Anda di halaman 1dari 7

30 FAKTA KHUSUS BAB 1.

1.1 SKOP KEUSAHAWANAN


 Usahawanan
Individu yang sanggup memulakan usaha teroka, bersifat inovtif dan kreatif, mampu
mewujudkan pasaran baharu, serta sanggup mengambil risiko.

 Keusahawanan
Keusahawana melibatkan keupayaan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan
serta kebolehan untuk mencipta sesuatu yang baharu, membuat pembaharuan yang
dapat meningkatkan daya pengeluaran, dan membawa kejayaan kepada perniagaan.

1.2 TEORI KEUSAHAWANAN


 Pendekatan Ekonomi
Teori ini menekankan kekayaan dan keuntungan adalah sebab utama seseorang jadi
usahawan. Hal ini bermaksud, usahawan cuba mencari peluang untuk mendapatkan
keuntungan.

 Pendekatan Psikologi
Teori ini mengkaji usahawan dari sudut-sudut personaliti (menekankan ciri-ciri dalam
diri mereka).

 Pendekatan Sosiologi
Teori ini menjelaskan keadaan sosial yang mempengaruhi kemunculan seseorang
usahawan. Hal ini bermaksud, teori ini menekankan keadaan persekitaran mereka. Ia
mengambil kira factor-faktor sosial seperti budaya, pengalaman, pendidikan, dan lain-
lain dalam mempengaruhi keputusan untuk jado usahawan.

1.3 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA


 Inisiatif atau motivasi yang tinggi
Kecenderungan usahawan untuk mengenal pasti serta menganalisis situasi dan
bersikap proaktif.

 Berani mengambil risiko


Usahawan berani menghadapi ketidakpastian dengan yakin. Usahawan perlu
mengurus risiko dengan baik bagi memajukan perniagaan dengan cemerlang.

 Kreatif
Usahawan mampu mencipta produk yang baharu.

 Inovatif
Usahawan mampu mengubahsuai produk yang sedia ada menjadi lebih baik dengan
kualiti yang baik.
 Sanggup berkorban
Usahawan menunjukkan usaha serta komitmen yang tinggi untuk memajukan
perniagaannya.

TUJUH TABII ORANG BERJAYA


 Jadilah proaktif
Individu yang efektif akan bertindak tanpa arahan daripada ketua dan mengambil
inisiatif sendiri. Inidividu juga berfikiran jauh, dan menjangkakan perubahan serta
melihat perubahan sebagai satu peluangdan bukan ancaman.

 Mula dengan mengingat matlamat


Inidividu yang efektif akan menentukan matlamat terlebih dahulu dalam segala
tindakan yang dirancang.

 Buat perkara yang utama dahulu


Individu yang efektif mesti menyenaraikan aktiviti mengikut keutamaan iaitu
melakukan perkara yang penting dahulu.

 Fikir menang-menang
Individu yang efektif akan bekerjasama untuk kejayaan bersama dan bukan untuk diri
sendiri sahaja. Ia mampu memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat serta
tidak sabotaj atau mengkhianati pihak lain.

 Cuba memahami dulu kemudian cuba untuk difaham


Individu yang efektif akan cuba memahami orang lain sebelum mengharapkan orang
lain untuk memahami dirinya.

 Bersinergi
Individu yang efektif akan merebut segala peluang yang wujud di dalam dan di luar
organisasi. Individu tersebut juga menghargai perbezaan pendapat dan idea orang lain.

 Tajamkan gergaji
Individu yang efektif akan sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, serta
meningkatkan kemajuan dalam empat dimensi iaitu jasmani, emosi, rohani, dan
intelek serta mengadakan pembaharuan pada diri sendiri.
FAKTOR KEJAYAAN SEIMBANG
 Jasmani (J)
Aspek yang berkaitan dengan aspek fizikal. Individu mesti melakukan senaman, jaga
pemakanan seimbang, menjalani ujian kesihatan, serta mengamalkan gaya hidup sihat
demi menjaga aspek fizikal supaya sentiasa sihat.

 Emosi (E)
Emosi merupakan aspek psikologi individu iaitu aspek dalaman yang meilbatkan
perasaan. Emosi yang stabil menyumbang kepada prestasi yang tinggi.

