Anda di halaman 1dari 4

Pembuatan keputusan

1. Huraikan perkaitan pembuatan keputusan dengan perancangan.

(6m)

Pembuatan keputusan dengan perancangan termasuklah:

Pembuatan keputusan adalah sebahagian yang penting daripada fungsi perancangan.


Perancangan merupakan tindakan pengurus menetapkan objektif yang ingin dicapai dan memutuskan
tindakan yang perlu diambil untuk mencapainya.
Dalam proses merancang , pelbagai isu atau masalah yang timbul perlu diputuskan dengan mencari
alternatif yang terbaik.
Lazimnya , pengurus mempunyai beberapa alternatif tindakan yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor atau
situasi.
Pengurus perlu mengutip data , menganalisisnya sebelum menetapkan tindakan alternatif yang dia rasa
terbaik untuk mencapai objektif ini.
Dalam proses memilih alternatif yang terbaik , pengurus perlu membuat keputusan tentang kesesuaiannya
dari aspek kemampuan organisasi.

2.

Huraikan 3 kriteria penilaian yang terdapat di dalam elemen menilai alternatif.

(6m)

I.

Kecukupan alternatif yang dipilih mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan analisis faedah
kos dijalankan memastikan manfaat yang diperoleh mengatasi pelaburan yang dibuat.

II.

Kebolehlaksanakan merujuk pada kemampuan syarikat mengusahakan pilihan yang dibuat


termasuklah dapat mengatasi kekangan dan diterima oleh pihak yang terlibat.

III.

Realistik alternatif yang disenaraikan boleh dilaksanakan serta mampu menyelesaikan masalah yang
dihadapi.

3. Jelaskan keputusan rutin dan keputusan tak rutin dalam pembuatan keputusan oleh seseorang
pengurus.
(6m)
Keputusan rutin dalam pembuatan keputusan oleh seseorang pengurus ialah:

Keputusan rutin yang bergantung pada polisi / peraturan / prosedur dalam organisasi.
Digunakan untuk menyelesaikan masalah berstruktur seperti pesanan inventori ketika paras inventori jatuh.
Dianggarkan 90% daripada keputusan dalam organisasi bersifat rutin dan berlaku di peringkat bawah
organisasi.

Keputusan tak rutin dalam pembuatan keputusan oleh seseorang pengurus ialah:

Melibatkan perantaraan antara keputusan yang dirancang dengan keputusan yang tidak dirancang.
Keputusan yang diambil mestilah diberikan pertimbangan tentang kepentingan dan kesesuaian.
Melibatkan proses penemuan / pengenalpastian / penentuan masalah tidak berstruktur.

4. Terangkan tiga langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan rasional.(6m)

Pembuatan keputusan

Tiga langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan rasional ialah :


a) Mengenal pasti masalah
Persoalan berkaitan dengan masalah atau peluang yang wujud dan memerlukan penyelesaian segera perlu
dikenal pasti dan didefinisikan secara ringkas , jelas , tepat dan khusus.
Perlu memiliki kemahiran untuk memerhati dan mentafsir masalah serta menghubungkaitkan sesuatu
masalah dengan masalah lain.
b) Mengutip data
Mengambil data yang bersesuaian dengan masalah.
Data dalaman yang boleh diperoleh ialah data mengenai kapasiti pengeluaran , bilangan dan jenis
kemahiran buruh serta kuantiti bahan mentah yang digunakan.
Data luaran membekalkan maklumat mengenai peluang pasaran , persaingan dan keadaan ekonomi.
c) Menganalisis data
Data yang diperoleh perlu dipastikan mempunyai kualiti dan boleh dipercayai serta mampu merebut
peluang dan menyelesaikan masalah.
Data boleh diproses menggunakan analisis kuantitatif dan kualitatif untuk dijadikan sebagai maklumat yang
berguna dalam membuat keputusan.

5. Jelaskan perbezaan antara keputusan rutin dan tidak rutin. (4m)


Perbezaan antara keputusan rutin dan keputusan tidak rutin adalah :
keputusan rutin

keputusan tidak rutin

Merujuk pada keputusan yang diambil


untuk menyelesaikan masalah yang sering
wujud .

