Anda di halaman 1dari 15

<PROGRAM >

<SEMESTER / TAHUN >

<KOD KURSUS>

<TAJUK KURSUS>

NO. MATRIKULASI : <NO MATRIKULASI>


NO. KAD PENGENALAN : <NO. KAD PENGENALAN>
NO. TELEFON : <TELEFON>
E-MEL : <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN : <PUSAT PEMBELAJARAN>


ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA

SURAT

PENGENALAN 1-2

ELEMEN-ELEMEN UMUM PERSEKITARAN MAKRO 3-6

KESAN ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO KEPADA ORGANISASI 6-8

CADANGAN MENGURUKSKAN ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO 8-9

KESIMPULAN 10

RUJUKAN 11

0
1.0 PENGENALAN

1.1 Sejarah Penubuhan

McDonald merupakan sebuah syarikat makanan segera yang berasal daripada


Amerika Syarikat yang telah ditubuhkan sejak tahun 1940. Penubuhan ini dilakukan oleh
adik beradik iaiu, Richard dan Maurice McDonald yang bertempat di 1398 North E Street
di West 14th Street di San Bernardino, California. Perniagaan ini dikendalikan sebagai
hamburger stand dan berubah kepada francais pada tahun 1953. Pada tahun 1955 pula
McDonald telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan iaitu Ray Kroc yang pada asalnya
bergabung dengan MacDonald sebagai ejen francais. Mereke memperkenalkan
perniagaan mereka sebagai “Speedy Service System” kerana proses penyedian makanan
mereka yang cepat dan pantas sesuai dengan konsep syarikat makanan segera

Maskot pertama yang diperkenalkan MacDonald adalah maskot burger yang


memakai topi yang disebut sebagai “Speedee” tetapi MacDonald telah menukarkan
maskot mereka sebagai maskot “universal” pada tahun 1962. Namun begitu, maskot yang
dikenali sekarang iaitu “Clown Ronald McDonald” diperkenalkan pada tahun 1965
sebagai satu langkah untuk menarik perhatian pelanggan dari golongan kanak-kanak.
MacDonald juga telah mendaftarkan nama mereka “MacDonald” dengan trademark “
Drive-In-Restaurant-Services” pada Mei 1961 sebelum ditukarkan oleh Ray Kroc
trademark baru dengan logo “M” yang dipanggil "Golden Arches". Logo ini telah
muncul dalam belbagai versi dan bentuk, namun begiti versi sekarang mula digunakan
pada November 1968 Wiki (2020).. MacDonald juga telah mendaftarkan produk dan
jenama lain di bawah MacDonald seperti Big Mac (1968), Egg McMuffin (1973), Happy
Meals (1979), dan Ayam McNuggets (1983).

Pada tahun 1961, Kroc telah membeli kesemua ekuiti saudara McDonald di
syarikat yang menjadikannya sebagai pemilik syarikat dan memulakan jangkauan
syarikat di seluruh dunia. Dengan pengembangan McDonald's ke banyak pasaran
antarabangsa, syarikat ini telah menjadi simbol globalisasi dan penyebaran cara hidup
Amerika Syarikat. MacDonalds menjadi restoran keluarga yang paling popular yang

1
menekankan makanan, keseronokan, dan rasa yang berpatutan yang menarik bagi kanak-
kanak dan orang dewasa.

1.2 Kejayaan MacDonald’s


Penubuhan MacDonald telah berkembang kepada 120 negara dan wilayah di
seluruh dunia dengan menjadikan total sebanyak 37,855 buah restoran di seluruh dunia.
Walaupun MacDonald masih berfokuskan kepada jenama utamanya iaitu rangkaian
syarikat makan segera yang terkenal dengan hamburger dan kentang goreng ,
MacDonald juga menyediakan produk ayam goreng, sarapan , minuman ringan ,
milkshake dan pencuci mulut. Selain itu, MacDonald juga mula mengembangkan
syarikatnya dengan menerokai rangkaian yang lain seperti rangkaian saham. MacDonald
merupakan pemegang saham yang terbesar dalam Chipole Mexican Grill sehingga
Oktober 2006. MacDonald juga memiliki sebahagian kecil saham Aroma Cafe dari 1999
hingga 2001. McDonald telah meningkatkan dividen pemegang saham selama 25 tahun
berturut-turut, menjadikannya salah satu S&P 500 Dividend Aristocrats. MacDonald
telah berada di kedudukan ke-131 di Fortune 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat
berdasarkan perdapatan hasil. MacDonald telah menghasilkan 100 bilion oleh restoran
milik syarikat dan francais McDonald pada tahun 2019 menyumbang hampir 4%
daripada industri restoran global yang dianggarkan bernilai $ 2.5 trilion. Pendapatan
McDonald's Corporation berasal dari sewa, royalti, dan bayaran yang dibayar oleh
francaisi, serta penjualan di restoran yang dikendalikan oleh syarikat. McDonald adalah
majikan swasta kedua terbesar di dunia dengan 1.7 juta pekerja selepas Walmart di
kedudukan kedua sebanyak 2.3 juta pekerja Md (2017)..

