Anda di halaman 1dari 52

9.

0
PEMBUATAN
KEPUTUSAN
PEMBUATAN
KEPUTUSAN
PROSES ALAT FAKTOR YANG
MEMBUAT MEMBUAT MEMPENGARUHI
KEPUTUSAN KEPUTUSAN PEMBUATAN
KEPUTUSAN
9.1
DEFINISI PROSES MEMBUAT
KEPUTUSAN
Proses penyelesaian masalah dengan
mengenalpasti alternatif-alternatif
penyelesaian dan memilih alternatif yang
terbaik serta melaksanakan alternatif tersebut
berdasarkan nilai-nilai dan keutamaan
pembuatan keputusan
CONTOH PEMBUATAN KEPUTUSAN:
Pembuatan keputusan Pembuatan keputusan
pengurus bawahan pengurus atasan

1. Urusan cuti pekerja 1. Pembukaan cawangan


2. Pembelian peralatan baru
bernilai kecil 2. Pengenalan produk baru
3. Memastikan kerja yang 3. Pemberhentian pekerja
diberikan siap dalam 4. Penutupan subsidiari
tempoh yang ditetapkan atau anak syarikat
JENIS KEPUTUSAN
KEPUTUSAN KEPUTUSAN
RUTIN TAK RUTIN

KEPUTUSAN KEPUTUSAN
BERSIFAT BERSIFAT
ADAPTIF INOVATIF
KEPUTUSAN RUTIN

1. Keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan masalah yang


biasa dan dapat dijangkakan dalam aktiviti harian operasi,
masalah yang berulang-ulang dan kerap berlaku dalam
organisasi.
2. Masalah yang dihadapi merupakan masalah berstruktur.
3. Cth: pekerja datang lewat, bekalan bahan mentah tidak
berkualiti dan lewat diterima
SAMBUNGAN

• Keputusan dibuat menggunakan kaedah berstruktur, terprogram


atau tersedia
- berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh organisasi
seperti polisi, prosedur, peraturan
• Cth:
1.memesan stok baru
• Pesanan dibuat apabila stok sedia ada hampir habis
2. Menambah pengeluaran
– apabila permintaan meningkat
KEPUTUSAN TAK RUTIN

1. Keputusan yang diambil untuk menyelesaikan masalah bagi


sati situasi tidak lazim
2. Masalah yang dihadapi ialah masalah yang tidak dapat
dijangka, jarang berlaku dan masalah baru dalam organisasi.
3. Cth: kejatuhan nilai mata wang dan kemelesetan ekonomi
4. Keputusan dibuat menggunakan kaedah yang tidak
distrukturkan atau tidak diprogramkan
5. Berdasarkan pertimbangan sendiri menggunakan kreativiti,
pengalaman, komitmen
JENIS KEPUTUSAN TAK RUTIN

Keputusan Keputusan
bersifat adaptif bersifat inovatif

Keputusan yang Keputusan


diubahsuai daripada berdasarkan suatu
keputusan yang pendekatan baru hasil
bersifat rutin daripada daya
mengikut situasi tumpuan yang tinggi
dan penghasilan idea
yang kreatif
PROSES MEMBUAT
KEPUTUSAN
Mengenal pasti
masalah
Mengutip
data
Menganalisis
data

Menjana alternatif

Menilai alternatif

Memilih
alternatif
1. MENGENALPASTI MASALAH
- Mengenalpasti punca atau sebab masalah (sama ada
faktor dalaman atau luaran)
- Pengurus perlu memiliki kemahiran untuk memerhati
dan mentafsir masalah serta menghubungkaitkan
sesuatu masalah dengan masalah lain
- Kenalpasti masalah dan peluang yang wujud
- Mengkategorikan masalah yang wujud kepada masalah
utama dan sampingan
- Cth : Masalah jualan syarikat merosot
- Punca masalah : perubahan citarasa pengguna, kurang
promosi, kualiti produk, persaingan, jurujual tidak mahir
2. MENGUTIP DATA

