Anda di halaman 1dari 10

HALA TUJU PELAJAR-PELAJAR ALIRAN

AGAMA SELEPAS SIJIL PELAJARAN


MALAYSIA (SPM) DAN SIJIL TINGGI AGAMA
MALAYSIA (STAM)

OLEH
JAMIL BIN A. BAKAR @ ABU BAKAR
815775
MSc Counselling
Universiti Utara Malaysia.
abjamil73@yahoo.com.my









Hala Tuju Pelajar-Pelajar Aliran Sekolah Agama Selepas Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Jamil Bin A. Bakar @ Abu Bakar
MSc Counselling
Universiti Utara Malaysia.

Abstrak
Kertas cadangan ini adalah mengutarakan satu kajian dan panduan
kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi
Agama Malaysia (STAM) dalam memilih hala tuju mereka, teruatamanya bagi
menyambung pelajaran. Kebelakangan ini didapati, ramai pelajar keliru,
tertanya-tanya dan tidak yakin akan hala tuju mereka.
Seringkali para remaja tertanya-tanya ke mana hala tujuan mereka
selepas SPM? Aliran apa yang perlu mereka ambil? Universiti mana yang
paling sesuai? Perlukah ke luar negara? Perlukah mencari biasiswa? Perlukah
isu ini saya fikirkan atau saya biarkan sahaja ibu bapa, kawan-kawan atau
nasib menentukan ke manakah arah tujuan hidup saya?
Ramai yang sebenarnya mengabaikan kepentingan tentang berfikir dan
memilih jurusan/aliran yang sesuai. Ini kerana, kita mungkin tidak sedar
tentang kemungkinan yang kita akan bergelumang dalam kerjaya/ profesion
kita buat masa yang lama atau hingga ke akhir hayat. Jadi, tidak wajar bagi
kita membiarkan orang lain menentukan masa depan kita.