2
2.0 ELEMEN-ELEMEN UMUM PERSEKITARAN MAKRO

Persekitaran makro adalah merupakan satu elemen persekitaran yang berada di luar
kawalan organisasi. Persekitaran makro juga adalah satu elemen jangka pangjang
yang mempengaruhi keputusan yang akan dibuat oleh sesebuah organisasi tersebut.
Oleh kerana itu setiap organisai perlu sentiasa mengawasi dan mengambil serius
elemen ini kerana persekitaran makro boleh memberi kesan kepada sesebuah syarikat
sama ada dalam bentuk peluang atau dalam bentuk ancaman. Menurut Itani, Connell,
& Mason (2014) elemen-elemen persikitaran makro adalah dalam satu jaringan yang
dikenali sebagai PESTEL iaitu Politik, Economy, Social, Technology, Environment
dan Legal.

2.1 Elemen Politik


Elemen pertama dalam persekitaran makro adalah elemen politik. Sistem
politik serta polisi di sesebuah negara boleh mempengaruhi strategi perniagaan
dan pemasaran sesebuah organisasi. Setiap organisasi perniagaan perlu
mengambil perhatian terhadap kestabilan sistem politik di dalam negara tersebut
sebelum membuat sesuatu keputusan supaya ianya tidak medatangkan kesan
negetif terhadap organisaai tersebut. Oleh begitu, kajian berkenaan sistem politik
amat penting bagi memastikan bentuk sistem politik di negara tersebut sesuai
dengan konsep perniagaan yang akan dibawa. Organisasi juga perlu bersedia
dengan pelan-pelan tindakan untuk menghadapi risiko pada masa akan datang.
Selain itu potensi pemimpin sesebuah negara juga harus diambil kira supaya
keuntungan jangka panjang sesebuah organisasi dapat terjamin.
Sebagai contoh, syarikat MacDonald telah mengambil kira sistem dan polisi
potitik yang berlaku di Malaysia sebelum mereka membuka dan mengembangkan
perniagaan mereka di Malaysia. Hal ini dapat membantu syarikat MacDonald
membuat keputusan sama ada perniaggan mereka akan mendapat keuntungan atau
mendapatkan kerugian terutama berkenaan cukai korporat yang dikenakan negara
Malaysia keatas syarikat MacDonald. Pada tahun ini MacDonald telah mencapai
tahun ke 38 sejak pembukaannya di Malaysia pada tahun 1982.

3
2.2 Elemen Ekomoni
Elemen persekitaran makro yang seterusnya adalah elemen ekonomi.
Persekitaran ekonomi adalah satu elemen yang akan mempengaruhi kuasa
pembeli dan corak perbelanjaan pengguna dalam sesebuah negara tersebut.
Sesebuah organisasi itu bergantung terhadap kuasa pembelian daripada pengguna.
Oleh itu setiap organisasi perlu mengawasi pola utama pendapatan dan perubahan
pola perbelanjaan pengguna. Sebarang perubahan positif atau negatif dalam
pembolehubah utama ekonomi seperti pola pendapatan, kos hidup, kadar faedah,
simpanan dan pinjaman akan memberi kesan terhadap pasaran Othman, M.
(2016).
Sebagai contoh, syarikat MacDonald Malaysia telah bercadangkan untuk
melabur seanyak RM1.4 billion di Malaysia sehingga pada tahun 2025, bagi
membuka lebih banyak restoran dan cawangan baru di negara ini berikutan harga
dan jualan daripada syarikat MacDonald yang bersesuaian dengan pendapatan
dan pola hidup pengguna di Malaysia dan mendapat sambutan yang
memerangsangkan oleh pengguna di Malaysia.