- Mengutip data berkait dgn masalah, situasi,isu atau


peluang yang wujud.
- Data diperoleh dari sumber dalaman dan luaran –
berbentuk primer atau sekunder
- Kaedah pengumpulan data – pemerhatian, temuduga,
soalselidik, bahan bukti
- Cth data dalaman – kapasiti pengeluaran, bilangan
buruh, kuantiti bahan mentah
- Cth data luaran – peluang pasaran, persaingan,
ekonomi
3. MENGANALISIS DATA

- Memastikan data mempunyai kualiti dan


kebolehpercayaan @ kesahihian dan mampu
menyelesaikan masalah
- Data dianalisis menggunakan analisis kuantitif
dan kualitatif bagi mendapatkan gambaran
sebenar tentang masalah atau isu yang timbul.
4. MENJANA ALTERNATIF

- Mendapatkan dan menyenaraikan pelbagai


alternatif pilihan yang boleh menyelesaikan
masalah sebaik mungkin
- Pelbagai alternatif dibuat berdasarkan maklumat
yg dikumpul dan dianalisis
- Alternatif boleh dibentuk berdasarkan idea atau
pandangan pekerja melalui sesi sumbangsaran
atau kumpulan fokus
5. MENILAI ALTERNATIF

- Menilai semua alternatif penyelesaian.


- Penilaian dibuat berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta peluang
dan ancaman.
- Kriteria yang dipertimbangkan :
1. keupayaan kewangan atau modal untuk melaksanakan alternatif
tersebut
2. anggaran keuntungan yang akan diperoleh
3. keupayaan dan kemahiran sumber manusia
4. kapasiti, keupayaan mesin, lain2 peralatan
5. kecukupan maklumat
6. realistik
7. berpadanan atau bersesuaian (kebolehlaksanaan)
6. MEMILIH ALTERNATIF

- Alternatif terbaik merujuk kepada langkah yang akan


diambil oleh pihak pengurusan untuk menyelesaikan
masalah atau merebut peluang yang wujud.
- Pemilihan alternatif terbaik berdasarkan :
- keupayaan dan persekitaran organisasi
- kaedah pembuatan keputusan yang sesuai
- Alternatif yang dipilih – menjanjikan hasil terbaik dan
menguntungkan organisasi dlm jangka masa pendek
dan panjang
9.2
ALAT MEMBUAT
KEPUTUSAN
ALAT MEMBUAT
KEPUTUSAN
KEPUTUSAN KEPUTUSAN
KUANTITATIF KUALITATIF

Keputusan yang dibuat Keputusan yang dibuat


dengan menggunakan mempunyai unsur subjektif
nombor atau angka berdasarkan pengalaman,
dan pengiraan pandangan dan pengetahuan
(spt. kreativiti dan inovasi)
yang dimiliki oleh seseorang.
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
KUANTITATIF
STATISTIK POKOK
DESKRIPTIF KEPUTUSAN

Maklumat dalam bentuk angka Bentuk grafik yang


dikumpul, disusun dan menunjukkan alternatif
dianalisis untuk mendapatkan tindakan yang boleh diambil
suatu gambaran yang lebih dan turutan kejadian akibat
jelas tentang masalah yang sesuatu tindakan untuk
dihadapi atau keputusan yang
memberi gambaran
dibuat
menyeluruh tentang masalah
yang wujud
MIN
SISIHAN
MOD
PIAWAI

STATISTIK
DESKRIPTIF

VARIANS MEDIAN

JULAT
MIN
Diperolehi dengan menjumlahkan semua nilai
data dan membahagikan dengan bilangan data
atau purata semua nombor dalam sampel
Contoh:
Data berikut merupakan bilangan barangan siap
yang dikeluarkan oleh 5 orang pekerja di sebuah
kilang. 68, 70, 75, 71, 66