 Rohani (R)
Aspek yang berkaitan dengan aspek jiwa. Individu yang berpegang kuat pada agama
akan mempunyai matlamat dalam hidup. Hal ini bermaksud, individu tidak akan
mengalami masalah dalam melihat matlamat yang ingin dicapai bagi memajukan
perniagaan.

 Intelek (I)
Melibatkan ilmu pengetahuan atau pengalaman yang dimiliki atau keupayaan minda
individu. Individu yang memiliki pengetahuan dapat membuat keputusan lebih baik
dan bertindak lebih matang.

1.4 MENCARI, MENGEMBANG, DAN MEREALISASIKAN IDEA PERNIAGAAN


SUMBER YANG BOLEH MEMBERI IDEA BAHARU
 Pelanggan
Memberi pandangan dan idea terhadap keluaran untuk membantu pengeluar
menghasilkan keluaran yang memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih baik.

 Produk sedia ada


Produk sedia ada dibuat pengubahsuaian dan inovasi supaya memenuhi kehendak
pengguna, serta meningkatkan kualiti produk sedia ada.

 Dasar kerajaan
Dasar-dasar pihak kerajaan yang menjurus ke arah pembangunan industry atau bidang
tertentu yang disokong dengan insentif kewangan dan bukan kewangan. Contohnya,
Industri Kecil dan Sederhana.

 Penyelidikan dan pembangunan


Merupaka usaha mengkaji idea kea rah menjadikan hasil kreatif. Hasil penyelidikan
dan pembangunan boleh meningkatkan pengeluaran dan pemasaran produk.

 Badan professional / Jururunding


Merupakan golongan pakar dalam satu-satu bidang. Sesebuah perniagaan
memerlukan bantuan khidmat nasihat dan rundingan untuk mengatasi masalah.
 Paten
Hak untuk mengeluarkan sesuatu barangan yang dilindungi oleh undang-undang atas
satu-satu ciptaan produk yang dihasilkan oleh sesebuah perniagaan.

 Saluran pengedaran
Terdiri daripada agen-agen pemborong dan peruncit. Peka dengan keperluan pasaran
dan memberi maklum balas mengenai perubahan cita rasa pengguna.

 Pesaing
Syarikat boleh meniru produk pesaing, mengkaji kekuatan dan kelemahan produkserta
melakukan pembaharuan, dan dapat bekerjasama dengan syarikat pesaing dalam
bidang penyelidikan untuk mengeluarkan produk baharu.

KAEDAH MENJANA DAN MENGEMBANGKAN IDEA


 Soal selidik
Temu bual dengan orang ramai digunakan dan dapatan daripada temu bual
dirumuskan. Dapatan soal selidik dapat memberi gambaran tentang cita rasa dan
kehendak pelanggan.

 Sumbang saran
Teknik menyelesaikan masalah dengan menjana seberapa banyak mungkin idea tanpa
kritikan.

 Pemerhatian
Usahawan akan memantau persekitaran umum untuk menghasilkan idea baharu bagi
memenuhi keperluan masyarakat.

 Kumpulan fokus
Sekumpulan individu menyumbang maklumat dalam format berstruktur. Kaedah ini
juga merupakan kaedah terbaik untuk menyaring idea-idea dan konsep baharu dan
dibenarkan mengkritik.

PROSES MEREALISASIKAN IDEA


 Idea
Pada tahap ini, semua idea dijana, dikumpul, dan disenaraikan.

 Menapis idea
Idea-idea yang menjanjikan kejayaan dikenal pasti manakala idea-idea yang kurang
praktikal akan dibuang. Mengenal pasti kebaikan dan keburukan idea produk.

 Membina konsep
Pada peringkat ini, usahawan membuat penerangan idea dengan terperinci mengikut
perspektif pelanggan.
 Menguji konsep
Pada tahap ini, usahawan akan menguji konsep produk baharu kepada golongan
sasaran pengguna untuk tujuan mendapatkan maklum balas tentang konsep produk
yang paling menarik perhatian pelanggan.

 Membuat rancangan perniagaan


Usahawan perlu menyediakan rancangan perniagaan secara terperinci yang
mengandungi maklumat pelunjuran kewangan, pemasaran, pengeluaran, dan lain-lain.

 Membina fizikal prototaip


Pada peringkat ini, konsep produk dibangunkan kepada produk fizikal untuk
memastikan idea produk diterjemahkan kepada produk baharu.

