Anda di halaman 1dari 16

NAMA : MUHAMMAD AL QADRI BIN RASIDI

NO.MATRIK : D2110399

SUBJEK : ASAS PERUNCITAN (DPR 3033)

NAMA PENSYARAH : PUAN ROSLINAWATI BINTI IBRAHIM


PENGENALAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah
dan kurnianya, saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Asas Peruncitan yang ini dengan
sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Puan Roslinawati Binti Ibrahim selaku pensyarah bagi subjek Asas
Peruncitan, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat
dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus pendek ini.

Akhir kata, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sedia membantu saya
dalam kerja kursus ini. Saya tidak akan lupa pertolongan yang telah diberikan.

LATAR BELAKANG SYARIKAT AEON

Tidak lama dulu, barangan keperluan asas dan harian kebanyakannya dibeli dari kedai-kedai
runcit yang dimiliki dan diusahakan keluarga kecil. Selepas itu, kemunculan pasar raya
menguasai industri barangan keperluan pengguna dengan menawarkan pelbagai produk dari
jenama tempatan dan antarabangsa. Pada dekad lalu, pengguna bagaimanapun tertarik kepada
pusat membeli-belah yang lebih besar dan terkemuka iaitu hypermarket. Ketika pasar raya
dan hypermarket terus berkembang, kedua-duanya berlumba-lumba memperluaskan
cawangan perniagaan mereka. Hypermarket menarik sebilangan besar pengguna kerana
menawarkan pelbagai produk termasuk makanan dan minuman, pakaian, alat tulis dan
barangan elektronik. Ia menawarkan pusat membeli-belah sehenti yang selesa untuk
pengguna membeli apa saja barangan keperluan mereka. Aeon Co (M) Bhd atau Aeon
Malaysia, bersama-sama dengan gergasi runcit tempatan yang lain di Malaysia, terus
berusaha menawarkan barangan dan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna. Strategi
perniagaannya adalah untuk membuka rangkaiannya di kawasan perumahan pinggir bandar
yang mempunyai ramai golongan berpendapatan sederhana. Syarikat tersebut menganggap ia
lokasi yang mudah dikunjungi oleh sebilangan besar pengguna. Strategi tersebut berjaya dan
membantu syarikat itu memperoleh pendapatan sebanyak RM3.26 bilion pada 2012. "Kami
tidak mensasarkan bandar-bandar besar. Sebaliknya, kawasan pinggir bandar dimana anda
boleh menjumpai kami. Malah, kami membawa intipati bandar ke kawasan-kawasan ini
dengan memperkenalkan kafe popular dan pusat membeli-belah untuk dinikmati pengguna
dengan mudah," kata Pengarah Urusan Aeon Co (M) Bhd, Nur Qamarina Chew.

CARTA
VISI

Menjadi Organisasi Peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing

MISI

Menjadi syarikat pengeluaran barangan runcit yang mengeluarkan produk-produk berkualiti


tinggi.

OBJEKTIF

1) Mengeluarkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang runcitan


2) Sasaran boleh diukur bagi membantu pencapaian tujuan organisasi
3) Untuk menjadi syarikat runcit yang terbaik yang menyediakan perkhidmatan terbaik
kepada pelanggan.

FUNGSI

AEON BIG mempunyai kekayaan daripada hypermarket pengetahuan diwarisi dari


"Carrefour" yang bermula sebagai pemaju perintis itu konsep "hypermarket" di Malaysia
pada tahun 1994 dan "CARREFOUR" adalah salah satu yang paling berjaya di dunia
hypermarket rantaian dengan lebih daripada 9,500 kedai di 32 buah negara di seluruh dunia.

AEON Co Ltd kini menerajui pertumbuhan pasar raya besar dan pasar raya di Malaysia
melalui AEON BIG. Konsep pasar raya AEON BIG menawarkan sehenti membeli-belah,
layan diri, kemudahan kemudahan pelanggan, tempat letak kereta percuma (kedai terpilih
sahaja) dan harga yang rendah pada pelbagai hasil segar dan kategori bukan makanan. Ia juga
merupakan salah satu daripada pasar raya besar untuk menawarkan 100% bayaran balik dasar
yang melindungi hak pengguna terhadap barang-barang yang rosak.