68 + 70 + 75 + 71 + 66 = 350 = 70
5
MEDIAN

Nilai yang terletak ditengah-tengah bagi set data


yang disusun secara menaik
Contoh:
Data berikut merupakan bilangan barangan siap
yang dikeluarkan oleh 5 orang pekerja di sebuah
kilang. 68, 70, 75, 71, 66

66 , 68 , 70 , 71 , 75 = 70
MOD

Nombor yang berulang paling kerap dalam set


data atau sampel
Contoh:
Data berikut merupakan bilangan barangan siap
yang dikeluarkan oleh 5 orang pekerja di sebuah
kilang. 68, 70, 75, 71, 66, 75

66, 68, 70, 71, 75, 75 = 75


JULAT

Perbezaan antara nilai terbesar dengan nilai


terkecil dalam suatu set data
Contoh:
Data berikut merupakan bilangan barangan siap
yang dikeluarkan oleh 5 orang pekerja di sebuah
kilang. 68, 70, 75, 71, 66, 75

75 – 66 = 9
SISIHAN PIAWAI
Perbezaan setiap nombor daripada min, iaitu purata jarak setiap
nombor daripada min
Contoh:
Data berikut merupakan bilangan barangan siap yang dikeluarkan
oleh 5 orang pekerja di sebuah kilang. 68, 70, 75, 71, 66, 75
Purata min = 70
Sisihan piawai = √∑(a-a)²
N-1
= √(68-70)²+ (70-70)²+ (75-70)²+ (71-70)²+ (66-70)²
N-1
= √4+0+25+1+16 = √46 = 3.39
4 4
CARTA DAN GRAF
• Carta Bar – menunjukkan perbandingan di antara data
berangka. Carta bar ringkas, carta bar berganda, carta
bar berkomponen
• Carta Aliran – menunjukkan satu aliran berbentuk trend
• Graf Garis – menunjukkan pergerakan naik turun atau
perubahan sesuatu perkara
• Carta Pai – mewakili data-data dengan menggunakan
nilai yang berlainan dalam bulatan
• Histrogram – menunjukkan kekerapan sesuatu perkara
berlaku dan bentuk taburan data
POKOK KEPUTUSAN

• Pembentukan alternatif pilihan yang membantu


pembuat keputusan untuk memilih keputusan
yang terbaik
• Dibentangkan dalam bentuk gambarajah
• Digunakan apabila terdapat dua atau lebih urutan
keputusan dan keputusan bergantung kepada
peristiwa kebarangkalian.
KELEBIHAN ALAT KEPUTUSAN KUANTITATIF
Berbentuk objektif

• Guna data-data berangka yang lebih tepat supaya mudahkan


proses membuat analisis dan perbandingan

Keputusan cepat dibuat

• Menguna alat-alat dan teknologi moden.Pembuatan keputusan


boleh diprogram kerana berbentuk rutin

Jimat kos

• Penggunaan komputer dapat membantu dan boleh dibuat secara


berulangan.

Mudah difahami dan lebih jelas : contoh data


dalam bentuk graf
KELEMAHAN ALAT KEPUTUSAN KUANTITATIF
Tidak boleh digunakan bagi keputusan yang
baharu
• Melibatkan penggunaan kaedah yang baharu bagi
menyelesaikan masalah tersebut.

Tiada program yang tersedia

• Penyediaan program baharu melibatkan kos tinggi dan


tempoh masa yang lama.

Tidak sesuai masa yang panjang

• Hanya sesuai penyelesaian jangka pendek(tidak


melibatkan perubahan ketara)
ANALISIS
TULANG
IKAN
TEKNIK
KUMPULAN SUMBANG
NOMINAL SARAN

ALAT
MEMBUAT
KEPUTUSAN
KUALITATIF

TEKNIK KUMPULAN
DELPHI FOKUS
ANALISIS TULANG IKAN

 Sumber masalah iaitu masalah manusia, mesin,


kaedah, bahan dan kesan yang wujud
 Digunakan untuk mengenalpasti masalah
sebenar melalui percambahan fikiran
 Perbincangan kumpulan amatlah diperlukan
 Menggunakan model grafik yang berbentuk
tulang ikan
Langkah – langkah membentuk tulang ikan
1- Mengenal pasti isu, akibat dan kesan daripada masalah yang
berlaku
2- mengenal pasti punca-punca utama yang menyebabkan masalah
itu berlaku
3- mengenal pasti punca-punca kecil bagi setiap punca utama yang
menyebabkan masalah itu berlaku
4- mengenal pasti punca kecil sebenar yang menyebabkan masalah
itu berlaku beserta data sokongan
5- merancang dan melaksanakan tindakan pembetulan untuk
menyelesaikan masalah yang berlaku
ANALISIS TULANG IKAN

Bahan mentah Mesin

Tidak Hayat
cukup guna

Masalah
rosak

Produk tak
berkualiti
pembekal

tradisional sikap
Kemahiran
manual
rendah

Kaedah
Manusia
SUMBANG SARAN

 Satu kaedah berkumpulan bagi mengenalpasti


pelbagai idea dan jalan penyelesaian baharu.

 Peraturan yg perlu dipatuhi dalam aktiviti sumbang


saran iaitu:

 Setiap ahli tidak dibenarkan mengkritik idea orang


lain
 Mementingkan kuantiti idea daripada kualiti idea
 Bebas memberi idea
 Sinergi idea amat ditekankan
KUMPULAN FOKUS

 Sekumpulan individu yang menyumbangkan


maklumat dalam format berstruktur.
 Seorang fasilitator dilantik untuk memandu
kumpulan tersebut dalam sesuatu
perbincangan.
 Ahli kumpulan akan dirangsangkan dengan
kritikan-kritikan daripada ahli yang lain
secara aktif.
TEKNIK DELPHI
 Pengutipan maklumat berdasarkan kaedah tinjauan daripada ahli-ahli
yang terlibat.
 Memberi pendapat dan idea secara bertulis.
 Ahli-ahli dalam kumpulan tidak bersua muka dan dirahsiakan antara
satu sama lain.
 Kebaikan:
 Idea yang banyak daripada pelbagai pihak
 Amat sesuai untuk memberi idea yang sensitive
 Tidak mendedahkan identity pemberi pendapat

 Kelemahan teknik delphi:


 Ahli terlibat mungkin bukan pakar
 Sikap akauntabiliti sukar dibentuk kerana ahli kumpulan tidak dikenali
 Masa yang lama dalam pengumpulan data dan maklumat
TEKNIK KUMPULAN NOMINAL
 Satu kumpulan panel yang ditubuhkan dengan
mempunyai struktur supaya dapat memberi peluang
kepada semua ahli memberi idea dan alternatif
untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang wujud
 Langkah:
 Kenalpasti masalah, tulis alternative seberapa banyak
 Mencatatkan semua idea pada kertas
 Setiap ahli menyatakan idea dan penilaian secara
senyap
 Pengundian akan dijalankan.
9.3
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
PEMBUATAN
KEPUTUSAN
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBUATAN KEPUTUSAN

