Anda di halaman 1dari 32

GGGE3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

DR. AMIRAH BINTI ISMAIL

PENSYARAH:

LT. KOL. PROF. MADYA MOHD JASMY BIN ABD


RAHMAN

NAMA PELAJAR DAN NO. MATRIK:

NO NAMA NO. MATRIK

1. AIN NABILAH BINTI SAIFON NIZAM A193792

2. NUR ALLEEYA MAISARA BINTI ROSLI A196887

3. NUR QAMARINA BINTI RAHIM A193894

4. NURUL FARIZA NUR’NAJWA BINTI FAUZI A194778

5. NASUUHA BINTI MUHAMMAD @ S A KHUSHREN A196088


PRAKATA

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya maka laporan tokoh
akademik untuk kursus GGGE 3403 Fotografi ini telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang
diberikan. Seramai lima orang penulis yang terlibat dalam penulisan laporan tokoh akademik ini iaitu Ain
Nabilah Binti Saifon Nizam (A193792), Nur Alleeya Maisara Binti Rosli (A196887), Nur Qamarina Binti
Rahim (A193894), Nasuuha Binti Muhammad @ S A Khushren (A196088) dan Nurul Fariza Nur’Najwa
Binti Fauzi (A194778). Kami berasa amat bebesar hati kerana diberi peluang untuk menjalankan tugas ini
dengan menemu bual seorang tokoh yang hebat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Amirah Binti Ismail
diatas kerjasama dan masa yang telah beliau sumbangkan kepada kami bagi menyiapkan laporan ini.
Kami akan cuba untuk tidak mensia-siakan informasi yang telah dikongsikan dengan menggunakan dan
mengaplikasikan segala informasi yang telah dikongsi sebaik mungkin untuk diisi dalam laporan ini.

Pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu kami hadapi dengan kental sebelum dapat
menghasilkan sebuah laporan tokoh yang cemerlang dari segi penyampaiannya. Meskipun begitu, kami
berjaya mengatasi segala cabaran oleh kerana semangat dan usaha gigih kami dalam melengkapan
tugasan ini.

Tidak dilupakan juga kepada Leftenan Kolonel Prof. Madya Mohd Jasmy Abd Rahman Mohd
Jasmy Bin Abdul Rahman diatas tunjuk ajar yang diberikan kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Tanpa tunjuk ajar dari Encik Mohd Jasmy, mustahil bagi kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna.
ISI KANDUNGAN

Pendahuluan 4

Bab 1 : Latar Belakang Tokoh Dan Ahli Keluarga 7

Bab 2: Latar Belakang Pendidikan 9

Bab 3: Pembinaan Kerjaya 13

Bab 4: Kejayaan Dan Sumbangan 18

Bab 5: Perancangan Dan Harapan 22

Penutup 25

Rujukan 26

Lampiran 27
PENDAHULUAN

Tugasan ini adalah berkaitan dengan biografi seorang tokoh akademik dan juga
pensyarah dari Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat (FTSM) di Universiti Kebangsaan
Malaysia Kampus Bangi, Selangor iaitu Dr. Amirah Binti Ismail. Nama beliau sudah tidak asing
lagi dalam dunia perkomputeran atas sumbangan dalam dan luar bidang yang beliau ceburi.
Biografi ini mengandungi 5 bab utama yang akan diceritakan perjalanan dan perihal tokoh
akademik, Dr. Amirah Binti Ismail yang telah disusun ikut kronologi tentang kehidupan awal
sehingga perkembangan terkini dan semasa.

