Anda di halaman 1dari 18

3.2.

2 JENIS-JENIS KEPUTUSAN PEMBELIAN


i) Proses pembelian produk baru
ii) Proses pembelian produk industri
Hasil Pembelajaran
a) menjelaskan proses pembelian produk baru merangkumi menyedari,
meminati, menilai, mencuba, dan menerima;
b) menjelaskan proses pembelian produk industri merangkumi
mengenal pasti masalah, mengenal pasti keperluan organisasi,
menentukan spesifikasi produk, mencari pembekal, membuka
tender, memilih pembekal, memesan produk, dan menilai prestasi
pembekal.
Kriteria Kejayaan
a) Menyenaraikan 3 proses pembelian produk baru
b) Menyatakan 4 proses pembelian produk industri
Proses pembelian produk baru
➢Produk baru merupakan barang atau perkhidmatan yang dianggap
baharu oleh pengguna. Produk itu mungkin telah lama wujud di
pasaran dan pengguna hanya mengetahui produk tersebut untuk kali
pertama dan membuat keputusan sama ada untuk menerimanya atau
sebaliknya.
Proses pembelian produk baru
1. Menyedari
➢Pengguna sedar tentang produk baharu tetapi kurang
maklumat tentang barang seperti harga, spesifikasi dan
kualiti
➢Pengeluar harus menyampaikan maklumat secukupnya
tentang produk baharu kepada pengguna melalui
pengiklanan, promosi, pameran
➢Contoh, kewujudan telefon pintar dengan ciri terkini dalam
pasaran
Proses pembelian produk baru
2. Meminati
➢Mewujudkan rasa suka pengguna terhadap produk baharu
➢Pengguna terdorong untuk mendapat maklumat produk
baharu daripada sumber perniagaan dan sumber sekunder
➢Contoh, pengguna menghubungi jurujual telefon pintar
untuk mengetahui ciri terkini
Proses pembelian produk baru
3. Menilai
➢Pengguna menganalisis produk baharu dari aspek kelebihan
dan kelemahan, faedah dengan kos dan kos kewangan
➢Pengguna membandingkan produk baharu dengan produk
pesaing atau produk sebelumnya
➢Contoh, pengguna membanding harga telefon pintar ciri
terkini dengan telefon pintar yang sebelumnya
Proses pembelian produk baru
4. Mencuba
➢Penggunaan produk baru oleh pengguna pada peringkat
awal bagi penentuan membuat keputusan pembelian
➢Pengguna mencuba adalah bertujuan mendapat
pengalaman dalam menggunakan produk baharu
➢Contoh, pengguna mencuba telefon pintar ciri terkini
daripada rakan
Proses pembelian produk baru
5. Menerima
➢Merujuk kepada pengguna membuat keputusan untuk
mengguna produk baharu
➢Pengguna akan terus membeli kerana telah yakin faedah
yang diperoleh apabila mengguna produk baharu
➢Contoh pengguna membuat keputusan membeli telefon
pintar ciri terkini
Proses pembelian produk industri
➢Produk industri merujuk kepada barang yang dibeli oleh organisasi
untuk digunakan secara langsung atau tidak langsung bagi tujuan
pemprosesan dan penambahnilaian dalam mengeluarkan barang
akhir
➢Contoh, mesin, jentera, bahan mentah
Proses pembelian produk industri
1. Mengenal pasti masalah
➢Pengeluar seharusnya mengenal pasti masalah terhadap
keperluan produk industri yang diperlukan dalam proses
pengeluaran.
➢Pengeluar mengkaji kelemahan yang berlaku dalam proses
penghasilan sesuatu produk.
➢Pengeluar mengkaji keupayaan dalam proses penghasilan
sesuatu produk.
➢Contoh, Pengusaha kilang sos cili menghadapi masalah
pengeluaran yang didapati berpunca daripada mesin
pengisar cili yang sudah usang dan sering kali rosak.
Proses pembelian produk industri
2. Mengenal pasti keperluan organisasi
➢Pengeluar memastikan apa yang diperlukan untuk
mengatasi masalah yang sering dihadapinya.
➢Menyediakan senarai semak barang yang diperlukan oleh
organisasi dan membuat analisis untuk memastikan ia
