Anda di halaman 1dari 8

6.

Aspek Pemasaran :
a. Kawasan/ Lokasi Perniagaan:
Lokasi ini dipilih kerana kadar sewanya antara yang terendah diantara kompleks
membeli-belah yang beroperasi di Bandaraya Johor bahru ini. Selain itu faktor
kedudukan yang strategik juga boleh menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan ini.
Kawasan ini sering menjadi tumpuan warga bandaraya johor bahru dan para pelawat dari
dalam dan luar negara. Banyak acara-acara besar sering diadakan di kawasan ini seperti
konsert-konsert, jom heboh TV3, rumah terbuka raya, sambutan kemerdekaan dan
sebagainya. Selain itu kawasan ini juga di kelilingi oleh lot-lot komersial, bangunan
pejabat, hotel-hotel, kawasan beriadah dan sebagainya, maka dengan itu pasaran untuk
perniagaan ini telah tersedia dan ini akan memudahkan kerja-kerja promosi dan
menjimatkan masa, tenaga dan kos bahan api.

b. Kumpulan Sasaran :
Sasaran pasaran bagi perniagaan ini adalah meliputi semua golongan terutama
kepada syarikat-syarikat korporat, agensi kerajaan, penuntut-penuntut universiti dan kolej
swasta, pelajar sekolah dan sebagainya.

c. Saiz Pasaran :
Saiz Pasaran di Johor Bahru dianggarkan sekitar 550,000 orang termasuk penduduk dari
kawasan berdekatan yang kerap mengunjungi Bandaraya Johor Bahru.Dijangkakan
jumlah penduduk di kawasan ini akan terus meningkat seiring dengan perkembangan
Wilayah Pembangunan Iskandar yang turut merangkumi kawasan membeli-belah ini.

d. Syer Pasaran :
Berdasarkan kepada analisa yang dibuat ke atas pasaran didapati tiada satu pun
perniagaan yang sedia ada, menyamai konsep perniagaan ini, tetapi persaingan barang
niaga yang sama tetap wujud seperti coklat dan makanan berasaskan coklat.
Bagaimanapun melalui strategi pemasaran yang dirancang di jangka pada tahun pertama

1
sasaran 5% penguasaan pasaran dapat dicapai, dan untuk tahun-tahun seterusnya
dijangkakan penguasaan syer pasaran akan terus meningkat.

e. Ramalan Jualan:
Berdasarkan kepada saiz dan syer pasaran yang disasarkan, kami menganggarkan jualan
untuk bulan pertama operasi adalah sebanyak RM 15000, di mana kami menganggarkan
purata jualan harian adalah sebanyak RM 500. Angka jualan ini diambil kira dari faktor
kekerapan dan kecairan barang bertukar menjadi wang adalah tinggi, ini kerana
permintaan barang makanan ringan adalah tinggi dikalangan kebanyakan orang. Melalui
strategi pemasaran yang di buat kami jangkakan akan berlaku peningkatan jualan pada
bulan kelima operasi dan bulan-bulan seterusnya.

f. Strategi Pemasaran:
i. Strategi Barangan: Bagi memastikan perniagaan ini berdaya maju barangan yang dijual
amat memainkan peranan penting. Strategi barangan jualan kami adalah kami menjual
barangan yang mendapat sambutan tinggi dan mempunyai pelanggan yang ramai. Oleh
itu barangan jualan kami adalah lebih kepada barangan berasaskan makanan dan bahan
bacaan ringan. Konsep perniagaan kami adalah sebuah premis yang menjual makanan
berasaskan coklat seperti Coklat berkualiti tinggi, kek coklat dan lain-lain, yang
mempunyai permintaan tinggi serta mempunyai pelanggan setia dan tersendiri.

ii. Strategi Harga: Strategi yang kami gunakan dalam penentuan harga barangan yang
kami jual adalah berdasarkan harga pasaran semasa dan lebih tinggi sedikit berbanding
harga yang ditawarkan oleh para pesaing kami untuk beberapa jenis barangan tertentu.
Kami tidak akan menurunkan harga semata-mata untuk mengejar jualan tinggi kerana
strategi ini untuk jangka masa panjang akan merugikan industri ini sendiri.

iii. Strategi Promosi: Bentuk strategi promosi yang kami gunakan dalam lima tahun
pertama operasi adalah lebih kepada pengenalan konsep dan imej perniagaan kami
melalui strategi pengiklanan yang berkesan dengan kos yang rendah, seperti pengedaran
risalah, ‘pamplet`dan `banner`. Selain itu kami juga akan mengadakan promosi setiap

2
bulan dengan memberi ganjaran kepada pelanggan kami seperti potongan harga, baucer
dan hadiah misteri. Selain itu juga kami akan berusaha untuk membuat promosi di
sekolah-sekolah menengah dan institut pengajian tinggi dengan menyertai hari terbuka
atau hari konvokesyen di tempat-tempat terbabit.

iv. Startegi Pengedaran: Kebanyakan kos pengedaran barang ke premis perniagaan adalah
ditanggung oleh pembekal kecuali hanya beberapa barang, oleh itu dijangkankan kos
pengedaran adalah kecil dan tidak membebankan.