Merujuk pada keputusan yang diambil


untuk menyelesaikan masalah bagi satu
situasi tidak lazim,iaitu masalah yang
dihadapi ialah masalah baharu.

Menyelesaikan masalah yang dapat


dijangkakan dalam perjalanan aktiviti
harian organisasi.

Menyelesaikan masalah yang baharu dan


tidak dijangka.

Pembuatan keputusan

6. Jelaskan tentang keputusan bersifat adaptif dan keputusan bersifat inovatif dengan memberi satu
contoh untuk setiap satunya. (6m)
(i) Keputusan bersifat adaptif

Merupakan keputusan yang diubah suai daripada keputusan bersifat rutin mengikut keunikan situasi.
Sebagai contoh jika pekerja A, seorang pekerja yang rajin dan bertanggungjawab melanggar peraturan
syarikat kali pertamanya, dia tidak harus diberi hukuman seberat pekerja B,seorang pekerja yang malas dan
kurang bertanggungjawab .
Jika menurut prosedur syarikat ,pekerja yang melanggar peraturannya kali pertamanya lazim diberi amaran
bertulis, pekerja B boleh diberi amaran bertulis sedemikian.
Pekerja A pula boleh dipanggil oleh superiornya untuk diberi teguran lisan.

(ii) Keputusan bersifat inovatif

Merupakan keputusan berdasarkan suatu pendekatan baharu hasil daripada daya tumpuan yang tinggi dan
penghasilan idea yang kreatif.
Sebagai contoh, langkah-langkah untuk menangani persaingan hebat yang berlaku secara tiba-tiba dalam
sesuatu perniagaan memerlukan keputusan bersifat inovatif untuk mengatasinya.
Peniaga tersebut perlu memikirkan strategi yang kreatif untuk menghadapi persaingan.

7. Berikan maksud pembuatan keputusan dan jelaskan jenis-jenis pembuatan keputusan. (6M)
Maksud pembuatan keputusan ialah:

Proses logikal dan konsisten dalam mengenal pasti alternatif atau kriteria yang mampu memberikan
keputusan terbaik atau paling berupaya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Jenis-jenis pembuatan keputusan:


a) Rutin

Dibuat berdasarkan kepada masalah yang biasa berlaku, masalah yang kerap berlaku dan masalah yang
berulang-ulang berlaku dalam organisasi.
Pengurus boleh merancang dengan sempurna bagi mengatasi masalah kebiasaan,
Sebagai contoh, membeli peralatan atau bahan mentah, membayar cukai, pengambilan pekerja dan
tindakan disiplin.

b) Tak rutin

Keputusan yang dibuat terhadap sesuatu masalah yang tidak dapat dijangkakan dan dirancang dengan
sempurna.
Masalah yang dihadapi tidak dapat dijangka dan jarang berlaku.
Sebagai contoh, pekerja berhenti serta-merta, pesaing meningkatkan promosi, pesaing membuka
perniagaan di kawasan berhampiran dan kejadian bencana alam.

Pembuatan keputusan

8. Huraikan langkah-langkah dalam pembuatan keputusan yang rasional.(6M)


Langkah-langkah dalam membuat keputusan yang rasional.
a) Mengenal pasti masalah

Mengenal pasti masalah dalam organisasi dengan memerhatikan persekitaran, mentafsir suatu keadaan
yang berlaku dan menghubungkaitkan keadaan dengan masalah mengutip dan menganalisis data atau
maklumat.

b) Mengutip data

Data dan makluamt diperoleh daripada kajian yang dilakukan oleh pengurus, pemerhatian, temu duga,
membaca dan sebagainya.

c) Menganalisis data

Maklumat yang diperoleh akan diperhalusi untuk mengetahui kesesuian dalam menyelesaikan masalah.

d) Menjana alternatif

Setelah punca masalah dikenal pasti, pengurus akan membian senarai alternatif penyelesaian masalah
berdasarkan maklumat yang diperoleh.

e) Menilai alternatif

Setiap alternatif dikaji dan dinilai keberkesanan dan kecekapannya.

Anda mungkin juga menyukai