2.3 Elemen Sosial Budaya


Elemen Sosial Budaya adalah elemen yang ketiga dalam persekiran makro.
Persekitaran sosial adalah elemen yang sangat pnting dalam sesebuah organisasi
kerana ianya memberi impak terhadap masyarakat setempat. Elemen sosial ini
terdiri daripada institusi dan pengaruh lain yang mempengaruhi asas, persepsi,
keutamaan serta gelagat dalam sesebuah masyarakat. Dalam kelompok
masyarakat mereka telah membentuk satu nilai dan kepercayaan mereka
berdasarkan norma masyarakat tersebut. Kebudayaan sosial terdiri daripada dua
aspek iaitu aspek demografi dan aliran kebudayaan dalam masyarakat Othman,
M. (2016)..
Sebagai contoh, dalam aspek demografi bagi syarikat MacDonald mereka
telah mengambil kira tempat dan persekitaran yang sesuai bagi membuka dan

4
memulakan operasi mereka yang pertama kali di Malaysia dengan memilih Jalan
Bukit Bintang, KL sebagai restoran MacDonald yang pertama beroperasi di
Malaysia pada tahun 1982. Hal ini kerana ketika itu, bandar tersebut merupakan
pusat tumpuan ekonomi dan juga merupakan kawasan populasi penduduk yang
sesuai untuk dijadikan sebagai pengguna MacDonald.
2.4 Elemen Teknologi
Elemen persekitaran makro yang seterusnya adalah elemen teknologi. Dalam
elemen ini kemahiran, ilmu, teknologi adalah sangat penting alam aspek
penghasilan produk dan pekhidmatan. Sesebuah organisasi perlu sentiasa peka
dengan perkembangan teknologi supaya organisasi tersebut tidak terlepas
daripada arus kemodenan. Hal ini kerana kadar perubahan teknologi adalah sangat
cepat dan pantas. Perubahan teknologi mampu memberi peluang dan kesan positif
kepada sesebuah organisasi Yusof, J. (2020).
Syarikat MacDonald sering memperbaharui konsep perniagaan mereka sesuai
mengikut arus dan keadaan inovasi mengikut kehendak pengguna mereka.
Sebagai contoh mereka telah menggunakan kaedah drive thru pada tahun 1961
yang merupakan satu inovasi dan teknologi yang baru pada ketika itu dan
MacDonald juga telah memperkenalkan kaedah perhantaran pada tahun 1994 bagi
memudahkan pengguna mereka. Kini MacDonald telah bergabung dengan grab
dan syarikat penghataran yang lain bagi memenuhi kehendak pengguna.

2.5 Elemen Alam Sekitar


Elemen seterusnya adalah merupakan elemen alam sekitar. Elemen ini
melibatkatkan pelbagai sumber alam semula jadi yang diperlukan oleh sesebuah
organisasi. Elemen ini sangat penting kerana dapat memberi kesan keatas proses
perjalanan organisasi. Elemen alam sekitar kini semakin mendapat permintaan
tinggi menjadikan kos untuk mendapatkannya yang semakin meningkat. Setiap
organisasi perlu memastikan elemen ini sentiasa mencukupi supaya tidak
menjelas organisasi mereka.
Elemen alam sekitar adalah sangat penting kepada MacDonald kerana ia
merupakan sumber asas kepada pengeluaran produk MacDonald. Menurut buku

5
Negara Makanan Segera (Fast Food Notion) oleh Eric Schlosser (2001) bahawa
MacDonald mmerupakan pembeli tunggal yang terbesar untuk daging lembu,
kentang dan epal.