7. Analisis Pesaing:
a. Pesaing:
Disebabkan idea dan konsep perniagaan yang baru maka pesaing secara langsung dan
terdekat masih belum wujud lagi, tetapi terdapat pesaing secara tidak langsung yang
wujud. Maksud pesaing secara tidak langsung disini adalah perniagaan yang turut
menjual barangan yang kami jual tetapi persamaan itu hanya melibatkan satu atau dua
barang sahaja. Sementara para pesaing yang wujud di sekitar Bandaraya Johor Bahru
pula terdiri dari kedai serbaneka 24 jam, gedung membeli-belah dan kedai-kedai konsep
yang turut menjual satu atau dua produk yang menyamai produk yang kami jual.
Bagaimanapun dengan strategi yang telah kami susun dengan izin tuhan persaingan yang
wujud hanya memberikan sedikit kesan kepada kami.

b.Analisis SWOT :
i. Kekuatan :
- Merupakan idea dan konsep baru.
- Tidak mempunyai pesaing secara langsung.
- Bertindak memisahkan pasaran dan membuat pasaran baru.
- Satu-satunya perniagaan yang fokus dalam menjual barangan berasaskan coklat.
Kekuatan Pesaing:
- Sebahagian besar pesaing sudah mempunyai nama dan dikenali ramai.
- Mempunyai pelanggan tersendiri.
- Telah lama beroperasi.

3
- Mempunyai modal yang besar dan cawangan yang banyak seluruh negara.
ii. Kelemahan:
- Baru memulakan operasi dan tidak di kenali.
- Peruntukan yang sedikit untuk membuat promosi besar-besaran.
- Modal terhad.
Kelemahan Pesaing:
- Tidak memfokus kepada barangan yang sama dijual oleh kami.
- Kurangnya promosi terhadap barangan yang sama dijual oleh kami
iii. Peluang:
- Membuat pasaran baru yang memfokuskan jualan barangan berasaskan coklat dan
Gubahan coklat.
- Memperkenal konsep, imej dan nama perniagaan kepada umum.

iv. Ancaman:
- Kemasukan para pesaing baru ke dalam pasaran jika pasaran ini wujud dan berjaya.

v. Strategi Menghadapi Persaingan:


- Membangunkan satu konsep yang boleh mewujudkan satu industri baru daripada
barangan yang telah sedia ada di pasaran.
- Membuat promosi yang berterusan untuk memperkenalkan jenama dan menambat
hati dan fikiran pengguna.
- Menambah baik servis perkhidmatan dan membuat pembaharuan dalam perniagaan
untuk tempoh masa tertentu.
8. Kaedah Promosi dan Iklan:
Promosi dan pengiklanan adalah salah satu aspek yang akan diberi penekanan dalam
operasi syarikat terutama sekali di peringkat awal penubuhan syarikat. Tumpuan promosi
pada peringkat awal untuk menyedarkan penduduk sekitar Jitra tentang kewujudan
perniagaan dan menarik minat mereka. Kaedah promosi yang digunakan pada peringkat
pertama adalah dengan mengedarkan risalah, poster, kain rentang, `banner` dan papan
tanda yang kreatif untuk memperkenalkan dan menyedarkan masyarakat sekeliling
tentang wujudnya perniagaan ini. Pada masa yang sama program promosi dalam bentuk

4
tawaran diskaun dan pemberian hadiah misteri akan di adakan untuk menarik minat
pelanggan. Pada peringkat kedua , program promosi akan ditumpukan untuk menarik
minat pelanggan baru dan meluaskan kawasan promosi serta mengekalkan pelanggan
yang sedia ada. Ini akan dibuat melalui peningkatan program promosi yang sedia ada dan
melibatkan diri dengan aktiviti luar seperti menyertai pelbagai karnival, menyertai pesta
hari konvokesyen IPTA berdekatan seperti UTM, kolej-kolej swasta dan sebagainya serta
menyertai jualan hari terbuka sekolah-sekolah berdekatan. Selain itu juga kami berhasrat
untuk memneri penajaan dalam aktiviti kemasyarakatan terutama yang melibatkan ramai
orang. Pada peringkat ketiga ,dengan izin yang maha kuasa kami bercadang untuk
mengiklankan perniagaan kami di corong radio, media cetak dan siaran televisyen.