menepati keperluan tersebut.
➢Contoh, pengusaha kilang sos cili memerlukan mesin
pengisar yang baharu untuk menggantikan mesin lamanya
yang usang.
Proses pembelian produk industri
3. Menentukan spesifikasi produk
➢Pengeluar memastikan ciri-ciri produk yang dikehendaki
untuk memastikan produk yang dibeli nanti dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
➢Menyenaraikan secara terperinci dan membuat
perbandingan antara keperluan produk yang hendak dibeli.
➢Spesifikasi produk yang ingin dibeli harus mengambil kira
kemampuan membayar organisasi.
➢Contoh, Pengusaha kilang sos cili memastikan mesin yang
akan dibeli mempunyai tempoh hayat yang panjang.
Proses pembelian produk industri
4. Mencari pembekal
➢Pengeluar mencari pembekal yang boleh membekalkan
produk yang diperlukan.
➢Pengeluar boleh menyenaraikan pembekal-pembekal yang
berkelayakan.
➢Pengeluar boleh menghubungi terus syarikat perniagaan
yang berpotensi menjadi pembekal.
➢Contoh, pengusaha kilang sos cili mengenal pasti beberapa
pembekal mesin pengisar cili yang dapat menawarkan mesin
pengisar yang mempunyai tempoh hayat dan harga yang
telah ditetapkan.
Proses pembelian produk industri
5. Membuka tender
➢Pengeluar meminta setiap pembekal yang dipilih untuk
mengemukakan sebut harga bagi produk dengan ciri-ciri yang
dikehendaki.
➢Pengeluar melantik jawatankuasa tender secara bertulis.
➢Jawatankuasa tender menyediakan spesifikasi tender
berdasarkan fungsi produk industri yang ingin dibeli.
➢Kandungan dokumen tender termasuk syarat-syarat am, jadual
harga, tempoh penghantaran, tempoh bantahan dan skop kerja
yang diperlukan.
➢Contoh, Pengusaha kilang sos cili meminta supaya setiap
pembekal memberikan sebut harga mesin pengisar cili mengikut
spesifikasi yang dikehendakinya.
Proses pembelian produk industri
6. Memilih pembekal
➢Keputusan menentukan pembekal yang dipilih adalah
pembekal yang terbaik
➢Faktor pemilihan pembekal berdasarkan faktor harga bahan,
kualiti, perkhidmatan, syarat kredit,reputasi pembekal
➢Contoh, Pengusaha kilang sos cili memilih pembekal yang
dapat menawarkan mesin pengisar dengan harga
berpatutan.
Proses pembelian produk industri
7. Memesan produk
➢Merupakan tindakan perniagaan membeli bekalan daripada
pembekal yang dipilih dengan syarat-syarat pembekalan
yang dipersetujui.
➢Pesanan yang dibuat berdasarkan spesifikasi bahan, kuantiti,
jangkaan masa dan waranti.
➢Contoh, pengusaha kilang sos cili membeli mesin pengisar
daripada pembekal yang dipilih yang dapat menawarkan
harga yang berpatutan.
Proses pembelian produk industri
8. Menilai prestasi pembekal
➢Tindakan mengukur pencapaian pembekal dan hubungan
perniagaan dengan pembekal
➢Prestasi pembekal menjadi asas penilaian untuk membuat
keputusan sama ada meneruskan pembekal sedia ada atau
mencari pembekal lain
➢Contoh Pengusaha kilang sos cili kekal memilih pembekal
mesin pengisar yang sama pada masa akan datang kerana
pembekal tersebut dapat memenuhi syarat-syarat
pembekalan yang ditetapkan.
Latihan proses pembelian produk baru dan produk industri

1. Senaraikan lima proses pembelian produk baru. [5]


2. Huraikan tiga langkah pertama dalam proses pembelian produk baru. [6]
3. Huraikan tiga langkah terakhir dalam proses pembelian produk baru. [6]
4. Nyataka empat langkah yang pertama dalam proses membuat keputusan
pembelian produk industri. [4] – STPM 2015
5. Jelaskan lima proses awal pembelian produk industri. [20] –STPM 2022

Anda mungkin juga menyukai