2.6 Elemen Perundangan


Elemen persekitaran makro yang terakhir adalah elemen perundangan.
Persekitaran ini merujuk kepada pelaksanaan dan penggubalan undang-undang
oleh pihak kawalan
syarikat yang memberi pengaruh atau had di dalam firma atau individu dalam
masyarakat (Armstrong & Kotler, 2011). Undang-undang di dalam persekitaran
makro meliputi peraturan-peraturan yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan
seperti reka bentuk produk dan menetapkan harga terhadap barang kawalan,
pengiklanan, upah dan persekitaran tempat kerja seperti rangka undang-undang
yang diwujudkan yang memerlukan syarikat memenuhi atau mematuhi undang-
undang yang ditetapkan Othman, M. (2016).
Sebagai contoh syarikat MacDonald telah membuat perlesenan perniagaan
yang berdaftar mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi mematuhi peraturan
dan perundangan yang telah dilaksanakan. MacDonald juga memastikan supaya
semua peraturan yang diperuntukkan oleh kerajaan dipatuhi supaya tidak
mendatangkan sebarang masalah kepada syarikat. Selain itu MacDonald juga
mengambil inisiatif untuk melesenkan hak cipta sera logo syarikatnya supaya
diiktiraf oleh perundangan dan tidak boleh ditiru dan diciplak oleh syarikat lain.

3.0 KESAN ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO KEPADA ORGANISASI


Terdapat beberapa kesan terhadap syarikat MacDonald daripada elemen persekitaran
yang telah dibincangkan di atas, antaranya adalah :

3.1 Kesan Elemen Ekonomi.


Persekitaran makro pertama yang memberi kesan kepada syarikat MacDonald
adalah melalui elemen ekonomi di mana persekitaran ekonomi boleh
mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna. Hal ini kerana,

6
harga yang dikenalkan MacDonald kepada masyarakat dianggap lebih mahal
berbanding harga yang biasa dikenakan oleh peniaga-peniaga lain
terutamanya harga untuk produk makanan hamburger. Hal ini telah
menyebabkan MacDonald menjadi lambang globalisasi dan dirujuk sebagai
"Mcdonaldisasi" oleh masyarakat Amerika. Dalam majalah The Economist
menggunakan "Indeks Big Mac" sebagai sukatan tidak rasmi untuk mengukur
kuasa beli antara mata wang negara-negara di dunia V. (2016). Oleh itu
MacDonald dijadikan sasaran oleh pembantah anti globalisasi di seluruh dunia
untuk membuat penurunan harga terhadap produk yang dikeluarkan.

3.2 Kesan Elemen Sosial Budaya


Kesan persekitaran makro yang seterusnya adalah kesan sosial budaya.
Elemen persekitaran ini boleh memberi ancaman dan peluang kepada
organisasi terutama dari aspek keperluan dan kehendak pelanggan. Sekiranya
strategi yang digunakan tidak sesuai, ini akan merugikan syarikat. Antara
kesannya adalah produk makanan yang dikeluarkan oleh MacDonald
dianggap tidak sihat dan boleh merosakan kesihatan kepada para
pelanggannya. Antara kritikan yang diterima MacDonald adalah penyebab
kepada penyakit kegemukan iaitu obesiti. Hal ini kerana MacDonald
dikatakan cenderung menjual makanan yang berkalori tinggi seperti jejari
kentang, minuman berkabonat, burger dan sebagainya yang membawa
kepada obesiti. Pada tahun 2004, sebuah filem yang bertajuk " Super Saize
Me" membuat dokumentari yang menunjukkan seorang lelaki yang hanya
makan makan daripada produk MacDonald tanpa sebarang makanan lain
selama sebulan yang telah menyebabkan pertambahan berat badan sebanyak
11 kg. Ini menyebabkan produk MacDonald dianggap tidak sihat dan
membawa penyakit.

3.3 Kesan Elemen Teknologi


Kesan persekitaran makro terhadap syarikat MacDonald yang terakhir adalah
kesan daripada elemen teknologi. Dengan menukarkan teknologi boleh

7
menjejaskan permintaan bagi produk dan perkhidmatan firma, proses
pengeluaran dan bahan-bahan mentah serta turut menjejaskan proses dalam
melaksanakan tugasan (Kotler et al, 2008). Ini kerana antara teknologi dan
inovasi yang dilakukan oleh MacDonald adalah sistem penggunaan Drive
Thru yang diperkenalkan bermula pada tahun 1961 dikatakan penyebab
berlakunya pembaziran terhadap bahan-bahan pembungkusan yang
berlebihan. Bahan pembungkusan yang digunakan kepada pelanggan Drive
Thru juga dikatakan mengakibatkan penghasilan produk buangan
pembungkusan yang yang juga boleh mengakibatkan pencemaran terhadap
alam sekitar. Hal ini menyebabkan masyarakat meminta syarikat MacDonald
untuk menghapuskan penggunaan bahan pembungkusan yang berlebihan
untuk pelanggan Drive Thru dan meminta MacDonald untuk lebih
mementingkan persekitaran alam.