Bab pertama yang akan dibicarakan dalam biografi tokoh ini adalah berkaitan dengan
latar belakang juga sedikit sebanyak menyentuh kehidupan awal tokoh akademik yang telah
dipilih. Melalui bab ini, kita akan mengetahui serta mendalami sedikit sebanyak latar belakang
mengenai asal-usul, negeri kelahiran dan latar belakang keluarga beliau yang bermula daripada
adik-beradik sehinggalah kehidupan terkini tokoh bersama suami dan anak-anak beliau bakal
diceritakan di dalam tugasan laporan tokoh akademik ini.
Pelajar Kursus Citra Fotografi UKM bersama-sama Dr. Amirah Binti Ismail

Seterusnya, bab kedua akan menceritakan tentang tahap pendidikan beliau yang bermula
dari pendidikan awal beliau yang bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke menara gading.
Bab ini akan lebih menghuraikan berkenaan bagaimana beliau mampu mencapai kejayaan secara
berperingkat bermula dari sekolah sehingga kini telah menjadi pensyarah di Universiti
Kebangsaan Malaysia yang berwibawa.

Di samping itu, bab ketiga pula mengisahkan tentang pembinaan kerjaya yang telah
dibina oleh Dr. Amirah Binti Ismail setelah bergelar seorang graduan universiti. Bab ini akan
menceritakan lebih lanjut tentang perjalanan dan arah tuju beliau dalam membina kerjaya setelah
tamat tempoh pengajian, bermula pekerjaan sebagai pengacara selepas graduasi dan kemudian
sehingga menjadi seorang pensyarah di bawah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat di
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pelajar Kursus Citra Fotografi UKM bersama-sama Dr. Amirah Binti Ismail

Selain itu, bab keempat pula akan mengetengahkan tentang kejayaan dan sumbangan Dr.
Amirah Binti Ismail sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Bab ini juga akan membuka ruang
bagi pembaca untuk mengetahui beberapa karya hasil dari penerbitan kertas penyelidikan dan
beberapa sumbangan lain seperti ilmu yang dicurahkan dari seorang pensyarah kepada
pelajarnya dan kegiatan beliau dalam aktiviti sukarelawan. Kejayaan dan sumbangan yang
dibawa oleh tokoh ini wajar dijadikan pedoman hidup dan wajar dijadikan contoh yang terbaik
kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Akhir sekali adalah bab kelima iaitu tentang perancangan dan harapan tokoh. Bab
terakhir ini akan mengulas tentang perancangan Dr. Amirah Binti Ismail pada masa hadapan
yang merangkumi aspek keluarga, kerjaya dan juga pendidikan yang khususnya untuk anak-anak
didik beliau. Dr. Amirah Binti Ismail turut menyatakan harapan beliau iaitu agar lebih ramai
anak muda yang merupakan golongan harapan negara bertekad untuk tidak menghadkan diri
dalam akademik sahaja akan tetapi bergiat aktif dan berkembang dalam bidang dan aktiviti lain.
LATAR BELAKANG TOKOH DAN AHLI KELUARGA

Dr. Amirah Binti Ismail atau nama sebenar beliau Amirah Binti Ismail telah dilahirkan
pada tanggal 15 November 1973. Beliau yang kini berumur 50 tahun merupakan anak kelahiran
Pekan, Pahang. Beliau merupakan anak sulung daripada sembilan orang adik beradik. Almarhum
Bapa beliau merupakan seorang bekas pensyarah di UKM manakala pekerjaan ibu beliau tidak
dapat kami kenal pasti. Semasa menemu ramah tokoh ini, beliau mengatakan bahawa latar
belakang dan kehidupan keluarga beliau adalah sama seperti kehidupan keluarga yang lain dan
tiada yang istimewa. Akan tetapi, beliau ada mengatakan bahawa beliau dibesarkan oleh kedua
ibu bapanya dengan penuh kasih sayang.

Berdasarkan penceritaan beliau mengenai latar belakang dirinya, beliau banyak


menyentuh mengenai kehidupan beliau di Sekolah Berasrama Penuh. Selama 5 tahun di Sekolah
Berasrama Penuh, beliau banyak berdikari oleh sebab jauh dari keluarga yang merupakan
support system beliau. Dr Amirah Binti Ismail mengatakan bahawa ia merupakan satu cabaran
untuk berjauhan daripada keluarga tercinta tambahan pula dengan tekanan yang beliau tempuhi
bagi memastikan diri beliau tidak keciciran dalam pelajaran untuk berada pada tahap yang sama
dengan pelajar-pelajar yang lain. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Dr Amirah seorang yang
sangat mementingkan pelajaran dalam aspek kehidupan beliau.