FAKTOR FAKTOR FAKTOR


KEDAPATAN KECEKAPAN SITUASI
MAKLUMAT PEMBUAT PEMBUATAN
KEPUTUSAN KEPUTUSAN
FAKTOR KEDAPATAN MAKLUMAT

• Merangkumi cara atau kaedah, kualiti, kuantiti, jangka


masa, kesesuaian dan ketersediaan mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan pembuatan keputusan
• Cara atau kaedah mendapatkan maklumat
• Kuantiti atau jumlah maklumat yang lengkap
• Jangka masa atau tempoh masa untuk mendapatkan
maklumat
• Kualiti maklumat atau ketepatan maklumat
• Ketersediaan maklumat
• Kesesuaian maklumat
Kegunaaan maklumat kepada pembuat keputusan:
• Boleh meningkatkan kualiti membuat keputusan
• Meramalkan sesuatu perkara pada masa hadapan
• Membuat laporan secara bertulis dan lisan dalam
aktiviti yg telah dibuat
• Memantau prestasi pencapaian sesebuah organisasi
• Strategi dalam menghadapi pesaing dalam pasaran
FAKTOR KECEKAPAN PEMBUAT
KEPUTUSAN

• Kecekapan pembuat keputusan merujuk faktor kecekapan pembuat keputusan itu


sendiri iaitu personaliti,kebijaksanaan,nilai-nilai yang diamalkan,intuisi dan
kreativiti.
(A)Personaliti
Personaliti pembuat keputusan terdiri daripada dua iaitu konservatif(berhati-hati)
dan kesempurnaan(perfectionism)
(B)Kebijaksanaan
Merujuk kepada tahap pendidikan,pengalaman, dan pengetahuan yang dimiliki.
(C)Nilai-nilai yang diamalkan oleh pembuat keputusan
Merujuk kepada aspek penting dan berkaitan seperti kewangan dan
kualiti kerja kehidupan(QWL)
Terdapat nilai ekonomi,nilai teoritikal,nilai estetika,nilai sosial,nilai
politik dan nilai agama.
(D)Intuisi
Gerak hati pembuat keputusan dalam pertimbangan
membuat sesuatu keputusan.
(E) Kreativiti
Satu proses menghasilkan satu idea baharu untuk
digunakan dalam tindakan membuat keputusan.
(F) Kemahiran
Keupayaan atau kepakaran dalam bidang
tertentu
FAKTOR SITUASI PEMBUAT KEPUTUSAN

• Merujuk kepada keadaan yang berlaku ketika pembuatan keputusan


dibuat, iaitu situasi kepastian,situasi risiko,situasi ketidakpastian dan
situasi kesamaran.
Kepastian
• Semua keputusan yang dibuat akan diyakini mencapai matlamat
yang ditetapkan.
• Semua maklumat diperoleh dengan mudah/tepat/mencukupi dan
disokong oleh pengalaman pembuat keputusan.
Risiko

Pembuat keputusan mengetahui masalah yang ingin


diselesaikan dan alternatif-alternatif yang boleh digunakan.
Tidak dapat menjangkakan hasil keputusan kerana tidak dapat
memperoleh maklumat yang lengkap.
Keadaan berisiko juga disebabkan keadaan persekitaran
sentiasa berubah.
Sebagai contoh,keadaan kemelesetan ekonomi yg tidak dapat
dijangka.
Ketidakpastian
Mengetahui maklumat yang hendak dicapai tetapi maklumat
berkenaan, alternatif-alternatif yang ada dan pelan tindakan tidak
mencukupi.
Berlaku disebabkan tiada maklumat yang lengkap dan pembuat
keputusan kerap menggunakan andaian-andaian untuk
menggantikannya.
Langkah mengatasi :

1.Melakukan kreativiti dalam menjana idea baharu untuk


dijadikan maklumat.
2.Menggunakan kepakaran yang ada dalam menganalisis untuk
menggantikan maklumat yang tidak mencukupi.
Kesamaran
• Satu keadaan yang paling sukar pihak pembuat keputusan
membuat keputusan.
• Tidak mempunyai alternatif yang sesuai dan terbaik untuk
digunakan.
• Terdedah dengan konflik antara matlamat yang ingin dicapai
dengan pemilihan alternatif kerana maklumat yang ingin diguna
tiada/tidak lengkap.
Tindakan:
• Berimaginatif tentang masalah yang mungkin berlaku serta
bersikap analitikal dalam pemerhatian terhadap persekitaran.

Anda mungkin juga menyukai