Pengenalan
Untuk nasihat dan pedoman dalam memilih aliran yang sesuai selepas
meninggalkan bangku sekolah, terdapat banyak aspek yang perlu diambil kira.
PENDIDIKAN hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat
hidup dengan sempurna, bahagia, kuat jasmani, sempurna akhlaknya,
halus dan mulia perasaan dan budinya, cekap dalam melakukan
pekerjaan, rajin, tahu bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya,
tulisannya, tutur lisannya, perasaan cinta dan sayang kepada dirinya,
keluarga dan masyarakat serta mencintai tanahairnya.
PROF MUHAMMAD ATHIYAH AL-ABRASYI (1897-1981)
Setiap manusia dilahirkan dengan bakat, minat dan kemahiran tersendiri.
Tanpa ketiga-tiganya, amat mustahil kita boleh fokus dan kekal dalam sesuatu
bidang.
Apakah yang kita suka lakukan? Apakah perkara yang membuatkan
kita sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melakukannya? Apakah
perkara yang kita sanggup lakukannya sepenuh hati walaupun tidak dibayar?
Kenalilah diri kita dengan bertanya diri sendiri apakah bakat, minat dan
kemahiran kita kerana itulah anugerah semulajadi kepada kita.
Contohnya, Imam Sibawaih suatu ketika pernah cuba mendalami Ilmu
Hadith, tetapi beliau terpaksa menukar bidang apabila didapati mengalami
kesukaran menghafal. Akhirnya , beliau menemui bidang yang sesuai dengan
bakatnya iaitu tatabahasa Arab dan berjaya menjadi seorang Ulama yang
hebat dalam Ilmu Nahu.
Chef Wan , sebelum memasuki bidang masakan merupakan seorang
graduan dalam bidang Akauntan. Akhirnya kerana minatnya yang mendalam
terhadap dunia masakan menyebabkannya meninggalkan kerjaya sebagai
akauntan dan mempelajari bidang yang baru di California Culinary Academy.
Berkat minat dan usaha gigihnya, akhirnya beliau kini gah seantero dunia
sebagai pakar dalam bidang kulinari malahan dilantik sebagai Duta Masakan
Malaysia.
Kisah pengasas iluvislam.com, Mohd Imran Koyube juga amat menarik
untuk dikongsikan. Dia sebelum ini pernah melanjutkan pelajaran dalam
bidang perubatan di Universiti Leicester. Pada masa yang sama, dia juga turut
memajukan portal iluvislam.com dalam usaha menyebarkan ilmu dan dakwah
ke seluruh dunia. Imran berkata, pembabitan serius memajukan
iluvislam.com bermula penghujung 2008. Sebaik menyedari potensi
iluvislam.com untuk maju, dia mengambil tindakan drastik berhenti daripada
pengajiannya dalam bidang perubatan di Universiti Leicester. Katanya, dia
tidak berasa terkilan meninggalkan impian masa kecil untuk bergelar doktor
kerana iluvislam.com.
Saya tekad berhenti belajar daripada jurusan kedoktoran setelah
mendapati iluvislam is my passion (keghairahan saya). Saya sedikit pun tidak
menyesal kerana saya yakin ia boleh menjadi peluang perniagaan
berjaya. Mungkin orang fikir tindakan saya meninggalkan dunia kedoktoran
tidak berasas, tetapi saya perlu lakukan sesuatu yang berbeza. Saya rasa ia
boleh dikatakan sumbangan saya kepada generasi muda dan agama, katanya.
Pengorbanannya berbaloi kerana dia mampu menggaji 20 pekerja dan
hampir 300 sukarelawan untuk menggerakkan iluvislam.com.
Perkembangan iluvislam.com mendadak sehingga menjadi organisasi dikenali
memberi cabaran pada dirinya. Dia tetap giat memajukan syarikat dengan
terus menawarkan khidmat laman web, bahan bacaan dan cenderahati, malah
maju setapak apabila dia melancarkan stesen radio untuk syarikatnya baru -
baru ini. Berkat kecekalan dan komitmen menyebarkan ilmu dan berdakwah,
dia juga berjaya menjadi seorang jutawan muda!
Secara amnya, minat/ bakat/kemahiran kita boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis berdasar Teori Holland (1996):
A. Realistik (Realistic) Berkemahiran dalam athletic dan mekanikal. Mereka
ini suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan dan
haiwan. Juga berminat bekerja di dalam situasi out door berbanding di dalam
pejabat
B. Siasatan (Investigative) - Amat berminat dengan pemerhatian,
mempelajari, menyelidik, menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah
melalui penyelidikan serta berkamahiran dalam bidang saintifik dan
matematik serta meminati kerjaya-kerjaya bercorak teknikal
C. Kesenian (Artistic) -Memiliki kebolehan kesenian, sangat kreatif dan
berinovasi. Juga mempunyai kebolehan intusi dimana suka bekerja di dalam
situasi tidak atau kurang berstruktur. Dalam ertika bebas kerana tidak
minat dan tidak suka bekerja di dalam keadaan yang rutin atau berulang-
ulang. Sentiasa menggunakan daya imiginasi dan daya kreativiti.
D. Sosial (Social) - Suka bekerja dan beinteraksi sesama manusia. Suka
memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat
kerja-kerja kebajikan untuk orang lain. Berkemahiran menggunakan tutur
kata serta mahir dalam komunikasi dan mempunyai matlamat, terutamanya
adalah membuat kebajikan.
E. Berdaya Usaha (Enterprising)- Suka dan minat bekerja dan berinteraksi
sesama manusia. Berminat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan
menguruskan orang lain juga mahir dalam memanipulasi. Namun
matlamatnya adalah bagi mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan
ekonomi.
F. Konvensional / Kelaziman (Conventional)-Suka bekerja dengan data dan
nombor. Mereka ini mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta
mempunyai kebolehan dam kemahiran dalam menggunakan nombor dan
melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.
Ingin tahu jurusan apa yang sesuai untuk anda? Kenali bidang yang sesuai
dengan anda dengan mengambil ujian online RIASEC (Holland Code). Jangan
sampai tersalah pilih. Kelak menyesal merana badan. Ianya boleh diambil
secara atas talian melalui laman sesawang berikut :
http://personality-testing.info/tests/RIASEC.php



Mata Pelajaran yang di ambil oleh Pelajar Aliran Sekolah Agama.
Secara umumnya pelajar aliran agama mengambil 12 mata pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBSM dan 10 Matapelajaran Buuth
Al Azhar seperti di bawah.
Subjek KBSM bagi Aliran Agama
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sejarah
5. Bahasa Arab
6. Pendidikan Syariah Islamiah
7. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
(Aliran Sains dan Pengajian Islam)
8. Fizik
9. Kimia
10. Biologi
11. Matematik Tambahan

(Aliran Pengajian Islam dan Sastera Iktisas)
8. Matematik Tambahan
9. Prinsip Akaun
10. Ekonomi
11. Sains