Untuk pengetahuan umum, Dr Amirah Binti Ismail telah berkahwin dan suaminya juga
merupakan salah seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu
Dr Mohd Isa bin Hamzah. Hasil daripada perkahwinan itu beliau telah dikurniakan 3 orang
cahaya mata. Anak sulungnya juga merupakan salah seorang pelajar tahun akhir di UKM dalam
bidang psikologi. Dr Amirah seorang yang komited dalam menjaga maklumat mengenai
keluarganya. Oleh sebab itu, beliau memilih untuk merahsiakan identiti keluarga beliau dan lebih
selesa untuk bercerita mengenai dirinya dan penganugerahan yang dikecapi. Walau
bagaimanapun, beliau amat bersyukur dianugerahkan sebuah keluarga yang banyak memberikan
sokongan dan dorongan dalam hidupnya.
Pekan, Pahang

Potret keluarga Dr Amirah Binti Ismail bersama suami dan anak-anaknya


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Dr Amirah telah mendapat pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Menengah


Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang. Beliau menuntut di sekolah ini selama 5 tahun. Menurut
beliau, semasa di sekolah, beliau seorang yang pendiam dan kurang berkeyakinan. Beliau
mengatakan bahawa beliau legih gemar dalam aktiviti sukan dan riadah. Beliau pernah mewakili
sekolah dalam acara bola tampar dan basketball.Walaubagaimanapun, Dr Amirah tidak pernah
ketinggalan dalam pelajaran. Beliau menceritakan bahawa beliau banyak membuat ulang kaji
sendiri tanpa sebarang kelas tambahan. Akhirnya, beliau berjaya bergraduasi dengan keputusan
cemerlang dalam SPM.

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang


Seusai menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Dr Amirah
menyambung pelajaran di ITM pada tahun 1997 dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian
Maklumat. Menurut beliau, pada awalnya, beliau menyatakan bahawa menyambung
pembelajaran dalam bidang pengkomputeraan bukanlah pilihan awal beliau. Semasa di sekolah
beliau lebih dapat pendedahan untuk menceburui bidang seperit kedoktoran, kejuruteraan dan
undang-undang. Akan tetapi, selepas beliau menyambung pengajian ijazah sarjana muda, beliau
melihat potensi bidang pengkomputeran sebagai seorang pendidik ini untuk berkembang pada
masa depan.

Universiti Teknologi Mara

Pada tahun 2000, beliau meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang teknologi maklumat. Perjalanan beliau tidak
berhenti di situ sahaja. Dengan berkat kerja keras dan doa, beliau telah ditawarkan untuk
melanjutkan pengajian Doktor Falsafah di luar negara. Kali ini, beliau perlu berhijrah ke
Univercity of Warwick, United Kingdom. Beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah
Kedoktoran dalam bidang Sains Komputer dan berjaya memperoleh gelaran Doktor falsafah
sekaligus berjaya menamatkan perjalanan beliau di institut pendidikan tersebut.
Universiti Kebangsaan Malaysia

University of Warwick, United Kingdom.


Potret graduasi Dr. Amirah Binti Ismail setelah berjaya melengkapkan pengajiannya dan
peroleh gelaran doktor falsafah
PEMBINAAN KERJAYA

Beliau merupakan seorang yang berjiwa komuniti dan suka berinteraksi dengan semua
golongan dari pelbagai latar belakang. Sikapnya yang juga suka akan cabaran telah membantu
beliau untuk sampai ke tahap yang cemerlang dalam hidupnya. Beliau aktif dalam mencuba
sesuatu yang baharu di luar bidang asalnya dan ini telah meningkatkan keyakinan dalam dirinya.

