adalah untuk memberikan
kelayakan kepada para tutor akademik untuk menjadi pensyarah akademik di universiti tersebut.
Doktor Hazlin mengatakan bahawa beliau telah cakna bahawa laluan kerjaya seorang tutor
akademik semestinya akan diserap masuk sebagai seorang pensyarah. Bukan itu sahaja, beliau
turut mendapat sokongan dan dorongan daripada ayah dan ibu mertua beliau untuk menjadi
pensyarah kerana mereka juga merupakan pensyarah yang bergelar professor dan amat
mementingkan penguasaan akademik. Oleh itu, setelah menamatkan pengajian di sana pada
tahun 2014, beliau pulang ke Malaysia. Beliau telah menjadi salah seorang daripada tenaga
pengajar di UKM dan masih berkhidmat sehingga kini.

Kumpulan sukarelawan untuk Kuala Lumpur, Citizen Science ,MetaSUB

12
5.0 KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Sepanjang menjadi prasiswazah di University Of New South Wales, beliau telah


mendapat anugerah penghormatan kelas pertama dalam bidang Mikrobiologi. Kejayaan ini telah
memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah
(PHD) dalam bidang Mikrobiologi dan Imunologi tanpa meneruskan pengajian ke peringkat
Ijazah Sarjana. Beliau juga telah merangkumi beberapa kejayaan yang sangat hebat di sana.
Antara kejayaan yang paling bermakna buat beliau adalah ketika menyertai pertandingan
perbentangan tesis selama tiga minit di khalayak ramai yang dianjurkan oleh fakulti universiti
tersebut. Hal demikian, beliau telah merangkul juara dan menjadi calon ke peringkat universiti.
Lebih menarik lagi beliau telah mengalahkan seorang pelajar yang digelar “The Best Australian
Student” dalam kalangan mereka pada tahun sebelum itu. Kejayaan ini telah mendorong beliau
untuk terus mencapai cita-citanya.

Selain itu, beliau juga pernah memenangi “The Best Thesis Award” dalam Mikrobiologi
Persekitaran pada tahun 2015, Anugerah Pingat Emas Knovasi peringkat kebangsaan pada tahun
2022, tempat ketiga dalam pertandingan Pembentangan Knovasi juga pada tahun 2022 dan
menyertai European Molecular Biology Organisation Travel Grant di peringkat antarabangsa.

Dr Nur Hazlin Hazrin Chong meraih Gred A di dalam bidang Environmental PhD di Australia

13
Disamping kejayaan yang diperolehi oleh beliau, banyak jasa dan sumbangan yang telah
dicurahkan sepanjang menjadi seorang pensyarah sama ada di peringkat universiti, kebangsaan
mahupun antarabangsa. Antara sumbangan-sumbangan beliau adalah menjadi pemantau
Kemajuan Tesis Pelajar Doktor Falsafah dan Sarjana Sains, Ahli Jawatankuasa International
Applied Biology Conference 2022, Editorial Buku Siri Penyelidikan Biosains dan Bioteknologi
2017 dan Jawatankuasa Saintifik International Congress of the Malaysian Society for
Microbiology.

Pencapaian dan sumbangan beliau tidak terhenti setakat ini sahaja kerana banyak
sumbangan lain yang tidak terkira dalam meneruskan legasinya dalam bidang mikrobiologi
persekitaran di Malaysia.

Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Mikrobiologi dan Imunologi

14
6.0 PERANCANGAN DAN HARAPAN

Perancangan yang menyeluruh adalah amat penting untuk mencapai tujuan dalam jangka
panjang dan memastikan keberhasilan dalam berbagai bidang kehidupan. Ketika temu bual
bersama Dr. Nur Hazlin Binti Hazrin Chong itu berlangsung, beliau membahas mengenai
perancangan-perancangan yang akan beliau laksanakan dalam rentang waktu dua sehingga tiga
tahun ke hadapan. Beliau menyatakan bahawa beliau merancang untuk membuat sebuah kajian
berkaitan dengan mikrobiologi persekitaran. Bidang ilmu ini mempelajari mikroorganisma dan
fungsi dalam ekosistem dan dipanggil sebagai mikrobiologi persekitaran. Dalam temu bual
tersebut, beliau ada menyatakan di mana beliau akan mengkaji tentang kesinambungan antara
mikroorganisma dengan kitar karbon, perubahan iklim dan cara-cara untuk merendahkan kadar
karbon dioksida di persekitaran.
Pertama sekali, adalah penting untuk memahami peranan mikroorganisma dalam kitar
karbon. Bakteria dan fungi mempunyai keupayaan untuk mengubah bahan organik menjadi
karbon dioksida. Kitar semula nutrisi dan pembebasan karbon yang terikat dalam bahan organik
adalah dua aspek yang penting dalam proses yang dikenali sebagai penguraian. Dengan
mempelajari jenis mikroorganisma yang terlibat dalam proses ini, kita boleh memahami
bagaimana mereka boleh mengoptimumkan kerja untuk mempercepatkan penguraian bahan
organik dan mengurangkan pengumpulan karbon dioksida.

Rajah di atas merupakan satu contoh kitar karbon.

15
Seterusnya, mempunyai pemahaman yang mendalam tentang peranan mikroorganisma
dalam mengatasi perubahan iklim adalah penting untuk merancang strategi mitigasi yang
berkesan. Beberapa mikroorganisma boleh mengurai bahan organik dan menghasilkan lebih
karbon dioksida atau metana, yang merupakan gas rumah hijau yang lebih berbahaya. Kita boleh
mencipta teknologi yang mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dengan mempelajari
mikroorganisma yang terlibat. Dalam rangka membangun kajian yang kukuh dalam bidang
mikrobiologi persekitaran, penelitian yang komprehensif, dan kemahiran menggunakan
teknologi terbaru adalah aspek yang amat penting. Dengan memperoleh pengetahuan dan
pemahaman yang lebih baik tentang mikroorganisma, kita boleh mengoptimumkan penggunaan
kitar karbon, mengurangkan kadar karbon dioksida di atmosfera, dan menghadapi perubahan
iklim dengan cara yang mampan dan bertanggungjawab.

Dr. Nur Hazlin bersama pelajar-pelajar Biosains dan Bioteknologi mengambil sampel
permukaan di salah satu stesen kereta api di Kuala Lumpur pada tahun 2019

Selain dari perancangan, beliau juga sedikit sebanyak telah memberitahu tentang harapan
beliau. Dr. Nur Hazlin berharap agar beliau dapat menghasilkan lebih banyak lagi pelajar-pelajar
siswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mengharapkan agar mahasiswa
serta mahasiswi di UKM untuk terus mengorak langkah demi mencapai impian serta berjaya
terutamanya mereka yang berada di tahun akhir pengajian. Dr. Nur Hazlin sentiasa mendoakan
kejayaan pelajar-pelajar yang sedang melangsungkan kajian di tahun akhir dan berjaya
mendapatkan keputusan yang cemerlang.

16
7.0 PENUTUP

Secara ringkasnya, kami dapat menyimpulkan bahawa Dr. Nur Hazlin Binti Hazrin
Chong adalah seorang yang sangat baik bukan sahaja daripada segi kerjanya, bahkan melalui
sikap dan akhlak beliau yang rendah diri, baik hati, keinginan untuk mendapatkan yang terbaik
untuk pelajarnya dan sikap peribadinya yang lain adalah merupakan contoh yang sepatutnya kita
sebagai mahasiswa atau mahasiswi contohi dan menjadikan beliau sebagai pendorong untuk
berjaya. Beliau bukan sahaja baik hati malah seorang yang lemah lembut dan bersopan santun
dalam menjaga tutur kata, begitu juga semasa beliau sedang mengajar. Selain itu, melalui beliau
juga kami dapat belajar bahawa tiada halangan yang tidak mampu untuk ditempuhi sekiranya
kita ikhlas dan nekad untuk menimba ilmu. Dia menyatakan bahawa untuk menjadi individu
yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan, kita harus mengejar dan
memperoleh sebanyak mungkin ilmu.

Sesi temubual pelajar bersama Dr Nur Hazlin Hazrin Chong

Seterusnya, beliau juga telah memenangkan banyak pertandingan dan berjaya merangkul
tempat pertama dalam pelbagai pertandingan yang beliau sertai. Hal ini telah menunjukkan
bahawa beliau adalah contoh yang baik untuk semua pelajar. Pada 2015, beliau juga memenangi
"The Best Thesis Award" dalam bidang mikrobiologi persekitaran. Perkara ini boleh mengajar
kita bahawa jika kita ingin mencuba sesuatu, kita harus melakukannya dengan sebaik mungkin
supaya kita boleh membuat keputusan yang baik dalam apa jua yang kita lakukan. Selain itu,
selepas memperoleh ijazah sarjana muda pada tahun 2009, beliau juga telah berkahwin. Baginya,

17
tidak salah untuk kita mempunyai teman istimewa semasa di universiti tetapi jadikanlah mereka
sebagai inspirasi atau pembakar semangat untuk kita belajar. Setelah menemu bual beliau, kami
juga terinspirasi untuk melakukan yang terbaik dalam hidup walau banyak liku yang perlu
diharungi untuk menjadi seseorang yang berjaya serta mampu untuk membantu masyarakat.
Beliau juga berpeluang untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat PHD tanpa mengambil
peringkat ijazah sarjana. Hal ini memberikan kami sekumpulan lebih bermotivasi untuk
mengikut jejak langkah beliau supaya menjadi seorang yang berjaya selepas tamat peringkat
ijazah sarjana muda kami nanti.

Kami bersyukur atas segala nikmat-Nya, kami akhirnya berjaya untuk menghasilkan
tugasan ini dengan penuh jayanya. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr.
Nur Hazlin Binti Hazrin Chong atas pengorbanan masanya untuk berkongsi sedikit mengenai diri
dan kisah hidupnya serta memberi tunjuk ajar kepada kami mengenai erti kehidupan. Dengan
adanya penutup/rumusan ini maka berakhirlah sudah laporan ini. Kami telah berjaya menyiapkan
laporan ini atas usaha dan kerjasama daripada setiap ahli kumpulan dalam memberikan
sumbangan masa dan tenaga yang besar serta memainkan peranan masing-masing.

sesi temubual pelajar bersama Dr Nur Hazlin Hazrin Chong

18
8.0 RUJUKAN

Beckmann, S., Luk, A. W. S., Gutierrez-Zamora, M.-L., Chong, N. H. H., Thomas, T.,

Lee, M., & Manefield, M. (2018). Long-term succession in a coal seam

microbiome during in situ biostimulation of coalbed-methane generation. The

ISME Journal, 13(3), 632–650. https://doi.org/10.1038/s41396-018-0296-5

Curriculum Vitae Dr. Nur Hazlin Binti Hazrin Chong. (n.d.). Retrieved from

ukmsarjana.ukm.my website:

https://ukmsarjana.ukm.my/main/muatturun_cv/SzAxNzkwMQ==

Deakin, U. (2023, June 14).

https://twitter.com/bluecarbonlab/status/1668841069767962624?s=46&t=r9D5gtx

mftD91N1ngfvvng. Retrieved June 21, 2023, from Twitter website:

https://twitter.com/bluecarbonlab/status/1668841069767962624?s=46&t=r9D5gtx

mftD91N1ngfvvng

Hazlin Hazrin-Chong. (n.d.). Retrieved from The Global Academy website:

https://theglobalacademy.ac/universiti-kebangsaan/dr-hazlin-hazrin-chong/

Hazrin-Chong, N. H., Das, T., & Manefield, M. (2021). Surface physico-chemistry

governing microbial cell attachment and biofilm formation on coal. International

Journal of Coal Geology, 236, 103671.

https://doi.org/10.1016/j.coal.2020.103671

Hazrin-Chong, N. H., & Manefield, M. (2012). An alternative SEM drying method using

hexamethyldisilazane (HMDS) for microbial cell attachment studies on

sub-bituminous coal. Journal of Microbiological Methods, 90(2), 96–99.

https://doi.org/10.1016/j.mimet.2012.04.014

19
Hazrin-Chong, N. H., & Manefield, M. (2015). Corrigendum to “An alternative SEM

drying method using hexamethyldisilazane (HMDS) for microbial cell attachment

studies on sub-bituminous coal” [J. Microbiol. Methods 90 (2012) 96–99].

Journal of Microbiological Methods, 110, 102.

https://doi.org/10.1016/j.mimet.2015.01.006

Hazrin Chong, H. (n.d.-a). https://twitter.com/ellin1012/media. Retrieved June 21, 2023,

from Twitter website: https://twitter.com/ellin1012/media

Hazrin Chong, H. (n.d.-b). https://twitter.com/hazlin_85. Retrieved June 21, 2023, from

Twitter website: https://twitter.com/hazlin_85

Nur Hazlin Hazrin-Chong. (n.d.). Retrieved from scholar.google.com website:

https://scholar.google.com/citations?user=dH87HiwAAAAJ&hl=en

Nur Hazlin Hazrin-Chong, Marjo, C. E., Das, T., Rich, A. M., & Manefield, M. (2014).

Surface analysis reveals biogenic oxidation of sub-bituminous coal by

Pseudomonas fluorescens. Applied Microbiology and Biotechnology, 98(14),

6443–6452. https://doi.org/10.1007/s00253-014-5832-2

Rahim, M. H. A., Hazrin-Chong, N. H., Harith, H. H., Wan-Mohtar, W. A. A. Q. I., &

Sukor, R. (2023). Roles of fermented plant-, dairy- and meat-based foods in the

modulation of allergic responses. Food Science and Human Wellness, 12(3),

691–701. https://doi.org/10.1016/j.fshw.2022.09.002

20
9.0 LAMPIRAN

21
22
23

Anda mungkin juga menyukai