LOGO

FALSAFAH : “ Memperkayakan Gaya Hidup Anda”

CAMPURAN PEMASARAN (4P) SYARIKAT AEON

PRODUK

Syarikat AEON merupakan syarikat yang mengeluarkan barangan runcit dan menyediakan perkhidmatan
untuk pelanggan. Produk yang dikeluarkan oleh syarikat AEON adalah produk yang berkualiti, sempurna,
dapat memenuhi kehendak pengguna.
HARGA (PRICE)

Syarikat AEON menyediakan harga yang realistik, berpatutan, supaya pelanggan berasa berpuas hati
dengan barangan yang mereka peroleh daripada syarikat AEON.

PROMOSI

Dengan promosi yang sering ditawarkan oleh Syarikat AEON dapat mewujudkan dan meluaskan pasaran.
Syarikat AEON juga menggunakan Teknik pengiklanan, promosi jualan, jualan terus dan publisiti.

PENEMPATAN (PLACE)

Strategi perniagaannya adalah untuk membuka rangkaiannya di kawasan perumahan pinggir bandar yang
mempunyai ramai golongan berpendapatan sederhana. Syarikat tersebut menganggap ia lokasi yang
mudah dikunjungi oleh sebilangan besar pengguna. Strategi tersebut berjaya dan membantu syarikat itu
memperoleh pendapatan sebanyak RM3.26 bilion pada 2012.

FUNGSI UTAMA YANG DILAKSANAKAN DALAM SYARIKAT AEON

AEON Co (M) Bhd (AEON) memperuntukan sejumlah besar pelaburan bagi


memperkukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan menaik taraf kemudahan sedia ada selain
melonjakkan jualan dalam talian. Sehubungan itu, beliau berkata, AEON memperuntukan
perbelanjaan modal RM251 juta tahun ini bagi tujuan menaik taraf kemudahan di samping
mengukuhkan sistem teknologinya. Katanya, daripada jumlah itu, 40 peratus digunakan bagi
pengukuhan teknologi terutama bagi membangunkan platform e-dagang yang komprehensif
pada akhir suku ketiga 2021 memandangkan pandemik meningkatkan permintaan terhadap
barangan dalam talian, malah AEON merekodkan lonjakan peratusan yang
memberangsangkan sepanjang tempoh ini. "Lantaran itu, AEON akan membangunkan
platform e-dagang yang dikenali sebagai 'My AEON To Go' pada 2 Ogos ini. Platform ini
bukan saja menjual produk yang terdapat dirangkaian pasaran AEON serta anak syarikat
kami iaitu AEON Wellness dan Daiso, tetapi turut menjual produk daripada penyewa kami
seperti makanan dan minuman. "Ia akan menjadi platform e-dagang yang menyeluruh, semua
yang ada di pasar raya AEON akan terdapat di sini.
REKA BENTUK SALURAN AGIHAN

Syarikat AEON menggunakan teknik saluran pemasaran secara langsung yang tidak memerlukan
pengantara pemasaran.
Saluran ini melibatkan pengagihan produk daripada pengeluar secara terus kepada pengguna/pelanggan.
Contohnya, pesanan melalui televisyen dan internet, barang tidak tahan lama, barang tempatan khas,
barang bernilai tinggi dan perkhidmatan professional.

JENIS PENGAGIHAN PILIHAN

Syarikat AEON menggunakan pengagihan intensif yang meluas dengan terdapatnya stok produk yang
disimpan di outlet.
Sebagai contoh, pengedaran minuman tin dan botol secara meluas di sesebuah kawalan tertentu.
Melalui pengagihan intensif, Syarikat AEON dapat memastikan pengguna dapat memperoleh sesuatu
produk dengan mudah.
Salah satu strategi yang lazim digunakan ialah menyimpan stok yang banyak bagi memenuhi permintaan
pasaran.