Namun, perjalanan beliau bukanlah mudah untuk sampai ke kedudukannya sekarang,


sebaliknya dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Walau bagaimanapun, dengan sikap
tabah yang tinggi, beliau berjaya mengharungi segala cabaran dengan jayanya. Beliau telah
menamatkan pengajiannya di salah sebuah universiti terkemuka iaitu University of Warwick,
United Kingdom dalam bidang Sains Komputer.

Sebelum melanjutkan pelajaran di University of Warwick, beliau terlebih dahulu


melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Teknologi Mara. Pada waktu yang sama
dalam meneruskan pengajian tersebut, beliau juga telah bekerja secara sambilan sebagai seorang
pengacara TV3. Perjalanan beliau dapat menjadi seorang pengacara adalah bermula dimana
beliau menceburkan diri dalam Pertandingan Pengacara Jemputan Nona dan berjaya menjadi
salah seorang finalis. Beliau menyatakan bahawa mentor beliau yang banyak memberi tunjuk
ajar dalam rancangan tersebut ialah Haji Aznil Nawawi, Nurfarahin Jamsari dan Wan Zaleha
Radzi. Seterusnya, beliau telah dipinang oleh TV3 untuk menjadi seorang pengacara pada tahun
1997. Bagaimanapun, beliau berkata bahawa pekerjaan tersebut sangat glamour dan seseorang
itu harus bijak dalam membawa dan menguruskan diri kerana masyarakat memandang tinggi
terhadap kerjaya itu. Walaupun mencabar, beliau tetap yakin akan dirinya dan memandang
pekerjaan tersebut sebagai pengalaman yang amat menarik. Akhirnya, setelah hampir setahun
bergelar pengacara, beliau mendapat tawaran untuk menjadi seorang pengajar atau tutor di
UKM.

Rancangan Nona TV3


Finalis Pertandingan Pengacara Jemputan Nona

Pada tahun 2000, beliau berjaya berkhidmat sebagai pengajar di UKM sehingga kini.
Beliau berkata bahawa menjadi pensyarah adalah tugas hakiki yang sedang dilakukan selama 23
tahun dan juga kini beliau sibuk mengajar, mendidik dan menyelia semua golongan pelajar dari
peringkat sarjana muda, peringkat sarjana dan juga peringkat PhD. Selain menjadi pengajar,
beliau juga merupakan pensyarah kanan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Beliau juga
pernah berkhidmat sebagai penolong Dekan HEPA selama 3 tahun iaitu dari tahun 2015 hingga
tahun 2017. Akhirnya, kini beliau menjadi ketua penasihat Kelab Multimedia Interaktif (IMec)
yang dilantik oleh Dekan dan akan berkhidmat selama 3 tahun yang akan datang.
Dr Amirah Ismail bersama penasihat-penasihat Kelab IMeC

Dr Amirah Ismail di sekitar Majlis Bonding Day, IMeC


Penasihat-penasihat IMeC bersama Dekan FTSM

Dr. Amirah Ismail bersama peserta-peserta pada hari Pertandingan Infografik Digital &
Pertandingan Animasi Digital
Dr. Amirah Ismail bersama ahli-ahli IMec pada jamuan hari raya IMeC
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Walaupun beliau masih muda dan baru sahaja memulakan kerjaya sebagai pensyarah, namun
banyak kejayaan dan sumbangan telah diberi sepanjang perjalanan hidup beliau. Namun,
sumbangan tersebut pada pandangan beliau adalah sebuah tanggungjawab yang perlu untuk
mendepani cabaran yang lebih besar dan bukan sumbangan semata-mata.

Beliau telah memegang jawatan sebagai pensyarah di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
(FTSM) selama dua puluh tiga tahun iaitu dari tahun 2000 sehinggalah sekarang. Seterusnya,
beliau pernah berkhidmat sebagai seorang felo di Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah
Hashim. Tempoh perkhidmatannya adalah bermula dari tahun 2015 sehingga tahun 2017.

Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat,UKM

Beliau juga sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti di luar fakulti. Maka, beliau juga menggalas
tanggungjawab sebagai setiausaha di Pertubuhan Pondok Pendidikan Dewasa (warga emas).
Bahkan, beliau aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti NGO iaitu, Non-Governmental
Organization (Pertubuhan Bukan Kerajaan) merupakan badan atau pertubuhan sukarela yang
bergerak dalam bidang sosial, ekonomi, kebudayaan, alam sekitar, kesihatan, pembasmian
kemiskinan, budaya dan sastera atau pendidikan dengan matlamat dan fungsinya yang tertentu.
Beliau merupakan Timbalan Presiden WAFIQ (Women’s Alliance for Family Institution and
Quality Education). Beliau mengatakan bahawa NGO ini sangat aktif kerana sering keluar dalam
laman media sosial.

Tambahan lagi, beliau juga bergiat aktif dalam menulis pelbagai research dan artikel di surat
khabar mengenai bidang teknologi maklumat. Pensyarah juga perlu menyelidik dan berupaya
meneroka bidang-bidang yang berkaitan dengan kepakaran masing-masing menurut beliau.
Melalui penulisan tersebut, beliau telah menghasilkan artikel dalam beberapa surat khabar Sinar
Harian. Antaranya ialah “Kesalinghubungan internet sebagai utiliti ketiga” oleh Hasniza Hussain. Dr
Amirah Ismail berkata mengenai pengiktirafan jaringan telekomunikasi sebagai utiliti ketiga, ia
sangat bertepatan dan tiba masanya Malaysia perlu ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’
dengan negara-negara membangun. Katanya lagi, jaringan telekomunikasi ini diibaratkan seperti satu
keperluan dan bukan lagi satu kehendak semasa.

Artikel “Kesalinghubungan internet sebagai utiliti ketiga”, Sinar Harian


Di samping itu, beliau ada menulis serba sedikit tentang artikel yang bertajuk “Maklumat,
data MySejahtera sentiasa dilindungi” yang diterbit oleh Hisyamuddin Ayub. Beliau berkata
bahawa data peribadi orang ramai di KKM itu dikawal selia oleh Agensi Keselamatan Siber
Negara (NASCA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Malah, jelasnya, semua data yang
ada pada KKM adalah selamat kerana ia diuruskan menggunakan Akta Kawalan dan Pencegahan
Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Perubatan 1971.

Artikel “Maklumat, data MySejahtera sentiasa dilindungi”

Akhir sekali, artikel yang juga diterbit oleh Hasniza Hussain mengenai tajuk “Banyak
peluang pekerjaan punca Cyberjaya jadi pilihan”. Di sini, beliau berkata susulan dengan itu,
terdapat sebagian warga asing dari pelbagai negara terlihat mampu membuka kedai-kedai mereka
di situ. Dalam pada itu, Dr Amirah Ismail juga tidak menafikan faktor kedudukan strategik
Cyberjaya yang mempunyai akses internet yang baik juga menjadi bonus tambahan untuk
golongan asing menjalankan aktiviti haram mereka.
Artikel “Banyak peluang pekerjaan punca Cyberjaya jadi pilihan”

