Anda di halaman 1dari 3

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN


SEMESTER II SESI 2018/2019

SUKAN DAN PELANCONGAN


(PZ30403)

TAJUK: KAJIAN KES PORING RANAU

NAMA PENSYARAH: DR HASNOL BIN NOORDIN

NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK


AIN BADRISYAH BINTI GEORGE ABDULLAH BP16160472
MOHD. NURELZAREFIQIE BIN MADAH BP16110149
NOR ADIRAH BINTI SIGIN BP16110328
NURUL AZIEYANTI BINTI OMAR ALI BP16110266
RAHIM BIN RAHMAN BP16110188
SITI FITRI BINTI BEDIN BP16110197
1. Apakah status pelancong yang sering datang ke poring?

Kebanyakan status pelancong yang datang ke poring adalah daripada kalangan yang sudah
berkeluarga dari luar negara mahupun dalam negeri. Seterusnya yang datang daripada
kelompok kawan-kawan ataupun rombongan sekolah. Tujuan utama mereka datang adalah
yang pertama untuk mengisi masa lapang atau cuti dan untuk menikmati keindahan di poring
serta bersuka ria.

2. Apakah peluang pekerjaan kepada penduduk setempat setelah pusat


pelancongan poring dibuka.

Antara manfaat yang diperolehi oleh penduduk setempat semenjak pusat pelancongan ini
dibuka adalah dapat berkhidmat di tempat sendiri sebagai penjaga tiket masuk ke poring,
sebagai tukang bersih di kawasan poring, dapat membuka perniagaan dengan menjual
barangan tempatan atau kraf tangan, bertugas sebagai pembawah pelancong untuk mendaki
ke puncak air terjun langanan dan manfaat yang paling utama adalah dapat berkumpul dengan
pelancong daripada luar dan mengenal budaya yang terdapat di poring.

3. Berapakah kadar purata kunjungan pelancong luar dan dalam dalam sehari?

Anggaran pelancong yang datang dalam sehari boleh mencecah 1000 ke 2000 orang.

4. Adakah pusat pelancongan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan


tersebut?

Pusat pelancongan ini dapat membantu taraf kehidupan rakyat. Hal ini kerana dengan adanya
kemasukan daripada luar negara atau rakyat setempat ia dapat membantu dari segi keselesaan
hidup dimana apabila adanya pusat pelancongan ini segala kemudahan seperti jalan raya,
kemudahan-kemudahan yang lain diselenggarakan secara berkala dan sentiasa dipantau hal ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

5. Kebanyakan pelancongan yang datang ialah daripada luar negara atau dalam
negara?

Menurut statistik yang ada pada tahun 2017, kebanyakan pelancong yang datang adalah
daripada dalam negara anggaran dalam 400,000 orang berbanding 60,000 pelancong asing
yang datang ke poring dalam setahun.
6. Apakah kemudahan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelancong?

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah dari segi penginapan yang
berada dalam poring, selain daripada itu perkhidmatan dari segi guide tourism yang mana akan
membawa pelancong untuk mendaki bagi memudahkan pendakian. Sehubungan dengan itu,
kemudahan seperti penyediaan pondok-pondok kecil untuk tempat berteduh dan berehat.

PERBINCANGAN

kajian lapangan ini membolehkan kami mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang impak
pelancongan dikawasan tersebut serta statistik kedatangan pelancong dalam dan luar negara.
Kedatangan pelancong luar dan dalam negara telah meningkatkan taraf ekonomi masyarakat
di kawasan tersebut, hal ini kerana pusat pelancongan seperti di poring ranau ini telah
membuka banyak peluang-peluang pekerjaan. selain daripada itu, melalui kajian lapangan ini,
kami juga dapat mengetahui statistik tahunan kedatangan pelancong luar dan dalam negara.
Statistik menunjukkan bahawa pelancong dalam negara lebih banyak berbanding dengan
pelancong daripada luar negara. Disamping itu, melalui kajian lapangan ini , ia secara tidak
langsung dapat memupuk semangat kerjasama kami antara satu dengan yang lain. semua
pelajar memainkan peranan yang penting dalam melakukan aktiviti yang dijalankan dengan
baik walaupun terdapat kekurangan yang berlaku. Aktiviti kajian lapangan di Poring dapat
membuka mata dan minda kami mengenai kepentingan sumber alam dalam aktiviti sukan dan
pelancongan. Hal ini dapat memainkan peranan yang penting dalam menjana pendapatan
negara kita.

Anda mungkin juga menyukai