9. Perincian Aspek Kewangan :


a. Perincian Aliran Tunai Projek
Tunai yang ada untuk permulaan perniagaan ini adalah sebanyak RM50500, kos
Barang dijual pula adalah sebanyak 70% daripada anggaran jualan bulanan. Anggaran
jualan bulanan pula dikira berdasarkan anggaran purata jumlah pengunjung dan
perbelanjaan mereka setiap hari , disamping itu anggaran jualan juga dianggar dengan
mengambil beberapa faktor pembolehubah seperti musim cuti sekolah atau bulan
ramadan.Perbelanjaan pembangunan pula melibatkan 50% daripada jumlah tunai
perniagaan, bagaimanapun jumlah ini hanya sekali sahaja dikeluarkan dan kos
penyelanggaraan bulanan adalah rendah dan telah dikira didalam belanjawan. Kos
operasi pula dianggarkan sekitar RM 6000 sebulan bagi tahun pertama dan kos operasi
dianggarkan akan meningkat purata sebanyak 10% bagi setiap tahun berikutnya.

b. Penyata Aliran Tunai Kewangan


Keperluan kewangan projek yang dapat dilihat dari penyata aliran tunai adalah
sebanyak RM 49318, oleh itu pinjaman sebanyak RM 50000 diperlukan untuk
membiayai projek ini. Berdasarkan penyata aliran tunai dijangkakan jualan bagi tahun
pertama operasi adalah sebanyak RM 227000, manakala kos barang dijual pula adalah
sebanyak RM147000 dan kos operasi bagi tahun pertama adalah sebanyak RM85685.
Jika di teliti keadaan tunai bulanan perniagaan bagi tempoh lima tahun menunjukkan

5
sejumlah 35 bulan perniagaan mempunyai lebihan tunai sementara sebanyak 25 bulan
perniagaan mengalami kekurangan tunai.
c. Penyata Untung Rugi
Berdasarkan penyata untung rugi didapati perniagaan ini akan memberi keuntungan
pada tahun kedua operasi dan seterusnya hingga tahun kelima. Pada tahun pertama
operasi perniagaan ini mengalami kerugian sebanyak RM 5685, manakala pada tahun
kedua operasi perniagaan ini mula mencatatkan keuntungan sebanyak RM 6530.2,
tahun ketiga mencatatkan keuntungan sebanyak RM 20227.72, pada tahun keempat
pula perniagaan ini mencatatkan keuntungan sebanyak RM 15248.65 dan pada tahun
kelima keuntungan yang di catatkan kembali meningkat kepada RM 26214.76. Justeru
itu daripada penyata untung rugi ini menunjukkan bahawa perniagaan ini boleh
dijalankan dan mampu membawa keuntungan.

d.Titik Pulang Modal

Kos Operasi / Margin Kasar %


Tahunan Bulanan Harian
i. Tahun 1: 85685/30% = 285616.7 23801.38 793.38

ii. Tahun 2: 88169.8/30% = 293899.3 24491.61 816.38

iii.Tahun 3: 99672.28/30% = 332240.9 27686.74 922.89

iv. Tahun 4: 103851.35/ 30% = 346171.2 28847.5 961.58

v. Tahun 5: 109585.24/30% = 365284.1 30440.34 1014.67

Daripada
analisis yang dibuat antara ramalan jualan dan titik pulang modal didapati pada tahun
pertama hanya 3 bulan sahaja jualan yang melepasi titik pulang modal, oleh kerana itu
didapati penyata untung rugi mencatatkan kerugian pada tahun pertama operasi.
Bagaimanapun bermula dari tahun kedua hingga kelima jualan bulanan menunjukkan
peningkatan dan melebihi titik pulang modal dan seterusnya untuk tahun-tahun berikut
perniagaan mencatatkan keuntungan.

6
10. Kesimpulan
Berdasarkan maklumat, analisis, strategi, kerjasama, kerja keras, tunjuk ajar dan sumber
pembiayaan yang dihulurkan , dengan izin Allah s.w.t maka projek perniagaan ini dapat
dijalankan dan berdaya maju serta mempunyai harapan cerah untuk berkembang.
Maka dengan itu harapan kami agar kami diberikan peluang serta tunjuk ajar dari pihak
yang berpengalaman luas untuk kami merealisasikan impian ini.

11. Lampiran :

7
8

Anda mungkin juga menyukai