4.0 CADANGAN MENGURUKSKAN ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO

Terdapat beberapa cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro


dalam organisasi iaitu dalam aspek ekonomi.. Antara cadangan yang boleh diberika
dalam aspek ekonomi adalah syarikat MacDonal perlu membuat penelitian dan kajian
yang lengkap terhadap dasar dan persekitafan ekonomi sama ada pada tahap
tempatan, national dan global. Ini kerana persekitaran ekonomi memainkan peranan
yang sangat penting didalam kejayaan dan kegagalan untuk syarikat MacDonald.
Syarikat MacDonald juga perlu mengenalpasti tahap keadaan ekonomi yang boleh
membawa kesan yang positif kepada syarikat MacDonald. Hal ini dapat mengelakkan
sebarang perkara yang boleh mendatangkan keburukan dan kerugian kepada syarikat
MacDonald. MacDonald juga perlu memastikan penepatan harga dalam sesuatu
produk tersebut sesuai dengan keadaan ekomomi negara tersebut. Ini dapat membantu
syarikat daripada mendapat kritikan yang boleh menyebabkan kerugian dan
kecenderungan pelanggan untuk membeli hilang. Syarikat perlu lebih peka dengan
keadaan sekeliling pengguna.

8
Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi
terhadap aspek sosial budaya pula adalah dengan mengambil berat persepsi dan
menilai pertukaran cara hidup masyarakat bagi memastikan perniagaan yang
dijalankan sesuai dengan kehendak pengguna dan kehendak masyarakat. Hal ini
segala perkara yang mendatangkan negativiti dan perkara yang tidak diingini
masyarakat dapat dielakkan sekaligus dapat mengenalpasti peluang perniagaan Oum.
(n.d.). Selain itu syarikat MacDonald perlu menitik beratkan aspek cita rasa dan
keperluaan pengguna. Bagi mengatasi kesan serta masalah yang telah dinyatakan
MacDonald perlu menukarkan menu produk makanan yang disediakan mengikut
keperluan dan kehendak pengguna dengan menambahkan pelbagai lagi menu yang
tidak membawa kepada masalah kesihatan kepada pelanggan dan pengguna. Hal ini
pengguna dapat memiliki lebih banyak pilihan dan membantu MacDonald untuk
menepis dakwaan yang telah dikenakkan terhadap syarikat.

Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi yang


terakhir adalah dalam aspek teknologi. Syarikat MacDonald perlu lebih bijak dalam
mengawal dan memantau perubahan teknologi yang telah digunakan supaya
perubahan tersebut tidak mendatangkan kesan negatif kepada syarikat sebaliknya
membuka peluang yang lebih positif dan menguntungkan syarikat. Teknologi yang
digunakan tersebut juga perlu diterima oleh pengguna dan masyarakat sekitar. Dalam
melakukan perubahan teknologi ini syarikat MacDonald perlu memastikan semua
perkara yang berkaitan teknologi tersebut tidak merugikan syarikat. Syarikat
MacDonald juga perlu menukarkan strategi sekiranya teknologi tersebut tidak dapat
diterima. Sebagai contoh penggunaan bahan pembungkusan yang berlebihan perlu
dikurangkan dan ditukarkan kepada bahan yang tidak merosakan persekitaran alam
semula jadi.