KONFLIK DALAM AGIHAN SYARIKAT AEON

Konflik Mendatar

Konflik berlaku antara ahli saluran agihan dalam satu tahap saluran yang sama dalam saluran agihan yang
berbeza.
Sebagai contoh, peruncit di negeri Johor memberi diskaun yang berbeza dengan peruncit di negeri Melaka.

JENIS PERUNCITAN SYARIKAT AEON


Sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, AEON telah berdiri teguh selama 35
tahun, mengukuhkan lagi legasinya dari tahun ke tahun sehinggalah sekarang. Sebagai
sebuah peneraju sektor peruncitan secara besar-besaran di Malaysia, mereka telah berjaya
meraih kepercayaan masyarakat dan mengukir nama sebagai jenama yang diyakini. Baru-
baru ini AEON CO. (M) BHD. telah menganjurkan sebuah acara makan malam bersempena
dengan ulang tahun ke-35 dan sebagai tanda penghargaan buat seluruh rakan niaga dan ahli
keluarga AEON di atas sokongan yang telah diberikan untuk memenuhi harapan dan impian
di masa hadapan. Demi mengekalkan prinsip AEON, syarikat ini sentiasa melakukan
perubahan dan menyesuaikan mengikut keadaan semasa dengan penuh keyakinan. AEON
akan terus menumpukan perhatian terhadap keperluan pelanggan dengan menyediakan
kemudahan dan kepuasan yang diperlukan. Secara tidak langsung dapat membantu AEON
berkembang dan pada masa yang sama berbakti kepada masyarakat.

PERANCANGAN STRATEGIK SYARIKAT AEON

AEON Co (M) Bhd (Aeon) akan memperkemas strategi perniagaan pada tahun ini bagi
memastikan harapan untuk mengekalkan keuntungan sama seperti tahun lalu berjaya
direkodkan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shafie Shamsuddin berkata,
biarpun berdepan cabaran semasa khususnya wabak Covid-19 ketika ini, beliau melihat
kewujudan peluang untuk mengembangkan perniagaan dalam pelbagai segmen lain antaranya
penghantaran.

PERSEKITARAN DALAM SYARIKAT (DALAMAN & LUARAN)


Persekitaran Makro.

1. Ekonomi

-Melibatkan jumlah barang dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dijual dan
digunakan dalam sesuatu ekonomi.

-Melibatkan peringkat antarabangsa nasional dan tempatan

-Melibatkan transaksi pasaran, awam, kerajaan dan transaksi organisasi bukan untung.

-Kemelesatan ekonomi - kesan yang mempengaruhi aktiviti perniagaan ialah keluaran dan
pendapatan negara. Banyak syarikat perniagaan akan tutup.

2. Politik dan undang - undang.

-Berkait rapat dengan dasar dan peraturan kerajaan.

-Kestabilan politik - memberi peluang kepada pertumbuhan perniagaan.

-Ketidakstabilan politik - perniagaan sukar berkembang.

-Dasar - dasar kerajaan di peringkat antarabangsa, nasional dan tempatan - merancakkan


pertumbuhan perniagaan.

-Sokongan,kemudahan dan perkhidmatan kerajaan dari segi sumber kewangan, infrastuktur,


penasihatan, promosi, peraturan, percukaian dan lain - lain.

3. Teknologi.
-Berkait rapat dengan kemajuan sains, perkembangan produk baru, pemprosesan dan bahan -
bahan.

-Tingkat teknologi - menentukan sejauhmana keupayaan barang dan perkhidmatan akan


dihasilkan, peralatan digunakan dan bagaimana operasi perniagaan di jalankan.

-Persaingan antara syarikat perniagaan - menyebabkan usahawan menggunakan teknologi


lebih canggig untuk mengeluar barangan yang lebih bermutu, cepat, banyak dan lebih efisien.

-Teknologi baru - memberi kelebihan saingan.

4. Sosio - budaya.

-Melibatkan aspek seperti demografi, gaya hidup masyarakat, perubahan nilai sosial dan juga
budaya.