Di sebalik kejayaan yang beliau peroleh sepanjang hidupnya, beliau telah mengamalkan
work-life balance dalam kehidupan kesehariannya. Beliau yang merupakan ibu kepada tiga orang
cahaya mata ini mempunyai cara tersendiri untuk membahagikan masa antara kerjaya dan
rumahtangga. Beliau menyatakan tentang tiga perkara iaitu pertama adalah pada waktu bekerja,
beliau akan bekerja sebaik-baiknya dan kedua beliau akan meluangkan masa bersama keluarga
pada waktu rehat. Akhir sekali, beliau akan melibatkan diri dalam aktiviti NGO jika mempunyai
masa yang terluang. Wanita perlu bijak mengawal emosi dan melaksanakan jadual untuk
memastikan kedua-duanya dapat berjalan dengan seiring dan lancar.
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Sebagai seorang pensyarah yang telah menceburi dalam bidang pendidikan dalam tempoh
yang agak lama sebagai pensyarah terutamanya sebagai seorang yang memegang gelaran doktor
falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau melihat bahawa tugas pendidik ini adalah
amat besar dan penting untuk negara. Ini kerana pendidik adalah teras utama negara dimana dari
mereka terlahirnya graduan-graduan berkualiti dan anak-anak muda yang bertamadun dan
bijaksana daripada pelbagai bidang seterusnya akan mengemudi negara untuk masa depan yang
lebih cerah.

Perancangan beliau pada masa hadapan dalam bidang pekerjaan terutamanya di


Universiti Kebangsaan Malaysia adalah untuk mendapatkan jawatan sebagai seorang profesor
kerana ia merupakan cita-cita bagi setiap seorang pensyarah untuk mencapai jawatan yang
tertinggi tetapi beliau menyatakan bahawa beliau perlu menerokai lebih banyak kemahiran dan
pengalaman untuk meningkatkan kebolehan diri sebelum mendapatkan jawatan profesor. Oleh
itu, beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti akademik dan meluangkan waktu lapang
membuat aktiviti bersama masyarakat dengan menyertai pelbagai NGO seperti Pertubuhan
Pondok Pendidikan Dewasa yang memegang jawatan sebagai Setiausaha dan NGO Wafiq yang
memegang jawatan sebagai timbalan presiden kerana apabila beliau menyertai aktiviti tersebut
beliau dapat mengkaji dan menambah ilmu pelbagai perkara terutamanya bersama warga emas
dan orang yang memerlukan.

Logo Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education


Carta Organisasi WAFIQ
Selain itu, beliau juga suka menerokai pelbagai perkara yang melibatkan masyarakat
kerana beliau berpendapat jika seseorang itu adalah seorang akademia yang merupakan ahli
akademik tidak menghadkan diri hanya di universiti sahaja malah kita mestilah mendorong diri
kita untuk berhadapan dengan masyarakat. Beliau sentiasa menghadiri program yang
melibatkan penyertaan yang berkaitan dengan bidang kepakaran beliau.

Di samping itu, beliau juga mempunyai harapan yang besar terhadap golongan generasi
muda pada masa kini. Beliau menyatakan generasi masa kini terdedah dengan pelbagai
unsur-unsur yang mungkin menyebabkan tergelincir daripada jalan yang lurus. Beliau
memberitahu generasi beliau tidak terlalu terbuka berbanding dengan generasi sekarang yang
mungkin disebabkan oleh kemajuan teknologi yang banyak melibatkan internet, tiktok dan
segala kemudahan yang lain. Pada zaman dahulu, tiada teknologi kerana lebih kepada fizikal
aktivti seperti membaca buku, pergi ke perpustakaan dan membuat aktiviti berfaedah yang
melibatkan akademik sahaja. Oleh itu, beliau memberikan harapan yang tinggi kepada anak
muda generasi sekarang supaya pandai memilih kawan kerana kalau kita silap memilih kawan
mudah untuk terjerumus kepada perkara yang tidak elok. Yang kedua, generasi sekarang
mestilah mempunyai pendirian dan pandai menapis sesuatu isu dan jangan percaya kepada
setiap berita yang dikeluarkan di media massa supaya tidak mudah melatah ataupun cepat
terpengaruh kepada berita tersebut.

Beliau juga memberitahu hiburan merupakan cabaran paling tinggi pada masa kini
seperti mana yang dikaji oleh anak beliau yang merupakan pelajar tahun akhir bidang psikologi
di UKM. Anak beliau sendiri mengkaji tentang psikologi manusia dan bak kata pepatah sudah
terang lagi bersuluh, cabaran generasi sekarang berhadapan dengan dunia yang terlalu pantas
kerana pengaruh di luar sangat kuat berbanding di dalam rumah. Pengaruh diluar sangat dahsyat
kerana beliau terlibat dengan komuniti dan banyak gejala sosial pada masa sekarang yang tidak
terkawal terutamanya berkaitan isu LGBT. Beliau dalam NGO Wafiq terlibat juga untuk
memberikan kesedaran untuk mendapatkan maklumat yang betul kepada isu tersebut daripada
sumber-sumber media elektronik atau internet. Jadi beliau berharap, generasi muda tidak
terjerumus dengan perkara tersebut kerana tidak mendatang faedah dan hanya meningkatkan
kerisauan kepada ibu bapa sahaja.

Akhir sekali, beliau juga mempunyai moto hidup iaitu bersyukur dan mempunyai
kemajuan untuk melangkah ke hadapan. Beliau juga menyatakan “everyday should be better
than yesterday” dan janganlah kita membandingkan diri kita dengan orang lain. Kita perlulah
membandingkan dengan diri kita sendiri dan cuba untuk jadi lebih baik daripada diri kita yang
semalam. Selain itu, moto beliau juga adalah sentiasa berfikiran positif. Beliau memberitahu
bahawa tanggapan pertama beliau terhadap seseorang adalah hanya melihat perkara yang baik
dan “everything should be positive”. Beliau memesan bahawa dengan bersangka baik, hati
akan sentiasa menjadi tenang daripada segala masalah yang berlaku.
PENUTUP

Secara ringkasnya, kami dapat simpulkan bahawa Dr. Amirah Binti Ismail merupakan
seorang yang amat hebat bukan sahaja daripada segi kerjanya bahkan melalui sikap dan akhlak
beliau yang rendah diri, baik hati dan sentiasa berfikiran positif dalam membimbing dan
mendidik pelajarnya. Dalam temubual ini, telah terdapat perkongsian yang sangat bermakna dan
penuh ilmu untuk dijadikan sebagai teladan yang baik kepada pelajarnya. Kami ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Amirah yang telah memberikan
pandangan dan pengetahuan yang luar biasa. Beliau telah menunjukkan komitmen yang kuat
terhadap pendidikan dan kecemerlangan akademik dan kehadiran beliau di sini hari ini memberi
inspirasi kepada kami semua.

Beliau adalah pilar penting dalam kejayaan pendidikan. Beliau bukan sahaja
menyampaikan fakta-fakta dan teori-teori, malahan beliau juga berusaha untuk membina
hubungan yang bermakna dengan para pelajar. Melalui keterampilan komunikasi dan dedikasi,
beliau telah memberikan impak yang positif dalam perkembangan pelajar-pelajar. Beliau juga
secara tidak langsung memberikan kesedaran bahawa semua yang berlaku dalam hidup ini
adalah dari kehendak yang Maha Pencipta. Segala halangan dan rintangan haruslah kita harungi
dengan semangat yang tinggi kerana tanpa semangat yang tinggi, kita akan mudah mengalah

Selain daripada itu, beliau juga telah menunjukkan keupayaan untuk menggalakkan
pemikiran kritis dan analisis dalam kalangan pelajar-pelajar anda. Pendekatan pengajaran beliau
yang menyeronokkan dan interaktif telah merangsang minat pelajar-pelajar untuk belajar dengan
lebih efektif. Beliau adalah seorang yang berbakat dalam menerapkan pengetahuan kepada
pelajar dengan cara yang menarik dan menarik hati. Beliau juga banyak memberikan kata-kata
motivasi yang bermakna agar pelajar sekarang sentiasa berwaspada dengan keadaan di sekeliling
agar tidak terjerumus dengan perkara yang tidak bermanfaat.