9
5.0 KESIMPULAN

Persekitaran makro boleh mempengaruhi sesebuah syarikat itu sama ada


membawa kesan positif mahupun membawa kepada ancaman terhadap syarikat
tersebut. Apa yang dapat dilihat, persekitaran makro terdiri daripada kuasa-kuasa
yang berada di luar syarikat atau organisasi dan secara amnya ia tidak boleh diubah
oleh tindakan syarikat atau organisasi tersebut. Perubahan sentiasa perlaku dalam
persekitaran makro secara tidak menentu. Oleh itu setiap organisasi perlu memastikan
setiap perubahan tersebut dapat membeli peluang kepada syarikat dan perlu
menggunakan strategi yang tepat dalam memastikan setiap tindakan dan pilihan yang
dibuat memberi kejayaan kepada syarikat. Kesimpulannya, setelah mengawasi serta
mengetahui peranan dan pengaruh persekitaran makro kepada syarikat, firma atau
organisasi, terdapat kesan secara langsung dan tidak langsung yang boleh
memberikan peluang dan ancaman untuk jangka waktu pendek atau panjang dan
menjadikan syarikat atau organisasi semakin kukuh atau sebaliknya bergantung
kepada tindakan dan pendekatan yang di ambil oleh organisasi.

10
4.0 RUJUKAN

Md. (2017). McDonald's® Malaysia: About. Retrieved November 15, 2020, from
https://www.mcdonalds.com.my/company

Othman, M. (2016). PERSEKITARAN MAKRO DALAM DUNIA

KEUSAHAWANAN. Retrieved November 15, 2020, from

https://www.academia.edu/13295770/Persekitaran_Makro_Dalam_Dunia_Keusaha

wanan

Oum. (n.d.). ANALISIS PERSEKITARAN PEMASARAN. Retrieved November 13,

2020, from

https://eusahawanilpkl.weebly.com/uploads/1/0/8/9/108941633/pemasaran_alaf_ba

ru_.pdf

V. (2016, September). 20 Elemen elemen umum persekitaran makro 6 MPU3223

Gambarajah 12 Elemen elemen: Course Hero. Retrieved November 13, 2020, from

https://www.coursehero.com/file/p1vif77/20-Elemen-elemen-umum-persekitaran-

makro-6-MPU3223-Gambarajah-12-Elemen-elemen/

Wiki. (2020, November 12). McDonald's. Retrieved November 15, 2020, from
https://en.wikipedia.org/wiki/McDonald's

Yusof, J. (2020, April 25). Faktor Pemasaran Makro dan Impaknya dalam Sesebuah

Perniagaan. Retrieved November 13, 2020, from https://ilabur.com/faktor-

pemasaran/

11
TUGASAN 2

1 Apakah yang saya pelajari dari kusus ini ?

Apa yang dapat saya pelajari daripada kursus ini adalah keusahawanan
merupakan satu kursus yang mendalami pelbagai aspek dalam keusahawanan.
Sebagai contoh, kursus ini menerangkan konsep keusahawanan secara jelas dan
mendalam. Saya juga dapat mengetahui kepentingan keusahawan itu sendiri serta
mengetahui perkembangan keusahawan di Malaysia yang belum saya ketahui
sebelum ini.

Selain itu, kursus ini juga telah mengajar saya apakah ciri-ciri yang
diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yanh berjaya suatu hari nanti.
Setelah menyertai kursus ini saya juga dapat membezakan antara usahawan dan
peniaga. Hal ini menarik minat saya untuk menjadi seorang usahawan yang
memiliki daya fikiran yang kreatif dan inovatif. Saya juga dapat mengetahui
bahawa teknik dan pemikiran sangat penting bagi seorang usahawan dalam
menjalankan organisasi mereka. Mereka juga perlu peka terhadap persekitaran
mikro dan makro untuk memastikan organisasi mereka berjalan lancar. Usahawan
juga perlu mempunyai suatu perancangan yang sangat teliti sebelum melakukan
sebarang tindakan.

2 Analisis tentang pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini ?

Sepanjang kursus ini saya telah mempelajari pelbagai ilmu berkenaan


keusahawanan walaupun terdapat pelbagai kekangan masa dan hanya boleh
berinteraksi secara dalam maya disebabkan pendemik yang berlaku sekarang.
Namum saya tetap berpuas hati kerana saya dapat memahami semua sesi
pembelajaran yang diadakan kerana teknik pengajaran yang diberikan dengan
jelas. Tugasan yang diberikan juga sedikit sebanyak membantu saya untuk lebih
memahami pembelajaran ini dengan lebih baik. Akhir sekali saya berharap situasi
pendemik sekarang bertambah baik agar kita dapat melakukan proses
pembelajaran seperti biasa.

12
13

Anda mungkin juga menyukai