-Menilai perubahan dalam kependudukan untuk mengenal pasti peluang perniagaan.

-Perubahan penduduk, kumpulan etnik, dan struktur penduduk berkaitan umur, jantina, lokasi
geografi dan pengagihan penduduk.

Persekitaran Mikro

1. Pelanggan

-Kumpulan sasaran utama dalam perniagaan.

-Individu atau kumpulan manusia ( pejabat kerajaan, sekolah hospital dan lain- lain) yang
membeli barangan atau perkhidmatan.

-Keuntungan syarikat terjejas jika pelanggan tidak puas hati dengan produk atau layanan.

2. Pembekal
-Untuk mendapatkan input seperti bahan mentah, peralatan , mesin tenaga keja dan lain - lain.

-Boleh didapati apabila usahawan berinteraksi dengan persekitaran luaran melalui proses
pertukaran.

-Usahawan akan cuba mendapatkan harga yang rendah dan kualititi bahan yang baik -
melalui kelebihan persaingan antara pembekal

-Usahawan perlu mendapat kepercayaan daripada pembekal - supaya proses pengeluaran


tidak terjejas dari segi kualiti barangan atau masa barangan dipasarkan.

3. Pengaruh kerajaan

-Memberi lesen

-Menggubal dasar

-Menyedia prasarana

-Perkhidmatan sokongan

-Memasti perniagaan dijalan mengikut prosedur

-Membuat kutipan cukai perlesenan, perniagaan dan lain - lain.

-Sebarang perubahan dasar prosedur kerajaan mempengaruhi aaktiviti usahawan.

4. Institusi kewangan
-Seperti bank perdagangan, syarikat kewangan dan syarikat insurans.

-Membuat pelaburan kepada syarikat

-Memberi pinjaman modal - untuk membiayai operasi perniagaan.

-Usahawan yang tidak mendapat pembiayaan akan menjejaskan perkembangan perniagaan.

-Kadar faedah/ kadar keuntungan yang dikenakan boleh menjejaskan prestasi syarikat.

-Perlu hubungan baik dengan bank.

5. Pesaing

-Perlu memahami aktiviti pesaing dan membentuk strategi perniagaan yang berkesan.

-Usahawan perlu mencari peluang - peluang menambah pelanggan dan meluaskan pasaran.

-Untuk memberi kelebihan persaingan terhadap produk yang dikeluarkan usahawan perlu
mewujudkan - strategi produk berkualiti, harga berpatutan, promosi yang menyeluruh dan
perkhidmatan yang cekap.

6. Pertubuhan bukan kerajaan.

-Seperti persatuan pengguna, perubuhan politik, persatuan - persatuan keagamaan, persatuaan


- Persatuan keagamaan, persatuan - persatuan perniagaan dan pertubuhan - pertubuhan
kebajikan.

-Memberi pengaruh kepada perniagaan.

-Menjalankan kempen - kempen terhadap barangan usahawan - mungkin menjejaskan


penjualan di pasaran.

-Usahawan perlu peka isu yang sensetif kepada masyarakat seperti alam sekitar, kesihatan
dan kebersihan.
STRATEGI 4P SYARIKAT AEON

Syarikat AEON adalah peruncit terbesar di Asia. Syarikat ini banyak mengeluarkan barangan
runcit yang berkualiti dan mampu memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Syarikat
AEON menawarkan harga yang berpatutan untuk pelanggan. Tujuan Syarikat AEON
menawarkan harga yang berpatutan adalah supaya pelanggan/pengguna mereka mudah untuk
peroleh barangan runcit yang mereka mahukan. Selain itu, Syarikat AEON juga sentiasa
menjalankan promosi jualan mereka agar pengguna lebih tertarik untuk membeli produk
runcit yang mereka keluarkan. Di samping itu, penempatan syarikat mereka yang begitu
strategi mampu menarik perhatian pelanggan/pengguna untuk datang ke tapak perniagaan
mereka dan membeli produk-produk mereka.