Dalam masa yang singkat ini, kita telah melihat kebesaran dan keilmuan yang terpancar
melalui kata-kata Dr. Amirah. Dari pandangan kita tentang topik ini, kami percaya bahawa kita
telah diberikan panduan yang amat berharga untuk melangkah ke hadapan dalam bidang ini.
Beliau telah memberikan inspirasi kepada kami untuk terus mencapai kecemerlangan dan
mengejar impian kami.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih sebesar-besarnya kepada Dr. Amirah
yang terbaik. Beliau adalah sumber inspirasi dan teladan yang kami semua perlu ada dalam
perjalanan pendidikan kami. Semoga beliau terus berjaya dalam segala usaha anda dan terus
memberi kesan positif kepada generasi akan datang. Akhir kata, usaha dan kerjasama daripada
setiap ahli kumpulan ini telah memberi sumbangan yang amat besar dalam menghasilkan laporan
ini.
RUJUKAN

Curriculum vitae. CURRICULUM VITAE DR. AMIRAH BINTI ISMAIL. (n.d.) Retrieved
June 15, 2023, from https://ukmsarjana.ukm.my/main/muatturun_cv/SzAwNzkxMw==

Google.(n.d.) Google maps. Retrieved June 15, 2023, from


https://www.google.com.my/maps/place/Pekan,+Pahang/@3.3217439,101.975948,8.76z/data=!4
m6!3m5!1s0x31cf148d79ac4dfb:0x7189f6db57736bb6!8m2!3d3.492095!4d103.3895446!16zL2
0vMDRnZnJo?entry=ttu

Amirah ISMAIL | Senior Lecturer | Doctor of Philosophy | University Kebangsaan Malaysia |


ukm | School of Computer Science | Research profile. (n.d.) ResearchGate. Retrieved June 15,
2023 from https://www.researchgate.net/profile/Amirah-Ismail

Hussain, H. (2020, November 17). Kesalinghubungan internet sebagai utiliti ketiga. Sinar
Harian. Retrieved June 15, 2023, from
https://www.sinarharian.com.my/article/110616/BERITA/Nasional/Kesalinghubungan-internet-s
ebagai-utiliti-ketiga

Ayub, H. (2021, September 25). Maklumat, data MySejahtera sentiasa dilindungi. Sinar Harian.
Retrieved June 15, 2023, from
https://www.sinarharian.com.my/article/163352/BERITA/Nasional/Maklumat-data-MySejahtera-
sentiasa-dilindungi

Idayu, R. (2019b). Teruskan LEGASI KELUARGA Sebagai PENSYARAH Pilihan YM DR


TENGKU AMIRAH IBNI ALMARHUM TENGKU HAJI ISMAIL. Nona. Retrieved June 15,
2023, from
https://www.nona.my/teruskan-legasi-keluarga-sebagai-pensyarah-pilihan-ym-dr-tengku-amirah-
ibni-almarhum-tengku-haji-ismail/#

Hussain, H. (2019, November 24). Banyak peluang pekerjaan punca Cyberjaya jadi pilihan.
Sinar Harian. Retrieved June 15, 2023, from
https://www.sinarharian.com.my/article/58804/BERITA/Nasional/Banyak-peluang-pekerjaan-pu
nca-Cyberjaya-jadi-pilihan
LAMPIRAN

Gambar Dr. Amirah Binti Ismail yang meluangkan masa dengan kami untuk menyiapkan
laporan ini

Sesi temu ramah bersama Dr. Amirah Binti Ismail


Dr. Amirah aktif dalam penglibatan bersama WAFIQ

Dr. Amirah bersiaran dalam rancangan Pagi Pertiwi


Dr. Amirah bersama suaminya, Dr. Isa di surat khabar Utusan Malaysia
Antara kertas penyelidikan yang telah dihasilkan oleh Dr. Amirah bersama rakan-rakan
pensyarahnya
Dr. Amirah dalam Majalah Nona terbitan Ogos 2018

Anda mungkin juga menyukai