(Aliran Pengajian Islam Tulen)
8. Perdagangan
9. Ekonomi
10.Sains

Mata Pelajaran Buuth Al Azhar
Tafsir
Fekah
Usul Fiqh
Hadis
Sirah
Bahasa Arab (penulisan, tatabahasa dan kefahaman)
Tauhid
Al Quran dan Tawjid
Jadi jumlah kebiasaan bagi setiap pelajar ialah 22 mata pelajaran
sekurang-kurangnya, ini tidak termasuk matapelajaran tambahan seperti
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Sivik.
Bagi Kukikulum STAM pula, pelajar mengambil subjek-subjek berikut :
1 Hifz Al-Quran dan Tajwid (Bertulis dan Lisan)
2 Fiqh (Bertulis)
3 Tauhid (Bertulis)
4 Tafsir dan Ulumuhu( (Bertulis)
5 Hadith dan Mustolah (Bertulis dan Lisan)
6 Mantiq (Bertulis)
7 Nahu (Bertulis)
8 Sarf (Bertulis)
9 Insya (Bertulis)
10 Adab dan Nusus ( Bertulis)
11 Mutalaah (Lisan)
12 Arud dan Qafiyah (Bertulis)
13Balaghah (Bertulis)
Calon wajib mendaftar dan menduduki semua mata pelajaran di atas.



Panduan Secara Umum Memilih Tempat yang dituju :
1. Kenali KELAYAKAN & analisa setiap syarat kelayakan minimum sesuatu
kursus supaya kita tidak rugi memohon sesuatu yang sebenarnya tidak lepas
syaratnya.

2. Kenali MINAT ke arah apa? Komputer? Sastera? Sains? Teknikal?
Perundangan? Kejuruteraan? Fesyen?

3. Pastikan tempat yang kita pilih SESUAI DENGAN DIRI kita. Ini kerana
sesetengah orang tidak mahu terlalu jauh dengan keluarga. Ada juga yang tak
mahu belajar di negara yang mempunyai 4 musim kerana takut tak tahan
salji. Ada juga yang takut belajar di negara bukan Islam kerana faktor
pemakanan, agama dan budaya.

4. SENARAIKAN kursus yang kita minat dan bincangkan dengan ibubapa,
abang, kakak atau guru supaya dapat nasihat daripada mereka kerana
mereka mungkin ada cadangan yang lebih bernas.
5. Jangan ambil kursus yang kita TIDAK MINAT kerana akan mengurangkan
semangat untuk belajar nanti.

6. KENALI KEMAMPUAN kita, jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki
ALLAH yang tentukan.

7. JANGAN IKUT KAWAN kerana yang bakal menghadapi implikasinya adalah
diri kita sendiri. Mungkin kursus yang kawan minta tersebut adalah sesuai
dan terbaik untuk dirinya tapi bukan untuk kita.

8. Selepas buat keputusan tetapi masih dilema lakukanlah SOLAT
ISTIKHARAH. Buat keputusan terbaik kerana ia merupakan hala tuju hidup
kita.







Kesimpulan
Para pelajar lepasan SPM daan STAM dari Sekolah Sekolah Aliran agama
sebenarnya mempunyai peluang yang lebih luas kerana memiliki lebih banyak
kemahiran dan pengetahuan berbanding dengan sekolah aliran biasa. Justeru
itu, peluang untuk mencapai dan menceburi mana-amana bidang terbuka
dengan lebih luas.
Pun begitu, ianya terpulang kepada individu masing-masing untuk meneroka
peluang-peluang baru kerana sebagai pioneer, pera pelajar adalah lebih
tinggi sahamnya berbanding dengan bidang-bidang yang sedia ada. Untuk
itu, pelajar boleh meneroka minat, bakat dan kebolehan dengan menggunakan
ujian personaliti yang bersesuaian seperti ujian RIASEC (Holland Code) yang
boleh didapati secara atas talian.
















Rujukan
Abdul Latif Md. Ali (1984). Counselling in secondary education. [Kaunseling
dalam pendidikan menengah]. JURNAL PERKAMA, 1, 13-19.
Amir Awang & Latiff Mirasa (1984). Guidance and counselling in Malaysian
schools: A review and critique.Paper presented at Third Asian Workshop on
Child and Adolescent Development, University of Malaya, Kuala Lumpur,
Malaysia.
Arbuckle, D.S. (1965). Counselling: Philosophy, theory and practice. Boston:
Allyn & Bacon.
Llyod, A. (1987).Counselor education in Malaysia. Counselor Education and
Supervision, 26(3), 221-227.
Super, D.E. & Sverko (1995). Life, roles, values and careers. San Francisco:
Jossey-Bass.

Tan, T.H. (1979). Emotional problems for adolescents, Journal Panduan
MAVOGA, 1, 39-45.

Anda mungkin juga menyukai