 Mengkormesialkan
Merupakan peringkat terakhir dalam proses perancang dan pembangunan produk
dimana produk sebenar akan dipasarkan.

1.5 MEMULA DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN


KAEDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN
 Memulakan sendiri
Usahawan membina perniagaan baharu bermula dari awal lagi.

 Mengambil alih perniagaan sedia ada


Individu membeli perniagaan sedia ada dengan mengambil alih pengurusannya.

 Francais
Kontrak atau perjanjian sebuah syarikat induk (francaisor) memberi hak kepada
syarikat lain atau individu (francaisi) untuk mengendalikan perniagaan mengikut
system francais selama tempoh tertentu.

 Pakatan strategik
Gabungan dua atau lebih firma untuk mempelajari teknologi, kemahiran, dan
pengetahuan antara satu sama lain dengan tujuan mendapat keuntungan.
PEMBIAYAAN DAN SUMBER MODAL (BENTUK MODAL: KEWANGAN)
 Modal teroka
Modal yang disumbang oleh individu kapitalis atau organisasi kecuali institusi
kewangan.

 Modal ekuiti
Sumbangan pelabur untuk membeli saham dalam perniagaan.

 Modal hutang
Modal diperoleh daripada pihak luar atau institusi kewangan.

PEMBIAYAAN DAN SUMBER MODAL (BENTUK MODAL: BUKAN KEWANGAN)


Kemahiran dan pengetahuan sumber manusia yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan
seperti Latihan, pengetahuan, Pendidikan, lain-lain.

KEMUDAHAN DAN BANTUAN


Pihak-pihak yang memberi kemudahan dan bantuan:
 Agensi kerajaan
Kementerian Pembangunan Usahawan (seperti Tabung Usahawan Kecil, TEKUN,
dan Tabung pemulihan usahawan).

 Badan berkanun
Gabungan antara institusi pihak swasta dan kerajaan (seperti Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Bank Pembangunan Malaysia Berhad, dan Agro Bank).

 Pihak swasta
Terdiri daripada bank-bank perdagangan dan syarikat kredit.

Jenis kemudahan yang diberikan oleh agensi-agensi tersebut:


 Tapak perkilangan
Bantuan ini ditawarkan untuk membantu usahawan mendapatkan kemudahan ruang
niaga, pejabat tapak kilang, dan tapak perindustrian.

 Bantuan kewangan
Terdiri daripada bentuk wang, subsidi atau pinjaman.

 Khidmat nasihat dan perundingan


Kemudahan ini disediakan bagi memastikan usahawan memperlengkapkan diri
mereka dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam budang keusahawanan.
 Pembangunan usahawan
Pusat Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDEC) menawarkan kursus untuk
mewujudkan masyarakat perdagangan dan prindustrian bumiputera Malaysia.

Program-program yang ditawarkan oleh agensi tersebut adalah:


 Program Pembangunan Vendor
Program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan antara Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) dengan syarikat besar.

 Program Mentor – Mentee


Merupakan satu program di mana syarikat mentor memberi latihan, bimbingan, dan
pendedahan kepada bakal usahawan atau usahawan Industri Kecil danm Sederhana
bumiputera (mentee).

 Program pembangunan Francais


Syarikat induk (francaisor) akan memberikan hak kepada usahawan (francaisi) untuk
menjalakan perniagaan atau memasarkan produk yang sama dengan syarikat induk.

 Konsep Payung
Hasil pengeluaran usahawan akan dijenamakan dengan satu nama yang sama dan
akan dipasarkan oleh syarikat atau agensi melalui pemasaran bersepadu.

 Subkontrak
Kontrak yang utama akan membahagikan projek perniagaan kepada usahawan kecil
supaya mereka dapat membantu kontraktor besar menyiapkan sesuatu projek.

 Intrapreneur
Idea perniagaan daripada staf dalaman yang diperkembangkan menjadi sebuah
perniagaan baharu dan diuruskan sendiri oleh staf berkenaan sebagai seorang
usahawan tanpa pemilikan ekuiti.

 Konsep inkubator
Sekumpulan usahawan yang diselia dan dipantau oleh agensi kerjaan sehingga mereka
boleh berdikari dalam tempoh masa tertentu.

Anda mungkin juga menyukai