SISTEM PENGUMPULAN MAKLUMAT SYARIKAT

NOTIS DATA PERIBADI DAN PRIVASI

AEON CO. (M) BHD. (126926-H) (“AEON”) menghormati dan menghargai privasi setiap
individu dan berusaha untuk melindungi Data Peribadi anda menurut kepada Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”). Notis Data Peribadi Dan Privasi ini
adalah disediakan selaras dengan Akta tersebut sebagai sebahagian daripada usaha AEON
dalam melindungi Data Peribadi anda. “Data Peribadi” yang digunapakaikan dalam Notis
Data Peribadi Dan Privasi ini adalah mempunyai maksud dan erti yang sama dengan tafsiran
terhadap perkataan ini dalam Akta tersebut.

Notis Data Peribadi Dan Privasi ini adalah terpakai kepada mana-mana individu yang Data
Peribadi mereka diproses oleh AEON termasuk pelanggan-pelanggan, pekerja-pekerja,
pembekal-pembekal dan penyewa-penyewa AEON.
Notis Data Peribadi Dan Privasi ini menjelaskan bagaimana Data Peribadi anda diproses oleh
AEON dan wakil atau ejen yang dibenarkan oleh AEON.

Data Peribadi yang diproses oleh AEON mungkin merangkumi nama, butir-butir dan cara
menghubungi, tarikh lahir, alamat e-mel dan apa-apa Data Peribadi anda lain yang diperlukan
untuk tujuan sperti mana yang dinyatakan di bawah.

Data Peribadi anda mungkin diperolehi oleh AEON daripada pelbagai sumber termasuk
tetapi tidak terhad kepada maklumat yang telah diberikan oleh anda kepada AEON,
maklumat daripada pihak ketiga dan/atau maklumat yang sedia ada dalam domain awam.

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN PEMASARAN

1. Mengatasi persaingan
o Pemasar memahami kaedah operasi dan strategi pemasaran yang digunakan oleh pesaing mereka.
o Dapat membentuk satu strategi pemasaran yang berdaya saing bagi mengatasi pesaing dan terus
beroperasi dalam pasaran.
2. Meluaskan pasaran
o Syarikat AEON akan dapat memahami keperluan dan kehendak pengguna.
o Syarikat AEON dapat mengeluarkan produk yang menarik minat pengguna demi meningkatkan
jualan dan menambah keuntungan syarikat mereka.
3. Mengenalpasti perubahan citarasa pengguna
o Syarikat AEON dapat memberikan tumpuan kepada pasaran sasaran tertentu dengan menawarkan
barang dan perkhidmatan dengan citarasa pengguna.
4. Mengenalpasti pengguna baharu dan mengekalkan pengguna sedia ada
o Membentuk strategi pemasaran yang berkesan apabila ingin memperkenalkan sesuatu produk
kepada pengguna baharu.

SUMBER MANUSIA DALAM SYARIKAT AEON

Strategi Syarikat AEON adalah untuk mewujudkan daya saing yang kukuh dan mencapai
matlamat yang berterusan. Komponen utama yang mendasari strategi ini ialah :
- Mempercepatkan Shopping Center Pembangunan. AEON menyalurkan sumber syarikat mereke ke arah
membangunkan, kemudahan menarik bersepadu komersial yang pelanggan boleh menikmati sepenuhnya.

CADANGAN

Cadangan bagi penambahbaikan Syarikat AEON adalah sentiasa mengekalkan momentum


yang mereka peroleh dan sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi supaya dapat
meluaskan lagi pasaran produk runcit mereka.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Syarikat AEON berpegang teguh dengan elemen campuran pemasaran (4p)
bagi menarik perhatian pelanggan/pengguna dan dapat meningkatkan lagi jualan mereka dan
dapat meluaskan lagi pasaran mereka ke peringkat yang lebih besar.

RUJUKAN

1) https://ms.m.wikipedia.org/wiki/%C3%86ON
2) https://anyflip.com/hhxjp/xyde/basic
3) https://www.aeonretail.com.my/privacy_bm.html

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai