Anda di halaman 1dari 17

Contoh PBS Pengajiaan Perniagaan - Kajian Tentang McDonald

ABSTRAK

Kajian ini berkaitan dengan kajian mengenai syarikat multinasional iaitu McDonald
dalam perniagaan antarabangsa.kajian ini dijalankan bertujuan untukmengenal pasti
aktiviti perniagaan, pendekatan strategik, dan konsep perniagaan antarabangsa yang
diamalkan oleh syarikat McDonald. Syarikat ini beroperasi sebagai sebuah syarikat yang
mengeluarkan satu produk makanan segera yang menyediakan hidangan burger daging
dan ayam, kentang goreng, ayam goreng, minuman ringan, makanan sarapan pagi, susu
kocak, aiskrim dan pelbagai lagi hidangan lazat dan berkhasiat dengan harga yang amat
berpatutan. McDonald mempunyai objektif tersendiri untuk memajukan perniagaan dan
untuk mengekalkan kedudukan sebagai syarikat pengeluaran makanan segera yang
terunggul.McDonald juga mengamalkan konsep-konsep penting perniagaan antarabangsa
serta mempunyai strategi yang dijalankan.

PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan atas limpahan berkatnya, dapatlah pengkaji menyiapkan projek
kajian ini.
Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, pengkaji merakamkan setinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Encik Ting Sien Kuan selaku Pengetua Cemerlang, SMK
Tambunan yang telah banyak memberikan sokongan moral kepada pengkaji semasa
menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, pengkaji juga ingin mengucapkan setinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Puan Esther Linus selaku Guru Penolong Kanan
Tingkatan 6, Pra-Universiti SMK Tambunan yang banyak membantu pengkaji dalam
menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan guru subjek Pengajian Perniagaan Pra-U
SMK Tambunan, iaitu Encik Ajis Jimi selaku guru pembimbing pengkaji.Segala tunjuk
ajar dan panduan yang telah diberikan dalam menyiapkan projek ini amat pengaji
hargai.Semoga Tuan dan Puan diberkati Tuhan di atas segala jasa baik yang dihulurkan.
Pada kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada ibu dan bapa pengkaji
Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk
ajar kepada pengkaji dan berkongsi idea serta memberi komitmen yang baik kepada
pengkaji.Semoga segala usaha dan cita-cita kita diberkati Tuhan.
Akhir sekali, pengkaji ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada para guru dan semua pihak yang terbabit samada secara langsung atau tidak
langsung.Segala budi dan jasa yang kalian hulurkan hanya Tuhan yang dapat
membalasnya.Semoga kita dirahmati dan diberkati Tuhan.
Sekian, terima kasih.

PENGENALAN
Di Malaysia, menjelang negara maju pada tahun 2020, terdapat banyak organisasi yang
telah dibangunkan. Tidak kira sama ada organisasi awam atau swasta, mereka bersaing
secara sihat bagi menyediakan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Pengkaji telah ditugaskan membuat kajian ke atas pendekatan strategik sebuah syarikat
multinasional (MNC) berdasarkan aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan, aspek
konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat dan
mencadangkan strategi yang sesuai berdasarkan hasil analisis.Oleh itu, pengkaji telah
memilih syarikat McDonald sebagai tempat kajian.
Organisasi ini terlibat dalam aktiviti pemasaran makanan segera di dunia. Pengkaji akan
mengkaji beberapa aspek dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh perusahaan
McDonald yang meliputi aspek analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
(SWOT).
Selain itu, pengkaji perlu mendapatkan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang
digunakan oleh syarikat Perusahaan McDonald.Antara konsep perniagaan antarabangsa
yang terdapat ialah dunia tanpa sempadan, pasaran menimbul, globalisasi, dan
lokalisasi.Konsep ini amat penting dalam membantu organisasi meningkatkan dan
meluaskan pasaran di pasaran dunia.
Tambahan pula, pengkaji perlu memberi cadangan strategi pemasaran yang boleh
digunakan oleh syarikat.Berdasarkan hasil analisis yang dibuat, antara strategi pemasaran
yang boleh dilaksanakan adalah seperti strategi 4P iaitu produk (product), harga (price),
tempat (place), promosi (promotion).

OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian yang terdapat dalam kajian ini ialah :
1. Mengenal pasti aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat McDonald
2. Mengenal pasti konsep perniagaan antarabangsa yang digunakan oleh syarikat
McDonald
3. Mencadangkan strategi pemasaran yang boleh digunakan oleh syarikat McDonald

LATAR BELAKANG
Syarikat McDonald adalah restoran makanan segera berasaskan burger dan kentang
goreng yang mempunyai cawangan paling banyak di dunia dan menyediakan
perkhidmatan kepada lebih 68 juta pelanggan setiap hari.
Syarikat McDonald bermula pada 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adikberadik Dick dan Mac McDonalds menggunakan pengenalan Sistem Perkhidmatan
Speedee berasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera. Manakala Ray Kroc
adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada Perbadanan McDonalds pada
1955.
Bagaimanapun, selepas diperbadankan, McDonalds mengisytiharkan pembukaan
restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ray Kroc pada
1955.Sebenarnya, restoran yang dibuka Ray Kroc adalah restoran yang kesembilan bagi
McDonalds.Negara asal McDonalds adalah Oak Brook, Illinois, Amerika Syarikat.Kini
di anggarkan McDonalds memiliki lebih 33,000 cawangan restoran di 118 negara
seluruh dunia dan mencatatkan jumlah pelanggan 68 juta setiap hari secara purata.
Restoran McDonalds yang pertama di Malaysia ditubuhkan pada 29 April 1982 di Jalan
Bukit Bintang, Kuala Lumpur.Sehingga hari ini, McDonalds mencatatkan lebih daripada
200 perkembangan lokasi restoran dan operasi perniagaan dijalankan secara
francais.Ronald McDonalds adalah maskot utama McDonalds.
McDonalds menepati kehendak pelanggan dengan pilihan burger yang boleh dinikmati
dengan segera.Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan McDonalds ialah Double
Cheese Burger, Quater Pounder dan Spicy McChicken.McDonalds juga menyediakan
perkhidmatan pandu-lalu dan servis penghantaran bagi memudahkan pelanggan.

LOKASI KAJIAN
Kawasan kajian pengkaji berfokus di Oak Brook, Illinois, USA.Oak Brook adalah sebuah
kampung di DuPage County di Illinois.Kampung ini merupakan antara yang terkaya di
Illinois dan Amerika Syarikat.Penduduk adalah 7,883 dalam banci 2010. Sebuah pinggir
bandar Chicago, ia adalah rumah ke ibu pejabat beberapa syarikat terkemuka dan
organisasi termasuk McDonald, Ace Hardware, Blistex, Signal Federal, Centerpoint
Properties, Sanford LP dan Lions Clubs International.

Peta 1. Lokasi kajian pengkaji di di Oak Brook, Illinois, USA

KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik untuk mendapatkan hasil kajian. Kaedah yang
digunakan oleh penyelidik adalah pendekatan kuantitatif dan pendekatan
kualitatif.Pendekatan kuatitatif ialah penyelidikan yang sistematik berasarkan nilai
numeric atau statistik.Pendekatan kualitatif merupakan satu usaha memahami isu tersebut
dalam keadaannya tersendiri.
Data Sekunder
Data sekunder diperoleh daripada internet, buku dan majalah.Penyelidik telah membuat
rujukan seperti aktiviti perniagaan McDonald, konsep-konsep perniagaan antarabangsa
yang diaplikasikan oleh syarikat McDonald dan mencadangkan strategi pemasaran yang
boleh digunakan oleh syarikat McDonald berdasarkan hasil analisis mengikut kehendak
Majlis Peperiksaan Malaysia yang memerlukan calon menjelaskan maksud.Selain itu,
rujukan laman sesawang seperti Wikipedia bagi mengetahui latar belakang syarikat
McDonald, dan laman sesawang google maps bagi memperoleh data iaitu peta serta
gambar syarikat McDonald.

DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini merumuskan dapatan kajian yang telah diperoleh daripada data sekunder
seperti internet, buku dan majalah. Perbincangan dalam bahagian ini dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat McDonald, konsepkonsep perniagaan antarabangsa yang digunakan dan cadangan strategi pemasaran yang
boleh digunakan oleh syarikat McDonald.
Aktiviti Perniagaan Yang Dijalankan
Umumnya restoran McDonald menyediakan menu makanan yang tidak terlalu banyak
dan seragam di setiap cabangnya.Hal ini untuk memudahkan dalam kecepatan penyajian,
sehingga pelanggan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menyantap
pesanannya.Menu yang sedikit juga memberi kemudahan bagi pelanggan untuk memilih
pesanan.Pelanggan tidak perlu berfikir panjang untuk memilih pesanan kerana tidak
terlalu banyak pilihan, dan juga menu di setiap restoran McDonald adalah seragam.Ratarata pelanggan sudah pernah mencuba setiap menu sehingga pelanggan tidak perlu ragu
untuk memesan.
Selain menu-menu yang diseragamkan, McDonald juga membuat pakej menu untuk
sarapan, makan siang, makan malam dan makanan ringan.Hal tersebut tentu saja
membuat pelanggan semakin nyaman dan tidak terbatas lagi dengan pilihan menu yang
ada.
Di dunia yang serba canggih ini, setiap orang memerlukan hal-hal yang pantas, tidak
terkecuali dalam hal makanan.Banyak pekerja pejabat, mahasiswa, suri rumah, bahkan
selebriti lebih memilih untuk makan di McDonaldkerana perkhidmatannya yang mantap.
Selain dari segi menu, McDonald juga menawarkan harga yang murah sehingga
memungkinkan pelanggan mahupun sekeluarga dapat menikmati santapan pagi, siang
dan malam di McDonald secara regular. Indikasi harga ini juga sudah tentu disesuaikan
dengan negara tempat McDonald tersebut berdiri. Di Malaysia, McDonald masih
tergolong restoran bagi kalangan menengah dan ke atas, namun di negara-negara
Amerika dan Eropah, McDonald telah menjadi restoran kegemaran pelbagai kaum dan
bangsa.
Ray Kroc iaitu pemilik McDonald menerapkan kawalan yang sangat ketat terhadap
sistem restoran tersebut.Selain menekankan tentang keseragaman menu, Kroc juga
mengubah sistem penyediaan makanannya.Pekerjaan seperti memotong kentang,
memotong roti dan lain-lain, semuanya dikerjakan di pabrik.Sehingga kentang tiba di
gerai dalam keadaan telah terpotong dan beku, roti telah dipotong, dan burger beku
dihantarkan dalam keadaan siap goreng.Keberhasilan McDonald di Amerika tidak lepas
dari usaha Ray Kroc dalam memahami keperluan pelanggannya dan menyesuaikan
restorannya dengan gaya hidup orang Amerika. Malah, McDonald telah menjadi
sebahagian dari gaya hidup orang Amerika.
Meskipun menjunjung tinggi keseragaman menu, menu setiap restoran McDonald yang
berada diluar Amerika juga disesuaikan dengan selera dan gaya hidup masyarakat
setempat. Misalnya di India yang masyarakatnya kebanyakan tidak menggunakan sapi,
menu yang berbahan daging sapi diganti dengan daging domba. Hal ini agar McDonald
di negara tersebut dapat bertahan dan ikut bersaing dengan restoran lain.
Setiap cabang McDonald selalu ditempatkan di tempat-tempat yang strategik agar
mudah dikunjungi oleh pelanggan.Sehingga, tidak ada restoran McDonald yang kurang

berhasil kerana lokasi yang kurang strategik.McDonald juga menjalin kerjasama dengan
perusahaan besar lain, contohnya coca-cola.Kerjasama ini tentu saja memberikan
kekuatan yang lebih besar bagi McDonald.
Analisis SWOT Syarikat McDonald
McDonald juga menjalankan analisis SWOT. Analisis SWOT iaitu kekuatan sumber
firma, kelemahan, peluang, dan ancaman untuk memberi gambaran yang baik sama ada
kedudukan perniagaan firma adalah asas yang sihat atau tidak sihat. ini akan memberikan
pandangan yang jelas keupayaan McDonald dalam aspek SWOT untuk kesejahteraan
masa depan syarikat dan menyediakan satu titik permulaan bagi cadangan kepada strategi
pemasaran McDonald.
Kekuatan
Kekuatan merupakan faktor dalaman organisasi yang membantu dalam pencapaian
objektif.Kekuatan yang dianalisis merupakan faktor yang terdapat dalam tubuh
organisasi, projek atau konsep perniagaan itu sendiri.McDonalds merupakan salah satu
pencetus restoran makanan segera di dunia yang mengutamakan kecepatan dan isipadu
dalam setiap penyajian makanannya.Strategi penyediaan makanan yang cepat tersebut
ternyata digemari oleh pelanggan sehingga semakin banyak pelanggan yang datang untuk
menikmati makanan di McDonald.
Kelemahan
Kelemahan merupakan faktor dalaman organisasi yang memberikan halangan kepada
pencapaian objektif.Kelemahan yang dianalisis merupakan faktor yang terdapat dalam
tubuh organisasi, projek atau konsep perniagaan itu sendiri.Reka bentuk piawai tidak
sesuai bagi setiap saluran keluaran syarikat ini sering menghadapi kempen yang
mendakwa bahawa McDonald's mengancam sekitarnya, khususnya di tempat bersejarah.
Salah satu kelemahan yang paling jelas iaitu masalah nilai gizi yang terdapat dalam
setiap kandungan sajian menunya.Menu makanan dan minuman yang disajikan oleh
McDonald dianggap memiliki nilai gizi yang sangat rendah, tinggi kolesterol dan dapat
memicu pelbagai penyakit termasuk kegemukan dan penyakit jantung.Makanan segera
yang merupakan sajian utama McDonald sangat identik dengan gaya hidup yang tidak
sihat, sehingga banyak pelanggan yang tidak mengunjung ke restoran tersebut. Selain itu,
motto keseragaman menu yang dijunjung tinggi oleh syarikat McDonald juga
menyebabkan terbatasnya inovasi terhadap menu-menu baharu. Hal ini menyebabkan
pelanggan merasa bosan dan beralih ke restoran lain.
Peluang
Peluang merupakan faktor luaran yang membantu dan memberikan kesan positif kepada
pencapaian objektif. Peluang merupakan peluang untuk berkembang pada masa akan
datang. Keadaan yang terjadi merupakan peluang dari organisasi, projek atau konsep
perniagaan itu sendiri seperti persaingan, kebijaksanaan pemimpin dan keadaan
lingkungan sekitar McDonald dapat meluaskan pasarannya ke serata dunia.
Perusahaan ini dapat melakukan penjualan atas talian sehingga memberikan kemudahan
bagi pelanggan dan juga menambah ciri-ciri dalam pelayanan.Mengubah cara pemakanan
yang lama ke arah makan yang lebih sihat.Mengembangkan secara terus menerus pangsa

pasar terutama untuk generasi muda dan kelompok yang telah berumur.Melakukan
pengawetan dengan bahan-bahan alami, sebagai bahagian dari strategi pemasaran dan
pengiklanan.Menciptakan produk baru.Meneruskan untuk menggunakan teknologi untuk
mempengaruhi strategi pendapatan, seperti menggunakan pesan singkat untuk
mengantarkan pesanan khusus.Oleh itu, McDonald perlu bersaing untuk menghasilkan
makanan segera yang berkualiti dan dapat memenuhi kehendak pengguna
Ancaman
Ancaman merupakan faktor luaran yang memberi tekanan dan kesan negatif kepada
pencapaian objektif.Ancaman merupakan keadaan yang mengancam dari luar. Ancaman
ini dapat menggangu organisasi, projek atau konsep perniagaan itu sendiri.
McDonald merupakan sektor yang sangat kompetitif sehingga persaingan juga semakin
ketat serta adanya tekanan dari beberapa pihak mengenai makanan segera dengan
masalah obesiti.Bagi pengguna yang peka tentang gizi, makanan segera merupakan
makanan yang kurang sihat.
McDonald juga menghadapi banyak cabaran dalam pasaran makanan segera.Ini
kerana,McDonaldmerupakan sasaran untuk kritikan luar.Walaupun francaisnya di luar
negara biasanya dimilik oleh usahawan tempatan dan menggunakan bahan-bahan
makanan tempatan, McDonald sering diperlihatkan sebagai lambang dominasi sumber
ekonomi oleh Amerika Syarikat.McDonald juga merupakan sasaran tuntutan mahkamah
yang luar biasa.

Konsep-konsep Perniagaan Antarabangsa Yang Digunakan Oleh Syarikat


McDonald
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti antara konsep-konsep penting yang telah
diaplikasikan oleh syarikat perusahaan McDonald.Antaranya ialah dunia tanpa sempadan,
pasaran menimbul, globalisasi, dan lokalisasi.
a) Dunia tanpa sempadan
Dunia tanpa sempadan memperlihatkan pergerakan dan perkembangan sesebuah
perniagaan merentasi sempadan negara.Negara-negara di dunia telah mula mewujudkan
sempadan yang lebih besar, mengadakan blok-blok perdagangan yang ebih bebas.Blok
perdagangan bebas ini ditubuhkan bagi membebaskan negara terbabit daripada belenggu
yang diwujudkan oleh sempadan politik terhadap kegiatan perdagangan bebas.
Melalui blok perdagangan bebas ini, aktiviti pengeluaran, pemasaran, pengagihan, dan
keseluruhan organisasi perniaaan bebas dipindahkan ke mana-mana sahaja dalam
lingkungan sempadan negara-negara ahli tanpa dikenakan sebarang tariff dan sekatan
lain.
Syarikat perusahaan McDonald menjalankan aktiviti perniagaan perusahaan jenama
makanan segera di serata dunia tanpa dikenakan tarif atau sekatan bagi memperluaskan
empayar McDonald ke seluruh dunia.
b) Pasaran menimbul (Emerging market)
Pasaran menimbul merupakan pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa
beli pengguna dalam pasaran tersebut. Sebagai pasaran menimbul negara-negara di asia
mula menjadi pembeli utama keluaran baharu yang dihasilkan oleh negara-negara maju.
McDonald, salah satu standard emas untuk pengembangan makanan segera dalam
pasaran baru muncul serta memberikan contoh yang baik untuk bagaimana jenama
(makanan segera dan lain-lain) rayuan kepada pengguna di negara-negara ini.Kuncinya
adalah menerima semula strategi individu untuk setiap pasaran. McDonald dan jenama
global yang lain perlu membangunkan strategi mereka untuk menyesuaikan tabiat yang
berbeza tempatan dan imej jenama. Mereka juga perlu mencari cara-cara baru untuk
mencapai pelanggan mereka berjuta-jutaakan datang, sama ada melalui saluranmenarik,
tawaran unik, atau gabungan kedua-duanya. Satu perkara yang pasti, peluasan berterusan,
ia akan menjadi menarik untuk menonton strategi baru terungkap.
c) Globalisasi
Globalisasi bermaksud pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia, di
samping membangunkan standard produk dan pemasaran. Globalisasi merupakan
sesuatu yang amat perlu bagi sesebuah syarikat untuk mempertingkatkan keuntungan dan
mencari kelebihan persaingan. Konsep globalisasi ini termasuklah dari aspek pemasaran,
pembuatan, sumber manusia dan teknologi
Pengeluaran McDonald adalah operasi yang global. Produk dihasilkan di Amerika
Syarikat dan hampir setiap masa apabila syarikat-syarikat yang dikendalikan sebahagian
besarnya dieksport ke tempat-tempat lain. Pengeluaran kini merupakan pengeluaran
globalisasi, dengan negara-negara yang berbeza tumpuan kepada bahagian-bahagian yang
berbeza daripada proses bergantung kepada apa yang mereka mahir, atau boleh
melakukan yang paling berkesan atau murah.
d) Lokalisasi

Lokalisasi merupakan satu strategi perniagaan yang menumpukan sesuatu keluaran


terhadap sesuatu pasaran di kawasan tertentu.Lokalisasi melibatkan tindakan sesebuah
syarikat mengubah anak syarikatnya daripada sesebuah subsidiari organisasi asing kepada
sesebuah organisasi perniagaan yang mempunyai ciri-ciri tempatan.Meskipun
kekhuatiran beberapa negara tentang imprealisme budaya, pada umumnya McDonald
diterima di negara-negara tersebut kerana McDonald menawarkan idea lokalisasi global
dimana item menu disesuaikan dengan kebiasaan dan selera masing-masing negara
sehingga tidak mengikis kebudayaan asli negara mereka. Untuk menu di Rusia bahannya
tidak berbeza jauh dengan Amerika iaitu daging dan kentang.Namun jika di kebanyakan
negara Asia, McDonald menawarkan menu nasi dan ayam goreng yang sesuai dengan
budaya makan beberapa negara di Asia. McDonald melakukannya dengan dukungan dari
pemerintah daerah dan penduduk lokal dengan bekerja sama dengan pengedar pertanian
untuk mengembangkan sumber pasukan tempatan untuk daging sapi, kentang, dan
produk susu. Hal lain yang membantu McDonald diterima di negara berkembang adalah
negara berkembang cenderung mengikuti trend negara maju.

Cadangan Strategi Pemasaran Yang Boleh Digunakan Oleh Syarikat McDonald.


Rahsia kejayaan McDonald terletak pada strategi 4P Marketing Mix yang meliputi
Product (produk), Price (harga), Place (tempat) dan Promotion (promosi).
a) Produk (Product)
Produk McDonald boleh diseragamkan dan disesuaikan dengan budaya dan selera
masyarakat setempat, sehingga McDonald dapat bersaing dengan restoran lainnya di
seluruh dunia.Produk-produk McDonaldjuga sangat terkenal di seluruh dunia berkat
keseragaman menu yang dijunjung tinggi oleh McDonald.
b) Harga (Price)
Dalam memasarkan produknya, McDonald mengutamakan harga.Harga yang
dimaksudkan dikait dengan nilai. Di Malaysia, produk McDonald kurang mendapat
kunjungan daripada masyarakat tempatan kerana harga yang mahal, namun disebabkan
McDonald telah membuat kajian tentang makanan kesukaan masyarakat malaysia
terhadap ayam, maka syarikat McDonald pun mencipta menu chicken burger yang lebih
murah.
c) Tempat (Place)
Setiap restoran McDonald sama ada di Amerika atau di negara lain selalu ditempatkan di
tempat yang strategik. Dalam hal ini, Lokasi yang strategik sangat mempengaruhi minat
pelanggan untuk singgah di McDonald. Maka tempat-tempat perniagaan McDonald pun
dibina berdekatan dengan jalan-jalan utama, shopping mall serta berdekatan dengan
tempat pekerjaan masyarakat.
d) Promosi (Promotion)
Promosi juga memegang peranan penting dalam kejayaan McDonald. Logo golden
arches, tokoh Ronald McDonal, dan slogan Im Lovin It berjaya membawa McDonald
dikenali oleh seluruh masyarakat di seluruh dunia.Dalam kalangan masyarakat muda,
McDonald memperkenalkan tokoh badut Ronald McDonald yang juga berjaya menjadi
daya tarikan bagi pelanggan anak-anak muda. Logo golden arches McDonald yang
sederhana dan berwarna kuning sangat mudah diingat dan sekarang sudah menjadi salah
satu logo yang paling mudah dikenali di dunia. Logo golden arches tersebut telah menjadi
ikon yang sangat identik dengan McDonald dan menjadi tolak ukur tingginya eksistensi
McDonald dalam kalangan masyarakat dunia.

PENUTUP
Kajian bertujuan untuk mengkaji aktiviti perniagaan, konsep perniagaan antarabangsa,
dan cadangan strategi pemasaran yang boleh diamalkan oleh syarikat
McDonald.Berdasarkan hasil kajian, elemen utama yang yang menentukan kejayaan atau
kegagalan sesebuah organisasi adalah strategi yang mereka ikuti.Mana-mana industri
adalah luas dan persaingan juga sengit untuk terus hidup dalam perniagaan.Organisasi
perlu merangka strategi inovatif.McDonald telah memulakan perjalanan dekad yang lalu
dan mereka telah berjuang untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju
pasaran. Pelbagai telah berlaku pada masa lalu untuk syarikat McDonald sama ada baik
dan buruk, tetapi ia adalah strategi yang membantu mereka terus hidup dan mengekalkan
kedudukan mereka. Strategi syarikat ini adalah agak sama dengan strategi syarikat lain
dan kedudukan syarikat lain tidak jauh di belakang daripada McDonald, tetapi manamana kesilapan kecil yang dilakukan oleh McDonald, mungkin membuatkan McDonald
sebagai penghalang kemajuan perniagaan kerana syarikat lain mampu menjadi pemimpin
pasaran dan McDonald perlu berhati-hati ketika melaksanakan strategi mereka.

RUJUKAN
Internet :
McDonald'shttp://ms.wikipedia.org/wiki/McDonald's. (8 ogos 2014)
Sejarah McDonald'shttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_McDonald's(8 ogos 2014)
McDonald'shttp://en.wikipedia.org/wiki/McDonald's (8 ogos 2014)
Francais McDonald's Usahawan
mcdonalds (8 ogos 2014)

Malaysiahttp://usahawanmalaysia.com/francais-

Program Perniagaan Francais McDonaldshttp://www.usahawan.com/perniagaanfrancais/program-perniagaan-francais-mcdonalds.html (8 ogos 2014)


Kisah
Bagaimana
25
Jenama
Terkenal
Antarabangsa
Bermula
http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsabermula.html (8 ogos 2014)
McDonalds lambang globalisasihttp://www.sinarharian.com.my/bisnes/mcdonald-slambang- globalisasi-1.32333 (8 ogos 2014)
Rahsia
Kejayaan
Perniagaan
McDonalds
http://balannambiar.wordpress.com/2011/11/26/rahsia- kejayaan-peniagaan-mcdonalds/
(8 ogos 2014)
McDonald'shttp://simple.wikipedia.org/wiki/McDonald's (13 ogos 2014)
Marketing Pemasaran Analisa Swot & Marketing Mix 4P McDonald
http://www.spocjournal.com/ekonomi/marketing/452-marketing-pemasaran-analisaswot-marketing-mix-4p-mc-donald%E2%80%99s.html (15 ogos 2014)

LAMPIRAN
Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Anda mungkin juga menyukai